|Unit ICT, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai |
1
1. PENGURUSAN MAKMALPengurusan makmal komputer seharusnya mempunyai aspek-aspek berikut : Misi / Visi / Moto
Objektif
Piagam Pelanggan Carta Organisasi Induk Carta Organisasi Pelaksana PERATURAN Peraturan makmal SISTEM FAIL Pekeliling Surat menyurat Perkembangan Staff Jadual waktu penggunaan Fail mesyuarat
INVENTORI
Buku stok/rekod bekalan pejabat Kad inventori (kew312)
Senarai inventori
Buku laporan penyelenggaraan Buku pinjaman alatan
Label
2. PENGGUNAAN MAKMAL
Setiap aktiviti berhubung dengan penggunaan makmal direkodkan: Rekod penggunaan makmal
Rekod penggunaan Komputer Rekod Penggunaan Bahan Rekod buku pelawat
3. KESELAMATAN
Aspek keselamatan dari segi pengguna dan peralatan perlu diutamakan: Peralatan
Plan kecemasan
Langkah-langkah keselamatan
4. KECERIAAN
Bagi menambahbaikkan pengurusan makmal, aspek keceriaan turut diambil kira: Plan Makmal
Susun atur (kreativiti) Sudut Pembelajaran Kebersihan
|Unit ICT, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai |
2
BAB 1 PENGURUSAN MAKMAL1.1 Misi / Visi / Moto
- Sila cipta Misi / Visi / Moto yang jelas dan mudah difahami dan pamerkan di dalam makmal komputer
1.2 Objektif
- Objektif yang hendak dicapai oleh jawatankuasa ICT sekolah hendaklah jelas dan bersesuaian mengikut persekitaran sekolah
1.3 Piagam Pelanggan
- Perlulah sesuai dan bertepatan
1.4 Carta Organisasi Induk
|Unit ICT, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai |
3
1.5 Carta Organisasi Pelaksana
Carta Organisasi Jawatankuasa ICT Sekolah Kebangsaan
Pengerusi
( Pengetua / Guru Besar )
Naib Pengerusi ( Penolong Kanan Kurikulum )
Setiausaha ( Penyelaras Makmal )
Penolong Setiausaha ( Penolong Penyelaras Makmal )
J/Kuasa Perkembangan Staf J/Kuasa Pengajaran dan Pembelajaran J/Kuasa Pengurusan dan Penyenggaraan J/Kuasa Tugas-Tugas Khas J/Kuasa Pengurusan dan Penyenggaraan J/Kuasa Pengurusan dan Penyenggaraan J/Kuasa Pengurusan dan Penyenggaraan
|Unit ICT, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai |
4
SENARAI TUGAS JAWATANKUASA ICT SEKOLAH1. PENGERUSI ( PENGETUA / GURU BESAR )
1.1 Mengetuai jawatankuasa untuk merancang pelaksanaan program ICT di sekolah
1.2 Mengemukan keperluan sekolah kepada Pejabat Pelajaran Daerah/ Jabatan Pelajaran Negeri/ Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihak berkenaan untuk mendapatkan peruntukan kewangan, guru dan pembangunan & perbekalan.
1.3 Mempengerusikan semua mesyuarat jawatankuasa pelaksanaan ICT sekolah. 1.4 Merancang, melaksana dan memantau keseluruhan program ICT sekolah.
1.5 Menggubal dan membangunkan dasar ICT sekolah agar program ICT dilaksanakan dan mencapai matlamatnya.
1.6 Menerima laporan dan membuat perbincangan dengan penyelaras ICT untuk memastikan segala urusan berkaitan program ICT berjalan dengan lancar.
1.7 Mengkaji dan memberi kelulusan untuk kegunaan keomputer oleh semua pihak.
1.8 Mengkaji semula secara berkala tahap-tahap akses bagi kakitangan bawahan dan pelajar. 1.9 Memastikan keselamatan kawasan sekolah.
2. NAIB PENGERUSI ( PENOLONG KANAN 1/KURIKULUM/PENTADBIRAN )
Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas.
3. SETIAUSAHA ( PENYELARAS MAKMAL KOMPUTER )
3.1 Menguruskan mesyuarat Jawatankuasa ICT Sekolah. 3.2 Menguruskan latihan dan kursus dalaman.
3.3 Menguruskan kewangan Jawatankuasa ICT sekolah 3.4 Memantau pembangunan web / portal sekolah
3.5 Menyelaras pelaksanaan segala perancangan ICT sekolah 3.6 Menjadi pegawai perhubungan ICT sekolah
3.7 Menyediakan jadual penggunaan makmal 3.8 Jadual pengajaran dan pembelajaran. 3.9 Jadual kelab.
3.10 Jadual guru bertugas.
3.11 Menyediakan dan mengumpulkan laporan aktiviti ICT sekolah. 3.12 Mengendalikan hal-hal pentadbiran Jawatankuasa ICT Sekolah.
4. PENOLONG SETIAUSAHA ( PEN. PENYELARAS MAKMAL KOMPUTER )
Membantu setiausaha dalam menjalankan tugas.
5. JAWATANKUASA PERKEMBANGAN STAF
5.1 Merancang dan melaksanakan program perkembangan staf.
5.2 Mengikut perkembangan terkini tentang ICT dan menyebarkan maklumat tersebut. 5.3 Menguruskan pengkalan data sumber manusia dalam ICT.
5.4 Memastikan setiap guru yang menghadiri kursus yang berkaitan dengan ICT akan mengurus dan mengendalikan kursus dalaman di sekolah.
|Unit ICT, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai |
5
6. JAWATANKUASA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
6.1 Menggerakkan pemikiran untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan ICT.
6.2 Mengatur penggunaan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran oleh guru.
6.3 Memantau penggunaan bahan sumber dan aplikasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. 6.4 Menambah koleksi bahan sumber pengajaran dan pembelajaran.
6.5 Menilia kesesuaian bahan sumber pengajaran dan pembelajaran ICT.
6.6 Mengurus penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mudah dengan menggunakan kemahiran ICT seperti pembentangan secara MS PowerPoint.
6.7 Mengatur program membudayakan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. 6.8 Menyediakan kertas kerja dan laporan aktiviti yang dijalankan.
7. JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PENYENGGARAAN
Jawatankuasa ini terdiri daripada tiga Jawatankuasa Kecil, iaitu :
7.1 Jawatankuasa Pengurusan Stok dan Dokumentasi 7.1.1 Menguruskan stok, iventori dan harta modal.
7.1.2 Menguruskan bahan dokumentasi seperti surat pekeling, manual dan lesen perisian 7.1.3 Memproses bahan-bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran dan bahan sumber
seperti perisian kursus.
7.1.4 Memproses bahan-bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran dan bahan sumber seperti perisisan kursus.
7.1.5 Menyedia dan menyimpan rekod penggunaan makmal komputer. 7.1.6 Menyediakan kertas kerja dan laporan aktiviti yang dijalankan.
7.2 Jawatankuasa Keceriaan
7.2.1 Menubuhkan pasukan kerja kebersihan dan keceriaan makmal 7.2.2 Menyediakan jadual tugas kebersihan makmal
7.2.3 Mengumpul dan mempamerkan bahan-bahan yang sesuai untuk meningkatkan keceriaan makmal komputer.
7.2.4 Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang dijalankan.
7.3 Jawatankuasa Penyenggaraan dan Keselamatan
7.3.1 Menyediakan peraturan makmal, panduan penggunaan peralatan dan perisisan serta mempamerkannya di tempat yang strategik.
7.3.2 Menyediakan prosedur kerja untuk memastikan semua pengguna makmal emahami dan mematuhi langkah-langkah keselamatan dan peraturan makmal.
7.3.3 Menyediakan jadual pemeriksaan dan penyenggaraan perkakasan berkala dan memantau pelaksanaannya. ( Contohnya penyenggaraan : Servis penghawa dingin, mengemaskini cakera keras, mencuci pemacu dan mengimbas cakera keras)
7.3.4 Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang dijalankan.
8. JAWATANKUASA TUGAS-TUGAS KHAS PROGRAM ICT
8.1 Merancang aktiviti-aktiviti pembudayaan ICT dalam bentuk program-program khas yang melibatkan seluruh warga sekolah dan komuniti seperti PIBG dan agensi luar.
8.2 Mendapatkan penaja bagi meningkatkan infrastruktur dan pelaksanaan program ICT sekolah. 8.3 Menguruskan aktiviti-aktiviti ICT yang diterima dari semasa ke semasa.
|Unit ICT, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai |
6
1.6 Peraturan makmal
1.6.1 Peraturan makmal diwujudkan untuk: 1.6.1.1 Memaksimumkan penggunaan
1.6.1.2 Meminimumkan risiko penyelewengan dan kerosakan
1.6.1.3 Mewujudkan suasana yang selamat dan selesa untuk pengajaran dan pembelajaran
1.6.1.4 Panduan untuk penggunaan ramai.
1.6.2 Berikut adalah beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna makmal komputer:
Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam makmal.
Dilarang membawa sebarang cakera perisian luar ke dalam makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT.
Disket dari luar boleh dibawa masuk tetapi hendaklah diimbas terlebih dahulu.
Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT.
Pelajar dilarang melaraskan pendingin hawa.
Tidak dibenarkan memakai kasut di dalam makmal.
Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa guru pengawas.
Semua pengguna komputer adalah dilarang sama sekali mengusik atau mengubah sebarang sambungan wayar pada komputer.
Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil, bau benda terbakar, bahagian komputer terlalu panas atau sebarang yang disyaki tidak normal, laporkan segera kepada guru yang bertugas. Padamkan mana-mana suis yang perlu.
Laporkan sebarang kerosakan perkakasan atau perisian kepada guru yang bertugas.
Tidak dibenarkan membawa liquid paper.
Dilarang membuat bising di dalam makmal.
