• Tidak ada hasil yang ditemukan

Disediakan Oleh : En. Safaee b. Zakaria SMK Jelawat, Bachok, Kelantan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Disediakan Oleh : En. Safaee b. Zakaria SMK Jelawat, Bachok, Kelantan"

Copied!
44
0
0

Teks penuh

(1)

En. Safaee b. Zakaria

SMK Jelawat,

16370 Bachok,

Kelantan

(2)

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria

Bil 

Perkara 

Mukasurat

1.

Pendahuluan

2

2.

Keperluan Teknik Menjawab Berkesan

2

3.

Matlamat

2

4.

Tajuk Penting Tasawwur Islam Ting 4 & 5

3

5.

Format Pentaksiran

10

6.

Instrumen Pentaksiran

10

7.

Perincian Instrumen Pentaksiran

11

7.1

Kertas 1

11

7.1.1

Bahagian A

11

7.1.2

Bahagian B

13

7.1.3

Analisa Soalan Bahagian B

18

7.1.4

Larangan dalam Kertas 1

18

7.1.5

Rumusan

19

7.2

Kertas 2

7.2.1

Kata Tugas Soalan

19

7.2.2

Bentuk Soalan

20

8.

Strategi Menjawab Soalan

32

8.1

Jawapan Yang Boleh di Gunakan dalam

banyak Soalan

32

8.2

Perkara yang Perlu diberi perhatian

semasa menjawab

39

8.3

Kelemahan Yang Perlu Dihindari

40

(3)

TEKNIK MENJAWAB SOALAN  PEPERIKSAAN TASAWWUR ISLAM SPM 

1.  Pendahuluan 

Pelajaran  Tasawwur  dalam  Kurikulum    Bersepadu  Sekolah  Menengah  (KBSM) adalah merupakan satu mata Pelajaran Elektif (Pilihan) Pelajaran ini  ditawarkan  kepada  pelajar  sekolah  menengah  atas.Mata  pelajaran  ini  memberi  peluang  kepada      pelajar  untuk  mendapatkan  pengetahuan  dan  kefahaman  yang  lebih  mendalam  tentang    Islam  sebagai  cara  hidup  yang  lengkap  dan  sempurna.  Bagi  merealisasikan  pelajar  dapat  mencapai  kecemerlangan  dalam  mata  pelajaran  Tasawwur  Islam,  ianya  memerlukan  teknik  yang  berkesan  dalam  menjawab  soalan  peperiksaan  selaras  kehendak Lembaga Peperiksaan Malaysia. 

2.  Keperluan Teknik Menjawab Berkesan 

Teknik menjawab soalan  yang berkesan akan dapat membantu para pelajar  untuk  mencapai  markah  yang  maksimum.  Ia  juga  merupakan  satu  kemahiran  yang  membantu  para  guru  untuk  membimbing  pelajar­pelajar  semasa  menjawab  kertas  soalan.  Pendekatan  teknik  menjawab  ini  perlu  diberikan  lebih  awal  dan  pada  setiap  masa,  agar  para  pelajar  terbiasa  dengan teknik menjawab yang betul dan berkesan. 

3.  Matlamat 

Matlamat yang ingin dicapai melalui teknik menjawab yang berkesan ialah  3.1  Memberi  kemahiran  kepada  para  pelajar  tentang  teknik  menjawab 

yang betul 

3.2  Membantu  para  pelajar  teknik  menjawab  soalan  yang  betul  sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga Peperiksaan. 

3.3  Memastikan semua calon Tasawwur Islam menjawab dengan teknik  yang betul, berfokus dan tepat seterusnya meningkatkan pencapaian  dalam peperiksaan.

(4)

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria

4. Tajuk­Tajuk Penting  Tasawwur Islam Ting 4 Dan Ting 5 

TINGKATAN 4

1. ASAS PEMIKIRAN ISLAM

TUHAN

1- Maksud Fitrah

2- Bukti beragama fitrah manusia

3- Jenis-jenis Tauhid

4- Tauhid Rububiyyah – prinsip

5- Tauhid Uluhiyyah – prinsip

6- Tauhid Asma Wa Sifat – nama/ sifat

7- Agama budaya dan agama samawi

INSAN

1- Maksud

2- Proses kejadian manusia

3- Bukti manusia sebaik-baik kejadian

4- Tanggungjawab – Allah – manusia- alam

ALAM

1- Maksud alam

2- Jenis alam – contoh – hikmah kerahsiaan-

cara mengetahui

3- Peringkat alam

4- Maksud : memelihara alam – memulihara alam

5- Sumbangan alam

6- Cara memelihara alam – memulihara alam

7- Pencemaran : Faktor – kesan – cara atasi

RASUL

1- Maksud rasul – nabi – perbezaan nabi dan

rasul

2- Sifat – wajib – mustahil- harus

3- Peranan rasul

4- Rasul Ulul Azmi – maksud-sebab –MIN

5- Perkara luar biasa : MMMKIIS

(5)

WAHYU

1- Maksud wahyu

2- Ciri-ciri wahyu

3- Peringkat penurunan wahyu

4- Cara penurunan wahyu

5- Peranan wahyu

6- Cara wahyu membimbing akal

7- Cara wahyu membina tamadun

8- Isi Kandungan al Quran

9- Keistimewaan al Quran

10-Maksud al Hadis

11- Jenis hadis

12-Peranan hadis

13-Fahaman anti hadis : Maksud – Kesan

PENGARUH

LUAR YANG

MEROSAKKAN

PEMIKIRAN

MUSLIM

1- Maksud Pengaruh Lar/ Penjajahan pemikiran

2- Bentuk ancaman / pengaruh yang

merosakkan

3- Kesan pengaruh luar

4- Cara mengatasi

5- Fahaman mulhid : Maksud – prinsip- contoh -

kesan –cara atasi

6- Ajaran sesat : maksud – ciri- kesan –cara

atasi

2- CIRI PANDANGAN HIDUP ISLAM

ISLAM

1- Maksud Islam

2- Ciri keunggulan Islam

RABBANIYYAH

1- Maksud

2- Prinsip

3- Cara mencapai sifat Rabbaniyyah

SYUMULIYYAH

1- Maksud

2- Prinsip

(6)

