• Tidak ada hasil yang ditemukan

SISTEM PENGURUSAN PERSEKITARAN PERUBAHAN. pdf

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "SISTEM PENGURUSAN PERSEKITARAN PERUBAHAN. pdf"

Copied!
28
0
0

Teks penuh

(1)

SKPS 6133

SISTEM PENGURUSAN PERSEKITARAN (EMS)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

SARJANA PENGURUSAN PERSEKITARAN

TAJUK:

PERUBAHAN ORGANISASI

PENSYARAH:

PROF. MADYA DR KADARUDDIN BIN AIYUB

NAMA:

(2)

1 PENGENALAN ... 4

2 PERUBAHAN ORGANISASI ... 5

2.1GLOBALISASI ... 8

2.1.1 PERJANJIAN ALAM SEKITAR PELBAGAI HALA (MEAs) ... 9

2.1.2 PERDAGANGAN ANTARABANGSA ... 11

2.2PENGARUH LUARAN ... 13

2.2.1 PENGGUNA DAN PELANGGAN ... 13

2.2.2 PASARAN ... 15

2.2.3 KEPERLUAN NEGARA PENGIMPORT ... 16

2.2.4 SYARIKAT INDUK (PARENT COMPANY) ... 17

2.2.5 PIHAK BERKEPENTINGAN (STAKEHOLDER) ... 18

2.3 PENGARUH DALAMAN ... 19

2.3.1 KECEKAPAN ... 19

2.3.2 IMEJ ... 20

2.3.3 TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) ... 21

2.3.4 KESEDARAN ... 22

2.3.5 PEMATUHAN UNDANG-UNDANG ... 23

3 KESIMPULAN ... 25

(3)

SENARAI RAJAH

Rajah 1 : Perubahan Organisasi : Ancaman dan Peluang ... 5 

Rajah 2: Perubahan Organisasi ... 7 

(4)

1 PENGENALAN

Era globalisasi teleh mengubah dunia menjadi seakan tanpa batasan. Semenjak dekad 80-an, ekonomi antarabangsa berubah dengan pesat terutamanya negara-negara di rantau Asia Tenggara dan Asia Timur. Sebagai contoh Malaysia mencapai kadar pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.6% pada tahun 2012. Fenomena ini dikaitan dengan keterbukaan ekonomi dunia yang dikenali sebagai proses globalisasi. Apabila berlaku keterbukaan dari aspek sempadan, setiap negara kaya atau mundur akan berdepan dengan ruang yang dikatakan bebas terutamanya pengaliran kepentingan ekonomi.

Manipulasi dalam perdagangan dapat dilihat apabila ia membenarkan pilihan dan keputusan dibuat dan dikawal oleh negara-negara maju. Hal ini berlaku sebaliknya kepada negara-negara membangun yang terpaksa menerima kesan daripada pembangunan globalisasi daripada negara maju. Pengaruh kuasa barat yang dapat dinafikan kerana negara- negara ini memiliki kepakaran dalam teknologi dan strategi pengurusan yang jauh kehadapan berbanding negara-negara membangun yang lain. Hal ini menjadikan ia sebagai satu cabaran bagi negara-negara membangun untuk menembusi pasaran antarabangsa. Barangan dan perkhidmatan yang perlu diimport ke Amerika Syarikat dan negara Kesatuan Eropah perlu melalui satu piawaian yang ketat untuk memasuki pasaran di negara ini.

(5)

2 PERUBAHAN ORGANISASI

Kelestarian sesebuah organisasi perniagaan bukan sahaja ditentukan oleh keuntungan kewangan semata-mata, tetapi dinilai melalui rekod organisasi tersebut dari segi kemanusiaan dan juga alam sekitar. Justeru, untuk bersaing di peringkat global, sebuah organisasi tidak boleh memandang ringan terhadap perkara ini dan seharusnya berubah dan seterusnya menyerap tekanan daripada pengaruh luaran dan dalaman.

Perubahan adalah memilih sesuatu tindakan yang berbeza dari sebelumnya (Michael Beer, 2000) di mana perubahan tersebut menyebabkan beralihnya suatu kedaan organisasi kepada keadaan baharu yang lebih efisyen (Wirnadi, 2005). Jelas dilihat, organisasi haruslah mengikut arus perubahan agar lebih maju, berkembang serta berdaya saing. Perubahan organisasi boleh dilihat daripada pelbagai sudut termasuklah perubahan teknologi, struktur, individu, fizikal, ketrampilan dan budaya baharu. Namun begitu tidak semua pengaruh perubahan dilihat sebagai elemen yang menimbulkan kesan positif terhadap organisasi, di mana pengaruh perubahan tersebut dapat dilihat sebagai ancaman atau risiko bagi sesebuah organisasi (Irawaty, 2008). Oleh yang demikian sesebuah organisasi haruslah melihat sesuatu ancaman sebagai satu peluang bagi memperkembangan potensi organisasi seperti peningkatan teknologi dan inovasi seterusnya dapat mempertingkatkan peluang organisasi untuk berkembang seterusnya dapat meningkatkan keuntungan.

