Disediakan oleh :
Dr. Nasuha Bin Sa’ude Dr. Siti Sarah Binti Omar Dr. Mohd Yussni Bin Hashim Ts. Dr. Mohd Arif Bin Rosli En. Jefri Bin Ahmad
Cik Nur Nabihah Binti Annuar Cik Nurlia Asyikin Binti Arbai
Hakcipta terpelihara, tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian daripada kandungan dasar/garis panduan ini dalam apa-apa jua bentuk dan dengan cara apa pun sama ada secara elektronik atau mekanikal, termasuk fotokopi, rakaman atau sebaliknya,
tanpa keizinan bertulis daripada Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Kelulusan Jawatankuasa Eksekutif Bil. 3/2022 (JKE 6/2022/7,27/3/2022)
Mesyuarat Lembaga Pengarah Bil. 2/2022 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
(Kertas Kerja Bil. 2/2022/03, 10/4/2022)
1/23
GARIS PANDUAN INKUBATOR KEUSAHAWANAN PELAJAR (IKP) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)
1.0 MAKLUMAT UMUM
1.1 Pengenalan
Garis Panduan Penubuhan Inkubator Keusahawanan Pelajar (IKP) UTHM ini diwujudkan sebagai rujukan dan panduan kepada semua Fakulti, Pusat dan Kolej Kediaman dalam Universiti yang dikehendaki membuat permohonan bagi penubuhan Inkubator Keusahawanan Pelajar (IKP).
Penubuhan IKP bertujuan mewujudkan ruang perniagaan untuk pelajar berkongsi idea dan pandangan dalam menubuh dan membangunkan Syarikat Terbitan Universiti Pelajar (STUP) UTHM berasaskan inovasi dan teknologi yang dipacukan secara digital.
Keusahawanan dan inovasi kini menjadi komponen penting dalam sistem pendidikan tinggi. Bagi memastikan kejayaan dan kelestarian dalam usaha membentuk mahasiswa berciri keusahawanan, aktiviti keusahawanan yang dijalankan di Universiti mestilah berteraskan inovasi. Selain bersifat inovasi, penyelidikan yang dijalankan juga haruslah diterjemah untuk manfaat masyarakat (translation of applied research) dan memenuhi kehendak industri (market-driven). Oleh itu, pembangunan inkubator adalah penting sebagai pusat penjanaan idea, pemasaran dan pengkomersialan produk, aktiviti keusahawanan, penasihatan dan pementoran bagi para pelajar.
2/23 1.2 Objektif
Secara khususnya, objektif Garis Panduan Inkubator Keusahawanan Pelajar (IKP) disediakan adalah untuk mewujudkan inkubator/ruang niaga berpusat di setiap Fakulti, Pusat Tanggungjawab dan Kolej Kediaman.
Secara amnya, antara tujuan-tujuan lain ialah:
1.2.1 Menubuhkan Inkubator Keusahawanan Pelajar berasaskan teknologi/inovasi/produk atau perkhidmatan yang dihasilkan di UTHM;
1.2.2 Menyediakan inkubator/ruang niaga kepada para pelajar berkongsi idea dan pandangan mereka dalam menjalankan perniagaan semasa pengajian;
1.2.3 Menyediakan peralatan/fasiliti/kemudahan kepada pelajar untuk menjalankan aktiviti keusahawanan yang bersesuaian;
1.2.4 Mengaplikasikan ilmu keusahawanan berasaskan bidang tujahan Fakulti, Pusat Tanggungjawab dan Kolej Kediaman.
1.2.5 Menjana hasil pendapatan di Fakulti, Pusat Tanggungjawab dan Kolej Kediaman melalui pelajar atau Syarikat Terbitan Universiti Pelajar (STUP) UTHM.
