• Tidak ada hasil yang ditemukan

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (2)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (2)"

Copied!
33
0
0

Teks penuh

(1)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

TEKNOLOGI MAKLUMAT

DAN KOMUNIKASI

(2)
(3)

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS

(MASALAH PEMBELAJARAN)

TEKNOLOGI MAKLUMAT

DAN KOMUNIKASI

TAHUN EMPAT

(4)

Cetakan Pertama 2013

© Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam

apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum

(5)

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita

untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan

seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup

demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi

kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama

secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal

terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan

berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif

yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan

seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita

tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

(6)

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha

berterusan ke arah lebih memperkembangkan

potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk melahirkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

bertujuan untuk melahirkan warganegara

Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan

(7)

TAJUK MUKA SURAT

PENDAHULUAN 1

MATLAMAT 1

OBJEKTIF 1

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG 2

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD 3

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) 3

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 4

FOKUS MATA PELAJARAN 6

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 7

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU 7

PENTAKSIRAN 8

PELAKSANAAN PdP DAN PENTAKSIRAN SEKOLAH 10

(8)
(9)

1

PENDAHULUAN

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) lebih berfokus kepada penguasaan kemahiran bagi memenuhi keperluan individu, tidak terlalu menekankan akademik dan tidak membebankan murid. Ini selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

Bagi memenuhi keperluan individu, proses pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan “ guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai

tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”.

KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina dengan hasrat pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat

diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti untuk murid bermasalah pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.

MATLAMAT

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dengan matlamat untuk mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian murid. Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

OBJEKTIF

KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) bertujuan membimbing murid agar berupaya;

i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna

(10)

DRAF

2 iii. memperoleh kemahiran dan keterampilan ke arah

kehidupan berkerjaya

iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna

v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat majmuk

vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama Islam

vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah

ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya

x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan perkembangan semasa

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG

Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dibina bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Domain bagi setiap tunjang adalah: i. Komunikasi

ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai iii. Kemanusiaan

iv. Sains dan Teknologi

v. Perkembangan Fizikal dan Estetika vi. Keterampilan Diri

(11)

3

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Kandungan

Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran

Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan.

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran berfikir.

Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun 1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

(12)

DRAF

4 KBAT adalah merujuk kepada kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta seperti Jadual 1.

KBAT Penerangan

Mengaplikasi  Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam situasi berlainan untuk

melaksanakan sesuatu perkara

Menganalisis  Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk memahami dengan lebih

mendalam serta hubung kait antara bahagian berkenaan

Menilai  Membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan, pengalaman, kemahiran, dan nilai serta memberi

justifikasi

Mencipta  menghasilkan idea atau produk atau kaedah yang kreatif dan inovatif Jadual 1: Penerangan KBAT

Kemahiran ini ditulis secara eksplisit di dalam setiap kurikulum mata pelajaran.

KBAT boleh diaplikasikan di dalam bililik darjah melalui aktiviti berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan Thinking Hats serta penyoalan aras tinggi di dalam dan di luar bilik darjah untuk menggalakkan murid berfikir. Murid diberi tanggungjawab di atas pembelajaran mereka.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Dalam KBSR terdapat beberapa elemen merentas kurikulum telah diperkenalkan seperti Bahasa, Pendidikan Alam Sekitar, Patriotisme, Kemahiran Berfikir, Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial, Pencegahan Rasuah, Pendidikan Pengguna dan Keselamatan Jalanraya. Elemen Merentas Kurikulum dalam KBSR dikekalkan dan ditambah dengan memperkenalkan elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Kreativiti dan Inovasi

(13)

5 Elemen kreativiti dan inovasi merupakan salah satu elemen yang diberi penekanan dalam KSSR untuk menyediakan murid dalam menangani cabaran abad ke-21. Kreativiti dan inovasi murid perlu dipupuk dan dibangunkan ke tahap optimum supaya mereka berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti, dan seterusnya menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan warganegara Malaysia pada masa hadapan. Bagi mencapai matlamat ini penulisan standard pembelajaran bagi mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Suaian) yang berkaitan dengan pemupukan kreativiti dan inovasi dinyatakan secara tersurat. Walau bagaimanapun guru juga digalakkan menerapkan elemen kreativiti dan inovasi di mana-mana topik yang difikirkan sesuai jika elemen ini tidak dinyatakan secara tersurat. Guru haruslah menyediakan aktiviti yang meningkatkan minat dan kreativiti. Murid pula perlu dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan alat yang membolehkan mereka membangunkan kreativiti dan memupuk sikap dan personaliti individu kreatif.

