• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAHASA DAN PERANANNYA DALAM PENDIDIKAN Y (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "BAHASA DAN PERANANNYA DALAM PENDIDIKAN Y (1)"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

Seminar Penyelidikan Siswazah UNISZA (SEMPSIS) 2013

Peringkat Kebangsaan

(2)

BAHASA DAN PERANANNYA DALAM PENDIDIKAN: Suatu Perbahasan Ringkas tentang Konsep Makna dan Hakikat

Salina binti Ahmad

Calon Doktor Falsafah (Ph.D)

Pusat Kajian Lanjutan Islam, Sains dan Peradaban Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur

ABSTRACT

This paper observes rather briefly how the Western civilization perpetuate the Muslim world via their structured yet silent programme of neo-colonialism and secularization, namely into language and mind. How the Muslims react to the new development will be assessed in the traditional framework of the Sunnis which consistently discusses on meaning and reality of existence. This issue has integrally influences the perception of Muslims towards their religion and surroundings. The paper eventually evaluates the purpose of education in our national system and its internalization of the reality of existence, in this context Arabic language, in the process of education.

Keywords: neo-colonialism, secularization, islamization, education, language.

ABSTRAK

(3)

terhadap aspek-aspek penting kehidupan seperti bahasa dan pendidikan. Seterusnya kertas kerja ini cuba menelusuri tentang tujuan dan makna pendidikan di Negara ini dan keselariannya dengan makna dan hakikat kewujudan seperti yang telah dibahaskan. Kitab al-Taʿrīfāt oleh al -Jurjānī memperuntukkan tiga entri maʿnā, maʿānī dan maʿnawī: yang pertama apa yang dimaksudkan dengan sesuatu (mā yuqṣadu bi shai‟in), yang kedua merupakan bentuk jamak kepada yang pertama; manakala yang ketiga tidak melalui lisan/lafaz, tetapi maksudnya difahami/ditangkap oleh kalbu. (lā yakūnu al-lisān fīhi haẓẓun, wa innamā huwa maʿnan yuʿrafu bi al-qalbi). Hakikat kewujudan insan memperhatikan tujuan dalam kehidupan, letakduduk dan hirarki kewujudan; serta pengetahuan (ilmu) terhadap hirarki ini dan perakuan (amal) terhadapnya. Pengetahuan dan penerimaan terhadap perkara ini menjadi petunjuk bagi adab yang baik seorang insan. Tulisan ini cuba memperhatikan dan memperjelaskan hakikat kewujudan ini dalam suasana pendidikan di Negara kita.

Kata kunci: neo-kolonialisme, sekularisasi, islamisasi, pendidikan, bahasa.

Pendahuluan

(4)

I Perihal Globalisasi dan Pendidikan Moden

Dalam era moden ini, Negara ketiga berlumba-lumba meniru Barat supaya diterima dalam persaingan semasa. Persaingan tersebut melibatkan peningkatan dari segi ekonomi dan pendidikan yang menggunapakai konsep perubahan (change), pembangunan (development) dan kemajuan (progress) Barat. Sebenarnya inilah bentuk penjajahan atau imperialisme pasca moden yang menumpukan kepada minda sebagai sasarannya (Dascal 2009:1.1) dan bukan peperangan bersenjata dan politik seperti yang konvensionalnya diamalkan sebelum Order Dunia Baru. Amerika Syarikat menerajui Negara Eropah lainnya membuat „perubahan‟, menempuh „pembangunan‟ dan membina „kemajuan‟ untuk dilalui oleh bangsa dan Negara lainnya (Wan Daud 2010:3). Seperti yang disebutkan oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas beberapa dekad sebelumnya, Barat cenderung merasakan merekalah perintis kepada pengalaman kemanusiaan sejagat dan oleh itu bangsa-bangsa yang melalui jalan yang sama yang ditempuh oleh bangsa „maju‟ ini dalam pelbagai perkembangan sejarah, agama dan kebudayaan dianggap sudah pasti merintis jalan menuju kepada „perubahan‟, „pembangunan‟dan „kemajuan‟ yang sama (al-Attas 1978: 25; Wan Daud 2013: 7-8).

Terdapat dua reaksi utama terhadap proses neo-kolonialisme ini; penerimaan sepenuhnya dan penentangan sekeras-kerasnya (Dascal 2009: 1.3). Kedua-dua ekstremisme ini akhirnya disedari sebagai bukan pilihan terbaik bagi menyelesaikan masalah penjajahan minda yang dideritai oleh bangsa bukan Barat yang disebabkan oleh dominasi Tamadun Barat (Western civilization). Western civilization ditakrifkan oleh al-Attas (1978: 134) sebagai “the civilization that has evolved out of the historical fusion of cultures, philosophies, values and aspirations of

ancient Greece and Rome; their amalgamation with Judaism and Christianity, and their further

(5)

Singapura, di mana terdapat ajakan kepada penilaian semula epistemic framework dalam bidang sains sosial yang dilihat begitu eurocentric dalam pendekatan pengajarannya (al-Attas, 2001).

