• Tidak ada hasil yang ditemukan

KANDUNGAN PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KANDUNGAN PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU"

Copied!
41
0
0

Teks penuh

(1)

SESI

SEPT 2017

PANDUAN

PENDAFTARAN

PELAJAR BAHARU

Selamat Datang Pelajar Baharu PSAS

(2)

BAHAGIAN 1: PENGENALAN  Perutusan Pengarah  4  Kata Alu‐Aluan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar  5  PSAS Sepintas Lalu  6  Carta Organisasi  9  Visi dan Misi  10 Dasar Kualiti  11 BAHAGIAN 2: MAKLUMAT AM PENDAFTARAN  2.1 Panduan Ke Politeknik Sultan Azlan Shah  13  2.2 Peringatan Sebelum Pendaftaran  13 2.3 Bayaran Yuran Pengajian & Asrama dan Bayaran Pelbagai Politeknik  14  2.3.1 Pecahan Bayaran Pelbagai Politeknik  16  2.4 Penempatan Asrama  18  2.5 Bantuan Kewangan  19 2.6 Rupa Diri Pelajar  21  2.7 Kenderaan Pelajar  24  2.8 Kawasan Larangan Merokok  24  2.9 Petikan Akta Institusi‐Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174)  25  2.10 Perkara ‐ Perkara Lain  27  BAHAGIAN 3: PANDUAN SEMASA MENDAFTAR  3.1 Hari Pendaftaran  30  3.2 Perkara‐perkara Yang Mesti Dibawa Semasa Hari Pendaftaran 30 3.3 Pakaian Dan Rupa Diri Semasa Hari Pendaftaran  31  3.4 Minggu Suaikenal (MSK)  32  BAHAGIAN 4: LAMPIRAN Lampiran A:  i. KAEDAH PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN & ASRAMA DI BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)  34  ii. KAEDAH PEMBAYARAN BAYARAN PELBAGAI DI BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)  36 Lampiran B:  PETA LOKASI POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH  37  Lampiran C:  PELAN KAMPUS POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH 38 Lampiran D:  i. SENARAI SEMAK DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA SEMASA PENDAFTARAN  39  ii. SENARAI SEMAK SALINAN DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA SEMASA PENDAFTARAN  40 

(3)

Sesi SEPT2017  PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU 

(4)

Assalamualaikum w.b.t, Salam 1 Malaysia dan salam perkenalan kepada siswa dan siswi baharu. 

Alhamdulillah  terlebih  dahulu  saya  ingin  mengucapkan  tahniah  dan  syabas  kerana  anda  semua  telah  berjaya ditawarkan ke program pengajian di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS). Kejayaan anda melangkah  kaki  ke  PSAS  merupakan  satu  amanah  dan  tanggungjawab  terhadap  diri  sendiri,  keluarga,  masyarakat,  agama dan negara. 

Anda adalah insan yang terpilih untuk berada di PSAS bagi menelaah ilmu sebanyak mungkin sebelum menjadi  warganegara  yang  mempunyai  mentaliti  kelas  pertama.  Bagi  makluman  pelajar  baharu,  PSAS  adalah  salah  sebuah  dari  Politeknik  Malaysia  yang  sedang  berusaha  untuk  transform  ke  arah  menjadi  institusi  pendidikan  teknikal bertaraf global. Sehubungan dengan itu usaha mentransformasi Politeknik dibuat secara terancang dan  berkesan. Pelbagai usaha sedang dibuat untuk memperkasa Politeknik sebagai institusi peneraju bidang teknikal.  Program  Ijazah  Sarjana  Muda  juga  sudah  ditawarkan  di  kesemua  Politeknik  Premier  dan  PSAS  sendiri  menawarkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Reka Bentuk Automotif) Dengan Kepujian  kepada semua pelajar lepasan Diploma Politeknik yang berkelayakan. 

Sekali  lagi,  saya  ingin  mengalu‐alukan  kehadiran  anda  ke  Politeknik  ini  dan  PSAS  akan  cuba  memberi  khidmat  terbaik  bagi  menjadikan  kembara  ilmu  anda  sesuatu  yang  menyeronokkan  dan  membantu  anda  dalam mengejar impian dan cita‐cita murni negara. 

Sekian, terima kasih. Selamat menjelajah ke dunia baharu. 

HAJI ZAIRON BIN MUSTAPHA 

Pengarah, 

(5)

Sesi SEPT2017                   PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU  

KATA ALU-ALUAN KETUA JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera, 

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan sekalung tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar baharu  kerana telah berjaya terpilih menjadi sebahagian daripada ribuan pelajar untuk meyambung pengajian ke  Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS). 

Tiga tahun yang akan datang ini adalah suatu tempoh masa yang sangat berharga bagi pembangunan diri  anda  sama  ada  dalam  bidang  akademik  mahu  pun  kokurikulum  yang  menjadi  penentu  kejayaan  anda  di  dalam  kerjaya.  PSAS  telah  menyediakan  pelbagai  kemudahan  untuk  memperkembangkan  potensi  diri  pelajar  yang  merangkumi  aspek  jasmani,  emosi,  rohani  dan  intelektual  selaras  dengan  visi  dan  misi  PSAS  dan  JHEP  untuk  melahirkan  graduat  yang  seimbang,  berciri  keusahawanan  dan  holistik  selaras  dengan  Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) juga telah membuka peluang yang luas  kepada  pelajar  untuk  bergiat  secara  aktif  di  dalam  aktiviti  anjuran  Majlis  Perwakilan  Pelajar  (MPP)  agar  pelajar dapat meneroka potensi diri dan boleh berdikari di dalam dunia serba mencabar ini. 

Kami di PSAS ingin melihat anda berjaya dan meminta anda menggunakan sepenuhnya peluang ini untuk  menimba  ilmu  dan  pengalaman  bagi  menyiapkan  diri  supaya  dapat  berbakti  kepada  negara,  masyarakat  dan keluarga setelah tamat pengajian kelak. Fikirkan dan lakukanlah pilihan yang terbaik dalam membuat  setiap keputusan penting semasa belajar di PSAS supaya ia merupakan keputusan yang terbaik demi masa  depan anda. 

PSAS  akan  cuba  memberikan  khidmat  yang  terbaik  untuk  anda  dan  kami  berharap  anda  dapat  melalui  kembara ilmu anda di sini dengan jayanya. 

Sekian, terima kasih. 