Keusahawanan

Dalam Model Baru Ekonomi, antara ciri Malaysia pada tahun 2020 adalah inovatif dan keusahawanan. Penerapan elemen keusahawanan dalam KSSR bertujuan membentuk ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid. Ciri dan amalan keusahawanan ini boleh dibentuk dengan:

 Mengamalkan sikap keusahawanan;

 Mengaplikasikan pemikiran keusahawanan;

 Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pengurusan perniagaan;

 Memformulasikan konsep, proses atau produk keusahawanan; dan

 Mengamalkan nilai, moral dan etika baik dalam keusahawanan.

Semua ciri dan amalan ini dilaksanakan bersesuaian dengan tahap kebolehan murid sekolah rendah.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

(14)

DRAF

6 dalam KSSR. Terdapat tiga pendekatan dalam menggunakan TMK iaitu:

 Belajar mengenai TMK

 Belajar melalui TMK

 Belajar dengan TMK

FOKUS MATA PELAJARAN

Mata Pelajaran : Teknologi Maklumat and Komunikasi (TMK)

I. Matlamat

TMK adalah satu bidang pembelajaran yang melibatkan pelbagai bidang khususnya sistem komputer dan komunikasi. TMK juga teknologi yang digunakan khasnya dalam penggunaan komputer, perkasasan dan perisian aplikasi untuk memperoleh, memproses, menyimpan, menghantar, mendapatkan semula, menukar dan melindungi maklumat di mana sahaja dan bila-bila masa.

II. Objektif

Standard Kurikulum TMK memfokuskan kepada pengetahuan perkasasan dan aplikasi perisian dalam menghadapi pelbagai bentuk maklumat pada murid pendidikan khas Tahap II ( Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6).

III. Pelaksanaan Mata Pelajaran Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (TMK)

Standard Kurikulum TMK terbahagi kepada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Terdapat tujuh topik Standard Kandungan. Standard Kandungan ini memberikan petunjuk tahap kebolehan dalam lingkungan Standard Pembelajaran TMK. Guru boleh menggunakan standard ini dalam perancangan aktiviti berasaskan TMK.

i. Pengenalan makmal komputer ii. Pengurusan makmal komputer

iii. Pengenalan kepada perkakasan komputer iv. Fungsi perkakasan komputer

v. Pengenalan kepada aplikasi sistem komputer vi. Pengaplikasian sistem komputer

vii. Pengenalan kepada internet

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

(15)

7

 Pembelajaran kendiri

 Kolaboratif

 Pembelajaran berasaskan projek

 Inkuiri-penemuan

 Penyelesaian masalah

 Pembelajaran masteri

 Konstruktivisme

 Pembelajaran Penerokaan

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

Definisi Rancangan Pendidikan Individu:

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu dokumen bertulis yang menjelaskan matlamat perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid berkeperluan khas dan dijadikan panduan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh menyatakan tahap pencapaian murid.

(Buku Panduan Rancangan Pendidikan (RPI) Individu Murid-Murid Berkeperluan Khas, 2000)

RPI ialah suatu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai disiplin yang disediakan bagi memenuhi keperluan murid pendidikan khas. RPI dirancang khusus bagi individu murid, dan

dokumentasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas program pembelajaran dan perkhidmatan yang disediakan. Justeru, RPI memaklumkan ibubapa dan pihak sekolah tentang keperluan individu murid dan bagaimana keperluan tersebut dirancang untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut, perlu ada kerjasama dan kolaborasi antara pihak sekolah, ibubapa, dan murid itu sendiri, dengan dibantu oleh pegawai pendidikan peringkat negeri dan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat sokongan lain.

RPI memperincikan antara lain:

i. Tahap prestasi sedia ada murid

ii. Perancangan akademik dan bukan akademik

iii. Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid iv. Objektif pendidikan yang boleh diukur

v. Objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian vi. Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid

vii. Perancangan, jangkamasa dan tarikh sesuatu perkhidmatan dapat disediakan untuk murid, dan

(16)

DRAF

8

PENTAKSIRAN SEKOLAH

Pentaksiran Sekolah (PS) adalah salah satu komponen utama dalam PdP kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam PdP. PS dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula dengan perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan hingga pelaporan. PS penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PS merupakan aktiviti berterusan yang menuntut komitmen yang tinggi, dan hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum. PS mempunyai ciri-ciri berikut:

 Holistik iaitu mampu memberi maklumat menyeluruh tentang penguasaan, pengetahuan, kemahiran, dan pengamalan nilai murni;

 Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan PdP;

 Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid; dan

 Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum.

