ZAKAT: INSTRUMEN PENINGKATKAN SOSIOEKONOMI UMAT ISLAM
Amirulhakim bin Ahmad Nadzri Jurusan Syariah Kolej Islam As-Sofa (KIS)
Ampang, Malaysia
ABSTRACT: This article discussing about zakat, which is
one of the laws of Islam and an obligation for all Muslims. Zakat distribution apply to these eight group of asnaf, that are enshrined in the Holy Quran which is in Surah At-Taubat paragraph 60. However, nowadays, this distribution should suit the age, and if we look closer, Zakat are use to develop or add another group of entrepreneurs which will further develop the socioeconomic Muslims and thus can develop the country and discuss the concepts and opinions of scholars associated with this problem.
Keywords: Zakat, entrepreneurs, socio-economic development.
Pendahuluan
Islam merupakan ad-Din (agama) yang membawa dan menyeru kepada umatnya supaya mempunyai sifat tolong-menolong (Ta’awun) antara satu sama lain. Dengan seruan itu, maka terserlah bahawa Islam adalah agama yang membawa kepada rahmat dan kesejahteraan, secara tidak langsung menonjolkan kebencian kepada segala bentuk penindasan, pencabulan hak dan penafian kebebasan kepada penganutnya.
hablum minallah (hubungan dengan Allah) semata-mata, malah yang lebih besar ia berkonsepkan hablum minannas (hubungan sesama manusia), yang mana dengannya dapat membawa kepada ketamadunan bagi manusia.
Namun begitu, jika mereka ingkar membayar zakat sedangkan mengetahui tentang kewajipan serta kepentingannya, maka mereka akan mendapat balasan daripada Allah S.W.T. Kekuatan yang dimiliki oleh dana zakat ini amat besar sehingga mampu memberikan impak yang positif kepada pertumbuhan ekonomi negara. Ia telah berlaku
semasa pemerintahan khulafa‟ al-Rasyidin sehinggakan sumber
kewangan negara dan perkembangan ekonomi mencapai tahap yang amat memberangsangkan.
Denifisi Zakat
Zakat menurut bahasa beerti tumbuh dan bertambah1. Ia juga
seolah-olah menyucikan semua baki harta daripada syubhat (kesamaran) dan melepaskannya daripada segala hak yang berkaitan dengannya, khususnya hak-hak orang yang memerlukan dan orang-orang fakir. Ia juga pada dasarnya adalah satu bentuk pemberian secara sukarela kepada mana-mana pihak dengan tujuan untuk mendapat pahala daripada Allah S.W.T2.
Menurut istilah syara‟ zakat ertinya nama dari sejumlah harta yang diberikan kepada golongan tertentu dengan syarat-syarat tertentu.3 Jika ditinjau pengertian zakat menurut pendapat pelbagai
mazhab adalah pemberian hak pemilikan ke atas sebahagian harta tertentu dari harta tertentu kepada orang tertentu yang telah ditentukan oleh syariat, semata-mata kerana Allah, ini adalah pendapat Hanafiyyah. Sedangkan menurut Malikiyyah ertinya mengeluarkan sebahagian harta tertentu dari harta tertentu yang telah sampai nisab kepada orang yang berhak menerima, jika sempurna milik, haul (genap satu tahun) telah sempurna selain barang galian,
1
Wahbah az-Zuhaili, , Zakat Kajian Berbagai Mazhab (Bandung: PT Remaja Rosdakarya, 2008) Diterjemah oleh Agus Efendi dan Bahruddin Fananny (Teks asal dalam bahasa Arab) h. 82.
2
Mahmmod Zuhdi Abd Majid, Pengurusan Zakat (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003) h. 4.
tanaman dan harta temuan. Selain itu, menurut Syafi‟iyyah zakat adalah nama bagi barang yang dikeluarkan untuk harta atau badan (diri manusia untuk zakat fitrah) kepada pihak tertentu. Seterusnya Hanabilah memberi definisi zakat adalah hak yang wajib pada harta tertentu kepada kelompok tertentu pada waktu tertentu.4
Dalil Kewajipan Zakat
“ Dan laksanakan solat, tunaikanlah zakat, dan taatlah kepada rasul
(Muhammad) agar kamu diberi rahmat”.5
“ Dan laksanakanlah solat, tunaikanlah zakat, dan rukuklah beserta
Dari dalil-dalil di atas, jelaslah bahwa zakat itu merupakan tuntutan agama, yang mana tuntutan zakat dinyatakan selepas tuntutan solat, dan solat merupakan tiang agama. Sehubungan itu, tuntutan melakukan zakat amat dititikberatkan oleh Islam.
