• Tidak ada hasil yang ditemukan

LAPORAN 8 CADANGAN INISIATIF MENANGANI ANCAMAN AJARAN SESAT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "LAPORAN 8 CADANGAN INISIATIF MENANGANI ANCAMAN AJARAN SESAT"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

LAPORAN 8

CADANGAN INISIATIF MENANGANI

ANCAMAN AJARAN SESAT

PERANAN INDIVIDU

Mendukung dan sentiasa berpegang kepada ajaran al-Qur’an, as-Sunnah, ijmak

ulama’ dan qias.

Menanam kepekaan dan kewaspadaan yang tinggi terhadap ajaran sesat.

Memperlengkapkan diri dengan kemantapan fahaman Islam yang sebenar kerana

pengaruh ajaran sesat dapat ditangkis sekiranya memiliki ilmu agama yang

mantap sama ada melalui proses pembelajaran secara formal atau tidak formal.

Mengenal ciri atau kriteria ajaran sesat di mana secara umumnya suatu ajaran

dikategorikan sesat apabila bertentangan dengan ajaran al-Qur’an dan As-Sunnah,

baik dalam persoalan iktikad (keyakinan) mahupun dalam persoalan ibadah.

Membina benteng diri dan menjaga individu dalam lingkungan tanggungjawab

daripada terjerumus dalam mana-mana kelompok ajaran sesat.

Mengamalkan pembelajaran berterusan dan sentiasa merujuk kepada guru-guru

yang muktabar.

Menghindari sebarang fahaman atau ajaran yang disampaikan secara rahsia,

sembunyi, mudah dan tawaran janji dengan pelbagai ganjaran duniawi dan

ukhrawi dan sentiasa berwaspada dengan tindak tanduk mereka.

Menjauhi perasaan ingin mencuba sesuatu fahaman baharu dan bergantung pada

logik akal dengan sentiasa merujuk kepada ilmuwan agama dan pihak berautoriti

bagi menentukan kesahihannya.

Menghadapi gerakan ancaman sesat secara berilmu, berjamaah dan berdiplomasi.

Menyalurkan maklumat dan melapor dengan segera sekiranya mendapati dan

mengesan sesuatu yang mencurigakan segi fahaman, ajaran, amalan, pengubatan,

pertahanan diri dan seumpamanya kepada pihak berkaitan.

(2)

PERANAN INSTITUSI KELUARGA

Memberi didikan agama yang sempurna terutamanya yang

menyentuh aspek aqidah.

Mengawasi dan meningkatkan kepekaan terhadap aktiviti

dan pergaulan kerana apabila seorang anak tidak

mendapatkan perhatian dan bimbingan daripada ibu bapa

atau penjaga, maka faktor lingkungannya sangat

berpotensi untuk merubah pemikirannya. Sehubungan itu,

setiap ibu bapa atau penjaga mesti mengawasi gerak laku

dan pergaulan anak atau jagaan mereka. Ini kerana

walaupun pendidikan di dalam keluarganya baik, tetapi

sikap seseorang individu boleh berubah menjadi tidak

baik ketika bergaul di luar.

Mengambil tindakan bersifat mencegah, umpamanya

memantau semua akses bahan-bahan bacaan atau tontonan

yang diperoleh sama ada menerusi media cetak, media

elektronik, media digital mahupun media sosial.

Mendidik keluarga tentang cara bagaimana untuk

mengelakkan diri dari terjerumus dalam ajaran sesat.

Memberi galakan dan sokongan sekiranya ada ahli keluarga

yang memerlukan menjalani program pemulihan aqidah.

(3)

PERANAN

INSTITUSI KEMASYARAKATAN

Meningkatkan kepekaan terhadap sebarang aktiviti dan gerakan

ajaran sesat yang berlaku di dalam masyarakat sebelum ianya

berkembang luas. Ini kerana masyarakatlah golongan pertama yang

mampu menghidu dan mengetahui sama ada wujud sebarang

aktiviti berkaitan ajaran yang menyimpang dari ajaran Islam atau

tidak di kawasan mereka.

Melibatkan secara aktif dalam mencegah kemungkaran dengan

menyalurkan maklumat dan melaporkan segera kepada pihak

berautoriti sekiranya mengesan sebarang usaha, aktiviti dan gerakan

ajaran sesat.

Membantu pihak-pihak berautoriti dalam mengenal pasti

ketua-ketua, guru-guru pembawa dan pendukung ajaran sesat untuk

tindakan selanjutnya.

