• Tidak ada hasil yang ditemukan

Beban tugas dengan kualiti pengajaran dalam kalangan guru penolong kanan di sekolah rendah Papar Sabah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Beban tugas dengan kualiti pengajaran dalam kalangan guru penolong kanan di sekolah rendah Papar Sabah"

Copied!
31
0
0

Teks penuh

(1)BEBAN TUGAS OENGAN KUALITI PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENOLONG KANAN 01 SEKOLAH RENDAH DAERAH PAPAR SABAH.. AJUL BIN JUAL. OISERTASI INI OIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUH1 SEBAHAG1AN SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA PEND1D1KAN (PENGURUSAN PEND1DIKAN). FAKULT1 PSIKOLOG1 DAN PEN0101KAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. 2014. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

▸ Baca selengkapnya: senarai tugas guru akademik biasa

(2) UNIVERsm MALAYSIA SABAH BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS@ JUDUL. BEBAN TUGAS DENGAN KUALITI PENGAJARAN DALAM GURU PENOLONG KANAN 01 SEKOLAH RENDAH KALANGAN DAERAH PAPAR, SABAH.. DAZAH. DAZAH SARJANA PENDIDIKAN (PENGURUSAN PENOIDIKAN). SAYA. AJUL BIN JUAL. SESI PENGAJIAN: 2012/2013. Mengaku membenarkan tesis (tPSM/Satjana/Dot<tor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:. 1. Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Sabah. 2. Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.. 4. ** Sila tandakan (. D D. ..r:"":: ;.:. v). ~."i :.:. " .~ ~. - ,. 1.. ••.,. SULIT. TERHAD. (Mengandungi maklumat yang berdatjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang ditentukan oleh organisasi/badan di penyelidikan dijalankan). . :. r:~. ) ". :':. t..~J. . j. ; ~ •. ~c.. c:. L. telah mana. TIDAK TERHAD Disahkan oleh. JUAL). (DR. MOHO KHAIRUDDIN ABDULLAH). Alamat Tetap: LOT 45, LORONG 2, TAMAN SUNGAI WANG, 89600 KINARUT, PAPAR. SABAH. Tarikh : 29 MEl 2014 CATATAN:-. Tarikh. *. Potong yang tidak berkenaan. **Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat dari pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan SUlIT dan TERHAD. @ Tesis ini dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsa Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kursus dan La oran Pro"ek Sa "ana Muda LPSM.. S.

(3) PENGAKUAN CAlDN. Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan, ringkasan dan rujukan yang tiap-tiap satu telah saya jelaskan sumbernya.. AJUL BIN JUAL MT1211440T MEl 2014. .... a Q. V. ii. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(4) PENGESAHAN. TAJUK. BEBAN. TUGAS. DENGAN. KUALITI. PENGAlARAN. DALAM KALANGAN GURU PENOLONG KANAN 01 SEKOLAH RENDAH DAERAH PAPAR, SABAH.. IJAZAH. SARJANA PENDIDlKAN (PENGURUSAN PENDIDIKAN). TARIKH VIVA. 29 MEl 2014. DlSAHKAN OLEH. PENYEUA (DR. MOHO. KHAIRUDDIN ABDULLAH). (TANDATANGAN). iii. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(5) Syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmatNya, saya dapat menyiapkan disertasi ini bagi tujuan memenuhi sebahagian daripada keperluan kursus bagi memperoleh Ijazah Sarjana Pengurusan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah.. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya kepada penyelia penyelidikan, Dr. Mohd. Khairuddin Abdullah yang sentiasa memberi dorongan, bimbingan dan kerjasama sepanjang proses disertasi ini disiapkan. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Dekan, Timbalan Dekan, semua pensyarah dan kakitangan Fakulti Psikologi dan Pendidikan serta kakitangan Pusat Pengajian Pasca Siswazah yang banyak membantu sepanjang mengikuti kursus di universiti ini.. Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua Guru Penolong Kanan di sekolah rendah daerah Papar, Sabah yang telah memberi komitmen sebagai responden kajian, rakan seperjuangan dan semua pihak yang membantu secara langsung atau tidak sepanjang kajian ini dilaksanakan. Segala jasa baik dan keikhlasan kalian akan sentiasa dikenang.. Istimewa buat isteri yang bersama-sama mencipta kejayaan dan anakanak, terima kasih di atas segala pengorbanan yang dilakukan demi kejayaan ini. Semoga kita semua sentiasa dirahmati dan diberkatiNya. Amin.. iv. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(6) Kajian yang dijalankan ini adalah satu kajian kuantitatif yang mengkaji hubungan beban tugas akademik serta beban tugas bukan akademik dengan kualiti pengajaran dalam kalangan Guru Penolong Kanan (GPK) sekolah rendah di daerah Papar, Sabah. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat pengaruh beban tugas akademik dan bukan akademik tersebut terhadap kualiti pengajaran guru. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada 117 orang guru penolong kanan di 39 buah sekolah rendah di daerah Papar, Sabah. Instrumen yang digunakan adalah berbentuk borang soal selidik. Terdapat empat persoalan kajian yang dikemukakan oleh pengkaji. Data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. 8agi menentukan sama ada terdapat hubungan yang signifikan beban tugas akademik dan bukan akademik dengan kualiti pengajaran, korelasi pearson telah digunakan. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara beban tugas akademik dengan kualiti pengajaran guru (r=0.207*). Manakata, dapatan kajian mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara beban tugas bukan akademik dengan kualiti pengajaran guru (r= 0.052). Setain itu, dapatan kajian juga mendapati bahawa terdapat pengaruh yang signifikan beban tugas akademik terhadap kualiti pengajaran, maka hipotesis not ditotak. Manakala, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat pengaruh yang signifikan beban tugas bukan akademik terhadap kualiti pengajaran. Maka, hipotesis nol gagal ditolak. Dapatan kajian ini dijangka akan memberi manfaat kepada pengkaji, sekolah dan kepada pihak yang berkenaan termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia.. v. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(7) ABSTRACT. This research is a study of the quantitative relationship of academic workload as well as non-academic workload with the quality of teaching among teachers, Senior Assistant (SA) primary school in the District of Papar, Sabah. This study also aims to see the influence of workload of the academic and non-academic teaching on the quality of teachers. Respondents involved in this study consists of 117 teachers, especially those who are carrying as Guru Penolong Kanan at the 39 primary schools in the District of Papar, Sabah. The instruments used were in the form of questionnaires. There are four question survey submitted by the researchers. The data were analyzed by using descriptive statistics and inferential statistics. To determine whether there is a significant burden of academic and non-academic work with the quality of teaching, pearson correlation was used The findings of this study showed that there is a significant relationship between academic workload with the quality of teaching teachers (r = 0.207*). Meanwhile, the findings found no significant relationship between non-academic workload with the quality of teaching teachers (r = 0.052). In addition, the study also found that there is significant influence academic workload on the quality of teaching, then the null hypothesis is rejected Meanwhile, the findings also indicate that there have been no significant influence of non-academic workload against the quality of teaching. Therefore, null hypothesis failed rejected. The findings of this study are expected to benefit researchers, schools and to the parties concerned including the Ministry of Education.. vi. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(8) Halaman. TAU< ii iii iv. v ABSTRACT. vi. SENARAlI<ANOlJtQN. vii. xi. SENARAlRAWi. xiii. SENARAlSlrG<ATAN. xiv. SENARAlLAMPIRAN. xv. BAS 1 PENWlUUJAN. 1.1. Pengenalan. 1. 1.2. Latar Belakang Kajian. 1. 1.3. Pernyataan Masalah. 2. 1.4. Tujuan Kajian. 7. 1.5. Objektif Kajian. 7. 1.6. Soalan Kajian. 8. 1.7. Hipotesis Kajian. 8. 1.8. Kepentingan Kajian. 9. 1.9. Batasan Kajian. 10. vii. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(9) Definisi Istilah. 10. 1.10.1 Beban Tugas Guru. 10. 1.10.2 Kualiti Pengajaran. 11. 1.11. Kerangka Konsep. 12. 1.12. Kesimpulan. 13. 1.10. BAB 2 KAlIAN UT'ERAllR 2.1. Pengenalan. 14. 2.2. Beban Tugas Akademik. 14. 2.3. Beban Tugas Bukan Akademik. 17. 2.4. Beban Tugas Guru Penolong Kanan. 20. 2.5. Teori Berkaitan Beban Tugas. 21. 2.5.1 Teori Pelbagai Sumber. 23. 2.5.2 Teori Motivasi Manusia. 23. 2.5.3 Indeks Modal Manusia (Human capital IndeX). 24. 2.5.4 Teori Akademik (Academic Theof1/j. 24. 2.6. Beban Tugas Guru Penolong Kanan. 25. 2.7. Kualiti. 25. 2.8. Kualiti Pengajaran Guru Penolong Kanan. 27. 2.9. Kualiti Pengajaran Guru Dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). 28. 2.9.1 Aspek Rancangan Pengajaran Dan Refleksi. 31. 2.9.2 Aspek Penyampaian Pengajaran. 33. a) Model QAIT Slavin. viii. 33. UMS. UNIVEASITI MALAYSIA SABAH.

