• Tidak ada hasil yang ditemukan

Hubungan burnout dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) sekolah menengah di Daerah Batu Pahat

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Hubungan burnout dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) sekolah menengah di Daerah Batu Pahat"

Copied!
43
0
0

Teks penuh

(1)

HUBUNGAN BURNOUT DENGAN KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) SEKOLAH

MENENGAH DI DAERAH BATU PAHAT

ROHAIDAH BINTI ISHAK

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussien Onn Malaysia

(2)

ABSTRACT

Being a teacher is not just about educating, but teachers could also be burdened with unsustainable workloads that could possibly cause stress. On-going negative stress could lead to burnout, a state of being which contributes to emotional exhaustion, depersonalisation, as well as reduced personal accomplishment. This study is an attempt to identify the levels of burnout and teachers’ job satisfaction, to determine the relationship between burnout and teachers’ level of satisfaction, as well as to examine whether there are significant differences between job satisfaction and levels of burnout. This study was conducted to 136 secondary school Living Skills teachers in Batu Pahat, using questionnaires as the instrument for data collection method. The data collected was then further analysed using Statistical Package for the Social Science (SPSS) version 21. The findings of the study showed that the teachers experienced low level of burnout in the sub-scales of emotional exhaustion and depersonalisation, while high level of burnout in the sub-scale of personal accomplishment. The teachers’ job satisfaction in general is considered of average level. The findings also demonstrated weak inverse relationship between burnout and job satisfaction, as the burnout level increases, the job satisfaction decreases or vice versa. The findings of the job satisfaction difference and levels of burnout on different dimensions showed that the sub-dimensions of the work itself and current pay did have significant different on the sub-scale of emotional exhaustion and depersonalisation. On the other hand, the sub dimensions of the opportunities of promotion, supervision, as well as colleagues did not show any significant difference. The findings of the overall job satisfaction difference also showed significant differences in all the three burnout scales.

(3)

ABSTRAK

Tugas guru tidak terbatas kepada mendidik, tetapi juga dibebani dengan tugas-tugas sampingan yang boleh mendatangkan stres. Stres negatif yang berlarutan akan mendatangkan burnout di mana guru-guru akan mengalami ketandusan emosi, depersonalisasi dan penurunan pencapaian peribadi. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap burnout dan tahap kepuasan kerja guru, mengenal pasti hubungan di antara burnout dengan kepuasan kerja, serta mengenal pasti adakah terdapat perbezaan di antara tahap kepuasan kerja dengan tahap burnout. Kajian ini dilaksanakan ke atas 136 orang guru-guru Kemahiran Hidup sekolah menengah di daerah Batu Pahat dengan menggunakan instrumen borang soal-selidik. Data kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian Statistikal Package for the Sosial Science (SPSS) versi 21. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru mengalami tahap burnout yang rendah di sub-skala ketandusan emosi dan depersonalisasi, serta tahap tinggi di sub-skala pencapaian peribadi. Manakala bagi kepuasan kerja guru-guru pula secara keseluruhannya berada pada tahap yang sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan burnout dan kepuasan kerja mempunyai hubungan songsang yang lemah di mana apabila tahap burnout meningkat, tahap kepuasan kerja menurun dan sebaliknya. Dapatan kajian perbezaan tahap kepuasan kerja dengan tahap burnout mengikut dimensi menunjukkan sub-dimensi pekerjaan itu sendiri dan gaji sekarang mempunyai perbezaan yang signifikan pada sub-skala ketandusan emosi dan depersonalisasi. Manakala bagi sub-dimensi peluang kenaikan pangkat, penyelia dan penyeliaan, dan rakan sekerja tidak mempunyai perbezaan yang signifikan. Hasil dapatan perbezaan kepuasan kerja keseluruhan pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di ketiga-tiga skala burnout.

(4)

KANDUNGAN TAJUK i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xi SENARAI RAJAH xiii SENARAI SINGKATAN xiv SENARAI LAMPIRAN xv BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latarbelakang masalah 3 1.3 Pernyataan masalah 5 1.4 Objektif kajian 6 1.5 Persoalan kajian 6 1.6 Tujuan kajian 7 1.7 Hipotesis kajian 7 1.8 Skop konsep 8 1.9 Batasan kajian 8 1.10 Kerangka konsep 9 1.11 Kepentingan kajian 10 1.12 Definisi 11

(5)

1.12.1 Burnout 11

1.12.2 Kepuasan kerja 12

1.12.3 Guru 12

1.13 Rumusan 12

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Stres guru 14

2.2.1 Jenis-jenis stress 15

2.3 Teori burnout 17

2.3.1 Teori Conservation of Resources (COR) 17

2.4 Tahap burnout 18 2.5 Burnout guru 19 2.6 Simptom burnout 21 2.6.1 Fizikal 21 2.6.2 Intelektual 21 2.6.3 Sosial 22 2.6.4 Emosi 22 2.6.5 Spiritual 22 2.7 Kepuasan kerja 23

2.8 Teori kepuasan kerja 24

2.8.1 Teori Dua Faktor Herzberg 24

2.8.2 Teori Pengharapan 26

2.9 Faktor-faktor kepuasan kerja 28

2.9.1 Kepuasan kerja dan kerja

itu sendiri 28

2.9.2 Kepuasan kerja dan gaji 29

2.9.3 Kepuasan kerja dan peluang

kenaikan pangkat 29

2.9.4 Kepuasan kerja dan penyelia

dan penyeliaan 30

2.9.5 Kepuasan kerja dan rakan sekerja 31

2.10 Profesion guru 31

2.10.1 Guru Kemahiran Hidup 31

(6)

2.11 Kajian lepas dalam negara 35

2.12 Kajian lepas luar negara 36

2.13 Rumusan 37

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 38

3.2 Rekabentuk kajian 38

3.3 Kerangka operasi kajian 39

3.4 Populasi dan sampel kajian 41

3.5 Instrumen kajian 43

3.5.1 Rekabentuk soal selidik 43

3.5.2 Kesahan dan kebolehpercayaan 47

3.6 Kajian rintis 49

3.7 Kaedah analisis data 50

3.7.1 Analisis deskriptif 50

3.7.2 Analisis inferensi 51

3.7.2.1 Analisis korelasi Spearman

Rho 51

3.7.2.1 Ujian Kruskal-Wallis H 52

3.8 Rumusan 52

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 53

4.2 Demografi responden 54

4.3 Analisis tahap burnout guru

(Persoalan kajian 1) 59

4.4 Analisis tahap kepuasan kerja guru

(Persoalan kajian 2) 60

4.5 Hubungan burnout dengan kepuasan

kerja guru (Persoalan kajian 3) 63

4.6 Perbezaan tahap kepuasan kerja dengan

tahap burnout (Persoalan kajian 4) 66

4.7 Rumusan 73

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 75

(7)

5.2.1 Tahap burnout guru-guru Kemahiran

Hidup sekolah menengah di Batu Pahat 76 5.2.2 Tahap kepuasan kerja guru-guru

Kemahiran Hidup sekolah menengah

di Batu Pahat 78

5.2.3 Hubungan burnout dengan kepuasan kerja guru-guru Kemahiran Hidup sekolah

menengah di Batu Pahat 81

5.2.4 Perbezaan tahap burnout dengan Kepuasan Kerja guru-guru Kemahiran

Hidup di Batu Pahat 82

5.3 Kesimpulan 84

5.4 Cadangan kajian 85

5.4.1 Pihak guru-guru 85

5.4.2 Pihak pentadbiran sekolah 85

5.4.3 Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia 86

5.5 Kajian lanjutan 86

5.6 Penutup 87

RUJUKAN 89

LAMPIRAN 96

(8)

SENARAI JADUAL

3.1 Jadual penentuan sampel oleh Krejcie

dan Morgan 41

3.2 Bilangan guru KHB di Daerah Batu Pahat, Johor 42 3.3 Pembahagian item bagi Maslach Burnout Inventory 44

3.4 Skor tahap burnout 45

3.5 Pembahagian item instrument Job Descriptive

Index (JDI) 45

3.6 Pecahan item positif dan negatif JDI 46

3.7 Skor pemarkahan JDI 46

3.8 Julat mengukur tahap kepulasan 5 sub-dimensi 47 3.9 Julat mengukur tahap kepuasan keseluruhan 47

3.10 Skor Alpha Cronbach dan tahap kepuasan 48

3.11 Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian rintis 49 3.12 Kaedah analisis data bagi setiap persoalan kajian 50

