• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGAJIAN PASCA SISWAZAH PENGAJIAN ISLAM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENGAJIAN PASCA SISWAZAH PENGAJIAN ISLAM"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

PENGAJIAN PASCA SISWAZAH PENGAJIAN ISLAM DI MALAYSIA : SATU ANALISIS SEMASA

Rahimin Affandi Abd. Rahim, Badlihisyam Mohd Nasir,

Ruzman Md Noor,

Wan Zailan Kamaruddin bin Wan Ali &

Nor Adina Abdul Kadir

Masa depan umat Islam bergantung sepenuhnya kepada pengamalan budaya ilmu. Dalam kes ini, mekanisme pengamalan budaya ilmu ini bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh institusi pengajian tinggi, melalui pembelajaran, penyelidikan dan penjanaan ilmu baru, praktikal dan strategik yang bakal digunapakai oleh sesuatu masyarakat dan pihak industri. Tugas membangun dan menjana ilmu baru ini bukan dipegang sepenuhnya oleh professor, tetapi perlu juga dipikul oleh kalangan mahasiswa sendiri, khususnya mahasiwa pasca siswazah. Sehubungan itu, bagi memastikan hal ini diamalkan ataupun sebaliknya oleh IPT Islam, kertas kerja ini akan membincangkan apakah yang perlu dilakukan untuk memantapkan pengajian pasca siswazah Pengajian (pps) Islam di Malaysia. Hanya dengan kaedah ini kita dapat membantu dan menyakinkan agar setiap IPTA Islam di Malaysia lebih mantap program pengajian pasca siswazah dengan lebih baik dan berdaya maju untuk konteks dunia global ini. Justeru, artikel ini disusun khusus mengandungi beberapa bahagian yang utama; pertama, pengenalan; Kedua, konsep pengajian pasca siswazah pengajian Islam: analisis sejarah;

Ketiga, kepentingan dan pemantapan dan pengajian pasca siswazah pengajian Islam yang membabitkan elemen pemikiran meta-kognitif dan pengajian paasca siswazah serta keperluan masyarakat Malaysia semasa; keempat, rumusan dan kesimpulan.

Keyword : Pengajian Pasca Siswazah, Pengajian Islam, Pemikiran Meta-Kognitif, Niche Area,

Alam Melayu

(2)

Keyword : Post Graduate Studies, Islamic Studies, Meta-Cognitive Thinking, Niche Area, Malay World

1. Pengenalan

Artikel ini bakal meneliti nisbah dan sifat program pps (program pasca siswazah) Islam yang diamalkan di IPT Islam di Malaysia. Hal ini ditekankan memandangkan ianya telah menjadi dasar utama pendidikan tinggi Negara yang berhasrat menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu di rantau Asia amnya dan seluruh dunia khususnya. Usaha ini bukan setakat membabitkan program ijazah pertama dan pasca siswazah selain daripada bidang pengajian Islam, tetapi lebih penting lagi turut membabitkan bidang pengajian Islam itu sendiri. Kebetulannya pula, Malaysia telah dikenali sebagai Negara Islam contoh (moderate) di peringkat dunia,1 yang bakal menjadi asset utama bagi menarik kedatangan pelajar daripada negara Islam.

Berasaskan kepada latar belakang ini, kajian ini akan cuba menggunakan kaedah analisis2

dan pensejarahan3 bagi meneliti konsep asas pps Islam dengan merujuk secara khusus kepada

sejarah tradisi pendidikan tinggi Islam dan realiti Malaysia. Bagi memperlengkapkan lagi wacana ini, kaedah dekonstruksi (kritikan dalaman) bakal digunakan bagi melihat kelemahan pps Islam semasa dan mencadangkan kaedah penyelesaian masalah yang sepatutnya.

2. Konsep Pengajian Pasca Siswazah Pengajian Islam : Analisis Sejarah.

Secara mudahnya, kita dapat mengatakan bahawa pps adalah kajian lanjutan di peringkat sarjana ataupun PhD selepas seseorang pelajar menamatkan pengajian asas di peringkat ijazah pertama demi untuk mndalami dan memperkembangkan lagi kajian keilmuan Islam. Hal ini dibuat memandangkan keilmuan Islam dalam pelbagai disiplin bukan setakat untuk ditransmisikan (disebarluaskan) tetapi juga perlu dibangunkan, agar ianya menjadi semakin lengkap dan relevan dengan keperluan semasa. Ini bukan bermakna seperti didakwa oleh para orientalis bahawa ajaran Islam itu masih belum sempurna yang perlu ditokok tambahkan melalui peniruan dengan agama lain. Sebaliknya, ajaran Islam memang telah lengkap dalam bentuk

world-view Tauhidnya yang kekal sehingga kiamat, apa yang perlu diperlengkapkan adalah berkaitan dengan isu Muamalah (membabitkan soal hubungan dengan makhluk) yang perlu seiring dengan perkembangan zaman.4

Dirujuk kepada perkembangan sejarah keilmuan Islam, pendekatan semacam pps ini telahpun wujud dan sentiasa dihidupkan oleh para sarjana Islam. Ianya berjalan walaupun masih belum wujud lagi institusi pendidikan Islam secara formal seperti yang wujud pada masa sekarang.Terdapat beberapa bukti yang boleh dikemukakan, antaranya;

Pertama, pembentukan pelbagai konsep Islam yang awal seperti mana diterangkan di dalam al-Quran dan sunnah telah difahami dan dibangunkan melalui kajian lanjutan oleh seseorang sarjana Islam. Contohnya, ilmu Usul al-fiqh telah dibangunkan oleh shafi'i melalui kajian perbandingan antara mazhab Maliki dan Hanafi. Beliau telah menyusun ilmu ini

1 John Esposito (1996), Islam and Democracy, Oxford University press, New York.

2 Maklumat lanjut tentang kaedah analisis ini boleh dilihat dalam Cik Hasan Bisri (2003), Model Penelitian Fiqh :

Paradigma Penelitian Fiqh Dan Fiqh Penelitian, Bogor : Penerbitan Kencana.

3 Lihat maklumat tentang kaedah ini dalam Muhammad Yusoff Hashim (1992), Pensejarahan Melayu : Kajian

Terhadap Tradisi Sejarah Melayu Nusantara, Kuala Lumpur : DBP,. H.M. Atho Mudzhar (1998), Pendekatan Studi Islam Dalam Teori Dan Praktik, Yogyakarta : Pustaka Pelajar dan H. Abuddin Nata (2000), Metodologi Studi Islam, Jakarta : PT Raja Grafindo Persada

4 Muhammad Said Busytami (1984), Mafhum Tajdid Al-Din, Kuwait, 1984, h. 29-30; Shatibi (1933), Al-Muwafaqat

(3)

berdasarkan pemahamannya terhadap amalan para Sahabat dan tabi’in yang awal. Ilmu ini telah dianggap oleh para sarjana (termasuklah sarjana orientalis) sebagai ilmu terbaik yang pernah dihasilkan oleh daya intelektual manusia.5 Ilmu ini mengabungkan kesemua disiplin ilmu Islam;

syariah, usuluddin, tasawuf dan pengaruh logic Yunani6 , sebagai formula untuk mengali dan

mengemukakan kaedah penyelesaian masalah hukum7 yang timbul dalam masyarakat Islam.8 Di

zaman terkemudiannya, ilmu usul al-fiqh Shafi’I ini telah diperkembangkan lagi oleh ulamak Islam lain.9

Antara formula lain yang dibangunkan menggunakan mekanisme pps ini adalah usaha al-Shatibi memperkenalkan konsep Maqasid syariah yang memakai pendekatan induktif dan deduktif dengan nas syarak bagi memahami kepentingan dan maksud syarak yang perlu dipakai dalam melakukan sesuatu perkara dan menyelesaikan isu hukum Islam.10 Di zaman moden ini

Yusof Qardawi melanjutkan ataupun menyempurnakan kajian Shatibi dengan memperkenalkan konsep fiqh Awlawiyyah - mengajar umat Islam bagaimana hendak memilih keutamaan terpenting yang sepatutnya dalam menghadapi apa-apa masalah dalam kehidupan masyarakat Islam yang berbeza.11

Kedua, pembentukan konsep sains Islam yang mengkaji teks wahyu dan fenomena alam telah dibangun melalui kajian lanjutan secara sentesis oleh sarjana Islam terhadap warisan tamadun sains Yunani, India, China dan parsi. Hal ini boleh dilihat daripada usaha yang dijalankan oleh Ikhwan Safa, Ibn Sina, Kindi, Khazwini, Ibn Rusdh dan ramai lagi sarjana Islam yang menceburkan diri dalam pengajian Islam dan falsafah.12 Bahkan, formula saintifik yang

diusahakan Ibn Rushd melalui pendekatan sentesis terhadap falsafah Yunani dan ajaran Islam telah membawa paradigma pemikiran saintifik untuk ilmu S&T moden- yang mempengaruhi perkembangan Renaisance (kesedaran baru berasaskan pembangunan ilmu saintifik) di dalam masyarakat barat.13 Hal yang sama boleh dikesan dalam kes Ibn Khaldun. Tidak dapat dinafikan

lagi bahawa Ibn khaldun memang telah meninggalkan impak yang cukup besar kepada program pembangunan masyarakat, seperti mana terkandung di dalam disiplin sosiologi. Ketokohannya ini telah diakui oleh sebahagian besar daripada kalangan sarjana moden, termasuklah sarjana barat sendiri. Ianya sering dikaitkan sebagai pengasas utama kepada ilmu sosiologi yang mengkaji sejarah dan struktur sosial di dalam sesuatu masyarakat.

