iii
PEMERDAGANGAN MANUSIA:
HAK, HAMBATAN
DAN INISIATIF
KARTINI ABOO TALIB
@ KHALID
Siri Kertas Kajian Etnik UKM (UKM Ethnic Studies Paper Series)
iv
Cetakan Pertama / First Printing, 2015 Hak cipta / Copyright Penulis / Author
Institut Kajian Etnik (KITA)
Universiti Kebangsaan Malaysia, 2015
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia terlebih dahulu.
All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical including photocopy, recording, or any information storage and retrieval system, without permission in writing from the Institute of Ethnic Studies (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia.
Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by
Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi, Selangor D.E., Malaysia
Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi,Selangor D.E Malaysia http:/pkukmweb.ukm.my/~penerbit/
Perpustakaan Negara Malaysia Data-Pengkatalogan-dalam Penerbitan
Cataloguing-in-Publication-Data
Kartini Aboo Talob@Khalid, 1972-
PEMERDAGANGAN MANUSIA: HAK, HAMBATAN DAN
INISIATIF/KARTINI ABOO TALIB@KHALID.
(Siri Kertas Kerja Kajian Etnik UKM Bil. 42 September) ISBN 978-967-0741-18-5
1.Human trafficking-Malaysia 2.Crime-Malaysia. I. Judul II. Siri.
v
Siri Kertas Kajian Etnik UKM(UKM Ethnic Studies Paper Series)
Shamsul Amri Baharuddin. 2008. Hubungan Etnik di Malaysia: Mencari dan Mengekal Kejernihan dalam Kekeruhan. Kertas Kajian Etnik UKM Bil.1 (November) ISBN 978-983-44318-0-8
Shamsul Amri Baharuddin. 2008. Many Ethnicities, Many Cultures, One Nation: The Malaysian Experience. Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 2 (November) ISBN 978-983-44318-1-5
Shamsul Amri Baharuddin. 2009. Culture and
Governance in Malaysia’s Survival as a Nation. Siri
Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 3 (September). ISSN 2180-1193
Sun Mee Lee. 2009. Construction of Moken Identity in Thailand: A Case Study in Kuraburi. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 4 (Oktober). ISSN 2180-1193
Eric Schubert Ansah. 2009. Shaping A New Africa: What Malaysians Should Know about the Transformation in Africa. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 5 (November). ISSN 2180-1193
vi
Sharifah Zaleha Syed Hassan. 2010. Negotiating Islamism: The Experiences of the Muslim Youth Movement of Malaysia. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 7 (Jun). ISSN 2180-1193Korakit Choomgrant. 2010. Expression of Sexuality and Lifestyle in Singapore and Bangkok: A Case Study of Singaporean Homosexual Men. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 8 (Julai). ISSN 2180-1193
Michael Banton. 2010. Ethnic Relations: An International Perspective on the Malaysian Initiative of 2007. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 9 (Ogos). ISSN 2180-1193
Jean-Sébastian Guy. 2010. Toward a Second-Order Theory of Globalization. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 10 (Ogos). ISSN 2180-1193
Lennart Niemelä. 2010. WALK! Framing a Successful Agrarian Reform Campaign in the Philippines. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 11 (September). ISSN 2180-1193
Elinor Lumbang Boayes. 2010. The Deadliest Free Press in Asia: A case study of the Philippines. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 12 (September). ISSN 2180-1193
vii
Ong Puay Hoon, Dick Yong, Ong Puay Liu & Ong Puay Tee. 2010. The Silent Burden: What it Means to be Dyslexic. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 14 (Oktober). ISSN 2180-1193Shazlin Amir Hamzah. 2010. Branding Malaysia through Tourism: When Ads Permeate Our Consciousness, What Happens to Our Identity? Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 15 (November). ISSN 2180-1193
Tallyn Gray. 2010. Justice and the Khmer Rouge: Ideas of a Just Response to the Atrocities of Democratic Kampuchea in Buddhism and the Extraordinary Chambers in the Courts of Cambodia. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 16 (Disember). ISSN 2180-1193
Shamsul Amri Baharuddin. 2011. ’Ilmu Kolonial’ dalam Pembentukan Sejarah Intelektual Malaysia: Sebuah Pandangan. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 17 (Januari). ISSN 2180-1193
Shamsul A.B. & Anis Y. Yusoff. 2011. Managing Peace in Malaysia: A Case Study. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 18 (Mei). ISSN 2180-1193
Clive S. Kessler. 2012. What Every Malaysian Needs to Know about Race. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 19 (Mac). ISSN 2180-1193
viii
Denison Jayasooria & Teo Lee Ken (Editors). 2012.Issues Pertaining to Malaysia’s Ratification of The
International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) 1965. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 21 (Oktober). ISSN 2180-1193
Hasan Mat Nor. 2012. Kompilasi Beranotasi mengenai Orang Asli: Bahan Bertulis dalam Bahasa Melayu di UKM. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 22 (November). ISSN 2180-1193
Denison Jayasooria. 2012. Malaysia: The Need for Inclusiveness. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 23 (Disember). ISSN 2180-1193
Denison Jayasooria. 2012. Issues Pertaining to Malaysia introducing a New National Harmony Act. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 24 (Disember). ISSN 2180-1193
James T. Collins. 2013. On Malay Manuscripts: Lessons from the Seventeenth Century. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 25 (Januari). ISSN 2180-1193
Azmi Aziz dan Shamsul Amri Baharuddin. 2013. Pluralisme dan Pluralisme Agama: Sebuah Wacana Konseptual. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 26 (April). ISSN 2180-1193 (not in print)
Denison Jayasooria dan Muhammad Ismail Aminuddin. 2013. Satu pendekatan dalam membina kesepaduan sosial melalui penyertaan komuniti. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 27 (April). ISSN 2180-1193
ix
