• Tidak ada hasil yang ditemukan

PANDUAN GURU BAHASA MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PANDUAN GURU BAHASA MALAYSIA"

Copied!
208
0
0

Teks penuh

(1)
(2)
(3)

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

PANDUAN GURU

BAHASA MALAYSIA

(SEKOLAH KEBANGSAAN)

TAHUN 2

Terbitan

Bahagian Pembangunan Kurikulum

(4)

artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara

apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain

sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan

Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks

Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

(5)

A. BAHAGIAN 1

PENGENALAN BUKU PANDUAN GURU

1. Pendahuluan 3

2. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia 4

3. Matlamat 5

4. Objektif Umum 5

5. Fokus 6

6. Kandungan Standard 7

7. Struktur Modul 12

8. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 14

9. Pengisian Kurikulum 19

10. Tema 21

B. BAHAGIAN 2

CADANGAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. Strategi Standard Kandungan Kemahiran Mendengar dan Bertutur 27 2. Strategi Standard Kandungan Kemahiran Membaca 59 3. Strategi Standard Kandungan Kemahiran Menulis 91 4. Strategi Standard Kandungan Aspek Seni Bahasa 120

5. Strategi Standard Kandungan Aspek Tatabahasa 142

C. BAHAGIAN 3

PEMETAAN RANCANGAN MENGAJAR MINGGUAN

1. Tema: Kebudayaan 177

2. Tema: Jati Diri 178

3. Tema: Alam Sekitar 179

D. BAHAGIAN 4

1. Daftar Kata 183

2. Simpulan Bahasa 195

(6)
(7)

PENGENALAN

BUKU PANDUAN GURU

(8)
(9)

3

Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Tahun Dua ini disediakan sebagai panduan dan bahan rujukan untuk membantu guru mengaplikasikan Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah, menjana idea, merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia Tahun Dua juga mencadangkan pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkonsepkan didik hibur bagi memberi peluang kepada murid melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara aktif dan menyeronokkan dengan sokongan pelbagai bahan media yang sesuai.

Buku Panduan Guru ini diharapkan dapat membantu guru menterjemahkan Standard Kurikulum Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Malaysia yang mengetengahkan pendekatan modular dan menitikberatkan pembelajaran secara didik hibur. Dalam pendekatan modular ini, fokus pengajaran dan pembelajaran diberikan kepada kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis, serta dua elemen lain iaitu aspek seni bahasa dan tatabahasa. Kesemua fokus pengajaran dan pembelajaran ini amat penting dan perlu dikuasai oleh murid bukan sahaja bagi membantu mereka memantapkan kemahiran bahasa, mencungkil potensi diri, dan meneroka pelbagai bidang ilmu pengetahuan, malahan menggalakkan mereka berkomunikasi secara berkesan dan bertatasusila dalam semua urusan. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah juga turut memberi penekanan kepada aspek pentaksiran, pemulihan dan pengayaan yang merupakan aspek penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Buku panduan ini mengandungi empat bahagian; Bahagian 1 merupakan pengenalan tentang Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Tahun Satu dan Struktur Pendekatan Modular, Bahagian 2 mengandungi contoh-contoh Strategi Pengajaran dan Pembelajaran, Bahagian 3 memaparkan contoh pemetaan rancangan mengajar mingguan dan Bahagian 4 mengandungi daftar kata dan glosari Bahasa Malaysia Tahun Dua.

Strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam Buku Panduan Guru ini hanyalah cadangan. Guru digalak menggunakan kreativiti sendiri untuk mengubah suai aktiviti tersebut supaya bersesuaian dengan kebersediaan dan kebolehan murid dalam setiap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan jutaan terima kasih atas sumbangan pelbagai pihak yang telah terlibat secara langsung dalam penghasilan modul ini. Buku Panduan Guru ini diharap dapat dimanfaatkan dalam usaha melahirkan modal insan yang mampu menyumbang ke arah pembangunan negara selaras dengan kehendak kementerian.

(10)

4

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia dibina berasaskan enam tunjang iaitu tunjang Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Literasi Sains dan Teknologi; Fizikal dan Estetika; dan Keterampilan Diri. Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yang seimbang, berpengetahuan dan berketerampilan. Beberapa penamahbaikan telah dibuat dalam standard kurikulum Bahasa Malaysia. Antara penambahbaikan ialah penekanan aspek tatabahasa yang diajarkan secara khusus dalam waktu yang diperuntukan dan aspek Seni Bahasa diperkenalkan untuk membolehkan murid mengapresiasi keindahan seni dalam bahasa melalui unsur didik hibur. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia ini dijelmakan dalam standard kandungan dan standard pembelajaran yang lebih memfokuskan keupayaan murid berkomunikasi.

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Tahun Dua, lebih mementingkan penguasaan kemahiran asas berbahasa bagi murid Tahap Satu. Pengajaran yang berpusatkan murid serta kemahiran bernilai tambah dapat memantapkan penguasaan kemahiran bahasa dan mereka berkemampuan untuk meneroka ilmu pengetahuan dengan lebih luas. Standard kurikulum ini juga memberi penekanan kepada penerapan nilai murni dalam membentuk insan yang sempurna dan berkembang secara menyeluruh daripada aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui pengajaran secara teori dan amali. Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam suasana yang kondusif perlu untuk membantu merangsang dan meningkatkan kreativiti dan minat murid untuk belajar dengan berkesan. Standard kandungan ini mengutamakan pendemokrasian pendidikan kepada semua murid sekolah rendah ke arah merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Rajah 1: Standard Kurikulum Berasaskan Enam Tunjang

(11)

5

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal untuk membolehkan murid berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan harian.

Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Standard Bahasa Malaysia Sekolah Rendah berkeupayaan untuk :

i. mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi persekitaran dengan teliti dan betul;

ii. mendengar, memahami, dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, perkataan, frasa dan ayat dengan betul;

iii. mendengar, memahami dan memberikan respons berdasarkan arahan, pesanan dan pertanyaan dengan betul;

iv. bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara dalam situasi formal dan tidak formal dengan betul secara bertatasusila;

v. bercerita sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang didengar menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;

vi. berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila;

vii. berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila;

viii. membaca, memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;

ix. membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul;

MATLAMAT

(12)

6

xi. membaca pelbagai bahan bacaan bagi memperkaya kosa kata dan maklumat untuk memupuk minat membaca;

xii. melakukan aktiviti pramenulis dengan betul; xiii. menulis secara mekanis dengan betul dan kemas;

xiv. membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul; xv. menulis imlak dengan tepat.

xvi. mencatat dan menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang santun;

xvii. menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul; xviii. mengedit dan memurnikan hasil penulisan;

xix. menulis ulasan berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber; xx. menggunakan sistem bahasa yang betul dalam pertuturan, pembacaan dan

penulisan; dan

xxi. menghayati dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif, semangat patriotik dan kewarganegaraan melalui aktiviti berbahasa.

