• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penggunaan peer tutoring dalam pembelaja

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Penggunaan peer tutoring dalam pembelaja"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

1 Recommended citation:

Lok, W. F. (2014). Penggunaan "peer tutoring" dalam pembelajaran kimia organik di kalangan pelajar matrikulasi. Paper presented at the Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru 2014, Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia.

PENGGUNAAN “PEER TUTORING” DALAM PEMBELAJARAN KIMIA ORGANIK DI KALANGAN PELAJAR MATRIKULASI

Lok Wai Foong Kolej Matrikulasi Perak

ABSTRAK

“Peer tutoring” merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang melibatkan perkongsian ilmu melalui interaksi sosial di kalangan pelajar. Ia adalah berkonsepkan teori pembelajaran konstruktivis sosial yang dipelopori oleh Vygotsky. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pendapat pelajar terhadap penggunaan “peer tutoring” dan kesan penggunaannya terhadap pencapaian pelajar dalam topik “Introduction to organic

chemistry”. Rekabentuk kuasi-eksperimental dan pendekatan kualitatif telah digunakan. Seramai 76 orang pelajar dalam empat buah kelas tutorial di sebuah kolej matrikulasi telah dipilih secara rawak untuk kajian eksperimen. Manakala empat orang pelajar dipilih untuk ditemubual dalam kajian kualitatif. Dapatan kajian eksperimen menunjukkan

bahawa penggunaan “peer tutoring” dapat meningkatkan pencapaian pelajar berbanding

dengan kaedah PdP berpusatkan pensyarah. Pelajar berpendapat bahawa “peer tutoring” mampu memupuk minat serta motivasi dalam pembelajaran. Kemahiran komunikasi dan hubungan persahabatan antara pelajar juga dapat dipertingkatkan. Implikasi penggunaan

“peer tutoring” sebagai teknik alternatif PdP dalam kolej matrikulasi juga dibincangkan.

1.0PENGENALAN

Penggunaan “peer tutoring” dalam konteks pendidikan bukan merupakan suatu strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang baru. Ia telah lama diperkenalkan dan kerapkali dicampur adukkan dengan pendekatan yang lain seperti pembelajaran kolaboratif.

Menurut Colvin (2007), “peer tutoring” merupakan suatu strategi pembelajaran

(2)

2

“Peer tutoring” juga ditakrifkan sebagai suatu jenis bantuan pembelajaran secara kolaboratif di kalangan individu yang sebaya, Ia dapat membantu pelajar yang lemah dalam pembelajaran menerusi strategi pengajaran yang sistematik (Chen & Liu, 2011). de Backer, van Keer & Valcke (2012) pula menyatakan “peer tutoring” merupakan suatu strategi pembelajaran kolaboratif di mana ilmu dan kemahiran dapat dipelajari melalui pembelajaran sesama pelajar dalam kumpulan atau secara berpasangan.

Kesimpulannya, “peer tutoring” merupakan suatu strategi PdP yang berpusatkan kepada perkongsian ilmu melalui interaksi sosial di kalangan pelajar. Ia boleh dilaksanakan menerusi pembentukan kumpulan kecil yang yang terdiri daripada empat hingga enam orang pelajar atau secara berpasangan. Perbincangan biasanya dibimbing oleh seorang tutor yang terdiri daripada rakan sebaya.

1.1 Pernyataan masalah

Pelajar matrikulasi didapati sering menghadapi masalah penguasaan dalam topik

“Introduction to organic chemistry”. Ini kerana topik berkenaan merupakan topik pertama kepada Kimia Organik. Topik ini memperkenalkan konsep dan pengetahuan asas terhadap Kimia Organik seperti lukisan sebatian Kimia, susunan atom dalam molekul, konsep kumpulan berfungsi dan isomer, serta ciri-ciri dan jenis-jenis tindak balas Kimia. Sekiranya pelajar tidak dapat menguasai topik ini dengan baik, mereka akan menghadapi kesukaran untuk memahami topik-topik Kimia Organik yang berikutnya.

