• Tidak ada hasil yang ditemukan

Strategi Pembangunan Berteraskan Islam d

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Strategi Pembangunan Berteraskan Islam d"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 Pendahuluan

Islam merupakan agama yang syumul mengandungi peraturan hidup yang sangat lengkap dan menyeluruh dalam pelbagai aspek kehidupan sama ada aspek ekonomi, sosial, politik dan sebagainya. Kemajuan dan pembangunan dalam negara merupakan satu seruan dalam Islam ke atas semua umatnya supaya berusaha untuk mencapainya agar kejayaan dunia dan akhirat berjaya dicapai.

Pembangunan menurut Islam adalah bersifat multi-dimensi yang meliputi aspek fizikal, kerohanian dan moral. Penilaian pembangunan adalah berpusat kepada konsep tauhid iaitu Allah sebagai pemilik mutlak dan manusia sebagai khalifah yang bertanggungjawab membangunkan alam semesta berlandaskan kepada al-Quran dan as-Sunnah.

Ibn Qayyim berpendapat, kebanyakan para Ulama` antaranya Abu Yusuf mentakrifkan negara Islam sebagai sebuah negara yang didiami oleh mejoriti Islam dan seterusnya undang-undang Islam dijalankan. Jika negara tersebut tidak menjalankan undang-undang-undang-undang Islam maka negara tersebut tidak dianggap sebagai negara Islam.

(2)

2.0 Definisi Politik Islam

Terdapat pelbagai pandangan dan pendapat mengenai politik dari para sarjana politik ini. Menurut Asad(1954) politik adalah menghimpunkan kekuatan, meningkatkan kualiti dan kuantiti kekuatan,mengawasi dan mengendalika kekuatan, dan menggunakan kekuatan untuk mencapai tujuan kekuasaan dalam negara dan institusinya. Bluntschli (1935) memandang politik sebagai "Politik is more an art a science and to dowith the practical conduct or guidance of the state" (Politik lebih merupakan seni daripada ilmu tentang pelaksanaan tindakan dan pimpinan (praktis negara).

Disamping itu ,terdapat sarjana politik yang mendefinisikan politik sebagai suatu yang penting dalam termonologi negra. Al-Farabi sebagaimana dikutip Ahmad(1954) menyatakan bahawa negara adalah suatu tubuh yang hidup sebagaimana tubuh manusia yang menyusun suatu kesatuan. Selain itu, Maciver mengupas negara dalam tiga makna iaitu “The state as an association (negara sebagai persekutuan) , the state in term of sovereignty, dan the state in term of law (negara dalam istilah hukum). Ini adalah beberapa pandangan para sejarawan mengenai politik da negara.

Politik islam di dalam bahasa arab dikenali dengan istilah siyasah. Dalam al-Muhith, siayasah berakar kata dari dari sasa-yasusu. Alsiyasah berti mengatur, mengendalikan, mengurus atau membuat keputusan, mengatur kaum, memerintah dan memimpin. Ibn A’qil sebagaimana yang dikutip oleh ibnu Qayyim menyatakan bahawa politik islam adalah segala perbuatan yang membawa manusia lebih dekat kepada kemaslahatan dan membawa manusia lebih jauh dari kemudharatan.

Dari segi istilah politik islam adalah pengurusan kemaslahatan umat manusia menurut hukum syarak. Poltik islam ini mengawal dan mengurus segala permaslahan yang dihadapi oleh manusia mengikut apa yang telah ditetapkan . politik islam berpaksikan Quran dan al-sunnah. Dalam pemerintahannya perlu mengikut kedua sumber ini tanpa ada kompromi.

2.1 Prinsip pembangunan Politik Islam

(3)

1. Prinsip Musyawarah

Secara umumnya, Musyawarah adalah suatu sistem yang bertujuan untuk memilih ketua Negara dan jawatan-jawatan lain yang berkepentingan dalam pemerintahan. Tujuan lainnya ialah ruang perbincangan ahli syura untuk melaksanakan hukum-hukum yang terdapat didalam Al-Quran. Selain itu, syura juga berperanan sebagai ruang untuk ahli syura mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan yang timbul dalam masyarakat.

2. Prinsip Keadilan

Prinsip keadilan merupakan suatu sistem yang dapat memelihara manusia daripada melakukan kezaliman dari segi politik, ekonomi dan sosial. Seperti sedia maklum, perbuatan kezaliman adalah sangat ditegah dalam ajaran Islam.Sepertimana yang dikatakan oleh Allah dalam surah An-nisa’ ayat 135 bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. 3. Prinsip Kebebasan

Kebebasan yang dimaksudkan adalah kebebasan untuk kebaikan semua pelaku politik Islam. Manusia bebas untuk bergerak ke mana sahaja yang ingin dituju, bebas memberikan pendapat selagi mana tidak bertentang dengan syariat Islam. Rasulullah SAW pernah bersabda yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. maksudnya:

“Siapa di antara kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah ia ubah dengan tangannya, jika ia tidak mampu dengan lisannya, dan jika tidak mampu dengan lisan maka dengan hatinya dan yang demikian adalah selemah-lemah iman”

4. Prinsip Persamaan

(4)

misalnya. Masyarakat bukan Islam juga mendapat hak perlindungan dalam Negara Islam selagi mereka tidak menentang Islam.

