• Tidak ada hasil yang ditemukan

Program Peningkatan Pencapaian Murid

Dalam dokumen Pengajaran Math (Halaman 66-72)

DIMENSI IV : KEMENJADIAN MURID

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS

5.4 Program Sokongan

5.4.4 Program Peningkatan Pencapaian Murid

Cadangan Strategi Peningkatan Pencapaian Murid Dalam Mata Pelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris adalah seperti berikut:

a. Khidmat bantuan guru Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik;

b. Ulangan Ayat Sains Dan Matematik; c. Pembelajaran Kontekstual;

d. Projek Khas;

e. Learn A Sentence A Day; f. Vocabulary Book;

g. Mathematics Camps;

h. Learning English in a Fun Way;

i. Drop Everything And Read (DEAR); dan j. Corridor Of Knowledge.

Penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan aktiviti di atas diberikan dalam SPI Bil. 1/1999 dan Surat Siaran KP(BS/ HEP)8586/041/JldVII(41) bertarikh 2 Mac 2004.

BAB 6 PENYELIAAN

6.1 Bidang-bidang Yang Perlu Diselia

6.1.1 Pada umumnya, bidang utama yang perlu diselia oleh Pengetua dan Pengurus/Pentadbir sekolah ialah pengurusan mata pelajaran, pengurusan panitia dan pelaksanaan P&P. 6.1.2 Dalam penyeliaan bidang pengurusan mata pelajaran dan

panitia Matematik, aspek-aspek yang perlu diselia termasuklah proses-proses yang meliputi:

a. Perancangan;

b. Penyelarasan dan Pelaksanaan; c. Pemantauan dan Penilaian; dan d. Penambahbaikan.

6.2 Strategi Penyeliaan

6.2.1 Penyeliaan adalah proses yang berterusan yang boleh dilakukan pada masa yang tertentu atau pun sepanjang tahun bergantung kepada keperluan dan situasi. Penyeliaan perlu dijadualkan dan boleh dijalankan secara langsung atau tidak langsung. Perkara yang diselia secara langsung termasuklah: a. Rekod Pengajaran dan Pembelajaran;

b. Penyemakan Buku Latihan Murid; c. Perjalanan Aktiviti Panitia; dan d. Pencerapan P&P.

6.2.2. Perkara-perkara yang diselia secara tidak langsung dibuat melalui laporan daripada pihak yang bertanggungjawab menjalankan tugas misalnya:

a. Laporan daripada GPK/Penyelia Petang/Guru Kanan Mata Pelajaran dan Ketua Panitia;

b. Laporan/Minit Mesyuarat Panitia/JKS; dan

c. Analisis pencapaian murid dalam ujian/peperiksaan. 6.2.3 Penyeliaan yang dijalankan secara langsung atau tidak

langsung mempunyai tujuan yang sama, iaitu untuk menilai perjalanan aktiviti kurikulum. Berdasarkan penyeliaan, dan maklum balas, bimbingan yang sesuai serta tindakan penambahbaikan dapat dirancangkan.

6.2.4 Untuk menjalankan pemerhatian/penyeliaan dengan sistematis, Pengetua/Pengurus/Pentadbir hendaklah menggunakan instrumen pemerhatian seperti senarai semak atau sekurang-kurangnya membuat catatan mengenai apa yang diperhatikan. Rumusan dapatan hendaklah dijadikan asas untuk merancang tindakan penambahbaikan.

6.2.5 Pihak pengurus/pentadbir boleh menggunakan Instrumen Pemastian Standard Pengurusan Kurikulum Matematik Sekolah Menengah (SKPP/M/B2) dan Instrumen Pemastian Standard Pengajaran Matematik Sekolah Menengah (SKPP/ M/C2) seperti dalam Lampiran B dan Lampiran C.

6.3 Penyeliaan Pengurusan Kurikulum

Dalam penyeliaan aspek ini, Guru Besar hendaklah memastikan: 6.3.1 Jawatankuasa Kurikulum Sekolah (JKS), Jawatankuasa

Khas PPSMI, Sistem Bimbingan Taulan (SBT) dan Panitia Mata Pelajaran berfungsi dengan berkesan;

6.3.2 Kesemua guru mempunyai Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang terkini;

6.3.3 Peruntukan masa bagi Matematik di setiap kelas adalah mematuhi dan selaras dengan Peraturan dan SPI yang berkuat kuasa;

6.3.4 Bahan bantu mengajar, bahan rujukan dan bahan tambahan adalah sesuai dan mencukupi;

6.3.5 Sumber kurikulum Matematik dan perkakasan serta koswer yang dibekalkan digunakan dengan optimum;

6.4 Penyeliaan oleh Guru Penolong Kanan/Penyelia Petang/Guru

Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia

6.4.1 Oleh kerana kekangan tertentu, Pengetua mungkin tidak dapat membuat penyeliaan secara kerap di dalam bilik

Panitia (KP) boleh ditugaskan untuk membantu penyeliaan. Mereka yang diberi tugas tersebut, perlu diberi taklimat untuk tujuan penyelarasan tentang kaedah dan strategi penyeliaan. 6.4.2 Guru juga perlu diberitahu tentang penyeliaan oleh Penyelia Petang/GPK/GKMP/KP. Selepas setiap penyeliaan, laporan penyeliaan mereka disampaikan kepada Pengetua. Dalam keadaan tertentu, penyeliaan oleh Pengetua bersama GKMP/ KP boleh diadakan dengan tujuan:

a. Pengurus mendapatkan pandangan GKMP/KP terhadap kandungan P&P tersebut;

b. GKMP/KP mendapat sokongan dari segi kewibawaan untuk menyelia rakan sejawat.