Strategi pembelajaran yang tradisional iaitu pembelajaran secara individu atau berpusatkan pensyarah didapati kurang berkesan dalam pembelajaran Kimia Organik. Pelajar mudah berasa bosan dan hilang tumpuan terhadap pengajaran satu hala yang berpusatkan pensyarah. Selain itu, nisbah pensyarah kepada pelajar yang besar juga menyebabkan interaksi atau perbincangan dua hala amat terhad. Sekiranya penerangan yang diberikan oleh pensyarah kurang jelas, maka akan menimbulkan kekaburan di kalangan pelajar terhadap topik yang dipelajari. Strategi pembelajaran secara individu

pula didapati kurang sesuai untuk pelajar lemah kerana topik “Introduction to organic chemistry” memerlukan penguasaan dan pemahaman konsep secara teliti.

Oleh yang demikian, suatu strategi pembelajaran altenatif iaitu “peer tutoring” dilaksanakan untuk mengenalpasti pendapat dan kesan penggunaannya terhadap pelajar dalam Kimia Organik, khususnya dalam topik “Introduction to organic chemistry”.

1.2 Objektif kajian

Kajian ini adalah bertujuan untuk:

1. Mengenalpasti sama ada penggunaan “peer tutoring” dapat meningkatkan

pencapaian pelajar dalam topik “Introduction to organic chemistry”.

2. Mengenalpasti pendapat pelajar terhadap penggunaan “peer tutoring” dalam topik

(3)

3 1.3 Persoalan kajian

Kajian ini adalah bertujuan untuk menjawab persoalan kajian berikut:

1. Adakah perbezaan signifikan wujud di antara ujian pra dan ujian pasca dalam pencapaian pelajar dalam topik “Introduction to organic chemistry” dengan penggunaan “peer tutoring”?

2. Apakah pendapat pelajar terhadap penggunaan “peer tutoring” dalam topik

“Introduction to organic chemistry”?

1.4 Hipotesis kajian

Hipotesis untuk menjawab persoalan kajian pertama: Hipotesis nul:

Tidak terdapat perbezaan signifikan di antara ujian pra dan ujian pasca dalam pencapaian pelajar dalam topik “Introduction to organic chemistry” dengan penggunaan “peer

tutoring”.

Hipotesis penyelidikan:

Terdapat perbezaan signifikan di antara ujian pra dan ujian pasca dalam pencapaian

pelajar dalam topik “Introduction to organic chemistry” dengan penggunaan “peer

tutoring”.

1.5 Kepentingan kajian

Memandangkan penglibatan pelajar terutamanya perbincangan berkumpulan adalah penting dalam PdP, “peer tutoring” diperkenalkan kepada pelajar dalam topik

“Introduction to organic chemistry”. Proses PdP akan menjadi lebih menarik dan motivasi

pelajar dapat dipertingkatkan melalui “peer tutoring”.

Melalui “peer tutoring”, kedua-dua pihak tutor dan tutee akan memperoleh manfaat bersama. Selain daripada meningkatkan pemahaman tutee dalam pembelajaran, tutor juga dapat memperkukuhkan pemahaman kendiri. Oleh kerana tahap pemikiran dan latar belakang pelajar adalah lebih kurang sama, pelajar akan lebih memahami fikiran dan masalah yang dihadapi oleh rakan sebaya mereka. Tambahan pula, pelajar-pelajar tidak akan berasa segan atau tertekan untuk berbincang bersama-sama dengan rakan sebaya. Pelajar akan berusaha untuk menyelasaikan masalah yang timbul dalam pembelajaran mereka dan secara tidak langsung memperkukuh pemahaman dalam pembelajaran.

1.6 Batasan kajian

(4)

4

Pelaksanaan strategi “peer tutoring” hanya dilaksanakan dalam satu topik Kimia

Organik, iaitu topik “Introduction to organic chemistry”. Dapatan kajian ini tidak boleh

diaplikasikan kepada topik-topik yang lain dalam Kimia Organik. Ini kerana tahap kesukaran bagi topik-topik dalam Kimia Organik adalah tidak setara dari satu sama lain.

Pensyarah memilih tutor berdasarkan kepada pencapaian akademiknya dalam peperiksaan yang lepas. Namun begitu, kualiti tutor mungkin dipengaruhi oleh faktor-faktor yang lain seperti personaliti, kebolehan kepimpinan dan komunikasi. Oleh itu, kualiti tutor mungkin mempengaruhi dapatan kajian dari segi aktiviti perbincangan kumpulan yang dijalankan di dalam atau luar kelas tutorial.

