BAHASA BERBUNGA
Perenggan Permulaan
Matahari bersinar terang. Cahayanya memancar dengan terik. Kepulan awan seperti kapas putih di angkasa. Cuaca begitu membuat ...
Malam itu pekat seperti arang. Keadaan sunyi-sepi. Jam menunjukkan pukul ...
Guruh berdentam-dentum. Kilat sabung-menyabung. Hujan turun dengan lebatnya. Cuaca begitu menjadikan ...
Angin meniup sepoi-sepoi bahasa. Bunga-bunga indah mekar di taman. Udara sungguh nyaman dan segar seklai. Suasana begitu menimbulkan ....
Matahari terbenam menandakan waktu senja. Burung-burung pun berterbangan pulang ke sarang. Suasana begitu membuat ...
Perenggan Penutup
Kami meninggalkan tempat itu dengan hati yang berat. Namun, kami berasa puas. Semenjak peristiwa itu, ...
Aku diselimuti dengan penyesalan. Tidak aku sangka perkara sebegini boleh terjadi. Namun, aku...
Pihak polis menganugerahkan kami sijil penghargaan atas kerjasama kami. Kami berasa bangga kerana dapat membantu. Peristiwa itu ...
Peristiwa itu meninggalkan kesan kepada diriku. Semenjak hari itu,
Perihal Perasaan Senyuman dan Lamunan
dia mengelamun jauh
lamunannya terhenti
mengukir senyuman
senyuman itu dibuat-buat kasih ibu
senyumannya menawan
tersenyum manis
tidak lokek dengan senyuman
dia tersenyum menampakkan barisan gigi yang asmaradanta/putih bak mutiara
senyuman mesra terukir di bibirnya
segaris senyuman terukir di bibir/bibirnya
mengulum senyuman tipis
mengetap bibir tersenyum
tiba-tiba lamunannya terhenti
lamunannya terputus
membiarkan sejenak fikirannya menerawang
lamunannya tenggelam dalam kemuraman suasana
lamunannya terbang pergi
Perihal Meningatkan/Mengimbas Kembali
ingatannya masih jelas
ingatannya selalu bermain di kepala
ingatannya semakin pudar
ingatannya sudah gelap
masih mengingatkan kisah lama
ingatannya kembali menjangkau suasana masa lampau
mengimbau kenangan silam
ingatannya masih segar
ingatannya terloncat daripada satu peristiwa kepada satu peristiwa yang lain
kenangan pahit, manis, suka dan duka bermain dalam kotak fikirannya
kenangan mengusik jiwa
Perihal Perasaan Marah
angin kemarahannya bertiup kencang
api kemarahan pun menyala
dia sudah menjadi singa
Perihal Perasaan Sedih
air mata berlinangan
air mata mula tumpah dari tasik bundar
air matanya jatuh membasahi pipinya yang gebu
air matanya sudah kering disapu angin
asa pilu mencucuk-cucuk tangkai hatinya
awan mendung bergayutan di pelipis matanya
bagai mencurahkan cuka di kelukaan hatinya
bayang-bayang kesedihan dan kepiluan masih tercalit di wajahnya
beberapa titik air jernih membasahi pipi mudanya
begitu meruntun (menarik/menyentak) jiwa dan perasaan
bencana menimpa kerianganku
bendungan air matanya pecah
berkecamuk dengan perasaan kehibaan
bunga-bunga kemesraan tidak langsung bercambah di wajahnya
cuba menahan air matanya tetapi matanya tetap bertambah kelam
dadanya penuh kecewa
dadanya sebak bagaikan terisi air sampai ke tenggorok
dia meneguk air liurnya sendiri dengan hati terkilan
dipeluk kekecewaan
dirinya bagai ditimpa gunung-gunung batu pejal yang pecah berserakan
diselaputi perasaan pilu
duduk sugul di kepala katil
dunia kecerahan kini telah diliputi awan gelap
harapan itulah yang menyinari makam derita ini
hatinya diserang kesedihan
hatinya luluh
hatinya pecah seribu
hatinya terasa pedih bagai dihiris dengan pisau
hidup tanpa meneguk sepuasnya kasih sayang
juraian air mata mengalir lalu meleleh di lurah pipinya
kegembiraan hatinya menujahkan keluar manik-manik jernih dari birai kolam matanya
