• Tidak ada hasil yang ditemukan

Keusahawanan sosial Islam Konsep dan Ama

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Keusahawanan sosial Islam Konsep dan Ama"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

“Strengthening Scholarships Through Research”

SPKO-48

KEUSAHAWANAN SOSIAL ISLAM: KONSEP DAN AMALAN

1

Mohd Adib Abd Muin

Calon PhD Keusahawanan Sosial di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Pensyarah di Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS), Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM), 06010 Sintok, Kedah

mohdadib@uum.edu.my / mohdadib2015@gmail.com

Dr. Shuhairimi Abdullah

Pusat Pengajian Komunikasi & Pembangunan Insan, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 01000, Kangar Perlis

shuhairimi@unimap.edu.my

Prof. Madya. Dr. Azizan Bahari

Pusat Pengajian Komunikasi & Pembangunan Insan, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 01000, Ka ngar Perlis

azizanbahari@unimap.edu.my

ABSTRAK

Keusahawanan sosial Islam adalah salah satu cabang kepada aktiviti muamalat yang mana ianya menjadi fardhu kifayah kepada sesebuah komuniti masyarakat. Menurut Imam al-Syatibi (t.t) fardu kifayah adalah berupa suatu arahan daripada Allah s.w.t dan mendapat pahala sekiranya melakukannya dan meninggalkannya adalah suatu dosa, tetapi memadai jika dilakukan oleh bilangan yang cukup dalam suatu komuniti masyarakat (Suhaili Sarif & Ahmad Sufian Che Abdullah, 2005). Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti konsep dan amalan yang dipraktikkan dalam keusahawanan sosial Islam. Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah epistemologi Islam dan analisis kandungan berdasarkan kajian-kajian lepas berdasarkan sumber wahyu utama iaitu al-Qur’an dan as-Sunnah. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa konsep dan amalan yang perlu diutamakan dalam mencapai matlamat keusahawanan sosial Islam berdasarkan kerangka Islam (Akidah, Syariah, dan Akhlak). Antara konsep yang dikenalpasti adalah konsep khalifah, konsep persaudaraan, konsep jihad ekonomi, konsep al-Falah, konsep kebajikan, konsep keadilan dan keseimbangan, konsep peningkatan ekonomi ummah, konsep zakat, sedekah dan wakaf, konsep membangun dan meningkatkan nilai sosial pemberi dan konsep menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kepada keburukan. Amalan yang dikenalpasti pula adalah amalan yang mendahulukan segala urusan Allah s.w.t iaitu solat fardhu dan solat-solat sunat (solat dhuha dan tahjud), berpuasa, bersedekah, berdoa dan bermunajat kepada Allah s.w.t dan sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t dan memberi makan kepada golongan fakir dan miskin. Oleh itu, perbincangan mendalam secara ilmiah akan diketengahkan dalam kajian ini.

Kata Kunci: Keusahawanan Sosial Islam, Muamalat, Konsep, Amalan

1

(2)

“Strengthening Scholarships Through Research”

1. PENGENALAN

Aktiviti keusahawanan sosial adalah salah satu cabang ekonomi yang boleh membasmi kadar kemiskinan dan mampu meningkatkan taraf ekonomi sesebuah Negara (Saifuddin Abdullah, 2012). Mencari rezeki yang halal dan bersih adalah tuntutan fardhu menurut pandangan Islam dan berusaha di dalam bidang perniagaan keusahawanan dan membuat barang-barang keperluan asas utama orang-orang Islam adalah fardhu kifayah (Mohamad Mustapha, 2002). Berdasarkan kepada keadaan ekonomi masa kini yang semakin meruncing dan ditambah pula dengan kemerosotan ekonomi barat dan eropah menyebabkan aktiviti keusahawanan sosial begitu penting di laksanakan terutamanya di negara-negara membangun seperti Malaysia (Saifuddin Abdullah, 2009). Antara langkah awal yang disarankan oleh kerajaan Malaysia adalah kerjasama antara institusi yang berpontensi tinggi dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta perlu mengamalkan konsep keusahawanan sosial dengan dunia keusahawanan dalam bidang penyelidikan secara menyeluruh untuk membantu usahawan membangunkan pelbagai produk dan perkhidmatan dengan harga yang rendah dan berkualiti (Saifuddin Abdullah, 2009).

