• Tidak ada hasil yang ditemukan

MODUL 6: HUTANG KAWAN ATAU LAWAN? Isi Kandungan. 6.0 Pengenalan. 6.1 Definisi dan tujuan pinjaman. 6.2 Sumber-sumber dan jenis-jenis pinjaman

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "MODUL 6: HUTANG KAWAN ATAU LAWAN? Isi Kandungan. 6.0 Pengenalan. 6.1 Definisi dan tujuan pinjaman. 6.2 Sumber-sumber dan jenis-jenis pinjaman"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

MODUL 6:

HUTANG…KAWAN ATAU LAWAN?

Isi Kandungan

6.0 Pengenalan

6.1 Defi nisi dan tujuan pinjaman

6.2 Sumber-sumber dan jenis-jenis pinjaman 6.3 Bila hutang menjadi kawan dan lawan? 6.4 Cara mengurus pinjaman yang efektif 6.5 Penggunaan kad kredit

(2)
(3)

6.0 Pengenalan

Anda mungkin akan terdorong untuk berbelanja lebih kerana kemudahan pinjaman dan kad kredit yang ditawarkan oleh institusi kewangan. Pinjaman mempunyai kadar faedah yang tertentu dan ini akan menyebabkan anda membayar lebih dari apa yang anda pinjam. Hutang boleh menyebabkan masalah emosi jika terlalu banyak. Namun jika anda bijak mengurus kewangan dan hutang anda, semua masalah dapat diatasi. Dalam modul ini, pelajar akan mempelajari cara mengurus hutang dengan betul apabila pelajar berada di alam kerjaya kelak.

6.1 Defi nisi dan Tujuan Pinjaman

Maksud pinjaman ialah sejumlah wang yang diterima oleh syarikat pembiayaan dan perlu dibayar balik. Pinjaman boleh dibahagikan kepada pinjaman jangka masa pendek dan pinjaman jangka panjang. Contoh pinjaman jangka pendek ialah pinjaman kad kredit, di mana seseorang peminjam dijangka akan membayar pinjaman dalam tempoh yang singkat, iaitu kurang dari satu tahun. Pinjaman jangka panjang pula adalah seperti pembiayaan pembelian rumah yang selalunya hanya akan habis dibayar dalam tempoh 20, 25 atau 30 tahun.

Tujuan meminjam adalah seperti:

1) Membeli sesuatu yang memerlukan wang dalam jumlah yang besar. Contohnya, rumah atau kereta.

2) Menampung kekurangan wang tunai. Pinjaman atau hutang boleh menjadi lawan jika tidak diurus dengan baik.

(4)

64

6.2 Sumber-sumber dan Jenis-jenis Pinjaman

Sumber-sumber pinjaman boleh didapati daripada beberapa sumber seperti berikut: • Ahli keluarga • Rakan-rakan • Institusi Kewangan • Sumber-sumber lain 6.2.1 Jenis-jenis Pinjaman Terdapat pelbagai jenis dan produk-produk pinjaman yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan kini. Pastikan anda bijak memilih kemudahan pinjaman yang disediakan untuk anda. Ini kerana setiap produk pinjaman telah direka untuk tujuan tertentu. Secara asasnya, jika tinggi risiko pinjaman, maka tinggi jugalah kadar faedahnya. Juga, pinjaman jangka masa pendek lebih tinggi kos faedahnya berbanding yang bertempoh panjang.

Tahukah anda? Di negara-negara barat,

pelajar kolej seawal umur 17 tahun dapat

menggunakan kad kredit sendiri. Ini mungkin menyebabkan kes bankrup di kalangan

golongan 30-an di negara-negara barat

(5)

Terdapat 3 jenis pinjaman mengikut tempoh seperti yang terdapat dalam jadual:

Jangka Panjang Jangka Sederhana Jangka Pendek Pinjaman jangka masa panjang, seperti pembelian rumah, bagaimanapun boleh mendedahkan peminjam kepada perubahan kadar faedah. Ini kerana kebanyakan pinjaman perumahan mengenakan kadar faedah yang pelbagai. Untuk pinjaman jangka masa sederhana, kebiasaannya pihak bank menawarkan pinjaman ini untuk sewa beli pengangkutan seperti kereta. Kebanyakan pinjaman sewa beli kenderaan yang disediakan, adalah berbeza dengan pinjaman yang biasa didapati iaitu faedah yang dikenakan. Pinjaman jangka masa pendek kebiasaannya adalah kad kredit. Pinjaman jenis ini akan menggunakan kadar faedah yang tinggi pada para pengguna. Para pengguna haruslah bijak menguruskan penggunaan kad kredit untuk menggelakkan tunggakan yang banyak akibat daripada kadar faedah yang tinggi.

