• Tidak ada hasil yang ditemukan

KETAKSAMAAN SOSIAL DI LEBANON id

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KETAKSAMAAN SOSIAL DI LEBANON id"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 PENDAHULUAN

Nama Lebanon (Loubnan) berasal daripada Aramaic, yang bermaksud putih iaitu merujuk kepada kemuncak gunung yang diliputi salji. Lebanon merupakan sebuah negara kecil yang terletak di timur tebing laut Mediterranean dan bersempadan dengan negara Syria dan Palestin. Negara ini berkeluasan 10,453 Km2, dengan panjang 250 km dan kelebaran 40 hingga 70km. Ibu negara Lebanon ialah Beirut. Lebanon mendapat kemerdekaan daripada Perancis pada tahun 1943.

(2)

2.0 KETAKSAMAAN SOSIAL DI LEBANON

Ketaksamaan sosial merangkumi apa juga bentuk penyusunan manusia ke dalam kedudukan-kedudukan sosial yang tidak sama rata dan terbentuk menerusi proses penilaian dan penyusunan taraf ke atas manusia dan kedudukan sosial (tugas atau peranan). Individu atau kumpulan yang memiliki ciri atau kedudukan sosial yang berbeza dinilai dan disusun taraf secara berbeza. Lalu diikuti dengan agihan peluang dan ganjaran dalam kadar yang berbeza (Kntayya Mariappan, 2000).

2.1 Ketaksamaan Gender

Ketaksamaan gender yang berlaku di Lebanon sebenarnya berpunca daripada tradisi dan kebudayaan. Sistem partriarki yang melebihkan kaum lelaki ternyata menyebabkan berlaku ketaksamaan gender. Meskipun, ramai wanita Lebanon memperolehi taraf pendidikan tinggi iaitu sebanyak 55% merupakan lulusan universiti, namun penyertaan dalam sektor pekerjaan tidak begitu memberangsangkan iaitu hanya 19.624% yang bekerja. Pada tahun 2011, hanya 21% daripada wanita yang memiliki sumber ekonomi sendiri, berbanding lelaki sebanyak 66%. Hal ini disebabkan oleh wanita dikehendaki menjaga anak-anak, amalan budaya dan tanggungjawab domestik iaitu kerja rumahtangga (Daily Star 2011/01/31, CAS 2011).

(3)

kewarganegaraan anaknya sekiranya dilahirkan secara tidak sah. Ataupun, seorang ibu warganegara Lebanon yang memiliki anak kecil, anak tersebut akan memperolehi status sebagai warganegara Lebanon sepertimana dirinya setelah suaminya meninggal. Dalam kes ini, undang-undang lebih memberikan kelebihan kepada wanita warga asing. Seorang wanita warganegara Lebanon tidak boleh mewariskan kewarganegaraannya kepada anak-anaknya.

Selain daripada ketaksamaan gender daripada sudut perundangan, wanita di Lebanon juga menghadapi diskriminasi di kawasan awam seperti gangguan seksual, kawalan pergerakan, gaji dan tekanan sosial disebabkan norma-norma tradisional. Keadaan ini terpaksa dihadapi kerana terikat dengan kebudayaan selain menjaga maruah dan reputasi diri.

Selain itu, berlaku juga ketaksamaan gender dari sudut penceraian. Undang-undang bagi penceraian adalah berbeza-beza mengikut kumpulan agama. Bagi lelaki Islam, proses menceraikan isterinya agak mudah. Namun, berbeza bagi wanita Islam yang ingin bercerai dengan suaminya. Sebagai contoh, wanita Sunni yang mahu diceraikan oleh suaminya perlu mengemukakan alasan yang sewajarnya untuk memohon penceraian. Atau boleh menggunakan cara lain, iaitu memulangkan kembali mas kahwin dan membayar segala kerugian sebagai pertukaran untuk penceraian. Bagi Kristian Katholik pula, penceraian tidak dibenarkan, walau bagaimanapun, disebabkan oleh alasan tertentu, perkahwinan tersebut boleh dibatalkan.

Bagi orang Islam, hak harta pusaka adalah berbeza berbanding dengan yang bukan Islam. Bagi bukan Islam, lelaki dan perempuan memperolehi pembahagian hak yang sama rata. Manakala bagi yang Islam pula, secara umumnya menurut undang-undang Islam, bahagian harta pusaka yang diperolehi oleh perempuan adalah separuh daripada yang diperolehi oleh lelaki (UNICEF, Oktober 2011)

2.2 Ketaksamaan Wilayah

(4)

tidak sama rata. Pada kebiasaannya, kawasan-kawasan luar bandar yang

Berdasarkan kajian United Nation Development Programme (UNDP) pada tahun 2007, sekitar 25% daripada populasi orang Lebanon hidup di bawah kemiskinan iaitu hanya memperolehi USD 4 sehari dan 8% daripadanya berada dalam kemiskinan tegar iaitu hanya mempunyai pendapatan sebanyak USD 2 sehari. Terdapat perbezaan yang ketara dari segi perolehan pendapatan berdasarkan faktor geografi iaitu di Beirut secara keseluruhannya, kadar kemiskinan di bawah 6% sedangkan di kawasan lain seperti North memiliki kemiskinan secara keseluruhannya 53% dan kemiskinan tegar 18%.

