• Tidak ada hasil yang ditemukan

139413425 Kajian Teks Bahasa Klasik

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "139413425 Kajian Teks Bahasa Klasik"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

2.1 PERBEZAAN BAHASA KLASIK DARIPADA SUDUT MORFOLOGI

ASPEK PENGGUNAAN PERKATAAN (MORFOLOGI)

Penggunaan Bahasa Istana

Bahasa klasik juga lebih banyak menggunakan bahasa istana bagi terutama apabila hal yang diceritakan berkaitan dengan kisah raja-raja atau putera puteri. Menggunakan bahasa istana menunjukkan kesopanan berbahasa.

Contoh beberapa perkataan bahasa istana yang terdapat dalam Hikayat Langlang Buana :

Bahasa Melayu Klasik Maksud dalam Bahasa Melayu Moden MORFOLOGI

MORFOLOGI

Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan)

yang menjadi unit bahasa yang bermakna.

Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan)

yang menjadi unit bahasa yang bermakna.

Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses

pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.

Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses

pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.

Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain

dalam golongan yang sama. Penggolongan kata ialah proses

menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain

dalam golongan yang sama.

Struktur kata yang merujuk kepada pola suku kata bagi:

i. kata asli bahasa Melayu ii. kata pinjaman bahasa Melayu Struktur kata yang merujuk kepada pola suku kata bagi:

i. kata asli bahasa Melayu ii. kata pinjaman bahasa Melayu

(2)

 berpalis Memalis / memandang ke arah lain kerana malu

 Mahligai Istana tempat kediaman raja, permaisuri , puteri, putera

 Santap bersantap makan atau minum (digunakan oleh raja-raja).

 Murka keadaan murka / hal murka/ kemarahan.

2.2.2 Bentuk Kata

Bentuk kata ialah unit tatabahasa yang tunggal dan terhasil melalui proses pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Ada empat bentuk kata iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Berdasarkan teks Hikayat Siak yang dipilih ini, didapati kebanyakan perkataan terdiri daripada kata tunggal, kata terbitan dan kata majmuk. Kata ganda jarang digunakan. Berdasarkan teks Hikayat Langlang Buana, kebanyakan perkataan yang dibentuk berdasarkan empat bentuk kata sepertimana pembentukan bahasa melayu moden.

(i) Bentuk Kata Tunggal

Suku Kata Tunggal Contoh Dalam Teks Hikayat Langlang Buana

Satu suku kata jin

Dua suku kata Peri, pohon, dayang, ghairat, titah, patik, murka 

Tiga suku kata Berahi, manikam, cemerlang, bicara, mahligai, cetera 

Empat suku kata Hulubalang, biduanda,Dipertuan, mutiara, pusparagam

Bentuk Kata Majmuk

Contoh Dalam Teks Hikayat Langlang Buana

Sukacita Matahari

Tuan puteri Tuan hamba

(3)

Gemala hikmat Madah syair Kata Ganda

Contoh Dalam Teks Hikayat Langlang Buana

Laki-laki  Tertawa-tawa

Dayang-dayang  Kira-kira

Biti-biti  Berkata-kata

Sunyi-sunyi  Sekali-kali

Berseru-seru  Indah-indah

2.3 PROSES PEMBENTUKAN KATA

Proses pembentukan kata melibatkan tiga bentuk kata iaitu kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Proses tersebut ialah proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Berdasarkan teks Hikayat Langlang Buana tersebut, banyak perkataan yang digunakan terdiri daripada kata kerja, adjektif dan kata nama yang telah melalui proses pengimbuhan.

2.3.1 Proses Pengimbuhan

Terdapat empat jenis imbuhan iaitu awalan kata nama, awalan kata kerja dan awalan kata adjektif. Imbuhan pula terdiri daripada me-, men-, ber-, ter- dan di-.

Contoh dalam teks Hikayat Langlang Buana : (i) Imbuhan Awalan

Awalan Kata Nama Awalan Kata Adjektif Awalan Kata Kerja

 berpayung  dihadap  bersenda

 berpantun  mencita  bergosok

 berbedak  beroleh  berbangkit

 berlangir  berpalis bercetera

   Berdatang

(4)

Terdapat banyak perkataan yang menggunakan imbuhan awalan tetapi perkataan tersebut adalah yang sama digunakan dalam bahasa Melayu moden. Perkataan berimbuhan di atas jarang digunakan dalam bahasa melayu moden tetapi selalu digunakan dalam bahasa melayu klasik. Berdasarkan perkataan yang ditemui, kebnayakan perkataan ditambah dengan imbuhan ber-.

