@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Edubest
Tahap SR2B
Modul 3
Markah Kuiz Komputer
Minggu Tarikh Tatabahasa (%) Perbendaharaan Kata (%) Peribahasa (%) Lain-lain 1 2 3 4 5
Program Bahasa Melayu Bestari
Modul 3
A. Bacaan
Bacaan : Keindahan Yang Hilang
a. Perbendaharaan Kata
Bil. Perkataan/Frasa Kata Akar 意 思
1 mengejutkan
-menyedarkan daripada tidur 唤 醒
2 -lena nyenyak 睡 得 很 甜
3 menghirup
-menghisap 吸
4 -pada masa yang sama serentak 同 时
5 -bersetuju mengiakan 同 意 6 cermat -berhati-hati 小 心 7 -ialah merupakan 是 8 suasana -keadaan 气 氛
9 -nyanyian burung kicauan 鸟 鸣 声
10 kehairanan -terkejut 惊 奇 11 -pembalut pembungkus 包 装 纸
Bahasa
Melayu
Edubest
12 -menoleh ke kiri dan ke kanan berulang kali menggeleng-gelengkan 摇 头 13 menjijikkan
-memualkan, menimbulkan rasa kotor
令 人 作 呕
14 -memikirkan, ingat menyangka 以 为
15 wajah
-rupa 样 貌
16 -berleter, bersungut, menggerutu, mengomel merungut 埋 怨
17 sendirian
-seorangan 独 自 儿
18 -menyatakan bersalah menyalahkan 怪 别 人 错
19 -menghampakan mengecewakan 令 人 失 望
20 -datang untuk melihat meninjau 看 一 看 21 -tempat yang menjadi sasaran orang ramai tumpuan 集 中 力
22 -tujuan niat 动 机
23 -pelawat penunjung 光 顾 者
24 -perasaan mementingkan perkara awam kesedaran sivik 社 会 意 识
25 -mementingkan menghargai 珍 惜
26 -bersetuju dengan menyokong 支 持
Bahasa
Melayu
b. Latihan perbendaharaan Kata - Silang Kata
Menurun
1. Pemuda itu mendermakan duit dengan ______ yang tidak ikhlas.
2. Datuk selalu bercakap _______ kebelakangan ini. 3. Kita hendaklah _________
kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.
4. Leela hanya ______ apa yang dicakapkan oleh bapanya yang garang itu. 5. Keputusan ujian bulanan
Amin amat _________ ibu bapanya.
6. Kakak asyik _______
setelah dilarang keluar oleh ibu.
7. Apabila cikgu masuk, murid-murid berdiri _______. 8. Murid-murid ______
cadangan Cikgu Siva untuk berkelah di tepi pantai.
Melintang
3. Tandas awam yang
_______itu tidak mahu dikunjungi pelawat. 9. Pihak sekolah akan
_______keadaan kantin yang baru dibuka itu.
10. Jangan ______ orang lain apabila kita tidak gagal melakukan sesuatu. 11. Azalina tidak memberi
_______ dalam kelas setelah dituduh mencuri.
Bahasa
Melayu
( %)
Bahasa
Melayu
Keindahan Alam Yang Hilang
Pada hari itu, Ramli bangun lebih awal daripada biasa. Ramli berasa tidak sabar lagi untuk berkelah di Lata Bercham bersama abang dan rakan-rakan sekelasnya. Selepas mandi, Ramli mengejutkan abangnya yang sedang nyenyak tidur.
“Husni, Ramli, ayah mahu kamu berdua berhati-hati semasa berkelah di sana,” pesan Pak Cik Sham sambil menghirup kopi panas.
“Baiklah ayah,” jawab Husni dan Ramli serentak.
Mak Cik Fazidah pula sedang sibuk memasukkan sandwic, mi goreng dan keropok ke dalam bekas. Kira-kira sepuluh minit kemudian, tiga orang rakan sekelas Ramli muncul di depan pintu rumah mereka. Ramli menjemput rakan-rakannya bersarapan bersama keluarganya.
