• Tidak ada hasil yang ditemukan

MODUL IBU BAPA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "MODUL IBU BAPA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF"

Copied!
47
0
0

Teks penuh

(1)

1

MODUL IBU BAPA

PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

(2)

2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Terima kasih dan syabas saya ucapkan kepada semua Jawatankuasa Penggubal Modul Ibu bapa, Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Modul ini diharap dapat dijadikan panduan oleh semua ibu bapa khususnya yang mempunyai anak berkeperluan khas yang terlibat dengan Program Pendidikan Inklusif (PPI). Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh memainkan peranan penting dalam bersama-sama merealisasikan hasrat murni ini. Selain itu juga modul ini juga diharapkan dapat difahami dan dihayati sama ada di peringkat KPM, JPN, PPD dan diperingkat sekolah.

Pelaksanaan PPI memenuhi hasrat KPM untuk melahirkan murid yang cemerlang menerusi pendidikan yang tidak mendiskriminasikan mana-mana murid atas kekurangan murid. Pendidikan di peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas dalam melaksanakan “Pendidikan Untuk Semua”.

Akhirnya pada kesempatan ini, saya mengharapkan modul ini dapat memberi nilai tambah bagi memantapkan pengoperasian PPI dan meningkatkan mutu pendidikan Khas di negara ini.

Sekian, terima kasih.

HAJI PARIDIN BIN JAIS Pengarah

Bahagian Pendidikan Khas

(3)

3 ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN 3 SENARAI SINGKATAN 4 SINOPSIS 5 BAB 1 ANALISIS 7 A. PENGENALAN 7 B. MATLAMAT 7

BAB 2 REKA BENTUK 9

A. OBJEKTIF MODUL 9

B. KUMPULAN SASARAN 9

C. ISI KANDUNGAN MODUL 10

BAB 3 PEMBANGUNAN MODUL 12

TOPIK 1 : JALINAN KERJASAMA 12

TOPIK 2 : PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

18

TOPIK 3 : KEPENTINGAN PELIBATAN IBU BAPA DALAM MEMBANTU PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF (PPI)

21

TOPIK 4 : PELUANG DAN CABARAN PELIBATAN IBU BAPA DALAM PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF (PPI)

23

TOPIK 5 : SUMBANGAN PROFESIONAL IBU BAPA 28

BAB 4 PELAKSANAAN 31

BAB 5 PENILAIAN 35

LAMPIRAN 45

(4)

4

SENARAI SINGKATAN

Singkatan

JNJK Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

JPN Jabatan Pendidikan Negeri

KSIB Kumpulan Sokongan Ibu Bapa

LDK Latihan Dalam Kumpulan

MBK Murid Berkeperluan Khas

MAP Murid Arus Perdana

NGO Organisasi Bukan Kerajaan

PDK Perbincangan dalam Kumpulan

PIBG Persatuan Ibu Bapa dan Guru

PPD Pejabat Pendidikan Daerah

PPI Program Pendidikan Inklusif

PPKI Pogram Pendidikan Khas Integrasi

PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

RPI Rancangan Pendidikan Individu

(5)

5 SINOPSIS

Modul ibu bapa ini memberikan pendedahan tentang Program Pendidikan Inklusif (PPI) kepada ibu bapa Murid Arus Perdana (MAP) dan ibu bapa Murid Berkeperluan Khas (MBK). Modul ini direka bentuk untuk meningkatkan kefahaman, mendedahkan tentang jalinan kerjasama, menjelaskan peranan, kepentingan pelibatan ibu bapa, peluang dan cabaran serta sumbangan profesional ibu bapa dalam PPI.

Jalinan kerjasama merangkumi kerjasama dalaman dan luaran. Jalinan kerjasama dalaman terdiri daripada pelibatan ibu bapa dengan komuniti sekolah. Jalinan kerjasama luaran terdiri daripada pelibatan ibu bapa dengan komuniti luar sekolah. Pelibatan ibu bapa dalam PPI dilihat dari aspek peranan ibu bapa kepada MBK, peranan ibu bapa kepada MAP, peranan ibu bapa MBK kepada pihak sekolah, peranan ibu bapa MAP kepada pihak sekolah dan peranan ibu bapa kepada komuniti. Pelibatan ibu bapa penting dalam membantu kelancaran PPI melalui usaha kolektif, bersikap positif dan saling melengkapi.

Faktor kejayaan dan faktor penghalang kepada pelibatan ibu bapa MBK dan ibu bapa MAP boleh dilihat melalui faktor akademik, persepsi ekonomi dan sosial. Ibu bapa boleh menyumbang secara profesional melalui pembangunan prasarana, perkongsian kepakaran dan sukarelawan.

(6)

6

BAB 1

ANALISIS

(7)

7

BAB 1 ANALISIS

A. PENGENALAN

Modul Ibu bapa ini berkuat kuasa pada tarikh modul Ibu bapa dikeluarkan dan modul ini perlu dibaca bersama-sama Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif Murid Berkeperluan Khas.

Pelibatan ibu bapa merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan peranan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah demi menjayakan Program Pendidikan Inklusif (PPI). PPI menggunakan pendekatan “whole school community approach” di mana pelibatan ibu bapa memainkan peranan masing-masing dalam pelaksanaan program ini di sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) mahupun tidak.

PPI boleh dijalankan di sekolah harian biasa walaupun sekolah tersebut tidak mempunyai PPKI. Di sinilah pelibatan ibu bapa dalam membantu kefahaman komuniti sekolah dari aspek dalaman dan luaran untuk menerima dan mengaplikasikan PPI dengan jayanya mengikut budaya sekolah masing-masing.

B. MATLAMAT

Matlamat modul ibu bapa ini adalah untuk meningkatkan kefahaman hak pendidikan untuk semua murid dalam kalangan ibu bapa dan komuniti melalui interaksi, perkongsian kepakaran dan ilmu. Modul ini diharap dapat mewujudkan jalinan kerjasama di antara ibu bapa dan komuniti dalam melancarkan pelaksanaan PPI.

(8)

8

BAB 2

REKA

BENTUK

(9)

9

BAB 2 REKA BENTUK

A. OBJEKTIF MODUL

i. Meningkatkan kefahaman tentang PPI dalam kalangan ibu bapa MBK dan MAP.

ii. Mendedahkan ibu bapa tentang jalinan kerjasama dalaman dan luaran. iii. Memperjelas peranan ibu bapa dalam PPI.

iv. Memperjelas kepentingan pelibatan ibu bapa dalam PPI.

v. Menerangkan peluang dan cabaran pelibatan ibu bapa dalam PPI. vi. Menerangkan sumbangan profesional ibu bapa dalam PPI.

