• Tidak ada hasil yang ditemukan

Diterbitkan Oleh: Interdisciplinary Research and International Strategy (IRIS) Institute Berhad

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Diterbitkan Oleh: Interdisciplinary Research and International Strategy (IRIS) Institute Berhad"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Copyright © 2020, by Interdisciplinary Research and International Strategy (IRIS) Institute Berhad

Ketua Editor:

Asyraf Farique

Reka bentuk kulit & Susun Atur:

Wafiq Azman

No. 6-23-3A Jalan Medan Pusat Bandar 8A, Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi, Taman Putra, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan

TEL: 018-2084917 EMAIL: admin@iris.institute

Hakcipta terpelihara. Mana-mana bahagian dalam dokumen ini tidak boleh dicetak semula, disalin atau dipindahkan bentuk dengan apa jua cara sekalipun sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Interdisciplinary Research and

International Strategy (IRIS) Institute Berhad.

www.iris.institute

(3)

1

LANDSKAP EDISI 3/2020

Reformasi Parlimen & Sistem Pilihan Raya: Pengukuhan Agenda Demokrasi

Liberal di Malaysia

LANDSKAP EDISI 3/2020 IRIS INSTITUTE

Rumusan

1. Perancangan reformasi Parlimen dan Pilihan Raya memberi kesan strategik jangka masa panjang kepada sistem politik di Malaysia melibatkan komponen utama iaitu pemerintah, rakyat dan sistem pemilihan pemerintah.

2. Akta servis Parlimen 1963 akan diperkenalkan semula dan hal ini membawa kepada implikasi meletakkan Parlimen sebagai sebuah badan autonomi yang bebas daripada pentadbiran Kuasa Eksekutif.

3. Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mempunyai kuasa tersirat dalam usaha untuk menekan usul tertentu supaya dibentangkan dan diluluskan di Parlimen. Usul yang dibawa oleh Jawatankuasa ini dikatakan sebagai “suara dan kehendak rakyat” walaupun umum mengetahui kumpulan aktor-aktor sivil yang melobi ahli parlimen terdiri dari aktor-aktor liberal yang ada dalam koalisi Bersih.

4. Antara perubahan penting adalah penstrukturan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada tiga entiti bebas iaitu SPR sebagai badan menguatkuasakan undang-undang pilihan raya; Elections Malaysia yang menjalankan urusan pilihan raya dan Suruhanjaya Persempadanan Semula Bahagian Pilihan Raya (EBC) yang melaksanakan persempadanan semula kawasan pilihan raya.

5. Selain itu, perancangan Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya untuk menukar sistem pilihan raya daripada sistem First Past The Post kepada Sistem perwakilan berkadar menurut Felo Penyelidik Majlis Profesor Negara, Dr Muhammad Asri, akan membolehkan parti seperti DAP memenangi lebih 60 kerusi Parlimen pada masa akan datang.

(4)

Latar Belakang

1. Agenda Reformasi Institusi & Politik adalah agenda global liberal demokrasi yang dibawa oleh aktor-aktor multilateral elit global seperti Bank Dunia, IMF, dan juga Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Agenda ini menyasarkan perubahan menyeluruh sistem pemerintahan dan politik sesebuah negara berdasarkan acuan liberal demokrasi.

2. Di peringkat tempatan, agenda ini digerakkan antaranya oleh aktor-aktor liberal yang membentuk koalisi gabungan gerakan sivil, BERSIH. Kumpulan ini melobi agenda reformasi institusi dan politik melalui aktor-aktor politik di Parlimen seperti parti DAP, PKR dan juga Amanah. Terdapat juga beberapa aktor politik di kalangan parti UMNO dan Bersatu yang turut sama memperjuangkan agenda ini.

3. Usaha ini adalah sebahagian proses kepada transisi demokrasi penuh daripada sistem quasi (separuh) demokrasi yang telah diamalkan di negara kita sejak 1957 lagi.

4. Usaha reformasi institusi giat dilaksanakan selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya ke 14 baru-baru ini, ratusan usul telah dicadangkan kepada kerajaan dan beberapa buah akta dan undang-undang telah dipinda.

5. Dalam bidang politik, terdapat dua sendi utama yang menjadi sasaran usaha reformasi institusi untuk mengukuhkan lagi sistem politik demokrasi liberal.

Sendi tersebut adalah Pemerintah (Sistem Parlimen) dan juga sistem pemilihan pemerintah (sistem pilihan raya).