PS boleh dilaksanakan secara:

 Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan PdP.

 Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, semester atau tahun.

Pentaksiran Rujukan Standard

(17)

9 balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif. Maklumat yang diperolehi membolehkan pihak yang bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.

 Tahap Penguasaan (TP) merujuk kepada aras penguasaan tertentu yang disusun secara hierarki, dan diguna bagi tujuan pelaporan.

 Jadual 1 menyenaraikan maksud dan tafsiran umum tentang setiap TP. Jadual 2 pula menyediakan tafsiran tentang TP yang diguna pakai dalam mentafsir prestasi murid bagi mata pelajaran TMK (Suaian)

Tafsiran Umum

TAHAP

PENGUASAAN MAKSUD TAFSIRAN UMUM

1 Tahu

Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.

2 Tahu dan Faham

Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi

atau menterjemah serta

menjelaskan apa yang telah

untuk melaksanakan sesuatu

kemahiran pada suatu situasi.

Murid melaksanakan sesuatu

kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.

Murid melaksanakan sesuatu

kemahiran pada situasi baharu, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal, dan bersikap positif.

Murid berupaya menggunakan

pengetahuan dan kemahiran

sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik,

bersikap positif, kreatif dan

inovatif, serta boleh dicontohi.

(18)

DRAF

10

Jadual 2: Tafsiran Tahap Penguasaan bagi mata pelajaran TMK

PELAKSANAAN PdP DAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

Setiap guru perlu melaksanakan proses PdP dalam bilik darjah dengan merujuk kepada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Kebijaksanaan guru adalah perlu dalam merancang dan melaksanakan PdP secara berkesan dan bersesuaian. Pada

waktu yang sama, guru perlu mentaksir dan menentukan tahap keupayaan murid berdasarkan Standard Prestasi yang telah disusun mengikut kelompok standard kandungan dan standard pembelajaran. Guru seharusnya memberi peluang kepada setiap muridnya untuk mencapai tahap keupayaan yang lebih baik dengan melaksanakan proses bimbingan dan pengukuhan.

Standard Pembelajaran merangkumi perkara yang perlu dipelajari dan disampaikan dalam PdP. Standard Prestasi pula mengandungi panduan untuk mentaksir murid mengikut tahap penguasaan seperti yang dihasratkan. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran mengintegrasikan standard kurikulum dan pentaksiran sekolah dalam satu dokumen.

Beberapa kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh dijalankan adalah:

Pemerhatian: Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Kaedah pemerhatian adalah untuk menilai proses yang dilakukan murid, bukan hasil akhir yang diperoleh.

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

1 Mengetahui tentang asas TMK 2

Mengetahui dan memahami tentang asas TMK

3

Mengetahui, memahami dan mengaplikasi asasTMK

4

Mengetahui, memahami dan mengaplikasi asasTMK mengikut prosedur yang betul

5

Mengetahui, memahami,mengaplikasi dan mempraktikkan asas TMK dengan lebih sistematik

6

Mengetahui,

(19)

11

Ujian: Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau lisan. Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan objektif atau subjektif. Contoh ujian lisan adalah kuiz.

Persembahan secara lisan: Persembahan secara lisan adalah penting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri dan pengetahuan murid tentang kemahiran yang dipelajari.

Senarai semak: Senarai semak merupakan laporan individu tentang penguasaan elemen-elemen yang diuji dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Elemen yang diuji dalam sains adalah pengetahuan, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai murni.

Portfolio: Portfolio adalah kompilasi hasil kerja murid secara individu atau kumpulan. Contoh portfolio adalah buku skrap dan folio.

(20)

DRAF

12

PENGENALAN MAKMAL KOMPUTER

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

1.1 Mengenal pasti dan menyatakan lokasi makmal komputer

1.1.1 Mengecam pelan lokasi makmal komputer 1.1.2 Mengenal pasti lokasi laluan pergi dan balik ke makmal komputer

1 Menunjuk makmal komputer dalam pelan sekolah 2 Mengenal pasti kedudukan makmal komputer dalam

pelan sekolah

3 Melabelkan lokasi makmal komputer dari pelan sekolah 4 Memerihalkan kedudukan makmal computer

5 Melakarkan laluan pergi dan balik ke makmal komputer dengan betul

(21)