Ketiga, pembentukan paradigma dan metodologi ilmu Islam diusahakan oleh pelbagai intelectual circle Islam yang awal, dikenali dengan nama mazhab Islam. Memanglah diakui, kewujudan mazhab hanya timbul pada akhir abab ketiga Hijrah. Namun begitu, benih ataupun asas awal (proto-mazhab) dikesan telah timbul sejak daripada zaman awal Islam lagi, merangkumi zaman Rasulullah, Sahabat, Tabi'in, Tabi’ Tabi’in dan Mujtahid Mutlaq. Di

5 W. Hallaq (1992), “ Usul al-Fiqh : Beyond Tradition “, dalam Journal Of Islamic Studies, v. 3(2), h. 185-186. 6 Fadzlullah Haji Shuib (1995), Kecermelangan Ilmu Dalam Sejarah Dan Tamadun Islam, Kuala Lumpur, h. 48-57. 7 Mustafa Abd. Razak (1966), Tamhid Li Tarikh Al-Falsafah Al-Islamiyyah, Kaherah, h. 27, 101-123 dan 124-135 8 Mohd Fauzi Hamat (2000), “ Penghasilan Karya Sintesis Antara Mantik dan Usul al-Fiqh : Rujukan Kepada Kitab

al-Mustasfa’ Min ‘ilm al-Usul “, dalam Jurnal AFKAR, bil. 1, h. 126-137

9 Ghazali, Al-Mustasfa Min Ilm Usul, Beirut : Dar Al-Fikr, T.T. V. 1, Hlm 170

10 Sukeri Mohamad (1996), “ Maqasid al-Syariah dalam pengurusan harta “, dalam Monograf Syariah, v. 4, h 1-25 11 Paizah Ismail Dkk (2007), Pendekatan Baru Maqasid Al-Shari‘Ah Dalam Pengajian Syariah Di Malaysia: Satu

Analisis “, Jurnal Syariah Dan Perundangan (Jounal Of Syariah And Jurisprudence) Fakulti Pengajian Dan Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Bil 1, No 1, h. 99-130

12 Lihat Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi (2000), Konsep Kesihatan Melalui Pemakanan : Pendekatan Islam

Dan Sains, Kuala Lumpur, h. 52-72

13 Hassan Ahmad (2006), Memperkasa Bangsa Melalui Kekuatan Dalaman: Ke Arah Kelahiran Melayu Glokal,

(4)

kesemua zaman yang awal ini, asas mazhab Islam samada dalam bidang fiqh, teologi dan politik14 sudahpun timbul, yang kemudiannya diperkukuhkan doktrinnya oleh penganut Islam di

abab ketiga Hijrah. Maknanya, kewujudan setiap mazhab ini bukan datang daripada ruang yang kosong, tetapi berasaskan kepada latar belakang sosial, precedent silam ataupun buah pemikiran yang diletakkan asasnya oleh masyarakat dan sarjana Islam yang awal.15 Selanjutnya, keabsahan,

penerimaan dan dominasi sesuatu mazhab itu bergantung sepenuhnya dengan dokongan pemerintah semasa yang wujud di dalam sejarah tamadun Islam.16

Secara kasarnya, mazhab adalah merupakan paradigma17 berfikir masyarakat Islam

mengikut world-view dan kaedah syariah yang diasaskan oleh seseorang fuqaha tertentu. Ianya lahir daripada tradisi Islam sendiri dan bukannya berasal daripada pengaruh asing seperti didakwa oleh orientalis barat.18 Ianya merupakan kemuncak dari satu proses pembentukan

world-view yang panjang. World-world-view adalah pandangan dunia, hidup, kepercayaan dan pemikiran yang berfungsi sebagai pemankin untuk segala perilaku manusia.19 Mengikut Hamid Zarkashi,

world-view Islam adalah : visi tentang realiti dan kebenaran, berupa kesatuan pemikiran yang arsitektonik, yang berperanan sebagai asas yang tidak nampak (non-observable) bagi semua perilaku manusia, termasuk aktiviti ilmiah dan teknologi. Antara elemen asas untuk world-view Islam terdiri dari konsep tuhan, wahyu dan penciptaannya, psikologi manusia, ilmu, agama, kebebasan, nilai dan kebajikan dan kebahagiaan. Elemen-elemen inilah yang kemudiannya yang menentukan bentuk perubahan (change), perkembangan (development) dan kemajuan (progress) dalam Islam.20

Proses pembentukan dan pengembangan sesuatu mazhab berpaksikan kepada kerangka world-view Islam ini berjalan secara beransur-ansur melalui empat peringkat yang utama;21

pertama, Quasi-scientific - Apabila Rasulullah sendiri menerangkannya berasaskan kepada dua peringkat penurunan wahyu Allah. Wahyu Makkiah yang menekankan elemen akidah telah diikuti pula dengan wahyu Madaniah yang memperkembangkan prinsip akidah dalam bentuk sistem perundangan dan kehidupan yang lebih bersifat aplikatif.

Peringkat kedua, Pre-scientific conceptual - wahyu Allah yang mengandungi konsep-konsep tentang kehidupan, dunia, ilmu pengetahuan, etika dan manusia sendiri mula dipelajari secara

14 Sebagai contohnya, perpecahan mazhab (basic nucleus) politik Sunni dan Syiah di peringkat awal (zaman

Rasulullah) boleh dilihat daripada pertelingkahan tentang penganti Rasulullah. Ianya terbahagi kepada dua puak; pengikut fahaman Uthmaniyyah (pendokong sahabat) dan pengikut Ahl Bayt, yang kemudiannya melahirkan mazhab Sunni dan syiah. Lihat S.H.M. Jafri (1979), The Origin And Early Development Of Shi’a Islam, London : Muhammady Trust, h. 277-281; W. Madelung (1983), “ Imama “, dalam Encylopadia of Islam.

15 Aziz Azmeh (1989), “ Islamic Legal Theory And Appropriation “, Dalam Aziz Azmeh (Edit) Islamic Law : Social

And Historical Contexts, London : Routledge, h. 250-251.

16 Rahimin Affandi Ab Rahim (1994), “ Hubungan Antara Ulamak Dan Pemerintah Di Dalam Sejarah Tamadun

Islam “, Dalam Jurnal Pengajian Melayu, V. 4.

17 Paradigma adalah satu set proposisi (rancangan usulan) yang menerangkan bagaimana dunia harus difahami. Ia

berisikan sebuah pandangan dunia (world-view), suatu cara untuk memecahkan kerumitan dunia, yang memberitahu seseorang ilmuan tentang apa yang penting, apa yang sah dan apa yang bersesuaian dengan logik. Lihat Mona Abdul-Fadl (1989) , Paradigms In Political Science Revisited, Herndon : AMSS & IIIT.

18 T.J. De Boer (1994), The History Of Philosophy In Islam, Richmond : Curson press, h. 28-29 dan 309

19 Muhammad Abu Bakar (1993), “ Pandangan Dunia, Ideologi Dan Kesarjanaan : Islam, Proses Sejarah Dan

Rekonstruksi Realiti Sosial “, dalam Tinta Kenangan, Sumbangan Sempena Persaraan Dan Perlantikan Naib Canselor, Profesor Datuk Mohd Taib Osman, Kuala Lumpur : DBP, h. 307-309.

20 Hamid Fahmy Zarkasyi (2004), Tantangan Sekularisasi Dan Liberalisasi Di Dunia Islam, Surabaya : Penerbit

Khairul Bayan, h. 1-6.

21 Alparsan Acikgence (1996), " The Framework For A History Of Islamic Philosophy ", dalam Al-Shajarah,

(5)

mendalam oleh sarjana Islam. Istilah konseptual wahyu seperti Ilm, Iman, Usul, Kalam, Nazar, Wujud, Tafsir, Ta’wil, Fiqh, Khalq, Halal, Haram, Iradah dan sebagainya telah mencetuskan pemikiran dan penyelidikan ilmiah yang cukup berkesan di kalangan penganut Islam.22

Peringkat ketiga, scientific scheme – dengan lahirnya tradisi intelektual Islam. Ianya timbul melalui kewujudan tiga fenomena yang utama ; (i) wujudnya komuniti ilmuan Islam yang menceburi bidang keilmuan Islam secara serious; (ii) disciplinary stage; ketika mana sarjana Islam yang memiliki tradisi ilmiah bersepakat untuk membicarakan soal subjek dan metodologi yang terbaik untuk setiap bidang keilmuan Islam yang diceburi. Hal ini boleh dilihat daripada usaha gigih Shafi’i mensistematikkan disiplin usul al-fiqh dan akhirnya (iii) Naming stage; proses di mana sesuatu disiplin, teori dan metode diletakkan nama yang khusus, yang biasanya dinisbahkan kepada seseorang guru tertentu. Hal ini berlaku dengan munculnya nama Mazhab Shafi’i dan sebagainya yang dinisbahkan kepada tokoh fuqaha tertentu.23

Berikutnya, dalam peringkat keempat, berlakunya proses kesinambungan dan perubahan (continuity dan Changing) – sesuatu mazhab yang telah dominan kerangka metodologinya akan melalui proses pembaharuan (islah) bagi memperkemaskan lagi kewujudannya.24 Sejarah

keilmuan dunia mencatatkan bagaimana sesuatu doktrin dapat bertahan lama seandainya ianya memenuhi empat syarat utama; pertama, kesahihan logika dan argumen, kedua; menarik perhatian orang untuk diikuti, ketiga, mampu diterapkan terhadap kes yang dihadapi (apllicable) dan keempat, ianya mempunyai mekanisme untuk proses memperbarui idea yang lama tanpa meninggalkan asas tradisi terpenting.25 Apa yang jelasnya, keempat-empat perkara ini memang

dimiliki oleh Mazhab Shafi’i dan mazhab fiqh yang lain, sehingga mendorongnya untuk kekal sehingga sekarang.26

3. Kepentingan dan Pemantapan Pengajian Pasca Siswazah Pengajian Islam Di Malaysia.

Pada dasarnya, kita boleh berbangga dengan perkembangan semasa yang menyaksikan Malaysia telah menjadi pusat pps pengajian Islam terpenting dalam peta pengajian Islam di dunia. Hal ini boleh dilihat daripada beberapa sudut merangkumi program pps yang dipakai, latar belakang sejarah Alam Melayu silam yang bersifat mesra ilmu dan dasar kerajaan yang prihatin dengan reformasi IPT.