Selain itu, dapatan kajian mengenai pencapaian pelajar tidak bersandar sepenuhnya kepada penggunaan strategi “peer tutoring”. Ini kerana selang masa bagi ujian pra dan ujian pasca adalah selama dua minggu. Dalam selang masa dua minggu ini, pelajar mungkin mendapatkan bimbingan dari pensyarah atau kawan-kawan yang lain. Faktor-faktor seperti daya usaha, motivasi dan gaya pembelajaran juga mempengaruhi dapatan kajian ini. Oleh itu, pencapaian pelajar dalam ujian pasca bukanlah bergantung semata-mata kepada pelaksanaan strategi “peer tutoring”.

2.0 TINJAUAN LITERATUR

Topping (1996) berpendapat bahawa pembelajaran “peer tutoring” adalah berkonsepkan teori pembelajaran konstruktivis sosial yang dipelopori oleh Vygotsky. Menurut teori ini, interaksi sosial memainkan peranan yang penting dalam pembangunan kognitif pelajar. Sekiranya percanggahan ilmu wujud dalam perbincangan, pelajar akan cuba membina dan menstruktur semula pengetahuan sedia ada. Ini secara tidak langsung memperkukuh pemahaman pelajar dalam pembelajaran. Maka, interaksi sosial dilihat sebagai suatu pemangkin dalam pembangunan kognitif pelajar (Ismail & Alexander, 2005).

Selain itu, tugasan atau kemahiran yang terletak dalam “zone of proximal

development”pelajar tidak mampu diselesaikan atau dilakukan secara bersendirian. Ianya memerlukan bimbingan dan bantuan daripada individu yang lebih kompeten seperti orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih berilmu (Vygotsky, 1978). Oleh itu, pendekatan

“peer tutoring” dapat mewujudkan penglibatan secara aktif di kalangan pelajarnya dan pembinaan ilmu berlaku dengan wujudnya komunikasi antara tutor dan tutee.

Colvin (2007) berpendapat bahawa tutee dapat memperoleh pengetahuan atau kemahiran menerusi tutor yang berperanan sebagai fasilitator atau pembimbing dalam

“peer tutoring”. Tugas tutor adalah lebih cenderung kepada membimbing daripada

(5)

5 Goodlad (1999) juga bersetuju bahawa kedua-dua pihak iaitu, tutor dan tutee

boleh memperoleh manfaat menerusi “peer tutoring”. Tutee mendapati pembelajaran

adalah lebih menarik, senang diikuti, menyeronokan dan bersemangat untuk belajar. Tutor pula dapat mempelajari kemahiran berkomunikasi, mengaplikasikan pengetahuan yang sedia ada untuk membimbing orang lain, menambah keyakinan diri serta

memperkukuh ilmu pengetahuan diri sendiri. Selain itu, “peer tutoring” juga didapati

boleh meningkatkan pencapaian akademik dan motivasi pelajar dalam pembelajaran (Roscoe & Chi, 2007).

Namun demikian, Topping (1996) menyatakan cabaran “peer tutoring” dari segi

pemilihan tutor yang berkemampuan dan masa yang diperlukan untuk membuat

perancangan rapi. Selain itu, pensyarah perlu memantau perjalanan “peer tutoring”

dengan teliti dan memberi maklum balas yang bersesuaian supaya objektif PdP yang sebenar dapat dicapai. Luca dan Clarkson (2002) juga berpendapat bahawa arahan yang jelas, bimbingan yang berterusan serta sesi latihan untuk tutor perlu dilaksanakan sepanjang pelaksanaan “peer tutoring”.

3.0 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Skop kajian dan rangka kajian

Empat buah kelas tutorial dari sebuah kolej matrikulasi telah dipilih secara rawak untuk dijadikan sampel kajian. Strategi “peer tutoring” dilaksanakan dalam dua buah kelas iaitu kelas rawatan yang terdiri daripada 39 orang pelajar. Manakala, dua buah kelas lagi yang dikenali sebagai kelas kawalan menggunakan kaedah PdP tradisional iaitu berpusatkan pensyarah. Bilangan pelajar dalam kelas kawalan ini adalah sebanyak 37 orang. Bagi pendekatan kualitatif, empat orang pelajar dipilih dari kelas rawatan untuk

ditemubual bagi mengenalpasti pendapat pelajar terhadap penggunaan “peer tutoring”

secara lebih mendalam.

