• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengajaran Math

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pengajaran Math"

Copied!
117
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Standard Kualiti

Pengurusan dan Pengajaran Matematik

Sekolah Menengah

ISBN HAKCIPTA

Rekabentuk Kulit Shamsuri bin Sujak

Penerbit

CAWANGAN SAINS DAN MATEMATIK JEMAAH NAZIR SEKOLAH

ARAS 3-5, BLOK E15, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA

(3)

Diterbitkan Oleh :

CAWANGAN SAINS DAN MATEMATIK JEMAAH NAZIR SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

ARAS 3 - 5, BLOK E15 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN

PERSEKUTUAN

Cetakan Pertama 2007

(4)

Didedikasikan untuk semua

Didedikasikan untuk semua

Didedikasikan untuk semua

Didedikasikan untuk semua

Didedikasikan untuk semua

Nazir Mata Pelajaran Matematik ,

Nazir Mata Pelajaran Matematik ,

Nazir Mata Pelajaran Matematik ,

Nazir Mata Pelajaran Matematik ,

Nazir Mata Pelajaran Matematik ,

Pengetua serta Guru Matematik di seluruh negara

Pengetua serta Guru Matematik di seluruh negara

Pengetua serta Guru Matematik di seluruh negara

Pengetua serta Guru Matematik di seluruh negara

Pengetua serta Guru Matematik di seluruh negara

sempena Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan

sempena Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan

sempena Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan

sempena Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan

sempena Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan

Malaysia

Malaysia

Malaysia

Malaysia

Malaysia

(5)

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia atas inisiatif menerbitkan Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Sains dan Matematik sebagai panduan kepada semua Guru Besar, Pengetua serta guru Sains dan Matematik dalam memastikan pencapaian kualiti Pendidikan Sains dan Matematik di sekolah berada pada tahap yang tinggi. Sesungguhnya Standard ini menjadi pelengkap kepada usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyemarakkan semangat dan usaha untuk melonjak kecemerlangan pendidikan bagi meletakkan Malaysia dalam arus perdana pendidikan dunia.

Pendidikan Sains dan Matematik adalah menjadi teras dalam usaha menghasilkan modal insan yang berdaya saing. Saya berharap Standard ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak untuk memperkukuhkan keupayaan dan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah. Secara tidak langsung, kefahaman, kecekapan dan keberkesanan pendidikan Sains dan Matematik di sekolah akan meningkat.

Saya amat yakin bahawa menerusi pendidikan Sains dan Matematik yang berkualiti, hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjadikan pendidikan di negara ini bertaraf dunia akan tercapai.

Selamat Maju Jaya.

MENTERI PELAJARAN MALAYSIA KATA ALU-ALUAN

(6)

SEKAPUR SIREH

KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia atas inisiatif menerbitkan Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Sains dan Matematik. Penerbitan Standard ini adalah satu usaha yang terpuji.

Kurikulum Pendidikan Sains dan Matematik telah digubal selaras dengan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk merealisasikan misi dan wawasan negara. Kurikulum ini dapat menyediakan modal insan yang boleh menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan diri, keluarga, masyarakat dan negara yang komprehensif merangkumi bidang pendidikan, ekonomi, sosial dan moral serta berintegriti, bersatu padu, demokratik, liberal dan dinamik.

Guru Besar, Pengetua serta guru Sains dan Matematik bertanggungjawab untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan Sains dan Matematik di peringkat sekolah. Oleh yang demikian, mereka haruslah berilmu, peka terhadap perkembangan terbaru di dalam Pendidikan Sains dan Matematik serta mahir dengan tugas menghasilkan pengajaran Sains dan Matematik yang berkualiti tinggi.

Standard ini disediakan untuk membantu sekolah mencapai matlamat yang dimaksudkan di atas. Mudah-mudahan, ia akan dimanfaatkan oleh semua pihak yang terlibat dengan pendidikan Sains dan Matematik.

Semoga usaha murni ini akan dapat diteruskan dari semasa ke semasa demi kepentingan dan kemajuan pendidikan di negara kita.

Sekian, terima kasih. Selamat Maju Jaya.

(7)

PRAKATA

KETUA NAZIR SEKOLAH

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

,

Standard Kualiti Pengurusan dan Pengajaran (SKPP) Sains dan Matematik ini adalah kesinambungan kepada Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang telah diterbitkan dalam tahun 2003. Standard ini telah diolah dengan mengambil kira falsafah, konsep, matlamat dan objektif pendidikan Sains dan Matematik serta perkembangan dan perubahan terkini dalam sistem pendidikan negara seperti pelaksanaan Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS).

Pada dasarnya, Kurikulum Sains dan Matematik kini mengutamakan proses pendidikan yang bersifat menyeluruh dan seimbang meliputi perkembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani. Sebagai pemimpin instruksional di sekolah, Guru Besar dan Pengetua harus berupaya memberikan bimbingan profesional kepada semua stafnya. Guru Sains dan Matematik pula selain daripada melaksanakan kurikulum yang telah digubal, hendaklah juga menjadi agen inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan berkemahiran memberikan pendidikan yang berkualiti kepada semua murid.

Jemaah Nazir Sekolah mengambil inisiatif menerbitkan SKPP Sains dan Matematik ini sebagai usaha membantu Guru Besar, Pengetua dan guru mata pelajaran Sains dan Matematik meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran mereka mengenai pendidikan Sains dan Matematik, khususnya dalam aspek pengurusan Kurikulum Sains dan Matematik serta pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Semoga dengan usaha ini, mereka yang terlibat akan lebih berkeupayaan untuk menguruskan program-program pendidikan Sains dan Matematik di peringkat sekolah dengan lebih berkesan. Diharap Standard ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak yang terlibat dengan pendidikan Sains dan Matematik di sekolah dan seterusnya menjadi suatu bahan rujukan profesional. Sekian, terima kasih.

(8)

Kurikulum Matematik Sekolah Menengah menyarankan pendekatan pembelajaran yang menekankan penglibatan murid secara aktif. Selain itu, pemupukan nilai-nilai murni, penguasaan kemahiran Matematik, Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis serta strategi berfikir perlu dibangunkan sejajar dengan keperluan untuk membangunkan modal insan yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara dan kesejahteraan sejagat. Standard Kualiti Pengurusan dan Pengajaran (SKPP) Matematik Sekolah Menengah diterbitkan bertujuan membantu pihak sekolah untuk mempertingkatkan lagi kualiti pendidikan Matematik di sekolah. Pihak sekolah hendaklah menggunakannya dengan bijaksana dan menyesuaikan panduan yang terdapat di dalamnya dengan keadaan sekolah dan keperluan murid.

(9)

AHLI JAWATANKUASA PENGGUBALAN DAN PENERBITAN

PENASIHAT

HAJI ABDUL ADZIS BIN ABAS

KETUA NAZIR SEKOLAH JEMAAH NAZIR SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

HAJAH ESAH BT JANTAN

TIMBALAN KETUA NAZIR SEKOLAH (OPERASI) JEMAAH NAZIR SEKOLAH

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PENGERUSI

HAJI YUSOF BIN HAMID

KETUA SEKTOR KURIKULUM JEMAAH NAZIR SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENYELARAS

SHAMSURI BIN SUJAK

KETUA PENOLONG PENGARAH SAINS & MATEMATIK JEMAAH NAZIR SEKOLAH

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA AHLI

HAJI ALI BIN ABU BAKAR Dr. LOGESWARY a/p DORAISAMY

FARIDAH BINTI YANG RAZALI SHADHANA a/p POPATLAL

TAMRIN BIN ZAHARUDIN ISHAK BIN ARIF CHIANG CHOON LIM JAMALIAH BINTI HAJI MOHD SOM

KRISHNAN a/l MUNUSAMY JUANANG TININ

AHMAD KAMAL BIN HAJI YASIN ZAINAL BIN MOHAMAD NOOR FILZAH BINTI KAMARUDDIN

BAYNUM BINTI HASSAN

(10)

Tajuk Muka Surat Kata Alu-Aluan YB Menteri Pelajaran Malaysia

Sekapur Sireh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Prakata Ketua Nazir Sekolah

Dari Meja Penerbit

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Misi Kementerian Pelajaran Malaysia Visi Jemaah Nazir Sekolah

Misi Jemaah Nazir Sekolah Matlamat Jemaah Nazir Sekolah

Matlamat dan Objektif Pendidikan Matematik Objektif Pendidikan Matematik Sekolah Menengah

Bab 1 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) - Sekolah 1.1 Pengenalan

1.2 Pernyataan Standard

Bab 2 Pendidikan Matematik di Malaysia 2.1 Pendahuluan

2.2 Objektif Standard Kualiti Pengurusan Dan Pengajaran Matematik 2.3 Peranan Pengetua

Bab 3 Pengurusan Mata Pelajaran Matematik 3.1 Pendahuluan

3.2 Jawatankuasa Kurikulum Sekolah 3.3 Kepimpinan Pengetua

3.4 Panitia Mata Pelajaran 3.5 Tugas Ketua Panitia 3.6 Tugas Setiausaha Panitia 3.7 Pengagihan Tugas Mengajar

3.8 Peruntukan Masa Dan Sebaran Waktu Pelajaran Matematik 3.9 Perkembangan Staf

3.10 Persatuan Matematik 3.11 Sudut Matematik

Bab 4 Pengajaran Dan Pembelajaran 4.1 Pendahuluan

4.2 Isi Kandungan Kurikulum Matematik Menengah 4.3 Isi Kandungan Kurikulum Matematik Tambahan

4.4 Penekanan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik 4.5 Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik 4.6 Rancangan Pengajaran Matematik

