• Tidak ada hasil yang ditemukan

1955, 663 C (XXIV) (LXII)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "1955, 663 C (XXIV) (LXII)"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

Peraturan Minimum Standard bagi Layanan terhadap Tahanan

Diterima pakai oleh Kongres Pertama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pencegahan Jenayah dan Layanan terhadap Pesalah, diadakan di

Geneva pada 1955, dan diluluskan oleh Majlis Ekonomi dan Sosial dengan resolusi 663 C (XXIV) pada 31 Julai 1957 dan 2076 (LXII) pada 13 Mei 1977.

Pemerhatian Awal

1. Peraturan berikut bukan bertujuan untuk menerangkan sebuah model sistem institusi hukuman secara terperinci. Peraturan itu hanya bertujuan, berdasarkan konsensus umum pemikiran kontemporari dan elemen penting dalam sistem paling lengkap pada masa kini, untuk membentangkan apa yang diterima umum sebagai prinsip dan amalan yang baik dalam layanan terhadap tahanan dan pengurusan institusi.

2. Memandangkan keadaan undang-undang, sosial, ekonomi dan geografi di seluruh dunia sangat berbeza-beza, adalah jelas bahawa bukan semua peraturan itu boleh dilaksanakan di semua tempat dan pada setiap masa. Walau bagaimanapun peraturan tersebut seharusnya merangsang usaha berterusan untuk mengatasi kesulitan praktikal dari segi pelaksanaannya, dengan mengetahui bahawa peraturan berkenaan secara keseluruhannya menggambarkan keadaan minimum yang diterima sebagai sesuai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

3. Sebaliknya, peraturan tersebut merangkumi suatu bidang yang pemikiran tentangnya sentiasa berkembang. Peraturan itu bukan bertujuan untuk menghalang eksperimen dan amalan, dengan syarat kedua-duanya selaras dengan prinsip dan cuba mencapai tujuan yang timbul daripada keseluruhan teks peraturan. Tindakan pentadbiran penjara pusat untuk membenarkan penyimpangan daripada peraturan mengikut maksud ini akan sentiasa dapat dipertahankan.

4. (1) Bahagian I peraturan ini merangkumi pengurusan institusi secara umum, dan boleh dilaksanakan terhadap semua kategori tahanan, jenayah atau sivil, belum dibicarakan atau sudah disabitkan, termasuk tahanan yang dikenakan "langkah keselamatan" atau langkah pembetulan yang diarahkan oleh hakim. (2) Bahagian II mengandungi peraturan yang boleh dilaksanakan hanya terhadap

kategori khas yang digambarkan dalam setiap seksyen. Namun begitu, peraturan di bawah seksyen A, yang boleh dilaksanakan terhadap tahanan yang menjalani hukuman, hendaklah juga boleh dilaksanakan terhadap kategori tahanan yang digambarkan dalam seksyen B, C dan D, dengan syarat peraturan di bawah seksyen A tidak bercanggah dengan peraturan yang mengawal kategori tersebut dan adalah untuk manfaat mereka.

(2)

5. (1) Peraturan berikut bukan bertujuan untuk mengawal selia pengurusan institusi yang dikhaskan untuk orang muda seperti institusi Borstal atau sekolah pemulihan, tetapi pada umumnya Bahagian I juga boleh dilaksanakan di institusi sedemikian.

(2) Kategori tahanan muda hendaklah merangkumi sekurang-kurangnya semua orang muda yang termasuk dalam bidang kuasa mahkamah juvenil. Lazimnya, orang muda sedemikian tidak seharusnya dijatuhi hukuman penjara.

BAHAGIAN I

PERATURAN PELAKSANAAN UMUM Prinsip Asas

6. (1) Peraturan berikut hendaklah dilaksanakan secara saksama. Tidak boleh ada diskriminasi atas dasar kaum, warna kulit, jantina, bahasa, agama, pandangan politik atau pandangan lain, negara asal atau asal usul dalam masyarakat, harta, keturunan atau status lain.

(2) Sebaliknya, kepercayaan agama dan ajaran moral yang dianuti oleh kumpulan yang dianggotai oleh seseorang tahanan, perlu dihormati.

Buku Daftar

7. (1) Di setiap tempat di mana orang dipenjarakan, hendaklah disimpan sebuah buku pendaftaran berjilid dengan halaman bernombor untuk mencatatkan maklumat berikut tentang setiap tahanan:

(a) Maklumat tentang identitinya;

(b) Sebab dia dipenjarakan dan pihak berkuasa yang memenjarakannya; (c) Hari dan jam dia dimasukkan dan dibebaskan.

(2) Tiada seorang pun boleh diterima di sesebuah institusi tanpa perintah pemenjaraan yang sah yang butir-butirnya telah dicatatkan sebelumnya di dalam buku daftar.

Pengasingan kategori

8. Kategori tahanan yang berlainan hendaklah ditahan di institusi atau bahagian institusi yang berasingan dengan mengambil kira jantina, umur dan rekod jenayah mereka, serta sebab dari segi undang-undang mereka ditahan dan keperluan rawatan mereka. Dengan demikian,

(3)

(a) Lelaki dan wanita hendaklah seberapa yang boleh ditahan di institusi berlainan; di sebuah institusi yang menerima lelaki dan wanita, seluruh premis yang diperuntukkan untuk wanita hendaklah diasingkan sepenuhnya; (b) Tahanan yang belum dibicarakan hendaklah diasingkan daripada tahanan

yang disabitkan;

(c) Orang yang dipenjarakan kerana hutang dan tahanan sivil lain hendaklah diasingkan daripada orang yang dipenjarakan kerana kesalahan jenayah; (d) Tahanan muda hendaklah diasingkan daripada tahanan dewasa.

Penginapan

9. (1) Jika tempat tidur ialah sel atau bilik berasingan, maka setiap tahanan hendaklah menduduki sel atau biliknya sendiri pada waktu malam. Jika atas sebab tertentu, seperti kesesakan sementara, maka pentadbiran penjara pusat perlu membuat kekecualian, adalah tidak baik untuk menempatkan dua tahanan di dalam sebuah sel atau bilik.

(2) Jika bilik asrama digunakan, bilik itu hendaklah didiami oleh tahanan yang dipilih dengan teliti sebagai sesuai untuk bergaul dengan satu sama lain dalam keadaan tersebut. Penyeliaan hendaklah selalu dilakukan pada waktu malam, selaras dengan jenis institusi berkenaan.

10. Semua kemudahan yang disediakan untuk kegunaan tahanan dan terutamanya semua tempat tidur hendaklah memenuhi segala keperluan kesihatan, perhatian sewajarnya diberikan kepada keadaan iklim dan terutamanya kandungan udara bagi setiap ukuran padu, ruang lantai minimum, pencahayaan, pemanasan dan pengalihudaraan.

11. Di semua tempat di mana tahanan dikehendaki tinggal atau bekerja,

(a) Tingkap hendaklah cukup besar untuk membolehkan tahanan membaca atau bekerja dengan cahaya luar, dan hendaklah dibina bagi membolehkan udara segar masuk sama ada sistem pengalihudaraan dipasang atau tidak;

(b) Cahaya lampu hendaklah disediakan dengan secukupnya untuk membolehkan tahanan membaca atau bekerja tanpa merosakkan penglihatan.

