• Tidak ada hasil yang ditemukan

Amalan Literasi Maklumat Dalam Pengurusan Sekolah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Amalan Literasi Maklumat Dalam Pengurusan Sekolah"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

PTPM 2021: 14-18 JUN 2021

Amalan Literasi Maklumat Dalam Pengurusan Sekolah

Hasbullah bin Idris

Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan, Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Seremban,

Jalan Dato Hamzah, 70990 Seremban, Negeri Sembilan Malaysia

Emel: [email protected]

ABSTRAK

Amalan pedagogi abad ke-21 kini lebih terarah kepada penguasaan serta aplikasi kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. Penggunaan teknologi CMC ( Computer Mediated Communication ) seperti rangkaian Facebook, Telegram serta pelbagai lagi saluran media sosial telah memperlihatkan salah satu pembudayaan Literasi Maklumat yang merupakan intipati dalam kejayaan pedagogi abad ke-21 di mana capaian maklumat di kalangan guru dan pelajar serta kepantasan rangkaian maklumat telah memberi pengaruh yang sangat positif di dalam meneruskan kecemerlangan serta kemenjadian guru dan pelajar di sekolah. Justeru itu, peranan Literasi Maklumat di sekolah merupakan salah satu komponen yang sangat penting dan tidak terhad kepada penglibatan Pusat Sumber Sekolah (PSS) sebagai sumber ilmu tetapi juga bagaimana ia boleh diterjemahkan sebagai pemangkin kecemerlangan guru, pelajar dan warga sekolah tetapi juga menerapkan budaya berfikir aras tinggi (HOTS) yang menjadi sebutan di kalangan warga pendidik hari ini. Amalan Literasi Maklumat di SMAP Labu memberi fokus kepada kemenjadian pelajar dan warga sekolah dalam tiga bidang iaitu , pencapaian akademik dan ko-kurikulum dan ko-akademik, pembangunan modal insan serta pembudayaan HOTS menerusi amalan Literasi Maklumat (LM) di kalangan warga sekolah selain melahirkan warga sekolah yang celik maklumat.

Kata Kunci: Literasi maklumat, Kemahiran berfikir aras tinggi (HOTS), Pembudayaan literasi maklumat, Teknologi dalam pendidikan, Literasi maklumat dan sekolah

PENDAHULUAN

Konsep Literasi Maklumat sebenarnya di ambil daripada disiplin sains perpustakaan atau “Library Science” atau juga di kenali sebagai sains maklumat. Menurut definisi daripada badan bertauliah di dalam disiplin sains perpustakaan iaitu American Library Association (ALA), Literasi Maklumat merujuk kepada kemampuan seseorang individu untuk mengenalpasti bila maklumat diperlukan, serta mempunyai keupayaan untuk mengesan, menilai dan menggunakan maklumat secara berkesan. (ALA, 2005).

Sebenarnya sejarah Literasi Maklumat bermula di Amerika Syarikat pada tahun 1990 an apabila Jabatan Buruh Amerika Syarikat menjalan satu kajian untuk menyiasat dan seterusnya mendokumentasi perubahan permintaan para majikan di negara tersebut. Keputusan kajian menunjukkan bahawa para majikan menginginkan pekerja yang mempunyai kompetensi yang efisien dalam bidang komunikasi dan teknologi maklumat. Atas kesedaran inilah, konsep Literasi Maklumat di formulakan dan juga dianggap sebagai kelahiran kemahiran alaf maklumat ( Information Age) yang dikenalpasti sebagai sangat signifikan dalam produktiviti di tempat kerja, penggunaan dan kebergantungan terhadap maklumat ( Harvard Law School,n.d.). Oleh sebab itulah , Literasi Maklumat dikenali sebagai agen penting dalam mempengaruhi keupayaan individu untuk mencari, mengakses, mencari semula, menilai, menggunakan dan berkomunikasi dengan maklumat.Bukan itu sahaja,

(2)

PTPM 2021: 14-18 JUN 2021

kemahiran Literasi Maklumat merupakan kemahiran yang sangat kritikal di dalam kejayaan sesebuah organisasi ( Taylor, 2012).

Gambarajah di bawah menunjukkan lima fasa yang sepatutnya dimiliki oleh individu yang dikatakan celik maklumat ( information literate) yang diambil dari ALA,2015.