Pada akhir pembelajaran Bahasa Malaysia sekolah rendah, murid dapat memperkaya kosa kata, mempertingkatkan pemahaman berbahasa dan menguasai bahasa serta berkomunikasi secara berkesan bagi menyampaikan pendapat, idea dan maklumat dalam pelbagai situasi pembelajaran, hubungan sosial dan kehidupan harian.

(13)

7

Standard Kurikulum

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal dengan memberikan penekanan pada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu diketahui dan dapat dilakukan oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran ini berpaksikan Kemahiran Bahasa dan Sistem Bahasa yang disokong oleh elemen Pengisian Kurikulum. Standard ini digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid sekolah kebangsaan. Standard ini dipersembahkan dalam bentuk modular yang dibahagikan kepada bahagian dan unit yang lebih kecil yang dikenali sebagai modul. Modul-modul ini mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran serta nilai murni yang perlu dikuasai oleh murid. Terdapat lima modul dalam standard kurikulum Bahasa Malaysia iaitu modul Mendengar dan Bertutur, Modul Membaca, Modul Menulis, Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa.

Standard Kandungan

Pernyataan tentang bidang ilmu yang patut diketahui dan dapat dilakukan oleh murid dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai murni.

Standard Pembelajaran

Pernyataan tentang penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian murid bagi setiap standard kandungan.

A. Kemahiran Bahasa

Kandungan Standard Kurikulum Bahasa Malaysia mengandungi aspek kemahiran bahasa, seni bahasa dan tatabahasa. Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku. Penerangan terhadap kandungan kurikulum dinyatakan seperti yang berikut:

Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti bersoal jawab, ucapan, lakonan dan perbincangan. Murid juga perlu menghayati dan memberi respons yang betul kepada perkara yang didengar. Kemahiran bertutur pula merujuk kepada keupayaan murid berbicara secara lisan untuk hubungan sosial, menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kritis dan kreatif. Penekanan diberi pada sebutan dan intonasi yang betul serta pengucapan yang bertatasusila serta menggunakan tatabahasa yang betul.

KANDUNGAN STANDARD

KURIKULUM

Kemahiran Mendengar

dan Bertutur

(14)

8

Objektif Kemahiran Mendengar dan Bertutur adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:

i. mendengar, memahami, menyebut frasa, ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul dan tepat;

ii. mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan atau gerak laku terhadap arahan berdasarkan ayat perintah jenis silaan dan ayat ayat perintah jenis larangan dengan betul;

iii. mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan atau gerak laku berdasarkan pelbagai soalan bercapah dan pesanan mengikut urutan yang betul; iv. bertutur, berbual dan menyatakan permintaan menggunakan ayat yang mengandungi

kata panggilan bagi keluarga bukan dalam kalangan keluarga asas dan kata ganti nama diri ketiga dengan betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila; v bercerita tentang sesuatu perkara dan menceritakan perkara yang didengar dengan

tepat menggunakan ayat majmuk dengan sebutan yang jelasdan intonasi yang betul;

vi berbicara untuk mendapat dan menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat menggunakan ayat yang mengandungi rangkai kata yang sesuai secara bertatasusila; dan

vii. berbincang dan mengemukakan pandangan dan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.

Prinsip pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur

i. Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan asas dalam kemahiran berbahasa. ii. Bertutur perlu menggunakan bahasa yang mudah, tepat dan jelas.

iii. Bahan rangsangan penting untuk meningkatkan kemahiran dan minat dalam menguasai kemahiran mendengar dan bertutur.

iv. Kemahiran mendengar dan bertutur memberi peluang kepada murid untuk terlibat secara aktif bagi mempercepat penguasaan kemahiran tersebut.

v. Kemahiran mendengar dan bertutur memberi tumpuan kepada aspek sebutan, intonasi, jeda dan tatabahasa; dan

vi. Laras bahasa yang digunakan mesti bersesuaian dengan konsep.

Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. Penekanan perlu juga diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu, dan bahan sastera dan bukan sastera secara kritis.

(15)

9

Kemahiran Membaca

Objektif Kemahiran Membaca adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:

i. membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat majmuk yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata, diftong, vokal berganding , digraf, dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul;

ii. membaca pelbagai jenis ayat dengan lancar, berjeda, sebutan yang jelas, mengikut tanda baca dan intonasi yang betul;

iii. membaca dan memahami maklumat tersurat daripada bahan multimedia untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan serta menyatakan urutan dengan betul;

iv. membaca, memahami dan menaakul bahan grafik dan bukan grafik bertujuan menyatakan maksud untuk memindahkan maklumat dengan betul; dan

v. membaca dan memahami pelbagai bahan kreatif untuk menambah ilmu pengetahuan, memperkaya kosa kata serta meningkatkan kelancaran bacaan.

Prinsip pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Membaca

i. Bacaan mekanis asas untuk menguasai kemahiran membaca. ii. Bacaan mentalis untuk melatih murid membaca dan memahami.

iii. Kebersediaan murid dari segi perasaan dan bahasa perlu diberi perhatian. iv. Bahan bacaan perlu sesuai, menarik dan bersifat ansur maju.

v. Soalan bertumpu dan bercapah membantu murid memahami kandungan bahan bacaan.

vi. Kepelbagaian pendekatan dan teknik membaca diaplikasikan mengikut kesesuaian. vii. Bacaan intensif dan ekstensif memperkaya kosa kata dan ilmu serta minat membaca.

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif dan bukan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi. Penekanan juga diberi pada penulisan yang menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan tatabahasa serta ejaan yang betul dengan tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalak menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan bahan penulisan.

(16)

10

i. menulis secara mekanis pelbagai perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul serta tulisan yang kemas dan cantik;

ii. menulis secara mekanis abjad dan perkataan dalam bentuk tulisan berangkai dengan betul dan kemas;

iii. membina dan menulis, perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi perkataan diftong, vokal berganding , digraf dan konsonan bergabung dengan betul serta tulisan yang kemas dan cantik;

iv. membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan soalan dan bahan grafik dengan betul dan tulisan yang kemas;

v. menuliskan imlak perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan tepat;

vi. mencatat maklumat yang betul untuk membanding beza dan menghubung kait maklumat daripada pelbagai sumber;

vii. menulis untuk menyampaikan maklumat yang berbentuk puisi menggunakan perkataan, diksi, frasa dan ayat serta menegaskan kesantunan berbahasa;

viii. menghasilkan penulisan berbentuk naratif dan bukan naratif secara separa terkawal dengan betul; dan

ix. mengedit dan memurnikan perkataan dalam ayat daripada aspek ejaan dan tanda baca.

Prinsip Pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Menulis

i. Kemahiran menulis secara mekanis merupakan asas kepada penguasaan menulis. ii. Idea yang dilahirkan dalam bentuk penulisan perlu mengamalkan prinsip ansur maju. iii. Keseragaman dalam membentuk dan menulis huruf perlu dititikberatkan.

iv. Latihan menulis yang berterusan perlu dijadikan amalan.

v. Mengimlak dapat mengukuhkan penguasaan kemahiran mengeja. vi. Bacaan luas membantu menghasilkan penulisan karangan yang baik.