Dewasa ini, dengan kedatangan era globalisasi, kita dapat menyaksikan bagaimana peta pusat pengajian ilmu-ilmu Islam dunia telah terbahagi kepada tiga jenis yang utama; dunia Barat yang berteraskan kaedah ala orientalisme;27 dunia Islam Timur Tengah yang lebih menumpukan

kepada kerangka pengajian tradisionalisme28 dan dunia Alam Melayu (Malaysia dan Indonesia)

22 Hamid Fahmy Zarkasyi, Tantangan Sekularisasi, hlm 18-20.

23 Mahmood Zuhdi Ab Majid dan Paizah Ismail (2004), Pengantar Pengajian Syariah, Kuala Lumpur : al-Baian

Corporation Sdn Bhd.

24 Louay M. Safi (1998), Truth And Reform : Exploring The Pattern And Dynamics Of Historical Change, Kuala

Lumpur : Open press, h. 86-88.

25 Ismail Raji Faruqi (2000), Tauhid, Kesannya Terhadap Pemikiran Dan Kehidupan, Terj. Oleh Unit Terjemahan

Modal Perangsang Sdn Bhd, Kuala Lumpur, h. 51-55.

26 Kata pengantar Akh. Minhaji dalam Amir Mualim (2006), Ijtihad Dan Legislasi Muslim Kontemporer,

Yogyakarta : UII Press, h. ix-xi.

27 Faisal Ismail (1997), “Studi Islam Di Barat, Fenomena Menarik“, Dalam Ed. Yudian W. Asmin, Pengalaman

Belajar Islam Di Kanada, Yogyakarta: Titian Ilahi Press, h. 35-42.

28 Yusri Ihza Mahendra (1994), “Studi Islam Di Timur Dan Barat: Pengaruhnya Terhadap Pemikiran Islam Di

(6)

yang dilihat telah mengadunkan di antara kerangka tradisionalisme dan reformisme sekaligus.29

Walaupun Alam Melayu sering dikatakan sebagai pusat pengajian Islam ala peripheral,30

ternyata pendekatan Alam Melayu (Malaysia dan Indonesia) telah mendapat sambutan dan

momentum yang cukup baik, sehingga dikatakan sebagai nisbah utama ajaran Islam ala Nusantara yang bersifat lembut, toleran dan terbuka dengan perkembangan moden semasa.31

Masyarakat alam Melayu silam memang terkenal dengan budaya yang mementingkan pencarian ilmu32 dan menjadi tempat pertemuan pelbagai tamadun yang berbeza (seperti tamadun

Cina, Arab, Parsi, India dan Eropah). Contohnya, di Alam Melayu memang wujud kepentingan konsep rehlah ilmiah33 (termasuk beberapa ciri budaya ilmu : sentiasa ingin belajar, bertindak

mengikut perkiraan ilmu dan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi) Konsep ini menuntut pelajar institusi pondok sentiasa berusaha keras di dalam menuntut ilmu di pelbagai tempat tempat yang berbeza, bukan setakat untuk menimba ilmu bahkan pengalaman (seperti menyaksikan sosiologi masyarakat yang berbeza). Hasilnya, pengamalan konsep ini akan melahirkan ulamak Islam yang mantap dari segi ilmu, akhlak dan pengalaman hidup yang kemudiannya mengikut epistemologi Islam bakal melahirkan hikmah (kebijaksanaan). Bagi tujuan penyebaran ilmu Islam tidak dapat tidak seseorang pelajar pondok perlu menguasai pelbagai bahasa seperti bahasa Melayu dan Arab yang memang menjadi bahasa pengantar keilmuan Islam dan lingua franca pada masa tersebut.

Hal yang sama boleh dilihat daripada proses asimilasi yang tinggi yang diamalkan oleh masyarakat alam Melayu. Demi memperkayakan perbendaharaan bahasa Melayu, masyarakat Melayu telah meminjam beberapa perkataan daripada bahasa asing seperti Arab, cina, India dan sebagainya. Namun begitu, pinjaman terbesar telah dibuat daripada bahasa Arab memandangkan ianya sangat diperlukan untuk pemahaman dan amalan praktikal ajaran Islam di Alam Melayu.

Di zaman pasca 9/11, realiti kebanjiran pelajar luar negara (khususnya daripada Timur Tengah, Afrika, Asia Tengah, Iran dan Indonesia) bagi meneruskan pengajian dalam pps Islam di Malaysia telah meningkat. Hal ini didorong oleh pelbagai faktur, antaranya sikap sinikal pihak barat terhadap pelajar Islam luar negeri selepas peristiwa post 9/11 dan reputasi serta program pengajian di IPT Malaysia yang berdaya maju, faciliti yang memuaskan, pakar yang bertaraf dunia dan bantuan dana penyelidikan yang baik. Ianya boleh dikatakan sebagai a breakhthrough

utama dirujuk khusus kepada pertambahan mendadak bilangan pelajar asing daripada negara umat Islam yang menyambung studi pasca ijazah (post graduate studies) di IPTA aliran Islam di Malaysia.34

Dalam soal ini, kita patut menerima pakai pandangan Osman Bakar yang mencadangkan agar IPT Malaysia meniru pendekatan IPT barat yang mengambil kesempatan daripada yuran pengajian dan kajian pps pelajar luar negeri untuk pengumpulan data terpenting tentang realiti

29 Rahimin Affandi Abdul Rahim (2005), “Isu Pendekatan Di Dalam Pengajian Syariah Di Malaysia : Satu Telaah

Awal “, Dalam Jurnal Syariah, V. 13, Bil. 1, h. 105-134.

30 Azyumardi Azra (1999), Renaisans Islam Asia Tenggara: Sejarah Wacana Dan Kekuasaan, Bandung : PT

Remaja Rosdakarya, h. 5-7.

31 Ibid, h. Xv-Xvi.

32 Abdul Rahman Abdullah (1981)., Pemikiran Umat Islam Di Nusantara, Kuala Lumpur : DBP, h. 54-56. 33 Azyumardi Azra (1998), Esei-Esei Intelektual Muslim Dan Pendidikan Islam, Jakarta : LOGOS, h. 89-90 34 Sebagai Contohnya, boleh dilihat nisbah pertambahan jumlah mahasiswa Pasca Siswazah Indonesia di IPTA Islam

(7)

negara pelajar terbabit dan penyelidikan terbaru yang kemudiannya boleh digunakan apabila diperlukan. Beliau menyatakan : sumbangan pelajar asing yang menyambung pengajian di negara barat tidak terhad kepada pengaliran masuk mata wang ke negara-negara tersebut menerusi yuran pengajian dan wang saraan hidup, mereka turut menyumbang kepada pembangunan, perkembangan da kemajuan ilmu di barat. Menurut penyelidikan yang mereka jalankan samada penyelidikan untuk mendapat ijazah tinggi atau penyelidikan pasca kedoktoran, ilmu yang mereka hasilkan menerusi penyelidikan ini dibawa pulang ke tanah air masing-masing. Tetapi ilmu ini terus tinggal tersimpan di barat tanpa sedikitpun berkurang. Laksana juadah yang terhidang tetapi belum dijamah oleh sesiapa, memang bertuah negara yang menjadi pusat ilmu dan penyimpanan ilmu ini.35

Semua memaklumi bahawa dasar kerajaan Malasyia yang berusaha menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu di peringkat dunia. Berbanding dengan negara membangun yang lain, kita patut berbangga dengan inisiatif yang dijalankan oleh pihak KPT yang memperkenalkan program penambahbaikian IPT di Malaysia dijalankan. Apa yang membanggakan, ternyata sekali dokongan dan bantuan penuh daripada pihak kerajaan telah menyebabkan Malaysia menjadi pusat kecemerlangan akademik di rantau Asia. IPT/IPTS Malaysia sering dijadikan model oleh negara luar36 yang mendorong kedatangan sejumlah besar

pelajar antarabangsa untuk menyambung pengajian mereka di Malaysia.