“Terima kasihlah Ramli, sebenarnya saya baru sahaja bersarapan di rumah tadi,” beritahu Lim. Shamsul dan Mohan turut mengiakan kata-kata Lim.
Mereka bertolak ke Lata Bercham pada pukul 9.00 pagi. Husni memandu keretanya dengan cermat kerana jalan ke Lata Bercham bengkang-bengkok. Lata Bercham terletak kira-kira 40 kilometer dari Pekan Pasir Pinji.
“Abang Husni, jauh lagikah kita hendak sampai? Saya sudah tidak sabar lagi untuk bermain air,” kata Mohan.
“Sekejap lagi sampailah. Nanti kamu bolehlah mandi dengan sepuas-puasnya. Abang rasa mesti ramai orang di sana. Lagipun, hari ini merupakan hari minggu,” jawab Husni.
Bahasa
Melayu
Tidak lama kemudian, mereka pun tiba di Lata Bercham. Suasana di situ agak sunyi. Sesekali kedengaran kicauan burung.
“Eh, sunyi sahaja! Kenapa tidak ada orang? Selalunya pada hujung minggu begini ramai orang berkelah di sini,” Ramli kehairanan.
“Mungkin kita sampai terlalu awal. Itulah sebabnya tidak ada orang,” kata Shamsul.
Mereka mencari tempat yang sesuai untuk berkelah. Mereka terkejut apabila melihat sampah sarap bertaburan di kawasan air terjun itu. Kotak-kotak minuman dan kertas pembungkus makanan dibuang ke dalam air.
Mereka menggeleng-gelengkan kepala dengan keadaan yang menjijikkan itu. Ramli tidak menyangka Lata Bercham sudah bertukar wajah. Setahun yang lepas, Lata Bercham sungguh cantik. Udaranya segar dan airnya jernih serta dingin. Pokok-pokok yang menghijau di sekeliling Lata Bercham mengindahkan lagi suasana di situ.
“Patutlah tiada orang yang datang ke sini lagi,” Husni merungut sendirian.
Lim, Shamsul dan Mohan berpandangan sesama sendiri. Mereka tidak menyangka akan berkelah di tempat yang kotor. Selama ini, Ramli sering menceritakan keindahan di Lata Bercham. Namun, semuanya indah khabar daripada rupa.
“Aku minta maaf kerana telah merosakkan rancangan kita pada hari ini. Aku sendiri tidak sangka Lata Bercham akan menjadi seperti
sekarang,” kata Ramli.
Bahasa
Melayu
“Ramli, tidak perlulah engkau minta maaf. Ini bukanlah salah engkau,” kata Shamsul.
Ramli tersenyum tawar dengan kata-kata Shamsul. Walaupun rakan-rakannya tidak menyalahkannya, dia tetap berasa bersalah kerana telah mengecewakan mereka.
Kemudian, mereka meninjau keadaan di sekitar Lata Bercham. Air terjun yang pernah menjadi tumpuan orang ramai itu telah tercemar. Secara tidak langsung keadaan itu menyebabkan orang ramai tidak berminat lagi untuk berkelah di Lata Bercham.
“Inilah sikap manusia yang tidak bertanggungjawab. Sampah sarap dibuang dengan sesuka hati,” bidas Lim.
Niat asal mereka untuk mandi-manda di kawasan air terjun itu terpaksa dibatalkan. Mereka kesal dengan sikap sesetengah pengunjung yang tidak menjaga kebersihan di Lata Bercham.
“Betul tu Lim. Pencemaran alam yang berlaku di Lata Bercham ini menunjukkan bahawa para pengunjung tidak mempunyai kesedaran sivik. Mereka juga tidak tahu menggunakan kemudahan tong sampah yang disediakan,” sokong Shamsul.
“Selain itu, mereka tidak tahu menghargai keindahan alam. Sikap sebeginilah yang menyebabkan pencemaran alam sekitar,” tambah Ramli.