Dilarang mencetak, mengedar dan menampal bahan yang mengandungi unsur lucah, menghina atau menfitnah pihak tetrtentu.
Dilarang mengubah sebarang settings dalam komputer.
Dilarang mengubah atau menambah perisian dan perkakasan.
Contoh Peraturan Makmal Komputer
|Unit ICT, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai |
7
Semua hasil kerja hendaklah disimpan dalam disket dan tidak boleh disimpandalam cakera keras.
Peralatan seperti LCD dan printer hanya boleh dikendalikan oleh guru.
Guru yang bertanggungjawab membawa pelajar atau kelas ke makmal komputer hendaklah merekod penggunaannya dalam buku log makmal.
Pengguna hendaklah merekod penggunaan buku log komputer.
Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kebersihan Makmal Komputer.
1.7 Sistem Fail
1.7.1 Pekeliling
1.7.1.1 Pekeliling yang berkaitan dengan program ICT Kementerian Pelajaran Malaysia ( lihat folder Pekeliling )
1.7.2 Surat menyurat
1.7.2.1 Surat-surat yang berkaitan dengan ICT sekolah dari pihak kementerian, jabatan, pejabat pelajaran daerah mahupun dari syarikat luar/swasta. 1.7.2.2 Surat dari sekolah hal-hal berkaitan ICT
1.7.3 Perkembangan Staff
1.7.3.1 Laporan perkembangan staff/’in-house training’ yang diadakan. 1.7.3.2 Senarai kehadiran perkembangan staff/’in-house training’ 1.7.4 Jadual waktu penggunaan
1.7.4.1 Jadual waktu penggunaan makmal komputer untuk tahun semasa.
1.7.5 Fail mesyuarat
1.7.5.1 Minit mesyuarat yang dijalankan atau yang dihadiri. 1.7.5.2 Minit curai mesyuarat
1.8 INVENTORI
1.8.1 Buku stok/rekod bekalan pejabat
1.8.1.1 Buku stok/rekod bekalan pejabat diperolehi dari pejabat sekolah
1.8.2 Kad inventori (kew312)
1.8.2.1 Semua peralatan yang berada dalam makmal komputer telah didaftarkan dalam kad inventori
1.8.2.2 Semua kad inventori yang telah diisi dengan sempurna hendaklah dimasukkan di dalam fail tegak
1.8.3 Senarai inventori
1.8.3.1 Senaraikan semua peralatan yang telah didaftarkan dan dicetak serta dipamerkan dalam fail inventori
1.8.4 Buku laporan penyelenggaraan
1.8.4.1 Sediakan satu buku penyelenggaraan peralatan makmal komputer dan catatkan sekiranya ada penyelenggaran dijalankan
(Pihak Syarikat Warisan Nusa juga ada membekalkan buku penyelenggaraan peralatan ICT – sila pastikan buku tersebut berada dalam makmal komputer sepanjang masa dan senang diakses.)
|Unit ICT, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai |
8
1.8.5 Buku pinjaman alatan
1.8.5.1 Sila sediakan buku pinjaman jika ada individu yang bercadang menggunakan peralatan ICT di luar makmal komputer
1.8.6 Label
1.8.6.1 Labelkan semua peralatan ICT dalam makmal komputer mengikut daftar inventori yang telah dibuat
BAB 2 PENGGUNAAN MAKMAL
2.1 Rekod penggunaan makmal
2.1.1 Sila pastikan rekod penggunaan makmal diisi oleh guru-guru dan murid/pelajar sepanjang masa
2.2 Rekod penggunaan Komputer
2.2.1 Semua komputer diletakkan buku rekod penggunaan dan pengguna dimestikan mengisi rekod
2.3 Rekod Penggunaan Bahan
2.3.1 Sediakan juga rekod penggunaan bahan yang berada dalam makmal
2.4 Rekod buku pelawat
2.4.1 Setiap pelawat yang mengunjungi makmal diminta mengisi buku pelawat
BAB 3 KESELAMATAN 3.1 Peralatan
3.1.1 Dilarang memasang atau membaiki sendiri komputer atau peralatan yang ada tanpa kebenaran dan penyeliaan penyelaras ICT
3.1.2 Dilarang memasang perisian pihak ketiga seperti screen servers, perisian utility untuk mengelakan perubahan konfigurasi sistem. Perubahan ini mungkin akan menjejaskan aplikasi yang dipasang.
3.1.3 Dilarang mematikan pelayan atau perkakasan rangkaian yang telah dipasang supaya operasi tidak terganggu.
3.1.4 Dilarang mematikan penghawa dingin di Bilik Pelayan supaya tahap kepanasan dan pemeluwapan tidak berlaku
3.1.5 Dilarang membuka atau mengalih perkakasan dari tempat asal tanpa penyeliaan Penyelaras ICT untuk mengelakan kerosakan disebabkan oleh salah pengendalian 3.1.6 Dilarang menyerkup komputer semasa kuasa dihidupkan untuk mengelakan terlampau
panas.
3.2 Plan kecemasan
|Unit ICT, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai |
9
3.3 Langkah-langkah keselamatan
KESELAMATAN FIZIKAL SECARA UMUM 3.3.1 Kunci :
3.3.1.1 Setiap kunci perlu dilabel dengan jelas
3.3.1.2 Kunci disimpan oleh Pengetua atau Guru Besar dan Penyelaras ICT sahaja. 3.3.1.3 Buku log untuk rekodkan pengguna kunci.
3.3.2 Akses Pelawat :
3.3.2.1 Hanya mereka yang diberi kuasa sahaja dibenarkan memasuki bilik berkenaan, khasnya bilik Pelayan.
3.3.2.2 Penyelaras ICT mesti menemani pelawat mengunjungi bilik bawah kawalan beliau.
3.3.3 Elektrik :
3.3.3.1 Pastikan Bilik Pelayan berada dalam bagunan perlindungan pengalir kilat. 3.3.3.2 Setiap komputer dan pelayan perlu dilindungi oleh satu alat Uninterupted
Power Supply
3.3.3.3 Peralatan ICT perlu dilindungi oleh pencegah kilat. 3.3.4 Label
3.3.4.1 Setiap peralatan dan kabel perlu dilabel. 3.3.5 Pencegahan Kebakaran
3.3.5.1 Setiap bilik pelayan, makmal, pusat sumber yang ada komputer perlu mempunyai alat bantuan awal pemadam api jenis CO2.
3.3.5.2 Setiap pengesan kebakaran perlu dipasang dan sentiasa berada dalam keadaan baik.
3.3.6 Makanan
3.3.6.1 Dilarang membawa masuk makanan dan minuman ke dalam Bilik Pelayan.
KESELAMATAN FIZIKAL TAMBAHAN DI BILIK PELAYAN (SERVER ROOM) 3.3.7 Bilik
Bilik Pelayan hendaklah sentiasa berkunci 3.3.8 Kunci
Buku log untuk rekodkan pengguna kunci
3.3.9 Akses Pelawat
3.3.9.1 Hanya mereka yang diberi kuasa sahaja dibenarkan memasuki bilik Pelayan. 3.3.9.2 Setiap pelawat dikehendaki mengisi buku log kawalan akses. Contoh
|Unit ICT, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai |
10
jabatan, jawatan, tujuan lawatan, masa masuk dan masa keluar serta masukan ruangan catatan jika perlu.
3.3.9.3 Penyelaras ICT mesti menemani pelawat yang mengunjungi bilik Pelayan setiap masa.
3.3.10 Elektrik
3.3.10.1 Setiap pelayan perlu dilindungi oleh satu alat Uninterupted Power Supply.
3.3.10.2 Pastikan pelayan tidak berada betul-betul di bawah alat penghawa dingin.
3.3.11 Alat Penghawa Dingin
3.3.11.1 Setiap bilik pelayan perlu dipasang dengan sekurang-kurangnya dua (2) unit alat penghawa dingin yang berfungsi secara bergilir-gilir selama 24 jam. Sekiranya penghawa dingin tidak berfungsi atau sekiranya dibekalkan dengan satu unit alat penghawa dingin sahaja, pelayan hendaklah shutdown apabila tidak diguna.
KESELAMATAN FIZIKAL TAMBAHAN DI MAKMAL KOMPUTER 3.3.12 Akses
Hanya mereka yang diberi kuasa sahaja dibenarkan memasuki Makmal Komputer. Penggunaan makmal perlu diselia sepenuh masa dan direkodkan dalam buku log termasuk penggunaan peralatan dan internet.
3.3.13 Elektrik
Pastikan semua punca elektrik bagi semua peralatan dimatikan sebelum meninggalkan makmal
3.3.14 Alat Penghawa Dingin
Setiap Makmal Komputer perlu dilengkapi alat penghawa dingin.
BAB 4 KECERIAAN 4.1 Plan Makmal
4.1.1 Sediakan pelan lokasi setiap komputer dan lain-lain peralatan di Makmal Komputer 4.1.2 Gambarajah infrastruktur teknikal (Bilik Pelayan dan Makmal Komputer) perlu
didokumenkan dan dipamerkan. Susun atur perkakasan dalam makmal hendaklah mengikut pelan lokasi yang dipamerkan. Sebarang perubahan tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran pihak pentadbiran sekolah.
4.2 Susun atur (kreativiti)
4.2.1 Susun atur perkakas dalam makmal komputer hendaklah mengikut kreativiti sendiri dan tidak menghalang peralatan yang penting dalam makmal tersebut.
|Unit ICT, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai |
11
4.2.2 Dilarang mengubah tempat dan kedudukan komputer sepertimana yang telah ditetapkan dalam pelan asal makmal komputer.
4.3 Sudut Pembelajaran
4.3.1 Terpulang kepada penyelaras untuk menyediakan Sudut Pembelajaran mengikut subjek tertentu atau seperti yang diarahkan dalam subjek ICTL (sekolah rendah sahaja)
4.4 Kebersihan
4.4.1 Kebersihan dalam makmal perlu diutamakan terutama peralatan-peralatan komputer. 4.4.2 Boleh melantik murid/pelajar yang bertanggungjawab untuk menguruskan kebersihan
dalam makmal komputer.