(10) b) Kitaran PDCA (Plan, Do, Check and Ad). 2.9.3 Aspek Perwatakan Guru. 2.10. 35 36. a) Komunikasi Kepemimpinan Menurut Islam. 38. b) Teori Konstruktivisme. 39. c) Teori Komunikasl Kecekapan. 39 40. Kesimpulan. BAB 3 MEIODOlDGl 3.1. Pengenalan. 41. 3.2. Reka Bentuk Kajian. 41. 3.3. Populasi Dan Persampelan. 41. 3.4. Instrumen Kajian. 42. 3.5. Kajian Rintis. 44. 3.6. Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen. 46. 3.7. Ujian Normaliti. 47. 3.8. Prosedur Kajian. 48. 3.9. Analisis Data. 50. 3.10. Kesimpulan. 53. BAB4 DAPAlAN KA1(AN. 4.1. Pengenalan. 54. 4.2. Deskriptif Sampel. 54. 4.2.1. 54. Taburan Kekerapan Responden Mengikut Jantina. 4.2.2 Taburan Kekerapan Responden Mengikut Umur. ix. 55. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SA8AH.

(11) 4.3 4.4. 4.5. 4.2.3 Taburan Kekerapan Responden Mengikut Keturunan. 56. 4.2.4 Taburan Kekerapan Responden Mengikut Kelayakan Akademik. 57. 4.2.5 Taburan Kelayakan Responden Mengikut Jawatan. 58. 4.2.6 Taburan kekerapan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar. 59. Rumusan Taburan Responden Berdasarkan Faktor Demografi Kajian. 60. Taburan Tahap Min Dan Sisihan Piawal Responden Dalam Setiap Pembolehubah Kajian. 60. 4.4.1 Analisis Min dan Sisihan Piawai bagi Beban Tugas Akademik Komponen Mengajar. 61. Statistik Inferensi. 64. 4.5.1 Pengujian Hipotesis 1: Hubungan Antara Beban Tugas Akademik Dengan Kualiti Pengajaran Guru. 65. 4.5.2 Pengujian Hipotesis 2: Hubungan Antara Beban Tugas Bukan Akademik Dengan Kualiti Pengajaran Guru. 66. 4.5.3. 4.6. Pengujian Hipotesis 3: Pengaruh Beban Tugas Akademik Terhadap Kualiti Pengajaran Guru. 68. 4.5.4 Pengujian Hipotesis 4: Pengaruh Beban Tugas Bukan Akademik Terhadap Kualiti Pengajaran Guru. 69. Kesimpulan. 72. BAS 5 PERBlNCN«iAN,RlMJSAN DAN CADAtQN. 5.1. Pengenalan. 73. 5.2. Rumusan Dan Perbincangan. 73. 5.2.1. 74. Rumusan Objektif Kajian. 5.2.2 Rumusan Hipotesis Kajian. x. 77. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABA".

