• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perjalanan Haram Pekerja Migran Indonesi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Perjalanan Haram Pekerja Migran Indonesi"

Copied!
183
0
0

Teks penuh

(1)

PERJALANAN HARAM PEKERJA MIGRAN

INDONESIA TIDAK BERDOKUMEN

KE MALAYSIA

RIDWAN WAHYUDI

(2)

PERJALANAN HARAM

PEKERJA MIGRAN INDONESIA TIDAK DOKUMEN KE MALAYSIA

RIDWAN WAHYUDI

TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN

DARIPADA SYARAT MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA SAINS SOSIAL

FAKULTI SOSIAL SAINS DAN KEMANUSIAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

BANGI

(3)

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

31 Mei 2016 RIDWAN WAHYUDI

(4)

PENGHARGAAN

Bismillahi al-Rahman al-Rahim.

Segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Allah Subhanahu Wa Ta‟ala kerana telah memberikan kekuatan dan kesabaran kepada penyelidik sehingga dapat

menyelesaikan penulisan ini mengikut format yang telah ditetapkan. Sesungguhnya

tanpa kudrat yang diberikan-Nya dan tanpa bimbingan secara konsisten daripada

penyelia saya, Prof. Dr. Hamzah Jusoh, tentu sekali penyelidikan ini tidak dapat

disempurnakan sepertimana yang dikehendaki. Saya juga menghargai segala bantuan

dan sokongan yang diberikan oleh rakan-rakan penyelidik lain dalam memberikan

pelbagai input serta idea bagi memantapkan kajian ini.

Selain daripada itu, saya turut mengaturkan ribuan terima kasih yang tidak

terhingga kepada pihak kedekanan Fakulti Sosial Sains dan Kemanusiaan serta Pusat

Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah member peluang

kepada penyelidik untuk menyelesaikan kajian kesarjanaan serta kemudahan yang

diperuntukkan sepanjang proses pembelajaran. Khidmat dan bantuan daripada

kakitangan fakulti sosial sains dan kemanusiaan juga amatlah dihargai. Tambahan lagi

rasa terima kasih dilafazkan oleh penyelidik kepada Kedutaan Besar Republik

Indonesia ke Kuala Lumpur yang telah memberikan sebarang maklumatnya yang

diperlukan oleh penyelidik.

Akhir kata saya turut melafazkan rasa terima kasih yang tidak terhingga

kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam

menyiapkan kajian ini, terutamanya kepada ibubapa saya iaitu arwah H. Fauzi dan

Chusniatin yang selalu memberikan sokongan semangat kepada penyelidik sepanjang

menyelesaikan kajian ini dan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung

dalam menyiapkan kajian ini.

(5)

PERJALANAN HARAM

PEKERJA MIGRAN INDONESIA TIDAK BERDOKUMEN KE MALAYSIA

ABSTRAK

(6)

ILLEGAL JOURNEY

INDONESIAN UNDOCUMENTED MIGRANT WORKERS TO MALAYSIA

ABSTRACT

Undocumented migrant workers or Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) have made a mark on the socio-economic living space in Malaysia. Indonesians constitute the largest nationality among undocumented migrant workers, but little is known about their journey into Malaysian territory. Only a few researchers have tried to understand their socio-economic livelihoods through investigating work and living spaces in Malaysian, and their conditions in Indonesia. The study sets out three principal objectives. Firstly, it explores the illegal journey of the Indonesian undocumented migrant workers, covering every process and interaction that can be observed through fieldwork. Secondly, it identifies the substantive factors behind Indonesian undocumented migrant workers‟ illegal influx into Malaysia. Thirdly, it draws out the implications from the illegal journey which is undertaken by Indonesian undocumented migrant workers to Malaysia. This qualitative study uses the grounded theory approach. The result of this study shows that social capital within the Indonesian undocumented migrant workers network exists through various channels, particularly friendship, brotherhood, neighbourhood, community and ethnic grouping. It also permeates strongly, beyond government authority and regulation. The Indonesian undocumented migrant workers have constructed social classes amongst themselves, with division of labour that workers adapt to, even in the absence of a formal administrative system. Indonesian undocumented migrant workers have also been less able to get the social access as society members in their destination country. The abscence of official documents deprives them of human rights, and they are also blamed for social ills. Therefore, the strategic planning for both countries must acknowledge the rights of undocumented migrant workers. Accordingly, it should improve the migration mechanism between the both countries along with acknowledgementing of their migrant workers network which have indeed been

(7)

KANDUNGAN

Halaman

PENGAKUAN iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENERAI JADUAL, PETA DAN RAJAH x

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Migrasi Penduduk Indonesia ke Malaysia 2

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Persoalan Kajian 8

1.5 Objektif Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Skop Kajian 9

1.8 Organisasi Penyelidikan 10

1.9 Kesimpulan 11

BAB II METODOLOGI PENYELIDIKAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Reka Bentuk Penyelidikan 13

2.3 Kerangka Konseptual Penyelidikan 14

2.4 Falsafah dan Pendekatan Penyelidikan 16

2.5 Teknik Pengumpulan Dan Analisis 18

2.5.1 Membuka Kod (Open Coding) 19

2.5.2 Aksial Kod (Axial Coding) 19

(8)

2.5.4 Notis Teori (Theoretical Memos) 20

2.5.5 Perbandingan Tetap (Constant Comparison) 20

2.6 Pelaksanaan Penyelidikan 20

2.7 Kesimpulan 25

BAB III KERANGKA PENYELIDIKAN DAN KAJIAN LEPAS

3.1 Pengenalan 26

3.2 Teori Sistem Jaringan (Modal Sosial) Pekerja Migran 27

3.3 Ulasan Kajian Kepustakaan Pekerja Migran Tidak

Berdokumen 35

3.4 Kesimpulan 41

BAB IV PENGALAMAN MIGRASI

4.1 Pengenalan 42

4.2 Episod Sebelum Keberangkatan dan Perjalanan 44

4.2.1 Kampung Asal Pekerja Migran Tidak Berdokumen 46

4.2.2 Perjalanan Memasuki Malaysia 54

4.3 Episod Kehidupan Migran di Perantauan 66

4.3.1 Kediaman Pekerja Migran Tidak Berdokumen 67

4.3.2 Kes Cara Hidup Migran Tidak Berdokumen Sektor Binaan

di Malaysia 73

4.4 Episod Kepulangan dan Integrasi Semula 79

4.4.1 Mengurus Perjalanan Pulang 83

4.4.2 Berkumpul Bersama Keluarga dan Komunitinya 89

4.5 Episod Migrasi Berulang 92

4.6 Kesimpulan 94

BAB V PERBINCANGAN DAN HURAIAN

5.1 Pengenalan 96

5.2 Faktor-Faktor Pekerja Migran Tidak Berdokumen 96

5.2.1 Faktor Ekonomi 97

5.2.1.1 Peringkat Mikro 98

(9)

5.2.2 Faktor Sosio-Legal 106

5.2.2.1 Akses Sosial Pekerja Migran Tidak Berdokumen 107

5.2.2.2 Program dan Dasar oleh Kerajaan Indonesia dan Malaysia

dalam Mengurus Pekerja Migran Tidak Berdokumen 121

5.3 Kelas Sosial Pekerja Migran Tidak Berdokumen 128

5.3.1 Membentuk Jaringan yang Kukuh 134

5.3.2 Fungsi Jaringan Pekerja Migran Tidak Berdokumen 137

5.4 Ruang Sosial Pekerja Migran Tidak Berdokumen 144

5.5 Strategi Mengurus Pekerja Migran Tidak Berdokumen 146

5.6 Kesimpulan 149

BAB VI RUMUSAN DAN PENUTUP

6.1 Pengenalan 151

6.2 Rumusan dan Penemuan Kajian 152

6.3 Sumbangan Kajian terhadap Pembangunan Teori dan Cadangan

Kajian Lanjutan 157

6.4 Penutup 159

RUJUKAN LAMPIRAN

Lampiran A Senerai Pertanyaan Kajian Pekerja Migran Tidak Berdokumen ke

Malaysia 167

Lampiran B Persetujuan Berdasarkan Informasi (Informed Consent) 171

(10)

SENERAI JADUAL, RAJAH DAN PETA

Halaman

1.1. Peta Wilayah Skop Kajian 10

1.1. Jadual Organisasi Penyelidikan 10

2.1. Rajah Kerangka Konseptual 16

2.1. Jadual Pelaksanaan Penyelidikan 21

2.2. Jadual Objek Penyelidikan 24

3.1. Jadual Pengembangan Teori Modal 30

3.1. Rajah Model Teori Modal Sosial 33

4.1. Rajah Rumah Adat Madura, Tanean Lanjeng 49

4.2. Rajah Geografik Madura dengan ekologi tegalan yang tandus dan kering 52

4.3. Rajah Pekerja migran tanpa dokumen ketika hendak berangkat ke

Batam melalui Lapangan Terbang Juanda, Surabaya 57

4.4. Rajah Pekerja migran tanpa dokumen yang dijemput oleh orang tengah

dari Bandar Udara Hang Nadim, Batam 58

4.5. Rajah Rumah penempatan sementarapekerja migran tanpa dokumen di

Batam yang gelap, berbau, kotor, yang dipenuhi oleh serangga dan

manusia 59

4.6. Rajah Pelabuhan Batam Center 61

4.7. Rajah Keadaan pelabuhan Batam Center yang dipenuhi oleh pekerja

migran hendak ke Johor Bahru 61

4.8. Rajah semasa penyelidik berada di rumah penempatan, beralaskan papan

dan dikunci dari luar bangunan oleh orang tengah, Batam 62

4.9. Rajah rumah kongsi pekerja migran di daerah Puchong 69

4.10. Rajah perkongsian kawasan mandi bagi kaum wanita dan lelaki di

kawasan rumah kongsi 71

4.11. Rajah pekerja migran sektor binaan yang paling berisiko tinggi 74

(11)

