• Tidak ada hasil yang ditemukan

: Struktur Politik, Ekonomi dan Sosial Dalam Masyarakat Melayu Tradisional

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan ": Struktur Politik, Ekonomi dan Sosial Dalam Masyarakat Melayu Tradisional"

Copied!
23
0
0

Teks penuh

(1)

i-WIN Library

Perpustakaan Internasional Waqaf Illmu Nusantara Office: Centre for Policy Research and International Studies (CenPRIS) Universiti Sains Malaysia, Penang, Malaysia 11800 E-mail: secretariat.alamnusantara@gmail.com admin@waqafilmunusantara.com Visit us at: https://www.waqafilmunusantara.com

Title : Struktur Politik, Ekonomi dan Sosial Dalam Masyarakat Melayu Tradisional

Author(s) : Nurul Nazieha Binti Mohumad Nazi Institution : Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Category : Article, Competition

Topics : History

(2)

KERAJAAN DAN MASYARAKAT MELAYU

TAJUK:

STRUKTUR POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL DALAM MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL

DISEDIAKAN OLEH:

NURUL NAZIEHA BINTI MOHUMAD NAZI

(3)

1.0 PENGENALAN

1.1 DEFINISI MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL

Apabila membicarakan tentang struktur masyarakat Melayu tradisional, ianya merupakan satu perbincangan pensejarahan atau satu bentuk kehidupan masyarakat yang tidak dapat dipisahkan dari merujuk kepada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Sejarah awal kemunculan zaman ini adalah disebabkan oleh kewujudan sebuah kerajaan yang mampu membentuk sebuah masyarakat melayu yang mempunyai sistem serta struktur tersendiri. Malah, apa yang menarik lagi adalah apabila terdapat sebahagian daripada sistem tersebut yang masih lagi diguna dan diamalkan sehingga ke hari ini.

Secara amnya, masyarakat Melayu tradisional ini merupakan satu istilah. Jadi, pendefinisiannya haruslah merujuk kepada maksud siapa itu orang Melayu dan zaman tradisi yang diwakilinya. Orang Melayu menurut Andaya dalam “A History of Malaysia” adalah mereka yang beragama Islam dan juga bertutur menggunakan bahasa Melayu.1 Manakala menurut Muhammad Yusoff Hashim dalam bukunya, “Kesultanan Melayu Melaka” berpendapat bahawa orang Melayu terbahagi kepada dua kumpulan.

Dimana kumpulan pertama adalah merupakan bumiputera Melayu atau orang Melayu tempatan yang sememangnya berasal dari Melaka. Manakala kumpulan kedua adalah mereka yang dari Nusantara.2 Oleh itu, mereka yang berasal dari Kalimantan, Kepulauan Indonesia dan Filipina juga termasuk sebagai orang Melayu.

Hal ini dapat dilihat dengan jelas dan menarik dalam makalah “Commerce and Social Change Among Nusantara Malays” oleh Abdul Maulud Yusof yang berpendapat bahawa;

“Nusantara Malays are the indigenous groups which have populated the present Malay Penisula, Kalimantan, the Islands of Indonesia and the Philippines.

Before the arrival of the Hindu, Islamic and Christian faiths, the Nusantara Malays were a cultural entity, thriving in ports and inland settlements”.3

Selain itu, pembuktiaan terawal berkenaan masyarakat Melayu ini juga dapat dilihat melalui penemuan di dalam catatan Ptolemy yang menyatakan bahawa penutur bahasa Austronesia telahpun mengisytiharkan diri mereka sebagai “Melayu” sejak awal abad ke-2 Masihi lagi. Malah, penemuan ini juga telah membuktikan bahawa bangsa Melayu sebenarnya telah bertapak sejak dahulu lagi dan masih kekal lagi sehingga ke hari ini. Tambahan, menurut sejarawan barat iaitu Robert Hein van Geldernlah, beliau berpendapat bahawa telah berlaku dua fasa penghijrahan dalam pembentukan

1 Barbara Watson Andaya dan Leonard Y.Andaya, A History of Malaysia, London: Macmillan Press Ltd., 1982, hlm.3.

2 Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, hlm.275.

3 Abdul Maulud Yusof, “Commerce and Social Change Among Nusantara Malays”, Malaysia in History, Jil.23, 1980, hlm.113.

(4)

masyarakat di Kepulauan Melayu.4 Dimana pada peringkat pertama merangkumi perpindahan dalam kalangan nenek moyang orang asli ke Kepulauan Melayu sejak 2500 tahun yang lalu. Kumpulan ini terdiri daripada pelbagai etnik seperti Sakai, Terniar, Jakun dan Seman dimana mereka ini juga dikategorikan dalam golongan Melayu-Proto.

Manakala dalam peringkat kedua pula iaitu golongan Melayu-Deutro, penghijrahan berlaku apabila nenek moyang orang melayu telah berpindah ke Kepulauan Melayu sekitar 1500 tahun yang lalu.

Walaubagaimanapun, ciri-ciri utama berkenaan indentiti masyarakat Melayu itu adalah merupakan satu bangsa yang beragama Islam, menuturkan bahasa Melayu sebagai alat berkomunikasi dan mengamalkan kehidupan masyarakat Melayu yang penuh dengan adat dan peraturan.5 Oleh itu dapat disimpulkan bahawa masyarakat melayu tradisional boleh ditakrifkan sebagai satu gambaran orang Melayu yang mengamalkan adat istiadat yang telah sebati dan kekal secara turun-temurun dalam kehidupan mereka. Ini memberi erti bahawa mereka tidak begitu terpengaruh dengan perubahan dan suasana sekeliling. Dalam erti kata lain juga, perubahan diterima dengan penyesuaian keadaan setepat. Dengan ini unsur-unsur tradisi dari segi politik, ekonomi dan sosial yang ada pada masyarakat Melayu dapat dikekalkan sepanjang zaman.

2.0 POLITIK MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL 2.1 KONSEP POLITIK TRADISIONAL

Dalam sistem politik masyarakat Melayu tradisional, sultan mempunyai kuasa yang mutlak dan sentiasa berada di kedudukan yan tertinggi. Rakyat akan sentiasa akur serta patuh dengan menjunjung kedaulatan raja. Ini kerana raja dianggap sebagai wakil, bayangan atau jelmaan tuhan di muka bumi ini. Misalnya dalam Sejarah Melayu, raja disebut sebagai “dzi Allah fil’alam”. Konsep ini sebenarnya adalah kesinambungan daripada zaman Pra-Islam di Alam Melayu yang menyatakan bahawa raja itu

‘dewasakhti atau devaraja’.6 Malah konsep ini juga ada diceritakan dalam cerita penglipurlara Melayu iaitu Hikayat Malim Dewa ;

"Bukan teluk parang-parang Anak ketam di dalam padi

Telutuk dilepuh-lepuh Erayang dibalik rumah

Bukannya makhluk hak sebarang-barang

4 Mohammed anwar omar Din, The Malay Origin: Rewrite Its History, Jurnal Melayu, Vol 7(2011), hlm.4.

5Mohd. Taib Osman,1989, Masyarakat Melayu: struktur, organisasi dan manifestasi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm 11.

6 Heine Geldern, 1944, Conception of state and kingship in Southest Asia, JMBRAS, Kuala Lumpur, hlm 22.

(5)

Cucu Adam sepian Nabi Turun dari langit yang ketujuh

Jadi khalifah kepada Allah"

Jelaslah disini bahawa masyarakat pada ketika itu terlalu menyanjungi serta mentaati akan pemerintah mereka. Tambahan pula, asas dalam hubungan politik Melayu ini sebenarnya telah berteraskan kepada satu perjanjian. Perakuan ini berlaku antara Demang Lebar Daun yang mewakili rakyat dengan Sang Si Perba yang mewakili raja atau pemerintah. Perjanjian dan perakuan tersebut berbunyi :

“Adapun Tuanku, segala anak cucu patik sedia akan menjadi hamba ke bawah duli yang dipertuan, hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli tuanku, dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadilatkan, dinista dengan kata-kata yang jahat; jikalau besar dosanya dibunuh, itu pun jika berlaku pada hukum syarak.”

– Demang Lebar Daun.

“Hendaklah pada akhir zaman kelak, anak cucu bapa hamba jangan derhaka pada anak cucu kita. Jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun.’ – Sang Si Perba.

“Baiklah tuanku. Tetapi jikalau anak buah tuanku dulu mengubah ia, maka anak cucu patik pun mengubahkannya.” – Deman Lebar Daun.

“Baiklah, kabullah hamba akan wa’adat itu.”7 – Sang Si Perba.