Sebagai contoh, ketua Negara Islam seharusnya memberi layanan yang sama kepada semua rakyatnya tanpa mengira bangsa, agama dan budaya. Masyarakat bukan Islam juga harus dilindungi dan diberikan hak sama seperti masyarakat Islam selagi mereka tidak memerangi atau memusuhi Islam.

Ketika Rasulullah SAW memerintah Kota Madinah, Baginda sesekali tidak pernah membezakan kaum dan agama, sebaliknya memberi layanan yang sama rata kepada semua rakyatnya termasuklah masyarakat Yahudi. Baginda SAW pernah bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang sebelum kamu binasa lantaran apabila ada seorang tokoh terhormat mencuri mereka membiarkannya, dan tetapi apabila ada seorang lemah mencuri mereka melaksanakan hukum atasnya. Demi ALLAH, seandainya Fatimah binti Muhammad mencuri niscaya aku akan potong tangannya”. (Hadis Riwayat Ahmad) 5. Prinsip Mardhatillah

Prinsip Mardhatillah merupakan matlamat utama pelaksanaan pembangunan politik Islam. Setiap perkara yang hendak dilakukan oleh pelaku pembangunan politik seharusnya diniatkan kerana Allah SWT. Hal ini kerana, setiap perkara yang dilakukan manusia hendaklah bertujuan untuk mendapatkan redha Allah SWT.

Kehidupan mansuia didunia ini hanyalah bersifat sementara dan yang kekal selamanya adalah kehidupan di akhirat. Oleh itu, pelaku pembangunan politik Islam seharusnya menjadikan mardhatillah (redha Allah) sebagai matlamat utama pelaksanaan pembangunan Islam agar mendapat kejayaan didunia dan akhirat.

2.2 Sumber rujukan pembangunan Politik Islam

Dalam proses membina pembangunan politik Islam, perkara perta yang harus dilakukan adalah mengkaji semua perkara dengan penuh ketelitian dari pelbagai aspek. Hal ini kerana, tidak boleh menetapkan sesuatu perkara tanpa ada sebarang sumber rujukan yang menjadi asas penentuan perancangan pembangunan politik. Jika perancangan pembangunan politik tidak memiliki sumber rujukan yang kuat, ini akan menyebabkan kepincangan perancangan yang akan memungkinkan sesuatu perkara itu salah disebabkan hanya bersumberkan akal manusia.

(5)

melaksanakannya. Begitu juga dalam politik Islam, memerlukan sumber rujukan yang tepat dan sahih bagi melicinkan perkembangan pembangunan politik Islam sekali gus mengelakkan berlakunya kekhilafan. Berikut adalah sumber rujukan dalam pembangunan politik Islam:

1. Al-Quran

Al-Quran merupakan sumber primer dan rujukan utama dalam pembangunan politik Islam. Ia mengandungi segala hukum hakam dunia seperti halal-haram, larangan, suruhan, dan perintah Allah SWT sebagai panduan utama dalam kehidupan kepada umat manusia. Jika manusia hidup tanpa adanya panduan, nescaya manusia akan menjadi terumbang-ambing hidup tanpa tujuan di dunia ini.

Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s, sesiapa yang membacanya adalah dikira sebagai satu ibadah. Didalamnya mengandungi pelbagai syariat yang akan memandu manusia ke jalan yang diredhai Allah SWT.

Oleh itu, menjadi suatu kewajipan kepada manusia untuk mematuhinya. Hal ini kerana, yang layak menetapkan sesuatu hukum dalam politik hanyalah Allah SWT sahaja. Allah SWT adalah penguasa mutlak kepada segala yang ada di alam ini mengikut kepada asas-asas politik Islam, iaitu Hakimiyyah Islamiyyah. Sepertimana di dalam Surah al-An`am ayat 57 bermaksud: “Menetapkan sesuatu hukum hanyalah hak Allah SWT”.

2. Al-Hadith

Seterusnya, sumber kedua dalam politik Islam ialah Al-Hadith. Al-Hadith bermaksud apa sahaja perkara yang berkaitan dengan Nabi Muhammad SAW sama ada dari ucapan, perbuatan, pengakuan dan sebagainya yang disandarkan kepada Baginda SAW. Baginda SAW merupakan contoh utama mengenai ajaran Islam. Hal ini kerana, akhlak yang dimiliki Rasulullah SAW adalah cerminan kepada Al-quran itu sendiri.

Begitu juga dalam hal berkaitan politik, perlu mengikuti segala amalan yang telah dilakukan Rasulullah SAW sebagai tauladan untuk memastikan setiap perkara yang dilakukan diberkati Allah SWT. Salah satu amalan politik yang dilakukan oleh Rasulullah SAW semasa hayat Baginda SAW ialah mengamalkan sistem syura.