Wendy Smith. 2013. Managing Ethnic Diversity in a Japanese Joint Venture in Malaysia. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 28 (April). ISSN 2180-1193 (not in print)Denison Jayasooria (ed.). 2013. Building an Inclusive Society on the Foundation of Human Rights and Responsibilities. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 29 (April). ISSN 2180-1193
Pue Giok Hun (pnyt.). 2013. Menyelusuri Cabaran Kepelbagaian: Pengalaman Malaysia Terkini. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 30 (Mei). ISSN 2180-1193
Leong Kar Yen. 2013. The State and Unseen Realm: State Ideology, History and Memory in Indonesia. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 31 (Julai). ISSN 2180-1193
Kartini Aboo Talib @ Khalid. 2014. Consociation In Plural Society: Accommodating Contemporary Malaysia Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 32 (September). ISSN 2180-1193
Kartini Aboo Talib @ Khalid. 2014. Moderation and Power Sharing in Malaysia: Accommodating concept and practice. Siri Kertas Kajian Etnik Bil. 33 (September), ISSN 2180-1193
x
Shamsul Amri Baharuddin. 2015. Politics of Language and Language of Politics: Theory and Practice of the‘nation-of- intent’ as articulated in Malaysia. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 35 (Jun), ISBN 978-967-0741-10-9
Nurshuhada Binti Mohamed. 2015. Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC): Sejarah Bermulanya Proses Perkongsian Kuasa. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 36 (Ogos), ISBN 978-967-0741-12-3
Mohd Mahadee Ismail. 2015. Keamatan Kemahiran Sivik: Perbandingan Alumni dan Bukan Alumni Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 37 (Ogos), ISBN 978-967-0741-13-0
Aananthi a/p Thuraisamy. 2015. Cross Cultural Relations of Live-In Indonesian Maids within Selected Malaysian Households. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 38 (Ogos), ISBN 978-967-0741-14-7
Mohd Syariefudin Abdullah. 2015. Kesepaduan Sosial dalam Komuniti di Kawasan Kejiranan Rukun Tetangga (RT): Kajian di Zon Semenyih, Daerah Hulu Langat Selangor. Siri Kertas Kajian Etnik UKM Bil. 39 (Ogos), ISBN 978-967-0741-15-4
xii
About the UKM Ethnic Studies Paper SeriesUKM Ethnic Studies Paper Series marks the inaugural publication of the Institute of Ethnic Studies (KITA), UKM. The purpose of this Paper Series is in line with UKM’s official status as a research university under the 9th Malaysia Plan. The Series provides a premise for the dissemination of research findings and theoretical debates among academics and researchers in Malaysia and world-wide regarding issues related with ethnic studies. All articles submitted for this Series will be refereed by at least one reviewer before publication. Opinions expressed in this Series are solely those of the writer(s) and do not necessarily reflect the views and policies of KITA. The first two papers published in November 2008 under this Series had the ISBN code. For 2009, the Series carries the ISSN Code. However, the Series reverts to the ISBN code with the publication of number 34, November 2014.
For further information, please contact:
Prof. Dr. Ong Puay Liu Chief Editor
UKM Ethnic Studies Paper Series Institute of Ethnic Studies (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi, Selangor, Malaysia Website : http://www.kita.ukm.my
email: [email protected]; [email protected]
Mengenai Siri Kertas Kajian Etnik UKM
xiii KANDUNGAN
Abstrak … 1
Pengenalan … 2
Definisi Pemerdagangan Manusia dan Penyeludupan Migran … 5
Definisi atau terma berautoriti bagi maksud migran … 6
Keselamatan insan dalam konteks non-traditional security … 9
Konsepsualisasi perhambaan dan pemerdagangan manusia … 11
Malaysia dan isu pemerdagangan manusia … 13
Inisiatif Menangani Isu Pemerdagangan Manusia … 18 Menyingkap realiti “the new normal” … 27
Kesimpulan … 30
1 Pemerdagangan Manusia:
Hak, Hambatan dan Inisiatif
Abstrak
2
PengenalanKesan kapitalisme dan dokongan kepada pasaran bebas menjadikan tuntutan material mencabar nilai kemanusiaan.1 Begitu juga dengan isu pemerdagangan manusia apabila ada sekumpulan manusia yang tamak dan mahukan keuntungan hasil penjualan dan perhambaan manusia. Rasional pasaran tidak pernah meletakkan isu moral dalam mana-mana agenda penawaran dan permintaan (supply-demand). Tambahan lagi persoalan efficiency dan effectiveness adalah terletak pada keuntungan maksima dengan modal yang minima dan usaha yang optima. Walaupun pasaran dan manusia dalam konteks moral adalah suatu dilemma, tidak bermakna manusia perlu berpeluk tubuh dan membiarkan keakuran pasaran menentukan nilai hidup manusia.
Ini bertepatan dengan firman Allah YME
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib
sesuatu kaum, kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka” (Surah Ar Rad: Ayat 11)
Kekuatan untuk merubah adalah terletak pada kemahuan, kesedaran dan keupayaan kita untuk merubah permasalahan yang direka oleh manusia dengan menggalakkan kita berfikir serta berusaha dengan penuh azam untuk mengatasi masalah yang berlaku. Bersesuaian dengan ini, isu mengenai wanita dan pemerdagangan manusia atau women and human trafficking perlu ditelusuri dengan jelas dalam dua konteks utama iaitu konsepsual (gender) dan institusi (negara, badan berautoriti dan perundangan).
3
every person, because it’s a debasement of our common humanity. It ought to concern every community, because it tears at the social fabric. It ought to concern every business, because it distorts markets. It ought to concern every nation, because it endangers public health and fuels violence and organized crime. I am talking about injustice, the outrage of human trafficking which must be called by its true name –modern slavery” (Trafficking in Persons Report, 2013: 7).Laporan ini menegaskan bahawa
pemerdagangan manusia adalah perhambaan zaman moden yang mencipta ketidakadilan dan menzalimi manusia. Pemerdagangan manusia mengancam nilai kemanusiaan, merosakkan struktur sosial, menghambat pasaran, membahayakan kesihatan awam dan menjadi bara mencetus keganasan dan jenayah terancang. Mereka yang menjadi mangsa adalah mereka yang lemah dan tidak berupaya. Maka, eksploitasi sebegini harus dihentikan.