4.7 Latihan Dan Tugasan Murid 4.8 Penilaian Dalam Matematik 4.9 Sumber Matematik

Bab 5 Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris

5.1 Latar Belakang

5.2 Jawatankuasa Khas PPSMI 5.3 Program Intervensi

5.4 Program Sokongan Bab 6 Penyeliaan

6.1 Bidang-bidang Yang Perlu Diselia 6.2 Strategi Penyeliaan iv v vi vii xi xi xi xi xii xii xii 1 2 15 16 16 19 19 21 22 23 24 25 26 26 27 29 30 31 31 33 34 36 37 38 42 47 49 50 50 51 53 53 54

(11)

6.3 Penyeliaan Pengurusan Kurikulum

6.4 Penyeliaan Oleh Guru Penolong Kanan/Penyelia Petang/ Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia

6.5 Penyelia Pengurusan Mata Pelajaran Matematik 6.6 Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran 6.7 Tatacara Penyeliaan

6.8 Penyeliaan Kaedah Penilaian Bab 7 Rancangan Pemajuan Sekolah

7.1 Pendahuluan 7.2 Pelan Strategik 7.3 Pelan Taktikal 7.4 Pelan Operasi 7.5 Bidang Pemajuan 7.6 Strategi Pemajuan

7.7 Format Pelan Operasi/Tindakan Pemajuan Sekolah 7.7.1 Contoh Pelan Operasi Pemajuan Sekolah 7.7.2 Contoh Pelan Tindakan Pemajuan Sekolah Lampiran

Lampiran A : Senarai Surat-Surat Pekeliling Ikhtisas, Surat Siaran, Surat Makluman Dan Lain-Lain Surat Pekeliling Untuk Rujukan.

Lampiran B : Instrumen Pemastian Standard Pengurusan Matematik Sekolah Menengah.

Lampiran C : Instrumen Pemastian Standard Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Sekolah Menengah.

54 55 56 58 59 61 61 62 62 62 64 64 65 66 67 73 85 Muka Surat

(12)

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

MISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.

VISI JEMAAH NAZIR SEKOLAH

Mengupayakan sekolah dan institusi pendidikan mencapai kecemerlangan serta standard kualiti pendidikan yang tinggi.

MISI JEMAAH NAZIR SEKOLAH

Melakukan penaziran sekolah serta institusi pendidikan dengan cara yang cermat, teliti dan profesional bagi memastikan pendidikan yang diberikan mencapai standard yang tinggi.

MATLAMAT JEMAAH NAZIR SEKOLAH

™ Menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

™ Menjayakan Rancangan Pembangunan Pendidikan Negara

™ Menjayakan pelaksanaan semua dasar dan program Kementerian

(13)

MATLAMAT PENDIDIKAN MATEMATIK

Kurikulum Matematik Sekolah Menengah bermatlamat untuk membentuk individu yang boleh berfikir dan menggunakan pengetahuan matematik secara berkesan dan bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah serta membuat keputusan. Keadaan ini membolehkan individu menghadapi cabaran-cabaran seharian yang timbul akibat daripada perkembangan yang pesat dalam bidang sains dan teknologi.

OBJEKTIF PENDIDIKAN MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH Kurikulum Matematik Sekolah Menengah adalah bagi membolehkan murid untuk:

1. Memahami definisi, konsep, hukum, prinsip dan teorem berkaitan dengan:

• Nombor,

• Bentuk dan Ruang, • Hubungan;

2. Mengembangkan aplikasi kemahiran operasi asas seperti: • Tambah,

• Tolak, • Darab, • Bahagi,

yang berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan Ruang dan Hubungan; 3. Menguasai kemahiran asas matematik iaitu:

• Membuat anggaran dan penghampiran, • Mengukur,

• Mengumpul dan mengendalikan data, • Mengemuka dan menginterpretasi data,

• Mengenal pasti dan mengemukakan hubungan secara matematik,

• Menggunakan algorithma dan hubungan, • Menyelesaikan masalah, dan

• Membuat keputusan;

4. Berkomunikasi menggunakan laras bahasa dan istilah matematik yang betul;

(14)

6. Menghubung kait matematik dengan bidang ilmu yang lain; 7. Aplikasi matematik dalam kehidupan seharian;

8. Menggunakan teknologi yang sesuai dalam membina pemahaman konsep, menguasai kemahiran, menyelesaikan masalah dan meneroka bidang ilmu matematik;

9. Membudayakan pengetahuan dan kemahiran matematik dengan berkesan dan penuh tanggungjawab;

10. Mengamalkan ilmu matematik secara bersistem, heuristik, tepat dan teliti;

11. Melibatkan diri dalam perkembangan dunia matematik; 12. Memupuk sikap positif terhadap matematik; dan

(15)
(16)

BAB 1

STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA – SEKOLAH

1.1 Pengenalan

Jemaah Nazir Sekolah (JNS) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menerbitkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia – Sekolah (SKPM-Sekolah) sebagai usaha memandu sekolah meningkatkan kualiti pendidikan.

SKPM-Sekolah diolah berlandaskan prinsip-prinsip berikut:

a) Sekolah berupaya dibangunkan ke tahap yang tinggi secara terancang berasaskan potensinya.

b) Sekolah bertanggungjawab memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

c) Kepimpinan sekolah memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha meningkatkan standard kualiti pendidikan.

d) Kemenjadian murid dalam bidang akademik, kokurikulum dan

pembangunan sahsiah adalah petunjuk utama kepada kejayaan sekolah menghasilkan pendidikan yang berkualiti tinggi.

e) Sekolah sebagai sebuah organisasi pendidikan ditadbir urus berpandukan teori dan amalan pengurusan berkesan.

f) Proses pendidikan di peringkat mikro hendaklah berteraskan teori pembelajaran, kaedah pengajaran berkesan, dan berpandukan pengalaman dan pandangan pakar dalam bidang pendidikan.

g) Perancangan dan proses membuat keputusan program-program pendidikan berasaskan maklumat dan fakta yang tepat.

h) Bahawa program-program yang dianjurkan oleh Jabatan dan Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Bahagian (PPB)

(17)

dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) sesungguhnya merupakan usaha-usaha yang selari dengan matlamat SKPM.

i) Sekolah berupaya menggunakan segala input yang diperuntukkan mengikut tatacara dan prosedur yang ditentukan. 1.2 Pernyataan Standard

Untuk membangunkan modal insan yang kompeten dan berdaya saing selaras dengan Wawasan Negara dan Misi Nasional, sekolah hendaklah berupaya memberi pendidikan yang berkualiti kepada muridnya. Untuk memastikan hasrat yang tersebut tercapai, sekolah hendaklan dibangunkan secara menyeluruh merangkumi aspek pengurusan, sumber, pelaksanaan pengajaran-pembelajaran, pembangunan modal insan murid dan guru, penilaian dan tindakan penambahbaikan.

Pernyataan Standard telah digubal bertujuan memberi panduan untuk membangunkan sekolah secara menyeluruh dalam dua belas (12) elemen yang dikelompokkan dalam empat (4) dimensi utama. Guru Besar atau Pengetua atau mereka yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sekolah perlu memastikan kesemua elemen berikut diamalkan di sekolah:

DIMENSI I : HALA TUJU KEPEMIMPINAN Elemen1 : Visi dan Misi

Visi sekolah ditulis dalam bentuk pernyataan yang menggambarkan hala tuju sekolah yang jelas bagi melahirkan murid yang sempurna. Misi sekolah dinyatakan dengan jelas dari segi cara, pendekatan,

atau kaedah bagi merealisasikan visi tersebut.

1.1 Pembentukan pernyataan visi dan misi :

a. berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, wawasan negara dan perkembangan semasa;

(18)

c. dibuat secara kolektif.

1.2 Visi dan misi sekolah:

a. disebarluaskan kepada warga sekolah b. dihayati oleh warga sekolah;

c. diterjemah secara terperinci dalam program, aktiviti dan kerja harian warga sekolah;

d. boleh diukur dan dicapai dalam jangka masa yang munasabah;

e. memberi impak kepada warga sekolah; dan f. dikaji semula mengikut keadaan dan keperluan.

Elemen 2 : Kepemimpinan

2.1 Guru Besar/Pengetua menerajui dan menggerakkan seluruh

warga sekolah ke arah pencapaian visi dan misi dengan cara: a. menetapkan dasar sekolah secara jelas dan selari

dengan visi dan misi;

b. mengamalkan gaya kepemimpinan yang sesuai mengikut situasi (misalnya dengan mengambil kira latar belakang warga sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat); c. membina kumpulan kerja yang mantap dan dapat bekerja

secara sepasukan;

d. mengenal pasti punca, mencegah dan menyelesaikan konflik; dan

e. menggalakkan pembangunan budaya ilmu dan berfikir di kalangan warga sekolah.

(19)

2.2 Guru Besar/Pengetua mengamalkan sistem komunikasi yang berkesan dengan:

a. mewujudkan suasana interaksi yang mesra;

b. memberi peluang kepada warga sekolah untuk mengemukakan pendapat;

c. merangsang percambahan fikiran dalam kalangan warga sekolah; dan

d. membuat sesuatu keputusan secara kolektif dan kolaboratif.

2.3 Guru Besar/Pengetua memberi motivasi dan dorongan bagi

membina dan membangunkan keyakinan serta daya maju warga sekolah secara berterusan dengan cara:

a. memberi sokongan moral dan material; b. menghargai setiap sumbangan dan kejayaan; c. membuat penilaian secara adil;

d. menunjukkan sikap prihatin terhadap masalah dan kebajikan warga sekolah; dan

e. memberi teguran dan nasihat membina.

2.4 Guru Besar/Pengetua memainkan peranan yang berkesan

sebagai pemimpin kurikulumdengan:

a. mengajar sejumlah waktu mengikut surat pekeliling yang sedang berkuat kuasa;

b. menjalankan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran; c. memberi bimbingan kepada guru untuk meningkatkan

(20)

mata pelajaran dan jawatankuasa-jawatankuasa lain yang berkaitan dengannya; dan

e. memantau kemajuan murid.