1.2.6 Menggalakkan perniagaan pelajar berasaskan inovasi dan teknologi yang dipacukan secara digital.
1.3 Peraturan dan Peruntukan Perundangan
Garis Panduan ini dibuat berpandukan pekeliling, peraturan, peruntukan perundangan serta arahan-arahan semasa yang berkuatkuasa seperti berikut:
1.3.1 Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 2021-2025
1.3.2 Pelan Strategik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2021- 2025
3/23
1.3.3 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
1.3.4 Perlembagaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 1.3.5 Kaedah-Kaedah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
(Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2009 1.3.6 Peraturan Akademik UTHM
1.3.7 Garis Panduan Sewaan Aset, Tanah, Ruang dan Fasiliti UTHM
1.3.8 Pekeliling Perbendaharaan Malaysia
1.3.9 Buku Peraturan Akademik Akademik Program Sarjana Muda dan Diploma Edisi Ke-8.
1.3.10 Buku Peraturan Pengajian Siswazah
1.4 Tafsiran dan Definisi
Definisi yang digunapakai dalam dokumen ini adalah seperti berikut:
1.4.1 UTHM/Universiti
Merujuk kepada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
1.4.2 PTU
Merujuk kepada “Pusat Teknousahawan Universiti” atau “University Technopreneurship Centre”.
1.4.3 BizDeC
Merujuk kepada Pusat Pembangunan Perniagaan atau “Business Development Centre”.
1.4.4 Fakulti, Pusat Tanggungjawab dan Kolej Kediaman
Merujuk kepada mana-mana Fakulti, Pusat Tanggungjawab dan Kolej Kediaman yang bertanggungjawab dalam pengurusan W@C dan juga inkubator atau ruang niaga.
4/23 1.4.5 Pelajar
Merujuk kepada pelajar prasiswazah tempatan yang berstatus aktif dalam semester pengajian semasa dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan diberi kelulusan oleh pihak Universiti untuk menjalankan perniagaan di dalam kawasan kampus Universiti.
1.4.6 Syarikat Terbitan Universiti Pelajar
Merujuk kepada Syarikat Terbitan Universiti Pelajar (STUP) yang ditubuhkan atau dimiliki oleh pelajar prasiswazah dan pascasiswazah yang berstatus aktif dalam semester pengajian semasa.
1.4.7 Pemohon
Merujuk kepada Fakulti, Pusat Tanggungjawab dan Kolej Kediaman yang memohon penubuhan inkubator atau ruang niaga di dalam kawasan UTHM.
1.4.8 Penyewa
Merujuk kepada pelajar atau syarikat pelajar yang telah diberi kebenaran serta kelulusan oleh pihak Universiti untuk menjalankan perniagaan di inkubator/ruang niaga di dalam kawasan kampus Universiti.
1.4.9 Inkubator/Ruang Niaga
Merujuk kepada sebuah platform setempat di Fakulti, Pusat Tanggungjawab dan Kolej Kediaman untuk menjalankan aktiviti keusahawanan yang sesuai dan memenuhi fungsi serta peranannya khususnya kepada Usahawan Pelajar.
5/23 1.4.10 W@C
Work At Campus merujuk kepada program keusahawanan yang melibatkan pelajar atau penyertaan syarikat yang diwujudkan oleh pelajar sepenuhnya untuk menyertai sebarang aktiviti keusahawanan dalam kampus.
1.4.11 Kadar Sewaan dan Utiliti
Merujuk kepada kadar sewaan yang dipersetujui oleh pihak Universiti.
2.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
2.1 Peranan dan tanggungjawab PTU adalah seperti berikut:
2.1.1 Memastikan Fakulti, Pusat Tanggungjawab dan Kolej Kediaman menjalankan program/aktiviti keusahawanan dengan jayanya di inkubator/ruang niaga.
2.1.2 Menyelaraskan semua kertas kerja cadangan permohonan dana kewangan dari Fakulti, Pusat Tanggungjawab dan Kolej Kediaman untuk kelulusan di Jawatankuasa (JK) W@C.
2.1.3 Memaklumkan kepada Fakulti, Pusat Tanggungjawab dan Kolej Kediaman tentang keputusan Jawatankuasa (JK) W@C.
2.1.4 Menyalurkan dana kewangan kepada Fakulti, Pusat Tanggungjawab dan Kolej Kediaman berdasarkan keputusan Jawatankuasa (JK) W@C.
