• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perubahan Objek Tajau Dalam Budaya Iban di Sarawak

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Perubahan Objek Tajau Dalam Budaya Iban di Sarawak"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

1

Perubahan Objek Tajau Dalam Budaya Iban di Sarawak Khairul Zuhairi Kalim

Noria Anak Tugang Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

Universiti Malaysia Sarawak Email: khairulzuhairikalim@gmail.com

Pengenalan

Tajau merupakan salah satu warisan tradisi yang berharga dalam kehidupan masyarakat Iban.

Tembikar atau dikenali sebagai tajau bagi masyarakat Iban di Sarawak sangat berbeza dengan tembikar-tembikar yang terdapat di negeri-negeri lain. Oleh itu, tajau bukan sahaja cantik dari segi corak ukirannya tetapi ia mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri serta penggunaannya yang lebih kepada mengikuti adat tradisi masyarakat Iban di Sarawak. Tajau juga mempunyai fungsi dalam sektor perdagangan iaitu menerusi barangan objek tajau yang ditukarkan dengan penduduk setempat. Kepelbagaian fungsi tajau ini membuktikan tajau menjadi peranan penting dalam kehidupan seharian.

Asal Usul Tajau

Tajau (Tempayan) adalah warisan tradisi yang istimewa dalam budaya masyarakat Iban dari

dahulu hingga kini. Menurut masyarakat Iban, tembikar bermaksud barangan berharga seperti tempayan yang digunakan sebagai adat tanda hormat dan keampunan, atau adat ‘tunggu’, (adat ketua rumah panjang untuk meleraikan pertengkaran) (Noria Tugang, 2011). Namun begitu, pada asalnya tajau ini digunakan oleh para pedagang untuk menyimpan barangan yang basah atau barangan yang cepat rosak. Permintaan tajau oleh masyarakat tempatan di Sarawak daripada pedagang luar menjadi fokus utama dalam kepentingan tajau bagi masyarakat setempat di Sarawak.

Menurut Maciver, R.M. dan Page, C.H. (1970), kuasa lahiriah seseorang manusia terhadap alam sekeliling itu bertambah dengan pengurangan interaksi manusia terhadap pengaruh alam sekeliling secara berterusan. Masyarakat Iban percaya dan yakin bahawa tajau memiliki semangat dan mempunyai kuasa luar biasa yang boleh mengekalkan kesejahteraan antara hubungan komuniti dan tuhan. Walau bagaimanapun, tajau mempunyai sistem pengurusan yang tersendiri, yakni hierarki sosial masyarakat Iban di Sarawak seperti tajau singaraja, tajau guchi, tajau rusa (besar dan kecil), tajau ningka, tajau begiau, tajau menaga, tajau jabir, tajau sigi

alah, tajau sigi panding, tajau mandoh dan tajau kebok. Tajau ini distrukturkan dalam beberapa

peringkat berdasarkan nama dan saiz itu sendiri. Kini, tajau tidak dilihat bersifat materialistik malah, mengalami perubahan objek tajau dalam masyarakat Iban. Justeru itu, tajau dilihat bukan lagi dijadikan sebagai amalan yang berunsurkan ritual-ritual agama dan kepercayaan masyarakat Iban. Disebaliknya, objek tajau diubah menjadi peralatan perhiasan rumah yang diletakkan di anjung rumah.1 Kebanyakan masyarakat Iban di Sarawak sudah jarang mengunakan objek tajau

(2)

2

dalam kehidupan mereka. Hal ini kerana pertembungan budaya global yang berkembang serta transformasi hidup yang semakin hari semakin membangun.

Metodologi Penyelidikan

Kertas kerja ini disediakan untuk membincangkan mengenai perubahan objek tajau dalam budaya masyarakat Iban di Sarawak. Pada bahagian permulaannya, kertas kerja ini diterangkan secara ringkas mengenai asal-usul tajau, fungsi objek tajau, perubahan objek tajau pada zaman dahulu dan kini. Penyelidikan ini mengunakan pendekatan kualitatif khususnya “exploratory

research” bertujuan untuk menambahkan maklumat tentang subjek penyelidikan. Kajian

penyelidikan ini dijalankan berdasarkan pendekatan kualitatif di bahagian Sri Aman, Sibu dan Betong untuk memastikan data yang diperolehi akan menepati intipati penyelidikan. Oleh itu, perolehan data penyelidikan dari semua pakar informan yang ditemubual adalah penting.

