• Tidak ada hasil yang ditemukan

KONSEP KOMUNIKASI dalam konsep budaya (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KONSEP KOMUNIKASI dalam konsep budaya (1)"

Copied!
22
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 1: KOMUNIKASI

PENDAHULUAN

Komunikasi adalah suatu perkara yang amat penting dalam kehidupan manusia. Semenjak daripada peringkat awal kehadiran manusia di muka bumi ini, mereka perlukan kepada suatu sistem yang mengatur perhubungan antara sesama mereka. Berdasarkan kajian sarjana Barat, manusia berkomunikasi dengan menggunakan bahasa isyarat dan juga melalui lukisan yang dilukis di dinding gua, pada peringkat awalnya. Kemudian, komunikasi manusia berkembang pesat selaras dengan perkembangan kehidupan mereka.

Sarjana-sarjana Barat menekankan perbincangan tentang komunikasi dalam ruang lingkup yang terhad iaitu dengan pemfokusan terhadap perhubungan antara sesama manusia. Menurut J.R. Diekman (1979), komunikasi adalah merujuk kepada penghantaran dan penerimaan mesej (maklumat) sama ada secara lisan (verbal) ataupun bukan lisan (non-verbal).

(2)

Bertolak daripada hakikat tersebut, komunikasi ternyata memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam pembinaan sesebuah peradaban, termasuklah peradaban Islam. Komunikasi juga mempunyai peranan yang penting dalam membentuk ketahanan dan keutuhan peradaban tersebut. Maka, dalam bab 1 ini akan membincangkan beberapa perkara berikut:

1. Pengertian dan konsep komunikasi, fungsi, jenis dan unsur komunikasi.

PENGERTIAN DAN KONSEP KOMUNIKASI

Komunikasi sering dibicarakan dalam dua aspek iaitu komunikasi fizikal dan komunikasi antara manusia. Komunikasi fizikal melibatkan perhubungan seperti jalan raya, kereta api dan kapal terbang. Komunikasi antara manusia pula, lebih tertumpu kepada perhubungan antara manusia yang melibatkan penyampaian atau penukaran sesuatu utusan daripada individu kepada individu lain, sama ada secara bersemuka atau melalui perantaraan media massa. Kajian ilmiah ini hanya akan membincangkan khusus tentang komunikasi antara manusia sahaja.

Komunikasi antara manusia merupakan satu daripada unsur-unsur penting dalam kehidupan kita. Kita perlu berkomunikasi untuk melahirkan pendapat dan perasaan kita kepada orang lain. Manusia tidak dapat hidup keseorangan tanpa berkomunikasi dengan orang lain. Tanpa kebolehan untuk menyampaikan pendapat dan perasaan kita kepada orang lain, kita mungkin merasakan sesuatu kekurangan dalam hidup kita.

(3)

menjadi sebahagian daripada keperluan hidup kita, ramai daripada kita menganggap kebolehan itu ialah satu kebolehan semula jadi yang telah dianugerahkan Tuhan kepada kita.

Oleh kerana itu, tidak ramai daripada kita yang ingin cuba belajar cara-cara berkomunikasi untuk meningkatkan kekesanan komunikasi. Sebenarnya kebolehan komunikasi seseorang individu itu boleh dipertingkatkan lagi sekiranya ia memahami unsur-unsur penting dalam proses komunikasi. Menurut Berlo (1960), untuk memahami ilmu komunikasi kita perlulah memahami proses, unsur-unsur yang terlibat dalam proses itu dan kesan komunikasi. Pengetahuan tentang perkara tersebut akan dapat membantu keupayaan kita memahami dan menyelesaikan masalah komunikasi yang kita hadapi. (Komunikasi asas: samsudin a.rahim)

Pengertian Komunikasi

Kata atau istilah komunikasi (dari bahasa inggeris “communication”) yang bererti perhubungan, khabar, atau perkhabaran. Secara epistemologis atau menurut asal katanya adalah dari bahasa latin communicatus, dan perkataan ini bersumber pada kata communis. Kata communis memiliki makna “berbagi” atau “menjadi milik bersama” iaitu usaha yang memiliki tujuan untuk kebersamaan atau kesamaan makna.