3.13 Nilai kekuatan korelasi Spearman Rho 51

4.1 Tahap burnout dalam kalangan guru-guru Kemahiran

Hidup sekolah menengah di daerah Batu Pahat. 60 4.2 Tahap kepuasan kerja mengikut sub-dimensi dalam

kalangan guru-guru Kemahiran Hidup sekolah

menengah di daerah Batu Pahat 61

4.3 Tahap kepuasan kerja secara keseluruhan 63

4.4 Hasil analisis Korelasi Spearman Rho 64

4.5 Hasil ujian Kruskal –Wallis H perbezaan kepuasan kerja pada sub-dimensi pekerjaan itu

sendiri dengan tahap burnout 67

(9)

kepuasan kerja pada sub-dimensi gaji sekarang

dengan tahap burnout 68

4.7 Hasil ujian Kruskal –Wallis perbezaan kepuasan kerja pada sub-dimensi peluang

kenikan pangkat dengan tahap burnout 69

4.8 Hasil ujian Kruskal –Wallis H perbezaan kepuasan kerja pada sub-dimensi penyelia

dan penyeliaan dengan tahap burnout 70

4.9 Hasil ujian Kruskal –Wallis H perbezaan kepuasan kerja pada sub-dimensi rakan sekerja

dengan tahap burnout 71

4.10 Hasil ujian Kruskal –Wallis H perbezaan

(10)

SENARAI RAJAH

1.1 Kerangka kajian hubungan burnout dengan

kepuasan kerja 10

2.1 Teori Pengharapan oleh Vroom 27

3.1 Kerangka operasi kajian 39

3.2 Skala instrument Maslach Burnout Inventory 44

4.1 Peratusan jantina responden 54

4.2 Peratusan umur responden 55

4.3 Peratusan tahap pendidikan responden 56 4.4 Peratusan pengalaman mengajar responden 57 4.5 Peratusan bilangan waktu kelas responden 58

(11)

SENARAI SINGKATAN

JDI - Job Descriptive Index MBI - Maslach Burnout Inventory

(12)

SENARAI LAMPIRAN

A Carta gant pelaksanaan Projek Sarjana 2 96

B Borang soal selidik 97

C Pengesahan borang soal selidik 105

D Surat-surat kebenaran 113

E Hasil temu bual awalan 119

F Analisis kebolehpercayaan 122

G Analisis deskriptif 123

(13)

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Profesion perguruan merupakan satu profesion yang amat penting dalam masyarakat. Profesion ini merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang sangat mencabar. Ini kerana guru dianggap pemberi kesan yang besar terhadap perkembangan kognitif (mental), afektif (sikap), kebolehan serta kemahiran fizikal dan sosial para pelajarnya (Jolen, 2001). Sesuai dengan peredaran zaman, tugas dan tanggungjawab seorang guru juga semakin bertambah. Sekiranya tugas guru dahulu hanya terhad kepada mengajar, mendidik dan membimbing sahaja, kini selain tugas hakiki tersebut guru-guru juga terlibat dengan pelbagai tugasan sampingan serta terlibat dengan tugas-tugas pengkeranian yang lain.

Perubahan-perubahan dasar dalam pendidikan juga menjadi satu lagi cabaran kepada guru-guru. Perubahan ini menjadikan bebanan tugas guru semakin bertambah bagi memenuhi keperluan dasar-dasar tersebut. Melalui transformasi sistem pendidikan yang sedang dilaksanakan sekarang, kerajaan komited dalam melengkapkan setiap pelajar di Malaysia dengan segala kemahiran baru yang diperlukan untuk merebut peluang dan menangani cabaran abad ke-21. Menurut Menteri Pelajaran Malaysia, YAB Tan Sri Dato Hj. Muhyiddin Yasin dalam ucapannya di dalam Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, beliau menyatakan bahawa sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif, mempunyai kemahiran kepimpinan yang mantap dan berupaya berkomunikasi

(14)

dengan berkesan di peringkat global. Bagi menyahut seruan kerajaan, guru-guru perlu memberikan komitmen yang tinggi bagi memastikan matlamat negara tercapai. Hal ini mampu memberikan tekanan kepada guru-guru.

Tekanan yang berpanjangan sekiranya tidak diatasi secara positif boleh mendatangkan burnout terhadap guru-guru. Burnout merupakan satu terma yang sering digunakan untuk menunjukkan situasi perkerjaan bertekanan tinggi. Burnout merupakan fenomena yang berlaku dalam setiap pekerjaan tidak kira sama ada pekerjaan tersebut tergolong sebagai pekerjaan bertekanan tinggi atau tidak. Burnout terjadi hasil daripada gabungan efek faktor-faktor berkaitan kerja yang mencipta tekanan kerja yang tidak berkesudahan di mana ia seterusnya membawa kepada keadaan psikologi yang lemah dalam individu (Reddy, 2007).

Burnout sering dikaitkan dengan kepuasan dalam berkerja. Menurut Rothman (2008), kepuasan kerja telah dikonseptualkan dan dioperasikan dalam konstruk global dan multidimensi. Pada tahap global, kepuasan kerja dianggap sebagai terma yang menunjukkan kepuasan pekerja terhadap pekerjaannya. Manakala bagi konstruk multidimensi, kepuasan kerja melibatkan kepuasan berkaitan gaji, penyeliaan, polisi syarikat dan situasi kerja di mana ia melibatkan komponen ekstrinsik dan intrinsik. Kepuasan intrinsik merujuk kepada perasaan individu terhadap pekerjaan rutinnya manakala kepuasan ektrinsik berkaitan dengan aspek yang wujud dalam situasi kerja yang diluar tugasan. Sehubungan dengan itu, dapat disimpulkan bahawa kepuasan kerja merupakan kombinasi antara psikologikal, fisiologikal dan persekitaran yang menyebabkan seseorang berasa puas hati. Oleh itu, bagi mengelak daripada berlakunya burnout, kepuasan kerja individu perlulah dipenuhi. Dalam dunia pendidikan, kepuasan kerja adalah sangat penting. Hal ini kerana kualiti pendidikan bergantung kepada kualiti dan kecekapan guru di mana bagi meningkatkan pendidikan, tiada apa yang boleh dicapai sekiranya guru yang mengajar tidak mampu memberikan komitmen serta menunjukkan kemampuan yang sepatutnya (Tukiran, 2014).

(15)

1.2 Latarbelakang masalah

Penggubalan dasar Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Bersepadu sekolah Menengah (KSSM) telah memasukkan matapelajaran Kemahiran Hidup sebagai salah satu matapelajaran wajib untuk diajar. Tujuan matapelajaran Kemahiran Hidup ini diajar adalah bagi membolehkan murid memperolehi kemahiran asas dan pengetahuan berasaskan teknologi dan keusahawanan supaya mereka dapat menjalankan kerja-buat-sendiri, mereka cipta dan cenderung berurusniaga serta mengamalkan sikap dan budaya kerja yang baik (Zakaria,Ismail & Abdullah,2007). Selain itu, matapelajaran Kemahiran Hidup memerlukan guru yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk menyampaikan isi pelajaran kerana ia melibatkan teori dan kerja amali.

Hasil temu bual awalan yang dijalankan ke atas Ketua Panitia Kemahiran Hidup di sebuah sekolah menengah di Batu Pahat mendapati beliau berpendapat bahawa dengan hanya peruntukkan sebanyak tiga masa seminggu, guru-guru Kemahiran Hidup perlu bijak membahagikan masa bagi memastikan objektif dan silibus dapat dihabiskan dalam masa yang ditetapkan. Selain itu, keadaan silbus yang melibatkan kerja amali dengan ketiadaan pembantu bengkel menyebabkan guru-guru terpaksa memperuntukkan masa bagi menyediakan serta mengemas bahan setiap kali sebelum dan selepas amali dijalankan. (rujuk Lampiran E). Menurut Hamdan dan Aziz (2010), kebanyakkan pelajar memerlukan lebih masa untuk menyiapkan kerja amali dan guru pula memerlukan lebih masa untuk menyediakan alatan dan bahan untuk kerja amali di mana guru-guru terpaksa menggunakan waktu lapang dan waktu rehat mereka untuk menyediakan bahan amali pelajar. Bebanan tugas-tugas sampingan serta perubahan yang wujud dalam sistem pendidikan juga sedikit sebanyak mengganggu fokus dan memberikan tekanan kepada guru-guru. Keadaan ini boleh menyebabkan guru-guru Kemahiran Hidup mengalami tekanan emosi yang mungkin bukan sahaja diklasifikasikan sebagai stres tetapi lebih teruk lagi sekiranya ia diklasifikasikn sebagai burnout.

Bebanan tugas serta tekanan yang berlaku diburukkan lagi apabila terdapat pelbagai tanggapan dan dakwaan berhubung dengan kerjaya guru oleh sesetengah ahli masyarakat. Terdapat segelintir masyarakat yang mempunyai tanggapan bahawa kerja, beban dan tugas guru pada hari ini tidak mewujudkan kerjaya guru yang

(16)

menarik. Menurut Ali (2011), sekolah dilihat sebagai sebuah organisasi yang dihujani dengan pelbagai bebanan tugas dan ada kalanya tugas ini bukan satu yang terancang tetapi muncul dari situasi yang tidak diduga. Jika dibiarkan berterusan, pasti suasana pengajaran dan pembelajaran akan menghadapi kegagalan dan matlamat tidak tercapai. Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) berkaitan pekerjaan paling stres di Malaysia menunjukkan pekerjaan sebagai guru berada di tempat ke empat iaitu sebanyak 45.8% selepas kerjaya polis (53.7%), pengawal penjara (48.8%) dan bomba (47.3%) serta diikuti dengan kerjaya jururawat (42.3%), dan doktor (40.7%) (Berita Harian Online, 27 September 2011).