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria

a) Ilmu : Fardhu Ain – Fardhu Kifayah

b) Sosial

c) Perundangan

ALAMIYYAH

1- Maksud

2- Prinsip – Hak asasi manusia

3- Bukti dalam Kehidupan

a) Perundangan

b) Sosial

c) Ibadat

WAQI‛IYYAH

1- Maksud

2- Prinsip – Wasatiyyah

3- Bukti dalam Kehidupan

MURUNAH

1- Maksud

2- Prinsip

3- Kelebihan sifat Murunah

THABAT

1- Maksud

2- Perkara yang Thabat

3- INSTITUSI NEGARA ISLAM

SISTEM

PEMERINTAHAN

1- Maksud Negara Islam

2- Prinsip - MMAH

3- Ciri –ciri

4- Elemen Pembentukan Negara Islam

5- Syura – majlis syura- hikmah – contoh – ahli

Majlis syura

6- Khalifah : maksud – sifat- kelayakan –

t/jawab – kesan pemngabaian

7- Rakyat : hak – t/jawab rakyat – kesan

pengabaian

(7)

SISTEM

KEHAKIMAN

1- Maksud

2- Dasar/ prinsip

3- Ciri-ciri

4- Kepentingan Institusi Kehakiman

5- Sumber kehakiman : AHIQI

6- Prosedur kehakiman

i)Hakim : Kelayakan – t/jawab / Etika

kehakiman – kesan

ii) Peraturan keterangan : BSP

SISTEM

SOSIAL

1- Maksud

2- Nilai luhur

3- Tawakal – maksud- kepentingan

4- Tanggungjawab – kesan

TINGKATAN 5

1-EKONOMI ISLAM

ISLAM DAN

HARTA

1- Maksud harta

2- Jenis harta

3- Konsep Harta – MUNAH BZ

4- Harta Amanah : Sebab harta amanah Allah

5- Harta Ujian Allah : Bentuk Ujian harta

6- Syarat harta sebagai ibadat

7- Harta halal dan haram: cara dan kelebihan

8- Cara pengurusan harta 

Allah 

(8)

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria

ISLAM DAN

HAK MILIK

1- Maksud hak milik

2- Perturan pemilikan harta

3- Kepentingan pemilikan harta

4- Golongan yang dilarang : Gol – Cara

pengurusan harta

5- Larangan dalam pemilikan Harta : MMES RR

6- MMESRR : maksud- faktor berlaku- cara

atasi

ISLAM DAN

PEKERJAAN

1- Maksud bekerja / bekerja kerana Allah

2- Matlamat bekerja

3- Syarat pekerjaan menjadi ibadat

4- Jenis pekerjaan : perbezaan

5- Etika pekerjaan

6- Budaya kerja

7- Cara meniingkatkan kualiti kerja

FALSAFAH

MUAMALAH

ISLAM

1- Maksud muamalah

2- Ciri-ciri muamalah – TRAMT

3- Kebaikan / kelebihan / kepentingan

4- Syarat sah muamalah

5- Muamalah yang tidak sah

6- Perbezaan Muamalah Islam dan konvensional

7- Taawun : Konsep/ maksud – bukti taawun

dalam muamalah

8- Jenis- jenis muamalah : WD-MD-MS/ B-

MR/R-I-T , Hikmah

9- Cara menggalakkan muamalah Islam

2-FALSAFAH PERUNDANGAN ISLAM

PERUNDANGAN

ISLAM

1- Maksud perundangan / syariat

2- Matlamat perundangan Islam : ANKH2

3- Cara mencapai matlamat perundangan Islam

4- Ciri-ciri perundangan Islam

(9)

6- Kepentingan perundangan Islam

7- Cara menghayati perundangan Islam

ISTILAH

PERUNDANGAN

ISLAM

1- Fikah – maksud-matlamat – kebaikan

2- Fatwa - maksud-matlamat – kebaikan –

contoh

3- Qadha - maksud-matlamat – kebaikan

4- Ijtihad - maksud-matlamat – kebaikan

5- Hukum – WSHMH : Maksud – contoh –

hikmah

FALSAFAH

IBADAT

1- Maksud ibadat

2- Jenis ibadat – contoh- ciri / perbezaan

3- Perkaitan ibadat dengan perundangan

4- Tujuan ibadat

5- Ciri kesempurnaan ibadat

6- Cara meningkatkan kuliti ibadat

7- Perkara yang merosakkan ibadat :

SSKRRAHNUT

8- Ibadat tanpa syariat – maksud -kesan –

contoh

9- Syariat tanpa ibadat- maksud -kesan –

contoh

FALSAFAH

MUNAKAHAT

1- Maksud munakahat

2- Hikmah perkahwinan

3- Hikmah pemiihan pasangan

4- Tanggungjawab : SIB – kesan pengabaian

5- Cara mencapai keharmonian rumahtangga

6- Penyelesaian masalah perkahwinan : TKF-

hikmah

7- Cara mengatasi perceraian

8- Hak penjagaan anak – hikmah

FALSAFAH

JENAYAH

1- Maksud Jenayah – contoh perbuatan jenayah

2- Matlamat

(10)

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria

3- Sumber Falsafah Jenayah : AHIQI

4- Hukuman Jenayah : HQTD – maksud – jenis

kesalahan – bentuk hukuman – hikmah -

perbezaan

5- Perbezaan Hukuman Islam dan konvensional

3-PENYELESAIAN MASALAH ISLAM

ASAS

PENYELESAIAN

MASALAH

1- Maksud penyelesaian masalah

2- Matlamat

3- Ciri- ciri PMDI

4- Sumber PMDI : AHIQI

5- Kelebihan / kebaikan

6- Sebab penyelesaian masalah secara Islam

CARA

1- Langkah penyelesaian Masalah : MPKUN

2- Perlakuan penyelesaian masalah : NKTTM

3- Maksud muhasabah

4- Tawakal – Maksud – hikmah

5- Amalah dalam memnyelesaiakan masalah

6- Doa : Maksud – adab berdoa- hikmah

7- Dakwah : Maksud – ciri pendakwah – cara

berdakwah yang berkesan – peranan dakwah

ISU DAN CARA

PENYELESAIAN

Isu- isu :

a) Perpaduan Ummah

b) Kecemerlangan pendidikan

c) Kekuatan Ekonomi

d) Keadilan sosial

e) Jati Diri

f) Jaminan Keselamatan

1- Maksud isu

2- Cara mewujudkan / mencapai

Cara mengatasi

Akidah

Ibadah

Akhlak

Isu semasa

(11)

5.  Format Pentaksiran 

Kertas 1 (5226/1) = Kertas satu berbentuk ujian objektif Berstruktur  Kertas 2 (5226/2) = Kertas 2 berbentuk ujian subjektif 