4
pemerdagangan orang yang menuntut penguatkuasaan bukan sahaja di peringkat dalam negeri tetapi juga secara global untuk memperkasakan badan penguatkuasa dengan jaringan kerjasama yang lebih efektif.Menurut Laporan International Labour Organization (ILO), pada 2012 dianggarkan 20.9 juta manusia direkodkan terlibat dalam aktiviti buruh paksa di seluruh dunia.2 Daripada jumlah yang dianggarkan ini, lebih kurang 3.3 juta buruh paksa ditangkap di rantau Asia Pasifik. Kokko (2008) menyatakan bahawa laporan dari United Nations Office of Drugs and Crime (UNODC) menggambarkan fenomena pemerdagangan manusia meliputi 161 buah negara yang berfungsi sebagai sumber, transit dan destinasi bagi pemerdagangan manusia. Faktor kepada meluasnya pemerdagangan manusia adalah kompleks dan strategi menangani isu ini bukanlah dimensi yang menawarkan hanya satu jalan penyelesaian tetapi memerlukan tindakan kolektif dari pelbagai pihak.
5
Definisi Pemerdagangan Manusia danPenyeludupan Migran
Perkataan dan istilah pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran perlu dijelaskan secara perbandingan. Ini kerana dua istilah tersebut sering kali digunapakai dalam keadaan bertindan lapis atau overlapping yang mengelirukan. Ada beberapa elemen yang boleh membezakan antara pemerdagangan orang dan penyeludupan migran iaitu:
1) Instrumen
2) Rentas sempadan atau tidak
3) Bentuk eksploitasi (berterusan, berulang, atau tamat bila tiba ke destinasi)
Jadual 1 Perbezaan antara Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran
Pemerdagangan Orang Penyeludupan Migran
6
eksploitasi dan ia bolehberlaku di dalam sesebuah negara tanpa melibatkan aspek rentas sempadan. Ianya juga boleh berlaku di peringkat domestik.
Melibatkan elemen eksploitasi, manipulasi, ancaman terhadap mangsa yang terlibat. Eksploitasi berterusan dan berulang.
Melibatkan kerelaan orang yang diseludupkan dan keuntungan terhadap sindiket penyeludupan migran. Kegiatan penyeludupan tamat apabila tiba di destinasi.
Sumber: Azizah Kassim (2014).
Definisi atau terma berautoriti bagi maksud migran
Konvensyen Hak Asasi Migran oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu3 mendefinisikan migran sebagai “an individual who has resided in a foreign country for more than one year irrespective of the causes, voluntary or involuntary and the means, regular or irregular, used to migrate,” iaitu individu yang tinggal di negara bukan negara asalnya lebih dari satu tahun tanpa mengira sebab-musabab, sama ada caranya sukarela atau paksa, kebiasaan atau tidak, digunakan bagi tujuan berhijrah ke luar negara.
7
1) Documented migrant – a migrant who entered a country lawfully and remains in the country in accordance with his or her admission criteria (Seseorang yang masuk melalui cara sah dan tinggal di sesebuah negara tersebut sehingga tamat tempoh kriteria kemasukan yang dibenarkan)2) Economic migrant – a person leaving his or her habitual place of residence to settle outside his or her country of origin in order to improve his or her quality of life (Seseorang yang berpindah dari tempat bermaustautin ke luar negara yang bukan negara asalnya semata-mata untuk merubah kualiti kehidupan atau dalam kata lain meninggalkan negara asal demi untuk mencari pekerjaan)
3) Irregular5 migrant – also known as undocumented person, a person who owing to unauthorized entry, breach of a condition of entry or the expiry of his or her visa (Seseorang yang masuk atau transit di sesebuah negara secara undang-undang tetapi telah tamat tempoh visanya)
8
[kelonggaran peraturan dari segi tempoh menetap, perubahan pekerjaan dan penyatuansemula keluarga])5) Temporary migrant worker – skilled, semi-skilled, or untrained workers who remain in the destination country for definite periods as determined in a work contract with an individual worker or service contract concluded with an enterprise. Also called contract migrant workers (Pekerja mahir, separa-mahir atau tidak terlatih yang tinggal di negara yang dituju sepertimana tertakluk dalam kontrak perkhidmatan kerja yang ditandatangani bersama individu, atau syarikat. Turut dikenali sebagai pekerja kontrak)
9
Keselamatan insan dalam konteks non-traditional securityKonsep keselamatan insan mula mendapat perhatian dunia apabila United Nations Human Development Report dikeluarkan pada tahun 1994. Penekanan aspek “freedom from fear and freedom from want” menjadikan peranan negara dan masyarakat komited untuk melindungi manusia (Zarina, 2006: 220). Tambahan pula keselamatan insan adalah pendekatan komprehensif yang tidak hanya fokus semata-mata pada isu peperangan tetapi merentasi sempadan bangsa, kepercayaan, budaya, gender, umur, kelas sosial, dan etnik. Pendekatan keselamatan insan ini boleh dilakarkan dalam isu pemerdagangan dan penyeludupan migran kerana ia jelas mempersoalkan aspek keselamatan dan kesejahteraan manusia yang tergugat kesan daripada ketamakan material kumpulan penjahat yang beroperasi secara underground.
10
pemerdagangan manusia dan penyeludupan dadah. Sementara Buzan et. al (1997) menyatakan bahawa ancaman bukan ketenteraan adalah suatu proses yang bersifat discursive kerana proses mengenalpasti bentuk ancaman diterima apabila ianya diiktiraf oleh masyarakat secara kolektif sebagai suatu yang merbahaya. Dalam kata lain, “societies identify existential threats to securitization”. Ini menjadikan proses mengenalpasti ancaman bukan ketenteraan suatu yang rumit dan tidak tersusun. Haas (1992:1-35) mencadangkan bahawa dalam isu tertentu, usaha untuk mengenalpasti sesuatu masalah yang bersifat ancaman boleh dilakukan dengan menggunakan jaringan pakar bidang yang akan berkongsi konsep dan mengenalpasti perkara-perkara berkaitan ancaman bagi membantu pembuat dasar membuat keputusan.11
Konsepsualisasi perhambaan danpemerdagangan manusia
Choi-Fitzpatrick (2012: 13-15) menjelaskan bahawa “slavery is wrong, trafficking is slavery”6 – perhambaan adalah salah, pemerdagangan orang adalah perhambaan. Beliau mengaitkan perhambaan dan pemerdagangan dalam makna yang setara apabila membincangkan konteks migrasi dan pekerja. Perhambaan melibatkan pelbagai bentuk kuasa dan proses yang lazimnya unsur paksaan itu bersifat tidak begitu ketara. Pemerdagangan orang tidak selalunya melibatkan unsur keganasan walaupun kecenderungan berlakunya keganasan adalah suatu yang boleh dijangka. Pemaksaan fizikal terhadap pekerja untuk melakukan sesuatu kerja tanpa bayaran atau pampasan yang setimpal dianggap satu perhambaan, tambahan lagi jika hak asasi manusia yang paling asas dinafikan seperti makan, minum, pakaian dan sebagainya.
