• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penekanan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Pada keseluruhannya, penekanan dalam P&P Matematik sekolah

Dalam dokumen Pengajaran Math (Halaman 49-64)

DIMENSI IV : KEMENJADIAN MURID

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

4.4 Penekanan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Pada keseluruhannya, penekanan dalam P&P Matematik sekolah

menengah adalah untuk membolehkan pembinaan pemahaman konsep, pemerolehan kemahiran dan penerapan nilai positif. Selain itu, terdapat elemen-elemen lain yang perlu diambil kira dan dipelajari dalam proses P&P dalam bilik darjah. Penekanan utama adalah seperti berikut:

4.4.1 Penyelesaian Masalah

a. Penyelesaian masalah wujud dalam tiga bentuk yang berbeza iaitu isi kandungan, kebolehan dan pendekatan pembelajaran. Model penyelesaian masalah yang sering digunakan adalah menggunakan kaedah Polya seperti berikut:

i. Memahami masalah

ii. Merangka pelan penyelesaian

iii. Melaksanakan pelan penyelesaian

iv. Menyemak penyelesaian

b. Penyelesaian masalah adalah kebolehan Matematik yang muktamad yang perlu dikembangkan dalam kalangan pembelajar Matematik. Sebagai kebolehan muktamad, penyelesaian masalah dibina daripada pengalaman dan pengetahuan sedia ada atau kebolehan Matematik lain yang lebih mudah. Dengan itu, adalah penting untuk memastikan kebolehan seperti pengiraan, pengukuran dan komunikasi dikembangkan dengan baik dalam kalangan murid.

4.4.2 Komunikasi Dalam Matematik

Komunikasi adalah satu cara perkongsian idea dan memperjelaskan kefahaman Matematik. Melalui perbincangan, idea Matematik boleh diimbas kembali, dibincangkan dan diubah suai.

Kemahiran berkomunikasi dalam Matematik mencakupi kemahiran membaca dan memahami masalah, mentafsir gambar rajah dan graf, serta menggunakan istilah Matematik yang betul dan tepat semasa pembentangan lisan dan kerja bertulis. Kemahiran berkomunikasi juga melibatkan kemahiran mendengar.

Komunikasi lisan adalah proses interaktif yang melibatkan aktiviti seperti mendengar, bercakap, membaca dan memerhati. Ia adalah interaksi dua hala yang berlaku antara guru-murid, murid-murid dan murid-bahan. Ia juga mungkin melibatkan interaksi pelbagai hala antara guru-murid-bahan. Komunikasi bertulis adalah proses perkongsian idea dan maklumat Matematik dengan orang lain melalui penulisan. Persembahan adalah satu proses menganalisis sesuatu masalah Matematik dan mentafsirkannya dari satu bentuk kepada yang lain. Persembahan Matematik membolehkan murid membentuk hubung kait antara idea Matematik yang formal, informal, intuitif dan abstrak menggunakan bahasa seharian.

4.4.3 Penaakulan Matematik

Penaakulan atau pemikiran logik adalah asas bagi pemahaman dan penyelesaian matematik. Murid digalakkan meramal dan meneka dalam proses mencari penyelesaian. Murid dalam setiap peringkat perlu dilatih untuk mengkaji ramalan atau tekaan mereka dengan menggunakan bahan konkrit, kalkulator, komputer, persembahan matematik dan lain-lain. Penaakulan logik perlu diterapkan dalam pengajaran Matematik supaya murid dapat mengenal, membina dan menilai ramalan serta perbahasan.

4.4.4 Hubung Kait Matematik

Kurikulum Matematik mengandungi beberapa bidang seperti aritmetik, geometri, sukatan dan penyelesaian masalah. Dengan membuat hubung kait, murid dapat melihat Matematik sebagai satu idea yang menyeluruh berbanding kumpulan idea yang terpisah. Apabila idea Matematik dihubung kait dengan kehidupan seharian dengan kurikulum,

murid akan dapat menggunakan Matematik secara kontekstual dalam pelbagai bidang pembelajaran.

4.4.5 Aplikasi Teknologi

Aplikasi Teknologi dapat membantu murid memahami konsep Matematik secara mendalam dan bermakna serta membolehkan mereka meneroka konsep Matematik. Penggunaan komputer, koswer pendidikan, laman web dan pakej pembelajaran dapat membantu guru meningkatkan kemahiran pedagogi. Di samping itu, kebanyakan sumber tersebut dibentuk untuk pembelajaran kendiri. Murid dapat mengakses maklumat dan pengetahuan serta menguasai kemahiran secara individu melalui pembelajaran akses kendiri dan kadar kendiri.