BAB 5 PERANCANGAN ICT SEKOLAH
Teknologi hanya merupakan pengupaya untuk memudahkan kerja manusia. Tanpa manusia yang menggerakkannya, segala – galanya akan menjadi sia – sia sahaja. Begitu juga untuk Teknologi Maklumat dan Komunkasi (ICT).
Visi, Misi, matlamat ICT sekolah yang jelas akan membantu sekolah menumpukan usaha dan melihat cahaya di hujung terowong, dalam apa –apa juga urusan yang dirancang. Perancangan yang dinamik dan fleksibel akan membantu sekolah memaksimumkan faedah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang disediakan atau diperoleh dari pelbagai sumber.
Bab ini bertujuan membantu sekolah menyediakan Perancangan Jangka Panjang ( tiga tahun ). Perancangan jangka pendek merupakan pelan tindakan yang realistik untuk merealisasikan matlamat ICT sekolah langkah demi langkah berasaskan infrastruktur dan persekitaran yang wujud di sekolah.
Untuk mendapat sokongan semasa pelaksanaan, perancangan hendaklah dibuat sebagai usaha bersama anggota sekolah dari semua lapisan.
Setiap perancangan perlu direviu selepas jangka pelaksanaan yang tertentu. Ini biasanya dilakukan di pertengahan tempoh pelaksanaan perancangan yang berkenaan. Reviu ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan perancangan , mengenal pasti aspek yang perlu ditingkatkan atau diubahsuai bagi merangka pelan tindakan yang seterusnya.
Pihak sekolah harus mengambil kira kekangan dalam persekitaran, infrastruktur teknologi, kepakaran ICT dan lain – lain perkara yang berkaitan, semasa merangka Perancangan ICT Sekolah. Contoh Perancangan Jangka Panjang ICT Sekolah dan Perancangan Jangka Pendek ICT Sekolah disertakan sebagai panduan.
5.1 PERANCANGAN JANGKA PANJANG
Cadangan Kandungan Perancangan Jangka Panjang (3 tahun) 5.1.1. VISI
a. Memperluaskan dan mempertingkatkan akses, ekuiti dan kualiti pendidikan. b. Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang efektif dan selaras dengan
pembangunan ICT semasa.
c. Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran ICT serta dapat menggunakan teknologi untuk manfaat diri, keluarga, masyarakat dan negara.
5.1.2. MISI
a. Memberi peluang kepada pelajar menggunakan teknologi yang sesuai dalam setiap aspek, pengalaman, pembelajaran.
b. Memberi peluang pelajar mengembangkan potensi diri secara optimum untuk menghadapi cabaran masa depan.
|Unit ICT, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai |
12
c. Menyediakan tenaga kerja untuk keperluan ekonomi semasa dan masa depan. d. Menyediakan sistem pengurusan pendidikan bersepadu.
5.1.3 MATLAMAT
Mewujudkan satu persekitaran teknologi maklumat dan ICT bagi meningkatkan
kecekapan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan selaras dengan Dasar ICT Kementerian Pendidikan Malaysia.
5.1.4. OBJEKTIF
a. Meningkatkan pembangunan dan penggunaan infrastuktur ICT di sekolah. b. Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan ICT. c. Menjadikan sekolah sebagai learning organisation.
d. Memantapkan pentadbiran dan pengurusan yang cekap.
e. Mewujudkan satu sistem pembangunan sumber manusia di sekolah untuk menangani cabaran dan keperluan perkembangan ICT dan K-ekonomi.
5.1.5. KUMPULAN SASARAN a. Kakitangan Sekolah b. Pelajar.
c. Komuniti
5.1.6 STRATEGI PELAKSANAAN
a. Menubuhkan Jawatankuasa ICT Sekolah untuk menggubal dasar ICT serta merancang dan memantau pelaksanaan aktiviti ICT sekolah. Carta Organisasi Jawatankuasa ICT Sekolah adalah seperti para 1.5.
b. Jawatankuasa kerja berikut perlu ditubuhkan pada awal musim persekolahan untuk melaksanakan aktiviti ICT yang dirancang. Ketua Jawatankuasa adalah seperti berikut :
Jawatankuasa Ketua
a. Perkembangan Staf AAA
b. Pengajaran dan Pembelajaran BBB c. Pengurusan dan Penyenggaraan CCC
d. Tugas – tugas Khas DDD
e. Pengurusan Stok dan Dokumentasi EEE f. Penyenggaraan dan Keselamatan FFF
g. Keceriaan GGG
c. Ketua Jawatankuasa akan mengenal pasti ahli jawatankuasanya sendiri.
5.1.7 PELAN TINDAKAN PERANCANGAN JANGKA PANJANG ICT SEKOLAH
5.1.7.1 Jadual Pelan Tindakan dari tahun 2007 hingga tahun 2009 adalah seperti di Jadual 1.
5.1.8 PERATURAN DALAM PELAKSANAAN AKTIVITI IT SEKOLAH
5.1.8.1 Aktiviti yang dijalankan hendaklah mematuhi peraturan, panduan dan etika berikut :
a) Panduan Keselamatan di sekolah,
b) Panduan Penggunaan Peralatan Infrastruktur Teknologi, c) Etika Penggunaan Internet dan
|Unit ICT, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai |
13
5.1.9 PENILAIAN PERANCANGAN JANGKA PANJANG ICT SEKOLAH
5.1.9.1 Perancangan Jangka Panjang ICT akan direviu pada tahun 2009.
5.1.9.2 Tujuan penilaian ini adalah untuk melihat keberkesanan pelaksanaan perancangan yang telah dirangka.
Contoh penilaian yang dibuat oleh ICT adalah seperti Jadual 2.
5.2 PERANCANGAN JANGKA PENDEK (Satu Tahun)
Sekolah perlu membentuk perancangan jangka pendek yang melibatkan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun selaras dengan objektif setahun ICT sekolah.
5.2.1. CARTA GANTT AKTIVITI TAHUNAN
Sekolah perlu membentuk Carta Gantt (rujuk Jadual 3 : Contoh perancangan aktiviti tahunan), untuk perancangan aktiviti setahun (berpandukan Pelan Tindakan Perancangan Peningkatan ICT Jangka Panjang Sekolah).
Contoh : Latihan - perlu dinyatakan pengisian latihan seperti Pembinaan Bahan P&P menggunakan PowerPoint
5.2.2 KEWANGAN
Jawatankuasa Kerja sekolah perlu membuat kertas kerja bagi setiap aktiviti yang dirancang pada tahun berkenaan. Kertas kerja ini juga perlu dimasukkan belanjawan dan sumber kewangan
Cadangan Kandungan Kertas Kerja Aktiviti/Projek/Program 1. Tajuk
2. Jangka masa projek 3. Rasional/Matlamat 4. Objektif
5. Kumpulan sasar
6. Kos/justifikasi kos dan sumber kewangan 7. Jawatankuasa kerja
8. Strategi pelaksanaan 9. Penilaian
*Laporan perlu dibuat selepas aktiviti dijalankan.
5.2.3 JADUAL PENGGUNAAN
Sekolah perlu menyediakan jadual penggunaan makmal yang membenarkan penggunaan optimum.
5.2.4 PENILAIAN
Penilaian perlu dibuat sekurang-kurangnya dua kali setahun.
5.2.5 LAPORAN
|Unit ICT, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai |
14
Jadual 1
CADANGAN PELAN TINDAKAN PERANCANGAN ICT JANGKA PANJANG
2007 Sasaran Kos 2008 Sasaran Kos 2009 Sasaran Kos
Peningkatan Kemahiran ICT
Literasi Pelajar 40% menguasai kemahiran ICT
asas RM 350 Literasi Pelajar
70% menguasai kemahiran ICT asas
30%kemahiran interemediate
RM 350 Literasi Pelajar
100% menguasai kemahiran ICT asas
60% kemahiran intermediate RM 450
Literasi Guru 20% menguasai kemahiran ICT
asas RM 550 Literasi Guru
50% menguasai kemahiran ICT asas
10%kemahiran interemediate
RM 650 Literasi Guru
70% menguasai kemahiran ICT asas
30% kemahiran intermediate RM 750
Literasi Staf Sokongan 30% menguasai kemahiran ICT
asas RM 200 Literasi Staf Sokongan
60% menguasai kemahiran ICT asas
10%kemahiran interemediate
RM 200 Literasi Staf Sokongan
70% menguasai kemahiran ICT asas
30% kemahiran intermediate RM 350
Kursus Literasi ICT bagi
Komuniti 1 kursus, 20 peserta RM 200
Kursus Literasi ICT bagi Komuniti 2 kursus, 20 peserta RM 400 Peningkatan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Latihan Guru 20% menggunakan ICT dalam
P&P RM 550 Latihan Guru
40% menggunakan ICT dalam
P&P RM 550 Latihan Guru
60% menggunakan ICT dalam
P&P RM 650
Bahan Sumber Matematik Peningkatan 30% dalam
perolehan P&P RM 1000 Bahan Sumber Sains
Peningkatan 30% dalam
perolehan bahan P&P RM 1000 Bahan Sumber Sejarah
Peningkatan 30% dalam perolehan bahan P&P
RM 1200
Bahan Sumber Bahasa Melayu
Peningkatan 30% dalam
perolehan P&P RM 1000
Bahan Sumber Bahasa Inggeris
Peningkatan 30% dalam
perolehan bahan P&P RM 1000 Bahan Sumber Geografi
Peningkatan 30% dalam
perolehan bahan P&P RM 1200
Bengkel Penghasilan
Bahan Sumber 2 bengkel RM 640
Bengkel Penghasilan
Bahan Sumber 3 bengkel RM 790
Bengkel Penghasilan Bahan Sumber
3 bengkel
RM 790
Kajian Tindakan 4 Matapelajaran RM 500
Peningkatan Penggunaan ICT dalam Pengurusan
Latihan Staf Sokongan dalam Aplikasi Pengurusan
40% staf dilatih menggunakan
aplikasi pengurusan RM 460
Latihan Staf Sokongan dalam Aplikasi Pengurusan
80% staf dilatih menggunakan
aplikasi pengurusan RM 460
Latihan Staf Sokongan dalam Aplikasi Pengurusan
100% staf dilatih menggunakan
aplikasi pengurusan RM 500
Penyenggelaraan Komputer 2 kali setahun begi semua
computer RM 2000 Penyenggelaraan Komputer
2 kali setahun bagi semua
komputer RM 2000 Penyenggelaraan Komputer
1 kali setahun bagi semua
komputer RM 1200 Peningkatan Infrastruktur ICT Pembelian Peralatan Komputer 2 komputer RM 6500 Pembelian Peralatan Komputer 5 buah komputer 1 pengimbas 1 pencetak RM 12000 Pembelian Peralatan Komputer 5 buah komputer 1 projektor LCD 1 kemera digital RM 16000
|Unit ICT, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai |
15
Jadual 2
CADANGAN PENILAIAN PELAN TINDAKAN PERANCANGAN ICT JANGKA PANJANG
2007 Sasaran 2008 Sasaran 2009 Sasaran Penilaian
Peningkatan Kemahiran ICT
Literasi Pelajar 100% menguasai kemahiran ICT asas 60% kemahiran
intermediate
Literasi Pelajar 70% kemahiran
intermediate
30% kemahiran tinggi
Literasi Pelajar 100% kemahiran
intermediate
50% kemahiran tinggi
95% menguasai kemahiran asas, 90% intermediate, 30% kemahiran tinggi kerana:
1. Lima peratus pelajar tidak menghadiri kelas komputer. 2. Dua peratus pelajar buta huruf tidak dapat mengikuti
kelas.