Adapun dari dari hadits nabi:
عَا عَ عَ عَ عُ عِ عْا عْ عَ
:
مَّلعَسعَو وعْيعَلعَ عُعّللّ ىَّلعَص عِعّللّ عُاوعُسعَر عَا عَ
:
ىعَلعَ عُم عَلَعْسعِلإ عَعِنِعُا
سٍ عْعَ
:
،عِةعَلََّصل عِم عَ عِإعَو ،عَِّللّ عُاوعُسعَرعَو عُهعُدعْبعَ ًدعّ عَعُمُ َّنعَأعَو ،عَُّللّ َّلاعَإ عَوعَلإ عَلا عْنعَأ عَةعَد عَهعَش
عَن عَ عَ عَر عِمعْوعَصعَو ، عِ عْيعَبَبل عِعّ عَ عَو ،عِة عَ َّلل عِا عَي عِإعَو
.Dari Ibnu Umar bahwa Rasulullah SAW bersabda, Islam ditegakkan di atas lima (perkara): (pertama) bersaksi bahawa tiada Ilah (yang patut diibadahi) kecuali Allah dan bahwa Muhammad adalah Rasul utusan Allah, (kedua) menegakkan solat, (ketiga) mengeluarkan zakat, (keempat) menunaikan ibadah haji, dan (kelima) melaksanakan siyam
(puasa) Ramadhan.” (Muttafaqun Alaih). 8
عُعّللّ عَيعِضعَر ًذ عَععُ عَثعَععَبَا عَمَّلعَسعَو عِوعْيعَلعَ عَُّللّ ىَّلعَص َّعِبَِّنل َّنعَأ عَ عُهعْبَنعَ عُعّللّ عَيعِضعَر سٍس َّبعَ عِ عْا عْ عَ
عَا عَ عَبَ عِ عَ عَيل عَ عِإ عُوعْنعَ
:
عْمعُى عْنعِ عَ ،عَُّللّ عُاوعُسعَر عِعّنّعَأعَو عُعّللّ َّلاعِإ عَولعِإ عَلا عْنأ عِةعَد عَهعَش عَ عِإ عْمعُهعُ عْد
سٍمعْوعَبَ عِعّلعُ عِفِ سٍت عَوعَلعَص عَ عْعَ معِهعْيعَلعَ عَضعَ عَبَيعْبَ عَ عَععَبَت عََّللّ َّنعَأ عْمعُهعْ عِلعْ عَأعَ عَكعِل عَذعِل عْوعُ عَطعَأ
عْ عِ عُذعَخعْؤعُبَت ًةعَ عَدعَص عْمعِهعْيعَلعَ عَضعَ عَبَيعْبَ عََّللّ َّنعَأ عْمعُهعْ عِلعْ عَأعَ عَكعِل عَذعِل وعُ عَطعَأ عْمعُى عْنعِإعَ ،سٍةعَلعْبَيعَلعَو
عْمعِهعِا عَ عَ عُبَ ىعَلعَ دُّدعَ عُبَتعَو معِهعِا عَيعِنعْ عَأ
.
“ Dari Ibni „Abbas R.A bahwa Nabi Muhammad SAW mengutuskan Mu‟az R.A ke Yaman maka bersabda: Serulah mereka agar meyakini tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Muhammad adalah rasul-Nya, bila mereka menyambut seruanmu itu, barulah ajarkan bahwa Allah mewajibkan mereka bersolat lima waktu sehari, dan apabila mereka melakukannya barulah kamu memberitahu mereka bahawa Allah mewajibkan mereka berzakat yang dikenakan kepada
8
orang-orang yang kaya untuk diberikan kepada orang-orang miskin dalam kalangan mereka.9
Hadith ini menunjukkan bahawa tuntutan hukum wajib bagi zakat di dunia tidak akan terjadi melainkan setelah seseorang itu memeluk agama Islam. Zakat adalah salah satu dari rukun Islam, maka zakat tidaklah diwajibkan bagi orang kafir begitu juga puasa dan solat. Apabila zakat tidak diwajibkan kepada bukan muslim, maka zakat ini juga tidak sah seandainya dibayar oleh orang kafir. Hal ini kerana mereka tidak memiliki pensyaratan pertama iaitu Islam.10
Asnaf Zakat Menurut Syariat
Asnaf zakat merupakan golongan-golongan yang berhak menerima dana zakat. Pada masa kini, ramai dalam kalangan masyarakat tidak memahami atau tidak mengetahui hakikat sebenar asnaf-asnaf yang berhak menerima zakat. Ada dalam kalangan masyarakat yang beranggapan bahawa asnaf zakat adalah anak yatim, ibu tunggal dan warga emas. Tanggapan ini sebenarnya telah meleset kerana Islam tidak pernah menggolongkan mereka termasuk di dalam asnaf-asnaf yang layak menerima zakat.