12. Kemudahan kebersihan hendaklah mencukupi bagi membolehkan setiap tahanan memenuhi keperluan untuk membuang air dengan cara yang bersih dan sopan. 13. Kemudahan mandi dan pancuran yang mencukupi hendaklah disediakan supaya

setiap tahanan boleh mandi atau menggunakan pancuran, pada suhu yang sesuai dengan keadaan iklim, seberapa kerap yang perlu bagi menjaga kebersihan diri mengikut musim dan kawasan geografi, tetapi sekurang-kurangnya sekali seminggu dalam iklim sederhana.

(4)

14. Semua bahagian institusi yang selalu digunakan oleh tahanan hendaklah diselenggarakan dengan baik dan dipastikan betul-betul bersih pada setiap masa. Kebersihan diri

15. Tahanan hendaklah menjaga kebersihan diri, dan untuk tujuan ini bekalan air dan barang keperluan bilik air yang perlu bagi menjaga kesihatan dan kebersihan diri hendaklah disediakan untuk mereka.

16. Supaya tahanan boleh menjaga rupa dan kehormatan diri mereka, kemudahan hendaklah disediakan bagi penjagaan rambut dan janggut, dan tahanan lelaki hendaklah dibenarkan bercukur selalu.

Pakaian dan peralatan tempat tidur

17. (1) Setiap tahanan yang tidak dibenarkan memakai pakaiannya sendiri hendaklah dibekalkan dengan pakaian yang sesuai dengan iklim dan memadai untuk memastikan dia berada dalam keadaan sihat. Pakaian sedemikian tidak boleh sama sekali menjatuhkan maruah atau memalukannya.

(2) Semua pakaian hendaklah bersih dan dijaga dalam keadaan baik. Pakaian dalam hendaklah ditukar dan dibasuh seberapa kerap yang perlu bagi menjaga kebersihan diri.

(3) Dalam situasi luar biasa, setiap kali seorang tahanan dibawa keluar dari institusi untuk tujuan yang dibenarkan, dia hendaklah dibenarkan memakai pakaiannya sendiri atau pakaian lain yang tidak menarik perhatian.

18. Jika tahanan dibenarkan memakai pakaiannya sendiri, langkah perlu diatur semasa kemasukan mereka ke institusi untuk memastikan pakaian itu bersih dan sesuai dipakai.

19. Setiap tahanan hendaklah, sejajar dengan piawaian tempatan atau kebangsaan, diberi katil berasingan dan peralatan tempat tidur yang berasingan dan mencukupi serta bersih semasa dibekalkan, yang dikemaskan dan ditukar dengan seberapa kerap yang boleh untuk memastikan kebersihannya.

Makanan

20. (1) Makanan berzat yang mencukupi untuk menjaga kesihatan dan kekuatan, yang berkhasiat serta dimasak dan disajikan dengan baik hendaklah disediakan untuk setiap tahanan oleh pihak pentadbiran pada waktu biasa. (2) Air minum hendaklah disediakan untuk setiap tahanan apabila dia

(5)

Bersenam dan bersukan

21. (1) Setiap tahanan yang tidak dikehendaki bekerja di luar bangunan hendaklah diberi masa sekurang-kurangnya sejam sehari untuk melakukan senaman yang sesuai di luar jika cuaca mengizinkan.

(2) Tahanan muda dan tahanan lain pada peringkat umur dan dengan susuk tubuh yang sesuai, hendaklah diberi latihan fizikal dan rekreasi pada waktu bersenam. Untuk tujuan ini, ruang, kemudahan dan peralatan hendaklah disediakan.

Perkhidmatan perubatan

22. (1) Di setiap institusi, khidmat sekurang-kurangnya seorang pegawai perubatan berkelayakan yang memiliki pengetahuan tentang psikiatri hendaklah disediakan. Perkhidmatan perubatan ini hendaklah diatur dalam hubungan rapat dengan pentadbiran kesihatan awam komuniti atau negara. Ia hendaklah termasuk perkhidmatan psikiatri bagi mendiagnosis dan dalam kes tertentu, merawat keadaan mental tidak normal.

(2) Tahanan sakit yang memerlukan rawatan pakar hendaklah dipindahkan ke institusi khusus atau hospital awam. Sekiranya kemudahan hospital disediakan di sesebuah institusi, peralatan, perabot dan kelengkapan lain serta bekalan ubat-ubatan hendaklah bersesuaian bagi memberikan penjagaan dan rawatan perubatan kepada tahanan yang sakit, dan kakitangan terdiri daripada pegawai terlatih yang sesuai ditempatkan.

(3) Khidmat seorang pegawai pergigian yang berkelayakan hendaklah disediakan untuk setiap tahanan.

23. (1) Di institusi untuk wanita, kemudahan khas hendaklah disediakan untuk semua penjagaan dan rawatan pranatal dan pascanatal. Jika boleh dilaksanakan, persiapan hendaklah diatur supaya anak dilahirkan di sebuah hospital di luar institusi. Jika anak dilahirkan di dalam penjara, fakta ini tidak boleh dinyatakan dalam sijil kelahiran.

(2) Jika bayi menyusu dibenarkan untuk terus berada bersama-sama ibu mereka di institusi, peruntukan hendaklah dibuat untuk menyediakan taska yang dikendalikan oleh orang berkelayakan. Bayi tersebut hendaklah ditempatkan di taska ini apabila mereka tidak berada dalam penjagaan ibu mereka.

24. Pegawai perubatan hendaklah menemui dan memeriksa setiap tahanan dengan secepat mungkin selepas dia dimasukkan dan selepas itu mengikut keperluan, dengan tujuan utama untuk mengesan penyakit fizikal atau mental dan mengambil semua langkah yang perlu, pengasingan tahanan yang disyaki menghidap penyakit mudah berjangkit, mencatatkan kecacatan fizikal atau mental yang boleh

(6)

menjejaskan pemulihan, dan menentukan keupayaan fizikal setiap tahanan untuk bekerja.

25. (1) Pegawai perubatan bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan fizikal dan mental tahanan dan hendaklah setiap hari memeriksa semua tahanan yang sakit, semua tahanan yang mengadu sakit, dan mana-mana tahanan yang memerlukan perhatian khusus daripada beliau.

(2) Pegawai perubatan hendaklah melapor kepada pengarah apabila beliau berpendapat kesihatan fizikal atau mental seseorang tahanan telah atau akan terjejas teruk disebabkan pemenjaraan berterusan atau sebarang keadaan pemenjaraan.

26. (1) Pegawai perubatan hendaklah dari semasa ke semasa melakukan pemeriksaan dan menasihatkan pengarah tentang:

(a) Kuantiti, kualiti, persiapan dan penyajian makanan; (b) Tahap kebersihan institusi dan tahanan;

(c) Kemudahan kebersihan, pemanasan, pencahayaan dan pengalihudaraan di institusi;

(d) Kesesuaian dan kebersihan pakaian dan peralatan tempat tidur tahanan; (e) Kepatuhan terhadap peraturan berhubung dengan pendidikan jasmani dan sukan, sekiranya tidak ada kakitangan teknikal yang bertanggungjawab mengendalikan aktiviti tersebut.

