• Tidak ada hasil yang ditemukan

BIAS ATTRIBUSI SOSIAL DALAM KONTEKS HUBU (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "BIAS ATTRIBUSI SOSIAL DALAM KONTEKS HUBU (1)"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

BIAS ATTRIBUSI SOSIAL DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK1

Solahuddin Bin Abdul Hamid Jabatan Pengajian Umum Universiti Utara Malaysia

[email protected]

Perpaduan adalah penting kerana ia merupakan asas kepada proses pembangunan negara. Berbanding disiplin ekonomi, antropologi, sosiologi dan bidang-bidang sosial sains lain, bidang psikologi agak lewat diterima sebagai disiplin yang mengkaji masalah perkembangan sosio-ekonomi dan hubungan antara kaum terutamanya di negara-nengara membangun seperti di Asia.

Lahirnya pelbagai agama, kepercayaan dan budaya akan melahirkan pelbagai pandangan dan pendapat. Kumpulan-kumpulan masyarakat di dunia dan negara kita memang dipengaruhi oleh idea-idea yang sedia ada dalam masyarakat atau budayanya mengenai orang lain. Idea atau tanggapan ini mempengaruhi tindakan, perlakuan atau dasarnya terhadap kumpulan yang lain. Perwatakan sesuatu kaum terhadap kaum lain juga dipengaruhi oleh sejarah dan keadaan semasa (Awang Hasmadi Awang Mois, 1997)

Semasa proses interaksi sosial berlaku, setiap individu sentiasa cuba memahami sikap, sifat dan tingkah laku orang lain. Kecenderungan ini berlaku sama ada secara sengaja atau tidak sengaja kerana ia merupakan satu kaedah yang paling mudah bagi mereka memahami orang lain dengan lebih baik bagi membolehkan proses interaksi berlaku dengan lebih berkesan.

Namun bentuk rupa luaran seseorang seringkali tidak dapat menjelaskan realiti dalamannya. Setiap kaum mempunyai unsur dalaman yang kaya, terdiri daripada kepercayaan, nilai, harapan, niat dan emosi. Pembentukan elemen-elemen ini tidak berlaku secara spontan sebaliknya ia merupakan satu pengluahan unsur-unsur dalaman

1

(2)

seperti motivasi, keinginan, sikap dan sebagainya. Lanjutan itu, sebagai agen kepada asal-usul tingkah laku, manusia boleh merancang untuk menipu, memanipulasi serta membentuk atribusi terhadap orang lain.

1. Definisi attribusi

Untuk memahami orang lain, seseorang individu lebih cenderung untuk menghuraikan sebab-sebab yang menyebabkan tingkah laku seseorang itu terhasil. Proses-proses ini akan menimbulkan pula satu persoalan ‘mengapa’ seseorang itu bertindak sedemikian.

Menurut Wortman (1976) dalam Pandey (1990), manusia membuat atribusi untuk meningkatkan perasaan kawalan terhadap persekitaran mereka. Tesser (1995), attribusi menggambarkan bagaimana seseorang atau masyarakat memikirkan tentang orang lain. Manakala Feldman (1995) pula mengandaikan manusia membuat atribusi berdasarkan kepada ‘mini eksperimen’ di dalam minda mereka. Oleh itu, manusia sentiasa cuba menjawab persoalan ‘mengapa’ di sebalik tingkah laku orang lain. Mahmood Nazar Mohamed (2005), telah memperincikan atribusi kepada satu proses perolehan informasi yang lazim digunakan untuk meningkatkan kefahaman tentang individu lain melalui cara bertanyakan atau mencari sebab berlakunya sesuatu tingkah laku serta memahami kenapa seseorang individu itu beraksi dengan sesuatu cara dalam situasi tertentu.

(3)

Fritz Heider (1958) dalam Mahmood Nazar (2005) menyarankan bahawa manusia memaparkan dua bentuk atribusi terhadap sesuatu tingkah laku orang lain, iaitu atribusi dalaman dan atribusi luaran. Atribusi dalaman merujuk kepada penerangan terhadap tingkah laku yang berlaku pada individu itu sendiri seperti perubahan emosi, ragam, fikiran atau sikap. Manakala atribusi luaran pula lebih menumpukan penerangan terhadap tingkah laku yang berlaku pada individu lain seperti mengapa seseorang itu berlagak dengan gaya aneh atau luar biasa.