Selain daripada ketaksamaan wilayah daripada segi pendapatan, terdapat juga ketaksamaan wilayah dari sudut agihan infrastruktur. Sebagai contoh, air dibekalkan ke kawasan urban di Beirut dan Pergunungan Lebanon, yang didiami kira-kira separuh daripada populasi masyarakat Lebanon. Keluarga yang berpendapatan rendah pula langsung tidak berpeluang menerima bekalan air awam ekoran kawasan tempat tinggal mereka di Lembah Bekaa dan Utara (World Bank 2013).

Terdapat juga perbezaan yang berlaku daripada segi pendidikan akibat ketaksamaan wilayah di Lebanon berikutan pembangunan sosio-ekonomi yang tidak sekata. Contohnya, kadar buta huruf di kawasan mundur seperti Bekaa (14.45%) dan selatan Lebanon (12.25%). Hal ini berbeza dengan kawasan bandar yang memperolehi peluang yang lebih baik kerana memiliki kemudahan pendidikan yang lebih banyak. Disebabkan kekurangan kemudahan dalam sistem pendidikan awam, kebanyakan individu berpendapatan rendah dinafikan hak bagi mendapatkan pendidikan yang berkualiti. 15% daripada mereka buta huruf, 43.62% hanya memperolehi pendidikan setakat sekolah rendah dan hanya 3.24% berjaya mencapai pendidikan sehingga ke universiti.

(5)

Pengagihan kuasa di Lebanon dibuat berdasarkan anutan agama seseorang. Seseorang individu yang hendak menjadi Presiden Lebanon mestilah seorang yang beragama Kristian. Manakala, untuk mendapatkan jawatan sebagai Perdana Menteri, individu tersebut mestilah beragama Islam (Sunni) dan Speaker Parlimen pula diserahkan kepada individu yang beragama Islam (Syiah). Hal ini ternyata mewujudkan peluang dan agihan kuasa yang tidak sama rata. Pengagihan ini menyebabkan individu yang berkelayakan tidak berpeluang untuk menjawat jawatan ini apabila didapati menganut agama yang berbeza.

3.0 KESIMPULAN

(6)

Rujukan

History of Lebanon from prehistory to 2004 dalam

http://www.rcplonline.org/research-study/History%20Lebanon.pdf diakses pada 5 November 2014

http://www.indexmundi.com/lebanon/demographics_profile.html diakses pada 9 November

2014

http://www.unicef.org/gender/files/Lebanon-Gender-Eqaulity-Profile-2011.pdf diakses pada 9

November 2014

http://www.undp.org/content/dam/lebanon/docs/Poverty/Publications/Poverty,

%20Growth%20and%20Inequality%20in%20Lebanon.pdf Diakses pada 24

Oktober 2014

Kntayya Mariappan. 2000. Ketidaksamaan Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publication.

Trapped by Consociationalism: The Case Of Lebanon

Referensi

Dokumen terkait

3.1 Mengenal teks deskriptif tentang anggota tubuh dan pancaindra, wujud dan sifat benda, serta peristiwa siang dan malam dengan bantuan guru atau teman dalam bahasa Indonesia

Tabel I.4 Data Jumlah Pegawai Bagian Lapangan yang Mengalami Kecelakaan Kerja Tahun 2014–2016 Pada PT.PLN (Persero) Sektor Pembangkitan Bangka

Berdasarkan uraian tersebut maka peneliti mempunyai gagasan untuk mengadakan penelitian tentang adakah korelasi kecerdasan spiritual dengan motivasi belajar siswa pada

komunitas yaitu cerminan dan kesadaran kritis, membangun identitas komunitas, tindakan representasi dan politis, praktek yang berhubungan dengan budaya, asosiasi

Berdasarkan hasil analisis yang telah dilakukan dapat disimpulkan bahwa dalam novel Surga Yang Tak Dirindukan karya Asma Nadia, didalamnya terkandung pesan moral yang

Rencana Pembangunan Jangka Panjang Daerah Kota Probolinggo Tahun 2005- 2025 yang selanjutnya disebut sebagai RPJP Daerah, adalah dokumen perencanaan pembangunan

Tujuan dari penulisan ini adalah mengkaji tentang keterkaitan antara matematika dan budaya khususnya rumah adat Palembang yaitu rumah Limas dimana

Pada luka insisi operasi dilakukan infiltrasi anestesi local levobupivakain pada sekitar luka karena sekresi IL-10 akan tetap dipertahankan dibandingkan tanpa