Ramli turut menyokong pendapat rakan-rakan adiknya. Husni berasa bangga kerana mereka amat mencintai keindahan alam. Jika semua orang berpandangan seperti Shamsul, Lim, Mohan dan Ramli, Lata Bercham tidak mungkin tercemar.
Bahasa
Melayu
“Eh, air terjun ini berminyaklah!” jerit Shamsul.
Mereka berlima meluru ke arah Shamsul. Mereka pun mencari punca yang menyebabkan air berminyak. Tidak lama kemudian, mereka menemui beberapa buah tong di dalam semak.
“Perkara ini tidak boleh dibiarkan. Abang rasa, ini ialah perbuatan orang yang cuba menghalang orang ramai mengunjungi Lata Bercham,” ujar Husni.
Akhirnya, mereka mengambil kata sepakat untuk membuat laporan kepada Jabatan Alam Sekitar. Mereka turut mengambil contoh air yang berminyak itu sebagai bukti.
Sepanjang perjalanan pulang, mereka tidak bercakap sepatah kata pun. Masing-masing masih memikirkan pencemaran alam yang berlaku di Lata Bercham.
B. Pemahaman
1. Mengapakah Husni memandu keretanya dengan cermat ? A. kerana jalan di sana tidak rata
B. kerana kaedah panduan di kawasan itu tidak begitu lancar C. kerana kereta Husni kurang baik
D. kerana kawasan itu merupakan kawasan kemalangan
2. Apakah yang dimaksudkan dengan “indah khabar daripada rupa”
?
Bahasa
Melayu
A. pemandangan di situ lebih indah daripada rupa seseorang B. rupa seseorang lebih cantik daripada keindahan sesuatu
tempat
C. keadaan sebenar tidak sebaik yang didengar D. khabar yang didengar sebaik keadaan sebenar
3. Mengapakah mereka membatalkan hasrat untuk berkelah di tempat tersebut ?
_________________________________________________ _________________________________________________ 4. Apakah perbezaan antara Lata Bercham dahulu dan sekarang
(KBAT) ?
_____________________________________________________________ _____________________________________________________________ 5. Senaraikan kata daripada teks mengikut jenis :
Jenis Kata
Kata Bilangan Kata Ganda Penjodoh Bilangan Kata Send 1. 2. 3. 1. 2. 3. 1. 2. 3. 1. 2. 3. ( %)
Bahasa
Melayu
Edubest
C. Tatabahasa
(i) Kata Adjektif
1. Kata adjektif ialah perkataan yang digunakan untuk menerangkan kata nama.
2. Jenis-jenis kata adjektif:
Jenis-jenis Kata
Adjektif Penerangan Contoh
1 Kata adjektif sifat/keadaan Menerangkan sifat /keadaan sesuatu kata nama baik, jahat, berani, sihat 2
Kata adjektif warna
Menerangkan warna bagi sesuatu kata nama
merah, hijau, ungu, jingga 3
Kata adjektif bentuk
Menerangkan rupa bentuk sesuatu kata nama
segi tiga, bulat, bujur, kemik 4
Kata adjektif pancaindera (Sila rujuk nota tambahan)
Menerangkan kata nama dari sudut pancaindera ( deria rasa, lihat, sentuh, dengar, bau)
pedas, cantik, kasar, nyaring,
busuk 5
Kata adjektif waktu
Menerangkan konsep
waktu lewat, lampau, lama, awal, silam 6
Kata adjektif perasaan Menerangkan konsep
Bahasa
benci, suka,Melayu
gembira 7
Kata adjektif jarak
Menerangkan konsep ruang / jarak antara dua benda atau
keadaan
jauh, dekat, sempit, hampir,
nyaris
Latihan 1 :
Gariskan kata adjektif yang terdapat dalam ayat (KBAT).
