• Tidak ada hasil yang ditemukan

Teori teori simbol komunikasi dan budaya

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Teori teori simbol komunikasi dan budaya"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

Topik 3: Pendekatan Teoritikal

Teori-teori berkaitan simbol komunikasi dan budaya

1. Teori Semiotik/ Teori Tanda

Semiotik berasal dari bahasa yunani semesion, bermaksud sign atau tanda,

semainon yang bererti signifier atau penanda dan semainomenon yang bermaksud

signified atau petanda. Secara umumnya, semiotik adalah the study of signs atau

ilmu yang mengkaji keberadaan tanda dalam kehidupan masyarakat. Untuk

pemahaman dan maksud yang lebih jelas, semiotik adalah mencakupi segala

sesuatu yang boleh dilihat atau diinterpretasikan sebagai tanda seperti yang

dipostulatkan oleh Umberto Eco dalam ‘A Theory of Semiotics’ bahawa ‘semiotics is

concerned with everything that can be taken as a sign. A sign is everything which

can be taken as significantly substituting for something else. Menurut Umberto Eco,

something else atau dirujuk sebagai sesuatu yang lain itu tidak semestinya wujud

atau berada tepat pada masa yang sama ketika tanda tersebut mengganti posisi

atau mewakilinya. Oleh kerana itu, Umberto Eco juga sering merujuknya sebagai

theory of the lie, iaitu teori dusta atau tipu daya kerana ia boleh digunakan untuk

mengelabui atau memperdayakan orang lain.

Menelusuri susur galur pensejarahan dan kemunculannya, pada zaman

perkembangan semiotik klasik, pemikiran tentang fungsi tanda dalam kehidupan

manusia sejagat telah bermula kira-kira lebih dua ribu tahun lalu oleh ahli falsafah

Yunani (Greek). Seterusnya pada abad pertengahan, pengertian dan penggunaan

(2)

serta para ahli falsafah dan sarjana. Namun, istilah semiotik hanya muncul pada

akhir abad ke 18 apabila diperkenalkan dan diaplikasikan oleh seorang ahli falsafah

Jerman, iaitu Lambert. Seterusnya pada abad ke-20, pemikiran dan penggunaan

tanda secara sistematik mula mendapat perhatian umum dan sehingga kini, bidang

semiotik terus menjadi topik penelitian dan tulisan para sarjana dan ahli akademik.

Dalam perkembangan sejarah semiotik moden, terdapat dua perintis dari negara

barat yang sangat berjasa dalam bidang berkenaan, iaitu Ferdinand de Saussure

(1857-1913), seorang tokoh linguistik dari Switzerland dan Charles Sanders Peirce

(1839-1914), ahli falsafah dari Amerika.

Ferdinand de Saussure dan Charles Sanders Peirce hidup sezaman tapi

datang dari dua benua yang berbeza. Yang menariknya, walaupun tidak saling

mengenali dan mengetahui penelitian masing-masing, keduanya lahir dengan satu

keinginan dan pemikiran yang sama, iaitu membangunkan satu bidang untuk

merungkai pengkajian dan pencarian makna di sebalik tanda-tanda dan

simbol-simbol. Pemikiran dan pendekatan dua sarjana agung dalam bidang semiotik ini

telah mendepani dan memberi ilham kepada beberapa pengikut serta sarjana yang

lain. Hasilnya, muncullah beberapa lagi sarjana yang terkenal dalam bidang

semiotik, antaranya, Louis Hjemslev , Charles Morris, Max Bense, Roman Jakobsen,

Roland Barthes dan Umberto Eco.

Saussure dan Peirce telah diiktiraf sebagai perintis ilmu semiotik dalam

sejarah perkembangan semiotik moden. Pendekatan mereka tidak hanya terbatas

(3)

menerobosi disiplin ilmu yang lain, yakni bersifat multidisiplin. Sehingga kini,

pendekatan semiotik dan konsep-konsep yang mereka perkenalkan telah mendapat

liputan meluas dan sering dijadikan rujukan dalam bidang-bidang penelitian semiotik

dalam pelbagai bidang dan disiplin pemikiran termasuklah bidang falsafah dan

linguistik sendiri, kesenian dan kesusasteraan seperti musik, teater, filem dan

analisis teks, komunikasi, periklanan, antropologi, psikologi, arkeologi, arkitek,

matematik dan sebagainya.

