• Tidak ada hasil yang ditemukan

S E J I W A. Mereka semua terus berteguhan dengan sehati sejiwa dalam doa (Kis. 1:14a)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "S E J I W A. Mereka semua terus berteguhan dengan sehati sejiwa dalam doa (Kis. 1:14a)"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

S E J I W A

SEHATI

NOVEMBER 2017

Mereka semua terus berteguhan dengan sehati sejiwa dalam doa…(Kis. 1:14a)

139

c/o Eden Residence, Jalan Bunga Kertas, Batu 14 Puchong, 47100 Subang Jaya, Selangor. UNTUK KEGUNAAN DALAMAN SAHAJA

Perhatian: Makalah Sehati Sejiwa ini boleh dibaca dan dimuat turun dari laman web http://oneaccord.localchurch.my/

Konsumasi garis hayat ialah kenikmatan terhadap pohon hayat dan air hayat sebagai desti- nasi dan bahagian kita untuk keabadian. Untuk sampai ke konsumasi ini, pekudus yang dikasihi, kita perlu makan pohon hayat hari ini. Cara untuk makan pohon ini adalah dengan memakan sabda Tuhan. Apabila kita makan, kita sedang menerima sesuatu ke dalam diri kita. Memakan sabda yang merupakan perjasadan Tuhan bererti menerima hayat dan cahaya. “Logos” yang kita makan akhirnya akan menjadi “rhema”. Pemakanan ini akan membawa kita kembali kepada has- rat asal Tuhan, termasuk mengekspresikan Tuhan secara positif dan menewaskan musuh Tuhan, iaitu Syaitan, secara negatif. Keluaran ini ialah sambungan bagi keluaran yang lepas berkenaan subjek ‘Pohon Hayat’.

Kata-kata Beban

Dikbang dan dikkak, kita sedar sepenuhnya bahawa sebaik sahaja kita menyentuh pohon hayat, kita sedang menyentuh alam rohani bagi peperangan yang tercetus dari pelbagai sudut.

Musuh Tuhan, yakni Syaitan sama sekali tidak gembira melihat kita menyentuh pohon hayat.

Dia dengan pelbagai cara akan menghalang kita daripada datang kepada pohon ini. Oleh itu, kita tidak ingin jatuh ke dalam jerat dengan sekadar berbicara tentang memakan pohon hayat tetapi pada akhirnya tidak melihat, menghargai, dan mengambil pohon hayat ke dalam kita. Walaupun melihat hanyalah satu permulaan, namun ia perkara yang besar. Untuk Ayub melihat Tuhan (42:5) dan dibawa kembali kepada pohon hayat, dia perlu mengalami penderitaan yang amat ba- nyak. Dikbang Lee pernah bersekutu bahawa dia melihat visi tentang pohon hayat buat kali per- tama sewaktu dia jatuh sakit. Pekudus sekalian, tidak ada apa-apa yang dapat menghalang kita

Pembauran dan Latihan Penyempurnaan untuk Pekudus yang Bekerja di Malaysia

31 Ogos—3 September 2017 kemasukan bendasing, pencemaran akan menyerang kita untuk cuba mengubah sifat pemulihan

Tuan. Namun apabila semua ini datang, kita bersedia untuk menghadapinya. Kita ingin bersaksi bahawa daripada sesuatu yang negatif, Tuhan akan bergerak untuk menjadikannya positif.

Tuan sendiri akan bertanggungjawab terhadap pemulihan-Nya. Pada masa yang sama, da- lam prinsip inkarnasi, perlu ada manusia di bumi yang dapat bekerjasama dengan-Nya. Pekudus sekalian, Tuan memerlukan orang, terutamanya pada waktu kritikal ini. Semasa Dia bertindak, musuh menolak dan menyerang. Untuk melawan rintangan musuh, Tuhan Yehova perlu mem- bentuk satu angkatan. Kita perlu memberi perhatian kepada amaran Mordekhai (mewakili Kris- tus), yang memberitahu Ratu Ester bahawa dia mampu memberi pertolongan kepada umat Tu- han pada saat penting. Namun jika dia menolak, penyelamatan akan bangkit dari tempat yang lain. Kita tidak ingin melepaskan peluang ini. Atas sebab ini juga latihan diperlukan. Generasi yang muda dalam pemulihan Tuan perlu dilatih untuk berjuang dalam peperangan rohani dan dilengkapi untuk meneruskan kerja ministri demi membina Tubuh Kristus.

Pohon Hayat

(2)

PENGUMUMAN

1. Latihan Penyempurnaan Sebulan untuk Remaja di Malaysia Tarikh: 26 November (Hari Tuan)–23 Disember (Sabtu) 2017 Tempat: Eden Residence

2. Penyempurnaan untuk Remaja Menengah Atas di Malaysia Tarikh: 11 Disember (Isnin)–18 Disember (Isnin) 2017

Tempat: Eden Residence

3. Persidangan Pembauran untuk Remaja di Malaysia Tarikh: 15–18 Disember 2017 (Jumaat hingga Isnin) Tempat: Eden Residence

4. Latihan Berbahasa Malaysia

Tarikh: 18–21 Disember 2017 (Isnin hingga Khamis) Tempat: Keningau

5. Persidangan Berbahasa Malaysia

Tarikh: 22–24 Disember 2017 (Jumaat hingga Hari Tuan) Tempat: Keningau

6. Pergerakan Injil di Sabah

Tarikh: 27 Disember (Rabu), 2017 hingga 11 Januari (Khamis), 2018 Tempat: Sabah

7. Persidangan Pembauran di Malaysia 2018 Tarikh: 16–18 Februari 2018

Tempat: Lembah Klang

(2)

daripada melihat visi tentang pohon hayat. Visi diberi oleh Tuhan. Tidak ada seorang pun yang dapat melihat dengan sendiri melainkan Tuhan membuka matanya. Semoga Tuhan merahmati kita, mencahayai semua agar kita dapat melihat visi tentang pohon hayat.

Dalam suatu mesej yang diberi pada Sesi Musim Bunga 2016 bagi Latihan Sepenuh Masa, di bawah subjek am ‘Pohon Hayat’ dengan mesej bertajuk ‘Ayub dan Dua Pohon’, seorang rakan se- kerja bersaksi bahawa Dikbang Lee mempunyai beban terhadap banyak perkara yang diperlukan untuk menggenapi tujuan Tuhan, seperti mengamalkan jalan yang ditetapkan Tuhan. Namun terdapat satu perkara utama yang diambil berat olehnya, iaitu visi pusat. Mendukung perkara utama ini merupakan keprihatinan terbesarnya. Dikbang Lee berkata, “Keprihatinan saya yang terbesar ialah sama ada banyak pekudus yang melihat visi pusat.... Itu sebabnya saya tidak ter- utamanya mengambil berat akan penyebarluasan gereja-gereja. Sebaliknya, minat utama saya ia- lah membebaskan sabda berkenaan visi pusat dan mengambil berat akan situasi dalam semua ge- reja. Sesetengah pekudus harus melihat visi pusat secara kukuh supaya Tuan mempunyai jalan.

Jika tidak, kita hanyalah ulangan dan sebahagian daripada Kristianiti yang tradisional.” Pekudus sekalian, perbezaan antara pemulihan Tuan dan Kristianiti ialah visi pusat. Dikbang-dikbang di hadapan kita telah berjerih, menghabiskan dan mengorbankan banyak perkara untuk membawa visi pusat kepada kita. Visi tentang pohon hayat ini ialah visi pusat. Jika kita gagal melihat visi ini, kita akan menjadi ulangan Kristianiti yang tradisional dan Tuan akan ditangguhkan dalam melaksanakan pemulihan-Nya dan menggenapkan tujuan-Nya.