4.13. Rajah rumah MM1, orang tengah dan majikan pekerja migran

tidak berdokumen 76

4.14. Rajah rumah MM6 yang merupakan bekas pekerja migran tanpa

dokumen yang berjaya di Madura 78

4.15. Rajah resit jaminan tahanan imigresen kepada pekerja migran tanpa

dokumen 82

4.16. Rajah situasi layanan bagi pekerja tanpa dokumen oleh Syarikat AG1

di Sri Rampai, Setapak, Kuala Lumpur 84

4.17. Rajah penyelidik menghadiri jemputan dari Duta Indonesia pada

waktu kunjungan ahli parlimen Indonesia di Kuala Lumpur 88

4.18. Salah sebuah kediaman pekerja migran tanpa dokumen yang gagal yang

sering berjudi 90

5.1. Rajah siklus faktor ekonomi mikro yang dimiliki oleh pekerja migran

tidak berdokumen 102

5.2. Rajah pola nilai yang berlaku dalam jaringan pekerja migran

tidak berdokumen 106

5.3. Rajah bekalan air bersih yang terhad yang digunakan oleh ratusan

pekerja migran untuk keperluan mandian dan mencuci 110

5.4. Rajah kediaman pekerja migran tidak berdokumen bagi sektor kelapa

sawit di tengah-tengah kebun di dearah Banting, Klang 111

5.5. Rajah pasport pekerja migran tidak berdokumen yang dikoyakkan

dengan memerhati nombor dan cop imigresen dalam lingkaran 123

5.6. Rajah perincian kos bayaran program rehiring 124

5.7. Rajah perincian kos bayaran program pemulangan sukarela bagi pekerja

migran tidak berdokumen 124

5.8. Rajah pemotongan kos keselamatan pekerja migran tidak berdokumen

dalam sebuah tapak binaan daripada kontraktor utama kepada

(12)

BAB I

PENDAHULUAN

1.1. PENGENALAN

Pekerja migran tidak berdokumen perjalanan yang sah dari Indonesia dilihat seperti

cendawan yang tumbuh selepas hujan di mana adalah sangat mudah ditemui di

Malaysia. Mereka umumnya mendiami atau menduduki kawasan di tempat-tempat

awam dan kawasan perindustrian di Malaysia. Perkara ini sudah menjadi lumrah dan

kebiasaan bagi warga Malaysia akan kehadiran mereka. Bahkan warga tempatan turut

menggunakan khidmat pekerja migran tidak berdokumen yang sah tersebut sebagai

tenaga kerja mahir bagi membantu urusan perniagaan mereka. Selain berkemahiran,

majikan turut memperoleh beberapa kelebihan kerana tidak perlu menguruskan

dokumen pengambilan pekerja secara sah seperti kontrak kerja, pas lawatan, surat

rayuan kepada agensi-agensi terlibat dan lain-lain. Tambahan lagi, pekerja migran

tidak dokumen tersebut sering menawarkan khidmat secara sukarela kepada majikan

tempatan. Di samping status mereka yang tidak memiliki dokumen yang sah,

adakalanya mereka terpaksa menempuh beberapa peristiwa dan kejadian yang berlaku

semasa perjalanan datang dan selama tinggal di Malayasia yang penuh kepayahan dan

risiko yang tinggi. Faktor-faktor utama yang membuatkan mereka begitu tekad untuk

membolosi dinding sempadan kawasan Malaysia, masih ramai yang tidak

mengetahuinya.

Sebagai contoh, suasana duka yang tidak terkira menyelubungi keluarga dan

pekerja migran dari Indonesia. Terdapat, dua kejadian kemalangan yang menimpa

Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang berasal dari Indonesia pada tahun 2015.

(13)

laut yang tidak dijumpai dan puluhan lainnya mengalami kecederaan. Pada permulaan

tahun 2016, kejadian tersebut berulang kembali. Seolah-olah kejadian tersebut seperti

sebuah epilog dan tradisi suram yang sentiasa berulang setiap tahun. Persoalan yang

berterusan ekoran rentetan kejadian itu sering diajukan seperti mengapa mereka begitu

bersungguh untuk meneruskan perjalanan yang berisiko dan berbahaya? Apakah

kejadian yang sebenar berlaku ketika mereka bekerja ke Malaysia sehingga

kehilangan keistimewaan sebagai manusia yang sering dikategorikan sebagai haram?

Apakah tindakan berterusan yang dilakukan oleh kerajaan kedua-dua negara dalam

mengawal migrasi antara Indonesia dan Malaysia? Siapakah yang paling

bertanggungjawab di atas kejadian itu? Serta pelbagai lagi. Ramai warga Malaysia

sebenarnya mengetahui akan kehadiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan

warga tempatan juga sudah terbiasa bergaul dan berkomunikasi bersama PATI.

Namun, rakyat tempatan dilihat kurang mengetahuicara mereka menyelinap masuk ke

Malaysia, mengenalpasti secara pasti dan keberangkalian ada yang mengetahui

identiti PATI tetapi cuba menyembunyikan perkara tersebut. Maklumat dan hebahan

daripada media, masyarakat sekeliling, laporan oleh agensi kerajaan serba sedikit

memberi pendedahan kepada khalayak berkenaan dengan PATI. Berpandukan kepada

prinisip kemanusiaan yang mengajarkan kepada nilai-nilai murni adalah tidak

menggalakkan migrasi secara haram walau demi meneruskan kesinambungan hidup.

Maka, pengurusan yang sistematik dan terancang bagi menguruskan pekerja migran

tidak dokumen yang sah perlu diuruskan dengan melibatkan kerjasama pihak kerajaan

kedua-dua buah negara adalah sangat penting dalam memperakui dan memenuhi hak

peribadi setiap insan.

1.2. MIGRASI PENDUDUK INDONESIA KE MALAYSIA

Kawasan Selat Malaka yang terletak di antara Indonesia, Singapura dan Malaysia

adalah merupakan salah satu kawasan perairan yang tersibuk di dunia. Selain menjadi

laluan perdagangan antarabangsa yang bernilai dan manfaat ekonomi yang tinggi.

Namun hakikatnya, kawasan tersebut terkenal dengan aktiviti penyeludupan dan

pemerdagangan manusia. Kebanyakan migran yang hendak memasuki ke Malaysia

dari Indonesia yang melalui laluan antara Batam dan Johor (Castles et al. 2013; Hugo

(14)

yang mendapati bahawa antara Malaysia dan Indonesia telah menjalankan aktiviti

peningkatan pengetatan sempadan oleh imigresen dengan kadar 89% (IOM 2011).

Lantaran tersebut, migran haram memilih untuk menggunakan saluran dan laluan

yang tidak rasmi untuk meloloskan diri dari dikesan oleh pihak imigresen kedua-dua

negara.

Sebenarnya, migrasi bukanlah fenomena baharu dalam sejarah tamadun

peradaban manusia. Brettel & Hollified (2015) telah menerangkan bahawa migrasi

meliputi pelbagai disiplin keilmuan seperti undang-undang, sains politik, ekonomi,

geografi, sosiologi, psikologi dan kajian budaya. Namun melalui kajian yang telah

dilakukan oleh kedua-duanya telah berhasil mengenalpasti bahawa punca ekonomi

lebih mendominasi seseorang dalam menentukan keputusan untuk melakukan migrasi.

Keputusan bagi mencapai sara hidup yang lebih baik daripada negara asal pada masa

hadapan dengan cara mencari pendapatan dan menetap di luar negara secara separa

tetap. Akan tetapi, apakah perkara yang demikian adalah betul? Jika dihubungkaitkan

dengan perjalanan mereka yang amat berisiko dan berbahaya, hal tersebut amatlah

tidak setanding untuk mengambil keputusan bermigrasi ke Malaysia.

Dalam konteks masyarakat ASEAN, isu pekerja migran juga tidak dapat

dielakkan kepada kenyataannya. Seramai 232 juta orang melakukan migrasi di

negara-negara besar dunia, 30 peratus atau sekitar 71 juta berlaku di Asia, sementara

pada ruang lingkup ASEAN seramai 14 juta pekerja migran dicatatkan (ILO 2014).

Bahkan isu mengenai pekerja migran ini juga sebagai salah satu penyumbang negatif

kepada hubungan negara-negara ASEAN (Farbenlum et al. 2013). Pada setiap

perjumpaan pada peringkat tinggi ASEAN yang mempromosikan hak-hak pekerja

migran dan ahli keluarganya, seolah-olah mereka terpecah ke dalam dua kelompok.