6.3 Bila hutang jadi KAWAN dan LAWAN?

Kawan atau lawan, terpulang pada individu yang menguruskan hutang tersebut. Berhutang ada kebaikannya jika anda menggunakannya dengan berhati-hati dan bertanggungjawab. Jika tidak, ia akan dengan mudah membawa anda ke perangkap hutang yang susah kita elakkan.

(6)

66 Apa yang penting apabila anda membuat pinjaman adalah anda dapat menguruskannya dengan baik. Bagaimana untuk anda mengetahui cara pengurusan yang baik? Satu cara untuk mengetahuinya adalah dengan melihat pada berapakah yang diperlukan setiap bulan untuk membiayai semula pinjaman dan mengetahui bagaimanakah impak yang mendatang untuk membiayai semula pinjaman.

Jangan sekali-kali meminjam dari Ah Long kerana anda akan: • Terikat dengan syarat

dan peraturan yang ketat

• Terpaksa membayar balik pinjaman dengan kadar faedah yang tinggi dengan pengkompaunan harian

• Mendedahkan anda dan keluarga anda kepada gangguan Ah Long jika tidak dapat membayar balik pinjaman

• Mendapat tekanan untuk meminjam lagi daripada Ah Long untuk membayar balik pinjaman sedia ada

BANK ANDA BAYAR HUTANG JUDI MELABUR KERETA BELAJAR PINJAMAN PERIBADI

(7)

6.4 Cara Mengurus Pinjaman Dengan Efektif

Berikut disenaraikan 10 langkah mudah yang patut anda ambil untuk menyelesaikan masalah hutang. Ikutilah langkah ini dengan baik satu persatu, insyaAllah matlamat anda untuk bebas daripada hutang pasti akan tercapai.

1. PERIKSA rekod perbelanjaan untuk tempoh 12 bulan. Tempoh ini adalah jangka masa yang tepat untuk melihat apa yang berlaku. Jadi lihat semua perbelanjaan, penyata bank, rekod buku cek, penyata kad kredit atau apa sahaja rekod yang anda ada. Dan untuk perbelanjaan yang menggunakan wang tunai, bawa buku nota untuk beberapa minggu dan tulis semua perbelanjaan anda, walaupun untuk membeli goreng pisang. Akhirnya, anda akan dapati betapa sedikit akan menjadi bukit.

2. KIRAKAN jumlah perbelanjaan anda dalam sebulan, dengan mencampurkan semua bil yang perlu anda bayar dalam sebulan.

3. TULISKAN senarai hutang yang anda tanggung. Jangan lupa masukkan sekali ansuran rumah. Telefon bank jika anda tidak pasti berapa hutang yang anda ada. (Pastikan anda selalu mengemaskinikan rekod senarai hutang ini).

4. BUAT SENARAI pembayaran minima yang perlu anda lakukan setiap bulan. Katakan anda perlu membayar RM2,000 setiap bulan.

5. TENGOK BAKI yang perlu anda bayar, dengan anggapan bahawa anda membayar setiap bulan tanpa ada yang tertunggak.

(8)

68 KATA KUNCI MENGURUS HUTANG PERIKSA rekod perbelanjaan KIRAKAN jumlah perbelanjaan TULISKAN senarai hutang BUAT SENARAI pembayaran minima TENGOK BAKI yang perlu anda bayar SENARAIKAN hutang anda ‘MENYERANG’ untuk membayar hutang TAMBAHKAN peruntukan untuk membayar hutang KURANGKAN perbelanjaan GUNAKAN wang tambahan untuk membayar hutang 6. SENARAIKAN hutang anda supaya

hutang yang sedikit di atas sekali dan yang banyak terletak di bawah. Jangan lupa senaraikan semua hutang anda. Contohnya:

- Hutang stereo RM2,000 - Hutang kad kredit RM5,000 - Hutang kereta RM50,000 - Hutang rumah RM100,000

7. Sekarang anda perlu ‘MENYERANG’ untuk membayar hutang yang sedikit dahulu. Buat keutamaan untuk habiskan hutang yang sedikit dahulu (tv?) dan akhir sekali hutang yang agak besar, contohnya kereta atau rumah.

