AGAMA DALAM MODUL PENGURUSAN
MUALAF DI NEGERI SEMBILAN: ANALISIS
PERSPEKTIF DA
CI DAN MAD
CU
Wan Mohd. Fazrul Azdi, W.R1, Azman, A.R2, Irwan, M.S3, Mahazan,
A.M4, Nuradli Ridzwan Shah, M.D5, Rose Irnawaty, Ibrahim6 &
Norlina Ismail7
ABSTRACT
This article discusses the importance of comparative religion in the mualaf management module in Negeri Sembilan from the perspectives of both: Madcu and Daci. Comparative religion is a discipline of study which discusses comparatively the histories, beliefs, practices, ethics and many other religious aspects between two or more religions. In
1 Pensyarah Kanan, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia. E-mail: [email protected]. 2 Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia. E-mail: [email protected]. 3 Prof. Madya, Fakulti Syariah dan Undang-Undang dan Pengarah Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD), Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia. E-mail: [email protected].
4 Pensyarah Kanan, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia. E-mail: [email protected]. 5 Pensyarah Kanan, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia. E-mail: [email protected]; [email protected].
the Islamic history, there were many early and modern Muslims, who converted to Islam for they were touched by facts from the reasonings in the comparative religions.The focuses for this research on the importance of comparative religion in the mualaf management module are both, namely perspectives from the religious teachers and also from the converts of Negeri Sembilan. Primary data for this research was collected from the distribution of questionnaires to 20 convert respondents and 5 religious teacher respondents, which was also based on purposive sampling theory. Generally, all respondents from both groups gave positive responds on the importance of comparative religion in the mualaf management module. All of them agree that the inclusion of comparative religion in the mualaf management module could increase Islamic understanding among the converts, including in the faith, worship and ethical aspects. This article suggests that all Malaysian mualaf training centres specifically, and all international Muslim convert training centres generally, to integrate this discipline into their modules. From integrating elements of comparative religion into the mualaf management modules, all converts can increase their understanding and internalization of Islamic teachings through comparative study of other religions vis-a-vis Islam.
.
Kata kunci: Comparative religion, Mualaf management module, Negeri
Sembilan, Madcu perspective and Daci perspective.
ABSTRAK
6 7
daripada pengedaran borang kaji selidik (questionnaires) kepada 20 orang responden daripada kalangan mualaf dan 5 orang pengajar mualaf. Pengagihan borang soal selidik ini dibuat berdasarkan teori persampelan purposif. Secara keseluruhannya, kesemua responden daripada kalangan mualaf dan pengajar mualaf memberikan respon yang positif berkenaan kepentingan ilmu perbandingan agama dalam modul pengurusan mualaf. Kesemua mereka bersetuju bahawa penerapan ilmu perbandingan agama dalam modul pengurusan mualaf dapat meningkatkan kefahaman Islam dalam kalangan para mualaf, termasuklah dari sudut ketuhanan (akidah), ibadah dan akhlak. Artikel ini mencadangkan agar kesemua institusi pengajaran dan latihan mualaf di Malaysia khususnya, atau antarabangsa umumnya, untuk menerapkan ilmu perbandingan agama dalam modul pengurusan mualaf masing-masing. Menerusi penerapan kandungan ilmu perbandingan agama dalam modul pengurusan mualaf, para mualaf akan dapat meningkatkan kefahaman dan penghayatan mereka berkenaan ajaran Islam secara perbandingan dengan agama-agama lain.
Kata kunci: Ilmu Perbandingan Agama, Modul Pengurusan Mualaf,
Negeri Sembilan, Perspektif Madcu dan Perspektif Daci.