(6)

PSAS  yang  dahulunya  dikenali  sebagai  Politeknik  Tanjung  Malim  (PTM)  adalah  Politeknik  ke  15  ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. PTM mula beroperasi di bangunan Sekolah Menengah  Teknik, Slim River pada 1 Mac 2002. Pada 1 April 2003, PTM berpindah ke kampus sendiri berkeluasan 110  ekar di Behrang, Perak. Kampus PTM dilengkapi dengan pelbagai infrastruktur sesuai sebagai sebuah pusat  pengajian tinggi. Kumpulan pelajar pertama seramai 553 orang telah mendaftar pada 6 Julai 2003.  Pada 27 Mac 2004, PTM dengan rasminya bernaung di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia  dengan menawarkan 7 program sijil dan 8 program diploma pada ketika itu. Pada 7 Mei 2005, PTM telah  dirasmikan  oleh  DYMM  Paduka  Seri  Sultan  Perak,  Sultan  Azlan  Muhibbuddin  Shah  dengan  diberi  nama  baru, Politeknik Sultan Azlan Shah. 

Bermula  Julai  2010,  PSAS  menumpukan  kepada  14  Program  Pengajian  di  peringkat  Diploma  dan  1  Program  Pengajian  di  peringkat  Diploma  Lanjutan  iaitu  Diploma  Lanjutan  Kejuruteraan  Rekabentuk  dan  Pembuatan  Automotif  yang  mula  dikelolakan  pada  Julai  2010.  Program  ini  adalah  usahasama  di  antara  pihak Proton Holdings Berhad bersama pihak Politeknik Sultan Azlan Shah yang menggunakan pendekatan  Work  Based  Learning  (WBL).  Sehingga  kini  seramai  89  orang  pelajar  telah  berdaftar  di  dalam  program  pengajian  tersebut  dan  bergraduat  pada  Majlis  Konvokesyen  yang  ke  10.  Program  pengajian  lain  dikelolakan oleh 4 Jabatan utama di PSAS iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik,  Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Perdagangan, disokong oleh 2 jabatan sokongan iaitu Jabatan  Pengajian  Am  dan  Jabatan  Matematik  dan  Sains  Komputer.  Pihak  pengurusan  pentadbiran  PSAS  dibantu  oleh 14 unit sokongan dan perkhidmatan. 

Selepas  13  tahun  penubuhan,PSAS  mengorak  langkah  lebih  jauh  kehadapan  dengan  menawarkan  program  Ijazah  Sarjana  Muda  dalam  bidang  Automotif  Pembuatan,  tahun  2014  menyaksikan  kohort  pertama pelajar Ijazah Sarjana Muda Automotif Pembuatan seramai 25 orang ini memulakan sesi pengajian  di  PSAS.  Tahun  2015  juga  mencatatkan  sejarah  di  dalam  pencapaian  PSAS  apabila  berjaya  memperolehi  Gold  Award  di  dalam  siri  audit  APACC  yang  diadakan  pada  awal  tahun  2015.  Ini  merupakan  pencapaian  antarabangsa yang pertama oleh PSAS di dalam Pengurusan Institusi. 

(7)

Sesi SEPT2017  PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KATEGORI  JABATAN / UNIT JABATAN AKADEMIK JABATAN KEJURUTERAAN AWAM  (Induk)  Menawarkan program:  Diploma Kejuruteraan Awam (DKA)  Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan (DPB)  Diploma Ukur Bahan (DUB)  JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK  Menawarkan program:  Diploma Kejuruteraan Elektrik (DET)  Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) (DTK)  Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) (DEP)  JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL  Menawarkan program:  Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM)  Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) (DTP)  Diploma Kejuruteraan Mekatronik (DEM)  Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) (DAD)  Diploma Lanjutan Kejuruteraan Reka Bentuk dan Pembuatan  Automotif (AAD)  Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Reka  Bentuk Automotif) JABATAN PERDAGANGAN  Menawarkan program:  Diploma Akauntansi (DAT)  Diploma Pemasaran (DPR)  Diploma Pengurusan Peruncitan (DRM)  Diploma Pengajian Perniagaan (DPM)  JABATAN AKADEMIK JABATAN MATEMATIK, SAINS DAN KOMPUTER  (Sokongan)  Unit Matematik  Unit Sains  Unit Komputer  JABATAN PENGAJIAN AM  Unit Pendidikan Islam & Moral

(8)

SOKONGAN AKADEMIK  Jabatan Hal Ehwal Pelajar Unit Perhubungan & Latihan Industri Unit Perpustakaan Unit Kualiti Unit Psikologi Unit ICT  Unit Peperiksaan Unit Asrama (Kamsis) CISEC  Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan Unit Pembangunan & Selenggaraan Unit Pembangunan Instruksional & Multimedia Jabatan Sukan, Kebudayaan & Kokurikulum

(9)
(10)
(11)
(12)

MAKLUMAT AM PENDAFTARAN

Baca  dengan  teliti  semua  maklumat  yang  terkandung  di  dalam  panduan  ini,  fahamkan  dan  ambil  tindakan  yang  berkaitan  dengan  segera  agar  anda  dapat  memulakan  pengajian  anda  di  politeknik dengan selesa. 

(13)

Sesi SEPT2017  PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

2.1 PANDUAN KE POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH 

Sila rujuk Peta Lokasi Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) yang disertakan di BAHAGIAN 4:  LAMPIRAN B. 

2.2 PERINGATAN SEBELUM PENDAFTARAN 

a) BAWA  DOKUMEN  ASAL:  Kad  Pengenalan,  Surat  Tawaran,  Sijil‐sijil  Kokurikulum,  dan  Slip  Keputusan / Sijil Peperiksaan (BAGI LEPASAN SPM) @ Transkrip / Slip Keputusan Peperiksaan  Semester Akhir (BAGI LULUSAN LEPASAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI dan LEPASAN  DIPLOMA POLITEKNIK) pada hari pendaftaran untuk semakan. 

PENDAFTARAN  ANDA  AKAN  DITOLAK  SEKIRANYA  ANDA  GAGAL 

MENUNJUKKAN DOKUMEN‐DOKUMEN ASAL TERSEBUT. 

Kementerian  Pendidikan  Tinggi  juga  BERHAK  MENARIK  BALIK 

TAWARAN  TEMPAT  PENGAJIAN  di  Politeknik  Sultan  Azlan  Shah 

sekiranya  terdapat  percanggahan  maklumat  di  antara  dokumen  asal 

dengan maklumat yang telah anda berikan ke Kementerian Pendidikan 

Tinggi semasa memohon ke Politeknik. 

b)

LENGKAPKAN SEMUA BORANG 

yang terdapat di dalam Buku Panduan Pendaftaran

 

sebelum diserahkan kepada pihak PSAS pada hari pendaftaran. 