Contoh dalam teks Hikayat Langlang Buana :

(a) ...patik bermimpi semalam ini tuanku, langit berpayung, bulan dipagar bintang... (m.s36 b.5) (b) Maka Dang Siti Mengerna pun berangkat hidangan ke hadapan Raja Indera....

(m.s42 b.18)

(ii) IMBUHAN AKHIRAN

Imbuhan akhiran terbahagi kepada dua iaitu akhiran kata nama dan akhiran kata kerja. Berdasarkan teks hikayat tersebut, didapati pengarang banyak menggunakan perkataan yang menggunakan imbuhan akhiran -kan dan –an dalam penceritaannya. Berikut adalah contoh perkataan tersebut :

Akhiran Kata Nama

(a) masakan : “Jika kakanda mati masakan adinda hidup.” (m.s46 b. 21) (b) ribaan : maka bayan itu pun melompat-lompat ke ribaan Dang Sendaya.... (m.s39 b.16)

Akhiran Kata Kerja

Tangkapkan : “Segeralah pergi tangkapkan beta laki-laki itu.” (m.s45 b. 34)

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kata adjektif yang diimbuhkan pada akhiran kata kerja.

Hendakkan : Inginlah kami hendakkan bunga itu, baunya ada.. (m.s36 b.11)

(5)

Dalam Hikayat Siak ini, penggunaan perkataan yang mempunyai apitan me-...-kan dan di-...-kan adalah yang paling banyak digunakan oleh pengarang. Dalam bahasa melayu moden, perkataan yang menggunakan apitan me-...-kan biasanya berdasarkan kata nama dan kata kerja. Namun, di dalam bahasa klasik, kata adjektif juga turut menggunakan imbuhan apitan tersebut. Contoh ayat dalam Hikayat Siak adalah seperti berikut :

(i) Apitan Kata Kerja Ke-...-an

Ketiduran : ...rumah nenekku itu ada tempat ketiduran lelaki rupanya... (m.s37 b.14) Kemalu-maluan : Maka tuan puteri pun kemalu-maluan serta berpaling.... (m.s42 b. 3)

(i) Apitan Kata Kerja Men-...-Kan

Mengembalikan : Setelah maka Raja Indera Bumaya pun mengembalikan dirinya yang sediakala duduk di kanan Tuan Puteri.... (m.s41 p.2)

(m/s 52 perenggan 3)

Seperti dalam bahasa moden, penambahan imbuhan men-....-kan ini adalah untuk menunjukkan perbuatan atau melakukan sesuatu. Manakala imbuhan –kan pula jika pada bahasa moden adalah singkatan bagi kata tunggal ‘akan’. Perkataan mengembalikan pada contoh di atas menunjukkan maksud menukar diri kepada asal dan bukan untuk memulangkan sesuatu.

(ii) Apitan Kata Nama Me-...-Kan

Layar adalah satu kata nama. Namun, apabila layar diimbuhkan menjadi melayarkan, ia bermakna perbuatan melepaskan seseorang atau sesuatu berlayar di laut. Dalam bahasa moden, kata terbitan melayarkan ini selalu juga digunakan terutama sekali dalam puisi moden dan sebagai kata bantu kepada kata nama bahtera.

(6)

digantikan dengan diftong ng menjadi mengampungkan. Walau bagaimanapun, perkataan mengampungkan ini boleh disamakan dengan maksud ringkas mengumpul orang satu kampung. Namun, perkataan mengampungkan ini adalah jengkel digunakan dan tidak pernah digunakan dalam bahasa melayu moden.

(iii) Apitan Kata Kerja Di-...-Kan

Diiringkan : Maka tuan puteri pun pergilah mandi keluar di dalam cindai itu serta diiringkan oleh segala dayang-dayang... (m.s37 b.23)

Didudukkan : Akan perinya didudukkan oleh Mantarisi Anta Kuasa (m.s40 b. 2)

Perkataan diiringkan bermaksud diiringi atau diikuti. Dalam bahasa klasik tersebut, perbezaan imbuhan dengan bahasa melayu moden adalah dari segi penambahan imbuhan -kan dan -i sebagai imbuhan akhiran. Dalam bahasa moden, proses pengimbuhan di-...-kan pada kata nama akan disusuli dengan unsur subjek atau objek dibelakang perkataan. Contohnya dipagarkan kawat besi, dipulaukan orang kampung, dianaktirikan bapanya. Manakala bagi frasa didayungkan pada teks hikayat di atas disambut perkataan oleh. Ia juga digunakan secara tunggal tanpa kehadiran subjek atau objek yang boleh menyokong maksud frasa.

