i
Standard Kualiti
Pengurusan dan Pengajaran Matematik
Sekolah Rendah
ISBN
HAKCIPTA
Rekabentuk Kulit
Shamsuri bin Sujak
Penerbit
CAWANGAN SAINS DAN MATEMATIK
JEMAAH NAZIR SEKOLAH
ARAS 3-5, BLOK E15, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA
Diterbitkan Oleh :
CAWANGAN SAINS DAN MATEMATIKJEMAAH NAZIR SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3 - 5, BLOK E15 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA Tel : 03 - 8884 4161 Fax : 03 - 8888 6867 Email : [email protected]
Cetakan Pertama
2007
ISBN 983-2509-18-9
iii
Didedikasikan untuk semua
Didedikasikan untuk semua
Didedikasikan untuk semua
Didedikasikan untuk semua
Didedikasikan untuk semua
Nazir Mata Pelajaran Matematik ,
Nazir Mata Pelajaran Matematik ,
Nazir Mata Pelajaran Matematik ,
Nazir Mata Pelajaran Matematik ,
Nazir Mata Pelajaran Matematik ,
Guru Besar serta Guru Matematik di seluruh negara
Guru Besar serta Guru Matematik di seluruh negara
Guru Besar serta Guru Matematik di seluruh negara
Guru Besar serta Guru Matematik di seluruh negara
Guru Besar serta Guru Matematik di seluruh negara
sempena Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan
sempena Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan
sempena Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan
sempena Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan
sempena Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan
Malaysia
Malaysia
Malaysia
Malaysia
Malaysia
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian
Pelajaran Malaysia atas inisiatif menerbitkan Standard Kualiti Pengurusan Dan
Pengajaran Sains dan Matematik sebagai panduan kepada semua Guru Besar,
Pengetua serta guru Sains dan Matematik dalam memastikan pencapaian kualiti
Pendidikan Sains dan Matematik di sekolah berada pada tahap yang tinggi.
Sesungguhnya Standard ini menjadi pelengkap kepada usaha Kementerian
Pelajaran Malaysia dalam menyemarakkan semangat dan usaha untuk melonjak
kecemerlangan pendidikan bagi meletakkan Malaysia dalam arus perdana
pendidikan dunia.
Pendidikan Sains dan Matematik adalah menjadi teras dalam usaha
menghasilkan modal insan yang berdaya saing. Saya berharap Standard ini
dapat dimanfaatkan oleh semua pihak untuk memperkukuhkan keupayaan dan
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik
di sekolah. Secara tidak langsung, kefahaman, kecekapan dan keberkesanan
pendidikan Sains dan Matematik di sekolah akan meningkat.
Saya amat yakin bahawa menerusi pendidikan Sains dan Matematik yang
berkualiti, hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjadikan pendidikan
di negara ini bertaraf dunia akan tercapai.
Selamat Maju Jaya.
DATO’ SERI HISHAMMUDDIN BIN TUN HUSSEIN
MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
v
SEKAPUR SIREH
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Jemaah Nazir
Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia atas inisiatif menerbitkan Standard
Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Sains dan Matematik. Penerbitan Standard
ini adalah satu usaha yang terpuji.
Kurikulum Pendidikan Sains dan Matematik telah digubal selaras dengan usaha
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk merealisasikan misi dan wawasan
negara. Kurikulum ini dapat menyediakan modal insan yang boleh menyumbang
kepada pembangunan dan kemajuan diri, keluarga, masyarakat dan negara
yang komprehensif merangkumi bidang pendidikan, ekonomi, sosial dan moral
serta berintegriti, bersatu padu, demokratik, liberal dan dinamik.
Guru Besar, Pengetua serta guru Sains dan Matematik bertanggungjawab untuk
mempertingkatkan kualiti pendidikan Sains dan Matematik di peringkat sekolah.
Oleh yang demikian, mereka haruslah berilmu, peka terhadap perkembangan
terbaru di dalam Pendidikan Sains dan Matematik serta mahir dengan tugas
menghasilkan pengajaran Sains dan Matematik yang berkualiti tinggi.
Standard ini disediakan untuk membantu sekolah mencapai matlamat yang
dimaksudkan di atas. Mudah-mudahan, ia akan dimanfaatkan oleh semua pihak
yang terlibat dengan pendidikan Sains dan Matematik.
Semoga usaha murni ini akan dapat diteruskan dari semasa ke semasa demi
kepentingan dan kemajuan pendidikan di negara kita.
Sekian, terima kasih.
Selamat Maju Jaya.
DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD DOM
PRAKATA
KETUA NAZIR SEKOLAH
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
,
Standard Kualiti Pengurusan dan Pengajaran (SKPP) Sains dan Matematik ini adalah kesinambungan kepada Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang telah diterbitkan dalam tahun 2003. Standard ini telah diolah dengan mengambil kira falsafah, konsep, matlamat dan objektif pendidikan Sains dan Matematik serta perkembangan dan perubahan terkini dalam sistem pendidikan negara seperti pelaksanaan Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS).
Pada dasarnya, Kurikulum Sains dan Matematik kini mengutamakan proses pendidikan yang bersifat menyeluruh dan seimbang meliputi perkembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani. Sebagai pemimpin instruksional di sekolah, Guru Besar dan Pengetua harus berupaya memberikan bimbingan profesional kepada semua stafnya. Guru Sains dan Matematik pula selain daripada melaksanakan kurikulum yang telah digubal, hendaklah juga menjadi agen inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan berkemahiran memberikan pendidikan yang berkualiti kepada semua murid.