PENDAHULUAN
Hidup beragama adalah sifat dan fitrah manusia. Selain daripada perlu
makan, minum, dikasihi, hidup berdampingan dengan alam dan sesama manusia; agama juga merupakan keperluan utama bagi setiap manusia. Menurut Profesor F. Max Muller (1823-1900):
semua kebudayaan yang lebih tinggi daripada tradisi keagamaan, sama ada tulisan atau lisan.” (Muller, 1901, 4)
Hal ini juga turut dipersetujui oleh Islam. Agama Islam adalah agama yang tertua di dunia berdasarkan kepada konsep creatio ex nihilo (makhluk diciptakan daripada tiada kepada ada) seperti yang telah diceritakan secara panjang lebar dalam Surah al-Baqarah 2: ayat 30 – 40 dan Surah al-Mu’minun 23: ayat 12 -16. Ini menjadi antitesis kepada dakyah beberapa tokoh pemikiran Barat seperti Karl Marx (1818-1883) di mana agama itu adalah candu kepada masyarakat; (Raines, 2002, 5) atau Sigmund Freud (1856-1939) di mana agama itu adalah ilusi; (1961) atau delusi ketuhanan menurut Richard Dawkins (lahir 1941). (2006)
Dalam sebuah kajian bertajuk Peranan Dan Nilai Agama Dalam Kehidupan Belia Di Lembah Klang (2011), kebanyakan responden seperti Melayu, India, Cina dan lain-lain etnik menganggap agama membantu dalam menyelesaikan masalah dalam hidup. Semakin tinggi pergantungan kepada tuhan, maka semakin tinggilah juga agama untuk membantu menyelesaikan masalah dan menyeimbangkan antara
keperluan fizikal, emosi, rohani, intelek dan sosial manusia.
Oleh kerana agama merupakan salah satu keperluan manusia, ramai manusia yang mempelajari agama untuk mencari dan memilih agama yang paling benar dalam pandangan masing-masing. Pencarian dan pemilihan agama ini selalunya dibuat menerusi penglibatan seseorang individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran ilmu perbandingan agama. Artikel ini mencadangkan ilmu perbandingan agama untuk turut dimasukkan dalam modul pengajaran mualaf di Negeri Sembilan. Artikel ini akan menganalisis pandangan daci dan
madcu berkenaan kepentingan ilmu perbandingan agama dan sumber
pengajaran modul bagi tujuan ini.
ILMU PERBANDINGAN AGAMA
6 9
Tabicin dan Atbacal-TabicinRahimahum Allahu Alayhim. Contohnya,
Salman al-Farisiyy yang dahulunya merupakan seorang Majusi penyembah berhala, kemudian menganut agama Nasrani dan akhirnya memeluk Islam setelah membanding-bandingkan ajaran antara agama-agama ini. (Al-Suyutiyy, 1967, Jilid. 1, 45-48 dan al-Asbahaniyy, 1998, 1327-1321)
Malah, di Malaysia, Tuan Haji Ayub Abdul Rahman dan Shah Kirit merupakan antara individu yang telah memeluk Islam kerana menggunakan kaedah perbandingan agama dalam cuba memahami kebenaran agama Islam. Di peringkat antarabangsa pula, individu seperti Maryam Jameelah (1992) dan Muhammad Asad juga merupakan antara mereka yang berjaya menghayati agama Islam menerusi kaca mata ilmu perbandingan agama. (2001)
Secara umumnya, ilmu perbandingan agama ini dapat menjadi alat untuk meneguhkan iman, meningkatkan amalan dan mendalamkan penghayatan seseorang berkenaan kebenaran Islam. Contohnya, seseorang itu tidak akan mengetahui nikmatnya kenyang, setelah dia melalui kepayahan berlapar. Begitulah juga, seseorang itu tidak akan mengetahui nikmatnya kehidupan, melainkan setelah melalui kematian. Dalam konteks artikel ini, seseorang itu tidak akan mengetahui nikmatnya kebenaran, hanyalah setelah melihat beberapa pandangan berlainan dalam agama-agama lain.
Dalam ungkapan Imam al-Isfarayiniyy (wafat 471H) melalui Kitab
Al-Tabsir fi Al-Din dan telah dipegang oleh jumhur ulama Islam dalam ilmu perbandingan agama, beliau mengungkapkan seperti berikut:
هيقوتل نكلو رشلل لا رشلا تفرع
هيف عقي رشلا فرعي مل نمو
Maksudnya: Aku mengetahui kejahatan bukanlah kerana
kejahatan itu, tetapi untuk membendungnya. Barang siapa yang tidak mengetahui kejahatan mungkin terjebak dengannya.