2.1.5 Menyelaras penghantaran pelaporan prestasi pelajar/penyewa inkubator/ruang niaga yang dimiliki oleh Fakulti, Pusat Tanggungjawab dan Kolej Kediaman, BizDeC dan ICC berdasarkan Surat Tawaran Penyewaan.
6/23
2.1.6 Memantau secara berkala aktiviti keusahawanan di inkubator/ruang niaga Fakulti, Pusat Tanggungjawab dan Kolej Kediaman.
2.2 Peranan dan tanggungjawab Fakulti, Pusat Tanggungjawab dan Kolej Kediaman adalah seperti berikut:
2.2.1 Pemilikan, pengoperasian dan pengurusan inkubator/ruang niaga adalah di bawah tanggungjawab Fakulti, Pusat Tanggungjawab dan Kolej Kediaman.
2.2.2 Menyediakan sekurang-kurangnya satu (1) ruang inkubator/ruang niaga sama ada di dalam atau di luar kawasan Fakulti, Pusat Tanggungjawab dan Kolej Kediaman di dalam Universiti.
2.2.3 Memutuskan pelajar/penyewa perlu membayar atau tidak sewaan inkubator/ruang niaga yang disediakan.
2.2.4 Memproses dan mempertimbangkan permohonan yang diterima.
2.2.5 Membuat pemilihan pelajar yang berminat untuk dilatih di setiap inkubator/ruang niaga.
2.2.6 Mengemukakan kertas kerja cadangan permohonan dana yang lengkap kepada PTU untuk kelulusan Jawatankuasa (JK) W@C.
2.2.7 Mengeluarkan surat kelulusan peruntukan dana kepada pelajar/STUP.
2.2.8 Memastikan proses penyaluran dana dilakukan mengikut tatacara kewangan Universiti.
2.2.9 Memastikan aktiviti perniagaan di inkubator/ruang niaga yang diluluskan dapat dilaksanakan dengan baik dan mencapai objektif.
7/23
2.2.10 Memastikan keselamatan pelajar yang terlibat sebagai peserta terjamin sepanjang masa dan tidak terdedah kepada sebarang risiko yang boleh memudaratkan pelajar.
2.2.11 Mengemukakan laporan pelaksanaan program/projek dan prestasi perbelanjaan peruntukan kepada PTU setelah program dilaksanakan mengikut format/sistem yang disediakan.
2.2.12 Memastikan peruntukan yang diluluskan digunakan dengan sewajarnya mengikut tatacara dan prosedur kewangan yang sedang berkuatkuasa di UTHM.
2.2.13 Menamakan/menjenamakan inkubator dengan menggunakan nama yang bersesuaian.
2.2.14 Fakulti, Pusat Tanggungjawab dan Kolej Kediaman perlu menyediakan alamat rasmi inkubator/ruang niaga untuk kegunaan operasi dan pengurusan syarikat pelajar.
2.2.15 Memaklumkan/mengisytiharkan inkubator/ruang niaga yang telah dipilih kepada PTU dan BizDeC untuk proses pemantauan.
2.2.16 Segala pengurusan ruang dan fasiliti, perolehan, penyelenggaraan di inkubator/ruang niaga adalah sepenuhnya di bawah tanggungjawab Fakulti, Pusat Tanggungjawab dan Kolej Kediaman.
2.2.17 Fakulti, Pusat Tanggungjawab dan Kolej Kediaman adalah bertanggungjawab bagi memastikan pusat inkubator/ruang mampu ditadbir urus secara mampan (mampu mengekalkan pencapaian/prestasi yang baik).
2.2.18 Mengeluarkan notis, surat amaran dan penamatan kontrak kepada pelajar/penyewa yang tidak mematuhi terma dan syarat dalam kontrak penyewaan.
8/23
2.3 Peranan dan tanggungjawab BizDeC adalah seperti berikut:
2.3.1 Ruang selain daripada kawasan Fakulti, Pusat Tanggungjawab dan Kolej Kediaman adalah di bawah tanggungjawab BizDeC.