2.5 Guru Besar/Pengetua mengupayakan semua guru untuk

membangunkan diri menjadi pemimpin yang berkesan dengan:

a. memberi panduan yang jelas tentang sesuatu bidang tugas;

b. melatih dan memimpin;

c. menurunkan kuasa untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan tertakluk kepada bidang kuasa masing-masing;

d. memantau dan menilai pelaksanaan tugas; dan

e. membimbing dan menasihat untuk meningkatkan keupayaan kepemimpinan.

DIMENSI II : PENGURUSAN ORGANISASI Elemen 3 : Struktur Organisasi

Pihak Pengurusan Sekolah menjelaskan dan menyelaraskan tugas guru dan staf sokongan dengan:

a. membentuk struktur organisasi yang relevan dan berfungsi; b. memastikan jawatan yang diwujudkan dan jawatankuasa yang

ditubuhkan menepati keperluan pengurusan, program pembangunan sekolah dan program pendidikan;

c. menetapkan bidang tugas, perincian tugas dan prosedur kerja bagi setiap tugas dalam setiap jawatan yang diwujudkan; dan d. menetapkan bidang tugas setiap jawatankuasa yang

(21)

Elemen 4 : Perancangan

Pihak Pengurusan Sekolah mengadakan perancangan strategik, taktikal dan operasi meliputi bidang pengurusan kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid, kewangan, sumber tenaga manusia, bahan kurikulum, kemudahan dan keperluan asas berasaskan prinsip penambahbaikan berterusan. Perancangan ini hendaklah mengambil kira:

a. visi dan misi sekolah;

b. tahap pencapaian semasa [Take-Off Value (TOV)]; c. peningkatan sasaran operasi [Operational Targeted

Increment (OTI)];

d. sasaran hasil jangkaan [Expected Targeted Result (ETR)]; e. strategi yang bersesuaian;

f. implikasi sumber; dan

g. kaedah untuk memantau dan menilai keberkesanan program yang dilaksanakan.

Elemen 5 : Iklim

Pihak Pengurusan Sekolah mewujudkan iklim yang sihat dengan: a. memastikan keadaannya selamat, bersih dan ceria;

b. memastikan persekitaran psikososial yang selamat, kondusif, dan harmoni;

c. mewujudkan sistem komunikasi yang berkesan dalam kalangan warga sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat;

d. mewujudkan permuafakatan dalam kalangan warga sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat;

(22)

f. memastikan murid bertatasusila dan mematuhi peraturan; g. memberi kebebasan optimum yang terkawal dalam kalangan

warga sekolah;

h. memberi motivasi serta sokongan moral, material dan kepakaran kepada warga sekolah; dan

i. memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada warga sekolah atau sesiapa sahaja yang telah memberi sumbangan kepada kemajuan sekolah.

Elemen 6 : Pengurusan Dan Pembangunan Sumber

Pihak Pengurusan Sekolah hendaklah mengurus semua sumber iaitu

kemudahan dan keperluan asas, kewangan, sumber manusia dan

bahan kurikulum dengan:

a. merancang, menyediakan serta membangunkan kemudahan dan keperluan asas berdasarkan keperluan dan keutamaan;

b. menyelenggara kemudahan dan keperluan asas bagi memastikan keselamatan, kebersihan dan keceriaan terpelihara; c. menyelenggara pejabat sekolah dengan baik;

d. memanfaatkan kemudahan dan keperluan asas secara optimum; e. merancang keperluan kewangan serta menyediakan belanjawan mengikut keperluan dan keutamaan dengan mematuhi peraturan; f. memanfaatkan sumber kewangan secara optimum;

g. menganalisis keperluan, merancang dan mengambil tindakan bagi memastikan keperluan sumber tenaga manusia mencukupi; h. menganalisis, mengenal pasti dan memanfaatkan secara optimum sumber tenaga manusia berdasarkan kelayakan, kemahiran, pengalaman, bakat dan minat;

i. menganalisis keperluan, merancang dan melaksanakan program peningkatan profesionalisme selaras dengan perkembangan dan kemajuan pendidikan;

(23)

j. menganalisis keperluan, merancang dan menyediakan bahan kurikulum menurut keperluan dan keutamaan; dan

k. menyelenggara dan memastikan bahan kurikulum digunakan secara optimum.

Elemen 7 : Pengurusan Maklumat

Pihak Pengurusan Sekolah mengurus semua data dan maklumat pengurusan dan pentadbiran, pengurusan kurikulum, pengurusan kokurikulum, dan pengurusan hal ehwal murid dengan cekap dan berkesan agar data dan maklumat:

a. dikumpul secara berterusan;

b. disebar kepada pihak yang memerlukan dengan kuasa yang diberikan;

c. disimpan menggunakan teknologi yang sesuai;

d. mudah diakses oleh pengguna akhir mengikut peringkat kuasa dan tahap keselamatan;

e. digunakan sebagai rujukan penambahbaikan;

f. dikemukakan dengan menggunakan media yang sesuai; dan g. dikemas kini.

DIMENSI III : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN Elemen 8 : Pengurusan Program Kurikulum, Kokurikulum

dan Hal Ehwal Murid

Pihak Pengurusan Sekolah mengamalkan prinsip-prinsip pengurusan program kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid yang berkesan dengan:

(24)

b. merancang program kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid dengan menetapkan matlamat, objektif dan strategi berdasarkan kumpulan sasaran;

c. mengelola sumber manusia dengan mengenal pasti, melantik

dan menempatkan staf yang sesuai untuk menjalankan tugas

dan sumber lain yang berkaitan untuk dimanfaatkan;

d. melaksana program mengikut perancangan;

e. memantau pelaksanaan program secara berkala dan berterusan; f. menilai impak program dengan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pada setiap peringkat pengurusan (perancangan, pengelolaan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian); dan g. melaksana penambahbaikan berdasarkan hasil penilaian

impak.

Elemen 9 : Pengajaran Dan Pembelajaran

Guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut prinsip-prinsip berikut:

a. berdasarkan kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran dan surat pekeliling ikhtisas;

b. kandungan sukatan pelajaran diolah mengikut tahap pencapaian semasa, potensi dan kemajuan murid serta berlaku secara bersepadu;

c. pendekatan, kaedah dan teknik dipelbagaikan dengan melibatkan murid secara aktif;

d. menghayati dan mengamalkan ilmu;

e. menggunakan bahan-bahan sokongan yang relevan dan sesuai dengan tahap pencapaian, potensi dan kemajuan murid; f. guru dan murid bersedia dari segi jasmani, emosi, rohani dan

(25)

g. mengurus bilik darjah secara efektif bagi menghasilkan iklim pengajaran dan pembelajaran yang kondusif;

h. setiap murid diberi tugasan mengikut keupayaan dan kebolehan

mereka;

i. memupuk semangat jati diri, berdaya saing, perpaduan dan patriotisme; dan

j. membuat penilaian dan penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran secara berterusan.

Elemen 10 : Pembangunan Sahsiah Murid

Guru membangunkan sahsiah setiap murid mengikut tahap persekolahan dan potensi masing-masing dengan:

a. memberi tugas dan tanggungjawab yang sesuai dengan potensinya;

b. memberi peluang, latihan dan bimbingan; c. memotivasi dan memberi galakan;

d. menunjukkan teladan;

e. menyediakan persekitaran yang kondusif dan kemudahan; f. menilai pencapaian murid dari semasa ke semasa untuk

pembetulan dan penambahbaikan;

g. memberi teguran dan nasihat yang sesuai terhadap sebarang perlakuan yang negatif; dan

h. memberi penghargaan dan pengiktirafan terhadap perlakuan yang positif.

Elemen 11 : Penilaian Pencapaian Murid

(26)

b. mengenal pasti kemajuan, kekuatan dan kelemahan secara spesifik;

c. merekod dan mengulas secara kuantitatif dan kualitatif; d. mengambil tindakan pembetulan dan penambahbaikan; dan e. hasil penilaian dimaklumkan kepada murid dan ibu bapa serta

pihak berkuasa yang berkaitan.

DIMENSI IV : KEMENJADIAN MURID

Elemen 12 : Kemenjadian Murid Dalam Akademik, Kokurikulum Dan Sahsiah

12.1 Pada akhir peringkat pendidikan prasekolah,

bersesuaian dengan tahap dan potensi, murid hendaklah: a. memperlihatkan sifat peribadi, perwatakan dan konsep

kendiri yang positif untuk menjadi warga negara yang patriotik;

b. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian (untuk murid beragama Islam);

c. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian; d. menggunakan bahasa Melayu dengan baik dan memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi;

e. menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Cina atau bahasa Tamil selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa pengantar; f. menggunakan bahasa Inggeris dalam interaksi seharian

selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua; g. menguasai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan

(27)

h. memperlihatkan kematangan emosi dan kemahiran sosial;

i. memperlihatkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktik amalan kesihatan dan keselamatan yang baik; dan

j. memperlihatkan daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya. 12.2 Pada akhir peringkat pendidikan rendah, bersesuaian

dengan tahap dan potensi, murid hendaklah: a. menguasai bahasa Melayu;

b. menguasai kemahiran asas berbahasa;

c. menguasai bahasa Cina atau bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Cina atau bahasa Tamil; d. mempunyai keupayaan intelektual yang merangkumi

pemikiran rasional, kreatif dan kritis;

e. menguasai kemahiran mengira dan menggunakannya dalam kehidupan seharian;

f. menguasai kemahiran belajar dan berfikir;

g. menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua; h. memiliki kualiti kepimpinan dan keyakinan diri; i. menunjukkan kepekaan kepada alam dan manusia; j. menguasai kemahiran saintifik dan teknikal;

k. memahami dan menghargai budaya; l. melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi;

(28)

n. menguasai asas keusahawanan (entrepreneurship) dan produktiviti;

o. memperoleh kemahiran membaca, menghafal dan memahami makna ayat-ayat tertentu dalam al-Quran (untuk murid beragama Islam);

p. mempunyai asas aqidah (kepercayaan kepada Tuhan) dan mengamalkan nilai-nilai murni;

q. bersemangat patriotisme; r. berbakat dan kreatif; dan s. bersikap positif.