Dalam konteks Malaysia dan secara khususnya pendidikan Islam, antara tokoh paling penting yang membicarakan tentang islamisasi ilmu adalah Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas (al-Attas, 1999). Beliau merupakan orang yang pertama membahaskan tentang islamisasi dan mengetengahkan cara bagaimana menghadapi proses pemBaratan (Westernisasi) ini dengan sewajarnya. Beliau melihat pendidikan sebagai aspek yang patut dibuat penyaringan dengan bahasa sebagai medium penting yang digunakan oleh Barat untuk mengubah pemikiran manusia sejagat. Oleh yang demikian pendidikan dan bahasalah akhirnya yang menjadi sasaran bagi Barat melancarkan serangannya terhadap umat Islam. Matlamat akhirnya adalah untuk memastikan umat Islam terputus dari akar umbi mereka sehingga tidak mampu lagi mempertahankan pandangan hidup dan jatidiri mereka. Dalam Islam and Secularism khususnya bab V The Dewesternization of Knowledge (al-Attas, 1978) beliau membincangkan dengan panjang lebar tentang latar belakang Barat dan bagaimana mereka melihat dunia ini dari kacamata sekular. Sekularisme inilah yang ingin diterapkan kepada masyarakat dunia lainnya dan proses sekularisasi ini telah menjadi agenda falsafah mereka untuk menjajah minda selain mereka. Apa yang mereka terlupa adalah pengalaman mereka tidak semestinya sesuai untuk diterapkan kepada bangsa-bangsa yang berbeza di dunia ini. Keangkuhan inilah yang telah membutakan mata mereka dan menyebabkan mereka mejeneralisasikan apa yang baik untuk diri mereka terhadap orang lain juga. Bangsa bukan Barat pula mempunyai suatu perasaan rendah diri terhadap Barat setelah dijajah secara fizikal selama beratusan tahun dahulunya. Sikap ini menjadikan semacam timbul suatu stigma dalam masyarakat dunia ketiga khasnya bahawa “kemajuan” adalah dengan mengikut Barat walaupun masih terdapat sesetengahnya yang memberi reaksi yang sangat ekstremis terhadapnya.

(6)

pengalaman Barat; dan (3) bahawa yang demikian itu menjadikan ia suatu kewajipan kepada Muslim untuk mengislamkan ilmu-ilmu semasa (khasnya sains sosial) melalui penyaringan istilah-istilah dan perkataan-perkataan utama yang digunakan yang mana menyampaikan pandangan alam Islam tentang kebenaran (reality and truth) (Wan Daud 1998: 291). Perbahasan dalam kertas kerja ini secara umumnya akan berkisar tentang tiga perkara penting ini.

II Perihal Makna dan Hakikat

Konsep “makna” dan “hakikat” yang tidak difahami dengan betul dalam kehidupan insan moden boleh membawa kepada pertentangan dan polemik yang besar dalam masyarakat. Persepsi yang berbeza dalam masyarakat tentang hakikat kehidupan menjadi sebab bagi kekeliruan kefahaman golongan-golongan dalam masyarakat yang akhirnya membawa kepada pertentangan dalam pendapat dan permusuhan politik dan agama. Contoh paling jelas di Malaysia ialah apabila dalam Pilihanraya Umum yang ke-13 baru-baru ini, parti politik bertentangan menggunakan isu-isu moral dan agama untuk menjatuhkan pihak selain mereka. Istilah-istilah pengkhianatan, persamaan hak, keadilan sehinggalah penggantian kalimah “Allah” untuk “god” di dalam bible

versi Melayu dicanangkan sehabisnya bagi menjustifikasikan tindakan mereka masing-masing. Polemik dan pertentangan sebegini amatlah menyedihkan dalam keadaan umat Islam perlu bangkit daripada keruntuhan pemikiran dan penjajahan minda.

Sebenarnya istilah makna memang sudah sangat biasa didengar bahkan diberikan „makna‟

(7)

1. maʿnā ,

iaitu sesuatu yang menunjukkan maksud akan sesuatu (mā yuqṣadu bi shai‟in),

2. maʿānī , (iaitu bentuk jamak kepada yang pertama): hiya al-ṣūrah al-zihniyyah min

ḥaitsu annahū wuḍiʿa bi izāihā al-alfāẓ al-ḥāṣilah fi al-ʿaql, famin ḥaitsu annahā tuqṣadu bi al-lafẓi summiyat maʿnan, wamin haitsu annahā tuḥṣalu min al-lafẓ fi

al-ʿaql summiyat mafḥūman, wamin haitsu annahū maʿqūlun fī jawābi mā huwa

summiyat māhiyyatan, wamin haitsu tsubūtihī fi al-khāriji summiyat ḥaqīqatan,

wamin haitsu imtiyāzihī ʿani al-aghyār summiyat huwiyyatan

di mana telah diterjemahkan oleh al-Attas sebagaimana berikut: “Meaning is an intelligible form with regard to which a word, an expression, or a symbol is applied

to denote it. When that word, expression, or symbol becomes a notion in the mind

(ʿaql: nuṭq) it is called the „understood‟ (mafhūm). As an intelligible form that is

formed in answer to the question “what is it?” it is called „essence‟ (māhiyyah).

Considered as something that exists outside the mind, or objectively, it is called

„reality‟ (ḥaqīqah). Seen as a specific reality distinguished from the others, it is

called „individuality‟ or „individual existence‟ (huwiyyah)….” (al-Attas 1995: 123; 1999: 15).

3. maʿnawī : lā yakūnu al-lisān fīhi haẓẓun, wa innamā huwa maʿnan yuʿrafu bi al -qalbi; yang bermaksud “tidak melalui lisan/lafaz, tetapi maksudnya difahami/ditangkap oleh kalbu”. Makna pada entri yang ketiga ini sesuai dengan bahasa yang difahami kebanyakan daripada kita sebagai bahasa badan dan ekspresi wajah. (Terjemahan entri pertama dan ketiga adalah dengan bantuan pensyarah penulis di CASIS, Prof. Madya Dr. Khalif Muammar b. Harris).

Adalah penting untuk penulis nyatakan di sini bahawa perkataan “maksud” atau “qaṣad” itu

(8)

Adalah suatu kelebihan yang diiktiraf pada bahasa Arab di mana perkataan-perkataannya saling mentakrifkan dan melengkapkan antara satu sama lain.