4.5 Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik

Pelbagai perubahan terkini terutamanya dalam bidang sains, teknologi, ekonomi dan ICT mempengaruhi isi kandungan dan pedagogi pengajaran Matematik. Perubahan ini memerlukan kepelbagaian kaedah dalam pelaksanaan P&P Matematik. Antara aspek yang perlu diberi perhatian adalah:

4.5.1 Pembelajaran berpusatkan murid dengan mengambil kira kebolehan dan gaya pembelajaran murid;

4.5.2 Pelbagai jenis aktiviti pembelajaran seperti eksposisi oleh guru, perbincangan pelbagai hala, aktiviti/amali, pengukuhan dan latih tubi kemahiran asas, penyelesaian masalah, aplikasi Matematik kepada situasi seharian, inkuiri penemuan, pembentangan, kerja kumpulan, simulasi dan demonstrasi; 4.5.3 Penggunaan teknologi dan bahan pengajaran yang relevan,

sesuai dan berkesan;

4.5.4 Penilaian formatif dan sumatif untuk menentukan keberkesanan P&P;

4.5.5 Pemilihan pendekatan yang bersesuaian akan merangsang suasana P&P di dalam atau luar bilik darjah. Antara pendekatan yang sesuai adalah seperti berikut:

a. Pembelajaran Koperatif

b. Pembelajaran Kontekstual

c. Pembelajaran Masteri

d. Pembelajaran Akses Kendiri

e. Pembelajaran Kadar Kendiri

f. Pembelajaran Penilaian Kendiri

g. Pembelajaran Terarah Kendiri

h. Pembelajaran Konstruktivisme

4.6 Rancangan Pengajaran Matematik

Tujuan utama penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) ialah untuk memastikan guru membuat perancangan dan persediaan yang rapi supaya P&P yang dilaksanakan mencapai standard kualiti yang tinggi. Rekod P&P hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya dua elemen, iaitu RPT dan RPH. Pengetua hendaklah memastikan kedua-dua RPT dan RPH disediakan mengikut SPI Bil. 3/1999.

4.6.1 Rancangan Pelajaran Tahunan

RPT hendaklah disediakan sebelum sesi persekolahan bermula. RPT mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang terkini. RPT hendaklah dibahagikan mengikut minggu persekolahan sepanjang tahun, mengambil kira tahap kebolehan murid, takwim sekolah serta keadaan dan keperluan sekolah. Sekiranya ada RPT yang dibekalkan oleh JPN/PPD/PPG, ia perlu disesuaikan dengan takwim dan keperluan sekolah.

4.6.2 Rancangan Pelajaran Harian

a. RPH hendaklah disediakan sekurang-kurang sehari

sebelum pengajaran dilaksanakan.

b. RPH merupakan terjemahan RPT yang mengandungi

sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif (hasil pembelajaran), cara bagaimana hendak mencapai

objektif (aktiviti) dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai (refleksi/impak/penilaian kendiri).

c. Objektif hendaklah spesifik, boleh diukur dan sesuai

dengan masa pengajaran.

d. Aktiviti P&P yang disediakan hendaklah bersesuaian

dengan objektif, interaktif dan pelbagai hala melibatkan ketiga-tiga elemen guru, murid dan bahan, memperlihatkan perkembangan pelajaran dan mengikut tahap dan kebolehan murid.

e. Refleksi/impak/penilaian kendiri adalah catatan

sejauh mana objektif P&P tercapai. Ia hendaklah bersifat kuantitatif dan kualitatif. Sebaik-baiknya tindakan susulan yang akan diambil dinyatakan. 4.7 Latihan Dan Tugasan Murid

4.7.1 Tujuan

Latihan/tugasan diberikan kepada murid bertujuan :

a. Memperkukuhkan kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran yang telah dipelajari;

b. Memberi peluang kepada murid bagi memperoleh pengalaman dalam penyelesaian masalah Matematik yang berkaitan; dan

c. Membolehkan guru membuat penilaian formatif terhadap kesan pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan.