2.3.2 Mengeluarkan surat tawaran/kontrak sewaan kepada pelajar/STUP yang memohon.
2.3.3 Memastikan aktiviti perniagaan di inkubator/ruang niaga yang diluluskan dapat dilaksanakan dengan baik dan mencapai objektif.
2.3.4 Memastikan keselamatan pelajar yang terlibat sebagai peserta terjamin sepanjang masa dan tidak terdedah kepada sebarang risiko yang boleh memudaratkan pelajar.
2.3.5 Mengemukakan laporan pelaksanaan program/projek dan prestasi operasi perniagaan kepada PTU.
2.3.6 Mengurus ruang dan fasiliti, perolehan, penyelenggaraan di inkubator/ruang niaga.
2.3.7 Memastikan pusat inkubator/ruang niaga mampu di tadbir urus secara mampan (mampu mengekalkan pencapaian/prestasi yang baik).
2.3.8 Mengeluarkan notis, surat amaran dan penamatan kontrak kepada pelajar/penyewa yang tidak mematuhi terma dan syarat dalam kontrak penyewaan.
2.4 Peranan dan tanggungjawab Pelajar/STUP (Penyewa) adalah seperti berikut:
2.4.1 Mengisi, mencetak dan menghantar Borang Pendaftaran Perniagaan dan Borang Permohonan Inkubator Keusahawanan Pelajar (IKP) kepada pihak Fakulti, Pusat Tanggungjawab dan Kolej Kediaman untuk proses permohonan seperti Proses Kerja di Lampiran A.
9/23
2.4.2 Bagi pelajar yang ingin memohon ruang menjalankan aktiviti perniagaan tetapi tidak memerlukan dana, pelajar perlu mengikuti proses kerja di Lampiran B.
2.4.3 Bagi pelajar yang ingin memohon ruang dan dana kewangan bagi menjalankan aktiviti perniagaan, pelajar perlu menyediakan kertas kerja cadangan memohon dana kewangan dengan mengikuti proses kerja di Lampiran C.
2.4.4 Menghadiri sesi proses penilaian yang dijalankan oleh Fakulti, Pusat Tanggungjawab dan Kolej Kediaman.
2.4.5 Menjalankan perniagaan setelah mendapat kelulusan Fakulti, Pusat Tanggungjawab dan Kolej Kediaman dan Jawatankuasa (JK) W@C bagi pelajar yang memohon dana kewangan.
2.4.6 Mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan Penasihat Keusahawanan Pelajar (Mentor) sekiranya perlu.
2.4.7 Pelajar boleh menggunakan alamat inkubator/ruang niaga di Fakulti, Pusat Tanggungjawab dan Kolej Kediaman sebagai alamat pengurusan dan operasi syarikat pelajar.
2.4.8 Memastikan prestasi akademik tidak terjejas dengan penyertaan program ini.
2.4.9 Menyedia dan menghantar laporan aktiviti perniagaan secara berkala kepada pihak Fakulti, Pusat Tanggungjawab dan Kolej Kediaman.
2.4.10 Mematuhi Garis Panduan Pengurusan Sewaan Aset, Tanah, Ruang dan Fasiliti UTHM (selaku penyewa kepada inkubator/ruang niaga) yang diluluskan oleh Universiti dari semasa ke semasa.
10/23
3.0 PENGURUSAN DAN PENGOPERASIAN INKUBATOR/RUANG NIAGA
3.1 Pemilihan Pelajar
3.1.1 Fakulti, Pusat Tanggungjawab dan Kolej Kediaman perlu membuat pemilihan pelajar dengan mengambil kira faktor minat dan kecenderungan pelajar.