Tekanan yang semakin bertambah menyebabkan profesion perguruan terdedah kepada risiko yang tinggi untuk mengalami tekanan mental kerana beban kerja sebagai guru yang semakin kompleks. Sebagaimana yang dilaporkan oleh Pakar Perunding Kanan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), setiap tahun dianggarkan 22,000 pesakit mendapatkan rawatan di klinik dan wad psikiatri hospital berkenaan. Kira-kira 10 peratus daripada mereka terdiri daripada golongan guru (Kosmo!, 22 March 2009). Keadaan ini dikukuhkan lagi melalui kenyataan Kementerian Pelajaran Malaysia bahawa seramai 530 orang guru iaitu mewakili 0.128 peratus daripada jumlah guru di seluruh negara menghadapi gangguan mental di mana sebanyak 23.53% adalah disebabkan oleh stres organisasi (Utusan Melayu, 13 Disember 2012).

Kajian oleh Monash Universiti menunjukkan bahawa lebih dari seorang daripada empat orang guru baru mengalami ketandusan emosi yang hampir membawa kepada burnout. Selain itu, dapatan kajian ke atas 617 orang guru sekolah rendah dan menengah pada tahun 2002 di Victoria dan New State Wales, Australia menunjukkan sebanyak 27% daripada guru-guru tersebut sedang menuju ke arah burnout atau sedang mengalami burnout (Marshall, 2013).

Menurut Sharif (2009), situasi persekitaran di sekolah boleh mewujudkan burnout di kalangan guru. Kebanyakkan guru yang mengalami burnout menunjukkan tingkah-laku hilang sabar terhadap pelajar yang dirasakan mendatangkan masalah seperti lembap atau pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan. Guru yang mengalami burnout mempunyai sikap tidak mengharapkan para pelajar menunjukkan kesungguhan belajar, kurang bersimpati kepada pelajar serta kurang mengambil tahu hal mereka. Selain itu, tingkah-laku yang wujud disebabkan oleh burnout

(17)

termasuklah kecendrungan ahli dalam sesebuah organisasi menyalahkan ahli yang lain atas masalah sendiri, peningkatan ketidakhadiran, peningkatan terlibatnya dengan konflik diri dan konfrontasi diri, menghadapi masalah kesihatan, bersara awal dan peningkatan pengasingan diri daripada ahli lain dalam organisasi (lihat Anbar & Eker, 2008; Reddy, 2007; Sipon, 2007).

Tingkah-laku yang wujud disebabkan oleh burnout ini dapat diperhatikan dalam pelbagai bidang pekerjaan dan tidak terhad kepada bidang pendidikan sahaja. Individu yang terlibat dengan burnout akan berusaha untuk menjauhkan diri daripada situasi yang dianggap punca kepada permasalahan tersebut tanpa meninggalkan pekerjaan. Ini menyebabkan individu terbabit tidak mampu menunjukkan kualiti dan hasil yang terbaik ke atas kerja tersebut (Maslach, 2001).

Komitmen serta dedikasi seseorang pekerja untuk mencapai matlamat yang ditetapkan merupakan penentu kepada tahap prestasi yang akan ditunjukkan oleh seseorang pekerja. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa halangan dalam mencapai matlamat yang disasarkan iaitu faktor diri sendiri, faktor berkaitan kerja dan faktor organisasi. Tekanan kerja merupakan satu contoh halangan yang paling signifikan menyekat usaha individu untuk mencapai matlamat kerjayanya (Wahab, Nordin, Ghani & Rajab, 2010).

Menurut Anbar dan Eker (2008), kepuasan kerja dan burnout menunjukkan kesinambungan tingkah-laku yang kuat di mana apabila kepuasan kerja meningkat, burnout menunjukkan jumlah skor yang rendah. Sehubungan itu kepuasan kerja amat dititikberatkan dalam mana-mana organisasi. Kepuasan kerja guru adalah penting kerana ia akan mempengaruhi minat, motivasi dan komitmen mereka terhadap tugas. (Hamid, 2012). Oleh sebab kepuasan kerja sering dikaitkan dengan burnout, maka pengkaji merasakan bahawa adalah penting untuk melihat hubungan burnout dengan kepuasan kerja.

1.3 Pernyataan Masalah

Profesion guru pada hari ni merupakan satu profesion yang mencabar kerana guru bukan sahaja perlu menjalankan tugas hakiki sebagai pendidik malahan dibebani dengan tugas-tugas sampingan yang lain. Tekanan yang dihadapi menyebabkan

(18)

guru-guru mula merasakan tanggungjawab untuk mendidik menjadi sesuatu yang membebankan, tidak menyeronokkan dan tidak memberikan kepuasan dalam berkerja. Hal ini menyebabkan berlakunya tingkah-laku yang menunjukkan simptom-simptom gejala burnout seperti peningkatan ketidakhadiran, bersara awal kerana merasakan tidak mampu berdepan dengan situasi profesion perguruan hari ini, menghadapi masalah kesihatan akibat gangguan emosi yang tidak stabil, kecendrungan menyalahkan ahli yang lain atas masalah sendiri, terlibatnya dengan konflik diri dan peningkatan pengasingan diri daripada ahli lain dalam organisasi. Selain berhadapan dengan konflik diri, guru yang mengalami burnout juga akan memberi kesan negatif kepada pelajar dengan tidak menghiraukan pelajar serta mempunyai pandangan yang sinis terhadap pelajar. Oleh sebab itu, pengkaji merasakan perlu dilaksanakan kajian melibatkan hubungan burnout dengan kepuasan kerja ini kerana sekiranya kepuasan dalam bekerja dapat dipenuhi, tekanan dalam pekerjaan akan dapat di kurangkan.

1.4 Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah untuk :

i. Mengenalpasti tahap burnout dari persepsi guru-guru Kemahiran Hidup sekolah menengah di daerah Batu Pahat.

ii. Mengenalpasti tahap kepuasan kerja dari persepsi guru-guru Kemahiran Hidup sekolah menengah di daerah Batu Pahat.

iii. Mengukur hubungan antara burnout dengan kepuasan kerja guru-guru Kemahiran Hidup sekolah menengah di daerah Batu Pahat.

iv. Mengenalpasti perbezaan tahap kepuasan kerja dengan tahap burnout dalam kalangan guru-guru Kemahiran Hidup sekolah menengah di daerah Batu Pahat.

1.5 Persoalan kajian

(19)

i. Apakah tahap burnout dari persepsi guru-guru Kemahiran Hidup sekolah menengah di daerah Batu Pahat?

ii. Apakah tahap kepuasan kerja dari persepsi guru-guru Kemahiran Hidup sekolah menengah di daerah Batu Pahat?

iii. Adakah terdapat hubungan di antara burnout dengan kepuasan kerja guru-guru Kemahiran Hidup sekolah menengah di daerah Batu Pahat?

v. Adakah terdapat perbezaan tahap kepuasan kerja dengan tahap burnout dalam kalangan guru-guru Kemahiran Hidup sekolah menengah di daerah Batu Pahat?

1.6 Tujuan Kajian

Terdapat empat tujuan kajian ini dijalankan iaitu:

i. Untuk meninjau sejauh mana tahap burnout dari persepsi guru-guru Kemahiran Hidup sekolah menengah di daerah Batu Pahat.

ii. Untuk meninjau sejauh mana tahap kepuasan kerja dari persepsi guru-guru Kemahiran Hidup sekolah menengah di daerah Batu Pahat.

iii. Untuk meninjau hubungan antara burnout dengan tahap kepuasan kerja guru-guru Kemahiran Hidup sekolah menengah di daerah Batu Pahat.

iv. Untuk meninjau sama ada terdapat perbezaan tahap kepuasan kerja dengan tahap burnout dalam kalangan guru-guru Kemahiran Hidup sekolah menengah di daerah Batu Pahat.

1.7 Hipotesis Kajian

Terdapat enam hipotesis bagi kajian ini iaitu:

Hipotesis 1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara burnout pada sub-skala ketandusan emosi dengan tahap kepuasan guru.

(20)

Hipotesis 2 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara burnout pada sub-skala depersonalisasi dengan tahap kepuasan guru.

Hipotesis 3 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara burnout pada sub-skala pencapaian peribadi dengan tahap kepuasan guru.

Hipotesis 4 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap kepuasan kerja dengan tahap burnout pada sub-skala ketandusan emosi.

Hipotesis 5 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap kepuasan kerja dengan tahap burnout pada sub-skala depersonalisasi.

Hipotesis 6 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap kepuasan kerja dengan tahap burnout pada sub-skala pencapaian peribadi.