Keusahawanan sosial kini menjadi fenomena baru dalam sesebuah Negara bagi mengurangkan segala masalah sosial dan membasmi kadar kemiskinan masyarakat (Zietlow, 2002; Zahra et al. 2008; Mohd Adib et al., 2013; Mohd Adib et al., 2014). Menurut pandangan dari tokoh usahawan korporat yang terkenal Muhammad Ali Hashim (2013), menyatakan bahawa di Malaysia sudah tiba masanya golongan para usahawan pada masa kini menjalankan amalan konsep jihad perniagaan melalui aktiviti keusahawanan sosial dan keusahawanan perniagaan. Usahawan adalah antara individu dan golongan yang seringkali di bincangkan dalam al-Quran terutamanya dalam konteks perniagaan. Usahawan berjaya adalah usahawan yang telah melakukan aktiviti keusahawanan dalam sesuatu perniagaan dan telah berjaya mendapatkan keuntungan hasil dari aktiviti tersebut (Mohd Adib, Shuhairimi, Muhammad Fakhirin, 2014).

Seperti yang kita semua tahu agama Islam itu adalah agama samawi yang lengkap dan sempurna untuk seluruh Muslim kerana ianya meliputi segala aspek kehidupan dunia dan akhirat. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka, sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana

sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Maidah, 5: 3)

Kesempurnaan agama Islam bukan hanya setakat merangkumi aspek ukhrawi, malah tatacara penghidupan yang terbaik juga telah digariskan oleh Allah s.w.t. Al-Qur’an dan as-Sunnah merupakan sumber rujukan utama dan panduan yang lengkap untuk manusia menjalani kehidupan yang terbaik. Di samping itu juga, manusia dibekalkan dengan akal fikiran untuk digunakan bagi mencapai tujuan hidup serta mendekatkan lagi dengan Pencipta mereka.

(3)

“Strengthening Scholarships Through Research”

“Barang siapa meminjami Allah s.w.t dngan pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya ke jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak, dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nyalah kamu

dikembalikan.” (Surah Al-Baqarah, 2: 245)

Berdasarkan maksud ayat di atas dapat kita lihat bahawa menginfakkan harta di jalan Allah s.w.t adalah antara amalan yang diredhai dan diberkati oleh Allah s.w.t.. Semakin banyak harta yang dikeluarkan untuk Allah s.w.t maka semakin banyak juga rezeki yang bakal diterima. Menurut firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Kamu sekali-kali tidak akan sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian daripada harta yang kamu cintai, dan apa saja yang kamu

nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” (Surah Ali-Imran, 3:92)

Penjelasan daripada ayat di atas jelas menunjukkan bahawa dengan menafkahkan sebahagian daripada harta yang kita ada ke jalan Allah s.w.t akan menjadikan amalan kebajikan kita semakin sempurna. Kita juga hendaklah mengutamakan saudara yang terdekat dahulu dan juga orang-orang fakir miskin dan orang yang bermusafir seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Dan berikanlah kepada kaum kerabat yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan; dan janganlah kamu membelanjakan (hartamu) secara boros. Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya. Dan jika kamu berpaling kepada mereka untuk memperolehi rahmat daripada Tuhanmu yang kamu harapkan, maka katakanlah kepada mereka dengan ucapan yang lemah lembut. Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu dan janganlah terlalu menghulurkannya kerana itu kamu menjadi tercela dan menyesal. Sesungguhnya Tuhanmu melapangkan rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui, lagi Maha Melihat akan

hamba-hambaNya.” (Surah Al-Isra’, 17: 26-30)

2. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk melihat aktiviti keusahawanan sosial Islam secara menyeluruh berdasarkan al-Qur’an dan as-Sunnah. Selain itu juga objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut:

i. Untuk mengenalpasti konsep keusahawanan sosial Islam

ii. Untuk melihat amalan-amalan yang perlu ada bagi seseorang individu yang bergelar usahawan dalam melaksanakan aktiviti keusahawanan sosial Islam.

3. KAEDAH PENYELIDIKAN

(4)

“Strengthening Scholarships Through Research”

Fasa pertama adalah mengenalpasti konsep keusahawanan sosial Islam. Fasa kedua adalah melihat amalan-amalan yang perlu ada bagi individu usahawan yang melaksanakan aktiviti keusahawanan sosial Islam.

