• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kursus Tamadun Islam di IPTA Satu Mekani

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kursus Tamadun Islam di IPTA Satu Mekani"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

International Conference on Da'wah and Islamic Management, USIM (23-24 Nov. 2010) ICDAIM2010

Nor Hayati Fatmi Binti Talib Bani Hidayat Bin Mohd Shafie Mohd Huzairi Bin Awang @ Husain

Hajarul Bahti Binti Zakaria Prof. Madya Dr. Ab. Halim Tamuri

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Kursus Tamadun Islam di IPTA Satu Mekanisme Dakwah

ABSTRAK

Kekuatan Tamadun Islam bergantung kepada elemen akidah atau kepercayaan secara istiqamah berpaksikan perjuangan bagi mendapatkan keredaan Allah swt melalui dakwah. Kertas kerja ini bertujuan mengetengahkan empat elemen-elemen dakwah di dalam proses pengajaran dan pembelajaran kursus Tamadun Islam di IPTA. Kursus ini merupakan kursus wajib bagi semua pelajar untuk bergraduasi sama ada pelajar beragama Islam dan bukan beragama Islam. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “sampaikan lah daripada Ku walaupun satu ayat”. Antara elemen-elemen dakwah yang boleh diketengahkan pertamanya, kedudukan sains yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam malah Islam membawa manusia kepada penguasaan sains seperti proses kejadian manusia (al-Alaq : 1-5), cap jari sebagai pengenalan (al-Qiyamah 3-4), ciptaan langit dan bumi (al-Anbiya’ : ayat 30) dan lain-lain lagi. Keduanya, perbezaan di antara manusia adalah realiti yang mesti difahami kerana manusia diciptakan berbangsa-bangsa, kebenaran mesti difahami dengan harmoni dan kebatilan mesti dibanteras walaupun dalam diri sendiri. Ketiganya, pembinaan akhlak dan keperibadian sebagai pembentuk individu, keluarga, masyarakat, negara dan ketamadunan dan keempat keilmuan membawa makna dan kejayaan dalam kehidupan sama ada di dunia mahupun di akhirat dan ilmu Islam bukan untuk orang Islam sahaja tetapi untuk kesejahteraan seluruh manusia.

PENDAHULUAN

Firman Allah swt yang bermaksud : “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan berdebat lah mereka dengan cara yang terbaik. Sesungguhnya Tuhan mu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari Jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk”(Surah an-Nahl (16) : 125). Ayat ini menyarankan tiga kaedah berdakwah iaitu :

1. Secara „al-Hikmah‟ : disebut sebanyak 210 kali di dalam al-Quran, bermaksud kebijaksanaan, mempunyai pendapat dan pemikiran yang baik, cermat dan teliti dalam melaksanakan sesuatu serta berilmu pengetahuan.

(2)

3. Secara Mujadalah : bermaksud berdebat, berbincang atau berdiskusi untuk menyampaikan dan menegakkan kebenaran, mesti berasaskan ilmu dan sandaran yang jelas dan benar yang dilaksanakan dengan penuh harmoni.

Dakwah adalah satu wasilah atau kaedah yang Allah swt tentukan dalam menyampaikan ajaran-Nya kepada umat manusia. Dakwah secara umumnya ialah menyeru, mengajak, memujuk, mentarbiyah, mendidik, melatih serta memimpin orang yang diseru supaya mengakui kebenaran risalah Allah swt yang dibawa oleh pesuruh-Nya iaitu Rasulullah Saw. Dakwah menyeru kepada kepercayaan dan keyakinan bahawa tiada yang berkuasa selain Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui, yang tiada sekutu kepadanya, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Syariat Allah adalah rahmat kepada manusia dan seluruh alam. Dakwah membawa manusia mengenal kebenaran ini, memelihara kesucian dan kemuliaan ajaran Islam serta memastikan ia terus berkembang untuk seluruh umat sehingga hari kiamat.