Teori Tanda Ferdinand de Saussure

Saussure adalah seorang sarjana linguistik yang telah membangunkan dasar-dasar

teori linguistik umum. Kemunculan teori tentang tanda dalam bidang linguistik

bermula apabila beliau merasakan bahawa teori tanda linguistik perlu ditempatkan

dalam sebuah teori yang bersifat lebih umum. Rentetan dari pemikiran itu, beliau

telah mengusulkan istilah semiologi dalam beberapa kompilasi nota-nota kuliah yang

diambil oleh pelajarnya berdasarkan kuliah yang diberi sejak tahun 1907 hingga

1911 yang akhirnya diterbitkan sebagai sebuah karya berjudul Course in General

Linguistics. Akhirnya, karya tersebut menjadi sumber teori linguistik yang berimpak

tinggi dan dikenali dengan istilah strukturalisme.

Perkara pokok yang menjadi tumpuan dan landasan primer dalam teori

Saussure ialah prinsip beliau yang menegaskan bahawa bahasa adalah sistem tanda,

dan selain bahasa terdapat banyak lagi sistem tanda lain yang wujud dalam dunia

(4)

linguistik atau bahasa adalah sistem tanda yang paling utama berbanding sistem

tanda-tanda lain yang wujud di dunia nyata kerana bahasa memainkan peranan

yang penting dalam mengkonstruk realiti. Beliau memberi tumpuan kepada

underlying system of language (langue) berbanding penggunaan bahasa (parole

atau speech). Terdapat beberapa pandangan atau konsep-konsep asas yang

mendasari teori tanda Saussure, iaitu sistem dua dimensi atau dwipihak, sistem

kesepakatan atau konvensional, sistem jaringan hubungan antara tanda-tanda dan

sistem arbitrari.

Konsep asas utama dalam teori tanda Saussure bertitik tolak pada pemikiran

yang bersifat dikotomi atau dualiti, yakni menurut beliau tanda mengandungi dua

komponen utama, iaitu signifier-the sound pattern (penanda-citra bunyi) dan

signified-the concept (petanda-konsep). Penanda (signifier) merujuk kepada sesuatu

yang bersifat material (fizikal), yakni keberadaannya wujud secara eksplisit dan

boleh diinderakan melalui pancaindera manusia. Sebaliknya, petanda (signified)

menjurus kepada sesuatu yang secara literal dan fizikal tidak wujud, yakni bersifat

abstrak. Manakala, hubungan antara penanda dan petanda dirujuk sebagai sistem

signifikasi. Saussure menegaskan bahawa penanda dan petanda mempunyai

perkaitan yang sangat erat, saling memerlukan dan melengkapi, yakni merupakan

kesatuan ibarat dua sisi dari sehelai kertas yang tidak boleh dipisahkan antara satu

sama lain. Maksudnya salah satu unsur tersebut tidak akan wujud tanpa keberadaan

unsur yang satu lagi. Selain konsep signifier dan signified, konsep dikotomi Saussure

(5)

(langue) dan tuturan/ujaran (parole); sinkronik (synchronic) dan diakronik

(diachronic); dan sintagmatik (syntagmatic) dan paradigmatik (associative).