12
tidak selalunya selamat walau di rumah, dalam kalangan keluarga, di tempat kerja, berada dalam negara atau di luar negara, keganasan seksual terhadap wanita tidak perlu menunggu kepada berlakunya fenomena pemerdagangan orang. Seks dagangan dalam perbincangan gender inequity menjuruskan kupasan dalam bentuk jika ianya paksaan maka secara konstruktif, perkhidmatan ini adalah suatu bentuk keganasan terhadap wanita, sebaliknya jika ianya adalah kerelaan individu (self-willingness) dalam melaksanakan hak asasi, maka ianya adalah pasaran kepada perkhidmatan (Wasileski & Miller 2012: 107-10).Pemerdagangan orang perlu dilihat dan dinilai dalam konteks perhambaan kerana isu perhambaan boleh menyatupadukan manusia sejagat untuk membanterasnya. Setiap negara, agama dan kepercayaan, serta individu yang rasional mengutuk dan benci perhambaan. Pemerdagangan orang memerlukan penjanaan kuasa politik yang bersepadu dari semua pemimpin negara dengan agenda yang satu iaitu mengubah fokus pemerdagangan dan eksploitasi seks kepada perhambaan sebagai usaha menghapuskan perhambaan. Dari sudut rasional ekonomi, kewangan yang dijana hasil daripada aktiviti
pemerdagangan orang bernilai €25, 894,000,000 billion
13
Malaysia dan isu pemerdagangan manusiaPunca kepada migrasi pekerja ke luar negara sering dirujuk dalam dimensi “push-pull factors” iaitu faktor menolak dan menarik termasuklah masalah ekonomi melibatkan kemiskinan keluarga dan desakan hidup, ketidakstabilan politik, ancaman sosial dan bencana alam (Jennisen 2007). Sementara faktor penarik dari negara luar yang menawarkan peluang pekerjaan, mobiliti sosial, keselamatan dan bebas bencana alam, lokasi strategik, kesamaan budaya dan bahasa yang menjadi sebab kepada migrasi manusia yang begitu pesat ke negara-negara tertentu (Nafisah 2013).
Statistik yang lengkap dan tepat tentang jumlah pekerja asing di Malaysia masih diusahakan oleh pihak imigresen. Sehingga tahun 2011, menurut laporan kerajaan Malaysia menerusi Program Komprehensif 6P,8 jumlah pendatang asing ialah 2,320,034 orang dan seramai 1, 016,908 adalah pekerja asing berdaftar dan 1,303,126 tidak berdaftar. Azizah (2014) menjelaskan bahawa jumlah sebenar pendatang asing di Malayisa dipertikaikan oleh pelbagai pihak termasuklah persatuan majikan, kesatuan sekerja, dan media massa. Dianggarkan jumlah sebenar pekerja asing yang berdaftar dan tidak berdaftar di Malaysia adalah jauh lebih tinggi. Ini dapat diperhatikan menurut laporan media kebanjiran pekerja asing di Malaysia kini berada pada tahap yang serius kerana dianggarkan sebanyak 6.7 juta pekerja asing berada di Malaysia mencari rezeki dalam pelbagai sektor (Hakimi 2014).
14
selain daripada sikap rakyat tempatan yang memilih pekerjaan. Rata-rata pekerja asing ini datang dari Asia Tenggara dan Asia Pasifik. Namun begitu kemasukan pendatang asing dari Afrika terutamanya mereka yang masuk menggunakan visa pelajar dan kemudiannya bekerja adalah fenomena yang menzahirkan rasa kebimbangan. Lakaran peta menggambarkan aliran migrasi asing ke Malaysia seperti di bawah:Peta 1: Asia Pasifik (ubah suai bagi menunjukkan aliran migrasi ke Malaysia.
15
tentang usaha membanteras kegiatan
pemerdagagangan manusia. Setelah usaha menggubal Akta Anti Pemerdagangan Orang dilakukan sekitar tahun 2002-2005, Malaysia diletakkan di Laras 2 (Senarai Perhatian). Pada akhir tahun 2007, kedudukan Malaysia dijatuhkan ke Laras 3 kerana gagal merealisasikan ATIP. Penggubalan ATIP (Anti- Trafficking in Persons Act) dan ATIPSOM (Anti- Smuggling of Migrants Act) dan pelaksanaannya pada akhir tahun 2007 menyebabkan kedudukan Malaysia naik semula ke Laras 2 pada tahun 2008. Walau bagaimanapun, kedudukan Malaysia kembali merudum pada 2009 setaraf dengan 16 negara lain termasuk Korea Utara, Arab Saudi, Switzerland, Syria, dan Zimbabwe, iaitu negara-negara yang dilaporkan banyak melakukan pelanggaran hak asasi manusia.
Kejatuhan kedudukan Malaysia dari Laras 2 ke Laras 3 pada tahun 2009 adalah disebabkan Malaysia dikritik hanya memberi tumpuan kepada aktiviti membanteras pemerdagangan manusia dan mengabaikan isu penderaan pekerja asing di Malaysia sama ada di sektor perkhidmatan domestik mahupun di sektor perladangan dan pertanian.
