• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGGUNAAN TAS TEXTURE BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN DALAM AKTIVITI GOSOKAN MURID TAHUN 1

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PENGGUNAAN TAS TEXTURE BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN DALAM AKTIVITI GOSOKAN MURID TAHUN 1"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

PENGGUNAAN “TAS TEXTURE” BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN DALAM AKTIVITI GOSOKAN MURID TAHUN 1

KASMAWATY BINTI NARAWI EN. MOHD. AZLIE BIN ABDULLAH

DR. LISA YIP SYUKYE

PISMP PENDIDIKAN SENI VISUAL (PENDIDIKAN RENDAH) AMBILAN JUN 2013 akash89.narawi@gmail.com

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan adalah bertujuan untuk menangani kesukaran untuk mendapatkan jalinan bagi menjalankan aktiviti gosokan dalam kalangan murid Tahun 1. Objektif kajian adalah untuk meningkatkan kefahaman murid dalam aktiviti gosokan dan juga meningkatkan kemahiran menggosok dalam kalangan murid semasa pengaplikasikan teknik gosokan.

Pemilihan peserta kajian adalah melalui pengumpulan data menggunakan ujian awal dan seterusnya membuat analisis dokumen bagi memilih peserta kajian. Seramai 2 orang murid Tahun 1 yang dipilih untuk dijadikan peserta kajian ini. Instrumen yang digunakan bagi mengutip data dalam kajian ini adalah menggunakan kaedah pemerhatian berdasarkan senarai semak dan analisis dokumen. Melalui instrumen yang digunakan, data yang diperolehi telah di analisis menggunakan pendekatan kualitatif, dan hasil dapatan kajian menunjukkan murid Tahun 1 dapat mencapai objektif yang telah digariskan dengan penggunaan Tas-Texture.

PENGENALAN

Pada masa kini, matapelajaran PSV juga telah dikenali dengan nama Dunia Seni Visual (DSV) dan telah menukarkan nama 4 bidang seni menjadi 4 modul seni. Salah satu modul tersebut adalah modul 1 iaitu menggambar, yakni merupakan bidang yang menekankan aspek persepsi, kemahiran serta perkembangan imaginasi dalam kalangan murid. Selain itu, bidang menggambar ini merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat dan bahan serta kegunaannya. Bagi kajian ini, pengkaji telah memilih untuk memfokuskan kepada bidang menggambar iaitu dalam aktiviti gosokan. Aktiviti gosokan ini merujuk kepada proses penghasilan hasil karya seni yang dibuat dengan menggunakan media kering untuk mendapatkan kesan jalinan pada permukaan kertas daripada pelbagai permukaan yang berjalinan sentuh. Ekoran daripada itu, pengkaji akan cuba membantu dan memudahkan murid untuk memahami serta meningkatkan kemahiran dalam aktiviti gosokan dengan menggunakan “Tas- Texture”.

FOKUS KAJIAN

Isu : Mengalami Masalah Dalam Memahami dan Melaksanakan Aktiviti Gosokan Sebab : (i) Belum mengenalpasti permukaan yang mempunyai jalinan sentuh.

(ii) Hasil karya yang terhasil tidak menampakkan kesan jalinan pada permukaan kertas.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif Kajian

(i) Meningkatkan kefahaman murid dalam aktiviti gosokan menggunakan “Tas- Texture”.

(ii) Membantu meningkatkan kemahiran menggosok dalam aktiviti gosokan

menggunakan “Tas-Texture”.

(2)

Soalan Kajian

(i) Adakah penggunaan “Tas-Texture” dapat meningkatkan kefahaman murid Tahun 1 semasa melaksanakan aktiviti gosokan?

(ii) Adakah pengunaan “Tas-Texture” dapat meningkatkan kemahiran murid dalam aktiviti gosokan?

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan Sasaran : Murid Tahun 1 Peserta Kajian : Dua orang

Tempat Kejadian : Salah sebuah sekolah di Daerah Tamparuli TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Rajah 1. Tindakan yang dijalankan

(i) Merancang - mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh murid berdasarkan ujian awal, pemerhatian dan analisis dokumen dan memilih peserta kajian.

(ii) Bertindak - mengatasi permasalahan dan isu yang dikaji dalam kajian tindakan dan mengumpul data.

(iii) Memerhati - membuat pemerhatian berdasarkan instrumen untuk mendapatkan data bagi kajian tindakan ini.

(iv) Refleksi - membuat refleksi terhadap apa yang telah dirancangkan, dilaksanakan dan diperhatikan sebelum dan selepas kajian dijalankan.