(4)

Untuk memahami pengertian komunikasi tersebut dijelaskan secara efektif oleh Effendy bahawa para ahli komunikasi sering mengutip paradigma yang dikemukakan oleh Harold Lasswell dalam karyannya, The Structure and Function of Communication in Society. Laswell mengatakan bahawa cara yang baik untuk menjelaskan komunikasi ialah dengan menjawab pertanyaan sebagai berikut: Who Says What In Which Channel to Whom with What Effect? Paradigma Laswell menunjukan bahawa komunikasi meliputi lima unsur sebagai jawapan dari pertanyaan yang diajukan, iaitu:

1. Penyampai pesanan (siapa yang mengatakan?)

Penyampai pesanan adalah seseorang yang memberikan pesanan kepada penerima. Dalam hal ini seorang penyampai harus mampu mengetahui dan memahami apa yang ingin disampaikannya kepada penerima, kerana sesebuah pesanan tidak akan sampai dengan baik apabila penyampainya tidak memahami apa yang ingin disampaikan.

2. Pesanan (mengatakan apa?)

(5)

3. Media (melalui saluran apa?)

Pesanan dapat disalurkan melalui berbagai macam saluran media massa. Diantara saluran media massa adalah televisyen, radio, telefon, surat majalah dan lain-lain.

4. Penerima (kepada siapa?)

Pengirim pesanan sebaiknya mengetahui kepada siapa pesanan tersebut ingin disampaikan. Komunikasi dikatakan berhasil jika pesanan yang disampaikan oleh penyampai sampai dan diterima dengan baik oleh penerima pesanan.

5. Kesan (apa kesannya?)

Kesan atau impak yang terjadi kepada penerima setelah menerima pesanan yang disampaikan oleh penyampai. Pesanan dikatakan memiliki makna atau erti bagi orang yang menerimanya. Apabila pesanan tersebut memiliki kesan kepada penerima maka dapat merubah sudut pandang orang lain itu contohnya cara berfikir, sikap, perilaku dan lain-lain.

(6)

Konsep Komunikasi

Dikutip dari buku Ilmu Komunikasi karya Prof. Deddy Mulyana (2007:67), John R. Wenburg dan William W. Wilmot juga Kenneth K. Sereno dan Edward M. Bodaken, mengemukakan tiga konsep komunikasi, iaitu:

a) Komunikasi sebagai tindakan satu arah

Komunikasi satu arah adalah komunikasi yang prosesnya hanya melibatkan satu unsur komunikasi iaitu penyampai itu sendiri. Dalam komunikasi satu arah ini tidak ada interaksi antara penyampai dengan penerima sehingga tidak ada umpan balik atau feedback.

b) Komunikasi sebagai interaksi

Komunikasi sebagai interaksi disebut juga dengan komunikasi dua arah. Dalam komunikasi ini, penerima dapat memberikan umpan balik atau feedback kepada penyampai sebagai tanda pesanan tersebut sudah diterima. Komunikasi ini dirasa lebih efektif dibandingkan dengan komunikasi satu arah.

c) Komunikasi sebagai transaksi

Ketika sedang berkomunikasi dengan orang lain, terkadang tanpa disedari kita mengikut sertakan gerakan anggota tubuh untuk mengirimkan pesanan non-verbal. Gerakan-gerakan tersebut adalah isyarat tangan, ekspresi wajah, nada suara dan sebagainya. Proses pengiriman pesanan tersebut bersifat spontan dan simultan.

(7)

Berdasarkan paradigma Laswell, Effendy (1994:11-19), beliau membezakan proses komunikasi menjadi dua tahap, iaitu:

(8)

i. Fungsi memberitahu

Fungsi ini bolehlah dikatakan antara fungsi komunikasi yang terawal yang digunakan oleh manusia. Tujuannya adalah untuk memberitahu orang lain tentang sesuatu perkara yang dirasakan oleh penyampai perlu diketahui oleh orang lai. Dalam kehidupan kita setiap hari, banyak contoh komunikasi yang menjalankan fungsi memberitahu. Contohnya, papan tanda jalan raya seperti “Jalan Sehala”, “Tidak Boleh Masuk” atau “80ksj” adalah antara contoh yang sering kita temui yang bertujuan untuk memberitahu kita tentang keadaan jalan raya atau had laju memandu yang perlu kita patuhi.