12.3 Pada akhir peringkat pendidikan menengah,

bersesuaian dengan tahap dan potensi, murid hendaklah: a. cekap dan fasih berbahasa dalam bahasa Melayu dan

bahasa Inggeris;

b. mempunyai keupayaan intelektual;

c. berilmu pengetahuan dan membangunkan penguasaan kemahiran;

d. berkemahiran mengaplikasi bidang-bidang ilmu dan kemajuan teknologi yang baru;

e. memperoleh kecekapan yang berfaedah kepada dirinya dan masyarakat;

f. berkeyakinan diri;

g. memahami dan menghargai warisan sejarah dan sosiobudaya setempat dalam negara;

h. menyedari kepentingan penjagaan kesihatan yang baik; i. mempunyai kesedaran terhadap persekitaran;

(29)

j. memperlihatkan pemantapan nilai; k. mempunyai semangat patriotisme;

l. memperlihatkan kemahiran membina sendiri masa depan;

m. berdaya saing untuk diri sendiri dan keluarga;

n. memperlihatkan ciri-ciri keprihatinan dan kemanusiaan terhadap diri sendiri dan orang lain;

o. menunjukkan kesyukuran, rasa pasrah, redha setelah berusaha dan berikhtiar;

p. sedar dan tahu tugas dan peranannya dalam masyarakat dan agama; dan

q. berupaya berfikir tentang diri sendiri dan hubungannya dengan:

i. keluarga; ii. persekitaran; iii. alam fizikal;

iv. kejadian alam; dan v. Pencipta.

(30)

BAB 2

PENDIDIKAN MATEMATIK DI MALAYSIA

2.1 Pendahuluan

Standard Kualiti Pengurusan dan Pengajaran (SKPP) Matematik Sekolah Menengah ini diterbitkan bertujuan untuk memberi panduan dan maklumat kepada guru, pengetua, pengurus dan pentadbir sekolah dalam menjalankan tugas bagi memastikan pengurusan pengajaran Matematik dilaksanakan dengan efisien dan efektif untuk mencapai standard yang memuaskan.

Pada tahun 2002, satu perubahan besar berlaku dalam kurikulum Matematik di sekolah menengah. Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Keputusan ini diambil memandangkan bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa ilmu dan bahasa perhubungan antarabangsa. Penguasaan yang baik dalam bahasa Inggeris membolehkan seseorang itu boleh mengakses maklumat terkini sama ada dalam bentuk elektronik atau bukan elektronik yang sebahagian besar daripadanya terdapat di dalam bahasa Inggeris.

Hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan PPSMI adalah untuk memaju dan membangunkan keseluruhan potensi generasi muda Malaysia ke arah merealisasikan cabaran Wawasan 2020, khususnya cabaran ke enam iaitu “mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan”. Pada masa yang sama, KPM bercita-cita memenuhi hasrat Misi Nasional untuk membangunkan modal insan yang dapat bersaing di peringkat global berteraskan Islam Hadhari, berkeupayaan dalam Sains dan Teknologi, kreatif dan inovatif serta berupaya melaksanakan lebih banyak usaha Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).

Program PPSMI mula dilaksanakan pada tahun 2003 di Tingkatan Satu dan Tingkatan Enam Bawah bagi sekolah menengah. Pada tahun 2007, PPSMI telah dilaksanakan sepenuhnya di semua sekolah menengah.

(31)

2.2 Objektif Standard Kualiti Pengurusan dan Pengajaran Matematik

Objektif utama Standard ini ialah untuk membolehkan Pengetua dan pihak yang terlibat dalam pengurusan dan pengajaran Matematik untuk:

2.2.1 Mengetahui peranannya sebagai pemimpin instruksional; 2.2.2 Mengamalkan kepimpinan profesional;

2.2.3 Mengetahui dasar, kurikulum dan strategi pengajaran Matematik; dan

2.2.4 Menjalankan penyeliaan dengan efisien dan efektif ke atas:

a. Pengurusan Mata Pelajaran Matematik.

b. Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Matematik.

c. Pengurusan Panitia Mata Pelajaran Matematik.

2.3 Peranan Pengetua

Dalam menjalankan penyeliaan, seseorang pemimpin instruksional perlu mempunyai pengetahuan dan kecekapan tertentu seperti kemahiran berkomunikasi, motivasi, pengurusan konflik dan pengurusan stress.

Penyeliaan dalam kurikulum merupakan salah satu tanggung jawab penting seseorang Pengetua untuk memastikan kejayaan pelaksanaan kurikulum di sekolahnya. Mengikut Glatthorn (1984:2):

“Supervision is a process of facilitating the professional growth of a teacher, primarily by giving the teacher feedback about classroom instructions and helping the teacher make use of that feedback in order to make teaching more effective”.

(Glatthorrn, A. H. (1984): Differentiated Supervision, Alexandria, Virginia: Association for Supervision and Curriculum Development).

Untuk menjalankan penyeliaan dengan lebih berkesan lagi, KPM telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 3/1987 yang menghendaki Pengetua/Guru Besar menjalankan penyeliaan keatas pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah secara sistematik.

(32)

Di samping menjalankan penyeliaan di dalam bilik darjah, Pengetua hendaklah juga memainkan peranan sebagai seorang pemimpin kurikulum. Beliau perlu memastikan bahawa:

2.3.1 Pelaksanaan kurikulum di sekolah mematuhi Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997. 2.3.2 Jawatankuasa Kurikulum Sekolah (JKS), Jawatankuasa

Khas PPSMI, Sistem Bimbingan Taulan (SBT), Panitia Mata Pelajaran dan Jawatankuasa lain yang berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik ditubuhkan dan berfungsi serta mendokumentasi dengan kemas kini perkara seperti berikut:

a. Perancangan,

b. Penyelarasan,

c. Pelaksanaan,

d. Pemantau dan Penilaian, dan

e. Penambahbaikan

2.3.3 Perkakasan ICT, koswer, bahan bantu belajar dan bahan-bahan tambahan-bahan dikendali secara terancang dan digunakan secara optimum;

2.3.4 Bilik PPSMI/Matematik diurus dengan baik dan dimanfaatkan;

2.3.5 Pengagihan tugas mengajar dan tugas kokurikulum dibuat mengikut kelayakan dan pengalaman guru;

2.3.6 Program perkembangan staf dirancang dan dijalankan berdasarkan keperluan yang telah dikenal pasti;

2.3.7 Program penilaian berterusan dijalankan seperti Take Off

Value (TOV), Operational Targeted Increment (OTI) dan Expected Targeted Result (ETR);

2.3.8 Tindakan susulan diambil berdasarkan hasil penilaian; 2.3.9 Kualiti kerja murid sentiasa terkawal; dan

(33)
(34)

BAB 3

PENGURUSAN MATA PELAJARAN MATEMATIK

3.1 Pendahuluan

Kecemerlangan murid dalam mata pelajaran Matematik di sesebuah sekolah bergantung kepada dua faktor utama, iaitu pengurusan mata pelajaran serta pelaksanaan P&P dalam bilik darjah. Pengetua sebagai pemimpin instruksional, pengurus dan pentadbir sekolah perlu memastikan pengurusan serta pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Matematik mencapai standard kualiti yang tinggi.

3.2 Jawatankuasa Kurikulum Sekolah

Jawatankuasa Kurikulum Sekolah (JKS) adalah merupakan badan profesional di peringkat sekolah yang perlu dimanfaatkan untuk membantu guru melaksanakan kurikulum supaya mencapai matlamatnya.

3.2.1 Fungsi dan Peranan Jawatankuasa Kurikulum

Sekolah

a. Merancang pelaksanaan program kurikulum jangka pendek dan jangka panjang di peringkat sekolah untuk menentukan pencapaian matlamat kurikulum;

b. Mengemuka dan membincangkan kaedah-kaedah perancangan, pelaksanaan, pengelolaan, pemantauan dan penilaian program kurikulum dan kokurikulum untuk meningkatkan kualiti P&P;

c. Merancang perkembangan staf untuk meningkatkan mutu pendidikan;

d. Meneliti kesesuaian sumber-sumber P&P seperti buku teks, panduan guru dan sumber-sumber lain;

e. Membincang masalah-masalah pendidikan yang dihadapi di sekolah;

f. Memberi ruang supaya idea-idea baru yang berkaitan dengan pendidikan dibincangkan;

(35)

g. Memastikan penubuhan Panitia Mata Pelajaran dan mempertimbangkan cadangan dan syor yang dikemukakan oleh Panitia;

h. Memantau dan menilai kegiatan panitia bagi memastikan pelaksanaan aktiviti ini selaras dengan matlamat yang dikehendakki;

i. Memantau dan menilai semua sukatan pelajaran dengan tujuan untuk memberikan maklum balas kepada Jawatankuasa Kurikulum Daerah dan Negeri;

j. Menentukan pelaksanaan Kurikulum Kebangsaan di peringkat sekolah adalah berkesan.