KURSUS TAMADUN ISLAM DI IPTA

Kursus Tamadun Islam adalah kursus wajib diambil dan wajib lulus bagi semua mahasiswa beragama Islam dan bukan beragama Islam di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) termasuk semua peringkat pengajian di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Antara tujuan kursus ini ditawarkan adalah untuk memberi pengetahuan dan kefahaman serta meningkatkan tahap kesedaran pelajar mengenai tamadun-tamadun yang ada di sekeliling mereka khususnya tamadun Islam dan memahami serta mengaplikasikan nilai-nilai murni yang terkandung di dalamnya. Pelaksanaan kursus ini adalah secara kuliah, perbincangan, penyelesaian masalah dan terdapat IPTA menggunakan kaedah E-Pembelajaran. Di peringkat Politeknik KPTM, subjek ini membawa dua kredit melibatkan 2 jam kuliah dan 1 jam tutorial setiap minggu, dilaksanakan selama 15 minggu dan melibatkan penilaian secara penilaian berterusan. Di dalam pelaksanaan kursus Tamadun Islam ini, selain daripada tujuan asal kursus ini ditawarkan, pelaksana kursus ini sama ada pensyarah atau tutor perlu bijak berperanan sebagai pendakwah, membawa para pelajar melihat pelbagai dimensi tentang Islam melalui proses pengajaran dan pembelajaran Tamadun Islam. Ini adalah kerana kebenaran tentang Islam sangat sesuai diterapkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran Tamadun Islam dan ia adalah suatu dakwah.

DAKWAH

Di dalam Islam, setiap Muslim adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan dakwah. Ia merupakan warisan para nabi kepada umatnya untuk dilaksanakan sebaik mungkin dengan segala keupayaan dan kemampuan yang dimiliki. Keagungan dan kegemilangan umat Islam pada zaman silam hingga muncul sebagai „khaira ummah’ (sebaik-baik ummah) ketika itu hasil daripada kejayaan melaksanakan tanggungjawab dakwah dengan berkesan, usaha dengan penuh kegigihan mengajak manusia ke jalan Allah, menyeru melakukan kebaikan dan mencegah segala bentuk kemungkaran. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya” (Surah ali-Imran, ayat 104).

(3)

adz-Zikr (al-Quran) kepada mu agar engkau menerangkan kepada manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan agar mereka memikirkannya”. Ilmu merupakan satu anugerah Allah kepada manusia. Seseorang yang mencintai ilmu, hatinya akan sentiasa terpaut untuk mencari dan mempelajarinya tidak kira dengan apa juga medium sekalipun. Mereka yang mempunyai ilmu pula wajib menyebarkannya kepada orang lain demi kemaslahatan umat Islam bersama. Rasulullah bersabda “Sampaikan apa yang diambil daripada ku walau satu ayat” (HR Bukhari). Di zaman kontemporari ini, inovasi penyebaran dakwah sebenarnya menjadi cukup mudah. Medium dakwah harus dipelbagaikan dan diperluas dengan mengambil setiap peluang yang ada dari kekuatan teknologi masa kini sebagaimana sabda Rasulullah “Kamu lebih tahu hal ehwal dunia kamu” (HR Muslim).

Untuk mencapai keberkesanan dalam perjalanan dakwah, sejarah Rasulullah berdakwah perlu dihayati bersama, cabaran dakwah Baginda dari mula menerima wahyu hinggalah Islam mencapai kemenangan dan menegakkan Daulah Islamiyah. Ekspedisi dakwah Rasulullah ke Taif yang disambut dengan lontaran batu sehingga berlumuran darah dan dimaki hamun. Baginda mengadu kepada Allah dan akhirnya Jibrail datang mengkhabarkan berita bahawa malaikat yang menjaga bukit bersedia untuk menghempaskan bukit ke atas penduduk Taif tetapi tawaran itu ditolak oleh Baginda. Baginda tetap bersabar dan terus berusaha hingga akhirnya Islam diterima di Taif dan Taif menjadi kubu kuat Islam selepas peristiwa Hijrah. Inilah uslub dakwah yang diamalkan oleh Rasulullah.

Allah berfirman yang bermaksud :“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir” (al-Baqarah, 286).