(2) Pengarah hendaklah menimbangkan laporan dan nasihat yang dikemukakan oleh pegawai perubatan mengikut peraturan 25 (2) dan 26 dan dalam kes beliau bersetuju dengan syor yang dibuat, hendaklah mengambil langkah segera bagi melaksanakan syor tersebut. Jika syor berkenaan di luar bidang kepakarannya atau jika beliau tidak bersetuju dengannya, beliau hendaklah dengan segera mengemukakan laporan beliau sendiri berserta nasihat pegawai perubatan kepada pihak berkuasa lebih tinggi.

Disiplin dan hukuman

27. Disiplin dan ketenteraman hendaklah dijaga dengan ketat, tetapi dengan sekatan yang sekadar perlu untuk memastikan penahanan yang selamat dan kehidupan komuniti yang teratur.

28. (1) Tiada seorang pun tahanan boleh diambil berkhidmat untuk institusi bagi menjalankan sebarang tugas berkaitan dengan penjagaan disiplin.

(2) Peraturan ini walau bagaimanapun tidak boleh menghalang sistem yang ditadbir sendiri ini berfungsi dengan baik, iaitu di bawah sistem sedemikian, aktiviti atau tanggungjawab tertentu dalam bidang sosial, pendidikan atau

(7)

sukan diamanahkan, dengan penyeliaan, kepada tahanan yang dibahagikan mengikut kumpulan untuk tujuan layanan.

29. Perkara berikut hendaklah sentiasa ditetapkan oleh undang-undang atau oleh peraturan pihak berkuasa pentadbiran yang kompeten:

(a) Kelakuan yang merupakan kesalahan disiplin; (b) Jenis dan tempoh hukuman yang boleh dikenakan; (c) Pihak berkuasa boleh mengenakan hukuman tersebut.

30. (1) Tiada seorang pun tahanan boleh dihukum kecuali mengikut syarat undang-undang atau peraturan yang berkenaan, dan tidak boleh dihukum dua kali bagi kesalahan yang sama.

(2) Tiada seorang pun tahanan boleh dihukum kecuali dia telah diberitahu tentang kesalahan yang dilakukannya dan diberi kesempatan sewajarnya untuk mengemukakan pembelaannya. Pihak berkuasa yang kompeten hendaklah menjalankan pemeriksaan terperinci tentang kes itu.

(3) Sekiranya perlu dan boleh dilaksanakan, tahanan dibenarkan membuat pembelaan menerusi seorang jurubahasa.

31. Hukuman dera, hukuman dengan ditempatkan di dalam sel gelap, dan semua hukuman yang kejam, tidak berperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah hendaklah dilarang sama sekali sebagai hukuman bagi kesalahan disiplin.

32. (1) Hukuman dengan ditempatkan di dalam kurungan sempit atau dikurangkan makanan tidak boleh dikenakan kecuali pegawai perubatan telah memeriksa tahanan dan mengesahkan secara bertulis bahawa dia cukup sihat untuk menjalaninya.

(2) Peraturan yang sama dikenakan terhadap sebarang hukuman lain yang boleh memudaratkan kesihatan fizikal atau mental tahanan. Dalam apa jua kes, hukuman sedemikian tidak boleh menyalahi atau menyimpang daripada prinsip yang dinyatakan dalam peraturan 31.

(3) Pegawai perubatan hendaklah setiap hari mengunjungi tahanan yang menjalani hukuman sedemikian dan hendaklah menasihatkan pengarah jika beliau berpendapat hukuman itu perlu dihentikan atau dipinda atas sebab kesihatan fizikal atau mental.

Peralatan penahanan

33. Peralatan penahanan seperti gari, rantai, rantai kaki dan besi pasung, tidak boleh sama sekali digunakan sebagai hukuman. Tambahan lagi, rantai atau rantai kaki tidak boleh digunakan sebagai peralatan penahanan. Peralatan penahanan yang lain tidak boleh digunakan kecuali dalam situasi berikut:

(8)

(a) Sebagai langkah berjaga-jaga untuk mencegah tahanan daripada melarikan diri semasa dipindahkan, dengan syarat peralatan tersebut ditanggalkan apabila tahanan berkenaan hadir di hadapan pihak berkuasa kehakiman atau pentadbiran;

(b) Atas sebab perubatan dengan arahan pegawai perubatan;

(c) Dengan arahan pengarah, jika kaedah kawalan yang lain gagal, bagi mencegah tahanan daripada mencederakan diri sendiri atau orang lain atau merosakkan harta benda; dalam situasi sedemikian pengarah hendaklah serta-merta berunding dengan pegawai perubatan dan mengemukakan laporan kepada pihak berkuasa pentadbiran yang lebih tinggi.

34. Jenis dan cara penggunaan peralatan penahanan hendaklah diputuskan oleh pentadbiran penjara pusat. Peralatan sedemikian tidak boleh digunakan melebihi tempoh yang benar-benar perlu.

Maklumat kepada tahanan dan aduan daripada tahanan

35. (1) Setiap tahanan yang dimasukkan hendaklah diberi maklumat bertulis tentang peraturan yang mengawal layanan terhadap tahanan dalam kategorinya, keperluan disiplin institusi, kaedah yang dibenarkan bagi mendapatkan maklumat dan membuat aduan, dan semua perkara lain yang perlu bagi membolehkan tahanan memahami hak dan kewajipannya dan menyesuaikan diri dengan kehidupan di institusi.

(2) Jika tahanan itu buta huruf, maklumat yang tersebut di atas hendaklah disampaikan kepadanya secara lisan.

36. (1) Setiap tahanan hendaklah diberi peluang pada setiap hari bekerja untuk membuat permintaan atau aduan kepada pengarah institusi atau pegawai yang diberi kuasa untuk mewakilinya.

(2) Permintaan atau aduan kepada pemeriksa penjara hendaklah dibenarkan semasa pemeriksaannya. Tahanan hendaklah berpeluang untuk bercakap dengan pemeriksa atau mana-mana pegawai pemeriksa tanpa kehadiran pengarah atau kakitangan lain.

(3) Setiap tahanan hendaklah dibenarkan membuat permintaan atau aduan, tanpa penapisan isi kandungan tetapi dalam bentuk yang sewajarnya, kepada pentadbiran penjara pusat, pihak berkuasa kehakiman atau pihak berkuasa berkenaan yang lain menerusi saluran yang dibenarkan.

(4) Kecuali jelas terlalu remeh atau tidak berasas, setiap permintaan atau aduan hendaklah ditangani dengan segera dan diberi jawapan tanpa lengah.

(9)

Hubungan dengan dunia luar

37. Tahanan hendaklah dibenarkan dengan penyeliaan sewajarnya untuk berhubung dengan ahli keluarga dan rakan yang mempunyai reputasi yang baik, pada waktu tertentu, menerusi surat-menyurat dan dengan menerima kunjungan mereka. 38. (1) Tahanan rakyat asing hendaklah diberi kemudahan sewajarnya untuk

berhubung dengan wakil diplomatik dan konsulat Negara asal mereka.