MendefinIsi Mencari Menilai Mengorganisasi Berkomunikasi (Define) (Find) ( Evaluate) ( Organize) ( Communicate)

Dalam mencapai matlamat untuk menjadi seorang yang celik maklumat, literasi maklumat memerlukan beberapa lagi sub kemahiran yang terdiri daripada pemikiran kreatif dan kritis, penyelesaian masalah, pemikiran aras tinggi (HOTS), komunikasi berkesan dan kesediaan sesebuah organisasi untuk menyediakan prasarana literasi maklumat. Secara ringkasnya komponen-komponen yang menyokong Literasi Maklumat itu adalah terdiri daripada kemahiran-kemahiran berikut:

a) Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif b) Kemahiran berkomunikasi

c) Pemikiran Aras Tinggi (HOTS)

d) Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( Buku Panduan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Abad Ke-21,Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM , 2017)

Maka dengan itu, dalam memastikan kelangsungan Literasi Maklumat di dalam dunia pendidikan hari ini, satu model Literasi Maklumat yang dibangunkan oleh Mike Eisenberg dan Bob Berkowitz pada tahun 1999 telah menjadi rujukan kerana kesesuaian model tersebut dengan amalan kemahiran berfikir aras tinggi (HOTS) yang dikenali sebagai The Big 6 Model.

Model Big 6 sebenarnya sesuai digunakan untuk menyokong pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) , namun potensinya perlu dilihat lebih luas kerana ia mampu menyumbang kepada kecemerlangan sekolah dengan lebih cekap sekiranya di hayati dan di amalkan sentiasa oleh warga sekolah. Berikut merupakan aplikasi Literasi Maklumat yang boleh diamalkan di sekolah melangkaui peranannya di

(3)

PTPM 2021: 14-18 JUN 2021

dalam bilik darjah. Ia telah disesuaikan mengikut latar belakang, kemudahan infrastruktur, sumber manusia yang berada di sekolah dalam mengekalkan kecemerlangan di dalam tiga aspek iaitu akademik, ko-kurikulum dan ko-akademik serta pembangunan modal insan selain daripada mengintegrasi amalan berfikir aras tinggi (HOTS) di kalangan warga sekolah.

AMALAN LITERASI MAKLUMAT DI SEKOLAH

Semenjak amalan Literasi Maklumat (LM) di perkenalkan di SM Agama Persekutuan Labu pada tahun 2017, ia telah mula di sebar luaskan kepada seluruh komponen pengurusan sekolah. Berikut merupakan amalan-amalan Literasi Maklumat yang sedang di amalkan di sekolah ini.

⚫ MENGGUNAKAN MINIT MESYUARAT LEPAS/ POST-MORTEM PEPERIKSAAN/ MAKLUM BALAS PEMANTUAN SEBAGAI ISU/PERMASALAHAN/PENAMBAHBAIKAN UNTUK PENDEFINISIAN MASALAH/PENAMBAHBAIKAN

⚫ SUMBANGSARAN JAWATANKUASA KURIKULUM UNTUK MENCARI POTENSI SUMBER-SUMBER MAKLUMAT YANG ADA SEBAGAI STRATEGI PENCARIAN MAKLUMAT

⚫ MERUJUK KEPADA DATA-DATA PEPERIKSAAN AWAM DAN DALAMAN/ DOKUMENTASI PANITIA /KAJIAN

TINDAKAN/PLC/IMMERSION SEBAGAI SUMBER-SUMBER MAKLUMAT ATAU SEBAGAI JUSTIFIKASI/PERCAMBAHAN IDEA UNTUK PENYELESAIAN ISU

⚫ MENGGUNAKAN KESELURUHAN SUMBER MAKLUMAT SEDIA ADA DAN POTENSI MAKLUMAT LUAR YANG BOLEH DIPEROLEH ⚫ MENGORGANISASI MAKLUMAT BERKAITAN ISU KEPADA YANG

LEBIH UTAMA KEPADA YANG LEBIH KECIL SERTA

MEMPERSEMBAHKAN POTENSI MAKLUMAT YANG DIPEROLEHI SEWAKTU MESYUARAT KURIKULUM/PLC

⚫ MENILAI SEMULA KEBERKESANAN MAKLUMAT YANG DIPILIH/KECEKAPAN SUMBER MAKLUMAT UNTUK

(4)

PTPM 2021: 14-18 JUN 2021

⚫ MENGGUNAKAN MINIT MESYUARAT LEPAS/ POST-MORTEM UNIT HEM/ MAKLUM BALAS PEMANTUAN SBP/ BIG DATA HEM /SARANA IBU BAPA SEBAGAI

ISU/PERMASALAHAN/PENAMBAHBAIKAN UNTUK PENDEFINISIAN MASALAH/PENAMBAHBAIKAN

⚫ SUMBANGSARAN JAWATANKUASA HEM UNTUK MENCARI POTENSI SUMBER-SUMBER MAKLUMAT YANG ADA SEBAGAI STRATEGI PENCARIAN MAKLUMAT

