• Tidak ada hasil yang ditemukan

MENGEMBALIKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA IBUNDA DI SEKOLAH RENDAH.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "MENGEMBALIKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA IBUNDA DI SEKOLAH RENDAH."

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

MENGEMBALIKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA IBUNDA DI SEKOLAH RENDAH.

Oleh: Khalid Abdul Samad

Muqaddimah.

Pada tahun 2002 Kerajaan telah memutuskan pengunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar mata pelajaran sains dan matematik di peringkat sekolah hingga ke tingkatan enam dan matrikulasi. Perlaksanaan penentuan ini telah dimulakan pada tahun 2003 di tahun satu dan empat (peringkat sekolah rendah), di tingkatan satu, empat dan enam bawah (di peringkat sekolah menengah) dan juga di pusat matrikulasi. Matlamat di sebalik keputusan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar adalah untuk meningkatkan mutu penguasaan bahasa tersebut di kalangan golongan terpelajar di negara ini. Penguasaan Bahasa Inggeris adalah di lihat sebagai satu perkara yang begitu penting demi menjamin pembangunan ilmu sains dan matematik di kalangan rakyat terpelajar kerana segala khazanah ilmu tersebut kononnya berada di dalam Bahasa Inggeris.

Sepertimana yang sering diutarakan oleh beberapa pihak semasa keputusan ini didedahkan, keputusan yang dibuat secara tergesa-gesa ini berpaksikan andaian yang meleset dan tidak berasas sama-sekali. Di sini saya ingin menyatakan kembali hujjah hujjah yang telah dan sedang dikemukakan untuk kita renungi bersama.

1. Penguasaan Bahasa Inggeris tidak boleh ditingkatkan melalui pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik melalui Bahasa Inggeris. Penguasaan Bahasa Inggeris hanya akan ditingkatkan dengan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris itu sendiri. Ini bermakna guru guru BI perlu dilatih dengan lebih baik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran BI perlu dikaji dan ditingkatkan termasuk buku teks dan ‘teaching aids’ yang dibekalkan kepada guru guru.

2. Sains dan Matematik diajar supaya pelajar memahami sains dan matematik, bukan untuk mereka meningkatkan penguasaan mereka terhadap BI. Sekiranya matlamat pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik diselewengkan sedemikian

(2)

rupa, akhirnya matlamat sebenar akan keciciran dan kedua dua matlamat tidak kesampaian. Dalam perihal memberi kefahaman terhadap persoalan-persoalan kompleks yang terkandung di dalam mata pelajaran sains dan matematik, penggunaan bahasa asing, seperti BI akan hanya menyulitkan pelajar. Lebih lebih lagi apabila diakui bahawa penguasaan BI adalah lemah.

Dua bantahan utama ini telah disertakan dengan bukti-bukti saintifik dan akademik yang menolak perlunya BI untuk menguasai bidang sains dan matematik. Negara negara Asia seperti Jepun, Korea dan Taiwan merupakan bukti kukuh bahawa kemajuan sains dan matematik boleh tercapai melalui penggunaan bahasa selain dari BI. Malahan banyak negara-negara Eropah yang berjiran dengan England sendiri, seperti Perancis, Jerman, Denmark, Sweden, Belanda, Italy, Russia dan sebagainya yang seharusnya lebih rapat dan mirip kepada bangsa dan budaya Inggeris memilih untuk terus menggunakan bahasa ibunda masing-masing untuk mempelajari sains, matematik dan segala-galanya. Tidak pula mereka kecundang di dalam usaha mempelajari sains dan matematik. Mereka hanya menggunakan BI semasa mempelajari BI dan itulah sepertimana yang sepatutnya.

Kedegilan pihak berkuasa yang terus ingin menegakkan benang yang sudah jelas basah menimbulkan bermacam-macam persoalan akan agenda sebenar di sebalik perlaksanaan keputusan ini. Ianya merupakan keputusan yang bercanggah dengan dasar Pendidikan Kebangsaan negara yang mereka sendiri menggubalkannya! Tanpa memberi jawapan-jawapan yang munasabah terhadap bantahan-bantahan ini, mereka teruskan perlaksanaannya hingga ke hari ini.