Fasa Aktiviti Output

Fasa 1: Fasa Penyelidikan Konsep dan Amalan Keusahawanan Sosial Islam

Selepas itu analisis dan pembentukan konsep dan amalan keusahawanan sosial Islam terhasil.

4. KONSEPKEUSAHAWANANSOSIALISLAM

4.1 Konsep Khalifah

Manusia dijadikan di atas muka bumi ini sebagai khalifah untuk mentadbir, memimpin, dan memakmurkan alam ini. Tugas khalifah adalah satu tugas amanah yang berat untuk dipikul. Namun demikian, usahawan sosial berjaya yang mempunyai konsep khalifah dalam diri akan dapat melaksanakan tugas dengan sebaik-baiknya. Tugas ini juga adalah salah satu tugas untuk memakmurkan dunia dan ia juga sebagai landasan untuk memenuhi tanggungjawab tersebut. Firman-firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Sorotan Karya:

8. Konsep Menyuruh kepada Kebaikan dan Mencegah kepada Keburukan,

9. Konsep Kebajikan dan Jaminan Sosial 10. Konsep Peningkatan Ekonomi Ummah, 11. Konsep Zakat, Sedekah dan Wakaf,

Fasa 1

Objektif 1 tercapai

1. Amalan yang mendahulukan segala urusan Allah s.w.t iaitu solat fardhu dan solat-solat sunat (solat dhuha dan tahjud),

2. Berpuasa, 3. Bersedekah,

4. Berdoa dan Bermunajat kepada Allah s.w.t 5. Sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t 6. Memberi makan kepada golongan fakir dan

(5)

“Strengthening Scholarships Through Research”

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak

kamu ketahui.” (Surah Al-Baqarah, 2:30)

“Dan kepada kaum Thamud (kami utus) saudara mereka, Soleh. Soleh berkata: Wahai

kaumku! Sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada bagimu Tuhan selain Dia. Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya, kerana itu mohonlah ampunanNya, kemudia bertaubatlah kepadaNya. Sesungguhnya Tuhanku amat

dekat (rahmatNya) lagi memperkenankan (doa hambaNya”.

(Surah Hud, 11: 61)

Seiringan dengan tugas sebagai khalifah, setiap golongan usahawan sosial berjaya akan menggalas amanah yang besar iaitu dengan memastikan setiap pemberian Allah s.w.t. itu dimanfaatkan dengan sebaiknya kepada seluruh masyarakat. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati Allah dan rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang

diamanahkan ke atasmu, sedang kamu mengetahui.” (Surah Al-Anfal, 8: 27)

Hadis riwayat Abdullah bin Mas’ud r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Untuk setiap orang yang berkhianat akan diberikan sebuah panji pada hari kiamat yang

bertuliskan, “Inilah pengkhianatan si fulan.‟” (Hadis riwayat Muslim, 3268)

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanah kepada langit, bumi dan gunung-ganang; tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir tidak akan melaksanakannya (berat), lalu manusia pun memikul amanah itu. Sesungguhnya

manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh.” (Surah Al-Ahzab, 33: 72)

Sesungguhnya peranan khalifah itu sangat besar dalam menjaga amanah yang diberikan. Konsep khalifah ini juga berkait rapat dengan konsep amanah dalam pemilikan harta daripada perspektif Islam iaitu pemilikan sebenar yang mutlak hanyalah milik Allah s.w.t. manakala khalifah hanya bertindak sebagai wakil atau pemegang amanah sahaja.

4.2 Konsep Persaudaraan

(6)

“Strengthening Scholarships Through Research”

Usahawan sosial berjaya seharusnya mempunyai amalan yang baik dalam persaudaraan untuk meningkatkan lagi jaringan perhubungan di antara satu sama lain. Selain itu, usahawan sosial berjaya hendaklah mempunyai rasa tanggungjawab, kasih-mengasihani dan amalan tolong menolong sesama insan dalam menjalankan aktiviti keusahawanan sosial (Adnan Alias & Muhammad Dahlan Ibrahim 2002; Shuhairimi Abdullah, 2011).