Fungsi memberitahu ini menumpukan perhatiannya kepada penyampai atau sumber maklumat. Tujuan penyampai adalah untuk memberitahu. Untuk memastikan bahawa komunikasinya berjaya, penyampai yang menjalankan fungsi ini sering kali akan menggunakan strategi menyebarkan maklumat sebanyak mungkin atau menyampaikan maklumat itu dengan lebih kerap. Contohnya, penggunaan tali pinggang keledar, radio dan televisyen boleh membuat pengumuman itu dengan seberapa kerap yang mungkin atau pihak Jabatan Pengangkutan Jalan boleh mengeluarkan seberapa banyak risalah untuk memberitahu orang ramai tentang undang-undang jalan raya itu.

ii. Fungsi mendidik

(9)

Apabila seorang guru berkomunikasi dengan pelajar-pelajarnya “apabila ia mengajar sesuatu perkara” tujuannya adalah untuk mendidik pelajar tersebut tentang perkara yang diajarnya. Guru tersebut mempunyai matlamat agar maklumat yang disampaikan itu akan membantu pelajarnya untuk mendalami lagi ilmu yang diajarnya.

Fungsi mendidik ini mementingkan kedua-dua pihak, penyampai dan penerima maklumat untuk memastikan fungsi tersebut tercapai. Kejayaan fungsi ini bergantung pada sejauh mana seseorang itu merasai bahawa pengetahuannya bertambah hasil daripada pendedahan terhadap maklumat yang diterimanya. Mungkin juga fungsi mendidik ini tidak berjaya sekiranya maklumat yang ingin disampaikan itu telah pun diketahui oleh pihak penerima. Dengan itu mereka yang menerima maklumat itu merasakan bahawa mereka tidak memperoleh apa-apa pengetahuan yang baru.

iii. Fungsi memikat hati

(10)

mulutnya telah hilang dan rakan lelakinya mula kembali kepadanya. Dalam contoh iklan ini emosi kita untuk disayangi dan didampingi oleh orang lain ditonjolkan. Dengan itu jika kita ingin terus disayangi, maka kita hendaklah kerap menggunakan ubat gigi yang diiklankan itu.

iv. Fungsi menghibur

Fungsi komunikasi yang keempat ini juga begitu mudah dilihat di sekeliling kita. Wayang gambar, rancangan hiburan yang disiarkan melalui radio dan televisyen, drama, komik, lukisan kartun dan sebagainya adalah contoh cara komunikasi digunakan untuk menghibur. Pada mulanya kekesanan fungsi ini boleh diketahui daripada reaksi orang ramai terhadap sesuatu rancangan hiburan, tayangan wayang gambar, ataupun majalah yang dibacanya. Asalkan seseorang itu dapat “melapangkan fikirannya” bolehlah dikatakan fungsi menghibur ini telah berjaya. Berbeza dengan fungsi komunikasi yang lain, fungsi menghibur ini terlalu umum sifatnya kerana ia tidak mempunyai kriteria khusus untuk menentukan kejayaannya. Ini disebabkan kriteria “terhibur” bukanlah ditentukan oleh penyampai maklumat tetapi lebih ditentukan oleh penerima maklumat itu sendiri. Jika dalam fungsi mendidik, kejayaan pendidikan boleh diketahui dengan jelas apabila penerima maklumat faham tentang apa yang ingin mendidiknya seperti membaca, mengira dan sebagainya. Jika beberapa soalan yang kita kemukakan kepadanya dapat dijawab maka bolehlah dikatakan bahawa usaha mendidiknya itu sudah mencapai serba sedikit kejayaan. Tetapi kejayaan fungsi menghibur sukar diukur oleh sumber maklumat kerana hanya penerima maklumat itu sendiri yang dapat menentukannya. Pihak sumber mungkin dapat mengetahui kejayaannya dengan bilangan naskhah majalah hiburannya yang terjual, atau berapa ramai penonton menonton sesuatu rancangan hiburan.