Meningkatkan peranan dan kepekaan terhadap setiap aduan dan

pertanyaan penduduk kariah masing-masing. Dalam hal ini,

kepemimpinan komuniti (imam, penghulu dan ketua masyarakat)

harus memain peranan masing-masing dalam menjelaskan dan

menyebarkan maklumat termasuk memberi penerangan kepada

masyarakat kerana sekiranya golongan ini kurang ilmu dan kurang

arif tentang agama Islam yang sebenar mereka akan mudah

terkeliru dan condong kepada amalan agama yang menggunakan

pendekatan jalan pintas, mudah dan sesuai dengan corak hidup

mereka. .

(4)

PERANAN INSTITUSI KEMASYARAKATAN

(...sambungan)

Meningkatkan kepekaan terhadap sebarang aktiviti

dan gerakan ajaran sesat yang berlaku di dalam

masyarakat sebelum ianya menular dan merebak luas.

Ini kerana masyarakatlah golongan pertama yang

mampu menghidu dan mengetahui sama ada wujud

sebarang aktiviti berkaitan ajaran yang menyimpang

dari ajaran Islam atau tidak di kawasan mereka.

Melibatkan secara aktif dalam mencegah

kemungkaran dengan menyalurkan maklumat dan

melaporkan segera kepada pihak berautoriti sekiranya

mengesan sebarang usaha, aktiviti dan gerakan ajaran

sesat.

Membantu pihak-pihak berautoriti dalam mengenal

pasti ketua-ketua, guru-guru pembawa dan

pendukung ajaran sesat untuk tindakan selanjutnya.

Meningkatkan peranan dan kepekaan terhadap setiap

aduan dan pertanyaan penduduk kariah

masing-masing. Dalam hal ini, kepemimpinan komuniti

(imam, penghulu dan ketua masyarakat) harus

memain peranan masing-masing dalam menjelaskan

dan menyebarkan maklumat termasuk memberi

penerangan kepada masyarakat kerana sekiranya

golongan ini kurang ilmu dan kurang arif tentang

agama Islam yang sebenar mereka akan mudah

terkeliru dan condong kepada amalan agama yang

menggunakan pendekatan jalan pintas, mudah dan

sesuai dengan corak hidup mereka.

(5)

PERANAN MEDIA (MEDIA CETAK/MEDIA

ELEKTRONIK/MEDIA DIGITAL)

Menyokong usaha pemantauan, penapisan dan

pengharaman terhadap program atau pengisian

menerusi media cetak, media elektronik, media digital

dan media penyiaran bagi memelihara aqidah dan

pemikiran umat Islam daripada dicemari oleh

elemen-elemen daripada ajaran sesat atau fahaman

menyimpang yang lain.

Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan ke

atas media digital dan media sosial yang merupakan

wadah yang berpotensi menyediakan ruang tanpa

sempadan dalam menyebarkan pengaruh, fahaman dan

pemikiran ajaran sesat ataau fahaman menyimpang

yang lain kepada masyarakat melalui laman web, blog,

Facebook, Youtube, Whatsapp, Instagram dan sebagainya.

Menggalakkan penerbitan penulisan, karya seni atau

program yang berunsur Islam dan nilai murni sejagat

dengan memberi penekanan pada prinsip informatif

yang bersifat sahih, benar, tepat, bernilai tambah,

mendidik serta bebas daripada unsur-unsur tahyul,

khurafat, keganasan dan tidak bermoral bagi melindungi

aqidah serta pemikiran umat Islam, menyuburkan nilai

dan budaya murni serta mewujudkan biah solehah

dalam masyarakat.

(6)

PERANAN PERTUBUHAN ISLAM

BUKAN KERAJAAN (NGOi)

Memperkukuhkan komitmen dan meningkatkan pemufakatan

serta kerjasama antara NGOi-NGOi supaya dapat melaksanakan

peranan dengan lebih berkesan dalam membantu membanteras

pengaruh dan fahaman ajaran yang menyimpang.

Membangun NGOi yang kompeten yang berperanan khusus dalam

mengatasi gerakan dan ancaman ajaran sesat.

Membina kesepakatan dalam kalangan NGOi khususnya peguam

Muslim untuk menghadapi dan menangani taktik yang digerakkan

melalui usaha perundangan.

Menjadi feeder kepada kerajaan dan institusi agama untuk

menghadapi dan menangkis strategi, taktik dan propaganda

ajaran sesat.

Mewujudkan saluran dana sumbangan untuk mengawasi umat

Islam daripada terpengaruh dengan pelawaan ajaran sesat.

Meningkatkan peranan dan menjalin kerjasama dengan

institusi-institusi (pendidikan dan penyelidikan) lain untuk memberi

kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat mengenai ancaman

ajaran sesat dan fahaman menyimpang lain yang boleh

menjejaskan aqidah umat Islam.