(14)

POLITEKNIK 

Untuk  makluman,  bagi  pengambilan  Sesi  SEPT2017,  bilik  asrama  Politeknik  Sultan  Azlan  Shah  adalah  terhad  kepada  1200  orang  sahaja.  Penawaran  bilik  asrama  adalah  bergantung  kepada  pengesahan pendaftaran daftar online SPMP PSAS. Calon pelajar selebihnya (yang tidak dapat  asrama) diminta untuk mencari rumah sewa yang berdekatan dengan PSAS.  Berikut adalah maklumat pembayaran yuran pengajian, yuran asrama (jika ditawarkan  asrama), bayaran pelbagai dan bayaran tambahan bagi pelajar yang ditawarkan asrama:  a)  YURAN PENGAJIAN & ASRAMA (SEMUA PELAJAR KECUALI KATEGORI PELAJAR MDAIM)  Perkara RM Kaedah Bayaran  200.00  Bayaran  boleh  dilakukan  di  mana‐mana Yuran Pengajian  cawangan Bank Islam (M) Berhad  (BIMB) atas

(satu semester)  nama “POLITEKNIK KPT” melalui 3 saluran

berikut SAHAJA:

Yuran Asrama  60.00  a. PERBANKAN  INTERNET  (bagi yang

‐JIKA DITAWARKAN DENGAN  memiliki akaun BIMB) 

b. MESIN  ATM  BANK  ISLAM  (bagi yang

ASRAMA  memiliki akaun BIMB)  (satu semester, tidak termasuk  c.  MESIN  DEPOSIT  TUNAI  (CDM)  BANK makan & minum)  ISLAM (bagi yang TIDAK memiliki akaun BIMB) SILA  RUJUK  KAEDAH  BAYARAN  PADA  LAMPIRAN A(i) DI MUKA SURAT 34 

(15)

Sesi SEPT2017  PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU b) BAYARAN PELBAGAI POLITEKNIK  Kategori Program  RM Kaedah Bayaran 

i. Diploma bagi LULUSAN  Bayaran boleh dilakukan di mana‐mana  cawangan Bank SPM/SPMV/ LULUSAN SIJIL  600.00 Islam (M) Berhad (BIMB) melalui 4 saluran berikut:

POLITEKNIK / SIJIL KOLEJ 

KOMUNITI/ LULUSAN PRA  a. PERBANKAN INTERNET  (bagi yang  memiliki akaun  DIPLOMA / LULUSAN SIJIL  BIMB) – caj perkhidmatan RM0.53  ILKA / LULUSAN SIJIL SKM  b. MESIN ATM BANK ISLAM (bagi yang memiliki akaun  BIMB) – caj perkhidmatan RM0.53  c.  MESIN DEPOSIT TUNAI (CDM) BANK ISLAM (bagi yang ii. Pra Diploma (Sains dan  150.00 TIDAK  memiliki  akaun  BIMB)  –  caj  perkhidmatan  Perdagangan)  RM0.53  d.  KAUNTER – caj perkhidmatan RM2.12  *CAJ PERKHIDMATAN ADALAH TERMASUK GST  Nama penerima:  KOPSAS BERHAD (HEP) (KOD 570)  No.Akaun: 08068010020364  SILA RUJUK KAEDAH BAYARAN (kaunter) PADA LAMPIRAN  A(ii) DI MUKA SURAT 36 c)  BAYARAN TAMBAHAN ASRAMA (JIKA DITAWARKAN ASRAMA SAHAJA)  Perkara  RM Kaedah Bayaran  Bayaran Deposit / Cagaran  50.00 Bayaran boleh dilakukan di mana‐mana cawangan Asrama  Maybank.  Nama penerima: KOPSAS BERHAD (HEP)  No.Akaun: 558154507612 Pembelian Langsir Tingkap  25.00

(16)

Berikut adalah anggaran pecahan Bayaran Pelbagai Politeknik: 

a) Diploma bagi LULUSAN SPM/SPMV/ LULUSAN SIJIL POLITEKNIK / SIJIL KOLEJ 

KOMUNITI/ LULUSAN PRA DIPLOMA / LULUSAN SIJIL ILKA / LULUSAN SIJIL SKM 

Bil.  Perkara  Kadar Bayaran Semua Program 

1  Kelengkapan MSK  RM160.00  2  Urusan Pendaftaran / MSK  RM 110.00  3  Sukan/Kokurikulum/Kebudayaan/MSP RM 55.00  4  Peperiksaan/Kebajikan/Psikologi/Kerjaya RM 25.00  5  Aktiviti Pelajar / MPP / Kelab & Persatuan / Jabatan / RM114.90  Keusahawanan / Asrama  6  Yuran Keahlian dan Saham Koperasi PSAS RM 25.00  7  Insuran Berkelompok (3 tahun). RM110.10 

JUMLAH BAYARAN

RM600.00 

b) Pra Diploma (Sains dan Perdagangan) 

Bil.  Perkara  Kadar Bayaran 

1  Kelengkapan MSK  RM 63.00 

2  Aktiviti Pelajar / Kebajikan / Asrama RM 40.30 

3  Insuran Berkelompok (sepanjang pengajian) RM 36.70 

4  Urusan Pendaftaran  RM 10.00 

(17)

Sesi  SEPT2017  PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU Nota :  A. Akaun Yuran Pengajian & Asrama dan Akaun Bayaran Pelbagai Politeknik adalah    BERBEZA SAMA SEKALI.    B. PASTIKAN ANDA TIDAK MEMBUAT BAYARAN DI DALAM SATU AKAUN YANG SAMA   

C. SEMUA  bayaran  hendaklah  dibayar  SEBELUM  hari  pendaftaran  bagi  mengelakkan  masalah semasa mendaftar. Sila bawa salinan Slip Bayaran sebagai pengesahan dan  untuk semakan. (JANGAN DIPOSKAN)    D. Sila pastikan nama, no. kad pengenalan dan program anda dicatatkan pada Slip  Bayaran yang digunakan.    E. SEMUA PEMBAYARAN YANG TELAH DIBUAT TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN sekiranya  anda berhenti dari menjadi pelajar PSAS.   