Untuk konteks IPT aliran Islam, kita dapat mengesan bagaimana pihak kerajaan telah menjalankan dasar yang responsif dengan tuntutan NGO Islam bagi usaha penambahbaikian IPT Islam. Sebagai contohnya, beberapa orang sarjana reformis Melayu-Islam telah mengkritik kelemahan IPT Islam yang dikatakan mengamalkan sistem pengajian yang ketinggalan zaman. Ianya dirujuk kepada kandungan kurikulum dan pedagogi pengajian yang bersifat tradisional dan sudah tidak kondusif dengan realiti semasa.37 Kesemua komentar yang diberikan oleh sarjana

Islam ini telah diambilkira oleh pihak kerajaan sehingga melahirkan IPT Islam yang lebih cekap. Antara lainnya, hal ini boleh dirujuk kepada beberapa perkara yang utama. Antaranya, sebahagian besar daripada tokoh akademik yang menganut fahaman reformisme Islam dan terdidik daripada sistem pendidikan Timur Tengah dan barat telah diterima menjadi tenaga pengajar di IPT Islam. Mereka ini dikesan telah bertanggungjawab melakukan proses reformasi terhadap sistem pengajian keilmuan Islam di IPT Islam di Malaysia. Tambahan pula, kuasa autonomi untuk melakukan program penambahbaikian IPT Islam telah diberikan sepenuhnya oleh pihak kerajaan.38

Pihak KPT telah menetapkan peranan yang perlu dimainkan oleh pihak MQA. Setiap IPTA/IPTS yang mahu mendapat pengiktirafan daripada pihak KPT untuk beroperasi perlu mematuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak MQA. Hal ini menuntut mereka melakukan proses

35 Osman Bakar (2004), “ Globalisasi Dan Tamadun Islam : Satu Wacana Awal “, (Edit) Mohamed Anwar Omar

Din, Dinamika Bangsa Melayu Menongkah Arus Globalisasi, Kuala Lumpur :DBP, h. 204-205

36 Zaini Ujang (2009), Mengangkasa Pengajian Tinggi, Skudai : Penerbit UTM

37 Mohammad Azam Mohammad Adil (1994), “Pengajian Undang-Undang Islam Di Pusat Pengajian Tinggi –

Amalan Di ITM“, dalam Jurnal Tasawwur Islam, v. 3, 1994, h. 75-84; Abdul Aziz Bari (1999), “Legal Education And Islamization“, dalam IIUM Law Journal, v. 7, no. 1, 1999, h.83-94; Rahimin Affandi Abd. Rahim dan Idris Awang (2003), “Usaha Memperkasakan Institusi Pendidikan Islam Di IPTA Malaysia : Satu Analisa Terhadap Pengalaman APIUM“, dalam Prosiding Seminar Kebangsaan Memperkasakan Sistem Pendidikan, Anjuran Fakulti Pendidikan UTM, Johor Bharu.

38 Fred R. Von Der Mehden (1993), Two Worlds Of Islam: Interaction Between Southeast Asia And The Middle

(8)

review terhadap elemen sistem pengurusan organisasi-fizikal, subjek dan pedagogi pengajian yang ditawarkan.39

Selanjutnya, KPT telah memperkenalkan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. Pentinya pelan ini adalah untuk menetapkan setiap IPTA/IPTS terpilih melakukan program pengantarabangsaan. Ianya cuba untuk akur dengan kehendak THES yang berusaha melakukan penarafan terhadap IPTA di Malaysia. Antara lainnya, program pengantarabangsaan ini terdiri;40

(a) Penggunaan petunjuk prestasi utama (KPI) dalam pengurusan dan sasaran kerja setiap organisasi; (b) Pelaksanaan autonomi dalam kalangan universiti terpilih dari segi tadbir urus dan kewangan; (c) Kepimpinan akademik yang lebih dinamik, luwes dan proaktif, terutamanya di peringkat jabatan; (d) Penekanan aktiviti akademik mestilah berpaksikan kepada penerbitan makalah dalam jurnal berwasit ternama peringkat antarabangsa, yang diambilkira dari segi penilaian untuk kenaikan pangkat; (e) Pelantikan profesor ternama sebagai staf universiti yang turut dibiayai oleh agensi penyedia geran penyelidikan; (f) Peningkatan jumlah pelajar antarabangsa khususnya di peringkat ijazah lanjutan dan (g) Peningkatan jumlah pensyarah berkelayakan phd dan mendapat status profesional atau bertauliah.

4. Apa Yang Perlu Dibuat Untuk Memantapkan PPS Islam.

Kita boleh mencadangkan beberapa perkara bagi tujuan memantapkan lagi pps Islam di IPT Malaysia. Seeluknya dalam soal ini kita patut melakukan kritikan dalaman (proses dekonstruksi) dengan segala kelemahan yang wujud dalam pps Islam, yang perlu disertakan dengan cadangan penambahbaikian yang sepatutnya.

Dalam konteks Malaysia semasa, terutamanya selepas era kebangkitan Islam di tahun-tahun 1980an ke atas, usaha reformasi institusi pendidikan secara amnya dan sistem pendidikan Islam khususnya41 memang telah berjalan lancar sehingga momentum kejayaannya telah diakui

oleh kalangan sarjana luar sendiri. Tanpa menafikan kejayaan yang telah berjalan setakat ini, tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa usaha reformasi ini masih lagi belum mencukupi dinilai kepada cabaran besar yang terpaksa dihadapi oleh kalangan penganut Islam dengan kedatangan fenomena globalisasi dunia, yang lebih didominasi sepenuhnya kuasa kapitalis barat.42 Lebih menyedihkan lagi, usaha reformasi ini sebenarnya terpaksa berhadapan dengan

dominasi budaya Taqlid yang begitu kuat mencengkam dunia intelektual umat Islam – yang terbukti dengan sikap samada ketaatan melulu dan negatif terhadap usaha reformasi ini yang disuarakan oleh kalangan ulamak Islam sendiri.43

39 Rahimin Affandi Abd Rahim (2008), Metodologi Studi Syariah Di Institusi Perguruan Tinggi Negeri Di Malaysia

(Edit) Mohd Fauzi Hamat, Metodologi Pengkajian Islam : Pengalaman Indonesia-Malaysia, Gontor : Institut Studi Islam Darussalam, h. 207-218

40 Zaini Ujang (2009), Mengangkasa Pengajian Tinggi, Skudai : Penerbit UTM

41 Mohammad Azam Mohammad Adil (1994), “ Pengajian Undang-Undang Islam Di Pusat Pengajian Tinggi –

Amalan Di ITM “, dalam Jurnal Tasawwur Islam, v. 3, h. 75-84; Abdul Aziz Bari(1999), “ Legal education and Islamization “, dalam IIUM Law Journal, v. 7, no. 1, h. 83-94; Rahimin Affandi Abd. Rahim dan Idris Awang(2003)., “ Usaha Memperkasakan Institusi Pendidikan Islam Di IPTA Malaysia : Satu Analisa Terhadap Pengalaman APIUM “, dalam Prosiding Seminar Kebangsaan Memperkasakan System Pendidikan, Anjuran Fakulti Pendidikan UTM,Johor Bharu,

42 Lukman Z. Mohamad(2003), “ Globalisasi Dan Budaya Global : Ancaman Baru Kepada Masyarakat Dunia “,

dalam Globalisasi di Malaysia, Kuala Lumpur, , h. 9-14 dan Abdul Rahman Embong (2000) , “ Wacana globalisasi “, dalam Malaysia Menanggani Globalisasi : Peserta Atau Mangsa, UKM Bangi, , hlm 27-28.

43 Dalam konteks Alam Melayu, terdapat beberapa orang penulis yang tidak jemu-jemu memperjuangkan penerusan

(9)

Usaha reformasi ini kalau tidak direncanakan secara proaktif dan berwawasan jauh, pasti akan mengalami kegagalan, memandangkan ianya terpaksa berhadapan dengan warisan budaya Taqlid yang begitu mengakar di dalam dunia pendidikan Islam. Hal ini tidak boleh ditanggani secara retorik semata-mata, tetapi memerlukan strategi yang tuntas dan perumusan teologi tajdid era moden bagi menghakis akar Taqlid ini. Istilah teologi tajdid ini mungkin terlalu asing bagi kalangan penganut Islam Malaysia, tetapi ianya telah menjadi asas intelektual utama di beberapa negara umat Islam seperti Indonesia, yang mengikut kupasan sarjana “ Islam Kultural “ dan “ Islam Rasional44 “, rumusan teologi silam yang diusahakan oleh para teologi silam boleh

dikatakan tidak mengandungi metodologi khusus tentang bagaimana harus menghadapi cabaran manusia di zaman moden ini. Hal ini antara lainnya diterangkan sebagai : “ berbagai persoalan empirik yang melekat dalam realitas kehidupan masyarakat moden seperti kemiskinan, hak asasi manusia, demokrasi, kebersihan, tertib lalu lintas, lingkungan hidup, kebodohan, keterbelakangan, ketidakadilan, penindasan dan sederet persoalan lain dirasakan oleh para pengamat kurang mendapat porsi kepedulian yang mengigit dari pemikiran teologis ulamak.”45

Secara tegas boleh dikatakan bahawa kejayaan sesuatu proses reformasi yang terpimpin46

bergantung sepenuhnya kepada wujudnya suatu kerangka pemikiran tajdid yang menjadi landasan utama kejayaan proses ini.47 Tinggal lagi, ternyata landasan pemikiran yang kondusif

ini boleh dikatakan sebagai tidak wujud di dalam sejarah perkembangan pendidikan Islam sebagai akibat daripada dominasi pemikiran Taqlid.

Jika ditelusuri dari perspekktif sejarah, kita akan mendapati bagaimana sejarah precedent pendidikan Islam silam, dimulai dengan era penubuhan Madrasah seperti Nizamiyyah48 dan

Universiti al-Azhar49 sendiri, terdapat sejumlah pendekatan negatif dari sudut matlamat dan

pedagogi pengajaran yang telah diwarisi secara langsung oleh institusi pendidikan Islam terkemudian. Antara pendekatan ini;

Pertama, pendekatan ala Taqlid yang menafikan kebolehan seseorang pelajar, tidak menghargai kreativiti pelajar50 dan yang terpenting sekali : sejak awal lagi pembentukan

kurikulum pengajian lebih berteraskan kepada prinsip eksklusif kepada mazhab sendiri yang bertujuan mengukuhkan mazhab Sunni serta menafikan kebenaran mazhab Islam yang lain.51 Di

zaman terkemudiannya, pendekatan ini telah menimbul sikap anti yang keterlaluan (westophobia) terhadap sistem pengajian Islam ala barat tanpa melihat kepada beberapa aspek positif yang dimiliki oleh sistem pengajian ini.52

Menongkah Arus Globalisasi, Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm 220-225.