6.  Instrumen Pentaksiran 

BIL  PERKARA  KERTAS  1  KERTAS 2 

6.1  Jenis Instrumen  Ujian Objektif  Ujian Subjektif  6.2  Jenis Instrumen  Item Objektif :  i.  Aneka Pilihan mudah  ii.  Aneka Pilihan  Kompleks  Item Subjektif :  i.  Item Respon  Terhad  ii.  Item Berstrukrtur  6.3  Bilangan Soalan  Jenis Soalan  (Jawab  Semua)  i.  Bahagaian A :  20  soalan Objektif (Aneka  Pilihan )  ii.  Bahagian B :  Soalan­Soalan Objektif  Berstruktur  7 Soalan ( Jawab lima  soalan sahaja, Soalan  1 wajib dijawab dan  pilih mana­mana 4  soalan yang lain ) 

6.4  Jumlah Markah  40 Markah  100 Markah 

6.5  Tempoh Ujian  1 Jam 15 Minit  2 Jam 30 Minit 

6.6  Wajaran  Konstruk  Pengetahuan­50 %  Pemahaman­50 %  Pengetahuan – 20 %  Pemahaman – 40 %  Kemahiran 40 %  6.7  Cakupan  Konteks  Mengcakupi semua  bidang pembelajaran  tingkatan 4 dan 5  Mengcakupi semua  bidang pembelajaran  tingkatan 4 dan 5  6.8  Aras kesukaran  Rendah – R  Sederhana – S  Tinggi – T  R : 50 %  S : 30 %  T : 20 %  R : 50 %  S : 30 %  T : 20 %

(12)

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria

11 

7.  Perincian Instrumen Pentaksiran  7.1  KERTAS 1 · Nombor kod 5226/1 · Item Soalan :  Bahagian A : Soalan Aneka Pilihan ( Objektif )  Bahagian B : Soalan Berstruktur ( Isi Tempat Kosong ) · 2 Bahagian: A & B · Markah Penuh : 40 · Masa : 1 jam 15 minit = 75 minit. · Soalan mengenai semua topik yang telah dipelajari di ting 4 dan 5  7.1.1  Bahagian A (20 Markah) · Jumlah Soalan 20  ( dari soalan no 1 – 20 )  Bentuk Soalan :  1.  Soalan Aneka Pilihan Pilihan A, B, C & D  Contoh Soalan:

(13)

2.  Pilihan berdasarkan cadangan yang telah diberikan 

Contoh Soalan : 

3.  Pilihan berdasarkan gabungan beberapa jawapan yang  sesuai  Contoh Soalan:

(14)

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria

13 

7.1.2  Bahagian B (20 Markah) · Jumlah Soalan 20  dari soalan no  21 – 40  Bentuk Soalan :  1.  Tulis  Istilah Yang Sesuai  Contoh Soalan:

(15)

2.  Lengkapkan Pernyataan 

Contoh Soalan : 

3.  Lengkapkan Rajah / Carta / Jadual  Contoh Soalan Rajah :

(16)

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria

15 

Contoh Soalan Jadual : 

(17)
(18)

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria

17 

5.  Contoh Soalan Betul atau salah 

(19)

7.1.3  Analisa Soalan  Kertas 1 Bahagian  B  Tahun  Bil  Kata Kerja  2004  2005  2006  2007  1  Tulis Istilah  ü ü ü üü  2  Lengkapkan Pernyataan  ü ü ü  3  Lengkapkan Carta / Rajah /  Jadual  ü ü ü  4  Padanan  ü  5  Betul salah  ü ü ü ü  6.  Tulis Hukum/ Jenis Ibadat  ü ü  7.1.4  Larangan Kertas 1  Memberikan jawapan lebih daripada satu Contohnya 

a)  Menghitamkan  lebih  daripada  satu  jawapan pada  soalan  yang    sama  pada Bahagian A  ( A, B dan  sebagainya ) 

b)  Memberikan  jawapan  lebih  pada  soalan    bahagian  B  (Objektif  berstruktur) 

c)  Memberikan  jawapan  yang  berpola  contohnya  15  soalan  ditanda    A  atau 15 soalan ditanda  B  Menghitam  lebih daripada  1 jawapan  Jawapan Berpola  Cara betul menghitamkan  jawapan

(20)

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria

19 

7.1.3  Rumusan  Masa  Ceraian  Soalan  Jenis  soalan  Jum  Soalan  Soalan  dijawab  Tajuk soalan  Bahagian  A  Soalan  aneka  pilihan  20  Semua  Sukatan pelajaran di  tingkatan 4 dan 5  1  Jam  15  Minit  Bahagian  B  Soalan  objektif  berstruktur  20  Semua  Sukatan pelajaran di  tingkatan 4 dan 5  7.2  KERTAS 2 · Nombor kod 5226/2 · Masa :  2jam 30 minit · Item Soalan :  Respon terhad · Bilangan Soalan : 7 Soalan ditawarkan. · Jawab 5 soalan sahaja. (Soalan 1 wajib dijawab dan pilih mana­mana 4  soalan lain) · Soalan mengenai semua topik yang telah dipelajari di ting 4 dan 5 · Markah : 100  7.2.1  Kata Tugas Soalan  Soalan SPM  Kata Tugas  2004  2005  2006  2007  1  Terangkan  9  10  13  9  2  Huraikan  3  3  4  7  3  Jelaskan  9  6  1  10  4  Berikan  ­  1  1  ­  5  Apakah  1  1  2  1

(21)

Soalan SPM  Kata Tugas  2004  2005  2006  2007  6  Nyatakan  6  2  6  4  7  Senaraikan  1  2  5  4  8  Kemukakan  1  4  ­  ­  9  Bagaimanakah  ­  1  ­  ­  10  Cadangkan  ­  ­  1  ­  Jumlah  30  30  33  35  7.2.2 Bentuk Soalan SPM Tasawwur Islam 

1. Pernyataan 

Kata Kunci Soalan  Jawapan bagi soalan jenis  pernyataan ini tidak  perlu  terlalu panjang. Ia memerlukan fakta yang tepat dan  huraian keatas fakta tersebut.  1. Mengapakah  2. Kemukakan  3. Senaraikan  4. Nyatakan.  5. Apakah  6. Berikan  i.  Mengapakah  Contoh Soalan  Mengapakah semangat daya juang penting dalam mencapai kecemerlangan  dalam akademik   [ 4 markah ]  Contoh Jawapan : 

(22)