Dapatan dan Perbincangan

Perubahan Objek Tajau dalam Budaya Masyarakat Iban

Kehadiran objek tajau bagi masyarakat Iban di Sarawak memberi keharmonian hidup mereka antara manusia dengan alam ghaib. Tajau mempunyai nilai mistik yakni memiliki kuasa luar biasa yang boleh mengubati dan menjaga keselamatan komuniti mereka. Perubahan objek tajau memberi kesan sangat besar dalam kehidupan sejagat mereka. Menurut Rahimah Abd. Aziz (2000), pada akhir abad ke-20, satu fasa baru yang memberi kesan dalam keseluruhan proses pembangunan sesebuah negara dikenali sebagai ‘globalisasi’. Perubahan objek tajau bukan berubah dari segi objeknya, malah perubahan dari segi pertembungan budaya global, perubahan penggunaannya, perubahan agama dan kepercayaan.

a. Pertembungan Budaya Global

Masyarakat Iban dahulu sangat kaya dengan memiliki tajau dalam setiap rumah panjang. Bagi masyarakat Iban jika banyak tajau di rumah, masyarakat akan melihat kepada kekayaannya dalam pelbagai sudut dan dihormati dalam kalangan masyarakat Iban itu sendiri. Pertembungan budaya ini mengubah cara pemikiran masyarakat Iban dengan mengklasifikasikan taraf pendidikan mereka. Walau bagaimanapun, masyarakat Iban mempunyai sistem sosial yang menjadi asas kepada tajau dalam memelihara kesejahteraan masyarakat Iban. Perubahan juga dapat dilihat dalam sambutan perayaan Gawai yang kian mengendahkan ritual dengan mengunakan tajau dan sikap masyarakat kurang mengetahui tentang tajau dan asal-usul tajau.2 Perubahan gaya hidup yang berbeza menjadi faktor perubahan sosial yang tinggi bagi masyarakat Iban.

b. Perubahan Fungsi Objek Tajau

Perubahan fungsi objek tajau mempunyai empat perubahan yang boleh dilihat kepada empat fasa iaitu fungsi pertama bersifat kegunaan seharian, kedua, perubahan tajau kepada mata wang, ketiga, perubahan tajau kepada adat istiadat mengikut hukum adat Iban dan keempat perubahan kepada barang perhiasan rumah.

c. Perubahan Agama dan Kepercayaan

(3)

3

Sebelum kedatangan agama Kristian dan Islam, masyarakat Iban mempercayai ilmu alam dan kuasa-kuasa luar biasa. Kebanyakkan agama dan kepercayaan masyarakat Iban adalah agama Kristian dan Islam.3 Hal ini kerana masyarakat Iban sudah mengenal tuhan yang satu. Mereka didedahkan dengan kehidupan yang bersistematik dan mempunyai matlamat mengikut agama dan kepercayaan mereka. Masyarakat Iban yang beragama Kristian dan Islam tidak mengamalkan dan meninggalkan kepercayaan ilmu ghaib dan kuasa-kuasa luar biasa serta ritual Iban dalam upacara mereka. Justeru itu, ianya menjejaskan kedudukan tajau yang dahulunya dilihat sebagai barangan utama bagi masyarakat Iban.

Rajah 1:‘Tajau Lama’ masyarakat Iban di Sarawak

Gambar A Gambar B Gambar C

Gambar tajau A di Rumah Panjang Maja, Betong, gambar tajau B di Rumah Panjang Gua Sukat, Sri Aman, dan gambar tajau C di Rumah Panjang Kampung Nangka, Sibu. Ketiga-tiga gambar tersebut merupakan gambar yang diambil semasa kerja lapangan. Gambar A, B, dan C masih digunakan oleh masyarakat Iban untuk melakukan sesuatu upacara ritual mereka. Gambar A merupakan tajau menaga yang diperolehi informan daripada Rumah Panjang Maja, Betong,