3.1.2 Program ini terbuka kepada semua pelajar UTHM yang berstatus aktif dalam semester pengajian, namun keutamaan akan diberikan kepada pelajar di peringkat Pengajian Prasiswazah yang telah mendaftarkan perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
3.1.3 Tertakluk kepada kelulusan Fakulti, Pusat Tanggungjawab dan Kolej Kediaman dan tanpa menghadkan bidang tertentu di Fakulti, Pusat Tanggungjawab dan Kolej Kediaman, pemilihan bidang perniagaan adalah digalakkan untuk mengikut bidang tujahan Fakulti, Pusat Tanggungjawab dan Kolej Kediaman masing-masing.
3.2 Model/Jenis Perniagaan
Model Keusahawanan di UTHM adalah berasaskan kepada tiga (3) kategori berikut:
3.2.1 Entrepreneur - Pelajar yang menjalankan aktiviti keusahawan konvensional.
3.2.2 Technical Entrepreneur - Pelajar yang menyediakan perkhidmatan teknikal.
3.2.3 Technopreneur - Pelajar yang menjalankan perniagaan teknologi dan inovasi yang dipacu secara digital.
11/23
Ketiga-tiga kategori ini termasuk dalam jenis perniagaan berasaskan produk atau perkhidmatan seperti berikut:
3.2.4 Produk
Menjual barangan keperluan dan kehendak warga UTHM.
Barangan yang boleh dijual antaranya adalah berasaskan makanan dan minuman, barangan keperluan harian, aksesori, pakaian, kraftangan, hasil-hasil kreatif dan sebagainya.
Namun, ia tidak tertakluk kepada senarai yang dinyatakan di atas.
3.2.5 Perkhidmatan
i. Menyediakan perkhidmatan kepada warga UTHM.
Perkhidmatan yang boleh disediakan antaranya adalah percetakan, dobi, pembersihan ruang, membaiki komputer, merekabentuk laman sesawang, mencuci kenderaan, fotografi dan videografi, sewaan dron, pengangkutan, penghantaran barangan, mengajar tuisyen dan lain- lain yang bersesuaian. Namun, ia tidak tertakluk kepada senarai yang dinyatakan di atas.
ii. Menyediakan perkhidmatan pengurusan acara (event management), ekspo, karnival, menjalankan program latihan, perundingan dan lain-lain.
Lain-lain perniagaan tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Melulus.
12/23 3.3 Tempoh Penyewaan
3.3.1 Tempoh minimum penyewaan bagi inkubator/ruang niaga adalah enam (6) bulan dan maksimum satu (1) tahun.
3.3.2 Pelajar/Penyewa yang telah tamat tempoh penyewaan boleh membuat permohonan semula kepada pihak Fakulti, Pusat Tanggungjawab dan Kolej Kediaman.
3.3.3 Maklumat berkenaan pelanjutan tempoh sewaan, kadar sewaan dan bayaran, diskaun, masa dan permit perniagaan hendaklah menggunapakai Garis Panduan Pengurusan Sewaan Aset, Tanah, Ruang dan Fasiliti UTHM.
3.4 Pembatalan Kelulusan/Penamatan Perniagaan
3.4.1 Penyewa dilarang menjadi proxy kepada pihak lain sama ada dari dalam UTHM atau dari luar UTHM. Universiti berhak menarik balik kelulusan atau menamatkan penyewaan ruang niaga dengan serta-merta atau mana-mana tindakan yang dirasakan sesuai sekiranya penyewa didapati menjalankan perniagaan bagi pihak lain.
3.4.2 Notis dan surat amaran penamatan sewaan akan diberikan kepada pelajar/penyewa apabila:
i. Melanggar terma dan syarat dalam Surat Tawaran Penyewaan.
ii. Tidak membuka premis/menjalankan perniagaan di ruang niaga bagi tempoh tiga (3) hari dalam seminggu tanpa sebab yang munasabah (tidak termasuk semasa cuti semester).
iii. Gagal membuat pelaporan prestasi kepada Fakulti, Pusat Tanggungjawab dan Kolej Kediaman bagi dua (2) bulan berturut-turut tanpa sebab yang munasabah.
13/23
3.4.3 Faktor-faktor lain penamatan perniagaan adalah disebabkan oleh perkara-perkara berikut:
i. Pelajar/Penyewa berhenti pengajian.
ii. Pelajar/Penyewa tangguh pengajian.