Di mana kelompok pertama merupakan negara-negara tujuan pekerja migran, iaitu

Malaysia, Singapura, Brunei dan Thailand. Sedangkan kelompok yang kedua ialah

negara-negara asal pekerja migran, iaitu Indonesia, Filipina, Laos, Myanmar,

Kamboja dan Vietnam (Migration News 2013). Perdebatan mengenai perkara

perlindungan dan sektor pekerjaan pekerja migran di negara penempatan selalu

menjadi isu yang hangat. Negara tujuan menjadi punca kemakmuran para pekerja

(15)

melindungi kepada warganegaranya sendiri. Sementara negara asal pula lebih

menekankan prinsip kemanusiaan, di mana setiap manusia juga memiliki hak

kesamarataan.

Indonesia sebagai negara asal pekerja migran terbesar di kawasan ASEAN

mempunyai kelebihan atas struktur demografi. Transisi demografi ditandai dengan

kenaikan dua kali ganda usia di antara 15-64 tahun pada tahun 2000. Bancian

penduduk oleh Jabatan Statistik (BPS) pada tahun 2010 juga menunjukkan corak

positif golongan belia mencecah 66 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk

157 juta orang. Meskipun jumlah golongan muda di antara 15-24 tahun adalah

mencecah 26.8 peratus atau kira-kira 64 juta orang. Hal ini melihatkan Indonesia

berpeluang memperoleh kelebihan demografik (demographic dividend) pada tahun

2012-2045. Keupayaan golongan belia ini seharusnya menjadi aset yang berpotensi

dalam pertumbuhan ekonomi negara. Tentu sahaja jika diimbangi dengan beberapa

pra-syarat seperti ketersediaan jawatan pekerjaan, peningkatan kualiti sumber

manusia, jaminan kestabilan ekonomi makro dan akses pendidikan dan kesihatan yang

memadai. Besarnya jumlah golongan belia yang bekerja ini merupakan faktor yang

mustahak dalam pembangunan sesebuah negara.

Kebanyakan pekerja migran didominasi oleh pekerjaan tidak formal, seperti;

pekerja rumah, pembersihan, pekerja ladang, pembinaan atau buruh kasar, pemandu

dan pelayan restoran. Boleh dikatakan bahawa jenis pekerjaan yang diminta oleh

pekerja migran dikategorikan sebagai 3D (Dirty, Difficult and Dengerous) (ILO 2014;

Human Rights Watch 2004). Berdasarkan data daripada Badan Nasional Penempatan

dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) menunjukkan pada Tahun

2014 seramai 429 872 pekerja migran telah diterbangkan ke luar negeri (BNP2TKI

2015). Terdapat beberapa negara-negara kesukaan pekerja migran ini antaranya ialah

Malaysia, Taiwan, Hong Kong, Arab Saudi, Singapura, Emiriah Arab Bersatu (UAE),

Korea Selatan, Brunei Darussalam, Amerika Syarikat, Qatar, Oman, Bahrain, Jepun,

Kuwait, Italia, Turki, Cina, Kepulauan Fiji, Sepanyol, Mauritus, Kanada, Belanda,

Thailand, Australia dan Afrika Selatan. Corak penurunan bilangan pekerja migran ke

Timur Tengah dijejaskan oleh moratorium penghantaran bagi pekerja pekerja rumah

(16)

Arabia, Yordania, Kuwait, Syiria, Malaysia. Corak peningkatan permasalahan pekerja

migran pada lima negara tersebut menyebabkan pemerintah mengeluarkan dasar

moratorium. Data terbaharu, dasar moratorium penghantaran pekerja migran ke Timur

Tengah telah diluaskan menjadi 21 negara tujuan pekerja migran, sehingga masa kini,

tidak ada lagi permasalahan pekerja migran untuk sektor pembantu rumah ke

negara-negara Timur Tengah. Akan tetapi, ramai yang menilai bahawa moratorium yang

diamalkan oleh pemerintah Indonesia turut sama menjejaskan praktikal

pemerdagangan orang dan penyeludupan manusia ke Malaysia (KBRI Kuala Lumpur

2015).

Malaysia merupakan negara tumpuan terbesar pekerja migran yang berasal

dari Indonesia. Menurut data daripada kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, jumlah

Warga Negara Indonesia (WNI) di Malaysia seramai 2.5 juta orang. Mereka terdiri

dari pekerja migran, pelajar dan ahli keluarga atau melalui perkahwinan. Menurut data

dari Jabatan Imigresen Malaysia mencatatkan bahawa jumlah pekerja migran yang

berasal dari Indonesia yang berdaftar ialah 1 021 655 orang (Jabatan Imigresen 2013).

Jumlah sebenar WNI yang berada di Malaysia adalah sangat sukar diketahui. Namun

menurut pengiraan data daripada kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, data pekerja

migran yang berasal dari Indonesia tidak berdokumen pada masa ini seramai 1.3 juta

orang (KBRI Kuala Lumpur 2015). Pengiraan ini diperoleh oleh kedutaan Indonesia

ke Malaysia yang melaporkan dan memberikan perkhidmatan bantuan kepada

kerajaan Malaysia yang bertujuan mengusir warga Indonesia tidak berdokumen.

Malaysia dihadapkan kepada permasalahan kekurangan tenaga kerja untuk

menjalankan kerja-kerja separa mahir dan tidak mahir. Sektor pekerjaan yang banyak

diisi oleh pekerja migran ialah pertanian, pembuatan, pembinaan, dan pekerja rumah

(ILO 2014). Kebergantungan kepada pekerja asing memerlukan Malaysia mengorak

langkah proaktif untuk melakukan kawalan kemasukan pekerja asing ini dengan

mempersiapkan dasar bagi pemerkasaan batasan ke atas pekerja asing. Terdapat

kawalan bagi perkara tersebut yang terkandung dalam undang-undang Malaysia

seperti Employment Restriction Act (1968), the Immigration Law 1959/63

(Amendment 2002), Employement Act 1955, Passport Act 1966, Workmen

(17)

(State of Sabah), Sarawak Labour Ordinance (State of Sarawak), Workers‟ Minimum Standard of Housing and Amenities Act 1990, Children and Young Persons Act 1966,

Industrial Relations Act 1967, Trade Unions Act 1959, Occupational Safety and

Health Act 1994, Wages Council Act 1947 (Khamis 2008).

Jika dilihat melalui sudut pelaksanaan dasar atau polisi tersebut, kerajaan

Malaysia telah mempersiapkan pakeja dasar pengurangan kebergantungan ke atas

pekerja migran yang disusun dalam setiap tempoh pertengahan pembangunan. Antara

dasar yang dimaksudkan ialah saringan kemasukan di pintu masuk imigresen,

meningkatkan kadar visa kerja atau lebih dikenali sebagai pas lawatan kerja,

melaksanakan pengendalian atau operasi kepada pekerja asing tidak berdokumen,

mempromosikan pekerja tempatan untuk bekerja pada sektor yang dipenuhi oleh

pekerja migran, menyokong majikan untuk menggajikan warga tempatan dan

memanfaatkan sokongan teknologi yang menggunakan sedikit pekerja dalam

menjalankanpengeluaran di Malaysia (Mohd Arif 2012; Remesh et al.2012; Zakaria

2005). Namun pakej dasar tersebut masih dirasakan tidak berhasil mengurangkan

kemasukan pekerja asing kerana terdapat kekurangan pada peringkat pelaksanaan

teknikal serta banyak pihak yang masih mempercayakan kepada khidmat pekerja

migran pada sektor tidak mahir (Kanapathy 2004; Lin 2006).

Secara umumnya, baik pekerja migran yang mempunyai dokumen atau tidak

berdokumen turut berhadapan kepada halangan-halangan dalam mewujudkan

perlindungan bagi pekerja migran di Malaysia. Meskipun, faktor pendorongnya

merupakan aspek ekonomi iaitu melalui kemiskinan, pengangguran dan kadar

perbezaan pembayaran, kelemahan sistem peraturan di Indonesia, pengadilan

undang-undang yang rendah dan kemudahan pemalsuan dokumen identiti pekerja migran serta

diburukkan lagi dengan lemahnya koordinasi antara kementerian atau badan yang

terlibat. Sementara faktor pendorong ialah kebolehcapaian mengakses kepada gerbang

kedatangan imigrasi Malaysia, jaringan birokrasi, kesamaan budaya dan agama,

kemudahan akses pengangkutan, peluang pasaran kerja separa cekap dan tidak cekap

yang masih terbuka luas serta kelemahan pengawasan egensi (KBRI Kuala Lumpur

(18)

faktor-faktor lain tersebut dalam menyebabkan permasalahan migrasi kawasan (Farbenlum et

al. 2013).