F. Pelajar  yang  mendapat  tajaan  daripada  mana‐mana  agensi  kerajaan  atau  swasta  hendaklah  membawa  bersama  SURAT  PENGESAHAN  PENAJAAN  yang  asal  beserta  satu  salinan  semasa  mendaftar.  Mana‐mana  bayaran  yang  tidak  ditanggung  oleh  penaja hendaklah dijelaskan oleh pelajar semasa pendaftaran 

PERINGATAN 

I.

WANG POS (POSTAL ORDER) TIDAK AKAN DITERIMA 

II.

PEMBAYARAN MENGGUNAKAN CEK PERSENDIRIAN & TUNAI 

TIDAK AKAN DITERIMA 

 

III.

SEMUA BAYARAN TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN JIKA ANDA 

MENARIK DIRI SELEPAS MENDAFTAR. 

(18)

Penempatan di asrama adalah terhad. Walau bagaimanapun pihak politeknik berusaha menyediakan  kemudahan  tersebut  kepada  semua  PELAJAR  BAHARU  sesi  semasa  yang  datang  dari  luar  kawasan.  Untuk  semester  berikutnya  anda  perlu  bersedia  mengatur  sendiri  penginapan  anda  jika  tidak  ditawarkan  penempatan  di  asrama.  Pelajar  baharu  yang  tidak  ditawarkan  asrama  dinasihatkan  datang lebih awal untuk mencari bilik / rumah sewa yang berhampiran. 

Jika  anda ditawarkan  asrama  dan  menerima  tawaran tersebut,  semasa  melaporkan diri di  ASRAMA  PSAS sila bawa:  a) Bantal dan Sarung Bantal, Kain Cadar dan Kain selimut (warna bebas).    b) Sepasang Baju Melayu berwarna HITAM dan Songkok HITAM (lengkap dan bersamping) bagi  pelajar lelaki beragama Islam.    c) Pakaian sukan – kasut, seluar trek bewarna BIRU GELAP / HITAM, baju‐T dan lain‐lain.    d) Pakaian harian secukupnya (rujuk Bahagian 2.6 – Rupa diri pelajar, untuk pakaian ke kuliah)    e) Borang BHEP‐5, BHEP‐6a dan BHEP‐6b yang diisi dengan lengkap.    f) Barang keperluan harian untuk kegunaan anda semasa di asrama (boleh dibeli di Kedai KOPSAS)    g) Kasut kulit / kanvas berwarna hitam  Pelajar Asrama boleh membeli makanan dan minuman di kafeteria. Dianggarkan RM5.00 hingga  RM10.00 sehari untuk perbelanjaan makan. 

(19)

Sesi  SEPT2017  PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

2.5 BANTUAN KEWANGAN 

a) Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk menyediakan wang perbelanjaan secukupnya  untuk sara hidup, pengangkutan, alatan pembelajaran, buku dan lain‐lain.     

b) Pelajar  dinasihatkan  supaya  berusaha  mendapatkan  maklumat  dan  seterusnya  (kalau  layak)  memohon  biasiswa/pinjaman  dari  YAYASAN  NEGERI  masing‐masing  atau  LAIN‐LAIN  AGENSI  sebelum mendaftar diri di PSAS. Pelajar boleh menggunakan surat tawaran ke Politeknik untuk  tujuan tersebut. Setiap pelajar hanya dibenarkan menerima satu biasiswa/pinjaman sahaja.        c) Semua pelajar DIPLOMA layak memohon pinjaman PTPTN. 

NOTA: 

PINJAMAN PTPTN 

Permohonan pinjaman adalah secara online melalui laman web ptptn: 

http://www.ptptn.gov.my/gateway  Mulai 1 Jan 2012 semua pemohon PTPTN wajib ada akaun SSPN dengan simpanan minimum RM20.00  Akaun Pembayaran bagi pelajar Politeknik ‐ BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) 

Maklumat  lanjut  atau  sebarang  pertanyaan  boleh  diperoleh  daripada  laman web 

http://www.ptptn.gov.my atau telefon PTPTN HOTLINE: 03‐20927788 

MAKLUMAT YANG ANDA PERLU ADA SEBAGAI PEMOHON  Senarai maklumat yang diperlukan oleh pemohon bagi memudahkan pengisian butiran di laman web  adalah seperti berikut: ‐  i. Butiran Peribadi: ‐  Nombor Kad Pengenalan Baharu (12 digit) / Tentera /  Polis Alamat eMel yang sah  Nombor Pin BSN (untuk pemohon kali pertama, anda perlu beli nombor pin BSN di mana‐mana 

(20)

Nama Institusi, Kampus & Kursus, Jurusan, Nombor Matriks, Jenis Pengajian, Tempoh & Tarikh Mula  Kursus (jika mempunyai kelayakan pendidikan lain)  Nama & Nombor Akaun Bank Islam (anda perlu membuka akaun sendiri)  ii. Butiran Ibu / Bapa / Pasangan / Penjamin: ‐  Nombor Kad Pengenalan Baharu (12 digit) / Tentera /  Polis Alamat Tetap Surat‐Menyurat  Nombor Telefon Tetap / Bimbit (jika tiada nombor telefon tetap / bimbit, masukkan nombor  telefon saudara mara yang boleh dihubungi. Isikan kedua‐dua nombor telefon tersebut.) Alamat e‐ Mel yang sah (yahoo atau gmail)  Gaji Kasar & Bersih (slip gaji yang terkini)  Nombor Cukai Pendapatan  Nombor Ahli KWSP (jika bekerja)  Akuan Bersumpah (Pesuruhjaya Sumpah / Majistret) sekiranya ibu/bapa bercerai atau tidak  dapat dikesan.  Pelajar yang ingin memohon pinjaman PTPTN dikehendaki menyediakan SATU SALINAN DOKUMEN  SOKONGAN YANG TELAH DISAHKAN (kertas putih bersaiz A4) seperti berikut:  a. Salinan Kad Pengenalan Pemohon (salinan muka depan dan belakang Kad Pengenalan pada  satu helaian yang sama);    b. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke Politeknik;    c. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);    (bagi yang mengemukakan salinan slip keputusan peperiksaan SPM, hanya slip yang tidak  melebihi tempoh 2 tahun dari tahun peperiksaan diambil boleh diterima pakai);    d. Salinan transkrip keputusan peperiksaan dan sijil kelayakan masuk lain. Contoh : Sijil Politeknik  KPM / Sijil MLVK;  (sila sertakan surat pengesahan tamat pengajian dari IPT yang mengendalikan kelayakan masuk  tersebut,  jika  pemohon  belum  menerima  sijil  dan  pada  transkrip  peperiksaan  juga  tidak  dinyatakan bahawa pelajar telah menamatkan pengajian / layak dianugerahkan sijil); 

e. Salinan Pengesahan Akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB);   