3. Dua peratus pelajar fobia komputer dan tidak menyentuh komputer.
Literasi Guru 70% menguasai kemahiran ICT asas 30% kemahiran
intermediate
Literasi Guru 100% menguasai kemahiran ICT asas 60% kemahiran
intermediate
Literasi Guru 70% kemahiran
intermediate
30% kemahiran tinggi
95% menguasai kemahiran asas, 60% intermediate, 20% kemahiran tinggi kerana:
1. Lima peratus guru yang baru dipindah masuk ke sekolah tanpa kemahiran ICT
2. Dua peratus guru kemahiran IT tinggi pindah ke sekolah lain.
Literasi Staf Sokongan
70% menguasai kemahiran ICT asas 30% kemahiran
intermediate
Literasi Staf Sokongan
100% menguasai kemahiran ICT asas 60% kemahiran intermediate Literasi Staf Sokongan 70% kemahiran intermediate 30% kemahiran tinggi
100% menguasai kemahiran intermediate dan 50% kemahiran tinggi kerana:
1. Pemindahan masuk staf yang mahir IT
2. Latihan tambahan di jalankan bagi staf oleh Jabatan Pendidikan Negeri
Kursus Literasi ICT bagi Komuniti
2 kursus x 20 peserta Kursus Literasi ICT bagi Komuniti
3 kursus x 20 peserta Kursus Literasi ICT bagi Komuniti
3 kursus x 20 peserta Seramai 300 ahli komuniti telah dilatih dalam ICT (melebihi sasaran yang ditetapkan)
Peningkatan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Latihan Guru 40% menggunakan ICT dalam P&P
Latihan Guru 80% menggunakan ICT dalam P&P
Latihan Guru 100% menggunakan ICT dalam P&P
75% menggunakan ICT dalam P&P kerana: 1. Lima peratus guru yang baru dipindah masuk ke
sekolah tanpa kemahiran ICT
2. Sepuluh peratus guru kemahiran IT tinggi pindah ke sekolah lain
3. Belum ada bahan perisian bagi matapelajaran tertentu. Bahan Sumber
Matematik Tambahan
Peningkatan 30% dalam perolehan bahan P&P
Bahan Sumber Sains Tulen
Peningkatan 30% dalam perolehan bahan P&P
Bahan Sumber Matematik
Peningkatan 30% dalam perolehan bahan P&P
Koleksi bahan P&P sekolah telah bertambah sebanyak 150% (mengikut sasaran yang ditetapkan)
Bahan Sumber Bahasa Melayu
Peningkatan 30% dalam perolehan bahan P&P
Bahan Sumber Bahasa Inggeris
Peningkatan 30% dalam perolehan bahan P&P
Bahan Sumber Bahasa Melayu
Peningkatan 30% dalam perolehan bahan P&P Bengkel
Penghasilan Bahan Sumber
3 Bengkel Bengkel Penghasilan Bahan Sumber
2 Bengkel Bengkel Penghasilan Bahan Sumber
2 Bengkel 15 bengkel pembinaan bahan telah dijalankan (melebihi sasaran) kerana:
1. Keperluan bahan bagi P&P oleh guru
2. Keperluan mendedahkan guru yang baru dipindah kepada proses pembinaan bahan
Kajian tindakan bagi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains telah dijalankan dan hasil kajian digunakan untuk memperbaiki mutu P&P.
Peningkatan Penggunaan ICT dalam Pengurusan Latihan Staf Sokongan dalam Aplikasi Pengurusan 80% staf dilatih menggunakan aplikasi pengurusan Latihan Staf Sokongan dalam Aplikasi Pengurusan 40% staf dilatih menggunakan aplikasi pengurusan Latihan Staf Sokongan dalam Aplikasi Pengurusan 60% staf dilatih menggunakan aplikasi pengurusan
Semua staf sokongan telah dilatih dan menerima latihan semula dalam aplikasi pengurusan
Peningkatan Penggunaan ICT dalam Pengurusan
Penyelenggaraan komputer
2 kali setahun bagi semua komputer
Penyelenggaraan komputer
1 kali setahun bagi semua komputer
Penyelenggaraan komputer
1 kali setahun bagi semua komputer
Penyelenggaraan telah dibuat seperti yang dirancangkan.
Pembelian Peralatan Komputer 5 buah komputer 1 pengimbas 1 pencetak laser Pembelian Peralatan Komputer 5 buah komputer 1 pelayan Pembelian Peralatan Komputer 5 buah komputer 1 projektor LCD 1 perakam video digital
Perolehan telah dibuat seperti yang dirancangkan.
Merangkaikan komputer sekolah
20 Komputer Rangkaian komputer telah dibuat bagi 40 buah komputer (melebihi sasaran) kerana:
|Unit ICT, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai |
16
(WAN) 1. Guru IT sekolah telah merangkaikan 20 komputer
dengan menggunakan kepakaran sendiri
Jadual 3
CADANGAN CARTA GANTT BAGI AKTIVITI TAHUN 2008
Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis
Peningkatan kemahiran ICT Literasi Pelajar Literasi Guru Literasi Staf So-kongan Kursus Literasi Komuniti Peningkatan ICT dalam Pengajaran dan Pem-belajaran Latihan Guru Bahan Sumber Mate-matik Bahan Sumber Bahasa Melayu Bengkel Peng-hasilan Bahan Sumber Peningkatan Penggunaan ICT dalam Pengurusan Latihan Staf Sokongan dalam Aplikasi Pengurusan Peningkatan Infrastruktur ICT Penyeng-gelaraan Komputer Pembelian Komputer
|Unit ICT, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai |
|Unit ICT, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai |
18
CONTOH PERANCANGAN ICT TAHUN 20081. MATLAMAT
Membangunkan infrastruktur ICT sekolah.
Melahirkan pentadbir, guru, staf sokongan dan pelajar yang celik ICT . Menggunakan ICT dalam menjalankan tugas harian.
2. OBJEKTIF
Membangunkan infrastruktur dengan menambah dua buah komputer yang lengkap dengan perisiannya. Melahirkan 20 % guru ( 5 orang ) yang celik ICT dan mampu menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran .
Melahirkan staf sokongan ( 1orang ) yang celik ICT dan mampu menggunakan ICT dalam pentadbiran dan pengurusan sekolah.
Melahirkan 40% pelajar yang celik ICT .
3. PELAN TINDAKAN PERANCANGAN JANGKA PENDEK ICT SEKOLAH
Menghantar 3 orang guru untuk menyertai Kursus ICT Jabatan Pendidikan Negeri.
Menghantar 2 orang guru untuk menyertai kursus lanjutan aplikasi ICT di Syarikat XYZ. Yuran penyertaan dibayar.
Menggalakkan guru mengikuti Kursus KSPK ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran di institusi perguruan.
Latihan untuk staf sokongan (semua ) oleh guru terlatih. Menjalankan kelas asas ICT kepada guru yang buta ICT .
4. CARTA GANTT
Carta Gantt pula bagi menggambarkan Perancangan Jangka Pendek ICT sekolah bagi tahun 2008. Ia disediakan berdasarkan kepada pelan tindakan. Carta Gantt Tahun 208 bagi sekolah adalah seperti berikut di Jadual 3.
5. KERTAS KERJA
Kertas kerja perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dirancang. Tujuan kertas kerja ini adalah sebagai satu gambaran keseluruhan aktiviti tersebut dan kan digunakan untuk mendapat kelulusan bagi pelaksanaan dan peruntukan kewangan yang berkaitan.
Contoh Kertas Kerja: Latihan Guru Dalam Meningkatan Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran adalah disertakan bersama perancangan ini. (Sila rujuk Lampiran 1-1)
6. JADUAL PENGGUNAAN MAKMAL
Jadual Penggunaan Makmal Komputer Sekolah dirangka bagi membenarkan penggunaan optimun makmal bagi semua kelas. Dalam hal ini, jadual anjal berulang setiap 4 minggu dicadang penggunaannya.
