Taklimat Bagi Ibu Bapa
Murid P5 & P6
Tarikh: 18hb Januari 2013
Tempat: ML Room
Agenda
• Sukatan Pelajaran Bagi Buku Mekar
• Bahan – bahan Pengajaran Bagi Bahasa
Melayu
• Penilaian
• Program dan Bahan – bahan Bahasa Melayu
untuk 2012
Sukatan Pelajaran Bagi Buku Mekar
• Murid – murid akan dinilai berdasarkan 4 komponen: -
Bertutur
Membaca
Mendengar
Menulis
Murid – murid bukan sahaja dinilai semasa penilaian
formal tetapi menerusi ujian kecil / kuiz / renungan
guru dsb.
Bahan-Bahan Pengajaran Bagi Bahasa
Melayu
• Buku Teks
• Buku Aktiviti
• Fail Bahasa Melayu – Bahasa, Kefahaman &
Karangan
• Lembaran Kerja
Penilaian P5BM & P5BML
• Penilaian formal akan dijalankan setiap
penggal:–
• Ujian Penilaian 1 (PP1)
• Peperiksaan Pertengahan Tahun (SA1)
• Ujian Penilaian 2 (PP2)
Penilaian P6BM & P6BML
• Penilaian formal akan dijalankan setiap
penggal:–
• Ujian Penilaian 1 (PP1)
• Peperiksaan Pertengahan Tahun (SA1)
• Peperiksaan Prelim – P6
Komponen Penilaian bagi Peperiksaan
Pertengahan Tahun / Akhir Tahun / Prelim
bagi P5 & P6 BM
•
Kertas 1: Karangan
i.
Karangan Bertopik
ATAU
ii. Karangan Gambar Bersiri Enam
(40 markah) -
Isi
(20 markah)
Komponen Penilaian bagi Peperiksaan
Pertengahan Tahun / Akhir Tahun / Prelim
bagi P5 & P6 BM
• Kertas 2: Bahasa & Kefahaman
Bahagian A (46 markah) -
Kata Berimbuhan
(10 soalan – 20 markah)
Peribahasa
(5 soalan – 10 markah)
Kefahaman Objektif
(4 soalan – 8 markah)
• Kertas 2:
Contoh Soalan Kata Berimbuhan (20 markah)
Hampir setiap hari kita mendengar tentang kemalangan jalan raya. Kemalangan ini
mengakibatkan banyak nyawa yang (1)____________.
Terdapat banyak faktor yang (2)____________
kemalangan jalan raya. Salah satu puncanya adalah
memandu (3)____________ had kelajuan yang ditetapkan. Apabila had laju ini tidak
(4)____________, kemalangan akan berlaku. 1 (1) berkorban (2) mengorbankan (3) pengorbanan (4) terkorban 2 (1) bersebab (2) disebabkan (3) menyebabkan (4) penyebab 3 (1) berlebihan (2) melebihi (3) melebihkan (4) terlebih
• Kertas 2:
Contoh Soalan Peribahasa (20 markah)
Pak cik Hashim
mempunyai dua orang anak lelaki. Hubungan di antara anak-anaknya (11) sangat
rapat. Semenjak kematian
isterinya, Pak cik Hashim yang menjaga dan mengurus keperluan mereka. Pak cik Hashim terpaksa (12)
banting tulang untuk
mencari nafkah.
11(1)bagai isi dengan kuku
(2)bagai aur dengan tebing (3)bagai dakwat dengan kertas (4)seperti pahat dengan penukul
12(1)selalu sibuk bekerja
(2)hidup saling bekerjasama
(3)kerja keras dengan bermati-matian (4)mengerjakan sesuatu yang sia-sia
Anjuran Rahimah Bridal Wear 341 Jalan Megat, Singapura 801522
PERHATIAN BAKAL MEMPELAI!
Inginkan majlis perkahwinan yang indah tetapi tidak mempunyai cukup duit?
Ayuh ajak pasangan anda ke acara ini untuk mendapatkan diskaun-diskaun pakej perkahwinan hingga 40%! Pameran akan diadakan selama 3 hari sahaja bermula 8hb
Ogos 2010.
Suntan City Mall, Dewan 408 Dibuka 10 pagi – 9 malam
Acara & Perkhidmatan Hebat:
•Kek Kahwin Istimewa
• Konsultasi perkahwinan percuma! • Konsultasi rumah percuma!