B. KUMPULAN SASARAN

 Ibu bapa murid berkeperluan khas

 Ibu bapa murid Arus Perdana

Murid berkeperluan khas

Murid Arus Perdana

(10)

10 C. ISI KANDUNGAN MODUL

TOPIK ISI KANDUNGAN MASA

TOPIK 1

Jalinan Kerjasama

1. Jalinan Kerjasama Dalaman 2. Jalinan Kerjasama Luaran

10 minit

TOPIK 2

Pelibatan Ibu Bapa dalam membantu Program Pendidikan Inklusif (PPI)

1. Peranan ibu bapa Murid Berkeperluan Khas (MBK)

2. Peranan ibu bapa Murid Arus Perdana (MAP)

3. Peranan ibu bapa MBK kepada Guru

Pendidikan Khas Integrasi (GPKI) dan Guru Arus Perdana (GAP)

4. Peranan ibu bapa MAP kepada Guru Pendidikan Khas Integrasi (GPKI) dan Guru Arus Perdana (GAP)

5. Peranan ibu bapa MBK dan MAP kepada komuniti

20 minit

TOPIK 3 Kepentingan

Pelibatan Ibu Bapa

1. Usaha Kolektif 2. Bersikap Positif 3. Saling Melengkapi

10 minit

TOPIK 4

Peluang dan Cabaran Pelibatan Ibu Bapa dalam PPI

1. Faktor Kejayaan

2. Faktor Penghalang Kejayaan

20 minit

TOPIK 5 Sumbangan

Profesional Ibu Bapa

1. Pembangunan Prasarana 2. Perkongsian Kepakaran 3. Sukarelawan

(11)

11

BAB 3

PEMBANGUNAN

MODUL

(12)

12

BAB 3 PEMBANGUNAN MODUL

TOPIK 1: JALINAN KERJASAMA

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, jalinan didefinisikan sebagai sesuatu yang dijalin. Kerjasama pula didefinisikan sebagai usaha (kerja) bersama-sama atau saling membantu (antara dua atau beberapa pihak). Jalinan kerjasama juga turut membawa maksud kolaboratif, permuafakatan dan perkongsian.

Jalinan kerjasama antara pihak berkepentingan yang terlibat dalam PPI adalah penting dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran berkesan bagi MBK. Pihak berkepentingan yang terlibat ialah Kementerian Pendidikan Malaysia, Lembaga Peperiksaan Malaysia, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri, Pegawai Pendidikan Daerah, pentadbir sekolah, guru-guru, ibu bapa MBK, ibu bapa MAP, staf sokongan dan komuniti sekolah.

Terdapat dua jenis jalinan kerjasama iaitu jalinan kerjasama dalaman dan jalinan kerjasama luaran.

A. Jalinan kerjasama dalaman

Jalinan kerjasama dalaman terdiri daripada pentadbir sekolah dengan guru pendidikan khas, dalam kalangan guru pendidikan khas, guru arus perdana dengan guru pendidikan khas, guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa (GBKSM) dengan guru pendidikan khas dan staf sokongan dengan guru pendidikan khas.

i. Pentadbir Sekolah dengan Guru Pendidikan Khas

Jalinan kerjasama antara pihak pentadbir sekolah dengan guru pendidikan khas penting dalam membantu MBK untuk menjayakan PPI. Pihak pentadbir sekolah terdiri daripada pengetua/guru besar dan guru-

(13)

13

guru penolong kanan. Mereka perlu sentiasa peka terhadap isu-isu yang timbul berkaitan pendidikan inklusif dan sentiasa melibatkan diri dalam melaksanakan dasar pendidikan inklusif yang menekankan pendidikan yang berkualiti dan berpusatkan murid.

Pihak pentadbir sekolah perlu mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk PPI dengan menyediakan kelas yang kondusif dan mesra Orang Kurang Upaya (OKU).

ii. Dalam Kalangan Guru Pendidikan Khas

Jalinan kerjasama antara guru-guru pendidikan khas yang mempunyai kepakaran yang pelbagai dapat dikongsikan bersama untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran MBK. Jalinan kerjasama berfungsi sebagai mekanisme bagi guru-guru pendidikan khas untuk merancang dan melaksanakan PPI kepada MBK.

iii. Guru Arus Perdana dengan Guru Pendidikan Khas

Jalinan kerjasama di antara guru arus perdana dan guru pendidikan khas di dalam bilik darjah biasa berlaku kerana terdapat MBK ditempatkan di dalam kelas arus perdana. Jalinan kerjasama ini dapat membantu MBK mendapatkan pendidikan yang bersesuaian mengikut tahap keupayaannya. Kefahaman guru arus perdana tentang PPI dapat dipertingkatkan melalui jalinan kerjasama ini. Jalinan kerjasama ini merangkumi pengurusan tingkah laku dan emosi serta kaedah pengajaran bersama (Co-Teaching).

iv. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM)

Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa membantu untuk mendapatkan maklumat daripada guru, ibu bapa, rekod sekolah dan

(14)

14

agensi luar yang terlibat dengan murid-murid dan program yang

dilaksanakan. Jalinan kerjasama antara GBKSM dan guru pendidikan khas menggunakan maklumat yang diperoleh untuk berkonsultasi dengan ibu bapa. GBKSM juga boleh merancang sesi bimbingan dalam proses modifikasi tingkah laku dan membantu guru pendidikan khas merancang aktiviti terapi dan bimbingan untuk MBK dalam PPI.

v. Pembantu Pengurusan Murid dengan Guru Pendidikan Khas

Pembantu Pengurusan Murid (PPM) menguruskan MBK semasa proses pembelajaran di sekolah. Jalinan kerjasama antara PPM dengan guru pendidikan khas dalam PPI merangkumi penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan memastikan keberadaan MBK ke kelas inklusif dengan menghantar dan mengambil MBK ke kelas inklusif. Jalinan kerjasama di antara PPM dan guru pendidikan khas meliputi pelaksanaan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan PPI.

(15)

15 B. Jalinan Kerjasama Luaran

Jalinan kerjasama luaran terdiri daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan sekolah, guru sekolah lain dengan sekolah, agensi kerajaan dan syarikat swasta serta komuniti dengan sekolah, organisasi bukan kerajaan (NGO) dengan sekolah, pakar-pakar profesional dengan sekolah dan pengurusan tertinggi dengan sekolah.

i. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan Sekolah

PIBG berperanan sebagai satu saluran perhubungan antara ibu bapa dan pihak sekolah dalam penerimaan dan pelaksanaan PPI. PIBG boleh menyumbang kepakaran, tenaga dan wang dalam pelaksanaan PPI. Selain itu, perbincangan profesional di antara ibu bapa/penjaga dan pihak sekolah mengenai perkembangan dan pencapaian MBK serta masalah yang dihadapi dapat membantu para guru membuat persediaan yang sewajarnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

ii. Kolaboratif Antara Sekolah

Sekolah yang telah melaksanakan PPI boleh membuat perkongsian pintar dengan sekolah yang sedang atau masih belum melaksanakan PPI. Jalinan kerjasama di antara sekolah boleh mewujudkan hubungan dua hala dalam aktiviti antara sekolah, perkongsian idea bahan bantu mengajar dan peralatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid inklusif.

Jalinan kerjasama ini juga melibatkan pihak Sekolah Pendidikan Khas (SPK) dengan berkongsi kepakaran untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran MBK. Jalinan kerjasama ini berfungsi sebagai mekanisme bagi guru-guru untuk merancang dan melaksanakan PPI kepada MBK.