Agenda sebenar di sebalik keputusan ini terus merupakan satu misteri hingga ke hari ini. Adakah perbelanjaan lumayan yang pasti terhasil daripada penukaran buku-buku teks dan kurikulum pembelajaran menjadi hajat golongan tertentu? Ataupun monopoli bekalan alat-alat persekolahan keseluruhannya oleh golongan tertentu ingin dihentikan dan diserahkan kepada kroni yang lain? Apa sekalipun agenda yang sebenarnya, ianya bukan satu alasan untuk merosakkan aspirasi pendidikan negara.

(3)

Seawal tahun 2004 telah terdapat pihak-pihak yang menjalankan kajian ke atas kesan perlaksanaan keputusan kerajaan yang tergesa-gesa ini. Kajian Dewan Bahasa & Pustaka mendapati prestasi pelajar umumnya merosot dalam mata pelajaran sains dan matematik. Di luar jangkaan, prestasi pelajar di dalam mata pelajaran BI dan BM juga turut merosot!

Kajian Dr. Norhashimah Jalaludin dari Institut Alam dan Tamadun Melayu UKM mendapati hampir 50% pelajar di Tingkatan Dua yang dikaji gagal dalam mata pelajaran sains dan matematik dalam peperiksaan semester pertama tahun 2004.

Sekiranya tidak memadai dengan kajian-kajian tersebut, pada 30hb Jun 2005, Menteri Pelajaran, dalam kenyataan media yang disiarkan oleh stesyen-stesyen televisyen dan dalam akhbar pada 1hb Julai 2005 mengisytiharkan bahawa peratusan pelajar di luar bandar yang lulus dalam mata pelajaran sains adalah hanya 41% di tingkatan satu dan 43% di tingkatan dua. Untuk mata pelajaran matematik pula, peratusan pelajar di luar bandar yang lulus adalah 57.5% di tingkatan satu dan 59.6% di tingkatan dua sahaja.

Pengakuan yang dibuat oleh Menteri Pelajaran dengan sendirinya menafikan kebenaran propaganda kerajaan yang selama ini menyatakan adanya peningkatan prestasi pelajar dalam dua mata pelajaran tersebut setelah diajarkan di dalam BI.

Ini merupakan kesan-kesan secara langsung yang ditanggung oleh pelajar-pelajar sendiri. Walaupun ianya merupakan kesan-kesan yang hebat terhadap pelajar-pelajar berkenaan dengan tergadainya masa depan dan pendidikan mereka, namun di sini terdapat kesan jangkamasa panjang yang lebih serius yang seharusnya disedari lebih-lebih lagi oleh masyarakat Melayu.

Kesan Jangkamasa Panjang.

Kesan jangkamasa panjang bagi masyarakat Melayu khususnya dengan perlaksanaan keputusan ini adalah hilangnya relevansi Bahasa Melayu Malaysia itu sendiri.

“Proses menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa moden akan terhenti. Sebaliknya bahasa Melayu akan terperosok sebagai bahasa pasar sahaja.

(4)

Istilah yang telah dicipta tidak akan digunakan dan istilah baru tidak lagi akan dicipta. Buku dalam bidang sains, perubatan, ekonomi, perniagaan dan teknologi tidak akan diterbitkan kerana tidak akan ada lagi pembacanya”*2.

Relevensi Bahasa Melayu di tanah air bangsa Melayu itu sendiri akan hilang.Dengan hilangnya relevensi bahasa Melayu maka dengan sendirinya budaya dan keadaan sosio-politik bangsa melayu akan terjejas. Hakikatnya bagi orang Melayu, Malaysia sahajalah yang merupakan negara yang memajukan bahasa ‘Melayu Malaysia’ yang digunakan sebagai bahasa kebangsaan selama ini. Apabila ianya dikesampingkan oleh negara Malaysia, maka dengan sendirinya lambat laun ia akan hilang di mata dunia.

Keputusan pembelajaran sains dan matematik dalam BI yang dibuat oleh kerajaan secara tergesa-gesa, tanpa kajian mahupun rujukan kepada mana-mana pihak yang arif dalam persoalan pendidikan sepatutnya ditentang oleh masyarakat Melayu dengan lebih hebat lagi daripada kaum lain. Dari segala sudut masyarakat Melayu kerugian dan kerajaan yang kononnya membela mereka telah secara jelas mengkhianati mereka.