(2) Tahanan yang merupakan rakyat dari Negara tanpa perwakilan diplomatik atau konsulat di negara mereka ditahan dan pelarian atau orang tidak bernegara hendaklah diberi kemudahan serupa untuk berhubung dengan wakil diplomatik dari Negara yang bertanggungjawab terhadap kepentingan mereka atau dengan mana-mana pihak berkuasa negara atau antarabangsa yang tugasnya untuk melindungi orang sedemikian.

39. Tahanan hendaklah dibenarkan mengikuti perkembangan berita utama dengan membaca akhbar, terbitan berkala atau terbitan khas institusi, dengan mendengar siaran tanpa wayar, menerusi ceramah atau mana-mana saluran lain yang dibenarkan atau dikawal oleh pihak pentadbiran.

Buku

40. Setiap institusi hendaklah mempunyai sebuah perpustakaan untuk kegunaan semua kategori tahanan, dilengkapi buku rekreasi dan pendidikan yang secukupnya, dan tahanan hendaklah digalakkan supaya memanfaatkan kemudahan itu sepenuhnya.

Agama

41. (1) Jika institusi menempatkan cukup ramai tahanan yang menganut agama yang sama, seorang wakil berkelayakan daripada agama itu hendaklah dilantik atau diluluskan. Jika bilangan tahanan mewajarkannya dan keadaan mengizinkan, pelantikan itu hendaklah secara sepenuh masa.

(2) Seorang wakil berkelayakan yang dilantik atau diluluskan di bawah perenggan (1) hendaklah dibenarkan mengetuai upacara sembahyang secara tetap dan mengadakan pertemuan tertutup dengan tahanan yang seagama dengannya pada waktu yang sesuai.

(3) Hak mana-mana tahanan untuk menemui seorang wakil berkelayakan daripada mana agama tidak boleh disekat. Sebaliknya, jika mana-mana tahanan membantah kunjungan mana-mana wakil agama, pendiriannya hendaklah dihormati sepenuhnya.

42. Setakat yang boleh dilaksanakan, setiap tahanan hendaklah dibenarkan memenuhi keperluan kehidupan beragamanya dengan menghadiri upacara

(10)

sembahyang yang diadakan di institusi dan dengan memiliki kitab dan buku rujukan agama.

Penyimpanan barang tahanan

43. (1) Semua wang, barang berharga, pakaian dan barang lain milik tahanan yang, mengikut peraturan institusi, tidak boleh disimpannya hendaklah diletakkan dalam jagaan selamat apabila dia dimasukkan ke institusi. Inventori barang berkenaan hendaklah ditandatangani oleh tahanan. Langkah perlu diambil bagi memastikan semua barang tersebut dalam keadaan baik.

(2) Apabila tahanan dibebaskan, semua wang dan barang tersebut hendaklah dipulangkan kepadanya kecuali wang yang telah dibelanjakannya dengan kebenaran atau mana-mana barang yang dihantar keluar dari institusi dengan kebenaran, atau mana-mana pakaian yang perlu dimusnahkan atas sebab menjaga kebersihan. Tahanan perlu menandatangani akuan penerimaan bagi barang dan wang yang dipulangkan kepadanya.

(3) Mana-mana wang atau barang yang diterima oleh tahanan dari luar institusi hendaklah diperlakukan dengan cara yang sama.

(4) Jika seseorang tahanan membawa masuk dadah atau ubat, pegawai perubatan perlu memutuskan apa yang perlu dilakukan dengan semua bahan itu.

Pemberitahuan tentang kematian, sakit, pemindahan dsb.

44. (1) Apabila seseorang tahanan meninggal dunia atau sakit teruk atau mengalami kecederaan serius, atau dipindahkan ke sebuah institusi untuk merawat penyakit mental, pengarah hendaklah dengan serta-merta memberitahu suami/isterinya jika tahanan itu berkahwin, atau ahli keluarga terdekat dan hendaklah dengan apa cara pun memberitahu mana-mana orang lain yang dinyatakan sebelum ini oleh tahanan.

(2) Seseorang tahanan hendaklah diberitahu serta-merta sekiranya ahli keluarga terdekatnya meninggal dunia atau sakit teruk. Jika ahli keluarga terdekatnya sakit tenat, tahanan hendaklah dibenarkan, apabila keadaan mengizinkan, menziarahi ahli keluarganya itu sama ada dengan pengiring atau bersendirian.

(3) Setiap tahanan berhak untuk memberitahu keluarganya dengan serta-merta jika dia dipenjarakan atau dipindahkan ke institusi lain.

Pemindahan tahanan

45. (1) Apabila tahanan dipindahkan ke atau dari sesebuah institusi, mereka hendaklah seberapa yang boleh tidak didedahkan kepada pandangan umum,

(11)

dan langkah perlindungan sewajarnya perlu diambil bagi melindungi mereka daripada penghinaan, perhatian dan publisiti dalam apa jua bentuk.

(2) Pemindahan tahanan dengan kenderaan tanpa pengalihudaraan atau cahaya yang mencukupi, atau dengan apa cara yang menyebabkan mereka mengalami kesusahan fizikal yang tidak sepatutnya, adalah dilarang.

(3) Pemindahan tahanan hendaklah dilakukan dengan perbelanjaan pentadbiran dan dalam keadaan yang sama bagi kesemua mereka.

Kakitangan institusi

46. (1) Pentadbiran penjara hendaklah mengadakan pemilihan rapi setiap gred kakitangan kerana pentadbiran institusi yang baik bergantung pada integriti, perikemanusiaan, keupayaan profesional dan kesesuaian peribadi mereka untuk tugas berkenaan.

(2) Pentadbiran penjara hendaklah sentiasa berusaha untuk membangkitkan kesedaran dan mengingatkan kakitangan dan orang ramai bahawa tugas itu merupakan khidmat masyarakat yang sangat penting, dan untuk tujuan tersebut segala cara yang sesuai untuk memaklumkan orang ramai hendaklah digunakan.

(3) Bagi mencapai matlamat yang tersebut di atas, kakitangan hendaklah dilantik untuk sepenuh masa sebagai pegawai penjara profesional dan mempunyai status pegawai perkhidmatan awam dengan jaminan perkhidmatan yang tertakluk hanya kepada kelakuan baik, kecekapan dan kecergasan fizikal. Gaji hendaklah cukup tinggi untuk menarik dan mengekalkan kakitangan lelaki dan wanita; manfaat dan syarat perkhidmatan perlu menarik kerana tuntutan kerja yang mencabar.

47. (1) Kakitangan hendaklah memiliki tahap pendidikan dan kecerdasan yang cukup tinggi.

(2) Sebelum memulakan tugas, kakitangan hendaklah menjalani kursus latihan berhubung dengan tugas am dan khusus mereka dan dikehendaki lulus ujian teori dan amali.