1. Tiga mangsa terkorban dalam kemalangan yang dahsyat itu. 2. Hanya pekerja yang cakap akan diberi ganjaran.
3. Pemenang akan diberi hadiah istimewa.
4. Pasukan itu kalah kerana kekurangan pemain handal. 5. Orang Islam hanya boleh makan makanan halal. 6. Tangan ibu berbau hanyir setelah menyiang ikan. 7. Ayah memanggil abang dengan suara yang lantang. 8. Makanan yang basi tidak boleh dimakan.
( %)
Bahasa
Melayu
Latihan 2:
Kategorikan kata adjektif berikut mengikut jenisnya .
Bentuk Keadaan Perasaan Permukaan Saiz Bunyi ( %) Latihan 3 :
Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai
1. Ibu kelihatan ________________ apabila kakak balik lewat. 2. Pembunuh yang _________________ itu telah menyerah diri. 3. Layang-layang sesuai dimain di tanah ______________.
hiba sunyi bulat lembut pendek riuh tajam tinggi merdu kesat lengang lantang riang lonjong licin nyaring ketat bangga
karib kejam lapang
gelisah kelat keruh empuk becak
i-Think
Bahasa
Melayu
4. Azman merupakan sahabat ______________ Ramlan. 5. Tayar kereta pak cik terbenam dalam tanah
_______________.
6. Ziana tidak termakan buah mangga yang ______________ itu. 7. Biskut yang _______________ itu habis dimakan adik.
( %)
Latihan 4 :
Lengkapkan petikan berikut dengan kata adjektif yang sesuai
Cuaca hari in (1) _______________. Zurani bercadang untuk bermain gasing di kawasan (2) ________________ dengan kawan (3) _________________nya Ramli. Gasing Zurani diperbuat daripada kayu (4) _______________. Harganya (5) __________ sahaja iaitu RM 1.50. Ramli mempunyai sebuah gasing yang (6) _______________ bentuknya. Dia membeli gasing itu dari Kelantan.
( %)
lapang leper keras cerah murah baik
Bahasa
Melayu
(ii)Kata Arah
1. Kata arah ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan arah, hala atau jurusan.
2. Kata arah hadir selepas kata sendi nama dan diikuti oleh frasa nama.
3. Contoh kata arah:
Latihan 1:
Isikan tempat kosong dengan kata arah yang sesuai.
penjuru selatan luar puncak bawah belakang utara atas antara tengah kanan dalam
1. Murid yang pendiam itu berada di barisan _______________ di dalam kelasnya.
2. Puan Zetty menyimpan ubat – ubatan di _______________ rak yang bertutup.
atas–bawah, tepi–tengah, kaki –puncak, pangkal–hujung, luar-dalam utara-selatan, timur-barat, pinggir, sisi, samping, penjuru, sudut
Bahasa
Melayu
rumah Hassan.
4. Dalam perbarisan itu, Adam berbaris di _______________ Hafiz kerana dia lebih tinggi.
5. Bas pesiaran itu menuju ke _______________ negeri Pahang. 6. Para ibu bapa yang berada di _______________ diminta masuk ke dewan.
7. Rumah Chee Keong terletak di _______________ rumah Rajesh dan rumah Shamsul.
8. Kumpulan ekspedisi sekolah Laili telah berjaya menawan _______ bukit yang tertinggi di daerah itu.
9. Hospital Universiti terletak di sebelah ________________ Bangunan Citibank.
10. Rumah Pak Majid bertiang tinggi, oleh itu dia menggantungkan jalanya di ______________ rumah.
11.Beg yang berisi pakaian itu diletakkan di ______________ bilik. 12. Negeri Kedah, Perlis dan Perak terletak di _______________ Semenanjung Malaysia.
( %)
Latihan 2:
Pilih kata arah yang betul.