Kita juga perlu diselamatkan daripada jatuh ke dalam gereja di Laodikia dengan berfi kiran bahawa “aku orang berada dan telah menjadi kaya serta tidak memerlukan apa-apa.” Adalah me- ngaibkan untuk bermegah bahawa kita mengetahui segala-gala tentang pohon hayat. Kita pasti- nya tidak ingin berakhir dengan ditanggulangi secara serius dan ditegur oleh Tuan yang berkata kepada kita, “Tidak tahukah kamu bahawa kamu adalah melarat, kasihan, miskin, buta, dan telanjang?” Pekudus sekalian, apakah yang harus kita lakukan? Kita perlu menyahut panggilan Tuan untuk menjadi pejayeng-Nya. Kita juga perlu mengikuti ajaran dutus, melihat visi yang sama yang dilihat oleh dutus, dan dikawal, diarahkan, dipelihara dan dilindungi oleh visi tersebut.

Suatu perubahan juga akan berlaku dalam kehidupan kita. Kita tidak akan hidup dengan cara yang sama setiap tahun.

Dalam Kisah 20:27 Paulus berkata, “Kerana aku tidak mengelak daripada menyatakan sega- la keputusan Tuhan kepadamu.” Kita bersyukur atas ministri dan dikbang-dikbang yang tidak mengelak tetapi terdahulu membawa sabda Tuhan kepada kita. Keprihatinan besar Dikbang Lee harus mempengaruhi kita. Respons kita seharusnya, “Oleh itu, Raja Agripa, aku tidak ingkar terhadap visi itu yang dari syurga” (Kis. 26:19). Kita tidak ingin mendengar pembicaraan ini bagi pihak orang lain. Kita juga tidak ingin mengikuti pembicaraan ministri secara luaran tetapi tidak melihat secara intrinsik visi yang dibawa oleh ministri kepada kita. Marilah kita meluangkan masa untuk mengasihi, memakan dan menikmati Tuhan. Marilah kita mempersembahkan diri untuk dilatih dan disempurnakan oleh ministri waadah baru dan dikonstitusikan dengan ajaran sihat para dutus.

Mesej Lima

Dua Pohon dalam Kejadian 2 Menjadi Dua Hukum dalam Roma 8

Jika kita ingin melihat makna intrinsik dua pohon dalam Kejadian 2, maka kita harus melihat hasrat abadi Tuhan dan komplot balas Syaitan. Hasrat abadi Tuhan ialah masuk ke dalam kita dan menjadi hayat kita. Komplot balas Syaitan ialah menyuntikkan dirinya ke dalam manusia un- tuk menjadi dosa dan maut dalam manusia. Pohon hayat melambangkan Tuhan bersama dengan hasrat abadi-Nya, manakala pohon pengetahuan baik dan jahat melambangkan Syaitan bersama

Persekutuan Hayat yang Khas

Pembicaraan tentang bagi persekutuan hayat yang khas merupakan beban yang mengalir keluar sewaktu mesej 9 disampaikan. Persekutuan menandakan pengetepian kepentingan sendi- ri dan penggabungan dengan orang lain untuk suatu tujuan yang sama. Oleh itu, berada dalam persekutuan divin bererti mengetepikan kepentingan kita sendiri dan bergabung dengan para dutus dan Tuhan Tritunggal untuk melaksanakan tujuan Tuhan. Sering kali, kita melakukan hal-hal dengan memikirkan kepentingan peribadi kita. Kita jarang melakukan atau berbahagian dalam melakukan sesuatu yang tidak mempunyai kepentingan diri kita secara peribadi namun adalah sama sekali demi keperluan Tubuh dan demi kepentingan pekudus, sebagai contoh: me- lawat tempat tertentu, menterjemahkan Bible bahasa Malaysia, mempersembahkan kewangan dan sebagainya.

Dalam Dua Timotius 1:15, Paulus berbicara kepada anak rohaninya Timotius, dengan berka- ta, “Hal ini kamu ketahui, bahawa semua yang berada di Asia berpaling daripada aku, antaranya ialah Figelus dan Hermogenes.” Hal ini yang berlaku pada zaman Paulus—semua yang berada di Asia telah berpaling—ini menyedarkan kita bahawa hal meninggalkan ministri para dutus mung- kin akan berlaku lagi. Kepada gereja di Filipi, sebuah gereja yang mempunyai sejarah yang ber- kait rapat dengan dutus Paulus, dia telah memberi mereka persekutuan dengan amaran dalam 2:12, mengingatkan mereka bahawa mereka tidak harus berubah sehingga menjadi tidak patuh pada waktu ketiadaannya. Sebaliknya, mereka harus mengerjahasilkan penyelamatan mereka sendiri dengan takut dan gementar dalam situasi itu, iaitu semua di Asia telah meninggalkannya.

Semasa berbicara kepada para penatua di Efesus, Paulus membunyikan semboyan amaran bahawa selepas keberangkatannya, serigala-serigala ganas akan masuk ke kalangan mereka tan- pa menyayangi kawanan (Kis. 20:29). Bahkan daripada kalangan mereka sendiri akan ada orang yang bangun membicarakan hal-hal yang putar belit untuk menyelewengkan disipal-disipal agar mengikut mereka (ay. 30). Paulus mengasihi gereja dan dengan demikian dia terdesak untuk memberikan amaran ini. Kita perlu menerima kata-katanya agar kita dapat dipelihara. Mereka yang putar belit dalam kalangan percayawan sentiasa diguna oleh iblis yang membenci gereja, untuk menyelewengkan domba-domba, untuk membentuk satu lagi kawanan. Namun, ditengah- tengah semua situasi yang kelihatan negatif ini, Paulus menetap selama dua tahun penuh di tem- pat huni yang disewanya sendiri serta menyambut semua yang datang kepadanya, memberitakan kingdom Tuhan dan mengajar hal-hal berkenaan Tuan Yesus Kristus dengan segala keberanian, tanpa halangan (28:30-31). Kita amat bersyukur bahawa dalam zaman ini, kita mempunyai minis- tri zaman yang sedang melakukan perkara yang sama. Sebagaimana dikbang-dikbang bersabar- tahan dan dengan setianya memberitakan kepada kita kingdom Tuhan serta mengajar kita hal- hal berkenaan Tuan Yesus Kristus, kita harus mengikuti ministri dengan rapat.