1.8 Skop kajian

Kajian ini dijalankan untuk meninjau hubungan di antara burnout terhadap kepuasan kerja di kalangan guru-guru Kemahiran Hidup sekolah menengah di daerah Batu Pahat. Burnout guru yang dinilai terdiri daripada sub-skala Ketandusan Emosi, Depersonalisasi dan Pencapaian Peribadi manakala bagi kepuasan kerja, sebanyak lima sub-dimensi yang terlibat iaitu kerja itu sendiri, pangkat, gaji, penyelia dan penyeliaan, dan rakan sekerja. Selain itu, kajian ini juga akan melihat tahap burnout dan tahap kepuasan kerja dari persepsi guru-guru Kemahiran Hidup dan seterusnya mengenalpasti adakah terdapat perbezaan kepuasan kerja terhadap burnout.

1.9 Batasan kajian

Melalui kajian ini, ianya hanya tertumpu kepada pengurusan kendiri guru-guru Kemahiran Hidup dalam menjalankan tanggungjawab dan peranan sebagai pendidik.

(21)

Kajian ini dijalankan ke atas guru-guru Kemahiran Hidup sekolah menengah di daerah Batu Pahat, Johor. Sampel yang terlibat ialah seramai 136 orang yang di ambil daripada populasi kajian iaitu seramai 220 orang.

Kajian ini juga hanya menumpukan kepada gejala burnout dan kepuasan kerja guru-guru Kemahiran Hidup sekolah menengah. Bagi membantu kajian ini, borang soal selidik digunakan. Segala data yang dikumpul bergantung kepada maklumat yang diberikan oleh responden dan ia juga bergantung kepada kejujuran pihak responden dalam memberikan jawapan.

1.10 Kerangka konsep

Komponen utama kerangka konsep ini ialah guru-guru Kemahiran Hidup sekolah menengah di daerah Batu Pahat. Komponen kedua terdiri daripada dua elemen iaitu burnout dan kepuasan kerja di mana setiap satu daripada elemen ini dipecahkan lagi kepada sub-sub lain. Burnout mempunyai tiga sub-skala iaitu ketandusan emosi, depersonalisasi dan pencapaian peribadi. Manakala bagi sub-dimensi kepuasan kerja, ia di bahagikan kepada lima iaitu kerja itu sendiri, pangkat, gaji, penyeliaan dan rakan sekerja. Dalam kajian ini, pengkaji meletakkan burnout sebagai pembolehubah bersandar manakala kepuasan kerja sebagai pembolehubah bebas. Setiap elemen akan dikaji bagi mendapatkan output atau komponen yang ketiga iaitu tahap burnout dan juga tahap kepuasan kerja guru-guru Kemahiran Hidup sekolah menengah dan seterusnya mendapatkan hubungan di antara burnout dengan kepuasan kerja sebagaimana yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1 di sebelah.

(22)

Rajah 1.1 Kerangka kajian hubungan burnout dengan kepuasan kerja

1.11 Kepentingan Kajian

Hasil dapatan daripada kajian ini diharap dapat memberikan manfaat kepada beberapa pihak bagi memahami gejala burnout serta kepuasan kerja. Pihak-pihak tersebut ialah:

INPUT PROSES OUTPUT

HUBUN

GAN

Kepuasan Kerja  Kerja itu sendiri

(work itself)  Gaji sekarang  Peluang kenaikan pangkat  Penyelia dan penyeliaanan  Rakan sekerja Burnout  Ketandusan emosi  Depersonalisasi  Pencapaian peribadi Guru-guru Kemahiran Hidup sekolah menegah di Batu Pahat Tahap Burnout Guru-Guru Kemahiran Hidup Tahap Kepuasan Kerja Guru-Guru Kemahiran Hidup

(23)

(i) Guru

Hasil kajian ini diharap dapat memberi kefahaman dan pengetahuan kepada guru-guru bagi membuat tindakan dalam membendung atau mengurangkan gejala burnout dan ketidakpuasan kerja dari terus berlaku dengan melakukan tindakan susulan yang sepatutnya. Hal ini kerana terdapat segelintir guru-guru yang tidak menyedari mereka mengalami simptom-simptom burnout yang memberi kesan kepada kehidupan peribadi dan sosial mereka.

(ii)Pentadbiran sekolah

Kajian ini juga boleh digunakan oleh pihak sekolah dalam merancang aktiviti atau program yang melibatkan guru-guru. Sebagai contoh, memasukkan kursus berkaitan pengurusan tekanan dalam program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)

(iii)Kementerian Pendidikan Malaysia

Hasil kajian ini dapat memberikan sumbangan secara pengetahuan dan teoritikal dalam bidang pengurusan pekerja. Diharap pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dapat merancang dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengatasi masalah ini daripada menular dan seterusnya memberi kesan kepada penggerak sistem pendidikan negara.

1.12 Definisi

Di dalam kajian ini terdapat beberapa istilah perkataan yang perlu diterangkan. Ini bertujuan untuk memberi penerangan dengan lebih jelas tentang istilah-istilah yang digunakan oleh pengkaji.

1.12.1 Burnout

Menurut Wahab, Nordin, Ghani dan Rajab (2010), Burnout boleh didefinisikan sebagai satu situasi di mana seseorang individu tidak dapat merasakan kepuasan

(24)

kerja dalam melaksanakan pekerjaan mereka. Dalam kajian ini, burnout merujuk ketandusan emosi, depersonalisasi dan penurunan pencapaian diri yang dialami guru-guru Kemahiran Hidup dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik.

1.12.2 Kepuasan kerja

Menurut Reddy (2007), kepuasan kerja ialah kepuasan yang diperolehi selepas usaha dalam melaksanakan keperluan sesuatu proses dapat dipenuhi dengan baik. Kepuasan kerja dilihat daripada penyesuaian antara keperluan terhadap pekerjan dan persekitaran. Dalam kajian ini, kepuasan kerja merujuk kepada kerja itu sendiri, gaji sekarang, peluang kenaikan pangkat, penyelia dan penyeliaan, dan rakan sekerja.

1.12.3 Guru

Menurut Sawari dan Mustaffa (2014), guru merujuk kepada penyampai ilmu, perantara maklumat atau duta pengetahuan di dalam proses pendidikan yang menjadi akar kepada keberhasilan pendidikan. Dalam kajian ini, guru merujuk kepada guru-guru Kemahiran Hidup yang dipertanggung-jawabkan untuk menyampaikan ilmu, mendidik dan membimbing pelajar.

1.13 Rumusan

Profesion perguruan semakin mencabar hari demi hari. Atas kesedaran masyarakat berhubung pentingnya pendidikan, maka jumlah pelajar juga semakin bertambah. Selain mendidik, guru-guru juga turut dipertanggungjawabkan dengan pelbagai tugas tambah. Guru terpaksa berhadapan dengan pelbagai tekanan dari pihak atasan termasuklah pihak pentadbiran sekolah, ibu bapa dan penjaga pelajar, masyarakat dan dari pihak kementerian dalam memastikan peningkatan prestasi pelajar dari segi

(25)

akademik, kokurikulum dan juga sahsiah. Oleh itu amat perlu dijalankan kajian berkaitan burnout dalam meninjau sejauh mana tahap kepuasn kerja dan burnout dikalangan guru-guru Kemahiran Hidup dan seterusnya membantu pihak berkaitan megenalpasti tahap kepuasan kerja warga pendidik.

(26)

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

Dalam bab ini, dikemukakan beberapa dapatan kajian lepas tentang kepuasan kerja dan burnout. Dapatan-dapatan kajian tersebut diambil kerana ianya sesuai dan selaras dengan objektif dan hipotesis kajian yang dijalankan serta mempunyai perkaitan yang releven dengan perbincangan seterusnya.

2.2 Stres guru

Fenomena stres dalam profesion perguruan menjadi semakin biasa di mana sebahagian besar disebabkan peningkatan beban tugas dan peningkatan tekanan ekonomi ke atas individu. Pemasalah berkaitan stres di kalangan guru adalah disebabkan kegagalan sekolah untuk memenuhi keperluan sosial dan keperluan kerja guru-guru (Kaur, 2011).

Sistem pendidikan sekarang telah berkembang dengan pesat selaras dengan kehendak Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Perubahan kepada kurikulum baru itu menuntut setiap guru bukan sahaja berkemahiran untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar sebaliknya dapat melatih perkembangan diri pelajar secara seimbang

(27)

dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah (Yahya, Ramli & Ismail, 2011). Matapelajaran Kemahiran Hidup yang diperkenalkan merupakan matapelajaran yang berunsurkan kemahiran teknologi dan keusahawanan. Terdapat empat pilihan elektif iaitu kemahiran teknikal, ekonomi rumah tangga, sains pertanian, dan perdagangan dan keusahawanan. Menurut Fauziah, Pihie dan Mahyuddin (2002), pengkhususan guru Kemahiran Hidup yang berbeza dan kemudian diminta mengajar empat bidang yang berlainan secara serentak mungkin menyumbang kepada stres kerja mereka. Selain itu, perubahan dasar dan kurikulum juga menyebabkan stress guru. Menurut Gold dan Roth (1993),salah satu punca stres bagi guru adalah perubahan dalam dasar pendidikan yang membebankan mereka.

Tekanan yang diberikan kepada guru berkecenderungan menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan. Guru yang gagal mengawal diri akibat stres akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan yang seterusnya akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikannya. (Sipon, 2007).