(3) Selepas memulakan tugas dan sepanjang kerjaya mereka, kakitangan hendaklah mengekalkan dan meningkatkan pengetahuan dan keupayaan profesional mereka dengan menghadiri kursus latihan dalam perkhidmatan yang dianjurkan pada waktu yang sesuai.

48. Semua kakitangan hendaklah pada setiap masa berkelakuan baik dan melaksanakan tugas mereka dengan cekap supaya dapat menjadi teladan kepada tahanan dan dihormati oleh tahanan.

(12)

49. (1) Kakitangan hendaklah seberapa yang boleh turut terdiri daripada pakar seperti ahli psikiatri, ahli psikologi, pekerja masyarakat, guru dan pengajar kemahiran dalam bilangan yang mencukupi.

(2) Perkhidmatan pekerja masyarakat, guru dan pengajar kemahiran hendaklah diadakan secara sepenuh masa, tanpa mengetepikan pekerja sambilan atau pekerja sukarela.

50. (1) Pengarah institusi hendaklah memiliki kelayakan secukupnya dari segi perwatakan, kebolehan mentadbir, latihan dan pengalaman yang bersesuaian untuk menjalankan tugasnya.

(2) Beliau hendaklah menumpukan seluruh masanya terhadap tugas rasminya dan tidak boleh dilantik secara sambilan.

(3) Beliau hendaklah tinggal di premis institusi atau kawasan berhampiran. (4) Apabila dua institusi atau lebih terletak di bawah bidang kuasa seorang

pengarah, beliau hendaklah kerap melawat setiap institusi tersebut pada waktu tertentu. Seorang pegawai residen hendaklah diberi tanggungjawab di setiap institusi tersebut.

51. (1) Pengarah, timbalannya, dan sebahagian besar kakitangan lain di institusi hendaklah boleh bertutur dalam bahasa yang digunakan oleh kebanyakan tahanan, atau bahasa yang difahami oleh kebanyakan daripada mereka. (2) Apabila perlu, khidmat jurubahasa hendaklah digunakan.

52. (1) Di institusi yang besar yang memerlukan khidmat seorang atau lebih daripada seorang pegawai perubatan sepenuh masa, sekurang-kurangnya seorang daripada mereka hendaklah tinggal di premis institusi atau di kawasan sekitarnya.

(2) Di institusi lain, pegawai perubatan hendaklah melakukan lawatan setiap hari dan tinggal di kawasan yang cukup dekat untuk membolehkannya merawat tahanan dengan segera sekiranya berlaku kecemasan.

53. (1) Di institusi yang mempunyai tahanan lelaki dan wanita, bahagian institusi yang dikhaskan untuk wanita hendaklah diletakkan di bawah bidang kuasa seorang pegawai wanita yang bertanggungjawab dan memegang kunci ke semua bahagian yang dikhaskan untuk wanita.

(2) Tiada seorang pun kakitangan lelaki boleh memasuki bahagian institusi yang dikhaskan untuk wanita melainkan dengan diiringi oleh pegawai wanita.

(3) Tahanan wanita hendaklah diurus dan diselia hanya oleh pegawai wanita. Walau bagaimanapun peraturan ini tidak menghalang kakitangan lelaki, terutamanya doktor dan guru lelaki, daripada menjalankan tugas profesional mereka di institusi atau bahagian institusi yang dikhaskan untuk wanita.

(13)

54. (1) Pegawai institusi tidak boleh, dalam hubungan mereka dengan tahanan, menggunakan kekerasan kecuali untuk mempertahankan diri atau dalam kes percubaan untuk melarikan diri, atau tentangan aktif atau pasif terhadap arahan yang dikeluarkan berdasarkan undang-undang atau peraturan. Pegawai yang boleh menggunakan kekerasan tidak boleh menggunakannya melebihi apa yang benar-benar perlu dan perlu melaporkan insiden itu dengan segera kepada pengarah institusi.

(2) Pegawai penjara hendaklah diberi latihan fizikal khas untuk membolehkan mereka mengawal dan mengekang tahanan yang agresif.

(3) Melainkan dalam keadaan tertentu, kakitangan yang menjalankan tugas yang memerlukan mereka berhubung secara langsung dengan tahanan tidak boleh membawa senjata. Tambahan lagi, kakitangan dalam apa jua keadaan tidak boleh diberi senjata kecuali mereka telah diberi latihan dalam menggunakannya.

Pemeriksaan

55. Pemeriksaan terhadap institusi dan perkhidmatan penjara hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa oleh pemeriksa berkelayakan dan berpengalaman yang dilantik oleh pihak berkuasa yang kompeten. Tugas mereka terutamanya adalah untuk memastikan institusi berkenaan ditadbir mengikut undang-undang dan peraturan sedia ada dan dengan tujuan untuk mencapai objektif perkhidmatan penjara dan pemulihan.

BAHAGIAN II

PERATURAN BERKAITAN DENGAN KATEGORI KHAS A. TAHANAN MENJALANI HUKUMAN

Prinsip panduan

56. Prinsip panduan berikut bertujuan untuk menunjukkan semangat yang seharusnya mendasari pentadbiran institusi penjara dan tujuan yang sepatutnya menjadi sasaran institusi berkenaan, selaras dengan perisytiharan yang dibuat di bawah Pemerhatian Awal I dalam teks ini.

57. Pemenjaraan dan langkah lain yang menyebabkan seseorang pesalah terputus hubungan dari dunia luar mendatangkan penderitaan kerana hak untuk menentukan nasib sendiri dilucutkan dengan lucutnya kebebasan diri. Oleh yang demikian, sistem penjara tidak boleh memburukkan lagi penderitaan yang memang terdapat dalam situasi sedemikian, kecuali sebagai sesuatu yang ada kaitan dengan pengasingan yang boleh diwajarkan atau dengan tindakan menjaga disiplin.

(14)

58. Tujuan dan kewajaran sesuatu hukuman penjara atau langkah serupa yang melucutkan kebebasan diri adalah untuk melindungi masyarakat daripada jenayah. Matlamat ini hanya boleh dicapai jika tempoh pemenjaraan digunakan untuk memastikan, seberapa yang boleh, bahawa pesalah bukan sahaja bersedia tetapi juga mampu menjalankan kehidupan berdikari dan mematuhi undang-undang, sekembalinya dia ke pangkuan masyarakat.

59. Untuk tujuan tersebut, institusi hendaklah menggunakan program pemulihan, pendidikan, moral dan kerohanian serta program dan bantuan dalam bentuk lain yang sesuai dan boleh disediakan, dan hendaklah berusaha untuk melaksanakannya mengikut keperluan tahanan mengikut individu.

60. (1) Aturan kehidupan di institusi hendaklah bertujuan untuk meminimumkan sebarang perbezaan antara kehidupan penjara dengan kehidupan bebas, iaitu perbezaan yang cenderung mengurangkan tanggungjawab tahanan atau menyebabkan mereka kurang dihormati sebagai manusia bermaruah.