Di dalam al-Quran, terdapat banyak ayat-ayat al-Quran berkaitan dengan dakwah, antaranya ancaman bagi yang tidak berdakwah (surah 2 : ayat 174; surah 3 : ayat 187; surah 16 : ayat 44; surah 33 : ayat 4), dakwah tugas para Rasul (surah 24 : ayat 54; surah 29 : ayat 18), kaedah berdakwah (surah 14 : ayat 4; surah 41 : ayat 44; surah 17 : ayat 53; surah 18 : ayat 54; surah 29 : ayat 46; surah 43 : ayat 57-59, surah 13 : ayat 22-23; surah 23 : ayat 96; surah 25 : ayat 63; surah 28 : ayat 5; surah 41 : ayat 34-35; surah 2 : ayat 26; surah 39 : ayat 27; surah 14 : ayat 25; surah 25 : ayat 33; surah 6 : ayat 108) dan batas-batas berdakwah (surah 2 : 256; 10 : 9; 18 : 29; 22 : 78; 4 : 171; 5 : 177; 3 : 73; 2 : 193; 4 : 89; 28 : 86; 66 : 9; 4 : 162; 5 : 44-48 & 69; 6 : 52, 53, 68, 69, 108; 7: 87)

Dalam usaha menyebarkan dakwah dan ilmu kepada masyarakat, skop dakwah perlu lebih berkualiti, fleksibel, praktis dan futuristik terutamanya terhadap remaja yang akan menjadi simbolik untuk kepimpinan negara di masa hadapan. Penyebaran dakwah dalam arus perubahan moden hari ini memerlukan kekuatan dan kematangan dari segi keyakinan, kesungguhan, kecekalan, kekuatan ilmu dan berkemahiran teknologi bagi menghadapi era digital dunia tanpa sempadan.

(4)

SAINS TIDAK BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM

Antara elemen dakwah yang disentuh dalam kertas kerja ini adalah kedudukan sains tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Seorang doktor perubatan Perancis bernama Maurice Bucaille (1978) menyatakan dalam bukunya „The Bible, The Al-Quran and Science‟ : “where as monumental errors are to be found in the Bible, I could not find a single error in the Quran” bermaksud : „sementara terdapat kesalahan-kesalahan yang amat ketara di dalam Bible, saya tidak mendapati satu kesalahan pun dalam Quran‟.

Al-Quran merupakan mukjizat yang diwahyukan kepada nabi Muhammad saw yang merupakan kitab yang lengkap sebagai panduan perjalanan kehidupan manusia dan di dalamnya tidak terdapat sebarang percanggahan. Firman Allah s.w.t. dalam surah an-Nisa‟ ayat 82 yang bermaksud : “Maka apakah mereka tidak memerhatikan al-Quran? Kalau kiranya Al-Quran itu bukan dari sisi Allah, tentu mereka mendapati pertentangan yang banyak di dalamnya”.

Di dalam al-Quran terdapat banyak rujukan ilmu merangkumi ilmu kemasyarakatan yang memandu manusia berkaitan halal haram, muamalat antara manusia dalam bidang ekonomi, sosio budaya, perhubungan antarabangsa dan sebagainya termasuk juga isyarat atau kunci kepada kajian sains. Al-Quran bukanlah kitab sains, tetapi banyak fakta-fakta saintifik dinyatakan dengan jelas di dalamnya yang sebahagiannya mampu di singkap melalui kecanggihan teknologi di abad ke 20. Al-Quran diturunkan pada abad ke 7 di mana kemajuan sains ketika itu sangat rendah, tiada keupayaan teknologi untuk menyelidiki alam semesta, masyarakat ketika itu mempercayai gunung ganang menongkat langit yang kemudiannya dijelaskan oleh al-Quran dalam surah ar-Ra‟d ayat 2 yang bermaksud : “Tuhanlah Dia yang meninggikan langit-langit tanpa tiang”, Manusia ketika al-Quran diturunkan juga mempunyai sedikit pengetahuan mengenai astronomi, fizik, biologi dan geografi apatah lagi struktur atmosfera, keseimbangan yang membolehkan adanya kehidupan di muka bumi dan sebagainya, manusia mula menguasainya melalui bimbingan al-Quran.

a. Proses Kejadian Manusia

Keith Moore (1982), seorang profesor di Universiti Toronto, telah menulis sebuah buku berjudul The Developing Human, edisi ke-3 yang menceritakan kehairanannya dengan cerita pertumbuhan embrio seperti mana yang terkandung di dalam al-Quran. Peringkat pertama kejadian manusia bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Insan : ayat 2 yang bermaksud : “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat”. Peringkat kedua pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh di mana telur yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah. Firman Allah SWT yang bermaksud :“Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah” (Surah al-Mukminun : ayat 14).