(17)

11

Aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap dan mengapresiasi keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pembelajaran yang menyeronokkan menerusi kepelbagaian aktiviti secara didik hibur. Murid juga dapat menggunakan kreativiti mereka dalam melahirkan idea melalui penulisan dan lisan. Seni bahasa memberi penekanan kepada keindahan bahasa yang dipelajari oleh murid melalui teknik penyampaian yang menarik dan menyeronokkan seperti bernyanyi, bercerita, berlakon dan berpuisi. Pembentukan ayat yang menggunakan simile, peribahasa, bahasa kiasan dan personafikasi yang terdapat dalam puisi dan penulisan kreatif juga menampakkan keindahan dan seni dalam bahasa Melayu. Keindahan bahasa yang digunakan semasa aktiviti seni bahasa ini dapat membantu murid memantapkan lagi kemahiran berbahasa mereka.

Objektif Aspek Seni Bahasa

Objektif Aspek Seni Bahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:

i. menyebut dan memahami perkataan dalam seni kata lagu melalui nyanyian dan gerak laku secara didik hibur;

ii. mengujarkan ayat dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul serta menggunakan bahasa badan yang kreatif melalui penceritaan secara didik hibur; iii. mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul tentang

sesuatu perkara menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur; dan

iv. melafazkan dan membina pantun empat kerat menggunakan bahasa yang indah dengan intonasi yang betul dan memahami maksud pantun secara didik hibur.

Prinsip Pengajaran dan pembelajaran Seni Bahasa

i. Pengajaran Seni Bahasa mementingkan kehalusan dan keindahan bahasa. ii. Pemilihan bahan mesti sesuai dan menarik.

iii. Penglibatan murid secara aktif dan menyeluruh amat diperlukan.

iv. Guru bertindak sebagai penggerak atau pembimbing yang sentiasa kreatif dan imaginatif.

(18)

12

tatabahasa mengikut cara dan sistem yang betul semasa membina ayat. Selain itu, aspek sebutan, intonasi dan semantik serta penggunaan peribahasa dan perbendaharaan kata yang betul juga diberi penekanan. Pengajaran dan pembelajaran tatabahasa diberi penekanan melalui penggabungjalinan kemahiran bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran.

Objektif Aspek Tatabahasa

Objektif Aspek Tatabahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan: i. memahami dan menggunakan kata nama am hidup manusia, kata nama khas hidup

manusia dan kata ganti nama diri dengan betul mengikut konteks;

ii. memahami dan menggunakan kata kerja tunggal dan kata adjektif pancaindera dengan betul mengikut konteks;

iii. memahami dan menggunakan kata hubung dan kata tanya dengan betul mengikut konteks;

iv. memahami dan menggunakan imbuhan awalan, akhiran dan apitan dengan betul mengikut konteks;

v. memahami dan membina ayat dasar dengan betul mengikut konteks;

vi. Memahami dan membina ayat penyata menggunakan tanda baca yang betul mengikut konteks; dan

vii. Memahami dan menggunakan kata ganda penuh yang betul mengikut konteks.

Prinsip Pengajaran dan pembelajaran Aspek Tatabahasa

i. Menitikberatkan makna dan aspek tatabahasa mengikut konteks berdasarkan teks petikan yang digunakan.

ii. Memulakan proses pengajaran daripada yang mudah kepada lebih kompleks. iii. Tidak menggalakkan pelajar menghafal rumus atau hukum bahasa.

iv. Diajar secara terancang dalam sesi pengajaran bahasa.

v. Perlu banyak latih tubi bagi mengekalkan ingatan dalam bentuk lisan dan tulisan. vi. Mengajar secara konkrit dengan menggunakan alat bantu mengajar dan bahan

rangsangan yang menarik dan berkesan.

vii. Menggunakan pengantaraan deria yang dibantu dengan contoh-contoh dan bentuk simulasi secara berkesan.

viii. Mengenal pasti struktur isi dengan jelas. Guru perlu mahir tentang selok-belok tatabahasa yang hendak disampaikan.

ix. Perancangan yang rapi mesti dibuat terlebih dahulu. x. Tatabahasa diajar dan digunakan dalam konteks.

xi. Istilah dan fungsi tatabahasa boleh diperkenalkan untuk pengetahuan dan kefahaman.

(19)

13

Modul Standard Kurikulum Bahasa Malaysia menekankan beberapa aspek dalam pengajaran merangkumi fokus utama, fokus sampingan, objektif, aktiviti, pentaksiran, pengayaan dan pemulihan. Isi kandungan modul boleh diubah suai mengikut kreativiti guru dan kebolehan murid.

Kesemua aspek ini dijelmakan mengikut keutamaan berikut;

 Tema  Tajuk  Fokus Utama  Fokus Sampingan  Objektif  Pengisian Kurikulum  Sistem Bahasa  Media

 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Strategi pengajaran dan pembelajaran memuatkan aktiviti yang menjurus kepada pencapaian objektif. Aktiviti-aktiviti ini ditulis menggunakan beberapa langkah pengajaran yang menggabungjalinkan aktiviti-aktiviti fokus utama dan fokus sampingan. Strategi pengajaran dan pembelajaran ini juga memuatkan aspek pentaksiran, pengayaan dan pemulihan serta latihan-latihan yang berkaitan. Semua maklumat tentang strategi ini dipaparkan dalam tiga lajur iaitu aktiviti, pengisian kurikulum dan catatan.

Pentaksiran dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran merupakan proses penilaian untuk menentukan sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Oleh itu, pentaksiran perlulah dijalankan berterusan dalam setiap pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui pentaksiran yang berterusan guru dapat memastikan bentuk tindakan susulan yang boleh dilaksanakan ke atas seseorang murid, sama ada untuk memberi latihan pemulihan atau pengayaan.

Aspek pemulihan pula disediakan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran agar dapat memahami pengajaran dalam tempoh yang ditetapkan dengan penggunaan bahan yang berbeza dan sesuai dengan kebolehan mereka. Bahan yang dicadangkan untuk aktiviti ini terdiri daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan secara berperingkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Latihan yang diberi perlu mengikut kemampuan dan kadar masa yang sesuai untuk murid menguasai sesuatu kemahiran.

(20)

14

yang diajar melalui pentaksiran yang diberi. Murid ini hendaklah diberikan bahan yang lebih mencabar minda bagi kemahiran tertentu yang dipelajari oleh mereka. Bahan-bahan yang disediakan perlu lebih merangsang minda dan dilaksanakan secara kendiri atau dengan bimbingan guru yang paling minima. Bahan yang sesuai seperti bahan bacaan tambahan, kad permainan bahasa dan bahan-bahan lain yang bersesuaian untuk memperluaskan pengalaman dan pengetahuan murid berkaitan kemahiran yang diajar. Aktiviti pengayaan dan pemulihan hendaklah dijalankan secara serentak. Guru perlu memberi penerangan cara melakukan aktiviti pengayaan kepada murid dan memberi ruang untuk mereka membuat latihan secara kendiri. Pada masa yang sama guru perlu memberi tumpuan untuk membimbing murid yang lemah menjalankan aktiviti pemulihan.