(2) Sebelum tahanan selesai menjalani hukuman, adalah wajar supaya beberapa langkah perlu diambil untuk memastikan tahanan boleh kembali kepada kehidupan dalam masyarakat secara beransur-ansur. Bergantung pada kes, matlamat ini boleh dicapai dengan aturan kehidupan prapembebasan yang dianjurkan di institusi yang sama atau di institusi lain yang sesuai, atau dengan pembebasan secara percubaan di bawah penyeliaan tertentu yang tidak boleh diserahkan kepada polis tetapi hendaklah digabungkan dengan bantuan sosial yang berkesan.

61. Layanan terhadap tahanan hendaklah menekankan bukan pengasingan mereka daripada masyarakat tetapi peranan mereka yang berterusan dalam masyarakat. Oleh sebab itu, khidmat agensi kemasyarakatan hendaklah diambil seberapa yang boleh untuk membantu kakitangan institusi dalam tugas pemulihan sosial tahanan. Hubungan perlu wujud antara setiap institusi dengan pekerja kemasyarakatan yang diberi tugas memelihara dan mengeratkan semua hubungan baik antara seseorang tahanan dengan keluarganya dan dengan agensi kemasyarakatan yang memainkan peranan penting. Langkah hendaklah diambil untuk melindungi hak berkaitan dengan kepentingan sivil, hak keselamatan sosial dan manfaat sosial tahanan yang lain, ke tahap maksimum selagi selaras dengan undang-undang dan hukuman.

62. Perkhidmatan perubatan di institusi hendaklah berusaha untuk mengesan dan merawat sebarang penyakit fizikal atau mental atau kecacatan yang boleh menggendalakan pemulihan seseorang tahanan. Segala perkhidmatan perubatan, pembedahan dan psikiatri hendaklah disediakan untuk tujuan itu.

(15)

63. (1) Pelaksanaan prinsip tersebut memerlukan layanan mengikut individu dan bagi tujuan ini, sistem yang fleksibel bagi mengklasifikasikan tahanan mengikut kumpulan perlu diadakan. Oleh sebab itu, sebaik-baiknya kumpulan sedemikian diagihkan kepada institusi berlainan yang sesuai agar setiap kumpulan mendapat layanan yang sewajarnya.

(2) Institusi tersebut tidak perlu menyediakan tahap kawalan keselamatan yang sama bagi setiap kumpulan. Sebaik-baiknya tahap kawalan keselamatan yang berbeza-beza disediakan mengikut keperluan kumpulan berlainan. Institusi terbuka menyediakan keadaan paling baik bagi memulihkan tahanan yang dipilih dengan teliti, memandangkan institusi sedemikian tidak mengadakan kawalan keselamatan bagi mencegah tahanan melarikan diri tetapi bergantung pada disiplin diri tahanan.

(3) Sebaik-baiknya bilangan tahanan di institusi tertutup tidak begitu besar sehingga menghalang tahanan mendapatkan layanan secara individu. Di sesetengah negara, bilangan penghuni institusi sedemikian dianggap tidak harus melebihi 500 orang. Di institusi terbuka, bilangan penghuni hendaklah seberapa kecil yang boleh.

(4) Sebaliknya pula, adalah tidak wajar untuk mengadakan penjara yang begitu kecil sehinggakan kemudahan yang sepatutnya tidak dapat disediakan.

64. Kewajipan masyarakat tidak berakhir dengan pembebasan tahanan. Oleh sebab itu, perlu ada agensi kerajaan atau swasta yang berupaya memberikan penjagaan susulan yang cekap kepada tahanan selepas pembebasannya dengan tujuan untuk mengurangkan prejudis terhadap tahanan dan untuk memulihkan fungsi sosialnya.

Layanan

65. Layanan terhadap orang yang dijatuhi hukuman penjara atau langkah seumpamanya hendaklah bertujuan, sejauh yang boleh dilakukan dalam tempoh hukuman, untuk menanamkan keazaman dalam diri mereka untuk menjalani kehidupan sebagai orang yang berdikari dan mematuhi undang-undang selepas dibebaskan, dan untuk melengkapkan diri mereka untuk berbuat demikian. Layanan yang diberikan bertujuan untuk memupuk perasaan mempunyai harga diri dan sikap bertanggungjawab dalam diri mereka.

66. (1) Bagi tujuan itu, segala kaedah yang sesuai hendaklah digunakan, termasuk bimbingan agama di negara yang membolehkannya, pendidikan, latihan dan bimbingan vokasional, kajian kes sosial, kaunseling pekerjaan, pembangunan fizikal dan pengukuhan peribadi, selaras dengan keperluan individu setiap tahanan, dengan mengambil kira rekod sosial dan jenayahnya, keupayaan

(16)

dan kecenderungan fizikal dan mentalnya, pembawaan peribadinya, tempoh hukumannya dan prospek tahanan selepas dibebaskan.

(2) Bagi setiap tahanan dengan tempoh hukuman yang bersesuaian, pengarah hendaklah menerima laporan lengkap tentang segala perkara yang disebut dalam perenggan di atas, dengan secepat mungkin selepas tahanan dimasukkan. Laporan tersebut mestilah termasuk laporan yang disediakan oleh pegawai perubatan, seberapa boleh berkelayakan dalam bidang psikiatri, tentang keadaan fizikal dan mental tahanan.

(3) Laporan itu dan dokumen lain yang berkaitan hendaklah disimpan dalam sebuah fail. Fail ini hendaklah sentiasa dikemaskinikan dan diklasifikasikan supaya boleh dirujuk oleh kakitangan yang bertanggungjawab apabila timbul keperluan untuk berbuat demikian.

Klasifikasi dan layanan mengikut individu 67. Tujuan klasifikasi adalah:

(a) Untuk mengasingkan tahanan lain daripada tahanan yang disebabkan rekod jenayah atau perangai jahat mereka berkemungkinan mendatangkan pengaruh buruk;

(b) Untuk membahagikan tahanan mengikut kelas bagi memudahkan layanan terhadap mereka supaya mereka dapat menjalani pemulihan sosial.

68. Setakat yang boleh dilaksanakan, institusi atau bahagian berasingan di sesebuah institusi hendaklah digunakan bagi memberikan layanan mengikut kelas tahanan yang berlainan.

69. Secepat mungkin selepas tahanan dimasukkan dan selepas kajian dilakukan tentang personaliti setiap tahanan dengan tempoh hukuman bersesuaian, program layanan hendaklah disediakan untuk tahanan berdasarkan maklumat yang diperoleh tentang keperluan individunya, keupayaannya dan kecenderungannya.

Keistimewaan

70. Sistem keistimewaan yang sesuai bagi kelas tahanan berlainan dan kaedah layanan berlainan hendaklah diwujudkan di setiap institusi, untuk menggalakkan tahanan berkelakuan baik, memupuk sikap bertanggungjawab dan menarik minat dan kerjasama tahanan dalam layanan terhadap mereka.

(17)

Kerja

71. (1) Kerja di dalam penjara tidak boleh bersifat menyakitkan.

(2) Semua tahanan yang menjalani hukuman hendaklah diwajibkan bekerja, tertakluk kepada kecergasan fizikal dan mental seperti yang ditentukan oleh pegawai perubatan.