44 Budhy Munawar Rachman(2002) , Islam Pluralis : Wacana Kesetaraan Kaum Beriman, Jakarta : Penerbit

Paramadina, , hlm 267-287.

45 M. Amin Abdullah(1995), Falsafah Kalam Di Era Postmodernism, Yogyakarta : Pustaka Pelajar, , hlm 47-48. 46 Bagi membezakan dengan proses reformasi ala barat yang berkecenderungan meninggalkan semua warisan tradisi

yang dianggap sebagai kolot dan menyekat proses reformasi sejati. Lihat Hassan Saab(1963), “ The spirit of reform in Islam “, dalam Islamic Studies, v. 2, , h. 15 dan 18.

47 Louay M. Safi (1999), Truth And Reform : Exploring The Patterns And Dynamics Of Historical Change, hlm 95. 48 M. Akmansyah( 2004), “ Madrasah Nizhamiyyah “, dalam (edit oleh H. Abuddin Nata) Sejarah Pendidikan Islam

: Pada Periode Klasik Dan Pertengahan, Jakarta : PT RajaGrafindo Persada, , hlm 62-66.

49 Imamudin( 2004), “ Madrasah Tingkat Tinggi (Universitas al-Azhar) “, dalam (edit oleh H. Abuddin Nata)

Sejarah Pendidikan Islam : Pada Periode Klasik Dan Pertengahan, Jakarta : PT RajaGrafindo Persada, Hlm 79-80.

50 Lihat Akh. Minhaji, Masa Depan Pembidangan Ilmu Di Perguruan Tinggi Agama Islam, hlm 27-29. 51 M. Akmansyah, “ Madrasah Nizhamiyyah “, hlm 65-68.

52 Untuk maklumat lanjut sila lihat Rahimin Affandi Abdul Rahim(2000) , “ Orientalisme dan keutuhan ummah

(10)

Kedua, pendekatan anti subjek filsafat53 dan keilmuan bukan agama – sehingga menyebabkan

pemberatan hanya diberikan kepada ilmu agama semata-mata sehingga menafikan sumbangan bermakna yang bakal diberikan oleh keilmuan bukan agama.54 Mereka juga amat tidak

menyetujui subjek filsafat yang dikatakan berasal daripada tamadun bukan Islam dan menuduh sarjana filsafat Islam seperti Ibn Sina dan Farabi sebagai sesat yang perlu dijauhi55 – sehingga

sebagai akibat jangka panjangnya telah melahirkan kalangan pelajar ala bebalism : tidak mementingkan sifat kritikal, fanatik melulu dan tidak terbuka dengan pandangan orang lain.

Ringkasnya, rumusan utama yang boleh dipetik dari pembentangan fakta sejarah pemikiran dan pendidikan Islam ini secara jelas menunjukkan bagaimana begitu kuatnya dominasi Taqlid di dalam sistem pengajian Islam silam. Bagi sesetengah pemikir umat Islam semasa,56 kesemua fakta ini walaupun begitu pahit untuk ditelan oleh umat Islam semasa, tetapi

demi untuk menjayakan usaha dekonstruksi serta reformasi pendidikan Islam , ianya terpaksa didedahkan secara berhemah bagi membongkar faktur utama kemunduran daya intelektual umat Islam, yang kemudiannya boleh difikirkan kaedah terbaik untuk mengatasi persoalan budaya Taqlid ini.

Kita boleh mencadangkan beberapa perkara bagi memantapkan pps Islam di Malaysia. Ianya terdiri dari:

4.1 Menanamkan Sikap Perjuangan (Jihad) Intelektual Di Dalam Diri Seseorang Pelajar Lepasan Ijazah

Secara kontekstualnya, dua perkara perlu ditekankan. Semua pihak perlu memahami kepentingan penyelidikan ilmiah yang terdapat dalam pps sebagai usaha mengangkat martabat ummah.57 Apa yang menyedihkan adalah kedapatan sesetengah orang yang beranggapan bahawa

sesuatu perjuangan Islam hanya perlu dilakukan dalam kegiatan politik semata-mata dan memandang rendah terhadap kegiatan keilmuan yang membabitkan penyelidikan ilmiah. Sikap simplistik ini menjadikan seseorang Islam itu lebih banyak bercakap dalam soal perjuangan tanpa mengisi matlamat perjuangannya dengan pengisian keilmuan yang bermakna.58

Sarjana Islam perlu bertindak sebagai pembela Islam yang bertanggung jawab untuk menjalankan tugas memperbetulkan sesuatu pandangan silap dan negatif yang dinisbahkan kepada ajaran Islam oleh musuh Islam. Beberapa contoh boleh diberikan untuk menunjukkan kajian yang menggunakan pendekatan ini, pertama, kajian yang dilakukan oleh Mohd Aziz Mat Tom yang telah menolak tohmahan dan pendapat William Roff yang memandang rendah sumbangan yang diberikan oleh majalah al-Imam yang diusahakan oleh Kaum Muda ke arah

Yogyakarta : Titian Ilahi press, , hlm 115-142.

53 Sebagai contohnya, untuk mengetahui kebaikan yang terhasil daripada pendekatan filsafat ini di dalam system

pendidikan Islam, sila lihat Kamaruzzaman Bustaman Ahmad(2002),, Islam Historis ; Dinamika studi Islam di Indonesia, Yogyakarta : Galang press, hlm 9-10.

54 Ismail Faruqi(1986), The Cultural Atlas Of Islam, New York, , hlm 324-325.

55 Kata pengantar oleh Azyumardi Azra dalam Charles Michael Stanton(1994), Pendidikan Tinggi Dalam Islam,

terjemahan oleh H. Afandi, Jakarta, , hlm ix.

56 Antara tokoh-tokoh pemikir ini seperti Fazlur Rahman(1984), Islam And Modernity : Transformation Of An

Intellectual Tradition, Chicago : The university of Chicago press,; Muhammad Arkoun (1994), Rethinking Islam : Common Question, Uncommon Answers, Boulder : Westview press,; Muhammad Shahrur(1992), Kitab Wa Al-Quran : Qira’ah Al-Mua’sirah, Kaherah : Sina lil Nasr, dan Muhammad Abid al-Jabiri, (1989)., Takwin al-‘Aql al-‘Arabi, Beirut : Markaz Dirasah al-Widah al-‘Arabiyyah

57 Maklumat lanjut tentang soal ini boleh didapati dalam Rahimin Affandi Abd. Rahim,( 2000),, “ Etika penyelidikan

Islam : satu analisa “, dalam Jurnal Afkar, bil. 1 hlm 179-182.

(11)

mewujudkan semangat nasionalisme yang terawal di Tanah Melayu. Kajian Mohd Aziz Mat Tom ini telah mengubah persepsi sejarah perjuangan Islam yang dominan di Tanah Melayu yang menegaskan bahawa golongan anak didik penjajah yang terdiri dari pembesar Melayu merupakan tokoh ulung yang memainkan peranan membangkitkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu. Sebaliknya, daripada pembentangan fakta dan tafsiran yang menggunakan serangkaian rekod pihak British, beliau telah berjaya menunjukkan bagaimana perjuangan awal kaum muda ini yang kemudiannya diikuti dengan kebangkitan golongan ulamak Melayu telah menimbulkan pelbagai masalah kepada pihak British, yang menyebabkan pihak British menguatkuasakan pelbagai bentuk penindasan ke atas ulamak Islam.59

Contoh kedua boleh dirujuk kepada kajian yang dilakukan oleh Muhammad Redzuan Othman telah menolak dakwaan William Roff yang menyatakan bahawa perkembangan kemajuan moden di Tanah Melayu merangkumi sistem pendidikan, celik huruf dan pengenalan sistem penerbitan buku dan majalah telah diperkenalkan buat pertama kalinya di Tanah Melayu oleh pihak British. Sebaliknya, hasil kajian ini mendapati perkembangan pemodenan sebenar telahpun kedapatan dengan begitu meluas akibat dari hubungan intelektual yang wujud di antara rantau Alam Melayu dengan Mekah, yang merupakan pusat pertemuan dan pendidikan ummah Islam sedunia.60

Untuk contoh ketiga, kita boleh merujuk kepada kajian yang dilakukan oleh Jabal Bueben terhadap pandangan tiga orientalis barat, William Muir, D.S. Margoliouth dan W.M. Montgomery Watt tentang peribadi dan perjuangan Rasulullah. Kajian ini telah berjaya menjawab tohmahan ketiga-tiga sarjana ini yang menilai perjuangan Rasulullah dari kaca mata mubaligh Kristian dan faham sekularisme yang menolak sama sekali faktor wahyu di dalam kerangka tugas kerasulan Rasulullah.61

4.2. Pemantapan Elemen Pemikiran Meta-Kognitif

Pada kebiasaannya, pensyarah dan pelajar pps kurang memahami perkara ini, kerana lebih terdedah dengan bentuk pemikiran kritis peringkat rendah; sekadar memetik semula sesuatu maklumat tanpa membuat apa-apa penilaian. Ianya membabitkan usaha membanding dan membezakan, mengategorikan, membuat sorotan sejarah, meneliti bahagian terkecil dan keseluruhan dan menerangkan sebab musabab sesuatu perkara. Dalam soal ini, pelajar pps perlu diajar pemikiran inovatif62 dan pemikiran kritis peringkat tinggi, elemen metakognitif (Thinking About Thinking).63 Ianya biasa digunakan bagi mengelakkan timbulnya kesilapan dalam berfikir.

Antaranya membabitkan beberapa proses berfikir yang utama; membuat ramalan, melakukan usul periksa, menyiasat, meneliti sesuatu andaian, membuat inferens, mengesahkan sumber maklumat, membuat generalisasi dan mencari sebab musabab yang disertakan dengan kesimpulan yang terbaik.