3.2 Rekabentuk kajian

Rekabentuk kajian kuasi-eksperimental dijalankan untuk mengenalpasti kesan

penggunaan “peer tutoring” terhadap pencapaian pelajar dalam topik “Introduction to organic chemistry”. Manakala, pendekatan kualitatif iaitu temubual digunakan untuk

mengenalpasti pendapat pelajar terhadap pengunaan “peer tutoring” dalam pembelajaran.

3.3 Instrumen kajian

Untuk mengenalpasti sama ada penggunaan “peer tutoring” dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam topik “Introduction to organic chemistry”, satu set soalan yang

(6)

6 sama. Soalan-soalan ini mempunyai kesahan yang tinggi kerana ia merupakan soalan ujian pertengahan semester yang lepas dan digubal oleh Bahagian Matrikulasi bersertakan skema jawapan yang seragam.

3.4 Prosedur pengumpulan data

Setelah kelas-kelas tutorial dipilih secara rawak dan dibahagikan kepada kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan, suatu ujian pra dijalankan. Tujuan ujian pra ini adalah untuk menentukan kesetaraan pencapaian pelajar di antara kedua-dua kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Sekiranya kesetaraan pencapaian pelajar dapat

diperolehi, strategi “peer tutoring” akan dilaksanakan dalam kumpulan rawatan manakala

kumpulan kawalan menggunakan kaedah PdP tradisional iaitu berpusatkan pensyarah.

Pelajar-pelajar dalam kelas rawatan dibahagikan kepada kumpulan kecil yang terdiri daripada empat atau lima orang pelajar. Seorang tutor dilantik oleh pensyarah untuk membimbing ahli-ahli kumpulannya. Pemilihan tutor ini adalah berpandukan kepada keputusan pelajar dalam Ujian Pertengahan Semester, Bahagian Matrikulasi yang lepas. Pensyarah menjelaskan kepada para tutor mengenai tugas dan peranan yang dimainkan oleh mereka iaitu membimbing rakan-rakan dalam kumpulan masing-masing di dalam atau di luar kelas tutorial.

Sebelum “peer tutoring” dilaksanakan, pensyarah memberi garis panduan yang ringkas kepada tutor mengenai soalan-soalan tutorial yang perlu dibincangkan dalam kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki mengadakan perbincangan di luar waktu kelas tutorial. Tutor bertindak sebagai pembimbing untuk membantu tutee menjawab soalan-soalan yang diberikan. Pensyarah pula memberi bantuan dan nasihat yang sewajarnya dari semasa ke semasa untuk setiap kumpulan.

Semasa kelas tutorial, pelajar-pelajar duduk dalam kumpulan masing-masing dan beberapa kumpulan dipilih secara rawak untuk membentangkan jawapan mereka di depan kelas. Pelajar dalam kumpulan lain dibenarkan untuk menyoal atau memberi cadangan terhadap jawapan yang dibentangkan. Selepas sesi pembentangan, pensyarah memberi komen terhadap jawapan yang dibentang dan merumuskan pelajaran.

Dalam kelas kawalan pula, strategi PdP tradisional iaitu berpusatkan pensyarah dilaksanakan. Sesi soal jawab sehala dijalankan dalam kelas tersebut. Pensyarah memainkan peranan yang aktif dalam kelas, di mana pensyarah memberi jawapan tutorial dan memberi penjelasan tentang masalah yang dikemukakan oleh pelajar.

(7)

7 sesi temubual dengan empat pelajar yang dipilih daripada kumpulan rawatan dilakukan pada akhir sesi PdP.

3.4 Analisis data

Untuk memastikan pencapaian pelajar dalam kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan yang dipilih adalah setara, ujian-t untuk sampel-sampel bebas (independent t test) bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam ujian pra dilakukan.

Manakala, ujian-t untuk pengukuran berulangan (paired samples t test) digunakan

untuk mengenalpasti sama ada pelaksanaan “peer tutoring” dapat meningkatkan

pencapaian pelajar dalam topik “Intorduction to organic chemistry” dalam kumpulan

rawatan dan kumpulan kawalan masing-masing.

4.0 KEPUTUSAN

4.1 Analisis kuantitatif

Jadual 1.