Dengan semangat dan nilai amalan toleransi yang baik, usahawan sosial berjaya Muslim akan dapat menyempurnakan tugas amanah dan tanggungjawab sebagai hamba Allah yang sejati. Dengan amalan yang ada dalam diri ini akan dapat mengikis sifat tercela (mazmumah) seperti tamak, kedekut, tidak bertimbang rasa, eksploitasi, dan lain-lain sifat terkeji. Konsep persaudaraan ini akan dapat meningkatkan keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat sekiranya amalan ini di nikmati dan dihayati sepenuhnya. Dari Anas dari Nabi Muhammad s.a.w, beliau bersabda yang bermaksud:

“Tidaklah sempurna keimanan seseorang di antara kamu sehingga ia mencintai

saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.”2

(Hadis Riwayat Al-Bukhari, No 13)

4.3 Konsep Jihad Ekonomi

Jihad merupakan sebahagian daripada syariah Islam. Menurut kamus bahasa Arab, perkataan jihad berasal daripada perkataan al-Jahd yang membawa maksud keberatan dan kesusahan, dan al-Juhd memberi makna kekuatan dan usaha. Manakala perkataan al-Jihad bermaksud mengerahkan kekuatan dan kemampuan baik dalam bentuk kata-kata mahupun perbuatan kerana Allah s.w.t. Dalam Islam jihad ialah perjuangan yang bersungguh-sungguh untuk menegakkan perkara-perkara yang diperintahkan oleh Allah s.w.t dan menjauhkan perkara-perkara yang dilarang sekalipun dengan mengorbankan hak-hak kepentingan sendiri. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah s.w.t dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Qur‟an) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah s.w.t yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan. (Surah Al-Hajj, 22: 78)

Konsep jihad ini adalah asas kekuatan yang perlu ada bagi seseorang individu Muslim dalam mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.. Firman Allah s.w.t. dalam al-Qur’an yang bermaksud:

(7)

“Strengthening Scholarships Through Research”

“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah s.w.t dan janganlah kamu mencampakkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah s.w.t.

menyukai orang yang berbuat baik.” (Surah Al-Baqarah, 2: 195)

Dari Hudzaifah, ayat: “Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah s.w.t., dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan.” Hudzaifah mengatakan bahawa ayat ini turun mengenai nafkah/ infaq.3 Sesungguhnya usahawan sosial berjaya hendaklah menyemai konsep jihad di dalam hati dan jiwa agar lebih mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.. Hal ini dapat memberikan nilai yang baik kepada usahawan sosial berjaya dalam melaksanakan aktiviti keusahawanan sosial Islam. Dalam Shahihnya, al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Dzar, dia berkata maksudnya,

Aku berkata, „Wahai Rasulullah! Perbuatan apakah yang paling utama?‟ Rasulullah s.a.w.

menjawab, „Iman kepada Allah s.w.t. dan berjihad di jalanNya.’ (Hadis Riwayat Riyadhus

Shalihin, No 471).

Mereka berdua juga meriwayatkan dari sahabat Anas r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

“Berangkat pagi atau petang untuk berjihad di jalan Allah s.w.t adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (Hadis Riwayat Riyadhus Shalihin, No 471).

Terdapat banyak jenis konsep jihad dalam Islam antaranya jihad nafsu, jihad peperangan, jihad harta benda, jihad menentang golongan munafik, jihad menentang golongan yang memusuhi Islam, jihad menentang hasutan Iblis dan syaitan dan lain-lain, akan tetapi dalam perbincangan kajian ini akan meletakkan konsep jihad ekonomi sebagai perbincangan utama. Jihad ekonomi adalah jihad daripada sudut material/ kebendaan dan spiritual. Jihad ekonomi tidak terhad kepada kemajuan ekonomi semata malahan merangkumi aspek perniagaan, sosial, dan pendidikan (Muhammad Ali Hashim, 2013). Jihad ekonomi juga menghalang sesuatu dasar ekonomi yang berkonsepkan kapitalisme, sosialisme, dan komunisme yang boleh menghancurkan ekonomi sesebuah Negara. Antara tujuan konsep jihad ekonomi dilaksanakan adalah untuk:

i. Mencari keredhaan Allah s.w.t di dunia dan akhirat.

ii. Mempertahankan maruah diri, kehormatan, dan harta benda daripada tindakan sewenang-wenang musuh.

iii. Memberantas kezaliman yang ditujukan kepada umat Islam. iv. Membantu orang-orang yang lemah (kaum dhu‟afa).

v. Mewujudkan keadilan dan kebenaran.

vi. Menghapuskan dasar-dasar ekonomi yang berkonsepkan kapitalisme, sosialisme, dan komunisme. vii. Merapatkan jurang orang kaya dan orang miskin.