1. Rumah Nadia terletak betul – betul di (hadapan, puncak) sekolahnya.
2. Buku – buku yang berselerak itu disusunkan di (hulu, atas) mejanya.
Bahasa
Melayu
3. Adik Mizi merajuk lalu menyorok di (belakang, bawah) pintu. 4. Anak kucing yang baru dilahirkan itu diletakkan di (dalam, luar) sebuah kotak.
5. Duitnya yang hilang tadi dijumpai di (tepi, bawah) kerusi.
6. Nizam dan Khalid berehat sebentar di (dalam, tepi) sungai setelah penat memancing.
7. Kereta api itu meluncur dengan laju menuju ke (timur, tepi). 8. Nenek menyandarkan gulungan tikar mengkuang itu di (bawah, penjuru) ruang tamu.
( %)
Latihan 3:
Pilih jawapan yang paling sesuai.
1. Zairul memimpin seorang lelaki yang tua untuk melintas ke ______ jalan.
A. bawah B. tepi
C. utara D. seberang
2. Murid – murid masuk ke _______ kelas masing – masing sebaik sahaja loceng berbunyi.
A. bawah B. dalam
C. tepi D. luar
3. Kesemua pemain bola sepak dikehendaki berkumpul di ______ padang.
A. bawah B. luar
C. tengah D. belakang
Bahasa
Melayu
4. Anak kucing itu mengiau di _______ pokok kerana tidak dapat turun.
A. atas B. bawah
C. penjuru D. belakang
5. Terdapat sebuah lombong lama di ________ kampung saya. A. sudut B. atas
C. pinggir D. tepi
6. Semak samun di _______ rumahnya telah ditebas. A. luar B. belakang
C. bawah D. atas
7. Sebiji buah mangga telah masak ranum di _______ dahan. A. hujung B. bawah
C. pinggir D. penjuru
8. Semua bergerak perlahan-lahan ke ________ jalan untuk memberi laluan kepada kereta bomba itu.
A. atas B. kanan
C. tengah D. tepi
9. Jiran di _______ rumah Zaharah akan berpindah ke tempat lain. A. kanan B. sebelah
C. bawah D. atas
10. Keluarga yang tinggal di ______ bukit itu tidak suka bergaul dengan penduduk kampung.
A. bawah B. sudut C. belakang D. kaki
Bahasa
Melayu
11. Para pengguna jalan raya dilarang mencampak sampah ke ______ kenderaan.
A. tepi B. kanan
C. luar D. hulu
12. Kereta api itu mudik ke ______ menuju ke Gua Musang. A. barat B. kanan
C. utara D. hulu
13. Puan Mahani melarang anaknya melompat – lompat di _______ kolam.
A. seberang B. tepi C. bawah D. tengah
14. Gambar - gambar yang diambil ketika berada di luar negara digantung di _______ tangga rumahnya.
A. sudut B. belakang C. tepi D. bawah ( %)
Bahasa
Melayu
Edubest
D. Pertuturan
Situasi 1 : Perbualan telefon
Telefon rumah anda rosak. Panggilan keluar dan masuk tidak dapat dilakukan. Anda diminta membuat aduan kepada pihak Telekom. lakonkan perbualan telefon tersebutsebagai:
a. Pelanggan
b. Telefonis Telekom
Istilah/perkataan/frasa yang akan digunakan: a. boleh saya bantu
b. membuat aduan tentang c. kerosakan telefon
d. kerosakan yang encik hadapi e. panggilan keluar dan masuk f. tidak dapat dilakukan/dibuat g. laporkan aduan