Ujian-t untuk sampel-sampel bebas (independent t test) bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam ujian pra.

t df sig. Perbezaan min

Ujian pra -0.19 74 0.985 -0.01

Berdasarkan kepada Jadual 1, skor min bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam ujian pra tidak menunjukkan perbezaan signifikan (p > .05). Ini menunjukkan bahawa pencapaian pelajar dalam kedua-dua kumpulan adalah setara atau tidak mempunyai perbezaan yang signifikan.

Jadual 2.

Min dan sisihan piawai bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam ujian pra dan ujian pasca.

Kumpulan rawatan (n = 39) Kumpulan kawalan (n = 37) Min Sisihan piawai Min Sisihan piawai

Ujian pra 7.26 3.14 7.27 3.20

Ujian pasca 11.44 2.97 7.57 3.15

Jadual 3.

Ujian-t untuk pengukuran berulangan (paired samples t test) bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.

T df sig. Min

(8)

8 Berdasarkan kepada Jadual 2, skor min ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan rawatan ialah 7.26 dan 11.44, manakala untuk kumpulan kawalan ialah 7.27 dan 7.57. Ini

menunjukkan terdapat peningkatan skor min yang ketara selepas strategi “peer tutoring”

dilaksanakan dalam kumpulan rawatan. Sisihan piawai ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan rawatan ialah 3.14 dan 2.97, manakala kumpulan kawalan ialah 3.20 dan 3.15. Ini menunjukkan skor bagi kedua-dua kumpulan dalam ujian pra dan ujian pasca adalah kurang bertaburan.

Dalam Jadual 3, analisis ujian-t untuk pengukuran berulangan bagi kumpulan rawatan menunjukkan hipotesis nul untuk persoalan kajian pertama ditolak dan keputusan kajian adalah signifikan (t = -14.13, df = 38, p < .05). Ini menunjukkan penggunaan “peer

tutoring” dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam topik “Introduction to organic chemistry”. Manakala, kumpulan kawalan yang menggunakan strategi PdP tradisional (berpusatkan pensyarah) tidak menunjukkan peningkatan pencapaian signifikan dalam

topik “Introduction to organic chemisty” (t = -1.82, df = 36, p > .05), iaitu hipotesis nul untuk persoalan kajian kedua diterima.

4.2 Analisis kualitatif

Dapatan kualitatif menunjukkan pelajar berpendapat bahawa “peer tutoring” merupakan suatu pendekatan PdP yang mampu memupuk minat dan meningkatkan motivasi belajar dalam topik Kimia Organik. Seorang pelajar menyatakan bahawa perbincangan dengan rakan sebaya dapat menimbulkan minat dan merangsang inisiatifnya untuk belajar. Seorang pelajar pula menyatakan rakan sebaya sering memberi dorongan kepadanya untuk belajar dan secara tidak langsung menyemarakkan semangat dan motivasi dalamannya untuk belajar.

Keempat-empat orang pelajar bersetuju bahawa “peer tutoring” membantu mereka menjawab soalan-soalan tutorial yang diberi dan menjelaskan miskonsepsi yang timbul

dalam pembelajaran. Salah seorang pelajar menegaskan bahawa “peer tutoring”

menyediakan satu medium perbincangan yang efektif di antara rakan sebaya untuk menyelesaikan masalah dalam pembelajaran. Kebanyakan masalah dalam pembelajaran dapat diselesaikan dengan bantuan rakan sebaya.

Tambahan lagi, keempat-empat orang pelajar berpendapat bahawa hubungan mereka dengan rakan-rakan dalam kelas menjadi lebih erat dengan pelaksanaan “peer

tutoring”. Seorang pelajar menyatakan bahawa rakan-rakan dalam kumpulannya sering

berhimpun untuk menjalankan aktiviti yang lain seperti makan malam, “outing” dan

bersukan. Walaupun aktiviti-aktiviti tersebut bukan bersifat akademik, tetapi dia dapat mempelajari kaedah-kaedah berkomunikasi dan bersosial dengan orang lain. Ini juga penting dalam pembentukan insan yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan fizikal.