2.1.1 Penggunaan Kosa kata Arab

Pada masa bahasa klasik digunakan dalam penulisan, masih belum banyak penggunaan kosa kata Islam yang digunakan. Walaupun pada masa tersebut, Islam telah lama bertapak tetapi penulis lebih banyak meminjam kosa kata bahasa Arab yang mungkin belum ada istilah dalam bahasa melayu klasik yang telah wujud.

Berdasarkan teks Hikayat Langlang Buana, contoh perkataan yang dipinjam daripada perkataan Arab ialah :

(a) ghairat : ...Tuan nescaya ghairat dalam di hati. ( m.s39 p.3 ) (b) khayal : ...serta khayal juga memujuk tuan puteri itu... ( m.s44 p.2 ) (c) jin : ...tiada tertahan lagi tangkap jin berempat itu.... ( m.s45 p.3 ) (d) kalbu : ...janganlah merosakkan kalbu abang. ( m.s46 p.2 )

(7)

penggunaan perkataan tersebut. Kata tunjuk itu sering digunakan berulang-ulang dalam Hikayat Langlang Buana.

Kata Tunjuk ( Itu ) Contoh ayat :

(a) Maka bayan itu pun hinggap pada tangan tuan puteri itu. maka tuan puteri itu pun terlalu sukacitanya mendapat bayan itu. Maka tuan puteri pun terlalu sukacitanya mendapat bayan itu.

(m.s38 b.24) (b) Setelah sudah sangkar itu maka bayan itu pun dimasukkan ke dalam sangkarnya

itu.

setelah hari malam maka bayan itu pun dikeluarkan dari dalam sangkarnya itu.

(m.s40 p.2)

Kata Penegas

Partikel atau kata penegas -lah dan -pun sangat kerap digunakan dalam teks bahasa melayu klasik. Penggunaanya juga sering diulang-ulang. Penggunaan yang sering diulang-ulang ini mungkin disebabkan pengarang atau pencerita ingin menceritakan kesinambungan ayat demi ayat yang diceritakannya. Selain itu, pengarang juga mungkin kurang kemahiran untuk mempelbagaikan ayat yang menarik.

Partikel ( -lah )

Kata penegas ini seakan sebati dengan penceritaan dalam teks bahasa klasik. Adakalanya partikel lah digunakan pada perkataan yang tidak memerlukan kehadiran partikel itu. Namun biasanya partikel lah digunakan bersama kata kerja selepas pangkal ayat maka. Contoh ayat :

(a) Maka inangda pun segeralah naik hendak menangkap bayan itu. (m.s38 b.6) (b) “Hai bayan, berceteralah engkau supaya kami dengar.” (m.s39 b.8)

Partikel ( Pun )

(8)

(c) Maka tuan puteri pun terkenangkan kasih sayang Raja Indera.... (m.s44 b. 20)

Kata Pangkal Ayat

Kata pangkal ayat sangat banyak digunakan dalam teks cerita klasik. Dalam teks Hikayat Langlang Buana ini, kata pangkal ayat Setelah itu sangat banyak digunakan terutama apabila menggunakan perenggan baru. Penggunaan kata pangkal ayat Setelah itu digunakan hampir pada setiap permulaan perenggan dalam Hikayat Langlang Buana ini. Ia seakan satu kemestian bagi setiap perenggan. Contoh pangkal ayat adalah seperti Hatta, Syahadan, Adapun, Maka dan Arakian. Kata pangkal Setelah itu, Maka dan Syahadan biasanya digunakan bagi memulakan perenggan atau ayat. Pengulangan kata pangkal juga terdapat pada beberapa perenggan. Sedangkan dalam bahasa Melayu moden, kata pangkal Maka biasanya digunakan untuk menerangkan tindakan atau perbuatan yang akan dilakukan oleh watak dalam ayat sebelumnya manakala Setelah adalah untuk menunjukkan sesudah, sehabis, selepas.