Kajian oleh Tsai, Fung dan Chow (2006), menunjukkan punca stres yang biasa dihadapi dikalangan guru ialah melibatkan kekangan masa dan bebanan kerja. Hal ini memberikan kesan rasa keletihan dan gejala berkaitan emosi. Menurut Manjula (2007), terdapat banyak punca berlaku stres. Ia berkemungkinan dipengaruhi oleh faktor luaran seperti faktor persekitaran kerja atau faktor keluarga. Ia juga disebabkan tingkah laku yang tidak bertanggungjawab dan perasaan atau sikap negatif diri.

2.2.1 Jenis-jenis stres

Stres adalah satu keadaan dimana seseorang menghadapi tekanan secara berterusan yang boleh menyebabkan seseorang betul-betul patah jiwa, keadaan jiwa tertekan, tension, ketegangan perasaan, susah hati, runsing dan bimbang (Yahya, 2007). Menurut Kaur (2011), stres adalah satu perasaan yang dicipta apabila kita bertindak

(28)

balas terhadap peristiwa tertentu. Ia merupakan cara tubuh badan bersedia untuk berhadapan dengan keadaan yang sukar dengan fokus, kekuatan, stamina, dan kewaspadaan tinggi.

Menurut Harry, Natalie dan Mark (2008), stres seringkali dianggap sebagai situasi yang negatif dan memberikan impak yang buruk kepada manusia. Walaubagaimanapun, stres terbahagi kepada dua iaitu eustress dan distress.

i) Eutress

Stress yang positif. Seseorang memerlukan 'eustres' dalam kehidupannya untuk rnendorong dirinya melakukan sesuatu dan untuk meningkatkan prestasinya.

ii) Distress

Stress yang negatif. Merupakan rangsangan yang menyebabkan seseorang merasa sakit, putus harapan atau kecewa.

Tekanan yang positif atau 'eustress' merupakan suatu yang baik kerana ianya dikaitkan dengan perasaan positif dan tubuh badan yang sihat. Manakala tekanan negatif iaitu 'distress' merupakan yang kurang baik yang dikaitkan dengan perasaan negatif dan keadaan tubuh badan yang terganggu. Menurut Brock dan Grady (2002), keadaan stress yang tidak berhenti dan berpanjangan akan menyebabkan seseorang mengalami distress. Distress berlaku disebabkan oleh keadaan yang sedang berlangsung atau keadaan yang berterusan yang telah sedia ada. Perasaan tidak selesa akan tetap ada dan ia tidak hilang walaupun seseorang itu berada dalam keadaan rehat. Perasaan negatif yang wujud termasuklah tidak mampu mengawal diri, kesedihan melampau, perasaan takut yang berterusan, risau dan ragu-ragu. Individu yang menderita stress berpanjangan merupakan mereka yang tergolong dalam individu yang mengalami burnout.

(29)

2.3 Teori burnout

Terdapat beberapa teori yang digunakan untuk menjangkakan burnout. Teori Conservation of Resources (COR) merupakan salah satu teori yang boleh digunakan untuk menjangkakan burnout.

2.3.1 Teori Conservation of Resources (COR)

Menurut Krohne (2002), teori Conservation of Resources ini telah diperkenalkan oleh Hobfoll pada awal 1990-an di dalam usahanya untuk membuat satu perkaitan di antara burnout dengan kesihatan mental dan fizikal. Semenjak daripada itu, teori ini telah menjadi di antara teori utama yang digunapakai dalam membincangkan perihal burnout.

Secara lumrahnya, apabila seseorang individu itu mengalamai kehilangan sumber tenaga, mereka akan bertindak dengan cuba menggunakan tenaga yang tersimpan. Tenaga tersimpan yang digunakan akan memberikan impak negatif kepada individu iaitu memberikan tekanan yang teruk kepada pekerja. Berdasarkan teori COR, stress terjadi disebabkan oleh tiga keadaan iaitu:

i. apabila sumber atau keadaan mental seseorang itu mendapat petanda bahawa kemungkinan akan berlaku perkara negatif. Ini merujuk kepada penggunaan tenaga yang berlebihan

ii. apabila sumber hilang

iii. apabila individu tersebut tidak mampu untuk menggantikan sumber tersebut dengan sumber yang baru. Ini akan menyebabkan tekanan yang teruk berlaku dan seterusnya mengakibatkan burnout.

Menurut Wahab, Nordin, Ghani dan Rajab (2010), individu akan lebih cenderung untuk melindungi diri mereka sendiri daripada kehilangan sumber tenaga. Ini menyebabkan mereka menjadi lebih berhati-hati untuk menghadapi situasi yang memerlukan penggunaan tenaga tersebut. Sebagai contoh, seorang guru cenderung

(30)

untuk menghadapi burnout sekiranya tindakannya mendisiplinkan pelajar menerima maklum balas yang negatif daripada orang atasan.

Menurut Gorgievski dan Hobfoll (2008) teori COR, tahap awal bagi burnout dapat dijelaskan sebagai proses penyerongan tenaga seorang individu untuk menghadapi tekanan kerja serta perkara-pekara lain yang memerlukan penggunaan tenaga tersebut. Namun demikian, fitrah manusia yang berusaha untuk menangani tekanan tersebut akhirnya memberi kesan negatif kepada dirinya sendiri. Kesannya, individu tersebut akan berasa kecewa terhadap dirinya dan menjejaskan emosinya yang akhirnya mewujudkan gejala kemurungan. Tambahan pula, individu yang mengalami burnout akan mula berkelakuan defensif atau begitu melindungi diri dan bersifat sinis terhadap persekitaran di sekelilingnya.

2.4 Tahap burnout

Pakar psikatrik, Herbert Freudenberger telah mencipta istilah burnout pada tahun 1974 yang menggambarkan burnout sebagai perasaan kegagalan dan kelesuan akibat tuntutan yang terlalu membebankan ke atas tenaga, sumber-sumber atau ketabahan seseorang. Istilah ini mula digunakan secara meluas oleh Maslach di mana beliau mendefinisikan burnout sebagai satu sindrom psikologikal yang melibatkan ketandusan emosi, depersonalisasi dan penurunan pencapaian peribadi yang terjadi di kalangan individu yang bekerja bersama orang lain dalam sesuatu kapasiti (lihat Anbar & Eker, 2008; Brock & Grady, 2000) Menurut Maslach (2001), burnout terbahagi kepada tiga sub-skala iaitu ketandusan emosi, depersonalisasi, dan penurunan pencapaian peribadi dan setiap sub-skala mewakili aspek-aspek yang berbeza.

a) Ketandusan emosi

Keadaan dimana terjadi apabila kemahuan emosi terhadap pekerjaan melebihi sumber emosi individu. Pada tahap ini, seseorang akan merasa pekerjaan tersebut

(31)

terlalu berat dari segi psikologi dan emosi. Guru yang mengalami ketandusan emosi merasakan bahawa mereka tidak ada apa-apa untuk diberikan atau disumbangkan kepada orang lain

b) Depersonalisasi

Merupakan keadaan di mana berlakunya gangguan psikologikal peribadi dan kehidupan professional. Seseorang yang mengalami depersonalisasi akan berubah sikap kepada seseorang yang kasar, bersikap tertutup dan acuh tak acuh terhadap persekitarannya. Sebagai contoh, guru yang mengalami depersonalisasi akan menjarakkan diri daripada pelajar-pelajarnya, mempunyai pandangan peribadi dan professional yang negatif, serta mewujudkan sikap sinis.

c) Penurunan pencapaian peribadi

Merujuk kepada penilaian kendiri yang negatif terhadap pencapaian peribadi di mana rasa keberkesanan hilang dan harga diri yang terancam. Guru yang mengalami penurunan pencapaian kendiri merasakan mereka tidak lagi efektif dalam melaksanakan tanggungjawab kepada pelajar, rakan-rakan, mahupun keluarga.

2.5 Burnout guru

Menurut Anbar dan Ekar (2008), banyak profession yang terdedah untuk mengalami burnout. Melalui kajian yang dilakukan menunjukkan kerjaya guru merupakan diantara pekerjaan yang banyak terdedah dengan burnout. Hal ini kerana guru perlu berhubung dengan jumlah pelajar yang besar, staf dan rakan sekerja yang pelbagai ragam.

Menurut McCarthy,Kissen, Yiedly, Wood dan Lambert (2006), risiko guru untuk terdedah kepada perkembangan burnout pada sub-skala depersonalisasi adalah

(32)

terbuka luas kerana rutin harian yang tipikal di mana guru-guru terpaksa berhadapan dengan situasi ‘pengasingan profesional’. Kebanyakan masa seorang guru dihabiskan dengan pelajar. Ini boleh meningkatakan tahap stress harian mereka. Walaupun tidak terlibat dengan interaksi secara fizikal dengan pelajar, ada kalanya guru-guru terpaksa juga berkerja di sekolah bagi menyelesaikan kerja-kerja lain yang menyebabkan guru-guru tidak mempunyai waktu untuk berhubung dengan rakan-rakan.