Inilah perjanjian awal yang telah mengikat kesetiaan daan memberi perlindungan antara pemerintah dan rakyat. Walaupun kedua-dua mereka merupakan pemimpin pada ketika itu tetapi sikap tolak ansur Deman Lebar Daun telah memberi laluan kepada Sang Si Perba. Tambahan, persetiaan atau perjanjian ini sekaligus telah memberi kebenaran kepada raja untuk memerintah dan golongan yang perlu mendaulatkan raja itu adalah rakyat. Apabila rakyat menerima kedaulatan raja, maka rakyat perlu menerima pemerintahan dan sistem perundangan yang diletakkan oleh raja.

Raja pula tidak boleh mengaibkan, menista, mengkeji atau memalukan rakyat. Dapat kita lihat, satu hal yang menarik ialah seandainya ada pihak yang mengubah persetiaan ini maka kedua-dua pihak akan menerima hukum Allah. Jelaslah bahawa perjanjian ini tidaklah bersifat berat sebelah kepada mana-mana pihak.

2.2 PEMBAHAGIAN UNIT POLITIK

Terdapat tiga unit politik yang telah diwujudkan bagi melicinkan sistem pentadbiran tradisional ini. Antara unit politiknya adalah :

i) Peringkat Negeri

Peringkat ini merupakan unit politik yang paling besar. Jadi dari segi politiknya, raja atau sultan yang akan menjadi pemerintah dalam peringkat ini. Memandangkan

7 A.Samad Ahmad, Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2019, hlm.25.

(6)

sultan berada di kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan maka bagindalah yang akan menjadi menjadi ketua kerajaan. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan rakyat termasuk pembesar tidak boleh membantah perintah sultan. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat juga perintah sultan yang boleh dijadikan sebagai undang- undang. Bahkan, selain daripada menggubal undang-undang, baginda juga boleh menjatuhkan hukuman termasuklah hukuman bunuh serta berhak juga untuk mengampunkan pesalah.

Dalam aspek politik juga, sultan berhak menentukan hubungan diplomatik. Hal ini kerana sultan lebih aktif dalam menjalin hubungan hal ehwal luar. Oleh kerana itu, perjanjian dengan kuasa-kuasa asing itu tidak akan sah jika tidak ditandatangani oleh sultan. Sebagai contoh, Parameswara merupakan antara pemerintah yang sangat aktif dalam menjalankan hubungan diplomatik seperti bekerjasama dengan kerajaan China.

Namun, walaupun peringkat ini diketuai oleh raja atau sultan tetapi golongan pembesar juga bertanggungjawab dalam membantu untuk melicinkan segala urusan pentadbiran negeri. Sesebuah negeri adalah tertakluk di kawasan muara sungai yang besar. Jadi, bagi pembahagian kawasan, ianya ditentukan melalui sempadan negeri melalui faktor geografi dan juga sungai pada ketika itu. Oleh itu, kuala sungai pada ketika itu telah dijadikan sebagai ibu negeri masing-masing. Kedudukan yang strategik ini dipilih kerana ianya sangat berguna bagi membolehkan seseorang pemerintah itu mengawal setiap pergerakan keluar masuk penduduk ataupun pedagang luar.

ii) Peringkat Daerah

Peringkat ini terletak jauh sedikit dari ibu kota dan pusat pentadbiran sesebuah negeri. Daerah juga merupakan kawasan yang dihadkan oleh penggunaan sungai sebgai alat perhubungan. Sesebuah daerah berkemungkinan merangkumi satu atau kedua-dua bahagian tebing sungai negeri itu. Ianya dikawal oleh seorang pembesar tempatan yang digelar Dato’ dan turut dibantu oleh beberapa orang penolong yang terdiri daripada kerabatnya sendiri. Sempadan daerah ini telah ditentukan oleh sempadan sungai.

Pembesar dalam peringkat daerah ini juga berfungsi dalam menjalankan pentadbiran daerah atau tempatan. Selain itu, mereka ini juga bertanggungjawab menjaga keamanan daerah masing-masing, memungut cukai, menjadi utusan raja serta menjadi orang perantaraan antara golongan pemerintah dengan rakyat. Jadi, sekiranya terdapat sebarang titah perintah dari sultan di istana maka golongan inilah yang akan menyampaikan berita tersebut kepada rakyat biasa.

iii) Peringkat Kampung

Unit politik pada peringkat ini merupakan unit yang paling kecil.

Pentadbirannya terletak di dalam kawasan pedalaman dan juga pinggir-pinggir sungai ataupun laut. Penghulu atau penggawa merupakan orang yang dipertanggungjawabkan untuk memerintah dan mengetuai dalam peringkat ini. Mereka ini ditadbir oleh para pembesar tetapi dilantik oleh sultan dari keluarga yang baik-baik dan dianugerahkan

(7)

juga surat tauliah kepada mereka. Penghulu ini pada dasarnya juga merupakan rakyat biasa sahaja tetapi mempunyai status sosial yang tinggi dalam masyarakat. Malah, mereka ini boleh dikatakan mempunyai tugas dan fungsi yang sama seperti pembesar tetapi konteks tugasnya yang lebih kecil sedikit iaitu hanya tertumpu dalam penduduk kampung sahaja.

Penghulu berkuasa penuh kepada anak buahnya. Kadangkala, penghulu diarahkan untuk membekalkan dan menyedia tenaga buruh kepada pembesar atau sultan. Tujuannya adalah bagi mengendalikan kerja-kerja membuat istana, membina jalan, mengerjakan sawah dan lain-lain. Malah, penghulu juga bertanggungjawab untuk mengerah dan mengumpul rakyat bagi tujuan peperangan. Selain itu, penghulu juga berperanan memastikan seluruh penduduk kampung di bawah jagaannya memberi taat setia kepada sultan, di samping menjaga keselamatan kampung.

2.2 HUBUNGAN DIPLOMATIK

Apabila bercerita tentang hal-hal politik, sudah tentu tidak asing lagi bagi kita mendengar tentang hubungan diplomatik yang diadakan oleh sesuatu kerajaan yang terlibat. Begitu juga yang berlaku pada zaman masyarakat Melayu tradisional pada suatu ketika dahulu. Dapat kita lihat bahawa Melaka merupakan sebuah negeri berkerajaan Melayu yang mempunyai pentadbiran sangat sistematik. Oleh itu ia juga mempunyai pemerintah yang bijaksana dalam menjaga kepentingan negeri dan rakyat.

Misalnya, pemerintah Melaka iaitu Parameswara pada suatu ketika dahulu merupakan seorang pemerintah yang bijak dalam menyusun strategi bagi memajukan negeri yang ditadbirnya. Hal ini dapat dibuktikan apabila Parameswara mula mendapatkan perlindungan dari kuasa besar seperti China melalui hubungan diplomatik yang diadakan dengan negara tersebut. Pada asalnya, hubungan diplomatik itu diadakan bagi mengelakkan Melaka diserang oleh ancaman Siam.8

Hubungan diplomatik antara Parameswara dan kerajaan China ini bermula semasa kedatangan rombongan kerajaan Ming yang singgah di Melaka. Rombongan tersebut diketuai oleh Laksamana Ying Ching dan akhirnya bersetuju untuk meletakkan Melaka di bawah tanah naungannya. Berikutan itu, Parameswara telah pun mendapat pengiktirafan sebagai Raja Melaka daripada Maharaja Ming Cheng Zu (Yu Lo). Bukan itu sahaja, Maharaja Ming Cheng Zu juga turut merasmikan sebuah bukit sebagai tiang seri negeri dengan menegakkan sebuah batu bersurat yang dikirimkan di atasnya melalui kiriman surat pada tahun 1405 Masihi.

Selain itu, dikirimkan juga beberapa alat kebesaran seperti cop mohor dan pakaian kepada Parameswara. Menurut Abdul Haji Hj. Hassan; 1986:166, kerajaan Ming juga turut mengirimkan beberapa alat kebesaran diraja seperti cop mohor dan sepersalinan pakaian diraja untuk kegunaan dalam pemerintahan Parameswara. Oleh itu, hubungan antara negeri Melaka dan Kerajaan Ming menjadi semakin baik dan akrab. Buktinya, kedua-dua kerajaan tersebut saling menjaga kepentingan antara satu sama lain. Contohnya, Maharaja Cheng Zu (Yung Lo) pernah memberikan bantuan

8 Asmad, (ed), 1983, Dokumentasi: SeminarSejarah Melaka, Kerajaan Negeri Melaka, hlm 27.

(8)

perlindungan kepada pemerintahan Parameswara apabila Melaka diserang oleh Siam dengan cara menghantar Laksamana Cheng Ho (Zheng He) ke Siam untuk memberi amaran supaya tidak menganggu Melaka lagi.