Contoh dalam teks Hikayat Langlang Buana Setelah itu

(a) Setelah pagi hari, maka Tuan Puteri Mandu ... (m.s37 p.1) (b) Setelah sampai ke taman itu, maka Tuan Puteri... (m.s37 p.2) (c) Setelah sudah maka Tuan Puteri Mandu... (m.s37 p.3) Maka

(a) Maka disuruh seorang lagi tiada juga tertangkap bayan itu. Maka tuan puteri pun berkata kepada dayang, “Tangkap juga.” Maka sembah dayang-sayang itu, “Kalau-kalau tuanku sendiri gerangan dapat menagkap bayan itu.” Maka tuan puteri pun tersenyum seraya

naik dengan kain basahnya juga. (m.s38 b. 19)

(b) Maka nuri itu pun menyelit dada tuan puteri itu dengan sayapnya, maka kelihatanlah rupa Raja Indera Bumaya itu kepada tuan puteri itu. (m.s41 b.13) Syahadan

(a) Syahadan, seketika itu maka nuri itu pun menjadi bunga... (m.s41 b. 15) (b) Syahadan dengan tempik soraknya maka dian pelita pun... (m.s44 b.1)

2.1.4 Kata Hubung Dan

(9)

rantai berkawal di bawah mahligai tuan puteri itu. (m.s43 b.6) (b) Beberapa kata yang manis-manis dan beberapa pantun dan beberapa madah syair.

(m.s44 b.27)

3.0 PERBEZAAN BAHASA KLASIK DARIPADA SUDUT SINTAKSIS

Perbezaan antara bahasa Melayu klasik dan moden juga amat ketara daripada sudut sintaksis. Beberapa aspek struktur ayat telah dikenalpasti bagi meneliti perbezaan tersebut. Aspek struktur ayat tersebut ialah :

Rajah 2 : Aspek Struktur Ayat ( Sintaksis )

AYAT MELERET-LERET

(10)

Contoh dalam teks Hikayat Langlang Buana

(a) Maka katanya kepada biduanda itu, “Pergilah persembahkan ke bawah Duli Yang Dipertuan katakan, pada malam tadi kami berkawal di bawah mahligai tuan puteri itu kami dengar suara laki-laki tertawa di atas mahligai tuan puteri itu, hendak disegerakan pekerjaan itu kerana belum kami persembahkan ke bawah Duli Yang

Dipertuan.” (m.s43 b.16)

(b) Setelah seketika itu maka orang berperang pun terlalu banyaklah darah tumpah ke bumi maka bergeraklah tasik indera sementara itulah segala hulubalang rakyat

sekalian. (m.s47 b.5)

3.1 Ayat Songsang

3.1.1 Susunan Ayat Songsang

Dalam bahasa Melayu moden, suatu frasa itu terdiri daripada subjek + predikat. Ayat songsang pula terbentuk daripada proses transformasi ayat biasa. (subjek + predikat) . Penyongsangan dapat dilakukan melalui proses pendepanan bertujuan memberikan penegasan kepada predikat.

Mengikut buku Tatabahasa Dewan, ayat boleh terbentuk dalam susunan biasa dan boleh juga dalam susunan songsang. Dalam susunan songsang, unsur-unsur dalam konstituen predikat yang biasanya hadir selepas subjek dipindahkan ke hadapan subjek. Unsur-unsur yang dikedepankan itulah yang hendak diberi penegasan, iaitu melalui proses pendepanan (Nik Safiah Karim et.al,1993:458). Dalam bahasa Melayu, proses pendepanan yang berlaku pada predikat adalah seperti berikut (ibid:458-461):

i. Pendepanan seluruh predikat

ii. Pendepanan sebahagian daripada predikat  Formula Pendepanan Predikat Bahasa Melayu i. Ayat Bahasa Melayu Moden

A B C

Johan membuang sampah ke dalam sungai itu.

ii. Ayat Bahasa Melayu Klasik

B A C

(11)

B C A Membuang sampah ke dalam sungai itu Johan

C A B

Ke dalam sungai itu Johan membuang sampah.

3.2 Pendepanan Predikat

Ayat di atas dibina dalam susunan biasa, iaitu subjek mendahului predikat. Contoh dalam teks hikayat :

Subjek Predikat

Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi pun turun mandi

Apabila subjek berada di hadapan predikat, ia adalah untuk memberitahu maklumat lanjut berkenaan benda.