Menurut Kyriacou dan Suttcliffe (1978),kerja yang terlalu banyak bukanlah punca berlakunya burnout. Burnout berlaku apabila hati dan jasad tidak berada pada tempat yang sama ketika melaksanakan pekerjaan. Semangat terhadap pekerjaan tersebut telah mati dan tidak wujud kegembiraan dalam melaksanakan pekerjaan tersebut dan seterusnya menyebabkan rasa keletihan melampau kepada emosi, psikologi dan juga fizikal di mana burnout guru digambarkan sebagai stres hasil daripada persepsi guru yang disebabkan beberapa faktor seperti:

i) Tekanan kehendak yang melampau daripada kemampuan guru ii) Tidak mampu atau sukar untuk memenuhi kehendak tersebut

iii) Gagal melaksanakan tugasan yang menyebabkan mental dan emosi rasa terancam

Menurut Schaufeli, Leiter dan Maslach (2008), sub-skala ketandusan emosi merupakan sub-skala yang menjadi kualiti utama yang paling menonjol dalam burnout. Walaubagaimanapun, kajian yang telah dilaksanakan menunjukkan bahawa ketandusan emosi mempunyai hubungan yang kuat dengan sub-skala depersonalisasi (Kizitepe, 2006).

Menurut Wahab, Nordin, Ghani et.al (2010), individu yang mengalami tahap depersonalisasi yang rendah tidak mempunyai masalah dalam menentukan aspek rasional di dalam kehidupan seharian dan juga dikenal pasti mempunyai kebolehan untuk menilai sesuatu perkara yang berlaku sama ada ia baik atau buruk. Guru-guru yang memandang rendah rakan sekerja yang dianggap lebih teruk mempunyai kepuasan diri yang kurang terhadap pekerjaan, lebih terdedah kepada ketandusan emosi dan mempunyai pengalaman depersonalisasi yang lebih di dalam kerjaya mereka (Kitchel, Smith, Henry et.al, 2012).

Menurut Skaalvik dan Skaalvik (2009), kajian menunjukkan bahawa tiga sub-skala burnout tidak boleh dicampurkan menjadi satu pengukuran. Sub-skala

(33)

pencapaian peribadi mempunyai korelasi yang lemah dengan sub-skala ketandusan emosi dan depersonalisasi di mana sub-skala ketandusan emosi dan depersonalisasi ini dilihat menjadi elemen utama burnout.

2.6 Simptom Burnout

Menurut Brock dan Grady (2002), individu yang menderita burnout kebiasaannya menunjukkan simptom pada lima bahagian iaitu fizikal, intelektual, sosial, emosi dan spiritual. Simptom tersebut tidak dianggap mempunyai ciri-ciri tersendiri tetapi mempunyai ciri pelbagai yang kabur.

2.6.1 Fizikal

Keletihan yang melampau merupakan perkara yang biasa berlaku kepada guru-guru yang menderita burnout. Rehat waktu tidur bukan lagi sesuatu yang boleh menyegarkan dan menghilangkan keletihan. Corak waktu tidur juga akan mengalami perubahan apabila guru kerap terjaga pada waktu malam disebabkan kerisauan berkaitan dengan kerja. Simptom-simptom fizikal dapat dilihat apabila individu itu mula menghidapi pelbagai penyakit seperti sakit kepala, sakit perut dan mengalami tekanan darah tinggi, mengalami masalah berat badan, dan juga terlibat dengan kemalangan-kemalangan kecil disebabakan kehilangan fiokus.

2.6.2 Intelektual

Individu dibawah tekanan yang melampau mengalami kesukaran dalam membuat keputusan. Mereka akan selalu menagguhkan keputusan atau tidak mampu memberikan kata putus untuk sesuatu tindakan disebabkan tidak sanggup menerima akibat daripada keputusan yang dibuat. Individu yang mengalami burnout juga

(34)

berkemungkinan merasa tidak keruan apabila menerima sesuatu maklumat, gagal mengorganisasi fikiran, dan sukar untuk focus dalam melaksanakan tugasan.

2.6.3 Sosial

Menjauhkan diri dari orang lain merupakan karakteristik individu yang mengalami burnout. Individu yang mengalami burnout ini merasakan bergaul dengan orang lain bukanlah satu keperluan.

2.6.4 Emosi

Pada peringkat awal, individu yang mengalami burnout akan menafikan kewujudan burnout dalam diri. Apabila individu tersebut mula menyedari simptom-simptom burnout yang dialami, mereka akan mula meletakkan kesalahan kepada orang lain disebabkan perasaan bimbang dan rasa tidak selamat sentiasa ada. Walaupun terdapat faktor-faktor luaran yang menjadi penyebab burnout, tetapi individu tersebut seharusnya bertanggungjawab membuat perubahan bagi menangani isu tersebut.

2.6.5 Spiritual

Burnout memusnahkan perhubungan dan juga kepuasan dalam bekerja. Tahap keyakinan diri semakin pudar di mana rohani dan nila-nilai peribadi menjadi semakin goyah.

Maslach (2001) pula menyenaraikan sebanyak enam simptom yang terhasil apabila seseorang itu mengalami burnout iaitu:

(35)

ii) Bersara awal iii) Ketidakhadiran

iv) Moral dan kepuasan yang rendah v) Personal dysfunction

vi) Keyakinan diri yang rendah

2.7 Kepuasan kerja

Setiap individu inginkan kepuasan dalam pekerjaan dan mengelakkan diri daripada mengalami burnout. Justeru itu, mereka akan merasa seronok dalam suasana harmoni semasa bekerja. Kenyataan ini disokong oleh kenytaan Locke (1976) yang mengatakan bahawa seseorang pekerja akan mencapai kepuasan bekerja sekiranya ciri kerja dan persekitaran kerja seimbang dengan nilai dan peribadi jangkaannya.

Di antara sikap yang penting dalam sesebuah organisasi ialah sikap yang ditunjukkan terhadap kepuasan kerja. Kepuasan kerja merupakan sikap yang biasa terhadap sesuatu pekerjaan biasanya melibatkan perbezaan ganjaran yang diterima setiap pekerja berbanding jumlah ganjaran yang mereka percaya sepatutnya diterima. Individu yang mempunyai tahap kepuasan yang tinggi mempunyai sikap yang positif terhadap kerja manakala individu yang tidak mempunyai kepuasan kerja akan mampunyai sikap yang negatif terhadap kerjanya. Menurut Anbar dan Ekar (2008), memahami kepuasan kerja merupakan sesuatu yang kritikal bagi memastikan kejayaan sesebuah organisasi. Ini menyebabkan sesetengah organisasi mengambil berat berkaitan kepuasan pekerja-pekerjanya kerana kepuasan kerja berkait rapat dengan motivasi pekerja, moral pekerja, kekecewaan, prestasi kerja, ketidakhadiran dan juga berhenti kerja. Individu yang berpuas hati dengan kerjanya menyumbangkan pulangan yang positif kepada organisasi seperti persaraan awal yang rendah, ketidakhadiran yang rendah dan tahap komitmen yang tinggi kepada organisasi.

(36)

2.8 Teori kepuasan kerja

Menurut Othman (2007), kepuasan kerja merupakan kepuasan yang dirasai oleh seseorang individu terhadap pekerjaan yang dilakukannya. Ia mempunyai kaitan dengan sikap dan penilaian individu terhadap pekerjaannya. Terdapat perbezaan dalam tingkat kepuasan yang dirasai oleh setiap individu bergantung kepada sistem nilai yang dipunyai serta faktor-faktor lain yang mempengaruhi tahap kepuasan dalam kerjayanya. Kepuasan kerja berkait rapat dengan teori motivasi di mana seseorang itu memerlukan dorongan motivasi bagi memastikan sesuatu tugasan dapat dilaksanakan dengan baik dan seterusnya mencapai kepuasan dalam bekerja.

Dalam kajian ini pengkaji memilih dua jenis teori kepuasan kerja sebagai panduan iaitu Teori Dua Faktor Herzberg (Motivation- Hygiene Herzberg) dan Teori Pengharapan (Expectancy Theory). Kedua-dua teori ini dipilih kerana ianya dianggap popular dan paling sesuai digunakan dalam kajian yang berkaitan kepuasan kerja (Idris, 2013).

2.8.1 Teori Dua Faktor Herzberg

Teori dua faktor Herzberg juga dikenali sebagai teori motivasi Herzberg atau teori hygiene-motivator. Teori ini diperkenalkan oleh seorang ahli psikologi dari Amerika Syarikat iaitu Frederick Irving Herzberg. Teori dua faktor oleh Herzberg ini lebih mudah digunakan berbanding dengan teori keperluan Maslow. Beliau menyatakan bahawa ada faktor-faktor tertentu di tempat kerja yang menyebabkan wujudnya kepuasan kerja. Manakala pada bahagian lain pula, terdapat faktor lain yang menyumbang kepada ketidakpuasan dalam bekerja. Dengan kata lain, kepuasan dan ketidakpuasan kerja saling berhubung antara satu sama lain (Roen, 2012).