3.4.4 Pelajar tidak boleh menarik diri dari program inkubator ini kecuali mempunyai alasan yang munasabah. Permohonan perlu dibuat dengan menghantar surat rasmi kepada Fakulti, Pusat Tanggungjawab atau Kolej Kediaman mengikut mana- mana yang berkenaan.
3.5 Kadar Sewaan dan Bayaran
3.5.1 Ruang yang disewakan di dalam kawasan Fakulti, Pusat Tanggungjawabdan Kolej Kediaman adalah di bawah tanggungjawab Fakulti, Pusat Tanggungjawab dan Kolej Kediaman tersebut manakala ruang di luar kawasan Fakulti/Pusat Tanggungjawab adalah di bawah tanggungjawab BizDeC.
3.5.2 Kadar sewa inkubator/ruang niaga adalah tertakluk kepada Fakulti, Pusat Tanggungjawab dan Kolej Kediaman masing- masing.
3.5.3 Penetapan kadar sewaan perlu mengambil kira kos penyelenggaraan dan utiliti universiti.
3.5.4 Kaedah bayaran sewaan adalah melalui pembayaran dengan menggunakan kaedah pemotongan tetap (standing instruction) daripada akaun syarikat pelajar, atau pembayaran secara tunai di kaunter Pejabat Bendahari UTHM.
3.5.5 Penyewa yang gagal menjelaskan bayaran sewaan lebih dari dua (2) bulan tanpa sebab yang munasabah akan ditamatkan kontrak sewaan.
14/23
3.6 Pengecualian dan Pengurangan (Diskaun)
Pengecualian dan pengurangan Kadar sewaan adalah tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Melulus.
4.0 SYARAT-SYARAT AM
4.1 Perkhidmatan/barangan adalah jelas tidak melanggar undang- undang dan tiada unsur keraguan.
4.2 Pelajar perlu mendapatkan permit bagi setiap persembahan/
pertunjukan/majlis yang memerlukan surat kelulusan atau permit daripada pihak Polis Diraja Malaysia atau mana-mana pihak berkuasa. Salinan permit tersebut hendaklah dikemukakan kepada Universiti dan dipamerkan di pintu masuk premis perniagaan dan kemudahan yang disewa.
4.3 Semua kawasan dalam Universiti adalah kawasan larangan merokok.
4.4 Penjualan minuman keras dan makanan yang tidak halal adalah dilarang sama sekali.
4.5 Penggunaan polisterin sebagai pembungkus makanan dan minuman adalah dilarang di Universiti.
4.6 Penyewa diwajibkan mematuhi Garis Panduan berkaitan penyediaan makanan oleh Pusat Kesihatan Universiti bagi makanan yang dijual.
4.7 Sebarang pengujian mesin dan peralatan adalah tidak dibenarkan di dijalankan di inkubator/ruang niaga.
5.0 PENASIHAT KEUSAHAWANAN PELAJAR (MENTOR)
5.1 Penasihat Keusahawanan Pelajar (Mentor)
Penasihat Keusahawanan Pelajar (Mentor) keusahawanan boleh terdiri daripada staf yang mengajar atau tidak mengajar kursus keusahawanan, penyelaras kursus keusahawanan di Fakulti, Pusat Tanggungjawab dan
15/23
Kolej Kediaman, staf yang pernah mengikuti kursus keusahawanan (ToT) di peringkat kementerian atau pensyarah yang memiliki Syarikat Terbitan Universiti Staf (STUS). Penasihat Keusahawanan Pelajar (Mentor) akan bertindak sebagai penasihat perniagaan, pembimbing pengurusan, pemantau operasi perniagaan inkubator dan penasihat kewangan kepada pelajar. Penasihat Keusahawanan Pelajar (Mentor) mestilah mempunyai minat yang tinggi dan mempunyai komitmen yang tinggi terhadap keusahawanan pelajar.