Dalam buku Kisah Para Dutus, segala penentangan akhirnya menyebabkan injil disebarkan ke seluruh dunia. Paulus ditindas oleh orang Yahudi dan akhirnya dipenjarakan. Walaupun hal ini kelihatan negatif namun dutus Paulus yang agung telah menulis surat-surat yang penting sewaktu di penjara. Dikbang Nee pernah berkata bahawa dari satu segi, gereja asyik jatuh dan menjadi semakin teruk. Tetapi dari segi yang lain, gereja sedang dipulihkan. Dalam sejarah kita, pemulihan Tuan mengalami perpecahan dan penentangan yang datang dari semua arah. Dik- bang Lee menggunakan situasi seperti ini untuk memperkuat pemulihan, untuk membawa kita lebih tinggi, membenarkan Tuan menyucikan pemulihan-Nya. Maut tidak dapat menahan hayat kebangkitan. Inilah pemulihan Tuan. Tidak ada sesiapa pun yang dapat meruntuhkannya, tidak di negara China, tidak di Taiwan, tidak di Amerika Syarikat, tidak di mana-mana penjuru di bumi dan pastinya tidak di Malaysia. Semoga kita menerima persekutuan ini bukan secara tawar hati, sedih atau dalam cara penafi an. Pemberontakan, penentangan, perpecahan, penindasan,

(3)

dengan komplot balasnya. Hasrat Tuhan ialah manusia yang dicipta-Nya menurut diri-Nya ber- bahagian dalam pohon hayat. Apabila kita berbahagian dalam pohon hayat, kita menerima ha- yat Tuhan dan bergabung dengan-Nya, dengan itu membolehkan Tuhan memperoleh kita untuk menggenapkan rancangan-Nya dan menghapuskan Syaitan. Sebaliknya, Syaitan mengingini ma- nusia berbahagian dalam pohon pengetahuan baik dan jahat agar manusia menerima hayatnya dan bersatu secara haram dengan dia, supaya dia dapat merampas manusia, menggenapkan niat- nya yang jahat, dan menghalang rancangan Tuhan. Dalam mata Tuhan, perkara yang penting berkenaan dua pohon ini ialah manusia harus makan pohon yang wajar, iaitu pohon hayat.

Dua pohon dalam Kejadian 2:9 bukan lagi berada di luar kita seperti di Taman Eden. Dua pohon kini berada di dalam kita sebagai dua hukum—hukum Roh hayat dan hukum dosa dan maut. Perkataan hukum dalam Roma 8:2 bukan bererti perintah tetapi prinsip-prinsip yang telah ditetapkan. Hukum merupakan sesuatu yang beroperasi dengan sendiri. Setiap pohon ialah suatu hukum; hukum itu berasal daripada pohon itu. Melalui kelahiran pertama, kita memiliki hukum dosa dan maut; menerusi kelahiran yang kedua, kita memiliki hukum Roh hayat. Dua pohon ber- sama dengan hukum pohon itu kini sedang beroperasi dalam kita. Pekudus sekalian, Tuhan yang terproses telah menjadi Roh yang huni dalam roh kita sebagai hukum Roh hayat. Kita dapat di- selamatkan daripada hukum dosa dan maut menerusi operasi hukum Roh hayat. Hidup melalui pohon hayat bererti hidup melalui hukum Roh hayat secara spontan. Oleh yang demikian, kehi- dupan orang Kristian kita tidak harus dikawal oleh tekad kita tetapi dikawal oleh operasi hukum Roh hayat yang spontan yang beroperasi dalam kita. Untuk mengaktifkan dan membenarkan hukum ini berfungsi, kita memerlukan roh yang terlatih dan minda yang diperbarui. Keperluan ini amatlah mendesak. Marilah kita dipulihkan kepada pohon hayat.

Mesej Enam

Dua Pohon dan Dua Prinsip Kehidupan

Dua pohon dalam Kejadian 2:9 menunjukkan kepada kita bahawa manusia, terutamanya se- orang Kristian, dapat hidup menurut dua prinsip yang berlainan—prinsip betul dan salah atau prinsip hayat. Sabda Tuhan memberitahu kita bahawa dia yang makan daripada pohon penge- tahuan baik dan jahat pasti akan mati, manakala dia yang makan daripada pohon hayat akan hidup. Maka, adalah penting bagi kita hidup menurut prinsip yang betul. Jika kita mengikuti prinsip betul dan salah, hasilnya ialah maut. Namun, jika kita hidup menurut prinsip hayat, kita akan menerima hayat dan bekalan hayat.

Kehidupan Kristian kita adalah berdasarkan hayat dalaman, bukannya standard betul atau salah secara luaran. Jika kita hidup melalui prinsip betul dan salah, kita sama dengan orang di dunia. Menjadi seorang Kristian ialah soal menyemak

dengan hayat dalam kita setiap kali kita melakukan sesuatu. Tidak ada orang Kristian yang dapat memu- tuskan apa-apa di luar hayat. Segala apa yang menam- bahkan hayat dalaman adalah betul, sedangkan segala apa yang mengurangkan hayat dalaman adalah salah.

Dalam Kejadian 2:9, “baik dan jahat” diletakkan ber-

sama-sama sebagai satu jalan, manakala “hayat” pula ialah jalan yang lain. Oleh itu, kita bukan sahaja harus mengelak daripada segala yang jahat tetapi juga daripada yang sekadar baik. Stan- dard kehidupan orang Kristian bukan sahaja menanggulangi hal-hal yang jahat tetapi juga hal- hal yang baik dan betul. Kita tidak harus hanya bertaubat di hadapan Tuhan atas dosa-dosa yang kita lakukan; kita juga harus bertaubat di hadapan Tuhan atas hal-hal baik yang kita lakukan.

Apa yang harus kita lakukan ialah datang kepada Tuhan untuk menentukan yang mana bersifat hayat dan yang mana bersifat kematian. Inilah standard yang lebih tinggi, iaitu standard hayat.

Tritunggal. Dalam pemerian Yerusalem Baru, yakni pembinaan muktamad Tuhan, kita dapat melihat bahawa ia sama sekali merupakan perkara hayat; terdapat sungai hayat yang menga- lir untuk diminum mereka yang berbahagian dalam pembinaan Tuhan, dan pohon hayat yang bertumbuh dalam sungai hayat untuk dimakan mereka. Oleh itu, untuk kita berbahagian dalam pembinaan Tuhan, tidak ada jalan yang lain selain melalui hayat dan dengan hayat. Pekudus sekalian, marilah kita mengambil jalan hayat, agar hayat ini dapat bertumbuh dalam kita demi transformasi kita untuk membina gereja.

Mesej Sembilan

Hidup dalam Hayat Kebangkitan, Hidup dalam Persekutuan Hayat dan Meraja dalam Hayat sehingga Membawa kepada Hayat Abadi

Apabila kita menyentuh pohon hayat seperti yang disingkapkan dalam lapan mesej yang se- belumnya, akhirnya kita akan dibawa untuk menjalani kehidupan Kristian dan kehidupan gereja kita dalam hayat kebangkitan, dalam persekutuan hayat, dan meraja dalam hayat. Hasil daripa- da kehidupan sedemikian membawa kepada hayat abadi.

Sememangnya satu kenyataan bahawa kita hidup dalam hayat kebangkitan, tidak kira apa perasaan kita. Untuk hidup dalam hayat kebangkitan, kita perlu melihat kebenaran yang ter- singkap berkenaan kebangkitan Kristus. Kita perlu berdoa untuk roh kearifan dan wahi sehingga kita benar-benar melihat hayat kebangkitan ini. Apabila kita hidup dalam hayat kebangkitan ini, kita akan mengalami kebenaran—Kristus dalam keinsanan-Nya diperanakkan Tuhan dalam kebangkitan-Nya untuk menjadi Anak sulung Tuhan, kita sebagai percayawan dilahirukan oleh Tuhan Bapa menerusi kebangkitan Kristus untuk menghasilkan gereja sebagai Tubuh-Nya, yak- ni reproduksi-Nya, dan Kristus telah menjadi Roh beri-hayat. Dikbang dan dikkak, apabila kita hidup sama sekali dalam hayat kebangkitan Kristus, hasilnya ialah Tubuh Kristus. Apa yang kita perlu lakukan sekarang ialah mempunyai iktikad dan percaya, mengenali, mengalami dan memperoleh Tuhan kebangkitan demi pembinaan Tuhan dalam hayat. Inilah jalan hayat. Tuhan bekerja menerusi salib untuk menamatkan kita, membawa kita ke jalan buntu, agar kita tidak lagi yakin kepada diri kita tetapi kepada Tuhan kebangkitan. Kita mungkin mengalami jumlah penghancuran, pelucutan, dan perobohan manusia alamiah kita yang tertentu oleh Tuan, namun lebih banyak hayat dan sifat-Nya digarapkan ke dalam kita.