Sebenarnya, sesetengah elemen metakognitif ini tanpa disedari telahpun wujud dalam disiplin keilmuan Islam, yang sayangnya sering kali dilupakan kerana pengaruh budaya Taqlid. Sarjana Islam silam cuba mengaplikasikan prinsip wasatiyyah (pertengahan) dalam pengamalan keilmuan. Dalam dunia akademik, prinsip wasatiyyah ini boleh digunakan sebagai salah satu alat untuk menilai, menganalisa dan menerima sesuatu pandangan yang dikemukakan oleh pihak

59 Lihat Abdul Aziz Mat Tom (2000), Politik al-Imam, Kuala Lumpur : DBP.

60 Muhammad Redzuan Othman (1988), “ The Role Of Makka-Educated Malays In The Development Of Early

Scholarship And Education In Malaya “, Dalam Jurnal Of Islamic Studies, v. 9:2.

(12)

lain, tanpa terpengaruh dengan kecenderungan si penilai itu sendiri (Pre Conceived Idea). Dalam amalan keilmuan Islam, sesuatu khabar, riwayat, teori, pandangan, formula dan apa-apa dapatan kajian yang dilahirkan perlu dinilai secara kritikal, futuristic, berpandangan jauh dan terpenting sekali perlu mengambilkira prinsip wasatiyyah ini. Ianya boleh dikatakan sebagai suatu tindakan adil (bertindak sebagai orang tengah) dalam menilai sesuatu perkara.

Melalui pemakaian prinsip ini, sesuatu pandangan yang diteliti perlu mengambilkira beberapa perkara penting; (i) mengambil sikap selektif (tidak menerima dan menolak secara melulu), yang menuntut ianya dilihat secara holistik (menyeluruh)64; (ii) memastikan ketepatan

sesuatu berita atau teori itu didapati daripada sumber yang tepat dan betul, seperti mana penegasan Allah agar kita mengamalkan sikap berhati-hati terhadap berita yang dibawa oleh orang fasiq, kerana ianya akan membawa fitnah yang bakal merosakkan kehidupan. Untuk tujuan pengesahan, ianya perlu dinilai dan dikritik secara luaran dan dalaman. Kritikan luaran bertujuan untuk menentukan ketulenan dan keaslian sesuatu sumber tersebut. (kajian sanad)65 Manakala

kritikan dalaman pula bertujuan untuk memastikan kemunasabahan dan kewarasan isi kandungan sesuatu sumber itu dinilai dari perspektif Islam.(kajian matan),66(iii) melihat keserasian sesuatu

hujah yang dipakai dengan pandangan sumber yang berautoriti, samada ianya daripada nas wahyu (al-Quran dan al-Sunnah), fakta sejarah ataupun teori serta aksioma pemikiran yang telah diterima ramai (seperti terkandung dalam konsep ijma dan tawattur);67(iv) Tidak boleh menyalahi

dengan apa yang telah ditetapkan secara qat’I oleh sumber al-Quran dan al-Sunnah, manakala sesuatu warisan ulamak silam yang dihasilkan melalui pemikiran manusia berasaskan kepada sumber akalnya sendiri baik dari segi pentafsirannya terhadap nas ataupun responnya terhadap situasi sosial yang timbul di zamannya-perlu dinilai secara kritikal, kerana ianya masih bertaraf zanni, yang perlu sentiasa diulangkaji dan diperlengkapkan oleh setiap sarjana di setiap zaman68

dan akhirnya (v) tindakan menolak pendekatan kajian dan penilaian Islam yang bersifat legal formalistik. (hitam ataupun puteh) yang akan menghasilkan kajian yang bersifat kaku dan cenderung kepada tindakan menghukum dan bukannya bersifat konstruktif bagi tujuan dakwah mendidik golongan sasaran kajian, anggota masyarakat. Sebaiknya, sarjana Islam perlu memikirkan untuk menggunakan pendekatan kajian yang lebih terbuka dan holistik (menyeluruh) dalam proses penilaian sesuatu objek kajian.69

4.3. Disiplin Diri Dan Menajamkan Keupayaan Ilmiah.

Pelajar Islam menanamkan disiplin diri (Mujahadah) dalam bentuk penjagaan masa ( 6-8 jam sehari) dalam aktiviti pembacaan dan terlibat mengadakan sessi wacana intelektual antara pakar yang terpilih demi untuk mewujudkan budaya intelektual yang berbentuk brain storming.

64 Rahimin Affandi Abd Rahim (2000), “ Etika Penyelidikan Islam : suatu analisa “, dalam Jurnal Afkar, v. 1, h.

177-196.

65 Maklumat Lanjut boleh didapati dalam Che Cob Che Mat (1996), Kriteria Penerimaan Dan Penolakan Hadith :

Satu Kajian Perbandingan Antara Ahl Al-Sunnah Dan Shi’ah, Tesis Untuk Fakulti Sastera Dan Sains Sosial, Universiti Malaya, h.482-535.

66 Ibid, h. 642-657.

67 Rahimin Affandi Abd Rahim (1993),“ The Concept Of Ijma’ In Islamic Law : A Comparative”, dalam The

Journal of Hamdard Islamicus, Pakistan, v. 16, h. 91-104.

68 Rahimin Affandi Abd Rahim (2002), “ Epistemologi Hukum Islam : satu pengenalan “, dalam Jurnal

Usuluddin, bil. 15, 2002.

69 Rahimin Affandi Abd Rahim (2006), “Ulamak Dan Paradigma Menanggani Kebudayaan Melayu “, dalam

(13)

Terpenting lagi, mereka perlu menajamkan keupayaan ilmiah dengan aktiviti dan kebolihan memilih bahan bacaan yang bermutu, seperti;

Pertama dan kedua, tesis di peringkat sarjana dan doctor falsafah – bagi mempelajari kaedah kajian, flow of idea (susunan bab) dan pengkajian ulangan terhadap sumber rujukan yang digunakan. Pelajar pasca siswazah perlu membiasakan diri dengan pengemaskinian bahan-bahan bibliografi terkini dalam sesuatu bidang yang dipilih. Sebagai contohnya, di dalam usaha mengumpul segala maklumat yang tepat dan terkini dalam bidang pengajian Islam, genre orientalis barat telah mewujudkan koleksi Index Islamicus yang mengandungi segala bahan berkaitan Islam. Begitu juga halnya dengan pengajian sosiologi di Malaysia yang telah mewujudkan koleksi Malaysiana, Kelantania dan sebagainya. Hal yang sama patut dilakukan kepada sesuatu bidang pengajian Islam.

Ketiga, pelajar perlu mengikuti sebarang perkembangan baru yang dihasilkan di dalam sesuatu bidang yang merangkumi persoalan pembentukan teori yang baru, penganalisaan yang kritikal dan penggunaan metodologi yang lebih moden.

Terakhir sekali, kita perlu menetapkan piawaian yang tinggi terhadap penghasilan sesuatu kajian ilmiah berasaskan kepada (a) pembentangan proposal kajian ilmiah yang lengkap, (b) penganalisaan yang kreatif terhadap sesuatu teori ataupun mencabar keutuhan sesuatu teori yang dominan, (c) pembentangan literature review yang lebih rapi demi untuk memastikan sesuatu kajian itu dapat menyumbang ke arah penemuan yang baru, (d) pembentangan kaedah metodologi yang jelas dan (e) penggunaan analisis bahan dan fakta yang bersifat kritikal dan tidak stereotype.

4.4. Usaha Mengenalpasti Beberapa Niche Area Yang Diperlukan Untuk Konteks Zaman Moden

Antara bidang yang mungkin penting terdiri daripada bidang perundangan ( seperti zakat, fatwa, wakaf, kepenggunaan, budaya, gender, sosiologi hukum Islam dan sebagainya), Muamalat (produk Perbankan Islam, Insuran Islam, Dinar emas dan sistem Bond Islam), Usuluddin ( pemikiran Islam menanggani isu global, pemikiran kritis dan kreatif Islam dan pemikiran Islam menanggani fahaman /idealism moden), Kominikasi ( konsep filem Islam dan konsep media Islam alternatif) dan S & T Islam (Astronomi Islam, falsafah S & T Islam dan bio-teknologi dan pengaruhnya terhadap umat Islam)

Apa yang paling baik lagi, dapatan kajian yang dihasilkan melalui kajian pps ini boleh dimanafaatkan untuk kepentingan umat Islam. Kita boleh memberikan beberapa contoh dengan hasil pps yang berdaya maju dan praktikal ini. Antaranya;

Pertama, laman web Myais ( Malaysian Abstracting And Indexing System) yang dibangunkan oleh Profesor Zainab Awang Ngah dengan bantuan pelajar pps Fakulti sains Komputer UM ( Abrizah Abdullah Dan Nor Edzan Che Nasir). Ia dapat dijadikan sebagai platform kepada pensyarah memperkenalkan hasil kajian mereka kepada masyarakat dan kalangan ahli akademik seluruh dunia. Ia berfungsi antara lainnya seperti Pengkalan data ISI Web Of Knowledge dan scopus.