1.3. PERNYATAAN MASALAH

Kebanyakan negara yang tengah membangun (developing country) menghadapi

permasalahan kronik berkaitan isu pengangguran. Faktor dominan yang menjejaskan

migrasi pasaran kerja ialah kekurangan jawatan pekerjaan, gaji yang rendah dan

ketiadaan prospek motivasi prestasi kemajuan di tempat kerja, memaksa

pekerja-pekerja migran ini mencari peluang di tempat lain (John & Susan 2002). Malah

perkara yang terjadi di mana kebanyakan pekerja migran ini menyusuri laluan yang

tidak rasmi atau laluan yang tidak semestinya dikawal oleh pihak kerajaan. Kesannya

dimana ramai daripada mereka yang tertipu dan terjebak dalam sindiket jenayah,

seperti menjadi mangsa ataupun menjadi suspek jenayah. Di Malaysia sendiri,

bilangan pendatang asing telah mencecah 6.7 juta orang, di mana kira-kira 2.2 juta

merupakan pekerja rasmi dan 1.3 juta melibatkan Warga Negara Indonesia (WNI)

yang tidak mempunyai dokumen rasmi. IOM menyatakan bahawa Tahun 2005 - 2013

mangsa pemerdagangan manusia dari Indonesia berjumlah 6082 orang. Akan tetapi

ianya tidak berasal dari Malaysia sahaja, melainkan daripada pelbagai negara tumpuan

pekerja migran dari Indonesia. Hakikatnya daripada bilangan tersebut, jumlah mangsa

pemerdagangan manusiayang terbesar adalah dari Malaysia, iaitu 3.250 mangsa atau

60.82 peratus (IOM 2014). Boleh dikatakan bahawa ke semua mangsa tersebut

merupakan pekerja migran. Ini menunjukkan pentadbiran urusan migrasi tenaga kerja

yang diamalkan oleh kedua-dua kerajaan masih perlu diperbaiki. Sudah pastinya hal

ini memberi implikasi terhadap gambaran ke atas situasi politik dan hak asasi manusia

di Indonesia. Kebebasan berpolitik dan perlindungan atas hak asasi manusia secara

terperincinya dihubungkan dengan migrasi dan pengaruh daripada pembangunan

(John & George 2002).

Berpandukan kepada sudut berbeza, negara tumpuan migran pendatang asing

harus melaksanakan pengawasan yang ketat bagi pekerja asing untuk membuka ruang

rakyat tempatan dalam persaingan mencari kerja. Rentetan tersebut, pekerja berasal

(19)

cara dan tindakan. Sama ada merempuh mahupun melakukan jenayah kepada pihak

berkuasa yang mengawal sempadan. Walaupun perjalanan tersebut sangat berisiko

dan berbahaya dengan melalui peringkat yang mencabar, pendatang haram ini tidak

memperdulikan sama sekali, sama ada keselamatan mereka terancam. Kesan daripada

negara asal dan negara tumpuan melaksanakan kawalan ketat sempadan telah

menjejaskan ribuan pendatang asing dan menjadikan mangsa pemerdagangan dan

penyeludupan manusia meningkat. Selain itu, puluhan orang pada tahun 2015 yang

lalu dan awal tahun 2016 telah meninggal dunia kerana menjadi mangsa ketika cuba

melakukan perjalanan tidak rasmi antara Indonesia dan Malaysia. Pada sisi yang lain,

migrasi membincangkan pelbagai disiplin keilmuan seperti undang-undang, sains

politik, ekonomi, geografi, sosiologi, pskologi dan kajian budaya (Brettel & Hollified

2015).

1.4. PERSOALAN KAJIAN

Melalui pemahaman dan penyataan masalah pada kajian ini, penyelidik memilih

untuk mempertajamkan fokus kajian melalui pendekatan persoalan kajian seperti

berikut:

Mengapakah pekerja migran tidak berdokumen yang sah dari Indonesia

sanggup dan begitu tekad untuk menggunakan perjalanan haram melalui setiap

proses untuk memasuki dan bekerja di kawasan Malaysia?

1.5. OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini berlandaskan beberapa halatuju dan objektif seperti berikut:

a) Meneroka perjalanan sebenar pekerja haram ke Malaysia melalui ke semua

proses dan interaksi yang terjadi.

b) Mengenalpasti faktor-faktor utama yang berlaku bagi pekerja migran tidak

berdokumen yang sah dari Indonesia yang memasuki wilayah Malaysia secara

haram.

c) Mengenalpasti implikasi daripada perjalanan haram yang diamalkan oleh

(20)

1.6. KEPENTINGAN KAJIAN

Sebenarnya kajian mengenai kemasukan pekerja asing yang berasal dari Indonesia,

sama ada secara rasmi mahupun tidak rasmi telah banyak dilakukan, namun sebagai

perbezaan yang ingin ditampilkan melalui kajian ini ialah menerangkan manfaat yang

hendak dicapai melalui penerangan berikut:

a) Pendedahan input untuk strategi dan bahan rujukan untuk perakuan bagi

penambahbaikan pengurusan migrasi antara negara asal pendatang dan negara

tujuan atau tumpuan pekerja migran, khususnya pendatang haram tidak

berdokumen antara Indonesia dan Malaysia, sama ada pada ruang lingkup

akademik dan praktikal.

b) Memberi refleksi bagi pekerja migran tidak berdokumen berkaitan dengan

pengurusan dan dasar migrasi yang diamalkan oleh kedua-dua negara yang

mampu untuk memberi kemudahan dan prasarana terhadap pekerja migran

tidak berdokumen dan ahli keluarganya.

1.7. SKOP KAJIAN

Penyelidikan ini memberi fokus terhadap dalam ruang lingkup pentadbiran

kependudukan di Negeri Selangor. Bagi bahan penyelidikan ialah penyelidik sendiri

dan pekerja migran yang memasuki dan bekerja di kawasan Malaysia secara tidak

rasmi. Selain itu juga badan bukan kerajaan (NGO) serta kerajaan Malaysia yang

menguruskan pekerja asing. Bagi sumber pencarian ialah rakyat Madura, tapi turut

berkemungkinan untuk dilakukan kepada pelbagai daerah asal pekerja haram

Indonesia yang dijumpai oleh penyelidik. Sumber data selebihnya turut diterima

melalui ahli NGO, organisasi masyarakat awam dan mantan pekerja haram yang

sudah pulang ke Indonesia.

Berkenaan dengan skop kajian yang bersifat substansi atau bahan daripada

kajian ialah bagi membentangkan jaringan pekerja migran tidak berdokumen. Ianya

perlu untuk mengenalpasti corak jaringan dan fungsi daripada jaringan tersebut.

(21)

Faktor ekonomi berhubungkait dengan peringkat mikro-ekonomi dan meso-ekonomi

pekerja migran tidak berdokumen. Sementara faktor sosio-legal membentangkan

keadaan sosial pekerja migran tanpa dokumen yang sebenar yang dihubungkaitkan

dengan perkara yang sedia ada berkaitan dengan pengurusan migrasi antara Indonesia

dan Malaysia. Pengkaji juga membentangkan berkenaan dengan program-program

berasaskan kebajikan yang telah diamalkan oleh kedua-dua kerajaan.

Peta 1.1 Wilayah skop kajian

1.8. ORGANISASI PENYELIDIKAN

Huraian penyelidikan ini diterangkan dalam bahagian organisasi penyelidikan.

Perkara berikut diterangkan melalui Jadual 1.1 dibawah.

Jadual 1.1 Organisasi penyelidikan

Bab Kandungan

I Bab I menggambarkan secara umum mengenai pekerja migran tanpa dokumen yang berasal dari Indonesia yang memasuki wilayah Malaysia secara tidak rasmi, termasuk permasalahan yang dikaji. II Bab II menerangkan metodologi penyelidikan yang telah digunapakai

oleh penyelidik. Pada Bab II juga menyediakan perbincangan semasa mengenai kaedah-kaedah yang digunapakai oleh penyelidik.

(22)

dalamnya menghuraikan konsep dan landasan teori daripada kajian ini. Selain itu, kajian lepas yang telah dilakukan oleh penyelidik sebelumnya juga disampaikan pada bahagian ini.

IV Pada Bab IV menghuraikan dapatan kajian yang perolehi oleh penyelidik. Dapatan kajian dalam wujud pengalaman migrasi yang telah dijalankan oleh penyelidik bersama dengan pekerja migran tidak berdokumen. Ianya bermula daripada mereka keluar pintu rumahnya kepada masuk ke rumahnya semula.

V Bab V menghuraikan analisis data oleh penyelidik pada proses sebelum perjalanan dan pada proses semasa perjalanan memasuki kawasan Malaysia secara tidak rasmi. Ianya juga menganalisis terhadap proses penempatan dan pekerjaan di Malaysia serta sesudah kembali ke Indonesia secara tidak rasmi pula.

VI Bab VI digunakan sebagai penutup daripada kajian ini, mencerminkan proses penyusunan dan analisis yang mengandungi cadangan dan penambahbaikan bagi kedua-dua negara dan pihak-pihak berkepentingan.