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria

21 

1.  Akan menguatkan semangat dalam menghadapi pelajaran  2.  Akan memberikan  keyakinan kepada diri sendiri untuk berjaya.  3.  Akan menjadikan seseorang itu sentiasa gigih memperbaiki kelemahan  diri dalam pelajaran.  4.  Akan menjadikan seseorang itu sentiasa konsisten dalam mengikut  jadual pembelajaran  ii.  Kemukakan  Contoh Soalan:  Sumbang mahram merupakan perbuatan keji  yang masih berlaku  dikalangan masyarakat hari ini  Kemukakan  dua langkah  menangani perbuatan tersebut  [ 4 markah ]  Contoh Jawapan  Dua langkah  menangani perbuatan tersebut ialah  1.  Melaksanakan hukuman mengikut hukuman Islam / hukum hudud  2.  Memberi didikan agama yang sempurna kepada anak­anak sejak kecil  3.  Menjaga batasan aurat antara lelaki dan perempuan  4.  Mengamalkan akhlak mulia dalam rumahtangga dan pergaulan  5.  Menguatkuasakan undang­undang / tindakan tegas / membuat   laporan  yang tegas keatas pesalah sumbang mahram  6.  Memberi kesedaran melalui kempen / ceramah / dakwah kepada  masyarakat  7.  Memantapkan keimanan dengan sentiasa melaksanakan perintah Allah  8.  Sentiasa melakukan amal soleh  dalam kehidupan seharian

(23)

iii.  Senaraikan 

Contoh Soalan: 

Senaraikan  empat  amalan  wajib  yang  mesti  dilaksanakan  oleh  setiap  muslim.  [ 4 markah ]  Contoh Jawapan :  Empat amalan wajib yang mesti dilaksanakan oleh setiap muslim ialah :  1.  Solat fardu  2.  Puasa bulan ramadhan.  3.  Menuntut ilmu.  4.  Mentaati ibu bapa.  5.  Menutup aurat.  iv.  Nyatakan  Contoh Soalan :  Nyatakan dua sebab Islam diterima sebagai agama yang diredai di sisi Allah  SWT.  [ 4 markah ]  Contoh Jawapan :  Dua sebab Islam diterima sebagai agama yang diredai di sisi Allah SWT  1.  Islam  ialah  agama  yang  diiktiraf /  diperakukan  /  diciptakan  oleh  Allah 

SWT. (Rabbaniyyah) 

2.  Islam  agama  yang  lengkap  merangkumi  kehidupan  dunia  dan  akhirat.(Syumuliyyah) 

3.  Islam agama yang menekankan hubungan sejagat. (Alamiyyah) 

4.  Islam  ialah  ajaran  wahyu  yang  terpelihara  /  kekal  kesahihannya.(Rabbaniyyah) 

5.  Islam  ialah  agama  yang  bersifat  praktikal  dan  sesuai  pada  setiap  zaman. Waqiyyah) 

(24)

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria

23 

v.  Apakah  Contoh Soalan:  Apakah yang dimaksudkan dengan Islam sebagai ad­Din ?  [ 2 markah ]  Contoh Jawapan :  Maksud Islam sebagai ad­Din ialah :  1.  Islam ialah kepatuhan,kesejahteraan dan penyerahan diri kepada Allah  SWT. 

2.  Islam  ialah  agama  yang  mengatur  cara  hidup  yang  lengkap  dan  sempurna. 

3.  Islam  tidak  hanya  tertempu  kepada  soal  ibadat  semata­mata  tetapi  merangkumi urusan kehidupan manusia sehari­hari.  4.  Islam agama yang diredai / diterima oleh Allah s.w.t  5.  Islam agama yang benar.  6.  Islam bersifat Syumuliyyah, Alamiyyah, Thabat, Waqiiyyah.  vi.  Berikan  Contoh Soalan :  Fahaman anti hadis boleh menggugat kesucian agama Islam  Berikan dua hujjah anda  [ 4 markah ]  Contoh Jawapan :  Dua Hujjah fahaman anti hadis boleh menggugat kesucian agama  Islam  1.  Fahaman tersebut boleh menyebabkan hilangnya rasa hormat  terhadap Rasulullah s.a.w kerana tidak mempercayai hadis rasulullah  2.  Fahaman tersebut boleh menyebabkan umat Islam akan berpecah  kerana perbezaan pendapat

(25)

3.  Fahaman tersebut boleh menyebabkan umat Islam tidak dapat  memahami ajaran  al­Quran dengan terperinci.  4.  Penolakan hadis membawa kepada penolakan al­Quran.  5.  Fahaman tersebut  boleh membawa kepada ajaran sesat /  menyeleweng/rosak akidah / murtad 

2. Perbincangan 

Kata Kunci Soalan  Jawapan bagi soalan jenis ini memerlukan anda  memberikan pandangan tentang sesuatu isu. Anda  mesti memberikan fakta serta hujah yang menyokong  pendapat anda  1. Bincangkan  2. Cadangkan  3. Bagaimanakah  i.  Bincangkan  Contoh Soalan :  Salah satu daripada matlamat perundangan Islam ialah memelihara  nyawa  manusia. Bincangkan  [ 4 markah ]  Contoh Jawapan :  Perundangan Islam memelihara nyawa manusia kerana  1.  Nyawa merupakan anugerah Allah s.w.t kepada manusia yang sangat  bernilai. Islam menjamin  hak seseorang untuk hidup dan menjaga  anggota tubuh badan mereka.  2.  Islam telah mensyariatkan hukum Qisas bagi kesalahan yang melibatkan  nyawa dan anggota tubuh badan bagi menjaga nyawa manusia.  3.  Islam telah mengharamkan perbuatan membunuh diri sendiri dan nyawa  orang lain.

(26)

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria

25 

iii.  Cadangkan 

Jawapan  bagi  soalan    ini  memerlukan  anda  memberikan  pandangan  dan  cadangan tentang sesuatu isu tetapi masih terikat dengan isi tajuk berkaitan. 

Contoh Soalan: 

Anda  sebagai  seorang  pelajar  sekolah.  Setiap  bulan  ibu  bapa  anda  memberikan  wang  untuk  menampung  perbelanjaan  sekolah  sebanyak  RM  50.00.  Cadangkan cara anda memanfaatkan wang tersebut.  [ 4 markah ]  Contoh Jawapan:  Cara memanfaatkan wang tersebut untuk menampung perbelanjaan sekolah  1.  Membeli keperluan pembelajaran seperti pen, buku dan sebagainya  2.  Membayar yuran kelas tambahan.  3.  Membeli makanan dan minuman semasa di sekolah.  4.  Menabung untuk kegunaan masa hadapan.  iii.  Bagaimanakah  Jawapan bagi soalan ini memerlukan anda memberikan pandangan tentang  sesuatu isu.  Contoh Soalan: 

Perpecahan  dan  persengketaan  di  kalangan  masyarakat    akan  mengakibatkan  huru hara dan ekonomi  negara menjadi mundur. 