(2010, 13)
daripada terjebak atau terjerumus dalam perkara-perkara yang diiktiraf sebagai kebatilan dan kejahatan.
Para orientalis bukan Muslim turut mengiktiraf ilmu perbandingan agama sebagai sumbangan Islam kepada dunia. Misalnya, Adam Metz (1869-1917) dalam The Renaissance of Islam yang mengakui kesuburan toleransi beragama dalam Islam adalah hasil daripada ilmu ini.(1937, 32, 209-210) Begitu juga Professor Franz Rosenthal (1914-2003) yang mengiktiraf sumbangan Islam dalam bidang ini. (Lawrence, 1976, 5) Professor Emeritus Eric John Sharpe (1933 – 2000) pula mengangkat Kitab al-Milal wa al-Nihal oleh Imam al-Shahrastaniyy sebagai kitab pertama dalam sejarah dunia yang mengumpulkan sejarah agama-agama. (Sharpe, 1986, 11)
H.U. Weitbrecht Stanton (1851-1937) mengiktiraf, “no other scripture in the world teaches comparative religion as the Al-Quran.” (Ghulam Haider Aasi, 1989, 65) Oleh itu, sumber utama bagi ilmu perbandingan agama Islam adalah al-Quran al-Karim. Bagi para pengkaji Muslim dalam bidang ini, sumber-sumber lain bagi ilmu perbandingan agama turut diikuti dengan al-Sunnah al-Nabawiyyah dan pandangan para alim ulama dalam pelbagai bidang seperti Kalam,
Falsafah, Fiqh, Usul Fiqh, Tasawwuf, Sirah, Tarikh dan banyak lagi. Terdapat banyak rujukan ilmiah hasil karangan ulama Islam yang boleh digunakan untuk tujuan pengajaran mualaf ini seperti: al-Milal wa al-Nihal karangan Imam al-Shahrastaniyy (1993), al-Radd al-Jamil
Li Ilahiyyah Isa Bi Sarih al-Injil oleh Imam al-Ghazaliyy (1420H), al-Jawab al-Sahih Li Man Baddala Din al-Masih oleh Imam Ibn Taimiyyah (1999), Hidayah al-Hayara Fi Ajwibah al-Yahud Wa al-Nasara oleh Imam Ibn Qayyim al-Jawziyyah (1407H), Muqaranat Adyan:
al-Diyanat al-Qadimah oleh Professor Dr Muhammad Abu Zahrah
(1965), Muqaranah al-Adyan dalam empat jilid karangan Profesor Dr Ahmad Shalabiyy (1988) dan banyak lagi rujukan kontemporari.
7 1
yang lain contohnya dalam isu akidah,8 sahur,9 azan,10 syiar-syiar
8 Dalam Surah al-Tawbah 9: ayat 0-31 dinyatakan:
Maksudnya: Dan orang Yahudi berkata: Uzair ialah anak Allah dan orang-orang Nasrani berkata: Al-Masih ialah anak Allah. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan
orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka
boleh berpaling dari kebenaran? (30) Mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih Ibni Mariam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan. (31)
9 Dalam Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal (1999, hadis no. 17762, jil. 29, hal. 279) dinyatakan:
َ ْيَب اَم ُل ْصَف َمَّل َسَو ِهْيَلَع للها ىَّل َص للها ُلو ُسَر َلاَق َلاَق ِصاَعْلا ِنْب وِر ْمَع نَع
ِر َح َّسلا ُةَل ْكَأ ِباَت ِكْلا ِلْهَأ ِماَي ِص َ ْيَبَو ْم ُكِماَي ِص
Maksudnya: Dari cAmru Ibn al-cAs RA, berkata Rasulullah SAW: Perbezaan antara puasa kamu dan puasa Ahli Kitab adalah memakan sahur.
