PANDUAN
PENGURUSAN PEPERIKSAAN
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH
PENILAIAN MENENGAH RENDAH SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (ULANGAN)
SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA
Cetakan 2010
© Hak Cipta Lembaga Peperiksaan
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin daripada Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pengarah Peperiksaan berhak mengubah mana-mana peraturan yang terkandung dalam Panduan Pengurusan Peperiksaan ini dari semasa ke semasa jika difikirkan perlu.
Segala pertanyaan berkaitan maklumat dalam buku Panduan Pengurusan Peperiksaan ini
hendaklah dirujuk kepada PENGARAH PEPERIKSAAN
LEMBAGA PEPERIKSAAN MELALUI:
PENGARAH PELAJARAN JABATAN PELAJARAN NEGERI
TEMPAT CALON MENDAFTAR
KANDUNGAN
Halaman
Bahagian A : PERATURAN PEPERIKSAAN 1-21
1 Calon Peperiksaan 2
2 Kertas Peperiksaan Berpusat 7
3 Yuran Peperiksaan 12
4 Pendaftaran Peperiksaan 14
5 Pusat Peperiksaan 18
6 Calon Khas 20
Bahagian B : PENTADBIRAN PEPERIKSAAN 22-28 7 Takwim Peperiksaan 23
8 Kehadiran Calon 23
9 Peperiksaan Bertulis 24
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 25
Bahagian C : KEPUTUSAN PEPERIKSAAN 29-38 Keputusan Peperiksaan 30
Sijil /Pernyataan Keputusan Peperiksaan 37
Lampiran 39 Lampiran 1 - Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/1998:
Panduan Tentang Umur Masuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Serta Menduduki Peperiksaan Bagi Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Swasta
Lampiran 2 - Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2001:
Pindaan Bagi Para 2 Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/1998
Panduan Tentang Umur Masuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Serta Menduduki Peperiksaan Bagi Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Swasta
Lampiran 3 - Kelonggaran Syarat Kemasukan Kanak-kanak Di Bawah Umur Ke Tahun 1 Lampiran 4 - Surat Siaran LP(S)-D1.13/(67) bertarikh 8 Mac 1999:
Pendaftaran Mengambil Peperiksaan Calon Warganegara Asing Lampiran 5 - Kertas Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
Lampiran 6 - Kertas Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah Lampiran 7 - Kertas Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/2010:
Pelaksanaan Dasar Menghadkan Jumlah Maksimum Sepuluh(10) Mata Pelajaran dan Penambahan Dua(2) Mata Pelajaran Tambahan Dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
11 12 10
Lampiran 8 - Kertas Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia
Lampiran 9 - Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2007
Garis Panduan Pengoperasian Dasar Pemansuhan Yuran Peperiksaan Awam
Kadar Bayaran
Lampiran 10 - Borang-Borang Pendaftaran UPSR, PMR, SPM, SPM(U), STAM Lampiran 11 - Borang Perakuan Calon Peperiksaan
Lampiran 12 - Senarai Semak Calon Persendirian Lampiran 13 - Borang Pembetulan Maklumat Calon
Borang Pembetulan Mata Pelajaran Lampiran 14 - Borang Perpindahan Calon
Lampiran 15 - Borang Maklumat Calon Berkeperluan Khas Borang Calon Pekak/Bisu (P/D)
Borang Calon Rabun (R)
Borang Calon Buta (B/R)
Borang Calon Spastik/Kecatatan Lain (S/C) Jadual Masa Tambahan Bagi Calon Berkeperluan Khas
Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Malaysia (SPPP) Bil. 5/2003:
Peperiksaan UPSR/PMR/SPM Calon Bermasalah Pendengaran Lampiran 16 - Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1994:
Penilaian Perkara Asas Fardu ‘Ain (PAFA) Dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Lampiran 17 - Borang Permohonan Semak Semula/Kes T
Lampiran 18 - Borang Permohonan Salinan Keputusan Peperiksaan
Borang Permohonan Terjemahan Keputusan Peperiksaan
MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
KATA ALU-ALUAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia.
Terima kasih.
TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN MOHD YASSIN
Keutuhan serta kepercayaan umum terhadap peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan banyak bergantung kepada aspek keselarasan dan pengurusan peperiksaan yang sistematik, cekap dan berakauntabiliti. Bagi masyarakat umum, Lembaga Peperiksaan tidak boleh dan tidak seharusnya melakukan kesilapan dalam menguruskan peperiksaan awam. Sebarang kesilapan walau sekecil mana pun akan tetap mendapat perhatian semua pihak. Hal sebegini dapat dielakkan jika semua pihak yang terlibat memahami pengurusan peperiksaan dan memberikan komitmen, tanggungjawab serta semangat bekerja yang tinggi berlandaskan satu arahan yang piawai.
Justeru, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada Lembaga Peperiksaan di atas inisiatif menerbitkan buku Panduan Pengurusan Peperiksaan ini. Buku ini diterbitkan dengan tujuan memberi panduan dan dijadikan rujukan semua pihak yang terlibat dalam menguruskan peperiksaan awam.