Syura merupakan suatu sistem terbaik Islam untuk memilih ketua Negara dan juga pemimpin-pemimpin yang terlibat dalam pemerintahan Negara. Ia adalah suatu sistem yang adil dan sempurna dalam menetapkan sesuatu perkara. Hal ini turut dijelaskan didalam Al-Quran, Surah Al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud:

(6)

hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).

3.0 Syura sebagai strategi pembangunan Politik Islam 3.1 Definisi Syura

Menurut Ibn Manzur (1968), di dalam kitabnya Lisan al-Arab, syura adalah disamakan dengan perlakuan penyaringan madu iaitu menyaring madu dari sarangnya. Syura diasaskan bertujuan untuk mewujudkan perbincangan dan perundingan antara cerdik pandai ahli agama untuk menyelesaikan masalah.

Mustafa Haji Daud (1991) menyatakan syura adalah berasal dripada bahasa Arab yang bermaksud mesyuarat. Manakala dari sudut istilahnya ialah permesyuratan yang diadakan oleh sekumpulan ulama dan umat Islam dalam segala hal yang berkaitan kepentingan dan kebajikan mereka dengan berlandaskan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Secara umumnya syura adalah satu majlis tempat permesyuaratan atau perbincangan dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang berlaku. Ahli majlis syura juga dipilih berdasarkan beberapa syarat yang telah ditetapkan. Di dalam sistem pengurusan dan pembangunan Islam, sistem syura adalah suatu sistem yang wajib dilaksanakan bagi melancarkan lagi sistem pengurusan dan pembangunan Islam.

3.2 Sejarah Pelaksanaan Syura

Perintah pelaksanaan syura berdasarkan ayat Al-Quran dalam Surah ali-Imran ayat 159 bermaksud: “Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya”.

(7)

secara bermesyuarat sesama mereka dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya”.

Pelaksaan syura sudah berlaku pada zaman Nabi Muhammad S.A.W iaitu ketika pengubalan Piagam Madinah. Baginda S.A.W telah mengadakan pertemuan dan mesyuarat dengan ketua kabilah serta ketua Yahudi untuk membincangkan hak masing-masing dalam piagam Madinah. Berlaku juga syura dalam pemilihan Khalifah Umar al-Khattab sebagai pengganti Khalifah Abu Bakar as-Syidiq.

Secara umumnya, pelaksanaan syura tidak terhenti begitu saja selepas kewafatan Baginda S.A.W, Para Sahabat masih mengekalkan sistem syura sebagai sistem asas dalam pembangunan tamadun Islam. Sehingga kini sistem ini masih terlaksana tetapi bukan lagi berpandukan sistem syura yang asal seperti berlaku ketika zaman Nabi Muhammad S.A.W dan zaman Para Sahabat.

3.3 Hukum Pelaksanaan Syura

Sebahagian besar ulama fiqh berpendapat, pemerintah wajib menjalankan musyawarah dengan ummah tentang urusan awam. Ibnu Khuways berpendapat bahawa pemerintah wajib melaksanakan syura dengan ulama tentang masalah agama dan syariah juga semua aspek untuk pembangunan sesebuah Negara berdasarkan ayat 159 Surah ali-Imran.

Al-Qurtubi mengambil perkataan Ibnu ‘Athiyah, “Syura termasuk salah satu kaedah syariat dan juga dasar hukum. Barang siapa tidak bermusyawarah kepada para ilmuan dan ahli agama, maka ia wajib dipecat. Hal ini tidak ada perselisihan terhadapnya.”

“Para pemimpin wajib bermusyawarah dengan para ulama mengenai masalah yang tidak mereka ketahui, persoalan agama yang masih belum mereka fahami secara jelas dan juga hal-hal yang berkaitan dengan perang dan kemaslahatan umum, serta urusan para menteri dan pegawai yang berkaitan dengan urusan negara serta pembangunan” (Hussaian Muhammad, 1990).

(8)

3.4 Kelayakan Ahli Syura

Al-Quran secara jelas telah menyuruh umat Islam melaksanakan syura, akan tetapi al-Quran tidak menyebut siapakah yang layak untuk menganggotai syura. Sarjana Islam telah mengenalpasti syarat ahli yang layak dalam majlis syura berdasarkan amalan-amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W seperti berikut:

1. Memiliki sifat adil

Menurut al-Muhami Mahmud (1976), seorang yang ingin menjadi ahli syura seharusnya memiliki sifat adil yang tinggi dalam diri. Seseorang yang memiliki sifat adil yang tinggi sudah pasti memiliki kekuatan terhadap keimanan kepada Allah SWT. Memiliki sifat adil ini adalah keutamaan menjadi seorang ahli dalam majlis syura.

2. Tahap keilmuan yang tinggi

Tahap keilmuan yang tinggi juga menjadi syarat dalam menganggotai majlis syura. Keilmuan yang tinggi bermaksud merujuk kepada kepakaran seseorang dalam sesuatu bidang ilmu. Sudah pasti sukar bagi seseorang untuk menguasai semua bidang dalam suatu masa dan keadaan.