10 Dalam Sunan Abi Daud, (1997, hadis no. 498, jil. 1, hal. 239-240) diriwayatkan perbandingan antara kaedah agama-agama lain dalam memanggil para pengikutnya untuk beribadat:
للها ىلص- ُّىِبَّنلا َّمَتْها َلاَق ِرا َصْنَلأا َنِم ُهَل ٍةَموُمُع ْنَع ٍسَنَأ ِنْب ِرْيَمُع ىِبَأ ْنَع
ِرو ُض ُح َدْنِع ًةَياَر ْب ِصْنا ُهَل َليِقَف اَهَل َساَّنلا ُع َم ْجَي َفْيَك ِةَلا َّصلِل -ملسو هيلع
ىِنْعَي - ُعْنُقْلا ُهَل َر ِك ُذَف َلاَق َكِلَذ ُهْب ِجْعُي ْمَلَف ا ًضْعَب ْمُه ُضْعَب َنَذآ اَهْوَأَر اَذِإَف ِةَلا َّصلا
.»ِدوُهَيْلا ِرْمَأ ْنِم َوُه« َلاَقَو َكِلَذ ُهْب ِجْعُي ْمَلَف ِدوُهَيْلا َروُّب َش ٌداَيِز َلاَقَو - َروُّب َّشلا
»ىَرا َصَّنلا ِرْمَأ ْنِم َوُه« َلاَقَف ُسوُقاَّنلا ُهَل َر ِك ُذَف َلاَق
Maksudnya: Dari Abu Umair bin Anas dari sebahagian pakciknya dari kaum Ansar, dia berkata; Nabi SAW sangat mementingkan perkara salat, bagaimana cara mengumpulkan orang-orang untuk mengerjakan salat. Maka dikatakan kepada beliau; Tegakkanlah bendera ketika waktu salat telah tiba. Apabila mereka melihatnya, maka sebahagian akan memberitahukan yang lainnya. Namun cadangan itu tidak disukainya. Disebutkan juga kepada beliau, trompet,
kata Ziyad; Trompet adalah (simbol) Yahudi, pendapat ini juga tidak disukai
Islam11 dan banyak lagi. Kesemua ini dilakukan untuk menjelaskan
ajaran Islam kepada umat dan menonjolkan sisi berbeza yang dianuti dan diamalkan oleh pengikut-pengikut agama lain yang bercanggah dan berbeza dengan agama Rabbani ini. Hakikatnya, kesemua ini dilakukan oleh Baginda SAW dengan satu tujuan yang murni iaitu untuk menjelaskan kebenaran Islam daripada kebatilan ajaran-ajaran lain selain daripada Islam.
KEPENTINGAN ILMU PERBANDINGAN AGAMA KEPADA
MUALAF
Tumpuan kajian kepentingan ilmu perbandingan agama dalam modul pengurusan mualaf ini adalah di Negeri Sembilan dengan melihat kepada dua sisi yang utama iaitu perspektif mualaf dan perspektif pengajar mualaf. Data primer bagi kajian ini telah diperolehi daripada pengedaran borang kaji selidik (questionaire) kepada 20 responden daripada kalangan mualaf dan lima orang pengajar mualaf. Pengagihan borang soal selidik tersebut dibuat berdasarkan teori persampelan purposif.
Kepentingan Ilmu Perbandingan Agama Dari Perspektif Mualaf
Item Jawapan RespondenBilangan Peratus (%)
Ilmu perbandingan agama sangat penting untuk meningkatkan kefahaman saya tentang Islam
Setuju 10 50
Sangat setuju 10 50
Jumlah 20 100
Jadual 1: Kepentingan Ilmu perbandingan agama
11 Dalam Sunan Abi Daud, (1997, hadis no. 4031, jil. 4, hal. 204) turut diriwayatkan seperti berikut:
َوُهَف ٍمْوَقِب َهَّب َشَت ْنَم« -ملسو هيلع للها ىلص- للها ُلو ُسَر َلاَق َلاَق َرَمُع ِنْبا ِنَع
.» ْمُهْنِم
7 3
Jadual 1 menunjukkan keseluruhan mualaf bersetuju bahawa ilmu perbandingan agama sangat penting untuk meningkatkan kefahaman mualaf tentang Islam. Seramai 10 orang responden (50%) yang sangat bersetuju dan seramai 10 orang responden (50%) juga yang bersetuju dengan pernyataan ini.