3.2.2 Keanggotaan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah

Pengerusi: Pengetua

Ahli-ahli: Guru Penolong Kanan,

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Penyelia Petang,

Semua Guru Kanan Mata Pelajaran, Semua Ketua Panitia Mata Pelajaran, Guru Media,

Setiausaha Kurikulum,

Setiausaha Peperiksaan, dan Guru Bimbingan dan Kaunseling.

(Bagi sekolah kecil semua guru bolehlah menjadi ahli JKS) 3.2.3 Fungsi Jawatankuasa Kurikulum Sekolah

a. Mesyuarat JKS tidak terhad pada awal penggal sahaja, tetapi hendaklah diadakan dari semasa ke semasa mengikut keperluan sekolah untuk mengesan dan menilai pelaksanaan Kurikulum Kebangsaan;

(36)

Mesyuarat Jawankuasa Kurikulum hendaklah dipengerusikan oleh Pengetua sendiri;

c. Pengetua atau wakilnya hendaklah mengadakan pencerapan yang lebih kerap untuk melihat sejauh mana keputusan JKS dilaksanakan; dan

d. Mesyuarat JKS perlu mengutamakan perbincangan mengenai perkara profesional.

3.3 Kepimpinan Pengetua

3.3.1 Sebagai pemimpin kurikulum, Pengetua hendaklah memastikan perkara-perkara berikut dilaksanakan:

a. Seorang Ketua Panitia Matematik dilantik;

b. Rancangan Strategik, Taktikal dan Operasi disediakan mengikut garis panduan yang diberikan bersesuaian dengan keadaan sekolah dan tahap kebolehan murid; c. Mesyuarat Jawatankuasa Khas PPSMI, Jawatankuasa

Sistem Bimbingan Taulan (SBT) dan Panitia diadakan seperti yang dirancang;

d. Pengetua menghadiri mesyuarat Jawatankuasa/Panitia untuk memberi input, pandangan dan bimbingan profesional;

e. Pengetua menyemak dan meneliti minit mesyuarat dan laporan perkembangan/kemajuan aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang dijalankan serta mengambil tindakan susulan;

f. Pengetua memberi maklum balas berdasarkan kepada hasil penyeliaan P&P; mesyuarat Jawatankuasa Khas PPSMI, Jawatankuasa SBT dan Panitia Matematik; penyemakan Rekod P&P; penyemakan latihan dan tugasan murid serta penyemakan Rekod Prestasi dan Rekod Profil Murid;

g. Tindakan pembetulan dan penambahbaikan diambil terhadap isu dan masalah yang dikenal pasti.

(37)

3.4 Panitia Mata Pelajaran Matematik

Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 4/1986 mewajibkan semua sekolah menubuhkan Panitia Mata Pelajaran secara rasmi. Bagaimanapun, sekolah kecil seperti sekolah kurang murid (SKM) tidak perlu menubuhkan pelbagai panitia mata pelajaran. Sekolah seperti ini boleh menggabungkan beberapa mata pelajaran sebagai satu panitia.

Ahli Panitia Matematik adalah terdiri daripada semua guru yang mengajar mata pelajaran Matematik di sekolah. Ketua Panitia ialah seorang guru yang dilantik oleh Pengetua berdasarkan kekananan, kelayakan akademik, pengalaman mengajar, prestasi kerja dan sifat-sifat kepimpinan. Seorang Setiausaha Panitia hendaklah dipilih oleh ahli panitia.

Fungsi dan peranan panitia Matematik adalah seperti yang diberikan dalam SPI Bil. 4/1986.

Panitia hendaklah mengadakan mesyuarat panitia secara berkala

sekurang-kurangnya sekali sepenggal. Adalah dicadangkan supaya

sekolah mengadakan mesyuarat panitia sekurang-kurangnya tiga kali setahun. Di samping itu mesyuarat Panitia boleh diadakan secara ad-hoc pada bila-bila masa jika perlu. Mesyuarat rasmi perlu mematuhi Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) 2/1991: Panduan Pengurusan Mesyuarat dan Urusan Jawatankuasa-Jawatankuasa Kerajaan.

Untuk memberikan bimbingan dan penyeliaan terhadap perjalanan panitia, Pengetua hendaklah sentiasa memantau program panitia dengan merujuk minit mesyuarat dan rancangan aktivitinya. Pengetua dan Guru Penolong Kanan digalakkan menghadiri sekurang-kurangnya satu mesyuarat Panitia dalam setahun bagi memberikan bimbingan profesional.

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh Panitia Matematik:

(38)

3.4.2 Pengurusan alat dan bahan sumber Matematik termasuk perkakasan ICT yang merangkumi aspek pemerolehan, penyelenggaraan, penyimpanan, perekodan dan penggunaan;

3.4.3 Program perkembangan staf luaran dan dalaman; 3.4.4 Rancangan aktiviti kokurikulum Persatuan Matematik; 3.4.5 Pemantauan dan penilaian serta tindakan penambahbaikan; 3.4.6 Kelas Tambahan (Pengukuhan, Pengayaan dan Pemulihan); 3.4.7 Persekitaran Matematik (Mathematical Environment).

3.5 Tugas Ketua Panitia

Ketua Panitia (KP) pada keseluruhannya adalah bertanggungjawab kepada Pengetua terhadap perancangan, pengelolaan dan pelaksanaan program Panitia di sekolah. Berikut adalan senarai tugas dan tanggungjawab yang harus dijalankan oleh KP untuk menjayakan matlamat yang tersebut di atas.

3.5.1 Mengetuai Panitia Matematik sekolah serta menganggotai JKS;

3.5.2 Memastikan seorang daripada ahli Panitia dipilih sebagai Setiausaha Panitia;

3.5.3 Mempengerusikan mesyuarat Panitia Matematik dan memastikan minit mesyuarat disediakan dan disampaikan kepada Pengetua, Guru Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran dan semua ahli panitia;

3.5.4 Memastikan perbincangan mesyuarat panitia mencakupi hal-hal profesional selain daripada hal-hal-hal-hal pentadbiran. Perkara profesional yang boleh dibincangkan adalah seperti masalah pengajaran guru, pembelajaran murid, prestasi pencapaian murid, isu kandungan kurikulum Matematik, pedagogi Matematik, penggunaan perkakasan ICT, bahan bantu belajar, pengurusan kelas dan strategi menangani masalah yang dihadapi;

(39)

3.5.5 Memastikan aktiviti peningkatan pencapaian murid dirancang;

3.5.6 Memastikan kesemua aktiviti yang dirancang dijalankan dengan sempurna;

3.5.7 Mewujudkan sistem komunikasi yang berkesan dalam kalangan ahli panitia untuk mendapat maklumat tentang kemajuan yang dicapai, masalah yang dihadapi dan tindakan untuk meningkatkan kualiti P&P;

3.5.8 Menjadi perantara di antara Panitia Matematik dengan pihak pengurusan sekolah berkaitan pengurusan serta pelaksanaan P&P;

3.5.9 Menguruskan penyediaan soalan ujian/peperiksaan (PKBS/ PKSM) dengan menetapkan agihan tugas, kawal mutu soalan dan penyediaan skema pemarkahan. Beliau juga perlu bekerjasama dengan Setiausaha Peperiksaan berkaitan pengurusan ujian/peperiksaan sekolah;

3.5.10 Membuat analisis keputusan ujian/peperiksaan bersama ahli panitia dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan untuk tujuan penambahbaikan;

3.5.11 Bertanggungjawab ke atas pengurusan bahan-bahan seperti sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, buku teks, buku rujukan, majalah, perkakasan ICT, koswer, bahan bantu belajar, kertas soalan ujian/peperiksaan, surat-menyurat, dokumentasi panitia dan perkembangan terbaru dalam pendidikan Matematik;

3.5.12 Melengkapkan diri dengan perkembangan terkini dalam pendidikan Matematik melalui bacaan, menghadiri kursus/ mesyuarat/seminar dan lain-lain. Selain itu, beliau perlu memastikan setiap ahli panitia diberi peluang untuk meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing melalui galakan membaca, menghadiri kursus/mesyuarat/seminar dan melaksanakan kursus dalaman;

(40)

3.5.13 Bekerjasama dengan Penyelaras Pusat Sumber Sekolah (PSS) bagi pemerolehan buku-buku dan bahan Matematik untuk PSS. Selain itu, beliau juga perlu bekerjasama dengan Penyelaras PPSMI, Setiausaha SBT, Penyelaras ICT, Guru SPBT dan Guru Bimbingan dan Kaunseling (Kaunselor) untuk menyelaras pelaksanaan aktiviti yang berkaitan dengan pendidikan Matematik di sekolah dan pencapaian murid; 3.5.14 Menyediakan laporan interim dan laporan tahunan berkaitan

pelaksanaan program panitia untuk tujuan tindakan penambahbaikan;

3.5.15 Menggalakkan ahli Panitia Matematik menjalankan Kajian Tindakan berkaitan isu-isu pendidikan Matematik di sekolah; dan

3.5.16 Membimbing guru baru, guru Matematik bukan opsyen, Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) dan Guru Ganti dalam hal pengurusan mata pelajaran, P&P dan pengurusan Panitia.

3.6 Tugas Setiausaha Panitia

Setiausaha Panitia hendaklah membantu Ketua Pantia dalam aspek pengurusan Panitia dan pengurusan mesyuarat Panitia. Beliau juga bertanggung jawab untuk memastikan semua dokumen panitia diurus dengan sistematik. Untuk pengurusan mesyuarat panitia, Setiausaha Panitia hendaklah melaksanakan tugas seperti berikut:

3.6.1 Tindakan pra-mesyuarat

a. Menentukan agenda, tarikh, masa dan tempat mesyuarat; dan

b. Menghantar kepada ahli panitia surat panggilan mesyuarat dalam tempoh sekurang-kurangnya sepuluh (10) hari sebelum sesuatu mesyuarat diadakan,

3.6.2 Tindakan semasa mesyuarat Catatan minit mesyuarat

- Senarai kehadiran;

(41)

- Keputusan yang dibuat; dan

- Tindakan susulan yang perlu diambil,

3.6.3 Tindakan selepas mesyuarat

a. Penyediaan minit-minit untuk kelulusan pengerusi hendaklah dikemukakan tidak lewat dari tiga (3) hari selepas tarikh mesyuarat diadakan; dan

b. Maklum balas minit patut diterima daripada ahli mesyuarat selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh mesyuarat berikutnya.