Semasa pemerintahan Parameswara, beliau juga pernah menghantar sebanyak lima perwakilan ke China, tidak termasuk dirinya sendiri pada tahun 1411 Masihi. Tiga daripada perwakilan tersebut diketuai oleh Abdullah Kasim (A-pu-la-chia-hsin) pada tahun 1409, Seri Samalan Jaya (Hsi-li-sa-ma-lan-cha-ya) iaitu anak saudara perempuan Parameswara pada tahun 1412 dan pada tahun 1413 dihantar pula Seri Diraja (Sai-li-la- che) iaitu anak Parameswara sendiri. Tujuan perwakilan ini dikatakan bagi mengeratkan lagi hubungan antara Melaka dengan China sekaligus bagi memajukan urusan perdagangan anatara kedua negeri tersebut. (W. Gungwu; 1968:48)

Putera Raja Melaka, Mu-ka-sa-yu-ti-er-sha, telah menghadap ke istana, dan menjelaskan tentang kemangkatan ayahandanya pa-li-mi-su-la. Satu perintah telah dikeluarkan yang mengatakan Mu-kan-sa-yu-er-sha akan menggantikan ayanhandanya sebagai raja dan hadiah-hadiah berupa emas, perak, kain bersulam emas, sutera halus, tengkolok, tali pinggang dan jubah yang disulam dengan benang emas telah dianugerahkan.

(Wang Gungwu; 1968:48) Mengikut catatan China, pada tahun 1435 Masihi satu rombongan dari Melaka yang dipimpin oleh Megat Iskandar Syah, anak Parameswara telah sampai ke China.

Kedatangan rombongan tersebut adalah untuk memberitahu tentang berita kemangkatan ayahandanya. Seraya mendengar berita tersebut, Megat Iskandar Syah telah ditabalkan untuk menjadi pemerintah di Melaka bagi menggantikan tempat ayahandanya sebagai raja. Selain itu, beberapa hadiah seperti emas, perak, kain bersulam emas, sutera halus, tengkolok, tali pinggang dan jubah yang disulam dengan emas telah diberikan kepada Megat Iskandar Syah sebagai penganugerahan daripada China.

2.3 PEMBENTUKAN UNDANG-UNDANG MELAKA

Antara faktor lain yang menjadikan Melaka sebagai pusat politik yang terkenal ialah melalui pembentukan undang-undangnya. Undang-undang atau sistem perundangan adalah satu cara bagi menyelesaikan pelbagai bentuk masalah dan kekecohan dalam masyarakat termasuklah bangsa asing yang tinggal mahupun menetap di Melaka. Kerajaan Melayu Melaka misalnya ketika itu telah menggubal undang- undang dalam usaha bagi memastikan kestabilan politik dan melancarkan pentadbiran negara. Terdapat dua buah teks undang-undang tradisional di Melaka iaitu undang- undang di daratan dan undang-undang di lautan. Ianya juga dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka. Undang-undang darat Melaka ini juga merangkumi peraturan yang harus diikuti oleh semua masyarakat dan bertujuan untuk mengawal keselamatan serta keamanan.

Pada asalnya Hukum Kanun Melaka ditetapkan berdasarkan hukum dan adat yang berlaku dalam kalangan masyarakat setempat. Namun, semasa zaman

(9)

pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah, undang-undang ini ditukarkan berdasarkan hukum hudud. Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan fasal 7.2 dalam Hukum Kanun Melaka ;

“…Adapun jikalau ia mencuri, maka tertangkap lalu dibunuhnya maka kenalah denda akan dia setengah harganya… Adapun pada hukum Allah orang yang mencuri itu tiada harus dibunuh, melainkan potong tangannya”.

Perubahan teras ini adalah disebabkan oleh pengaruh agama Islam di Melaka pada waktu itu. Oleh itu, undang-undang Islam ini hanyalah dilakukan kepada orang Islam sahaja manakala bangsa lain akan dihukum mengikut agama atau adat masing- masing. Sebagai contoh, jikalau seseorang lelaki Islam telah berzina dengan seorang perempuan Cina. Jadi hukuman yang dijatuhkan kepada lelaki tersebut adalah berdasarkan undang-undang Islam manakala perempuan tersebut pula akan dihukum mengikut adab dan agamanya.

Walaubagaimanapun, peraturan umum bagi kesalahan seperti mencuri, merompak dan sebagainya akan dilaksanakan untuk semua bangsa termasuklah bangsa asing yang ada di Melaka. Ini menunjukkan sikap pemerintah Melaka yang sangat bertoleransi dan adil terhadap rakyatnya. Baginda hanya menghukum rakyat yang benar-benar melakukan kesalahan sahaja. Perkara ini telah menarik bangsa lain seperti pedagang yang datang dari China, Gujerat serta bangsa lain untuk datang dan menetap di Melaka.

Manakala teks yang kedua pula dikenali sebagai “Undang-undang Laut Melaka”

atau “Adat Pelayaran Melaka”. Teks ini juga diterjemahkan sebagai “The Maritime Laws of Malacca”. Selain itu, antara kandungan yang termaktub dalam undang-undang tersebut adalah merangkumi tatatertib berniaga, cara berjual beli, hukum-hukun jenayah di kapal, larangan dan tanggungjawab nakhoda, kiwi serta anak kapal.

Secara ringkasnya, Undang-undang Laut Melaka ini diwujudkan untuk melancarkan dan melicinkan segala urusan pedagangan di Selat Melaka. Berikutan ini juga, ianya sekaligus dapat menggalakan kedatangan pedagang asing dari luar untuk terus berdagang di Melaka. Undang-undang ini juga dilaksanakan berdasarkan hukum syarak. Misalnya hukuman potong tangan akan dikenakan terhadap pencuri yang tertangkap. Malah ianya juga telah mendatangkan kebaikan kerana Melaka telah menjadi sebuah negeri yang aman dan selamat sehingga berjaya muncul sebagai pusat politik di Nusantara.

3.0 EKONOMI MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL 3.1 KONSEP EKONOMI MASYARAKAT MELAYU

Masyarakat Melayu tradisional telah mempunyai satu bentuk sistem ekonomi yang teratur. Mereka ini melakukan aktiviti-aktiviti ekonomi berasaskan kepada lokasi dan geografi sesebuah kerajaan.9 Masyarakat yang tinggal di kawasan laut akan

9 Paul Wheatly, 1967, The Golden Khersones, JMBRAS, Kuala Lumpur, hlm 99-106.

(10)

menjalankan aktiviti-aktiviti melibatkan kelautan seperti menangkap ikan dan hasil laut.

Masyarakat yang tinggal di kawasan daratan pula akan melibatkan diri dalam aktiviti- aktiviti ekonomi seperti bercucuk tanam, menternak haiwan dan mengutip hasil hutan.

Secara amnya, kegiatan ini bermaksud aktiviti ekonomi yang dijalankan untuk mendapatkan bahan, makanan dan lain-lain hasil bagi memenuhi keperluan harian masyarakat itu sendiri. Tujuannya juga adalah bagi menjamin kestabilan ekonomi, kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat. Dalam eri kata lain, keperluan asas yang diperlukan mereka adalah hanya untuk keperluan hidup dengan menyara keluarga sendiri sahaja. Malah, aktiviti ekonomi sebegini juga tidak menghasilkan lebihan produk bagi tujuan pemasaran.

Hal ini dapat dibuktikan dengan melihat negeri Melaka sebagai asas kegemilangan ekonomi di Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu. Malah dalam

‘Sejarah Melayu’ juga turut melukiskan tentang kebesaran dan kekayaan Melaka seperti berikut ;

“Adapun zaman itu negeri Melaka terlalu sekali ramainya, segala pedagang pun berkampung; maka dari Ayer Leleh datang ke Kuala Muar pasar tiada berputusan lagi, dari Kampung Kelinang datang ke Kuala Penajoh ini pun tiada berputusan; jika orang dari Melaka datang ke Jugra tiada membawa lagi, barang di mana berhenti di sana adalah rumah orang; dari sebalah sini hingga datang ke Batu Pahat demikian juga, kerana masa itu rakyat Melaka sembilan belas laksa banyaknya yang di dalam negeri juga.”

Selanjutnya Sejarah Melayu menyatakan juga,

“Maka Hang Nadim pergilah naik kapal Hang Isap, kerana pada masa itu orang Melaka ratalah berkapal belaka.”

“Bendahara Seri Maharaja pula begitu kaya hingga anak cucunya bermainkan serbuk emas dan beliau tidak mengenali hambanya kerana hambanya berpakaian agak mahal.”

Jelaslah kenyataan-kenyataan ini adalah merupakan bukti yang menunjukkan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Selain daripada karya melayu, kegemilangan dan kekayaan ekonomi Melaka juga dapat dibuktikan melalui karya Barat seperti penulisan Tom Pires di dalam bukunya, ‘The Suma Oriental of Tome’

yang menyatakan ;

“Whoever is lord of Malacca has hand on the throat of Vennice.”