Jadual 2: Ilmu perbandingan agama boleh mengelirukan kefahaman Islam dalam kalangan mualaf
Jadual 2 menunjukkan majoriti responden iaitu sembilan orang (45%) tidak bersetuju bahawa ilmu perbandingan agama akan mengelirukan pemahaman mualaf tentang Islam. Manakala 5 orang responden (25%) bersetuju bahawa terdapat kemungkinan yang ilmu perbandingan agama boleh mengelirukan pemahaman mualaf tentang Islam. Selebihnya iaitu 6 orang responden (30%) tidak pasti dengan pernyataan ini.
Item Jawapan RespondenBilangan Peratus (%)
Perbandingan
Jadual 3 di atas adalah berkenaan pandangan para mualaf sama ada pengajaran dan pembelajaran ilmu perbandingan agama dari aspek ketuhanan dapat meningkatkan kefahaman Islam dalam kalangan mualaf. Majoriti responden, seramai sembilan orang yang mewakili 45% daripada keseluruhan responden sangat bersetuju dengan pernyataan ini. Ini diikuti dengan lapan orang responden (40%) yang bersetuju, dua orang responden (10%) yang tidak pasti dan seorang sahaja (5%) yang tidak bersetuju.
Item Jawapan Bilangan
Responden Peratus (%)
Perbandingan aspek syariat antara agama-agama dapat meningkatkan kefahaman saya mengenai pelaksanaan ibadah
Tidak setuju 1 5
Setuju 10 50
Sangat setuju 9 45
Jumlah 20 100
Jadual 4: Ilmu perbandingan agama dari aspek syariat dapat meningkatkan kefahaman Islam dalam kalangan mualaf
7 5
Jadual 5: Ilmu perbandingan agama dari aspek etika tidak dapat meningkatkan kefahaman Islam dalam kalangan mualaf
Item Jawapan Bilangan
Jadual 6: Sumber Ilmu perbandingan agama perlu dipelbagaikan
Jadual 6 menunjukkan majoriti responden iaitu 14 orang (70%) mempunyai pandangan positif bahawa sumber ilmu perbandingan agama perlu dipelbagaikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Seramai lima orang responden (25%) yang tidak pasti dengan pernyataan ini. Namun hanya seorang sahaja responden (5%) yang tidak bersetuju dengan pernyataan ini.
Secara keseluruhannya, keseluruhan responden daripada kalangan mualaf (N = 20, 100%) memberikan respon yang positif berkenaan kepentingan ilmu perbandingan agama dalam modul pengurusan mualaf. Kesemua mereka bersetuju bahawa penerapan ilmu perbandingan agama dalam modul pengurusan mualaf dapat meningkatkan kefahaman Islam dalam kalangan para mualaf, termasuklah dari sudut ketuhanan (akidah), ibadah dan akhlak.