⚫ MERUJUK KEPADA BIG DATA HEM /LAPORAN DISIPLIN/UNIT HEM SEBAGAI JUSTIFIKASI/PERCAMBAHAN IDEA UNTUK PENYELESAIAN ISU

⚫ MENGGUNAKAN KESELURUHAN SUMBER MAKLUMAT SEDIA ADA DAN POTENSI MAKLUMAT LUAR YANG BOLEH DIPEROLEH ⚫ MENGORGANISASI MAKLUMAT BERKAITAN ISU KEPADA YANG

LEBIH UTAMA KEPADA YANG LEBIH KECIL SERTA

MEMPERSEMBAHKAN POTENSI MAKLUMAT YANG DIPEROLEHI SEWAKTU MESYUARAT HEM/SARANA IBU BAPA/MESYUARAT PIBG

⚫ MENILAI SEMULA KEBERKESANAN MAKLUMAT YANG DIPILIH/KECEKAPAN SUMBER MAKLUMAT UNTUK

MENYELESAIKAN ISU/PERMASALAHAN/PENAMBAHBAIKAN

⚫ MENGGUNAKAN MINIT MESYUARAT LEPAS/ POST-MORTEM JAWATANKUASA KOKURIKULUM / MAKLUM BALAS

PEMANTUAN SEBAGAI

ISU/PERMASALAHAN/PENAMBAHBAIKAN UNTUK PENDEFINISIAN MASALAH/PENAMBAHBAIKAN

⚫ SUMBANGSARAN JAWATANKUASA KOKURIKULUM UNTUK MENCARI POTENSI SUMBER-SUMBER MAKLUMAT YANG ADA SEBAGAI STRATEGI PENCARIAN MAKLUMAT

⚫ MERUJUK KEPADA DATA-DATA PAJSK/SEGAK/LAPORAN UNIT KOKURIKULUM/PERANCANGAN STRATEGIK UNIT

KOKURIKULUM SEBAGAI SUMBER-SUMBER MAKLUMAT ATAU SEBAGAI JUSTIFIKASI/PERCAMBAHAN IDEA UNTUK

PENYELESAIAN ISU

⚫ MENGGUNAKAN KESELURUHAN SUMBER MAKLUMAT SEDIA ADA DAN POTENSI MAKLUMAT LUAR YANG BOLEH DIPEROLEH ⚫ MENGORGANISASI MAKLUMAT BERKAITAN ISU KEPADA YANG

LEBIH UTAMA KEPADA YANG LEBIH KECIL SERTA

MEMPERSEMBAHKAN POTENSI MAKLUMAT YANG DIPEROLEHI SEWAKTU MESYUARAT BERKAITAN

⚫ MENILAI SEMULA KEBERKESANAN MAKLUMAT YANG DIPILIH/KECEKAPAN SUMBER MAKLUMAT UNTUK

(5)

PTPM 2021: 14-18 JUN 2021

RASIONAL

Rasional amalan LM dilaksanakan di sekolah adalah antaranya :

1. Untuk menggalakkan perkongsian maklumat ke arah pembentukan pengurusan pengetahuan ( knowledge management ) di kalangan warga sekolah

2. Mewujudkan profesional pendidikan yang celik maklumat di mana mempunyai keupayaan untuk menggunakan literasi maklumat sebagai salah satu alat pembuat keputusan

3. Menjadikan literasi maklumat sebagai pemangkin kepada pembudayaan berfikir aras tinggi dikalangan warga sekolah

CABARAN DAN PELAKSANAAN

1. Kekeliruan mengenai konsep LM (Literasi Maklumat) dikalangan guru-guru yang sebelum ini di anggap sebagai pengetahuan Teknologi Maklumat.

2. Kekangan masa dan peluang untuk membuat sumbangsaran agak terbatas kerana program sekolah yang terlalu banyak serta menuntut komitmen yang tidak berbelah bagi.

3. Penyelesaian masalah/isu kadangkala melibatkan sensitiviti pelajar/guru yang terpaksa memerlukan masa terutama untuk mengakses maklumat yang melibatkan manusia.

4. Semua warga sekolah perlu celik maklumat untuk mengupayakan amalan LM secara total dan ia tidak mudah kerana belum menjadi satu budaya di kalangan masyarakat kita.