8. Pada langkah 4, anda telah kirakan jumlah minima hutang yang perlu anda bayar setiap bulan iaitu RM2,000. Sematkan di minda anda untuk TAMBAHKAN sebanyak 10% daripada jumlah tersebut, iaitu RM200!

9. Untuk mempunyai tambahan RM200 untuk membayar hutang, KURANGKAN RM200 daripada perbelanjaan dan simpan untuk membayar hutang.

Cuba fi kirkan semua cara untuk mengumpulkan RM200 ini. Anda perlu berbincang dengan keluarga anda apa yang perlu dan tidak perlu dibeli. Contohnya jika anda selalu makan di luar, cuba kurangkan. Jika anda merokok, cuba berhenti. Jika anda berusaha, pastinya anda temui jalan untuk jimatkan paling kurang RM200 sebulan.

(9)

10. GUNAKAN wang tambahan RM200 ini untuk membayar hutang No. 1 anda yang kecil dahulu. Jika anda membayar RM100 sebelum ini, sekarang anda bayar RM300 (RM100+RM200). Apabila habis hutang pertama, gunakan RM300 untuk tambahkan bayaran kepada hutang kedua. Jika sebelum ini anda membayar RM200 untuk hutang kedua, anda bayar RM500 (RM200+RM300) selepas hutang pertama habis. Ianya akan memberikan impak maksima untuk melangsaikan hutang anda dengan cepat. Teruskan penambahan sehingga ke senarai yang terakhir.

Dengan cara ini anda akan bebas dari hutang dalam masa beberapa tahun. Kelebihan daripada sistem ini bermula hanya daripada RM200 yang anda jimatkan dan ianya bertambah sebaik sahaja hutang pertama anda habis.

6.5 Kad Kredit...Perlu atau Tidak?

Kad kredit membolehkan pemegang kad kredit membeli barangan dan membuat bayaran secara elektronik tanpa perlu menggunakan wang tunai. Apabila mereka menggunakan kad kredit untuk membeli buku, pengeluar kad kredit akan membayar kepada kedai buku bagi pihak pemegang kad kredit melalui bank yang telah ditentukan. Ini akan memudahkan mereka untuk membuat pembelian.

Sekiranya pemegang kad kredit menggunakan kad kredit untuk membiayai perbelanjaan keperluan isi rumah dan menyelesaikan pembayaran bil setiap bulan, ini bukanlah termasuk di dalam pembayaran pinjaman. Manakala jika mereka menggunakan kad kredit untuk memiliki sesuatu yang mahal bersama niat untuk membayar semula di dalam masa beberapa bulan, ini sepatutnya termasuk di dalam pembayaran pinjaman.

Namun, kad kredit mengenakan kadar faedah yang tinggi kepada penggunanya. Disebabkan kadar faedah yang tinggi, pemegang kad kredit sepatutnya membayar semula secara penuh setiap masa. Jika

(10)

70

Laman berguna untuk anda: www.bankinginfo.com.my www.pidm.gov.my

www.fmb.org.my

Kebanyakan pengeluar kad kredit mengenakan kadar faedah sebanyak 1.5% sebulan di mana ia dikenakan secara harian dan dikompaun secara bulanan.

Ingat!!

Semakin lama masa diambil untuk menjelaskan hutang kad kredit dengan membayar bayaran minimum, semakin banyak pemegang kad kredit berhutang.

Oleh itu, elakkan mengguna pinjaman jangka masa pendek seperti kad kredit dan kemudahan overdraf yang mengenakan faedah yang tinggi, di mana akan mengambil masa yang panjang dari 6 bulan untuk dibiayai semula.

Guna Kad Kredit Anda Dengan Bijak!! Bayar jumlah penuh apabila ™

anda mendapat penyata kad kredit anda setiap bulan untuk mengelak daripada membayar faedah.

Jangan menggunakan kad ™

kredit jika anda tidak boleh membuat pembayaran bulanan.

Hadkan jumlah penggunaan kad kredit anda. ™

(11)

Jangan menggunakan kad kredit anda untuk mendapatkan ™

tunai dari ATM. Setiap kali anda menggunakan kad kredit untuk mengeluarkan wang, anda akan menambahkan lagi jumlah pinjaman melalui caj dan kadar faedah harian.