4.7.2 Pemberian Latihan Dan Tugasan

Latihan/tugasan haruslah diberi selepas setiap pelajaran sebagai aktiviti pembelajaran dalam kelas dan juga sebagai kerja rumah. Guru Matematik perlu mengambil kira garis panduan berikut dalam memberikan latihan /tugasan kepada

a. Latihan/tugasan hendaklah berkaitan dengan konsep dan kemahiran matematik yang telah disampaikan dalam pelajaran;

b. Tahap soalan yang diberikan hendaklah bersesuaian dengan keupayaan murid. Guru hendaklah memberikan latihan yang berbeza untuk kumpulan murid yang berlainan keupayaan;

c. Soalan yang diberikan hendaklah disusun dari tahap mudah ke tahap yang lebih sukar;

d. Bilangan soalan yang diberikan setiap kali sebagai kerja rumah hendaklah sesuai dengan tahap dan potensi murid serta tidak membebankan murid. Panduan bagi soalan yang sukar perlu diberikan untuk membantu murid menyelesaikannya di rumah.

e. Kuantiti latihan/tugasan yang perlu dibuat oleh murid bergantung kepada tujuan latihan/tugasan tersebut diberikan:

i. Latihan Pengukuhan Kefahaman Konsep

Pelbagai jenis soalan perlu diberikan kepada murid untuk memberi peluang kepada murid menggunakan konsep dalam pelbagai situasi. Satu atau dua soalan bagi setiap jenis situasi adalah memadai.

ii. Latihan Pengukuhan Kemahiran Pengiraan

Soalan yang sama jenis perlu diberikan kepada murid supaya mereka dapat menguasai kemahiran pengiraan. Lebih banyak soalan perlu diberikan kepada murid.

f. Latihan hendaklah dipelbagaikan jenisnya dengan memilih soalan daripada buku teks dan punca yang lain untuk memperluaskan pengalaman murid. Guru digalakkan menyediakan soalan dalam bentuk lembaran kerja supaya penggunaan masa dapat dioptimumkan dalam penyelesaian masalah.

4.7.3 Penyemakan Latihan Dan Tugasan

Semua latihan/tugasan perlu disemak oleh guru untuk memastikan murid telah memahami pelajaran dan mempertingkatkan kualiti pengajaran dalam kelas. Guru hendaklah mengambil langkah berikut dalam penyemakan latihan/tugasan.

a. Guru perlu menyemak latihan/tugasan murid secara kerap sebaik-baiknya selepas setiap pengajaran. Maklum balas segera perlu diberikan kepada murid untuk membetulkan sebarang salah faham mengenai kosep dan kaedah penyelesaian masalah;

b. Langkah penyelesaian hendaklah diperiksa dengan teliti dan kesilapan murid ditanda dengan jelas untuk rujukan murid. Penyemakan yang hanya menumpukan kepada jawapan akhir adalah tidak memadai;

c. Ulasan yang membina hendaklah diberikan untuk: i. Memberi galakan kepada murid kerana kaedah

penyelesaiannya baik dan kreatif;

ii. Menunjukkan kepada murid strategi atau rumus yang sesuai bagi menyelesaikan masalah; dan

iii. Memaklumkan kepada murid mengenai kualiti hasil kerja mereka;

d. Guru hendaklah memastikan latihan/tugasan telah dilaksanakan dengan berkualiti dari aspek:

i. kekemasan; ii. kesempurnaan

iii. membuat pembetulan; dan

iv. penyerahan mengikut masa yang ditetapkan;

e. Guru hendaklah menandatangani dan mencatat tarikh pemeriksaan selepas setiap penyemakan latihan/ tugasan;

f. Guru perlu membincangkan kesilapan di dalam latihan untuk makluman murid; dan

g. Guru hendaklah menggunakan maklumat mengenai kelemahan murid untuk memperbaiki pengajarannya di dalam pelajaran akan datang.