13

PENGENALAN MAKMAL KOMPUTER

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

1.2 Mengenal pasti makmal komputer

1.2.1 Menyatakan

i) peralatan dalam makmal komputer ii) ruang kerja (work station)

iii) susun atur peralatan dalam makmal komputer

1 Menunjukkan peralatan di dalam makmal komputer 2 Menamakan peralatan makmal komputer

3 Mengenal pasti peralatan mengikut ruang kerja guru dan murid

4 Membezakan ruang kerja murid dan ruang kerja guru 5 Mengelas peralatan mengikut susun atur ruang kerja

guru dan murid

(22)

DRAF

14

PENGURUSANAN MAKMAL KOMPUTER

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

2.1 Mengenal pasti organisasi makmal komputer

2.1.1 Mengenal pasti carta organisasi makmal komputer

2.1.2 Mengenal pasti dan menyatakan kepentingan carta organisasi

1 Menunjuk carta organisasi makmal komputer

2 Mengenal pasti jawatan dalam carta organisasi makmal komputer

3 Menyusun carta organisasi mengikut jawatan 4 Menamakan tugasan mengikut jawatan dalam carta

organisasi

5 Melakar carta organisasi mengikut hierarki makmal komputer

(23)

15

PENGURUSANAN MAKMAL KOMPUTER

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

2.2 Mengenal pasti peraturan di dalam makmal

komputer

2.2.1 Mengenal pasti dan menyatakan peraturan di makmal komputer

2.2.2 Mengenal pasti dan menyatakan keselamatan di dalam makmal komputer

1 Menunjuk carta peraturan dan keselamatan di dalam makmal komputer

2 Menyebut 3 peraturan makmal komputer dan 3 peraturan keselamatan di dalam makmal komputer 3 3 peraturan makmal komputer dan 3 peraturan

keselamatan di dalam makmal komputer

4 Memerihalkan 3 peraturan makmal komputer dan 3 peraturan keselamatan di dalam makmal komputer.

5 Menjelaskan dengan contoh 3 peraturan makmal

komputer dan 3 peraturan keselamatan di dalam makmal komputer

6 Mengamalkan 3 peraturan makmal komputer dan 3

(24)

DRAF

3.1 Mengenal asas komputer 3.1.1 Mengenal pasti: i. Komputer meja 3.1.3 Mengenal pasti dan menyatakan kegunaan tetikus dan unit sistem

4 Melabelkan monitor, papan kekunci, tetikus dan unit sistem

5 Menyenaraikan 5 kegunaan komputer

(25)

17

PENGENALAN KEPADA PERKAKASAN KOMPUTER

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

4.1 Mengenal perkakasan komputer

4.1.1 Mengenal pasti dan menyatakan:

i. Monitor (monitor)

ii. Papan kekunci (keyboard)

iii. Tetikus (mouse)

iv. Unit Sistem

1 Menunjukkan perkakasan komputer I. Monitor (monitor)

ii. Papan Kekunci (keyboard) iii. Tetikus (mouse)

iv. Unit Sistem

2 Menamakan perkakasan komputer

I. Monitor (monitor)

ii. Papan Kekunci (keyboard)

iii. Tetikus (mouse)

iv. Unit Sistem

3 Mengenal pasti perkakasan komputer I. Monitor (monitor)

ii. Papan Kekunci (keyboard) iii. Tetikus (mouse)

(26)

DRAF

18

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

4 Melabelkan setiap perkakasan komputer I. Monitor (monitor)

ii. Papan Kekunci (keyboard) iii. Tetikus (mouse)

iv. Unit Sistem

5 Membezakan setiap perkakasan komputer I. Monitor (monitor)

ii. Papan Kekunci (keyboard) iii. Tetikus (mouse)

iv. Unit Sistem

(27)

19

PENGENALAN KEPADA PERKAKASAN KOMPUTER

STANDARD KANDUNGAN

4.2 Mengenal perkakasan tambahan komputer

iv. Auto Voltage Regulator

(AVR)

1 Menunjukkan perkakasan tambahan komputer i. Pembesar suara (speaker)

ii. Mikrofon (microphone) iii. Pencetak (printer)

iv. Auto Voltage Regulator (AVR)

2 Menamakan perkakasan tambahan komputer:- i. Pembesar suara (speaker)

ii. Mikrofon (microphone) iii. Pencetak (printer)

iv. Auto Voltage Regulator (AVR)

3 Mengenal pasti perkakasan tambahan komputer i. Pembesar suara (speaker)

ii. Mikrofon (microphone) iii. Pencetak (printer)

(28)