Dalam perbahasan tentang hakikat pula amatlah layak diketengahkan di sini apa yang disebutkan oleh Abū Ḥafṣ ʿUmar Najm al-Dīn al-Nasafī (meninggal dunia 537H/1142M), salah seorang daripada ulamak terulung Ahli Sunnah wal Jamaah aliran al-Māturīdī dan merupakan pakar rujuk bagi feqah mazhab Hanafi (meninggal dunia 333H/944M). Beliau telah menulis suatu kitab kecil yang menjadi ringkasan pernyataan akidah Islam yang pertama dikenali sebagai ʿAqā‟id Nasafī. Pernyataan akidah Islam tersebut telah mendapat sambutan yang sangat hebat dalam alam Islam dan menjadi dokumen yang paling banyak disyarahkan. Antara Kitab yang terkenal yang menjadi tafsīr kepada dokumen tersebut ialah yang dikarang oleh Saʿad al-Dīn al

-Taftāzānī (meninggal dunia 791H/1387/8M).

Pernyataan tersebut dimulakan dengan: “Qāla ahl al-ḥaqq aʿazzahum Allāhu abadā:

ḥaqā‟iq al-ashyāi tsābitah wa al-ʿilmu bihā mutaḥaqqiqun, khilāfan li al- Sūfasṭā‟iyyah ,” (al-Attas 1988:6-7). Teks berbahasa Melayu bagi pernyataan tersebut adalah (penulis mengambil terjemahan bermula daripada):

“Berkata Shaykh, Imām yang mahabesar, yang pandita, yang berbuat takut, bintang sharīʿat dan agama, guru segala imām dan segala ʿulamā‟, Imām Kedua Ḥarām (yaʿnī Makkah dan Madīnah), yang memeri fatwā (yaʿnī ḥukum) akan isi mashriq dan maghrib Bapa Ḥafṣ timangnya, ʿUmar namanya, anak Muḥammad, chuchu Aḥmad, Nas[a]fī nama benuanya – dikelubung Allāh kiranya dengan ampunNya dan didiamkanNya ia pada sama-tengah shurgaNya!:

(9)

Al-Nasafī meletakkan perbincangan tentang hakikat sebagai perkara pokok dalam ilmu akidah. Dalam Islam, kebenaran tentang sesuatu adalah tetap dan tidak berubah-ubah mengikut keadaan dan hawa nafsu; berbeza dengan pandangan para Sophist tentangnya. Bagi mereka, kebenaran itu tidak tetap dan boleh berubah-ubah. Terdapat mereka yang mendukung pandangan ini yang menafikan kebenaran sesuatu, dan menafikan kebarangkalian mendapat ilmu yang benar. Mereka ini meliputi golongan agnostik (al-lā adriyyah) yang ragu tentang adakah sesuatu itu benar-benar wujud atau tidak, golongan subjektivis epistemologi (al-ʿindiyyah) yang percaya kebenaran adalah subjektif dan bergantung kepada pendapat peribadi; dan monist (al-ʿinādiyyah) yang menafikan terus kewujudan dan benda adalah sebenarnya khayalan sahaja (al-Attas 1988: 47-8, 65). Implikasi daripada pandangan golongan Sophist ini adalah penolakan terhadap sumber ilmu yang ditatang oleh Islam iaitu pancaindera yang lima (al-ḥawāss al-khams), berita yang benar (al-khabar al-ṣādiq) dan akal. Secara mudahnya, golongan Sophist mendatangkan bahaya kepada agama kerana sebahagian mereka menolak wahyu sebagai salah satu sumber ilmu dan kepada ilmu pengetahuan seluruhnya kerana sebahagian mereka meragui pancaindera dan akal sebagai sumber yang lain.

III Penerapan Makna dalam Sistem Pendidikan Semasa

(10)

dan Afrika telah diubah supaya menyamai apa yang dibawa dari Tamadun Barat. Menjadi “modern and civilized” dan diterima sebagai “Western equal” adalah bererti menjadi

Westernized” (Wan Daud 2013: 6-8).

Falsafah dan amalan universiti moden bermula kurun ke-20 adalah berdasarkan model Barat, yang telah berubah secara perlahan-lahan daripada orientasi agama-falsafah idealis kepada pembangunan nasional, dan seterusnya pragmatik. Bermula tahun1990an, falsafah dan pentadbiran universiti telah menjadi semakin pragmatik dari segi kewangannya sehinggakan pendidikan tinggi dan penghasilan ilmu (knowledge production) telah menjadi industri yang menguntungkan, neo-liberalisme dan managerialisme baru menganggap pelajar terutama pelajar antarabangsa sebagai pengguna (consumer) dan pengalaman warga jagat (cosmopolitan experiences) sebagai penggunaan (consumption). Universiti Barat telah hilang matlamat dalam pendidikan, professor di universiti menjadi semakin mengkhusus (specialized) dalam bidangnya masing-masing dan hanya berminat tentang kajian semata-mata sehinggakan para pelajar dibiarkan tanpa arah. Universiti bukan lagi tempat yang prihatin tentang nilai atau sekurang-kurangnya cara berfikir yang betul; ia akhirnya telah menjadi pasar yang memperniagakan pengeluaran, pertukaran dan penggunaan maklumat yang berguna bagi pihak yang menyediakan gran dan pembiayaan seperti koperasi, kerajaan dan majikan (Wan Daud 2013: 27-30).

Di sinilah letaknya lompang yang perlu diisi dengan konsep makna dan hakikat seperti yang cuba dilakukan dalam penulisan ini. Sistem pendidikan dalam Islam, terutama universiti, sepatutnya mencerminkan insan baik, dan bukannya Negara atau koperasi perniagaan seperti yang terkandung dalam falsafah sekular. Insan, dalam Islam, mempunyai dua sisi iaitu badan dan ruh yang tidak boleh dipisahkan dan merupakan microcosma bagi seluruh alam ini (al-Attas 1978: 135-136, 1999: 40). Insan yang menjadi cerminan dalam semua aspek universiti ini bukanlah sebarangan orang tetapi Insan Universal atau Insan Sempurna (al-insān al-kulliyy atau

al-insān al-kāmil). Idea tentang Insan Universal atau Insan Sempurna ini sebenarnya telah mempunyai sejarah yang panjang dalam tradisi keilmuan Islam, terutama sepertimana yang difahami, diamalkan dan disebarkan oleh ahli Sufi yang tinggi martabatnya seperti Ikhwān al