4.7.4 Kerja Projek

a. Kerja Projek adalah satu elemen baru bagi kurikulum Matematik Tambahan. Projek-projek seperti ini, selain membantu pembelajaran dan pemahaman konsep Matematik ianya dapat memberi peluang kepada murid menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari dalam situasi sebenar atau yang mencabar pemikiran dan kreativiti mereka di luar bilik darjah. b. Kerja projek merangkumi sesuatu masalah Matematik

yang dijalankan oleh murid. Pengenalan kerja projek dapat memberi manfaat kepada murid seperti merangsangkan minda murid, menjadikan pembelajaran Matematik lebih bermakna, membolehkan murid mengaplikasikan konsep dan kemahiran Matematik yang telah dipelajari dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi.

c. Tugasan yang berbentuk kerja projek boleh dijalankan oleh murid secara individu ataupun secara kumpulan. Kerja projek dihadkan kepada kes yang menggunakan pengetahuan Matematik daripada Pakej Wajib dan Pakej Pilihan yang diambil oleh murid.

d. Pelaksanaan kerja projek digalakkan mulai semester kedua selepas murid mempelajari beberapa topik pada semester satu. Tajuk aktiviti adalah berdasarkan topik yang telah dipelajari dan murid telah selesai mempelajarinya dan perlu disiapkan dalam masa tiga minggu.

e. Laporan kerja projek perlu dihantar oleh setiap murid secara individu dengan mengikut kandungan berikut:

• Tajuk;

• Latar belakang atau Pengenalan; • Strategi/Prosedur;

• Dapatan;

• Perbincangan/Penyelesaian; dan • Kesimpulan/Rumusan.

4.8 Penilaian Dalam Matematik

Rangka pelaksanaan penilaian dalam P&P Matematik adalah seperti jadual di bawah :

4.8.1 Tujuan Penilaian

Penilaian merupakan sebahagian daripada proses P&P dan hendaklah dijalankan secara berterusan. Tujuan utama penilaian ialah untuk:

a. mengetahui sama ada murid telah memahami/ menguasai sesuatu konsep/kemahiran yang telah disampaikan;

b. mengenal pasti bidang kekuatan dan kelemahan setiap murid; dan

c. menggunakan maklum balas hasil penilaian untuk merancang tindakan susulan dan penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Merancang Pengajaran dan Pembelajaran Proses Pengajaran dan Pembelajaran Menjalankan Penilaian Maklum Balas dan Penambahbaikan

4.8.2 Jenis Penilaian

Penilaian Kendalian Sekolah Menengah (PKSM) ialah penilaian dalaman yang disediakan oleh guru. PKSM menilai bidang kognitif, afektif dan psikomotor. Penilaian bidang kognitif selalunya diadakan secara formal manakala penilaian bidang afektif dan psikomotor selalunya dilaksanakan secara tidak formal semasa guru mengajar dan memeriksa latihan murid. Penilaian dalam KBSM meliputi.

a. Penilaian Formatif

Terdapat dua jenis penilaian formatif iaitu: i. Tidak Formal

Penilaian dijalankan semasa pengajaran guru melalui pemerhatian, soal jawab secara lisan dan pemeriksaan latihan murid.

ii. Formal

Penilaian dijalankan melalui ujian bertulis contohnya, Ujian Kemajuan yang diadakan secara bulanan dan Ujian Pencapaian yang diadakan pada akhir penggal/ semester.

b. Penilaian Sumatif

Penilaian Sumatif ialah ujian pencapaian yang diberikan secara formal selepas sesuatu jangkamasa tertentu, misalnya pada pertengahan tahun dan akhir tahun. Peperiksaan awam seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR)/Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) adalah ujian sumatif. 4.8.3 Ujian Diagnostik

Ujian Diagnostik adalah ujian yang dijalankan oleh guru untuk mengenal pasti masalah atau halangan yang berbentuk kesukaran, kelemahan, kekurangan dan kesilapan yang sering kali dihadapi murid dalam pembelajaran supaya guru tahu/sedar elemen penting dalam pengajarannya yang sukar dikuasai oleh murid. Berdasarkan hasil ujian guru dapat membuat pemulihan (remedial) berpandukan maklumat yang

diperolehi daripada ujian itu. Hasil Ujian Diagnostik perlu dijadikan asas dalam menyediakan P&P terancang untuk mengatasi halangan pembelajaran dan meningkatkan pencapaian murid.