4.4 Konsep Keadilan dan Keseimbangan

Konsep keadilan dan keseimbangan ini adalah penting bagi usahawan sosial berjaya melaksanakan aktiviti keusahawanan sosial Islam. Firman Allah s.w.t yang bemaksud:

3 Sila lihat: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail Al-Bukhari (2010) Hadis Sahih Al-Bukhari, Kitab Tafsir, Bab: Dan

(8)

“Strengthening Scholarships Through Research”

“Wahai orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi yang adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana (adil) itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah s.w.t, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Ma‟idah, 5: 8)

Firman-Nya lagi yang bermaksud:

“…agar harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya sahaja di antara kamu.

Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras

hukumanNya.” (Surah Al-Hasyr, 59:7)

Makna adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Jika berlaku sebaliknya iaitu tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya maka akan berlakunya Zalim. Keadilan ini harus dititik-beratkan oleh usahawan sosial berjaya kerana adil itu wajib dilaksanakan pada setiap peringkat dalam berekonomi dan melaksanakan aktiviti keusahawanan. Apabila seseorang usahawan itu menjalankan kegiatan keusahawanan di samping mendapat keuntungan, mereka juga mampu untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat seperti menawarkan keperluan yang banyak, harga yang berpatutan, kualiti terjamin serta mengeluarkan zakat. Hal ini akan lebih menyumbangkan agihan kekayaan dalam masyarakat. Hadis riwayat Abu Hurairah r.a., dia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Setiap ruas tulang manusia wajib bersedekah setiap hari, dimana matahari terbit.” Selanjutnya beliau bersabda, “Berlaku adil antara dua orang adalah sedekah, membantu seseorang (yang kesulitan menaikkan barang) pada haiwan tungganganya atau mengangkatkan barang-barangnya adalah sedekah.” Rasulullah s.a.w. juga bersabda, “perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang dikerahkan menuju solat adalah

sedekah dan menyingkirkan duri dari jalan adalah sedekah.” (Hadis

Sahih Riwayat Muslim, 1677)

4.5 Konsep Memenuhi Keperluan Sosial Masyarakat

Antara objektif keusahawanan sosial Islam adalah untuk memenuhi keperluan sosial masyarakat seperti memenuhi keperluan asas iaitu keperluan makananan, pakaian, dan tempat tinggal.

Selain itu menyediakan kemudahan umum dengan membaik pulih tandas awam, membina masjid atau surau, memberi makanan kepada gelandangan, menaiktaraf perhentian menunggu teksi dan bas dan sebagainya.

4.6 Konsep Membangun dan Meningkatkan Nilai Sosial Pemberi

(9)

“Strengthening Scholarships Through Research”

sosial ini usahawan sosial berjaya dapat meningkatkan nilai-nilai murni dalam diri dan boleh mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. selain daripada itu dapat membangunkan ekonomi masyarakat dan negara umumnya.

4.7 Konsep Al-Falah

Melalui konsep al-Falah ini usahawan sosial berjaya telah menjalankan sebahagian daripada tugas dan tangungjawab sebagai manusia atau Khalifah di atas muka bumi ini dengan membantu masyarakat melalui aktiviti sosial. Konsep al-Falah yang dimaksudkan adalah kejayaan mendapatkan keredhaan dan keberkatan Allah s.w.t. dalam setiap perkara yang dibuat di dunia dan di akhirat. Kejayaan yang dimaksudkan adalah kejayaan dalam mengaplikasikan matlamat dan objektif syariah dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti sosial yang dilaksanakan oleh golongan usahawan sosial berjaya dalam membasmi kadar kemiskinan dan kekurangan masyarakat yang memerlukan di Malaysia.

4.8 Konsep Menyuruh Kepada Kebaikan dan Mencegah Kepada Keburukan (Amar Makruf wa Nahi

Munkar)

Konsep mengajak kepada kebaikan dan mencegah kepada keburukan ini adalah konsep yang perlu ada bagi setiap Muslim terutamanya golongan usahawan sosial berjaya. Hal ini kerana konsep ini dapat meningkatkan lagi tahap kepuasan sosial dalam kalangan usahawan itu sendiri kerana aktiviti sosial yang dijalankan adalah berdasarkan perkara tuntutan agama dan mendatangkan kebaikan (maslahah). Dengan sedemikian itu, usaha yang dijalankan oleh usahawan sosial berjaya ini mendapat contoh dan tauladan kepada masyarakat dan agama.