(11)

Sadra), Nur al-Dīn al-Rānīrī dan lain-lain. Insan Universal telah dikenalpasti sebagai Nabī Ādam (AS) dan berakhir dengan Nabī Muḥammad (SAW) dalam manifestasinya yang paling sempurna. Oleh yang demikian, universiti Islam sepatutnya mencerminkan Rasulullah (SAW) dari segi ilmu dan amal dalam usahanya melahirkan lelaki dan perempuan Muslim yang mencerminkan kualiti Rasulullah (SAW) sebanyak yang mungkin pada diri mereka berdasarkan potensi dan kemapuan masing-masing. Inilah yang dimaksudkan oleh al-Quran bilamana Rasulullah (SAW) menjadi model terbaik (uswah ḥasanah) bagi orang Islam (al-Aḥzāb 33:21) (Wan Daud 2013: 31-2).

Matlamat akhir pendidikan bukan sahaja menjadi fokus utama ilmuwan Islam, tetapi perkembangan semasa dalam bidang pendidikan di Barat telah menunjukkan timbulnya suatu perdebatan dan kecenderungan untuk kembali kepada falsafah klasik dalam menentukan hala tuju pendidikan zaman moden. Dalam perkembangan tersebut, guru-guru digesa melihat kepentingan falsafah dalam bidang pendidikan, melalui perkaitan antara falsafah pengajaran (teaching philosophies), falsafah pendidikan (educational philosophies) dan falsafah (philosophy). Pengaruh elemen-elemen penting falsafah dinyatakan secara khusus dalam pelbagai aspek pendidikan (Beatty, Leigh & Dean 2009: 101-105).

Konsep pendidikan dan elemen yang terlibat di dalamnya bagi al-Attas merupakan perkara terpenting dalam penggubalan dan pelaksanaan satu-satu sistem pendidikan. Makna pendidikan itu sendiri boleh dirumuskan sama ada dengan melihat kepentingan prosesnya atau isi kandungannya. Makna pendidikan dengan kepentingan proses ialah seperti yang ditakrifkan sebagai “education is a process of instilling something into human beings”. Proses “instilling

merujuk kepada kaedah dan sistem dalam mana satu-satu pendidikan itu disampaikan, “something” merujuk kepada isi kandungan yang disampaikan; dan “human beings” merujuk

(12)

memperjelaskan konsep pendidikan dengan takrifan tersebut, beliau menjelaskan konsep-konsep lain yang berkait rapat dengannya iaitu konsep insan dan konsep ilmu. Insan ialah haiwan yang berakal dan konsep akal di sini dijelaskan sebagai merangkumi kedua-dua pengertian ratio dan

intellectus sebagai mana yang difahami oleh Barat. Ilmu pula ialah “the arrival (ḥuṣūl) in the soul of the meaning of a thing or an object of knowledge” atau pun “the arrival (wuṣūl) of the

soul at the meaning of a thing or an object of knowledge”. Konsep pendidikan dalam Islam ialah

menyampaikan makna ini dan ia terkandung dalam pengertian adab. Formulasi pendidikan ini telah julung kalinya dipersembahkan oleh beliau pada Persidangan Pertama Dunia tentang Pendidikan pada bulan Mac 1977 di Makkah al-Mukarramah. Formulasi yang dikemukakan beliau ini telah menjadi titik tolak bagi pemahaman falsafah pendidikan Islam dan Islamisasi Ilmu (al-Attas 1999: 2, 4-5).

Tujuan atau maksud pendidikan semasa iaitu melahirkan warganegara yang baik patut digantikan dengan tujuan yang sebenarnya iaitu melahirkan insan yang baik. Jika ada pihak yang bertanya apakah perbezaan antara warganegara dan insan? Maka jawapan bagi persoalan tersebut adalah warganegara (citizen) dan insan berbeza dari segi tujuan hidup dan pertanggungjawabannya. Warganegara hidup berbakti kepada Negara tetapi insan lebih daripada itu berbakti kepada dirinya dan orang lain dengan mentaati Tuhannya. Warganegara bertanggungjawab kepada Negara dan selagi mana ia hidup ia akan berusaha untuk memakmurkan negaranya dalam semua aspek kenegaraan terutamanya dalam ekonomi dan pengurusan sumber Negara. Tetapi insan bertanggungjawab terhadap Tuhannya, dan tanggungjawab tersebut meliputi tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga masyarakat dan pemeintah. Warganegara tidak mempedulikan nilai dan akhlak walaupun amat taat kepada undang-undang. Insan melaksanakan tanggungjawabnya kerana kepercayaannya yang jitu kepada Penciptanya walaupun tidak ada penguatkuasaan undang-undang.

(13)

worldview dan melibatkan kehilangan jati diri serta kerendahan martabat diri. Apa yang diistilahkan oleh Prof. Dr. Wan Mohd. Nor Wan Daud sebagai dynamic stabilism adalah paling tepat diketengahkan dalam usaha mempertingkatkan kelebihan diri dan organisasi. Dynamic stabilism adalah suatu proses di mana umat Islam menggabungkan (incorporate), mengambil (adopt) dan memadankan (adapt) pelbagai pengaruh dari luar seperti idea, konsep dan amalan berdasarkan pandangan alam (akidah), akhlak dan undang-undang Islam yang telah sedia mantap lagi mapan dalam diri mereka (Wan Daud 2013: 20-1; Wan Daud, Uthman 2010: 50-1).

(14)

IV Hakikat Bahasa dan Penerapan Konsep Adab dalam Konteks Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di Malaysia

Di Malaysia, kepentingan mempelajari bahasa Arab dilihat sebagai sebahagian daripada tanggungjawab seorang Muslim. Falsafah pengajaran bahasa Arab berkembang bersama dengan kurikulum pengajian akhlak Islam. (Yaakub 2007: 62). Dalam Falsafah Pendidikan Islam disebutkan: “Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar, dan Negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat” (Yusopp 2003: 35).