(21)

Sesi  SEPT2017  PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU Pengurusan & Profesional / Pesuruhjaya Sumpah / Jaksa Pendamai / Pengamal Undang‐undang /  Wakil Rakyat / Senator / Penggawa / Penghulu (bagi yang bekerja sendiri);  g. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa sebagai maklumat penjamin;    h. Salinan Sijil Kematian / surat pengesahan kematian ibu / bapa pemohon sekiranya telah  meninggal dunia;    i. Salinan surat Perakuan Penceraian / Surat Akuan Sumpah sekiranya ibubapa pemohon telah  bercerai / atau tidak dapat dikesan;    j. Surat Akuan / Pengesahan ibubapa penerima bantuan Baitulmal atau Jabatan Kebajikan Masyarakat.    k. Dua (2) keping Setem Hasil bernilai RM10.00 setiap satu. Sila dapatkan di Pejabat Pos 

2.6 RUPA DIRI PELAJAR 

Pelajar  adalah  tertakluk  kepada  semua  peraturan  seperti  terkandung  di  dalam  Buku  Peraturan  Am  Pelajar Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia serta apa‐apa peraturan bertulis di politeknik. 

Secara umumnya pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih, menutup aurat (bagi pelajar  Islam) dan bersopan. 

Semua jenis pakaian yang menjolok mata adalah dilarang. 

Semua  pelajar  diwajibkan  memakai  baju‐T  berkolar  (seperti  di  dalam  panduan  di  muka  sebelah),  seluar trek (track bottom) berwarna biru gelap atau hitam dan kasut yang bersesuaian semasa aktiviti  kokurikulum. 

(22)

Pelajar Lelaki  Pelajar Perempuan  Baju/Pakaian

1. Baju kemeja berlengan panjang atau pendek. 1. Pakaian yang menutup aurat, bersih, kemas dan sopan 2. Baju‐T tidak berkolar adalah dilarang. Baju‐T jenis bagi semua pelajar Islam. 

berkolar   yang   dibenarkan   mestilah   tidak 2. Baju ‐T tidak berkolar adalah dilarang. Baju‐T jenis mempunyai tulisan atau gambar yang membawa  berkolar yang dibenarkan mestilah tidak mempunyai pengertian liar atau negatif.  tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar 3. Sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck‐in).  atau negatif.

4. Mestilah sentiasa dikenakan butang dengan  3. Pakaian yang menjolok mata seperti pakaian yang

sempurna.  ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan

5. Pemakaian  Baju  Melayu  @ B aju  Kebangsaan mendedahkan mana‐mana bahagian badan seperti dibenarkan  tetapi  hendaklah  lengkap  sepasang dada, bahu dan belakang adalah dilarang.

beserta samping dan songkok hitam.  4. Pakaian hendaklah berlengan panjang sampai ke pergelangan tangan. 5. Labuh baju sekurang‐kurangnya menutupi paras punggung. 6. Pelajar bukan Islam dilarang memakai 'skirt' yang  lebih pendek dari paras lutut.  Seluar 

1. Seluar 'slack' panjang.  1. Seluar 'slack' panjang.

2. Seluar ‘JEANS’ TIDAK dibenarkan.  2. Seluar ‘JEANS’ TIDAK dibenarkan. 

3. Seluar dengan ‘poket yang banyak’ dan bertampal‐ 3. Seluar dengan ‘poket yang banyak’ dan bertampal‐ tampal tidak dibenarkan. tampal tidak dibenarkan.  4. Jika memakai Sarung/’Maxi’ hendaklah labuh, longgar, tidak jarang & tidak ketat.  Kasut  1. Hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat dan 1. Hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat dan sempurna berstoking.  sempurna berstoking. 2. Kasut sukan dibenarkan. 2. Kasut sukan dibenarkan. 

3. Selipar, terompah, capal, sandal dan seumpamanya 3. Selipar, terompah, capal, kasut ‘platform’ dan

adalah dilarang.  seumpamanya tidak dibenarkan.  4. Kasut yang berladam logam yang berbunyi bising 4. Kasut yang berladam logam yang berbunyi bising adalah dilarang.  adalah dilarang. 5. Kasut mestilah menutup jari kaki dan tumit. Rambut 1. Rambut sentiasa pendek dan kemas. Aras belakang 1. Pelajar Islam wajib memakai tudung seperti yang tidak melebihi paras kolar baju, aras tepi tidak disyariatkan Islam.  melebihi paras setengah telinga dan aras depan tidak 2. Hendaklah kemas dan beridentitikan seorang pelajar melebihi aras dahi.  perempuan.  2. Rambut berfesyen seperti ‘afro’, ‘punk’,  ‘mohawk’,’k‐pop’, berekor dan diwarnakan adalah 3. Rambut berfesyen seperti ‘afro’, ‘punk’, ‘mohawk’, dilarang.  ’k‐pop’, berekor dan diwarnakan adalah dilarang. 3. Tidak botak kecuali yang disyariatkan agama. Perhiasan  1. Sebarang bentuk perhiasan adalah dilarang  1. Tidak digalakkan memakai barang kemas.  melainkan cincin. Cincin emas adalah dilarang. 2. Mencukur bulu kening dan solekan yang berlebihan 2. Hanya sebentuk cincin sahaja dibenarkan. dilarang.

(23)

Sesi 

(24)

a) Pelajar asrama TIDAK DIBENARKAN membawa kenderaan bermotor.   

b) Pelajar  harian  (tidak  tinggal  di  Asrama)  yang  memandu  kenderaan  sendiri  hendaklah  mendaftarkan kenderaan masing‐masing dengan membeli PAS KENDERAAN (bawa bersama  lesen memandu dan cukai jalan/insuran yang sah) di Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Kenderaan  hendaklah diletakkan di tempat yang dikhaskan sahaja.    (Rujuk Papan Tanda dan Arahan Pengawal Keselamatan). 

2.8 KAWASAN LARANGAN MEROKOK 

Kampus Politeknik Sultan Azlan Shah merupakan KAWASAN LARANGAN MEROKOK. Anda boleh  dikenakan tindakan disiplin sekiranya ditangkap merokok di mana‐mana kawasan di kampus. 