7. SEMAKAN SEMULA (REVIU)
Semakan status pelaksanaan Pelan dicadangakan pada 1 April dan 1 Jun tahun semasa. Semakan status pencapaian Pelan dicadangkan pada 1 November tahun semasa
|Unit ICT, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai |
19
CONTOH KERTAS KERJA
LATIHAN GURU BAGI MENINGKATKAN PENGGUNAAN ICT DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
JANGKA MASA :
BAHAGIAN 1 : 28 – 29 Mei 2008 BAHAGIAN 2 : 20 Ogos 2008 BAHAGIAN 3 : 26 Disember 2008
RASIONAL :
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal Konsep Sekolah Bestari yang berpusatkan pengajaran dan pembelajaran pemikiran kritis dan kreatif, sejak tahun 1996. Teknologi digunakan sebagai pengupaya dalam menggalakkan proses pengajaran-pembelajaran terarah akses kendiri, terarah kendiri dan kadar kendiri.
Bagi mencapai matlamat ICT SK Seksyen 7 perlu diadakan latihan yang mencukupi dalam menggunakan konsep sekolah bestari bagi guru-guru SK Seksyen 7. Pada Masa ini, SK Seksyen 7 mempunyai dua orang guru yang mahir dalam IT tetapi tidak ada seorang guru yang telah diberi latihan dalam menggunakan ICT dalam pengajaran-pembelajaran. Tambahan pula, tidak ada seorang guru di sekolah ini yang mengetahui secara mendalam mengenai konsep Sekolah Bestari. Dengan ini, latihan dalam penggunaan konsep Sekolah Bestari adalah perlu agar sekolah SK Seksyen 7 tidak tertinggal dalam perkembangan pendidikan swasta.
MATLAMAT :
Menghasilkan tenaga pengajar SK Seksyen 7 yang mahir dalam konsep Sekolah Bestari dari segi pengajaran dan pembelajaran, dan boleh mengaplikasikan ICT dalam pengajaran-pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas.
OBJEKTIF :
Mengadakan taklimat konsep Sekolah Bestari bagi semua guru dan staf sokongan. Mengadakan latihan dalam aspek-aspek tersebut:
Kemahiran generik
Penggunaan aplikasi Microsoft Excel bagi menggalakkan pengajaran dan pembelajaran efektif
Penggunaan bahan internet yang telah dimuat turun dalam pengajaran dan pembelajaran. TARIKH / ASPEK / KUMPULAN SASARAN
|Unit ICT, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai |
20
Bahagian Tarikh Aspek Kumpulan Sasaran Bilangan 1 28-29 Mei
2007
Konsep Sekolah Bestari Kemahiran Generik dalam Pengajaran dan
Pembelajaran
Semua Guru 50 orang
2 20 Ogos
2007
Aplikasi Microsoft Excel dalam pengajaran dan pembelajaran efektif
Guru Matematik 5 orang
3 26 Dis
2007
Bahan Internet dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains
20 orang
KOS / JUSTIFIKASI KOS / SUMBER KEWANGAN
Bahagian Tarikh Aspek Kos Bilangan
1 28-29 Mei 2008
Konsep Sekolah Bestari Kemahiran Generik dalam pengajaran dan pembelajaran OS 29000: RM 350 50 orang 2 20 Ogos 2008
Aplikasi Microsoft Excel dalam pengajaran dan pembelajaran efektif OS 29000: RM 50 5 orang 3 26 Dis 2008
Bahan Internet dalam pengajaran dan pembelajaran
OS 29000: RM 150
20 orang
JADUAL AKTIVITI / STRATEGI PELAKSANAAN
Pegawai, pensyarah, Jurulatih Utama ICT Daerah dan guru sumber mata pelajaran sekolah bestari akan dijemput ke sekolah untuk memberi latihan. Nama penceramah yang dicadangkan boleh diperolehi daripada Pusat Kegiatan Guru dan Pejabat Pelajaran Daerah yang terhampir.
BAHAGIAN 1: 28-29 Mei 2008
Tarikh Masa Aspek Strategi Pelaksanaan Kumpulan Sasaran 28 Mei
2008
8.00 pagi – 12.00 tgh
- Konsep Sekolah Bestari - Komponen Pengajaran dan Pembelajaran Bestari
Taklimat oleh Penyelia Pusat Kegiatan Guru
Semua guru
|Unit ICT, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai |
21
ptg oleh Guru Sumber
SK Seksyen 7 29 Mei
2008
8.00 pagi – 4.00 ptg
Kemahiran Generik dalam Pengajaran dan
Pembelajaran
Taklimat, Bengkel dan Latihan oleh Pensyarah Maktab Perguruan
Semua guru
BAHAGIAN 2: 20 Ogos 2008
Tarikh Masa Aspek Strategi Pelaksanaan Kumpulan Sasaran
20 Ogos 2007
8.00 – 10.00 pagi
Pengenlan kepad aplikasi Microsoft Excel
Taklimat oleh Guru Sumber Matematik SK Seksyen 7 5 guru Matematik 10.30-1.00 ptg Penggunaan aplikasi Microsoft Excel dalam pengajaran dan pembelajaran efektif
Taklimat oleh Guru Sumber Matematik SK Seksyen 7
2.00-5.00 ptg
Penggunaan Excel dalam pengajaran dan
pembelajaran
Bengkel dan latihan oleh Guru Sumber Matematik SK Seksyen 7
BAHAGIAN 3: 26 Disember 2008
Tarikh Masa Aspek Strategi Pelaksanaan Kumpulan Sasaran
26 Dis 2007
8.00 – 10.00 pagi
Pengenalan kepada Internet sebagai Sumber Maklumat, Kaedah Muat Turun Laman Web untuk penggunaan kelas
Taklimat oleh Guru Penyelaras Bestari SK Seksyen 7 20 guru Bahasa Melayu, Bahasa 10.30 – 1.00 tgh
Bahan Sumber Mata Pelajaran daripada Internet
Taklimat oleh Guru Penyelaras Bestari SK Seksyen 7 2.00 – 5.00
ptg
Bahan Internet dalam Pengajaran dan
Sesi Kumpulan (mengikut mata
|Unit ICT, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai |
22
Pembelajaran Mata Pelajaran pelajaran) dan Bengkel dengan Guru Sumber Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains SK Seksyen 7 sebagai pemudah cara Inggeris dan Sains PENILAIAN:
Penilaian akan dibuat selepas setiap tamat bahagian dari segi :
Pencapaian objektif latihan
Kesesuaian program
Kesesuaian isi kandungan
Kesesuaian bahan
|Unit ICT, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai |
23
GARIS PANDUAN MENJALANKAN KURSUS ICT DI SEKOLAHSetiap guru yang telah menduduki Kursus ICT sewajarnya melaksanakan latihan dalaman atau “in-house” untuk rakan guru yang lain. Tindakkan ini perlu dilakukan supaya ilmu kemahiran baru yang diperoleh itu dimanfaatkan sepenuhnya.
Berikut adalah cadangan langkah-langkah menjalankan kursus latihan dalaman.
Kenal pasti kursus
Buat justifikasi keperluan menjalankan kursus
Tubuh jawatankuasa / urus setia kursus
Kenal pasti kumpulan sasaran
Kenal pasti tenaga pengajar dan pusat latihan
Sedia keperluan kursus
Sediakan kertas kerja
Buat permohonan untuk mengadakan kursus serta peruntukan kewangan
Sediakan dokumen
|Unit ICT, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai |
24
JENIS KURSUSKENAL PASTI JENIS KURSUS
Mengenal pasti jenis-jenis kursus yang diperlukan berdasarkan keperluan guru atau sekolah.
Pihak sekolah hendaklah merujuk kepada pihak PPD tau JPN untuk memastikan tidak ada pertindihan kursus yang dijalankan.
JUSTIFIKASI KURSUS
Pihak sekolah hendaklah menentukan keperluan menjalan kursus dengan jelas supaya kursus yang dijalankan benar-benar memberi manfaat kepada pelajar , guru dan sekolah.
JAWATANKUASA KURSUS
Melantik jawatankuasa atau urus setia kursus KUMPULAN SASARAN
Mengenal pasti kumpulan sasaran berdasarkan aras, kemahiran, dan Keperluan atau kepentingan mengikuti kursus.
PUSAT LATIHAN DAN TENAGA PENGAJAR
Mengenal pasti pusat latihan - maktab, swasta, agensi kerajaan, dan lain-lain.
Mengenal pasti khidmat kepakaran ( Jurulatih ICT Daerah/Negeri, kakitangan sumber negeri, pensyarah maktab, dll.)
KEPERLUAN KURSUS
Menyediakan peralatan termasuk bahan rujukan/ sumber rujukan kursus.
Menyediakan kemudahan makan, minum, dan penginapan. MENYEDIAKAN KERTAS KERJA
|Unit ICT, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai |
25
PERMOHONAN DAN PERUNTUKAN KEWANGAN Mengenal pasti dan membuat kiraan kos melaksanakan kursus
Mengenal pasti sumber kewangan yang boleh digunakan
Mengajukan permohonan bagi memperolehi peruntukan kepada pihak berkenaan MENYEDIAKAN DOKUMEN
Memaklumkan kepada pihak PPD, JPN mengenai kursus yang hendak dijalankan
|Unit ICT, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai |
26
Jadual di bawah menunjukkan jenis-jenis kursus yang boleh atau sesuai dijalankan disekolah berdasar keperluan dan pihak-pihak yang boleh dirujuk bagi mendapatkan khidmat nasihat ataupun contoh modul.