3. Pengalaman yang luas

Abdullah Munifi (1967) berpendapat bahawa pengalaman yang luas sudah pasti akan mendatangkan kematangan kepada seseorang. Walau bagaimanapun, peringkat kematangan seseorang berbeza mengikut pengalaman seseorang. Oleh itu, memiliki pengalaman yang luas juga menjadi syarat dalam menjadi ahli dalam majlis syura.

4. Warganegara asal

Warganegara asal adalah syarat paling penting dalam pemilihan ahli majlis syura, peruntukan ini bertujuan mengawasi musuh bagi sesebuah negara. Hal ini sangat penting kerana seseorang yang bukan warganegara asal tidak mempunyai hak ke atas undang-undang negara tersebut. Oleh itu, mereka tidak mempunyai kepentingan dalam membicarakan hal masa depan negara.

(9)

Syarat-syarat untuk menganggotai majlis Syura sangat dititikberatkan oleh Islam. Jika baik anggotanya, maka sudah pasti baik keputusannya, jika tidak baik anggotanya maka sudah pasti tidak baik keputusannya (Zainal Abidin Ahmad, 1977).

3.5 Kepentingan Syura

Kepentingan Syura terbahagi kepada dua bahagian iaitu kepentingan secara khusus dan kepentingan secara umum. Menurut Muhammad Asad (1987), kepentingan khusus ialah syura berperanan dalam memilih ketua negara. Tidak ada nas kukuh untuk dijadikan rujukan untuk memilih ketua negara, tetapi terdapat beberapa peristiwa sejarah Islam selepas kewafatan Baginda S.A.W yang boleh dijadikan panduan dalam melantik ketua negara.

Rentetan peristiwa yang berlaku, pemilihan ketua negara dilakukan oleh golongan ahl al-hall wa al-aqd dan mereka merupakan ahli syura yang dilantik oleh para pemerintah. Perkara ini menunjukkan bahawa syura berperanan dalam pemilihan ketua negara. Jika ketua negara dipilih daripada orang yang tidak berilmu sudah dan tidak menepati kehendak pemimpin yaang dituntut oleh Islam.

Seterusnya syura juga berperanan dalam pemilih jawatan utama dalam pentadbiran negara. Jawatan utama negara seharusnya dipilih dengan cara yang betul untuk mengelakkan ketidaktulusan dalam kepimpinan negara. Pemilihan ahli dalam jawatan utama negara wajar dilakukan oleh ahli syura kerana ahli syura terdiri dari mereka yang tinggi ilmu agamanya.

Menurut Abu Urwah (1989) berpendapat bahawa kepentingan syura secara khusus iaitu ada dua keadaan iaitu pertama, syura bertujuan untuk menentukan jalan dalam pelaksanaan undang-undang yang telah termaktub dalam al-Quran dan as-Sunnah. Keduanya, kepentingan syura dalam menentukan perkara baru yang timbul dalam kalangan ummah melalui proses ijtihad bersama.

Dr Mustafa Daud (1999) telah menggariskan beberapa kepentingan syura secara umum. Pertama, memberi peluang penyertaan dan penglibatan ahli yang luas dalam setiap keputusan yang diambil untuk kepentingan, kebaikan dan kebajikan semua pihak. Hal ini kerana masyarakat juga berhak untuk menyuarakan pendapat mereka agar kepentingan dan kebajikan mereka diketahui oleh pemerintah.

(10)

berbanding kaum minoriti. Oleh itu, keputusan syura tidak hanya bergantung kepada suara kumpulan mejoriti sahaja, namun keputusan yang dibuat oleh semua pihak yang terlibat.

Selain itu, kesepakatan lebih baik daripada berpusat kepada individu atau kumpulan kecil tertentu. Syura tidak hanya mengenakan had kuasa kepada individu atau kumpulan tertentu dalam pentadbiran Negara, akan tetapi melibatkan semua pihak termasuk masyarakat diberi peluang dalam menyuarakan idea atau pendapat. Secara logiknya, apabila sesuatu keputusan dibuat bersama dalam kelompok yang besar, perkara ini bertanggungjawab mengurangkan kesilapan dan kesalahan dalam membuat sesuatu keputusan

Lain daripada itu, dengan pelaksanaan syura dalam politik Islam juga dapat menghormati dan memperkukuhkan budaya ilmu, profesional dan kepakaran. Hal ini kerana, tidak ada individu yang mahir dan dapat menguasai semua bidang serentak. Oleh itu, syura membuka ruang dan peluang kepada individu yang memiliki kepakaran dan kemahiran tertentu dalam memberikan idea atau cadangan untuk pembangunan Negara. Dalam pada waktu sama mereka juga dihormati serta dapat memperkukuhkan budaya ilmu yang dimiliki.