Tajau ini bertujuan untuk menjaga kesejahteraan kehidupan masyarakat Iban. Walau

bagaimanapun, tajau tersebut masih berkelihatan baik dan berfungsi pada musim perayaan. Gambar B dan C diperolehi daripada informan dari Sri Aman dan Sibu. Gambar tersebut menunjukkan kedudukan tajau yang diletakkan di dalam sebuah bilik yang berasingan daripada bilik lain dan dijaga dengan baik kerana ia berkaitan dengan kepercayaan ritual masyarakat Iban.4

Fungsi Objek Tajau

Tajau bukan hanya dilihat sebagai satu barang biasa yang digunakan untuk kegunaan seharian,

malah dapat diaplikasikan dalam ritual dan kepercayaan masyarakat Iban. Di samping itu, fungsi objek tajau ini bukan dilihat pada kegunaannya semata-mata, malah ia berkaitan dengan aktiviti keagamaan terhadap konsep Tuhan (petara).5Pada zaman dahulu, tajau biasanya digunakan untuk menyimpan air, padi, beras, gula, barang kemas, pakaian dan wang, tetapi lama-kelamaan masyarakat Iban mempelbagaikan kegunaan objek tajau dalam upacara ritual. Objek tajau ini sangat penting dalam sebarang upacara ritual dan perayaan Gawai seperti Gawai Tajau dan

3 Maklumat informan Amin Bin Abdullah, 50 tahun 4 Informan daripada Amin Bin Abdullah, 50 tahun

(4)

4

upacara perayaan yang lain. Upacara ritual ini adalah bertujuan sebagai perubatan, pertanian, memohon hajat, memohon kesejahteraan rumah panjang Iban. Upacara ritual yang mengunakan objek tajau ini dapat dilihat menerusi komunikasi dua sehala antara kuasa ghaib melalui dengan upacara keagamaan masyarakat Iban. Objek tajau mempunyai semangat yang dapat dilihat oleh pemilik tajau tersebut, yakni tajau ini perlu disimpan rapi dan dijaga secara baik agar menjamin kesejahteraan masyarakat Iban yang mendiami di rumah panjang Iban. Masyarakat Iban percaya fungsi objek tajau mempunyai kaitan dengan kuasa-kuasa luar biasa akan meningkatkan lagi perpaduan masyarakat Iban yang sekian lama diwarisi oleh nenek moyang dan menjadi sebagai lambang kekayaan masyarakat Iban.

Tajau Dahulu sebagai Mata Wang Primitif

Barangan dari negeri China yang paling dihargai oleh kaum Dayak ialah tajau atau tempayan.

Tajau atau dikenali sebagai tempayan yang bersaiz kecil dan besar untuk menyimpan

barang-barang berharga. Setiap tajau ini mempunyai sistem fungsinya yang tersendiri. Oleh itu, tajau yang digunakan oleh kaum Dayak khususnya masyarakat Iban sangat mementingkan aspek penjagaan tajau. Penjagaan tajau ini sangat teliti dan berhemah agar ianya tidak pecah, rosak dan ia dianggap musibah jika tajau ini tidak dipelihara. Tajau amat dihargai oleh kaum Iban sebagai harta pustaka yang bernilai.

Rajah 2: Koleksi ‘tajau’Ambeng Anak Abong

Tajau Sekarang sebagai Barang Perhiasan

Pada masa kini, tajau bukan dilihat dalam upacara ritual lagi, malah ianya sudah menjadi sebagai barangan perhiasan yang sedia ada di setiap penjuru rumah. Rajah 2 merupakan koleksi tajau daripada Ambeng Anak Abong. Menurut informan, tajau kini dilihat sebagai barangan yang berbentuk perhiasan6. Di samping itu, tajau tersebut dijadikan sebagai hadiah kepada sesorang sebagai tanda perhormatan dan perhargaan. Hal ini kerana dengan kewujudan teknologi terkini yang mengubahsuai rupa fizikal tajau tersebut dengan barangan plastik yang mudah dibawa dan digunakan tanpa mengenakan sebarang kos yang tinggi. Kilang perindustrian yang wujud

(5)

5

memberi impak yang besar dalam kegunaan tajau. Jika dahulu masyarakat Iban beranggapan semakin banyak tajau yang dimiliki dan disimpan, semakin banyak harta kekayaan mereka. Ini menunjukan tajau merupakan simbol kekayaan dalam sistem sosial masyarakat Iban. Justeru itu, masyarakat Iban akan dipandang tinggi oleh golongan atasan dan bawahan kerana memiliki dan menyimpan tajau yang banyak. Walau bagaimanapun, tajau kini tidak seperti dahulu, perubahan

tajau dari aspek nilai sudah berubah.