(5)

3

LANDSKAP EDISI 3/2020

Aktor-aktor yang terlibat

Organisasi Individu utama Fungsi

Jawatankuasa

Pembaharuan Institusi (IRC)

• Datuk Ambiga Sreenevasan

• Datuk K.C Vohrah,

• Datuk Mah Weng Kwai,

• Datuk Mohamed Arshad Raji

• Datuk Dr Shad Saleem Faruqi

Mengemukakan tuntutan reformasi institusi dan politik kepada kerajaan

Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC)

• Tan Sri Ab Rashid Ab

Rahman Mengemukakan 49 syor

reformasi pilihan raya kepada kerajaan.

BERSIH • Thomas Fann (NGO

ENGAGE)

• Muhammad Faisal Abdul Aziz (ABIM)

• Ng Geok Chee (Huazhong)

• Beverly Joeman (Jaringan Orang Asal)

• Ann Teo (Rise of Sarawak)

Melobi badan-badan kerajaan dan juga Parlimen melaksanakan agenda Reformasi Institusi dan politik

(6)

Pendahuluan

• Pada 13 Januari 2020, Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) mengemukakan 49 syor reformasi pilihan raya kepada kerajaan.

• Syor yang dikemukakan memberi tumpuan kepada 15 komponen merangkumi sistem pilihan raya, badan pengurusannya, pendaftaran pengundi dan parti politik, kawalan kempen, pembiayaan politik dan kebebasan media. Selain itu, proses pilihan raya, kod etika, pemerhati, penguatkuasaan undang-undang, kerajaan sementara, kerjasama awam dan institusi serta pendidikan sivik dan pengundi turut dikemukakan.

• Pengerusi ERC, Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman, mengatakan lebih 30 syor dikemukakan itu boleh dilaksanakan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU- 15) kerana hanya membabitkan pindaan kecil terhadap undang-undang pilihan raya dan Perlembagaan Persekutuan, manakala selebihnya memerlukan masa lebih panjang.

• Selain itu, Jawatankuasa Reformasi Institusi (IRC) yang diketuai oleh Ambiga Sreenevasan mengesa kerajaan PH melaksanakan semua tuntutan reformasi institusi yang diutarakan (IRC) sebelum Jun 2020 atau kumpulan tersebut akan mengugut untuk mengadakan demonstrasi di jalanan.

• Antara tuntutan Jawatankuasa Reformasi Institusi (IRC) adalah reformasi sistem Parlimen dan Pilihanraya yang akan dikupas di dalam penulisan ini.

Reformasi Parlimen

• Pada Ogos 2018, Yang di Pertua Dewan Rakyat, Mohammad Arif Md Yusof telah mengumumkan penubuhan 6 Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dianggotai oleh Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang. Jawatankuasa Pilihan Khas berkenaan adalah Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-Undang, Jawatankuasa Pilihan Khas Bajet, Jawatankuasa Pilihan Khas Pertahanan dan Hal Ehwal Dalam Negeri, Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi dan Kesaksamaan Gender, Jawatankuasa Pilihan Khas Hubungan Antara Negeri-Negeri dan Persekutuan serta Jawatankuasa Pilihan Khas Untuk Melantik Jawatan-Jawatan Utama Perkhidmatan Awam.

(7)

5

LANDSKAP EDISI 3/2020

• Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas adalah selari dengan pelan reformasi parlimen yang digerakkan aktor-aktor liberal di dalam parti-parti politik, Bersih dan juga IRC (Institutional Reform Commitee) di bawah Ambiga. Menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Kong pada 17 Oktober 2019, 11 lagi Jawatankuasa Pilihan Khas akan ditubuhkan tidak lama lagi.

• Selain itu, Kaukus Reformasi dan Tadbir urus Parlimen juga ditubuhkan diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Antara perancangan penting kaukus ini adalah membentangkan Bil Servis Parlimen 2020 pada Mac ini untuk memberikan autonomi bebas kepada parlimen. Akta Servis Parlimen 1963 akan diperkenalkan semula, meletakkan Parlimen sebagai badan bebas yang mempunyai kuasa dan dana kewangan sendiri serta bebas daripada berada di bawah pentadbiran Pejabat Perdana Menteri.

Reformasi Pilihan Raya

• Antara perubahan penting adalah penstrukturan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada tiga entiti bebas iaitu SPR sebagai badan menguatkuasakan undang-undang pilihan raya; Elections Malaysia yang menjalankan urusan pilihan raya dan Suruhanjaya Persempadanan Semula Bahagian Pilihan Raya (EBC) yang melaksanakan persempadanan semula kawasan pilihan raya.