Namun begitu, terdapat sebilangan kecil (N = 5, 25%) dalam kalangan mualaf yang berpendapat ilmu perbandingan agama dapat mengelirukan pemahaman mualaf tentang Islam. Oleh itu, sebilangan besar responden (N = 14, 70%) bersetuju dengan cadangan untuk menggunakan pelbagai sumber bagi pengajaran dan pembelajaran ilmu perbandingan agama dalam modul pengurusan mualaf. Pelbagai sumber yang dimaksudkan di sini termasuklah menggunakan buku-buku ilmiah seperti The Choice (Ahmed Deedat, 1994); majalah, surat khabar, video dokumentari seperti The Evolution Deceit, The Collapse
7 7
Elemen perbandingan agama berupaya memantapkan pengetahuan, kefahaman dan penghayatan para mualaf berkenaan ajaran Islam melalui metode perbandingan yang ditekankan dalam disiplin. Para mualaf akan dapat membandingkan aspek-aspek dalam ajaran Islam dengan ajaran-ajaran yang lain untuk melihat dengan lebih cermat dan teliti akan kebenaran yang ada pada ajaran Islam. Misalnya, bagi para mualaf yang pernah menganut kepercayaan animisme atau ateisme sebelum ini, melalui metode perbandingan, para mualaf akan dapat disuluh dengan jelas berkenaan perbezaan dalam konsep ketuhanan dan roh antara Islam, animisme dan ateisme. Seterusnya ini akan memberikan impak positif kepada peningkatan penghayatan Islam yang mendalam setelah para mualaf ini dapat membezakan antara kebenaran dan kebatilan (Al-Quran, 2:256, 35:19-20 dan 39:9) melalui pendekatan perbandingan agama yang telah digunakan.
Kepentingan Ilmu Perbandingan Agama Dari Perspektif Pengajar
Mualaf
Soalan Jawapan Bilangan
Responden Peratus (%)
Ilmu perbandingan agama sangat penting untuk meningkatkan kefahaman Islam para muallaf
Setuju 2 40
Sangat setuju 3 60
Jumlah 5 100
Jadual 1: Kepentingan Ilmu perbandingan agama
Soalan Jawapan Bilangan
Jadual 2: Ilmu perbandingan agama mengganggu kelancaran pemahaman mualaf
Jadual 2 menunjukkan majoriti responden iaitu tiga orang (60%) tidak bersetuju bahawa ilmu perbandingan agama mengganggu kelancaran pemahaman mualaf tentang Islam. Manakala seorang responden (20%) tidak pasti dengan pernyataan ini. Selebihnya iaitu seorang juga responden (20%) bersetuju dengan pernyataan ini.
Soalan Jawapan RespondenBilangan Peratus (%)
Perbandingan
Jadual 3: Ilmu perbandingan agama dari aspek ketuhanan dapat meningkatkan kefahaman tauhid dalam kalangan mualaf
7 9
menunjukkan kesemua pengajar mualaf berpandangan positif dengan pernyataan ini iaitu pengajaran dan pembelajaran ilmu perbandingan agama dari aspek ketuhanan dapat meningkatkan kefahaman tauhid dalam kalangan mualaf
Jadual 4: Ilmu perbandingan agama dari aspek syariat dapat meningkatkan kefahaman dan pelaksanaan ibadah
Jadual 4 menunjukkan majoriti responden iaitu tiga orang responden (60%) sangat bersetuju bahawa pengajaran dan pembelajaran ilmu perbandingan agama dari aspek syariat dapat meningkatkan kefahaman dan pelaksanaan ibadah dalam kalangan mualaf. Ini diikuti dengan dua orang responden (40%) pula yang bersetuju dengan pernyataan ini.
Jadual 5 di atas adalah berkenaan pandangan para mualaf sama ada pengajaran dan pembelajaran ilmu perbandingan agama dari aspek etika tidak dapat meningkatkan kefahaman dan penghayatan akhlak Islam dalam kalangan mualaf. Seramai dua orang responden yang mewakili 40% daripada keseluruhan responden berpandangan negatif dengan pernyataan ini. Ini diikuti dengan 2 orang responden juga (40%) yang tidak pasti dan seorang responden (20%) yang sangat bersetuju.
Soalan Jawapan Bilangan
Jadual 6: Sumber Ilmu perbandingan agama perlu dipelbagaikan melalui tayangan dokumentari, mendengar ceramah dan bahan bacaan
Jadual 6 menunjukkan majoriti responden mempunyai pandangan positif bahawa sumber ilmu perbandingan agama perlu dipelbagaikan melalui tayangan dokumentari, mendengar ceramah dan bahan bacaan. Seramai tiga orang responden (60%) yang sangat bersetuju dengan pernyataan ini. Dan ini diikuti dengan dua orang responden (40%) yang bersetuju dengan pernyataan ini.