Pendepanan subjek dalam suatu ayat juga adalah biasa dalam bahasa moden. Perbezaan dengan pendepanan predikat bahasa melayu klasik adalah predikat yang menggunakan kata kerja sebagai subjek. Bahasa Melayu Klasik biasanya menggunakan pendepanan predikat dalam ayat yang digunakan atau dengan kata lain berlaku penyongsangan ayat. Pendepanan predikat terdiri daripada predikat kata kerja, objek atau pelengkap. Ini merupakan pengaruh nahu Arab dalam bahasa Melayu klasik.

Berdasarkan teks Hikayat Langlang Buana tersebut, didapati proses pendepanan predikat amat berleluasa. Proses pendepanan predikat ini adalah sama seperti penggunaan ayat pasif dalam bahasa melayu moden. Namun, perbezaan proses pendepanan antara bahasa melayu moden dan bahasa melayu klasik adalah sifatnya yang sentiasa menggunakan ayat pasif iaitu pendepanan predikat kata kerja yang hampir digunakan bagi setiap ayat.

3.2.1 Pendepanan Seluruh Predikat

Dalam proses pendepanan seluruh predikat, seluruh konstituen predikat dibawa ke hadapan mendahului subjek. Contoh dalam teks Hikayat Langlang Buana 1:

Contoh ayat pendepanan predikat dalam teks Hikayat Langlang Buana :

Susunan Predikat Subjek

Bahasa Melayu Klasik Sekarang orang mengepung sudah banyak. Bahasa Melayu Moden Sekarang orang mengepung terlalu ramai

Susunan Predikat Subjek

Bahasa Melayu Klasik Sudah mati kelak tuan kembali

(12)

Susunan Predikat Subjek

Bahasa Melayu Klasik Biarlah hilang abang seorang

Bahasa Melayu Moden Biarlah mati saya sendiri

Proses pendepanan ini berlaku juga pada ayat yang mengandungi kata penegas –kah, -tah, dan –lah. Dalam hal ini proses pendepanan seluruh predikat adalah wajib.

3.2.2 Pendepanan Predikat Terdiri Daripada Predikat Kata Kerja

(a) hampirlah tuan beta itu akan datang menghadap tuan (m.s40 b.25) (b) Bijaksana sekali anak raja ini. (m.s42 b.15)

3.2.5 Pendepanan Sebahagian daripada Predikat

Bahagian-bahagian daripada predikat boleh mengalami proses pendepanan secara berasingan, iaitu:

i. Pendepanan frasa kerja ii. Pendepanan frasa adjektif iii. Pendepanan frasa nama

(i) Pendepanan Frasa kerja

Dalam proses ini, bahagian-bahagian dalam frasa kerja, iaitu kata kerja sahaja, kata kerja dengan objek atau kata Bantu dengan kata kerja boleh mengalami proses pendepanan. Contoh dalam teks Hikayat Langlang Buana ialah :

Pendepanan Kata Kerja Sahaja

Susunan Predikat (KK) Subjek

Bahasa Melayu Klasik Perinya bertemulah dengan Tuan Puteri Candera Bahasa Melayu Moden Pari-pari pun bertemu dengan Tuan Puteri Candera

Pendepanan Kata Kerja dengan Objek

Susunan Predikat (KK) + objek Subjek

(13)

Bahasa Melayu Moden dilaporkannya segala kata-kata Menteri

Susunan Predikat (KK) + objek Subjek

Bahasa Melayu Klasik Tiada seorang pun melihat dia Bahasa Melayu Moden Tidak ada seorang pun yang melihat dia

Pendepanan Frasa Adjektif

Dalam ayat susunan biasa, adjektif hadir dalam konstituen predikat, yang letaknya sesudah konstituen subjek. Tetapi susunan tersebut boleh diterbalikkan dengan meletakkan frasa adjektifnya di bahagian hadapan ayat, iaitu mendahului subjek. Bahagian-bahagian yang boleh dikedepankan ialah kata adjektif sahaja atau kata bantu dengan dengan kata adjektif. Contoh dalam teks Hikayat Siak ialah :

Kata Adjektif sahaja

Susunan Predikat (KA) Subjek

Bahasa Melayu Klasik merah padam muka baginda itu Kata adjektif

KA + Kata Penguat

Susunan Predikat (KA) + Kata Penguat Subjek

Bahasa Melayu Klasik Bijaksana sekali Raja Indera Bumaya ini.