Falsafah yang digariskan ini adalah selari dengan tujuan belajar tradisi. Burhān al-Dīn al -Zarnūjī (penghujung kurun ke-12M – permulaan kurun ke-13M), seorang tokoh pendidikan yang menulis tentang isu-isu pendidikan dan metod pembelajaran pada zaman pertengahan Islam menjelaskan tentang tujuan belajar: “Niat adalah penting pada waktu menuntut ilmu, kerana ia merupakan asal kepada setiap perbuatan, seperti sabda Rasulullah SAW : setiap perbuatan itu diukur dengan niat, hadis sahih, dan sabdanya lagi : berapa banyak amalan yang berupa dengan rupa amalan dunia tetapi menjadi amalan akhirat disebabkan niat yang baik, dan berapa banyak amalan yang berupa dengan amalan akhirat tetapi akhirnya menjadi amalan dunia disebabkan niat yang jahat; dan adalah merupakan satu kemestian bagi seorang pelajar berniat mendapatkan redha Allah, dunia Akhirat, menghilangkan kejahilan daripada dirinya dan orang lain, menghidupkan agama dan mengekalkan Islam; sesungguhnya Islam akan kekal dengan ilmu dan tidak sah zuhud dan taqwa itu dengan kejahilan... (terjemahan penulis)” (Az-Zarnūjī 1947: 1, pengenalan).

(15)

pelajar mengenali kedudukan Allah sebagai Penciptanya dan pelajar sebagai hamba Allah yang melaksanakan segala perintah dan laranganNya. Dalam proses mengenali diri dan Pencipta, seorang pelajar perlu menggunakan akal dan wahyu sebagai sumber. Al-Qur‟ān sebagai sumber utama bagi pelajar memahami agama adalah dalam bahasa Arab. Dalam konteks pendidikan Islam ādāb menyebabkan pelajar mengenali bahasa Arab sebagai ilmu alat bagi memahami sumber wahyu iaitu al-Qur‟ān dan al-Hadīth. Kedudukan bahasa Arab sebagai ilmu alat akan memberi perangsang kepada pelajar untuk menguasainya dengan baik dan seterusnya mencapai apa yang dicitakan dalam Falsafah Pendidikan Islam.

Menurut Imām al-Ghazālī, ilmu, jika dibahagikan mengikut tujuan belajar (al-ghardh), terbahagi kepada dua kategori iaitu syar„iyyah dan bukan syar„iyyah. Ilmu syar„iyyah ialah ilmu yang diambil manfaat daripada para nabi dan bukan dipandu oleh akal seperti Matematik, pengalaman seperti perubatan atau pendengaran (simā„) seperti bahasa. Ilmu syar„iyyah

terbahagi kepada empat iaitu usūl (asas), furū„ (cabang), muqaddimāt (pengenalan) dan mutammimāt (pelengkap). Bahasa Arab termasuk dalam muqaddimāt (pengenalan) iaitu ilmu yang dipanggil ilmu alat seperti bahasa dan naḥu yang diperlukan untuk mempelajari Kitab Allah dan Sunnah RasulNya. Ilmu alat bukanlah ilmu syar„iyyah tetapi wajib dipelajari kerana syariat Islam diturunkan dalam bahasa Arab. Antara ilmu alat yang lain ialah ilmu penulisan (walaupun tidak semestinya wajib kerana hafalan juga boleh menggantikan tulisan). (al-Ghazālī 2003: Jilid 1 30-1).

Ibnu Khaldūn pula dalam pembicaraannya tentang ilmu alat menyebut: “Ketahuilah bahawa ilmu-ilmu yang diketahui oleh para sejarawan adalah dalam dua bahagian: ilmu yang dipelajari kerana dirinya sendiri, seperti ilmu al-syarʻiyyāt yang terdiri daripada tafsīr, ḥadith,

fiqh dan kalām; al-ṭabīʻiyyāt dan al-ilāhiyyāt seperti falsafah; dan ilmu yang menjadi medium atau alat untuk ilmu-ilmu tadi seperti bahasa Arab dan kira-kira untuk ilmu syarʻiyyāt; dan logik untuk falsafah.” (Khaldūn 1993: 41).

(16)

yang demikian mengetahui ilmu berkenaan bahasa ini adalah perlu bagi mereka yang menuntut ilmu agama. Antara bahasa (ṣarf) dan nahu terdapat perbahasan di kalangan ulamak bahasa tentang manakah yang lebih penting antara keduanya (Khaldūn 1993: 469).

Daripada perbahasan Ibnu Khaldūn di atas, dapat disimpulkan dua perkara. Pertamanya, bahasa Arab adalah ilmu alat yang mempunyai fungsi dan batasan tersendiri. Dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di peringkat menengah, bahasa Arab sepatutnya berfungsi dengan baik sebagai bahasa perantara agama. Matlamat sukatan pada akhirnya mampu membolehkan pelajar membaca teks Arab dengan baik, memahami dan mampu memberikan analisa. Kedua, pelajar bahasa Arab dalam pendidikan Islam patut diajar bahasa tersebut dengan semua cabangnya. Perkara ini telah pun dilaksanakan dengan serius di sekolah dan institusi bukan kerajaan namun wajar diperluaskan di semua peringkat pendidikan Islam.