PAS menolak keputusan yang cetek dan tidak rasional ini. Ianya mengambarkan ketidakyakinan golongan kebaratan terhadap kemampuan Bahasa Melayu/Malaysia untuk memajukan negara walaupun telah terbukti kemampuannya. Pemikiran mereka yang terus dijajah melihat kemajuan dan kejayaan sebagai milik Barat khususnya England. Mereka terpisah daripada realiti masyarakat yang mereka perintah, dikelilingi oleh golongan berpelajaran barat yang sentiasa menggunakan BI dan oleh itu tidak memahami masalah yang akan terhasil daripada perlaksanaan keputusan mereka.

PAS melihat semua bahasa sebagai anugerah Allah yang mana ianya bertujuan untuk menghasilkan kefahaman dan persefahaman. Ianya tidak seharusnya dilihat sebagai punca kekuatan dan keangungan mana-mana bangsa tetapi hanya media untuk menyalurkan ilmu dan pengetahuan yang mana ilmu dan pengetahuan inilah rahsia kekuatan dan keagungan sebenar.

Namun PAS tidak menolak perlunya pengajian bahasa lain selain dari bahasa ibunda dan amat menggalakkan ahli-ahlinya untuk mempelajari bahasa Inggeris, Arab,

(5)

Mandarin dan sebagainya. Akan tetapi ianya harus dilakukan tanpa menjejas kedudukan dan kemampuan bahasa ibunda itu sendiri. Dalam soal Bahasa Kebangsaan, PAS melihatnya sebagai keperluan hidup di dalam sebuah negara dan tidak seharusnya dilihat ataupun diamalkan secara chauvanistic oleh satu bangsa terhadap bangsa yang lain. Bahasa Kebangsaan perlu ada, lebih lebih lagi di dalam masyarakat yang berbilang kaum tetapi penggunaan bahasa ibunda untuk tujuan pendidikan merupakan satu hak yang tidak boleh dinafikan.

Anehnya, sekarang ini, di bawah kerajaan UMNO yang telah hilang punca, orang Melayu sendiri dinafikan hak mempelajari sains dan matematik dalam bahasa ibunda mereka!

*1 Prof. Dr. Hj. Awang Sarian – Presiden Persatuan Linguistik Malaysia Kertas Kerja “Isu Pengajaran Sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris”. *2 Prof. datuk Abu Bakar Hamid – Pengerusi Yayasan Penataran Ilmu

Referensi

Dokumen terkait

Para filosof tidak terlalu banyak berbicara tentang akhir dari alam ini. memeperhatikan pendapat para filosof bahwa alam ini qadīm dan azālī, kemungkinan besar juga mereka

Berdasarkan hasil penelitian maka dapatlah kita ketahui bahwa kedisiplinan pegawai Lembaga Penjaminan Mutu Pendidikan Provinsi Kalimantan Timur tahun 2015 sebagai

Tokoh Kakek ini mampu memberikan motivasi untuk membaca yang didapatkan melalui kisah-kisah yang didalamnya.”Tak Terbaca” merupakan sebuah analogi dari setiap kisah yang dilalui

M.Ds., Ketua Program Studi Desain Komunikasi Visual Fakultas Seni dan Desain Universitas Negeri Makassar sekaligus selaku Pembimbing I yang selama ini telah

Bakteri yang memiliki aktivitas proteolitik dari saluran pencernaan lobster mutiara didapatkan sebanyak 17 isolat, dengan diameter zona bening paling tinggi

Kampus Tembalang, Semarang 50275 Telp/Fax. Limbah tersebut dapat diolah menjadi kitin dan kitosan. Kitosan sendiri memiliki berbagai manfaat yang memiliki nilai ekonomi

Daya Hambat Kombinasi Antara Fraksi Polar 29-32 Meniran (Phyllanthus niruri, L.) dengan Antibiotik Amoxicillin dan Chloramphenicol terhadap S.aureus dan E.coli.. Hasil