Menurut pandangan Saussure lagi, tanda wujud hasil daripada imaginasi atau

aktiviti minda manusia yang diekspresikan melalui kod-kod bahasa yang difahami

oleh individu-individu yang terbabit dalam suatu proses komunikasi. Dengan kata

lain, tanda bagi Saussure adalah sesuatu yang disampaikan oleh seseorang dengan

tujuan dan makna-makna tertentu secara sengaja, yakni suatu proses atau

fenomena yang bukan berlaku secara kebetulan. Secara implisitnya, Saussure cuba

menjelaskan bahawa tidak semua perkara di dalam kehidupan manusia sejagat dan

di persekitaran mereka boleh dianggap sebagai tanda. Maknanya, tanda mempunyai

batasan tertentu, yakni tertakluk kepada suatu sistem konvensi, yakni suatu yang

telah disepakati bersama oleh semua yang terlibat dalam sesebuah budaya. Sebagai

contohnya, sistem tulisan dan abjad, isyarat lalu lintas dan sebagainya.

Oleh yang demikian, dalam teori tanda Saussure, bahasa adalah suatu sistem

tanda, kerana bahasa telah dikonvensikan bagi membolehkan manusia

berkomunikasi sesama mereka. Jelasnya, penanda atau citra bunyi, sama ada dari

bunyi suara manusia, binatang dan sebagainya hanya dianggap sebagai bahasa atau

berfungsi sebagai bahasa apabila bunyi tersebut mempunyai tendensi atau kapabiliti

untuk menyatakan atau mengekspresikan pandangan-pandangan atau

pengertian-pengertian tertentu. Dengan kata lain, penanda adalah bunyi atau hasil coretan yang

bermakna, yakni aspek material dari bahasa tentang apa yang dikatakan atau

(6)

atau konstruk mental, fikiran atau konsep, yang disifatkan sebagai aspek mental dari

bahasa. Pada pendapat Saussure, dalam sistem bahasa, “everything depends on

relation”, iaitu satu tanda hanya akan berfungsi dan bermakna sekiranya ia

mempunyai hubungan dengan tanda-tanda lain. Oleh itu, bahasa harus dilihat

secara sinkronis sebagai satu sistem jaringan hubungan antara bunyi (sound) dan

makna (thought), yakni signifier dan signified .

Selain daripada itu, pengertian teori tanda Saussure juga didasari oleh konsep

arbitrari. Walaupun Saussure berpendapat bahawa tanda tertakluk kepada satu

sistem konvensi, tetapi tanda juga bersifat arbitrari, yakni sesuatu tanda itu boleh

menerbitkan pelbagai makna yang berbeza bergantung kepada interpretasi yang

berlainan. Hal ini berkaitan dengan konsep keupayaan minda atau aktiviti mental

manusia, yakni lebih bersifat dalaman atau internal berbanding eksternal. Menurut

pandangan Saussure berkenaan tanda-tanda linguistik, sifat arbitratri tanda adalah

prinsip asas bahasa. Maknanya dalam sistem bahasa, di antara penanda (bunyi atau

bentuk sesuatu perkataan) dengan petanda ( konsep atau idea yang dirujuk), tidak

ada hubungan semulajadi yang mutlak dan nyata kerana segala-galanya

berkemungkinan boleh merujuk kepada sebarang tanda yang dirujuk.

Secara kesimpulannya, teori tanda Saussure lebih menekankan kepada

struktur dalaman yang menumpukan kepada proses pemikiran kognitif atau aktiviti

minda manusia dalam menstrukturkan tanda-tanda yang nyata (material) ataupun

yang tidak nyata (abstrak) dalam persekitaran mereka, dan antaranya struktur

(7)

sebagai manusia dan berkomunikasi sesama mereka. Teori tanda Saussure ini

dianggap sebagai pendukung kepada pemikiran bahawa “language does not reflect

reality but rather constructs it” kerana kita bukan hanya menggunakan bahasa atau

dapat memberikan makna kepada apa-apa yang wujud dalam dunia realiti, malah

kepada apa-apa yang tidak wujud di dalamnya. Pemikiran Saussure ini dikenali juga

sebagai strukturalisme dan telah memberi asas kepada pemikiran sarjana-sarjana

agung dalam bidang yang lain, dan antara yang penting ialah pendekatan

strukturalisme Levi-Strauss.