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah berperanan melengkapkan strategi pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif dengan melibatkan pelbagai akitviti di dalam dan di luar bilik darjah. Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia, strategi merangkumi pendekatan, kaedah dan teknik.

Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid , cara-cara fakta disampaikan dan keaktifan pengajaran. Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Pendekatan berdasarkan cara bagaimana isi pelajaran disampaikan seperti pendekatan induktif, pendekatan deduktif dan pendekatan eklektik. Pendekatn yang memberi tumpuan kepada keaktifan murid seperti pendekatan berpusatkan guru manakala pengajran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan berpusatkan murid.

STRATEGI PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

(21)

15 mempunyai urutan yang tertentu.

Teknik-teknik pengajaran adalah merupakan suatu cara yang digunakan untuk menyampaikan pengajaran yang ditetapkan. Antara teknik yang biasa digunakan ialah teknik

b

ercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, sumbang saran, perbahasan, kuiz, lakonan

dan

projek,

Pengalaman murid dapat dikaitkan dalam memenuhi kepelbagaian gaya pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza dalam kalangan murid. Kepelbagaian media, bahan maujud, media cetak dan media elektronik boleh dijadikan sebagai bahan sokongan untuk saling melengkapi proses pengajaran supaya tindakan susulan dapat dijalankan dalam menilai proses pengajaran dan pembelajaran untuk memantapkan penguasaan murid. Selain itu, murid mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan melalui kemahiran generik yang berkaitan dengan ciri-ciri khusus yang dikuasai oleh setiap murid.

Pendekatan Berpusatkan Murid

Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam Standard Kurikulum Bahasa Malaysia haruslah berpusatkan murid bagi membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri. Oleh itu, murid dapat membina keyakinan dalam berbahasa. Contoh pendekatan berpusatkan murid seperti pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Selain pendekatan berpusatkan murid terdapat juga pendekatan-pendekatan lain seperti pendekatan berpusatkan bahan dan pendekatan berpusatkan guru.

Kepelbagaian Teknik

Teknik merupakan suatu cara yang digunakan oleh guru-guru bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk murid-muridnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan. Dalam Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah guru digalakkan menggunakan pelbagai teknik mengajar.

Guru boleh memilih kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar serta teknologi yang dapat merangsang serta menggalakkan murid berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif, juga berkomunikasi dan berinteraksi dengan baik.

Teknik-teknik pengajaran bahasa; i. Teknik main peranan

Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting.

(22)

16 iii. Teknik latih tubi

Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.

iv. Teknik bercerita

Teknik bercerita sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa yang mana murid dilatih dalam kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, mimik muka "facial expression", serta kedudukan semasa aktiviti bercerita itu berlangsung. Bercerita amat sesuai untuk kemahiran bahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian murid.

v. Teknik inkuiri penemuan

Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat yang merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan kepada sesuatu masalah.

vi. Teknik perbahasan

Teknik ini melatih murid berfikir dengan pantas di samping dapat berkomunikasi dengan berkesan.

vii. Teknik kuiz

Teknik ini dapat mengukuhkan pengajaran guru dan memantapkan pemahaman murid tentang sistem Bahasa Malaysia terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat melalui pertandingan.

viii. Teknik sumbang saran

Dikenali sebagai percambahan fikiran yang memerlukan setiap murid menyumbangkan pendapat dan idea.

ix. Teknik soal jawab

Teknik ini dilaksanakan dengan cara murid menyoal dan menjawab soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran.

x. Teknik simulasi

Teknik ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan murid berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing.

xi. Teknik drama

Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.

(23)

17

Satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan dilakukan dalam kalangan pelajar di bawah penyeliaan dan kawalan seorang guru.

xiii. Teknik forum

Teknik ini merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai bagi murid berkongsi pengetahuan untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas.

Kepelbagaian Sumber dan Bahan

Penggunaan pusat sumber dan komputer sangatlah digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia. Bahan-bahan sumber seperti akhbar, majalah, buku rujukan, kamus, internet, serta bahan sastera dan bahan berunsur ilmu boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dan juga untuk bacaan ekstensif.

Penggunaan Tatabahasa yang tepat

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah juga menekankan penggunaan tatabahasa mengikut kemampuan murid dengan tepat. Untuk mencapai tujuan tersebut, guru perlu merancang dan memilih aspek tatabahasa yang hendak diajarkan berserta contoh penggunaannya dalam pelbagai konteks dan kegiatan bahasa yang bermakna sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

Bacaan Luas

Bacaan luas memberikan peluang kepada murid menimba pengetahuan dan membentuk sahsiah yang baik bagi meningkatkan gaya berfikir dan minat ingin terus membaca. Bacaan luas boleh dijalankan dalam pendidikan Bahasa Malaysia dengan menggunakan bahan-bahan ilmiah dan sastera.

Penekanan Konsep 5 P

Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia menekankan konsep penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan dan pemulihan. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

a. Penggabungjalinan

Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran dapat digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam hasil pembelajaran atau kemahiran daripada mata pelajaran lain.

(24)

18

Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin dalam pelbagai mata pelajaran.

c. Penilaian

Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan sesuatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan, dan

setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid.

d. Pemulihan

Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program ini terdiri daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan secara berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.

e. Pengayaan

Program pengayaan perlu diberikan penekanan dalam Kurikulum Sekolah Rendah kerana latar belakang murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secara bersendirian atau

dengan bimbingan guru. Bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad, permainan dan bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.

(25)

19

Elemen dalam pengisian kurikulum ialah ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah. Penerangan ringkas bagi setiap elemen seperti yang berikut;

Ilmu

Ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin, contohnya ilmu dalam bidang sains, dan geografi dapat digunakan untuk memperkembangkan ilmu bahasa dan kemahiran bahasa. Ilmu lain yang berkaitan dengan hal-hal semasa juga boleh dipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran.

Nilai Murni

Penyerapan nilai murni dalam Standard Kurikulum Bahasa Malaysia bertujuan melahirkan insan yang berketrampilan dan memiliki akhlak yang mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan murni dapat membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berkeperibadian luhur. Pemahaman dan kesedaran tentang nilai murni dalam masyarakat Malaysia harus dipupuk secara langsung atau tidak langsung selaras dengan nilai sejagat.

Kewarganegaraan

Penyerapan unsur patriotisme dan kewarganegaraan dalam pendidikan Bahasa Malaysia mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat akan negara. Di samping itu,

pemupukan unsur ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang mempunyai jati diri, cinta akan bahasa dan bangsa serta meningkatkan komitmen individu terhadap negara.