5. Tiada inisiatif untuk mewujudkan pengurusan pengetahuan /knowledge managament di mana sekiranya guru/staff berpindah atau bersara ilmu dan kepakaran yang ada akan hilang begitu sahaja

⚫ MENGGUNAKAN REFLEKSI PDPC SEBAGAI ISU/PERMASALAHAN/PENAMBAHBAIKAN UNTUK PENDEFINISIAN MASALAH/PENAMBAHBAIKAN

⚫ MENCARI POTENSI SUMBER-SUMBER MAKLUMAT YANG ADA SEBAGAI STRATEGI PENCARIAN MAKLUMAT BERDASARKAN KEHENDAK ISU/PERMASALAHAN MENGGUNAKAN TEKNIK 5W1H

⚫ MERUJUK KEPADA DOKUMENTASI SEPERTI KAJIAN TINDAKAN/ ANALISIS POST-MORTEM/REKOD PENCERAPAN LEPAS SEBAGAI SUMBER-SUMBER MAKLUMAT ATAU SEBAGAI

JUSTIFIKASI/PERCAMBAHAN IDEA UNTUK PENYELESAIAN ISU ⚫ MENGGUNAKAN KESELURUHAN SUMBER MAKLUMAT SEDIA ADA DAN POTENSI MAKLUMAT LUAR YANG BOLEH DIPEROLEH ⚫ MENGORGANISASI MAKLUMAT BERKAITAN ISU KEPADA YANG

LEBIH UTAMA KEPADA YANG LEBIH KECIL SERTA

MEMPERSEMBAHKAN POTENSI MAKLUMAT YANG DIPEROLEHI SEWAKTU MESYUARAT BERKAITAN

⚫ MENILAI SEMULA KEBERKESANAN MAKLUMAT YANG DIPILIH/KECEKAPAN SUMBER MAKLUMAT UNTUK

(6)

PTPM 2021: 14-18 JUN 2021

tanpa ada usaha untuk merekod atau menyimpan kepakaran dan pengalaman ke dalam bentuk media yang boleh di capai semula.

6. Pengupayaan terhadap Big Data yang ada di dalam setiap komponen pengurusan sekolah masih belum dieksploitasi sepenuhnya dan sekiranya ini dijadikan amalan maka proses Literasi Maklumat lebih bermakna.

IMPAK

Semenjak dilaksanakan setahun yang lalu, beberapa indikator telah dikenalpasti sebagai impak amalan LM di kalangan warga sekolah. Maklumat di bawah menunjukkan ringkasan impak yang diperoleh menerusi rangkaian media sosial dan sumber maklumat rasmi mulai Januari 2018 hingga April 2018.

• Anugerah Gred Purata Sekolah (GPS) SPM 2017 ( 1.63) daripada Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

• Anugerah Nilai Gred Keseluruhan STPM 2017 ( 3.15) daripada Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

• Pingat Emas Inovasi dan Penyelidikan 2018

• Pelaksanaan SMART CARD kepada seluruh warga sekolah serta pelaksanaan penggantian perakam waktu kepada face in/ face off serta “data sharing” pelajar baru Tingkatan 1,4 dan 6 Rendah didalam sistem automasi Pusat Sumber Sekolah (PSS).

• Anugerah Sekolah Bestari Negeri Sembilan 2017 daripada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan ( BTPNS)

• Peningkatan jumlah rekod peminjaman bahan rujukan di PSS sebanyak 30% pada suku pertama 2018 oleh warga sekolah berbanding tahun 2017 untuk jangka masa yang sama

• Penurunan kes salah laku disiplin sebanyak 10% sejak Januari hingga Mac 2018 berbanding tempoh yang sama tahun lepas

PENAMBAHBAIKAN

Masih terdapat beberapa perkara yang boleh dipertingkatkan dalam memastikan amalan LM menjadi satu budaya di sekolah ini. Untuk itu , beberapa inisiatif perlu diambil agar amalan LM memberi kesan yang positif kepada pengurusan sekolah, pencapaian akademik, ko-kurikulum dan kemenjadian warga sekolah secara keseluruhannya.