Seterusnya, dapat memupuk dan memperkukuh persepakatan dan perpaduan atas dasar hormat-menghormati, kasih sayang, muhibbah dan persaudaraan (ukhuwah Islamiah). Hal ini kerana, dengan pelaksanaan syura ini memberi peluang kepada umat Islam untuk berkumpul bersama-sama membincangkan hal yang berkaitan Negara serta mencari penyelesaian terbaik untuk kebaikan semua pihak. Secara tidak langsung juga umat Islam dapat mengekalkan hubungan silaturrahim dan mengekalkan persaudaraan sesama Islam.

Tidak lain tidak bukan tujuan utama pelaksanaan syura adalah untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Hal ini kerana, keredhaan Allah SWT menjadi keutamaan manusia dalam melakukan apa sahaja yang diinginkan. Setiap perkara yang ingin dilakukan oleh manusia hendaklah bertujuan untuk mendapat keredhaan Allah SWT agar setiap yang dirancangkan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

3.5 Syura Sebagai Strategi Pembangunan Politik Islam

(11)

Menurut Imam Al-Ghazali, pembangunan bermaksud pemahaman yang menyeluruh tentang epistemologi Islam seperti tingkah laku sosial yang penuh beradab, pendidikan yang menekankan keseimbangan terhadap kepentingan kejayaan dunia dan akhirat serta penonjolan cara hidup Islam dengan penekanan nilai-nilai Islam secara menyeluruh dalam kehidupan umat Islam.

Manakala menurut Muhammad Akhir dan Hailani, pembangunan ialah suatu landasan yang berorientasikan nilai-nilai Islam untuk meningkatkan kebajikan umat Islam dri semua aspek seperti moral, material, juga spiritual bagi mencapau keselamatan dan kedamaian hidup di dunia dan akhirat.

Oleh itu, syura memainkan peranan penting dalam sesuatu pembangunan. Syura berperanan sebagai ruang komunikasi antara pemerintah dan rakyatnya disamping ahli agama menjadi penasihat kepada pemerintah, setersunya menjadi penentu perbincangan tersebut sama ada diterima atau ditolak hasil penelitian yang mendalam terhadap al-Quran dan as-Sunnah. Perkara ini sangat penting untuk mengelakkan sebarang perancangan pembangunan yang ingin dilakukan bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah.

Jelaslah bahawa komunikasi amat penting dalam menjayakan matlamat pembangunan sesebuah Negara khususnya pembangunan politik. Hal ini kerana hak rakyat adalah menjadi keutamaan bagi pemerintah. Jika hak rakyat diabaikan, maka melalui syura rakyat boleh menjatuhkan pemimpin tersebut dan mengantikannya dengan pemimpin yang dipilih mereka melalui syura.

4.0 Keadilan Sebagai Strategi Pembangunan Politik Islam

Keadilan merupakan salah satu wadah dan wahana dalam strategi pembangunan politik Islam. Hal ini kerana, keadilan yang diamalkan dalam sistem pentadbiran negara akan menghasilkan sebuah negara yang aman dan sejahtera. Sebagai contoh, keadilan dalam yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW melalui piagam Madinah. Antaranya keadilan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW ialah hak-hak dan perlindungan yang diberikan kepada golongan bukan Islam yang menetap di Madinah sekirannya golongan itu berjanji untuk taat setia terhadap negara yang dihuni. (Soleh Ahmad 1992)

(12)

ditengah-tengah. Keadilan juga merupakan salah satu daripada sifat Allah SWT yang mengatur kehidupan manusia dan lawan bagi perkataan adil ialah zalim.

Terdapat beberapa pandangan tentang keadilan yang telah dikemukakan oleh tokoh dan para ilmuan Islam. Antaranya ialah, Sayyid Qutb mengatakan bahawa menghapuskan segala kezaliman merupakan keadilan. Ini bermaksud, sebuah kepimpinan yang tidak menzalimi rakyat misalnya dalam pembayaran gaji rakyat yang setimpal dengan pekerjaannya merupakan sesuatu tindakan yang adil dan tidak menzalimi rakyat.

Menurut Khalid Ibrahim Jindan (1995) Ibnu Taimiyah berpendapat bahawa keadilan bukan sekadar syarat asas bagi pemerintahan Islam, bahkan ia adalah merupakan asas kepada semua pemerintahan. Tambahan lagi, Al-Maududi mengutarakan bahawa puncak kesempurnaan pemerintahan Islam adalah berasaskan akidah dan perlaksanaan Syariah Islam sepenuhnya. Ini merupakan syarat mutlak untuk menjadi seorang pemimpin yang adil.

4.1 Asas-asas Keadilan Politik Islam 1. Asas Perlindungan Hak

Terdapat beberapa asas dalam keadilan politik Islam, pertama ialah asas perlindungan hak. Pemimpin wajib memberi perlindungan terhadap rakyatnya termasuk rakyat yang bukan Islam. Hal ini jelas membuktikan bahawa Islam tidak hanya membela sesama Islam sahaja, malah Islam juga turut membela nasib golongan bukan Islam. Sebagai contoh, Nabi Muhammad SAW telah memberikan perlindungan dan mempertahankan golongan bukan Islam melalui perjanjian yang telah ditetapkan.