Rajah 1 : Perubahan Organisasi : Ancaman dan Peluang

Peningkatan Teknologi

Inovasi

(6)

Keperihatinan negara maju terutamanya Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat terhadap perlindungan alam sekitar telah memberi kesan terhadap perdagangan antarabangsa dan perniagaan tempatan. Negara ini mengamalkan sistem pengurusan persekitaran dalam organisasi mereka bagi memastikan imej negara mereka tetap dipelihara dan memastikan setiap produk atau pembekal mengikuti sistem yang sama di bawah Pengurusan Rantaian Bekalan Alam Sekitar (SCEM) dimana TNC akan menjalankan analisis kitaran hayat pada setiap langkah pengeluaran (termasuk dalam operasi pembekal) untuk mematuhi peraturan-peraturan alam sekitar. Hal ini merupakan satu cabaran kepada organisasi tempatan untuk mengikut piawaian yang telah ditetapkan dan keperluan dalam perdagangan antarabangsa (Kadaruddin, 2006)

Selari dengan perkembangan ini, sesebuah organisasi seharusnya melihat senario ini sebagai satu peluang untuk mengaut keuntungan. Justeru, organisasi harus berubah agar berdaya saing dan kompetitif di peringkat antarabangsa seterusnya menembusi pasaran di negara maju. Berlatarbelakangkan senario ini juga, organisasi di Malaysia khasnya, boleh menggunakan sistem pengurusan alam sekitar sebagai satu instrumen dan asas kepada perniagaan terutamanya orgnasasi yang berteraskan penggunaan pelbagai sumber alam. ISO 14000 dapat digunakan di mana ia merupakan siri yang terdiri daripada pelbagai standard sistem pengurusan persekitaran alam sekitar yang meliputi penilaian alam sekitar, penilaian prestasi alam sekitar, perlabelan alam sekitar, analisis kitaran hayat dan gas rumah hijau. Walaubagaimanapun mengapa organisasi itu berubah terpulang kepada kesedaran mereka untuk mencintai alam sekitar. Sesetengah berpendapat bahawa organisasi itu berubah kerana mencintai alam sekitar dan merasakan tanggungjawab memelihara alam sekitar itu terletak di bahu mereka. Namun, terdapat juga sesetengah pihak yang menyatakan organisasi itu berubah kerana duit dan keuntungan bagi memasuki pasaran yang kompleks ini. Adapun alasan yang pelbagai, organisasi itu berubah dipengaruhi oleh dua pengaruh utama iaitu pengaruh luaran dan pengaruh dalaman.

(7)

Rajah 2: Perubahan Organisasi

PASARAN

PENGGUNA/ PELANGGAN

STAKEHOLDER

KEPERLUAN PENGIMPORT

PARENT COMPANY

IMEJ

KESEDARAN

KECEKAPAN

CSR

PEMATUHAN

UNDANG-UNDANG

GLOBALISASI

PERDAGANGAN ANTARABANGSA

PENGURUSAN ALAM SEKITAR

PERJANJIAN ALAM SEKITAR PELBAGAI HALA (MEAs)

PERUBAHAN ORGANISASI

PENGARUH

DALAMAN PENGARUH

(8)

2.1 GLOBALISASI

Globalisasi didefinisikan sebagai hubungan sosial-global yang menghubungkan ruang tempatan yang jauh di mana apa juga perubahan di peringkat tempatan ditentukan oleh perkara yang berlaku ribuan batu di tempat lain atau sebaliknya (Kadaruddin, 2006). Dalam erti kata lain, globalisasi adalah proses membuang sempadan negara-negara di dunia supaya menjadi lebih rapat dan bergabung antara satu sama lain di mana dalam keadaan ini setiap negara akan memberi satu keadaan yang lebih terbuka dengan wujudnya pembangunan teknologi yang canggih dan kewujudan idea yang membawa kepada keperluan pembangunan pada era globalisasi. Dalam konteks ekonomi pula, ianya melihat kepada pembukaan pasaran dan pengaliran modal secara meluas di dalam satu pasaran tunggal (Nurul Hasliza, Nur Izzati, Nur Dalila, Nik Malini, 2013).