JENIS KURSUS PERINCIAN KURSUS AGENSI
1. Literasi komputer 1. Pengenalan komputer 2. Microsoft Office
1. JPN/BPG 2. IAB 2. Pengurusan ICT 1. Pengurusan makmal
2. Sistem rangkaian 3. Baik pulih dan penyelenggaraan
4. Pengurusan Maklumat/Data 5. Pengurusan Perisian 6. Pengurusan Kelab Komputer 7. Salah laku ICT
8. Pembangunan Program Pengkomputeran Sekolah 9. Pengurusan pembangunan halaman web dan perisian kursus
1. JPN/BPG 2. IAB 3. PSPN/BTP
3. Multimedia 1. Internet dan pengurusan e-mel 2. Pembinaan laman web 3. Grafik
4. Suntingan audio/video 5. Pengarangan perisian kursus
1. JPN/BPG 2. IAB 3. PSPN/BTP
4. Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
1. Perisian kursus Sistem Bestari 2. Perisian kursus CD-Rom Multimedia Pendidikan Interaktif
1. JPN/BPG 2. PSPN/BTP
|Unit ICT, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai |
27
BAB 6 KELAB KOMPUTER SEKOLAH6.1 LATAR BELAKANG
6.1.1 Penubuhan Kelab Komputer sekolah merupakan satu usaha pihak sekolah bagi memberi pendedahan yang lebih meluas kepada para pelajar untuk mendalami kemahiran ICT dan mengoptimakan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
6.1.2 Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan satu surat Pekeliling Ikhtisas bil.8/2000 iaitu mengenai Garis Panduan Penubuhan dan
Pengurusan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah bertarikh 15 Mac 2000, lampiran surat KP(BS)8591/Jld.XVI/(8) untuk:
6.1.2.1 Menubuhkan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah. 6.1.2.2 Merancang aktiviti kelab.
6.1.2.3 Mengurus dan mentadbir kelab.
6.1.3 Di samping sumbangan pihak luar seperti swasta, PIBG, dan sebagainya, Kelab Komputer Sekolah boleh dilaksanakan dengan menggunakan infrastruktur ICT yang sedia ada di bawah program perkomputeraan KPM seperti Program Komputer Dalam Pendidikan, Program Perkomputeraan Reka Cipta, Sekolah Bestari, Perkomputeraan Tingkatan 6 dan mata pelajaran Teknologi Maklumat.
6.1.4 Sebarang perjanjian yang dibuat dengan pihak luar hendaklah diteliti implikasinya oleh pihak sekolah dan seterusnya diluluskan oleh JPN sebelum ditandatangani oleh pihak PIBG atau Lembaga Pengurus Sekolah.
6.2 KANDUNGAN
6.2.1 Untuk aktiviti kelab, pengisian dan latihan boleh dilaksanakan mengikut kemampuan dan kepakaran tenaga pelajar yang boeh dipilih di kalangan guru atau pihak luar. Aktiviti yang dicadangkan ialah:
6.2.1.1 Sesi pendedahan kepada komputer. 6.2.1.2 Pengajaran pengaturcaraan.
6.2.1.3 Penggunaan perisian kursus dan perisian aplikasi
6.2.1.4 Penggunaan perisian pengarangan dan pembangunan bahan multimedia. 6.2.1.5 Komputer Grafik
|Unit ICT, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai |
28
6.2.1.7 Servis dan penyenggaraan perkakasan dan perisian dan sebagainya. 6.2.1.8 Pemasangan dan penyenggaraan rangkaian.
6.3 SYARAT PELAKSANAAN
6.3.1 Mempunyai bilik/makmal ICT yang sesuai dan selamat.
6.3.2 Sekurang-kurangnya dua guru penasihat yang dilantik oleh Pengetua/Guru Besar. 6.3.3 Rancangan aktiviti dan pengisian yang terancang.
6.3.4 Bekalan kuasa elektrik 3-phase untuk menampung bekalan kuasa peralatan perkomputeraan.
6.3.5 Menggunakan perisian-perisian yang sesuai dan berlesen.
6.3.6 Untuk keselamatan perkakasan, bilik/makmal berkenaan sebaiknya terletak di tingkat satu sesebuah bangunan itu dan dipasang jerji pada pintu dan tingkap.
6.4 KEPUTUSAN UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM
6.4.1 Kesediaan dan kesedaran guru.
6.4.2 Sokongan oleh pihak pengurusan sekolah.
6.4.3 Garis panduan dan rancangan pelaksanaan yang tersusun dan sistematik.
6.5 UKURAN PENCAPAIAN
Penguasaan kemahiran ICT oleh pelajar berdasarkan output atau produk pelajar. Contohnya, penghasilan dalam pertandingan menghasilkan bahan persembahan menggunakan Power Point, merekacipta aturcara komputer atau perisian.
6.7 RUJUKAN
6.7.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/200 : Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah bertarikh 15 Mac 2000
bil.KP(BS)8591/Jld.XVI/(8).
6.7.2 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1988: Panduan Tajaan oleh Syarikat/Badan Perniagaan di Sekolah.
6.7.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/1988: Larangan menaja Jualan Terus di Sekolah-sekolah, bertarikh 29 Jun 1988, bil KP(BS)8591/Jld.lll/(31)
6.7.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1992 : Penerimaan Hadiah dan Sumbangan Daripada Pertubuhan, Institusi, Syarikat atau Kerajaan Negara Luar, bertarikh 28 April 1992, bil KP(BS)8591/Jld.lV/(110)
6.7.5 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1997 : Program dan Aktiviti Sekolah yang melibatkan Dasar dan/atau Pungutan Wang, bertarikh 2 Mei 1997, bil KP(BS)8591/Jld.VIII/(74)
|Unit ICT, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai |
29
6.7.6 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2001 : Peringatan Mengenai Pengaruh Negatif Cybercafe dan Pusat Permainan Video Terhadap Murid-murid Sekolah, bertarikh 6 Jun 2001, bil KP(BS)8591/Jld.XVII/(6)
6.7.7 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1992 : Pelaksanaan Mata Pelajaran Literasi Komputer Bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan II Fasa I Projek KDP di 60 buah Sekolah, bertarikh 17 Feb 1992, bil KP(BS)8601/01/0400/ Jld.II(91)
6.7.8 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1986 : Penyelarasan Pelaksanaan Kurikulum
“Pengenalan Kepada Komputer” dan Kegiatan Kelab Komputer Sekolah, bertarikh 7 Mac 1986, bil KP(BS)8591/ Jld.II/(45)
6.7.9 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1986 : Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab Komputer Sekolah, bertarikh 11 Mac 1986. bil KP(BS)8591/Jld. II/(45)
6.7.10 Laman web http:// kdp.ppk.kpm.my (Melalui laman ini, bahan-bahan pengajaran dalam bentuk Modul Pembelajaran Akses Kendiri boleh di download untuk kegunaan aktiviti pembelajaran Literasi Komputer)
|Unit ICT, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai |
30
Lampiran 2-1 PANDUAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN KELAB KOMPUTER / TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH1. Pendahuluan
1.1 Dunia sekarang berada dalam era maklumat, di mana Teknologi Maklumat memainkan peranan yang penting untuk kejayaan masa depan dalam dunia tanpa sempadan. Selaras dengan perkembangan ini, Sistem Pendidikan Kebangsaan haruslah mengoptimumkan penggunaan Teknologi maklumat untuk tujuan pengurusan serta pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan ini, panduan penubuhan Kelab komputer / Teknologi Maklumat Sekolah perlu diberi penekanan baru kerana:
a. Teknologi Maklumat sentiasa berkembang dan berubah:
b. Kepesatan kemasukan pelbagai program Teknologi maklumat ke sekolah:
c. Teknologi Maklumat merupakan penyokong kepada pengajaran dan pembelajaran bestari:dan/atau
d. Ketidakseragaman dalam penubuhan dan perkembangan Kelab Komputer / Teknologi Maklumat Sekolah.
1.2 Tujuan panduan ini ialah untuk memberi panduan kepada guru-guru bagaimana hendak: a. Menubuhkan Kelab Komputer / Teknologi Maklumat Sekolah;
b. Merancang aktiviti; dan
c. Mengurus dan mentadbir kelab.
2. Matlamat Kelab Komputer / Teknologi maklumat Sekolah
Dalam usaha negara mempertingkatkan kebolehan rakyat dalam bidang Teknologi Maklumat, matlamat Kelab komputer / Teknologi Maklumat Sekolah ialah untuk membolehkan murid mendapat pengetahuan dan menguasai kemahiran asas Teknologi Maklumat. Selain daripada itu, murid boleh meningkatkan keupayaan pengkomputeran untuk pembangunan diri sesuai dengan perkembangan Teknologi Maklumat pada masa kini dan akan datang berlandaskan nilai-nilai murni yang terkandung dalam Falsafah pendidikan Negara.
3. Objektif Kelab Komputer / Teknologi Maklumat Sekolah
Matalamat Kelab Komputer / Teknologi Maklumat Sekolah boleh direalisasikan melalui objektif yang berikut:
|Unit ICT, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai |
31
a. Pengetahuan.
i. Mendedahkan murid kepada pengetahuan asas yang berkaitan dengan sistem Komputer / Teknologi Maklumat.
ii. Membimbing murid mengetahui sistem pengoperasian komputer.
iii. Memberi murid peluang untuk meneroka perkembangan terbaru dalam pelbagai disiplin ilmu.
iv. Mendedahkan murid kepada peluang-peluang kerja yang berkaitan dengan Komputer dan Teknologi Maklumat.
b. Kemahiran.
i. Menguasai kemahiran mencari dan mengurus maklumat yang sesuai melalui penggunaan Teknologi Maklumat.
ii. Menguasai kemahiran berinteraksi antara individu / kumpulan melalui kemudahan Teknologi Maklumat dan sistem rangkaian komunikasi.
iii. Menguasai kemahiran pengaturcaraan yang membolehkan murid membangunkan sesuatu system.
c. Nilai.
i. Memupuk sikap positif terhadap penggunaan Teknologi Maklumat.
ii. Menggalakkan perkongsian idea dan maklumat di kalangan murid, antara kelab, dan antara institusi atau individu dalam masyarakat.