Sepertimana sabda Nabi Muhammad SAW yang memberi maksud: “Darah kalian ialah darahku. Kehormatan (kalian) ialah kehormatanku. Aku sebahagian daripada kalian dan kalian sebahagian daripadaku. Aku memerangi sesiapa sahaja yang kalian perangi dan berdamai dengan orang-orang yang kalian berdamai dengannya.”

(13)

2. Asas Persamaan Dalam Membina Hukum

Dalam aspek perundangan Negara, pemimpin perlu adil dalam menjatuhkan hukuman terhadap pesalah. Menurut Muhammad Husain Haekal (2001), keadilan merupakan pola dalam Islam dan oleh kerana itu, ia merupakan inti kedaulatan sesebuah Negara. Tambahan lagi, Marcel A. Boisard (2000) mengatakan bahawa kualiti manusia yang paling tinggi ialah kemerdekaan dalam keadilan.

Sepertimana kisah yang telah berlaku pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW, apabila Usmah Bin Zaid datang merayu kepada Nabi Muhammad SAW untuk meminta kelepasan seorang wanita Makzumiyah yang didapati melakukan kecurian. Lalu Nabi Muhammad SAW menolak permintaan tersebut dan tetap akan menjatuhkan hukuman terhadap pesalah wanita itu.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Patutkah engkau meminta syafaat dalam salah satu dari hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah wahai Usamah? Demi Allah, seandainya anakku Fatimah Binti Muhammad didapati mencuri, tentu akan ku potong tangannya.” (Hadis Riyawat Bukhari dan Muslim)

Dalam peristiwa ini terbukti bahawa sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan atau jenayah pasti akan mendapat hukuman yang setimpal dengan perbuatannya. Hukuman yang dijatuhkan tidak kira pangkat, keturunan atau darjat seseorang. Hal ini kerana, hukum itu telah ditetapkan oleh Allah SWT dan perlu dijalankan oleh manusia secara adil dan saksama.

3. Asas Hak Pembelaan Diri

Dalam konteks hak pembelaan diri, pesalah diberi hak untuk membela dirinya sendiri. Hal ini kerana, terdapat ramai pesalah yang tertuduh terbukti tidak melakukan kesalahan tersebut. Sebagai contoh, seseorang yang dituduh melakukan kecurian tanpa sebarang bukti yang sah. Oleh itu, pesalah diberi hak untuk menemukan bukti bahawa dirinya tidak bersalah dan menuntut kebebasan terhadap dirinya yang dituduh.

(14)

(suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (Surah an-Nisa: 58)

Oleh itu, pemerintah perlu mengingatkan diri agar tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan sebarang tuduhan atau hukuman terhadap seseorang. Pemerintah hendaklah mempunyai saksi dan bukti yang kukuh untuk membuktikan bahawa pesalah benar-benar bersalah. Sepertimana yang telah diutarakan oleh Ar-Razi dalam tafsirnya mafatihul ghaibnya, para ulama’ telah sepakat bahwa para pemegang kekuasaan diharuskan memerintah dengan adil. Memerintah dengan adil ini bermaksud menyeluruh termasuk aspek menjatuhkan hukuman terhadap seseorang.

4.2 Kesan pelaksanaan keadilan dalam pembangunan Negara

Ibnu Khaldun telah menegaskan bahawa prinsip keadilan merupakan asas kekuatan dalam pembangunan Islam. Pelaksanaan keadilan dalam pembangunan Negara akan memberi kesan positif terhadap perkembangan pembangunan.

1. Menjamin Kedamaian dan Kesejahteraan Negara

Terdapat beberapa kesan dalam pelaksanaan keadilan dalam pembangunan negara, antaranya ialah dapat menjamin kedamaian dan kesejahteraan dalam sesebuah negara. Menurut Muhammad Bin ‘Ali (1985), para Nabi dan Rasul diutuskan Allah SWT untuk menyampaikan syariat demi keamanan dan kesejahteraan hidup manusia. Selain para Nabi dan Rasul yang diamanahkan untuk menyampaikan syariat tersebut, umat Islam yang telah dilantik sebagai khalifah juga perlu menjaga keamanan dan kesejahteraan hidup sesama manusia dengan berlaku adil.

Sepertimana yang telah diamanahkan Allah SWT yang bermaksud: “Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalîfah fil ardhi, maka berilah keputusan di antara manusia dengan adil; dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, karena ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allâh. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allâh akan mendapat azab yang berat, karena mereka melupakan hari perhitungan.” (Surah Shaad: 26)

(15)

Kesan kedua sekiranya keadilan dalam pembangunan negara dilaksanakan ialah dapat menjamin keadilan daripada segala aspek. Perkara ini bertepatan dengan konsep keadilan yang dimasukkan ke dalam sistem politik yang berteraskan Islam kerana sistem politik merupakan sistem yang menyeluruh termasuk dalam sektor ekonomi, sosial dan politik itu sendiri. Sepertimana yang telah diperkatakan oleh Ali Aljrishah (1991), Islam bukan hanya berteori menuntut umatnya melaksanakan keadilan, malah Islam menuntut umatnya menterjemahkan keadilan tersebut secara praktikal dan seluruh tindakannya.