4.9 Konsep Jaminan Sosial

Konsep jaminan sosial ini adalah selaras dengan kehendak al-Maqasid al-Syariah yang bersandarkan kepada al-Qur’an dan al-Hadis dalam menjaga agama, nyawa, akal, keturunan, dan harta. Konsep jaminan sosial yang dimaksudkan adalah usaha yang dilaksanakan oleh golongan usahawan sosial berjaya dalam membantu mengurangkan kadar kemiskinan masyarakat, meningkatkan tahap keselamatan, menyediakan kemudahan dalam pendidikan, perubatan dan sebagainya. Peranan yang dilakukan oleh usahawan sosial berjaya ini dapat memberi jaminan sosial kepada masyarakat dan negara.

4.10 Konsep Peningkatan Ekonomi Ummah

(10)

“Strengthening Scholarships Through Research” 4.11 Konsep Zakat dan Wakaf

Konsep zakat adalah satu proses pengagihan harta kepada golongan-golongan tertentu yang layak menerima zakat dan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat. Manakala wakaf adalah proses melepaskan hak pemilikan kepada masyarakat dari sudut zat dan manfaat. Konsep ini sebenarnya bukan sekadar memindahkan harta sikaya kepada simiskin malah ia membawa pengertian yang sangat besar daripada itu.

Proses zakat dan wakaf ini bertujuan untuk merapatkan jurang sosio-ekonomi masyarakat dan menghapuskan sifat-sifat permusuhan, hasad dengki, tamak dan ketidakpuasan hati segolongan masyarakat. Perbuatan mengagih kekayaan seperti ini dapat meningkatkan semangat kemasyarakatan dan keharmonian sesebuah Negara dan konsep ini merupakan tanda kesyukuran dan pengabdian diri terghadap Allah s.w.t. (Adnan Alias & Mohamed Dahlan Ibrahim, 2002). Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, Kami pasti akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikma tKu),

maka sesungguhnya azabku sangat pedih.” (Surah Ibrahim, 14: 7)

Usahawan sosial berjaya yang melaksanakan konsep zakat dan wakaf dalam menyuburkan ekonomi masyarakat akan mendapat balasan nikmat yang bertambah daripada Allah s.w.t.. Hal ini kerana dengan konsep zakat dan wakaf dapat memberi sumbangan secara lansung kepada masyarakat dan menepati dengan matlamat dan visi sosial untuk membantu masyarakat mengurangkan beban dan tekanan ekonomi. Konsep zakat dan wakaf ini juga dapat menjadikan hati golongan usahawan sosial berjaya bersih dari sifat tamak kepada harta dan terlalu sayang dan cintakan harta benda selari dengan konsep Tazkiyyah (pembersihan hati). Manfaat yang diterima oleh usahawan sosial berjaya menerusi proses zakat dan wakaf bukanlah setakat pembersihan harta yang mereka miliki malah kelangsungan manfaat hingga ke akhirat. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan belanjakanlah (segala kekayaan yang diperolehi pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikan untuk kamu menguasainya; Maka orang-orang beriman yang membelanjakan

(sebahagian hartanya pada jalan Allah) adalah mereka akan beroleh pahala yang besar.”

(Surah Al-hadid, 57: 7)

Selain daripada pengeluaran zakat dan wakaf, usahawan sosial berjaya juga dianjurkan untuk memperbanyakkan sedekah dan lain-lain amal jariah. Perbuatan ini amat digalakkan dalam Islam malah ia akan menambahkan keberkatan rezeki bagi yang melaksanakannya. Di samping itu ia juga dapat mengeratkan silaturrahim sesama manusia.