Herzberg menyatakan terdapat dua jenis faktor yang meninggalkan kesan ke atas motivasi para pekerja iaitu faktor kesihatan (hygiene factors) dan faktor penyebab kepuasan (motivator factors). Faktor hygiene ialah istilah yang dipinjamkan daripada bidang perubatan yang membawa maksud ‘mencegah

(37)

RUJUKAN

Ali, M. F, Salleh, N. & Junaidi, J (2007). Mengkaji Hubungan Di Antara Pembelajaran Koperatif (Kemahiran Generik) Dengan Kemahiran Menggunakan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Yang Mengambil Subjek Telekomunikasi Dan Rangkaian Di Fakulti Pendidikan, Utm, Skudai, Johor. Dicapai pada April 14, 2015 daripada

http://eprints.utm.my/6005/1/132-Mohdfadzli.pdf

Ali, R. M. D. R. (2011). Faktor-faktor yang Mendorong Tekanan Kerja (Stress) di Kalangan Guru-guru Sekolah Menengah di Daerah Pasir Puteh. Open University Malaysia: Tesis Sarjana.

Anbar, A. & Eker, M. (2008). An Examination of Relationship between Burnou and Job Satisfaction among Turkish Accounting and Finance Academicians. Europian Jurnal of Economic and Political Studies. 2008. Ejeps-1(1): 39 – 57. Bentley, P. J., Coates, H., Dobson, I. R., Geodegebuure, L. & Meek, V. L (2013b).

Introduction: Satisfaction Around the World. dlm. Bentley, P. J., Coates, H., Dobson, I. R., Geodegebuure, L. & Meek, V. L (Ed). Job Satisfaction around the Academic World. London: Spinger. ms. 1 – 12.

Bentley, P. J., Coates, H., Dobson, I. R., Geodegebuure, L. & Meek, V. L. (2013a). Academic Job Satisfaction from an International Comparative Perspective: Factors Associated with Satisfaction Across 12 Coutries. dlm. Bentley, P. J., Coates, H., Dobson, I. R., Geodegebuure, L. & Meek, V. L (Ed). Job Satisfaction around the Academic World. London: Spinger. ms. 239 – 262. Bentley, P. J., Coates, H., Dobson, I. R., Geodegebuure, L. & Meek, V. L (2013c).

Factors Associated with Job Satisfaction Amongst Australian University Academics and Future Workforce Implications. dlm. Bentley, P. J., Coates, H., Dobson, I. R., Geodegebuure, L. & Meek, V. L (Ed). Job Satisfaction around the Academic World. London: Spinger. ms. 29 - 54.

(38)

Berita Harian Online. (2011, September 27), Pekerjaan Paling Stress di Malaysia. Diambil daripada

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Polislebihstresberbandingguru/Art icle

Brock, B. L. & Grady, M. L. (2000). Rekindling The Flame: Principals Combating Teacher Burnout. California: Corwin Press, Inc.

Brock, B. L. & Grady, M. L. (2002). Avoiding Burnout; A Principle’s Guide to Keeping the Fire Alive. California: Corwin Press, Inc.

Chua, Y. P. (2006). Kaedah Penyelidikan. Malaysia: Mc Graw Hill.

Chua, Y. P. (2013), Asas Statistik Penyelidikan, Analisis Data Skala Likert. Malaysia: Mc Graw Hill.

Fauziah. N, Pihie. Z.A. L. & Mahyudin.R (2002), Stres di Kalangan Guru Wanita yang Mengajar Mata Pelajaran Kemahiran Hidup. Jurnal Soc. Sci. & Hum. 9(2): 95· 101 (2002) , ISSN,0128-7702.

Gliem, J.A. dan Gliem, R.R (2003), Calculating, Interpreting, and Reporting Cronbach’s Alpha Reliability Coefficient for Likert-Type Scales. dicapai pada

Disember 1, 2014 dari

http://pioneer.netserv.chula.ac.th/~ppongsa/2013605/Cronbach.pdf

Gorgievski, M. J. & Hobfoll, S. E. (2008). Work Can Burn Us Out or Fire Us Up: Conservation of Resources in Burnout and Engagement. dlm. Jonathan, R. B. (Ed). Handbook of Stress and Burnout in Health Care. Nova Science Publisher, Inc.

Hamdan, A. R. & Aziz, K. A. W. (2010). Kesesuaian Isi Kandungan, Masa, Kemudahan Dan Alatan Dan Kaedah Tunjuk Cara (Demonstrasi) Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Teknikal Peringkat Menengah Rendah Dari Perspektif Guru-Guru Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Di Daerah Pasir Mas Kelantan. dicapai pada Jun 26, 2015 dari

http://eprints.utm.my/11437/1/Kesesuaian_Isi_Kandungan.pdf

Hamid, N. A. (2012). Hubungan Burnout dengan Kepuasan Kerja: Tinjauan di Kalangan Guru Bahasa Inggeris di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.

Hamid, S. K. A. (2013). Hubungan Kepuasan Kerja dan Burnout dalam Kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah di Daerah Melaka Tengah. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.

(39)

Harry. M, Natalie .R & Mark .D (2008, Jun 30).Types of Stressors (Eustress vs.

Distress). Dihantar ke

http://www.mentalhelp.net/poc/view_doc.php?type=doc&id=15644&cn=117

Idris, A. R. & Salleh, N. A. (2010). Pendekatan Pengajaran Yang Digunakan Oleh Guru Sekolah Menengah Di Daerah Johor Bahru Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik . dicapai pada Disember 1, 2014. dari

http://eprints.utm.my/11474/1/Pendekatan_Pengajaran_Yang_Digunakan_Oleh _Guru_Sekolah_Menengah_Di_Daerah_Johor_Bahru_Dalam_Pengajaran_Dan _Pembelajaran_Matematik.pdf

Idris, A. R. & Salleh, N. A. (2010). Pendekatan Pengajaran Yang Digunakan Oleh Guru Sekolah Menengah Di Daerah Johor Bahru Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik . dicapai pada Disember 1, 2014. dari

http://eprints.utm.my/11474/1/Pendekatan_Pengajaran_Yang_Digunakan_Ol eh_Guru_Sekolah_Menengah_Di_Daerah_Johor_Bahru_Dalam_Pengajaran_ Dan_Pembelajaran_Matematik.pdf

Idris, N. (2013a). Pensampelan. dlm. Idris, N (Ed). Penyelidikan dan Pendidikan. Shah Alam: Mc Graw Hill. ms. 113 – 138.

Idris, N. (2013b). Kesahan dan Kebolehpercayaan Penyelidikan. dlm. Idris, N (Ed). Penyelidikan dan Pendidikan. Shah Alam: Mc Graw Hill. ms. 167 – 182. Idris, Z. (2013). Hubungan Burnout dengan Kepuasan Kerja di Kalangan Guru-guru

Sekolah Rendah: Kajian Kes di Keratong, Pahang. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.

Ishak, M. F., Sabilan, S., Lip,S. M.dan & Jaafar, M. A. A. (2013). Kepuasan Kerja Guru Agama Sekolah Redah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Selangor. Dicapai pada Oktober 30, 2014 dari http://lms.kuis.edu.my/jurnal/wp-content/uploads/2013/12/JPPPI_v1_7.pdf

JDI (2009). Diambil pada Mac 2, 2015 daripada

https://www.bgsu.edu/arts-and-sciences/psychology/services/jdi.html

Jolen, S (2001), Tekanan (Stress) dan Burnout di Kalangan Pensyarah Politeknik.Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana

Kaprawi, N. (2013). Kajian Tinjauan. dlm. Idris, N (Ed). Penyelidikan dan Pendidikan. Shah Alam: Mc Graw Hill. ms. 201 – 221.

Kaur.S (2011), Comparative Study of Occupational Stress among Teachers of Private and Govt. Schools in Relation to their Age, Gender and Teaching

(40)

Experience. International Journal of Educational Planning & Administration,Volume 1, Number 2 (2011), mukasurat 151-160/ ISSN 2249-309.

Kinicki, A. J, Ryan, F. M. M., Schriesheim, C. A. & Carson, K. P. (2002). Assessing the Construct Validity of the Job Descriptive Index: A Review and Meta-Analysis, Journal of Applied Psychology, Vol. 87, No. 1, 14–32.

Kitchel, T., Smith, A. R., Henry, A. L., Robinsin, J. S., Lawver, R. G., Park, T. D. & Schell, A. (2012), Teacher Job Satisfaction and Burnout Viewed through Social Comparisons, Journal of Agricultural Education Vol. 53, No. 1, 31-44 Kiziltepe, Z., (2006), sources of Teacher Demotivation. dlm. Lambert, R. &

McCarthy, C. (Ed). Understanding Teacher Stress in An Age of Accountability. USA: Information Age Publishing,Inc.