(25)

Sesi  SEPT2017  PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

2.9 PETIKAN AKTA INSTITUSI‐INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB) 

1976 (AKTA 174) 

a) Kehadiran Di Kuliah   

Kehadiran  di  kuliah  adalah  wajib.  Pelajar  hendaklah  dengan  seberapa  segera  memberitahu  pensyarah yang berkenaan sebab‐sebab tidak hadir yang memuaskan hatinya dan mendapatkan  kelulusan mengenainya.      b) Pakaian dan Penampilan Diri    Pelajar hendaklah berpakaian secara sopan atau bersesuaian ketika menghadiri kuliah, tutorial,  peperiksaan, kelas, bengkel atau ketika melibatkan diri atau menghadiri apa‐apa aktiviti sama  ada di dalam atau di luar kampus atau semasa berada di mana‐mana bahagian di dalam kampus.  c) Kad Pelajar   

Pelajar  hendaklah  memakai  Kad  Pelajarnya  pada  bila‐bila  peristiwa  dan  pada  bila‐bila  masa  sebagaimana  yang  diarahkan  oleh  Pegawai  Hal  Ehwal  Pelajar.  Kad  pelajar  hendaklah  dipakai  ditempat yang sesuai dan mudah dilihat. Sebarang pengubahsuaian terhadap kad pelajar adalah  dilarang sama sekali.      d) Judi Dalam Kampus   

Tiada  seseorang  pelajar,  dan  tiada  sesuatu  pertubuhan,  badan  atau  kumpulan  pelajar,  boleh  mengorganisasi, mengurus, menjalankan atau membantu dalam mengorganisasi, mengurus atau  menjalankan, atau menyertai, apa‐apa judi, pertaruhan atau loteri dalam kampus.      e) Minum Atau Memiliki Minuman Keras Dan Mabuk    Tiada seseorang pelajar boleh meminum atau ada dalam miliknya atau di bawah jagaan atau  kawalannya apa‐apa minuman keras di dalam kampus.      f) Bahan Lucah   

(26)

  Tiada seseorang pelajar boleh ada dalam miliknya atau di bawah jagaan atau kawalannya apa‐  apa dadah atau racun.      h) Kebersihan Di Dalam Kampus    Seseorang pelajar tidak boleh melakukan sesuatu yang boleh menjejas kebersihan dan kekemasan  tempat tinggal seseorang pelajar di dalam kampus atau kebersihan atau kekemasan mana‐mana  asrama, dewan kuliah, jalan, taman atau kebersihan atau kekemasan mana‐mana bangunan atau  binaan lain di dalam kampus.      i) Membuat Bunyi Yang Menggusarkan Dan Mengganggu    Seseorang pelajar tidak boleh membuat apa‐apa bunyi atau bising, atau menyebabkan diterbitkan  apa‐apa bising atau bunyi, dengan apa‐apa jalan atau dengan apa‐apa cara, jika bising atau bunyi  itu menyebabkan kegusaran atau gangguan kepada orang lain di dalam kampus.      j) Tempat Tinggal Dan Tempat Tidur Di Kampus    Tiada seseorang pelajar boleh menggunakan atau menyebab digunakan mana‐mana bahagian  kampus atau mana‐mana bahagian daripada mana‐mana bangunan di dalam kampus sebagai  tempat tinggal atau tempat tidur, kecuali tempat yang disediakan baginya dalam asrama  dalam Institusi.      k) Larangan‐larangan Am   

Seseorang  pelajar  tidak  boleh  berkelakuan,  samada  di  dalam  atau  di  luar  kampus,  secara  yang  boleh  merosakkan  atau  mendatangkan  mudarat  kepada  kepentingan,  kesentosaan  atau  namabaik  Institusi,  atau  kepada  kepentingan,  kesentosaan  atau  namabaik  mana‐mana  pelajar,  kakitangan, pegawai, atau pekerja Institusi, atau kepada ketenteraman atau keselamatan awam,  atau kepada akhlak, kesopanan atau tatatertib. 

(27)

Sesi 

SEPT2017  PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

l) Keingkaran   

Jika seseorang pelajar tidak mematuhi atau melanggar sesuatu arahan atau kehendak yang sah  yang  diberi  atau  dibuat  oleh  mana‐mana  kakitangan,  pegawai  atau  pekerja  politeknik  yang  diberikuasa untuk memberi atau membuatnya dalam kampus, maka pelajar itu adalah bersalah  atas suatu kesalahan tatatertib.      m) Hukuman Tatatertib   

Seseorang  pelajar  yang  didapati  bersalah  atas  sesuatu  kesalahan  tatatertib  boleh  dikenakan  mana‐mana satu daripada hukuman yang berikut atau mana‐mana dua atau lebih hukuman itu  disatukan sekali:    i. amaran;    ii. denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit;    iii. penggantungan daripada mana‐mana daripada atau kesemua kemudahan Institusi  selama tempoh yang ditentukan;    iv. penggantungan daripada mengikuti kursus pengajian di Institusi selama tempoh yang  ditentukan;    v. penghalangan daripada menduduki sebahagian atau keseluruhan peperiksaan di Institusi;    vi. penyingkiran daripada mana‐mana bahagian Institusi selama tempoh yang ditentukan;    vii. pembuangan daripada Institusi, oleh pihak berkuasa tatatertib. 

2.10 PERKARA ‐ PERKARA LAIN 

a) Pelajar hendaklah juga membawa pakaian sukan seperti ‘track‐bottom’, baju‐ T (keutamaan  putih), kasut dan stoking. Pelajar Islam hendaklah sentiasa berpakaian sukan yang menutup  aurat.    b) Pelajar Islam juga hendaklah membawa pakaian bersolat yang lengkap.    c) Sediakan mesin kira (calculator) saintifik yang tidak boleh diprogramkan. (Boleh dibeli di  kedai KOPSAS). 

(28)

MAKLUMAT TAMBAHAN: 

SEMUA PELAJAR JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL , 

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM DAN JABATAN 

KEJURUTERAAN ELEKTRIK dikehendaki menyediakan 

Wang Tunai RM120.00 (anggaran) Untuk Pembelian 

‘Safety Boots’ dan Jaket Bengkel / Makmal. URUSAN 

PEMBELIAN ADALAH BERGANTUNG KEPADA PIHAK 

JABATAN MASING‐MASING. 

(29)

Sesi 

SEPT2017  PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

PANDUAN SEMASA MENDAFTAR

Anda dinasihatkan supaya membaca maklumat dan arahan di bawah dengan teliti  supaya urusan pada hari pendaftaran berjalan dengan lancar. Anda tidak akan  didaftarkan sekiranya mana‐mana perkara yang disebutkan di bawah tidak  dipenuhi. 

