• Tidak ada hasil yang ditemukan

EPISOD MIGRASI BERULANG

Dalam dokumen Perjalanan Haram Pekerja Migran Indonesi (Halaman 103-107)

PENGALAMAN MIGRAS

4.5 EPISOD MIGRASI BERULANG

Penyelidik menjumpai MW3 (33 tahun) yangmerupakan warga negara Indonesia yang bekerja di Malaysia sebagai pekerja pada sektor pembinaan selama lebih daripada empat tahun. Bersama isterinya, MW2 (27 tahun) dan sepupunya MW1 (19 tahun), mereka tinggal di rumah kongsi yang terdapat pada kawasan pembinaan yang disediakan oleh syarikat pembinaan utama di kawasan Bukit Jalil. Rumah kotak separa tetap sementara yang diperbuat daripada papan, kawasan yang kotor, lopak air terlihat sini sana, benda-benda yang keras seperti batu, bilik mandi terhad bagi semua penghuni dan tertutup daripada dunia luar, begitulah gambaran rumah kongsi. Mereka bekerja pada salah sebuah syarikat yang memberikan bekalan perkhidmatan dalam pemasangan dan pembongkaran perancah bangunan (scaffolding) pada bangunan- bangunan bertingkat. MW3 pernah sekali-sekala balik ke Indonesia. Selepas itu, beliau membawa serta MW2 dan MW1. Selama merantau, MW2 dan MW1 baru sekali pulang ke Indonesia. Perkara itu kerana terdapat permasalahan yang dihadapi oleh mereka. MW3 dan MW1 ditangkap Polis Diraja Malaysia ketika sedang bekerja di kawasan Taman Mas, Puchong. Polis sedang menjalankan operasi kepada semua pendatang tidak rasmi atau mereka yang menyalahgunakan keizinan tinggal di Malaysia. Sedangkan isterinya bernasib baik tidak ikut ditangkap kerana memiliki lawatan pas kerja. Padahal pas lawatan kerja milik MW2 adalah palsu.

Daripada pengakuan MW2, salah satu rakan beliau yang juga berasal dari kampung (Madura) telah membuatkan pas lawatan kerja palsu tersebut. MW3 dan MW1 dibawa ke Depoh Imigresen Sepang bagi menjalani masa tahanan. Selama satu bulan mereka tinggal di dalam tahanan sambil menunggu masa penyiasatan oleh imigresen kerana dianggap telah menyalahgunakan keizinan tinggal di Malaysia. Akhirnya, keputusan hakim menjatuhkan hukuman penjara selama dua bulan dan diusir dari Malaysia. Setelah dikurangkan masa tahanan, iaitu hanya mengambil masa sebulan sahaja MW3 dan MW1 melewati hukuman di penjara Kajang. Mereka

dipulangkan melalui Pelabuhan Pasir Gudang Johor Bahru pada pertengahan bulan ramadantahun 2015 atau sekitar awal bulan Julai 2015.

Sebelum mereka menjalani masa hukuman, sebenarnya pernah sekali mereka ditangkap oleh polis yang sama. Kedua-duanya hanya dibawa ke pondok polis Taman Mas, Puchong. Namun majikan MW3 dan MW1 menjamin mereka dengan wang masing-masing mencecah RM. 3000 untuk diberikan kepada polis yang menangkap mereka. Namun setelah satu bulan penangkapan yang pertama, polis tersebut menjalankan operasi lagi di kawasan tersebut. Akhirnya mereka ditangkap lagi. MW3 beranggapan bahawa terdapat pihak yang telah melaporkan dan cuba mengkhianati dirinya dan MW1 kepada polis. MW3 pernah melihat polis yang menangkapnya itu sedang mengagihkan wang kepada salah seorang penyelia pada bahagian pemasangan kayu di tempat pembinaan tersebut. MW3 menyalahkan perbuatan salah satu pekerja bahagian kayu tersebut kerana merekodkan dirinya dan sepupunya. Padahal pekerja bahagian kayu tersebut juga berasal dari Madura, Indonesia.