(16)

16

iii. Agensi Kerajaan dan Syarikat Swasta Serta Komuniti dengan Sekolah

Pihak sekolah boleh bekerjasama dengan agensi kerajaan dan syarikat swasta serta komuniti untuk menganjurkan kursus, mendapatkan khidmat nasihat dan latihan kemahiran kepada MBK dalam PPI. Selain menyumbang khidmat tenaga dan kemahiran, agensi terlibat juga boleh menyumbang tenaga kerja dan sumber kewangan.

iv. Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) dengan Sekolah

NGO boleh memberi bantuan kepada pihak sekolah dari segi kewangan dan peralatan yang berkaitan dalam pelaksanaan PPI. NGO boleh menawarkan diri sebagai sukarelawan kepada pihak sekolah yang terlibat dengan PPI melalui penyediaan ahli terapis, pengamal perubatan dan ahli psikologi. NGO boleh berkolaboratif dengan pihak sekolah dalam menganjurkan forum, seminar, bengkel dan latihan pravokasional. Jalinan kerjasama antara pihak sekolah dengan NGO dapat menyumbang kepada kemenjadian MBK dalam PPI.

v. Pakar-Pakar Profesional dengan Sekolah

Pihak sekolah boleh menjalin kerjasama dengan pakar-pakar profesional berkaitan dengan MBK sekiranya perlu. Sebagai contoh, ahli terapi pertuturan boleh mengadakan latihan kemahiran seperti latihan pertuturan kepada MBK. Latih tubi pertuturan yang seterusnya boleh dijalankan dalam bilik darjah dan dipantau oleh guru pendidikan khas yang akan memberi laporan kemajuan murid berkenaan kepada ahli terapi pertuturan.

(17)

17

Ahli psikologi pula boleh memberi tunjuk ajar kepada guru pendidikan khas dan guru arus perdana dalam pengendalian tingkah laku MBK yang terlibat dengan PPI.

Ahli terapi cara kerja pula dapat membantu guru mengenal pasti kelemahan MBK dan menyediakan terapi yang sesuai untuk mereka. Ahli profesional yang lain boleh memberi pertolongan dengan menyalurkan bantuan kemahiran masing-masing kepada guru dan pada yang sama memberi bantuan perkhidmatan kepada MBK.

vi. Pengurusan Tertinggi (Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pendidikan Khas, Lembaga Peperiksaan Malaysia, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah) dengan Sekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas) dapat memberi peruntukan kewangan, maklumat terkini berkaitan PPI.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) berperanan menyalurkan maklumat berkaitan pentaksiran dan penilaian yang melibatkan MBK kepada pihak sekolah.

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) pula membuat penyeliaan dan pemantauan terhadap keberkesanan pelaksanaan PPI.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) menjalin kerjasama dalam melaksanakan dasar dan pekeliling berkaitan dengan PPI.

(18)

18

TOPIK 2 : PELIBATAN IBU BAPA DALAM PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF (PPI)

Pelibatan ibu bapa dalam PPI akan menimbulkan kesedaran umum di sekolah. Ibu bapa melalui PIBG sekolah dapat merancang beberapa program yang sesuai mengikut iklim sekolah untuk meningkatkan pelibatan ibu bapa dalam proses pembelajaran MBK bersama MAP. Pelibatan ibu bapa menggalakkan perkongsian idea mengenai pembelajaran, kebolehtadbiran murid tentang diri sendiri, perkongsian ilmu dan pengurusan tingkah laku. Pelibatan ibu bapa boleh dilihat dari pelbagai aspek seperti peranan ibu bapa kepada MBK, peranan ibu bapa kepada MAP, peranan ibu bapa MBK kepada pihak sekolah, peranan ibu bapa MAP kepada pihak sekolah dan peranan ibu bapa kepada komuniti.

A. Peranan ibu bapa kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK)

Ibu bapa MBK berperanan untuk memastikan kehadiran MBK ke sekolah bagi mengurangkan kadar keciciran. Di samping itu, ibu bapa boleh menggalakkan MBK mencontohi amalan terbaik rakan inklusif. Hubungan dua hala di antara ibu bapa dan MBK dapat mengenal pasti potensi dan kekuatan MBK. Ini akan membentuk hala tuju kerjaya MBK selepas tamat sesi persekolahan.

Ibu bapa memberi ruang untuk MBK melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum di sekolah dan membolehkan MBK meningkatkan tahap komunikasi, kemahiran motor dan kemahiran berfikir secara kritis.

B. Peranan ibu bapa kepada Murid Arus Perdana (MAP)

Ibu bapa MAP memainkan peranan dalam menyebarluaskan PPI supaya pergaulan dan komunikasi anak-anak mereka dengan MBK di sekolah lebih terbuka. Ibu bapa MAP juga bertanggungjawab untuk membangunkan kesedaran sivik dalam diri anak-anak mereka seperti hormat-menghormati, bertolak ansur dan menghargai perbezaan individu rakan sebaya.

(19)

19

C. Peranan Ibu bapa Murid Berkeperluan Khas (MBK) kepada Pihak Sekolah, Guru Pendidikan Khas Integrasi (GPKI) dan Guru Arus Perdana

Ibu bapa MBK boleh berkongsi pengajaran kemahiran, tingkah laku, pemakanan, kaedah mengawal emosi dan perkongsian pengetahuan mengenai pendidikan awal kanak-kanak serta intervensi awal MBK kepada pihak sekolah, GPKI dan guru arus perdana.

Sesi konsultasi ibu bapa bersama golongan profesional dan pakar rujuk juga boleh dikongsikan melalui pelibatan ibu bapa dalam bentuk bengkel dan sesi dialog bersama pihak sekolah. Melalui bengkel ini, maklumat tentang penggunaan ubat-ubatan atau teknik-teknik tertentu yang diperoleh boleh dikongsikan bersama.

Ibu bapa MBK juga bertanggungjawab untuk memberikan kesedaran dalam diri MBK mengenai kawalan diri, emosi atau sosial serta mendidik MBK ke arah mengamalkan gaya hidup sihat. Sokongan moral ini akan memudahkan pihak sekolah, GPKI dan guru arus perdana dalam melaksanakan PPI serta memberikan gambaran positif terhadap MBK kepada komuniti.

D. Peranan Ibu bapa Murid Arus Perdana (MAP) kepada Pihak Sekolah, Guru Pendidikan Khas Integrasi (GPKI) dan Guru Arus Perdana

Ibu bapa MAP berperanan memberikan sokongan moral dan semangat kepada ibu bapa MBK. Ibu bapa MAP juga boleh mewujudkan jaringan sosial untuk merapatkan jurang di antara MBK dengan pihak sekolah, GPKI dan guru arus perdana. Jaringan ini juga boleh mengubah persepsi negatif pihak sekolah, GPKI dan guru arus perdana terhadap MBK melalui pelaksanaan PPI.

(20)

20 E. Peranan Ibu bapa kepada Komuniti

Ibu bapa berperanan memberikan kesedaran terhadap kewujudan MBK dan PPI kepada komuniti. Komuniti mesti menerima bahawa MBK mempunyai hak yang sama rata untuk belajar dan bersosialisasi dalam persekitaran pembelajaran tanpa halangan (barrier-free learning environment) sejajar dengan anjakan satu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. Ini juga bertepatan dengan Akta Pendidikan 1996 “Pendidikan Untuk Semua”. PPI dilaksanakan untuk memberi peluang pendidikan sama rata kepada MBK.