Agama Islam disampaikan kepada manusia melalui perantaraan bahasa. Berbeza daripada kebudayaan-kebudayaan lain, kebudayaan Islam bersifat kebudayaan sastera atau persuratan. Ertinya, kesan Islam pada sejarah sesuatu bangsa dilihat pada pemikiran bangsa berkenaan yang diungkapkan melalui bahasa, dan bukan kesenian bangunan, lukisan dan ukiran.Dari awal lagi kaum Muslimin diajarkan agamanya dan hakikat-hakikat yang mendasarinya melalui bahasa.Selaras dengan itu agama Islam sejak dari mula telah memelihara sumber-sumbernya iaitu al-Qur‟ān dan al-Sunnah; dan memelihara alat bagi memanfaatkan sumber-sumber itu iaitu akal dan bahasa.Bagi memelihara sumber-sumbernya timbul ilmu-ilmu qira‟āt dan tafsīr, dan ilmu-ilmu yang bersangkut-paut dengan periwayatan hadith. Bagi memelihara alatnya timbul ilmu bahasa dan manṭiq (logik) (Ahmad 2010: 2-3).

(17)

yang saintifik, dan dalam perbincangan seterusnya sifat saintifik ini akan dibicarakan secara khusus.

Ilmuwan Islam dahulu dan semasa telah pun membincangkan tentang isu ilmu dalam Islam secara saintifik ini. Imām al-Ghazālī misalnya membuat pembahagian ilmu kepada kategori-kategori yang telah disebutkan di atas dan kemudian menjelaskan ciri yang ada pada setiap kategori beserta contoh dan sebab dinyatakan demikian. Demikian juga Ibnu Khaldūn dalam pengenalan kepada Kitabal-ʻIbar telah membuat pembahagian bab yang tersusun yang membicarakan tentang manusia dan tamadun, Negara dan kesultanan, dan kategori-kategori ilmu. Pengenalan kitab tersebut telah menjadi garis panduan kepada ilmu sosiologi moden.

Dalam konteks bahasa Arab, al-Attas telah menjelaskan maksud „saintifik‟ sebagai sifat kepada sains, iaitu penjelasan terhadap hakikat sesuatu (al-Attas 1999: 2). Sesuatu yang saintifik ialah yang didasarkan kepada ilmu dan mengikut tatatertib ilmiah, bukan berdasarkan deria dan perasaan semata-mata (al-Attas 1972: 31). Bahasa Arab adalah bahasa yang saintifik. Sifat saintifik itu telah disebutkan dalam al-Qur‟ān sebagai “yang keterangan tanda-tandanya dan pembicaraannya jelas dan tertib teratur (Kitābun fuṣṣilat āyātuhu)”, dan “yang tiada rumit „berbengkang-bengkok‟ (ghayra dhī„iwajin)”. Sifat saintifik bahasa al-Qur‟ān itu disebut sebagai “penjelasan (bayān), sesuatu yang sudah jelas (mubīn) yang dengan sendirinya membuktikan diri (bayyinah)” (al-Attas 1972: 38). Prof. Dr.Wan Mohd. Nor Wan Daud menjelaskan tentang teori saintifik bahasa Arab oleh al-Attas: “….Many of the Qur‟ānic commentaries carried out by

Muslims in these last two centuries, according to al-Attas, are not really tafāsīr (pl. of tafsīr),

precisely because they do not strictly adhere to the stated criterion. Even though ta‟wīl seeks to interpret the ambiguous (mutashābihāt) verses, still it must consider the relevant clear ones for support. Furthermore, these methods can be effectively applied and relied upon because they are

rooted in the scientific nature of the Arabic language, by which he means that Arabic has a

system of roots with a set of interrelated basic meanings which protects its words and ideas from

subjective interpretations and societal changes….” (Wan Daud 1998: 36).

(18)

ketepatan saintifik (scientific precision) apabila menyentuh soal makna (meaning), terutama makna yang menyampaikan kebenaran yang mutlak dan objektif. Walau bagaimanapun, bahasa Arab tidak tergolong dalam kumpulan bahasa ini apabila menyentuh soal makna tadi. Ini disebabkan oleh beberapa faktor berikut :

i. Struktur linguistiknya dibina di atas sistem „akar‟ yang teguh.

ii. Struktur maknanya (semantic) ditentukan oleh „medan‟ makna yang jelas yang

menentukan struktur konseptual yang wujud dalam perbendaharaan katanya, yang juga disebabkan oleh sistem „akar‟ tadi.

iii. Perkataan-perkataan, makna-makna, tatabahasa dan prosodynya telah direkod dan disusun sebegitu rupa (secara saintifik) untuk memastikan kekekalan semantiknya (semantic permanence) (al-Attas 1999: 2-3).

Sejak zaman awal kemunculan Islam, ahli leksikologi Islam telahpun menyedari tentang sifat saintifik pada bahasa Arab . Orang Arab merupakan bangsa yang paling awal menyusun kamus.Dalam masa lebih daripada 1000 tahun yang lepas , sejak zaman Ibnu ̒Abbās sehingga Sayyid Murtaḍā al-Zābidī, ilmuwan Muslim telah berusaha menghasilkan berjilid-jilid lexicons, bagi memastikan keaslian dan makna yang autoritatif dalam bahasa Arab. Dalam karya-karya agung ini, perekodan perkataan dan perletakan simbol (signification) dan penggunaannya yang betul dijelaskan dengan tepat, terperinci, lengkap dengan rujukan (citation) di setiap perbahasan.

Kerana sifat saintifik bahasa Arablah maka ilmu yang pertama Islam iaitu tafsīr dapat muncul. Dalam tafsīr tidak ada ruang untuk tekaan atau syak, atau andaian berdasarkan bacaan yang subjektif, atau kefahaman berdasarkan relativisme sejarah. Sebaliknya tafsīr diasaskan kepada al-Qur‟ān dan al-hadīth dengan disokong oleh ilmu tentang „medan makna‟ yang menentukan struktur konseptual perbendaharaan kata al-Qur‟ān yang menggambarkan visi hakikat dan kebenaran Islam (al-Attas 1999: 2-3).