AMALAN LITERASI MAKLUMAT DALAM PENGURUSAN SEKOLAH

PENGURUSAN PENGETAHUAN ( KNOWLEDGE MANAGEMENT)

(7)

PTPM 2021: 14-18 JUN 2021

Antaranya ialah dengan memastikan semua unit-unit yang berada di sekolah mahir dengan kemahiran Literasi Maklumat (LM ) terlebih dahulu sebelum boleh di sebarluaskan secara menyeluruh. Ini adalah kerana, setakat ini amalan LM hanyalah tertumpu di kalangan pentadbir dan guru tetapi tidak melibatkan AKP (Anggota Kumpulan Pelaksana). Kesinambungan LM boleh di teruskan dengan pengwujudan “tacit knowldge” dan “explicit knowledge” yang merupakan kunci kepada pengurusan pengetahuan / knowledge management. Tacit knowledge bermaksud pengetahuan yang terkandung di dalam minda manusia menerusi pengalaman dan pekerjaan. Ini termasuklah kebijaksanaan dan pengalaman individu manakala explicit knowledge pula pengetahuan yang telah dikod, di didigitalkan atau di dokumentasikan di dalam bentuk dokumen, laporan dan memo. Ia berfungsi untuk membantu memudahkan tugasan dan urusan. Ia mudah dikenalpasti, di kongsi dan di laksanakan.( Collins,2010)

KESIMPULAN

Memandangkan Literasi Maklumat (LM) merupakan perkara yang agak baru untuk diimplementasi di dalam pengurusan sekolah, ia sudah tentu mempunyai kelemahan dan penambahbaikan. Inisiatif LM ini boleh dilihat satu potensi yang boleh membantu pengurusan sekolah untuk melicinkan pengurusan serta meningkatkan potensi warga sekolah selain daripada mengekalkan atau meningkatkan lagi kecemerlangan sekolah.

Inisiatif LM sebelum ini hanya berlegar di dalam Pusat Sumber Sekolah dan kini ia sudah boleh dieksploitasi untuk pengurusan sekolah. Ini adalah kerana dengan bantuan LM, ia mampu menggerakkan sekolah untuk mengoptima sumber-sumber maklumat dengan beretika dan seterusnya menjadikan setiap warga sekolah celik maklumat. Ia juga membantu dalam menyelesaikan masalah atau isu strategik di peringkat sekolah apabila LM digunakan dengan betul.

Selain daripada itu, LM juga dilihat sebagai platform kepada setiap warga sekolah untuk mengaplikasi HOTS ( Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) kerana komposisi LM yang menggunakan model Big 6 sememangnya menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi di dalam proses melengkapkan model big 6. Secara keseluruhannya, LM berfungsi sebagai feeder kepada pengurusan pengetahuan yang sangat membantu dalam memastikan setiap pengetahuan dan pengalaman boleh diwarisi dan diikuti oleh generasi seterusnya dalam menguruskan sekolah dengan berkesan.

RUJUKAN

Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). (2017). Buku Panduan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Abad Ke-21. Kuala Lumpur: Bahagian Teknologi Pendidikan

Collins, H. M. (2010). Tacit and explicit knowledge. Chicago: The University of Chicago Press.

Grover, R., Eisenberg, M. B., Emporia State University., & Hi Willow Research & Publishing. (1993). Teaching information skills: The "Big 6" model. Castle Rock, CO: Hi-Willow Research & Pub. Solomon, A., Wilson, G., & Taylor, T. (2012). 100% information literacy success.

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan kriteria laju infiltrasi pada setiap longsoran yang disajikan pada Tabel 6, laju infiltrasi pada setiap longsoran yaitu sangat cepat maka dapat diprediksi bahwa pada

Penelitian yang ketiga dibuat oleh Yasir Arafat/0501156823 yang berjudul “ Tanggapan Konsumen Terhadap Bauran Pemasaran Rumah Makan Az-Zahra Di Banjarbaru” penelitian

Sampel yang dianalisis dalam penelitian adalah (1) Return Jakarta Islamic Index; (2) Sampel variabel makro ekonomi yang digunakan, Kurs USD/IDR, kurs CNY/IDR, Inflasi,

Input program pembinaan bolavoli putra dalam mengikuti kejuaraan provinsi Jawa Timur tingkat remaja tahun 2016 yaitu SDM pelatih, atlet dan pengurus dengan mengacu

Penilaian tingkat kesehatan BPR dapat dilihat dari berbagai Aspek, diantaranya dengan menggunakan lima kelompok faktor yaitu Capital (Permodalan), Asset (Aktiva),

Pengukuran sianida dalam larutan pakan hijauan akan diperlakukan sama dengan larutan standar pada pengukuran sianida sebelumnya. Sehingga, larutan pakan hijauan

pemeriksaan perkara sesuai dengan pasal 82 ayat (1) huruf c KUHAP sehingga perkara gugur dengan sendirinya. Tidak hanya itu, terkait juga dengan pasal 80 KUHAP

Faktor yang mendukung kondisi perusahaan misalnya dalam hubungannya saat perusahaan melakukan merger atau pada saat adanya perubahan kepemilikan untuk kondisi tersebut,