(12) 5.3. cadangan. 79. 5.4. Keslmpulan. 80. 81. BlBlDiRAFI lAMPJRAN Lampiran A:. Soal Selidik Kajian. 88. Lampiran B:. Pengesahan Instrumen Kajian Penolong Kanan Pentadbiran. 95. Pengesahan Instrumen Kajian Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. 96. Pengesahan Instrumen Kajian Penolong Kanan KoKurikulum. 97. Lampiran C: Lampiran D:. xi. UMS. UNIVEASITI MALAYSIA SABAH.

(13) SENARAllADUAL.. Halaman JaduaI3.2:. Skala Likert Lima Mata (Poin). 44. JaduaI3.3:. Skala Likert lima Mata (Poin). 44. JaduaI3.4:. Pekali Saiz Cronbach's Alpha. 45. JaduaI3.5:. Kebolehpercayaan Keseluruhan Dan Mengikut Gagasan Dalam Kajian Sebenar. 47. Ujian Normaliti Bagi Pembolehubah Beban Tugas Akademik, Beban Tugas Bukan Akademik dan Kualiti Pengajaran. 48. JaduaI3.7:. carta. 49. JaduaI3.8:. Interprestasi Skor Min Tahap Beban Tugas Dan Tahap Kualiti Pengajaran Guru. 50. Tahap Kekuatan Hubungan. Sl. JaduaI3.6:. JaduaI3.9:. GanntProsedur Kajian (2013/2014). Jadual 3.10: K€:kuatan Nilai Pekali Korelasl. 52. JaduaI3.11:. Kaedah Menganalisis Data Berdasarkan Soalan Kajian. 52. JaduaI4.1:. Taburan Min Responden Kajian Berdasarkan Jantina. S5. JaduaI4.2:. Taburan Kekerapan Responden Kajian Mengikut Jantina. 55. JaduaI4.3:. Taburan Min Responden Kajian Berdasarkan Umur. 56. JaduaI4.4:. Taburan Min Responden Kajian Berdasarkan Keturunan. S6. JaduaI4.5:. Taburan Min Responden Kajian Berdasarkan Kelulusan Akademik. 57. JaduaI4.6:. Taburan Min Responden Kajian Berdasarkan Jawatan. 58. JaduaI4.7:. Taburan Kekerapan Responden Kajian Mengikut Pengalaman Mengajar. 59. Taburan Tahap Min Dan Sisihan Piawai Responden Dalam setiap Pembolehubah Secara Keseluruhan. 61. JaduaI4.8:. xii. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(14) JaduaI4.9: Jadual 4.10:. Min Dan Sisihan Piawai Bagi Setiap Item Dimensi Beban Tugas Akademik Oari Aspek Komponen Mengajar. 62. Hubungan Oi Antara Beban Tugas Akademik Oengan Kualiti Pengajaran. 65. JaduaI4.11: Hubungan Oi Antara Beban Tugas Bukan Akademik Dengan Kualiti Pengajaran. 67. JaduaI4.12: Ringkasan Model Bagi Skor Beban Tugas Akademik Terhadap Kualiti Pengajaran. 68. JaduaI4.13: Skor Koefisien Beban Tugas Akademik Terhadap Kualiti Pengajaran. 69. JaduaI4.14: Ringkasan Model Bagi Skor Beban Tugas Bukan Akademik Terhadap Kualiti Pengajaran. 70. JaduaI4.15: Skor Koefisien Beban Tugas Akademik Terhadap Kualitl Pengajaran. 71. xiii. UMS. UNIVERSITI MAlAYSIA SABAH.

(15) SENARAI RAJAH Halaman Rajah. 12. 1.1: Kerangka Konsep. Rajah 3.1: Taburan Persampelan Kajian. xiv. 42. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABA".

(16) SENARAISltD<ATAN. ANOVA. 'Analysis of Variance'. BPPDP. Sahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. FPK. Falsafah Pendidikan Negara. GB. Guru Besar. GPK. Guru Penolong Kanan. HEM. Hal Ehwal Murid. JPN. Jabatan Pelajaran Negeri. KPM. Kementerian Pelajaran Malaysia. NBPTS. National Board for Professional Teaching Standards. NCTE. National Council of Teacher's of English. NUT. National Union Teacher. NUTP. National Union of the Teaching Profession. PDCA. Plan, Do, Check, Ad. PIPP. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. SASS. School and Staff Survey. SKM. Sekolah Kurang Murid. SKPM. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia. SPSS. Statistical Package Social Science. xv. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABA".

(17) SENARAI LAMPIRAN. Halaman Lampiran A:. Soal Selidik Kajian. 88. Lampiran B:. Pengesahan lnstrumen Kajian Penolong Kanan Pentadbiran. 95. Pengesahan lnstrumen Kajian Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. 96. Pengesahan lnstrumen Kajian Penolong Kanan KoKurikulum. 97. Lampiran C: Lampiran 0:. xvi. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(18) BABl. PENDAHULUAN. 1.1. Pengenalan. Guru Penolong Kanan (GPK) adalah rnerupakan orang yang kedua penting dalarn organisasi pentadbiran di sekolah. Sebagai orang paling kanan dalam pentadbiran di peringkat rendah maka ia banyak membantu khususnya pihak pentadbir (Guru Besar) dari sudut tugas yang dipertanggungjawabkan terutama dalam hal-hal yang mencakupi tiga bidang utama iaitu kurikulum, hal ehwal murid dan ko-kurikulum. Oi sam ping menjalankan tugas perjawatan, dalam masa yang sama Guru Penolong Kanan juga bertanggungjawab rnelaksanakan tugas hakiki iaitu sebagai pendidik. Tanggungjawab yang kian hari kian bertambah meningkatkan beban tugasan yang sedia ada dan sudah pasti ini memberi impak terhadap kualiti perkhidmatan Guru Penolong Kanan sarna ada sebagai pendidik mahu pun sebagai pentadbir.. 1.2. Latar Belakang Kajian. Berdasarkan kepada senario pendidikan sekarang ini, dilihat beban tugas Guru Penolong Kanan bukanlah seperti sedekad yang. lalu.. Ketika di mana. pendokumentasian yang hanya bersandarkan pada kertas hitam putih sahaja. Perkembangan dalam dunia pendidikan global masa kini, ianya secara tidak langsung menghendaki agar Guru Penolong Kanan lebih berkemahiran, berpengetahuan serta lebih sistematik dan berkesan dalam rnenjalankan tugas sarna ada dalam konsep guru perjawatan atau pun guru hakiki. Temyata, dalam sedar atau sebaliknya, dari satu aspek ia membawa kesan kepada mereka yang dibebankan dengan tugas-tugas tambahan.. Dilihat dari sudut bebanan kerja, tekanan kerja yang bertambah pasti selari dengan jumlah kongkongan masa untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Hal ini sudah pastinya akan menjadi sesuatu tugasan itu mungkin tidak. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SA8AH.