(21)

21

TOPIK 3 : KEPENTINGAN PELIBATAN IBU BAPA DALAM MEMBANTU PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF (PPI)

Kepentingan pelibatan ibu bapa dalam membantu kelancaran PPI melalui usaha kolektif, bersikap positif dan saling melengkapi dapat membentuk kemenjadian murid.

A. Usaha kolektif

Usaha kolektif merangkumi pelibatan ibu bapa di dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB), komuniti dan NGO yang berkaitan. Ibu bapa dapat melibatkan diri sebagai ahli dalam jawatankuasa-jawatankuasa seperti Jawatankuasa Permuafakatan Sekolah untuk berkongsi kepakaran, khidmat nasihat dan latihan kemahiran. Pelibatan ibu bapa dalam jawatankuasa seperti ini dapat melancarkan lagi pelaksanaan PPI.

Usaha kolektif juga melibatkan penggunaan media sosial seperti facebook,

whatsapp, telegram dan aplikasi lain dalam menyebar luas maklumat dan

maklum balas mengenai PPI. Melalui usaha ini ibu bapa dapat menyumbang kepakaran, kemahiran, sumber tenaga dan kewangan kepada pihak sekolah. Usaha kolektif turut memberikan impak positif kepada mutu pendidikan dari segi akademik, sahsiah dan disiplin, infrastruktur serta iklim sekolah. Impak positif ini dapat meningkatkan kehadiran murid ke sekolah, prestasi akademik dan menambah baik fasiliti sekolah. Usaha kolektif ini dapat meningkatkan kemenjadian murid melalui PPI.

B. Bersikap positif

Sikap positif ibu bapa dalam penerimaan PPI dapat mewujudkan waktu pembelajaran dan ruang yang kondusif untuk sesi pembelajaran murid. Sikap positif ibu bapa boleh dijadikan sebagai suri teladan kepada komuniti untuk mewujudkan persekitaran yang seimbang dalam kelas inklusif. Sikap ibu bapa yang tidak mendiskriminasikan murid dalam PPI dapat memberikan hak yang

(22)

22

sama rata bagi murid mendapatkan akses pendidikan yang berkualiti di semua sekolah.

Kefahaman ibu bapa dalam memahami tuntutan akademik terkini dan keperluan pembelajaran murid membolehkan ibu bapa mengenali potensi dan keperluan kemahiran murid di samping membentuk kemenjadian murid melalui PPI. Ibu bapa yang bersyukur dan empati terhadap MBK dan ibu bapa yang lain dapat memupuk sikap kerendahan hati, kesantunan dan rasa hormat bagi melancarkan PPI.

C. Saling Melengkapi

Ibu bapa boleh memainkan peranan masing-masing dan menyumbang mengikut bidang kepakaran mereka. Sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada pihak sekolah meningkatkan keberkesanan PPI. Prestasi akademik murid dalam PPI dapat dipertingkatkan melalui usahasama ibu bapa dan pihak sekolah.

(23)

23

TOPIK 4 : PELUANG DAN CABARAN PELIBATAN IBU BAPA DALAM PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF (PPI)

A. FAKTOR KEJAYAAN

Faktor kejayaan kepada pelibatan ibu bapa ini bergantung kepada pelibatan ibu bapa MBK dan ibu bapa MAP. Kejayaan PPI ini boleh dilihat melalui faktor akademik, persepsi, ekonomi dan sosial.

i. Ibu bapa Murid Berkeperluan Khas (MBK)

a. Faktor Akademik

Latar belakang akademik ibu bapa MBK mempengaruhi faktor kejayaan PPI. Ibu bapa MBK yang berpendidikan memberikan penekanan terhadap pendidikan MBK. Ibu bapa MBK akan menetapkan matlamat dan hala tuju akademik MBK. Ibu bapa MBK ini akan menyokong PPI. Ibu bapa MBK juga akan terlibat dalam perbincangan mengenai kemajuan murid dan penentuan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) MBK.

b. Faktor Persepsi

Persepsi ibu bapa MBK bahawa MBK boleh dididik, mempunyai potensi, mampu bersaing dan berjaya seperti murid lain yang mengikuti PPI. Ibu bapa MBK yakin terhadap kemampuan MBK untuk mengamalkan disiplin dan sahsiah diri yang terpuji. Sikap yang terpuji ini memudahkan MBK berinteraksi dengan lebih baik dan dapat menghindari pelibatan gejala yang negatif.

(24)

24 c. Faktor Ekonomi

Ibu bapa MBK yang berkemampuan dari segi kewangan boleh membantu MBK seperti membeli peralatan pembelajaran, mendapatkan rawatan, menjalani intervensi dan terapi. Kelengkapan yang disediakan oleh ibu bapa MBK dapat membantu proses pembelajaran dalam PPI.

d. Faktor Sosial

Ibu bapa MBK mesti membentuk komunikasi yang berkesan sebagai seorang rakan sebaya, pembimbing dan pendengar kepada MBK. Ibu bapa MBK perlu kerap berbual dengan anak, bersikap responsif, menghargai pendapat MBK, mempunyai kesantunan komunikasi dan menjadi suri teladan. Komunikasi berkesan ini boleh menjadi faktor pendorong kepada kejayaan PPI.

ii. Ibu bapa Murid Arus Perdana

a. Faktor Akademik

Latar belakang akademik ibu bapa MAP mempengaruhi faktor kejayaan PPI. Ibu bapa MAP yang berpendidikan mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap pelaksanaan “Pendidikan Untuk Semua”. Maka, ibu bapa MAP dapat memberikan sokongan kepada pihak sekolah dalam pelaksanaan PPI.

b. Faktor Persepsi

Ibu bapa MAP yang peka terhadap keperluan pendidikan MBK akan menunjukkan sikap bertoleransi dan lebih prihatin kepada kepentingan PPI. Ibu bapa MAP dapat mempengaruhi komuniti untuk bekerjasama dalam memastikan MBK berpeluang mendapat pendidikan yang sama rata melalui program kesedaran kepentingan PPI. Rentetan daripada keprihatinan ini, ibu bapa MAP akan lebih rasional dalam membuat pertimbangan dalam hal-hal

(25)

25

yang berkaitan PPI. Antaranya, ibu bapa MAP dapat mendidik anak-anak mereka dengan memberi kesedaran, sokongan dan memupuk nilai hormat-menghormati dan menyayangi rakan di dalam kelas PPI.

c. Faktor Ekonomi

Ibu bapa MAP dapat menyokong pelaksanaan PPI melalui bantuan kewangan, kemudahan fizikal dan fasiliti yang mesra OKU.

d. Faktor Sosial

Ibu bapa MAP mesti menjadi seorang suri teladan, pembimbing dan pendengar kepada MAP. Ibu bapa MAP boleh menggalakkan amalan nilai kesyukuran, bekerjasama, hormat-menghormati dan hemah tinggi dalam kalangan MAP. Didikan ini boleh menjadi faktor pendorong kepada kejayaan PPI.

B. FAKTOR PENGHALANG KEJAYAAN

Faktor penghalang kejayaan kepada pelibatan ibu bapa ini bergantung kepada faktor akademik, persepsi, ekonomi dan sosial. Faktor penghalang ini berlaku semasa proses PPI dilaksanakan dan mempengaruhi MBK serta MAP di dalam PPI.

i. Ibu bapa Murid Berkeperluan Khas a. Faktor Akademik

Ibu bapa MBK kurang berkeyakinan dengan kemampuan akademik MBK untuk mengikuti pembelajaran melalui PPI. Oleh yang demikian, ibu bapa MBK tidak akan memfokuskan akademik untuk MBK. Justeru, PPI tidak dapat dilaksanakan dengan lancar.