(5)

telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk. Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdegup. Darah mula mengalir dengan lebih banyak bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Pada tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri. Peringkat keempat, pembentukan tulang yang mendahului pembentukan otot-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut. Firman Allah SWT di dalam Surah al-Mukminun : 14 yang bermaksud :“Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam dan kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging”. Satu sistem yang kompleks terbentuk termasuk perut dan usus, seluruh saraf, otak dan tulang belakang, organ pembiakan, kelenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.

Peringkat kelima iaitu janin, kuku-kukunya pun mula tumbuh, saiz makin membesar dan sempurna manakala peringkat keenam iaitu peringkat peniupan roh dan perkembangan ketika ini bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telah pun mempunyai hubungan dengan Allah SWT melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A‟raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan di sisi Allah SWT.

b. Cap Jari Sebagai Pengenalan

Allah menyatakan di dalam Al-Qur'an bahawa amat mudah bagi-Nya untuk membangkitkan manusia selepas kematian, cap jari manusia secara khusus ditekankan melalui firman Allah yang

bermaksud : “Apakah manusia mengira bahawa kami tidak akan mengumpulkan (kembali)

tulang-belulang nya? Bahkan, sebenarnya Kami berkuasa untuk menyusun (kembali) jari-jemarinya dengan sempurna” (Surah al-Qiyamah; 3-4). Allah menyediakan set cap jari setiap orang adalah unik bagi dirinya yang berbeza dengan orang lain sebagai pengenalan diri yang eksklusif kepada pemiliknya. Barat telah memperkenalkan sistem pengenalan diri seperti sistem Bertillon yang diperkenalkan oleh tokoh Perancis iaitu Alphonse Bertillon menggunakan pendekatan gambar muka, ukuran panjang dan lebar kepala, panjang kaki kiri, panjang lengan kiri dan panjang jari kecil kiri. Sistem ini gagal sebagai pengenalan diri kerana terdapat persamaan dengan individu yang lain (The Colombia Encyclopedia 2008). Melalui pengenalan diri melalui cap jari dapat menyelesaikan kes jenayah, sebagai alat perakam waktu bekerja, kunci rumah, kunci pejabat, urusan perbankan dan sebagainya. Bekas-bekas cap jari ini juga akan menjadi bahan bukti di sisi Allah di hari akhirat sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : "Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang mati dan Kami menuliskan apa yang telah mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan. Dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam Kitab Induk yang nyata (Loh Mahfuzh)” (surah Yaasin : ayat 12).

c. Ciptaan Langit dan Bumi

(6)

daripada tiada kepada ada dan Allah telah menciptakan langit dan bumi ini melalui proses-proses yang dikehendakiNya. Kejadian langit dan bumi ini asalnya daripada satu yang padu, kemudian dipisahkan menjadi langit dan bumi. Firman Allah yang bermaksud: "dan apakah orang-orang kafir itu tidak melihat bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (satu unit penciptaan), kemudian kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakan mereka tiada juga beriman?". (Surah Al-Anbi’a : 30)

Sehingga penghujung abad ke 20, pandangan mengatakan bahawa alam semesta mempunyai sifat statik tetapi kajian, pemerhatian dan pengiraan yang dijalankan menggunakan teknologi moden telah menunjukkan bahawa alam semesta berkembang secara konstan. Pada permulaan abad ke 20, seorang ahli fizik Russia Alexander Friedmann dan ahli kosmologi Belgium George Le'maitre telah membuat pengiraan secara teori bahawa alam semesta adalah dalam keadaan pergerakan yang berterusan dan ia sebenarnya berkembang (Eric Christian 1998). Fakta ini juga telah dibuktikan melalui data dari pemerhatian yang dijalankan pada tahun 1929 oleh Edwin Hubble seorang ahli astronomi Amerika menggunakan teleskop dan mengisytiharkan bahawa bintang-bintang dan galaksi-galaksi bergerak menjauhi antara satu sama lain secara berterusan. Semua benda di alam semesta secara konstan bergerak menjauhi sesama mereka, jelas menggambarkan pengembangan alam semesta itu. Pemerhatian yang dijalankan dalam tahun berikutnya mengesahkan bahawa alam semesta adalah berkembang secara berterusan (J. George 2008). Fakta ini telah di jelaskan dalam Al-Qur'an ketika mana hal ini masih belum lagi pernah diketahui oleh manusia melalui firman Allah swt yang bermaksud :“Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskan nya. (Surah az-Dzariyat;47)