(19) berkualiti. Jika dikaitkan dengan kualiti pengajaran sudah pastilah amat merugikan terutama kepada para pel ajar yang sepatutnya belajar dan menerima ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada pendidik. Jika ia berlaku ke atas pelajar kelas peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), sudah pastilah ada perasaan kekecewaan dan rasa tidak puas hati terutamanya dalam kalangan ibu bapa.. 1.3. Pernyataan Masalah. lidak dinafikan bahawa pada masa kini, dunia pendidikan sering kali dihujani dan digemparkan dengan pelbagai isu terutamanya yang berkaitan dengan beban tugas guru. Media-media massa juga sering kali memaparkan isu yang melibatkan beban tugas guru. Isu ini bukanlah satu isu yang baru. Malahan, sehingga kini isu ini masih menjadi topik yang kerap dibincangkan. Buktinya, banyak kali tajuk atau pun isu ini diperkatakan di dada-dada akhbar, blog-blog dan sebagainya. Sebagai contoh, laporan yang bertajuk "Beban Kerja Guru Kini n. Terlalu Berat (Utusan Malaysia, 23 Januari 2008), "Seksa Jadi Cikgu" (Berita Harian, 1 April 2010), "Tokoh Syor Empat Langkah Kurang Beban Tugas Guru" (Berita Harian, 24 Mei 2010), "Tubuh Jawatankuasa Khas Kaji Beban Tugas Guru" (Utusan Malaysia, 1 April 2010), "Guru Tidak Perlu Kerja 9 Jam" (Utusan Malaysia, 21 November 2011), "Jawatankuasa Kerja Tangani Isu Beban Guru Sedang laksana 28 Perakuan - Muhyiddin" (Utusan Malaysia, 16 Mei 2012), dan "14 Isu Beban Guru Ditangani" (Utusan Malaysia, 17 Mei 2012).. Seperti yang kita ketahui, guru dapat didefinisikan sebagai pendidik, pengasuh dan orang yang mengajar. Tugas pula mempunyai definisi iaitu kewajipan sesuatu atau dalam kata lain kerja, tanggungjawab yang mesti dilaksanakan. Beban pula bermaksud jumlah tugas yang perlu dikerjakan oleh proses atau sistem yang mesti dilaksanakan (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007). Berdasarkan definisi yang telah dinyatakan ini, dapat disimpulkan bahawa tugas utama seorang guru ialah mengajar dan mendidik dalam suasana pengajaran dan pembelajaran bersandarkan kepada kewajipan mereka sebagai guru. Walau bagaimanapun, tugas guru saban hari semakin bertambah.. 2. UMS. UNIVEASITI MALAYSIA SABAH.

(20) Menurut kajian oleh Mohamad Shukri bin Salleh (1998), beban tugas bermaksud tanggungjawab yang mesti dipikul dan dilakukan oleh para guru sama ada tanggungjawab di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah untuk menyelesaikan kerja-kerja sekolah. Beban tugas ini boleh diukur dengan melihat jumlah masa yang diperuntukan untuk menyelesaikannya.. Tugas dan tanggungjawab guru di sekolah bukan sahaja merangkumi tugas akademik malahan juga tugas bukan akademik. Tugas-tugas akademik merupakan. tugas-tugas. yang. berkait. dengan. tugas. pengajaran. dan. pembelajaran secara formal sarna ada di dalam atau luar bilik darjah. Tugas akademik hanya dijalankan oleh guru-guru yang berkelayakan dalam bidangbidang tertentu sahaja. Tugas akademik ini terbahagi kepada tugas akademik rutin harian dan tugas akademik bermusim.. Tugas bukan akademik merupakan tugas-tugas yang dilakukan oleh guru di sekolah dan tugas ini boleh juga dilakukan oleh mereka yang bukan guru. Tugas bukan akademik adalah tugas yang tidak melibatkan proses pengajaran secara formal. Tugas ini termasuklah tugas-tugas perkeranian, tugas-tugas khas dan tugas kokurikulum. Tugas bukan akademik yang dilakukan seharian dinamakan tugas bukan akademik rutin harian dan tugas bukan akademik yang dilakukan mengikut musim dinamakan tugas bukan akademik bermusim.. Berdasarkan tajuk muka hadapan Berita Harian 'Seksa Jadi Cikgu' bertarikh 1 April 2010. Paparan muka hadapan ini jelas menyatakan seksa menjadi guru kerana guru dikatakan menanggung beban tugas yang terlalu banyak. Dalam artikel ini, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) telah membuat aduan rnengenai beban tugas guru kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 30 Mac 2010.. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam artikel tersebut juga telah mengulas bahawa berdasarkan aduan yang dibuat oleh. 3. UMS. UNIVEASITI MALAYSIA SABAH.