• Pakej Andaman
• Reka Kad Jemputan Anda Sendiri! • Sesi Soal Jawab Isu Rumahtangga oleh Ustazah Rosita
Saksikan peragawati-peragawati meragakan baju-baju pengantin hasil rekaan pereka fesyen terkenal Malaysia,
Jun Hassan!
Tiket: $20 setiap seorang
Diskaun $15 bagi setiap pasangan!
16. Pameran perkahwinan akan diadakan pada ______________.
(1) 6hb Ogos hingga 8hb Ogos 2010 (2) 3hb Ogos hingga 8hb Ogos 2010 (3) 8hb Ogos hingga 10hb Ogos 2010 (4) 8hb Ogos hingga 11hb Ogos 2010
17. Semua acara di bawah ini terdapat di pameran itu kecuali ______________.
(1) tempahan kek
(2) pakej andaman pengantin
(3) mereka kad jemputan anda sendiri
• Kertas 2:
Contoh Soalan Kefahaman Objektif (8 markah)
“Hanna! Sudah ambil pasport Hanna?” tanya ibu.
Hanna tidak sabar lagi untuk berangkat ke sebuah pulau terpencil menaiki kereta api dan feri. Ini merupakan kali pertama Hanna meninggalkan tanah airnya untuk pergi makan angin lagi di negeri lain semenjak pemergian ayahnya tiga tahun yang lalu.
20 Hanna pergi ke Pulau Jati bersama ________________. (1) ibu dan ayahnya
(2) ibu dan abangnya (3) ayah dan abangnya (4) ayah, ibu dan abangnya
Komponen Penilaian bagi Peperiksaan
Pertengahan Tahun / Akhir Tahun / Prelim
bagi P5 & P6 BM
• Kertas 2: Bahasa & Kefahaman
Booklet B (44 markah) -
Golongan Kata
(8 soalan – 16 markah)
Frasa
(4 soalan – 8 markah)
• Kertas 2:
Contoh Soalan Golongan Kata (16 markah)
berangkat dibasahi jauh kehabisan kehausan kesal lenyap
melihat menaiki menikmati meninggalkan untuk
Hani merungut seorang diri sepanjang perjalanan pulang dari
sekolah. Petang itu, dia tidak dapat (24) ___________________ bas kerana
terlupa membawa kad Ez-linknya. Duit syiling di dalam dompetnya pula sudah
(25) ___________________ kerana telah dibelanjakan semasa waktu rehat di
sekolah. Perjalanan yang agak (26) ________________ serta cuaca yang
• Kertas 2:
Contoh Soalan Frasa (8 markah)
(1) tidak sihat hari ini (2) mengubah sikap saya (3) berasa agak letih hari ini (4) tersenyum dengan gembira (5) mengabaikan kesihatan kamu
(6) menyelesaikan kerja sekolah saya terlebih dahulu
SOALAN JAWAPAN 32
Cikgu Aliyah: Eh, Athirah, mengapa kamu kelihatan pucat lesi? Kamu (32) __________________?
• Kertas 2:
Contoh Soalan Kefahaman Subjektif (20 markah)
Faizal tidak hadir di sekolah sejak dia pengsan secara tiba-tiba di kantin. Aku risau. Aku cuba telefon Mak Cik Gayah tetapi tidak ada
jawapan. Aku masih ingat lagi waktu itu. Sebuah kereta mewah memasuki perkarangan sekolah. Heboh ketua murid mencari aku kerana katanya, ada orang hendak berjumpa dengan aku. Aku pun menemui pemandu kereta mewah itu. Rupa-rupanya, orang itu Pak Cik Hamid, pemandu peribadi bapa Faizal.
36. Mengapakah Danial berasa risau? (2 markah)
37. Apakah berita yang hendak disampaikan oleh Pak Cik Hamid kepada Danial? (2 markah)
• Kertas 2:
Contoh Soalan Kefahaman Subjektif (20 markah)
38. Terangkan dua perkara yang Danial lakukan setelah mendapat berita daripada Pak Cik Hamid. (4 markah)
39. Berikan bukti-bukti yang menunjukkan Faizal sedang dalam keadaan tenat ketika ditemui Danial? (4 markah)
40. Berikan dua sifat Danial yang terpuji yang boleh kita contohi. Berikan contoh untuk menyokong
jawapan kamu. (4 markah)
• Kertas 2:
Contoh Soalan Kefahaman Subjektif (20 markah)
41(a)Berdasarkan petikan karangan ini, berikan maksud perkataan-perkataan yang
berikut dengan menggunakan tidak lebih daripada lima patah perkataan.