h. kepada bahagian teknikal i. nombor yang boleh dihubungi j. bersabar
Bahasa
Melayu
E. Penulisan
Karangan Jenis Fakta Panduan Mengarang
1. Karangan jenis ini menyentuh fakta yang benar dan logik.
2. Isi-isi (4 isi) karangan hendaklah disusun mengikut kepentingan berdasarkan pendapat anda.
3. Jangan tulis keempat-kempat isi anda dalam bahagian pengenalan. Ini untuk mengelakkan diri anda daripada mengulang,
4. Anda perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu fakta yang hendak ditulis.
5. Setiap isi hendaklah disertai dengan huraian dan contoh yang bersesuaian.
6. Gunakan bahasa yang ringkas dan mudah difahami. Penanda wacana biasanya digunakan dalam karangan ini.
Karangan Contoh:
Kebaikan Menyertai Aktiviti Kokurikulum Di Sekolah Pendahuluan : Definisi aktiviti kokurikulum; jenis kokurikulum Isi-isi : 1. Menambahkan pengetahuan
2. Masa tidak disia-siakan 3. Menambahkan kenalan 4. Melatih diri kita berdikari
Penutup : Pelajar patut aktif dalam aktiviti kokurikulum
Bahasa
Melayu
Aktiviti kokurikulum ialan aktiviti yang dijalankan di luar bilik darjah. Terdapat tiga jenis aktiviti kokurikulum di sekolah, iaitu unit beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Menyertai aktiviti kokurikulum ada banyak kebaikan.
Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, kita dapat menambahkan pengetahuan kita. Sebagai contoh, kita dapat mempelajari cara-cara menyelamatkan mangsa yang cedera dalam sesuatu kemalangan dengan menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah. Pengetahuan sebegini jarang kita peroleh daripada buku teks.
Selain itu, masa lapang kita juga tidak akan disia-siakan. Masa kita akan diisi dengan bermakna jika kita menyertai aktiviti kokurikulum. Contohnya, masa lapang kita seperti waktu petang atau hujung minggu tidak terbuang dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh kelab badminton, persatuan pengakap dan sebagainya.
Kenalan kita juga akan bertambah dengan menyertai aktiviti kokurikulum. Biasanya, aktiviti-aktiviti ini melibatkan ramai murid. Jika sesuatu aktivit itu melibatkan sekolah lain, kenalan kita menjadi lebih ramai. Misalnya, semasa perkhemahan pengakap, kita dapat berkenalan dengan murid-murid lain dari sekolah kita atau sekolah lain.
Kita juga akan dilatih berdikari dengan menyertai aktiviti kokurikulum. Banyak aktiviti kokurikulum yang berkehendakkan diri kita menjalankan aktiviti sendiri seperti mengadakan mesyuarat, menyelesaikan masalah dan membantu orang lain. Selain itu, aktiviti seperti mendirikan khemah dan memasak sendiri semasa perkhemahan pengakap akan melatih diri kita berdikari.
Sesungguhnya, aktiviti kokurikulum membawa banyak kebaikan. Oleh itu, kita patut lebih aktif melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sebegini demi kebaikan diri kita.
Bahasa
Melayu
Latihan 1 : Kepentingan Akhbar Dalam Hidup Kita (Sila rujuk Peta Minda yang disediakan)
Latihan 2 : Kegunaan Air (Sila rujuk Peta Minda yang disediakan)
Bahasa
Melayu
Input Bahasa
Simpulan Bahasa 1. darah daging – kaum
keluarga sendiri 2. gelap mata – hilang
fikiran kerana pengaruh wang
3. harga diri – maruah diri ; kehormatan diri
4. iri hati – cemburu 5. jadi angin – kerja atau
perbuatan yang tidak berfaedah
6. kaki ayam – tidak
memakai kasut atau alas kaki
7. langkah kiri – tidak bernasib baik
8. makan angkat – suka dipuji
9. naik darah – marah atau panas hati
10.panjang tangan – suka mencuri
Pintar Kata
(Perkataan Banyak Makna) 1. ganjil a. angka ( 1,3,5...) b. luar biasa 2. gila a. tidak siuman b. terlalu suka 3. halus a. kecil-kecil/seni b. lembut (kulit) 4. hampa a. kecewa b. kulit kosong (hampa padi) 5. jalan
a. tempat untuk lalu-lalang
b. cara 6. jam
a. masa (60 minit) b. alat menyukat waktu
Bahasa
Melayu
Pelan Lokasi
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650