(11)

sesama kita untuk mewujudkan rakyat Malaysia yang bersatu padu. Begitu juga melalui nyanyian dikir barat telah cuba diselitkan penerangan tentang keindahan sesuatu tempat untuk dilawati oleh pelancong. Iklan cuba memikat hati orang ramai membeli minuman dengan meminta penyanyi terkenal memperkenalkan minuman tersebut.

Setelah kita terdedah kepada beberapa fungsi komunikasi, bolehlah dikatakan bahawa dalam keadaan sebenarnya sesuatu proses komunikasi itu tidaklah hanya tertumpu untuk menjalankan satu fungsi sahaja. Lazimnya sesuatu proses komunikasi itu akan melibatkan beberapa fungsi komunikasi yang digabungkan untuk menghasilkan satu kesan komunikasi yang lebih besar. Justeru itu kita hendaklah bersedia untuk mengenal pasti gabungan fungsi komunikasi yang mana satukah yang akan membawa kejayaan dalam perancangan strategi komunikasi yang akan kita laksanakan. (Komunikasi asas: samsudin a.rahim)

(12)

Komunikasi antara manusia berlaku dalam berbagai-bagai situasi. Ada kalanya komunikasi berlaku secara bersemuka antara dua individu, ada kalanya pula komunikasi berlaku melalui perantaraan seperti radio atau akhbar dan ada juga ketikanya komunikasi berlaku hanya dengan menggunakan isyarat-isyarat. Untuk memudahkan kita memahami komunikasi dengan lebih jelas lagi, tumpuan akan diberikan kepada empat jenis komunikasi iaitu komunikasi antara individu, komunikasi awam, komunikasi massa dan komunikasi tanpa lisan.

i. Komunikasi antara individu

Komunikasi ini berlaku apabila dua individu berkomunikasi secara bersemuka iaitu muka mereka bertentangan antara satu sama lain. Lazimnya komunikasi berlaku tanpa dirancang terlebih dahulu iaitu secara spontan. Komunikasi jenis ini adalah komunikasi dua hala iaitu dua individu yang terlibat dalam proses komunikasi itu saling menyampai dan menerima maklumat. Dengan kata lain apabila individu B menerima maklumat daripada individu A, ia akan cuba memahami maklumat itu dan kemudiannya memberikan balasannya terhadap maklumat individu A. Apabila individu A berpuas hati dengan balasan daripa individu B, mungkin komunikasi tersebut berhenti di situ sahaja. Tetapi jika tidak, individu A akan terus memberikan reaksinya terhadap balasan individu B itu. Interaksi yang sedemikian akan terus berlaku sehinggalah kedua-dua individu itu berpuas hati dan mencapai tujuan komunikasi mereka. Antara contoh komunikasi antara individu adalah perbualan kita setiap hari dengan ahli keluarga, rakan, ketua pejabat, guru atau dengan jurujual di kedai.

(13)

individu yang baru sahaja berkenalan, mereka memerlukan jarak yang tidak terlalu dekat. Tetapi jika kita berbual dengan rakan karib atau ahli keluarga, kita mungkin akan lebih suka duduk berdekatan. Ini desebabkan jarak yang rapat itu lebih menunjukkan kemesraan antara kita.

Dalam komunikasi antara individu ini maklumat secara lisan dan juga tanpa lisan adalah penting. Maklumat lisan adalah pertuturan kita. Antara contoh maklumat tanpa lisan adalah ialah air muka, gerak badan, atau nada suara kita. Isyarat-isyarat tersebut penting untuk mengukuhkan hujah maklumat yang kita sampaikan ataupun akan membuatkan hujah maklumat kita diragui. Misalnya, apabila kita menyatakan kita tidak amrah tetapi rakan kita dapat melihat air muka kita yang masam. Di sini percakapan kita dengan maklumat tanpa lisan itu tidak siiringan. Ini boleh membuat orang lain meragui apa yang kita katakana kepadanya.

ii. Komunikasi awam

Komunikasi awam adalah komunikasi yang bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada jumlah orang yang ramai. Misalnya, pensyarah memberi kuliah kepada pelajar-pelajarnya, seorang menteri memberi ucapan kepada ahli-ahli partinya atau seorang pelajar memberikan ceramah dalam bilik darjahnya. Sebelum komunikasi menjadi suatu bidang ilmu yang tersendiri, komunikasi awam adalah lebih dikenali sebagai pidato umum.