Sebagaimana firman Allah SWT yang berbunyi: “Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata.”

(Surah Al-Baqarah: 208)

3. Keadilan Menjadi Asas Dalam Kehidupan Masyarakat

Ketiga, keadilan akan menjadi asas kehidupan dalam masyarakat. Menurut Abdul Monir (1986), keadilan perlu dijadikan sebagai asas dalam kehidupan adalah untuk menolak dan mengelakkan keburukan serta kezaliman disamping dapat menyebar dan memberi keadilan serta memberikan hak setiap individu berdasarkan prinsip dan syariat Islam. Secara keseluruhannya, sikap adil perlu ditanam dalam diri terlebih dahulu. Sebagai contoh, bermula daripada berlaku adil dengan ahli keluarga dengan cara memberikan nafkah yang secukupnya terhadap anak-anak dan isteri.

Bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum perempuan. Oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (perempuan) dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka.” (Surah An-Nisa: 34)

(16)

Sepertimana yang telah diperkatakan dalam kitab suci Al-Quran, yang bermaksud: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” (Surah Al-Baqarah: 188)

Rasuah haram di sisi Islam, sepertimana kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW bahawa Baginda pernah mengutus Abdullah bin Rawahah ke tempat Yahudi untuk menentukan jumlah cukai yang mesti dibayar. Kemudian mereka menyogok sejumlah wang kepadanya. Lalu Abdullah berkata kepada orang-orang yahudi itu: “Wang suap yang kamu sogokkan kepadaku itu adalah haram. Oleh itu kami tidak akan menerimanya.” (Hadis Riwayat Malik)

4.3 Keperluan Keadilan Dalam Pembangunan Politik Islam

Keadilan merupakan aspek yang sangat ditekankan dalam Islam kerana ia merupakan salah satu sifat yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Sifat ini sendiri pernah dipratikkan oleh Baginda SAW semasa Baginda menjadi ketua negara di Kota Madinah. Baginda turut melibatkan diri dalam melaksanakan strategi peperangan, iaitu Perang Khandak apabila Baginda SAW turut turun padang bekerjasama dengan tentara Islam bagi melicinkan strategi peperangan dengan mengorek lubang serta parit yang besar dan kemudian ditimbus dengan pokok-pokok dan tanah sebagai perangkap untuk mengalahkan musuh Islam.

Seterusnya, keadilan juga mampu membuktikan bahawa Islam bukanlah antara agama yang bersikap diskriminasi, walaupun berlainan agama atau kaum. Ia jelas dibuktikan sewaktu menandatangani Perjanjian Madinah atau Sahifah Madinah apabila Rasulullah SAW membenarkan kaum Yahudi menetap di dalam Kota Madinah, mereka turut diberikan perlindungan oleh pemerintah Islam dengan syarat mereka tidak menganggu gugat ketenteraman umat Islam di Kota Madinah.

(17)

perlembagaan yang mengazetkan bahawa setiap lima tahun akan diadakan pilihan raya umum.

Kewajipan rakyat untuk membuat pemilihan tampuk kerajaan sama ada mengekalkan kerajaan sedia ada atau pun mengubah kepada dasar pemerintahan yang baharu. Selain itu, perkara ini juga bagi mengelakkan berlakunya pemerintahan bersifat “kuku besi”, iaitu pemerintahan yang tidak memberi peluang kepada pihak lain untuk memegang sesuatu tampuk pemerintahan terlalu lama sehingga terjadinya perkara-perkara yang menindas rakyat.

Selain itu, keadilan sangat sinonim dengan sesuatu pemerintahan atau kepimpinan, namun ia bukanlah bererti segala perkara atau tindak tanduk yang lain tidak memerlukan keadilan. Seperti diketahui umum, bahawa keadilan adalah salah satu prinsip wajib yang seharusnya dimiliki oleh setiap individu. Misalnya, dalam berkasih sayang sesama manusia jua menuntut untuk berlaku adil agar tiada pihak yang berasa tersisih atau diabaikan.

Seterusnya, keadilan juga mampu membuktikan kejujuran seseorang individu, misalnya apabila melibatkan aktiviti jual beli. Peniaga seharusnya mempraktikkan prinsip keadilan agar pembeli atau pengguna tidak dizalimi ketiak urusan jual beli berlangsung. Sebagai contoh, peniaga tidak melakukan penipuan dalam timbangan atau sukatan barang. Sikap menipu dalam perniagaan seperti menjual barangan yang telah luput tarikh adalah tindakan yang tidak wajar dan tidak adil kepada pengguna yang sepatutnya berhak mendapatkan barangan sesuai dengan permintaan dan amaun bayaran yang diberikan kepada penjual.