Peraturan Sosiobudaya

Peraturan sosiobudaya dalam Standard Kurikulum Bahasa Malaysia merangkumi kesantunan bahasa, laras bahasa, dan peribahasa yang diamalkan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Peraturan sosiobudaya ini mencerminkan falsafah dan keperibadian masyarakat Malaysia.

Kemahiran Bernilai Tambah

Kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran yang diajarkan di dalam bilik darjah dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian murid. Kemahiran bernilai tambah yang dimaksudkan ialah Kemahiran Berfikir, Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kemahiran Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, Kemahiran Belajar Cara Belajar, Kajian Masa Depan, Kecerdasan Pelbagai, Pembelajaran Konstruktivisme dan Pembelajaran Kontekstual. Penerangan ringkas tentang kemahiran bernilai tambah dinyatakan seperti yang berikut;

(26)

20

Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah, atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan.

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti mengaplikasikan perisian, menghantar dan menerima e-mel, mengakses, memproses, menyebar dan berkongsi maklumat serta berinteraksi sosial melalui internet untuk meluaskan penerokaan ilmu pengetahuan dan dalam urusan kehidupan.

Kemahiran Belajar Cara Belajar

Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering berubah, dan berkeupayaan mengamalkan pembelajaran seumur hidup.

Kajian Masa Depan

Kajian masa depan ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan. Hal ini bermakna, murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta menangani perubahan supaya mereka mendapat manfaat yang maksimum.

Kecerdasan Pelbagai

Kecerdasan pelbagai dapat mengembangkan potensi kecerdasan, minat dan kecenderungan murid kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza.

Pembelajaran Konstruktivisme

Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang berkeupayaan untuk membina pemahaman dan pengetahuan baharu mereka sendiri berdasarkan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan seronok belajar sepanjang hayat mereka.

Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baharu secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dalam kehidupan mereka.

(27)

21

Kreativiti dan Inovasi

Kreativiti merujuk kepada kebolehan atau kemampuan individu untuk mencipta, menyelesaikan masalah, menggunakan daya imaginasi, idea kreatif yang yang tulen, asli dan baharu bagi menghasilkan sesuatu yang objektif. Inovasi pula merujuk kepada proses menjana idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu. Kreativiti dan inovasi saling berkait rapat bagi melahirkan modal insan yang serba boleh dan berketerampilan. Daya kreativiti dan inovasi murid perlu dipupuk ke tahap optimum supaya mereka berdaya cipta, berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti dan menjadikan amalan serta budaya dalam kehidupan warga Malaysia pada masa hadapan.

Keusahawanan

Penyerapan elemen keusahawanan dalam kurikulum standard sekolah rendah bertujuan membentuk ciri-ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penyerapan elemen ini bukan sahaja merupakan pendekatan membudayakan keusahawanan, malah melibatkan proses pembentukan sikap yang perlu dimiliki oleh usahawan seperti pemikiran keusahawanan, kemahiran pengurusan perniagaan, aplikasi vokasional dan teknologi serta amalan nilai moral dan etika keusahawanan.

Kurikulum Standard Bahasa Malaysia menyampaikan pengetahuan serta membina kefahaman tentang kehidupan dan alam sekekelingi murid melalui kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, Kemahiran Menulis, Aspek Seni Bahasa dan Aaspek Tatabahasa melalui tema yang dicadangkan. Melalui tema-tema ini akan dapat menambahkan pengetahuan dan kefahaman, memupuk kesedaran, membina jati diri, menghargai warisan dan mencungkil daya kreativiti dan inovasi dalam diri murid.

Cakupan tema-tema yang perlu diberi penekanan; 1. Kekeluargaan

Tema kekeluargaan merangkumi hubungan sesuatu keluarga yang melibatkan keluarga asas dan keluarga kembangan. Tema ini diajarkan kepada murid sekolah rendah agar menghargai setiap ahli keluarga.

(28)

22 yang berakhlak mulia dan bertanggungjawab. 3. Kesihatan dan Kebersihan

Tema kesihatan dan kebersihan merujuk kesempurnaan dari segi kesihatan fizikal, mental dan sosial. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid sekolah rendah agar mendapat pendedahan awal berkaitan penjagaan kebersihan dan kesihatan, serta amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan mereka sehari-hari.

4. Keselamatan

Tema keselamatan merujuk keupayaan murid melindungi diri daripada bahaya ketika berada dalam pelbagai persekitaran. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid supaya dapat memberi kesedaran kepada mereka agar mengutamakan keselamatan diri dalam pelbagai situasi dan persekitaran.

5. Perpaduan

Tema perpaduan merujuk kepentingan hubungan erat yang berbentuk toleransi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid dalam usaha memupuk semangat perpaduan dalam masyarakat majmuk di negara ini.

6. Kebudayaan, Kesenian dan Estetika

Tema kebudayaan, kesenian dan estetika merangkumi elemen-elemen budaya yang terdapat dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia yang meliputi adat dan

budaya. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid agar kehalusan seni budaya ini dapat dihayati oleh murid sebagai asas pembentukan jati diri sebagai warga Malaysia.

7. Jati diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan

Tema jati diri, patriotisme dan kewarganegaraan merujuk keupayaan murid menzahirkan keperibadian insan yang seimbang dari segi fizikal, mental, emosi dan rohani serta mempunyai semangat juang dan sanggup berkorban demi negara. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid untuk melahirkan masyarakat madani yang setia kepada negara, cinta akan negara dan mengutamakan kepentingan negara.

8. Sains, Teknologi dan Inovasi

Tema sains, teknologi dan inovasi merujuk ilmu pengetahuan yang teratur atau sistematik yang boleh diuji, dibuktikan kebenarannya dan dapat menghasilkan sesuatu yang baharu. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid agar dapat melahirkan insan yang berani menjana idea untuk menghasilkan sesuatu yang berinovasi.

(29)

23 9. Alam Sekitar dan Teknologi Hijau

Tema alam sekitar dan teknologi hijau merujuk keupayaan murid menjaga dan menguruskan alam sekitar untuk kesejahteraan kehidupan manusia, haiwan serta tumbuhan bagi kelangsungan kehidupan generasi akan datang. Tema ini sesuai diajarkan agar murid cinta dan prihatin akan alam sekitar dan teknologi hijau.

10. Pertanian dan Penternakan

Tema pertanian mendedahkan murid perihal pertanian seperti bercucuk tanam, berternak dan menangkap ikan secara tradisional dan moden. Tema ini sesuai diajarkan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan bidang pertanian dalam kehidupan.

11. Ekonomi / Keusahawanan

Tema ekonomi /keusahawanan merujuk tentang peri laku atau gaya usahawan, bertindak terhadap peluang, memulakan perniagaan, mengembang dan mempertahankan daya maju perniagaan yang telah diterokai. Tema ini sesuai diajar untuk memupuk sikap keusahawanan dalam diri murid dan memahami kepentingan bidang ekonomi dalam pembangunan negara.