Persekutuan hayat ialah realiti kehidupan dalam Tubuh Kristus demi pembinaan Tuhan da- lam hayat. Kita perlu memelihara kedua-dua aspek menegak bagi persekutuan dengan Tuhan Tritunggal dan aspek mengufuk bagi persekutuan kita dengan satu sama lain agar kita kekal sihat dari segi rohani. Persekutuan divin adalah segala-gala dalam kehidupan orang Kristian. Da- lam persekutuan divin ini, Tuhan saling berjalin dengan kita; saling berjalin ini ialah pembauran antara Tuhan dan manusia. Persekutuan divin membaurkan kita, melaraskan kita, membetulkan kita, mengharmonikan kita, dan menyebatikan kita menjadi satu Tubuh.

Pengalaman hidup dalam kebangkitan, hidup dalam persekutuan hayat akan membawa kita untuk meraja dalam hayat. Sebagai percayawan, kita perlu meraja dalam hayat dengan kurnia atas segala sesuatu sehingga membawa kepada hayat abadi. Meraja dalam hayat ialah penga- laman penuh terhadap penyelamatan organik Tuhan. Kita hanya perlu memohon Tuhan untuk pengalaman ini, untuk berada di bawah pemerintahan hayat divin yang akan berhasil secara muktamadnya dalam Yerusalem Baru, iaitu inkorporasi yang universal bagi penyatuan dan pem- bauran kedivinan dan keinsanan.

Puji Tuan untuk pembauran dan latihan penyempurnaan sedemikian. Kata-kata ini yang tepat pada masanya membawa kita kembali kepada hasrat asal Tuhan dan memulihkan kita kembali kepada garis hayat. Semoga Tuan memberkati pemulihan-Nya!

Kehidupan Kristian kita adalah berdasarkan hayat dalaman,

bukannya standard betul

atau salah secara luaran.

(4)

Jika kita hendak hidup menurut prinsip hayat, kita perlu membezapastikan roh daripada sukma dan mengenali roh. Kita perlu mengetahui perbezaan antara roh kita dengan bahagian- bahagian dalaman kita yang lain. Minda, emosi, dan tekad, yang semuanya merupakan bahagian hati, juga merupakan tiga bahagian yang membentuk sukma, iaitu hayat alamiah, diri. Untuk mengikuti Tuan, kita harus menyangkal kesemua bahagian ini dan mengikuti roh. Tuan yang merupakan Roh itu hidup, huni, bekerja, bergerak, dan bertindak dalam roh kita. Apabila kita mengikut roh, kita mengikut Tuan sendiri, kerana Tuan berada dalam roh kita.

Tuhan Tritunggal telah melalui satu proses dan kini Dia ialah Roh beri-hayat yang mendis- penkan hayat ke dalam kita. Kita harus mengenali Roh itu, dan Roh akan membawa hayat dan perasaan hayat kepada kita. Perasaan hayat ini membolehkan kita tahu sama ada kita hidup dalam hayat alamiah atau dalam hayat divin dan sama ada kita hidup dalam tubuh daging atau dalam roh. Kita harus membuat pilihan berasaskan perasaan dalaman. Kita perlu mendoakan diri kita ke dalam perasaan hayat dan hidup di bawah penguasaan, bimbingan, dan arahannya hari demi hari. Semakin kita bergerak-hidup menurut roh dan mengikut perasaan hayat, semakin kita hidup menurut prinsip hayat.

Mesej Tujuh

Pohon Hayat dan Tujuan Abadi Tuhan

Tuhan mempunyai kehendak, dan berdasarkan kehendak-Nya Dia mempunyai kegirangan (Ef. 1:5, 9). Menurut kegirangan kehendak-Nya, Dia mempunyai satu tujuan abadi (3:11). Tuhan sendiri ialah permulaan, asal usul, dan lingkungan tujuan abadi-Nya; tidak ada apa-apa yang dapat menggulingkannya. Segala sesuatu sedang bekerja untuk tujuan abadi ini, yang berkena- annya Dia tidak membawa bincang dengan sesiapa pun. Dalam Roma 8:28, tujuan-Nya merujuk kepada penentuan yang bertujuan dalam rancangan Tuhan; tujuan Tuhan adalah untuk meng- hasilkan dikbang yang banyak kepada Anak sulung-Nya. Dikbang yang banyak ialah anak Tuhan yang banyak yang dibawa-Nya ke dalam kemuliaan. Dalam Efesus bab 1, kita melihat bahawa tujuan Tuhan adalah untuk memperoleh gereja, iaitu Tubuh Kristus, yang menerusinya Dia da- pat mengekspresikan diri-Nya.

Demi penggenapan tujuan-Nya, Tuhan Tritunggal perlu mendispenkan diri-Nya ke dalam manusia tripartit yang dipilih, dipratakdirkan, dan ditebus-Nya. Pohon hayat ialah jalan untuk menggenapkan tujuan abadi Tuhan. Oleh itu, Tuhan mengingini manusia menerima dan mema- kan Dia sebagai hayat kerana tanpa hayat, tidak akan ada anak Tuhan yang banyak, tidak akan ada gereja sebagai Tubuh Kristus. Musuh mengetahui hal ini dan sebelum hayat dapat masuk ke dalam manusia, racun Syaitan telah masuk ke dalam manusia menerusi pohon pengetahuan baik dan jahat. Dengan itu manusia telah tersimpang daripada garis hayat. Jalan ke pohon hayat telah ditutup, dan tujuan Tuhan terhalang. Menerusi penampilan diri Penyelamat kita Kristus Yesus, Dia telah menyingkirkan maut serta mencahayakan hayat dan ketakkorupan menerusi injil (2 Tim. 1:10). Penyelamatan Tuhan adalah agar orang yang dicipta dan ditebus-Nya memperoleh keanakan. Matlamat-Nya adalah untuk membawa kita kembali kepada kehendak asal-Nya, iaitu Kristus masuk ke dalam kita untuk menjadi hayat kita.

Kini Kristus sebagai hayat telah masuk ke dalam kita, maka kita perlu membenarkan hayat ini bertumbuh. Kita bukan sahaja telah dilahirukan, hayat di dalam kita ini perlu bertumbuh. Ha- nya manusia penuh dewasa yang dapat menggenapkan tujuan abadi Tuhan. Walaupun kita telah banyak tahun berada dalam pemulihan Tuan, kita harus mempertimbangkan jalan kita. Banyak orang, benda, dan hal-hal kelihatannya baik, tetapi mereka bukanlah hayat. Kita tidak ingin men- jadi orang yang sudah banyak tahun berada dalam kehidupan gereja namun hayat divin dalaman masih lagi tidak bertumbuh satu inci pun. Kita harus berprihatin terhadap pertumbuhan Kristus

sebagai pohon hayat dalam kita. Kristus bertumbuh dan terbentuk dalam kita agar kita dapat mencapai ukuran statur bagi kepenuhan Tubuh Kristus. Untuk Kristus bertambah dalam kita, kita memerlukan minda yang diperbarui dan tekad yang tunduk. Kita harus menjaga perasaan hayat dalaman kita dan menolak Syaitan daripada membina kubu kuat dalam minda kita. Pe- kudus sekalian, kita perlu meletakkan minda kita pada roh dan menundukkan tekad kita untuk berharmoni dengan Tuhan agar Kristus dapat bertumbuh dengan lebih banyak dalam kita.