Kesimpulan

Kesimpulannya, warisan tajau merupakan warisan yang sangat berharga bagi masyarakat Iban dan penting dalam melestarikan warisan tajau ini sebagai satu produk warisan budaya. Warisan ini merupakan penerimaan sesuatu secara turun-temurun oleh seseorang individu atau kelompok masyarakat daripada generasi yang terdahulu. Oleh itu, warisan tajau dikatakan sebagai harta warisan kebanggaan masyarakat Iban di Sarawak.

Bibliografi

Maciver, R.M. dan Page, C.H. (1970). Masyarakat: Satu Analisa Permulaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ms: 174

Rahimah Abd. Aziz, M. Y. (2000). Masyarakat, Budaya dan Perubahan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Ms: 21-22

Tugang, N. (2011). Tembikar Dalam Budaya Iban Di Sarawak. Kota Samarahan, Sarawak: Universiti Malaysia Sarawak. Ms: 50

Informan

Ambeng Anak Abong, 56 tahun, Rumah Panjang Kampung Nangka, Sibu, Pemilik tajau dan Pengamal Adat Istidat Rumah Panjang Iban, 13 Februari 2016

Amin Bin Abdullah, 50 tahun, di Rumah Panjang Kampung Nangka, Sibu, Pengamal Adat Istiadat Rumah Panjang Iban, 13 Februari 2016

Jembu Anak Umpoh, 53 tahun, di Rumah Panjang Majo, Betong, Pemilik tajau dan pengamal Adat Istiadat Rumah Panjang Iban, 4 Februari 2016

Ika Anak Awang, 86 tahun, di Rumah Panjang Kampung Gua Sukat, Sri Aman, Pemilik dan pengamal tajau, 16 Julai 2016

Gambar

Gambar tajau A di Rumah Panjang Maja, Betong, gambar tajau B di Rumah Panjang Gua Sukat,  Sri Aman, dan gambar tajau C di Rumah Panjang Kampung Nangka, Sibu

Referensi

Dokumen terkait

Menurut pendapat Patrick (2001, 401) preventive maintenance adalah kegiatan pemeliharaan dan perawatan yang dilakukan untuk mencegah timbulnya kerusakan-kerusakan yang

peternakan tersebut adalah penyebaran penyakit akan mudah menular ke ternak yang ada di sekitar peternakan karna pertahanan untuk mencegah tertularnya penyakit harus dengan

Variabel kualitas pelayanan (X) ini dapat di simpulkan bahwa kepuasan konsumen Toko Mandiri Textile Pasar Raya Padang dipengaruhi oleh keberwujudan ( tangible ), empati

Hal-hal yang perlu dianalisis meliputi: hasil pengamatan dan dokumentasi terhadap pelaksanaan pembelajaran menggunakan model pembelajaran Make A Match, mengevaluasi

Tapi mun seug manehna geus kawin, naha Mila ridoeun mun rejekina dibagi dua jeung keur indungna.. Ah, piraku da kacirina ge Mila mah bangun bageur, moal kawas Awit

Pengusul Kesesuaian keterlibatan pengusul yang tidak lebih dari dua kali (sekali sebagai ketua dan sekali sebagai anggota, atau kedua-keduanya sebagai anggota)

• - PPDGJ III, gangguan jiwa adalah pola perilaku atau psikologik yang secara klinis bermakna dan secara khas berkaitan dengan gejala,.. penderitaan (distress) serta hendaya

Penelitian juga dilakukan oleh Mardian Hadi Suryanto (2013) mahasiswa Universitas Lampung dengan menggunakan media power point untuk meningkatkan aktivitas dan