Jemaah Nazir Sekolah mengambil inisiatif menerbitkan SKPP Sains dan Matematik ini sebagai usaha membantu Guru Besar, Pengetua dan guru mata pelajaran Sains dan Matematik meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran mereka mengenai pendidikan Sains dan Matematik, khususnya dalam aspek pengurusan Kurikulum Sains dan Matematik serta pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Semoga dengan usaha ini, mereka yang terlibat akan lebih berkeupayaan untuk menguruskan program-program pendidikan Sains dan Matematik di peringkat sekolah dengan lebih berkesan. Diharap Standard ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak yang terlibat dengan pendidikan Sains dan Matematik di sekolah dan seterusnya menjadi suatu bahan rujukan profesional. Sekian, terima kasih.
Salam hormat,
vii
Kurikulum Matematik Sekolah Rendah menyarankan pendekatan
pembelajaran yang menekankan penglibatan murid secara aktif. Selain
itu, pemupukan nilai-nilai murni, penguasaan kemahiran Matematik,
Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis perlu dibangunkan, sejajar dengan
keperluan untuk membangunkan modal insan yang dapat menyumbang
kepada pembangunan negara dan kesejahteraan sejagat.
Standard Kualiti Pengurusan dan Pengajaran (SKPP) Matematik Sekolah
Rendah diterbitkan bertujuan membantu pihak sekolah untuk
mempertingkatkan lagi kualiti pendidikan Matematik di sekolah. Pihak
sekolah hendaklah menggunakannya dengan bijaksana dan menyesuaikan
panduan yang terdapat di dalamnya dengan keadaan sekolah dan
keperluan murid.
AHLI JAWATANKUASA PENGGUBALAN DAN PENERBITAN
PENASIHAT
HAJI ABDUL ADZIS BIN ABAS
KETUA NAZIR SEKOLAH
JEMAAH NAZIR SEKOLAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
HAJAH ESAH BINTI JANTAN
TIMBALAN KETUA NAZIR SEKOLAH (OPERASI)
JEMAAH NAZIR SEKOLAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PENGERUSI
HAJI YUSOF BIN HAMID
KETUA SEKTOR KURIKULUM
JEMAAH NAZIR SEKOLAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PENYELARAS
SHAMSURI BIN SUJAK
KETUA PENOLONG PENGARAH SAINS & MATEMATIK
JEMAAH NAZIR SEKOLAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
AHLI
HAJI ALI BIN ABU BAKAR
Dr. LOGESWARY a/p DORAISAMY
FARIDAH BINTI YANG RAZALI
ISHAK BIN ARIF
CHIANG CHOON LIM
JAMALIAH BINTI HAJI MOHD SOM
KRISHNAN a/l MUNUSAMY
JUANANG TININ
AHMAD KAMAL BIN HAJI YASIN
ZAINAL BIN MOHAMAD
NOOR FILZAH BINTI KAMARUDDIN
BAYNUM BINTI HASSAN
SHADHANA a/p POPATLAL
TAMRIN BIN ZAHARUDIN
URUS SETIA
CAWANGAN SAINS DAN MATEMATIK
JEMAAH NAZIR SEKOLAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ix
Tajuk Muka Surat
Kata Alu-Aluan YB Menteri Pelajaran Malaysia Sekapur Sireh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Prakata Ketua Nazir Sekolah
Dari Meja Penerbit
Falsafah Pendidikan Kebangsaan Misi Kementerian Pelajaran Malaysia Visi Jemaah Nazir Sekolah
Misi Jemaah Nazir Sekolah Matlamat Jemaah Nazir Sekolah Matlamat Pendidikan Matematik Objektif Pendidikan Matematik
Bab 1 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia - Sekolah
1.1 Pengenalan
1.2 Pernyataan Standard
Bab 2 Pendidikan Matematik di Malaysia
2.1 Pendahuluan
2.2 Objektif Standard Kualiti Pengurusan dan Pengajaran Matematik 2.3 Peranan Guru Besar
Bab 3 Pengurusan
3.1 Pendahuluan
3.2 Jawatankuasa Kurikulum Sekolah 3.3 Kepimpinan Guru Besar
3.4 Panitia Mata Pelajaran 3.5 Tugas Ketua Panitia 3.6 Tugas Setiausaha Panitia 3.7 Pengagihan Tugas Mengajar
3.8 Peruntukan Masa Dan Sebaran Waktu Pelajaran Matematik 3.9 Perkembangan Staf
3.10 Persatuan Matematik 3.11 Sudut Matematik
Bab 4 Pengajaran Dan Pembelajaran
4.1 Pendahuluan
4.2 Isi Kandungan Kurikulum Matematik
4.3 Penekanan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik 4.4 Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik 4.5 Rancangan Pengajaran Matematik
4.6 Latihan Dan Tugasan Murid 4.7 Sumber Matematik
4.8 Penilaian Dalam Matematik
Bab 5 Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris
5.1 Latar Belakang
5.2 Jawatankuasa Khas PPSMI 5.3 Program Intervensi
5.4 Program Sokongan
Bab 6 Penyeliaan
6.1 Bidang-bidang Yang Perlu Diselia 6.2 Strategi Penyeliaan
6.3 Penyeliaan Pengurusan Kurikulum
iv v vi vii xi xi xi xi xii xii xii 1 2 15 16 16 19 19 21 22 23 25 26 26 27 29 30 31 33 34 36 37 38 42 44 49 49 50 50 53 53 54