(9)

2.1.1 PERJANJIAN ALAM SEKITAR PELBAGAI HALA (MEAs)

Masyarakat antarabangsa telah mengakui betapa masalah alam sekitar bukan lagi masalah lokaliti sebaliknya telah menjadi masalah sejagat. Walaupun sebelum ini terdapat negara masih beranggapan masalah alam sekitar adalah sesuatu yang bersifat terpencil da ia boleh ‘dipulihkan’ secara semulajadi, tetapi tanggapan ini meleset sama sekali dan ia telah melonjak satu paradigma baru sehingga masyarakat antarabangsa bangun dan memulakan sesuatu yang lebih holistik dan terus terang (Azizan, 2010).

Perjanjian Alam Sekitar Pelbagai Hala (MEAs) merupakan salah satu perjanjian melindungi alam sekitar yang dipersetujui oleh kerajaan negara anggota melalui satu jalinan kerjasama antarabangsa. Jalinan kerjasama antarabangsa dalam MEAs banyak membantu dalam menangani masalah alam sekitar global di mana terletak kepada kesepakatan penyertaan negara anggota. Salah satu Perjanjian Alam Sekitar Pelbagai Hala iaitu Multilateral Environmental Agreements (MEAs) yang berjaya ialah Protokol Montreal.

Salah satu Perjanjian Alam Sekitar Pelbagai Hala (MEAs) yang berjaya ialah

Protokol Montreal. Protokol Montreal telah berjaya mendapat kerjasama antarabangsa (Muhammad Rizal, 2010) di mana protokol ini melibatkan 191 buah negara di dunia telah bersetuju meratifikasi dan menerima pakai Protokol Montreal

(10)

Selain daripada Protokol Montreal, komuniti global khasnya negara-negara perindustrian juga telah bersetuju untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau secara kolektif sebanyak 5.2% berbanding tahun 1990 dalam tempoh 2008 hingga 2012. Enam gas rumah hijau tersebut adalah karbon dioksida, metana, nitrus oksida, sulfur heksafluorida, kloroflurokarbon (CFC) dan perfluorokarbon ( PFC ). Protokol Kyoto telah mengariskan tiga mekanisme fleksibel bagi melaksanakan pengurangan emisi gas rumah hijau. Mekanisma Emission Trading membenarkan negara-negara maju di bawah Annex 1 Protokol yang mempunyai lebihan carbon credit (permit yang membolehkan sesebuah negara atau organisasi untuk melepaskan emisi gas karbon,di mana satu carbon credit bersamaan dengan satu tan gas karbon dioksida) untuk menjualnya kepada negara-negara maju yang lain. Dua mekanisme lain adalah mekanisme berasaskan projek iaitu Joint Implementation (JI) dan Clean Development Mechanism (CDM) di mana teknologi mesra alam merupakan teras pelaksanaan projek pengurangan emisi gas rumah hijau. JI membolehkan negara maju menjalankan projek pengurangan gas rumah hijau bersama dengan negara maju yang lain, manakala CDM melibatkan pelaburan negara maju dalam projek pembangunan mampan yang mengurangkan emisi gas rumah hijau di negara-negara membangun dan carbon credit dapat dipindahkan kepada negara penderma jika sasaran pengurangan emisi tercapai. Mekanisme yang diwujudkan di bawah Protokol Kyoto ini telah mewujudkan satu komoditi dagangan baru dunia iaitu karbon.

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang begitu aktif dalam merealisasikan hasrat dalam memulihara alam sekitar dengan menerima pakai MEAs di peringkat Nasional (Jabatan Alam Sekitar). Malaysia juga telah terlibat dengan proses rundingan, pembentukan dan perlaksanaan di peringkat Nasional sekurang-kurangnya 20 MEAs dimana Kementerian Sains, Teknologi & Alam Sekitar telah dilantik sebagai tumpuan perlaksanaan di Malaysia.Perubahan dalam organisasi dapat dilihat apabila keperluan dan permintaan di negara ini semakin meningkat saban tahun.

(11)

2.1.2 PERDAGANGAN ANTARABANGSA

Perdagangan antarabangsa merupakan perdagangan bebas dan liberalisasi telah mempercepatkan perdagangan dan peluasan ke dunia. Fenomena ini dipengaruhi oleh globalisasi ekonomi iaitu sempadan ekonomi negara-negara di dunia yang semakin runtuh, di mana seluruh dunia menjadi satu unit yang boleh dihubungkan dengan cepat mudah, pantas dan rapat. Dasar perlindungan yang selama ini menjadi tembok sempadan yang menjaga kepentingan ekonomi sesebuah negara akan runtuh dan boleh ditembusi oleh arus globalisasi secara bebas.