1.9. KESIMPULAN

Pada Bab I ini pengkaji telah menghuraikan secara terperinci berkenaan dengan latar

belakang kajian, penyataan masalah, persoalan kajian, objektif kajian, skop kajian dan

organisasi penyelidikan. Kajian ini sebenarnya menghurai dan mengenal pasti

faktor-faktor yang berlaku di antara pekerja migran semasa dan sebelum mereka berangkat,

masa perjalanan, masa bekerja di Malaysia dan pulang kembali oleh pekerja migran

tidak berdokumen tersebut. Penyelidik memperolehi maklumat daripada sumber

media dan pihak kerajaan di antara kedua-dua negara. Akan tetapi penyelidik tidak

mengetahui keadaan sebenar yang terjadi bagi pekerja migran tidak berdokumen

samasa melakukan perjalanan dan bekerja di Malaysia dengan status tidak

berdokumen. Maka, kajian ini dilaksanakan dengan melakukan secara langsung

interaksi yang terjadi di antara pekerja migran tidak berdokumen pada setiap proses

migrasi. Dengan yang demikian pembaca mendapat maklumat yang relevan dan

(23)

BAB II

METODOLOGI PENYELIDIKAN

2.1. PENGENALAN

Metodologi kajian ini telah menggunapakai kaedah kualitatif melalui pendekatan

grounded theory. Selain itu, pengkaji menggunapakai kaedah grounded theory bagi

membentangkan hasil bagi senario migrasi tidak rasmi yang sebenar dengan

memfokuskan penyelidik sendiri sebagai dapatan sumber primer. Menurut Khosravi

(2010), salah seorang daripada kelompok minoriti Bakhtiarian di daerah Isfahan utara

Teheran, Iran, yang menuliskan semula perjalanan migrasinya dengan menggunapakai

grounded theory, ke Pakistan, ke India sehingga akhirnya tinggal dan menetap serta

mendapatkan perlindungan politik daripada Sweden, Eropah. Tambahan lagi, seperti

yang diamalkan oleh Pinedo (2009), yang menerajui Amerika Syarikat daripada

Mexico dengan cara yang haram. Perkara tersebut turut ditegaskan oleh Pace (2012)

dalam mengamalkan strategi analisis melalui grounded theory di mana pengkaji

sendiri digunakan sebagai sumber primer. Pendekatan secara grounded theory dapat

dijelaskan di manapenyelidik menghidari penggunaan hipotesis dan mengambilkira

kepada teori yang akan digunapakai oleh penyelidik, sehingga hasil daripada kajian

berdasarkan sumber semula yang didapatkan oleh pengkaji sendiri berdasarkan

pengamatan dan catatatan (Charmaz 2006). Kajian ini menggunapakai grounded

theory, perspektif konstruktivis yang diperkenalkan oleh Charmaz melalui bahan

rujukan yang diperolehi oleh penulis, Charmaz telah membuat grounded theory

menjadi sangat sosiologis (Evans, 2013).

Strauss & Corbin (1998), telah mengaplikasikan grounded theory dalam ruang

(24)

psikologi, seni bina, pakar komunikasi, antropologi dan sosiologi, yang sebelum ini

hanya digunakan pada spektrum kesihatan sahaja. Pada masa ini, Fernandes (2012),

menyebut bahawa grounded theory dapat dikenali melalui empat aliran model, iaitu

Classical Grorunded Theory oleh Glaser (1978), analisis data kualititaf (QDA)

grounded theory oleh Strauss & Corbin (1990), konstruktivis grounded theory oleh

Charmaz (2000) dan feminisme grounded theory oleh Wuest (1995). Sementara itu,

migrasi penduduk pada dasarnya merupakan peristiwa yang bersifat kompleks. Setiap

manusia sepanjang kehidupnya pasti pernah mengalami migrasi walaupun dalam jarak

dan tempoh masa yang sangat singkat.

Pengkaji terlibat secara langsung bagi perjalanan haram yang diamalkan oleh

pekerja migran Indonesia tidak berdokumen mulai daripada mereka keluar rumah

sehingga pulang kembali ke kediaman asal setelah bekerja ke Malaysia secara tidak

rasmi. Ketika berada di kawasan perkampungan migran, penyelidik mengamati

tahapkebajikan dan pembangunan seperti keperluan asas, bangunan kebajikan dan

peluang dalam ruang lingkup kemajuan sosial. Penyelidik turut samamerasai

pengalaman bagi setiap proses perjalanan untuk memasuki kawasan Malaysia.

2.2. REKA BENTUK PENYELIDIKAN

Penyelidikan pekerja migran tidak berdokumen dari Indonesia difokuskan kepada

penduduk di kawasan Kabupaten Sampang, Jawa Timur, Indonesia dan Selangor

Darul Ehsan, Malaysia. Kabupaten Sampang dikenali sebagai daerah yang memiliki

penduduk yang ramai bermigrasi secara tidak rasmi. Pada tahun 2014, hanya 11 orang

yang dicatatkan bermigrasi ke luar negara oleh Jabatan Ketenagakerjaan Kabupaten

Sampang. Selain itu, kajian ini juga mengemukakan urutan aliran pekerja migran

berpandukan kepada alur laluan perjalanan mereka, iaitu Sampang ke Surabaya

selepas itu ke Batam dan memasuki Malaysia melalui Johor Bahru. Sehingga

penyelidik berupaya menyelidiki dan mengamati kepada pekerja migran tidak

berdokumen yang dijumpai semasa perjalanan memasuki Malaysia. Penyelidikan ini

bermula dengan pekerja migran tidak berdokumen keluar rumah mereka, pekerja

(25)

masa di mana pekerja migran bekerja ke Malaysia dan perjalanan pulang kembali ke

Indonesia dengan cara yang tidak rasmi pula.

Penyelidikan ini mengamalkan pradigma konstruktifis melalui pendekatan

grounded theory. Teknik analisis berasaskan sumber berbentuk teks melalui

pembukaan kod, notis teoritik, pemilihan kod dan pemisahan notis serta penulisan

teori (Pace 2012; Creswell 2009; Charmaz 2006). Pengumpulan data adalah melalui

sumber daripada data primer dan sekunder. Sumber primer ialah penyelidik sendiri

yang mengikuti ke seluruh rangkaian proses dan interaksi yang dilalui oleh pekerja

migran tidak berdokumen. Pengkaji merujuk kepada sumber pengamatan dan catatan

penyelidik yang digunakan untuk menganalisis sesuatu kejadian (Kennedy 2013; Pace

2012). Selain itu, responden terdiri daripada pekerja migran tidak berdokumen yang

sedang bekerja di Malaysia, pekerja migran tidak berdokumen yang telah pulang ke

Indonesia, pekerja migran yang sedang melakukan perjalanan memasuki wilayah

Malaysia secara tidak rasmi, pihak pentadbiran Indonesia, kerajaan Malaysia dan

NGO serta sumber daripada internet, jurnal, artikel, buku, perbincangan, hasil

persidangan, seminar, dan sumber dari persidangan; merupakan sumber sekunder

dalam kajian ini.

2.3. KERANGKA KONSEPTUAL PENYELIDIKAN

Terdapat dua buah aspek yang diterajui oleh pekerja migran, iaitu aspek perjalanan

tidak rasmi itu sendiri dan faktor-faktor yang mempengaruhinya sehingga mereka

memiliki status tidak berdokumen. Kedua-dua aspek di atas digunapakai oleh

pengkaji untuk memudahkan proses pengumpulan dan analisis data daripada

perjalanan yang dilalui oleh pengkaji sendiri. Aspek perjalanan tidak rasmi

mengambil kira kepada kekuatan yang melatarbelakangi pekerja migran tidak

berdokumen boleh menerajui dinding sempadan secara tidak rasmi. Daripada hasil

pengenalanpasti, maka pengkaji mengambil kira kepada aspek jaringan pekerja

migran tidak berdokumen. Jaringan ini sangat kukuh dan telah berdiri sebelum

(26)

Tujuan terbentuknya jaringan ini untuk memudahkan aliran pekerja migran

tidak berdokumen berhadapan dengan kakitangan kerajaan kedua-dua negara untuk

kepentingan memperoleh kelulusan memasuki wilayah Malaysia. Pengkaji hendak

memetakan sumberdaya dan letak jaringan yang dimiliki oleh pekerja migran tidak

berdokumen untuk kepentingan keselamatan migrasi. Selain itu aspek lain ialah faktor

ekonomi dan sosio-legal pekerja migran tidak berdokumen. Faktor ekonomi lebih

melihat kepada dimensi mikro dan meso. Mikro bermaksud meneroka motivasi

ekonomi pekerja migran tidak berdokumen boleh mengambil perjalanan tidak rasmi.

Implikasi yang sebenar daripada perjalanan mereka boleh memiliki status tidak rasmi.

Selain itu dimensi meso mengambil kira kepada jaringan para pekerja migran tidak

berdokumen yang telah berdiri dengan sangat kokoh. Pengkaji hendak melihat

kekuatan yang melatarbelakangi kepada dimensi mikro dan dimesi meso sehingga

mereka bermigrasi ke luar negara. Aspek sosio-legal di sini sangat mustahak untuk

mengetahui proses interaksi dengan penduduk tempatan dan menganalisis keadaan

peraturan yang menjejaskan kepada status mereka yang tidak rasmi. Adapun dalam

proses interaksi sosial di sini hendak pengkaji keperluan asas, seperti akses kesihatan,

sinitasi, maklumat, kediaman, kewangan, pendidikan dan keadilan semasa tinggal di

Malaysia. Selain itu, pengkaji juga hendak menganalisis peraturan yang sedia ada

sehingga menjejaskan kepada status mereka menjadi tidak rasmi atau sebab lain yang

masih berhubungkait dengan peraturan dengan pekerja migran tidak berdokumen.

Tambahan lagi, pengkaji juga hendak menganalisis program-program dan

dasar kerajaan yang diamalkan oleh kedua-dua negara dalam pengurusan pekerja

migran tidak berdokumen. Implikasi daripada kedua-duanya secara sebenar hendak

menganalisis antara faktor dan sejarah migrasi serta sorotan karya yang sedia ada.

Selain itu juga hendak mengetahui pertimbangan pihak berkuasa dalam mengamalkan

(27)

Rajah 2.1 Kerangka Konseptual Penyelidikan

2.4. FALSAFAH DAN PENDEKATAN PENYELIDIKAN

Sejak awal mula diperkenalkan oleh Glaser (1965) dan Strauss (1967), grounded

theory telah berkembang yang merangkumi kepelbagaian bidang keilmuan di luar

konteks yang sebelumnya diperkenalkan bagi penggunaanbagi ilmu kesihatan

(Charmaz 2006). Grounded theory merupakan kaedah penyelidikan induktif.