(Barang siapa menguasai Melaka, ia boleh menguasai Venice) Beliau juga telah menulis,

“… in the port of Malacca very often eighty-four languages have been found spoken, everyone distinct…”

(… di pelabuhan Melaka lazimnya terdapat lapan puluh empat bahasa dipertuturkan, tiap-tiap satu berlainan…)

(11)

Berdasarkan apa yang diperkatakan dalam karya-karya sejarah tersebut, jelaslah bahawa Kesultanan Melaka sememangnya merupakan sebuah kerajaan yang teragung dan mewah. Oleh itu, sudah tentu ia juga memiliki kestabilan ekonomi yang mantap.

Jika tidak, masakan pedagang datang dengan begitu ramai dan rakyat juga hidup begitu mewah. Malah, pedagang-pedagang yang datang dari jauh dan dekat hingga terdapat 84 jenis bahasa yang dipertuturkan ini sudah tentu merasakan bahawa keadaan ekonomi di Melaka sangat sesuai untuk menjalankan aktiviti perdagangan.

3.2 JENIS KEGIATAN EKONOMI i) Bertani

Masyarakat Melayu tradisional sememangnya terkenal dengan aktiviti pertanian dalam aspek ekonominya sejak dulu lagi. Malah, kegiatan pertanian ini juga turut dikaitkan dalam teks Sulalatus Salatin. Misalnya telah dihikayatkan di dalam Sulalatus Salatin bahawa Bukit Siguntang adalah merupakan kawasan penanaman padi huma yang sangat subur.

“Alkisah maka tersebutlah perkataan sebuah negeri di tanah Andalas, Palembang namanya; nama rajanya Demang Lebar Daun, asalnya daripada anak cucu Raja Sulan juga. Adapun negeri Palembang itu, Palembang yang ada sekarang inilah. Muara Tatang nama sungainya, di hulunya itu ada sebuah sungai, Melayu namanya. Adalah dalam dalam sungai itu ada satu bukit bernama Bukit Si Guntang; di hulunya Gunung Mahamiru, di daratnya ada satu padang bernama Padang Penjaringan. Maka ada dua orang perempuan balu berhuma padi, terlalu luas humanya; adalah namanya seorang Wan Empuk dan seorang namanya Wan Malini. Maka terlalu jadi padinya. Tiada dapat diperkatakan; telah hampir akan masak padinya itu.”

Secara amnya ianya memberikan kita gambaran tentang masyarakat yang hidup bersederhana dan kemudiannya berubah menjadi mewah dengan kedatangan Keturunan Raja Melayu iaitu Nila Pahlawan, Kriysna Pandita dan Nila Utama. Jelaslah disini bahawa punca pendapatan masyarakat kampung pada masa dahulu adalah berasakan daripada kegiatan pertanian. Tambahan ia juga menceritakan bahawa kita perlulah sentiasa berbuat baik dengan semua orang dalam mencari rezeki supaya memperolehi rezeki yang halal. Misalnya, pertolongan yang diberikan oleh Wan Empuk dan Wan Malini kepada ketiga-tiga anak raja itu mendatangkan keajaiban apabila ketiga beradik itu menukarkan tanaman padi tersebut kepada berbuah emas, berdaun perak dan berbatangkan suasa.

ii) Perniagaan dan Perdagangan

Setelah bergiat aktif dalam bidang pertanian, terdapat juga perkembangan unsur ekonomi yang berkait dengan perniagaan dalam masyarakat Melayu tradisional. Tetapi masyarakat Melayu yang terlibat dalam kegiatan perniagaan ini hanyalah dalam skala yang kecil sahaja. Hal ini dapat dibuktikan apabila aktiviti perdagangan pada ketika itu kebanyakannya dijalankan oleh pedagang Arab. Namun, disamping mampu

(12)

meningkatkan pendapatan para pedagang, ia juga sebenarnya telah membantu dan memberi peluang kepada penduduk tempatan dari sudut memenuhi keperluan hidup samada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan. Misalnya, Sultan Mahmud pernah mengarahkan Hang Nadim supaya membeli 40 jenis kain. Setiap jenis kain mengandungi 40 jenis warna diikuti juga dengan 40 jenis corak dari India. Malangnya, titah itu tidak dapat ditunaikannya kerana kapal Hang Nadim telah tenggelam dipukul ribut dan badai yang kuat. Namun begitu, peristiwa ini telah membuktikan bahawa Melaka telah menjalankan kegiatan import dengan negara lain demi memenuhi keperluan hidup.

Selain itu, kedudukan Melaka yang strategik juga turut menjadikannya masyhur dan sekaligus menjadi punca wujudnya perkembangan ekonomi kepada aktiviti berasakan perniagaan. Melaka menjadi pusat pertemuan segala dagang. Ramai juga yang mengenali Melaka dengan panggilan ‘Malakat’ iaitu himpunan para dagang.10 Menurut Duarte Barbosa, seorang pengarang Portugis mengatakan bahawa Melaka adalah sebuah pelabuhan yang tersibuk dan mempunyai bilangan pedagang serta jumlah kapal yang paling banyak sekali pada waktu tersebut.11 Bukti kesibukan di pelabuhan Melaka ini dapat dilihat melalui catatan Tome Pires yang mengatakan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 100 buah kapal besar dan kira-kira 30 hingga 40 buah kapal-kapal kecil datang ke pelabuhan Melaka pada setiap tahun. Berikutan itu, kuasa Portugis menjadi iri kepada Melaka dan sanggup memerangi hingga berjaya menawan Melaka.

Tom Pires juga pernah mengatakan bahawa di pelabuhan Melaka biasanya terdapat 84 bahasa yang dituturkan dan setiap pertuturan itu adalah berbeza.

Walaubagaimanapun, negeri Melaka juga turut dikatakan berperanan sebagai pelabuhan entrepot, iaitu mengumpul dan mengagihkan barangan dari India, Cina, Timur Tengah dan Kepulauan Melayu. Hal ini adalah kerana Melaka merupakan sebuah pelabuhan yang mengamalkan dasar perdagangan serta pelabuhan yang bebas. Bukti perdagangan bebas yang dijalankan adalah apabila Melaka menyediakan kemudahan- kemudahan perkapalan untuk para pedagang asing dan tempatan, keselamatan para pedagang juga turut dijamin, sistem mata wang dan timbangan yang digunakan pula adalah seragam serta sistem kehakiman yang dijalankan sangatlah adil kepada semua pihak.12 Jadi, kesemua kemudahan ini dipercayai akan mendatangkan keuntungan yang tinggi untuk aktiviti perdagangan yang berlaku di Melaka.

iii) Bekerja di istana

Sumber ekonomi yang dapat diperolehi pada zaman masyarakat melayu tradisional juga adalah melalui pekerjaan di istana. Sebagai contoh pekerjaan yang ditawarkan di istana adalah sebagai dayang, pembesar, laksamana dan juga pengawal.13

10 Zulhilmi Paidi, Rohani Abdul ghani, 2003, Pendidikan Negara Bangsa, Bentong: PTS Publications &

Distributors, hlm 143.

11 Abdul Halim Saad, Hj. Abdul Halim, Ab. Rahman,1994, Malaysia Kita. Cet.2, Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), hlm 134.

12 Abdullah haji Jaafar,1985, “Al-Imam”, dalam Khoo Kay Kim, Sejarah Masyarakat Melayu Moden, Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, hlm 93.

13 Raja.Mohd Affandi, Perbandaran dan Orang Melayu, 1977, Kuala Lumpur: Utusan Melayu. Hlm 55- 56.

(13)

Bekerja di istana juga boleh dianggap satu kelebihan kepada individu atau golongan yang terlibat kerana dapat menjamin kehidupan sendiri dan keluarga. Contohnya, dapat kita lihat bagaimana Hang Tuah dan Badang yang pada asalnya hanyalah merupakan masyarakat yang biasa sahaja tetapi telah dilantik menjadi laksamana oleh sultan.

Berkat dari pekerjaan tersebut mereka telah diberikan persalinan, wang, kedudukan dan juga dihormati oleh semua masyarakat.

3.2 PERANAN SULTAN/RAJA DALAM ASPEK EKONOMI

Dari segi ekonomi pula, sultan berkuasa sepenuhnya ke atas segala sumber ekonomi di bawah pemerintahannya. Baginda mengambil bahagian dalam perniagaan dan mendapat keuntungan yang sangat lumayan. Selain itu, baginda juga berkuasa dalam hal berkaitan hasil pertanian, buruh dan perdagangan serta memungut cukai. Oleh itu, baginda bertanggungjawab menyelaras sistem cukai dalam pemerintahannya sekaligus mempunyai hak sepenuhnya untuk memperolehi hasil pungutan cukai tersebut.