Liberalisasi ekonomi adalah dasar pasaran bebas yang memberikan peluang kepasa sesiapa sahaja termasuk pemodal-pemodal asing memasuki dan emnguasai pasaran dan ekonomi negara tanpa batas. Pesaing pasaran dan ekonomi akan menjadi terbuka dan bebas. Aliran keluar-masuk modal dan perdagangan dalam sesebuah negara itu juga tidak boleh disekat atau di kawal oleh kerajaan. Liberalisasi ekonomi bergantung sepenuhnya kepada kuasa-kuasa pasaran iaitu permintaan dan penawaran di mana, seluruh dunia menjadi sebuah negara yang terbuka kepada semua yang berkemampuan dan berkesanggupan mengekploitasi pasaran.

(12)

Matlamat WTO adalah untuk mengurangkan halangan cukai dan bukan cukai di kalangan negara ahli dalm dunia ekonomi global yang wujud dalam era globalisasi. Perjalanan operasi WTO pada asalnya dilihat ada kelebihannya bagi menstabilkan perdagangan namun terdapat juga isu-isu diskriminasi terutamannya diantara negara-negara maju, membangun dan mundur di mana terdapat piagam yang dimeterai oleh WTO tidak dilaksanakan sepenuhnya (Nurul Hazliza et.al 2013). Antaranya, menurut Artikel 1 The Most Favored Nation Clause layanan sama rata diberikan kepada semua ahli WTO. Namun begitu, persoalannya setiap perundingan ataupun operasi yang melibatkan negara maju diberikan keutamaan tetapi bagi negara mundur pula dikebelakangkan. Sebagai contoh apabila mexico membawa kes aduan kepada WTO berkenaan isu meletakkan syarat penggunaan “dolphin-safe” label oleh US pada produk tuna di bawah artikel 2.1 Technical Barier on Trade (TBT) pada tahun 2008. Panel memutuskan tiada diskriminasi dalam penggunaan label berkenaan. Ia amat bercanggah dengan Artikel 2.1 dan 2.2 TBT. Hakikatnya US “dolphin-safe” adalah lebih kepada sekatan perdagangan daripada keperluan untuk memenuhi objektif sah US (WTO DisputeSettlement Report, 2012)

(13)

2.2 PENGARUH LUARAN

Organisasi berubah disebabkan desakan pengaruh luaran dan dalam. Pengaruh luaran berlaku apabila terdapat tekanan daripada pihak luar yang menyebabkan organisasi beradaptasi mengikut faktor perubahan tersebut. Antara aspek yang menjadi pengaruh luaran perunagan sesebuah organisasi ialah pengguna dan pelanggan, pasaran, keperluan negara pengimport, syarikat induk, dan pihak berkepentingan. Pengaruh ini pula akan memberi peluang atau ancaman kepada aktiviti pemasaran dalam sesebuah organisasi. Organisasi yang berjaya sentiasa mengawasi perubahan dan membuat pendekatan yang sesuai dengan perubahan yang berlaku. Sehubungan dengan itu, organisasi harus memikirkan strategi untuk merebut peluang yang wujud agar dapat bersaing dan berkembang menjadi organisasi yang lebih kukuh dan mantap.

2.2.1 PENGGUNA DAN PELANGGAN

Kejayaan sesebuah organisasai amat bergantung kepada permintaan pengguna atau pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan. Matlamat dan objektif sesebuah organisasai untuk mencapai keuntungan yang maksimum dapat dicapai sekiranya organisasi dapat memenuhi setiap permintaan pengguna. Justeru ini organisasi haruslah peka dan memahami perubahan corak permintaan pengguna dari masa kesemasa. Dewasa ini, umum di ketahui semakin ramai individu sedar bahawa pengeluaran, pembelian, penggunaan dan pelupusan produk atau perkhidmatan boleh memberi kesan terhadap kualiti alam sekitar. Ini telah membawa kepada perubahan dalam tingkah laku pembelian oleh pengguna di mana semakin ramai pengguna mengalihkan pembelian kepada produk yang mesra alam dan mengenepikan produk yang merosakkan alam sekitar (Morris et al 1995).