16
Namun begitu, menurut Laporan TIP Julai 2015, Malaysia kini telah menduduki Tier 2. Kedudukan ini masih di peringkat Watch List atau Senarai Perhatian dan Malaysia masih perlu berusaha untuk memperbaiki dan mematuhi piawaian minimum Trafficking Victims Protection Act (TVPA).92001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009
Year Watc h List
Carta 1.1: Penarafan Malaysia dalam Trafficking in Persons Report (2001-2009) Sumber: Azizah Kassim (2014)
Malaysia dijadikan sasaran oleh organisasi jenayah atau pasaran gelap sebagai negara transit, destinasi dan sumber kepada pemerdagangan wanita dan kanak-kanak disebabkan kedudukan geografi yang strategik, pembangunan ekonomi yang maju dengan transaksi keluar masuk barangan, manusia yang begitu pesat. Kebiasaannya, pemerdagangan manusia ini berlaku disebabkan beberapa perkara yang bersifat eksploitasi seperti
1) Tujuan komersial bagi industri seks
2) Lelaki, wanita dan kanak-kanak yang dijadikan buruh paksa
17
3) Dipaksa bekerja di industri perkhidmatan domestik, pertanian, makanan, pembinaan, peladangan, sektor industri dan perikanan.Kebanyakan mangsa pemerdagangan manusia adalah wanita dan kanak-kanak terdiri daripada mereka yang warganegara dan bukan warganegara. Laporan Keselamatan Malaysia melaporkan mangsa pemerdagangan manusia terdiri daripada 20 jenis kewarganegaraan pelbagai termasuk dari rantau Asia Tenggara, Asia Selatan, Asia Pasifik. Kebanyakan mangsa adalah mereka yang terdiri daripada warganegara Indonesia, China, Sri Lanka dan Filipina. Sementara mangsa lelaki dijadikan buruh paksa di sektor perladangan dan industri.
18
menyimpan pasport mangsa dan mangsa dipaksa bekerja di sektor haram, perladangan atau menjadi pembantu rumah dengan bayaran yang minima dan situasi bekerja yang buruk atas dasar melangsaikan hutang kepada sindiket yang membawa mereka ke destinasi ini. Terdapat juga warga Malaysia yang ditipu oleh sindiket ini dan mangsa di bawa ke Singapura, Hong Kong, United Kingdom dan France dan dipaksa bekerja dalam sektor pelacuran.Inisiatif Menanggani Isu Pemerdagangan Manusia
Sebelum tahun 2007, tiada undang-undang di Malaysia yang secara spesifik membicarakan isu pemerdagangan orang atau penyeludupan manusia. Polis Diraja Malaysia membanteras jenayah ini dengan merujuk kepada undang-undang seperti Penal Code, Akta Kanak-kanak, dan Akta Imigresen 1959 dan 1963. Dewasa ini, jenayah pemerdagangan manusia diiktiraf sebagai jenayah antarabangsa dan Malaysia komited untuk mengatasi masalah ini dengan efektif. Malaysia memperkenalkan undang-undang Anti-Trafficking in Persons Act pada 11 Julai 2007 yang komprehensif bertujuan untuk menghapuskan aktiviti jenayah pemerdagangan manusia. Akta ATIP 2007 ini dilaksanakan pada Februari 2008. Undang-Undang ini merangkumi semua aspek jenayah berkaitan dengan pemerdagangan manusia termasuk pemerdagangan organ manusia. Akta ini meliputi perkara seperti:
1) Perlindungan dan sokongan kepada mangsa 2) Hukuman kepada penjenayah
19
Akta ini menjelaskan definisi pemerdagangan manusia mempunyai beberapa elemen iaitu 1) recruitment 2) physical transportation 3) physical or psychological coercion 4) exploitation of the work 5) absence of informed consent.Walau bagaimanapun, ATIP 2007 ini telah dipinda pada 2010 dan dinamakan ATIPSOM ( Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants Act) yang turut merangkumi definisi penyeludupan manusia termasuklah pemerdagangan dan penyeludupan bagi tujuan industri seksual, buruh paksa, buruh terikat, eksploitasi buruh kanak-kanak, dan pemindahan organ manusia. Di bawah ATIPSOM 2010 (Act 670) (Division 1, section 2), pemerdagangan manusia didefinisikan sebagai
“...all actions involved acquiring or maintaining the labour or services of a person through coercion and includes the act of recruiting, conveying, transferring, harbouring, providing or receiving a person for the purposes of this Act”
Selain daripada akta yang terdapat dalam ATIPSOM 2010, undang-undang lain yang turut digunakan untuk melengkapi ATIPSOM ini ialah:
1) Akta Imigresen 1959 pindaan 1963 2) Akta Kanak-Kanak 2001
3) Akta Perlindungan Wanita 1973 4) Akta Juvana 1953 (repealed)
5) Malaysian Maritime Agency Act 2004 6) Akta Kastam 1967
20
Orang pada 2008 dan namanya ditukar pada tahun 2010 kepada Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Orang atau kini dikenali sebagai MAPO. Inisiatif penubuhan MAPO ini merujuk kepada Section 7(1) ATIPSOM 2010. MAPO diberi kepercayaan untuk mengkoordinasi dan melaksanakan ATIPSOM 2010 di samping perlu memformulasikan dasar serta program perlindungan untuk membanteras kegiatan pemerdagangan dan penyeludupan orang. Di dalam MAPO terdapat enam Jawatankuasa sokongan yang menyokong fungsi MAPO iaitu:1) Sekretariat MAPO (di bawah governans Kementerian Dalam Negeri)
2) Jawatankuasa Perundangan (Jabatan Peguam Negara)
3) Jawatankuasa Pelindungan (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)
4) Jawatankuasa Pelaksana (Polis Diraja Malaysia) 5) Jawatankuasa Buruh Paksa (Kementerian
Sumber Manusia)
6) Jawatankuasa Media dan Publisiti (Kementerian Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan)
21
mengkoordinasi kutipan data, dan menjalankan kajian mengenai pemerdagangan orang. Malaysia turut mempraktiskan strategi 3P selaras dengan standard operasi antarabangsa iaitu Prosecution (Pendakwaan), Prevention (Pencegahan) dan Protection (Perlindungan).Jadual 2 Statistik penangkapan, kesalahan, dan pendaftaran kes sejak 2008 hingga 31 Disember 2012