Sebagai kesimpulan, bagi para pengajar mualaf, keseluruhan responden (N = 5, 100%) telah memberikan respon yang positif berkenaan kepentingan ilmu perbandingan agama dalam modul pengurusan mualaf. Kesemua mereka bersetuju bahawa penerapan ilmu perbandingan agama dalam modul pengurusan mualaf dapat meningkatkan kefahaman Islam dalam kalangan para mualaf, termasuklah dari sudut ketuhanan (akidah), ibadah dan akhlak.
8 1
akan mengganggu kelancaran pemahaman mualaf tentang Islam. Ini mungkin kerana persepsi pengajar tersebut yang berpandangan bahawa ilmu perbandingan agama akan diajarkan secara terpisah daripada
subjek-subjek lain dalam modul pengurusan mualaf seperti tauhid, fiqh,
akhlak dan lain-lain. Sedangkan cadangan yang dibawa oleh artikel ini adalah melalui dua cara iaitu melalui kaedah integrasi atau secara kursus yang berasingan. Ilmu perbandingan agama dapat diintegrasi
dalam modul secara inklusif dalam pelajaran-pelajaran tauhid, fiqh,
akhlak dan lain-lain dengan memilih tema-tema yang sesuai dan boleh dibuat kajian secara perbandingan antara pandangan Islam serta agama-agama lain. Oleh itu, sepertimana dalam kalangan mualaf juga, sebilangan besar responden (N = 5, 100%) bersetuju dengan cadangan untuk menggunakan pelbagai sumber bagi pengajaran dan pembelajaran ilmu perbandingan agama dalam modul pengurusan mualaf. Pelbagai sumber yang digunakan di sini akan dapat menarik minat para mualaf serta meningkatkan kefahaman dan penghayatan mereka tentang Islam.
Pelbagai modul peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang turut menerapkan elemen ilmu perbandingan agama dalam modul pengurusan mualaf. Antaranya Sistem dan Modul Pengajaran dan Pembelajaran
Saudara Muslim (SMPPSM) oleh Universiti Kebangsaan Malaysia dan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Zulkiple Abd Ghani et. al.,
2009), A Guide for the New Muslim (Jamaluddin M. Zarabozo, 2009) dan A Program of Studies for New Muslims (Mohammed Moinuddin Siddiqui, 1996). Kesemua ini dilakukan adalah untuk meningkatkan keberkesanan proses dan kualiti pengajaran serta pembelajaran dalam kalangan mualaf terutamanya untuk menghayati Islam sebagai cara hidup yang unggul. Malah perkara ini turut termasuk dalam salah satu pedagogi Rasulullah SAW dalam mengajar umatnya yang dilabelkan oleh Almarhum Syeikh Muhammad Abdul Fattah Abu Ghuddah sebagai: Taclimuhu SAW bi al-Tashbih wa Darb al-Amthal
dan Taclimuhu SAW bi al-Qasas wa Akhbar al-Madin. (2004) Malah,
perkara ini juga merupakan aplikasi kepada al-Mucalajah bi al-Addad
seperti yang telah disarankan oleh Imam al-Ghazaliy dalam Ihya’
cUlum al-Din (1982) dalam menawarkan penyelesaian kepada beberapa
PENUTUP DAN CADANGAN
Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa ilmu perbandingan agama sangat penting untuk diterapkan dalam modul pengurusan mualaf. Ini dapat diteladani daripada contoh-contoh yang telah ditonjolkan oleh para salaf al-salih seperti Salman al-Farisiyy dan kalangan mualaf kontemporari seperti Tuan Haji Ayub, Saudara Shah Kirit, Allahyarham Maryam Jameelah dan Allahyarham Muhammad Asad.
8 3
RUJUKAN
Al-Quran al-Karim.
Abu Daud, Sulayman ibn al-Ashcath. 1997. Sunan Abi Daud. Beirut:
Dar Ibn Hazm.