Ciri-ciri Ujian Diagnostik adalah seperti berikut:

a. Ujian Pencapaian (seperti UPSR, PMR dan SPM)

adalah untuk mengukur pembelajaran (to measure learning) atau lebih terkenal dengan assessment of

learning, Ujian Diagnostik adalah untuk memperbaiki

pembelajaran (to improve learning) atau assessment

for learning.

b. Ujian ini bukan ujian standard yang perlu dijalankan

serentak di seluruh negara oleh LPM atau mana-mana pihak tetapi ia adalah ujian yang dijalankan oleh guru berdasarkan soalan-soalan yang mengukur konstruk yang sama di seluruh negara.

c. Ujian ini mengukur konstruk-konstruk utama yang boleh

memberi subskor dan bukannya skor tunggal. Skor tunggal dapat memberi maklumat secara lebih terperinci sejauh mana murid menghadapi masalah dalam pembelajaran supaya pemulihan dapat dilakukan.

d. Ujian ini mempunyai korelasi yang rendah antara

subskor bagi soalan-soalan yang dikemukakan (iaitu kurang daripada 0.65). Perkara ini untuk memastikan diagnosis yang dilakukan memberi maklumat tepat tentang masalah yang dihadapi murid dalam pembelajaran.

e. Setiap konstruk didefinisikan atau dikonsepsikan

dengan jelas, spesifik, berkaitan dengan peperiksaan dari segi skop pengujian dan boleh memberi maklumat pembelajaran pelbagai jenis calon. Oleh itu, guru boleh membina sendiri soalan yang sesuai dan menepati kehendak diagnosis yang diperlukan.

tidak menghadapi masalah semasa menjawab item tersebut. Ini bermakna, jika kita hendak melihat sama ada murid menghadapi masalah memahami soalan yang dikemukakan dalam bahasa Inggeris, murid tidak boleh dibebankan dengan masalah Matematik yang sukar. Begitu juga, jika kita hendak melihat sama ada murid menghadapi masalah berkaitan pengetahuannya dalam Matematik, murid tidak seharusnya dibebankan dengan masalah memahami soalan yang struktur ayatnya sukar difahami.

g. Setiap item yang diguna untuk mengukur konstruk yang

berlainan mestilah bersifat unidimensi iaitu hanya mengukur kostruk yang dimaksudkan sahaja. Ini adalah untuk memastikan tidak berlaku kesilapan mendiagnos halangan atau kelemahan murid dalam pembelajaran. Ini penting bagi memastikan keserasian antara masalah yang dihadapi oleh murid dengan pemulihan yang akan diberikan.

h. Masa pengujian tidak ditetapkan tetapi anggaran masa

kebanyakan murid dapat menghabiskan semua soalan perlu ditentukan. Perkara ini penting untuk memastikan setiap murid diberi masa secukupnya untuk menjawab semua soalan yang dikemukakan.

i. Soalan-soalan dikemukakan sama ada bentuk objektif

atau subjektif, secara bertulis atau secara lisan (murid mendengar soalan yang dikemukakan secara verbal oleh guru) hendaklah mengikut kesesuaian konstruk yang hendak diuji dan tugasan yang hendak dikemukakan.

4.8.4 Penyediaan Kertas Soalan Ujian/Peperiksaan

Pentadbiran dan pengurusan ujian/peperiksaan perlu mengambil kira faktor berikut:

a. Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) disediakan sebelum soalan dibina untuk memastikan soalan dari pelbagai tahap kesukaran iaitu mudah, sederhana dan mencabar

disediakan. Peratus taburan soalan yang dicadangkan mudah:sederhana:sukar adalah 40:40:20. Nisbah ini boleh diubah suai mengikut keadaan sekolah/kelas; b. Soalan ujian/peperiksaan hendaklah menguji

pengetahuan mengenai fakta, kefahaman soalan, kemahiran menghitung dan penggunaan fakta, konsep dan kemahiran;

c. Soalan bagi ujian pencapaian/kemajuan seperti ujian bulanan hendaklah disediakan oleh guru kelas masing-masing berdasarkan tajuk/kemahiran yang telah diajar serta mengambil kira kebolehan murid;

d. Soalan berbentuk subjektif hendaklah dimasukkan di dalam ujian kemajuan bagi melatih murid menyelesaikan masalah secara teratur mengikut langkah-Iangkah yang mantik. Soalan subjektif boleh dibahagikan kepada soalan/masalah berayat dan soalan pengiraan mekanikal; e. Soalan berbentuk objektif boleh diberi untuk menguji bidang tajuk kemahiran yang lebih luas, seperti semasa Peperiksaan Akhir Tahun. Kombinasi soalan subjektif dan objektif boleh diberikan semasa Peperiksaan Akhir Penggal/Semester;