(19)

Kajian tentang sifat saintifik bahasa Arab pada akhirnya akan membawa kepada perbahasan tentang metod analisis semantik dan medan maknanya. Tokoh moden yang mempelopori metod ini ialah Toshihiro Izutsu yang membincangkan tentang konsep-konsep penting dalam al-Quran. Kata beliau tentang metod semantik analisis yang digunakannya:

“ …semantics as I understand it is an analytic study of key-terms of a language with a view to arriving eventually at a conceptual grasp of the weltanschauung or

world-view of the people who use that language as a tool not only of speaking and

thinking, but, more important still of conceptualizing and interpreting the world

that surrounds them. Semantics, thus understood, is a kind of

weltanschauungslehre, a study of the nature and structure of the world-view of a

nation at this or that significant period of its history, conducted by means of a

methodological analysis of the major cultural concepts the nation has produced

for itself and crystallized into the key-words of its language.” (Izutsu 2008: 3)

Kajian tentang bahasa menurut takrifan beliau adalah seiring dengan kajian tentang pemikiran bangsa tersebut kerana bahasa yang digunakan oleh mereka memancarkan cara mereka membina konsep terhadap alam ini dan menterjemah apa yang ada di sekeliling mereka. Semantik atau makna dalam konteks ini diwakili oleh kata kunci-kata kunci utama dalam kerangka pemikiran satu-satu bangsa. Pemahaman terhadap kata kunci- kata kunci ini akan membawa kepada pemahaman terhadap pandangan hidup mereka terhadap alam iaitu apa yang disebut sebagai

worldview.

(20)

(unta) dan susunya; kerana sesungguhnya karīm ialah seorang yang boleh mempertahankan (kehormatan yang telah diperturunkan dari generasi sebelumnya)”.

Makna perkataan ini telah mengalami perubahan drastik dengan kedatangan Islam. Al-Quran telah menggandingkan perkataan karam dengan taqwā dalam surah al-Ḥujurāt yang bermaksud: “ Surely the noblest of you all in the sight of Allah is one who is characterized by the greatest taqwa.” (49: 13). Gandingan dua perkataan ini tidak pernah terfikir oleh minda masyarakat Arab Jāhilī. Maksud lama perkataan karīm telah digantikan dengan maksud baru yang berkait rapat dengan ketaatan kepada Allah yang satu. Perubahan ini telah menjadi satu kejutan pemikiran akhlak orang Arab pada masa itu. Kemuliaan bukan lagi dinilai dengan keturunan dan pembaziran, tetapi sebaliknya ketakutan kepada Allah SWT. Dalam ayat yang lain Allah menyatakan dalam al-Quran (2: 266) yang bermaksud: “expands of his wealth simply for the pleasure of an ostentatious display, and not from his belief in Allah and the Last Day” dan

(17: 28-9): “Give the kinsman his due, and the poor, and the wayfarer. But never waste in sheer waste for those who squander are brothers of Satan, and Satan is ever ungrateful o his Lord”.

Pandangan alam orang Arab Jāhilī dan selepas kedatangan Islam adalah berbeza. Al-Quran dengan bahasa Arab baru yang saintifik telah mengubah konsep dalam kata kunci-kata kunci utama mereka. Perubahan inilah yang dimaksudkan oleh al-Attas sebagai Islamisasi bahasa. Berkenaan dengan islamisasi bahasa ini Wan Mohd. Nor Wan Daud (1998: 36) menjelaskan:

….The rise of Islam saw the Islamization of the Arabic language. Even then Islam did not change the basic meanings imbedded in the roots of the words but it

caused a rearrangement, and in some cases radical transformation, of the

semantic field of the key words or concepts to accord with the Islamic worldview.

The new Islamized Arabic is exemplified in the Qur‟ān and the ḥadīth of the

Prophet. It is this Islamized Arabic which is scientific, for it conveyed an absolute

(21)

Medan makna (semantic field) ialah medan yang mana di dalamnya digambarkan struktur konseptual yang ditandai oleh satu perkataan atau istilah. Satu medan makna kadang-kala menindih satu medan makna lain; ertinya satu struktur konseptual itu kadang-kala saling berkaitan dengan struktur konseptual yang lain seperti yang ditunjukkan dalam perbendaharaan kata Islam. „Perbendaharaan kata Islam‟ di sini tidak bermaksud susunan abjad dari awal hingga akhir seperti dalam kamus; sebaliknya ia bermaksud semua istilah Arab yang saling berkaitan dalam corak yang bermakna menggambarkan suatu pandangan hidup yang betul-betul berdasarkan al-Qur‟ān (Wan Daud 1998: 5).

Dalam perbendaharaan kata Islam, terdapat sebahagian kecil kata kunci yang menjadi perbendaharaan kata Islam yang asas. Perbendaharaan kata Islam yang asas inilah yang menggambarkan pandangan hidup Islam dalam minda seorang Muslim. Perbendaharaan kata Islam yang asas ini telah menyerap dalam bahasa-bahasa Islam seperti Melayu, Parsi dan Urdu dengan tersebarnya Islam. Dengan cara ini bahasa orang Islam selain Arab telah diislamisasikan. Islamisasi bahasa terjadi sekaligus dengan islamisasi akal dan islamisasi pandangan terhadap hakikat dan kebenaran. Dalam sejarah orang Arab, bahasa Arab al-Qur‟ān telah mengubah struktur konseptual kata kunci bahasa Arab Jāhilī dengan begitu hebat sehingga mengakibatkan perubahan dalam keseluruhan medan makna dalam perbendaharaan kata Arab sebelum Islam. Walau pun perkataan-perkataan yang sama digunakan dalam al-Qur‟ān dan era pra-Islam, namun konsep yang dipancarkan oleh perkataan-perkataan tersebut dan peranannya tidak terbit daripada pandangan hidup Jāhilī. Islamisasi bahasa ini terkandung dalam penstrukturan semula dan pembentukan semula struktur konseptual, medan makna, perbendaharaan kata dan perbendaharaan kata asas bahasa Arab oleh al-Quran.