Teori Tanda Charles Sanders Peirce

Charles Sanders Peirce dikenali sebagai perintis doktrin pragmatisme yang telah

menyediakan asas-asas kukuh dalam teori umum tentang tanda-tanda melalui

tulisan-tulisan beliau dan teks yang telah dikompilasikan 25 tahun setelah kematian

beliau dalam satu karya lengkap berjudul Oeuvres Completes. Berbeza dengan

Saussure yang memperkenalkan istilah semiologi, Peirce mengusulkan istilah

semiotik, yang menurut beliau sinonim dengan konsep logik yang menumpukan

kepada pengetahuan tentang proses pemikiran manusia seperti yang dinyatakan

oleh beliau dalam tulisannya yang diterbitkan pada tahun 1931/1958.

Perkara-perkara dasar yang terkandung dalam teori tanda Peirce ialah antaranya,

pemikiran manusia dan batasan tanda, sistem tiga dimensi (triadic/ trichotomy) dan

(8)

Saussure mengkaji tingkahlaku, manakala Peirce mengkaji logik dan sebagai seorang

ahli falsafah yang berpegang kepada pemikiran logik, beliau ingin mengetahui

tentang cara manusia berfikir, yakni bagaimana manusia menggunakan kewarasan

atau pertimbangan pemikiran mereka. Menurut Peirce, manusia berfikir melalui

tanda-tanda, yang membolehkan mereka berkomunikasi sesama sendiri dan

memberi makna kepada sebarang unsur yang wujud di persekitaran mereka. Asas

pemikiran semiotik Peirce ialah segala sesuatu boleh menjadi tanda, asalkan ia

mempunyai keupayaan untuk mewakili sesuatu mengikut interpretasi dan pemikiran

seseorang. Berbeza dengan pandangan Saussure, Peirce tidak membataskan

keberadaan tanda sebagai sesuatu yang hanya disengajakan atau disampaikan

dengan tujuan-tujuan tertentu. Maksudnya, sesuatu tanda itu boleh wujud secara

kebetulan apabila seseorang telah menginterpretasikan sesuatu sebagai tanda,

walaupun ia tidak ditujukan secara sengaja kepada beliau. Malah idea Peirce tentang

tanda merangkumi segala sesuatu yang diolah, mahupun yang tidak diciptakan oleh

manusia tetapi dapat dijangkau dan diterima oleh minda mereka.

Berbeza dengan teori tanda Saussure yang bersifat binari, pemikiran Peirce

tentang tanda pula bersifat tiga dimensi atau sistem tripihak. Peirce

mengklasifikasikan tanda kepada tiga aspek, iaitu asas tanda (sign or representatum

or ground), objek (object) atau dirujuk juga sebagai referent dan tafsiran

(interpretant). Yang pertama tersebut sinonim dengan konsep Saussure yang

diistilahkan sebagai signifier atau penanda, yakni keberadaan tanda secara nyata

tetapi tidak semestinya bersifat material. Manakala konsep Saussure tentang

(9)

dan interpretant. Object merujuk kepada yang direpresentasikan atau diwakili oleh

tanda, yakni memiliki kedua-dua sifat konkrit dan abstrak. Interpretant pula

bermaksud sebarang makna yang disampaikan oleh represantatum tentang object

tetapi tidak diketahui sebelumnya dan bersifat abstrak dan tidak nyata, yakni tidak

berada dalam persepsi manusia. Hubungan interaksi antara ketiga-tiganya dirujuk

oleh Peirce sebagai semiosis.

Selain daripada sistem tiga dimensi, teori tanda Peirce juga mewacanakan

tentang tipologi tanda. Menurut Leeds-Hurwitz, Peirce telah mengidentifikasikan 66

jenis tanda, dan daripada jumlah tersebut ada tiga aspek yang popular dan

mendapat sambutan meluas, iaitu ikon (icon), indeks (index) dan simbol atau

lambang (symbol). Ikon merujuk kepada hubungan persamaan atau kemiripan

(similarity or resemblance), indeks bermaksud hubungan kedekatan atau perkaitan

(contiguity or connection), manakala simbol disifatkan sebagai hubungan arbitrari

(arbitrariness).