Bayar sebelum tempoh yang ditetapkan untuk mengelak dari ™

dikenakan caj pembayaran lewat dan kadar penalti.

Berhati-hati dengan akibat yang akan berlaku jika anda ™

hanya membuat pembayaran dengan jumlah yang minimum sahaja.

Jika anda mengalami masalah kewangan, anda haruslah ™

membuat pembayaran dengan jumlah yang minimum dan pastikan membuat pembayaran yang penuh dengan secepat yang mungkin.

Selalulah membuat semakan penyata penggunaan kad ™

kredit anda setiap bulan dengan memastikan jumlah caj dan transaksi yang direkodkan adalah betul.

6.6 Kesalahan Dalam Berhutang

• Berhutang atas dasar kemahuan, bukan keperluan. • Tidak sedar sama ada mampu untuk mambayar ansuran

bulanan.

• Tidak mengetahui kos sebenar pinjaman. • Tidak membuat bayaran semula pada waktunya. • Pinjaman dibuat tanpa tujuan.

(12)

72

Mari Berfi kir 8

Latihan Individu

Aktiviti 1: Penggunaan Kad Kredit Ahli Keluarga

Dapatkan maklumat dari ibu, bapa atau ahli keluarga anda tentang hal-hal berikut:

• Adakah mereka mempunyai kad kredit? • Berapa kerapkah mereka menggunakannya?

• Apakah barang-barang yang selalu dibeli menggunakan kad kredit?

• Adakah mereka membayar semua jumlah yang dicaj pada kad kredit mereka?

Berpandukan jawapan yang mereka beri, fi kirkan sama ada tabiat penggunaan kad kredit mereka baik atau sebaliknya.

Latihan Kumpulan

Aktiviti 1: Mengurus Hutang

Aktiviti ini bertujuan mendedahkan kepada anda bagaimana cara menguruskan wang pinjaman dengan efektif dengan menggunakan kaedah yang telah ditunjukkan dalam topik ini.

Anda diberi RM50,000 pinjaman peribadi oleh Bank Islam Malaysia Berhad dan dikenakan kadar faedah sebanyak 5.6% selama 10 tahun. Setiap bulan, anda dikehendaki membuat pembayaran semula kepada bank sebanyak RM650. Anda juga perlu menjelaskan hutang kad kredit anda setiap bulan. Bagaimanakah anda mengurus hutang anda?

(13)

Aktiviti 2: Jenis-Jenis Hutang

Senaraikan jenis-jenis pinjaman berikut mengikut klasifi kasi mengikut jangka masa pinjaman.

• Kad Kredit

• Overdraf • Pinjaman kereta • Pinjaman pendidikan • Pinjaman mikro • Pinjaman perumahan Pinjaman Jangka Pendek Pinjaman Jangka Sederhana Pinjaman Jangka Panjang

Referensi

Dokumen terkait

Calon mahasiswa yang namanya tertera pada Daftar Peserta Jalur PMDK Tahun 2016 namun tidak melakukan pendaftaran ulang pada periode waktu yang ditentukan di atas

Harga Jual Obligasi Pemerintah Misalnya investor dapat menerima imbal hasil 2% setiap 6 bulan atas surat utang negara yang akan jatuh tempo 6 bulan. Menurut Anda berapa harga

Batuabara -igunakan sebagai baan  bakar untuk memanaskan air seingga -iasilkan uap panas untuk menggerakan turbin yang kemu-ian gerakan turbin tersebut

Daha önceki kısımlarda ortak emetörlü devreler incelendi ve çalışma noktasının kararlılığı için emetör akımının sabit kalması gerektiği sonucuna

Berdasarkan review dari penelitian terdahulu dan teori yang telah dikemukakan maka penelitian ini dilakukan untuk mengetahui pengaruh kualitas produk dan citra merek

Apakah implikasi daripada sikap seseorang pekerja yang tidak amanah.. Mengubah struktur pentadbiran sesebuah organisasi

Secara umum masyarakat di Desa Cupang telah melakukan upaya adaptasi dan mitigasi perubahan iklim dengan pembinaan dari pihak dunia usaha PT Indocement melalui beberapa

Berdasarkan hasil analisis penelitian hubungan swiss ball exercise terhadap penurunan derajat skoliosis ringan yang dilakukkan di RSOP memang tidak bisa menurunkan