(26)

26 b. Faktor Persepsi

Kebimbangan terhadap tahap keselamatan dan kebajikan MBK di kelas inklusif menyebabkan kekurangan pelibatan ibu bapa dengan PPI. Ibu bapa MBK juga mudah tersinggung terhadap pandangan negatif komuniti kepada MBK. Selain itu, ibu bapa MBK kurang pendedahan terhadap kesaksamaan dalam pendidikan yang menyebabkan ibu bapa MBK kurang pertimbangan dalam merancang masa depan MBK.

c. Faktor Ekonomi

Pelaksanaan PPI kurang berkesan kerana ibu bapa MBK yang kurang berkemampuan dari segi kewangan tidak dapat menyediakan kemudahan fizikal, kemudahan peralatan pembelajaran, kurang mengikuti intervensi dan mendapatkan rawatan serta terapi kepada MBK.

d. Faktor Sosial

Ibu bapa MBK membataskan pergaulan MBK dengan MAP di dalam kelas inklusif kerana tidak mahu timbul sebarang isu salah faham berkaitan anak di antara ibu bapa MBK dan ibu bapa MAP. Kerisauan dan keprihatinan ibu bapa MBK ini terjadi kerana murid MAP kurang memahami tingkah laku MBK yang sensitif dan impulsif lantas memberi kesan dalam kelancaran PPI.

ii. Ibu bapa Murid Arus Perdana (MAP)

a. Faktor Akademik

Ibu bapa MAP kurang mendapat pendedahan tentang PPI. Ibu bapa MAP kurang berkeyakinan terhadap kemampuan akademik MBK di dalam kelas inklusif. Tahap keupayaan akademik MBK yang berbeza akan melambatkan

(27)

27

kelancaran proses pembelajaran murid di kelas inklusif. Justeru, PPI tidak dapat dilaksanakan dengan lancar.

b. Faktor Persepsi

Ibu bapa MAP memandang serong terhadap MBK. Ibu bapa MAP beranggapan bahawa MBK akan menganggu proses pembelajaran MAP. Ibu bapa MAP khuatir MBK akan menyebabkan guru arus perdana memberi lebih perhatian kepada MBK dalam pembelajaran dan pengajaran di kelas inklusif.

Pandangan taboo ibu bapa MAP yang beranggapan bahawa kecacatan atau kekurangan MBK ini boleh berjangkit merupakan halangan di dalam pelaksanaan PPI. Hal ini menyebabkan Ibu bapa MAP mendiskriminasi hak MBK untuk mendapat pendidikan melalui PPI.

c. Faktor Sosial

Ibu bapa MAP kurang menerima pergaulan di antara MAP dan MBK di dalam kelas inklusif kerana dikhuatiri akan mengganggu proses pembelajaran dan pencapaian akademik MAP. Ibu bapa MAP kurang melibatkan diri dalam aktiviti yang berkaitan dengan PPI walaupun kempen kesedaran mengenai PPI telah disebarluaskan oleh pihak sekolah.

(28)

28

TOPIK 5 : SUMBANGAN PROFESIONAL IBU BAPA

Sumbangan profesional ibu bapa menjadi sokongan kepada MBK yang mengikuti PPI yang dilaksanakan melalui pembangunan prasarana, perkongsian kepakaran dan sukarelawan. Sumbangan profesional ini boleh menyumbang kepada kelengkapan dan fasiliti sekolah yang lebih kondusif bagi meningkatkan lagi prestasi dan kompetensi sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan.

A. Pembangunan Prasarana

Pembangunan prasarana boleh dilaksanakan melalui usaha sama di antara ibu bapa dengan pihak sekolah. Ibu bapa boleh menyalurkan pelbagai bentuk sumbangan dan bantuan untuk menambah baik dan membaiki prasarana serta mewujudkan fasiliti yang mesra OKU di dalam kawasan sekolah. Contohnya, dengan memberi sumbangan berbentuk kemudahan fizikal seperti kerusi dan meja di bilik darjah untuk murid kerdil atau menyediakan susur landai (ramp) dan susur tangan (railing) untuk murid berkerusi roda dan masalah kurang upaya fizikal dapat memudahkan akses MBK ke bilik darjah.

Alat bantu belajar yang disumbangkan seperti papan interaktif boleh dimanfaatkan di dalam PdP kelas inklusif supaya proses pembelajaran MBK dan MAP lebih menyeronokkan, aktif dan bermakna.

B. Perkongsian Kepakaran

Ibu bapa yang mempunyai kepakaran pelbagai bidang boleh menjadi perantara dengan pihak pentadbir sekolah dalam menangani isu atau permasalahan murid. Ibu bapa boleh berkongsi amalan terbaik dengan pihak sekolah bagi membantu proses pembelajaran MBK yang mengikuti PPI. Ibu bapa dalam kalangan profesional boleh membantu pihak sekolah melalui perkongsian maklumat, pandangan, sumber dari segi pembangunan, keselamatan, kebajikan, kewangan dan tanggungjawab sosial.

(29)

29 C. Sukarelawan

Berdasarkan Peraturan 5 (3) Peraturan-peraturan PIBG 1998 yang menggariskan „Persatuan boleh, dengan kebenaran Guru Besar atau Pengetua menganjurkan kegiatan kurikulum dan kokurikulum di dalam atau di luar sekolah dengan menggunakan tenaga mahir atau pakar daripada kalangan anggota atau bukan anggota persatuan bagi tujuan meningkatkan pencapaian akademik atau perkembangan murid secara menyeluruh.‟ Pelibatan sukarelawan dapat membantu PPI dilaksanakan secara berkesan.

Pelibatan ibu bapa sebagai Sukarelawan Dalam Kelas (SdK) melalui Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) membantu mewujudkan jaringan dan jalinan sosial di antara ahli PIBG, komuniti, agensi kerajaan dan syarikat swasta bagi mendapatkan sokongan dalam pelaksanaan PPI. Selain itu, SdK yang berpotensi dapat dikenal pasti supaya PPI dilaksanakan dengan efektif.

SdK membantu guru dalam proses pembelajaran sebagai fasilitator semasa murid melaksanakan aktiviti, meningkatkan pemahaman murid terhadap kandungan pembelajaran, menyediakan bahan bantu belajar, berkongsi kemahiran atau maklumat untuk memperkaya pembelajaran dalam kelas dan membantu guru dalam pengurusan kelas seperti menceriakan bilik darjah. SdK boleh menyumbang idea dan tenaga untuk membina kecemerlangan MBK melalui PPI. Ibu bapa yang berasa selesa dengan persekitaran sekolah akan bersedia menjadi SdK kerana mereka lebih terbuka untuk menyokong dan membantu sekolah untuk kemenjadian MBK cemerlang dalam akademik dan bukan akademik.