Al-Quran menerangkan tentang orbit iaitu laluan cakerawala melalui firma Allah swt yang bermaksud : “Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, setiap mereka berenang di falak (tempat peredarannya)” (Surah al-Anbiya : 33). “Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang maha Perkasa dan maha Mengetahui” (Surah Yaasin : 38). “Demi langit yang mempunyai jalan-jalan” (Surah az-Dzariyat : 7). Fakta ini telah ditemui melalui pemerhatian astronomi hari ini. Berdasarkan kepada kiraan pakar-pakar astronomi, matahari yang jaraknya 149,597,900 km dari bumi dengan suhu 5,500 ̊̊ C bergerak dalam kelajuan yang besar selaju 720,000 km sejam mengarah ke bintang Vega dalam satu orbit tertentu dalam sistem Solar Apex. Ini bererti matahari bergerak sejauh 17,280,000 km sejam secara anggaran (di bumi). Semua planet dan satelit yang berada dalam lingkungan sistem graviti matahari (sistem solar) juga turut bergerak pada jarak yang sama begitu juga semua bintang berada dalam satu persamaan pergerakan yang telah ditentukan. Terdapat lebih kurang 200 bilion galaksi dalam alam semesta, yang mengandungi hampir 200 billion bintang setiap satu. Kebanyakan dari bintang-bintang ini mempunyai planet-planet dan kebanyakan dari planet ini mempunyai satelit. Semua objek-objek langit ini bergerak menepati orbit-orbit yang telah ditetapkan. Untuk berapa juta tahun, semuanya 'berenang' melintasi orbit masing-masing dalam keseimbangan dan susunan yang sempurna bersama-sama dengan yang lain. Selanjutnya, bilangan komet yang banyak juga bergerak bersama dalam orbit-orbit yang telah ditentukan untuk mereka tanpa bertembung (NASA 2010).

(7)

langit itu sebagai atap terpelihara sedang mereka berpaling dari segala tanda (kekuasaan Allah) yang terdapat padanya” (Surah al-Anbiya : 32). Bermaksud bumi mempunyai bumbung

yang „protective‟ bagi mengekalkan kehidupan, menghalang meteor-meteor mendekati bumi,

menapis sinaran dari luar angkasa yang membahayakan , melindungi bumi dari kesan pembekuan dari luar angkasa (suhu -270 ̊ C). Fungsi ini dibantu oleh jalur Allan Velt yang dihasilkan oleh medan magnet bumi yang berfungsi sebagai perlindungan menentang radiasi yang berbahaya (Nick Lane 2010).

Al-Quran menceritakan tentang 7 lapisan langit melalui firman Allah swt yang

bermaksud : “Dia-lah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia

berkehendak terhadap langit, lalu di jadikanNya 7 lapisan langit. Dan Dia maha Mengetahui segala sesuatu” (Surah al-Baqarah : 29). “Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui” (Surah Fusilat : 12). Kajian kontemporari mendapati bahawa atmosfera dunia terdiri daripada pelbagai lapisan yang saling tindih menindih di antara satu sama lain, Para saintis telah menemui bahawa atmosfera terdiri daripada beberapa lapisan, lapisan tersebut berbeza dari sudut fizikal berdasarkan tekanan atmosfera dan kandungan gas. Lapisan atmosfera yang paling hampir kepada permukaan bumi di panggil troposfera, yang mengandungi lebih kurang 90% jumlah jisim atmosfera, manakala lapisan di atas troposfera dipanggil stratosfera, kemudian diikuti dengan ozonosfera di mana penyerapan sinaran ultra ungu berlaku, kemudian diikuti dengan mesosfera, dan termosfera yang terdiri dari sebahagian gas ion yang dipanggil ionosfera. Bahagian yang paling luar dipanggil eksosfera yang merentang sejauh 480 km sejauh 960 km.