(9)

9 mengambil masa yang panjang dan dia mempunyai tugasan subjek lain yang perlu disiapkan. Seorang pelajar pula berasa kurang yakin dengan jawapan yang dibincangkan dengan rakan sebaya. Walaupun dia dapat mencari kaedah penyelesaian dengan rakan sebayanya, dia masih ragu-ragu dengan jawapan itu.

5.0 KESIMPULAN

Berdasarkan kepada dapatan kajian yang diperoleh, strategi “peer tutoring” didapati meningkatkan pencapaian pelajar dalam topik “Introduction to organic chemistry”. Dapatan ini seiring dengan dapatan kajian lepas yang menyatakan bahawa

“peer tutoring” mampu meningkatkan pencapaian akademik pelajar (Roscoe & Chi,

2007).

Selain itu, pelajar-pelajar didapati bergiat aktif dan bersemangat dalam kumpulan perbincangan masing-masing. Tutee didapati lebih berani berbincang dengan tutor dan tutee yang lain dalam kumpulannya. Walaupun percanggahan idea dan miskonsepsi seringkali wujud semasa perbincangan dalam kumpulan, tutor dan tutee didapati berupaya untuk berbincang bersama-sama bagi menyelesaikan masalah tersebut. Ini merupakan suatu proses yang penting dalam perkembangan kognitif pelajar, di mana pelajar dapat mengasimilasi dan menerap ilmu pengetahuan baru melalui interaksi sosial dengan rakan sebayanya.

Pelaksanaan “peer tutoring” dapat meningkatkan kemahiran komunikasi bagi tutor dan tutee. Tutor didapati boleh mempelajari kemahiran untuk memberi bimbingan dan penjelasan dengan berkesan. Manakala, tutee dapat mempelajari teknik untuk menanya soalan dengan jelas dan tepat, yang menggambarkan ketidakfahaman atau miskonsepsi yang wujud. Sifat hormat-menghormati terhadap pendapat dan pandangan rakan sebaya juga dapat dipupuk di kalangan pelajar. Oleh itu, perkembangan personaliti yang positif dan seimbang bagi pelajar dapat dipertingkatkan.

Tambahan lagi, hubungan persahabatan antara tutor dan tutee didapati menjadi

lebih erat melalui pelaksanaan “peer tutoring”. Mereka bukan sekadar berbincang

mengenai masalah akademik, malah mereka juga berkongsi suka duka dalam hidup dan masalah kehidupan yang timbul. Ini secara tidak langsung dapat memberi sokongan mental dan emosi di kalangan pelajar, dan mewujudkan suasana pembelajaran yang harmoni dan kondusif.

Pelaksanaan “peer tutoring” juga didapati boleh memaksimumkan waktu

pertembungan dan perbincangan ilmiah di kalangan pelajar. Pembelajaran tidak lagi terhad kepada jadual waktu rasmi yang ketat. Pelajar boleh mengadakan perbincangan di luar waktu kelas pada waktu dan tempat yang lebih fleksibel dan bersesuaian dengan kehendak mereka.

(10)

10 dipikul oleh pensyarah. Ini kerana perbezaan intelek dan kognitif tetap wujud di kalangan tutor (pelajar) dan pensyarah (orang dewasa) yang telah menerima latihan profesional. Oleh itu, PdP perlu dirancang dengan teliti kerana terdapat sesetengah konsep memerlukan penjelasan yang lebih lanjut dan teliti daripada pensyarah.

5.1 Implikasi

Dapatan kajian ini menunjukkan penggunaan “peer tutoring” dapat

mempertingkatkan pencapaian pelajar khususnya dalam topik “Introduction to organic chemistry”. Ia juga meningkatkan minat dan motivasi pelajar dalam pembelajaran Kimia

Organik menerusi interaksi sosial yang positif. Kedua-dua pihak, iaitu tutor dan tutee

memperoleh manfaat daripada pembelajaran dengan strategi “peer tutoring”. Oleh itu, strategi “peer tutoring” boleh dijadikan sebagai suatu teknik alternatif PdP untuk

meningkatkan pencapaian akademik dan minat pelajar dalam pembelajaran. Namun begitu, perancangan yang teliti dan rapi perlu dilakukan supaya keberkesanan

penggunaan “peer tutoring” terhadap pengajaran dan pembelajaran dapat

dimaksimumkan. Pensyarah perlu memantau proses pelaksanaannya dari masa ke semasa dan memberi intervasi yang bersesuaian sekiranya pelajar menghadapi masalah

pembelajaran dan komunikasi dalam “peer tutoring”.