(21) NUTP, antara tugas guru. bukan. sahaja meliputi hal. pengajaran dan. pembelajaran di dalam bilik darjah, malahan juga ada guru yang terpaksa mengendalikan aktiviti ko-kurikulum, hal ehwal murid, pentadbiran, pekeranian serta beberapa kerja tambahan lain. Selain itu, NUTP turut membuat aduan bahawa guru terpaksa bekerja setiap Sa btu disebabkan terbabit dengan banyak aktiviti sedangkan pekeliling yang dikeluarkan membenarkan guru bercuti pada Sabtu sebanyak dua kali setiap bulan.. Pengerusi Majlis Permuafakatan Kesatuan Guru Malaysia, Jemali Paiman menyebut; "Ketika ini, guru terutama guru kelas adalah mereka yang paling teruk dibebani dengan tugas tambahan selain mengajar dan ia paling kritikal ketika musim persekolahan baru bermula. Guru bukan seta kat perlu menyediakan maklumat peribadi pelajarnya tetapi dibebani dengan banyak lagi tugas lain. Mereka perlu mengutip yuran, sediakan buku kedatangan pelajar, dapatkan maklumat murid serta keluarga mereka seterusnya membuat analisis kelayakan untuk diberi bantuan, malah guru juga bertindak sebagai pegawai kesihatan yang merekodkan maklumat kesihatan. Mana ada jururawat yang ditugaskan membuat landskap hospital. Mana ada jurutera yang ditugaskan mengecat bangunan pejabat, tapi guru ada ketikanya perlu buat semua itu. malah, mural sekolah atau mengecat bangunan sekolah juga tergalas di bahu mereka.". Tugas-tugas sedemikian sememangnya mendatangkan beban kepada guru kerana telah mengganggu tugas hakiki guru iaitu mendidik pelajar. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia memandang be rat isu ini dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji beban tugas guru dan mengkaji tahap keseriusan isu beban tugas guru in!. Menurut Baharin (2007), guru hendaklah komited kepada profesion dan pelajarnya. Tanggungjawab utama guru adalah mengajar dan guru harus fokus sepenuhnya. Kualiti pengajaran sangat diperlukan dalam membantu keberkesanan pelajar di dalam kelas. Namun, dalam pada guru berusaha meningkatkan pencapaian pelajar, kesan peningkatan beban tugas guru itu sendiri tidak diukur (Tucker, 2009).. 4. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SA8AH.

(22) Kajian Ingrvason et.al. (2005) mendapati, apabila beban tugas guru melebihi kernampuan, perkara ini secara negatifnya memberi irnpak kepada pengajaran guru berkenaan. Beban tugas yang dialami oleh Guru Penolong Kanan di sekolah rendah sangat dikhuatiri menjejaskan prestasi kerja terutamanya kepada kualiti pengajaran walaupun tugas sebagai pendidik masih mampu dilakukan.. Selain daripada itu, guru-guru khususnya Guru Penolong Kanan di sekolah rendah perlu menggalas dua peranan utama dalam masa yang sama sebagai guru hakiki yang tugasnya mendidik pelajar dan juga sebagai guru perjawatan yang membantu pihak pentadbir (Guru Besar) untuk mentadbir sekolah. Kedua-dua tugasan ini amat mencabar dan menuntut komitmen yang cukup tinggl dari guru penolong kanan. Dengan senario pendidikan abad 21 ini, Guru Penolong Kanan harus bijak memanipulasikan masa, tenaga serta kepakaran (kemahiran, pengetahuan) untuk mendepani cabaran yang datang. Oleh itu, bebanan tugas dari dua aspek tanggunjawab ini sudah pasti menjejaskan emosi secara langsung mempengaruhi kualiti kerja mereka.. Guru Penolong Kanan menggalas dua peranan sebagai guru hakiki yang tugasnya mendidik pelajar dan guru perjawatan yang membantu pihak pentadbir (Guru Besar) mentadbir sekolah. Kedua-dua tugasan ini amat mencabar dan menuntut komitmen yang cukup tinggi dari Guru Penolong Kanan. Tanggungjawab Guru Penolong Kanan selaku guru mata pelajaran yang berhadapan dengan jumlah pelajar yang ramai dalam satu-satu kelas dan dalam masa yang sarna berhadapan pula dengan pelbagai kerenah serta masalah disiplin pelajar.. Ini membawa kepada situasi yang tegang serta. ketidakstabilan emosi guru. Pandangan ini disokong oleh panduan dari National. Council of Teachers of English (NCTE) (1999) yang menyatakan saiz kelas dan ramai pelajar membawa implikasi terhadap beban tugas Guru Penolong Kanan khususnya yang berkaitan dengan kawalan kelas serta penyemakan tugasan atau latihan pel ajar.. 5. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SA BAH.

(23) Oi sam ping itu, Guru Penolong Kanan harus bertanggungjawab sepenuhnya dalam menjalankan tugas tugas berkaitan pengurusan umpama menghadiri mesyuarat, menyediakan dokumentasi seperti kertas kerja, laporan dan fail meja yang semakin hari semakin membebankan. Dalam masa yang sarna juga Guru Penolong Kanan seperti guru akademik biasa, perlu menghadiri program peningkatan profesional samada di peringkat pendidikan daerah mahu pun di Jabatan Pendidikan Negeri yang kemudiannya dianjurkan pula di peringkat sekolah berserta laporan yang diminta sebagai bukti kepada pihak penganjur atau yang berkenaan. Bukan seta kat itu sahaja malah selepas waktu persekolahan tamat, Guru Penolong Kanan terpaksa terus melakukan tugasan sekolah yang adakalanya berlanjutan hingga ke luar waktu di sekolah.. Guru Penolong Kanan tidak terkecuali dari terlibat dalam pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Tanggungjawab sebagai guru penasihat, jurulatih dan pengurus pasukan sekolah, adakalanya terpaksa diteruskan selepas waktu persekolahan. Semua ini amat menuntut Guru Penolong Kanan meningkatkan peranan mereka sama ada dalam tugas berkaitan akademik mahupun bukan akademik.. Menurut Baharin (2007), guru hendaklah komited kepada profesion dan pelajamya. Tanggungjawab utama guru adalah mengajar dan guru harus fokus sepenuhnya. Kualiti pengajaran sangat diperlukan dalam membantu keberkesanan pelajar di dalam kelas. Namun, dalam pada guru berusaha meningkatkan pencapaian pelajar, kesan peningkatan beban tugas guru itu sendiri tidak diukur (Tucker, 2009). Kajian Ingrvason. et.al.. (2005) mendapati,. apabila beban tugas guru melebihi kemampuan, perkara ini secara negatifnya memberi impak kepada pengajaran guru berkenaan. Beban tugas yang dialami oleh Guru Penolong Kanan di sekolah rendah sangat dikhuatiri menjejaskan prestasi kerja terutamanya kepada kualiti pengajaran walaupun tugas sebagai pendidik masih mampu dilakukan.. 6. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(24) 1.4. Tujuan Kajian. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan beban tugas akademik dan bukan akademik dalam kalangan Guru Penolong Kanan di sekolah rendah. Beban tugas yang dipikul oleh Guru Penolong Kanan di sekolah rendah sangat mencabar dan pasti memberi impak terhadap kualiti pengajaran mereka. Seterusnya penyelidik ingin mengetahui samada terdapatnya pengaruh tugas akademik dan bukan akademik dengan kualiti pengajaran dalam kalangan Guru Penolong Kanan di sekolah rendah dilihat secara satu persatu. Secara amnya, kajian ini juga akan meninjau tahap kualiti pengajaran Guru Penolong Kanan di sekolah rendah.. Dapatan kajian ini diharap dapat membantu pihak berkaitan dalam memberi penilaian terhadap beban tugas Guru Penolong Kanan di sekolah rendah yang semakin hari semakin mencabar.. 1.5. Objektif Kajian. Objektif kajian yang berdasarkan kepada soalan kajian adalah seperti berikut: i). Mengenalpasti. hubungan antara. beban tugas akademik. dengan kualiti pengajaran dalam kalangan Guru Penolong Kanan di sekolah rendah. ii). Mengenalpasti hubungan antara beban tugas bukan akademik dengan kualiti pengajaran dalam kalangan Guru Penolong Kanan di sekolah rendah.. iii). Mengenal pasti pengaruh beban tugas akademik terhadap kualiti pengajaran dalam kalangan Guru Penolong Kanan di sekolah rendah.. iv). Mengenal pasti pengaruh beban tugas bukan akademik terhadap kualiti pengajaran dalam kalangan Guru Penolong Kanan di sekolah rendah.. 7. UMS. UNIVERSITI MAlAYSIA SABAH.