Melancarkan kempen dan menggerakkan aktiviti atau program

berimpak dalam menanam kesedaran dan memupuk rasa

kebersamaan untuk menangani pengaruh dan aktiviti ajaran

sesat agar masyarakat merasakan perlunya mereka memain

peranan dan menjadi mata dan telinga pihak berautoriti dalam

menyekat penularan ajaran sesat.

(7)

PERANAN INSTITUSI PENDIDIKAN &

PENYELIDIKAN/PEMULIHAN ISLAM

Menggerak dan menggalakkan kerja-kerja penyelidikan untuk

mengenal pasti penyelewengan yang wujud dalam ajaran sesat

termasuk yang beraliran sufi, tarekat dan tasawwuf serta

menformulasi pendekatan dan tindakan terbaik untuk berhadapan

dengan mereka.

Menjalankan penyelidikan tentang tata cara dan prosedur menangani

pesalah murtad dan syirik.

Menyediakan pakar-pakar dalam bidang pengajian dan pengkajian

doktrin-doktin ajaran sesat.

Melahirkan pakar-pakar dalam bidang kaunseling dan psikologi untuk

golongan yang terpengaruh dan terjerumus dengan ajaran sesat.

Menyediakan platform pusat rujukan dan pangkalan data maklumat

berkaitan ilmu tasawwuf dan menerbitkan bahan penerbitannya serta

mengenal pasti karya yang muktabar.

Menambah baik modul-modul di semua peringkat pendidikan sama

ada di peringkat sekolah mahupun di peringkat institusi pengajian

tinggi sebagai langkah pencegahan dan pendedahan awal mengenai

ancaman dan fahaman yang menyimpangkan aqidah, jiwa serta

pemikiran generasi muda termasuk golongan pelajar.

Menyediakan program pemulihan dan pengukuhan aqidah untuk

golongan yang terlibat dengan ajaran sesat dan menilai semula modul

dan pendekatan yang digunakan menepati tuntutan pemulihan serta

pengukuhan yang mengambil kira perkembangan semasa.

Menganjurkan program dakwah, penerangan, pencerahan dan

penjelasan kepada semua peringkat yang berpotensi dijadikan sasaran

oleh individu atau gerakan ajaran sesat dan fahaman menyimpang

yang lain.

Menganjurkan dan mengumpulkan pakar-pakar tasawwuf dalam

muzakarah atau dialog tasawwuf di peringkat nasional, serantau dan

antarabangsa untuk mengupas isu-isu berkaitannya.

Menjana institusi menjadi pusat kecermerlangan ilmu Islam yang

mampu menggerakkan peranan penyediaan hujah yang bernas untuk

menyucikan perkara-perkara berkaitan aqidah, syari’at dan tasawwuf

Islam.

(8)

PERANAN MASJID/SURAU DAN

KEPEMIMPINAN KOMUNITI

Meningkatkan peranan masjid sebagai sebahagian daripada

saluran yang menyampaikan maklumat berkaitan dengan isu

dan permasalahan umat Islam termasuk jika wujud individu

atau kumpulan yang cuba menyebarkan pengaruh dan ajaran

yang menyimpang di kariah atau daerah mereka.

Memberi pendedahan ilmu dan kemahiran kepada

kepemimpinan komuniti termasuk ahli jawatankuasa masjid

bagi membolehkan mereka mengurus masjid, kawasan dan

masyarakat secara proaktif dan efisien.

Mendapatkan sokongan daripada Majlis Agama Islam Negeri

untuk menganjurkan program perpaduan ummah di

kalangan ahli-ahli kariah supaya sebarang ancaman yang

boleh menjejaskan aqidah, pemikiran dan akhlak masyarakat

setempat boleh ditangani secara kolektif dan berkesan.

Memastikan para tenaga pengajar (asatizah, da’i dan

penceramah) yang menyampaikan ilmu adalah di kalangan

individu yang berkelayakan dan mempunyai tauliah daripada

Majlis Agama Islam Negeri.

Mengimarahkan masjid dan surau dengan program-program

ilmu yang utama, relevan dan bernilai tambah yang

membantu meneguhkan aqidah, pemikiran dan akhlak umat

Islam.

(9)

PERANAN UNDANG-UNDANG DAN

PENGUATKUASAAN

Mewartakan enakmen kawalan ajaran sesat dan

melaksanakan secara menyeluruh.

Menyegerakan tindakan pewartaan dan

menyebarluaskan hebahan pewartaan kepada

masyarakat umum.