Bagaimanakah masalah diatas dapat dielakkan daripada berlaku? 

[ 4 markah ] 

Contoh Jawapan: 

1.  Masalah  di  atas  dapat  dielakkan  daripada  berlaku  dengan  cara  anggota masyarakat  mestilah : 

2.  Saling hormat menghormati antara satu sama lain 

3.  Sentiasa  bekerjasama  dalam  menjayakan  sesuatu  aktiviti  masyarakat  seperti gotong­royong / bantu membantu / tolong menolong

(27)

4.  Sentiasa  mengamalkan  toleransi  di  kalangan  masyarakat  yang  tidak  menjejaskan akidah / bersikap terbuka 

5.  Sentiasa  mengamalkan  kebebasan  beragama  tanpa  menganggu  ketenteraman orang lain 

6.  Mengadakan  aktiviti  berbentuk  kempen  /  ceramah  /  media  berkaitan  perpaduan 

3. Huraian 

Kata Kunci Soalan  Jawapan hendaklah mengandungi fakta dan  huraian. Huraiannya mestilah tepat dan ringkas  1.Buktikan  2.Huraikan  3.Penyelesaian Masalah  i.  Buktikan  Contoh Soalan: 

Islam  merupakan  satu­satunya  agama  yang  diterima  oleh  Allah  s.w.t  yang  mempunyai keunggulannya yang tersendiri. 

Buktikan  Islam adalah agama yang unggul. 

[ 4 markah ] 

Contoh Jawapan: 

Bukti keunggulan Islam ialah : 

1.  Ajaran  Islam    meliputi  setiap  aspek    kehidupan manusia  samada  dari  segi  politik,  ekonomi  dan  sosial/  Agama  Islam  adalah  lengkap  dan  sempurna. 

2.  Agama  Islam  adalah  sesuai  dengan  fitrah  semulajadi  manusia  yang  inginkan kebahagiaan dalam kehidupan. 

3.  Ajaran  Islam  adalah  adil  dan  saksama  kepada  semua  manusia  tanpa  mengira darjat dan keturunan. 

4.  Ajaran Islam sesuai pada semua zaman, tempat, masa dan keadaan.  5.  Ajaran Islam kekal tanpa perubahan hingga ke hari kiamat.

(28)

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria

27 

ii.  Huraikan  Contoh Soalan :  Huraikan dua kesan buruk ajaran sesat terhadap umat Islam.  [ 4 markah ]  Contoh Jawapan :  Dua kesan buruk ajaran sesat terhadap umat Islam ialah  : 

1.  Masyarakat  tidak  akan  aman  dan  tenteram  (1m)  kerana  berlaku  pergaduhan / tiada persefahaman (1m). 

2.  Memutuskan  hubungan  silaturrahim  dalam  masyarakat  (1m)  kerana  berlainan fahaman (1m).  3.  Berlaku pergaduhan / perbalahan (1m) dalam kehidupan (1m).  4.  Berlaku kezaliman / keganasan (1m) seperti pembunuhan (1m).  ( Isi 1 markah , huraian 1 markah )  iii.  Penyelesaian Masalah  Contoh Soalan :  Ada remaja berfahaman bahawa mereka bebas memilih cara hidup sendiri  tanpa menghiraukan kawalan ibu bapa.  Apakah yang akan berlaku sekiranya remaja bertindak berdasarkan  fahaman tersebut ?  [ 4 markah ]  Contoh Jawapan :  Perkara yang akan berlaku sekiranya remaja berfahaman sedemikian.  1.  Remaja tidak lagi akan menghormati orang tua / guru mereka  2.  Wujudnya sikap derhaka kepada ibu bapa.  3.  Remaja akan terjebak  dengan kegiatan jenayah seperti mencuri  4.  Remaja akan rosak akidah dan pegangan agama mereka menjadi  longgar

(29)

4. Penerangan 

Kata Kunci Soalan 

Jawapan hendaklah mengandungi fakta dan huraian.  Ciri –  ciri huraian antaranya seperti, kerana, iaitu, di dalam, yang,  agar,  supaya  dan    untuk.  Huraiannya  mestilah  tepat  dan  ringkas 

1. Terangkan  2. Jelaskan 

i.  Terangkan.  Contoh Soalan : 

Terangkan  dua  cara  media  massa  mempengaruhi  pemikiran  umat  Islam  dengan budaya kuning. 

[ 4 markah ] 

Contoh Jawapan : 

Dua  cara  media  massa  mempengaruhi  pemikiran  umat  Islam  dengan  budaya kuning : 

1.  Menyebarkan  berita  palsu  /  negetif  (1m)  untuk  memesongkan  /  menyesatkan (1m) 

2.  Memberi  gambaran  yang  salah  mengenai  umat  Islam  (1m)  untuk  menjatuhkan maruah umat Islam (1m) 

3.  Menyajikan program hiburan (1m) yang keterlaluan (1m). 

4.  Menayangkan  filem­filem  lucah  dan  ganas  (1m)  yang  merosakkan  akhlak umat Islam.(1m)  ( Isi 1 markah , huraian 1 markah )  ii.  Jelaskan  Contoh Soalan :  Jelaskan dua tindakan yang anda perlu lakukan untuk menangani ancaman  budaya kuning.  [ 4 markah ]

(30)

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria

29 

Contoh Jawapan : 

Dua  tindakan  yang  perlu  dilakukan  untuk  menangani  ancaman  budaya  kuning ialah : 

6.  Mendalami  ilmu  pengetahuan  (1m)  dalam  pelbagai  bidang(1m)  /supaya dapat membezakan antara yang baik dan buruk(1m). 