(25) BIBlIOGRAFI. Abd. Halim Saad. 1999. Pengurusan Disiplin Pelajar. Tesis Sarjana. Universiti Utara Malaysia. Abd. Rahim Abd. Rashid. 2000. Wawasan dan Agenda Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd. Abd. Rahim Abcl. Rashid.2007. Profesionalisme Keguruan: Prospek dan Cabaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Shukor Abdullah. 2004. Pengurusan Organisasi: Perspektif Pemikiran Dan Teori. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul! Sukor Shaari, Abd. Rahim Romle dan Mohamad Yazi Kerya.2006. Beban Tugas Guru Sekolah Rendah. Seminar Kebangsaan Kepimpinan dan Pengurusan Sekolah. 12 - 14 Februari. Alson Kelana Resort. Seremban. Abdullah Sani Yahya.2006. Mengurus Disiplin Pelajar. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman. 2003. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Tanjong Malim. Quantum Books. Ahmad Zabidi Abdul Razak dan Azhar dan AZhar Mohd. Rozdi. 2005. Pemuafakatan Dalam Perancangan Program Perkembangan Staff Di Dua Buah Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Perak. Jurnal Pendidikan. 143-161 Arbayah Yahya. 2008. Hubungan Kerja Rumah dengan Pencapaian Akademik dalam Kalangan Pelajar Sekolah Kebangsaan. Tesis. Skudai. Universiti Teknologi Malaysia. Asiah Pariekutty. 2002. Persepsl Guru Pelatih Maktab Perguruan Seri Kota (Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa) Terhadap penulisan Reflektif Semasa Praktikum. Jurnal Pendidikan IP8A. 2(5): 1 - 23. Azizah Nordin. 1998. Masalah Disiplin Pelajar Dan Penyelesaiannya Dari Perspektif Pengetua Sekolah. Prosiding Seminar Pendidikan Sempena Jubli Emas MPBL Kuching, Sarawak. Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim Hamdan. 2007. Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. 2006a. Manual Kajian nndakan. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.. 81. UMS. UNIVERSIll MALAYSIA SABAH.

(26) Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. 2006b. Rancangan Malaysia Ke-9: Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, 2006-2010. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. Baharin Abu. 2007.' Learning from The Experience Of University Teachers Practices In Delievering Lectures (Part 2)'. Diskusi Pengajaran Fakulti Pendidikan UTM. 1:2 - 4. Bartlett, L. 2004. Expanding Teacher Work Roles: A Resource for Retention or Recipe for Overwork? Journal of Education Policy. 19(5):565-582. Berg, J. H. 2007. Resources for Reform: The Role of Board - certified Teachers in Improving the Quality of Teaching. ThesiS of Ed. D. Harvard University. Bradley, A. 1993. American Teachers Work More Hours, Recieve Less Pay. English Journal. 82(7):9. Butt, G. dan Lance, A. 2005.Secondary Teacher Workload And Job Satisfication. Educational Management Administration and Leadership. 33(4):401- 422. Center for Teaching and Learning (CTL). 1996. Planning, Designing and Eva/uating Student Assignment. Chapel Hill. University of North California. Chien, T.K. 2007. Using the Learning Satisfications Improving Model to Enhance the Teaching Quality. Quality Assurance in Education. 15(2):192-214. Chua, Y.P. 2006. Asas Statistik Penye/idikan 8uku 2. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill. Coombs, B. 2007. Mengajar Secara Efektif. Terj .• Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Covey, S.R. 2006. 7 Tabiat Orang Yang Amat 8erkesan. Terj .. Petaling Jaya: Prentice Hall Pearson Malaysia Berhad. Creemers, B. dan Reezigt, G. 2005. Unking School Effectiveness and School Improvement: The Background and Outline of the Project. School Effectiviness and Schoo/Improvement 16(4):1-8. Darling-Hammonds, L. 2000. Teacher Quality and Student Achievement: A Review of State Policy Evidence. Education Po/icy AnalysiS Archives. 8(1):1-8. Duval, J. 1999. Fostering Positive Teacher-Student Relationships At The Middle School Level. Thesis of Master. Pacific Lutheran University. Easthope, C. dan Easthope, G. 2000. IntenSification, Extension and Complexity of Teacher'S Workload. British Journal of Sociology of Education. 21(1):43-59.. 82. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABA".