Pendepanan Frasa Nama

Susunan Predikat (FA) Subjek

Bahasa Melayu Klasik ..di bawah mahligai

tuan puteri itu kami dengar suara laki-laki.. Bahasa Melayu Klasik di pohon kemunting tadi kami tangkap

Susunan Predikat (FA) Subjek

Bahasa Melayu Klasik anak celaka itu memberi malu kita. Frasa Sendi sebagai keterangan predikat

Susunan Predikat (FS) + keterangan Subjek

(14)

Di dalam hatinya segala dayang-dayang dan

inang pengasuh

Didengar oleh baginda akan sembah biduanda itu

3.6 Ayat Pasif

Terdapat ayat aktif dan ayat pasif. Kata kerja aktif digunakan dalam ayat aktif. Kata kerja pasif digunakan dalam ayat pasif. Kata kerja aktif menggunakan imbuhan me-. Kata kerja pasif menggunakan imbuhan di-. Dalam ayat pasif, orang yang melakukan perbuatan itu ditulis dalam predikat ayat, manakala benda atau orang yang mengalami perbuatan itu ditulis dalam subjek ayat.

Konsep pasif menurut Asmah Haji Omar hanya dari segi kata kerja pasif dan dari segi susunan kata-kata yang membentuk ayat pasif. Dengan perkataan lain, ayat pasif dapat dikenali atau dikesani bukan sahaja dengan penggunaan kata kerja pasif, tetapi melalui binaan atau susunan ayat itu.

Menurut beliau lagi, susunan ayat-ayat pasif adalah seperti berikut: i. Pelengkap – Kata Kerja – Subjek.

ii. Pelengkap – Subjek – Kata Kerja.

Tatabahasa Dewan (1993:467 – 471) telah menggolongkan ayat-ayat pasif dalam bahasa Melayu kepada tiga jenis iaitu:

a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif

b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua c) Ayat pasif dengan kehadiran kata bantu pasif "kena" a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif

i. Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif. Ayat pasif jenis ini sesuatu ayat yang dalamnya terdapat kata kerja. Kata kerja itu mengandungi imbuhan awalan di- dan ter-.

Walau bagaimanapun, perbezaan ayat pasif yang terdapat dalam bahasa melayu klasik adalah daripada segi susunan :

(15)

Iaitu dimana kata kerja sebagai subjek pada ayat dan pelengkap sebagai predikat dalam ayat. Contoh dalam teks Hikayat Langlang Buana ialah :

Kata Kerja Subjek Predikat

dijolok oleh dayang-dayang itu hendak menangkap bayan itu. disuruh oleh tuan puteri itu perbuatkan sangkarnya 3.3 Banyak menggunakan ayat pasif di- dan

ter-Penggunaan ayat pasif Bahasa adalah selalu digunakan dalam penceritaan bahasa melayu klasik. Lebih ketara apabila ditulis dalam teks penulisan. Kita akan dapat

membezakan suati ayat itu adalah menggunakan bahasa melayu klasik atau bahasa melayu moden hanya dengan melihat struktur ayatnya.

Contoh dalam Hikayat Langlang Buana :

Kata Kerja Subjek Predikat

setelah didengar oleh hulubalang suara orang ketawa

di atas mahligai tuan puteri itu...

maka dipegang oleh tangan baginda tangan tuan puteri setelah

terjunjunglah

di atas batu kepala kakanda

3.4 Unsur Pengulangan Kata Dalam Ayat

Dalam bahasa klasik, terdapat banyak unsur pengulangan dalam ayat. Seperti yang dibincangkan sebelum ini, pengulangan ayat menyebabkan ayat itu meleret-leret. Contoh ayat dalam teks Hikayat Langlang Buana :

(a) Setelah didengar oleh baginda akan sembah biduanda itu maka Raja Bahrum Dewa pun terlalu marahnya, api bernyala-nyala merah padam muka baginda itu seperti bunga raya yang baharu kembang rupanya. (m.s43 b.25)

(b) Setelah seketika itu maka orang berperang pun terlalu banyaklah darah tumpah ke bumi bergeraklah tasik indera itu sementara itulah segala hulubalang rakyat

sekalian. (m.s47 b.1)

(16)

Apabila pengarang menambah seperti bunga raya lagi, maka seakan-akan muka raja tersebut mengembang kerana terlalu marah.