7.  Memperkukuhkan  keimanan  kepada  Allah  SWT  (1m)  dengan  mendalami bidang keagamaan (1m). 

8.  Mengamalkan  akhlak  mulia  (1m)  supaya  kehidupan  terhindar  daripada perbuatan keji (1m). 

9.  Menjadikan  Islam  sebagai  cara  hidup  (1m)  dengan  menjauhi  perbuatan keji (1m).  ( Isi 1 markah , huraian 1 markah ) 

5. Pengertian 

Kata Kunci Soalan  Jawapan dalam bentuk ini memerlukan calon  memberikan keterangan yang singkat tetapi jelas  tentang makna sesuatu perkataan khusus, istilah atau  terminologi. Berikan contohnya sekali jika ada  1.  Apakah Maksud  2. Berikan Pengertian  i.  Apakah Maksud  Contoh Soalan : 

Ibadah  terbahagi  kepada  ibadah  khusus  dan  ibadah  umum.        Apakah  maksud   ibadah­ibadah  tersebu

[ 4 markah ]  Contoh Jawapan :  Maksud  kedua­dua ibadah tersebut ialah :  Maksud ibadat khusus  1.  Ibadat yang telah ditetapkan oleh Allah cara pelaksanaan dan  ganjarannya.  2.  Ibadat yang menghubungkan manusia dengan Allah/Tuhan  3.  Ibadat wajib contohnya solat fardu

(31)

Maksud ibadat umum  1.  Perbuatan atau amalan manusia yang dilakukan kerana Allah s.w.t.  2.  Ibadat yang menghubungkan manusia sesama manusia contohnya  bersedekah  3.  Ibadat sunat  ii.  Berikan Pengertian  Contoh Soalan :  Akal sangat  penting kepada manusia.  Berikan pengertian akal  [ 2 markah ]  Contoh Jawapan :  Pengertian akal ialah :  ­  Anugerah Allah s.w.t kepada manusia untuk berfikir/ alat untuk manusia  berfikir 

6  Perbandingan 

Kata Kunci Soalan 

Perbandingan  ialah  menyatakan  persamaan  atau  perbezaan antara dua perkara atau lebih 

Jawapan  bagi  soalan  jenis  ini  sebaik­baiknya  dijawab  dalam  bentuk  kotak.  Mesti    terdapat  perbezaan  antara  kedua­dua  bahagian.  Jika  menjawab  dalam  satu  ayat  ,  mesti  mempunyai ayat  sendikata, contohnya manakala,  adapun, sedangkan dan seumpamanya. 

1. Bandingkan  2. Berikan Perbezaan

(32)

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria

31 

i.  Bandingkan  Contoh Soalan :  Jelaskan dua perbezaan antara sistem sosial Islam dengan sistem sosial  barat.  [ 4 markah ]  Contoh Jawapan :  Perbezaan antara sistem sosial Islam dengan Barat ialah:  Sistem  sosial  Islam  Sistem  sosial  barat  1.  Berasaskan  al­Quran  1.  Berasaskan pemikiran manusia  2.  Berdasakan kepada ukhuwwah  Islamiyah  2.  Berdasarkan warna kulit dan  kedudukan  3.  Mementingkan urusan dunia dan  akhirat  3.  Mementingkan keduniaan dan  kebendaan semata­mata  ii.  Perbezaan  Contoh Soalan:  Jelaskan tiga perbezaan antara sistem sosial Islam dengan Sistem barat.  [ 6  markah ]  Contoh Jawapan:  Perbezaan antara sistem sosial Islam dengan Barat ialah:  Sistem  sosial  Islam  Sistem  sosial  barat  1.  Berasaskan  al­Quran  1.  Berasaskan pemikiran manusia  2.  Berdasakan  kepada  ukhuwwah 

Islamiyyah 

2.  Berdasarkan  warna  kulit  dan  kedudukan 

3.  Mementingkan  urusan  dunia  dan akhirat 

3.  Mementingkan  keduniaan  dan  kebendaan semata­mata

(33)

8.  Strategi Menjawab Soalan Dengan Berkesan.  8.1 Jawapan yang boleh digunakan dalam banyak soalan.  8.1.1 Soalan mengenai faktor / punca berlaku sesuatu masalah.  Contoh Soalan :  •  Terangkan tiga faktor berlakunya   kejahilan (SPM 2005)  •  Jelaskan dua punca kegagalan  mengamalkan kesaksamaan sosial ( SPM  2007 )  •  Punca berlakunya perpecahan  •  Punca berlakunya kemiskinan ummah  •  Faktor hilangnya jati diri ummah  3 faktor berlakunya kejahilan umat Islam  1.  Kurang kesedaran tentang  kepentingan ilmu  pengetahuan / malas  2.  Desakan hidup / taraf hidup rendah / kemiskinan /  pemakanan  3.  Kehilangan tempat pergantungan  4.  Kemampuan pemikiran yang lemah / rendah  5.  Pengaruh luar yang negetif / merosakkan / hiburan yang keterlaluan  6.  Kurang didikan agama  2 punca kegagalan mengamalkan  kesaksamaan sosial  1.  Sikap mementingkan diri sendiri /  tamak  (1 m ) dalam segala hal   (1 m )  2.  Bangga dengan kedudukan  yang dimiliki (1 m ) dalam masyarakat (1 m )  3.  Mengabaikan sikap prihatin terhadap orang lain (1 m ) huraian .. (1 m )  4.  Enggan membantu orang lain  (1 m ) seperti bersedekah / berzakat (1 m )  5.  Kurang peka terhadap penderitaan / kesusahan (1 m )  orang lain (1 m )  6.  Tiada semangat kerjasama  (1 m ) antara satu sama lain (1 m )  7.  Sifat hasad dengki / cemburu  (1 m ) antara sesama insan (1 m )  ( Pelajar boleh menggunakan jawapan diatas dan disesuaikan  dengan soalan yang ditanya )

(34)

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria

33 

8.1.2  Soalan mengenai cara mengatasi sesuatu masalah  Contoh Soalan  •  Cara memantapkan keperibadian muslim ( 2007 )  •  Cara mengatasi perpecahan ummah  •  Cara mengatasi kemiskinan ummah  Contoh Jawapan  2 cara untuk memantapkan keperibadian muslim  1.  Mengekalkan ibadah wajib / seperti sentiasa salat fardu  ( 1m ) huraian  ( 1m )  2.  Memperbanyakkan ibadat sunat ( 1m )  seperti bersedekah ( 1m )  3.  Melaksanakan amanah /janji  ( 1m )  apabila diberikan tanggungjawab (  1m )  4.  Sentiasa berdisiplin ( 1m )  dengan mengekalkan disiplin diri ( 1m )  5.  Mengeratkan silaturrahim  ( 1m )  kepada semua kaum ( 1m )  6.  Melaksanakan sifat mahmudah ( 1m ) dalam perlakuan harian / dalam  kehidupan ( 1m )  7.  Sentiasa melakukan perintah Allah SWT / hayati ajaran  agama Islam /  mendekatkan diri / meningkatkan keimanan   ( 1m )  dalam kehidupan  seharian ( 1m )  8.  Sentiasa menjauhi larangan Allah / mazmumah  ( 1m )  huraian … ( 1m )  9.  Mencontohi keperibadian rasullah / sunnah  ( 1m )  huraian …. ( 1m )  10. Sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan / dampingi ulama  ( 1m )  huraian …. ( 1m )  ( Pelajar boleh menggunakan jawapan diatas dan disesuaikan  dengan soalan yang ditanya )