2. Teori Strukturalisme

Pendukung utama strukturalisme yang paling berpengaruh dan disegani dalam

bidang Antropologi ialah Claude Levi-Strauss (1908- ), seorang sarjana Perancis.

Walau bagaimanapun, menelusuri diakronik sejarah perkembangan ilmu berkenaan,

pendekatan struktural telah mula bertapak dan diformulasikan terlebih awal dalam

bidang linguistik atas inisiatif seorang tokoh linguistik terkemuka dari Switzerland,

iaitu Ferdinand de Saussure pada awal abad ke 20, melalui kompilasi pemikirannya

(10)

masyarakat seperti yang terdapat dalam buku Course of Linguistic. Selain Ferdinand

de Saussure, Charles Sanders Peirce, seorang ahli falsafah dari Amerika juga turut

mengukir nama sebagai perintis dan penyumbang ilmu semiotik yang sangat berjasa

dalam perkembangan sejarah semiotik moden.

Strukturalisme Levi-Strauss banyak diinspirasikan dari pemikiran tokoh

linguistik lain yang sealiran dengan Saussure, dan antara yang terpenting ialah

Roman Jakobson dan Nikolai Trubetskoi, yang menganalisis unit-unit fonem dalam

fonologi. Konsep budaya sebagai satu sistem komunikasi yang kompleks telah

menyediakan satu rangka umum dalam bidang Antropologi Struktural dan dari sudut

pandangan ini, Levi-Strauss mengemukakan bahawa dalam setiap masyarakat,

komunikasi beroperasi dalam tiga bentuk, iaitu komunikasi melibatkan wanita,

(diawasi dan dipantau oleh peraturan tentang kekerabatan dan perkahwinan),

komunikasi tentang barangan dan perkhidmatan (dikawal oleh peraturan tentang

pertukaran ekonomi) dan komunikasi berkaitan mesej (diselaraskan oleh peraturan

bahasa). Oleh yang demikian, penggunaan teori komunikasi dalam kajian

masyarakat mengangkat antropologi sebagai ‘science semeiologique’ . Seiringan

dengan itu, Levi-Strauss pernah menyatakan bahawa salah satu matlamat

antropologi ialah to be a semeiological science, and takes as a guiding principle that

of ‘meaning’ . Secara kesimpulannya, dalam epistemologi ilmu, antropologi budaya

dan struktural berkaitrapat dengan ilmu semiotik dan komunikasi, khususnya yang

(11)

Intipati primer dalam strukturalisme yang mendorong Levi-Strauss ialah

permasalahan yang berhubung dengan aspek internal manusia yang dieksternalkan

dalam dunia realiti, yakni makna-makna tersembunyi yang wujud jauh dari dalam

kotak minda manusia dan diekspresikan atau dimanifestasikan melalui perlakuan

atau produk budaya masyarakat. Oleh yang demikian, prinsip asas strukturalisme

dalam bidang antropologi ialah fenomena budaya telah distrukturkan sebagaimana

yang terdapat dalam linguistik atau struktur bahasa misalnya, unit-unit fonetik

(fonem) hanya mempunyai makna melalui jaringan hubungan secara oposisi antara

bunyi-bunyi.

Struktur yang dimaksudkan oleh Levi-Strauss tidak bersifat konkrit (luaran)

tetapi bersifat kognitif (dalaman). Maknanya, struktur dalam pendekatan ini

bukanlah seperti rangka binaan bangunan yang konkrit. Struktur adalah aspek realiti

yang tersembunyi atau berada di bawah permukaan atau keberadaan makna yang

kelihatan secara nyata, dan dari struktur inilah sebenarnya manusia dapat menjalani

rutin kehidupan seharian dan berkomunikasi sesama mereka bagi meneruskan

kelangsungan hidup bermasyarakat. Dari pengertian ini, struktur sosial (luaran)