PERBEZAAN ANTARA MANUSIA ADALAH REALITI

Elemen dakwah yang kedua yang disentuh dalam kertas kerja ini adalah perbezaan antara manusia adalah realiti di dalam ajaran Islam. Malaysia contohnya mempunyai identiti masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan budaya yang menghadapi pelbagai persoalan dan melibatkan banyak perbincangan dan perancangan dalam pelbagai aspek. Persoalan dan permasalahan begini juga sering timbul dan diperbincangkan oleh semua negara di dunia ini termasuk pada setiap persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Perbincangan demi perbincangan dijalankan, namun tiada penyelesaian muktamad diperoleh walaupun banyak persetujuan telah dicapai dan kadangkala gagal untuk dipraktikkan. Hanya Islam satu-satunya cara yang dapat menyelesaikannya.

(8)

mereka dipelihara di bawah undang-undang dan sama-sama bertanggungjawab bersama dengan orang Islam dalam mempertahankan negara.

Perbezaan antara manusia adalah disebabkan oleh faktor iklim, lingkungan tempat tinggal, pemakanan, kebiasaan kehidupan dan sebagainya mempengaruhi pembentukan watak, cara berfikir, cara bertindak, minat, kecenderungan serta adat dan kebiasaan. Inilah hakikat perbezaan di antara manusia yang tidak dapat dinafikan tetapi dalam masa yang sama ada persamaan sesama manusia yang perlu diutamakan daripada perbezaan tersebut iaitu hakikat manusia semuanya sama sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi dan tertakluk kepada suruhan dan larangan Allah tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Keharmonian yang ditunjukkan oleh Islam terhadap perbezaan ini adalah setiap muslim perlu menghormati perbezaan ini, menghormati antara satu sama lain, saling bertoleransi dan bersikap positif selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam.

PEMBINAAN AKHLAK DAN KEPERIBADIAN PEMBENTUK DIRI, KELUARGA, MASYARAKAT, NEGARA DAN KETAMADUNAN

Elemen dakwah yang ketiga yang disentuh dalam kertas kerja ini adalah pembinaan akhlak dan keperibadian pembentuk diri, keluarga masyarakat dan ketamadunan. Perkataan akhlak berasal daripada perkataan arab „khuluq‟, boleh juga dibaca „khulqun‟ atau „khuluqun‟ bermaksud „ as-sajiyyah‟ iaitu tabiat, perangai dan tingkah laku yang menggambarkan jiwa atau batin manusia di mana perhitungan dosa dan pahala lebih banyak bergantung pada gambaran batin daripada gambaran zahir (Ibnu Manzur 1956). Menurut Muhammad Abu Bakar (1981), akhlak adalah pecahan daripada perkataan „khalq‟ bererti ciptaan dan keindahan kejadian manusia dengan bentuknya yang zahir. Keadaan rohani yang sepatutnya terbentuk dengan sebaik-baiknya dipanggil „khuluq‟ yang bermaksud adat, perangai, maruah dan agama.

Abdul Monir Yaakob dalam Abdul Monir et.al (2005), menjelaskan kepentingan etika dan moral termasuk juga akhlak dalam mengurangkan masalah kecurangan dalam kerjaya profesional. Usaha perlu dilakukan bagi memantapkan ketinggian akhlak dalam kerjaya profesional memerlukan beberapa langkah pertamanya, mewujudkan satu suasana pembelajaran yang bersih dari segala faktor yang merangsang keruntuhan akhlak di kalangan pelajar sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah ataupun di peringkat pengajian tinggi, keduanya kegiatan kokurikulum hendaklah seiring dan selaras dengan usaha serta matlamat untuk memupuk kerohanian, cinta kepada yang Maha Pencipta dan menanam komitmen yang kuat kepada nilai-nilai akhlak yang mulia. Ketiganya subjek etika profesional dari kaca mata Islam dengan huraian konsep, falsafah, amalan bekerja serta langkah-langkah pengukuhan mengikut bidang perlu diserap di peringkat pengajian tinggi.

(9)

Hadis. Terdapat 1504 ayat di dalam al-Quran berbentuk metodologi yang komprehensif (menyeluruh) merangkumi contoh teladan yang baik, pendekatan penceritaan, pendekatan ganjaran dan dendaan yang boleh membentuk akhlak dalam diri, keluarga, masyarakat, negara dan ketamadunan.