Misalnya, Sultan Pahang memperolehi cukai import yang dikenakan ke atas muara Sungai Pahang yang berjumlah $50,000 setahun. Selain itu, Sultan Abdul Samad juga turut menerima hasil pungutan cukai bijih timah dari daerah Kelang daripada Raja Mahadi. Jika dilihat dari segi pertanian pula, sultan atau raja juga mempunyai hak untuk mengerahkan rakyatnya bertani. Tetapi baginda hanya mewakilkan sahaja urusan tersebut kepada para pembesar negeri.

Namun begitu, jelaslah bahawa sultan juga berkuasa melaksanakan sistem kerah. Maksud sistem kerah ini adalah rakyat perlu melaksanakan sesuatu pekerjaan atau tugasan bagi pihak sultan tetapi tidak akan dibayar sebarang upah dalam jangka masa yang ditetapkan. Sebagai contoh jenis pekerjaan yang terlibat adalah membina istana, membina jambatan, menjadi tentera dan lain-lain.

Lazimnya, sistem kerah ini hanya dilakukan ke atas rakyat atau golongan bawahan sahaja. Golongan bangsawan atau rakyat biasa yang mempunyai kelas sosial yang tinggi akan dikecualikan. Di Kedah, antara golongan yang dikecualikan daripada sistem kerah ini adalah yang terdiri daripada golongan baik-baik seperti haji, penghulu dan juga syed (keturunan nabi). Jelaslah disini dapat kita lihat terdapat jurang dan perbezaan yang sangat ketara dalam kalangan rakyat pada masa tersebut.

3.3 PERANAN PEMBESAR DALAM ASPEK EKONOMI

Dari segi ekonomi, pembesar sebenarnya lebih berkuasa daripada sultan. Hal ini dapat dibuktikan apabila kebanyakan para pembesar menguasai hasil perlombongan bijih timah sekaligus menjalankan kegiatan perlombongn ini melalui sistem serah dan kerah. Jadi tidak hairanlah golongan pembesar ini sering memperolehi sumber pendapatan yang lumayan. Berikutan itu, terdapat juga golongan pembesar yang kaya raya dan mempunyai bilangan hamba yang sangat ramai berbanding sultan. Misalnya

(14)

adalah Tun Mutahir yang pada suatu ketika dahulu sangat terkenal sebagai seorang pembesar yang kaya dengan harta serta hamba.

Selain itu, pembangunan ekonomi negeri juga dipertanggungjawabkan kepada golongan pembesar. Mereka ini berperanan untuk memastikan segala urusan perdagangan dalam negeri berjalan dengan lancar dan teratur. Malah, mereka juga berhak menentukan timbangan dan sukatan dalam urusan perdagangan. Mereka juga turut menjalankan urusan perdagangan tetapi hanya dengan izin sultan. Meskipun begitu, keterlibatan mereka dalam urusan perdagangan ini bukanlah secara langsung kerana mereka hanyalah menjadi pihak yang menyumbangkan modal sahaja. Oleh itu, segala urusan perdagangan mereka itu akan diuruskan oleh wakil-wakil mereka yang dilantik.

Sistem cukai dalam aspek ekonomi dalam masyarakat melayu tradisional juga sebenarnya turut melibatkan pihak pembesar. Walaupun sultan dikatakan berhak menguasai keseluruhan hasil pungutan cukai tetapi golongan pembesar yang bertanggungjawab memungut semua hasil tersebut. Tugas tersebut hanya dapat dilaksanakan sekiranya mereka telah memperolehi surat tauliah dari sultan. Jadi adalah menjadi tugas mereka untuk memastikan masyarakat dan rakyat biasa ini untuk membayar cukai bagi pihak sultan. Lazimya, sebahagian daripada hasil pungutan cukai akan disimpan oleh pembesar manakala bakinya akan diserahkan kepada sultan sebagai lambang kesetiaan.

3.2 PERANAN MASYARAKAT DALAM ASPEK EKONOMI

Menariknya tentang masyarakat melayu tradisional, semua bentuk kegiatan perniagaan mahupun perdagangan dijalankan sendiri oleh mereka sendiri. Ini bermaksud mereka menjadi pengeluar, penjual dan juga bertanggungjawab memperdagangkannya untuk ke pasaran luar. Misalnya dalam penjualan hasil pertanian, para petani yang mempunyai lebihan padi atau beras akan menjualkannya kepada penduduk tempatan atau kepada pembeli yang datang dari luar. Kemudian barulah padi ini akan diperdagangkan keluar seperti di kawasan nelayan yang tidak mengerjakan bendang. Konteks ini berlaku dalam kawasan setempat yang masih berada dalam sebuah kerajaan yang sama.

Terdapat juga perdagangan yang melibatkan antara sebuah kerajaan dengan sesebuah kerajaan yang lain. Misalnya Kerajaan Melayu Kedah terkenal dengan keluasan sawah padi yang dimilikinya. Oleh sebab itu, mereka akan memperdagangkan hasil lebihan pertanian padi tersebut kepada kerajaan luar seperti Kerajaan Melayu Perak. Hal ini juga dipengaruhi oleh faktor kedudukan geografi kedua-dua kerajaan tersebut yang berada tidak jauh antara satu sama lain. Begitu juga dengan kerajaan- kerajaan lain seperti Kerajaan Melayu Patani yang mengeluarkan hasil garam dan ternakan lembu serta kerbau. Jadi, mereka juga akan memperdagangkan hasil tersebut kepada Kerajaan Melayu Perak mahupun kerajaan-kerajaan lain.

Demikian juga terdapat catatan terdahulu yang menyatakan bahawa masyarakat Melayu ini juga merupakan pedagang dan pelaut yang terkenal. Buktinya, mereka

(15)

bukan sahaja menjadi pedagang tempatan dan persisiran pantai malahan mereka juga pernah dikatakan pernah sampai ke peringkat dunia.

4.0 SOSIAL MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL

4.1 KONSEP SOSIAL MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL

Secara umumnya, perkataan “sosial” dari segi kebudayaan membawa maksud yang sangat jelas merangkumi segala aspek yang berkait dengan masyarakat. Tetapi

“sosial” dalam konteks ini meliputi sistem sosial, struktur sosial, perhubungan antara anggota masyarakat, mobiliti sosial dan bentuk kepercayaan. Dalam konteks masyarakat tradisional, sistem sosialnya merupakan struktur masyarakat yang belum menerima pengaruh peradaban Barat.

4.2 HIERARKI SOSIAL MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL

Hierarki merupakan susunan sesebuah masyarakat yang bakal membentuk pentadbiran. Hierarki ini menggambarkan kedudukan sesuatu golongan atau kelompok dalam masyarakat. Bagi masyarakat melayu tradisional, sistem sosial atau hierarkinya bersifat feudal. Ini bermaksud raja atau sultan berkuasa dan menduduki tempat tertinggi dalam sistem sosial. Malah, sistem sosial masyarakat melayu tradisional dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti keturunan, hubungan kekeluargaan, pangkat serta kedudukan yang disandang, tugas dan sebagainya. Dari aspek demografi, kedudukan masyarakat dapat dikategorikan mengikut jumlah pemilikan harta, pangkat, reka bentuk rumah, gaya pakaian dan penggunaan istilah dalam pertuturan.14 Terdapat dua golongan dalam masyarakat Melayu tradisional ini iaitu golongan yang memerintah dan golongan yang diperintah.15

GOLONGAN YANG MEMERINTAH i)Raja/Sultan/Yang Dipertuan

Pada zaman melayu tradisional, raja dianggap sebagai pemerintah yang mulia dan sangat berdaulat. Daulat ini dikaitkan dengan spiritual dan kepercayaan tradisi.

Melalui pengagungan raja ini maka muncullah konsep ‘Daulat dan Derhaka’. Menurut konsep ini, sesiapa yang ingkar kepada arahan raja, akan dihukum bunuh. Misalnya boleh kita lihat dalam kisah Tun Hussein iaitu seorang pembesar yang telah dijatuhkan hukuman bunuh kerana dikatakan telah menderhaka kepada sultan. Namun, Tun Hussein pada ketika itu hanya bertindak atas dasar kemanusiaannya yang cuba untuk menuntut bela atas kematian ayahandanya.

Secara dasarnya, sultan atau raja ini berperanan dalam tiga aspek utama iaitu politi, ekonomi dan sosial. Tetapi dari segi sosial, baginda berperanan sebagai penyelesai masalah rakyat. Bagi menjalankan tanggungjawab ini, baginda perlulah

14 Muhammad Yusoff Hasyim, 1990, Kesultanan melayu Melaka, Kajian beberapa aspek tentang Melaka pada abad ke-15 dan abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm 45-50.