Mereka yang layak menerima zakat (asnaf-asnaf Zakat) sudah termaktub di dalam al-Quran. Maka ia merupakan perkara yang harus diperhatikan oleh setiap individu yang beragama Islam. Agihan dana zakat adalah sepertimana firman Allah S.W.T :
“ Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk
orang-orang fakir, dan orang-orang-orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk
9 Muhammad bin Ismail Al-Kahlani, Terjemahan Subulussalam, (Surabaya: Al-Ikhlas,
1991) Diterjemah oleh Abu Bakar Muhammad (Teks asal dalam bahasa Arab) h. 479.
10 Dalil-Dalil Pilihan Berkaitan Zakat (Ipoh: Majlis Agama Islam dan „Adat Melayu
hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.11
Berdasarkan ayat di atas, Allah telah menjelaskan mengenai mereka yang berhak untuk menerima dana zakat. Mereka meliputi lapan golongan yang dikenali sebagai asnaf-asnaf zakat. Huraian mengenai asnaf zakat ini adalah seperti berikut 12:
i. Fakir
Ia merupakan golongan yang tidak mampu menyara kehidupan keluarga pada tahap yang minimum. Selain itu, golongan ini yang tidak meminta-minta untuk mendapatkan sumber kewangan daripada masyarakat umum.
ii. Miskin
Orang yang memiliki sesuatu untuk menampung keperluannya dan cukup untuk sebahagian dirinya.
iii. „Amil
Pegawai dan pemungut zakat yang dilantik oleh pemerintah untuk mengumpul dan membahagikan harta zakat berkenaan. Mereka akan diberi upah berdasarkan kerja pungutan yang dilakukan.
iv. Muallaf
Orang yang baru memeluk Islam di mana mereka akan diberikan wang zakat berkenaan untuk tujuan meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Ia bagi membantu mereka khususnya jika menghadapi kesulitan berkaitan kewangan daripada keluarga mereka yang tidak beragama Islam.
v. Riqab
Harta zakat yang digunakan untuk membebaskan hamba. Hamba yang dimaksudkan ialah golongan mukatab yang berakad dengan tuan mereka untuk dibuat pembayaran bagi tujuan pembebasan.
vi. Gharim
Orang yang dibebani hutang dan tidak mampu membayarnya. Oleh itu, mereka akan diberikan sejumlah wang dengan tujuan untuk melunaskan hutang mereka yang telah matang.
11 At-Taubah (9) : 60.
12
vii. Fisabilillah
Pemberian harta zakat kepada golongan yang berperang dan berjuang secara sukarela demi menegakkan syiar Islam. Sedangkan pada masa sama, perjuangan mereka itu tidak diberikan upah dan gaji daripada orang Islam.
viii. Ibnu Sabil
Orang yang bermusafir dengan perjalanan yang dibenarkan syarak dan memerlukan sedikit wang bagi meneruskan perjalanan berkenaan. Namun, jika niat perjalanannya untuk tujuan maksiat maka pemberian harta zakat adalah dilarang oleh syariat.
Objektif Agihan Zakat
Dalam melaksanakan tuntutan Ilahi melalui zakat, maka secara dasarnya ia mampu memberikan keseimbangan dari aspek pembangunan ekonomi dalam kalangan masyarakat. Bahkan jika ditinjau dengan lebih jauh lagi, ia dijana untuk memberikan keselesaan umat Islam di muka bumi ini secara kolektif. Namun begitu, harus diingat bahawa sumbangan zakat yang diperolehi perlu digunakan dengan sebaiknya dan tidak membazir. Ia adalah keperluan optimum bagi meneruskan kehidupan secara tabie.
Selain itu, ia juga bertujuan menguatkan ikatan persaudaraan dan kasih sayang dalam kalangan umat Islam. Hubungan ukhuwah yang terjalin ini melalui institusi zakat boleh memberi impak yang amat baik serta menyatupadukan umat manusia.13 Golongan yang
kurang berkemampuan akan dibantu oleh golongan yang kaya dengan memberikan sumbangan material mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh syarak. Oleh itu, jika difokuskan kepada agenda kerajaan negeri, maka secara tidak langsung ia mengurangkan kadar kemiskinan di setiap negeri. Kesannya sudah pasti dirasai oleh pembangunan sosioekonomi negeri berkenaan. Rentetan daripada itu juga, pelbagai program agihan zakat boleh dilaksanakan bersesuaian dengan keperluan semasa asnaf bagi meningkatkan pendapatan isi rumah.