keluarkanlah jasadku daripada kesengsaraan
kian sayu dan redup, seredup petang ini
kini dia berasa kosong dan hampa
kolam matanya sudah berkaca
matanya mula terasa basah
memandang dengan sejemput kehampaan yang ternyata di air wajahnya
menahanairmatadaripadamengalirkeluar
menangis tersedu-sedan
menemaninya dalam seribu kegelapan dan kesenyapan
mengembalikan luka-luka yang lama berdarah
mengubat luka yang parah dalam jiwanya
menyayat hati
meratap kesedihan
nada suaranya bagaikan sembilu menghiris tangkai hatinya
nadanya menikam jantung
namun senyumannya tidak dapat menutup mendung yang menyeliputi wajahnya
pedih sungguh hatinya
perkhabaran yang disampaikan itu benar-benar mengguris luka di hatinya
saat demi saat menerbitkan detik-detik yang menusuk tajam ke lubuk sukmanya
sedih berbaur kekecewaan
sedih tidak terkata
segala macam deraan mendesak di segenap cepu kepalanya
sehingga kini, rasanya masih mengalir darah-darah kepedihan di parut luka hatinya
suara batinnya menggelepar
sukar untukku memaparkan lukisan kekesalan yang sebenarnya tidak tercerna lagi
sungguh memilukan hati
sungguh menyusuk dan menyayat hati
tangisan memberi nikmat kepuasan batin
tangisannya memecah kesepian
Perihal Perasaan kasih dan sayang
air mata kasih saying ibu mengalir
bunga kasihnya pun berkembang
daun kasih sayang itu pun gugur
kasih ibu tidak akan kering
kasihnya kepada ibunya amat tebal
mendahagakan kasih saying
curahan kasih sayang
silaturahim antara sanak-saudara
merindui belai kasih daripada seorang ayah/ibu
Perihal Perasaan Gelisah dan Bimbang
bimbang setengah mati
dirantai kebimbangan
dirinya diselimuti kebimbangan
gagal menghentikan keresahan itu
hatinya berdegup kencang dengan penuh kegelisahan
keresahan itu bernyala dalam diri
semakin lama semakin resah dibuatnya
Perihal Perasaan Gembira
dibuai kegembiraan
gembira tidak terkata
hatinya kembang gembira
kegembiraan mengetuk pintu hatinya
rasa gembira bersinar di matanya
tiba-tiba dia dipeluk kegembiraan
sinar gembira mengerlip di matanya/di mata tuanya
seriang kicauan burung-burung yang terbang membelah cuaca petang
dibayangi perasaan gembira
rasa gembira meruap di dadanya
rasaa gembira dan syukur berbunga di lubuk hatinya
dia terlalu gembira, gembira sakan
hatinya melonjak gembira
Perihal Kebakaran
asap tebal memedihkan mata
dalam sekelip mata rumah itu menjadi abu
di tengah-tengah keriuhan suasana itu
hangus dijilat api
keadaan menjadi kelam-kabut
mangsa kebakaran itu belum dikenal pasti
pemandangan yang menyayat hati
punca kebakaran belum diketahui
ramai yang terkorban
sepasukan ahli bomba bertungkus-lumus memadamkan api
suasana mencemaskan sekali
Perihal Kemalangan di Jalan Raya
berita disiarkan di televisyen
dahsyat dan amat mengerikan
kereta bertembung
lori terbabas
malaikat maut sedang menunggu
mangsa di usung masuk ke dalam ambulans oleh paramedik
memegang perutnya yang berlumuran darah
mengerang kesakitan
menghembuskan nafasnya yang terakhir
motosikal tercampak
motosikal terlanggar pembahagi jalan
mukanya lebam dan tangannya luka-luka
nafasnya pendek macam nyawa ikan
orang ramai berkerumun
paramedik menghentikan darah mengalir keluar daripada lukanya
pembonceng motosikal maut
polis mengawal lalu lintas
serpihan kaca bertaburan
Perihal Kemalangan Berbasikal
basikalnya remuk
berlumuran darah
darah mengalir keluar daripada kepalanya
dia tidak sempat menekan brek basikalnya
mengayuh dengan bongkak
menjadi satu pengajaran kepadanya
tercampak ke dalam longkang