mencerminkan struktur kognitif (dalaman), yakni apa yang difikirkan

dimanifestasikan dalam bentuk perlakuan. Maksudnya, setiap produk budaya seperti

adat istiadat, organisasi sosial dan sebagainya terhasil daripada struktur dalaman

yang wujud dalam minda manusia kerana budaya adalah satu sistem komunikasi

yang berasaskan simbol-simbol. Secara kesimpulannya, strukturalisme meletakkan

otak atau rasional minda manusia dalam posisi penting yang berimpak tinggi dalam

(12)

mendukung pemikiran manusia sejagat bahawa yang membezakan manusia dengan

binatang adalah manusia telah dianugerahkan dengan akal fikiran bagi

membolehkan mereka hidup bertamadun.

Menurut Jean Piaget, struktur memiliki tiga ciri asas, iaitu keseluruhan atau

kesatuan (totality), transformasi dan pengaturan diri. Bohannan dan Glazer pula

mencirikan struktur kepada empat aspek, iaitu sistem, transformasi, modifikasi dan

inteligibiliti. Dalam pemahaman ini, konsep sistem Bohannan dan Glazer mempunyai

pengertian yang sama dengan konsep totality Piaget, manakala konsep modifikasi

dan intelligibiliti merujuk kepada konsep pengaturan diri. Totality bermaksud sebuah

struktur mempunyai ciri-ciri sebuah sistem, yakni struktur tersebut terdiri daripada

pelbagai unsur atau substruktur yang saling berkaitan antara satu sama lain bagi

membentuk keseluruhan atau kesatuan. Dalam pengertian ini, setiap elemen budaya

mempunyai keterikatan dan hubungan padu antara satu sama lain dan harus dilihat

dari sudut hubungan setiap satunya dalam satu sistem secara keseluruhan kerana

sebarang perubahan dalam satu elemen akan menyebabkan perubahan terhadap

elemen-elemen yang lain. Rentetan daripada itu, sebuah struktur juga boleh

mengalami transformasi sekiranya terdapat perubahan dalam mana-mana

substruktur kerana budaya itu bersifat dinamik. Sekiranya transformasi berlaku,

setiap substruktur atau elemen-elemen dalam budaya akan membuat penyelarasan

atau regulasi secara automatik bagi menstabilkan semula sistem tersebut secara

keseluruhan.

(13)

Komunikasi tanpa lisan ialah satu bidang yang merangkumi pelbagai disiplin dalam

Sains Sosial dan Sains Tulen. Kajian-kajian awal mengenai komunikasi tanpa lisan

bermula dalam dua orientasi. Orientasi yang pertama bermula pada pertengahan

tahun 1950-an dengan kolaborasi antara para ahli linguistik, psikiatri dan antropologi

yang telah mendapat ilham melalui perkembangan baru dalam teori informasi dan

sibernetik. Para pengkaji yang menggunakan pendekatan struktural dan analisis

konteks berminat mengkaji penyusunan tingkahlaku, bentuk-bentuk interaksi dan

sebagainya. Kajian-kajian awal tersebut terkecimpung dalam konteks budaya kerana

ia mendapat ilham melalui bidang linguistik antropologi dalam tradisi Sapir-Whorf.

Antara para pelopor tersebut ialah Ray Birdwhistell, yang mengkaji ilmu kinesics

(bahasa pergerakan badan) melalui monografnya bertajuk Introduction to Kinesics,

pada tahun 1952 dan Edward Hall dengan ilmu proxemics (bahasa ruang) pada

tahun 1959 dan 1966. Seterusnya, satu lagi orientasi berbeza yang cenderung

mengkaji sifat-sifat semulajadi (nature side) dalam komunikasi tanpa lisan dipelopori

oleh Charles Darwin melalui bukunya bertajuk, The Expression of the Emotions in

Man and Animals pada tahun 1872. Beliau menyimpulkan bahawa semua mamalia

menunjukkan emosi mereka melalui ekspresi wajah. Kini kajian mengenai

komunikasi tanpa lisan merentasi pelbagai bidang termasuklah bidang linguistik,

antropologi, semiotik dan psikologi sosial.