(14)

Malaysia Common Law sendiri, yang berteraskan pelbagai prinsip-prinsip hukum Islam seperti konsep Urf, Maslaha, Siyasah Syariah dan lainnya.70

Ketiga, kajian yang dilakukan oleh Donald Horowitz, Ahmad Hidayat Buang, Ruzman Mohd Nor dan Muhammad Tahir Azhary yang mengkaji sejarah reformasi perundangan Islam di Malaysia- telah mampu menyediakan blueprint lengkap tentang kaedah reformasi yang terbaik dan hal ini telah diterima oleh pihak kerajaan memandangkan ianya dibuat secara ilmiah.71

Keempat, kajian sosiologi terhadap pelbagai institusi Islam yang dominan di dalam masyarakat bakal memperincikan elemen kelemahan yang dimiliki oleh institusi tersebut, yang perlu disedari dan dirangka jalan penyelesaian masalah yang terbaik.72 Sebagai contohnya,

memanglah diakui bahawa institusi fatwa telah mampu menyelesaikan masalah umat Islam di sepanjang sejarah, tetapi secara realiti dan praktiknya pada masa sekarang, didapati institusi ini telah gagal untuk meneruskan peranannya dengan secara berkesan kerana secara kuat berpegang kepada paradigma Taqlid.73

Kelima, kajian yang menunjukkan relevansi prinsip-prinsip Islam yang boleh dijadikan sebagai asas kepada program pembangunan Islam di Malaysia. Ianya juga boleh dibuat dalam bentuk kajian ilmiah terhadap realiti praktis sesuatu institusi yang disertakan pula dengan alternatif pilihan. 74

Keenam, proses menyediakan module pembangunan secara mikro (blueprint) membabitkan program keIslaman. Antara contoh yang relevan; (a) Kajian tentang E-Fiqh yang dilakukan oleh Abdulmajid H. Mohamed terhadap realiti sistem fiqh Islam di zaman globalisasi bakal menyediakan module pembangunan yang bersifat mikro yang dapat membantu dan memperkemaskan lagi peranan yang boleh dimainkan oleh kalangan fuqaha dan mufti;75 (b)

Kajian tentang penerapan pendekatan E-learning di dalam sistem pendidikan Islam di Malaysia yang dilakukan oleh serangkaian sarjana di UNITAR - bakal mematangkan lagi pedagogi pengajaran yang diamalkan;76(c) Kajian tentang kaedah reformasi pengeluaran zakat pertanian

70 Lihat sebagai contohnya Anuar Ramli (2002), Asas Hukum Dalam Budaya : Kajian Terhadap Beberapa Aspek

Hubungan Social Dalam Kebudayaan Malaysia, Tesis sarjana untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM dan Mohd Fauzi bin Audzir (2002), Uruf Tempatan Di Negeri Kedah Dan Kesannya Terhadap Perubahan Hukum : Satu Analisis, Tesis sarjana untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM.

71 Muhammad Tahir Azhary (2003), Negara Hokum : Suatu Studi Tentang Prinsip-Prinsipnya Dilihat Dari Segi

Hokum Islam, Implementasinya Pada Periode Negara Madinah Dan Masa Kini, Bogor : Penerbit Kencana, h. 193-237 dan Ahmad Hidayat Buang (2004), Fatwa di Malaysia, Kuala Lumpur : Jabatan Syariah dan Undang-undang, APIUM; Donald L. Horowitz (1994), “ The Quran And The Common Law : Islamic Law Reform And The Theory Of Legal Change “, dalam The American Journal Of Comparative Law, v. 42.

72 Maklumat lanjut boleh didapati dalam Amir Mu’allim dan Yusdani (1999), Konfigurasi Pemikiran Hukum Islam,

Yogyakarta, h. 46-47.

73 Sebagai contohnya, sila lihat Noor Naemah Abd Rahman (2003), Fatwa Jemaah Ulamak Kelantan Tahun 1920an

Hingga 1990an : Satu Analisis, Tesis PhD untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM.

74 Norhashimah Mohd Yasin (1994), Islamisation Or Malaynisation : A Study On The Role Of Islamic Law In The

Economic Development Of Malaysia : 1969-1993, tesis Ph.D untuk School of Law, University of Warwick, England,; Ahmad Hidayat Buang (1997), “ Muamalat Di Malaysia : Suatu Tajdid Atau Reaksi Pasaran “, dalam Dinamisme Pengajian Syariah, Berita Publishing Sdn Bhd, Kuala Lumpur, h. 107-124; Rahimin Affandi Abdul Rahim (1999), Islamic Legal Reform In The Administration Of Islamic Law In Malaysia : A Critical Analysis, Tesis Ph.D untuk University of Birmingham.

(15)

dan profesional bakal menyumbangkan idea tentang bagaimana institusi zakat ini boleh menjana perkembangan ekonomi umat Islam yang lebih baik.77

Ketujuh, kajian pembentukan kaedah penyelidikan untuk disiplin sejarah Islam bentuk baru yang dijalankan oleh Louay Safi, telah berjaya merumuskan mekanisme penyelidikan sejarah Islam yang lebih bersifat kritikal terhadap sumber dan kaedah barat dan juga Islam.78

Kelapan, proses menyediakan kerangka pemikiran Islam semasa yang bersifat kritikal dan kondusif dengan nilai-nilai Islam. Pada masa sekarang, kalangan masyarakat dunia termasuklah penganut Islam sendiri begitu mengilai paradigma pemikiran bentuk baru seperti pemikiran rasional, kritis, lateral, dekonstruksi, kreatif dan responsif- bakal menjadikan seseorang itu bersifat positif dan mampu menyelesaikan masalah hidup dengan baik.79 Apa yang menyedihkan,

kesemua paradigma pemikiran ini diperkenalkan oleh sarjana barat, seolah-olah penganut Islam sendiri ketandusan idea untuk berbuat demikian. Sedangkan, seperti ditunjukkan oleh Ibrahim Abu Rabi’, Mohd Fauzi Hamat, Mohammad Arkoun dan Amin Abdullah, kesemua elemen pemikiran bentuk baru ini memang terdapat secara meluas isinya di dalam sumber Quran dan Sunnah. Tinggal lagi, ianya perlu digali sepenuhnya oleh umat Islam yang kemudiannya perlu disusun dan dipersembahkan dalam bentuk yang lebih sistematik, untuk pengamalan umat Islam.80

Kesembilan, proses menyediakan jawapan Islam terhadap pelbagai isu semasa yang timbul di dalam masyarakat. Dalam soal ini, terlalu banyak persoalan baru dalam pelbagai bidang samada syariah ataupun teologi, yang perlu diberikan jawapannya oleh sarjana Islam. Antara isu-isu ini adalah soal yang membabitkan kepenggunaan, ekonomi, bioteknologi, perubahan budaya81 dan

ICT moden.82 Berhadapan dengan masalah ini, seseorang sarjana perlu bertindak secara proaktif

76Nik Salida Suhaila bt Nik Saleh & Syahirah bt Abdul Shukor (2004), “ E-learning in Islamic Studies: Possibilities and Challenges in Malaysia “, dalam Prosiding Islam : Past, Present And Future- International Seminar On Islamic Thoughts, anjuran bersama Jabatan Usuluddin dan Falsafah, UKM dengan Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan Malaysia, pada 7-9hb. Disember 2004.

77 Mahmood Zuhdi Abd Majid (2003), Pengurusan Zakat, Kuala Lumpur : DBP.

78 Louay Safi (1998) , Asas-Asas Ilmu Pengetahuan : Satu Kajian Perbandingan Kaedah-Kaedah Penyelidikan

Islam Dan Barat, Terj. Nur Hadi Ihsan, Kuala Lumpur : Thinkers Library.

79 Abdul Rahman Abdullah (2001), Falsafah Dan Kaedah Pemikiran, Kuala Lumpur : Utusan Publication, h. 8-15. 80 Ibrahim Abu Rabi’(1997), “ Issues In Contemporary Arab Thought : Cultural Decolonization And The Challenges

Of The 21st Century “, Dalam Intellectual Discourse, v. 5, no. 2, h. 170-173; H.M. Amin Abdullah (2004), “

Paradigma Alternative Pengembangan Usul Al-Fiqh Dan Dampaknya Pada Fiqh Kontemporer “,dalam ed. Riyanto Neo Usul Fiqh : Menuju Ijtihad Kontekstual, Yogyakarta : Fakultas Syariah press, h. 137-138 dan Mohd Fauzi Hamat (2004), “ Metod Pendalilan Al-Burhan Dalam Pemikiran Logik Dan Kepentingannya Dalam Pembangunan Ummah Berfikiran Kritis “, dalam (edit oleh Mohd Fauzi Hamat, Mohd Fakhruddin Abd. Mukti dan Che Zarrina sa'ari) Pemikiran Islam Dan Cabaran Semasa, Kuala Lumpur : Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, APIUM, h. 51-68.

81 Muhammad Firdaus Nurul Huda (2002), Kesan Perubahan Sosial Terhadap Hukum Islam : Satu Kajian Tentang

Metodologi Syariah Dan Pelaksanaannya, Kuala Lumpur : Thinker’s Library, h. 37-39.

82 Terdapat serangkaian besar tajuk-tajuk tesis di peringkat pasca siswazah yang menggunakan pendekatan ini,

antaranya adalah ;

1) Azhar Abdul Aziz (2002), Peranan Sains Perubatan Dalam Menentukan Hokum Keharusan Fasakh Kerana Penyakit, tesis Sarjana untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM

2) Mohamad Amin Abu Bakar (2002), Pemakaian Asas Astronomi Dalam Menentukan Arah Qiblat Di Malaysia : Satu Pendekatan Hukum, tesis sarjana untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM

3) Nizaita Omar (1999), Beberapa Kaedah Perubatan Moden Menurut Perspektif Islam, tesis sarjana untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM

(16)

menggunakan pendekatan semi-ijtihad, dengan menawarkan jalan penyelesaian terhadap setiap masalah yang timbul - dalam bentuk mengali jawapan syarak yang terdapat di dalam kitab warisan silam untuk isu yang dikaji ataupun membuat tafsiran yang lebih bersifat kontekstual terhadap isu tersebut.83

4.5. Memahami Mekanisme Di Dalam Proses Penyeliaan Dan Pemeriksaan Tesis.

Antara mekanisme dan pendekatan penyeliaan boleh dibahagikan kepada beberapa perkara tertentu.84 Ianya dimulakan dengan proses mengenali (taaruf) seseorang pelajar secara mendalam

dengan penuh hikmah yang bakal menerima bimbingan langsung daripada seseorang guru. Pendekatan taaruf ini yang biasanya diamalkan dalam aktiviti usrah yang mewajibkan seseorang guru dan pelajar itu bersikap terbuka, tidak terlalu ego, menerima sesuatu pandangan berasaskan kekuatan hujah tanpa mengira siapa yang mengutarakannya dan kesediaan untuk berubah apabila ditegur mengikut pendekatan yang betul.