(30)

Tarikh dan waktu pendaftaran serta maklumat tambahan ada dinyatakan dalam surat iringan yang  telah diposkan atau di dalam portal PSAS. 

(Jika anda tidak mendaftar pada tarikh, masa dan tempat yang telah 

ditetapkan bermakna anda menolak tawaran ini) 

3.2 PERKARA‐PERKARA YANG MESTI DIBAWA SEMASA HARI 

PENDAFTARAN 

a) DOKUMEN – DOKUMEN ASAL yang berikut:    i. Kad Pengenalan    ii. Slip Bayaran BIMB (Yuran Pengajian & Yuran Asrama)    iii. Slip Bayaran BIMB (Bayaran Pelbagai)    iv. Surat Tawaran ke Politeknik    v. Sijil atau Slip Keputusan Peperiksaan SPM/SPM(V)    vi. Dokumen kokurikulum yang berkaitan (terutamanya mewakili negara dan negeri)    vii. Borang‐borang Pendaftaran berikut yang telah lengkap diisi:‐    1) BHEP1‐Borang Maklumat Peribadi Pelajar    2) BHEP2‐Ikrar Pelajar dan Lepas Tanggung    3) BHEP3‐Kebenaran Ibu/Bapa/Penjaga untuk Rawatan Pembedahan    4) BHEP4‐Akujanji Pelajar PSAS    5) BHEP5‐Borang Pendaftaran Asrama    6) BHEP6A‐Borang Jaminan Tatatertib Asrama    7) BHEP6B‐Borang Jaminan Tatatertib Asrama (Salinan Pelajar)    8) BHEP7‐Laporan Pemeriksaan Doktor  (Jika anda tidak mengemukakan dokumen ASAL, pendaftaran anda boleh DITOLAK)  b) Lima keping gambar warna yang terbaharu ukuran  pasport / lesen memandu (termasuk  yang dilekatkan pada borang). Semua pelajar lelaki hendaklah bertali leher dan berambut  pendek ketika bergambar. Pelajar perempuan pula, berpakaian yang tidak  mendedahkan bahagian bahu dan dada. Pelajar perempuan Islam hendaklah bertudung  hitam. 

(31)

Sesi  SEPT2017  PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

3.3 PAKAIAN DAN RUPA DIRI SEMASA HARI PENDAFTARAN 

Sewaktu mendaftar pelajar hendaklah berpakaian sempurna dengan rupa diri yang kemas  seperti berikut:  a) Pelajar lelaki hendaklah memakai BAJU KEMEJA PUTIH dan SELUAR ‘ SLACK’ HITAM (GELAP),  serta memakai stoking dan KASUT HITAM.      b) Pelajar perempuan hendaklah memakai sama ada BAJU KURUNG PUTIH (tanpa corak), KAIN   

SARUNG  HITAM  DAN  KAIN  TUDUNG  HITAM  (pelajar  Islam)  atau  ‘BLOUSE’  PUTIH  (tanpa  corak) DAN SKIRT LABUH HITAM yang kemas dan bersopan serta memakai stoking dan KASUT  HITAM (bertutup penuh).      c) Rambut mestilah kemas. Bagi pelajar lelaki, rambut hendaklah PENDEK DENGAN PARAS    BELAKANG TIDAK MELEBIHI PARAS KOLAR BAJU, PARAS TEPI TIDAK MELEBIHI PARAS ATAS  TELINGA DAN PARAS DEPAN TIDAK MELEBIHI PARAS DAHI. 

PERINGATAN:

PEMAKAIAN TOPI, SELUAR ‘JEANS’, SELUAR PENDEK,

SELUAR SUKAN DAN BERSELIPAR ADALAH DILARANG.

(32)

a) SEMUA pelajar baharu PSAS diwajibkan mengikuti program Minggu Suai kenal yang bermula  selepas selesai pendaftaran pelajar dan ianya berlangsung selama tiga atau empat hari. Segala  urusan lain hendaklah dibuat di luar waktu program tersebut.      b) Pelajar lelaki dikehendaki memakai kemeja lengan panjang putih dan seluar ‘ slack’  hitam/gelap sewaktu sesi taklimat / ceramah (atau pakaian lain seperti diarahkan).     

c) Pelajar  perempuan  dikehendaki  memakai  baju  kurung  putih  (tanpa  corak),  kain  tudung  hitam dan kain sarung atau ‘blouse’ putih (tanpa corak) dan skirt labuh hitam/gelap sewaktu  sesi taklimat/ceramah (atau pakaian lain seperti diarahkan). 

   

(33)

Sesi 

SEPT2017  PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

(34)

i.

KAEDAH PEMBAYARAN 

YURAN PENGAJIAN & ASRAMA

 

(RM200 & RM60) DI BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) 

MULAI 15 OGOS 2013, BAYARAN YURAN PENGAJIAN DAN ASRAMA HANYA BOLEH  DIBUAT MELALUI SALAH SATU DARIPADA TIGA (3) SALURAN IAITU:  A PERBANKAN INTERNET (BAGI YANG MEMILIKI AKAUN BIMB)  1. Layari www.bankislam.com.my    2. Klik logo “Internet Banking Login” dan tekan butang “ok” pada “Security Alerts”  Masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk memasuki sistem Perbankan Internet Bank  3  Islam.  4. Pilih “Bill Presentment” pada bahagian “Bill Payment”.    5. Pilih POLITEKNIK KPT pada bahagian senarai Universiti.    6. Masukkan No Kad Pengenalan pada ruang Kad Pengenalan dan klik “next”    7. Senarai bil akan dipaparkan. Pilih bil yang hendak di bayar dan klik “pay”  Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih “source account” yang hendak  8.  di debitkan and sahkan jumlah amaun yang hendak di bayar dan klik “pay”  9. Skrin berikutnya akan menyenaraikan maklumat bayaran yang perlu disahkan..    10. Klik "Confirm" untuk meneruskan pembayaran atau sebaliknya.    Skrin berikut akan menunjukkan makluman bayaran yang telah dilakukan. Pelanggan    11. adalah dinasihatkan untuk membuat salinan makluman bayaran yang dilakukan  sebagai rujukan. 