DRAF

20

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

4 Melabelkan setiap perkakasan tambahan komputer i. Pembesar suara (speaker)

ii. Mikrofon (microphone) iii. Pencetak (printer)

iv. Auto Voltage Regulator (AVR)

5 Membezakan setiap perkakasan tambahan komputer i. Pembesar suara (speaker)

ii. Mikrofon (microphone) iii. Pencetak (printer)

iv. Auto Voltage Regulator (AVR)

(29)

21

PENGENALAN PENGOPERASIAN SISTEM KOMPUTER

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

5.1 Mengenal pengoperasian asas komputer

5.1.1 Latihan amali prosedur menghidupkan komputer dengan betul

5.1.2 Latihan amali prosedur mematikan komputer dengan betul

5.1.3 Mengenal pasti dan menyatakan kesan tidak mematikan komputer mengikut prosedur

1 Menyebut prosedur (tatacara )

i. menghidupkan komputer dengan cara yang betul dan

ii. mematikan komputer dengan cara yang betul 2 Mengenalpasti prosedur (tatacara )

i. menghidupkan komputer dengan cara yang betul dan

ii. mematikan komputer dengan cara yang betul 3 Menunjuk cara menghidupkan dan mematikan komputer

dengan prosedur (tatacara ) yang betul

(30)

DRAF

22

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

5 Mempraktikkan prosedur (tatacara )

i. menghidupkan komputer dengan cara yang betul dan

ii. mematikan komputer dengan cara yang betul 6 Menyusun mengikut keutamaan dan boleh membantu

(31)

23

PENGENALAN PENGOPERASIAN SISTEM KOMPUTER

STANDARD KANDUNGAN

5.2 Mengenal perisian sistem pemprosesan perkataan

5.2.1 Latihan amali membuka program perisian

pemprosesan perkataan (MS Word) mengikut prosedur yang betul 5.2.2 Latihan amali menutup program perisian

pemprosesan perkataan (MS Word) mengikut prosedur yang betul 5.2.3 Latihan amali menaip huruf

dan nombor: i. Secara bebas ii. Secara berpandu

1 Memilih ikon program perisian pemprosesan perkataan (MS Word)

2 Memerihal prosedur (tatacara )membuka dan menutup program perisian pemprosesan perkataan (MS Word)

3 Mempraktikkan prosedur (tatacara) membuka dan menutup program perisian pemprosesan perkataan (MS Word) dengan cara yang betul

4 Menggunakan program perisian pemprosesan perkataan (MS Word):-

i. menaip huruf dan nombor secara bebas

5 Menggunakan program perisian pemprosesan perkataan (MS Word):-

(32)

DRAF

24

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk…..)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk…..)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

6 Demonstrasi membuka dan menutup program perisian

pemprosesan perkataan (MS Word) serta dapat menaip huruf dan nombor:-

i. Secara bebas

(33)

TERBITAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

ARAS 4-8 BLOK E9 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA

Referensi

Dokumen terkait

Polusi atau pencemaran lingkungan adalah masuknya atau dimasukkannya zat energi, dan atau komponen lain ke dalam lingkungan atau berubahnya tatanan lingkungan oleh kegiatan

Peristiwa masuknya atau dimasukkan-nya zat atau bahan ke lingkungan oleh karena kegiatan manusia atau peristiwa alam yang mengakibatkan penurunan

150 tahun 2000 tentang Pengendalian kerusakan tanah untuk produksi bio massa: “ Tanah adalah salah atu komponen lahan berupa lapisan teratas kerak bumi yang terdiri

Pada tugas kelompok ini akan di bahas lebih mendalam mengenai pencemaran udara akibat emisi buangan alat transportasi yaitu : “Polutan Pesawat Terbang dan

Petunjuk Pengisian: Berilah tanda centang (  ) pada salah satu alternatif jawaban pada kolom yang tersedia untuk jawaban yang paling tepat menurut persepsi

Judul penelitian ini adalah “ DAMPAK PENERBITAN SURAT PERINGATAN TERHADAP KINERJA KARYAWAN DI PT NIKKI SUPER TOBACCO INDONESIA KUDUS ”. Penelitian ini bertujuan

Pengaruh positif dari variabel belief control system terhadap kepuasan karyawan perusahaan merupakan bukti bahwa kemampuan perusahaan dalam meyakinkan konsumen dan

Executive compensation tidak hanya meningkatkan kinerja perusahaan melainkan memberikan nilai tambah bagi perusahaan, namun bagi eksekutif yang memiliki sisi