Memperkasakan institusi Mahkamah Syariah dan

memberi kuasa yang lebih besar kepada Mahkamah

Syariah dalam mengendalikan hal ehwal umat Islam

khususnya dalam hal berkaitan ajaran sesat.

Memperkemas dan meningkatkan usaha Bahagian

Penguatkuasaan dalam membanteras ajaran sesat.

Meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan melalui

sinergi tindakan secara bersepadu oleh semua pihak

dalam membendung gerakan ajaran sesat daripada

terus menular dalam masyarakat, umpamanya tindakan

kawalan penerbitan dan pengedaran bahan-bahan

kandungan yang boleh membawa pada penyelewengan

agama Islam.

Memperketatkan pemantauan dan penguatkuasaan ke

atas para pendakwah tempatan dan luar negara yang

cenderung dan berpotensi menyuntik dan menyebar

fahaman ajaran sesat.

(10)

PERANAN AUTORITI DAN INSTITUSI AGAMA

Mengutamakan peranan Sultan sebagai Ketua Agama Islam dalam

menjaga kesucian agama Islam.

Mempasakkan pegangan di kalangan umat Islam agar berpegang teguh

pada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Memberi penekanan dan pencerahan mengenai kepentingan menjadikan

al-Qur’an, as-Sunnah, ijmak ulama’ dan qias sebagai rujukan untuk

menghindari sebarang kekeliruan dan kesesatan dalam memahami

ajaran Islam serta menangani sebarang isu dan permasalahan

bersangkutan.

Mengutamakan peranan ulama’ dalam memberi pencerahan, penegasan,

dan mengeluarkan fatwa mengenai ancaman ajaran sesat termasuk yang

bersifat kontemporari.

Menyediakan kemudahan dan program yang memudahkan umat Islam

mempelajari dan menghayati Islam berpaksikan pegangan Ahli Sunnah

Wal Jamaah sebagai asas pemeliharaan aqidah.

Menggunakan pelbagai medium penyebaran dan mempergiatkan

program-program penerangan untuk mendedahkan ajaran sesat di

kalangan umat Islam.

Membentuk kumpulan da’i yang berpengetahuan, berkemahiran dan

bertauliah yang mampu mendekati masyarakat dalam memberi

kesedaran, pencerahan dan kefahaman mengenai penyelewengan

fahaman ajaran sesat agar mereka lebih berhati-hati dan peka.

Menyedia dan membangunkan medium efektif dan strategik untuk

memberi ruang kepada masyarakat mengajukan sebarang permasalahan

dan kemusykilan dan mendapatkan pencerahan yang cepat, sahih dan

tepat.

Mempergiatkan usaha pemantauan dan penguatkuasaan dalam

penyelewengan aqidah yang berselindung di sebalik ajaran tasawwuf dan

tarekat yang berleluasa di kalangan masyarakat Islam.

Menggerakkan secara proaktif peranan semua agensi berkaitan untuk

sama-sama memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat

mengenai ancaman ajaran sesat dan fahaman yang menyimpang yang

(11)

PERANAN AUTORITI DAN INSTITUSI AGAMA

(...sambungan)

Mempertingkatkan hebahan fatwa pengharaman ajaran sesat fahaman secara meluas dan kriteria-kriteria penyimpangan yang dibawa oleh setiap kumpulan tersebut supaya masyarakat lebih berhati-hati dan tidak terpedaya dengan kelicikan gerakan tersebut.

Meluaskan hebahan dan pendedahan mengenai penyimpangan pemikiran dan strategi tindakan gerakan ajaran sesat menerusi pelbagai platform.

Memberi pendedahan menyeluruh tentang cara berfikir Islam yang sebenarnya kepada masyarakat termasuk memberi kefahaman mantap tentang sumber-sumber ilmu sahih dan dibenarkan dalam syari’at Islam.

Menjalankan saringan dan pemantauan ke atas para penceramah dari luar negara yang berkemungkinan membawa pengaruh ajaran sesat atau fahaman menyimpang serta mempunyai agenda tersirat dalam meracuni aqidah dan pmenyebarkan fahaman mereka.

Meneliti dan memperketatkan pemantauan saringan dan penguatkuasaan terhadap kandungan yang dipaparkan media yang berpotensi menyuntik unsur

penyelewengan aqidah dan kemunculan ajaran sesat, terutamanya yang berkaitan tasawwuf teosofi, amalan dan fahaman batiniah, amalan khurafat dan penggunaan logik akal.

Melakukan pemantauan dan memblok laman-laman web dan blog yang dikenal pasti menyiarkan kandungan yang menyimpang dari ajaran Islam.