(30)
(31)

CADANGAN STRATEGI

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

(32)
(33)

27

Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Mendengar menentukan keupayaan murid supaya berkebolehan mendengar dengan teliti, memahami, dan menghayati perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas. Manakala Kemahiran Bertutur merujuk kepada keupayaan murid berbicara secara lisan untuk menjalin hubungan, menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif, dengan sebutan dan intonasi yang betul secara bertatasusila. Penekanan diberikan pada pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang betul dan ungkapan yang dilafazkan secara bertatasusila. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur, guru perlu menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur.

Standard Kandungan Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

Murid patut mengetahui dan boleh:

1.2 Mendengar, mengecam, dan menyebut bunyi bahasa, iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul.

1.3 Mendengar, memahami dan memberi respons terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul.

1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.

1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

1.6 Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila.

1.7 Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.

1.0 STANDARD KANDUNGAN DAN

STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

MENDENGAR DAN BERTUTUR

(34)

28

1.2.6 Mendengar, memahami dan menyebut frasa, ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul dan tepat.

1.3.1 Mendengar, memahami dan memberikan respons yang sesuai secara lisan atau gerak laku terhadap arahan berdasarkan ayat perintah jenis silaan dan ayat perintah jenis larangan dengan betul.

1.3.1 Mendengar, memahami dan memberikan respons dengan betul secara lisan terhadap pelbagai soalan bercapah.

1.3.2 Mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan dan gerak laku berdasarkan pesanan mengikut urutan dengan betul.

1.4.1 Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk yang betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.

1.4.2 Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata panggilan dengan tepat bagi keluarga bukan kalangan keluarga asas dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.

1.4.3 Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata ganti nama diri ketiga dengan betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.

1.4.4 Bertutur dan menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.

1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat majmuk.

1.5.2 Menceritakan sesuatu perkara yang didengar dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat majmuk.

1.6.1 Berbicara untuk mendapatkan maklumat yang tepat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.

1.6.2 Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat dan jelas secara bertatasusila.

1.6.3 Berbicara untuk menyampaikan maklumat dengan tepat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan menggunakan ayat yang mengandungi rangkai kata yang sesuai secara bertatasusila.

1.7.1 Berbincang dan mengemukakan pandangan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.

1.7.2 Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.

(35)

29

Semasa merancang strategi pengajaran dan pembelajaran bagi kemahiran mendengar dan bertutur, guru perlu memberi pertimbangan aktiviti yang sesuai sebelum, semasa dan selepas kemahiran mendengar dan bertutur yang diajar. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran ini boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti secara terancang bagi mencapai objektif yang telah ditentukan. Guru boleh merancang strategi pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai cara seperti dalam contoh rancangan mengajar yang disediakan ini.

1.0 STRATEGI PEMBELAJARAN

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN

BERTUTUR

(36)

30

TEMA KEBUDAYAAN

TAJUK Makanan Kita

FOKUS UTAMA

Standard Kandungan

1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.

Standard Pembelajaran

1.4.4 Bertutur dan menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.

FOKUS SAMPINGAN

Standard Kandungan

3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa, dan ayat dengan betul.

Standard Pembelajaran

3.3.4 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan bahan grafik dengan betul.

OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran, murid dapat:

i. Bertutur dan menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.

ii. Membina dan menulis ayat tunggal dengan betul.

PENGISIAN KURIKULUM

i. Ilmu: Keusahawanan.

ii. Nilai : Bertatasusila dan bertanggungjawab

iii. KBT: Keusahawanan (sikap dan pemikiran keusahawanan)

SISTEM BAHASA

Tatabahasa: ayat permintaan

Kosa kata: karipap, keria, bingka, tepung bungkus

(37)

31

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI PENGISIAN

KURIKULUM CATATAN Langkah 1

1. Guru memperdengarkan dialog pelanggan dan penjual

berinteraksi dalam situasi jual beli di gerai atau di kedai makanan.

2. Guru bersoal jawab cara penjual dan pelanggan membuat urusan jual beli dan meminta murid memberi contoh dialog yang biasa didengar oleh mereka semasa pelanggan menyatakan permintaan ketika membeli. 3. Guru meminta salah seorang

murid mencatat pada papan tulis dialog pelanggan

menyatakan permintaan untuk memesan barang.

4. Guru meminta murid membaca dialog yang telah dicatat pada papan tulis.

5. Guru membimbing murid cara membuat permintaan yang betul ketika berurusan dengan orang lain dengan memberi contoh pembeli berurusan dengan penjual semasa meminta barang yang dibeli. Penekanan diberi pada aspek keusahawanan iaitu cara yang betul membuat permintaan. - Bertatasusila - Menggunakan intonasi yang betul. Ilmu: Kajian Tempatan Nilai: Bertanggungjawab KBT: Keusahawanan Ciri-ciri usahawan Lampiran 1 Dialog yang dirakamkan/dilakonkan

(38)

32

Langkah 2

1. Guru memilih beberapa orang murid untuk menjalankan aktiviti main peranan berjual beli di kantin sekolah.

2. Guru memberi kad situasi kepada murid yang telah dipilih: Kad A – Peniaga melayan pelanggan

Kad B – Pelanggan membuat pesanan

3. Guru meminta murid yang dipilih memainkan peranan seperti yang terdapat pada kad situasi dengan menggunakan dialog yang sesuai dan bertatasusila. 4. Guru dan murid berbincang

tentang kesesuaian dialog yang digunakan dalam aktiviti main peranan dan makanan yang biasa digemari oleh murid sekolah. Ilmu: Kajian Tempatan Nilai: Kerajinan KBT: Keusahawanan Berjual beli secara bertatasusila

Lampiran 2

Langkah 3

1. Guru memperdengarkan beberapa dialog cara murid membuat permintaan untuk membeli barang daripada penjual di kantin sekolah. 2. Guru meminta murid mengecam

dialog-dialog yang mengandungi permintaan yang bertatasusila. 3. Murid diminta menulis dialog

yang bertatasusila dan membetulkan dialog yang kurang sesuai berdasarkan latihan yang diberi pada lampiran 3.

EMK: Keusahawanan

(39)

33

AKTIVITI PENGISIAN

KURIKULUM CATATAN

Pentaksiran

1. Guru memaparkan gambar pembeli dan penjual di sebuah gerai.

2. Murid diminta membina dialog-dialog yang sesuai dan bertatasusila.

3. Guru menilai ketepatan dialog yang dibina secara lisan.

Lampiran 4

Pemulihan

1. Guru membimbing murid menuturkan ayat bertatasusila yang disediakan.

Lampiran 5

Pengayaan

1. Murid membina, menuturkan dan menulis ayat bertatasusila berdasarkan gambar yang diberi.

(40)

34

Lampiran 1

Kuih Kesukaan Saya

Ali

: Apa khabar, Pak Mail?

Penjual

: Khabar baik.

Ali

: Apakah menu yang menarik hari ini, Pak Mail?

Penjual

: Macam-macam ada, nasi lemak, mi goreng,

kuih-muih pun ada.