tidak berhati-hati
tidak memegang hendalnya
tulang-tulangnya sakit semua
Perihal Lemas
air mengalir deras
air sungai itu dalam dan keruh
air sungai nampak tenang tetapi penuh bahaya
air sungai semakin pasang
arus laut itu semakin deras
hanyut entah ke mana
hati semakin resah
laut bergelombang ganas
memberi bantuan pernafasan
pegawai penyelamat
semakin menghilang
tubuhnya terapung-apung di permukaan air
Konteks Rompakan
bersenjatakan pisau yang tajam
kereta itu memecut laju
lari pantas macam lipas kudung
mangsa terketar-ketar ketakutan
mempertahankan diri
meragut rantai lalu berlari meninggalkan mangsa
pipi kiri perompak itu berparut
sambil membonceng motosikal
satu das tembakan dilepaskan di udara
suara perompak itu kasar
Perihal Kelakuan Jahat
dia cemburu tidak terkata
dia meracun fikiran kawannya
hatinya busuk
hatinya penuh dengan dendam
memulakan rancangan jahatnya
merancang untuk menjatuhkannya
mulutnya sahaja manis tetapi hatinya tidak
Perihal Melangkah
dia pun melangkah perlahan-lahan
langkahnya berat
langkahnya penuh bertenaga
langkahnya pun mati di situ
langkahnya terhenti di situ
melangkah malas ke dalam bilik darjah
Perihal Persahabatan
ikatan persahabatan mereka sudah terputus
membina jambatan persahabatan
mereka sungguh akrab
persahabatan mereka tidak semesra dahulu
Perihal Ketakutan
kakinya seperti terlekat di lantai
lidahnya kelu untuk berkata
peluh sejuk berkumpul di dahi
seluruh kakinya terasa lemah
terasa sebahagian nyawanya hilang
Perihal Ketabahan
bersabar dan tabah siang dan malam
dengan penuh kesabaran
sentiasa tabah berjuang
tabah menghadapi dugaan ujian
tabah menjalani hidup
tidak mudah menyerah kalah
Perihal Kelemahan
hilang selera hendak makan
lemah tidak bermaya
sampai tidak terlarat lagi
tenaganya tidak kuat lagi
Perihal Kebosanan
angin kebosanan mulai bertiup kencang dalam dirinya
kebosanan berkumpul di dalam hati
kebosanan itu bertambah
semacam kebosanan memamah jiwanya
Perihal Kerajinan
bekerja keras tanpa henti
keraijnannya dipuji
menggandakan usaha
tidak kenal erti penat
Perihal Keadaan Miskin
badannya kurus dan nampak tulang
dia hidup melarat
dihimpit kemiskinan
kemiskinan tidak mematahkan semangat
tangan-tangan kurus meminta sedekah
tidak makan berhari-hari
Perihal Kata-kata dan Suara
kata kerasnya menyakitkan hati
kata-katanya penuh ejekan
suaranya lemah seperti orang sakit
suaranya serak-serak basah
suaranya tidak jadi keluar
Perihal Waktu Senja
cahaya mentari senja pun menghilang
hari pun melabuhkan tirai senja
hilang senja timbul malam
langit yang biru mula merubah warna
mentari sedang terbenam di sebalik kepulan awan
Perihal Waktu Pagi
angin pagi membelai rambutnya
di pagi yang hening
keheningan pagi terusik oleh dentuman guruh
mentari merah di ufuk timur
mentari pagi sudah tinggi di atas kepala
pagi mengambil tempat malam yang panjang
terpenjara dalam pagi yang suram
Perihal Waktu Malam
bulan bagaikan tergantung di langit malam
kesepian menyelimuti malam
malam bertambah malam
malam gelap pekat macam arang
malam itu merangkak perlahan
tengah malam buta
Perihal Keadaan Kesunyian
cuba menghalau kesepian jauh darinya
didakap kesunyian
hatinya terasa sunyi
kesunyian itu datang lagi
kesunyian mula menghantui dirinya
Perihal Keadaan Kesejukan
bibirnya sudah biru kesejukan
dia menggigil kesejukan
diserbu kesejukan dengan tiba-tiba
memeluk tubuh menahan sejuk
sejuknya sudah tidak terkata lagi
seluruh tubuhnya menggigil didakap kesejukan
Perihal Keadaan Kepanasan