15 Zainal Kling,1977, Masyarakat Melayu, Utusan Publications & Distrubutors, Kuala Lumpur, hlm 22.

(16)

menjalankan pemerintahan dan hukuman yang adil kepada rakyatnya. Atas dasar ini jugalah sultan menjadi simbol perpaduan dalam pemerintahannya.

ii)Keluarga dan Kerabat Diraja

Dalam hierarki sosial masyarakat melayu tradisional, golongan anak raja atau kerabat diraja menduduki di kedudukan kedua tertinggi selepas sultan. Golongan ini merupakan golongan yang mempunyai perkaitan darah antara dan jurai keturunan dengan sultan yang memerintah. Bagi putera atau puteri raja, mereka juga mempunyai keistimewaan yang sama seperti sultan. Namun demikian, keistimewaan yang diberikan kepada anak-anak raja ini tidaklah melebihi keistimewaan sultan sebagai ketua kerajaan. Antara keistimewaan golongan anak raja ini adalah mempunyai payung putih dan juga menggunakan ‘bahasa dalam’.

iii)Pembesar

Selain itu, golongan pembesar pula merupakan masyarakat yang paling hampir dengan pihak bangsawan. Pada awalnya, masyarakat melayu tradisional menggunakan sistem pembesar empat lipatan yang terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, Laksamana dan juga Syahbandar.16

-Bendahara

Bendahara merupakan tugas yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga harta benda negara dan raja. Malah, bendahara juga dikenali sebagai ketua kepada semua pembesar-pembesar yang lain dan oleh sebab itu, taraf bendahara dikatakan lebih tinggi berbanding pembesar-pembesar lain. Buktinya, bendahara mempunyai hak untuk memangku tugas dan tangguungjawab sultan semasa ketiadaan baginda. Tetapi bendahara juga turut dibantu oleh Seri Nara Diraja atau lebih dikenali sebagai Penghulu Bendahari dan Seri Bija Diraja. Secara keseluruhannya, bendahara ditugaskan untuk menjadi ketua turus angkatan tentera, ketua tentera dan ketua hakim. Kedudukan bendahara ini sebenarnya dibuktikan melalui kedudukan beliau semasa di balairung istana, dimana beliau duduk di sebelah kanan sultan. Tambahan, bendahara juga turut dianugerahkan usungan untuk bersiar-siar. Keistimewaan bendahara ini dapat dilihat dalam Sejarah Melayu yang dikatakan seperi berikut ;

“…jikalau Tun Perpatih Permuka Berjajar (bendahara) duduk di balai, jikalau anak- anak raja dating, tiada dituruninya, melainkan anak raja yang akan ganti kerajaan maka turuninya; dan jikalau bendahara masuk mengadap, tempatnya duduk itu akan dibentangi permaidani; jikalau raja masuk maka bendahara pulang, dan segala orang besar-besar dan orang kaya-kaya pergi menghantar bendahara kembali ke rumahnya…”

Dalam jawatan bendahara, tiada sistem yang kekal dalam perlantikan jawatan ini. Oleh kerana itu, bendahara selalunya akan dilantik daripada pembesar kanan yang

16 Bahasa Othman, 1989, Melaka: Sejarah awal negara kita, Marwilis Publishers, Kuala Lumpur, hlm 39-40.

(17)

mempunyai susur galur yang kuat dengan sultan. Malah, kebiasaanya bendahara adalah merupakan bapa saudara kepada sultan itu sendiri.

-Penghulu Bendahari

Penghulu bendahari menduduki tempat kedua selepas bendahara dalam golongan pembesar. Umum mengetahui bahawa tugas penghulu bendahari ini adalah untuk memegang harta benda dan hasil mahsul kerajaan. Di bawahnya juga terdapat beberapa pembesar-pembesar lain yang berada dalam bidang kuasaanya. Antara pembesar-pembesar tersebut adalah bendahari-bendahari, syahbandar, pemegang hasil negeri dan hamba-hamba raja. Penghulu bnedahari sebenarnya merupakan ‘menteri kewangan’ dan beliau menjalankan tugas dengan menjadi wakil yang menerima ufti daripada kawasan taklukan kerajaannya. Selain itu, penghulu bendahari juga boleh diperintahkan untuk menjadi ketua angkatan tentera perang bagi menyerang negeri asing.

-Temenggung

Temenggung merupakan pembesar yang ketiga. Jawatan temenggung ini berperanan sebagai Ketua Keamanan Negeri. Temenggung juga menjadi menghakimi perbicaraan yang besar sebagai Timbalan Ketua Hakim, menangkap orang yang melakukan jenayah, membaiki keadaan pasar serta pekan dan ketua perancang bandar dan jalan raya. Tugas ini bukanlah mudah dan keadaan sesebuah negeri akan menjadi kucar-kacir sekiranya temenggung cuai dalam menjalankan tugasnya. Buktinya, tugas temenggung ini juga pernah diperkatakan dalam ‘Undang-undang Melaka’ seperti berikut ;

“Adapun hukum yang diserahkan kepada temenggung itu barang yang dihukumkan di dalam negeri seperti tuhafus-mentafahus dan seperti tangkap-menangkap orang yang jahat di dalam negeri.”

Kebiasaannya, temenggung dilantik daripada kalangan keluarga pembesar- pembesar itu sendiri. Umpamanya, Tun Mutahir yang menjadi Temenggung Melaka adalah anak kepada Seri Nara Diraja Tun Ali dan anak saudara kepada Tun Perak.

-Laksamana

Jawatan ini merupakan jawatan yang keempat dan juga terakhir dalam sistem pembesar empat lipatan dalam hierarki sosial masyarakat melayu tradisional. Sebelum ini, Hulubalang Besar yang memegang jawatan sebagai Ketua Angkatan Tentera Laut.

Malah, jawatan ini merupakan jawatan yang dimonopoli oleh Orang Melayu Bentan atau lebih dikenali sebagai Seri Nara Diraja. Tokoh yang terkenal dalam jawatan ini pila ialah Tun Hamzah (Datuk Bongkok) dan Tun Ketuyup.

Pada awalnya, jawatan ini dipegang oleh Laksamana Hang Tuah apabila mula diperkenalkan oleh Sultan Mahmud Shah. Jawatan ini sebenarnya sama sahaja dengan jawatan temenggung tetapi akhirnya menunjukkan sedikit demi sedikit perubahannya pada akhirnya. Antara bukti kedua-dua jawatan ini hampir sama adalah apabila laksamana dan temenggung ditugaskan untuk menjaga dan mengawal keselamatan

(18)

bendahara dalam acara pencercaan dan pembesar-pembesar ini juga dipertanggungjawabkan untuk membunuh rakyat yang biadap kepada bendahara.

Selain berperanan menjadi ketua organisasi angkatan laut, tugas laksamana sebgai pembawa utusan diraja menjadi pengawal peribadi kepada bendahara. Jawatan ini diganti mengikut susur kekeluargaan. Misalnya, Laksamana Khawaja Hassan iaitu menantu kepada Laksamana Hang Tuah telah menggantikan tempat beliau dan dituruti oleh menanu beliau yang lain iaitu Laksamana Hang Nadim. Tetapi yang menariknya, jawatan Laksamana ini juga turut menerima anugerah seperi bendahara dengan menerima usungan.

-Syahbandar

Selain daripada golongan pembesar empat lipatan, syahbandar juga merupakan antara pembesar yang terpenting dalam masyarakat melayu tradisional. Maksud syahbandar ialah ‘pemerintah pelabuhan’ yang berasal dari perkataan Parsi. Oleh itu, syahbandar menjadi ketua organisasi pelabuhan dan juga wakil kepada saudagar- saudagar asing. Tambahan, jawatan syahbandar ini diletakkan di bawah kuasa penghulu bendahari. Menurut catatan Tom Pires, kemunculan empat orang syahbandar di Melaka menandakan kehadiran ramai pedagang daripada berbagai-bagai kumpulan etnik.

Boleh dikatakan bahawa jawatan laksamana dan syahbandar pada ketika itu hanyalah kerana tuntunan semasa sahaja. Hal ini kerana punca ekonomi pada masa itu bergantung terhadap kegiatan laut terutamanya dari aspek perdagangan dan perniagaan.

Jadi, laksamana diperlukan untuk mengawal keselamatan laut dan syahbandar pula perlu memastikan kelancaran di kawasan pelabuhan bagi memudahkan setiap urusniaga yang dijalankan. Keadaan ini sekaligus telah menjadi punca yang menyifatkan laksamana adalah ‘raja laut’ dan syahbandar pula ‘raja pelabuhan’.