(35)

8.1.3  Soalan mengenai cara mengatasi perbuatan buruk  Contoh Soalan  •  Cara mengatasi rasuah  •  Cara mengatasi masalah pencemaran alam  •  Tindakan yang perlu dilakukan untuk menangani budaya kuning  •  cara untuk menggalakkan masyarakat mengamalkan sistem  perbankan Isla m  Contoh Jawapan  1.  Menanamkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t  2.  Menguatkuasakan undang­undang rasuah tanpa pilih kasih / pemantauan  3.  Mengadakan kempen secara berterusan  4.  Memberi kesedaran tentang bahaya perbuatan tersebut  / melalui media  massa /ceramah  5.  Mengingatkan azab Allah s.w.t bagi pengamal perbuatan tersebut  /  dakwah  6.  Penerapan nilai – nilai murni dalam pendidikan / didikan agama  7.  Peranan masyarakat dalam membenteras perbuatan tersebut  8.1.4 Soalan mengenai kesan apabila berlakunya  sesuatu masalah  Contoh Soalan  •  Kesan  kejahilan ummah  •  Kesan perpecahan ummah  •  Kesan ketiadaan jati diri  •  Kesan ketiadaan jaminan keselamatan  Contoh Jawapan  1.  Umat Islam akan menjadi lemah  2.  Umat Islam akan ketinggalan dalam semua bidang  3.  Ekonomi umat Islam akan menjadi mundur

(36)

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria

35 

4.  Negara Umat Islam akan menjadi mundur  5.  Umat Islam akan dijajah oleh kuasa lain  8.1.5 Soalan mengenai punca / faktor / sebab berlakunya perbuatan  melanggar perintah Allah  Contoh Soalan  •  Sebab berlakunya rasuah  •  Jelaskan dua punca berlakunya perzinaan  •  Punca berlakunya perbuatan mencuri  •  Punca berlakunya manupulasi / monopoli / riba  Contoh Jawapan  1.  Kurang keimanan kepada Allah/ tiada iman/ terpengaruh dengan  nafsu  amarah/ akhlak buruk  2.  Membelakangi ajaran Islam / al­Quran  3.  kurang didikan agama  4.  Kurang pengatahuan agama/ jahil tentang  hukum Islam Islam  5.  Tidak takut azab Allah/ iman lemah/ tiada penghayatan Islam  6.  Terpengaruh dengan kebendaan/ kemewahan/ ingin cepat kaya  7.  Pengaruh persekitaran/ budaya barat/ kawan­kawan/ media  8.1.6 Soalan mengenai kesan  perbuatan melanggar perintah Allah  Contoh Soalan · Akibat perbuatan Riba / Monopoli / Manipulasi · Akibat perbuatan Zina · Akibat menganiaya Kanak­kanak · Akibat mengamalkan Syihir  Contoh Jawapan  1.  Akan membatalkan iman seseorang yang melakukan perbuatan tersebut  2.  Dibenci oleh Allah/ dilaknat/ masuk neraka/ dosa

(37)

3.  Diri ketinggalan/ umat Islam mundur/ malas/ menghalang kemajuan  4.  Memecah belah masyarakat/ terputus silatulrahim  5.  Menjadi sahabat iblis/ syaitan  6.  Membazir masa/ tenaga/ wang  7.  Jiwa tidak tenteram  8.  Menjadi riak/ takabbur/ lalai menunaikan perintah Allah  9.  Pemikiran terkongkong/ jumud  10. Melahirkan manusia yang berakhlak buruk/ mazmumah  11. Melahirkan manusia yang mementingkan diri sendiri  12. Menzalimi orang­orang yang lemah  8.1.7 Soalan mengenai kesan  melaksanakan perintah Allah  Contoh Soalan · Kesan doa terhadap individu · Faedah melaksanakan Perundangan Islam · Kelebihan menghayati sifat Rabaniyyah  Contoh Jawapan :  1.  Menjadikan seseorang itu ikhlas dalam menunaikan  perintah Allah s.w.t. /  sukarela  2.  Menjadikan seseorang itu sentiasa bertawakal dalam  setiap usaha /  beriltizam  3.  Menjadikan seseorang itu berfikiran berpandukan  syariat  / bukan  mengikut hawa nafsu  4.  Menjadikan seseorang itu memiliki kemantapan iman / tidak mudah  dipengaruhi  5.  Akan memupuk akhlak mulia yang mencerminkan keislaman  6.  Mendapat keredaan Allah s.w.t / mendapat ketenangan hidup / jiwa /  Aman damai  7.  Dikasihi Allah/ diredhai/ diberkati  8.  Meningkatkan keimanan kepada Allah/ patuh pada perintah Allah/  mengelak perbuatan maksiat

(38)

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria

37 

9.  Di kasihi masyarakat/ mudah mendapat bantuan/ dihormati  10. Masyarakat menjadi maju  11. Perpaduan dalam masyarakat menjadi kuat/ erat hubungan silaturrahim  12. Jiwa menjadi tenang  13. Berakhlak mulia/ sabar/ dapat mengawal nafsu  14. Hidup teratur/ berdisplin/ akhlak mulia  8.1.8 Soalan mengenai rahmat/ kebaikan/ keistimewaan/ keunggulan Islam  Contoh Soalan · Keistimewaan Perundangan Islam · Keistimewaan Ajaran Islam · Keunggulan Sistem Sosial Islam · Keunggulan Sistem Muamalah Islam · Keunggulan al­Quran  Contoh Jawapan  1.  Ciptaan Allah s.w.t. / wahyu Allah s.w.t. / bukan ciptaan manusia  2.  Mengandungi peraturan / petunjuk / sumber perundangan utama /  hidayah/rahmat/pahala  3.  Tidak berubah / kekal / tetap sepanjang masa  4.  Lengkap / sempurna / menyeluruh segala aspek kehidupan.  5.  Kebenarannya bersifat mutlak  6.  Sesuai diamalkan sepanjang masa  7.  Melaksanakan tuntutan syarak  8.  Memartabatkan  imej Islam

9.