(30)

30

BAB 4

(31)

31

BAB 4 PELAKSANAAN

Program Program Pendidikan Inklusif

Kursus Program Kesedaran Program Pendidikan Inklusif (Modul Ibu Bapa)

Masa 2 jam

Personel Fasilitator

A. Objektif

Pada akhir sesi, peserta/ibu bapa/penjaga dapat: 1. meningkatkan kefahaman tentang PPI.

2. mempraktikkan jalinan kerjasama dalaman dan luaran. 3. mengetahui peranan ibu bapa dalam PPI.

4. mengetahui kepentingan pelibatan ibu bapa dalam PPI.

5. menjelaskan peluang dan cabaran pelibatan ibu bapa dalam PPI 6. mengetahui sumbangan profesional ibu bapa dalam PPI.

B. Kandungan Modul

 Modul Ibu Bapa

 Modul Pelaksanaan - Aktititi 1

- Aktiviti 2 - Aktiviti 3 - Aktiviti 4

 Rumusan Peserta/ibu bapa/penjaga

 Rumusan Fasilitator C. Kaedah Pelaksanaan Modul

 Taklimat/ ceramah kesedaran

 Sesi dialog

D. Bahan Pengajaran

 Tayangan video

 Modul Ibu Bapa E. Alatan

LCD projector, komputer riba, laptop, layar putih, sistem siar raya. F. Rumusan/Refleksi

(32)

32

HURAIAN TERPERINCI MODUL

MASA SUBJEK

10 Minit

Aktiviti 1 – Ujian PRA Objektif

Di akhir sesi aktiviti 1, ibu bapa dapat menjawab soal selidik. Langkah-langkah:

a. Fasilitator mengedarkan borang soal selidik. b. Ibu bapa diminta mengisi borang soal selidik. c. Fasilitator mengumpul borang soal selidik. Bahan/peralatan:

Borang soal selidik. Rumusan

1. Fasilitator memastikan ibu bapa menjawab semua soalan dalam borang soal selidik.

20 Minit

Aktiviti 2 – Tayangan video PPI Objektif:

Di akhir sesi aktiviti 1, ibu bapa dapat gambaran awal mengenai PPI

Langkah-langkah:

a. Fasilitator menayangkan video kepada ibu bapa. b. Ibu bapa diminta mengenalpasti kandungan video.

c. Fasilitator dan ibu bapa berbincang tentang hasil dapatan. Bahan/peralatan:

LCD projector, komputer riba, layar putih, sistem siar raya. Rumusan:

Fasilitator memberi penghargaan kepada ibu bapa yang berkongsi pengalaman yang didapati daripada aktiviti.

(33)

33

MASA SUBJEK

80 minit

Aktiviti 3 – Program Kesedaran Ibu Bapa Objektif

Di akhir sesi aktiviti 3, ibu bapa dapat meningkatkan kefahaman mengenai PPI.

Langkah-langkah:

a. Fasilitator memberikan ceramah berkaitan program. b. Fasilitator membuka sesi soal jawab.

c. Ibu bapa memberikan maklum balas.

Bahan/peralatan

Slide show Modul, LCD projector, komputer riba, layar putih,

sistem siar raya. Rumusan

Fasilitator mengingatkan ibu bapa tentang objektif PPI.

10 minit

Aktiviti 4 – Ujian PASCA Objektif

Di akhir sesi aktiviti 4, ibu bapa dapat menjawab soal selidik. Langkah-langkah:

a. Fasilitator mengedarkan borang soal selidik. b. Ibu bapa diminta mengisi borang soal selidik. c. Fasilitator mengumpul borang soal selidik.

Bahan/peralatan: Borang soal selidik. Rumusan

Fasilitator memastikan ibu bapa menjawab semua soalan di dalam borang.

(34)

34

BAB 5

(35)

35

BAB 5 PENILAIAN 5.1 UJIAN PRA DAN PASCA

SOAL SELIDIK UJIAN PRA

PROGRAM KESEDARAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF (MODUL IBU BAPA)

BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Nama Sekolah: ________________________________________________ 1. BAHAGIAN A:

Arahan: Sila tandakan respons anda di ruang yang berkenaan.

1.1 Jantina : Lelaki Perempuan

1.2 Bangsa : Melayu Cina India Lain-lain

1.3 Bilangan anak : 1-2 orang 3-4 orang 5-6 orang Lebih 6 orang

1.4 Mempunyai anak berkeperluan khas Ya Tidak

2. BAHAGIAN B :

Arahan: Sila berikan respons anda terhadap perkara berikut dan bulatkan jawapan anda pada ruang yang disediakan.

Pengetahuan Anda Berkaitan Perkara Berikut:

BIL PERKARA Bulatkan jawapan

anda 1. Adakah anda mengetahui Program Pendidikan Inklusif

dilaksanakan di sekolah anak anda?

Ya Tidak

2. Adakah anda setuju murid berkeperluan khas belajar bersama murid arus perdana?

Ya Tidak

3. Adakah anda setuju ibu bapa yang melibatkan diri dalam PPI boleh memberikan persekitaran pembelajaran yang lebih baik kepada pembelajaran anak anda?

Ya Tidak √

BOR

A

N

G

SO

A

L

SEL

IDIK U

JIA

N

P

R

A

(36)

36

BIL. PERKARA Bulatkan

jawapan anda 4. Adakah anda mengetahui terdapatnya jalinan kerjasama

dalaman dan jalinan kerjasama luaran dalam pelaksanaan PPI?

Ya Tidak

5. Adakah anda bersetuju ibu bapa murid berkeperluan khas dan ibu bapa murid arus perdana bersama-sama membantu kelancaran PPI?

Ya Tidak

6. Adakah anda mengetahui salah satu kepentingan pelibatan ibu bapa dalam PPI adalah bersikap positif?

Ya Tidak

7. Adakah anda mengetahui faktor akademik ibu bapa juga menyumbang kepada kelancaran kejayaan kepada PPI?

Ya Tidak

8. Adakah anda mengetahui ibu bapa boleh menjadi sukarelawan dalam menjayakan PPI?

Ya Tidak

9. Adakah anda bersetuju pembangunan prasarana seperti menyediakan kemudahan mesra OKU merupakan salah satu bentuk sumbangan yang boleh diberikan oleh ibu bapa bagi memastikan kejayaan pelaksanaan PPI?

Ya Tidak

10. Sebelum program ini diadakan, anda mengetahui anda boleh melibatkan diri dalam PPI?

(37)

37

SOAL SELIDIK UJIAN PASCA

PROGRAM KESEDARAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF (MODUL IBU BAPA)

BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Nama Sekolah: ________________________________________________ 1. BAHAGIAN A:

Arahan: Sila tandakan respons anda di ruang yang berkenaan.

1.1 Jantina : Lelaki Perempuan

1.2 Bangsa : Melayu Cina India Lain-lain

1.3 Bilangan anak : 1-2 orang 3-4 orang 5-6 orang Lebih 6 orang

1.4 Mempunyai anak berkeperluan khas Ya Tidak

2. BAHAGIAN B :

Arahan: Sila berikan respons anda terhadap perkara berikut dan bulatkan jawapan anda pada ruang yang disediakan.

Pengetahuan Anda Berkaitan Perkara Berikut:

BIL PERKARA Bulatkan jawapan

anda 1. Adakah anda mengetahui Program Pendidikan Inklusif

dilaksanakan di sekolah anak anda?