Proses atribusi seseorang individu bersifat relatif kepada tingkah laku orang lain. Penghasilan tingkah laku-tingkah laku yang yang dipengaruhi oleh faktor dalaman adalah berguna untuk memahami tret-tret seseorang individu. Oleh itu, proses ini akan terganggu apabila tingkah laku orang lain yang cuba mengelirukan pemerhati atau tingkah lakunya dipengaruhi atau dibentuk oleh faktor-faktor luaran mereka semata-mata.

Terdapat beberapa kaedah yang dapat membantu seseorang membuat atribusi yang tepat. Harold Kelly (1972, 1973) mencadangkan bahawa terdapat tiga faktor yang berbeza iaitu dengan mengambil kira faktor sifat tersendiri atau berkelainan (distinctiveness), ketekalan (consistency) dan sepersetujuan (consensus) daripada tingkah laku orang lain. Dalam mencari jawapan mengenai persoalan mengapa orang lain bertindak sebagaimana mereka bertindak, kita akan bergantung pada maklumat mengenai unsur sifat tersendiri, ketekalan dan sepersetujuan yang berkaitan dengan tingkah laku mereka. Kita boleh mengatribusikan tingkah laku seseorang atau etnik lain kepada faktor luaran apabila terdapat faktor sifat tersendiri, tekal dan mempunyai persetujuan yang tinggi daripada masyarakat sekeliling. Sebaliknya jika ia mempunyai sifat tersendiri yang rendah, tidak konsisten serta kurang persetujuan daripada masyarakat sekeliling, tingkah laku yang terhasil itu adalah disebabkan oleh faktor dalaman.

(4)

1.1 Atribusi sosial

Pengetahuan yang tepat mengenai emosi dan perasaan orang lain akan memudahkan proses interaksi berlaku dengan lebih berkesan. Atribusi sosial merujuk kepada proses bagaimana seseorang individu cuba memahami dan menerangkan sebab-sebab tingkah laku orang lain di sekelilingnya. Proses ini melibatkan memahami penyebab tindakan yang tekal, seperti tret-tret dan motif-motif stabil mereka. Hasil daripada atribusi sosial akan mendominasi persepsi seseorang terhadap individu atau etnik lain yang mengakibatkan lahirnya bentuk-bentuk tingkah laku sosial seperti tarikan antara perseorangan, perasaan cinta atau pun perasaan benci dan tingkah laku langsang.

Kebanyakan teori atribusi sosial menumpukan kepada persoalan bagaimana individu memproses maklumat tentang orang lain, sama ada menerangkan tingkah laku orang lain berdasarkan faktor-faktor situasi luaran atau berdasarkan faktor-faktor situasi dalaman pelaku tersebut. Penentuan sama ada tingkah laku yang terhasil disebabkan oleh unsur-unsur dalaman atau luaran adalah penting kerana ia akan mempengaruhi atribusi seseorang terhadap orang atau etnik lain sama ada positif atau negatif dan seterusnya mempengaruhi tindakan susulan terhadapnya.

2. Bias atribusi sosial

Dalam kehidupan seharian, kita sering membuat andaian segera berdasarkan maklumat yang sedikit atau tanpa maklumat langsung. Kecenderungan membuat penilaian spontan ini menyebabkan ia tidak kebal daripada bias dan kesilapan.

Ahli-ahli psikologi sosial merumuskan bahawa proses membuat atribusi adalah sama seperti seorang saintis jahil di mana mereka sentiasa tidak berada pada landasan yang tepat untuk mentafsir atau menghuraikan data yang diperolehi.

(5)

2001). Misalnya, rakyat Amerika Syarikat selalu mengisytiharkan bahawa mereka sukakan kedamaian dan menganggap masyarakat Arab di Afghanistan sebagai agresif dan sukakan peperangan kerana dikatakan menyembunyikan Osama Ben Laden. Mungkin begitu juga sebaliknya apabila rakyat Afghanistan mempersepsikan tentang diri mereka dan juga orang-orang Amerika. Bias ini wujud kerana kedua-dua pihak mempunyai prakonsepsi tentang orang lain dan mengenai diri mereka di samping kepentingan kepada negara yang berbeza.