3.7 Pengagihan Tugas Mengajar

Pengagihan tugas mengajar dalam kalangan guru harus dilaksanakan secara seimbang dengan mengambil kira kelayakan, kecenderungan, minat dan pengalaman.

Seseorang guru Matematik seboleh-bolehnya diberi peluang mengajar di kelas yang berlainan tingkatan supaya dia lebih memahami perkembangan tajuk-tajuk Matematik dari setahun ke setahun serta boleh mengambil alih kelas guru lain tanpa menghadapi kesulitan.

3.8 Peruntukan Masa Dan Sebaran Waktu Pelajaran Matematik

Peruntukan masa bagi mata pelajaran Matematik di sekolah menengah hendaklah mematuhi Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 dan Surat Pekeliling Ikhtisas yang berkuat kuasa.

Berikut adalah sebaran waktu yang disyorkan:

• Tingkatan 1 hingga 3 dan Tingkatan 4 dan 5 yang tidak mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan (Elektif Kumpulan II) sebaik-baiknya Matematik diajar pada setiap hari persekolahan.

• Tingkatan 4 dan 5 yang mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan (Elektif Kumpulan II) sebaik-baiknya Matematik diajar dalam tiga (3) atau empat (4) hari dan Matematik Tambahan

(42)

• Penjadualan tiga waktu berturut-turut tidak digalakkan

• Waktu Matematik adalah lebih sesuai diadakan sebelum waktu rehat. Walau bagaimanapun, sekolah boleh menjadualkan waktu Matematik selepas rehat mengikut kesesuaian asalkan tidak diberikan waktu terakhir lebih dari dua (2) kali seminggu

• Sekolah diberi kelonggaran untuk melaksanakan jadual waktu anjal mengikut keperluan dan kesesuaian.

3.9 Perkembangan Staf

Perkembangan staf merupakan satu program untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta memperluaskan pengalaman guru dalam sesuatu bidang profesional. Oleh yang demikian, Panitia digalakkan mengadakan program ini untuk mempertingkatkan prestasi guru dalam P&P Matematik serta bidang lain yang berkaitan. Program perkembangan staf boleh dikelaskan kepada dua jenis iaitu luaran dan dalaman:

• Perkembangan staf dalaman adalah program/aktiviti yang dirancang dan dijalankan oleh pihak pengurusan sekolah dan Panitia Matematik bagi guru di peringkat sekolah.

•4 hari (4 hari waktu tunggal) atau

•3 hari (2 hari waktu tunggal dan 1 hari waktu berkembar) atau

•2 hari (2 hari hari waktu berkembar) 4 waktu (160 minit) 4 & 5 Matematik Tambahan

•5 hari (5 hari waktu tunggal) atau

•4 hari (3 hari waktu tunggal dan 1 hari waktu berkembar) atau

•3 hari (1 hari waktu tunggal dan 2 hari waktu berkembar) 5 waktu (200 minit) 4 & 5 Matematik (Teras) Kelas yang mengambil Elektif Kumpulan II 4 & 5

•5 hari (5 hari waktu tunggal) atau

•4 hari (3 hari waktu tunggal dan 1 hari waktu berkembar) 5 waktu (200 minit) 1, 2 & 3 Matematik (Teras) Teras

Sebaran Waktu Yang Disyorkan Jumlah Waktu Seminggu Tingkatan Mata Pelajaran Kumpulan

•4 hari (4 hari waktu tunggal) atau

•3 hari (2 hari waktu tunggal dan 1 hari waktu berkembar) atau

•2 hari (2 hari hari waktu berkembar) 4 waktu (160 minit) 4 & 5 Matematik Tambahan

•5 hari (5 hari waktu tunggal) atau

•4 hari (3 hari waktu tunggal dan 1 hari waktu berkembar) atau

•3 hari (1 hari waktu tunggal dan 2 hari waktu berkembar) 5 waktu (200 minit) 4 & 5 Matematik (Teras) Kelas yang mengambil Elektif Kumpulan II 4 & 5

•5 hari (5 hari waktu tunggal) atau

•4 hari (3 hari waktu tunggal dan 1 hari waktu berkembar) 5 waktu (200 minit) 1, 2 & 3 Matematik (Teras) Teras

Sebaran Waktu Yang Disyorkan Jumlah Waktu Seminggu Tingkatan Mata Pelajaran Kumpulan waktu berkembar)

(43)

• Program perkembangan staf luaran seperti kursus/bengkel/ seminar dan lain-lain yang dianjurkan oleh pihak-pihak luar misalnya Regional Education Centre for Science and Mathematics (RECSAM), KPM, JPN, PPD, PPG, IPTA/IPTS dan agensi lain. Pihak pengurusan sekolah dan Panitia Matematik haruslah menggalakkan dan memberi peluang kepada guru Matematik untuk menyertai program yang relevan.

Pihak pengurusan sekolah dan Panitia Matematik perlu membuat Analisis Keperluan untuk mengenal pasti bidang-bidang yang sesuai diadakan perkembangan staf. Selain itu, maklum balas penyeliaan P&P boleh digunakan untuk merancang sesi perkembangan staf yang diperlukan.

Antara contoh-contoh program perkembangan staf dalaman yang boleh dilaksanakan oleh pihak pengurusan sekolah dan Panitia Matematik untuk peningkatan dan pemantapan profesionalisme guru Matematik ialah:

• Sesi perbincangan dan sumbang saran mengenai isu dan masalah P&P, perkembangan terkini dalam isi kandungan kurikulum Matematik sekolah, pembaharuan dalam bidang pedagogi dan peningkatan dalam disiplin ilmu Matematik serta pendidikan Matematik;

• Bengkel berkaitan penyediaan dan penggunaan bahan, penyelenggaraan dan penggunaan perkakasan ICT;

• Analisis kuantitatif dan kualitatif hasil ujian/peperiksaan; • Sesi ceramah/syarahan luaran dan dalaman;

• Pengajaran mikro;

• Penyebaran maklumat berkaitan kursus / bengkel / ceramah / taklimat / mesyuarat anjuran pihak luar yang telah dihadiri; • Lawatan sambil belajar; dan

(44)

• Menjadi ahli Persatuan Matematik dan Persatuan Pendidikan Matematik di peringkat daerah/negeri/kebangsaan;

• Menulis artikel berhubung dengan pendidikan Matematik untuk diterbitkan dalam majalah sekolah, jurnal pendidikan, majalah/ berita Matematik dan lain-lain;

• Membaca buku/majalah/artikel berkaitan dengan pendidikan Matematik; dan

• Perkongsian ilmu dan kemahiran dengan guru, murid dan institusi pendidikan lain.

3.10 Persatuan Matematik

Aktiviti kokurikulum persatuan akademik adalah bertujuan untuk pengukuhan, pengayaan, meluaskan pengetahuan serta menimbulkan/meningkatkan minat murid terhadap Matematik. Kurikulum Persatuan Matematik perlu diwujudkan bagi membolehkan aktiviti persatuan dilaksanakan dengan terancang dan berkesan.

Guru Penasihat Persatuan Matematik hendaklah dipilih daripada kalangan guru Matematik. Aktiviti persatuan hendaklah dirancang oleh guru penasihat bersama dengan ahli persatuan. Dalam hal ini, Panitia Matematik boleh membantu dalam perancangan aktiviti dan Guru Matematik yang lain boleh dilibatkan dalam pelaksanaan aktiviti.

Contoh aktiviti kokurikulum yang sesuai adalah:

• Projek Matematik seperti: membuat model, graf dan carta;

• Menyediakan laporan berdasarkan sesuatu siasatan/kajian;

• Rekreasi/Permainan Matematik;

• Kuiz/Pertandingan Matematik;

• Jejak Matematik;

• Lawatan Sambil Belajar;

• Mengendalikan Sudut Matematik di Papan Kenyataan; dan

• Bimbingan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris.

(45)

3.11 Sudut Matematik

Sudut Matematik hendaklah diwujudkan di setiap bilik darjah. Sudut ini sangat berguna kepada murid untuk peneguhan dan perluasan pengetahuan mereka berkaitan isi kandungan pelajaran. Selain itu, sudut ini juga dapat meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran murid serta dapat meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Matematik.

Pengelolaan sudut Matematik memerlukan usaha dan kerjasama guru dan murid. Bahan yang dipamerkan hendaklah sentiasa kemas kini dan sesuai mengikut topik yang dipelajari. Antara bahan-bahan yang boleh dipamerkan di sudut Matematik adalah:

• Carta sifir dan operasi asas;

• Carta berkaitan topik/kemahiran yang sedang diajar;

• Model dan bahan maujud yang berkaitan dengan topik/

kemahiran yang sedang dipelajari;

• Hasil kerja murid;

• Rumus/Formula Matematik;

• Petikan/keratan artikel dan surat khabar berkaitan pendidikan

Matematik;

• Sejarah dan tokoh Matematik;

(46)

BAB 4

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

4.1 Pendahuluan

Proses pengajaran dan pembelajaran Matematik menegaskan pemahaman konsep dan penguasaan kemahiran serta penggunaan Matematik untuk menyelesaikan masaalah dalam pelbagai situasi. Di samping itu, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian khusus semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

• Perkembangan kemahiran penyelesaian masalah yang melibatkan empat langkah utama seperti mentafsir masalah, merancang strategi penyelesaian, melaksanakan strategi dan menyemak semula penyelesaian yang diperolehi supaya murid dapat menyelesaikan masalah harian yang dihadapi secara berkesan;

• Perkembangan pemikiran yang mantik, bersistem dan kreatif serta penaakulan yang sah untuk melahirkan seorang individu yang dapat berfikir secara mantik dan rasional; dan

• Pemupukan nilai intrinsik Matematik dan nilai murni masyarakat seperti bersistem, tepat, teliti, tekun, yakin dan berpemikiran mantik, tidak membazir, bersifat sederhana dan bekerjasama untuk melahirkan warganegara yang bertanggungjawab.