Tuhan memerlukan manusia untuk bekerjasama dengan-Nya demi menggenapkan tujuan- Nya. Paulus ialah teladan kita. Dia seorang yang memakan pohon hayat. Kita perlu makan dan menikmati pohon hayat. Semoga Tuan melatih kita melalui kurnia-Nya, agar hayat dapat ber- tumbuh dalam kita untuk menggenapkan tujuan-Nya.

Mesej Lapan

Jalan Hayat yang Abadi dan Divin—Jalan Pemulihan Tuan

Jalan pemulihan Tuan ialah jalah hayat. Kristianiti menjadi jatuh kerana mereka mengambil jalan maut, iaitu jalan betul dan salah, jalan merdeka. Oleh yang demikian, kita perlu mengenali esens intrinsik bagi hayat dalam pemulihan Tuan supaya kita dapat mengambil jalan hayat. Da- ripada injil Yohanes, kita dapat melihat bahawa esens intrinsik Tuhan Tritunggal ialah hayat divin—Tuhan Bapa ialah sumber hayat (5:26), Tuhan Anak ialah perjasadan hayat (1:4), dan Tuhan Roh ialah aliran hayat (4:14b; 7:38-39a). Dalam Wahi, kita dapat melihat bahawa esens intrinsik Yerusalem Baru juga ialah hayat divin—Tuhan Bapa ialah cahaya hayat (21:23; 22:5), Tuhan Anak ialah pohon hayat (ay.2), dan Tuhan Roh ialah sungai air hayat (ay. 1).

Hayat divin yang mengalir dalam sifat divin ialah jalan yang unik bagi kita menjalani kehi- dupan harian sebagai umat Tuhan. Ia juga merupakan jalan unik bagi persekutuan kita dengan Tuhan serta dengan satu sama lain. Apabila kita bergerak-hidup dalam sifat divin Tuhan, kita di- bawa ke bawah pentadbiran keemasan Tuhan untuk menikmati aliran hayat dan bekalan hayat.

Dalam prinsip hayat yang sama, pelayanan kita kepada Tuan seharusnya merupakan hayat yang mengalir keluar daripada kita sebagai ministri hayat kepada orang lain. Tidak ada kesungguhan hati alamiah, kekuatan alamiah, dan kebolehan alamiah. Pelayanan kita seharusnya hasil dari- pada kita tinggal dalam Tuan dalam prinsip hayat, dan tidak terpisah daripada Tuhan sebagai sumber.

Dalam Matius 7 Kristus memaparkan dua jalan yang mungkin terdapat dalam kehidup- an dan kerja manusia di hadapan Tuhan. Jalan luas adalah jalan menurut sistem duniawi yang memuaskan cita rasa alamiah untuk memper- oleh orang yang banyak, memelihara kerjaya orang, dan mencapai perusahaan manusia. Na- mun begitu, pemulihan Tuan ialah jalan sesak, iaitu jalan yang menurut kawalan tertib divin, memenuhi tuntutan rohani untuk membawa masuk umat pilihan Tuhan bagi memikul ke- saksian Yesus Kristus, dan melaksanakan eko-

nomi Tuhan demi pembinaan Tubuh Kristus. Kita perlu mempelajari model kehidupan dan mi- nistri Tuan yang tidak terperi, yakni rela mempunyai kehidupan dan kerja yang sentiasa sempit dan sesak, yang hanya mencari kehendak Bapa.

Hayat dan pembinaan ialah dua kata kunci dalam seluruh Bible—hayat ialah Tuhan dalam Kristus yang menjadi isi kandungan hidup, manakala pembinaan ialah ekspresi korporat Tuhan

Namun begitu, pemulihan Tuan ialah jalan sesak, iaitu jalan yang

menurut kawalan tertib divin, memenuhi tuntutan rohani untuk membawa masuk umat pilihan Tuhan bagi memikul kesaksian Yesus Kristus,

dan melaksanakan ekonomi Tuhan

demi pembinaan Tubuh Kristus.

(5)

(6)

dengan komplot balasnya. Hasrat Tuhan ialah manusia yang dicipta-Nya menurut diri-Nya ber- bahagian dalam pohon hayat. Apabila kita berbahagian dalam pohon hayat, kita menerima ha- yat Tuhan dan bergabung dengan-Nya, dengan itu membolehkan Tuhan memperoleh kita untuk menggenapkan rancangan-Nya dan menghapuskan Syaitan. Sebaliknya, Syaitan mengingini ma- nusia berbahagian dalam pohon pengetahuan baik dan jahat agar manusia menerima hayatnya dan bersatu secara haram dengan dia, supaya dia dapat merampas manusia, menggenapkan niat- nya yang jahat, dan menghalang rancangan Tuhan. Dalam mata Tuhan, perkara yang penting berkenaan dua pohon ini ialah manusia harus makan pohon yang wajar, iaitu pohon hayat.

Dua pohon dalam Kejadian 2:9 bukan lagi berada di luar kita seperti di Taman Eden. Dua pohon kini berada di dalam kita sebagai dua hukum—hukum Roh hayat dan hukum dosa dan maut. Perkataan hukum dalam Roma 8:2 bukan bererti perintah tetapi prinsip-prinsip yang telah ditetapkan. Hukum merupakan sesuatu yang beroperasi dengan sendiri. Setiap pohon ialah suatu hukum; hukum itu berasal daripada pohon itu. Melalui kelahiran pertama, kita memiliki hukum dosa dan maut; menerusi kelahiran yang kedua, kita memiliki hukum Roh hayat. Dua pohon ber- sama dengan hukum pohon itu kini sedang beroperasi dalam kita. Pekudus sekalian, Tuhan yang terproses telah menjadi Roh yang huni dalam roh kita sebagai hukum Roh hayat. Kita dapat di- selamatkan daripada hukum dosa dan maut menerusi operasi hukum Roh hayat. Hidup melalui pohon hayat bererti hidup melalui hukum Roh hayat secara spontan. Oleh yang demikian, kehi- dupan orang Kristian kita tidak harus dikawal oleh tekad kita tetapi dikawal oleh operasi hukum Roh hayat yang spontan yang beroperasi dalam kita. Untuk mengaktifkan dan membenarkan hukum ini berfungsi, kita memerlukan roh yang terlatih dan minda yang diperbarui. Keperluan ini amatlah mendesak. Marilah kita dipulihkan kepada pohon hayat.

Mesej Enam

Dua Pohon dan Dua Prinsip Kehidupan

Dua pohon dalam Kejadian 2:9 menunjukkan kepada kita bahawa manusia, terutamanya se- orang Kristian, dapat hidup menurut dua prinsip yang berlainan—prinsip betul dan salah atau prinsip hayat. Sabda Tuhan memberitahu kita bahawa dia yang makan daripada pohon penge- tahuan baik dan jahat pasti akan mati, manakala dia yang makan daripada pohon hayat akan hidup. Maka, adalah penting bagi kita hidup menurut prinsip yang betul. Jika kita mengikuti prinsip betul dan salah, hasilnya ialah maut. Namun, jika kita hidup menurut prinsip hayat, kita akan menerima hayat dan bekalan hayat.