-Ulama

Ulama merupakan golongan yang juga terpenting dalam masyarakat melayu tradisional. Golongan ini merupakan golongan bijak pandai dan alim ulama yang sangat mahir dalam hal ehwal agama Islam. Golongan ini sebenarnya hanyalah daripada masyarakat kebanyakan sahaja tetapi akhirnya telahpun diangkat darjat mereka dalam susun lapis masyarakat berikutan daripada kepentingannya. Kebanyakan golongan ini adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai keturunan Arab-Melayu daan digelar sebagai maulana, kadi dan makhdum. Malah golongan ini juga mempunyai keistimewaan tersendiri apabila turut mempunyai ‘gelaran kebesaran’ seperti Maharaja Kadi, Dato’ Mufti Seri Utama dan juga Imam Maharaja.

Kepentingan golongan ini dalam masyarakat melayu tradisional mula disedari apabila tersebarnya Islam ke Nusantara. Bidang pengajaran yang hanya bermula dengan asas agama Islam juga mula dikembangkan dengan pengajaran ilmu-ilmu lain seperti tasawwuf, hadis dan tafsir. Selain itu, sultan juga telah melantik golongan ulama ini untuk menjadi kadi, guru dan menasihati baginda dalam hukum syarak. Berikutan ini, boleh dikatakan juga bahawa golongan ini juga mempunyai hubungan yang baik dan rapat dengan sultan pada ketika itu.

(19)

Selain daripada ulama, masyarakat melayu tradisional juga mempunyai golongan pendeta. Pendeta berperanan dan sangat pakar dalam bidang kesenian, kebudayaan, kesusasteraan, salasilah raja dan adat istiadat. Walaupun golongan ini merupakan golongan minoriti namun mereka masih menjadi rujukan terutama sultan dan golongan istana kerana turut menjadi perawi sultan.

GOLONGAN DIPERINTAH i)Rakyat

Rakyat adalah lapisan pertama dalam golongan yang diperintah dalam sistem sosial masyarakat melayu. Malah, rakyat ini juga merupakan golongan majoriti dalam masyarakat. Dari segi mental, fizikal dan tradisi, fungsi utama rakyat adalah untuk menyokong dan mentaati kepada institusi raja serta pembesar. Kebanyakan golongan ini terdiri daripada orang melayu, orang asing dan juga Orang Laut yang terlibat dalam kegiatan ekonomi sebagai pendagang, peniaga dan senteri yang menyebarkan agama Islam. Lazimnya, rakyat menjadi pengikut atau pengiring pembesar-pembesar dan raja sebagai hulubalang. Mereka ini juga terlibat dalam apa jua jenis perang yang melibatkan kerajaan secara langsung.

ii)Orang Asing

Sebuah lagi golongan yang terdapat dalam hierarki masyarakat melayu tradisional adalah golongan asing. Dalam ‘Sejarah Melayu’ juga ada menyebut bahawa orang asing juga terlibat dalam kumpulan ini seperti Khawaja Baba, Sayyid Ahmad dan Naina Ishak. Selain dikenali sebagai orang asing, mereka juga dikenali senagai ‘orang dagang’ dan ‘orang perantau’ yang terdiri terbahagi kepada dua jenis utama. Pertama adalah golongan yang berkait dalam pelbagai jenis kegiatan sosial seperti tentera upahan yang kebanyakannya berasal dari Pasai dan Jawa. Kedua pula, adalah mereka yang terlibat dalam aspek ekonomi seperti peniaga kecil-kecilan sehinggalah menjadi pemborong dan peniaga yang besar.17 Golongan ini juga mempelopori kerja-kerja mahir seperti pelombongan bijih timah yang dikuasai oleh golongan Cina.

Konklusinya, ‘orang asing’ ini dapat dikategorikan kepada dua kumpulan.

Kumpulan pertama adalah mereka yang menetap terus di Tanah Melayu manakala kumpulan kedua adalah mereka yang menjadi pengunjung untuk tujuan perdagangan dan perniagaan. Antara golongan ‘orang asing’ pada ketika itu adalah orang Cina, Keling (Tamil), Gujerat, Ghori, Parsi, Siam andandandan suku-suku dari Arab.

Kewujudan institusi perhambaan ini adalah daripada akibat pengaruh keperluan dan kepentingan ekonomi massyarakat melayu. Sistem perhambaan ini berhubung rapat dengan tradisi perhambaan di Tanah Arab, sekaligus wujudnya sistem kasta dalam kepercayaan Hindu. Golongan ini berperanan untuk menyediakan sumbangan dalam bentuk tenaga kerja bagi menjalankan pelbagai kerja dan menyokong golongan

17 Ahmad Jelani Hakimi, 2008, Sejarah dan tamadun bangsa Melayu, Utusan Publications, Kuala Lumpur, hlm 77-78.

(20)

pemerintah.18 Malah golongan ini juga penting kerana dikatakan mampu meningkatkan taraf hidup pemilik mereka. Ini kerana, semakin ramai bilangan hamba yang dimiliki oleh seseorang pada ketika itu, semakin tinggilah taraf hidup dan semakin kukuh ekonominya. Misalnya, Tun Mutahir antara pembesar yang mempunyai ratusan hamba dan dinaikkan darjatnya sebagai orang terkaya dalam masyarakat. Hamba terbahagi kepada tiga golongan utama iaitu hamba biasa, hamba berhutang dan hamba raja.

Hamba biasa merupakan golongan orang suruhan khas atau sememangnya dari keturunan hamba. Golongan ini diperolehi melalui pembeliaan atau apabila berlaku pertukaran tuan dan menjadi hak tuannya seumur hidup. Hamba biasa ini terbahagi lagi kepada beberapa kumpulan seperti hamba abdi, hamba hulur dan juga hamba serah.

Seterusnya terdapat juga hamba berhutang. Hamba ini berasal daripada orang yang merdeka. Tetapi disebabkan mereka gagal membayar hutang dalam tempoh yang ditetapkan, maka mereka terpaksa menjadi hamba kepada pemiutang sehingga hutang berkenaan. Akhir sekali adalah hamba raja. Hamba ini lazimnya terdiri daripada orang yang merdeka juga dan secara turun temurun. Mereka masih boleh dibebaskan dengan kerelaan dan budi bicara raja. Hamba ini juga boleh terdiri daripada tawanan perang atau banduan.

4.3 MOBILITI SOSIAL

Kehidupan masyarakat melayu tradisional pada masa dahulu bukanlah berbentuk statik atau mendatar sahaja. Terdapat juga perubahan apabila berlakunya anjakan dari segi mobiliti sosialnya. Konsep mobiliti sosial ini dapat ditakrifkan kepada proses seseorang individu berubah dari kedudukan asal mereka ke satu tahap yang lain. Proses ini juga boleh berlaku dalam dua keadaan iaitu sama ada dengan menaik atau menurun status mereka. Antara punca berlakunya perubahan kedudukan dalam masyarakat ini adalah disebabkan oleh perubahan dari segi pangkat, kekayaan, penglibatan dalam politik, perubahan status hubungan kekeluargaan, kegiataan bermoral atau tidak bermoral dan sebagainya.

4.3.1 Taraf Sosial Menaik

Dalam Sejarah Melayu, kisah Badang menunjukkan berlakunya mobiliti sosial dalam masyarakat Melayu tradisional pada suatu ketika dahulu. Buktinya, pernah diceritakan bahawa Badang telah menjadi Panglima Singapura dan Pembesar Utama Negeri dengan gelaran “Orang Kaya Sayung”.19 Kenaikan taraf sosialnya ini adalah setelah berjaya mengharumkan nama Raja Singapura. Pada asalnya, Badang hanyalah merupakan seorang hamba yang mengejarkan ladang milik tuannya sahaja. Tetapi beliau mula memperoleh kekuatan luar biasa setelah memakan muntah hantu yang ditangkapnya.

Berkat kegagahan yang dimilikinya itu, Badang kemudian dimerdekakan oleh tuannya.

Berita tentang kekuatan Badang ini mula tersebar hingga ke Singapura dan diangkat menjadi hulubalang Singapura oleh Seri Ratna Wikrama. Antara bukti bahawa Badang telah mengharumkan nama raja Singapura apabila beliau berjaya mengalahkan

18 Ibid, , hlm 78-80.

19 A.Samad Ahmad, Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2019, hlm.49.

(21)

hulubalang dari Benua Keling iaitu Nadi Bijaya Niakra. Disebabkan kemenangan berpihak kepada Badang, harta sebanyak tujuh buah isi kapal seperti yang dijanjikan oleh raja Keling menjadi milik raja Singapura. Selain itu, Badang juga pernah beradu kekuatan dengan Benderang, hulubalang Perlak. Kesan dari mobiliti sosial ini, Sinagapura mula dikenali dek kerana kegagahan yang dimiliki oleh Badang. Malah, hubungan antara Singapura dengan Perlak juga semakin erat kerana Tindakan badang yang tidak mahu malukan raja Perlak sekiranya Benderang tewas.