NO PERKARA JUMLAH
1 Jumlah kes keseluruhan 612
2 Jumlah mangsa pemerdagangan orang
3570
3 Jumlah arahan perlindungan yang dikeluarkan
1371
4 Jumlah orang yang ditangkap 835
22
Jadual 3 Statistik Eksploitasi dan PenyeludupanNO KESALAHAN JUMLAH
1 EKSPLOITASI
1.1. Seks 346
1.2. Buruh paksa 171
1.3. Perhambaan 0
1.4. Pemindahan organ manusia 0
2 JENIS KESALAHAN LAIN
2.1. Penyeludupan migrant 26
2.2. Eksploitasi visa 32
2.3. Penjualan bayi/kanak- kanak 37
JUMLAH 612
Jadual 4 Bil. Kes berdasarkan Pendaftaran di Mahkamah (28/2/2008-17/5/2013)
KATEGORI KES
2008 2009 2010 2011 2012 2013 TOTAL
Didakwa 8 142 192 22 63 15 488
Tertangguh 0 27 109 7 16 15 280
Digugurkan 2 50 41 10 19 0 87
Digugurkan kerana tidak lengkap
3 18 2 1 10 0 25
Pensabitan 3 47 40 4 18 0 96
Jumlah orang dituduh
23
Jadual 5 Jumlah orang yang dituduh (2008-2012)NO JUMLAH KES TERTUDUH MENGIKUT TAHUN
JUMLAH
1 Jumlah mereka yang dituduh (2008) 8
2 Jumlah mereka yang dituduh (2009) 69
3 Jumlah mereka yang dituduh (2010) 62
4 Jumlah mereka yang dituduh (2011) 58
5 Jumlah mereka yang dituduh (2012) 119
Jumlah keseluruhan 316
Sumber: Gunarajan (2013)
Kebanyakan kes tangkapan pemerdagangan orang yang didapati bersalah didakwa di bawah Seksyen 12 diikuti dengan Seksyen 13 ATIPSOM 2007. Seksyen 12 ini melibatkan elemen eksploitasi yang merupakan elemen kritikal dalam kes jenayah melibatkan pemerdagangan orang. Sementara Seksyen 13 melibatkan elemen ugutan, penculikan, penipuan, dan lain-lain.
Selain daripada penguatkuasaan undang-undang dan usaha membanteras jenayah pemerdagangan orang, kerajaan Malaysia juga komited melalui komitmen berterusan seperti berikut iaitu:
Kempen Kesedaran
24
dengan pihak berkuasa dan badan bukan kerajaan (NGOs). Koordinasi dan Kerjasama dalam kalangan agensi
1) Koordinasi efektif daripada semua agensi yang terlibat dalam usaha membanteras pemerdagangan dan penyeludupan orang. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengadakan kerjasama dengan syarikat tempatan dengan menyediakan progam pendidikan dan kesedaran kepada pihak majikan, agensi pengambilan pekerja seperti yang dilakukan di Pahang (Feb 2012) dan Penang (Mac 2012). Majikan dan agensi pengambilan pekerja dimaklumkan tentang ATIPSOM 2007 dan hukuman yang dikenakan jika didapati bersalah.
- Kempen kesedaran media dan
masyarakat diadakan secara konsisten di siaran TV, dan Radio tempatan.
- NCWO (National Council of Women Organizations) menjalankan program latihan kepada pelatih (TOT) melibatkan guru, pelajar, jururawat, pegawai kerajaan dan NGOs bagi melatih bentuk bantuan.
25
2) Bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGOs) termasuk International Organization for Migration (IOM) dan Suka Society dengan menyediakan kaunseling kepada mangsa.3) Bekerjasama dengan Rotary Club of Bandar Sunway bagi menyediakan program kesihatan di rumah perlindungan dengan mengadakan aktiviti seperti bicara sihat, pemeriksaan kesihatan bagi mengawal penyakit Hepatitis, dan kursus keselamatan kendiri.
4) Menyediakan program latihan bagi mangsa seperti Kelas Bahasa Inggeris, terapi psikologi, kraftangan dan menjahit, kelas masakan, dan kelas hiasan wanita.
Memperkukuhkan penguatkuasaan undang-undang
Menubuhkan Mahkamah Khas di Kuala Lumpur untuk mempercepatkan perbicaraan kes melibatkan pemerdagangan orang dengan merujuk kepada kod khas 61AT dan 62AT bagi urusan mengurus dan memantau kes-kes ini. Tambahan lagi, dua pegawai pendakwa yang terlatih telah ditempatkan di setiap negeri.
Koordinasi dan Kerjasama dengan Badan Antarabangsa
26
International Organization for Migration (IOM) dalam usaha meningkatkan program dan strategi membanteras pemerdagangan dan penyeludupan orang termasuk usaha pencegahan, perlindungan, pendakwaan dan kesedaran.2) Malaysia telah menandatangani MOU (Memorandum of Understanding) on Transnational Crime/Security bersama rakan dari Australia, UK, Saudi Arabia, USA dan China. Jenayah pemerdagangan yang sangat rumit kerana melibatkan pergerakan manusia, wang, dan sindiket antarabangsa mendesak Malaysia dan rakan dari negara-negara tadi untuk menandatangani MOU. Ini membolehkan pertukaran informasi dan kepakaran antara agensi penguatkuasa seperti polis, kastam, imigresen, jabatan laut, udara, dll bagi memastikan usaha membanteras jenayah ini dapat dilakukan dengan lebih efektif dan efisien.
27
termasuklah Malaysian Maritime Enforcement Agency (MMEA) yang telah diberi mandat di bawah Akta ATIPSOM 2007 untuk mencegah sebarang aktiviti yang meragukan di perairan Malaysia dan menahan atau menangkap mereka yang didapati melanggar apa-apa peraturan dan undang-undang yang terdapat dalam Akta ATIPSOM ini. MMEA telah diberi tugas untuk mengawal aktiviti udara, perairan, dan operasi menyelamat termasuk usaha membanteras kegiatan lanun dan penyeludupan barang-barang.Sehingga kini, MMEA telah melaporkan 10 kes penyeludupan orang dan kesemua kes ini telah disiasat sekitar tahun 2001-2012 di bawah Akta ATIPSOM 2007. Bagi kes melibatkan penyeludupan orang, tiga kes melibatkan sejumlah 107 orang yang diseludup, dua orang penyeludup telah ditangkap dan ditahan. Daripada 107 mangsa penyeludupan yang diselamatkan, 92 adalah warga Myanmmar, 13 warga Afghanistan, dan 2 warga Indonesia (Andika Ab Wahab 2014).