DAPATAN KAJIAN

Instrumen yang digunakan bagi menjawab persoalan ini adalah melalui kaedah ujian, pemerhatian dan analisis dokumen.

Adakah penggunaan “Tas-Texture” dapat meningkatkan kefahaman murid Tahun

1 semasa melaksanakan aktiviti gosokan?

(3)

Jadual 1

Perbandingan Dapatan Hasil Analisis Ujian

Peserta Kajian

Ujian Awal Ujian Akhir

Peningkatan Skor (%)

(X/20)

Markah (%)

Skor (X/20)

Markah (%)

Murid A 8 40 18 90 +50

Murid B 10 50 20 100 +50

Min Markah 9 45 19 95 +50

Rajah 2. Perbandingan Hasil Dapatan Kaedah Pemerhatian (Senarai Semak)

Rajah 3. Perbandingan Hasil Dapatan Analisis Dokumen

Ya Tidak Ya Tidak

Sebelum Pelaksanaan Tindakan

Selepas Pelaksanaan Tindakan Pemerhatian

Murid A 0 3 3 0

Murid B 0 3 3 0

0

3 3

0 0

3 3

0 0

0.5 1 1.5 2 2.5 3 3.5

Ke k e ra p a n

Sebelum Pelaksanaan Kajian Selepas Pelaksanaan Kajian

Murid A 4 9

Murid B 3 9

4

9

3

9

0 2 4 6 8 10

Sk o r An a lis is

Peserta Kajian

Murid A Murid B

(4)

Rajah 4. Hasil dapatan bagi analisis dokumen dinilai berdasarkan garis panduan di bawah.

Adakah pengunaan “Tas-Texture” dapat meningkatkan kemahiran murid dalam aktiviti gosokan?

Jadual 2

Perbandingan Kekerapan Hasil Pemerhatian - Senarai Semak

Aspek Yang Diperhatikan

Peserta Kajian

Murid A Murid B

Sebelum Selepas Sebelum Selepas

(5)

Murid melakukan aktiviti gosokan dengan

teknik yang betul (menggosok). 2 1 2 1

Murid berupaya merakamkan kesan jalinan dari permukaan yang mempunyai jalinan sentuh.

2 1 1 1

Penggunaan “Tas-Texture” dapat membantu meningkatkan kemahiran murid dalam aktiviti gosokan.

2 1 2 1

Rajah 5. Graf Perbandingan Kekerapan Hasil Dapatan Senarai Semak

REFLEKSI

Dapatan kajian menunjukkan penggunaan “Tas-Texture” telah berjaya meningkatkan kefahaman murid dalam aktiviti gosokan dan dapat membantu meningkatkan kemahiran menggosok dalam kalangan murid. Berdasarkan hasil dapatan melalui kaedah ujian, pemerhatian dan analisis dokumen yang dilaksanakan oleh pengkaji telah menunjukkan bahawa penggunaan “Tas-Texture” ini sangat berkesan. Hal ini terbukti daripada hasil dapatan yang diperolehi.

Salah satu dapatan yang membuktikan penggunaan “Tas-Texture” ini sangat membantu mempertingkatkan kefahaman murid adalah melalui peningkatan markah hasil daripada ujian awal yang dijalankan hingga ke ujian akhir sepanjang pelaksanaan kajian tindakan ini. Keputusan markah yang diperolehi sangat memberansangkan dan sekaligus murid telah dapat mempelajari dan memahami aktiviti yang dijalankan sepanjang kajian tindakan dilaksanakan oleh pengkaji.

Selain itu, kajian tindakan ini juga mendapati bahawa penggunaan bahan bantu mengajar “Tas-Texture” yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran untuk murid Tahun 1 ini satu teknik yang sesuai dan dapat menarik minat murid untuk meningkatkan kefahaman terhadap aktiviti gosokan dan membantu murid menghasilkan karya gosokan dengan menggunakan teknik yang betul. Oleh itu, penguasaan kefahaman dan kemahiran dalam suatu aktiviti amatlah dititikberatkan untuk menghasilkan suatu hasil karya yang berkualiti dan memenuhi kriteria penilaian markah.