Mendengar khabar jika suami dan sepupunya telah diusir dari Malaysia, MW2 berniat untuk pulang ke Indonesia. Beliau pulang melalui perkhidmatan agensi yang bernama AG1. Syarikat ini dilantik oleh Kementrian Dalam Negeri Malaysia bagi menjalankan Program Pendaftaran, Pengampunan, Pemutihan, Penguatkuasaan dan Pengusiran atau yang disingkat 6P, bagi para pekerja Indonesia tidak rasmi di Malaysia. MW2 membayar sebanyak RM 822 untuk kebenaran pulang ke Indonesia. Perincian tersebut ialah bagi bayaran RM 300 untuk bayaran denda (compound), RM. 100untuk permit keluar (exit permit), RM 400 perkhidmatan ejensi dan RM 22 untuk insuran dan GST. Bayaran tersebut belum termasuk tambang bagi pulang dari Malaysia ke Indonesia. Tambang bergantung pada jenis pengangkutan yang hendak digunakan sama ada melaui darat, laut atau udara. AG1 juga membekalkan penjualan tambang untuk pulang semula. Bagi kes MW2, beliauharus membayar RM. 750disebabkan hendak pulang dengan menggunakan pesawat dari Kuala Lumpur ke Surabaya. Sehingga jumlah bayaran yang dikeluarkan oleh MW3 telah mencecah sebanyak RM 1577.

Daripada pengakuan tiga orang pekerja yang berasal dari Indonesia tersebut, sebenarnya mereka sebelum ini memiliki pas lawatan kerja. Pada tahun keempat, mereka secara sebenar telah mengajukan bagi pembaharuan pas lawatan kerja, namun setelah lima bulan proses pembaharuan, pas lawatan masih tidak diproses oleh ejen. Bahkan wang mereka dibawa lari oleh aktor atau ejensi. Daripada pertuturan yang menyakinkan oleh mereka, ramai pekerja yang telah tertipu oleh ejensi. Mereka telah membayar pembiayaan pas lawatan kerja masing-masing RM 2500. Akan tetapi pas lawatan kerja tidak diurus oleh agensi, malah wang mereka dibawa lari oleh ejensi. Akibatnya, akhirnya mereka memutuskan untuk tidak membuat pas lawatan kerja lagi dan menyalahgunakan permit tinggal di Malaysia.

Setelah hampir lebih dua bulan berada di kampung di Madura, mereka sekarang telah kembali ke Malaysia lagi. Tiga daripadanya tersebut masuk melalui Johor Bahru. Mereka menggunakan pengangkutan laut dengan menumpang kapal ferry dari Batam, Indonesia, setelah diterbangkan dari Surabaya menuju Batam. Padahal tiga orang tersebut telah dinyatakan dalam senarai hitam (blacklist) bagi memasuki wilayah Malaysia oleh Jabatan Imigresen. Mereka terpaksa mengeluarkan wang Rp. 2,470,000 (RM. 780.00) untuk melepaskan diri masuk ke Malaysia lagi. Wang tersebut diberikan kepada orang tengah antara tekong dan pegawai imigresen.

4.6 KESIMPULAN

Berdasarkan huraian di atas penyelidik telah membentangkan hasil kajian lapangan yang dilakukannya sendiri. Semuanya dilakukan melalui pemerhatian, bertindak dan berinteraksi langsung dengan aktor atau lebih dikenali sebagai ejen dan laluan yang mencabar ke dalam proses migrasi pekerja migran tidak berdokumen. Antara proses yang dimaksudkan ialah proses sebelum berangkat dan masa perjalanan, proses semasa bekerja di Malaysia dan hubungan interaksi dengan warga tempatan dan proses pulang dan integrasi semula ke dalam komunitinya. Penyelidik juga telah memberi gambaran sebenar keadaan pekerja migran tidak berdokumen yang dikatakan berjaya dan gagal selepas dari perantauannya. Hasil penyelidikan juga menunjukkan bahawa terdapat kelas yang rapi dan struktur kelas jaringan yang kukuh berlaku di antara pekerja migran tanpa berdokumen. Selain hasil penyelidikan di atas

penyelidik juga melampirkan transkripsi temu bual yang berjaya dilakukan terhadap pekerja migran tanpa berdokumen dan pihak yang terbabit.Penyelidik juga telah membentangkan hubungkait antara teori yang berkenaan dengan migrasi pekerja migran tidak berdokumen .

BAB V

Dalam dokumen Perjalanan Haram Pekerja Migran Indonesi (Halaman 103-107)