Menghapuskan kelompangan berhubung undang-undang berkaitan risikan dan penyiasatan di kalangan penguatkuasa agama supaya aspek penyiasatan, dan kaedah menangani kes dapat dibuat dengan lebih efisien dan mengelakkan penyelesaian yang lambat terhadap satu-satu kes ajaran sesat.

Menjalin kerjasama antara semua pihak berautoriti seperti pihak penguatkuasa agama dengan pihak keselamatan agar dapat memendekkan tempoh penyiasatan dan penyelesaian sesuatu kes ajaran sesat.

Menjadikan agenda pembanterasan penyelewengan aqidah sebagai keutamaan semua pihak berautoriiti terutama di bawah jabatan agama seperti bahagian dakwah, bahagian pendidikan, bahagian masjid dan juga penguatkuasa agama.

(12)

PERANAN AUTORITI DAN INSTITUSI AGAMA

(...sambungan)

Mengemas kini mekanisme pembanterasan ajaran dengan membuat penyelarasan semua agensi yang terlibat dengan pihak berautoriti contohnya pembanterasan diberikan sepenuhnya kepada bahagian penguatkuasaan, tetapi tidak semua negeri mempunyai pegawai atau unit khas siasatan yang fokus kepada masalah ajaran sesat sahaja.

Menubuh unit khas yang melatih penguatkuasa agama agar fokus kepada kes ajaran sesat sahaja dan mengekalkan mereka di bahagian ini tanpa ditukarkan ke bahagian lain dalam Jabatan Agama. Begitu juga pihak pendakwaan perlu memantapkan lagi kemahiran segi mengemukakan kes di mahkamah dengan memastikan bukti dan keterangan sokongan adalah kukuh sehingga dapat meyakinkan mahkamah.

Merangka satu program yang menggalakkan masyarakat untuk terlibat sama secara kolektif untuk membanteras ajaran sesat antara lainnya membantu pihak berautoriti mendapat maklumat dengan segera dan terkini.

Mendapatkan kerjasama daripada bekas pengikut yang telah kembali secara sukarela untuk menjadi pelapor atau pengadu. Ini kerana maklumat daripada mereka amat membantu dalam membuka jalan ke arah tindakan selanjutnya. Maklumat yang diperoleh perlu dirakam dan bekas pengikut berkenaan perlu menjadi saksi utama dalam

perbicaraan. Ini kerana maklumat yang dirakam semata-mata dianggap sebagai bukti bersifat cakap dengar (hearsay evidence) yang tidak dapat diterima oleh mahkamah (Seksyen 60 Akta Prosedur Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997).

Menggunakan taktik penyamaran sebagai ahli kumpulan untuk mengumpulkan bahan bukti yang mencukupi kerana antara cabaran utama yang perlu dihadapi adalah berjaya menjejaki lokasi tetapi tidak disokong dengan bukti-bukti fizikal.

Memperkasakan peranan unit tindakan khas menangani gejala ajaran sesat di peringkat persekutuan serta sentiasa melakukan penambahbaikan agar unit berkenaan dan agensi-agensi yang berkaitan dapat menjalankan tugas dan peranan secara lebih proaktif dan dinamik dalam usaha membanteras penyebaran ajaran sesat secara berterusan, cepat, berkesan dan berimpak.

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan penelitian yang telah dilakukan kepada partisipan usia remaja tengah, ditemukan hasil bahwa persepsi kemampuan komunikasi interpersonal orang tua

Pemilah Barang Berdasarkan Warna (Hitam dan Putih) Menggunakan Sensor Warna Berbasis Mikrokontroler..Alat ini juga diharapkan dapat mempermudah bagi kalangan akademisi dalam

Surindra (2013) telah membuat simulasi dengan menggunakan Matlab untuk memodelkan control PID yang mengendalikan motor DC sehingga dapat mensimulasikan aplikasi controller

Tujuan dari penelitian ini yaitu menganalisis kekayaan dan komposisi jenis, kelimpahan, komposisi guild, jumlah aktivitas bersuara burung passerine di habitat

Tujuan penelitian ini adalah untuk mengetahui reduksi banjir Sungai Ciliwung Hulu akibat dibangunnya Bendungan Kering Ciawi, dengan melakukan analisis hidrograf

Keberhasilan media pendidikan kesehatan yang bertujuan untuk meningkatkan tingkat pengetahuan, sejalan dengan penelitian yang sebelumnya pernah dilakukan oleh Goma

Pengertian prosedur menurut MC Maryati (2008:43) adalah “serangkaian dari tahapan-tahapan atau urut-urutan dari langkah-langkah yang saling terkait dalam