(i)heboh (1 markah) ________________________________________________ (ii)sedar (1 markah) ________________________________________________ (iii)Tersekat-sekat (1 markah) ________________________________________________
(b)Satu perkataan dalam petikan yang bermaksud perasaan sedih atau hiba ialah
Komponen Penilaian bagi Peperiksaan
Pertengahan Tahun / Akhir Tahun / Prelim
bagi P5 & P6 BM
• Kertas 3: Kefahaman Mendengar
10 Soalan Kefahaman Mendengar Berdasarkan 4 Teks
Komponen Penilaian bagi Peperiksaan
Pertengahan Tahun / Akhir Tahun / Prelim
bagi P5 & P6 BM
• Kertas 4: Lisan (50 markah)
Bacaan Lantang
(20 markah)
Penerangan Gambar
(20 markah)
Perbualan Berdasarkan Topik Yang Berkaitan Dengan
Gambar
(10 markah)
Komponen Penilaian bagi Peperiksaan
Pertengahan Tahun / Akhir Tahun / Prelim
bagi P5 & P6 BML
•
Kertas 1: Karangan (40 markah)
i.
Karangan Berdasarkan Tajuk & Senario
ATAU
ii.
Karangan Berdasarkan Permulaan
Isi
(20 markah)
• Kertas 1 Bahasa Melayu Lanjutan:
Contoh Karangan Soalan 1 (40 markah)
SOALAN 1:
Tulis sebuah karangan berdasarkan tajuk dan
senario yang diberikan.
Pengalaman Di Pasar Geylang Serai
Kamu telah mengikut ibu ke Pasar Geylang Serai. Semasa berada
di gerai ikan, kamu terpandang beberapa orang budak lelaki
sedang berlari-lari di situ. Tiba-tiba satu jeritan yang kuat telah
memeranjatkan kamu. Apabila kamu menoleh ke arah jeritan itu,
kamu terpandang darah mengalir dari kepala salah seorang budak
tadi. Kamu cuba membantu. Ceritakan bagaimana caranya
• Kertas 1 Bahasa Melayu Lanjutan:
Contoh Karangan Soalan 2 (40 markah)
SOALAN 2:
Tulis sebuah cerita dengan menggunakan
permulaan yang berikut:
Mak Minah duduk di sofa yang terletak di ruang tamu. Malam
kian larut tetapi anaknya masih tidak kelihatan. Beliau amat
bimbang akan keselamatan anaknya. Tiba-tiba...
• Kertas 2:
Bahasa & Kefahaman (60 markah) -
Memadankan Peribahasa
(5 soalan – 10 markah)
Mengedit Teks
(5 soalan – 10 markah)
Melengkapkan Teks
(5 soalan – 10 markah)
Mengenal Pasti Idea Utama
(2 soalan – 4 markah)
Kefahaman
(7 soalan – 26 markah)
Komponen Penilaian bagi Peperiksaan
Pertengahan Tahun / Akhir Tahun / Prelim
• Kertas 2:
Contoh Soalan Memadankan Peribahasa (10 markah
)
(1) putih hati (2) seperti garam jatuh ke air (3) seperti kacang lupakan kulit (4) seperti lipas kudung
(5) seperti pahat dengan pemukul (6) tahan uji
(7) tangan terbuka (8) umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua
1. Dia rela menyerahkah wang simpanannya kepada adiknya yang akan melanjutkan pelajarannya ke luar negeri. Baginya itulah sahaja
bentuk bantuan yang boleh diadakan olehnya. Dia berharap adiknya pulang dengan kejayaan
SOALAN JAWAPAN
• Kertas 2:
Contoh Soalan Mengedit Teks (10 markah)
SOALAN JAWAPAN
6
Dengan adanya komputer, kita dapat menyebarkan
maklumat dengan cepat dan meluas. (6) Perluasan yang pesat dalam bidang teknologi maklumat pula, khususnya Internet, menjadikan dunia semakin kecil. Kita dapat (7) berbahas dengan cepat dan mudah walaupun berada di penjuru dunia yang berlainan. Dengan hanya (8) tekan papan kekunci komputer, (9) kami dapat
• Kertas 2:
Contoh Soalan Melengkapkan Teks (10 markah)
(1)Kaum lelaki juga suka pada senaman ini.