Pada ayat kedua, gambaran pengarang tentang perang tersebut diceritakan sekaligus. Kekeliruan boleh berlaku kerana ayat meleret-leret akan menyukarkan pembaca

membayangkan suasana tersebut.

3.7 Ayat Majmuk

Ayat majmuk dibina lebih daripada satu klausa. Ia mengandungi dua atau lebih ayat – ayat tunggal yang disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain. Berdasarkan teks Hikayat Langlang Buana, didapati beberapa ayat yang menggunakan kata hubung bagi menjelaskan sesuatu maksud cerita. Oleh kerana bahasa melayu klasik masih belum diperluaskan lagi dengan kata hubung yang pelbagai, maka ayat majmuk yang dibina akan menggunakan tanda koma (,) sebagai ganti kata hubung.

Contoh ayat

(a) Setelah sudah santap, maka santap sirih di dalam puan serta bergurau dan bersenda

dengan segala dayang-dayang inang pengasuh sekalian dan segala isi mahligai itu. (m.s42 p.2)

(b) Setelah dilihat oleh tuan puteri bunga itu menjadi seorang laki-laki terlalu elok parasnya dan sikapnya terlalu pantas, maka di dalam hati tuan puteri..

(m.s41 p.2)

Dalam bahasa melayu klasik, penggunaan ayat majmuk sangat ketara dan hampir menguasai keseluruhan penceritaan. Berdasarakan teks klasik ini, penggunaan kata hubung atau, kecuali, tetapi amatlah sedikit dan mungkin tidak terdapat dalam ayat penceritaan. Ia adalah kerana pengarang banyak menggunakan tanda baca koma (,) bagi menjelaskan maksud ayat yang ingin dihubungkan.

Dalam penceritaan bahasa melayu moden, ayat tunggal dibina agar ayat tidak terlalu panjang dan meleret. Penggunaan ayat majmuk dalam bahasa melayu klasik sebenarnya adalah gabungan beberapa ayat tunggal dan boleh dicerakinkan tanpa bantuan kata hubung.

Contoh lain ayat majmuk yang terdapat dalam teks Hikayat Langlang Buana :

(17)

atas mahligai tuan puteri itu, hendak disegerakan pekerjaan itu kerana belum kami persembahkan ke bawah Duli Yang Dipertuan.” (m.s43 p.2)

(b) Maka Tuan Puteri Ratna Dewi pun seraya turun dari atas pangkuan Raja Indera Bumaya maka dipegangnya oleh baginda tangan tuan puteri seraya berkata,

Referensi

Dokumen terkait

Keragaman Genetik Empat Populasi intsia bijuga Berdasarkan Penanda RAPD dan lmplikasinya bagi Program Konservasi Genetik Anto Rimbawanto dan AYPBC Widyatmoko..

GATOT SUBROTO II NO. AHMAD YANI NO. RAYA AIR KENANGA, KEC. JOMBANG MASJID NO. JL KH SOHARI NO. HONORIS RAYA KAV.. HOS COKROAMINOTO PERUMAHAN PONDOK LESTARI BLOK C1 NO. RAYA SERANG

Pernyataan tersebut sesuai dengan hasil dari analisis statistika inferensial terdapat bukti bahwa desentralisasi berpengaruh signifikan terhadap kinerja manajerial, yang

Babur beserta anak buahnya maju untuk mengepung Samarkand, dan di tengah perjalanan Babur bertemu dengan Sultan Ali, yang merupakan saudara dari Baisanghar, ingin balas

Apabila ujian tidak dapat diikuti dengan alasan sakit (bandingkan dengan Pasal 13), maka biaya ujian akan dijadikan kupon untuk ujian pada jadwal berikutnya - dalam hal

Menurut James Rachel relativitas sifat keutamaan sangat dimungkinkan, karena manusia berbeda satu dengan yang lain, baik dalam hal kepribadian, lingkungan tempat

Manajemen risiko lingkungan diPuskesmas adalah penerapan manajemen risiko untuk meminimalkan dampak yang ditimbulkan oleh aktifitas atau kegiatan di Puskesmas pada

Diharapkan kepada Pembaca yang melakukan proses enkripsi dan dekripsi file ataupun teks untuk menggunakan kunci yang lebih panjang dan lebih variatif antara huruf dan angka