Menyingkap realiti “the new normal”
28
Faktor seperti kemiskinan, kebuluran, masalah keselamatan [triads di zaman dinasti Manchu yang memburu kumpulan kongsi gelap] dan masalah diburu kerana dianggap pengkhianat negara [zaman dinasti Qing yang menganggap orang-orang Cina yang meninggalkan tanah air adalah pengkhianat yang harus ditangkap dan dihukum mati] (Mansor Puteh, 2013)10. Tambahan pula, British di Tanah Melayu memerlukan tenaga pekerja bagi mengurus sumber bumi seperti lombong bijih timah, arang batu, aluminium, sektor perladangan seperti getah, tanaman rempah ratus memerlukan buruh dari China dan India, dan mereka dibawa masuk bagi memudahkan urusan British mengaut hasil bumi Tanah Melayu ketika itu.29
telah melalui sejarah yang panjang dalam mengurus pendatang asing dengan adanya Immigration Act of 1965.Lontaran soalan yang diketengahkan bagi melihat fenomena new normal ini ialah bentuk migrasi sama ada “push or pull factors” telah lama berlaku, bersifat sukarela, tetapi pemerdagangan manusia melibatkan sindiket yang tersusun dan terancang rapi adalah corak lama dalam versi baru perpindahan manusia. Perhambaan telah lama ada, dan perhambaan bentuk baru adalah jenayah lama yang kini menjadi the new normal11 menerusi sindiket pemerdagangan manusia yang beroperasi secara tersembunyi, sulit, diketuai mafia dengan jaringan antarabangsa yang sukar dikesan. Ini adalah ancaman yang menggusarkan.
30
menyukarkan usaha untuk membanteras
pemerdagangan orang terutamanya mangsa mudah seperti wanita dan kanak-kanak.
Hakikat yang hakiki, kapitalisme telah menjadikan usaha mengaut keuntungan adalah hak pemodal berdasarkan tuntutan supply-demand tanpa mengira dari mana bekalan itu boleh diperoleh; secara sukarela atau paksa. Kewujudan industri sebegini dalam stuktur sosial menerusi kegiatan “underground” mencipta hambatan yang sukar ditangani secara tuntas. Isu pemerdagangan orang dalam ertikata lain dilihat sebagai new normal yang diterima dalam amalan kapitalisme bagi memenuhi tuntutan permintaan-penawaran dan bersedia memejamkan mata dalam memperhalusi isu moral dan harga diri manusia.
Kesimpulan
31
memperkasakan mekanisme dan strategi iaitu melibatkan aspek pencegahan, perlindungan, pendakwaan dan pendidikan semestinya memerlukan sokongan berterusan dari kerajaan, badan bukan kerajaan dan masyarakat seantero dunia.Rujukan Al-Quran.
Azizah Kassim dan Ragayah Mat Zin. 2011. Policy on Irregular Migrants in Malaysia: An Analysis of its Implementation and Effectiveness. Phillippines Institute for Development Studies, Discussion Paper No. 34.
Azizah Kassim. 2014. Menangani Jenayah Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran di Malaysia: Dasar dan Cabaran. UKM (tidak diterbitkan).
Andika Ab Wahab. 2014. Malaysian Anti-Trafficking Initiatives and the Emerging Issues: An Overview on Refugee Perspective. IKMAS (unpublished).
Arase, David. 2010. Non-Traditional Security in China-ASEAN Cooperation: The Institutionalizatoin of Regional Security Cooperation and the Evolution of East Asian Regionalism. Asian Survey. Vol. 50 No. 4. Pp.808-833.
32
Buzan, Barry., Weaver, Ole & DeWilde, Japp. 1997. Security: A New Framework for Analysis. Boulder, Colorado: Lynne Rienner.Chapkis, Wendy. 2003. Trafficking Migrations and the Law: Protecting Innocents, Punishing Immigrants. Gender and Society, Vol. 17 No. 6: 923-937.
Choi-Fitzpatrick, Austin. 2012. Rethinking Trafficking: Contemporary Slavery. In From Human Trafficking to Human Rights: Reframing Contemporary Slavery (Pennsylvania Studies in Human Rights), edited by Brysk, Alison & Choi- Fitzpatrick, Austin. USA: University of Penssylvania Press. Pp. 13-24.
Corssette, Barbara. 2000. Human Trafficking Spawns Burgeoning Crime Wave. USA: San Francisco Inc.
Gunarajan A/L Ramayal. 2013. Organized Crime: Goverments Initiatives, Laws, and Investigation of Human Trafficking in Person and Smuggling of Migrants in Malaysia. [unpublished].
Haas, Peter. 1992. Introduction: Epistemic Communities and International Policy Coordination, International Organization. Vol. 46, No. 1: 1-35.
Hakimi Ismail. 2014. Kebanjiran Pekerja Asing di Malaysia Sangat Serius. UtusanOnline. http://www.utusan.com.my/berita/nasional/keb anjiran-pekerja-asing-8232-di-malaysia-sangat-serius-1.23718. Tarikh capaian: 18 Januari 2015).
International Labour Organization (ILO), Forced Labour
Statistics Factsheet (2012).
33
Jennisen, Roel. 2007. Causality Chains in the International Migration Systems Approach. Population Research and Policy Review, Vol. 26(4) August, Pp.411-436.Kartini Aboo Talib @ Khalid, Kamal Halili Hassan, Suzanna M. Isa, Sakinah Shaikh Ahmad Yusoff, dan Che Mustafa. 2012. Labor Law and Immigrants: legal Impacts on Minority. Journal of Asian Social Science, Vol. 8 (6):52-62.