(14)

Jika sebelum ini, citarasa pengguna dikaitkan dengan harga dan kualiti sebagai faktor penentu dalam keputusan pembelian. Kini pelabelan alam sekitar menjadi salah satu faktor yang semakin penting kepada pengguna (Barnard & Mitra, 2010). Pengguna yang memilih produk-produk mesra alam dengan pelabelan eko merupakan pengguna yang mementingkan alam sekitar, atau lebih dikenali sebagai pengguna hijau (green consumer). Kajian Ayser (2012) terhadap 235 orang pelajar universiti menunjukkan hubungan kolerasi yang positif antara kesedaran alam sekitar dan tingkallaku green purchasing. Pengguna hijau juga mempunyai keyakinan bahawa alam sekitar mengalami masalah yang nyata dan masalah alam sekitar perlu ditangani dengan sikap dan amalan kepenggunaan yang betul (Smith1998 dan Wibowo, 2002). Pilihan pengguna hijau terhadap produk-produk dengan pelabelan alam sekitar dipengaruhi oleh karakteristik produk tersebut iaitu tidak mengandungi bahan toksik, tidak mengandungi bahan yang merosakkan alam sekitar, tidak membahayakan kesihatan manusia dan haiwan, produk yang tahan lama, tidak menghabiskan banyak tenaga dan sumber semulajadi semsa pemprosesan, penjualan dan penggunaan serta menggunakan bahan yang dikitar semula atau merupakan produk kitar semula. Perubahan ini boleh dilihat sebagai peluang untuk mengaut keuntungan bagi sesetengah syarikat, contohnya Syarikat Hitachi Sales (Malaysia) Sdn.Bhd (Hitachi) juga telah melancarkan perkakas rumah mesra alam sememangnya menjadi pilihan masyarakat negara ini sebagai usaha menyokong usaha memelihara alam sekitar. Rangkaian produk yang bertemakan Eco Midori seperti perkakas-perkakas rumah tersebut termasuk peti sejuk, mesin basuh, penyaman udara, ketuhar gelombang mikro, periuk nasi, penapis udara dan pembersih vakum direka dengan ciri-ciri mesra alam bermutu tinggi bagi menjamin mutu dan fungsi yang sempurna kepada pelanggan. Produk seperti ini semangnya mendapat sambutan yang amat menggalakan dalam kalangan pengguna.

(15)

contoh pembuatan kereta generasi lestari seperti kereta hibrid yang menggunakan setengah bahan bakar dan setengah tenaga elektrik. Jadi penggunaan kereta hibrid menjimatkan perbelanjaan pengguna untuk membeli bahan bakar petrol. Inovasi ini di sokong dengan penguatkuasaan Akta Kereta Bersih (HB 1379) di Carlifornia dan Oregon di Amerika Syarikat.

Selain daripada pengguna, pelanggan juga menyebabkan sesebuah organisasi itu berubah. Pelanggan yang prihatin dengan alam sekitar akan memastikan produk yang dilanggani memenuhi persijilan ISO 14000 dan peraturan yang telah ditetapkan (Delmas & Montiel 2007). Pelanggan berhak untuk memilih organisasi yang mengutamakan alam sekitar dalam aktiviti mereka. Tekanan seperti ini akan menyebabkan organisasi itu berubah dan memenuhi kualaiti alam sekitar standart dengan mengurangkan liabliti alam sekitar yang berkaitan dengan produk akhir (Handfield et.al., 2002). Hal ini kerana kehendak atau citarasa pengguna mempengaruhi keputusan organisasi perniagaan terhadap jenis dan barang niaga yang hendak ditawarkan di pasaran. Sekiranya keluaran yang ditawarkan oleh organisasi itu tidak diminati dan tidak mendapat sambutan daripada pengguna, maka organosasi tersebut akan menaggung risiko tidak terjual yang tinggi dan pasti akan mengalami kerugian.

2.2.2 PASARAN

(16)

perubahan rejim pengawalseliaan mesra alam yang semakin ketat, organisasi yang pantas memenuhi kriteria regulasi baru dapat mempertahankan syer pasaran berbanding organisasi pesaing yang kurang mesra alam. Sebagai contoh Panasonic Malaysia Sdn Bhd, peneraju dalam produk perkakasan rumah, mengumumkan pengenalan kepada 10 model baru penghawa dingin yang merupakan salah satu produk yang mempunyai lima bintang yang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga (Malaysian Energy Commission). Siri Envio Inverter menggunakan teknologi inverter( penyongsang) yang boleh menjimatkan tenaga sebanyak 50% dan dilengkapi dengan beberapa ciri-ciri dari pendinganan cekap dan system pembersih udara. Reka bentuk terbaru penghawa dingin yang unik dan berinspirasikan eco, bersesuaian dengan pemilik rumah bijak. “Unique selling point” ini, dapat menonjolkan sesebuah organisasi seterusnya meningkatkan persaingan untuk menembusi pasaran.