5.1.1 Syarat Pemilihan Penasihat Keusahawanan Pelajar (Mentor)
i. Staf akademik atau staf pentadbiran di Fakulti, Pusat Tanggungjawab dan Kolej Kediaman;
ii. Mendapat kebenaran daripada Dekan Fakulti, Pusat Tanggungjawab dan Kolej Kediaman;
iii. Tidak mempunyai kepentingan peribadi dalam perniagaan pelajar;
iv. Pernah mengikuti mana-mana kursus asas keusahawanan; atau
v. Mempunyai minat yang tinggi, atau
vi. Mempunyai komitmen yang tinggi terhadap keusahawanan pelajar.
5.1.2 Peranan Penasihat Keusahawanan Pelajar (Mentor)
i. Perantara maklumat di antara Fakulti, Pusat Tanggungjawab dan Kolej Kediaman dengan pelajar;
ii. Pembimbing dalam penjanaan idea perniagaan, penyediaan rancangan perniagaan, operasi perniagaan dan aspek pengurusan perniagaan di inkubator/ruang niaga;
16/23
iii. Membantu pelajar mendaftarkan syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
iv. Penasihat dalam penyediaan laporan terperinci perniagaan pelajar/STUP kepada pihak Fakulti, Pusat Tanggungjawab dan Kolej Kediaman;
v. Pemantau pelaksanaan perniagaan pelajar/STUP di inkubator/ruang niaga; dan
vi. Melaporkan prestasi kewangan STUP di dalam sistem Workspace Universiti secara berkala.
5.1.3 Pelantikan dan Pengiktirafan Penasihat Keusahawanan Pelajar (Mentor)
Penasihat Keusahawanan Pelajar (Mentor) akan dilantik oleh Fakulti, Pusat Tanggungjawab dan Kolej Kediaman. Sijil pengiktirafan akan diberikan kepada mentor bagi setiap lantikan yang dibuat.
5.2 Mentor Keusahawanan Industri
Setiap inkubator/ruang niaga digalakkan untuk mengenal pasti Mentor Keusahawanan Industri yang bersesuaian dengan perniagaan yang akan dijalankan. Usaha ini membolehkan pelajar mendapat bimbingan teknikal dalam operasi perniagaan yang dijalankan dan menimba pengalaman sebenar daripada Mentor Keusahawanan Industri sekaligus mendapat bimbingan ke arah satu tahap yang lebih tinggi di luar kampus selepas pelajar menamatkan pengajian.
5.2.1 Kriteria Pemilihan Mentor Keusahawanan Industri
i. Merupakan usahawan sebenar yang boleh terdiri daripada usahawan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS), Usahawan ALUMNI atau Korporat;
17/23
ii. Mempunyai pengalaman sebagai usahawan melebihi 3 tahun;
iii. Mempunyai kesanggupan dan komitmen yang tinggi untuk melatih pelajar;
iv. Mempunyai perancangan untuk membantu perkembangan perniagaan pelajar; dan
v. Tidak mempunyai kepentingan peribadi dalam perniagaan pelajar.
5.2.2 Peranan Mentor Keusahawanan Industri
i. Penasihat kepada pelajar/STUP dari aspek operasi perniagaan;
ii. Pembimbing dalam penjanaan idea perniagaan yang realistik di pasaran sebenar;
iii. Pembimbing dalam kemahiran teknikal operasi perniagaan;
iv. Pemudahcara dalam peluang-peluang perniagaan yang lebih luas dalam pasaran sebenar; dan
v. Pembimbing pelajar/STUP dalam meningkatkan jaringan bersama industri supaya lebih kompetitif.
5.2.3 Pelantikan dan Pengiktirafan Mentor Keusahawanan Industri yang telah menyatakan persetujuan untuk terlibat dalam Projek Inkubator Keusahawanan Pelajar akan dilantik oleh PTU. Sijil pengiktirafan mentor akan diberikan kepada Mentor Keusahawanan Industri berdasarkan lantikan.