• Pada PRU-15 Malaysia dijangka akan mempunyai 22-23 Juta pengundi yang berusia 18 tahun ke atas. Selepas, Dewan Rakyat meluluskan pindaan RUU Undi 18 tahun, kerajaan dijangka akan melakukan pendaftaran automatik kepada pengundi 18 tahun ke atas.

• Selain itu, Jawatankuasa ini juga mencadangkan agar menukar sistem pilihan raya iaitu sistem first past the post bagi peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan sistem proportional representative (perwakilan berkadar) bagi kawasan Parlimen.

• Satu undang-undang khusus mengenai penubuhan Kerajaan sementara (Care Taker Government) selepas pembubaran Parlimen dan Dewan-dewan Undangan Negeri juga akan diwujudkan di dalam tuntutan ini.

• Pendaftaran parti politik serta undang-undang mengawal selia pertubuhan politik akan diberikan kuasa kepada electoral management body untuk memantau pergerakan parti politik di Malaysia.

(8)

Unjuran kehadapan

• Perancangan reformasi Parlimen dan Pilihan Raya memberi kesan strategik jangka masa panjang kepada sistem politik di Malaysia.

• Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mempunyai kuasa tersirat dalam usaha untuk menekan usul tertentu supaya dibentangkan dan diluluskan di Parlimen. Usul yang dibawa oleh Jawatankuasa ini dikatakan sebagai “suara dan kehendak rakyat” walaupun umum mengetahui kumpulan aktor-aktor sivil yang melobi ahli parlimen terdiri dari aktor-aktor liberal yang ada dalam koalisi Bersih.

Kumpulan Pro Melayu Islam tidak dipanggil dalam lobi tersebut.

• Selain itu, akta servis Parlimen 1963 akan diperkenalkan semula dan hal ini membawa kepada implikasi meletakkan Parlimen sebagai sebuah badan autonomi yang bebas daripada pentadbiran Kuasa Eksekutif. Hal ini memungkinkan, usul- usul di Parlimen di dominasi oleh suara-suara anti Islam sekiranya kita mengambil kira populasi ahli Parlimen yang ada sekarang.

• Selain itu, perancangan Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya untuk menukar sistem pilihan raya daripada sistem First Past The Post kepada Sistem perwakilan berkadar menurut Felo Penyelidik Majlis Profesor Negara, Dr Muhammad Asri, akan membolehkan parti seperti DAP memenangi lebih 60 kerusi Parlimen pada masa akan datang. Menurut beliau lagi ia akan membolehkan parti itu menuntut jawatan Perdana Menteri kerana memiliki blok kerusi terbanyak di Parlimen

• Hasrat untuk mengkaji keperluan mewujudkan undang-undang khusus mengenai penubuhan Kerajaan sementara (Care Taker Government) selepas pembubaran Parlimen dan Dewan-dewan Undangan Negeri dan mengadakan undang-undang untuk memberikan kuasa kepada electoral management body untuk mendaftar dan mengawal selia pertubuhan politik dan parti politik adalah hasrat yang baik, namun boleh dieksploitasi oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

(9)

Iklan

IRIS Institute

Interdisciplinary Research and International Strategy Bandar Baru Bangi

No 6-23-3A, Jalan Medan, Pusat Bandar 8A,Bangi Sentral, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor

Referensi

Dokumen terkait

Jalur II, memiliki karakteristik yaitu tidak memiliki persilangan dengan jalan provinsi namun juga melewati sungai yang lebar yaitu Sungai Cijangkelok, serta memiliki

beberapa dokumen yang digunakan dalam tahap pengamatan (observasi) seperti lembar observasi dosen dan mahasiswa untuk memantau proses pembelajaran, angket

Dari hasil analisis perbandingan metode koreksi bias beta selama satu tahun, dua tahun dan lima tahun, dapat disimpulkan bahwa pada periode satu tahun dan dua tahun pada

Penelitian dilakukan untuk mengetahui pengaruh penggunaan KB DMPA terhadap kenaikan berat badan pada akseptor KB DMPA di BPS Siti Syamsiah Wonokarto Wonogiri, responden

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) yang dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Kesihatan Malaysia dan Menteri Sains, Teknologi dan

Pada  (Parhusip  dan  Ayunani,2009,[1])  telah  ditunjukkan  bahwa  hijauan 

No Waktu (menit) Akumulasi Waktu (menit) Pembacaan Resapan Air (cm) Akumulasi Infiltrasi (cm) Infiltrasi (cm/jam) Log (Akumulasi Waktu) Log (Alkumulasi Infiltrasi) 1. Keadaan tanah

Pratama Abadi Industri (PAI) merupakan sebuah industri padat karya yang bergerak di bidang industri sepatu olah raga. Aset perusahaan terpenting dalam