Eratkan hubungan

silaturahim (1 m ) dalam masyarakat (1 m )

(39)

8.1.8 Soalan mengenai sumber sesuatu perkara dalam Islam  Contoh Soalan · Sumber perundangan Islam · Sumber sistem kehakiman Islam · Sumber sistem sosial Islam · Sumber Penyelesaian masalah dalam Islam  Contoh Jawapan  1. Al­Quran  ­ Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w  melalui perantaraan Malaikat Jibril. Dalam bahasa Arab,  bermula dari surah al­Fatihah dan berakhir dengan surat an­  Nas. Membacanya merupakan Ibadat  2.  As­Sunnah /al­Hadis – Segala pengakuan, perbuatan atau pengakuan  Rasulullah s.a.w  3.  Al­Ijmak  – Persepakatan / persetujuan daripada sebilangan besar  daripada ulamak mengenai sesuatu hukum baru yang tidak  dinyatakan dengan jelas dalam al­Quran atau Hadis delepas  kewafatan Nabi Muhammad s.a.w  4.  Al­Qias  – Menyandarkan hukum yang baru kepada hukum yang telah  sedia ada, kerana mempunyai persamaan dari segi sebab / illat

(40)

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria

39 

8.2  Perkara yang perlu diambil perhatian semasa menjawab

· Tulis  butiran  diri  dengan  lengkap  pada  kertas  jawapan  seperti  nombor  kad pengenalan dan angka giliran.

· Baca  keseluruhan  arahan  yang  terdapat  di  luar  dan  di  dalam  kertas  soalan dengan teliti dan cermat

· Tandakan  soalan  yang  hendak  dijawab  dan  boleh  mendapat  markah  yang banyak. · Perhatikan jumlah markah untuk memastikan jawapan yang sepatutnya  diberi. · Teliti dan fahami kehendak soalan dengan baik. · Buat rangka jawapan dengan ringkas. · Mulakan menjawab soalan yang mudah dahulu kemudian diikuti dengan  jawapan yang susah.

· Pastikan  aspek  jawapan  yang  perlu  diambil  perhatian  ketika  menjawab  seperti bukan, tidak benar, kecuali  dan sebagainya. ( dalam kertas 1 ) · Jawapan hendaklah ditulis di kertas jawapan yang diberikan  sama ada 

bahagian A atau B ( Untuk Kertas 1 ).

· Tulis nombor soalan dengan jelas dan teratur

· Jawapan  untuk  setiap  bahagian  perlu  dibuat  dalam  halaman  yang  berlainan. · Gunakan kertas helaian lain bagi setiap nombor soalan baru. · Tinggalkan ruangan antara jawapan dengan jawapan seterusnya. · Jawapan sebaik­baiknya dalam bentuk nombor, bukan dalam  bentuk  ayat yang berjela­jela. · Semak semula jawapan setelah selesai menjawab semua soalan. · Jawapan hendaklah dalam bentuk point  bukannya esei atau recana. · Sekiranya soalan perbezaan buatlah petak. · Jenis huraian hendaklah menyatakan isi, huraian dan contohnya. · Peruntukkan masa 10 minit untukmenyemak.

· Gunakan pen berdakwat  biru atau hitam  sahaja. · Sila Jawab lebih dari soalan yang diminta.

(41)

· Pastikan semua dijawab sekalipun tidak dapat menjawab dengan tepat. · Menjawab  soalan  dengan  struktur  bahasa  penulisan  yang  boleh 

difahami.  Kelemahan Yang Perlu Dihindari · Jawapan tidak lengkap / terlalu ringkas. · Jawapan berbelit­belit. · Tidak cermat memilih dan memahami kehendak soalan. · Lemah dalam memahami sesuatu istilah. · Tidak dapat menulis istilah tertentu dengan betul. · Tidak mengikut panduan markah yang diberikan. · Isi jawapan yang berulang­ulang atau sama  maksud. · Tertinggal ceraian jawapan. · Jawapan diberi tidak mengikut kehendak soalan. · Jawapan yang diconteng dengan liquid paper dan tidak ditulis semula. · Tulisan yang tidak boleh dibaca  dengan jelas oleh pemeriksa. · Tidak menyusun kertas jawapan mengikut urutan yang sepatutnya. · Menggunakan bahasa pasar atau daerah. · Jawapan terlalu ringkas / kurang daripada yang diminta. · Tiada nombor soalan. · Tiada perenggan / ruang antara satu soalan dengan soalan lain.  9. Penutup. 

Teknik  menjawab  dengan berkesan  sudah pasti akan  dapat  membantu  para  pelajar  untuk  mencapai  kejayaan.  Ulangkaji  tanpa  teknik  menjawab  yang  berkesan  tidak  memadai.  Teknik  menjawab  yang  berkesan  tanpa  ulangkaji  yang berterusan tidak berguna. Oleh itu, ulangkaji yang berterusan dan teknik  menjawab yang berkesan insyaallah menjamin kejayaan yang cemerlang.

(42)

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria

41

(43)
(44)

Disediakan Oleh : En. Safaee Zakaria

43

Referensi

Dokumen terkait

Puji syukur kehadirat Allah SWT atas terlaksananya kegiatan pengabdian kepada masyarakat Prodi Sistem Informasi di SMA Negeri 1 Sungayang, Kecamatan Sungayang,

d. Menilai ekonomisasi dan efisiensi penggunaan sumber daya termasuk mengurangi pemborosan. Menilai efektivitas untuk mencapai tujuan serta sasaran perusahaan yang

pembelajaran di SD Se Gugus 1 Kecamatan Kanigaran Kota Probolinggo, belum sepenuhnya sesuai dengan domain hasil belajar yaitu aspek kognitif, afektif dan psikomotor

bahwa pengenaan retribusi sebagaimana dimaksud dalam huruf a yang diatur dalam Peraturan Daerah Kota Kediri Nomor 10 Tahun 2003 tentang Retribusi Penjualan Produksi Usaha

Penelitian ini menggunakan metode penelitian pengembangan yang mengacu pada model pengembangan dari Borg & Gall yang telah dimodifikasi, yaitu: (1) melakukan

Hipotesis 5 dapat diterima, yaitu terdapat perbedaan persepsi mengenai tanggungjawab terhadap pengguna laporan keuangan syari’ah antara mahasiswa akuntansi di Perguruan

: Tidak boleh melakukan tindakan yang menyangkut risiko pribadi atau tanpa pelatihan yang sesuai.. Jika terduga bahwa masih ada asap, petugas penolong harus mengenakan

Mengenai pengertian komunikasi secara paradigmatis disimpulkan secara lengkap dengan maknanya yang hakiki yaitu proses penyampaian suatu pesan oleh seseorang kepada