Ali

: Oh, ya ke! Apakah jenis kuih-muih yang dijual hari ini?

Penjual

: Ada karipap, keria, bingka, kuih lapis, pulut

panggang, buah melaka, tepung bungkus dan

banyak lagi. Semuanya kuih tradisional kita.

Ali

: Saya memang suka makan kuih-muih tradisional.

Tolong bungkuskan saya tiga jenis kuih. Setiap jenis

RM 2.00.

Penjual

: Kuih apa yang kamu mahu, kerana ada banyak

kuih-muih di sini.

Ali

: Kalau begitu, tolong bungkuskan saya kuih karipap,

bingka dan tepung bungkus.

Penjual

: Ali, ini kuih yang kamu mahukan.

Ali

: Terima kasih, ini duitnya, Pak Mail.

Penjual

: Sama-sama, datanglah lagi.

(41)

35

Lampiran 2

Kad A

Kamu menjadi penjual di kantin sekolah kamu.

Lakonkan cara kamu melayan pembeli secara

bertatasusila.

Kad B

Kamu menjadi pembeli. Lakonkan cara kamu

membuat permintaan semasa memesan barang

daripada penjual di kaunter sekolah secara

bertatasusila.

Baca kad situasi ini dan tuturkan dialog yang

sesuai dengan peranannya diberi.

(42)

36

Lampiran 3

1

Tolong timbangkan 500 gram sayur sawi.

2

Boleh tolong potongkan daging ini anggaran dua

kilogram.

3

Saya minta tolong siangkan ikan ini sebelum dibungkus.

4

Hantar bakul ini ke kereta saya.

5

Susun sayur ini dengan teratur ke dalam bakul saya.

Perhatikan gambar dan baca dialog di bawah.

Tandakan ( / ) bagi dialog yang dituturkan

secara bertatasusila.

(43)

37

Lampiran 4

Pentaksiran

Tuturkan dialog yang sesuai cara pembeli

menyatakan permintaan untuk membeli salah

satu barang yang terdapat dalam gambar.

(44)

38

Lampiran 5

Pemulihan

Aktiviti ini untuk murid yang tidak mencapai standard pembelajaran sahaja

Pak Mail, saya mahu membeli

kuih.

Tolong bungkuskan saya dua

ketul kuih karipap.

Ali, ini kuih yang kamu mahu.

Terima kasih, ini duitnya, Pak

Mail.

Sama-sama, datanglah lagi.

Baca dan tuturkan ayat di bawah secara

bertatasusila. Kemudian salin pada kotak di bawah

mengikut urutan yang betul.

(45)

39

Lampiran 6

Pengayaan

Aktiviti ini untuk murid yang telah mencapai standard pembelajaran sahaja

Tuturkan dan tulis ayat permintaan

yang bertatasusila berdasarkan

gambar.

(46)

40

TEMA JATI DIRI

TAJUK Hidup Harmoni

FOKUS UTAMA

Standard Kandungan

1.2 Mendengar, mengecam, dan menyebut bunyi bahasa, iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul.

Standard Pembelajaran

1.2.6 Mendengar, memahami dan menyebut frasa, ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul dan tepat.

FOKUS SAMPINGAN

Standard Kandungan

3.2 Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul dan kemas.

Standard Pembelajaran

3.2.5 Menulis ayat yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas.

OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran, murid dapat:

i. menyebut dengan betul ayat tunggal dan ayat majmuk yang didengar.

ii. menulis ayat yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas.

PENGISIAN KURIKULUM

i. Ilmu: Kajian Tempatan ii. Nilai : Hormat-menghormati iii. KBT: ICT

SISTEM BAHASA

Kosa kata: perkataan seerti

(47)

41

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI PENGISIAN

KURIKULUM CATATAN

Langkah 1

1. Seorang murid membaca petikan yang diberi sementara murid lain diminta mendengar dan mengecam nilai-nilai yang terdapat dalam cerita tersebut.

2. Murid menyebut semula nilai-nilai yang terdapat dalam cerita yang didengar.

3. Guru memaparkan petikan yang sama di skrin melalui LCD dan murid bergilir-gilir menggarisi nilai murni menggunakan teknik yang sesuai pada papan kekunci.

KBT

ICT – penggunaan papan kekunci (highlight perkataan dan klik U untuk menggarisi perkataan.

Lampiran 1 Petikan tentang keluarga harmoni.

Langkah 2

1. Murid dipaparkan sekali lagi petikan tentang kehidupan sebuah keluarga harmoni.

2. Guru bersoal jawab mengenai petikan tentang cerita suasana kehidupan sebuah keluarga. Contoh soalan:

 Apakah nilai murni yang sering diamalkan oleh keluarga Ikhwan?

 Bagaimanakah Ikhwan dan adik – beradiknya menolong keluarga mereka?

3. Murid diminta membina dan menulis ayat tentang cara Ikhwan dan adik – beradiknya menolong keluarga mereka.

Nilai – penyayang, bertanggung jawab hormat menghormati

(48)

42

Langkah 3

1. Seorang murid diminta membaca nilai-nilai murni yang diedarkan.

2. Murid lain dikehendaki mendengar dan menyenaraikan nilai-nilai tersebut dan secara bergilir-gilir menaipnya pada papan kekunci komputer yang dipaparkan pada skrin.

3. Murid diminta memadankan perkataan seerti dalam latihan yang diberi di skrin komputer.

4. Murid diminta membina dan menulis ayat berdasarkan perkataan tersebut .

KBT- ICT

Penggunaan papan kekunci untuk menaip perkataan. Lampiran 2 Senarai nilai murni. Lampiran 3 Perkataan seerti Pentaksiran

1. Setiap murid diminta menyebut satu ayat yang telah didengar .

2. Guru menilai ketepatan dan kelancaran sebutan.

3. Murid mengisi tempat kosong dalam ayat dengan perkataan yang sesuai.

Lampiran 4 Ayat untuk dibaca oleh guru

Lampiran 5 Latihan isi tempat kosong

Pemulihan

1. Murid menyesuaikan subjek dengan predikat yang seuai untuk membentuk ayat .

Lampiran 6

Pengayaan

1. Murid membina ayat berdasarkan perkataan yang diberi.

(49)

43

Lampiran 1

Keluarga Harmoni

Ikhwan murid tahun dua. Dia mempunyai empat orang

adik-beradik. Ayah Ikhwan bernama Encik Zailan. Beliau

seorang yang bertanggungjawab dan bertugas sebagai

juruteknik. Ibu Ikhwan bernama Puan Lina. Beliau seorang yang

penyayang dan bertugas sebagai guru.

Keluarga Ikhwan mengamalkan sikap berjimat cermat.

Pada waktu lapang, mereka membuat penyapu lidi daripada

daun kelapa. Daun kelapa itu diambil daripada pokok kelapa

yang ditanam di belakang rumah mereka. Penyapu lidi itu

digunakan untuk menyapu kawasan rumah mereka. Keluarga

Ikhwan juga bekerjasama menjaga kebersihan rumah. Mereka

juga suka tolong menolong antara satu sama lain semasa

melakukan tugas-tugas yang diamanahkan. Rumah mereka

sentiasa bersih.