Dalam merancang pengajaran sesuatu konsep atau kemahiran, guru hendaklah menulis objektif untuk perlakuan yang boleh diukur atau diperhatikan pada akhir pengajaran. Guru hendaklah mengatur strategi pengajaran-pembelajaran yang sesuai dengan tahap dan potensi murid. Latih tubi boleh dilaksanakan untuk mengesan kemajuan pembelajaran murid.

4.2 Isi Kandungan Kurikulum Matematik Menengah

Kandungan Matematik diolah dalam tiga bidang yang saling berkait iaitu NOMBOR, BENTUK dan RUANG dan PERKAITAN. Bagi setiap bidang utama huraian topik-topik yang merangkumi skop bidang pembelajaran adalah seperti berikut:

(47)

4.2.1 Nombor a. Nombor Bulat b. Pecahan c. Perpuluhan d. Peratus e. Nombor Negatif f. Gandaan dan Faktor

g. Kuasa Dua, Punca Kuasa Dua, Kuasa Tiga, Punca Kuasa Tiga

h. Bentuk Piawai i. Asas Nombor 4.2.3 Bentuk dan Ruang

a. Ukuran Asas

b. Sudut dan Garis Selari c. Poligon

d. Perimeter dan Luas e. Pembinaan Geometri f. Lokus dalam Dua Dimensi g. Bulatan

h. Pepejal Geometri i. Teorem Pythagoras j. Trigonometri

k. Bearing

l. Sudut Dongakan dan Sudut Tunduk m. Garis dan Satah dalam Tiga Dimensi n. Pelan dan Dongakan

o. Bumi Sebagai Sfera p. Transformasi 4.2.4 Perkaitan a. Indeks b. Ungkapan Algebra c. Rumus Algebra d. Persamaan Linear e. Ketaksamaan Linear

(48)

i. Graf Fungsi

j. Kecerunan dan Luas di Bawah Graf k. Nisbah dan Kadar

l. Ubahan m. Matriks n. Set o. Penaakulan Mantik p, Statistik q. Kebarangkalian

4.3 Isi Kandungan Kurikulum Matematik Tambahan

Kandungan Kurikulum Matematik Tambahan disusun dalam dua pakej pembelajaran iaitu Pakej Teras dan Pakej Pilihan.

4.3.1 Pakej Teras adalah wajib dipelajari oleh semua murid dan mengandungi lima komponen iaitu:

a. Komponen Geometri; b. Komponen Algebra; c. Komponen Kalkulus;

d. Komponen Trigonometri; dan e. Komponen Statistik.

4.3.2 Pakej Pilihan terdiri daripada dua pakej iaitu: a. Pakej Aplikasi Sains dan Teknologi; dan b. Pakej Aplikasi Sains Sosial.

4.3.3 Murid hanya perlu memilih satu pakej sahaja daripada dua Pakej Pilihan. Murid yang cenderung kepada Sains dan Teknologi digalakkan memilih Pakej Aplikasi Sains dan Teknologi manakala murid yang cenderung kepada perdagangan, sastera dan ekonomi digalakkan memilih Pakej Aplikasi Sains Sosial.

4.3.4 Dalam Pakej Teras, setiap komponan pengajaran mengandungi tajuk-tajuk yang berkaitan dengan satu cabang Matematik. Tajuk dalam sesuatu komponen pengajaran disusun mengikut satu hierarki supaya sesuatu tajuk yang mudah dipelajari sebelum meneruskan kepada sesuatu tajuk yang lebih kompleks.

(49)

4.4 Penekanan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Pada keseluruhannya, penekanan dalam P&P Matematik sekolah menengah adalah untuk membolehkan pembinaan pemahaman konsep, pemerolehan kemahiran dan penerapan nilai positif. Selain itu, terdapat elemen-elemen lain yang perlu diambil kira dan dipelajari dalam proses P&P dalam bilik darjah. Penekanan utama adalah seperti berikut:

4.4.1 Penyelesaian Masalah

a. Penyelesaian masalah wujud dalam tiga bentuk yang berbeza iaitu isi kandungan, kebolehan dan pendekatan pembelajaran. Model penyelesaian masalah yang sering digunakan adalah menggunakan kaedah Polya seperti berikut:

i. Memahami masalah

ii. Merangka pelan penyelesaian

iii. Melaksanakan pelan penyelesaian

iv. Menyemak penyelesaian

b. Penyelesaian masalah adalah kebolehan Matematik yang muktamad yang perlu dikembangkan dalam kalangan pembelajar Matematik. Sebagai kebolehan muktamad, penyelesaian masalah dibina daripada pengalaman dan pengetahuan sedia ada atau kebolehan Matematik lain yang lebih mudah. Dengan itu, adalah penting untuk memastikan kebolehan seperti pengiraan, pengukuran dan komunikasi dikembangkan dengan baik dalam kalangan murid.

4.4.2 Komunikasi Dalam Matematik

Komunikasi adalah satu cara perkongsian idea dan memperjelaskan kefahaman Matematik. Melalui perbincangan, idea Matematik boleh diimbas kembali, dibincangkan dan diubah suai.

(50)

Kemahiran berkomunikasi dalam Matematik mencakupi kemahiran membaca dan memahami masalah, mentafsir gambar rajah dan graf, serta menggunakan istilah Matematik yang betul dan tepat semasa pembentangan lisan dan kerja bertulis. Kemahiran berkomunikasi juga melibatkan kemahiran mendengar.

Komunikasi lisan adalah proses interaktif yang melibatkan aktiviti seperti mendengar, bercakap, membaca dan memerhati. Ia adalah interaksi dua hala yang berlaku antara guru-murid, murid-murid dan murid-bahan. Ia juga mungkin melibatkan interaksi pelbagai hala antara guru-murid-bahan. Komunikasi bertulis adalah proses perkongsian idea dan maklumat Matematik dengan orang lain melalui penulisan. Persembahan adalah satu proses menganalisis sesuatu masalah Matematik dan mentafsirkannya dari satu bentuk kepada yang lain. Persembahan Matematik membolehkan murid membentuk hubung kait antara idea Matematik yang formal, informal, intuitif dan abstrak menggunakan bahasa seharian.

4.4.3 Penaakulan Matematik

Penaakulan atau pemikiran logik adalah asas bagi pemahaman dan penyelesaian matematik. Murid digalakkan meramal dan meneka dalam proses mencari penyelesaian. Murid dalam setiap peringkat perlu dilatih untuk mengkaji ramalan atau tekaan mereka dengan menggunakan bahan konkrit, kalkulator, komputer, persembahan matematik dan lain-lain. Penaakulan logik perlu diterapkan dalam pengajaran Matematik supaya murid dapat mengenal, membina dan menilai ramalan serta perbahasan.

4.4.4 Hubung Kait Matematik

Kurikulum Matematik mengandungi beberapa bidang seperti aritmetik, geometri, sukatan dan penyelesaian masalah. Dengan membuat hubung kait, murid dapat melihat Matematik sebagai satu idea yang menyeluruh berbanding kumpulan idea yang terpisah. Apabila idea Matematik dihubung kait dengan kehidupan seharian dengan kurikulum,

(51)

murid akan dapat menggunakan Matematik secara kontekstual dalam pelbagai bidang pembelajaran.

4.4.5 Aplikasi Teknologi

Aplikasi Teknologi dapat membantu murid memahami konsep Matematik secara mendalam dan bermakna serta membolehkan mereka meneroka konsep Matematik. Penggunaan komputer, koswer pendidikan, laman web dan pakej pembelajaran dapat membantu guru meningkatkan kemahiran pedagogi. Di samping itu, kebanyakan sumber tersebut dibentuk untuk pembelajaran kendiri. Murid dapat mengakses maklumat dan pengetahuan serta menguasai kemahiran secara individu melalui pembelajaran akses kendiri dan kadar kendiri.

4.5 Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik

Pelbagai perubahan terkini terutamanya dalam bidang sains, teknologi, ekonomi dan ICT mempengaruhi isi kandungan dan pedagogi pengajaran Matematik. Perubahan ini memerlukan kepelbagaian kaedah dalam pelaksanaan P&P Matematik. Antara aspek yang perlu diberi perhatian adalah:

4.5.1 Pembelajaran berpusatkan murid dengan mengambil kira kebolehan dan gaya pembelajaran murid;

4.5.2 Pelbagai jenis aktiviti pembelajaran seperti eksposisi oleh guru, perbincangan pelbagai hala, aktiviti/amali, pengukuhan dan latih tubi kemahiran asas, penyelesaian masalah, aplikasi Matematik kepada situasi seharian, inkuiri penemuan, pembentangan, kerja kumpulan, simulasi dan demonstrasi; 4.5.3 Penggunaan teknologi dan bahan pengajaran yang relevan,

sesuai dan berkesan;

4.5.4 Penilaian formatif dan sumatif untuk menentukan keberkesanan P&P;

(52)

4.5.5 Pemilihan pendekatan yang bersesuaian akan merangsang suasana P&P di dalam atau luar bilik darjah. Antara pendekatan yang sesuai adalah seperti berikut:

a. Pembelajaran Koperatif

b. Pembelajaran Kontekstual

c. Pembelajaran Masteri

d. Pembelajaran Akses Kendiri

e. Pembelajaran Kadar Kendiri

f. Pembelajaran Penilaian Kendiri

g. Pembelajaran Terarah Kendiri

h. Pembelajaran Konstruktivisme

4.6 Rancangan Pengajaran Matematik

Tujuan utama penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) ialah untuk memastikan guru membuat perancangan dan persediaan yang rapi supaya P&P yang dilaksanakan mencapai standard kualiti yang tinggi. Rekod P&P hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya dua elemen, iaitu RPT dan RPH. Pengetua hendaklah memastikan kedua-dua RPT dan RPH disediakan mengikut SPI Bil. 3/1999.