(27) Flores-Marti, I. 2008. Reflection as a Critical Component in the Preparation of Teacher candidates. proQuest Education Journals. 21(6):15. Gitlow, H.S., Oppenheim, R. dan Levine, D. M. 2005. Quality Management. New York: Mc Graw Hill. Gunter, H., Rayner, S., Thomas, H., Fielding, A., Butt, G. dan Lance, A. 2005. Teachers, Time and Work.: Findings from the Evaluation of Transforming the School Workforce Pathfinder Project. School leadership and Management: 25(5)441-445. Hall, C. 2004. Theorising Changes in Teacher's Work. canadian Journal of Educational Administration and Policy. 32:1-7. Hsieh, C.L. dan Shen, J. 1998. Teacher's, Principal's and Superintendents' Conceptions of Leadership. School Leadership & Management. 18(1):107-121. Huitt,. W. 2000. Slavin's QAIT Model. Diakses daripada laman http://chiron.valdosta.edu/whuittJedpsyc/QAIT.html. Pada 15 Nov 2013.. web. Ingvrason, l, Kleinhenz, E., Beavis, A., Barwick, H., carthy, I. dan Wilkinson, J. 2005. Report on Secondary Teacher Workload Study. Education Counts. Jamaliah Abdul Hamid dan Norhashimah Ismail. 2005. Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan: Teari dan Pelaksanaan. Kuala Lumpur: Universiti Putra Malaysia. Jemaah Nazir Sekolah. 2003. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia-Sekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Keller, J. 2002. Human Perfomance Modelling For Discrete-event Simulation: Workload. Dalam Yucesan, E., Chen, C. -H., Snowdon, J.L., and Charnes, J.M. 2002. Proceedings of the Winter Simulation Conference. 8-11 Disember. Manchester Grand Hyatt, San Diego. Kementerian Pelajaran Malaysia. 1986. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986: Panatia Mata Pelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia. 1999. SUrat Pekell1ing Ikhtisas 8il. 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembe/ajaran. Kuala lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia. 2001. Surat Peke/iling Ikhtisas Bil. 10/2001: Semua Guru Adalah Guru Disiplin. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. lay, Y. F. dan Khoo, C. H. 2008. Pengenalan Kepada Analisis Data Komputer Dengan SPSS 16.0 For Windows. Batu Caves: Venton Publishing (M) Sdn. Bhd. 83. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(28) Lay, Y. F. dan Khoo, C. H. 2008. Pengenalan Kepada Analisis Statistik Dalam Penyelidikan Sains Sosial (Siri 1). Batu caves: Venton Publishing (M) Sdn. Bhd. Utwack, L 2007. Basic Needs-A Retrospective. International Journal Of Reality Therapy. 26(2):28-30. Lumpkin, A. 2007. Caring Teacher: The Key to Student Learning. Kappa Delta Pi Record. 43(4):158-160. Mahadi Khalid. 2007. Tingkah laku Buli Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Sarawak. Seminar Penyelidikan Pendidikan, Institut Perguruan Batu Untang. Mohd. Majid Konting. 2004. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka. Mohd. Saudi Abet Rahman. 1999. 8eban Tugas di Kalangan Guru Sekolah Menengah. Tesis Sarjana. Universiti Utara Malaysia. Mohd. Shukri Salleh. 1999. Beban Tugas Guru di Kalangan Guru Sekolah Rendah. Tesis Sarjana. Universiti Utara Malaysia. Mohd. Yusof Othman. 2002. Menjejak Kualiti Menjana Kecemerlangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. National Board for Professional Teaching Standards. 2008. The Rve Core Propositions. NBPTS. Diakses daripada laman web httpl/www.nbpts.org/the standards/the five core proposition pada 6 Ogos 2013. National Centre for Education Statistics. 2007. School and Staffing Survey (SASS). NCES. Diakses daripada laman web httpllnces.ed.gov/surveys/SASS/index.asp pada 10 April 2013. National Council of Teachers of English. 1999. More Than A Number: Why Class Size Matters. NCTE Guideline. Diakses daripada laman web www.ncte.org/positions/statements/whyclasssizematerrs pada 23 Nov 2013. National Union of Teacher. 2006. Teacher's Working lime and Duties. An NUT Guide. Europe: NUT. Diakses daripada laman web www.teacher's.org.uk. pada 12 Okt 2013. Nelms, B.F.1993. The Arithmatics of Teacher Workload. English Journal. 82(2):92-93. Nelson, F.H.1994. Conditions of Employement For Teachers in The United States. The Clearing House. 68(2):82-89. 84. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(29) Ng, W.C. 1997. Ketandusan Upaya Guru: Satu Perbandingan Antara Guru-guru Sekolah Satu Sesi dengan Guru-guru Sekolah Dua Sesi. Tesis Sarjana : Universiti Utara Malaysia. Noriati A. Rashid, Boon, P.Y. dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad.2009. Murid Dan Alam Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Nor Hasniza Ibrahim, Johari Surif dan Muhammad Yusof Arshad. 2006. Kepentingan Pemikiran Dan Amalan Refteksi Dalam Pengajaran Sains Di Kawasan Luar Bandar. Kertas Ketja Seminar Tahunan Pendidikan Guru. 6 - 8 September. Kota Kinabalu, Sabah. Noranidah Kamis. 2010. Beban Tugas Dan Kualiti Pengajaran Dalam Kalangan Guru Di Sekolah Menengah Satu Sesi. Disertasi Sarjana Pendidikan. Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. Norasmah Othman dan Hariyaty Ab. Wahid. 2006. Ciri-ciri Keusahawanan dan Gaya Pemikiran Keusahawanan Pengetua. Jumal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan.16 (1): 13-18. Noriati A. Rashid, Boon, P. Y. dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. 2009. Murid Dan Alam Pembelajaran. Selangor. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Nurzatulshima Kamarudin, Ulia Halim, Kamisah Osman dan T Subahan Mohd. Meerah. 2009. Pengurusan Penglibatan Pelajar Dalam Amali Sains. Jurnal Pendidikan Malaysia. 34(1):205-217. Perry, B., Mieke, B. dan Jack, L.T.W. 2002. Diagnosing and Improving the Quality of Teachers Interpersonal Behaviour. The International Journal of Educational Management. 16(4/5):176-185. Raja Roslan Raja Abd. Rahman, Azizi Yahya dan Mohd. Salleh Hassan. 2008. Peranan Komunikasi Kepemimpinan Dirl Dan Organisasi Dalam Perspektif Islam. Kertas Ketja Seminar Kebangsaan Kemahiran lnsaniah Dan Kesejahteraan Sosial. 18-19 Ogos, Mahkota Hotel, Melaka. Saedah Siraj dan Nurhayati Ishak. 2006. Peningkatan Kualiti Pengajaran Di Institusi Pengajian Tinggi Di Acheh. Prosiding Persidangan Antarabangsa Pembangunan Aceh. 26-27 Disember. UKM. Bangi. Saodah Wok, Narimah Ismail dan Mohd. Yusof Hussain. 2005. Teori-teori Komunikasi. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub dan Mohd. Zohir Ahmad. 2003. Strategi Dan Teknik Mengajar Dengan 8erkesan. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.. 85. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(30) Shahril @ Charil bin Marzuki. 2004. Amalan Pengajaran Guru Yang Berkesan: Kajian di Beberapa Sekolah Menengah di Wilayah Persekutuan dan Selangor. Jurnal Pendidikan. 29-40. Sidek Mohd. Noah. 2002. Reka Bentuk Penyelidikan. Serdang Universiti Putra Malaysia. Slavin, R.E. 1994. A Model of Effective Instruction. Diakses daripada laman web htto: IIwww.successforall.net/images/pdfs/modeleffect.htm pad a 21 Oktober 2013. Smith,R. R. 2008. Lesson Study: Professional Development For Empowering Teachers And Improving Classroom Practice. Thesis of Ph. D. The Florida State University. Stewart, I. 2004. Using Portfolios to Improve Teaching Quality: The Case Of A Small Business School. Journal of Education for Business. 80(2): 7S-80. Tang, S. M. dan Lim, K.T. 2002. Hubungan Antara Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran Dengan Kepuasan Pelajar: Satu Tinjauan. Utara Management Review. 3(1):67-8S. Tengku Sarina Aini Tengku Kasim dan Yusmini Md. Yusoff. 2007. Kaedah Mengajar Dan Kemahiran Interpersonal Guru. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Theory Workbook. 2001a. Communication Competence. Diakses daripada laman web 3 httpllwww.uky.edu/Ndrlane/capstone/interpersonal/competence.htmlpada Januari 2013. Theory Workbook. 2001b. Constructivisme. Diakses daripada laman web httpllwww.uky.edu/Ndrlane/capstonelinterpersonal/construct.htmlpada 3 Januari 2013. Timms, c., Graham, D. dan Cottrell, D. 2007. "1 Just Want To Teach"; Queensland Independent School Teachers And Their Workload. Journal of Educational 45(S): 569-585. Tucker, G. 2009. High-Stakes Testing and Teacher Burnout in Public High School Teachers. Thesis of Ed.D. Walden University. Vajoczki, S. 2008. Effective Teaching and Teaching Evaluation Practices. Canadian University. Thesis of Ph.D. Wilfrid Laurier University (canada). Voss, R. dan Gruber, T. 2006. The Desired Teaching Qualities of Lecturers in Higher Education: A Means And Analysis. Quality Assurance In Education. 14(3): 217-242. Webb, C.A.199S. Teaching Time. English Journal. 84(7): 102. 86. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(31) Wikipedia. 2009a. Human Resource Management. Oiakses daripada laman web httoll:en,wikipedia.org/wiki/human resource management pada 16 Januari 2013. Wikipedia. 2009b. POCA . Diakses daripada laman web httpll:en.wikipedia.org/wiki/POCA pada 21 Ogos 2013. Yahya Buntat dan Zainuddin Masrom. 2003. Amalan Etika Perguruan Oi Kalangan Guruguru Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu, Kulai Johor. Satu nnjauan. Jurnal Tekno/ogi. 38(E): 65-74. Zaleda Yunus. 2007. Beban Tugas Guru nngkatan Dan Persepsi Terhadap Hubungan dengan Kualiti Perkhidmatan Guru Sekolah Menengah. Oisertasi Sarjana Pendidikan. Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. Zalenski, RJ. dan Raspa, R. 2006. Maslow's Hierarchy Of Needs: A Framework For Achieving Human Potential In Hospice. Journal Of Palliative Medicine. 9(5):11201127. 12 Manage The Executive Fast Track. 2009. Human Capital Index. Oiakses daripada laman web http://www.12manage.com/methods hcLhtml pada 15 Feb 2013.. 87. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(32)