Kosmo. (2012, September 20), Elak Tekanan Kerja Melampau. diambil daripada

http://akhbar-kosmo.blogspot.com/2012/09/kosmo-online-varia_20.html

Krohne, H. W. (2002), Stress and Coping Theories. dicapai pada Mei 25, 2013 dari

http://userpage.fu-berlin.de/schuez/folien/Krohne_Stress.pdf

Kumar, T. ( 30 may 2009) Peranan dan Tanggungjawab Guru Sebagai Profession. Dihantar ke http://amallku.blogspot.com/

Kyriacou, C. & Sutcliffe,J. (1978). dlm. Mathews, S. A. (2005). The Occupation Stress of Teachers. British Journal Of Education Psychology.48: 158-187. Latham, G. P. (2007). Work Motivation; History, Theory, Research, and Practice.

USA: SAGE Publications.

Lim, C.S. & Chee, K. M.(2013) Kesahan dan Kebolehpercayaan Penyelidikan. dlm. Idris, N (Ed). Penyelidikan dan Pendidikan. Shah Alam: Mc Graw Hill. ms. 167 – 182.

Locke, E. A. (1976). “What is Job Satisfaction?” Organizational Behaviour and Human Performance.

Mackay, A. (2007). Motivation, Ability and Confidence Building in People, USA: Elsevier.

Maitland, I. (1995). Motivating People. London: CIPD House.

Manap, S.S. A. (2014), Pengajaran Guru Opsyen dan Bukan Opsyen Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Rendah di Daerah Batu Pahat. Universiti tun Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana Pendidikan.

(41)

Marshall, K (2013), Burnout Hits One in Four Teachers. Diambil daripada

http://www.theage.com.au/victoria/burnout-hits-one-in-four-teachers-20131005-2v13y.html

Maslach, C. (2001). Preventing Burnout in Your Organization. California: KANTOLA Productions.

McCarthy, C., Kissen, D., Yadley, L., Wood, T. & Lambert, R. G., (2006), Relationship of Teachers’ Preventive Coping Resources to Burnout Symptoms. dlm. Lambert, R. & McCarthy, C. (Ed). Understanding Teacher Stress in An Age of Accountability. USA: Information Age Publishing,Inc.

Mohd, A. (2003a). Panduan Menggunakan Teori Motivasi di tempat Kerja. Bentong: PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd.

Mohd, A. (2003b). Bagaimana Hendak Mendorong Semangat Kerja. Bentong: PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd.

Mok, S. S. (2002). Ilmu Pendidikan untuk KPLI: Kursus Perguruan Lepas Ijazah. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Nawawi, N. H. M. (2011). Pengajaran Dan Pembelajaran; Penelitian Semula Konsep-konsep Asas Menurut Perspektif Gagasan Islamisasi Ilmu Moden. Kongres Pengajaran dan Pembelajaran UKM. dicapai pada Disember 1, 2014. dari

http://umkeprints.umk.edu.my/111/1/P%26P%20Penelitian%20semula%20m enurut%20GIIM.pdf

Othman,S. (2007), Hubungan Burnout dengan Kepuasan Kerja di Kalangan Staf Jabatan Agama Johor. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.

Park,I. (2005), Teacher Commitment and Its Effects on Students Achievement in American High schools, Educational Research and Evaluation, 11 (5), 461-465

Reddy, G.L. (2007). Special Education Teachers: Occupational Stress, Professional Burnout and Job Satisfaction. New Delhi: Discovery Publishing House.

Roen, F. (1 November 2012), Teori dua faktor. Diambil daripada

http://perilakuorganisasi.com/teori-dua-faktor.html

Rothman, S. (2008). Job Satisfaction Occupational Stress Burnout and Work Engagement as Components of Work-related Wellbeing, SA Journal of Industrial Psychology, 34 (3), 11 – 16.

(42)

Sa’ri, J. R. (2013). Burnout dan Kepuasan Kerja di Kalangan Guru Kaunseling Daerah Alor Gajah, Melaka. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Sabtu, M. Z. (2013). Hubungan Kepuasan Kerja dan Burnout dalam Kalangan Guru

Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah di Negeri Melaka. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.

Salleh, S. (2001), Hubungan Antara Faktor Hygiene-Motivator Dengan Kepuasan Kerja Pekerja Bukan Eksekutif Celcom (M) Sdn. Bhd. Kawasan Timur, Kuching, Sarawak, Sarawak. Universiti Malaysia Sarawak: Tesis Sarjana. Sawari, S.S.M. & Mustaffa, A. (2014). Guru Bersahsiah Mulia Meurut Pandangan

Ibnu Sahnun: Analisa Buku Adab Al-Mualimin. The Online Journal of Islamic Education. Vol. 2 (2).

Schaufeli, W. B., Leiter, M. P. & Maslach, C. (2008). Burnout: 35 years of Research and Practice. Career Development International. Vol. 14 (3): 204 – 202.

Sharif, M. R. M. (2009). Hubungan Burnout dengan Kepuasan Kerja di Kalangan Guru-guru Sekolah Kebangsaan Angkatan Tentera, Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana

Sidal, A. (2002). Dorongan dalam Organisasi. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Sipon.S (2010), Stress Kerja Guru: Punca, Kesan Dan Strategi Daya Tindak. Prosiding Seminar Profesion Perguruan. Diambil daripada

http://ddms.usim.edu.my/bitstream/handle/123456789/2742/Stres%20Kerja%

20Guru%20-%20Punca,%20Kesan%20dan%20Strategi%20Daya%20Tindak.pdf

Skaalvik, E. M & Skaalvik, S. (2009). Does School Context Matter? Relations with Teacher Burnout and Job Satisfaction. Teaching and Teacher Education. 25 (2009): 518 – 524.

Tsai.E, Fung.L, Chow.L (2006), Sources And Manifestations of Stress In Female Kindergarten Teacher.International Education Journal, ISSN 1443-1475. Tsigilis, N., Zachopoulou, E. & Grammatikopoulus, V. (2006). Job Satisfaction and

Burnout Among Greek Early Educators: A Comparison between Public and Private Sector Employees. Educational Research and Review. Vol. 1 (8): 256 – 261.

(43)

Tukiran, N. (2014), Literasi Pentaksiran Dalam Kalangan Calon Guru Teknikal di IPTA Zon Selatan. Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana

Utusan Melayu. (2012, Disember 12), 530 Guru Dikenalpasti Bardepan Masalah

Mental. Diambil daripada

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20121213/pa_03/530-guru-dikenal-pasti-berdepan-masalah-mental

Wahab, S. R. A., Nordin, N. A., Ghani, A.A.M & Rajab, A. (2010), Burnout Di Kalangan Pekerja Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor. Journal of Human Capital Development. Vol. 3 (2).

Yahaya, A., Nor, R. M., Ismail, S. & Abdul, A. H. (2010).Keberkesanan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kalangan Guru Matapelajaran Teknikal. dicapai pada Disember 1, 2014. dari http://eprints.utm.my/10557/1/3.pdf

Yahaya.A, Ramli.J & Ismail.M (2010), Factors That Contributed Stress Among Secondary Secondary School Teachers in Four States in Malaysia. Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 25, mukasurat 103–136.

Yahya. W.S.W. (2007), Stress Dalam Kehidupan. Diambil daripada

http://dspace.unimap.edu.my/dspace/bitstream/123456789/7496/1/Stress%20da lam%20kehidupan.pdf

Yasin, R. M. & Alias, M (2013). Pengenalan Kepada Penyelidikan. dlm. Idris, N (Ed). Penyelidikan dan Pendidikan. Shah Alam: Mc Graw Hill. ms. 1 – 17. Zakaria, M. B., Ismail, H. & Abdullah, M. (2007). Pelaksanaan Matapelajaran

Kemahiran Hidup di Sekolah Rendah Daerah Besut, Terengganu. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007. Dicapai

pada September 16, 2014 dari

http://www.ipgkbl.edu.my/portal/penyelidikan/seminarpapers/2007/TeachingL earning/mohdbakariIPSMfp.pdf

Referensi

Dokumen terkait

Permasalahan telah dipaparkan pada latar belakang yang mendasari untuk dilakukan penelitian ini adalah: (1) Informasi yang tepat mengenai lokasi-lokasi yang akan

Hal ini berarti perbankan dengan modal yang lebih tinggi mendapat penilaian positif dari masyarakat.Selain itu, variable human capital efficiency secara parsial memiliki

[r]

Berdasarkan penelitian yang telah dilakukan, dapat disimpulkan bahwa hasil pertumbuhan bakteri IS_1 tertinggi terdapat pada waktu inkubasi 8 jam dengan nilai OD sebesar 0,647

Dalam Undang Undang Pajak Penghasilan sebelumnya yakni Undang-Undang Pajak Penghasilan Nomor 17 tahun 2000 (UU PPh lama) pengenaan tarif tidak membedakan secara explisit antara

Dapat disimpulkan bahwa tingginya nilai DOM dibandingkan dengan lokasi lain diduga akibat banyaknya kerusakan terumbu karang yang diakibatkan pengeboman dan

Serta semua pihak baik dari dalam maupun luar yang tak dapat dituliskan satu persatu yang telah membantu penulis menyelesaikan skripsi ini.. Penulis menyadari bahwa dalam

Nilai kuat tekan pada umur awal beton dengan variasi penambahan kadar CaCO 3 memang tidak lebih tinggi dari bahan berbasis klorida, tetapi akan lebih efisien dari sudut