5.2 Kajian akan datang

Kajian akan datang dicadangkan supaya faktor-faktor lain seperti sikap, motivasi dan perubahan tingkah laku pelajar dalam “peer tutoring” dikenalpasti dan diteliti dengan lebih jelas. Selain itu, tempoh pelaksanaan “peer tutoring” juga boleh dilanjutkan kepada satu semester atau satu sesi supaya perubahan sikap dan motivasi pelajar dalam pembelajaran dapat diperhatikan dengan lebih menyeluruh.

6.0 RUJUKAN

Chen, C., & Liu, C-C (2011). A case study of peer tutoring program in higher education. Research in Higher Education Journal, 11, 1-10.

Colvin, J. W. (2007). Peer tutoring and social dynamics in higher education. Mentoring & Tutoring, 15(2), 165-181.

Cook, T. D., & Campbell, D. T. (1979). Quasi-experimentation: Design and analysis issues for field settings. Boston: Houghton-Mifflin.

(11)

11 Goodlad, S. (1999). Never knowingly oversold: A watchword for tutoring and mentoring schemes? Paper presented at the 2nd BP Regional Conference on Tutoring and Mentoring, Perth, Western Australia.

Ismail, H. N., & Alexander, J. M. (2005). Learning within scripted and nonscripted peer-tutoring sessions: The Malaysian context. Journal of Educational Research, 99(2), 67-77.

Luca, J., & Clarkson, B. (2002). Promoting student learning through peer tutoring - A case study. In P. Barker & S. Rebelsky (Eds.), Proceedings of World Conference on

Educational Multimedia, Hypermedia and Telecommunications 2002. (pp. 176-1181).

Chesapeake, VA: AACE.

Roscoe, R. D., & Chi, M. T. H. (2007). Understanding tutor learning: Knowledge-building and knowledge-telling in peer tutors’ explanations and questions. Review of Educational Research, 77, 534-574.

Topping, K. J. (1996). The effectiveness of peer tutoring in further and higher education: A typology and review of the literature. Higher Education, 32(3), 321-345.

(12)

12

(a) Redraw the above structure in the form of expanded and condensed structures. (b) Label the chiral carbon(s) with an asterisk (*).

(c) Classify the carbons labeled a and b as primary, secondary or tertiary. [6 M]

2. Redraw the following structure, then circle and name all the functional groups:

[4 M]

3. Draw the pair of stereoisomers for each compound below using the 3-dimensional formula. Specify the type of stereoisomers.

(a) C2H5CH=C(CH3)C2H5

(b) CH3CH2CH2CH(Br)OH [4 M]

4. Arrange the following species in order of increasing stability. Explain.

Referensi

Dokumen terkait

Akan muncul informasi seperti yang tertera pada gambar disamping &gt;&gt; Klik Install. Aplikasi Mobile Fastpay telah ter-install pada

Berdasarkan Berita Acara KPU Nomor 77/BA Verifikasi/2013, tertanggal 18 Juni 2013, yang ditindaklanjuti dengan SK Penetapan KPU Nomor 381 Tahun 2013, tanggal 21 Juni 2013,

[r]

Melalui akun media sosialnya, setiap pengguna dapat menyampaikan informasi secara langsung atas setiap peristiwa yang dialaminya dalam konteks real-time sehingga memungkinkan

4 Beberapa penelitian yang telah dilakukan adalah prediksi tinggi tubuh berdasarkan rentang lengan, penelitian lainnya perkiraan tinggi badan dari jari tengah dalam sebuah

Pada hari ini Senin tanggal Tiga Belas bulan Mei tahun Dua Ribu Tiga Belas kami Panitia Pengadaan Barang/Jasa Kegiatan Rehabilitasi Perumahan Masyarakat Kurang Mampu Badan

Kriteria inklusi: (1) Pasien yang didiagnosis batu saluran kencing dan dilakukan penatalasanaan non invasif, minimal invasif atau invasif di RSUD Arifin

Cara ujinya adalah masukkan benda uji yang telah disiapkan ke dalam mesin abrasi, putar mesin kecepatan 30 rpm sampai 33 rpm dengan jumlah putaran untuk masing-masing gradasi