Referensi

Dokumen terkait

Sedangkan fungsi dari tes tertulis, yaitu: (a) Fungsi formatif di kelas, adalah dilakukan saat berlangsungnya proses belajar mengajar, dilaksanakan secara periodik, mencakup semua

Perpustakaan ada ruangan yang berisikan kumpulan buku ilmu pengetahuan. Pada bangunan Surakarta Fun Kidspace, perpustakaan dapat dinikmati oleh semua kalangan dari

Abstrak : Kajian ini adalah berbentuk experimental dan dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti perkaitan panjang tangan dan lilitan otot lengan atlit terhadap kepantasan kayuhan

Daerah perkotaan tidak berarti mutlak di pusat kota, namun daerah pinggiran kota besar yang memiliki akses layak ke pusat kota juga menjadi lokasi incaran

Dalam Kitab Epos Mahabrata kisah ini memiliki nilai-nilai yang sangat bermanfaat bagi anak untuk membentuk karakteristik yang pantang menyerah dan rela berkorban

Kedelai varietas Wilis yang diinokulasi menggunakan inokulan Bradyrhizobium japonicum galur 11 (wt) dan ditambahkan kompos dapat meningkatkan pertumbuhan tinggi

Selanjutnya, sebanyak 17 persen informan menyatakan bahwa hashtag#2019GantiPresiden berdampak pada orientasi politik mereka dalam menentukan pilihan politik terhadap

Simpana Sukarela Lancar merupakan simpanan anggota masyarakat yang didasarkan akad wadi‟ah yad dhamanah. Atas ijin penitip dana yang disimpan pada rekening SIRELA