18/23 6.0 PERUNTUKAN DANA KEWANGAN
6.1 Permohonan Dana Peruntukan
6.1.1 Peruntukan dana kewangan untuk pelaksanaan program inkubator perlu dipohon dengan mengemukakan kertas kerja cadangan mengikut proses kerja seperti dalam Lampiran C.
6.2 Perbelanjaan Peruntukan
6.2.1 Peruntukan yang telah diperolehi perlu dibelanjakan sebagaimana yang telah diluluskan dalam kertas cadangan dan mematuhi prosedur perbelanjaan. Pemantauan dan pelaporan juga perlu dilaksanakan sebagaimana yang telah ditetapkan.
6.2.2 Peruntukan ini tidak boleh digunakan bagi sebarang tujuan yang tidak berkaitan.
6.2.3 Pengurusan kewangan perlu dilaksanakan mengikut tatacara pengurusan kewangan yang sedang berkuatkuasa di UTHM.
6.2.4 Peruntukan yang telah diluluskan hendaklah dibelanjakan dalam tahun kewangan semasa.
6.2.5 Pelajar/STUP perlu mendapatkan kelulusan Fakulti, Pusat Tanggungjawab dan Kolej Kediaman bagi menggunakan baki peruntukan bagi tahun berikutnya.
6.3 Sumber Modal Inkubator 6.3.1 Sumbangan Agensi
Melalui syarikat, perusahaan atau projek perniagaan yang dibiayai oleh pemodal awal, pemodal teroka, entiti pendanaan awam, geran agensi kerajaan dan hadiah pertandingan pitching berkaitan keusahawanan.
19/23 6.3.2 Sumbangan luar/industri
Pihak luar atau industri adalah merupakan penyumbang dana secara sukarela kepada inkubator. Sumbangan boleh diterima dalam bentuk peralatan atau bahan luak sahaja. Penerimaan sumbangan tersebut perlu didaftarkan mengikut tatacara terimaan sumbangan seperti dalam Pekeliling Universiti yang berkuatkuasa.
7.0 RUANG, INFRASTRUKTUR DAN FASILITI
Fakulti, Pusat Tanggungjawab dan Kolej Kediaman boleh menyediakan inkubator/ruang niaga berdasarkan pilihan berikut:
7.1 Menggunakan ruang fasiliti sedia ada; atau
7.2 Gunasama ruang dan fasiliti PdP untuk pengoperasian inkubator;
atau
7.3 Menaiktaraf dan menukar fungsi ruang sedia ada/baharu sekiranya tiada ruang khas untuk pengoperasian inkubator; atau
7.4 Permohonan mendapatkan ruang baharu bagi tujuan pengoperasian inkubator adalah mengikut prosedur sebagaimana yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Ruang Universiti (JKPRU).
8.0 PEMANTAUAN
8.1 Laporan Operasi Pelajar/STUP Berkala
Laporan operasi perlu disediakan oleh pelajar dan dihantar kepada Penasihat Keusahawanan Pelajar (Mentor) sekali pada setiap semester.
8.2 Laporan Hasil Jualan Bulanan
Laporan hasil jualan bulanan perlu disediakan oleh pelajar dan dihantar kepada Penasihat Keusahawanan Pelajar (Mentor).
20/23 9.0 PENGECUALIAN
Pengecualian kepada peruntukan Garis Panduan ini hendaklah mendapat kelulusan Naib Canselor UTHM.
10.0 PEMAKAIAN
Garis panduan ini adalah terpakai di UTHM sahaja.
21/23
Lampiran A PROSES PERMOHONAN INKUBATOR KEUSAHAWANAN PELAJAR
(PERMOHONAN MELAKUKAN AKTIVITI PERNIAGAAN)
22/23
Lampiran B PROSES PERMOHONAN INKUBATOR KEUSAHAWANAN PELAJAR
(PERMOHONAN RUANG MELAKUKAN AKTIVITI PERNIAGAAN)
23/23
Lampiran C PROSES PERMOHONAN INKUBATOR KEUSAHAWANAN PELAJAR
(PERMOHONAN DANA MELAKUKAN AKTIVITI PERNIAGAAN)