Ya Tidak

2. Adakah anda setuju murid berkeperluan khas belajar bersama murid arus perdana?

Ya Tidak

3. Adakah anda setuju ibu bapa yang melibatkan diri dalam PPI boleh memberikan persekitaran pembelajaran yang lebih baik kepada pembelajaran anak anda?

Ya Tidak

BO

R

AN

G

SO

A

L

SEL

IDIK U

JIA

N

PA

S

CA

(38)

38

BIL. PERKARA Bulatkan

jawapan anda 4. Adakah anda mengetahui terdapatnya jalinan kerjasama

dalaman dan jalinan kerjasama luaran dalam pelaksanaan PPI?

Ya Tidak

5. Adakah anda bersetuju ibu bapa murid berkeperluan khas dan ibu bapa murid arus perdana bersama-sama membantu kelancaran PPI?

Ya Tidak

6. Adakah anda mengetahui salah satu kepentingan pelibatan ibu bapa dalam PPI adalah bersikap positif?

Ya Tidak

7. Adakah anda mengetahui faktor akademik ibu bapa juga menyumbang kepada kelancaran kejayaan kepada PPI?

Ya Tidak

8. Adakah anda mengetahui ibu bapa boleh menjadi sukarelawan dalam menjayakan PPI?

Ya Tidak

9. Adakah anda bersetuju pembangunan prasarana seperti menyediakan kemudahan mesra OKU merupakan salah satu bentuk sumbangan yang boleh diberikan oleh ibu bapa bagi memastikan kejayaan pelaksanaan PPI?

Ya Tidak

10. Selepas program ini diadakan, anda mengetahui anda boleh melibatkan diri dalam PPI?

(39)

39 Nama Sekolah

Kod Sekolah

Taraf Skor Deskripsi

Cemerlang 7-10  Pengetahuan anda tentang penglibatan ibu bapa dalam PPI sangat mendalam.

 Anda memahami peranan dan kepentingan pelibatan ibu bapa dalam PPI.

 Anda sanggup menawarkan diri secara sukarela dalam pelibatan PPI.

 Menunjukkan sikap aktif dan positif dalam hampir semua keadaan.

Baik 4-6  Pengetahuan anda tentang penglibatan ibu bapa dalam PPI pada peringkat sederhana.

 Anda perlu lebih memahami peranan dan kepentingan pelibatan ibu bapa dalam PPI.

 Bersetuju menawarkan diri apabila diminta.

Lemah 0-2  Pengetahuan anda tentang pelibatan ibu bapa dalam PPI pada peringkat asas/minimum.

 Kunjungilah sekolah atau hubungi PIBG, mereka boleh membantu anda.

BAHAGIAN Aspek Yang Dinilai Skor Catatan

1 Pengenalan 1.1 Pengenalan PPI 1.2 Pengenalan PPI 1.3 Pengenalan PPI 2 Jalinan Kerjasama

2.1 Jalinan kerjasama dalaman dan kerjasama luaran

3

Pelibatan Ibu Bapa Dalam PPI

3.1 Peranan Ibu bapa MBK dan MAP

4 Kepentingan Pelibatan Ibu Bapa

Dalam Membantu PPI 4.1 Bersikap positif 5 Peluang dan Cabaran Pelibatan

Ibu Bapa Dalam PPI 5.1 Faktor Kejayaan 6 Sumbangan Profesional Ibu Bapa 6.1 Sukarelawan 6.2 Pembangunan Prasarana 7 Program Kesedaran PPI

7.1 Tahap kesedaran pelibatan ibu bapa dalam PPI

(40)

40

Bil Aspek Penilaian Markah yang

diperoleh

Markah Penuh

1 Pengenalan 3

2 Jalinan Kerjasama 1

3 Pelibatan Ibu Bapa dalam PPI 1

4 Kepentingan Pelibatan Ibu Bapa dalam Membantu PPI

1 5 Peluang dan Cabaran Pelibatan

Ibu Bapa dalam PPI

1

6 Sumbangan Profesional Ibu Bapa 2

7 Program Kesedaran PPI 1

JUMLAH SKOR 10

(41)

41 5.2 UJIAN KENDIRI

BAHAGIAN I

Arahan : Sila bulatkan satu sahaja jawapan yang anda pilih sama ada A,B,C atau D bagi setiap soalan.

1. Jalinan kerjasama dalaman melibatkan pihak berikut dengan Guru Pendidikan Khas kecuali ________________________.

A. Pentadbir sekolah C. Pembantu Pengurusan Murid B. Guru Arus Perdana D. Ibu bapa Murid Berkeperluan Khas

2. Antara pihak yang terlibat dalam jalinan kerjasama luaran ialah A. Murid Arus Perdana C. Pembantu Tadbir sekolah B. Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) D. Pembantu Pengurusan Murid

3. Pelibatan ibu bapa dalam PPI akan menimbulkan kesedaran umum tentang PPI di sekolah dengan menggalakkan perkongsian idea mengenai

A. disiplin murid Arus Perdana C. pembelajaran murid MBK

B. aktiviti murid arus Perdana D. kepentingan makanan seimbang

4. Pernyataan berikut adalah lebih tepat mengenai peranan Ibu bapa dalam memberikan kesedaran kepada komuniti bahawa MBK mempunyai hak yang sama rata untuk belajar dan bersosialisasi dalam ________________________ .

A. rumah sahaja C. sekolah sahaja

B. kelas Pendidikan Khas D. persekitaran pembelajaran tanpa halangan

5. Salah satu kepentingan pelibatan ibu bapa dalam kelancaran PPI melalui ____________ iaitu merangkumi pelibatan ibu bapa di dalam PIBG, KSIB,

komuniti dan NGO.

A. saling melengkapi C. usaha kolektif B. tindakan serta merta D. bersikap positif

(42)

42

6. Keyakinan ibu bapa MBK bahawa anak mereka boleh dididik, mempunyai potensi, mampu bersaing dan berjaya seperti murid lain yang mengikuti PPI merupakan faktor ________________ dalam kejayaan PPI.

A. Akademik C. Ekonomi

B. Persepsi D. Sosial

7. Pelaksanaan PPI berkesan sekiranya ibu bapa MBK yang kurang berkemampuan dari segi kewangan kecuali __________________ .

A. mendapatkan kemudahan fizikal yang mesra OKU B. jarang mengikuti intervensi

C. mendapatkan rawatan serta terapi

D. menyediakan kemudahan peralatan pembelajaran

8. Faktor penghalang kejayaan PPI, apabila Ibu bapa MBK membataskan pergaulan MBK dan MAP di dalam kelas inklusif kerana _____________________ .

A. MBK perlu sentiasa dilindungi dan dilayan istimewa

B. MAP kurang memahami tingkah laku MBK yang sensitif dan impulsif C. Kecacatan dan kekurangan MBK boleh berjangkit

D. murid arus perdana sering membantu MBK

9. Sumbangan profesional ibu bapa dapat dilaksanakan tanpa _______________ .

A. menjadi sukarelawan dalam kelas C. perkongsian kepintaran

B. sumbangan pembangunan prasarana D. memandang serong terhadap MBK

10. Fasiliti mesra OKU yang boleh disediakan di sekolah adalah seperti berikut kecuali ______________ .

A. susur landai C. susur tangan

(43)

43 BAHAGIAN II

Arahan : Sila tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul.