(35)

Sesi  SEPT2017  PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU B MESIN ATM BANK ISLAM (BAGI YANG MEMILIKI AKAUN BIMB)  1. Pilih menu LAIN‐LAIN    2. Pilih menu PEMBAYARAN BIL / YURAN IPT    3 Pilih menu YURAN IPT  4. Pilih Akaun Pembayar ( akaun yang akan didebit )    5. Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar    6. Pilih Bil yang ingin dibayar    7. Sahkan amaun yang ingin dibayar      8. Transaksi selesai dan ambil Resit  MESIN DEPOSIT TUNAI (CASH DEPOSIT MACHINE ‐ CDM) BANK ISLAM (BAGI YANG  TIDAK MEMILIKI AKAUN BIMB)  1. Pilih menu YURAN IPT    2. Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar    3 Pilih POLITEKNIK KPT  4. Sahkan data dan masukkan wang    5. Sahkan jumlah kemasukkan wang    6. Transaksi selesai dan ambil Resit 

(36)

ii. KAEDAH PEMBAYARAN 

BAYARAN PELBAGAI

 (RM600 @ RM150) 

DI BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) 

Kaedah  membayar  Bayaran  Pelbagai  HENDAKLAH  melalui  KAUNTER  di  mana‐mana  cawangan  BIMB  dengan  menggunakan  Slip  Bayaran  (Bill  Payment)  BIMB  yang  disediakan  seperti  di  bawah  atau menggunakan Slip Bayaran yang telah disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar, PSAS:  1  2  3  5  4  6  7  8  Calon boleh membuat bayaran di mana‐mana kaunter cawangan BIMB dengan  melengkapkan Borang Slip Pembayaran Bil seperti berikut:  1.  Nama  : (sila letakkan nama calon pelajar)  2.  No. Akaun  : 08068010020364  3.  No. Telefon  : (sila letakkan no telefon calon pelajar)  4.  Wang tunai Ringgit /  : Ringgit Malaysia Enam Ratus Sahaja / Ringgit Malaysia Satu Ratus Lima

Cash  Puluh Ringgit Sahaja (*bergantung kepada kategori calon pelajar)

5.  Jumlah Bersih  : RM600/RM150 (*bergantung kepada kategori calon pelajar) 6.  Bayar Kepada  : KOPSAS BERHAD (HEP) (KOD 570)

7  Jenis Bayaran  : BAYARAN PELBAGAI

No. Kad Pengenalan  : (sila letakkan no kad pengenalan calon pelajar) 

(37)

Sesi 

SEPT2017  PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

LAMPIRAN B 

PETA LOKASI POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH 

(38)
(39)

Sesi 

SEPT2017  PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

LAMPIRAN D 

a)  SENARAI SEMAK DOKUMEN ASAL YANG PERLU DIBAWA SEMASA PENDAFTARAN 

BIL  PERKARA TANDAKAN ( / )

DOKUMEN ASAL 1  Borang Hal Ehwal Pelajar 1‐7 (BHEP 1 – 7) 2  Lima (5) keping gambar berukuran pasport (memenuhi spesifikasi yang telah  ditetapkan oleh pihak Politeknik Sultan Azlan Shah)  3  Surat Tawaran Kemasukan Ke Politeknik 4  Kad Pengenalan  5  Keputusan atau sijil SPM/SPMV 6  Sijil Berhenti Sekolah  7  Surat Akuan Testimonial Sekolah (JIKA BERKAITAN) 8  Sijil kokurikulum  9  Slip Peperiksaan Semester Akhir atau Transkrip (Intergrasi) 10  Slip Pengesahan Pendaftaran Online 11  Borang Lapor Diri Pelajar Baharu 12  Slip Bayaran BIMB (Slip Bayaran Yuran Pengajian / Yuran Asrama / Bayaran  Pelbagai Politeknik)  13  Slip Keputusan Malaysian University English Test (MUET) – jika berkaitan 

(40)

BIL  PERKARA TANDAKAN ( / )

DOKUMEN SALINAN 1  Tiga (3) salinan Surat Tawaran Kemasukan ke Politeknik 2  Tiga (3) salinan kad pengenalan (depan dan belakang) – disahkan 3  Tiga (3) salinan keputusan atau sijil SPM/SPMV – disahkan 4  Tiga (3) salinan sijil berhenti sekolah (tingkatan 5) – disahkan 5  Tiga (3) salinan surat akuan/testimonial sekolah (JIKA BERKAITAN) – disahkan  6  Tiga (3) salinan sijil kokurikulum – disahkan 7  Tiga (3) salinan slip peperiksaan semester akhir atau transkrip (Intergrasi) –  disahkan  8  Tiga (3) salinan slip Bayaran BIMB (Slip Bayaran Yuran Pengajian / Yuran  Asrama / Bayaran Pelbagai Politeknik)  9  Tiga (3) salinan Medical Check‐Up 10  Salinan Slip Keputusan Malaysian University English Test (MUET) – jika  berkaitan 

Kesemua  salinan  dokumen  ini  adalah  untuk  SIMPANAN  PELAJAR  BAGI  TUJUAN 

SISTEM  PENASIHAT  AKADEMIK  DI  JABATAN  AKADEMIK,  PERMOHONAN  BIASISWA  DAN LAIN‐LAIN. 

(41)

Sesi 

Referensi

Dokumen terkait

Adapun tujuan dalam penelitian ini adalah untuk mengetahui besarnya presentase (%) kredit produktif dari total kredit dan presentase (%) kredit konsumtif dari

Kuadran kanan bawah abdomen dengan rebound tenderness (nyeri tekan lepas), peninggian laju endap darah, tanda psoas yang positif, nyeri tekan rectal pada sisi kanan.

Totok Sudarmanto, “Tarekat Siddiqiyyah Di Desa Wage, Taman, Sidoarjo (1985-2008) (Studi Tentang Sejarah dan Ajaran Tarekat Siddiqiyyah)” (Skripsi tidak diterbitkan,

Oleh karena sebagian besar masyarakat nelayan di Kabupaten Cilacap telah lama menggantungkan hidupnya dari wilayah perairan Segara Anakan, maka implementasi Perda Nomor 6 Tahun

Menimbang : bahwa dalam rangka mendukung tertib administrasi pengelolaan keuangan pelaksanaan pemungutan Pajak Bumi dan Bangunan di Kabupaten Banyuwangi Bagian

Selain penelitian yang membahas kesalahan berdasarkan kriteria Watson, Susanti (2017) melakukan penelitian yang membahas analisis kesalahan siswa dalam menyelesaikan

[r]

Berdasarkan perhitungan PDRB atas dasar harga konstan 2000, laju pertumbuhan ekonomi Kabupaten Bandung Barat tahun 2012 adalah sekitar 6,04 persen.. Sedangkan di sisi