4.6.1 Rancangan Pelajaran Tahunan

RPT hendaklah disediakan sebelum sesi persekolahan bermula. RPT mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang terkini. RPT hendaklah dibahagikan mengikut minggu persekolahan sepanjang tahun, mengambil kira tahap kebolehan murid, takwim sekolah serta keadaan dan keperluan sekolah. Sekiranya ada RPT yang dibekalkan oleh JPN/PPD/PPG, ia perlu disesuaikan dengan takwim dan keperluan sekolah.

4.6.2 Rancangan Pelajaran Harian

a. RPH hendaklah disediakan sekurang-kurang sehari

sebelum pengajaran dilaksanakan.

b. RPH merupakan terjemahan RPT yang mengandungi

sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif (hasil pembelajaran), cara bagaimana hendak mencapai

(53)

objektif (aktiviti) dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai (refleksi/impak/penilaian kendiri).

c. Objektif hendaklah spesifik, boleh diukur dan sesuai

dengan masa pengajaran.

d. Aktiviti P&P yang disediakan hendaklah bersesuaian

dengan objektif, interaktif dan pelbagai hala melibatkan ketiga-tiga elemen guru, murid dan bahan, memperlihatkan perkembangan pelajaran dan mengikut tahap dan kebolehan murid.

e. Refleksi/impak/penilaian kendiri adalah catatan

sejauh mana objektif P&P tercapai. Ia hendaklah bersifat kuantitatif dan kualitatif. Sebaik-baiknya tindakan susulan yang akan diambil dinyatakan. 4.7 Latihan Dan Tugasan Murid

4.7.1 Tujuan

Latihan/tugasan diberikan kepada murid bertujuan :

a. Memperkukuhkan kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran yang telah dipelajari;

b. Memberi peluang kepada murid bagi memperoleh pengalaman dalam penyelesaian masalah Matematik yang berkaitan; dan

c. Membolehkan guru membuat penilaian formatif terhadap kesan pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan.

4.7.2 Pemberian Latihan Dan Tugasan

Latihan/tugasan haruslah diberi selepas setiap pelajaran sebagai aktiviti pembelajaran dalam kelas dan juga sebagai kerja rumah. Guru Matematik perlu mengambil kira garis panduan berikut dalam memberikan latihan /tugasan kepada

(54)

a. Latihan/tugasan hendaklah berkaitan dengan konsep dan kemahiran matematik yang telah disampaikan dalam pelajaran;

b. Tahap soalan yang diberikan hendaklah bersesuaian dengan keupayaan murid. Guru hendaklah memberikan latihan yang berbeza untuk kumpulan murid yang berlainan keupayaan;

c. Soalan yang diberikan hendaklah disusun dari tahap mudah ke tahap yang lebih sukar;

d. Bilangan soalan yang diberikan setiap kali sebagai kerja rumah hendaklah sesuai dengan tahap dan potensi murid serta tidak membebankan murid. Panduan bagi soalan yang sukar perlu diberikan untuk membantu murid menyelesaikannya di rumah.

e. Kuantiti latihan/tugasan yang perlu dibuat oleh murid bergantung kepada tujuan latihan/tugasan tersebut diberikan:

i. Latihan Pengukuhan Kefahaman Konsep

Pelbagai jenis soalan perlu diberikan kepada murid untuk memberi peluang kepada murid menggunakan konsep dalam pelbagai situasi. Satu atau dua soalan bagi setiap jenis situasi adalah memadai.

ii. Latihan Pengukuhan Kemahiran Pengiraan

Soalan yang sama jenis perlu diberikan kepada murid supaya mereka dapat menguasai kemahiran pengiraan. Lebih banyak soalan perlu diberikan kepada murid.

f. Latihan hendaklah dipelbagaikan jenisnya dengan memilih soalan daripada buku teks dan punca yang lain untuk memperluaskan pengalaman murid. Guru digalakkan menyediakan soalan dalam bentuk lembaran kerja supaya penggunaan masa dapat dioptimumkan dalam penyelesaian masalah.

(55)

4.7.3 Penyemakan Latihan Dan Tugasan

Semua latihan/tugasan perlu disemak oleh guru untuk memastikan murid telah memahami pelajaran dan mempertingkatkan kualiti pengajaran dalam kelas. Guru hendaklah mengambil langkah berikut dalam penyemakan latihan/tugasan.

a. Guru perlu menyemak latihan/tugasan murid secara kerap sebaik-baiknya selepas setiap pengajaran. Maklum balas segera perlu diberikan kepada murid untuk membetulkan sebarang salah faham mengenai kosep dan kaedah penyelesaian masalah;

b. Langkah penyelesaian hendaklah diperiksa dengan teliti dan kesilapan murid ditanda dengan jelas untuk rujukan murid. Penyemakan yang hanya menumpukan kepada jawapan akhir adalah tidak memadai;

c. Ulasan yang membina hendaklah diberikan untuk: i. Memberi galakan kepada murid kerana kaedah

penyelesaiannya baik dan kreatif;

ii. Menunjukkan kepada murid strategi atau rumus yang sesuai bagi menyelesaikan masalah; dan

iii. Memaklumkan kepada murid mengenai kualiti hasil kerja mereka;

d. Guru hendaklah memastikan latihan/tugasan telah dilaksanakan dengan berkualiti dari aspek:

i. kekemasan; ii. kesempurnaan

iii. membuat pembetulan; dan

iv. penyerahan mengikut masa yang ditetapkan;

e. Guru hendaklah menandatangani dan mencatat tarikh pemeriksaan selepas setiap penyemakan latihan/ tugasan;

f. Guru perlu membincangkan kesilapan di dalam latihan untuk makluman murid; dan

(56)

g. Guru hendaklah menggunakan maklumat mengenai kelemahan murid untuk memperbaiki pengajarannya di dalam pelajaran akan datang.

4.7.4 Kerja Projek

a. Kerja Projek adalah satu elemen baru bagi kurikulum Matematik Tambahan. Projek-projek seperti ini, selain membantu pembelajaran dan pemahaman konsep Matematik ianya dapat memberi peluang kepada murid menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari dalam situasi sebenar atau yang mencabar pemikiran dan kreativiti mereka di luar bilik darjah. b. Kerja projek merangkumi sesuatu masalah Matematik

yang dijalankan oleh murid. Pengenalan kerja projek dapat memberi manfaat kepada murid seperti merangsangkan minda murid, menjadikan pembelajaran Matematik lebih bermakna, membolehkan murid mengaplikasikan konsep dan kemahiran Matematik yang telah dipelajari dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi.

c. Tugasan yang berbentuk kerja projek boleh dijalankan oleh murid secara individu ataupun secara kumpulan. Kerja projek dihadkan kepada kes yang menggunakan pengetahuan Matematik daripada Pakej Wajib dan Pakej Pilihan yang diambil oleh murid.

d. Pelaksanaan kerja projek digalakkan mulai semester kedua selepas murid mempelajari beberapa topik pada semester satu. Tajuk aktiviti adalah berdasarkan topik yang telah dipelajari dan murid telah selesai mempelajarinya dan perlu disiapkan dalam masa tiga minggu.

e. Laporan kerja projek perlu dihantar oleh setiap murid secara individu dengan mengikut kandungan berikut:

Referensi

Dokumen terkait

POLITEKNIK ILMU PELAYARAN (PIP) SEMARANG Dosen Dosen Dosen Dosen Instruktur Dosen Instruktur Instruktur Dokter Umum Penata Laporan SABMN Penata Laporan Keuangan Penata

Yang dimaksud dengan “perpindahan lokasi Pemanfaatan Sumber Radiasi Pengion” dalam Pasal ini hanya meliputi tempat Sumber Radiasi Pengion yang digunakan untuk jangka waktu

Selama tahun 2012, BPTP Bali diwajibkan untuk melakukan evaluasi terhadap kinerjanya yang dituangkan dalam bentuk Laporan Akuntabilitas Kinerja Instansi

disosialisasikan di masyarakat agar dapat dijalankan. Karena dengan partisipasi aktif dari masyarakat, misalnya dalam mensortir jenis sampah, maka pengolahan sampah tentu akan

a) Menyiapkan prosedur perakitan dan pemasangan PHB Penerangan fasa tunggal dan atau fasa tiga sesuai dengan persyaratan yang berlaku. b) Menyiapkan Alat kerja,

dan suhu tubuh yang dilakukan pemberian plester kompres mengalami penurunan 0, 42 o C sehingga dapat disimpulkan kompres hangat lebih efektif dibandingakan plestrer

Sebagaimana disampaikan Kepala Biro Pembinaan dan Pengawasan Sistem Resi Gudang dan Pasar Lelang Komoditas, Badan Pengawas Perdagangan Berjangka Komoditi (Bappebti), Retno

Berdasarkan dengan perkataan ustadz Taufik Akbar yang berperan sebagai fasilitator bahwa beliau memberikan pelayanan atau memfasilitasi santri yang menghafal Alquran hampir