1. Jalinan kerjasama dalaman terdiri daripada :

Pentadbir Sekolah dengan Guru Pendidikan Khas Dalam Kalangan Guru Pendidikan Khas

Guru Arus Perdana dengan Guru Pendidikan Khas

Agensi Kerajaan dan syarikat swasta serta komuniti dengan sekolah Pakar-pakar profesional dengan sekolah

Guru Bimbingan Kaunseling dan Sepenuh Masa (GBKSM) Pembantu Pengurusan Murid dengan Guru Pendidikan Khas Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) dengan sekolah

2. MBK yang melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum melalui PPI dapat meningkatkan

tahap komunikasi kemahiran motor keyakinan diri

kemahiran berfikir secara kritis layanan yang berbeza

amalan gaya hidup sihat halangan potensi

jurang antara MBK dan MAP

3. Sikap positif ibu bapa dalam penerimaan PPI dapat mewujudkan _____________ dan _______________ untuk sesi pembelajaran murid.

gangguan emosi waktu pembelajaran ruang yang kondusif salah laku

(44)

44

4. Faktor kejayaan kepada pelibatan ibu bapa MBK dalam PPI dengan cara : Ibu bapa MBK menetapkan matlamat dan hala tuju akademik MBK Ibu bapa MBK terlibat dalam perbincangan mengenai kemajuan

murid

Ibu bapa MBK membawa MBK menjalani intervensi dan terapi Ibu bapa MBK menjadi suri teladan

Ibu bapa MBK membina jurang komunikasi dengan MBK

Ibu bapa MBK menjadi pembimbing dan pendengar kepada MBK

5. Faktor kejayaan kepada pelibatan ibu bapa MAP dalam PPI dengan cara : Ibu bapa MAP memahami pelaksanaan „Pendidikan Untuk Semua‟ Ibu bapa MAP peka terhadap keperluan pendidikan MBK

Ibu bapa MAP menggalakkan amalan nilai kesyukuran kepada MAP Ibu bapa MAP beranggapan guru akan memberi lebih layanan

kepada MBK berbanding MAP

Ibu bapa MAP mendidik anak-anak mereka memahami MBK dengan memupuk nilai hormat-menghormati dan menyayangi rakan kelas PPI Ibu bapa MAP menyokong dan membantu menyediakan kemudahan

fizikal dan fasiliti yang mesra OKU

Ibu bapa MAP menghalang MBK dan MAP melaksanakan aktiviti kokurikulum

6. Pelibatan ibu bapa sebagai SdK boleh dilaksanakan dengan :

membantu guru dalam pengurusan kelas seperti menceriakan bilik darjah menjadi fasilitator semasa murid melaksanakan aktiviti

menyediakan bahan bantu mengajar menggantikan guru apabila guru bercuti

(45)

45

LAMPIRAN

Carta Alir Pelaksanaan Sukarelawan Dalam Kelas

Mula Tindakan

Memaklumkan atau menjelaskan peranan SdK kepada warga sekolah dan ibu bapa

Guru Besar/Pengetua

Memilih SdK berdasarkan tawaran kepakaran dalam bidang masing-masing dan/atau kemahiran ibu bapa/penjaga dan komuniti

Jawatankuasa PIBG

Mengurus setia bagi proses pelaksanaan SdK berdasarkan permohonan guru mata pelajaran mengikut perancangan PdP

Biro KSIB

Memaklumkan pentadbir berkenaan keperluan SdK berdasarkan perancangan pengajaran mereka

Guru Mata Pelajaran

Mengadakan perbincangan dengan SdK berkenaan aktiviti yang akan dilaksanakan

Guru Mata Pelajaran

Menghadiri sesi PdP seperti yang telah dirancang dan dipersetujui bersama-sama guru mata pelajaran

SdK

Mengesahkan kehadiran SdK Guru Besar/Pengetua

Memastikan semakan semula pelaksanaan SdK

Guru Besar/Pengetua

Memastikan pelaksanaan SdK mematuhi semua Surat Pekeliling Ikhtisas dan peraturan berkaitan yang sedang berkuatkuasa

Guru Besar/Pengetua

Tamat

(46)

46 RUJUKAN

Bahagian Pendidikan Khas, KPM (2015). Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas. Putrajaya: Al-Hikmah Sdn. Bhd.

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM. Sarana Ibu Bapa: Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 1 Tahun 2018: Garis Panduan Pelibatan Ibu Bapa/Penjaga dan Komuniti sebagai Sukarelawan di dalam Kelas.

Erhard, R., & Umansky, T. (2005). School counselors’ involevement in the process of inclusion in Israel. International Journal of Disability, Development, & Education, 52(3), 175-194

Guralnick, M. J. (Ed.) (2001). Early childhood inclusion: Focus on change. Baltimore: Brookes.

Kail, R.V. (2001). Children and Their Development (2nd ed.).New Jersey: Prantice-Hall.

Salend, S. J. (2006). Explaining your inclusion program to families. Teaching Exceptional Children, 38(4), 6-11.

See Ching Mey (2012). Kepimpinan Guru dalam Program Integrasi Pendidikan Khas:

Universiti Sains Malaysia.

Universiti Sains Malaysia, Modul Seminar Kesedaran (Fasa/Kohort 2) Program Pendidikan Inklusif Holistik.

Williams, D. L., & Stallworth, J. T. (1984). Parent involvement in education: What a survey reveals. Austin, TX:

Southwest Regional Educational Development Laboatory.

Yaoying Xu, dan Filler, J. (2008). Family Involvement & Inclusion: Facilitating Family Involvement and Support for Inclusive Education, Vol. (18), No. 2. :

(47)

47

BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS

Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 2, Blok E2,

Kompleks Kerajaan Parcel E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA

Tel : 603 8884 9190 Faks : 603 8888 6670

Referensi

Dokumen terkait

 Permohonan untuk mendapatkan status TL hendaklah dikemukakan kepada Dekan Institut Pengajian Siswazah setelah mendapat persetujuan pensyarah berkenaan dan dibuat

Tujuan dari proyek ini adalah untuk membangun sistem pakar yang dapat memberi saran berupa buku ilmu syar’i berbahasa Indonesia yang sesuai dengan tingkat kebutuhan dan

h) Bila kondisi input menentukan suatu range, maka kasus ujinya harus mencakup pengujian nilai batas dari range dan nilai invalid yang dekat dengan nilai batas. Misal suatu file

[r]

Skala, luasan, hakekat, urgensi dan kompleksitas masalah perlindungan anak seungguh menakutkan. Meskipun demikian, ada sejumlah contoh mengenai berbagai cara di beberapa

Pembuatan karya seni Tugas Akhir ini berawal dari pengalaman pribadi dan mengamati banyaknya generasi muda Suku Karo yang tidak pernah melihat atau mengenal makanan

Diklat Metodologi Penyuluhan Pertanian bagi Penyuluh Pertanian Swadaya dilaksanakan di BP3K wilayah pengembangan kawasan pertanian, termasuk sentra produksi padi,

Sedang moralitas yang dipergunakan tolok ukur dalam menilai baik buruknya kegiatan bisnis yang mereka lakukan adalah cara pandang dan kekuatan diri dalam masyarakat yang