Situasi ini diakui oleh Ynonne Ridley seorang warga Britain, bekas penolong pengarang Daily Mirror di Kota London yang telah menjadi tahanan Taliban selama 10 hari pada 28

September 2001 ketika sedang membuat liputan mengenai peperangan antara Amerika Syarikat dan Taliban di Afghanistan. Menurut beliau, apa yang bermain difikirannya serta apa yang telah digembar-gemburkan oleh rakan seperjuangan selama ini jauh berbeza daripada realiti sebenar. Definisi sebenar pengganas yang dimaksudkan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya masih tidak jelas sehingga mereka berleluasa boleh menyerang musuh tanpa mengira sama ada wanita atau kanak-kanak. Layanan baik dan adil yang diterima sepanjang tempoh tahanan telah mempengaruhi serta mengubah atribusi beliau terhadap Islam. Akhirnya beliau telah memeluk agama Islam selepas dibebaskan secara sukarela.

(6)

untuk mengenalpasti tentang sesuatu kaum seperti sentimen untuk memihak atau mementingkan kaum sendiri dalam menerangkan orang lain. Justeru kita tidaklah boleh menganggap yang iklan itu bertujuan memperkecilkan sikap mana-mana bangsa.

Dalam konteks hubungan etnik di Malaysia, unsur tawar-menawar antara kaum serta matlamat perjuangan lebih menjurus ke arah mengubah hubungan dominasi iaitu kumpulan mana patut mendapat apa dan berapa banyak. Unsur etnik memainkan peranan yang jauh penting daripada ukuran lain. Dalam Barisan Nasional misalnya, episod acah-mengacah kerajaan seperti tuntutan yang pernah dikemukakan oleh Suqiu, Dong Jiao Zong, memorandum sembilan menteri kabinet kepada Perdana Menteri supaya undang-undang berkaitan pertukaran agama disemak semula serta yang paling hangat gesaan supaya ditubuhkan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) menggambarkan seolah-olah masih ada terbuku di hati masyarakat bukan Islam di negara ini terhadap kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi serta kebebasan beragama yang diberikan kepada agama-agama lain tidak mencukupi.

Mengapa situasi ini sering berlaku dalam kehidupan kita?. Menurut Jones dan Nisbett (1972) bahawa pelaku cenderung memberikan faktor-faktor luaran kepada tingkah lakunya sebaliknya pemerhati pula cenderung memberikan faktor-faktor dalaman kepada tingkah laku tersebut. Contohnya, pada suatu hari, anda terlihat seorang pejalan kaki tergelincir lalu terjatuh. Sebagai pemerhati anda mungkin mengandaikan bahawa beliau cuai atau tidak berhati-hati. Tetapi jika perkara yang sama berlaku kepada anda, faktor-faktor luaran atau situasi kejadian mungkin akan dipersalahkan. Anda mungkin menyalahkan jalan yang tidak rata atau tapak kasut yang licin.

(7)

mengatribusikan kegagalannya adalah disebabkan oleh kekurangan atau ketidakcekapannya.

Bias atribusi sosial juga berlaku kerana faktor disposisi (dalam diri individu) serta kegagalan mengenalpasti faktor situasi yang penting. Oleh kerana budaya orang lain tidak difahami, pengalaman lepas dan bentuk-bentuk fizikal mudah mempengaruhi attribusi seseorang. Apabila berlaku bias, ia akan membawa kepada kesilapan dalam mengemukakan sebab-sebab mengapa orang lain bertindak dalam cara-cara tertentu.

Menurut Feldman (1995) asas bias attribusi berlaku kerana apa yang diperolehi tidak seperti yang digambarkan. Selain pengaruh pra-atribusi, budaya, penilai juga cenderung menilai tingkahlaku orang lain berdasarkan disposisi serta gagal mengenalpasti kepentingan penyebab situasi.

Apabila manusia sedar tentang desakan persekitaran, mereka akan cenderung atribusi tingkahlaku orang lain kesan daripada faktor persekitaran (Quattrone, 1982 dlm Feldman 1995). Ia boleh berlaku apabila manusia tidak lagi dipengaruhi oleh bias motivasi yang sentiasa mempertahankan diri melalui positif serta kepentingan diri .