Secara literalnya, kebanyakan sarjana komunikasi menyimpulkan bahawa

komunikasi tanpa lisan ialah ”communication without words”, yakni komunikasi

tanpa perkataan. Justeru, komunikasi tanpa lisan ialah segala bentuk komunikasi

selain daripada komunikasi yang menggunakan perkataan. Dalam pengertian ini,

(14)

vokal atau yang berunsurkan linguistik tidak termasuk dalam konsep ini tetapi

tergolong dalam komunikasi lisan khususnya komunikasi yang tidak divokalkan

kerana komunikasi tanpa lisan hanya “conveys nonlinguistic messages”. Seperti juga

komunikasi lisan, komunikasi tanpa lisan merangkumi kedua-dua komunikasi vokal

(iaitu, dengan penggunaan mulut) dan komunikasi tanpa vokal. Untuk menjelaskan

kontinum tersebut, jadual berikut diaplikasikan bagi memperlihatkan perbezaan

antara komunikasi lisan dan tanpa lisan.

Jadual 1: Klasifikasi komunikasi

Komunikasi vocal Komunikasi non-vokal Komunikasi

lisan/verbal Perkataan yang dituturkan(spoken words) Perkataan bertulis (writtenwords) Komunikasi Press yang terdahulunya diadaptasikan dari Stewart, J & D’Angelo, G. (1993). Together: Communicating Interpersonally.

Seiringan dengan itu, William Seiler dan Melissa Beall turut mentakrifkan komunikasi

tanpa lisan sebagai, “… all behaviors, attributes, or objects (except words) that

communicate messages that have social meaning” . Maksudnya, komunikasi tanpa

lisan melibatkan sebarang bentuk perlakuan, objek, atribut, mesej atau simbol yang

membawa makna-makna sosial, selain daripada perkataan ataupun bahasa

(15)

Secara kesimpulannya, komunikasi tanpa lisan boleh berlaku melalui sebarang

saluran pancaindera, iaitu samada melalui penglihatan, pendengaran, bau,

sentuhan dan rasa. Dalam perbincangan selanjutnya, penerangan tentang

jenis-jenis komunikasi tanpa lisan disentuh dan perlu dijelaskan bahawa

urutan berikut tidak menggambarkan keutamaan.

Teori-teori yang berkaitan dengan adaptasi dan perubahan budaya

Penghijrahan ke sebuah negara baru merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada hubungan antara budaya yang terjadi apabila individu atau kumpulan individu dari satu budaya tertentu bertemu dengan individu atau kumpulan individu dari budaya yang lain. Fenomena tersebut memungkinkan wujudnya adaptasi dan konstruksi identiti budaya baharu terhadap masyarakat yang berhijrah ke sebuah tempat yang mempunyai budaya berbeza.

1. Cross Cultural Adaptation Theory (CCAT)/Teori Adaptasi Silang Budaya

(16)

society. Salah satu ciri utama agar ’stranger’ berjaya dalam adaptasi ialah motivasi untuk mempelajari budaya baharu.