belakang tubuhnya dibasahi titik-titik peluh
dahinya dipenuhi peluh
manik-manik peluh bergerak
Perihal Suasana Hujan Ribut
dalam hujan ribut guruh berdentum
guruh menggegarkan suasana
hujan ribut belum menunjukkan tanda reda
hujan ribut melanda
hujan ribut semakin menjadi-jadi
kilat sabung-menyabung
titik-titik hujan menjadi kasar
Perihal Suasana Angin
angin tidak lagi bertiup lembut
angin bagaikan sudah mati
angin menghembus perlahan
angin meniup sepoi-sepobiahasa
Perihal Pemandangan
dia jatuh cinta dengan pemandangan
pemandangan itu mempersonakan
pandangannya tertumpu pada
Perihal Fikiran
arus fikirannya seperti terhenti/berhenti
berlegar-legar dalam pusat ingatannya
berlegar-legar soalan itu meroboh alam fikirannya
dalam laut fikirannya
dia membiarkan sejenak fikirannya menerawang
fikirannya dirasuk ingatan yang bukan-bukan
fikirannya melayang jauh
fikirannya menderas (berfikir secara deras/cepat)
fikirannya tenang seperti air jernih di kolam
fikirannya tiba-tiba dikejutkan oleh kutukan perlahan pintu bilik/kamarnya
fikirannya yang tenang tiba-tiba melayang
ingatannya terhadapnya susut tanpa sisa
keadaan di luar itu seperti fikirannya, sesak dan berjerebu
memeras otak
mencari ketenangan di hati
Perihal Kehidupan
hidup sebatang kara
hidupnya bergelumang dosa
kehidupannya penuh dengan suka dan duka
laut kehidupannnya sentiasa bergelora
Perihal Cita-cita
cita-citanya masih membara
cita-citanya sudah tercapai
cita-citanya tinggi menggunung
dia orang miskin tapi kaya cita-cita
memasang lampu cita-citanya
memenuhi cita-citanya sejak kecil
mengejar cita-cita tanpa jemu
Perihal Hati Bermasalah
hatinya dipenuhi kebimbangan
hatinya membisik sesuatu
hatinya penuh denganpelbagai pertanyaan
hatinya tertanya-tanya
hatinya terus bergolak dengan masalah
hatinya terusik
pelbagai persoalan hinggap di kepalanya
perihal pertanyaan
pertanyaan itu keras
pertanyaan itu masih belum terjawab
soalan hanya tinggal soalan
Perihal Mata
ada sinar harapan dimatanya
matanya bersinar lembut
matanya kuyu
matanya layu tidak bermaya
matanya liar memandangku
matanya memandang tepat ke wajahku
matanya seperti memberi isyarat
Perihal Rambut
kepalanya lebat dengan uban
rambutnya disikat belah dua
rambutnya sudah beruban seribu
rambutnya tersisi rapi
rambutnya yang kusut tidak terurus
sebahagian rambutnya menutupi sebelah matanya
Perihal Badan
badannya langsing dan sedap dipandang mata
badannya sudah berat
badannya sudah bertambah gemuk macam tempayan
kulit tubuhnya gebu licin
Perihal Kecantikan
wajahnya berlenggok gaya seperti pragawati
wajahnya berseri-seri bagai bulan purnama
wajahnya bersih dan ayu
wajahnya/kecantikannya menjadi buah mulut orang
Perihal Cacat
dia lumpuh sebelah badan
kakinya kudung sebelah
kakinya sebelah panjang sebelah pendek
matanya buta sebelah
menggunakan tongkat/topang
mukanya berparut dalam
mulutnya sumbing
tangannya tangan palsu
Perihal Tepi Pantai
angin laut bertiup kencang
laut luas terbentang
ombak berdebur keras di batu besar
ombak menghempas ke pantai
Perihal Tempat Kantin Sekolah
bunyi bising di kantin sudah tidak terkawal
kantin penuh sesak dengan murid
kantin sekolah dibanjiri murid
murid beratur penuh sopan menanti giliran
murid mengisi perut masing-masing
suasana bening di kantin dicemari oleh bunyi bising murid
suasana di kantin riuh-rendah
Perihal Tempat Taman Permainan
kanak-kanak bermain ketawa riang
mentari redup sahaja di atas kepala
seorang kanak-kanak berlari terkedek-kedek