Ahmad ibn Hanbal. 1999. Musnad al-Imam Ahmad ibn Hanbal. Beirut: Muassasah al-Risalah.
Ahmad Shalabiyy. (1988). Muqaranah al-Adyan. Cairo: Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah.
Ahmed Deedat. (1994). The Choice: Islam and Christianity. South Africa: Islamic Propagation Centre International.
Al-Asbahaniyy, Abu Nucaym. (1998). Macrifah al-Sahabah. Riyadh:
Dar al-Watan Li al-Nashr
Al-Bukhariyy, Muhammad ibn Ismacil. 1998. Sahih al-Bukhariyy.
Ri-yadh: International Ideas Home for Publishing & Distribution.
Al-Ghazaliyy, Abu Hamid Muhammad Ibn Muhammad. (1982). Ihya’
cUlum al-Din. Beirut: Dar al-Macrifah.
Al-Ghazaliyy, Muhammad. (1420). al-Radd al-Jamil Li Ilahiyyah Isa
Bi Sarih al-Injil. Beirut: al-Maktabah al-cAsriyyah.
Al-Isfarayiniyy. (2010). al-Tabsir fi al-Din. Kaherah: Maktabah al-Azhariyyah Li al-Turath
Al-Jawziyyah,Ibn Qayyim. (1407H) Hidayah Hayara Fi Ajwibah
al-Yahud Wa al-Nasara. Madinah Nasr: al-Maktabah al-Qayyimah. Al-Shahrastaniyy, Muhammad Ibn cAbd Al-Karim. (1993). al-Milal
Wa al-Nihal. Beirut: Dar al-Macrifah.
Al-Suyutiyy. (1967). al-Khasa’is al-Kubra. t.tp: Dar Kutub al-Hadithiyyah.
Dawkins, Richard. (2006). The God Delusion. Boston: Houghton
Mifflin
Ghulam Haider Aasi. (1989). The Qur’an and Other Religious Traditions. Hamdard Islamicus. vol. 9. no. 2. Hal. 65.
Ibn Taimiyyah. (1999). Jawab Sahih Li Man Baddala Din
al-Masih. Riyadh: Dar al-cAsimah.
Jamaluddin M. Zarabozo. (2009). A Guide for the New Muslim. t.tp: Islamhouse.com.
Khatijah Othman et. al. (2011). Peranan Dan Nilai Agama Dalam Kehidupan Belia Di Lembah Klang. (Penyelidikan Universiti) Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.
Lawrence, Bruce. (1976). Shahrastani on the Indian Religions. Mouton: Mouton Co.
Maryam Jameelah. (1992). Why I Embraced Islam? Jeddah: Abul-Qasim Publishing House.
Metz, Adam. (1937). The Renaissance of Islam. Patna: The Jubilee Printing & Publishing House.
Mohammed Moinuddin Siddiqui. (1996). A Program of Studies for
New Muslims. Saudi Arabia: International Islamic Publishing House.
Muhammad Abdul Fattah Abu Ghuddah. (2004). al-Rasul al-Mucallim Wa Asalibuhu Fi al-Taclim. Damsyik: Dar al-Bashair al-Islamiyyah. Muhammad Abu Zahrah. (1965). Muqaranat Adyan: Diyanat
al-Qadimah. Mesir: Machad al-Dirasat al-Islamiyyah.
Muhammad Asad. (2001). My Discovery of Islam. New Delhi: Goodword Books.
Muhammad Ibn Tulun. (1987). Iclam al-Sa’ilin cAn Kutub Sayyid al-Mursalin. Beirut: Muassasah al-Risalah
Muller, F. Max. (1901). Lectures on the Origin and Growth of Religions
8 5
Muslim ibn al-Hajjaj. 1998. Sahih Muslim. Riyadh: International Ideas Home for Publishing & Distribution.
Raines, John. (ed.). (2002). Marx on Religion. Philadelphia: Temple University Press.
Sharpe, Eric John. (1986). Comparative Religion: A History. Illinois: Open Court.