5. AMALAN-AMALAN USAHAWAN DALAM KEUSAHAWANAN SOSIAL ISLAM

Antara amalan-amalan yang perlu ada bagi individu usahawan sosial adalah seperti berikut:

i. Amalan yang mendahulukan segala urusan Allah s.w.t iaitu solat fardhu dan solat-solat sunat (solat dhuha dan tahjud),

ii. Berpuasa, iii. Bersedekah,

iv. Berdoa dan Bermunajat kepada Allah s.w.t v. Sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t

(11)

“Strengthening Scholarships Through Research” 6. PENUTUP

Secara kesimpulan, konsep dan amalan keusahwanan sosial Islam ini sangat penting dan perlu dipraktikkan oleh golongan usahawan sosial terutamanya yang beragama Islam kerana dengan pelaksanaan konsep dan amalan ini dapat mencari keredhaan dan keberkatan Allah s.w.t di dunia dan akhirat. Memandangkan tajuk kajian dalam keusahawanan sosial Islam ini adalah sangat terhad dan ianya penting dalam meningkatkan ekonomi Negara maka di sarankan agar pelbagai pihak mengambil bahagian dan inisiatif dalam meningkatkan pengetahuan diri untuk membantu bersama-sama membasmi pelbagai masalah sosial melalui aktiviti keusahawanan sosial berpandukan ajaran Islam. Selain dijadikan bahan bacaan tambahan dalam koleksi pengajian dan penyelidikan berdasarkan perspektif Islam, disertakan juga cadangan agar kajian yang dilakukan ini diteruskan lagi kepada generasi penyelidik yang akan datang supaya kajian ini diperluaskan dan ilmu pengetahuan tentang keusahawanan sosial Islam ini diperbanyakkan lagi di masa depan serta mendapat manfaat daripada kertas kerja yang dihasilkan.

7. PENGHARGAAN

Penyelidik ingin mengucapkan terima kasih kepada Universiti Malaysia Perlis (http://www.unimap.edu.my) atas bantuan biasiswa pelajaran yang diberikan juga terima kasih kepada Kementerian Pengajian Malaysia (http://www.moe.gov.my).

8. RUJUKAN

Ab. Aziz Yusof. (2010). Pengenalan kepada usahawan dan keusahawanan. Kuala Lumpur: Scholar Mind Publishing.

Abdullah, M.A. and A. Hoetoro, (2011). Social Entrepreneurship as an Instrument to Empowering Small and Medium Enterprises: An Islamic Perspective. International Journal of Management and Business Research, 1(1):35-46

Adnan Alias & Mohamed Dahlan Ibrahim, (2002). Keusahawahanan Islam. Petaling Jaya: Prentice Hall. Almarri, J., Meewella, J. & Mainela, T. (2012). Social entrepreneurship and Islamic philanthropy.

International conference on Excellence in Business. Shariah United Arab Emirates.

Global Entrepreneurship Monitor. (2009). Report on social entreprenurship 2009. United Kingdom: London Business School.

Habibollah. S., Hamed. A., & Davoud. N. (2010). Waqf as a Social Entrepreneurship Model in Islam. International Journal of Business and Management. Vol. 5, No. 7; July 2010.

Ibn Kathir, Abu Al-Fida’, Imad Ad-Din Ismail Ibn Umar bin Kathir Al-Qurashi Al-Busrawi. (2011). Tafsir Ibn Kathir 10-Vol. Saudi Arabia: Dar-us-Salam.

Jiao, H. (2011). A conceptual model for social entrepreneurship directed toward social impact on society. Social Enterprise Journal, 7(2), 130–149. doi:10.1108/17508611111156600

Johnson, S. (2000), “Literature review on social entrepreneurship”, available at:

www.bus.ualberta.ca/ccse/Publications/Publications/Lit._Review_SE_November_2000.rtf (accessed February 20, 2011).

Mohamad Mustapha. (2002). Keusahawanan Islam. Petaling Jaya: Prentice Hall. Hlm: 1-8.

(12)

“Strengthening Scholarships Through Research”

Mohd Adib Abd Muin, Azizi Abu Bakar, Shuhairimi Abdullah, (2013). Model usahawan berjaya dalam amalan nilai-nilai murni keusahawanan sosial Islam. Prosiding: International Conference on Business Innovation, Entrepreneurship and Engineering 2013, pp. 386-399.

Mohd Adib Abd Muin, Azizi Abu Bakar, Shuhairimi Abdullah. (2014). Model usahawan berjaya dalam amalan nilai-nilai murni keusahawanan sosial Islam. Journal of Human Development and Communication. Vol. 3, (10), pp. 129-141.

Mohd. Fadzillah Kamsah & Muhammad Zakaria. (2008). Langkah bijak usahawan terbilang. Kuala Lumpur: Telaga Biru.

Muhammad Ali Hashim. (2013). Khalifah ganti Superman. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Murphy, P.J. & S.M. Coombes, (2009). “A Model of social entrepreneurial discovery”. Journal of Business Ethics, 87: 325-336.