Permasalahan kajian berdasarkan penerokaan daripada perspektif subjek ataupun

objek bagi membangunkan teori mengenai isu-isu yang penting dalam kehidupan

berkomuniti (Glaser, 1998). Pendekatan penyelidikan grounded theory

mengemukakan penemuan teori secara induktif yang memperkenalkan penyelidik Pekerja Migran

Tak berdokumen

Kakitangan Kerajaan

Jaringan

Lokasi, Akomodasi dan Transportasi

Keselamatan Migrasi

Faktor-faktor

Sosio-legal Ekonomi

Meso dan Mikro

Akses Sosial dan Dasar

Strategi Mengurus PM tak berdokumen Teori dan Kajian

Lepas

Inisiatif Pihak Berkepentingan

(28)

untuk mengembangkan laporan teoritis ciri-ciri umum suatu tajuk secara berterusan di

lapangan daripada catatan pengamatan secara empirikal bagi sesebuah data (Creswell

2009; Charmaz 2006).

Grounded theory konstruktifis menyelidiki keseluruhan proses yang sangat

terperinci (Charmaz 2006). Howell (2013), menggariskan bahawa konstruktifis

memerlukan pengetahuan, kebenaran, kenyataan dan pertimbangan penyatuan teori

berdasarkan kepada pengalaman dan persepsi manusia. Sementara tunjang para

pengamal konstruktivis mempercayai bahawa konsep itu dibangun, tidak

dipertemukan dengan meletak di awal bahagian kajian (Glaser 2002).

Grounded theory merupakan salah sebuah nama dalam metodologi

penyelidikan kualitatif konstruktivis. Paradigma tersebut memberi maksud bagi

menghindari makna di atas kerangka berfikir penyelidik dan menjamin munculnya

pemaknaan daripada subjek atau komuniti yang diselidiki. Konstruktivis mengubah

pendekatan bahagian khas dalam wujud menguji pertalian antara pembolehubah

menjadi pendekatan yang holistik, yang menjelaskan bahawa pengkajian objek dalam

keseluruhan yang kukuh. Melalui teknik konstruktivis mengambil fokus agar bahagian

tertentu yang nampak jelas sebagai objek yang dikaji dan subjek penyokongnya, tanpa

menjejaskan nuansa hubungan pada bahagian lain yang tidak diteliti (Charmaz 2006).

Dalam penyelidikan grounded theory secara empirikal memerlukan

hubungkait yang dapat dipertukarkan antara data dan teori (Strauss dan Corbin, 1998).

Grounded theory tidak terhad pada sektor peribadi atau keadaan mikro sahaja,

melainkan boleh mentafsirkan di luar keadaan peribadi dan interaksi langsung pada

sesebuah kejadian (Charmaz 2006). Dalam penyelidikan grounded theory, kajian kes

dan kajian fenomenologi, sorotan karya kurang dipergunakan untuk kepenggunaan

kajian (Creswell 2009). Disebabkan penyelidik meletakkan metodologi penyelikan

pada bab kedua, selepas itu meneroka kerangka temuan hasil penyelidikan dengan

berpandukan kepada objek yang diselidiki. Sehingga grounded theory memberikan

pembukaan teoritis yang menjauhkan kesan dan memberikan gambaran dan jawaban

(29)

Dalam kajian grounded theory, pengkaji perlu mengarahkan kepada pencirian

awam, seperti teori sensitiviti, teori pencontohan, perlakuan kepada karya, kaedah

perbandingan tetap, kod, pemeriksaan atas makna, pengenalpastian kategori

kandungan, catatan dan gambaran serta pengkuran yang kuat (Mc Cann & Clark

2003; Evans, 2013). Melalui prosedur kerja yang baik, kualiti kesahihan yang

diperoleh terhad kepada kesahihan epistemologi dalam mewujudkan kesahihan tesis

dan lebih bagus menjadi kejituan teori. Hal ini berikutan kejituan ilmiah dibangun

daripada sejumlahan kenyataan atau fakta. Oleh sebab pengkaji perlu memiliki

sensitiviti teoritis, ertinya perlu memiliki sebilangan data, pengkaji segera menyusun

konsep mikro, mencari ciri-ciri utama daripada sasaran kajian. Sensitiviti teoritis

muncul di dalam bentuk konsep atau abstrak atau formulasi pra-teori selepas

menjumpai ciri-ciri khas daripada data lapangan (Creswell 2009). Terdapat dua

pencirian asas yang diperlukan oleh seorang pengkaji bagi mengembangkan sensitiviti

teoritis. Pertama, pengkaji mesti memiliki kecenderungan peribadi dan sifat yang

dapat menambahbaik jarak analitik, mentoleransi kebimbangan dan kemerosotan pada

masa mengalami keadaan yang masih terbuka, kepercayaan kepada proses kesedaran

awal (preconsciuous) dan pada munculnya konseptual. Kedua, pengkaji mesti

memiliki kemampuan mengembangkan wawasan teoritik ke dalam wilayah

penyelidikan dengan disokong juga oleh kemampuan membuat sesuatu menjadi

pengetahuan. Pengkaji juga mesti memiliki kemampuan untuk pengkonsepan dan

pengorganisasian, membuat hubungkait yang berbentuk abstrak, visual dan berfikir

secara multivariat (Charmaz 2006).

2.5. TEKNIK PENGUMPULAN DATA DAN ANALISIS

Berdasarkan kelebihan dan kekurangan yang telah dikenalpasti, pengkaji

menumpukan sumber maklumatnya daripada kedua-dua negara. Hal ini dilakukan atas

pertimbangan seperti berikut:

1. Penyelidik dapat mengamati dan memerhati secara langsung, menceritakan

kembali perkara yang diperolehi daripada pekerja migran tidak berdokumen

yang sedang melakukan persiapan di Indonesia, mengamalkan perjalanan

antara Indonesia dan Malaysia, sedang bekerja di Malaysia dan perjalanan

(30)

kampung.

2. Penyelidik menumpukan kajian di negara tumpuan pekerja migran iaitu

Malaysia khususnya dikawasan pentadbiran Negeri Selangor Darul Ehsan.

Pengkaji mengamati dan mencatat setiap proses dan interaksi yang dilaluinya

bersama pekerja migran tidak berdokumen selama penyelidik di Malaysia juga

tinggal bersama pekerja migran tidak berdokumen.

3. Pencarian sumber maklumt diperolehi dari Indonesia ialah di Madura dan

Batam. Kawasan Madura dipilih kerana ramaipenduduk Madura yang tidak

memiliki dokumen secara rasmi di Malaysia, sementara Batam ialah kawasan

sempadan laluan biasa yang digunapakai oleh pekerja migran untuk

menyusurisempadan Malaysia dan pulang kembali ke Indonesia.

Proses pengkodan bagi grounded theory konstruktivis menggunapakai tiga ciri

pengkodan, iaitu membuka, fokus dan teoritik (Evan 2013)

2.5.1 MEMBUKA KOD (OPEN CODING)

Membuka kod ialah pengkodan yang bermula daripada suatu pemahaman yang belum

jelas dan masih berupa kategori berdaftar yang menghubungkait antara satu dengan

yang lain. Kod awal boleh dilakukan dengan membaca sejumlah kajian kepustakaan.

Melalui bahan kajian kepustakaan menjadikan penyelidik lebih peka terhadap

konsep-konsep yang berkaitan dengan teori yang ada dan batasan inovasi dalam melakukan

kod data.

2.5.2 AKSIAL KOD (AXIAL CODING)

Kod aksial ialah penyurihan hubungan antara elemen-elemen data yang terkod. Teori

substantif muncul melalui pengujian dengan adanya persamaan dan perbezaan dalam

hubungan bagi kategori atau subkategori dan antara kategori dan penciriannya.

Strauss & Corbin (1998) mencadangkan bahawa kod aksial perlu menguji elemen

seperti kalimat, interaksi antara subjek, strategi, taktik dan akibat. Proses tersebut bagi

menyesuaikan bahagian-bahagian daripada pola yang masih samar. Dalam menjawab

akibat daripada “siapa, bila, dimana, mengapa, bagaimana, dan bersama siapa,”

(31)

2.5.3 PEMILIHAN KOD (SELECTIVE CODING)

Pemilihan kod ialah proses menyepadukan dan membuat saringan kategori sehingga

semua kategori berkaitan dengan kategori kandungan sebagai dasar grounded theory

(Strauss & Corbin 1998). Sementara Glaser (1998), berpendapat mengenai

kepentingkategori yang dikembangkan dan mencuba variasi terbanyak daripada

perilaku pola. Proses menganalisis grounded theory melibatkan pada peringkat

analisis daripada bawah ke atas bagi pemahaman salah satu kategori ini pada satu

masa. Perkara tersebut bagi memperjelaskan penyatan tujuan analsis pengkajian

sebelum dan selepas kod.

2.5.4 NOTIS TEORI (THEORITICAL MEMOS)

Notis teori ialah penulisan kembali konstruk-konstruk teoritis berkaitan kod-kod dan

hubungan sebagai analisis langsung pada masa melakukan kod (Glaser 1998).

Refleksi mewujudkan konstruk mengenai hubungan antara kategori data, kategori

baru dan sifat-sifat daripada kategori, pengertian lintasan kategori ke dalam proses,

sebutan contoh yang berhubungkait dengan kajian kepustakaan dan beberapa refleksi

lain.