6.5 Penyeliaan Pengurusan Mata Pelajaran Matematik

Pengurusan kurikulum merupakan tugas utama Pengetua. Beliau bertanggungjawab ke atas pelaksanaan Kurikulum Kebangsaan di

sekolah. Beliau juga bertanggungjawab ke atas pelaksanaan

dasar-dasar kerajaan tentang pendidikan dan pembangunan modal insan seperti pelaksanaan Rancangan Pembangunan Malaysia (RMK), Wawasan 2020, Misi Nasional dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

Untuk melaksanakan kurikulum Matematik secara teratur dan berkesan, pihak sekolah hendaklah menyediakan Rancangan Strategik (jangka panjang), Rancangan Taktikal (jangka pendek) dan Rancangan Operasi. Panitia Matematik dipertanggung jawabkan untuk menyediakan rancangan tersebut.

Penyeliaan Pengetua terhadap pengurusan mata pelajaran Matematik merangkumi proses-proses perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian serta penambahbaikan. Beliau hendaklah memberikan kepimpinan profesional di dalam setiap proses itu dan mewujudkan sistem komunikasi yang berkesan supaya segala arahan, maklumat dan maklum balas dapat disampaikan dan diterima dengan cepat dan tepat. Bersama-sama dengan GPK, Penyelia Petang, GKMP dan KP, beliau perlu memantau pelaksanaan aktiviti serta membuat tindakan susulan ke atas laporan dan minit mesyuarat.

Sebagai pemimpin kurikulum, Pengetua hendaklah memastikan perkara-perkara berikut dilaksanakan:

6.5.1 Seorang Ketua Panitia Matematik dilantik;

6.5.2 Rancangan Strategik, Taktikal dan Operasi disediakan

mengikut garis panduan yang diberikan bersesuaian dengan keadaan dan tahap kebolehan murid;

6.5.3 Mesyuarat Jawatankuasa PPSMI, Jawatankuasa SBT dan

Panitia Matematik diadakan seperti yang dirancang;

6.5.4 Pengetua/Guru Penolong Kanan/Penyelia Petang

menghadiri mesyuarat Jawatankuasa/Panitia untuk memberi input, pandangan dan bimbingan profesional;

6.5.5 Pengetua/Guru Penolong Kanan/Penyelia Petang/Guru

Kanan Mata Pelajaran menyemak dan meneliti minit mesyuarat dan laporan perkembangan/kemajuan aktiviti kurikulum dan kokurikulum Matematik yang dijalankan serta mengambil tindakan susulan;

6.5.6 Pengetua/Guru Penolong Kanan/Penyelia Petang/Guru

Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia memberi maklum balas kepada guru berdasarkan kepada hasil penyeliaan terhadap perjalanan Jawatankuasa PPSMI, Jawatankuasa SBT dan Panitia Matematik, penyemakan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran, pencerapan pengajaran dan pembelajaran Matematik, penyemakan kerja bertulis murid dan penyemakan Rekod Prestasi serta Rekod Profil Murid; dan

6.5.7 Tindakan pembetulan dan penambahbaikan diambil

terhadap isu dan masalah yang dikenal pasti.

6.6 Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

6.6.1 Dalam penyeliaan P&P, Pengetua hendaklah memastikan bahawa guru memberikan perhatian kepada

perkara-a. Pengajaran Matematik memberi peluang bagi murid mengalami pelbagai jenis aktiviti pembelajaran;

b. Pengajaran guru tidak terhad kepada kaedah eksposisi/ penerangan dan demonstrasi berpusatkan guru (teacher

centered), tetapi menggunakan kaedah campuran

eksposisi bersama kaedah-kaedah yang berpusatkan murid (student centered), seperti perbincangan/kerja amali dan inkuiri/penemuan;

c. Guru menggunakan kaedah (kelas/kumpulan/individu) dan sumber yang berbeza dengan mengambil kira perbezaan kebolehan individu murid;

d. Aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan dirancang dan dijalankan oleh guru;

e. Penguasaan fakta asas oleh murid diberi perhatian oleh guru;

f. Penekanan terhadap penggunaan bahasa Inggeris/ instruksional oleh guru dan murid;

g. Penerapan nilai dan penggabung jalinan sentiasa diamalkan secara sedar; dan

h. Pemanfaatan sumber pendidikan secara optimum oleh guru .

Dalam dokumen Pengajaran Math (Halaman 66-72)

Dokumen terkait