Nicholls, A. (Ed.) (2008), Social entrepreneurship: New models of sustainable social change, Oxford University Press, Oxford.

Radin Siti Aishah & Zaidatol Akmaliah. (2013). “Keusahawanan sosial dari perspektif Islam”. In Proceeding of the International Conference on Research in Ethics Education 2013. Istanbul Turki. Robinson, J.A., Mair, J. and Hockerts, K., (Eds.) (2009). International perspectives of social

entrepreneurship. London: Palgrave.

Saifuddin Abdullah. (2012, 6 Ogos). “Keusahawanan sosial basmi kemiskinan”. Akhbar Sinar Harian. Saifuddin Abdullah. (2009, 29 Julai). “Keusahawanan sosial dalam penyelidikan”. Akhbar Utusan

Malaysia.

Shaw, E. (2011). Toward A Theory of Entrepreneurship : The significance and meaning of performance and the emotion management of entrepreneurs. A Thesis submitted for the Degree of Doctor of Philosophy By Elizabeth Shaw Brunel School of Business and Management Brunel Unive. Brunel University.

Shuhairimi Abdullah. (2013). The characteristics of successful entrepreneurs from Islamic Perspective. Journal of Islamic Human Advanced Research, 3 (6, June 2013), pp. 322-345.

Shuhairimi Abdullah. (2011). Aplikasi nilai- nilai murni dalam kalangan usahawan ke arah pembangunan usahawan muslim yang holistik. Kertas Kerja Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan.

Suhaimi Mhd Sarif, Abdullah Sarwar, and Yusof Ismail. (2013). Practice of social entrepreneurship among the muslim entrepreneurs in Malaysia. Middle East Journal of Scientific Research. 14 (11): 1463-1470.

Teresa C.S & Patricia L.N. (2009). “Social entrepreneurship compared to government foreign aid perceptions in an East African village”. Journal of Research in Marketing and Entrepreneurship. Vol. 11 No. 1, pp. 49-65.

Weerawardena, J. and Mort, G.S. (2006), “Investigating social entrepreneurship: a multidimensional model”, Journal of World Business, Vol. 41 No. 1, pp. 21-35.

Yazilmiwati Yaacob & Ilhaamie Abdul Ghani Azmi, (2012). Entrepreneurs' personality from Islamic perspective: A study of successful muslim entrepreneurs in Malaysia. Doi: 10.7763/IPEDR. 2012. V46. 16.

Zahra, S.A., Rawhouser, H.N., Bhawe, N., Neubaum, D.O. and Hayton, J.C. (2008), “Globalization of

social entrepreneurship opportunities”, Strategic Entrepreneurship Journal, Vol. 2 No. 2, pp. 117-31.

Zietlow, J.T. (2002), “Releasing a new wave of social entrepreneurship”, Nonprofit Management and

Referensi

Dokumen terkait

Tujuan dari penelitian ini adalah mengetahui gambaran perilaku pemakaian APD pada teknisi gigi terhadap paparan bahan kimia di laboratorium gigi Surabaya..

Artinya adalah apabila moderasi intellectual capital dengan corporate social responsibility mengalami kenaikan sebesar satu satuan, maka akan menyebabkan value of the firm

Tujuan pengabdian masyarakat ini adalah untuk menemukan agens hayati yang mudah didapat dan diaplikasikan oleh petani serta memiliki tingkat keefektifan yang tinggi sehingga

Mengikut Kerry Johnson & Lin Foa (1989), gol reka bentuk pengajaran ialah untuk membangunkan perisian dengan lebih baik, cepat dan lebih berkesan bagi alatan

(Pakar Kurikulum 3) Kesimpulannya daripada kajian yang dijalankan terhadap kekuatan nilai murni di dalam Kurikulum Sains KBSM menunjukkan item-item nilai murni ini

Variabel yang paling berpengaruh dalam penelitian ini adalah, variabel independensi (X2), tidak dapat dipungkiri bahwa kedua variabel independen, yaitu kompetensi

Sisa dari limbah energi biogas yang telah dicerna oleh bakteri methan atau bakteri biogas, yang disebut slurry atau lumpur, mempunyai kandungan hara yang sama dengan

Dari data hasil pengujian diatas dapat disimpulkan untuk pengujian berat produk yang mengalami penurunan berat paling tinggi terdapat pada produk II dan III dengan nilai -0.01