(2)Membaca juga merupakan kegiatan yang baik. (3)Bermain bola sepak merupakan kegemaran kita (4)Kegiatan ini selalunya digemari oleh kaum wanita. (5)Dengan ini kita dapat terus menjaga kesihatan kita.
(6)Antara kegiatan yang mudah kita lakukan ialah membuat kerja-kerja rumah. (7)Kita juga harus menggunakan tenaga yang lebih banyak dengan berolahraga. (8)Senaman aerobik dan kegiatan-kegiatan yang disebut tadi akan menggerakkan otot-otot kita.
Mengurangkan dan mengawal berat badan bukan hanya dengan mengamalkan makanan yang seimbang. (11)___________________________.
SOALAN JAWAPAN 11
• Kertas 2:
Contoh Soalan Mengenal Pasti Idea Utama (4 markah)
Orang-orang Cina menyambut Pesta Tanglung dengan penuh kemeriahan dan kegembiraan. Tanglung-tanglung yang berwarna-warni dan beraneka ragam digantung di hadapan kedai-kedai sebagai tanda untuk menyatakan kedatangan Pesta Tanglung.
Pesta Tanglung yang dikenali sebagai Pesta Kuih Bulan merupakan satu perayaan tradisi Orang Cina. Pesta ini jatuh pada hari ke-15 dalam bulan kelapan mengikut
pengiraan kalendar Cina. Pada hari itu, kanak-kanak menjinjing tanglung yang beraneka bentuk dan dibawa berjalan-jalan. Tanglung mainan diperbuat daripada buluh dan dibaluti dengan kertas warna lutsinar. Sementara Kuih bulan pula berbentuk bulat. Ia dibuat
daripada tepung, kuning telur masin, adunan kacang dan perencah. Kulit kuih bulan juga dihiasi dengan ukiran bunga-bunga agar ia kelihatan lebih menarik dan merangsangkan selera makan.
• Kertas 2:
Contoh Soalan Mengenal Pasti Idea Utama (4 markah)
16 Idea utama yang hendak disampaikan dalam perenggan pertama ialah
(2 markah)
17 Aktiviti-aktiviti utama yang diadakan semasa pesta tanglung
• Kertas 2:
Contoh Soalan Kefahaman (26 markah)
Rosman tinggal bersama ibunya di sebuah rumah kecil, lebih tepat dipanggil pondok sahaja. Atapnya dibuat daripada daun nipah, dindingnya daripada buluh dan lantainya daripada papan yang usang. Namun,
kemiskinan itu tidak menjadi batu penghalang untuk dia terus belajar. Ayahnya meninggal dunia ketika dia berada dalam darjah lima di sekolah rendah dahulu. Kini dia sudah berada dalam kelas menengah satu. Ketika ayahnya masih hidup, Rosman mencari wang dengan menggunakan serawan jala. Ayahnya pula mengambil upah memanjat pokok kelapa.
Ibunya juga berusaha menanam sayur-sayuran di halaman rumahnya supaya dapat dijual di pasar.
• Kertas 2:
Contoh Soalan Kefahaman (26 markah)
18 Apakah pekerjaan Rosman? (2 markah)
19 Nyatakan keadaan rumah Rosman (4 markah)
• Kertas 2:
Contoh Soalan Kefahaman (26 markah)
21 Apakah bentuk bekalan yang ditinggalkan oleh bapanya setelah beliau meninggal dunia? (4 markah)
22 Rosman tidak pernah berputus asa . Jelaskan. (4 markah)
23 Berikan pandangan kamu mengenai kegigihan keluarga Rosman untuk memenuhi kehidupan mereka. (4 markah)
• Kertas 2:
Contoh Soalan Kefahaman (26 markah)
24 Berdasarkan petikan karangan, berikan maksud perkataan-perkataan yang berikut.
(i) upah (1 markah)
(ii) pesanan (1 markah)