2. Anxiety-Uncertainty Management Theory (AUMT)/ Teori Pengurusan Kebimbangan-Ketidakpastian

Teori ini diperkenalkan oleh William Gudykunst pada tahun 1988. Ia memperihalkan tentang bagaimana individu dapat meminimumkan kesalahfahaman dengan mengoptimumkan pengurangan rasa ketidakpastian dan kekhuatiran bagi menjayakan komunikasi antara budaya. Konsep orang asing (stranger) diaplikasikan untuk merujuk kepada individu yang mempunyai budaya berbeza. Komunikator-komunikator dalam AUMT terdiri daripada i) orang asing/ ‘a stranger’) dan ii) kumpulan budaya baharu yang ditemui oleh ‘stranger’. Menurut teori ini, rasa ketidakpastian dan kebimbangan pasti dan harus ada terutamanya semasa pertemuan pertama dalam kalangan individu yang berbeza budaya tetapi ia seharusnya berada dalam tahap yang optimum/bersesuaian, yakni tidak keterlaluan ataupun tiada perasaan langsung. Terdapat beberapa faktor yang dikenalpasti sebagai penyebab dalam pengurusan ketidakpastian dan kebimbangan, iaitu konsep kendiri, motivasi untuk berinteraksi, reaksi terhadap orang asing, pengkategorian sosial, proses situasi, hubungan dengan orang asing dan interaksi etika. Kesemua penyebab berkenaan diperantarakan oleh konsep kesedaran (mindfulness) bagi menghasilkan keberkesanan dalam komunikasi.

3. Teori Akulturasi Berry

(17)

i. Asimilasi: startegi yang digunakan oleh individu yang tidak begitu mementingkan pengekalan identiti buadaya kerana ingin menjadi sebahagian atau mengadaptasikan diri dengan budaya baharu/tamu/dominan.

ii. Integrasi: strategi yang digunakan oleh individu yang ingin mengekalkan identiti budaya asal dan pada masa yang sama cuba mengadaptasikan diri dengan budaya baharu.

iii.Pemisahan: strategi yang digunakan oleh individu yang ingin mengekalkan identiti budaya asal dan menjarakkan diri dengan individu serta budaya baharu.

iv. Kepinggiran/marginalisasi: strategi yang digunakan oleh individu yang tidak berupaya mengekalkan identiti budaya asal ataupun kehilangan identiti

(18)

jelas fleksibel

Ikatan antara peribadi bersifat teguh Ikatan antara peribadi bersifat rapuh Komitmen yang tinggi Komitmen yang rendah

Masa terbuka dan fleksibel Masa diatur secara rapi

ii. Hofstede’s Cultural Patterns

Pandangan beliau berasaskan kepada pernyataan bahawa manusia membawa program mental atau ‘software of the mind’ yang dibina semasa zaman kanak-kanak dan diperteguhkan oleh budaya. Hofstede mengidentifikasikan 5 dimensi utama dalam penyusunan/pengkategorian paten budaya

i. Power distance- Jarak Kuasa

ii. Uncertainty avoidance- Pengelakkan Ketidakpastian

iii. Individualism versus collectivism- Perorangan VS Kebersamaan iv. Masculinity versus feminity-Kelakian VS Kewanitaan

Referensi

Dokumen terkait

Peran pemimpin KSM dalam mengembangkan wawasan dan ketrampilan anggota kelompok dirasakan manfaat oleh anggota dalam mengembangkan

Dari nilai redaman tersebut maka dapat dilakukan perhitungan untuk menentukan fade slope pada tiap even hujan dan fade duration dengan menentukan batas thresholdnya yaitu pada 5,

sederhana yang disukai semua kalangan tua, muda, kaya, miskin, perkotaan, pedesaan semua suka dengan permainan ini. Bisa bermain domino gaple mampu menambah nilai

Dapat disimpulkan bahwa, dalam tampilan antarmuka permainan responden menilai bahwa di dalam permainan, tampilan menu pada permainan mudah dimengerti, tata letak

Misalnya daya pisah sebuah teleskop adalah 2”, artinya teleskop tersebut bisa melihat dua benda yang jarak pisahnya minimal 2”, jika ada dua benda dengan jarak pisah

Menurut (Muawanah & Poernawati, 2015:407) “Beban (expenses) adalah penurunan manfaat ekonomi selama suatu periode akuntansi dalam bentuk arus keluar atau

Karyawan bagian administrasi telah dapat melakukan pencatatan transaksi, posting hingga penyusunan laporan keuangan yang handal pada Rumah Sakit Umum PKU Muhammadiyah

Statistik ini menunjukkan bahwa kompensasi mempunyai pengaruh yang positif terhadap kinerja artinya semakin baik kompensasi yang dirasakan pegawai maka kinerja