(3) Kerja yang secukupnya dan bermanfaat hendaklah diberikan bagi memastikan tahanan bekerja secara aktif pada hari kerja biasa.

(4) Seberapa yang boleh, kerja yang diberikan hendaklah mengekalkan atau meningkatkan keupayaan tahanan untuk mencari rezeki secara halal selepas dibebaskan.

(5) Latihan vokasional dalam bidang yang berfaedah hendak disediakan untuk tahanan yang boleh memanfaatkannya dan terutamanya untuk tahanan muda.

(6) Tahanan hendaklah dibenarkan memilih jenis kerja yang ingin dilakukan oleh mereka, mengikut batas-batas yang sejajar dengan pemilihan pekerjaan yang sesuai dan dengan keperluan pentadbiran dan disiplin institusi.

72. (1) Penyusunan dan kaedah kerja di dalam institusi hendaklah seberapa yang boleh menyerupai penyusunan dan kaedah kerja yang sama di luar institusi, bagi mempersiapkan tahanan untuk menghadapi suasana kehidupan bekerja yang biasa.

(2) Walau bagaimanapun, kepentingan tahanan dan kepentingan latihan vokasional mereka tidak boleh diketepikan bagi tujuan meraih keuntungan kewangan daripada sesuatu perusahaan dalam institusi.

73. (1) Perusahaan dan ladang institusi sebaik-baiknya hendaklah diurus secara langsung oleh pentadbiran institusi dan bukan oleh kontraktor swasta.

(2) Sekiranya tahanan diambil untuk melakukan kerja yang tidak dikawal oleh pentadbiran, mereka hendaklah sentiasa berada di bawah penyeliaan kakitangan institusi. Melainkan kerja itu adalah untuk jabatan lain dalam kerajaan, upah penuh yang biasa dibayar bagi kerja sedemikian hendaklah dibayar kepada pentadbiran oleh pihak yang menggunakan tenaga kerja tahanan, dengan mengambil kira output tahanan.

74. (1) Langkah berjaga-jaga yang ditetapkan bagi melindungi keselamatan dan kesihatan pekerja bebas hendaklah juga dipatuhi di institusi.

(2) Peruntukan hendaklah dibuat bagi melindungi tahanan daripada kecederaan perindustrian, termasuk penyakit pekerjaan, mengikut syarat yang setara dengan syarat yang ditetapkan oleh undang-undang untuk pekerja bebas.

(18)

75. (1) Jam bekerja maksimum setiap hari dan setiap minggu bagi tahanan hendaklah ditetapkan oleh undang-undang atau peraturan pentadbiran, dengan mengambil kira kebiasaan atau peraturan tempatan berhubung dengan pengambilan pekerja bebas.

(2) Jam bekerja yang ditetapkan itu hendaklah memperuntukkan satu hari rehat seminggu dan masa secukupnya untuk pendidikan dan aktiviti lain yang dikehendaki sebagai sebahagian daripada program layanan dan pemulihan tahanan.

76. (1) Sistem ganjaran yang saksama hendaklah diadakan untuk kerja yang dilakukan oleh tahanan.

(2) Di bawah sistem itu, tahanan dibenarkan untuk menghabiskan sekurang-kurangnya sebahagian daripada pendapatan mereka untuk membeli barang yang diluluskan untuk kegunaan sendiri dan untuk mengirim sebahagian daripada pendapatan mereka kepada keluarga.

(3) Sistem tersebut juga hendaklah menetapkan bahawa sebahagian daripada pendapatan tahanan diasingkan oleh pentadbiran sebagai wang simpanan yang akan diserahkan kepada tahanan apabila dia dibebaskan.

Pendidikan dan rekreasi

77. (1) Peruntukan hendaklah dibuat bagi pendidikan lanjutan semua tahanan yang berupaya mendapat manfaat daripadanya, termasuk pendidikan agama di negara yang membolehkannya. Pendidikan tahanan yang buta huruf dan tahanan muda hendaklah diwajibkan dengan perhatian khas diberikan daripada pentadbiran.

(2) Setakat yang boleh dilaksanakan, pendidikan tahanan hendaklah disepadukan dengan sistem pendidikan negara supaya mereka boleh meneruskan pendidikan mereka tanpa kesulitan selepas dibebaskan.

78. Aktiviti rekreasi dan kebudayaan hendaklah disediakan di semua institusi untuk kebaikan kesihatan mental dan fizikal tahanan.

Hubungan sosial dan penjagaan susulan

79. Perhatian khas hendaklah diberikan terhadap usaha memelihara dan mengeratkan hubungan antara seseorang tahanan dengan keluarganya seperti yang digalakkan demi kepentingan kedua-dua pihak.

80. Sejak tahanan mula menjalani hukuman, masa depannya selepas dibebaskan hendaklah diberi pertimbangan dan dia hendaklah digalakkan dan dibantu untuk memelihara atau menjalinkan hubungan dengan orang atau agensi di luar institusi sekiranya hubungan itu boleh menjaga kepentingan keluarganya dan menggalakkan pemulihan sosialnya sendiri.

(19)

81. (1) Perkhidmatan dan agensi sama ada kerajaan atau bukan kerajaan yang membantu tahanan yang dibebaskan untuk kembali ke pangkuan masyarakat hendaklah memastikan, seberapa yang boleh dan perlu, tahanan yang dibebaskan diberi dokumen dan kertas pengenalan sewajarnya, mempunyai rumah dan tempat kerja yang sesuai, berpakaian sesuai dan cukup lengkap mengikut keadaan iklim dan musim, dan memiliki kemampuan secukupnya untuk sampai ke destinasi mereka dan untuk menyara diri dalam tempoh sejurus selepas dibebaskan.

(2) Wakil bertauliah daripada agensi sedemikian hendaklah diberi segala akses yang perlu ke institusi dan untuk menemui tahanan dan hendaklah terlibat dalam rundingan tentang masa depan tahanan sejak dia mula menjalani hukuman.

(3) Adalah wajar aktiviti agensi sedemikian dipusatkan atau diselaraskan seberapa yang boleh supaya usaha mereka dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

B. TAHANAN YANG GILA DAN MENGHIDAPI GANGGUAN MENTAL

82. (1) Orang yang didapati gila tidak boleh ditahan di penjara dan persiapan hendaklah dibuat untuk memindahkan mereka ke institusi mental dengan secepat mungkin.

(2) Tahanan yang menghidapi penyakit atau gangguan mental yang lain hendaklah dipantau dan dirawat di institusi khas di bawah pengurusan perubatan.

(3) Semasa ditahan di penjara, tahanan sedemikian hendaklah diletakkan dalam pengawasan khas seorang pegawai perubatan.

(4) Perkhidmatan perubatan atau psikiatri di institusi penjara hendaklah menyediakan rawatan psikiatri untuk semua tahanan lain yang memerlukan rawatan sedemikian.

83. Sebaik-baiknya langkah hendaklah diambil, dengan kerjasama agensi berkaitan, untuk memastikan rawatan psikiatri diteruskan jika perlu selepas tahanan dibebaskan dan penjagaan susulan sosial-psikiatri disediakan.