(22)

Arab dan pendidikan Islam. Ketetapan makna inilah yang akan memberikan pandangan hidup Islam yang menyeluruh kepada pelajar. Pandangan hidup Islam yang menyeluruh akan membantu pelajar memahami agama dengan baik dan menghadapi segala cabaran dalam dunia moden ini. Memetik kata-kata al-Attas tentang permasalahan bahasa: “The difficulty of the problem is that it is not simply a matter of language, but a matter of worldview.” (al-Attas 1999: 12).

Penutup

(23)

REFERENCES

Al-Attas, Syed Muhammad. 1978. Islam and Secularism. Kuala Lumpur: International Islamic Thought and Civilization (ISTAC).

____________________. 1972. Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

____________________. 1999. The Concept of Education in Islam : A Framework for An Islamic Philosophy of Education. Kuala Lumpur: ISTAC.

____________________. 1995. Islam and the Philosophy of Science dalam Prolegomena to the Metaphysics of Islam. Kuala Lumpur: ISTAC.

____________________. 1988. The Oldest Known Malay Manuscript: A 16th Century Malay Translation of the ʿAqā‟id of al-Nasafī. Kuala Lumpur: Department of Publications, University of Malaya.

Al-Attas, Syed Farid. 2001. Alternative Discourses in Southeast Asia. SARI: Journal of the Malay World and Civilization 19: 49-67.

Ahmad, Md. Asham. Antara Nama dan Hakikat: Kemelut kalimah Allah. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Ahmad, Salina. 2011. Pelaksanaan Pengajaran Bahasa Arab di Kelantan dan Terengganu: Satu Tinjauan. Tesis MA, Fakulti Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu.

Arif, Syamsuddin. 2007. Preserving the Semantic Structure of Islamic Key Terms and Concepts: Izutsu, al-Attas and al-Rāghib al-Iṣfahānī dalam Islam and Science Vol 5 (Winter 2007): 107-116.

Az-Zarnūjī. 1947.Ta„līm al-Muta„allim Tarīq al-Ta„allum (Instruction of the Student : The Method of Learning. Grunebaum & Abel ed. New York: King‟s Crown Press.

(Eds.) Baharom, Noresah. 2005. Kamus Dewan Edisi Keempat. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Beatty,Joy E.; Leigh, Jennifer S. A. & Dean, Kathy Lund. 2009. Philosophy Rediscovered: Exploring the Connections Between Teaching Philosophies, Educational Philosophies, and Philosophy dalam Journal of Management Education Volume 33 Number 1 February 2009”.101-105.

Dascal, Marcelo. 2009. Colonizing and Decolonizing Minds. Kusuradi ed. Paper presented at the 2007 World Philosophy Day. Ankara: Philosophical Society of Turkey: 308-332.

(24)

Izutsu, Toshihiro. 2008. God and Man in the Quran. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust.

ibn Khaldūn, ʻAbdu al-Rahmān. 1993. Muqaddimah ibn Khaldūn. Beirut: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah.

Wan Daud, Wan Mohd. Nor. 2013. Islamization of Contemporary Knowledge and the Role of the University in the Context of De-Westernization and Decolonization. An inaugural lecture delivered in the Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur on 26 June. Kuala Lumpur: Universiti Teknologi Malaysia.

____________________& Uthman, Zainiy eds. 2010. Knowledge, Language, Thought and the Civilization of Islam: Essays in Honour of Syed Muhammad Naquib al-Attas. Skudai: UTM Press.

____________________. 1998. The Educational Philosophy and Practice of Syed Muhammad Naquib al-Attas: An Exposition of the Original Concept of Islamization. Kuala Lumpur: International Islamic Thought and Civilization.

____________________. 2010. Dewesternisation and Islamisation: Their Epistemic Framework and Final Purpose. In Omar, Che Dan, Ganesan & Talif ed. Critical Perspectives on Literature and Culture in the New World Order. Newcastle: Cambridge Scholars Publishing.

Yaakub, Muhamadul Bakir Yaakub. 2007. Teaching Arabic as a Second Language: An Evaluation of Key Word Method Effectiveness dalam Jurnal Teknologi Jun: 61-71.

Yusopp, Adnan. 2003. Dasar Pendidikan Islam Negara: Pelaksanaan dan Keberkesanan Sistem Pendidikan di Sekolah-sekolah Kerajaan dalam Memahami Isu-isu Pendidikan Islam di

Malaysia. Mohamad ed. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

mahasiswa yang bermotivasi tinggi dan bermotivasi rendah pada semester VII Sekolah Tinggi Ilmu Tarbiyah Raden Wijaya Mojokerto, dimana pengetahuan- diri mahasiswa

Pada bagian ini akan dibahas sifat-sifat persamaan Korteweg-de Vries dengan memahami efek yang ditimbulkan oleh suku dispersif dan nonliniernya.. Hal ini bertujuan untuk

Pada 25 responden yang tidak memiliki kelainan refraksi mata, terdapat 11 orang (44 %) memiliki mata normal dan kelelahan mata tingkat ringan, sedangkan 15 responden (56%)

e. Chemotherapy : Indikasinya adalah pada tumor yang sudah dilakukan enukleasi bulbi yang pada pemeriksaan patologi anatomi terdapat tumor  pada koroid dan atau mengenai

Teori permainanan adalah bagian dari ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan pembuatan keputusan pada dua pihak atau lebih yang berada dalam kondisi persaingan

Demikian halnya pengangkatan Anabil Faizin dan Nurul Hidayah Sardini sebagai anggota PPS Desa Ranupani setelah mendapat rekomendasi Kepala Sekolah SDN Ranupani

Berdasarkan latar belakang diatas peneliti tertarik untuk meneliti tentang pengaruh brain gym yang diiringi terapi musik pasif terhadap penurunan tingkat depresi

Penggunaan solar pada umumnya adalah untuk bahan bakar pada semua jenis mesin diesel dengan putaran tinggi (diatas 1000 rpm), yang juga dapat digunakan sebagai bahan