suara ceria kanak-kanak kedengaran dari jauh
taman permainan berangin dan teduh
tangan kanak-kanak tergapai-gapai hendak memegang buaian
Perihal Taman
banyak bangku kayu tersedia di situ
banyak pokok bunga seperti berbaris tegak di situ
bau harum pokok bunga yang pelbagai jenis
taman bunga ditumbuhi pokok bunga pelbagai jenis
taman bunga kelihatan indah dari jauh
Perihal Stesen MRT
keretapi MRT melepasi terowong
mesin tokok tambang kad tersedia
pengumuman dibuat melalui pembesar suara
penumpang berjalan pantas dan tergesa-gesa
penumpang meluru masuk ke dalam keretapi
penumpang mengimbas kad E-Zlink
penumpang penuh sesak dan tolak-menolak
stesen MRT tersergam indah dar ijauh
tangga bergerak bergigir-gigir naik dan turun
Perihal Stesen Bas
asap bas menyelinap masuk ke hidung
Perihal Tempat Pusat Membeli-Belah
butik/kedai itu tidak putus-putus didatangi pelanggan
cantik dan menarik perhatian
ramai orang datang melihat-lihat
tangga bergerak tidak henti-henti bergerak turun dan naik
Perihal Pusat Penjaja Makanan
bau makanan yang menghambat hidung
jus limau membasahi tekak
makanan yang sangat menyelerakan
mengisi perut yang berkeroncong
ramai orang menjamu selera
Perihal Tempat Meletak Kereta
kereta itu perlahan-lahan masuk ke dalam tempat kereta
kereta tidak putus-putus masuk dan keluar
tempat letak kereta sentiasa sibuk menyambut kereta
Perihal Bilik Darjah
bibirnya terkunci bila dimarahi
dia tercegat berdiri bila disuruh guru
guru melambakkan pujian kepada ketua murid
guru mengherdik sambil memegang rotan
kelas bertukar menjadi bising bila guru tiada
kelas dihiasi gambar-gambar cantik
kelas diselimuti kesenyapan bila guru besar masuk
kipas angin siling berputar laju
Perihal Kawasan Jalan Raya
banyak pokok ditanam di tepi jalan
bunyi hon kereta mengusik keadaan
jaian raya itu bersalut lumpur
jalan raya berbahang panas
jalan raya itu lurus macam kayu pembaris
Perihal Kenderaan
angin menyerbu masuk ke dalam bas melalui tingkap
bas tua itu dipenuhi penumpang bas berhawa dingin/bas bertingkat
bau peluh mengisi ruang dalam bas yang sesak itu
penumpang penuh sesak macam ikan sardin
Perihal Sifat Bengis
bengisnya menjadi-jadi
dialah singa dalam rumah
kemarahannya menakutkan orang
Perihal Perwatakan Penyayang
hatinya kaya dengan kasih sayang
hatinya mudah tersentuh
hatinya tidak pernah berdendam
membelai anak-anak dengan penuh kasih sayang
Perihal Sifat Pelupa
daya ingatannya sudah cetek
daya ingatannya sudah tidak setajam dulu
daya ingatannya tidak lagi jelas seperti dahulu
ingatannya semakin pudar
sifat pelupanya dikenali ramai
Perihal Kemas
kasutnya bersih dan berkilat
kelihatan cantik dan menawan perempuan
kelihatan segak dan tampan lelaki
kelihatan segak dengan pakaian seragam
pakaiannya berbau harum
pakaiannya bergosok licin
Perihal Keadaan Compang-Camping
bajunya koyak-rabak dan berbau tengik
bajunya tidak berbutang dan koyak
berpakaian compang-camping dan berkaki ayam
giginya kuning dan berbau
misainya tidak bercukur beberapa hari
mukanya penuh dengan misai dan berjanggut panjang
pakaiannya comot
pakaiannya sudah ronyok seribu
rambutnya panjang menutupi seluruh muka
rambutnya yang kerinting tidak terurus
Perihal Surat
dia terpaku membaca surat
surat itu dibaca berkali-kali
surat itu dibaca dengan penuh khusyuk
surat itu disambut dengan penuh kegembiraan
surat itu ditatap dengan linangan air mata
surat itu ditulis dengan kemas
surat itu menyakitkan hati saja
surat itu panjang dan membosankan
suratnya belum berbalas