4. Penubuhan Kelab Komputer / Teknologi Maklumat Sekolah
4.1 Sekolah digalakkan untuk menubuhkan kelab Komputer / Teknologi Maklumat dan mematuhi Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Persatuan Sekolah) PU (A) 196/98 yang termatub dalam Akta Pendidikan 1996.
4.2 Permohonan untuk menubuhkan kelab hendaklah dibuat secara bertulis kepada Pengetua / Guru Besar dengan mengemukakan perkara-perkara seperti perlembagaan kelab, senarai ahli, dan senarai aktiviti utama kelab.
4.3 Kelab Komputer / Teknologi Maklumat Sekolah boleh menggunakan kemudahan makmal komputer yang sedia ada di bawah program Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti Komputer Dalam Pendidikan, Reka Cipta, sekolah Bestari, Perkomputer Tingkatan 6 dan mata pelajaran Teknologi Maklumat.
4.4 Pihak sekolah juga boleh mendapatkan bantuan daripada badan-badan yang berikut setelah mendapat kelulusan daripada Pendaftaran, iaitu:
a. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) / Lembaga Pengelola Sekolah (LPS). b. Syarikat Komputer swasta.
|Unit ICT, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai |
32
4.5 Dasar Penubuhan Kelab Komputer / Teknologi Maklumat ialah:
a. Kelab Komputer / Teknologi Maklumat sekolah hendaklah didaftarkan dengan Jabatan Pendidikan Negari (JPN) masing-masing.
b. Kelab komputer / Teknologi Maklumat Sekolah hendaklah dijalankan sebagai aktiviti ko-kurikulum.
c. Keahlian kelab adalah secara sukarela dan mendapat kebenaran ibu bapa.
d. Aktiviti Kelab Komputer / Teknologi Maklumat Sekolah hendaklah dijalankan di luar jadual waktu sekolah supaya tidak menganggu proses pengajaran dan pembelajaran.
e. Jumlah waktu belajar secara “hands-on” hendaklah tidak kurang daripada 2 jam seminggu bagi seseorang murid.
f. Sebarang penglibatan pihak luar KPM dalam aktiviti Kelab Komputer / Teknologi Maklumat Sekolah hendaklah:
i. Mendapat kebenaran bertulis daripada JPN masing-masing.
ii. Mematuhi Peraturan-Peraturan Ikhtisas, Kewangan dan Perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia dari semasa ke semasa.
g. Sebarang perjanjian yang dibuat dengan pihak luar hendaklah diteliti implikasinya oleh pihak sekolah dan seterusnya diluluskan oleh pihak JPN sebelum ditandatangani oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru atau Lembaga Pengelola Sekolah.
h. Sekirannya komputer dibekalkan oleh pihak KPM atau disumbangkan oleh mana-mana pihak, maka kadar bayaran yang dikenakan kepada ahli kelab adalah ditentukan oleh Pengetua/Guru Besar dengan mendapat kelulusan daripada Pendaftar.
i. Sekiranya komputer disewa daripada syarikat komputer oleh pihak PIBG/LPS maka kadar bayaran yang dikenakan untuk ahli kelab adalah ditentukan oleh Pengetua/Guru Besar dengan bersetujuan PIBG serta mendapat kelulusan Pendaftar. Pihak sekolah perlu memastikan murid-murid yang tidak mampu juga diberi peluang untuk menjadi ahli Kelab Komputer / Teknologi Maklumat Sekolah dengan kadar yang minimum. Yuran Kelab Komputer / Teknologi maklumat Sekolah yang disimpan dalam akaun PIBG hendaklah dikawal oleh Pengetua/Guru Besar selaku Penasihat PIBG.
j. Sekiranya tenaga pengajar adalah dari syarikat swasta, pihak sekolah perlu mendapatkan kebenaran Pendaftar dan juga menentukan kesesuaian kandungan pengajaran yang disimpankan kepada murid.
|Unit ICT, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai |
33
k. Aktiviti Kelab Komputer / Teknologi Maklumat Sekolah seharusnya meliputi semua kemahiran asas sehingga aktiviti-aktiviti pengayaan yang lebih mencabar dan bersesuaian dengan kebolehan ahli.
l. Semua perisian yang digunakan mestilah berlesen
m. Pengetua / Guru Besar dalah bertanggungjawab mengawal kutipan dan simpanan wang kelab.
n. Pendaftar / Pengetua / Guru Besar boleh secara bertulis mengarahkan kelab dibubarkan sekiranya beliau berpuas hati bahawa kelab tidak menjalankan aktiviti yang membawa manfaat kepada murid sebagaimana yang tercatat dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) PU (A) 196/98
5. Pengurusan Kelab Komputer / Teknologi Makluamat Sekolah 5.1 Organisasi dan Pengurusan Kelab
5.1.1 Kelab perlu mempunyai perlembagaan yang diluluskan oleh Pengetua/Guru Besar. Perlembagaan Kelab mesti merangkumi perkara-perkr seperti nama dn logo kelab, dasar, matlamat dan tujun penubuhan kelab, keahlian, yuran, bilangan ahli jawatankuasa guru penasihat dan mesyuarat agung.
5.1.2 Guru Penasihat
a) Sesebuah kelab perlu mempunyai sekurang-kurngny dua orng guru penasihat yang dilantik oleh Pengetua/Guru Besar.
b) Guru penasihat harus dipilih dari kalangan guru yang mempunyai minat mendalam dan motivasi tinggi serta mempunyai dedikasi serta penglibatan ikhtisas yang sepenuhnya.
c) Antara peranan guru penasihat ialah :
i. Menubuhkan jawatnkuasa yang dianggotai oleh murid-murid
ii. Membimbing jawatankuasa kelab dalam merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang :
Menarik dan memupuk minat murid yang berbeza-beza kebolehan dalam menggunakan komputer.
Mempunyai kesimbangan dari segi nilai pengetahuan nilai sosialdan nilai rekreasinya.
|Unit ICT, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai |
34
iii. Mengatur jadual(schedule) bagi penggunaan komputer oleh ahli-ahli dan pembahagian tugas penyeliaan oleh ahli jawatnkuasa.
iv. Menyertai semua perjumpaan formal yang diadakan serta memantau aktiviti yang dijalankan.
v. Mengadakan perhubungan dengan penasihat Kelab Komputer / Teknologi Maklumat sekolah-sekolah lain dalam usaha mendalami pengetahuan dan mempelbagaikan aktiviti kelab.
vi. Mengadakan satu sistem kawalan kutipan yuran dan perbelanjaan Kelab Komputer / Teknologi Maklumat Sekolah.
vii. Menyelaras dan mengawal selia kegiatan yang dijalankan oleh tenaga pengajar swasta.
d) Penasihat Kelab Komputer / Teknologi Maklumat Sekolah digalakkan
mempertingkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Teknologi Maklumat.
5.1.3 Jawatankuasa
a) Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada murid-murid yang bertanggungjawab b) Jawatankuasa kelab terdiri daripada
Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha
Bendahari (perlu menyimpan rekod kutipan yuran dan perbelanjaan pegangan tunai sekiranya kelab tersebut tidak melibatkan pihak luar)
dan
Ahli Jawatankuasa (bertindak sebagai Ketua Kumpulan dan bilangannya bergantung kepada bilangan ahli kelab).
c) Ahli Jawatankuasa perlu diberi latihn yang sesuai untuk membolehkan mereka membantu guru dalam penyeliaan kerja amali
|Unit ICT, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai |
35
5.1.4 Keahlian.
a. Keahlian dikira gugur apabila seseorang ahli meninggalkan sekolah, melanggar peraturan kelab atau melanggar Peraturan-Peraturan Pendidikan (Majalah Sekolah dan Bahan Multimedia) 1998 yang termaktub dalam Akta Pendidikan !996.
b. Setiap ahli diwajibkan menghadiri semua aktiviti yang dirancang. c. Setiap ahli hendaklah mematuhi semua peraturan kelab.
d. Untuk sesi “hands-on“, tidak lebih daripada 2 orang murid diperuntukkan kepada sebuah komputer pada sesuatu masa.
5.1.5 Kewangan
a. Semua kutipan dang perbelanjaan wang oleh Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah hendaklah direkod dan Pengetua/Guru Besar adalah bertanggungjawab menyelia dan mengawal kutipan dan perbelanjaan wang kelab.
b. Pegangan tunai tidak melebihi RM 200.00 hendaklah dipegang oleh Bendahari Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah pada sesuatu masa.
c. Pendaftar dan Pengetua/Guru Besar dibenarkan memeriksa pada bila-bila masa kewangan kelab sekiranya yuran kelab disimpan dalam akaun PIBG.
5.1.6 Penggunaan Kemudahan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat
a. Keutamaan kegunaan kemudahan kelab adalah kepada ahli kelab sekiranya kompuer disewa daripada syarikat swasta.
b. Kemudahan computer kepunyaan kelab boleh digunakan oleh guru dan kakitangan pejabat sekolah dengan syarat kerja-kerja ini dilakukan di luar waktu kelab mengadakan aktiviti-aktivitinya serta mendapat kebenaran Pengetua/Guru Besar dan Guru Penasihat Kelab Komputer/Teknologi Maklumat.
c. Bagi Kelab yang menggunakan kemudahan makmal computer kepunyaan sekolah, Pengetua/Guru Besar dan Guru Penasihat hendaklah mengatur jadual penggunaan kemudahan tersebut untuk kelab.
5.2 Aktiviti Kelab Komputer/Teknologi Maklumat 5.2.1 Latihan
a. Latihan untuk ahli boleh dikendalikan oleh guru penasihat, guru pembantu, murid-murid yang telah mahir, pengajar swasta atau pengajar sambilan
b. Latihan boleh dibuka kepada murid lain dan guru-guru di sekolah berkenaan dengan syarat mereka juga membayar yuran yang ditetapkan.
|Unit ICT, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai |
36
i. Sesi pendedahan kepada komputer (Computer Awareness Sessions); ii. Pengajaran pengatucaraan;
iii. Penggunaan perisian pendidikan dan perisian aplikasi; iv. Penggunaan sistem „authoring‟ ;
v. Capaian internet;
vi. Pembangunan laman web; dan vii. Pembinaan aplikasi sistem.