C. TAHANAN YANG DITANGKAP ATAU MENUNGGU PERBICARAAN

84. (1) Orang yang ditangkap atau dipenjarakan kerana tuduhan jenayah terhadap mereka, yang ditahan sama ada dalam tahanan polis atau dalam tahanan di penjara tetapi belum dibicarakan dan dijatuhi hukuman, akan disebut selepas ini sebagai ‘tahanan yang belum dibicarakan’ dalam peraturan ini.

(20)

(2) Tahanan yang belum disabitkan dianggap tidak bersalah dan hendaklah dilayan sebagai orang tidak bersalah.

(3) Tanpa menjejaskan peraturan undang-undang bagi melindungi kebebasan individu atau menetapkan prosedur yang perlu dipatuhi berhubung dengan tahanan yang belum dibicarakan, tahanan hendaklah mendapat manfaat daripada aturan kehidupan khas yang diterangkan dalam peraturan berikut dari segi keperluan asasnya sahaja.

85. (1) Tahanan yang belum dibicarakan hendaklah diasingkan daripada tahanan yang disabitkan.

(2) Tahanan muda yang belum dibicarakan hendaklah diasingkan daripada orang dewasa dan pada dasarnya hendaklah ditahan di institusi berasingan. 86. Tahanan yang belum dibicarakan hendaklah tidur berseorangan di dalam bilik

yang berasingan, dengan mengambil kira kebiasaan tempatan yang berbeza mengikut keadaan.

87. Dalam batas yang sejajar dengan ketertiban institusi, tahanan yang belum dibicarakan boleh, jika mereka ingin berbuat demikian, memperoleh makanan yang dibeli atas perbelanjaan mereka sendiri dari luar, sama ada menerusi pihak pentadbiran atau menerusi ahli keluarga atau rakan. Jika tidak, pentadbiran hendaklah menyediakan makanan mereka.

88. (1) Seseorang tahanan yang belum dibicarakan hendaklah dibenarkan memakai pakaiannya sendiri jika pakaian itu bersih dan sesuai.

(2) Jika dia memakai pakaian penjara, pakaian itu hendaklah berlainan dengan pakaian yang dibekalkan kepada tahanan yang disabitkan.

89. Seseorang tahanan yang belum dibicarakan hendaklah sentiasa diberi peluang untuk bekerja, tetapi tidak boleh dikehendaki bekerja. Jika dia memilih untuk bekerja, dia hendaklah diberi bayaran kerana kerjanya itu.

90. Seseorang tahanan yang belum dibicarakan hendaklah dibenarkan untuk memperoleh, atas perbelanjaannya sendiri atau perbelanjaan pihak ketiga, buku, surat khabar, bahan penulisan dan cara lain untuk mengisi lapang yang selaras dengan kepentingan pelaksanaan keadilan serta keselamatan dan ketertiban institusi.

91. Seseorang tahanan yang belum dibicarakan hendaklah dibenarkan untuk dikunjungi dan dirawat oleh doktor atau doktor giginya sendiri jika ada sebab yang munasabah untuk dia membuat permohonan itu dan dia mampu membayar sebarang perbelanjaan yang ditanggung.

92. Seseorang tahanan yang belum dibicarakan hendaklah dibenarkan memberitahu keluarganya dengan segera tentang penahanannya dan hendaklah diberi segala

(21)

kemudahan yang wajar untuk berkomunikasi dengan keluarga dan rakannya, dan untuk menerima kunjungan mereka, tertakluk hanya kepada sekatan dan penyeliaan yang perlu demi kepentingan pelaksanaan keadilan serta keselamatan dan ketertiban institusi.

93. Bagi tujuan pembelaannya, seseorang tahanan yang belum dibicarakan hendaklah dibenarkan untuk memohon bantuan guaman percuma sekiranya bantuan sedemikian boleh didapati, dan menerima kunjungan penasihat undang-undangnya dengan tujuan untuk membelanya dan menyediakan arahan sulit dan menyerahkan arahan tersebut kepadanya. Untuk tujuan tersebut, bahan penulisan hendaklah dibekalkan kepadanya jika dia mengingininya. Temu bual antara tahanan dengan penasihat undang-undang boleh dilihat tetapi tidak boleh didengar oleh pegawai polis atau pegawai institusi.

D. TAHANAN SIVIL

94. Di negara yang undang-undangnya membenarkan pemenjaraan kerana berhutang, atau dengan perintah mahkamah di bawah proses bukan jenayah yang lain, orang yang dipenjarakan atas sebab tersebut tidak boleh dikenakan sekatan atau tindakan yang lebih keras daripada perlu untuk memastikan penahanan yang selamat dan dalam keadaan yang baik. Layanan terhadap mereka hendaklah setara dengan layanan terhadap tahanan yang belum dibicarakan, namun dengan pengecualian bahawa mereka mungkin dikehendaki bekerja.

E. ORANG YANG DITANGKAP ATAU DITAHAN TANPA DIDAKWA

95. Tanpa menjejaskan peruntukan perkara 9 Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik, orang yang ditangkap atau dipenjarakan tanpa didakwa hendaklah diberi perlindungan yang sama seperti yang diberikan di bawah bahagian I dan bahagian II seksyen C. Peruntukan yang berkaitan dalam bahagian II, seksyen A, juga boleh diguna pakai jika pemakaiannya membantu membawa manfaat kepada kumpulan khas tahanan ini, dengan syarat tiada langkah diambil yang menunjukkan bahawa pendidikan semula atau pemulihan wajar dilaksanakan terhadap orang yang tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah.

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian ini menghasilkan program aplikasi Sistem Informasi Pengujian Kendaraan Bermotor yang memiliki modul menu utama yang terdiri dari file(log out dan exit),

Penelitian dengan menggunakan media tiga dimensi yang dilakukan di kelas IIIC memiliki tujuan Penelitian sebagai berikut: 1.Mendiskripsikan aktivitas guru dengan

Mengatasi masalah keterbatasan anggaran, mestinya Dinas Kesehatan perlu melakukan advokasi kepada pemerintah daerah dan DPRD untuk mendapatkan dukungan dana dalam

Bagaimana faktor-faktor eksternal dan internal yang menjadi peluang, ancaman, kekuatan dan kelemahan budidaya rumput laut di Kecamatan Saronggi Kabupaten Sumenep

Penelitian tentang konsep RUANG dan BENTUK pada rumah tradisional Osing di Desa Kemiren, Banyuwangi merupakan penelitian dalam konteks arsitektur tradisional sebagai eksplorasi

1 hari - Bukti setor bank - Tanda terima pada Buku HHK 2 Membuat Bukti Pembuatan Tagihan PNBP melalui Aplikasi SIMPONI - Data dan Bukti Setor - Aplikasi SIMPONI

- Dalam mengerjakan soal-soal evaluasi 4 orang siswa bekerja sama.. Analisis kegiatan penganalisaan dilakukan pada kegiatan pembelajaran yang telah dilaksanakan, dengan

Hasil penelitian yang dilakukan selama 13 hari menunjukkan bahwa pemberian pupuk pertanian dengan dosis urea yang berbeda menghasilkan kepadatan sel