(14)

penceramah adalah sebagai sumber dan hadirin yang mendengar ceramah atau ucapannya adalah penerima maklumat yang ingin disamapaikan.

Komunikasi awam berlaku secara formal dan mempunyai struktur yang tertentu. Penceramah tidak dapat berinteraksi dengan orang ramai seperti dalam komunikasi antara individu disebabkan jarak dan juga bilangan orang yang ramai. Ceramahnya telah dirancang terlebih dahulu berdasarkan siapakah yang akan hadir untuk mendengar ceramah itu. Suasana penyampaian ceramah itu juga telah distrukturkan dengan agenda-agenda yang tertentu. Misalnya siapakah yang akan memperkenalkan penceramh, bilakah penceramah akan memulakan ceramahnya dan juga bilakah masanya orang ramai boleh mengemukakan soalannya kepada penceramah.

iii. Komunikasi massa

Ciri utama yang membezakan komunikasi antara individu dengan komunikasi massa komunikasi massa ialah dari segi penyampaian maklumat. Dalam komunikasi antara individu situasi komunikasi ialah secara bersemuka. Tetapi dalam komunikasi massa, maklumat disampaikan melalui perantaraan media. Di antara media yang sering menjadi perantaraan ialah media massa seperti radio, televisyen, akhbar majalah dan buku. Dengan adanya perantaraan ini jarak di antara mereka yang terlibat dalam komunikasi massa bolehlah dikatakan tidak terhad. Kita mungkin akan dapat mengikuti apa yang berlaku di Amerika Syarikat atau Eropah dalam sekelip mata sahaja sama ada melalui liputan berita akhbar, radio atau televisyen.

(15)

khalayak adalah besar. Khalayak komunikasi massa terdiri daripad aindividu-individu yang berbagai-bagai jenis dan ragam seperti berberbagai-bagai-berbagai-bagai kaum, peringkat umur, pelajaran atau tempat tinggal. Khalayak komunikasi massa tidak dikenali oleh penyampai maklumat kerana maklumat disampaikan melalui perantaraan media.

Maklumat yang disampaikan dalam komunikasi massa tidaklah berlaku secara spontan dan tidak formal. Di sebaliknya maklumat yang hendak disampaikan adalah diusahakan oleh berbagai-bagai individu. Misalnya, berita tentang kebakaran yang kita dengan melalui siaran berita adalah hasil daripada usaha beberapa individu. Antara mereka yang terlibat ialah pemberuita membuat liputan kejadian kebakaran, penyunting akan menyunting berita dan pembaca berita yang membaca berita tersebut.

Dalam komunikasi massa sumber dengan penerima maklumat tidak dapat berinteraksi dengan spontan. Ini disebabkan jarak yang memisahkan mereka. Reaksi terhadap sesuatu maklumat yang disampaikan itu mungkin mengambil masa beberapa jam atau hari kerana penerima maklumat perlu menulis surat ataupun membuat panggilan telefon untuk menyampaikan reaksinya.

iv. Komunikasi tanpa lisan

(16)
(17)

Unsur-Unsur Komunikasi

Setiap komunikasi yang terjadi terdapat unsurnya, yang mana setiap unsur tersebut membentuk proses komunikasi. Unsur-unsur komunikasi adalah seperti berikut:

1) Sumber merupakan punca sesuatu utusan. Sesiapa pun boleh menjadi sumber tidak kira sama ada ia seorang individu, satu kumpulan, persatuan atau organisasi. Dalam proses komunikasi, sumber ialah sesiapa yang mempunyai pendapat, fikiran, perasaan, atau utusan yang ingin disampaikan kepada orang lain. Sejauh mana sumber berkesan menyampaikan utusan bergantung pada keupayaannya, personalitinya, tujuan komunikasinya dan juga bagaimana pandangan orang lain terhadapnya. Contohnya, dalam suasana bilik darjah guru yang sedang mengajar dianggap sebagai sumber komunikasi kerana beliau sedang menyampaikan bahan-bahan pengajarannya. Dalam situasi yang lain pula apabila murid bertanyakan sesuatu soalan kepada gurunya, murid itu bertindak sebagai sumber maklumat.