Penyelia patut mengamalkan pendekatan ujian untuk menguji keupayaan akademik (kebolehan mengulas dan menulis secara kritikal) yang dimiliki oleh seseorang pelajar. Biasanya, dalam amalan dunia akademik barat seseorang pelajar akan ditugaskan oleh penyeliannya untuk membaca sesuatu karya ulamak Islam tertentu dan mengulasnya secara kritikal dan teliti.85

Dalam setiap pertemuan yang membabitkan perbincangan berkaitan dengan penghantaran, pembetulan dan sebarang tokok tambah terhadap tesis perlu dicatatkan bersama di antara kedua pihak, di dalam borang yang khusus, demi untuk memastikan samada seseorang pelajar itu telah mencapai sesuatu pencapaian ataupun sebaliknya.86

Seseorang penyelia perlu memberi penerangan lanjut tentang kaedah dan Know How

tentang bagaimana sesuatu penyelidikan itu harus dijalankan, dan bukannya menekankan tentang isi kandungan sesuatu ilmu tersebut. Antara perkara-perkara yang berkaitan dalam kontek ini yang amat penting, yang biasanya dijadikan neraca utama oleh seseorang pemeriksa (dalam dan luar negeri) adalah; (a) bagaimana sesuatu research design (persoalan tentang apa, kenapa dan bagaimana) untuk sesuatu penyelidikan ilmiah harus dilakukan, yang biasanya akan dimasukkan perbincangannya ke dalam proposal sesuatu kajian. Perlu diingat, proposal kajian ini merupakan ruh dan nyawa terpenting untuk sesuatu kajian ilmiah, yang biasanya akan disentuh dan diperiksa secara rapi oleh setiap pemeriksa untuk tesis tersebut; (b) Persoalan yang hendak dicari oleh penyelidik yang dimasukkan di bawah tajuk kepentingan dan objektif kajian perlu di jawab hasilnya di dalam bab kesimpulan tesis.

Berikutnya, © abstrak tesis yang padat dengan apa yang hendak dikaji yang dikemukakan dalam pembahagian bab yang tersusun secara kronologi perlu jelas dan terang serta secara

5) Mohd Sharkawi Shaadan (2003), Penggunaan Bahan Haram Dalam Perubatan : Kajian Di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur, tesis sarjana untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM

6) Nadzirah Ismail (2003), Status Kesucian Air Kumbahan Yang Dirawat Melalui Kaedah Rawatan Oleh Indah Water Konsortium, tesis sarjana untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM.

83 Rahimin Affandi Abd Rahim (2004), “ Usaha Memperkasakan Ilmu Usul al-Fiqh di Zaman Moden : Satu Analisis

“, dalam Prosiding Seminar Kebangsaan Usul Fiqh (SUFI) 2004, Anjuran Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Kolej Universiti Islam Malaysia, pada 15-16hb Disember 2004, h. 210-224.

84 Rahimin Affandi Abd Rahim (2002), “ Penyelidikan, Metodologi, Penyeliaan Dan Pemeriksaan Tesis “, dalam

Jurnal YADIM, bil. 3.

85 Maklumat lanjut boleh dilihat dalam Ratno Lukito (1997), “ Studi Hukum Islam Antara IAIN dan McGill “, dalam

ed. Yudian W. Asmin, Pengalaman Belajar Islam Di Kanada, Yogyakarta : Titian Ilahi press, h. 152-162.

(17)

mudah dapat difahami oleh seseorang pemeriksa. Apa yang lebih penting lagi, bahagian abstrak ini merupakan sempadan utama kajian tersebut. Lebih tepat lagi, bahagian ini perlu mengandungi tiga perkara asas; apa yang dikaji, bagaimana kajian itu dibuat (kaedah penyelidikan) dan apa dia dapatan kajian yang diperolihi. Ia perlu menggunakan gaya bahasa yang standard dan teknik transliterasi Arab ke Roman yang konsistent.

Pelajar perlu melakukan pembentangan kajian lepas yang terperinci berkaitan dengan kajian yang dirancang. Seseorang pelajar perlu menunjukkan dalam bahagian ini senarai kajian lepas yang berbentuk buku, tesis, artikel dan laporan yang pernah dilakukan sebelumnya. Hal ini penting untuk menyakinkan pemeriksa tentang sumbangan kajiannya di dalam bidang yang dipilih, mengelakkan berlakunya plagarism dan keluasan persediaan pembacaan yang dibuat dalam bidang dipilih.

Akhirnya (d) memastikan penggunaan metodologi kajian yang tepat dan betul. Biasanya, sesuatu kajian pengajian Islam lebih berasaskan dua sumber pengumpulan data; kajian perpustakaan dan kajian kes. Seterusnya data-data yang dikumpulkan akan dianalisa menggunakan beberapa kaedah utama, (i) pensejarahan, (ii) analisis kandungan berasaskan tema tertentu (content analysis), (iii) pengambilan kesimpulan secara induktif dan deduktif dan (iv) kaedah perbandingan di antara pendapat yang berbeza.

Akhir sekali, kedua belah pihak iaitu penyelia dan pelajar perlu berinteraksi dalam kontek yang lebih terbuka dan kritikal. Dalam soal ini, pendekatan penyeliaan yang berbentuk Banking Concept Dan Teacher-Oriented perlu dijauhkan. Dalam pendekatan banking concept yang biasanya digunakan dalam paradigma Taqlid, ianya menafikan kreativiti seseorang pelajar dalam mengupas sesuatu persoalan. Manakala paradigma Teacher-Oriented pula merujuk kepada pendekatan yang terlalu bergantung sepenuhnya kepada penyelia sehingga melupakan peranan yang perlu dimainkan oleh seseorang pelajar. Lebih tepat lagi, pelajar perlu bertindak dengan lebih proaktif di dalam kajiannya dan menganggap penyelianya hanya sebagai pembimbing dan fasilitator semata-mata.87

5. Kesimpulan.

Sebagai rumusan akhir, kita dapat menyimpulkan beberapa perkara utama. Pertama, amalan yang mengkaji dan membangunkan ajaran Islam kepada bentuknya yang lebih kondusif dengan reality semasa sepertimana dilakukan dalam pps Islam di IPT Islam moden memang mempunyai sejarah precedentnya di dalam lipatan sejarah pendidikan Islam. Maknanya, usaha ini bukannya bertentangan dengan world-view Islam dan tindakan yang tidak beradab dengan tradisi ulamak Islam silam. Kedua, jika digunakan pendekatan realism dan budaya ilmu (sikap hormat-kritis) dengan perkembangan pps Islam semasa, kita boleh berbangga dengan pencapaian pps di Malaysia sehingga sering dijadikan model oleh IPT Negara membangun lain. Hal ini disebabkan kerana sifat masyarakat Alam Melayu sendiri yang mengutamakan proses pencarian ilmu dan beramal sepenuhnya berdasarkan criteria ilmu dan terpenting sekali usaha proaktif pihak kerajaan di dalam melakukan reformasi IPT secara amnya dan pps secara khususnya. Dalam konteks dunia global, kemajuan sesuatu Negara hanya boleh dicapai melalui penggunaan ilmu yang berdaya maju, dan hal ini antara lainnya boleh dilakukan dengan mengalakkan program pembangunan R&D yang bakal dimanafaatkan sepenuhnya oleh pihak kerajaan. Pps

87 Maklumat lanjut boleh didapati dalam Abuddin Nata (2004), Sejarah Pendidikan Islam : Pada Periode Klasik

(18)

Referensi

Dokumen terkait

Kepada para jamaah masjid Agung Kendal, hendalah apa yang sudah menjadi niat baik para jama’ah benar-benar di niati untuk mensyi’arkan Agama Allah yaitu agama

Berdasarkan hasil penelitian yang dilakukan dapat disimpulkan bahwa komponen kimia yang terdapat pada ekstrak etanolik buah buni (Antidesma bunius (L.) Spreng)

Lithos filling machine adalah suatu mesin yang digunakan untuk pengisian pelumas ke dalam lithos (botol kemasan plastik ) yang menggunakan

Klasifikasi agregat menjadi kasar, halus dan filler adalah berdasarkan ukurannya yang ditentukan menggunakan saringan. Mutu agregat mempengaruhi kekuatan dan ketahanan konkrit. Adapun

Berdasarkan hasil penelitian diperoleh kesimpulan bahwa pelaksanaan ekstrakurikuler pramuka penggalang di SD Jaranan Banguntapan Bantul dapat dilihat dari 1) perencanaan pihak

CTRA memiliki indikator Stoc osc, Macd, dan Rsi mengindikasikan pola Uptrend, CTRA berhasil menembus Resistance di level harga 1235 sehingga. terbuka peluang untuk menguji

Tunjangan kesehatan diberikan kepada pegawai yang besarnya ditentukan oleh Yayasan dengan mempertimbangkan kondisi keuangan masing-masing unit pendidikan..

Dengan demikian dapat dikatakan bahwa hipotesis yang menyatakan terdapat hubungan positif antara supervisi dan komunikasi interpersonal secara bersama- sama dengan produktivitas