Kehidupan Kristian kita adalah berdasarkan hayat dalaman, bukannya standard betul atau salah secara luaran. Jika kita hidup melalui prinsip betul dan salah, kita sama dengan orang di dunia. Menjadi seorang Kristian ialah soal menyemak

dengan hayat dalam kita setiap kali kita melakukan sesuatu. Tidak ada orang Kristian yang dapat memu- tuskan apa-apa di luar hayat. Segala apa yang menam- bahkan hayat dalaman adalah betul, sedangkan segala apa yang mengurangkan hayat dalaman adalah salah.

Dalam Kejadian 2:9, “baik dan jahat” diletakkan ber-

sama-sama sebagai satu jalan, manakala “hayat” pula ialah jalan yang lain. Oleh itu, kita bukan sahaja harus mengelak daripada segala yang jahat tetapi juga daripada yang sekadar baik. Stan- dard kehidupan orang Kristian bukan sahaja menanggulangi hal-hal yang jahat tetapi juga hal- hal yang baik dan betul. Kita tidak harus hanya bertaubat di hadapan Tuhan atas dosa-dosa yang kita lakukan; kita juga harus bertaubat di hadapan Tuhan atas hal-hal baik yang kita lakukan.

Apa yang harus kita lakukan ialah datang kepada Tuhan untuk menentukan yang mana bersifat hayat dan yang mana bersifat kematian. Inilah standard yang lebih tinggi, iaitu standard hayat.

Tritunggal. Dalam pemerian Yerusalem Baru, yakni pembinaan muktamad Tuhan, kita dapat melihat bahawa ia sama sekali merupakan perkara hayat; terdapat sungai hayat yang menga- lir untuk diminum mereka yang berbahagian dalam pembinaan Tuhan, dan pohon hayat yang bertumbuh dalam sungai hayat untuk dimakan mereka. Oleh itu, untuk kita berbahagian dalam pembinaan Tuhan, tidak ada jalan yang lain selain melalui hayat dan dengan hayat. Pekudus sekalian, marilah kita mengambil jalan hayat, agar hayat ini dapat bertumbuh dalam kita demi transformasi kita untuk membina gereja.

Mesej Sembilan

Hidup dalam Hayat Kebangkitan, Hidup dalam Persekutuan Hayat dan Meraja dalam Hayat sehingga Membawa kepada Hayat Abadi

Apabila kita menyentuh pohon hayat seperti yang disingkapkan dalam lapan mesej yang se- belumnya, akhirnya kita akan dibawa untuk menjalani kehidupan Kristian dan kehidupan gereja kita dalam hayat kebangkitan, dalam persekutuan hayat, dan meraja dalam hayat. Hasil daripa- da kehidupan sedemikian membawa kepada hayat abadi.

Sememangnya satu kenyataan bahawa kita hidup dalam hayat kebangkitan, tidak kira apa perasaan kita. Untuk hidup dalam hayat kebangkitan, kita perlu melihat kebenaran yang ter- singkap berkenaan kebangkitan Kristus. Kita perlu berdoa untuk roh kearifan dan wahi sehingga kita benar-benar melihat hayat kebangkitan ini. Apabila kita hidup dalam hayat kebangkitan ini, kita akan mengalami kebenaran—Kristus dalam keinsanan-Nya diperanakkan Tuhan dalam kebangkitan-Nya untuk menjadi Anak sulung Tuhan, kita sebagai percayawan dilahirukan oleh Tuhan Bapa menerusi kebangkitan Kristus untuk menghasilkan gereja sebagai Tubuh-Nya, yak- ni reproduksi-Nya, dan Kristus telah menjadi Roh beri-hayat. Dikbang dan dikkak, apabila kita hidup sama sekali dalam hayat kebangkitan Kristus, hasilnya ialah Tubuh Kristus. Apa yang kita perlu lakukan sekarang ialah mempunyai iktikad dan percaya, mengenali, mengalami dan memperoleh Tuhan kebangkitan demi pembinaan Tuhan dalam hayat. Inilah jalan hayat. Tuhan bekerja menerusi salib untuk menamatkan kita, membawa kita ke jalan buntu, agar kita tidak lagi yakin kepada diri kita tetapi kepada Tuhan kebangkitan. Kita mungkin mengalami jumlah penghancuran, pelucutan, dan perobohan manusia alamiah kita yang tertentu oleh Tuan, namun lebih banyak hayat dan sifat-Nya digarapkan ke dalam kita.

Persekutuan hayat ialah realiti kehidupan dalam Tubuh Kristus demi pembinaan Tuhan da- lam hayat. Kita perlu memelihara kedua-dua aspek menegak bagi persekutuan dengan Tuhan Tritunggal dan aspek mengufuk bagi persekutuan kita dengan satu sama lain agar kita kekal sihat dari segi rohani. Persekutuan divin adalah segala-gala dalam kehidupan orang Kristian. Da- lam persekutuan divin ini, Tuhan saling berjalin dengan kita; saling berjalin ini ialah pembauran antara Tuhan dan manusia. Persekutuan divin membaurkan kita, melaraskan kita, membetulkan kita, mengharmonikan kita, dan menyebatikan kita menjadi satu Tubuh.

Pengalaman hidup dalam kebangkitan, hidup dalam persekutuan hayat akan membawa kita untuk meraja dalam hayat. Sebagai percayawan, kita perlu meraja dalam hayat dengan kurnia atas segala sesuatu sehingga membawa kepada hayat abadi. Meraja dalam hayat ialah penga- laman penuh terhadap penyelamatan organik Tuhan. Kita hanya perlu memohon Tuhan untuk pengalaman ini, untuk berada di bawah pemerintahan hayat divin yang akan berhasil secara muktamadnya dalam Yerusalem Baru, iaitu inkorporasi yang universal bagi penyatuan dan pem- bauran kedivinan dan keinsanan.

Puji Tuan untuk pembauran dan latihan penyempurnaan sedemikian. Kata-kata ini yang tepat pada masanya membawa kita kembali kepada hasrat asal Tuhan dan memulihkan kita kembali kepada garis hayat. Semoga Tuan memberkati pemulihan-Nya!

Kehidupan Kristian kita adalah berdasarkan hayat dalaman,

bukannya standard betul

atau salah secara luaran.

(7)

daripada melihat visi tentang pohon hayat. Visi diberi oleh Tuhan. Tidak ada seorang pun yang dapat melihat dengan sendiri melainkan Tuhan membuka matanya. Semoga Tuhan merahmati kita, mencahayai semua agar kita dapat melihat visi tentang pohon hayat.

Dalam suatu mesej yang diberi pada Sesi Musim Bunga 2016 bagi Latihan Sepenuh Masa, di bawah subjek am ‘Pohon Hayat’ dengan mesej bertajuk ‘Ayub dan Dua Pohon’, seorang rakan se- kerja bersaksi bahawa Dikbang Lee mempunyai beban terhadap banyak perkara yang diperlukan untuk menggenapi tujuan Tuhan, seperti mengamalkan jalan yang ditetapkan Tuhan. Namun terdapat satu perkara utama yang diambil berat olehnya, iaitu visi pusat. Mendukung perkara utama ini merupakan keprihatinan terbesarnya. Dikbang Lee berkata, “Keprihatinan saya yang terbesar ialah sama ada banyak pekudus yang melihat visi pusat.... Itu sebabnya saya tidak ter- utamanya mengambil berat akan penyebarluasan gereja-gereja. Sebaliknya, minat utama saya ia- lah membebaskan sabda berkenaan visi pusat dan mengambil berat akan situasi dalam semua ge- reja. Sesetengah pekudus harus melihat visi pusat secara kukuh supaya Tuan mempunyai jalan.