Kokko, Laura. 2008. People for Sale: Three Different Approaches to Human Trafficking. Human Security Journal, Vol.6 (3): 46-49.
Nafisah Ilham Hussin. 2008. Keselamatan Insan dan Isu Pemerdagangan Manusia: Analisis Peranan Tenaganita dan Kerajaan Malaysia. (tesis sarjana, UKM).
Trafficking in Persons Report, 2013. http://www.state.gov/documents/organization/1 92587.pdf. Tarikh capaian: 21 Ogos 2015). Rashila Ramli, Zarina Othman, Nur Azizan Idris & Sity
Daud. 2012. Towards a modified approach to human security in Southeast Asia – a perspective from Bangi. Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 20 (3):577-588.
Smith, Gerri. 2000. Its Time for the U.S. To Let in More Mexicans. Business Week, 5 June.
UNDP. 1995. Human Development Report 1995. New York. Oxford University Press.
34
Alison and Choi-Fitzpatrick, Austin. USA: University of Pennsylvania Press., p.107-120. Zarina Othman. 2006. Human in (security): Human35
About KITAThe Institute of Ethnic Studies (KITA) was officially established on 8 October 2007 by Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) to undertake academic research on subjects pertaining to ethnic studies in Malaysia. This research
institute is ‘only one of its kind’ in Malaysia, focusing
specifically on ‘ethnic studies’ with thematic studies orientation. The Institute emerged out of the need to maintain at home the present peaceful inter- and intra-ethnic existence against worldwide problematic, and sometimes violent ethnic situations.
Organisationally, KITA has five research clusters, each being led by a prominent scholar or a highly experienced professional person. The five research clusters are: Social Theory and Ethnic Studies; Ethnicity and Religion; Ethnicity at Workplace; Ethnicity and Consumerism; and The Arts and
Social Integration. KITA’s postgraduate program (PhD and
Masters) was launched in December 2009.
Mengenai KITA
Institut Kajian Etnik (KITA) ditubuhkan secara rasmi oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada 8 Oktober 2007. KITA merupakan satu-satunya institut penyelidikan di Malaysia yang memberi tumpuan sepenuhnya kepada segala kajian
berkaitan dengan ‘etnik’ dan ‘etnisiti’.
1 Jualbeli manusia telah berlaku sejak zaman berzaman iaitu 6800 BC
di zaman Mesopotamia lagi. Dalam tahun 1000 AD perhambaan adalah praktis normal di England terutama di kawasan pedalaman bagi mengusahakan ladang-ladang dan hamba ini bekerja sebagai membayar hutang kepada pemodal dan pemilik tanah. Di era
mercantilism dan kolonialisasi barat iaitu 1380 AD mencatatkan penjualan dan pengeksportan manusia sebagai hamba dalam kuantiti yang besar. Tahun 1641 Massachusetts menjadi koloni British pertama yang memberi legitimasi terhadap perhambaan. Sila rujuk http://www.freetheslaves.net/about-slavery/slavery-in-history/. Tarikh capaian: 21 Ogos 2015.
2 International Labour Organization (ILO), Forced Labour Statistics
Factsheet (2012). http://www/ilo.org/forcedlabour. Tarikh capaian: 20 Januari 2015).
3 UNESCO Migrant/Migration at
http://www.unesco.org/new/en/social-and-human-sciences/themes/international-migration/glossary/migrant/ (Tarikh capaian: 26 Ogos 2015)
4 International Organization for Migration
http://www.iom.int/cmc/en/sites/iom/home/about-migration/key-migrate. Tarikh capaian: 20 Januari 2015).
5Penggunaan istilah atau perkataan ”irregular” digunakan berbanding
“illegal” kerana istilah “illegal” mempunyai elemen jenayah dan ini
dilihat sebagai menafikan hak asasi pendatang migran sebagai manusia.
6Isitilah slavery is wrong boleh dicabar dengan melatarkan semula
sejarah Greek purba dan Sejarah pra-Islam di mana perhambaan adalah suatu kebiasaan bagi golongan elit, aristokrat dan pemodal. Kewujudan gladiators misalnya adalah mereka yang ditawan sebagai hamba dan majikan atau pemilik hamba menjadikan mereka objek hiburan bagi sukan lasak (http://www.ancient.eu/gladiator. Tarikh capaian: 21 April 2015). Sementara, dalam sejarah zaman jahiliah Bilal bin Rabah adalah hamba yang dibebaskan (Sumber: Majalah As-Sunnah edisi 03/V/1421 H - 2001 M.). Penggunaan slavery is wrong
7Laporan data daripada Trafficking Info-graphic oleh Nick Koch, ‘We
Are Chapter One’ at slaveryfootprint.org (tarikh capaian: 22 April 2015).
8 Program 6P ini melibatkan Program Pemutihan Pendatang Tanpa
Izin membabitkan pendaftaran pekerja asing sah dan progam penyelesaian menyeluruh pekerja atau pendatang asing tanpa izin. Pendaftaran pekerja asing yang sah membabitkan pengambilan data biometrik dan melengkapkan maklumat peribadi di Jabatan Imigresen. Melalui data biometrik, pihak imigresen berupaya mengenal pasti dengan tepat pekerja asing sah yang lari daripada majikan. Keadaan ini termasuk mereka yang membuang dokumen pengenalan diri asal dan sedia ada dan menukarnya dengan dokumen baru dengan menggunakan identiti berbeza. Mereka yang dikenalpasti melakukan perbuatan sedemikian tidak dibenarkan untuk menyertai program pemutihan dan dinasihatkan kembali kepada majikan asal atau pulang ke negara asal.
Lihat
10Mansor Puteh. 2013. Immigrants in Malaya. www.Malaysia-today.
(Tarikh capaian: 20 Januari 2015).
11 The new normal adalah istilah yang digunakan dalam konteks
ekonomi untuk menggambarkan situasi pasaran yang suatu ketika dulu dianggap tidak normal tetapi disebabkan perubahan masa, permintaan, penawaran, teknologi, dan kompleksiti semasa, fenomena yang dianggap pada awalnya abnormal kini menjadi normal. Sila lihat Ian Davis (2009) The New Normal, McKinsey
Quarterly at