4.3.2 Taraf Sosial Menurun

Selain daripada kisah Badang, dapat dilihat juga turut beraku penurunan taraf sosial dalam masyarakat Melayu tradisional. Misalnya, Demang Lebar Daun iaitu pembesar kerajaan Palembang telah memberi laluan kepada Seri Teri Buana untuk menjadi Raja di kerajaannya.20 Tindakannya itu adalah sebagai penghormatan kerana Seri Teri Buana dari keturunan baik-baik iaitu berketurunan Nabi Adam, Iskandar Zulkarnain dan Raja Benua Keling, Raja Suran. Selain dari faktor rasa hormat dan ketokohan, Demang Lebar Daun juga menurunkan takhtanya kerana perasaan belas kasihannya melihat Seri Teri Buana tiada kerajaan besar seperti saudaranya kandung yang lain iaitu Nila Pahlawan (Raja Daerah Minangkabau) dan Krisyna Pandita (Kerajaan Tanjung Pura).

Mobiliti sosial menurun ini berlaku kepada Demang Lebar Daun kerana Kerajaan Palembang masih belum mempunyai raja pada ketika itu. Beliau adalah selaku

‘Demang’ iaitu pemerintah bertaraf pembesar dan mahu supaya kerajaannya juga turut mempunyai seorang raja yang setara dengan kerajaan lain seperti kerajaan Minangkabau dan Tanjung Pura. Oleh disebabkan itu, Demang Lebar Daun menurunkan tarafnya daripada seorang pemerintah utama Palembang (bertaraf raja) kepada pembesar yang mewakili rakyat Palembang dan memberi taat setia kepada Seri Teri Buana.

Selain itu, berlaku juga mobiliti sosial dalam kalangan orang asing yang kemudiannya menjadi hamba di Tanah Melayu pada ketika itu. Menurut Sulalatus Salatin, ada seorang watak yang dikisahkan, Si Kitul namanya. Beliau ini dikatakan berhutang sekati emas dengan seorang kaya yang bernama Raja Mendaliar dan sukar untuk membayar hutangnya itu. Kebetulan, Si Kitul dan Raja Mendeliar merupakan orang asing yang datang dari Keling. Jadi bagi melangsaikan hutangnya kepada Raja Mendaliar, Si Kitul dijadikan sebagai hambanya.

Namun, Si Kitul ini bijak bagi melepaskan dirinya dari membayar hutang tersebut.

Beliau mengambil kesempatan dengan menceritakan perjumpaan sulit antara Nina Sura Dewana dengan Bendahara Seri Maharaja.21 Dikatakan pada ketika itu, berlaku sedikit perselisihan faham antara Raja Mandaliar dengan Nina Sura Dewana. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, kedua-dua mereka berjumpa dengan Bendahara Seri Maharaja tetapi disuruhnya pulang dahulu kerana hari sudah lewat petang. Akibat risau akan keputusan Bendahara Seri Maharaja pada kesokan harinya, Nina Sura Dewana

20 Ibid, , hlm 23.

21 Ibid, , hlm 255-256.

(22)

telah mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Bendahara Seri Maharaja pada malam itu juga.

Tujuan Nina Sura Dewana sebenarnya adalah untuk ‘membeli’ Bendahara Seri Maharaja. Disebabkan percaya bahawa pemberian yang dibawa oleh Nina Sura Dewana merupakan hadiah, jadi Bendahara Seri Maharaja menerimanya tanpa berfikir panjang.

Malangnya perjumpaan tersebut diketahui oleh Si Kitul lalu memberitahu perkara tersebut kepada Raja Mandaliar. Lalu Raja Mandaliar mengoyak surat hutang Si Kitol dan membuat keputusan untuk menghalalkan hutang Si Kitul sebanyak sekati emas itu dunia akhirat. Akhirnya, Si Kitul berjaya menjadi rakyat asing yang merdeka seperti asalnya kembali.

5.0 KESIMPULAN

Secara umumnya, pembentukan negara bangsa pada hari ini adalah berakar umbi dari kewujudan masyarakat Melayu tradisional sejak dahulu lagi. Mereka juga dilihat sebagai sebuah masyarakat yang unik serta sangat berdikari dalam semua hal.

Buktinya, masyarakat Melayu tradisional inilah yang bertanggungjawab dalam mencorakkan struktur politik, ekonomi dan sosial yang diamalkan sehingga ke hari ini.

Selain itu, sikap saling memerlukan atau timbal balik yang ditunjukkan dalam masyarakat ini juga membuktikan bahawa mereka telah memainkan peranan dan tugas masing-masing sehingga mampu membentuk sebuah masyarakat yang hebat. Jelaslah tanpa sumbangan dan peranan masyarakat Melayu tradisional ini, sudah tentu kita tidak dapat mencapai tahap negara bangsa yang sangat membanggakan pada hari ini. Apa yang lebih menarik lagi adalah apabila elemen tradisional seperti sosio-politik tradisional ini masih lagi dikekalkan sehingga ke hari ini malah tidak terjejas walaupun terdapat asimilasi dengan budaya baharu. Namun begitu, elemen tradisional ini akan hilang dan lenyap sekiranya masyarakat moden kini tidak menghargainya atas dasar kemodenan yang dipegang.

(23)

5.0 RUJUKAN

A. Samad Ahmad, 2019, Sulalatus Salatin: Sejarah Melayu, Dewan Bahsa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Ahmad Jelani Halimi, 2006, Sejarah dan tamadun Bangsa Melayu, utusan Publications, Kuala Lumpur.

Bahasa Othman, 1989, Melaka: Sejarah awal negara kita, Marwillis Pub;ishers, Kuala Lumpur.

Barbara Watson Andaya And Leonard y. Andaya, 1991, A History Of Malaysia, Macmillan Education Ltd, London.

Mohammed Anwar Omar Din, 2011, The Malay Origin: rewrite its history, Jurnal Melayu, Vol. 7(2011) : 1-82

Mohd. Taib Osman, 1989, Masyarakat Melayu: struktur organisasi dan manifestasi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Muhammad Yusoff Hashim, 2015, Kesultanan Melayu Melaka, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Paul Wheatley, 1966, The Folden Khersonese: Studies in the Historical Geography of the Malay Peninsula before A.D 1500. Kuala Lumpur: University Malaya Press.

Raja.Mod Affandi, 1977, Perbandaran dan Orang Melayu, Kuala Lumpur ; Utusan Melayu.

Zainal Kling, 1977, Masyarakat Melayu, Utusan Publications & Distributors, Kuala Lumpur.

Heine Geldern, 1944, Conceptions of state and kingship in Southest Asia, JMBRAS Kuala Lumpur.

Muhammad Haji Salleh, 2011, Hikayat Hang Tuah, Institut Terjemahan Negara Malaysia Negara Malaysia Berhad, Kuala Lumpur.

R.O Winstedt 1953, Sejarah Melayu, Fajar Bakti, Kuala Lumpur.

Ahmad Dahlan, 2017, Sejarah Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Asbol Mail, 2011, Kesultanan Melayu Tradisional : satu analisis ke atas peranan sultan dalam kegiatan ekonomi, Jurnal Darussalam, Vol6(32) : 1-53

Bazrul Bahaman, 2015, Konsep rakyat san peranannya dalam negara, Jurnal peradaban Melayu, Vol 10 : 123-134

Referensi

Dokumen terkait

Rumah Sakit Kartika Cibadak harus menyiapkan ruang isolasi dalam memberi layanan kesehatan bagi pasien yang mengidap penyakit infeksi menular agar tidak terjadi

Pada frekuensi yang lebih tinggi, panas yang dibandingkan oleh fluksi magnetic sangat dipengaruhi oleh penggunaan inti besi, hal tersebut disebabkan karena

Berdasarkan hasil penelitian tentang uji kekuatan tarik dan uji kekuatan sobek pada kertas seni dari pelepah tanaman salak dengan lama pemasakan dalam NaOH dapat

Besarnya pengaruh adat istiadat dan budaya dapat bersinggungan dengan konsep keimanan atas suatu hal ghaib dalam agama. Sehingga pengaruh adat istiadat dan budaya

Pasien dengan NF2 dan beberapa non-NF2 sindrom familial yang lain dapat Pasien dengan NF2 dan beberapa non-NF2 sindrom familial yang lain dapat berkembang menjadi meningioma

Evaluasi bertujuan untuk mengetahui sejauh mana efektivitas DNS yang digunakan sebagai search engine pencarian nama domain dan dikomparasikan dengan sistem search engine Google

name="_ednref18">[18] Kesimpulan dari semua pandangan kaum Positivisme adalah bahwa proposisi-proposisi agama yang karena tidak melewati observasi dan