f. Penyelarasan yang rapi perlu dibuat dalam penyediaan soalan ujian selaras untuk semua kelas bagi tahun yang sarna. Tajuk/kemahiran dan soalan-soalan yang diuji perlu dibincangkan oleh panel guru yang terlibat supaya kualiti dan jenis soalan sesuai dan dipersetujui oleh semua; g. Guru hendaklah membuat analisis keputusan ujian/

peperiksaan secara individu dan kumpulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid bagi tujuan penambahbaikan;

h. Pemeriksaan kertas jawapan murid perlu berdasarkan skema pemarkahan yang digubal dan dipersetujui bersama supaya perbandingan yang sahih dapat dibuat

bagi pencapaian murid mengikut item dan markah keseluruhan.

4.8.5 Rekod Prestasi dan Rekod Profil Murid

Rekod penilaian murid hendaklah boleh dipercayai dan berguna untuk merancang dan melaksanakan tindakan susulan bagi meningkatkan prestasi murid. Dua jenis rekod penilaian hendaklah disediakan di peringkat sekolah iaitu: a. Rekod Prestasi Murid

Catatan Rekod Prestasi Murid perlu mengikut tajuk/ kemahiran yang diajar dan dibuat secara berterusan. Rekod ini tidak sesuai dicatat bagi semua atau sebilangan besar kemahiran pada masa yang sarna. Guru hendaklah merujuk pada rekod ini untuk merancang aktiviti pemulihan dan pengayaan.

b. Rekod Profil Murid

Catatan Rekod Profil Murid perlu mengambil kira semua pencapaian antaranya, Laporan Adab Belajar (LAB) dalam sesuatu penggal/semester/tahun. Guru hendaklah memberi ulasan tentang kekuatan dan kelemahan murid untuk rujukan dan tindakan ibu bapa (termasuk ulasan mengenai prestasi dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor).

4.9 Sumber Matematik

Beberapa sumber Matematik telah dibekalkan oleh KPM bagi membantu guru melaksanakan P&P dengan berkesan. Sumber tersebut adalah seperti berikut:

• Sukatan Pelajaran Matematik Sekolah Menengah;

• Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Sekolah Menengah (Tingkatan 1 – Tingkatan 6);

• Buku Teks Matematik untuk Tingkatan 1 - Tingkatan 6; • Koswer ’MyCD’ untuk Tingkatan 1 – Tingkatan 6;

• Buku Aktiviti Matematik (Tingkatan 1);

• Perkakasan ICT (komputer notebook/desktop, projektor LCD, speaker dan skrin);

• Koswer pengajaran dan koswer pembelajaran;

• Kit PPSMI Sekolah Menengah yang mengandungi Buku Info PPSMI, Soalan Lazim dan Instrumen Pemantauan dan Bimbingan Pelaksanaan Program PPSMI (dalam bentuk softcopy dan

hardcopy);

4.9.1 Bahan-bahan tambahan berikut juga telah dibekalkan kepada sekolah:

• Buku Glosari Matematik Sekolah Menengah; • Modul P&P dan Buku Penerangan Am;

• Kertas Ujian Diagnostik Matematik Sekolah Menengah; • Bahan Pakej Pembelajaran Kendiri dalam bentuk buku

rujukan, kamus dan CD;

• Standard Kualiti Pendidikan Malaysia –SKPM; dan • Perisian P&P Sekolah Bestari.

4.9.2 Selain daripada bahan yang tersebut di atas, bahan-bahan pendidikan dalam bentuk siaran radio dan televisyen juga disediakan. Bahan sumber juga boleh diakses melalui internet seperti Portal Pendidikan, Laman Web KPM, Web TV KPM dan laman web umum berkaitan Matematik. 4.9.3 Pihak sekolah hendaklah memperoleh bahan-bahan rujukan

dalam bidang Pendidikan Matematik untuk rujukan guru dan murid. Buku (termasuk dalam bentuk digital) yang sesuai dan berkaitan adalah seperti:

a. Kamus Matematik; b. Istilah Matematik;

c. Kaedah dan strategi pengajaran Matematik; d. Penilaian dalam Matematik;

e. Jurnal Pendidikan Matematik; f. Majalah Matematik;

BAB 5

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK

Dalam dokumen Pengajaran Math (Halaman 49-64)

Dokumen terkait