0

3 3

1 0

2

3

0 0

0.5 1 1.5 2 2.5 3 3.5

Ya Tidak Ya Tidak

Sebelum Pelaksanaan Tindakan Selepas Pelaksanaan Tindakan Pemerhatian

Ke k e ra p a n

Peserta Kajian

Murid A Murid B

(6)

Kaedah ini mudah ditadbir didalam kelas. Hasil kajian ini telah menunjukkan bahawa semua murid dapat menjawab soalan kefahaman dengan jumlah betul yang banyak dan sekaligus pencapaian markah murid dapat ditingkatkan. Penggunaan bahan bantu mengajar ini boleh dijadikan sebagai bahan untuk membantu murid dalam menghasilkan produk yang lebih baik berdasarkan kefahaman dan penggunaan teknik yang betul. Kekuatan bahan ini adalah mudah untuk dibuat dan tidak memerlukan kos yang mahal serta mudah untuk dibawa kerana saiznya yang mesra pengguna.

Kelemahannya pula bahan ini hanya sesuai untuk kegunaan individu dan kurangnya komunikasi dan kolaborasi antara murid. Oleh itu, penggunaan “Tas-Texture” harus di olah agar boleh digunakan secara berkumpulan dan menimbulkan komunikasi dalam kalangan murid.

Daripada keseluruhan kajian yang dijalankan, didapati bahawa 2 persoalan kajian dapat dirungkai secara satu persatu berdasarkan kajian yang telah dibuat. Ternyata penggunaan “Tas Texture” ini dapat meningkatkan kefahaman proses dan membantu murid menghasilkan karya dengan teknik yang betul. Kenyataan ini telah disokong oleh keputusan daripada instrumen yang dijalankan. Hasil daripada analisis data dan instrumen kajian juga diperkukuhkan lagi dengan tinjauan literatur dan telah menjadikan kajian ini sebuah kajian yang berjaya menyelesaikan masalah yang telah dikenalpasti.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Setelah menjalankan kajian tindakan bagi mengatasi permasalahan murid yang kurang memahami aktiviti gosokan, pengkaji berhasrat untuk meneruskan penggunaan “Tas- Texture” ini dalam membantu murid untuk memahami aktiviti “Tas-Texture” dan menghasilkan karya aktiviti gosokan dengan teknik yang betul. Untuk kajian masa depan, pengkaji mencadangkan agar penggunaan bahan ini masih diteruskan selagi rasa kebergantungan murid pada bahan tersebut masih tinggi hingga masalah murid dapat ditangani dan kelemahan yang murid hadapi berkurang. Sebagai kesimpulannya, kajian tindakan ini sangat memberi manfaat kepada murid dalam meningkatkan kefahaman dan kemahiran dalam aktiviti gosokan dengan teknik yang betul. Pengkaji berharap bahan ini boleh diguna pakai oleh pelbagai pihak nanti.

RUJUKAN

Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin. (2011). Penghantar Penyelidikan Tindakan dan Penyelidikan Pendidikan. Selangor: Penerbitan Multimedia.

Mok, S.S. (2010). Psikologi Pendidikan Untuk Pengajaran & Pembelajaran. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia.

Othman Lebar. (2011). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan: Teori Dan Amalan. Tanjung Malim: Penerbit UPSI.

Rosinah Edinin. (2015). Penyelidikan Tindakan: Kaedah dan Penulisan. Selangor Darul

Ehsan: Pelangi Professional Publishing

Referensi

Dokumen terkait

Aktor-aktor yang mendukung penuh pemekaran juga memiliki argumen, jika pemekaran dilakukan, maka kepentingan masyarakat Tebo dan wilayah yang jauh dari ibukota

一方(鍵盤操作側) がアイデアを出す: 音でアイデアを次々 に提示。一方の参加 者は鍵盤に貢献して

Fleksibilitas memperlakukan anak pelaku tindak pidana merupakan upaya memberikan perlindungan kepada masyarakat.Di samping itu, fleksibilitas perlakuan anak juga

Dari hasil penelitian deskriptif yang diadakan pada waktu bakti sosial wabah skabies di Dusun Gunung Pentul, Pengasih, Kulonprogo diperoleh hasil bahwa keadaan lingkungan di

Dengan mengikuti aktiviti kokurikulum yang terancang, setiap orang murid akan dapat memilih serta membugar kerjaya yang bersesuaian dengan diri serta kemahiran dan kebolehan

Berdasarkan hasil validitas dengan jumlah 100 responden dapat diketahui bahwa seluruh pernyataan mengenai kemudahan, wawasan agama, promosi dan minat kredit pada

Pengaruh ini meliputi peningkatan kadar polimer PEI dalam larutan cetak dan temperatur pengadukan yang telah menciptakan membran PEI dengan porositas yang lebih tinggi

1) Siswa bersama guru mengambil simpulan atas jawaban dari pertanyaan. 2) Siswa diberi kesempatan untuk menanyakan hal-hal yang belum dipahami. 3) Guru memberikan penjelasan