Keluarga Ikhwan saling menghormati antara satu sama

lain. Ikhwan dan adik-beradiknya taat kepada ibu bapa.

Mereka sekeluarga hidup sihat, ceria dan harmoni.

Garisi nilai-nilai murni yang terdapat dalam

petikan menggunakan papan kekunci .

(50)

44

Lampiran 2

Sebut dan taipkan nilai-nilai murni yang

kamu dengar pada kotak di bawah.

(51)

45

Lampiran 3

bertanggungjawab

berjimat cermat

penyayang

bekerjasama

menghormati

taat

harmoni

tolong menolong

berkewajiban

memuliakan

mesra

bantu

membantu

patuh

hemat/tidak

boros

gotong

royong

pengasih

Padankan perkataan dengan maknanya.

(52)

46

Lampiran 4

Pentaksiran 1

Nota: Seorang murid perlu membaca satu baris ayat sahaja.

Mereka sekeluarga hidup sihat, ceria dan harmoni.

Ayah Ikhwan seorang yang bertanggungjawab.

Ibu Ikhwan seorang guru yang penyayang.

Keluarga Ikhwan mengamalkan sikap berjimat cermat.

Keluarga Ikhwan bekerjasama menjaga kebersihan rumah.

Mereka suka tolong menolong antara satu sama lain.

Keluarga Ikhwan saling menghormati antara satu sama lain.

Ikhwan dan adik-beradiknya taat kepada ibu bapa.

Dengar dan sebut ayat ini dengan betul.

(53)

47

Lampiran 5

Pentaksiran 2

Mereka sekeluarga hidup sihat, ______________________ dan harmoni.

Ayah Ikhwan seorang yang ______________________.

Ibunya seorang yang ______________________.

Keluarga Ikhwan mengamalkan sikap ________________________.

Keluarga Ikhwan juga ______________________ menjaga kebersihan

rumah.

Mereka juga suka ________________________ antara satu sama lain.

Keluarga Ikhwan saling ____________________ antara satu sama lain.

Ikhwan dan adik-beradiknya _________________ kepada ibu bapa.

Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai

(54)

48

Lampiran 6

Pemulihan

Dengar frasa yang dibaca dan padankan

frasa supaya menjadi ayat yang betul. Salin

semula di buku dan tulis dengan kemas.

Keluarga Puan Nora

sangat bahagia.

Encik Rosli

seorang yang

bertanggungjawab.

Anak-anak Encik

Rama

Anak-anak Puan Mei

Puan Dayang

rajin membantunya mengemas

rumah.

menyuruh anak-anaknya

membersihkan halaman rumah.

kerja.membersihkan halaman

rumah.

taat kepada arahan ibu bapa.

(55)

49

Lampiran 7

Pengayaan

Dengar perkataan yang dibsebut dan bina ayat

berdasarkan perkataan itu dengan betul. Tulis ayat

tersebut dengan kemas.

patuh

hemat

mesra

gotong royong

__________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________

bantu membantu

(56)

50

TEMA ALAM SEKITAR

TAJUK Taman Indah

FOKUS UTAMA

Standard Kandungan

1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul

Standard Pembelajaran

1.5.2 Menceritakan sesuatu perkara yang didengar dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat majmuk.

FOKUS SAMPINGAN

Standard Kandungan

2.4 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul.

Standard Pembelajaran

2.4.3 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dengan tepat daripada bahan multimedia yang sesuai.

OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran, murid dapat:

i. Menceritakan semula dengan tepat tentang cara menjaga alam sekitar yang didengar menggunakan ayat majmuk, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

ii. Membaca dan memahami maklumat yang tersurat daripada bahan multimedia yang sesuai.

PENGISIAN KURIKULUM

Ilmu: Pendidikan Moral Nilai : Berani, bertanggung jawab

KBT: Kreativiti dan inovasi dan Belajar Cara Belajar

SISTEM BAHASA

Tatabahasa : Ayat Majmuk

(57)

51

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI PENGISIAN

KURIKULUM CATATAN

Langkah 1

1. Guru memaparkan sekeping gambar pada skrin untuk murid menelitinya. 2. Guru berbincang dengan murid

mengenai gambar yang ditunjukkan. Contoh perkara yang boleh dibincangkan.

- keadaan sungai - punca pencemaran

3. Beberapa orang murid dipilih secara rawak untuk menyampaikan maklumat yang terdapat pada gambar tersebut. 4. Murid diminta mencatat maklumat yang

disampaikan oleh rakan.

5. Beberapa orang murid lain dipilih untuk menceritakan semula maklumat yang disampaikan oleh rakan tanpa bantuan gambar.

KBT:

Kreativiti dan inovasi (Persediaan)

Lampiran 1

Langkah 2

1. Murid dalam kumpulan dikehendaki menilai keadaan sungai yang terdapat dalam gambar dan menyatakan idea mereka tentang punca berlakunya pencemaran pada sungai tersebut.

KBT:

Kreativiti dan inovasi (Imaginasi)

Lampiran 1

Langkah 3

1. Guru meminta seorang murid membaca petikan daripada bahan multimedia yang dipaparkan pada skrin secara kuat dengan sebutan yang betul dan jelas

KBT:

Kreativiti dan inovasi

Lampiran 2 Petikan

Referensi

Dokumen terkait

Calon penyedia barang yang telah dinyatakan LULUS administrasi maka dilanjutkan ke tahap evaluasi teknis dengan hasil 1 (satu) penyedia yakni PT.. MITRA MEDITRANS

Kepada peserta yang memasukkan penawaran, yang berkeberatan atas hasil Pemilihan Langsung ini, dapat menyampaikan sanggahan secara elektronik melalui aplikasi

Pada hari ini, Kamis tanggal Tujuh bulan Februari tahun Dua Ribu Tiga Belas (07-02-2013), Panitia Pengadaan Barang/Jasa di Lingkungan Bidang Cipta Karya Dinas Pekerjaan

Pada hari ini, kamis tanggal tujuh belas bulan maret tahun dua ribu enam belas, kami yang bertanda tangan di bawah ini Pokja ULP Dinas Pekerjaan Umum dan

Direktur Utama/Pimpinan Perusahaan,atau penerima kuasa dari Direktur utama/Pimpinan Perusahaan yang nama penerima kuasa yang tercantum dalam Akta Pendirian dan Perubahaannya.

Honeycomb pada Studi Kasus: Traveloka, Tiket.com, dan Pegi-pegi telah melakukan studi pustaka pada beberapa jurnal untuk memperkaya pustaka tentang penelitian yang sedang

[r]

Kesalahan-kesalahan tersebut yaitu: 28 kesalahan dalam tataran fonologi dengan persentase 10,5% yang terdiri dari kesalahan karena perubahan fonem, kesalahan karena