Jika tidak, kita hanyalah ulangan dan sebahagian daripada Kristianiti yang tradisional.” Pekudus sekalian, perbezaan antara pemulihan Tuan dan Kristianiti ialah visi pusat. Dikbang-dikbang di hadapan kita telah berjerih, menghabiskan dan mengorbankan banyak perkara untuk membawa visi pusat kepada kita. Visi tentang pohon hayat ini ialah visi pusat. Jika kita gagal melihat visi ini, kita akan menjadi ulangan Kristianiti yang tradisional dan Tuan akan ditangguhkan dalam melaksanakan pemulihan-Nya dan menggenapkan tujuan-Nya.

Kita juga perlu diselamatkan daripada jatuh ke dalam gereja di Laodikia dengan berfi kiran bahawa “aku orang berada dan telah menjadi kaya serta tidak memerlukan apa-apa.” Adalah me- ngaibkan untuk bermegah bahawa kita mengetahui segala-gala tentang pohon hayat. Kita pasti- nya tidak ingin berakhir dengan ditanggulangi secara serius dan ditegur oleh Tuan yang berkata kepada kita, “Tidak tahukah kamu bahawa kamu adalah melarat, kasihan, miskin, buta, dan telanjang?” Pekudus sekalian, apakah yang harus kita lakukan? Kita perlu menyahut panggilan Tuan untuk menjadi pejayeng-Nya. Kita juga perlu mengikuti ajaran dutus, melihat visi yang sama yang dilihat oleh dutus, dan dikawal, diarahkan, dipelihara dan dilindungi oleh visi tersebut.

Suatu perubahan juga akan berlaku dalam kehidupan kita. Kita tidak akan hidup dengan cara yang sama setiap tahun.

Dalam Kisah 20:27 Paulus berkata, “Kerana aku tidak mengelak daripada menyatakan sega- la keputusan Tuhan kepadamu.” Kita bersyukur atas ministri dan dikbang-dikbang yang tidak mengelak tetapi terdahulu membawa sabda Tuhan kepada kita. Keprihatinan besar Dikbang Lee harus mempengaruhi kita. Respons kita seharusnya, “Oleh itu, Raja Agripa, aku tidak ingkar terhadap visi itu yang dari syurga” (Kis. 26:19). Kita tidak ingin mendengar pembicaraan ini bagi pihak orang lain. Kita juga tidak ingin mengikuti pembicaraan ministri secara luaran tetapi tidak melihat secara intrinsik visi yang dibawa oleh ministri kepada kita. Marilah kita meluangkan masa untuk mengasihi, memakan dan menikmati Tuhan. Marilah kita mempersembahkan diri untuk dilatih dan disempurnakan oleh ministri waadah baru dan dikonstitusikan dengan ajaran sihat para dutus.

Mesej Lima

Dua Pohon dalam Kejadian 2 Menjadi Dua Hukum dalam Roma 8

Jika kita ingin melihat makna intrinsik dua pohon dalam Kejadian 2, maka kita harus melihat hasrat abadi Tuhan dan komplot balas Syaitan. Hasrat abadi Tuhan ialah masuk ke dalam kita dan menjadi hayat kita. Komplot balas Syaitan ialah menyuntikkan dirinya ke dalam manusia un- tuk menjadi dosa dan maut dalam manusia. Pohon hayat melambangkan Tuhan bersama dengan hasrat abadi-Nya, manakala pohon pengetahuan baik dan jahat melambangkan Syaitan bersama

Persekutuan Hayat yang Khas

Pembicaraan tentang bagi persekutuan hayat yang khas merupakan beban yang mengalir keluar sewaktu mesej 9 disampaikan. Persekutuan menandakan pengetepian kepentingan sendi- ri dan penggabungan dengan orang lain untuk suatu tujuan yang sama. Oleh itu, berada dalam persekutuan divin bererti mengetepikan kepentingan kita sendiri dan bergabung dengan para dutus dan Tuhan Tritunggal untuk melaksanakan tujuan Tuhan. Sering kali, kita melakukan hal-hal dengan memikirkan kepentingan peribadi kita. Kita jarang melakukan atau berbahagian dalam melakukan sesuatu yang tidak mempunyai kepentingan diri kita secara peribadi namun adalah sama sekali demi keperluan Tubuh dan demi kepentingan pekudus, sebagai contoh: me- lawat tempat tertentu, menterjemahkan Bible bahasa Malaysia, mempersembahkan kewangan dan sebagainya.

Dalam Dua Timotius 1:15, Paulus berbicara kepada anak rohaninya Timotius, dengan berka- ta, “Hal ini kamu ketahui, bahawa semua yang berada di Asia berpaling daripada aku, antaranya ialah Figelus dan Hermogenes.” Hal ini yang berlaku pada zaman Paulus—semua yang berada di Asia telah berpaling—ini menyedarkan kita bahawa hal meninggalkan ministri para dutus mung- kin akan berlaku lagi. Kepada gereja di Filipi, sebuah gereja yang mempunyai sejarah yang ber- kait rapat dengan dutus Paulus, dia telah memberi mereka persekutuan dengan amaran dalam 2:12, mengingatkan mereka bahawa mereka tidak harus berubah sehingga menjadi tidak patuh pada waktu ketiadaannya. Sebaliknya, mereka harus mengerjahasilkan penyelamatan mereka sendiri dengan takut dan gementar dalam situasi itu, iaitu semua di Asia telah meninggalkannya.

Semasa berbicara kepada para penatua di Efesus, Paulus membunyikan semboyan amaran bahawa selepas keberangkatannya, serigala-serigala ganas akan masuk ke kalangan mereka tan- pa menyayangi kawanan (Kis. 20:29). Bahkan daripada kalangan mereka sendiri akan ada orang yang bangun membicarakan hal-hal yang putar belit untuk menyelewengkan disipal-disipal agar mengikut mereka (ay. 30). Paulus mengasihi gereja dan dengan demikian dia terdesak untuk memberikan amaran ini. Kita perlu menerima kata-katanya agar kita dapat dipelihara. Mereka yang putar belit dalam kalangan percayawan sentiasa diguna oleh iblis yang membenci gereja, untuk menyelewengkan domba-domba, untuk membentuk satu lagi kawanan. Namun, ditengah- tengah semua situasi yang kelihatan negatif ini, Paulus menetap selama dua tahun penuh di tem- pat huni yang disewanya sendiri serta menyambut semua yang datang kepadanya, memberitakan kingdom Tuhan dan mengajar hal-hal berkenaan Tuan Yesus Kristus dengan segala keberanian, tanpa halangan (28:30-31). Kita amat bersyukur bahawa dalam zaman ini, kita mempunyai minis- tri zaman yang sedang melakukan perkara yang sama. Sebagaimana dikbang-dikbang bersabar- tahan dan dengan setianya memberitakan kepada kita kingdom Tuhan serta mengajar kita hal- hal berkenaan Tuan Yesus Kristus, kita harus mengikuti ministri dengan rapat.