2.2.3 KEPERLUAN NEGARA PENGIMPORT

Arus globalisasi telah merubah agar operasi sesebuah organisasi atau perniagaan tidak lagi terhad kepada persekitaran luaran setempat. Para peniaga tempatan harus bersedia dan menyusun strategi dan merancang perniagaannya supaya benar-benar berdaya siang dengan peniaga-peniaga antarabangsa. Keadaan politik, ekonomi dan perkembangan teknologi semasa di negara-negara asing banyak berinteraksi dan memberi kesan yang signifikan kepada perjalanan perniagaan di negara tempatan.

(17)

Malysia mempunyai kapasiti yang mencukupi dan boleh mengeluarkan berbagai jenis keluaran tekstil dan pakaian untuk memenuhi pertambahan permintaan tersebut.

Dalam industri perkayuan pula, pola pemasaran hasil keluaran perkayuan yang berorientasikan eksport dan harapan para pengguna yang sentiasa bertambah khususnya di negara-negara Barat, menyebabkan peningkatan dalam tahap teknologi sekadar untuk meningkatkan produktiviti adalah tidak memadai. Pengusahan perkayuan perlu mencapai piawaian antarabangsa seperti siri ISO9000, siri ISO14000 atau piawaian syarikat masing-masing. Pencapaian pengesahan siri ISO14000 bermakna pengeluar telah mengeluarkan sumber dari hutan yang di urus secara lestari. Sifat mencintai alam sekitar ini memudahkan penerimaan keluaran kayu tropika di negara-negara Barat

2.2.4 SYARIKAT INDUK (PARENT COMPANY)

(18)

2.2.5 PIHAK BERKEPENTINGAN (STAKEHOLDER)

(19)

2.3 PENGARUH DALAMAN

Pengaruh dalaman terjadi apabila organisasi itu mendapatkan tekanan daripada organisasi dalaman itu sendiri seperti untuk menaikkan kecekapan, tanggungjawab sosial korporat, imej pematuhan perundangan, kesedaran individu dan kesedaran kumpulan dalam organisasi itu sendiri serta pematuhan undang-undang. Pengaruh ini akan member kesan kepada keupayaan organisasi itu untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka dalam perniagaan.

2.3.1 KECEKAPAN

Pengurusan yang cekap penting untuk menjamin kemapanan sesebuah organisasi dalam arus persaingan global. Sesebuah organisasi yang dapat menjimatkan kos terutamanya daripada segi penggunaan bahan mentah yang lebih murah , pembanguna dan penyelidikan akan meningkatkan kelebihan kompetitifnya berbanding sengan pesaing-pesaing mereka. Contohnya pembangunan produk di sebuah organisasi pemprosesan hiliran di Petaling Jaya dipelajari dari kilang-kilang induk di luar negara dan dimodifikasi dalam negara. Melalui cara ini, keuntungan dapat dipertingkatkan. (Er Ah Choy, 2000)

(20)

tenaga suria. Contohnya Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) menyasarkan penjimatan kos penggunaan tenaga elektrik tahunan sehingga RM2.1 juta berbanding kadar semasa dengan sistem tenaga solar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

2.3.2 IMEJ

(21)

2.3.3 TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR)

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Sekuiriti, Datuk Zainal Anwar, Tanggungjawab Sosial Korporat perlu dilaksanakan sebagai salah satu komponen asas dalam amalan perniagaan. Dengan kata lain, tanggungjawab sosial perlu menjadi amalan dan bukan bersifat satu pilihan. Tanggungjawab sosial koporat mempertingkatkan koperasi, nilai jenama, penjualan dan kesetian pelanggan. Selain itu, skop tanggungjawab sosial korporat juga perlu diperluasakan dalam konteks pemuliharaan alam sekitar. Tanggungjawab sosial koporat yang mesra alam ini boleh dilaksanakan dalam tiga dimensi iatu jenis perniagaan, pengurangan impak alam sekitar dan penajaan.

Rajah 3 : Kuadran Mesra Alam

Konsep Kuadran Mesra Alam ini di perkenalkan oleh Zaini Ujang (2008), di mana menunjukkan tahap penglibatan pelbagai pihak mengikut komitmen mesra alam. Pengelasan ini memudahkan pihak kerajaan untuk memantau penglibatan sektor korporat dalam pelestarian alam sekitar khasnya dalam Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Antaranya adalah dalam membuat keputusan terhadap keperluan sosial yang meliputi hak-hak masyarakat, penjagaan alam sekitar, kebajikan para

(22)

sendiri. Sebagai contoh, Syarikat-syarikat yang berjaya mencari jalan untuk menangani rakyat termiskin di dunia telah membantu dalam mengurangkan kemiskinan di samping meningkatkan ekonomi negara-negara tersebut. Selain itu respons yang positif daripada pengguna terhadap usaha CSR oleh organisasi menghasilkan peningkatan dalam jualan barangan dan perkhidmatan. Inisiatif CSR ini juga boleh membuka pasaran baru terutamanya di negara-negara membangun.