3. Kesan

(8)

Bosnia-Herzegovina, Kosovo, Sierra Leone, Ambon dan banyak lagi. Sepanjang 49 tahun merdeka, sejarah Malaysia juga tidak terkecuali menyaksikan telah berlaku bibit-bibit perpecahan budaya dan ras walaupun tidak menimbulkan retak atau konflik di seluruh negara seperti peristiwa 13 Mei 1969, ketegangan etnik 1978, insiden Kampung Rawa 1997 di Pulau Pinang serta insiden Kampung Medan 2001. Adalah menjadi tanggungjawab setiap anggota masyarakat untuk berubah serta membentuk pemikiran sikap yang lebih terbuka dan positif dengan menerima nilai dan amalan kaum lain secara harmoni.

4. Pandangan Islam terhadap masyarakat majmuk

Islam mengiktiraf kewujudan masyarakat majmuk sebagai satu hakikat sosial yang di tentukan oleh Allah s.w.t.. Pengiktirafan ini adalah selari dengan pengertian Islam sebagai satu agama ‘perdamaian’ yang menegakkan kerukunan hidup sesama manusia. Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai manusia, sesunggunya Kami ciptakan kamu lelaki dan

perempuan, dan Kami jadikan kamu terdiri daripada berbagai bangsa

dan puak suaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya yang paling mulia

di sisi Allah di antara kamu ialah yang paling bertaqwa kepada Allah”

(Surah al-Hujarat:13)

Allah telah memperingatkan kepada manusia seluruhnya supaya mempunyai perasaan saling mengerti sesama mereka, hormat-menghormati serta hidup dalam keadaan aman dan damai. Kepelbagai bangsa yang wujud tidak seharusnya dianggap sebagai satu unsur perpecahan. Islam telah menganjurkan konsep persaudaraan sejagat tanpa membataskan bangsa dan keturunan, warna kulit, kedudukan sosial seseorang malah melampaui batas sempadan geografi. Penilaian kemulian kedudukan seseorang adalah berteraskan kepada konsep ketakwaan, iaitu beriman dan sentiasa menjalankan tugasnya seperti yang diperintahkan oleh Allah s.w.t..

(9)

konsep persaudaraan dan satu keturunan tanpa mengira warna kulit, bahasa, tempat dan agama. Jesteru, masyarakat yang mempunyai konsep kepercayaan yang betul iaitu hanya kepada Allah s.w.t. semata-mata, mempunyai cara hidup yang tersusun dan sistematik serta bertanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi dapat dilahirkan.

Ketika Nabi Muhammad s.a.w. mengasaskan negara Islam di Madinah, kehadiran masyarakat Yahudi dan Kristian telah diambilkira dalam penggubalan Perlembagaan Madinah. Mereka telah mendapat perlindungan dan layanan yang baik, bebas mengamalkan agama masing-masing serta mempunyai hak yang sama di hadapan muka pengadilan. Masyarakat Islam dan bukan Islam pada masa itu terbina atas dasar toleransi, keadilan, kebajikan dan bertimbangrasa, satu hakikat yang pertama kalinya berlaku dalam sejarah umat manusia keseluruhannya sebelum daripada kedatangan Islam.

Namun, sejarah telah mencatatkan bahawa toleransi Islam yang begitu baik untuk membina kerukunan hidup bersama telah dicemarkan oleh segelintir masyarakat bukan Islam. Walaupun sentiasa memberikan layanan yang baik serta bersikap tolak ansur secara jujur dan ikhlas, jiwa Rasulullah s.a.w.sendiri sentiasa terancam dengan pelbagai fitnah dan perbuatan jahat masyarakat bukan Islam di sekelilingnya. Begitu juga Khalifah al-Rashidin yang kedua, Saidina Umar al-Khattab yang terkenal dengan sikap tolak ansurnya dengan memberikan pelbagai kemudahan kepada masyarakat bukan Islam di zaman pemerintahannya juga akhirnya telah dikhianati apabila mati ditikam oleh Abu Lu’Lu’ seorang Majusi yang sentiasa dilayan dengan baik oleh beliau. Peristiwa-peristiwa ini di samping banyak Peristiwa-peristiwa hitam lain yang sama telah menjadi catatan sejarah yang mencorakkan titik-titik hitam yang mencemarkan perhubungan suci antara warganegara bukan Islam dengan pemerintahan Islam dan para pemimpinnya.

Kesimpulan

(10)

etnik melibatkan dua atau lebih etnik beserta ahli masing-masing. Proses interaksi sama ada secara individu atau kolektif dengan etnik lain akan menghasilkan sikap antara kelompok seperti bias atribusi dan prasangka serta tingkah laku antara kelompok seperti amalan diskriminasi. Hubungan ini boleh membentuk persahabatan atau permusuhan, kerjasama atau persaingan, perikatan atau pecah-belah, perdamaian atau peperangan dan sebagainya.