ILMU SUMBER KEJAYAAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT DAN ILMU ISLAM UNTUK SELURUH MANUSIA

Elemen dakwah yang keempat yang disentuh dalam kertas kerja ini adalah ilmu sumber kejayaan di dunia dan di akhirat dan ilmu Islam untuk seluruh manusia. Ilmu merupakan Wasilah terpenting dan berkesan untuk manusia mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Ilmu pengetahuan akan melengkapkan keimanan dan ketakwaan seseorang kepada Allah swt. Allah berjanji akan meletakkan kedudukan orang yang berilmu pada kedudukan yang tinggi. Allah swt telah berfirman dalam surah al-Mujadalah ayat 11 yang bermaksud : “Allah meninggikan kedudukan orang-orang yang beriman di kalangan kamu dan orang-orang yang berilmu beberapa darjat”. Melalui ilmu pengetahuan, manusia dapat membangunkan apa yang ada di muka bumi ini untuk diambil manfaat dan digunakan oleh manusia dengan cara yang terbaik. Menurut Hasan Langgulung (1981), tumpuan ilmu pengetahuan adalah untuk perubahan dan keseimbangan di dalam kehidupan.

Antara ciri-ciri keistimewaan ilmu di dalam Islam ketuhanan. Tuhan merupakan sumber kepada ilmu sama ada melalui al-Quran, as-Sunah, melalui pengkajian alam semesta (yang dijadikan oleh tuhan) secara benar. Ilmu ini mesti digunakan dalam ruang lingkup yang dibenarkan oleh Islam dan tidak boleh digunakan secara salah, menimbulkan kezaliman, menindas, menghancurkan orang lain, merosakkan dan sebagainya. Ilmu yang diperoleh tidak boleh bermatlamatkan kepentingan peribadi (pangkat, kuasa dan sebagainya) tetapi mesti bermatlamatkan kesejahteraan dan kebaikan bersama.

Ilmu Islam juga bersifat terbuka, Islam tidak membataskan sumber memperoleh ilmu, hanya ilmu berkaitan dengan syarak (akidah, ibadat dan akhlak) mesti diperoleh dari orang Islam yang dipercayai. Ilmu-ilmu lain boleh dituntut walaupun bukan dari orang Islam. Semua ilmu yang berguna sepatutnya dimiliki oleh orang Islam dan dalam masa yang sama Islam melarang monopoli ilmu, ilmu mesti dikongsi walaupun terhadap bukan Islam. Sejarah membuktikan bahawa orang-orang Eropah telah datang beramai-ramai ke Qardova dan Sicily untuk mengutip ilmu daripada sarjana-sarjana Islam pada zaman pertengahan dulu tanpa sebarang halangan oleh orang Islam walaupun mereka bukan beragama Islam.

Ilmu Islam juga „syumul‟ iaitu merangkumi keseluruhan ilmu yang mendatangkan manfaat kepada manusia sama ada ilmu syariat atau ilmu pengurusan tamadun manusia. Tiada pemisahan ilmu malah meletakkannya secara seimbang supaya manusia berilmu ini tidak tercicir dalam ketamadunan manusia dalam masa yang sama tidak tercicir dari segi syariat.

Abad ke 21 adalah abad pengetahuan, abad yang meletakkan ilmu pengetahuan sebagai asas dan sumber utama bagi pembangunan diri manusia, negara dan dunia, ilmu pengetahuan sebagai pemacu ekonomi, survival politik, pembaharuan sosiobudaya, dan dalam masa yang sama ia merupakan tiang agama. Ilmu pengetahuan telah berjasa membangunkan tamadun klasik seperti Mesopotamia, Mesir purba, China, India dan lain-lain. Ilmu pengetahuan juga telah menaikkan martabat dan kegemilangan Tamadun Islam ketika Eropah dan dunia seluruhnya

berada di dalam „The Dark Eges‟. Zaman Renaisans juga tidak mungkin muncul tanpa ilmu

(10)

PENUTUP

Kertas kerja ini hanya mengetengahkan beberapa aspek dakwah yang boleh diterapkan semasa melaksanakan kursus Tamadun Islam di IPTA amnya dan di politeknik khasnya. Banyak lagi elemen dakwah yang boleh diketengahkan dalam aspek yang sama seperti dalam kertas kerja ini, banyak juga elemen dakwah dalam aspek lain seperti, kehebatan sistem ekonomi Islam dalam pengagihan kekayaan berbanding ekonomi konvensional, keunikan sistem politik Islam dan sebagainya. Dakwah juga merupakan satu seni, isi dakwah adalah sesuatu yang amat penting tetapi dalam masa yang sama pendekatan dakwah adalah salah satu perkara yang tidak kurang pentingnya. Dakwah mesti dilakukan dengan cara yang menyentuh hati, kreatif, mudah difahami,

lemah lembut, menarik dan „versatile‟. Berbangga lah menjadi muslim dengan tanggungjawab

sebagai pendakwah.