(18)

5.1 Penutup

Sebagai kesimpulan, pengkaji telah mereka satu perumpamaan kepentingan politik Islam dalam struktur pembangunan Negara. Politik diumpamakan seperti buah pinggang dalam tubuh manusia, manakala ekonomi diumpamakan jantung dan sosial pula ialah paru-paru. Jika jantung manusia mendapat penyakit, ia tidak memberi kesan kepada paru-paru dan buah pinggang. Begitu juga dengan paru-paru, jika didapati paru-paru misalnya dijangkiti kuman tidak menyebabkan buah pinggang terkena kuman.

Sebaliknya, jika buah pinggang didapati telah dijangkiti kuman atau penyakit, ia boleh memberi kesan kepada jantung dan paru-paru. Hal ini kerana, buah pinggang berfungsi sebagai mengawal imunisi tubuh badan manusia. Jika imunisi berada pada keadaan lemah, sudah pasti jantung dan paru-paru mudah untuk dijangkiti. Selain itu, buah pinggang juga berfungsi sebagai tempat berlakunya proses penyucian darah.

Dalam pada itu, untuk mengukuhkan imunisi tubuh badan manusia, seharusnya ia perlu mengambil ubat atau vitamin sebagai pencegah dan membantu menguatkan imunisi badan. Begitulah juga dengan keadilan dan syura menjadi ubat atau vitamin dalam pembangunan politik Islam. Tanpa keadilan dan pelaksanaan syura dalam politik Islam akan menyebabkan perkembangan pembangunan politik Islam tidak sihat.

(19)

6.0 Rujukan

Adhayanto. (2011). Khilafah Dalam Sistem Pemerintahan Islam. Jurnal Ilmu Politik Dan Ilmu

Pemerintahan, hlm. 80-98.

Ahmad Nazri (2013). Pembangunan Menurut Perspektif Islam: Satu Analisis Awal. Prosiding PERKEM VIII, (hlm. 335-370).

Ahmad Nabil Amir. (2009). Sistem Politik Islam Di Zaman Nabi. Jurnal Usuluddin, bil. 29, hlm. 22-252.

Ahmad Redzuwan Mohd Yunus (2004). Tasawwur Kepimpinan Islam. Jurnal Ulum Islamyyah, hlm. 3-34.

Ariff Ismail. (2010). Prinsip dan Model Negara Islam: Definisi dan Aplikasinya di Malaysia. Jurnal Pembangunan, hlm. 53-68.

Barsihannor. (2013). Pemikiran Abu Al-A`La Al-Maududi. Jurnal Adabiyyah. vol. 5, hlm. 139-149

Fanani Shukri. (2010). Sistem Politik Islam. Pendidikan Agama Islam Untuk Perguruan Tinggi, hlm. 78-80.

Lukman Santoso. (2013). Prinsip Syura Dalam Konstitusional Islam. Jurnal As-Salam. vol. 3, no. 1, hlm. 43-64.

Mohd Zaid. (2013). Konsep Syûrâ Dalam Pandangan Fiqh Siyâsah. Jurnal Al-Ihkam, vol. 4, hlm. 17-30

Muhammad Ali al-Hasyimi. (2009). Keadilan dan Persamaan dalam Masyarakat Muslim. hlm. 1-35

(20)

Stapa Zainuddin. (2009). Manusia Pembina Tamadun: Perspektif Pemikiran Islam. Jurnal Hadhari ,hlm. 31-44.

Sukron Kamil. (2003). Peta Pemikiran Politik Islam Modern dan Kontemporer. Jurnal Universitas Stuttgart, vol. 3, hlm. 63-76.

Referensi

Dokumen terkait

percepatan atau perlambatan perkecambahan dan fase generatif tanaman (Saputra, 2012), perubahan bentuk daun anggrek yang sementara akibat kerusakan fisiologi sel dan jaringan

‘anhum yang telah beliau terima melalui perantara malaikat Jibril, tanpa adanya perubahan serta pengurangan dan penambahan sedikitpun. Sehingga mereka benar-benar menguasai

Kejadian insomnia yang dialami mahasiswa Program Studi Ilmu Keperawatan Universitas Diponegoro terbesar dialami pada kondisi stres sedang, yaitu sebanyak 19

Epifit, merambat di tanah atau semak dengan tinggi sekitar 10 m; daun majemuk menjari, anak daun 4-7, panjang tangkai 10-12 cm, anak daun bundar telur - jorong, panjang 7-18

Diturunkan kepada Nabi Muhammad saw. untuk umat Islam. Al-Quran merupakan pembenaran, pelengkap, dan penyempurna kitab-kitab terdahulu. Isi pokok kitab suci Al- Quran,

Berdasarkan hasil penelitian pada keempat partisipan dapat disimpulkan bahwa semua partisipan saat ini tidak mengalami dengan persepsi citra diri, beberapa faktor

Tujuan penelitian adalah untuk mengetahui kondisi perikanan (hasil tangkapan per upaya, daerah penangkapan, alat tangkap yang digunakan) dan aspek biologi (frekuensi lebar tubuh,

Untuk mengurangi gangguan (distraction) sebagai salah satu penyebab utama dalam kecelakaan lalu lintas, maka peneliti sebelumnya (Green, 2004) menerapkan peraturan