2.5.5 PERBANDINGAN TETAP (CONSTANT COMPARISON)

Tidak seperti kajian kuantitatif yang perancangan dibuat pada awal permulaan

pengumpulan dan analisis data saling berkaitan antara penyelidikan kualitatif yang

sering menggunakan pada proses pengumpulan data, kod, dan analisis data dalam

setiap penentuan data yang mesti dikumpulkan berikutnya dan apabila penemuan data

tersebut digunakan untuk perkembangan teori (Glaser 1998)

2.6 PELAKSANAAN PENYELIDIKAN

Sepertimana telah dinyatakan pada bahagian sebelumnya, bahawa penyelidik

(32)

tidak berdokumen. Oleh itu, dalam jadual di bawah ini, penyelidik menseneraikan

secara terperinci pelaksanaan penyelidikan dalam mencari, memperolehi dan

menggali data.

(33)
(34)

negara Indonesia di

Daripada jadual di atas, penyelidik telah memperolehi sendiri sebahagian besar

datanya. Hal ehwal data yang tidak sanggup diperohi oleh penyelidik ialah seperti

pengalaman perjalanan migrasi yang menggunakan jalur bot (pompom). Jalur bot

tidak dilaksanakan oleh penyelidik kerana dirasa sangat berbahaya bagi penyelidik

sendiri. Sehinggakan penyelidik memperolehinya daripada temubual bersama

responden. Selain itu, perkara lain yang diperolehi daripada temubual adalah motivasi,

pengalaman kerja, pengalaman perjalanan migrasi, pengalaman ekonomi, pengalaman

semasa bekerja di Malaysia, pengalaman menjalani masa hukuman kerana tidak

(35)

Penyelidik juga telah mengenal pasti responden yang boleh diambil kira bagi

keperluan penyelidikan. Selain pekerja migran tidak berdokumen sendiri, penyelidik

juga memerhatikan dan mencatata setiap perilaku yang berkaitan dengan pekerja

migran tidak berdokumen. Ianya boleh perseorangan ataupun syarikat. Dalam hal ini

penyelidik telah merangkumkan senerai objek tersebut sebagai berikut:

Jadual 2.2 Objek Penyelidikan antaranya dilakukan temubual. Sementara yang lainnya sebagai objek pemerhatian. 11 orang berjantina lelaki dan 3 orang wanita. 1 orang ialah bekas pekerja migran dan 13 merupakan pekerja migran aktif.

2 MM (Midleman/ Orang tengah)

Sejumlah 8 orang tengah yang diambil pemerhatian oleh penyelidik untuk kepentingan penyelidikan. Semuanya berjantina lelaki. 3 orang di antaranya merupakan orang tengah yang juga bertindak sebagai majikan para pekerja migran tidak berdokumen. 1 orang tengah yang merupakan bos besar daripada semua orang tengah warga Indonesia. 1 orang tengah yang juga merupakan bos besar daripada semua orang tengah warga Malaysia. Bos besar warga Indonesia merupakan orang tengah pemiliki syarikat penyeberangan dan penjual tiket pesawat terbang Surabaya Batam. Bos besar warga Malaysia merupakan pemilik syarikat ejensi pemulangan warga Indonesia tidak berdokumen yang ditunjuk oleh kerajaan Malaysia.

3 FM (Foreman/ Mandor)

Hanya 1 orang mandor asal Indonesia yang diperhatikan oleh penyelidik untuk kepentingan penyelidikan. Mandor tersebut membawahi ratusan pekerja migran tidak berdokumen asal Indonesia dan mengawasi 12 tapak binaan di kawasan Selangor Darul Ehsan.

4 EM (Employer/ Majikan)

(36)

5 AG (Agency/ Ejensi) Terdapat 2 syarikat ejensi yang yang diambil pemerihatian oleh penyelidik. Satu ejensi merupakan syarikat Indonesia yang memiliki urusan niaga untuk merekrut, menampung, dan memberangkatkan melalui penyeberangan feri Batam dan Johor Bahru. Sementara syarikat ejensi Malaysia memiliki urusan niaga menempatkan semula pekerja migran, pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), urusan pengampunan dan pemulangan ke Indonesia.

6 LOC (Labour

Oursource Company/ Syarikat Alihdaya Ketenagakerjaan)

2 syarikat alihdaya ketenagakerjaan tempat naungan para pekerja migran tidak berdokumen asal Indonesia. 2 syarikat ini dimiliki oleh dua orang majikan warga Malaysia yang telah dikemukakan di atas.

7 LP (Local People/ Orang Tempatan)

Penduduk Indonesia yang tidak pernah merantau ke luar negara. Kepentingan ini diambil kira untuk pemerhatian untuk tujuan perbandingan.

8 MC (Main Contractor/ Kontraktor Utama)

Satu buah kontraktor utama sektor pembinaan. Kontraktor yang mempekerjakan para migran tidak berdokumen di bawah syarikat alihdaya.

2.7 KESIMPULAN

Kesimpulan daripada Bab II, memberi panduan kepada penyelidik dan pembaca

memahami kaedah penyelidikan kajian yang boleh digunapakai. Antara perkara

kandungan di dalam metodologi kajian ini meliputi reka bentuk kajian, kerangka

pemikiran penyelidikan, falsafah dan pendekatan penyelidikan, teknik pengumpulan

data, analisis data dan pelaksanaan penyelidikan. Selain itu, Bab II ini telah

menerangkan secara terperinci mengenai justifikasi pengkaji menggunakan grounded

theory sebagai pendekatan dalam penyelidikan. Penggunaan pendekatan ini

menerangkan mengenai pembabitan penyelidik terlibat secara langsung dalam

melakukan kajian. Pengkaji juga terkesan merasakan emosi dan kesan yang dialami

oleh pekerja migran tidak berdokumen dalam melakukan perjalanan dan bekerja di

Malaysia. Masa yang diperlukan oleh penyelidik dalam mengamalkan kajian ini ialah

bermula semasa pengkaji melanjutkan pengajian peringkat sarjana di UKM. Sejak itu

penyelidik banyak berinteraksi dengan pekerja migran tidak berdokumen asal

Indonesia. Melalui keterlibatan penyelidik diterjemahkan ke dalam penulisan

berbentuk catatan dan gambar yang diperolehi oleh penylidik dan menghubungkaitkan

(37)

BAB III

KERANGKA PENYELIDIKAN DAN KAJIAN LEPAS

3.1 PENGENALAN

Diketahui bahawa migrasi merangkumi rangkaian proses yang melibatkan negara asal

dan negara tujuan atau lebih dikenali sebagai negara tumpuan. Proses tersebut telah

dikenalpasti pada masa sebelum bermulanya perjalanan dan masa perjalanan, masa

tinggal atau masa bekerja di negara tujuan dan masa kembalinya ke negara asal serta

integrasi sosialnya semula dan ekonomi bersama komuniti. Pada bahagian ini,

penyelidik memperincikan setiap tahap proses yang belum pernah diulas dan

dibincangkan oleh mana-mana penyelidik sebelumnya berkaitan dengan migrasi

antara Indonesia dan Malaysia, utamanya pekerja migran tidak berdokumen. Setiap

proses membabitkan kepada tindakan para migran untuk melengkapi setiap terma dan

syarat bagi memudahkan tujuan ke Malaysia dan kembali lagi ke Indonesia.

Menurut Boyd & Nowak (2012), terdapat tiga pola jaringan migran melalui

pendekatan teori modal sosial. Ianya merangkumi keluarga dan jaringan peribadi,

jaringan pekerja dan jaringan pekerja tidak berdokumen. Kajian yang telah diamalkan

oleh kedua-duanya turut menyorot aspek jantina kepada semua jaringan, dan peranan

aktif wanita dalam pembangunan dan kemampanan untuk jaringan peribadi. Kaedah

penyelidik yang turut sama mengikuti perjalanan pekerja migran tidak berdokumen

bermula dari mereka keluar pintu rumah sehingga bekerja ke Malaysia dan kembali

lagi ke tempat asalnya. Ke semua proses tersebut yang dilakukan oleh penyelidik

mengambil empat kali perjalanan memasuki Malaysia dan dua kali perjalanan pulang

(38)

Teori migrasi pekerja antarabangsa telah berkembang dengan pesat dengan

penghasilan bagi model-model yang relevan antara suatu kawasan. Maka terdapat

keperluan mengenai model-model tersebut dalam usaha pemilihan teori yang

berkaitan dengan tajuk kajian. Penyelidik mengaplikasi teori migrasi pekerja

antarabangsa dengan model modal sosial kerana dianggap sepadan dan paling sesuai

dalam konteks migrasi pekerja migran tidak berdokumen dari Indonesia ke Malaysia.

Selanjutnya ulasan kajian kepustakaan daripada kajian sebelumnya yang

dijalankan oleh penyelidik sebelum ini berkaitan dengan pekerja migran tidak

berdokumen Indonesia di Malaysia turut digunapakai. Fokus kajian kepustakaan yang

diperjelaskandalam kajian ini berkaitan dengan pola-pola yang digunakan oleh

pekerja migran tidak berdokumen dalam menerajui dan memperolehi akses sosial

sebagai pekerja di Malaysia secara tidak rasmi. Paparan pelbagai sumber yang sedia

ada berdasarkan spektrum dari negara lain juga diperlukan dalam mengukuhkan

hujahan kajian ini.