RUJUKAN

Al-Quranul Karim

Abdul Monir Yaakob. Pertembungan akhlak dengan etika. Dalam Abdul Monir & Norhanizah Ismail. 2005. Islam Hadhari : himpunan isu-isu kontemporari. Kuala Lumpur : Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Eric Christian. 1998. Science magazine named the evidence (not proof) the universe‟s expansion is accelerating as a „breakthrough of the year‟ for 1998. http://helios.gsfc. nasa.gov/qa_ sp_ex html#friedman : Akses (22 September 2010)

Hassan Langgulung. 1981. Bentuk dan falsafah kurikulum. Dewan Bahasa dan Pustaka. Ibnu Manzur. 1956. Lisan al-Arab. Jilid 14. Beirut : Dar Sadir.

J. Georg V. B. 2008. Expansion of the universe. Acta Physica Polonica B. no. 6 vol. 39. http : // th-www.if.uj.edu.pl/acta/vol39/pdf/v39p1501.pdf : Akses (22 September 2010)

Keith L. Moore. W. B. Saunders. 1982. The Developing Human. http://www.goshen. edu/bio/dvert/environmentalfacts.htm (22 September 2010)

Maurice Bucaille. 1978. The Bible, the al-Quran and science. American Trust Publication. http://www.islamicity.com/science/baucaille.html : Akses (31 Ogos 2010)

Muhammad Abu Bakar Abd Qadir ar-Razi. 1981. Mukhtar al-Sihah. Beirut : Dar al-Fikr.

NASA. 2010. http ://solarsystem.nasa.gov/planet/profile.cfm?object=sun : Akses (22 September 2010)

Nick Lane. 2010. Change or Necessity? Bioenergetics and the probability of life. Journal of Cosmology 2010. Vol 10 : page 3286 – 3304.

Nik Mustapha Nik Hassan. 2008. Akhlak sempurna jamin keadilan sosial. Berita Harian, 4 Mac h. 13.

The Colombia Encyclopedia, sixth Edition. 2008. http : //www.encyclopedia.com (22 September 2010)

Wan Mohd Nor Wan Daud. 2005. Falsafah dan amalan pendidikan Islam Syed Mohd Naquib Al-Attas. Satu huraian konsep asli Islamisasi. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.

Referensi

Dokumen terkait

Dengan demikian dapat disimpulkan bahwa hipotesis alternatif diterima, yang berarti terdapat perbedaan signifikan antara kinerja portofolio optimal saham syariah Indonesia dan

Pangkal daun berbentuk membundar, tumpul atau membaji, dengan tepi yang biasanya bergelombang dan ujung yang meruncing.. Bunga: Perbungaan bervariasi, memayung, berkas,

kinerja BAN S/M. Permasalahan yang dirumuskan antara lain: 1) berapa banyak satuan pendidikan yang telah diakreditasi oleh Badan Akreditasi Nasional Sekolah/Madrasah

Berbagai tayangan televisi ritual-religius selama Ramadhan yang dikemas dalam beragam program acara terjebak dalam pemahaman Islam yang simbolis-verbalis (dalam Surya

Selanjutnya, bagaimana kemudian sehingga pelayanan bergeser atau berpindah/pemekaran dari desa Borgo ke desa Ranowangko yang sekarang sebagai suatu jemaat mandiri

dengan spread F di ekuator yaitu terjadinya peningkatan medan listrik ke arah timur pada waktu malam hari di lapisan F, yang akan meningkatkan aspek elektrodinamika

Tengger Brang Kidul di Desa Ngadas kare- na masyarakat meyakini bahwa agama Buddha merupakan agama resmi negara yang relevan dengan keyakinan ke-Bu- da-an mereka.. Dominasi

Rekan-rekan asisten konsultan Pusat Layanan Psikologi Unika Widya Mandala Surabaya (Alethea, Glorry, Lambang, Putri Makmur, Evelyn) yang telah menjadi teman