Dalam buku Kisah Para Dutus, segala penentangan akhirnya menyebabkan injil disebarkan ke seluruh dunia. Paulus ditindas oleh orang Yahudi dan akhirnya dipenjarakan. Walaupun hal ini kelihatan negatif namun dutus Paulus yang agung telah menulis surat-surat yang penting sewaktu di penjara. Dikbang Nee pernah berkata bahawa dari satu segi, gereja asyik jatuh dan menjadi semakin teruk. Tetapi dari segi yang lain, gereja sedang dipulihkan. Dalam sejarah kita, pemulihan Tuan mengalami perpecahan dan penentangan yang datang dari semua arah. Dik- bang Lee menggunakan situasi seperti ini untuk memperkuat pemulihan, untuk membawa kita lebih tinggi, membenarkan Tuan menyucikan pemulihan-Nya. Maut tidak dapat menahan hayat kebangkitan. Inilah pemulihan Tuan. Tidak ada sesiapa pun yang dapat meruntuhkannya, tidak di negara China, tidak di Taiwan, tidak di Amerika Syarikat, tidak di mana-mana penjuru di bumi dan pastinya tidak di Malaysia. Semoga kita menerima persekutuan ini bukan secara tawar hati, sedih atau dalam cara penafi an. Pemberontakan, penentangan, perpecahan, penindasan,

(8)

S E J I W A

SEHATI

NOVEMBER 2017

Mereka semua terus berteguhan dengan sehati sejiwa dalam doa…(Kis. 1:14a)

139

c/o Eden Residence, Jalan Bunga Kertas, Batu 14 Puchong, 47100 Subang Jaya, Selangor. UNTUK KEGUNAAN DALAMAN SAHAJA

Perhatian: Makalah Sehati Sejiwa ini boleh dibaca dan dimuat turun dari laman web http://oneaccord.localchurch.my/

Konsumasi garis hayat ialah kenikmatan terhadap pohon hayat dan air hayat sebagai desti- nasi dan bahagian kita untuk keabadian. Untuk sampai ke konsumasi ini, pekudus yang dikasihi, kita perlu makan pohon hayat hari ini. Cara untuk makan pohon ini adalah dengan memakan sabda Tuhan. Apabila kita makan, kita sedang menerima sesuatu ke dalam diri kita. Memakan sabda yang merupakan perjasadan Tuhan bererti menerima hayat dan cahaya. “Logos” yang kita makan akhirnya akan menjadi “rhema”. Pemakanan ini akan membawa kita kembali kepada has- rat asal Tuhan, termasuk mengekspresikan Tuhan secara positif dan menewaskan musuh Tuhan, iaitu Syaitan, secara negatif. Keluaran ini ialah sambungan bagi keluaran yang lepas berkenaan subjek ‘Pohon Hayat’.

Kata-kata Beban

Dikbang dan dikkak, kita sedar sepenuhnya bahawa sebaik sahaja kita menyentuh pohon hayat, kita sedang menyentuh alam rohani bagi peperangan yang tercetus dari pelbagai sudut.

Musuh Tuhan, yakni Syaitan sama sekali tidak gembira melihat kita menyentuh pohon hayat.

Dia dengan pelbagai cara akan menghalang kita daripada datang kepada pohon ini. Oleh itu, kita tidak ingin jatuh ke dalam jerat dengan sekadar berbicara tentang memakan pohon hayat tetapi pada akhirnya tidak melihat, menghargai, dan mengambil pohon hayat ke dalam kita. Walaupun melihat hanyalah satu permulaan, namun ia perkara yang besar. Untuk Ayub melihat Tuhan (42:5) dan dibawa kembali kepada pohon hayat, dia perlu mengalami penderitaan yang amat ba- nyak. Dikbang Lee pernah bersekutu bahawa dia melihat visi tentang pohon hayat buat kali per- tama sewaktu dia jatuh sakit. Pekudus sekalian, tidak ada apa-apa yang dapat menghalang kita

Pembauran dan Latihan Penyempurnaan untuk Pekudus yang Bekerja di Malaysia

31 Ogos—3 September 2017 kemasukan bendasing, pencemaran akan menyerang kita untuk cuba mengubah sifat pemulihan

Tuan. Namun apabila semua ini datang, kita bersedia untuk menghadapinya. Kita ingin bersaksi bahawa daripada sesuatu yang negatif, Tuhan akan bergerak untuk menjadikannya positif.

Tuan sendiri akan bertanggungjawab terhadap pemulihan-Nya. Pada masa yang sama, da- lam prinsip inkarnasi, perlu ada manusia di bumi yang dapat bekerjasama dengan-Nya. Pekudus sekalian, Tuan memerlukan orang, terutamanya pada waktu kritikal ini. Semasa Dia bertindak, musuh menolak dan menyerang. Untuk melawan rintangan musuh, Tuhan Yehova perlu mem- bentuk satu angkatan. Kita perlu memberi perhatian kepada amaran Mordekhai (mewakili Kris- tus), yang memberitahu Ratu Ester bahawa dia mampu memberi pertolongan kepada umat Tu- han pada saat penting. Namun jika dia menolak, penyelamatan akan bangkit dari tempat yang lain. Kita tidak ingin melepaskan peluang ini. Atas sebab ini juga latihan diperlukan. Generasi yang muda dalam pemulihan Tuan perlu dilatih untuk berjuang dalam peperangan rohani dan dilengkapi untuk meneruskan kerja ministri demi membina Tubuh Kristus.

Pohon Hayat

(2)

PENGUMUMAN

1. Latihan Penyempurnaan Sebulan untuk Remaja di Malaysia Tarikh: 26 November (Hari Tuan)–23 Disember (Sabtu) 2017 Tempat: Eden Residence

2. Penyempurnaan untuk Remaja Menengah Atas di Malaysia Tarikh: 11 Disember (Isnin)–18 Disember (Isnin) 2017

Tempat: Eden Residence

3. Persidangan Pembauran untuk Remaja di Malaysia Tarikh: 15–18 Disember 2017 (Jumaat hingga Isnin) Tempat: Eden Residence

4. Latihan Berbahasa Malaysia

Tarikh: 18–21 Disember 2017 (Isnin hingga Khamis) Tempat: Keningau

5. Persidangan Berbahasa Malaysia

Tarikh: 22–24 Disember 2017 (Jumaat hingga Hari Tuan) Tempat: Keningau

6. Pergerakan Injil di Sabah

Tarikh: 27 Disember (Rabu), 2017 hingga 11 Januari (Khamis), 2018 Tempat: Sabah

7. Persidangan Pembauran di Malaysia 2018 Tarikh: 16–18 Februari 2018

Tempat: Lembah Klang

Referensi

Dokumen terkait

Hasil yang diperoleh cukup memuaskan bahwa antibiotik inrofloxs mampu menghambat bakteri patogen Vibrio alginolyticus yang menyerang benih ikan kerapu bebek ini dapat

Dalam pencucian luka akan lebih baik jika cairan diberikan dalam bentuk penyemprotan dan di saat bersamaan dari daerah yang dicuci segera dihisap keluar (dengan

Pemanfaatan sistem rekomendasi dengan metode decision tree dengan algoritma nearest neighbor dapat di implementasikan pada pemberian rekomendasi pekerjaan kepada

Penelitian ini bertujuan untuk deteksi perubahan garis pantai di Ujung Pangkah Kabupaten Gresik yang disebabkan oleh adanya akresi dan abrasi dengan menggunakan filter

$urban * ekor kerbau diberikan kepada pe/urban A orang masing-masing mendapatkan ( kg daging murni" dosen dan sta kampus ber#umlah *) orang masing-masing mendapatkan

Patahan karang dan pasir dengan Persentase 9,3% merupakan habiat bagi hewan invertebrata, moluska, udang dan kepiting hidup, sehingga habitat Ex-DPL merupakan daerah mencari makan

2.4.4.1 Menulis kalimat gagasan dengan ejaan dan struktur yang tepat yang tertuang dalam teks tulis berbentuk menceriterakan pekerjaan di masa lalu dan rencana kerja yang

Perlu dilakukan penelitian lanjutan tentang pengaruh jamur entomopatogen Beauveria bassiana dan Verticillium lecanii terhadap siklus hidup Helopeltis antonii serta