2) Penerima ialah sasaran sesuatu utusan. Penerima mungkin seorang individu, kumpulan kecil, sebuah organisasi ataupun sejumlah orang yang ramai. Dalam komunikasi massa penerima utusan dikenali sebagai khalayak. Penggunaan istilah khalayak adalah untuk menggambarkan tumpuan sejumlah orang yang ramai yang terdiri daripada berbagai-bagai ragam yang terdedah kepada sesuatu sumber atau saluran. Penerima yang khusus dikenali sebagai khalayak atau individu sasaran dan kita dapat mengenal dengan pasti siapakah yang akan menerima utusan yang ingin disampaikan.

(18)

adalah isyarat-isyarat yang memberikan utusan-utusan yang tertentu. Begitu juga pertanyaan “Apa khabar” atau “Selamat pagi” adalah bahasa yang digunakan untuk menyampaikan utusan kepada orang lain.

4) Encoder bertanggungjawab mengubal apa yang ingin disampaikan oleh sumber dalam bentuk kod dan kemudian menyampaikannya dalam bentuk utusan. Dalam komunikasi antara individu, encoder adalah keupayaan motor seseorang itu; bahagian suara yang menghasilkan suara, sistem otot tangan yang menghasilkan tulisan atau lukisan, sistem otot badannya yang menghasilkan gerak tangan, gerak badan dan sebagainya.

Dalam situasi yang lebih kompleks, encoder boleh dipisahkan daripada sumber. Contohnya, jurucakap sesebuah persatuan adalah encoder sementara pengerusi persatuan itu sebagai sumber. Dalam contoh ini jurucakap itu mengubal dan menterjemahkan apa yang ingin disampaikan oleh pengerusi dan kemudian menyampaikan utusan itu kepada orang ramai. Encoder boleh juga merupakan suatu alat. Contohnya, apabila kita berbual melalui telefon, bahagian gagang telefon tempat kita bercakap mengubah percakapan kita ke dalam kod yang tertentu. Kod tersebut dikirimkan melalui kawat kepada orang yang di pihak satu lagi.

(19)

6) Gangguan berlaku apabila penerima tidak dapat menerima utusan dengan jelas atau tepat sebagaimana yang disampaikan oleh sumber. Gangguan boleh berlaku disebabkan oleh saluran, keadaan sekeliling ataupun oleh keadaan mental kita. Gangguan saluran berlaku apabila keadaan saluran itu sendiri yang mengakibatkan utusan tidak dapat diterima dengan jelas atau tepat. Contohnya, kuasa alat pemancar yang tidak kuat mengakibatkan kita tidak dapat menerima siaran radio dengan jelas. Begitu juga apabila kita membaca akhbar atau buku yang cetakannya tidak kemasungkin mengalami kesukaran untuk membacanya.

Gangguan fizikal pula berlaku apabila punca gangguan itu datangnya dari keadaan sekeliling. Contohnya, apabila kita sedang berbual kita tidak dapt mendengar apa yang dikatakan oleh rakan kita disebabkan bunyi lalu lintas yabg bising. Gangguan juga boleh berlaku apabila kita tidak dapat menerima utusan dengan jelas atau tepat disebabkan oleh tahap pengetahuan asas kita yang berkaitan dengan utusan itu, sikap kita terhadap utusan atau sumber dan juga disebabkan oleh keupayaan komunikasi kita seperti membaca, mendengar dan berfikir. Gangguan seperti ini dikatakan gangguan psikologi.