Pelaksanaan CSR juga dapat peningkatan dalam jenama dan nilai moral pekerja yang lebih baik. Melalui perlaksanaan CSR, masyarakat lebih mengenali institusi korporat tersebut sekali gus dapat memperkenalkannya dengan lebih meluas. Imej baik syarikat juga dapat dipertingakatkan di mata masyarakat. Hal ini kerana, masyarakat akan memberi reaksi dan persepsi yang positif terhadap syarikat yang mengambil berat mengenai kepentingan sosial dan kebajikan masyarakat. Melalui perlaksanaan CSR juga, ia sedikit sebanyak menyumbang kepada perkembangan sesebuah organisasi.

Kesimpulannya, perlaksanaan CSR ini dapat meningkatkan reputasi sesebuah syarikat, di mana ianya dari satu segi (supply -side) dapat menarik, mengekal dan memotivasikan pekerja yang berkualiti. Manakala dari perspektif lain (demand -side), reputasi yang baik dapat meningkatkan nilai sesuatu jenama yang secara tidak langsung meningkatkan imej dan nama syarikat. (Oliver Falck & Stephen Heblich, 2007).

2.3.4 KESEDARAN

(23)

berlaku pada sumber air, udara dan tanah. Clear Technology pula meneroka teknologi yang mengguna-pakai semuala semula sisa industri atau proses dan juga melihat keseluruhan proses pencemaran. Clear Technology lebih memfokuskan kepada close-loop system. Penggunaan ekosistem tiruan bagi merawat masalah pencemaran adalah pendekatan yang terdapat dalam eko-teknologi. Sebagai contoh menggunakan ekosistem buatan bagi merawat sisa air industri. Tasik buatan Putrajaya adalah di antara eko-teknologi yang tumbuhan air dari pelbagai spesis (Wetland). Selain daripada itu, Life-Cycle Analysis juga adalah kaedah yang masih baru diperkenalkan di Malaysia. Ia melibatkan analisa yang menyeluruh bagi kitaran sesuatu produk atau perkhidmatan bagi melihat potensi kepada sumber pencemaran. Daripada analisa yang menyeluruh bagi kitaran sesuatu produk atau perkhidmatan bagi melihat potensi sumber pencemaran. Selain itu analisayang lebih dikenali sebagai “from cradle to grave” telah menjadi begitu popular di Eropah dan Jepun khususnya permintaan untuk produk dan perkhidmatan mesra alam. Walaubagaimanapu, Teknologi Hijau yang ada sekang lebih memusatkan penyelidikan dan pembangunan yang bersifat diguna-semula. “Cradle to cradle design” adalah pendekatan yang tebaik bagi memastikan tiada pencemaran di akhir kitaran produk tersebut di mana sisanya boleh diguna-pakai untuk tujuan penghasilan produk yang sama atau bahan mentah bagi produk yang lain.

2.3.5 PEMATUHAN UNDANG-UNDANG

(24)

piawaian pelepasan effluent dan tidak mepunyai Kebenaran Bertulis bagi pembinaan loji pengolahan effluent. Didapati pada tahun 2007, status pematuhan industri dan premis-premis yang bukan ditetapkan mengikut jenis industri menunjukkan sebahagain besar premis perniagaan tidak dapat mencapai pematuhan penuh iaitu 100%. Hanya kilang padi sahaja yang mencapai pematuhan sebanyak 100% manakala industri-industri galian bukan logam seperti berasaskan kayu, jentera, perhotelan, Indah Water Korsortium dan loji pengolahan persendirian, kuari, kulit penapisan minyak (makan) dan penapisan petroleum mencapai pematuhan di antara 81% hingga 93% pematuhan.

Sementara itu, langkah kerajaan Negeri Sembilan menguatkuasakan larangan pembukaan ladang ayam baru menjelaskan betapa sektor pertanian dan industri asas tani memerlukan pembaharuan khususnya dari segi teknologi, amalan dan kaedah operasi. Hal ini berlaku kerana, ketika ini ladang ayam diusahakan secara konvensional mengakibatkan masalah bau dan pembiakan lalat yang semakin membimbangkan. Begitu juga senario yang berlaku dalam konteks penternakan babi si Sungai Tuang, Melaka. Industri ternakan tersebut berkembang pesat namun teknologi dan amalan operasinya menggunakan kaedah konvensional yang tidak mesra alam.