Memandangkan bilangan pelanggan peperiksaan yang begitu ramai, sudah tiba masanya satu arahan piawai diterbitkan bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu ujian terjamin di sepanjang tempoh pengurusan peperiksaan. Semua pihak yang terlibat dalam peperiksaan awam perlu sentiasa diingatkan mengenai kepentingan mematuhi prosedur yang digariskan di dalam buku ini demi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan dapat berjalan dengan lancar, cekap dan saksama.
Harapan saya agar penerbitan buku panduan ini dapat menjamin kualiti pengurusan peperiksaan awam di seluruh negara dan mencapai objektif penerbitannya.
Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurniaNya Lembaga Peperiksaan dapat menerbitkan buku Panduan Pengurusan Peperiksaan.
Usaha ini sangat baik dan pada kesempatan ini saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan usaha murni ini
Kandungan buku Panduan Pengurusan Peperiksaan ini mencakupi aspek-aspek peraturan, pentadbiran dan keputusan peperiksaan. Buku ini penting sebagai rujukan kepada pihak Jabatan Pelajaran Negeri, pihak Pejabat Pelajaran Daerah, pihak sekolah, ibu bapa/penjaga dan juga individu yang hendak menduduki peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan.
Penerbitan buku ini bertujuan untuk memberi keselarasan fahaman dalam kalangan pengguna bagi membantu Lembaga Peperiksaan menguruskan peperiksaan dengan lancar dan berkesan.
Terima kasih.
Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
KATA ALU-ALUAN PENGARAH PEPERIKSAAN
BAHAGIAN A PERATURAN PEPERIKSAAN
BAHAGIAN A
PERATURAN PEPERIKSAAN
1 CALON PEPERIKSAAN
1.1 KATEGORI CALON
1.1.1 UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)
Kod
Calon Kategori Calon
1 Calon Sekolah Kebangsaan
3 Calon Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) 4 Calon Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil)
5 Calon Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia
1.1.2 PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR)
Kod
Calon Kategori Calon
K Calon Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
L Calon Sekolah di bawah agensi Kerajaan selain Kementerian Pelajaran Malaysia (Contoh Maktab Rendah Sains MARA)
M Calon Sekolah Menengah Agama Negeri
N Calon Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia
P Calon Persendirian
R Calon Sekolah Menengah Agama Rakyat
2
BAHAGIAN A PERATURAN PEPERIKSAAN
1.1.3 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
Kod
Calon Kategori Calon
A Calon Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
B
Calon Sekolah di bawah agensi Kerajaan selain Kementerian Pelajaran Malaysia (Maktab Rendah Sains MARA, Maktab Tentera DiRaja dan Sekolah Perantis Tentera)
C Calon Sekolah Menengah Agama Negeri
D Calon Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia
E Calon Persendirian
F Calon Sekolah Menengah Agama Rakyat 1.1.4 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (ULANGAN) – SPM (U)
Kod
Calon Kategori Calon
J Calon Persendirian (Mengulang)
1.1.5 SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)
Kod
Calon* Kategori Calon
S Calon Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
T Calon Sekolah Menengah Agama Negeri V Calon Sekolah Menengah Agama Rakyat
W Calon Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia
X Calon Persendirian
*Berkuatkuasa mulai tahun 2011.
3
BAHAGIAN A PERATURAN PEPERIKSAAN
1.2 KETERANGAN TENTANG CALON
(a) Calon Lewat Daftar
Calon asal pusat berkenaan yang didaftarkan selepas tarikh tutup pendaftaran.
(b) Calon Menumpang
Calon yang mengambil peperiksaan di sesebuah pusat peperiksaan lain dengan menggunakan angka giliran pusat peperiksaan asal tempat calon mendaftar.
(c) Calon Bantahan
Calon yang telah mendaftar untuk menduduki sesuatu kertas peperiksaan tetapi kod kertas peperiksaan tidak tercatat dalam Jadual Kedatangan (JK).
Walau bagaimanapun calon mempunyai bukti pendaftaran kerana kod kertas peperiksaan yang didaftar tercatat pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan (KKP).
(d) Calon Berkeperluan Khas
Calon berkeperluan khas ialah calon yang memerlukan perkhidmatan, peralatan serta perisian khas semasa peperiksaan. Calon tersebut adalah calon terencat akal/Sindrom Down, buta, calon pelbagai kecacatan/ketidakupayaan lain/Disleksia/Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)/Attention Deficit Disorder (ADD)/Autisme/Learning Disabilities (LD), bisu, pekak, rabun dan calon spastik/Cerebral Palsy.
(e) Calon Mengalami Kecederaan
Calon yang mengalami kecederaan dan tidak boleh menulis dengan tangan yang biasa digunakan.
(f) Calon Jatuh Sakit Secara Tiba-tiba
Calon yang pengsan, pitam, histeria, senggugut, hilang ingatan, epilepsi dan sebagainya semasa peperiksaan berlangsung.
(g) Calon Berpenyakit Berjangkit
Calon yang menghidapi penyakit berjangkit seperti H1N1, demam campak, cacar, sakit mata dan lain-lain.
(h) Calon Hospital/Calon Tahanan
Calon yang mengambil peperiksaan di hospital kerajaan/swasta atau pusat tahanan.
(i) Calon Tercicir
Calon yang telah mendaftar tetapi maklumat calon tidak terdapat dalam Jadual Kedatangan (JK).
4
BAHAGIAN A PERATURAN PEPERIKSAAN