5.2.2 Aktiviti Kurikulum Lanjutan Komputer Dalam Pendidikan
Aktiviti dan latihan yang terkandung dalam kurikulum Komputer Dalam Pendidikan (KDP) Sekolah Rendah dan Menengah, Kementerian Pelajaran Malaysia boleh diguna pakai untuk tujuan latihan peningkatan pengetahuan dan kemahiran.
5.2.3 Aktiviti Am
Antara aktiviti lain yang boleh dijalankan termasuk: a. Surat berita (newsletter)/bulletin.
b. Perjumpaan/mesyuarat kelab.
c. Seminar/ceramah/perbincangan/debat/kuiz. d. Lawatan.
e. Pameran/Hari Terbuka. f. Tayangan filem/video/slaid.
g. Kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan perisian.
5.3 Laporan aktiviti kelab hendaklah dikemukakan kepada Pengetua/Guru Besar dalam dalam tempoh 14 hari daripada tarikh mesyuarat pertama kelab. Sekiranya terdapat perubahan dalam
perlembagaan kelab, ahli jawatankuasa atau ahli, umpamanya, laporan mesti dikemukakan secara bertulis kepada Pengetua/Guru Besar dalam dalam tempoh 14 hari daripada perubahan tersebut.
6. Infrastruktur Kelab Komputer /Teknologi Maklumat Sekolah 6.1 Infrastruktur kelab terdiri daripada
a. Makmal/Bilik Komputer b. Perkakasan
|Unit ICT, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai |
37
6.2 Makmal/Bilik Komputer
6.2.1 Bagi menjamin keselesaan murid dan guru, pengurusan fizikal makmal/bilik komputer hendaklah mengambil kira
a. Saiz makmal/bilik b. Bilangan murid
Nisbah murid : komputer
6.2.2 Makmal/Bilik Komputer sebaik-baiknya berhawa dingin.
6.2.3 Makmal / Bilik Komputer harus menggunakan meja komputer yang sesuai 6.2.4 Unit pengimbang kuasa (power stabilizer units) adalah dinasihatkan
dipasang,terutamanya bagi kawasan yang sering mengalami gangguan elektrik. 6.2.3 Makmal / Bilik Komputer sebaik-baiknya terletak di tingkat satu atau lebih tinggi dan
dipasang jerjak/jeriji pada pintu dan jendela bagi keselamatan peralatan.
6.2.4 Sambungan yang berlebihan kepada satu punca kuasa (overloading ) mestilah diletakkan dan perlu mendapatkan kelulusan pihak JKR terlebih dahulu.
6.3 Perkakasan.
6.3.1 Perkakasan komputer hendaklah memenuhi spesifikasi minimum semasa :
a. Keperluan Utama.
i. Komputer mikro (multimedia); dan
ii.Pencetak ( 1 unit untuk setiap 5 – 10 unit komputer mikro). b. Keperluan Tambahan (mengikut kemampuan kelab )
i. Pengimbas;
ii. Modem dan sambungan internet; iii. Rangkaian setempat (LAN)
iv. Projektor LCD atau TV dan kad dan; v. Lain-lain peralatan komputer,
6.3.2 Setiap komputer mikro hendaklah dilengkapkan dengan sistem pengoperasian yang berlesen dan sesuai dengan perisian.
6.3.3 Semua perkakasan komputer sebaik-baik hendaklah diinsuranskan.
6.4 Perisian.
6.1 Semua perisian hendaklah sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran serta kokurikulum di sekolah.
|Unit ICT, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai |
38
7 Penyelenggaraan ( Makmal, Perkakasan dan Perisian )7.1 Semua perkakasan dan perisian hendaklah direkodkan ke dalam buku stok sebagai rekod inventori.
7.2 Makmal komputer hendaklah sentiasa berkeadaan bersih daripada habuk.
7.3 Penyelengaraan perkakasan hendaklah dilakukan secara berkala oleh sekolah atau dengan perkhidmatan pihak luar, jika perlu.
7.4 Kelab adalah digalakan dan menyimpan salinan (backup) perisian dan aplikasi sebagai langkah keselamatan
8. Peraturan Makmal
a. Pengguna-pengguna makmal komputer mesti mematuhi peraturan-peraturan makmal bagi menjamin keselamatan diri dan peralatan komputer. Antara peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi ialah ;
i. Dilarang membawa beg/fail dan makanan/minuman ke dalam makmal.
ii. Dilarang membawa masuk sebarang cakera milik persendirian ke dalam makmal kecuali dengan kebenaran guru penasihat.
iii. Dilarang membawa keluar daripada makmal sebarang perkakasan/perisian komputer. iv. Dilarang sama sekali mengusik barang talian/sambutan kawat yang terdapat di belakang
komputer, atau membuka tudung komputer.
v. Dikehendaki mengisi butir-butir yang perlu di dalam buku log penggunaan makmal untuk membolehkan kelab mengesan setiap pengguna makmal.
b. Beberapa peraturan lain yang berkaitan adalah terserah kepada budi bicara sekolah/guru penasihat kelab (jika difikirkan perlu).
|Unit ICT, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai |
39
Bab 7 – PENGLIBATAN, KERJASAMA DAN SUMBANGAN PIHAKKerajaan sentiasa mengalu-alukan penglibatan, kerjasama dan sumbangan pihak luar dalam kegiatan sekolah berhubung aktiviti atau program teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di sekolah. Bab ini menerangkan tatacara penerimaan sumbangan yang dibenarkan oleh KPM apabila sesuatu pihak ingin menaja atau meyumbangkan kepakaran, perkakasan,perisian atau apa jua bentuk peralatan ICT kepada sekolah.
Walau bagaimanapun sekolah sebagai institusi kerajaan perlu mematuhi segala peraturan dan pekeliling yang termaktub. Pekeliling-Pekeliling yang dirujuk dalam bab ini ialah :
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 19/2000 : Panduan Menggalakkan Kerjasama dan Sumbangan Pihak Luar Dalam Program Teknologi Maklumat dan Komunikasi Di Sekolah.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1988 : Panduan Tajaan oleh Syarikat/Badan Perniagaan di Sekolah.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1992 : Penerimaan Hadiah dan Sumbangan daripada Pertubuhan, Institusi, Syarikat atau Kerajaan Negara Luar.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1997 : Program dan Aktiviti Sekolah Yang Melibatkan Dasar / Atau Pungutan Wang.
1. PERKARA YANG DIBENARKAN OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA
Bagi menggalakkan sumbangan, perkara yang berikut adalah dibenarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
1.1 Pihak penyumbang bekerjasama dengan pihak sekolah dan membuat perancangan jangka panjang dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat pelajar serta melengkapkan sekolah dengan kemudahan komputer.
1.2 Pihak penyumbang meletak label nama penyumbang pada bilik atau peralatan.
1.3 Pihak penyumbang mengadakan majlis pelancaran di sekolah untuk mendapatkan liputan media massa dan menaggung perbelanjaan serta mengusahakan tenaga kerja yang berkaitan.
1.4 Pihak penyumbang menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di sekolah asalkan tidak menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Untuk tujuan ini, pihak penyumbang perlu terlebih dahulu mengemukakan kertas cadangan tentang penyelidikan yang akan dijalankan ke Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM untuk mendapatkan
kelulusan.
2. PERSEDIAAN OLEH PIHAK SEKOLAH SEBELUM MENERIMA SUMBANGAN
2.1 Sebelum pihak sekolah bersetuju untuk menerima sumbangan
|Unit ICT, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai |
40
Sumbangan kepada pihak sekolah merupakan outright gift dan tiada bayaran dikenakan. Sumbangan yang diterima tidak membebankan pihak sekolah.
Pertimbangan perlu diberikan kepada infrastruktur, keselamatan dan peruntukan kewangan.
Mendapatkan sumbangan secara pakej adalah digalakkan.
Sebarang sumbangan dari negara luar perlu melalui Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kepentingan pelajar hendaklah diutamakan.
Sumbangan hendaklah selaras dengan rancangan dan dasar yang ditetapkan.
Penyertaan pihak luar tidak bercanggah dangan falsafah dan matlamat pendidikan negara. 2.2 Bagi sumbangn berbentuk kepakaran pula, pihak sekolah perlu memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut :
Kandungan kursus yang diberikan hendaklah diserahkan kepada pihak sekolah terlebih dahulu untuk diteliti.
Pemantauan secara berterusan oleh pihak pengurusan sekolah perludijalankan.
Tiada bayaran dikenakan bagi perkhidmatan kepakaran.
3. TATACARA PENERIMAAN SUMBANGAN OLEH PIHAK SEKOLAH
Bagi memastikan kelicinan dalam penerimaan sumbangan, pihak sekolah yang menerima sumbangan hendaklah mematuhi perkara berikut seperti Carta Alir sumbangan pihak luar :
3.1 Memohon kebenaran daripada PPD/PPB.
3.2 Satu memorandum persetujuan (sekiranya perlu) antara pihak penyumbang dan pihak sekolah hendaklah ditandatangani dan disaksikan oleh PPD/PPB.
3.3 Pihak sekolah hendaklah merekod sumbangan ke dalam boring KEW.312 (daftar harta modal). 3.4 Segala urusan yang berkaitan hendaklah dimaklumkan kepada JPN masing-masing.
4. TANGGUNGJAWAB JPN DAN PPD / PPB
Bagi memastikan kesinambungan program yang diluluskan, pihak JPN dan PPD / PPB perlu melaksanakan perkara-perkara barikut :
4.1 Meminta pihak sekolah membuat pengiraan implikasi kos selepas tamat tempoh tajaan daripada aspek :
Kos penyenggaraan peralatan;
Kos sewaan talian;
Kos penggantian alat;