Justeru, pembentukan atribusi antara kaum perlulah terlebih dahulu memfokuskan kepada tindakan-tindakan khusus yang dapat memberikan banyak maklumat. Tingkah laku-tingkah laku yang menghasilkan kesan yang lazim dan yang tidak lazim begitu berguna untuk kita memahami sifat-sifat utama kaum lain.

Dalam semua masyarakat, konflik wujud dalam bidang ekonomi tetapi bagi masyarakat majmuk perbezaan ras dan etnik adalah selari dengan perbezaan ekonomi sehingga ketegangan dan ketidakstabilan lebih mudah berlaku. Mementingkan unsur etnik dan rasa ethnosentrisme yang begitu kuat dalam setiap kaum akan menambahkan satu dimensi baru dalam konteks hubungan etnik. Namun demikian, tidak semua konflik berpunca daripada perbezaan etnik. Konflik-konflik yang bercorak bukan etnik juga tidak kurang pentingnya dalam masyarakat.

Pada peringkat global, badan dunia seperti PBB perlu cukup berwibawa dan boleh memberikan tekanan kepada pihak berkuasa atau negara yang terlibat supaya melaksanakan keadilan sosial serta memberi ruang dan peluang yang lebih adil kepada rakyat pelbagai kaum. Misalnya, berakhirnya rejim apartheid di Afrika Selatan yang mengamalkan diskriminasi kaum berasaskan warna kulit.

Rujukan

Abdul Halim Othman. 1993. Psikologi Melayu. Kuala Lumpur : DBP

(11)

Negara-Bangsa Malaysia Dalam Era Kebangkitan Asia. hlm. 105-120. Kota Kinabalu:Institut Kajian Pembangunan (Sabah)

Feldman, R.S. 1995. Social Psychology. New Jersey : Prentice Hall

Ma’rof Redzuan. 2001. Psikologi Sosial. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia Mahmood Nazar Mohamed. 2005. Pengantar Psikologi, Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa dan Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mansor Mohd Noor. 2006. Hubungan Etnik di Malaysia. Petaling Jaya : Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd

Pandey, J. 1990. Attribution of Causality and Perceived Solutions of Social Problems dalam Halim Othman dan Wan Rafaei Abdul Rahman (pnyt). Psychology and Socio-Economic Development. Kuala :Lumpur:Percetakan Watan Sdn.Bhd.

Tesser, A. 1995. Advanced Social Psychology. New York : McGraw-Hill,Inc.

Zaid Ahmad, Ho Hui Ling, Sarjit Singh Gill et. al. 2006. Hubungan Etnik di Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Referensi

Dokumen terkait

Metode yang dipergunakan dalam penelitian ini adalah dengan menganalisis faktor-faktor pendukung produktivitas alat gali muat seperti cycle time alat gali muat,

Tujuan dari tugas akhir ini adalah untuk merancang suatu sistem pengendalian yang bertujuan untuk menjaga dan mempertahankan level pada unit Storage Tank A pada simulator Mixing

Jika biaya perolehan lebih rendah dari bagian Perusahaan atas nilai wajar aset dan kewajiban yang dapat diidentifikasi yang diakui pada tanggal akuisisi (diskon atas akuisisi),

Hasil analisis penggenangan dengan asumsi tidak terjadi perubahan morfologi menunjukkan bahwa sebagian besar kawasan pesisir Mundu akan tergenang pada saat air laut pasang maksimum

Penggunaan ketorolak sebagai analgetik golongan OAINS sesuai untuk terapi pada nyeri sedang hingga berat yang umumnya dialami oleh pasien dengan kondisi

Berdasarkan Tabel 4 dapat dilihat bahwa dari 346 responden diketahui bahwa konsumen percaya bahwa atribut jeruk lokal yang memiliki kinerja paling baik hingga terendah

Pasal tersebut menggambarkan tentang ancaman sanksi pidana bagi setiap orang dengan pidana penjara paling lama 1 (satu) tahun dan pidana denda paling banyak 50 juta

Adapun yang membedakan penelitian ini dengan penelitian terdahulu adalah; dalam penelitian ini membahas tentang sejarah kesenian kentrung di Tulungagung, alur