(25)

3 KESIMPULAN

(26)

4 RUJUKAN

Anwar Ali (2000), Globalisasi: Implikasi dan cabaran, pembangunan ekonomi dan industri dan era globalisasi , Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi : 15-18

Aysel Boztepe (2012), Green Marketing and its impact on cunsumer buying behavior, European Journal of Economic and Political Studies : 5-21

Azizan Ramli (2010) Membudaya minda lestari dalam pengurusan alam sekitar, Universiti Malaysia Pahang: 89-96

Barnard, E., & Mitra, A. (2010): A contingent valuation method to measure willingness to pay for eco-label products. Allied Academies International

Conference: Proceedings of The Academy for Economics & Economic Education

Barney, J.B., 1991. Firm resources and sustained competitive advantage. Journal of Management 17, 99–120

Delmas, M.A., Montiel, I. (2007) dalam Joseph Sarkis, Pilar Gonzales,Belarmino Ardenso ( 2010 ). Stakeholder pressure and the adoption of environmental practices : The mediating effect of traning 28, 163-176

Er Ah Choy (2000), Globalisasi: Implikasi dan cabaran strategi kemapanan industri Negeri Selangor dalam era globalisasi , Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi : 224-239

Irawaty A. Kahar (2008) Konsep kepimpinan dalam perubahan organisasi (Organization Change) pada Perpustakaan Perguruan Tinggi, Jurnal Studi Perpustakaan dan Informasi Vol 4, No 1, 21-27

(27)

Kotler, Philip dan Armstrong, Gary (2008) : Principles of Marketing. Pearson Prentice Hall

Mohd Rosli Mohamad (2001) Pembangunan ekonomi Malaysia era globalisasi: Alam sekitar dan pencemaran, Universiti Malaya, Kuala Lumpur 414-416

Muhammad Rizal Azman & Jamaluddin Jahi (2010). Kelestarian dalam perjanjian alam sekitar pelbagai hala: Sudut pandangan Malaysia, Journal of Environmental Management 11( 2): 33-43

Mohd Rafi Yacob (2000). Perniagaan Mesra Alam : Strategi Ampuh Malaysia Besaing di Peringkat Global, Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke IV 2009, 454-464

Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod & Abdul Ghafur Hamid (2000). The WTO rules versus Multilateral Environmental Agreements (MEAs): The search for

reconciliation. Kertas kerja Asian WTO Research Network Regional Conference

on Trade, WTO and Sustainable Development: A Cause For Concern? Anjuran bersama: UIAM, ERA Consumer Malaysia, FOMCA & UNDP. Kuala Lumpur, 23-24 April

Nurul Hasliza Mohd Razmin, Nur Izzati Mohamad Anuar, Nur Dalila Mat Yusoff, Nik Malini Nik Mahdi 2013, Globalisasi Sebagai Satu Kolonialisme Bentuk Baru dan Kesan Kepada Ekonomi, Universiti Kelantan Malaysia, 1319-1325

Oliver Falck & Stephen Heblich (2007) dalam Noralija Binti Che Man, Joni Tamkin 2010, Perlaksanaan tanggungjawab sosial korporat : implikasi dan keberkesanan kepada masyarakat, prosiding PERKEM V Jilid 2, Pg 210-218

(28)

Shamsul Amri Baharudin (2000), Globalisasi: Implikasi dan Cabaran, ‘Projek Pembangunan’ kepada ‘Projek Globalisasi ‘, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi : 23-34

Zaini Ujang (2010), Industri Asas Tani Bersih? Berita Harian 30 Oktober 2007,

Minda Lestari :183-187

Referensi

Dokumen terkait

Perusahaan berusaha mengidentifikasikan kelompok pembeli (segmen) tertentu dengan membegi pasar dalam dua kelompok atau lebih, sehingga perusahaan membuat produk yang

Sejauh yang kami tahu, penelitian ini merupakan penelitian pertama yang membedakan antara efek direktur wanita pada keputusan investor, sesuai dengan posisi mereka

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau

a) Bantal dan Sarung Bantal, Kain Cadar dan Kain selimut (warna bebas). b) Sepasang Baju Melayu berwarna HITAM dan Songkok HITAM (lengkap dan bersamping) bagi

Pada formpengahasila, merupakan tampilan dari data gaji pegawai yang di mana terdapat dua menu yaitu info gaji dan riwayat gaji, pada info gaji merupakan informasi gaji

 Mendapat Kepujian (Sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan

Sebut harga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berpengalaman dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia atau sekurang-kurangnya mempunyai Sijil

Tujuan yang ingin dicapai dalam penelitian ini adalah untuk mengetahui dan menganalisis implementasi Peraturan Daerah Nomor 11 tahun 2000 tentang Pengaturan