3.2 TEORI SISTEM JARINGAN (MODAL SOSIAL) PEKERJA MIGRAN

Terdapat pelbagai teori yang menceritakan mengenai migrasi antarabangsa. Tiada

teori tunggal dalam teori migrasi antarabangsa yang diterimapakai oleh para sarjana

sosial sains. Oleh itu, fenomena migrasi secara tersirat merupakan sesuatu yang

bersifat keilmuaan, sehingga migrasi antarabangsa melibatkan pelbagai cabang

keilmuan seperti Sosiologi, Sains Politik, Undang-Undang, Ekonomi, Demografi,

Geografi, Psikologi dan Kajian Budaya (Brettel & Hollified 2015). Namun, terdapat

teori migrasi antarabangsa yang sangat popular dan berpengaruh sehingga kini yang

diperkenalkan oleh Lee (1966) yang berkenaan dengan faktor pendorong dan faktor

penarik berlakunya migrasi. Antara faktor pendorong dari negara asal pekerja migran

ialah pertimbangan gaji yang rendah, jawatan pekerjaan yang terhad dan akses sosial

masyarakat yang rendah di negara asal. Sementara faktor penarik migrasi di negara

penempatan ialah gaji yang kompetitif, tahap pengangguran yang rendah dan

(39)

Teori kontemporari pada masa kini yang dirujuk oleh para penyelidik ialah

modal sosial yang diperkenalkan oleh Castles et al. (2013) yang mengembangkan

konsep sistem jaringan pekerja migran yang turut dinyatakan oleh Morowska (2007).

Pendekatan daripada teori ini menyatakan bahawa migrasi antarabangsa sentiasa

berkembang sehingga menjadi hubungan jaringan yang sangat luas serta

mempengaruhi kognitif adalah tidak merasa sukar untuk bermigrasi. Hubungan yang

jelas dimaksudkan di sini ialah perbezaan gaji dan peluang pekerjaan. Dalam keadaan

seperti ini, pengurusan migrasi dalam bentuk dasar kerajaan sangat sukar untuk

dikawal oleh kerajaan. Jaringan pekerja migran telah berkembang sendiri khususnya

jaringan di luar negara dan tanpa perlu bergantung kepada dasar kerajaan (Castles et

al. 2013).

Maka dalam kajian ini, penulis menggunapakai sistem jaringan migrasi atau

modal sosial sebagai pendekatan. Justifikasi penggunaan teori ini berdasarkan hasil

penyelidikan lapangan yang menunjukkan bahawa antara pekerja migran tidak

berdokumen telah memiliki seorang pemimpin yang telah dipercayai oleh semua

pekerja untuk menjamin keselamatan mereka selama melakukan proses migrasi.

Selain itu kehampiran bangsa, budaya, keadaan geografik, bahasa antara Indonesia

dan Malaysia, serta perbezaan pasaran kerja dan ekonomi dengan kedudukan

sempadan yang dekattelah mewujudkan jaringan migrasi yang dibantu dengan

kemudahan mengakses pengangkutan dan aliran maklumat, merupakan faktor yang

menentukan kemasukan dan pola migrasi pekerja dari Indonesia ke Malaysia (Lin

2006).

Sebenarnya dalam teori sistem jaringan atau modal sosial merupakan

perkembangan daripada teori modal. Teori ini bukanlah teori yang baharu pada masa

sekarang. Durkheim, Marx, Weber dan Tönnies telah mengemukakan teori tersebut

sebelum ini (Quibria 2003). Namun konsep modal sosial, menurut Tzanakis (2013)

menyatakan bahawa ianya diulas secara terperinci oleh tiga orang ilmuan yang

mempengaruhi teori modal sosial dalam praktikal individu dan komuniti, mereka ialah

Bourdieu (1986), Coleman (1988) dan Putnam (1993). Perbincangan mengenai teori

modal sosial sentiasa berterusan sehingga sekarang yang merangkumi kepada

(40)

teori kapitalis yang lebih dikenali sebagai teori neo-kapitalis (Nan 2001). Seiring

dengan perkembangan masa, teori ini telah diterapkan kepada pelbagai bidang

keilmuan lain, salah satunya ialah penglibatan imigrasi oleh penduduk. Pada tahun

1977, seorang ahli ekonomi bernama Glenn Loury telah memperkenalkan konsep

modal sosial bagi menandakan sumber daya yang tidak dapat dinyatakan dengan jelas

di dalam sesebuah keluarga dan komuniti yang dapat membantu bagi memajukan

pembangunan sosial penduduk belia (Palloni et al. 2001). Sementara seterusnya

Bourdieu (1986) memberikan takrifan modal sosial sebagai:

“…. the sum of the resources, actual or virtual, that accrue to an individual or a group by virtue of possessing a durable network of more or less

institutionalized relationships of mutual acquaintance and recognition.”

Namun, Nan (2001) memperbaiki takrifan tersebut menjadi “Investment in social relations with expected return”. Tambahan lagi, menurut Nan, hubungan sosial dianggap sebagai sebuah modal. Sementara itu, erti modal sendiri ialah bahagian

daripada nilai lebihan (surplus value) yang diperolehi oleh kapitalis atau kelas

bangsawan, yang mengawal pengeluaran, putaran komoditi dan wang antara proses

pengeluaran dan penggunaan. Pada putaran tersebut, pekerja dibayar atas

pekerjaannya yang menghasilkan sebuah komoditi dengan upah yang mereka terima

bagi membeli komoditi lainnya (seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian) untuk

kemampanan kehidupannya (exchange value). Akan tetapi komoditi yang telah

diproses dan pengeluaran oleh kapitalis yang diputarkan kembali dan dijual lagi pada

pasaran penggunaan dengan harga yang lebih tinggi (user value). Masyarakat kapitalis

pada skim ini mewakili dua hubungan tetapi mempunyai elemen yang berbeza. Salah

satunya ialah bahagian nilai lebihan yang dihasilkan dan dirangkul oleh kapitalis

(pedagang dan penjual). Sementara bahagian lainnya mewakili pelaburan

(pengeluarandan putaran komoditi) bahagian daripada kapitalis yang diharapkan

(41)
(42)

Berdasarkan huraian di atas, sebenarnya modal sosial dapat dipertukarkan,

tidak hanya dalam bentuk kewangan sahaja iaitu seperti hubungan sosial. Seseorang

memperoleh modal sosial melalui jaringan perseorangan melalui sesebuah

keanggotaan dan institusi sosial, kemudian mengubahnya ke dalam bentuk modal lain

bagi menambahbaik atau menjaga posisinya dalam masyarakat (Coleman 1988). Pada

umumnya terdapat empat konsep yang dapat mempengaruhi modal sosial dalam

mencapai hasil yang diharapkan. Nan (2001a) menjelaskan perkara tersebut seperti

berikut:

1. Maklumat (information)

Pada keadaan pasaran yang tidak sempurna, pertalian sosial meletakan pada

tempat yang strategik dan kedudukan hirarki yang pasti (dengan demikian

maklumat terbaik dapat diperolehi berkenaan dengan keperluan dan

permintaan). Ianya dapat membekalkan maklumat yang bermanfaatserta

bersifat peribadi tentang kesempatan dan pilihan lain yang tidak tersedia pada

pasaran. Begitu juga pertalian ini boleh menandakan sesebuah organisasi

(menjadi pasaran pengeluaran dan kepenggunaan) bagi ejen atau komunitinya

tentang ketersediaan dan kepentingan lainnya yang tidak dikenali oleh

seseorang tersebut. Maklumat juga turut mengurangkan pembiayaan

pertukaran bagi organisasi untuk mendapatkan yang terbaik (menjadi sesebuah

kecekapan, teknik, budaya atau tamadun) bagi seseorang individu. Tambahan

lagi, seseorang dapat menemukan organisasi terbaik yang dapat dipergunakan

sebagai modal dan menyediakan ganjaran yang berpatutan.

2. Pengaruh (influence)

Pertalian sosial memberi penekanan dan pengaruh pada ejen-ejen (perekrut

dan penyelia organisasi) yang memainkan peranan kritikal dalam pembuatan

pelbagai keputusan (perekrutan atau pemajuan) yang membabitkan seseorang.

Sementara pertalian sosial, berkenaan dengan kedudukan strategik

(kekurangan struktur) dan posisi (berkuasa atau kemampuan penyeliaan) juga

membawa nilai sumber dan menguji kuasa yang lebih besar (lebih asimetrik

dan bergantung kepada ejen), dalam membuat keputusan organisasi ejen.

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian ini dibuat dengan tujuan untuk: 1 Mendeskripsikan intensitas belajar siswa yang berasal dari Keluarga Pekerja Migran Indonesia PMI dalam mencapai ketuntasan hasil belajar

(2) Informasi dan permintaan Pekerja Migran Indonesia yang berasal dari Mitra Usaha dan calon Pemberi Kerja di negara tujuan penempatan sebagaimana dimaksud dalam Pasal

Rumusan masalah yang diambil adalah mengapa Indonesia melakukan aksi protes untuk menanggapi eksekusi mati Pekerja Migran Indonesia tanpa notifikasi di Arab Saudi

Pembahasan Dari hasil analisa data dapat diketahui bahwa pandangan nasionalisme dari anak pekerja migran non dokumen memiliki Indikator dari karakter nasionalisme, diantaranya adalah