7) Decoder bertanggungjawab untuk menterjemahkan utusan yang diterima daripada sumber agar mudah difahami dan boleh digunakan oleh penerima. Dalam komunikasi antara individu, decoder adalah berkeupayaan sensori penerima termasuklah urat saraf dan otot-ototnya. Seperti dalam contoh tentang encoder, jurucakap juga bertindak sebagai decoder untuk pengerusi persatuan yang berkenaan.

(20)

Untuk membolehkan komunikasi berlaku dengan berkesan, kedua-dua sumber dan penerima mestilah mempunyai rangka rujuk yang sama. Lebih luas ruang lingkup rangka rujuk di antara sumber dan penerima, maka lebih besar kemungkinan komunikasi antara mereka akan berkesan.

9) Maklum balas berlaku apabila penerima memberikan reaksi terhadap utusan yang disampaikan oleh sumber. Dalam komunikasi antara individu, maklum balas adalah spontan. Contohnya, apabila sumber bertanya “Apa khabar?” dan penerima utusan tersebut mungkin menjawab “Khabar baik” ataupun menunjukkan muka yang masam. Jawapan dan air muka penerima itu merupakan maklum balas terhadap utusan yang disampaikan oleh sumber. Apabila maklum balas itu positif mungkin sumber akan meneruskan komunikasinya dengan penerima. Bagaimanapun jika maklu balas itu negative, kemungkinan sumber akn berhenti di situ sahaja dengan tidak membuat soalan susulan lanjut.

Dalam proses komunikasi massa, maklum balas tidak sepantas seperti dalam komunikasi bersemuka. Sebaliknya maklum balas dalam komunikasi massa adalah tertangguh, iaitu lambat untuk diperoleh. Contohnya, apabila seorang pembaca akhbar ingin memberikan reaksinya terhadap sesuatu berita yang dibacanya di dalam akhbar berkenaan, ia akan menulis surat kepada pengarang itu. Surat tersebut akan mengambil masa beberapa hari melalui kiriman pos sebelum sampai ke meja pengarang dan disiarkan isi kandungan reaksi yang berkenaan dalam ruangan “daripada pembaca”. Dengan itu kita katakan maklum balas itu tertangguh tidak spontan seperti komunikasi antara individu.

(21)
(22)

Referensi

Dokumen terkait

dari barang butki memori volatile yang terdapat pada hardware pelaku , dari beberapa skenario difokuskan untuk perangkat komputer dan mobile, serta melalui tahapan

$EVWUDN .RQGLVL 3HUHNRQRPLDQ ,QGRQHVLD VDDW LQL VDQJDW VXOLW NDUHQD GHQJDQ PHOHPDKQ\D UXSLDK DNLEDW PHQJXDWQ\D GROODU WHUMDGLQ\D SHPEHUKHQWLDQ NHUMD NDU\DZDQ GDQ PHQLQJNDWNDQ

Berdasarkan hasil penelitian diperoleh kesimpulan bahwa pelaksanaan ekstrakurikuler pramuka penggalang di SD Jaranan Banguntapan Bantul dapat dilihat dari 1) perencanaan pihak

Penulis tertarik untuk melakukan penelitian mengenai manajemen redaksional majalah Cekidot dalam menarik minat pembaca anak muda di DIY dikarenakan adanya persaingan antar media

Demikian surat undangan ini dibuat sebagai bukti untuk mengikuti Tahapan Tes.. Diharapkan untuk hadir tepat waktu sesuai dengan

Nilai suatu perusahaan tidak ditentukan oleh besar kecilnya persentase laba yang dibayarkan kepada pemegang saham dalam bentuk uang tunai atau DPR, tapi ditentukan oleh laba bersih

Klasifikasi agregat menjadi kasar, halus dan filler adalah berdasarkan ukurannya yang ditentukan menggunakan saringan. Mutu agregat mempengaruhi kekuatan dan ketahanan konkrit. Adapun

menginventarisasi cendawan entomopatogen di lahan kering masam, terutama Propinsi Lampung dan Sumatra Selatan untuk digunakan sebagai salah satu agens hayati terhadap hama