Seperti yang sedia maklum, individu mahupun sektor korporat perlu membayar zakat. Sehubungan itu, sudah pasti kutipan zakat khususnya di kawasan perindustrian contohnya sekitar Lembah Klang memperoleh kutipan tertinggi. Perkara ini boleh dilihat seperti yang dilakukan oleh agensi kewangan seperti Bank Pembangunan Malaysia Berhad (Bank Pembangunan) telah menunaikan zakat perniagaan sebanyak RM 127,111.37 kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) MAIS dalam satu majlis ringkas pada 28 April, 2005. Begitu juga beberapa agensi lain seperti Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) menyerahkan zakat perniagaanya untuk negeri Selangor sebanyak RM 3,999,081.49, P.E.S.B Engineering Sdn. Bhd. (PESB) membayar zakat perniagaan sebanyak RM264,522.51 dan sebagainya.14
Bentuk Agihan Zakat
Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa zakat mempunyai dua fungsi, iaitu membersihkan harta benda dan jiwa (fitrah) manusia.15 Seseorang yang telah mengeluarkan sebahagian
hartanya (berzakat) kepada penerima (mustahiq), bererti dia telah menyucikan hartanya dan jiwanya daripada mengambil atau menggunakan hak milik orang lain dan sekaligus menunaikan ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah SWT. Perkara ini juga memupuk diri menjadi seorang yang ikhlas dalam setiap perbuatan. Kedua, zakat itu sebagai fungsi sosial iaitu sarana berhubung sesama manusia bagi mereka yang kaya dan yang miskin.16 Dana zakat demikian
mempunyai dimensi hablum minallah wa hablum minannas, dapat dimanfaatkan untuk mengurangkan kemiskinan yang merupakan salah satu masalah sosial yang ada dalam kehidupan suatu masyarakat dalam rangka meningkatkan harkat hidup sebahagian masyarakat.
Zakat boleh berfungsi sebagai ibadah dan juga sebagai konsep sosial. Hal ini diertikan sebagai sistem pendayagunaan zakat, yang mana huraiannya dapat dijelaskan dengan lebih mendalam. Daripada berbagai-bagai jenis bentuk bantuan yang dijalankan, dapatlah disimpulkan bahawa bentuk bantuan zakat terbahagi kepada empat:17
14 Ibid.
15 Pedoman zakat
(Jakarta: Kementerian Agama Republik Indonesia, 2006) h. 241-242.
i. Bentuk pertama “konsumtif tradisional”, iaitu zakat dibahagikan kepada mustahiq untuk dibahagikan langsung, seperti zakat fitrah yang diberikan kepada fakir miskin untuk memenuhi keperluan harian atau zakat mal (harta) yang dibahagikan langsung kepada mustahiq.
ii. Bentuk kedua “konsumtif kreatif” iaitu zakat yang diwujudkan
dalam bentuk lain dari barangnya, seperti diberikan dalam bentuk alat-alat sekolah, biasiswa, dermasiswa dan sebagainya.
iii. Bentuk ketiga “produktif tradisional”, di mana zakat diberikan
dalam bentuk barang-barang atau keperluan-keperluan yang produktif seperti kambing, lembu mesin jahit dan sebagainya. Pemberian dalam bentuk ini dapat mencipta suatu usaha atau memberikan pekerjaan baru kepada fakir dan miskin.
iv. Bentuk keempat “produktif kreatif” iaitu zakat diwujudkan
dalam bentuk permodalan projek sosial atau membantu menambahkan modal pedagang / pengusaha kecil.
Daripada bentuk-bentuk bantuan yang dinyatakan diatas, pemanfaatan zakat dalam bentuk ketiga dan keempat adalah bentuk bantuan yang sesuai dengan mustahiq fakir dan miskin yang mana ia harus kita kembangkan dan promosikan kepada masyarakat kerana bentuk tersebut seiring dengan syariat zakat baik dari segi fungsi ibadah mahupun fungsi sosial yang kita harapkan.
Peranan Pemerintah dalam Mengurus Zakat
Pemerintah memainkan peranan yang besar untuk memastikan urus tadbir zakat ini diurus dengan baik dan teratur. Hal ini kerana, dalam mengurus tadbir zakat, memerlukan kepada suatu sistem yang tersusun bagi menjamin matlamat syariat ibadah zakat ini tercapai.
Jika kita lihat konteks pengurusan zakat di Malaysia, pemerintah terlibat secara langsung dalam pentadbiran dan pengurusan zakat. Pengurusan zakat terletak di bawah bidang kuasa pemerintah negeri, hal ini seperti termaktub di dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan dalam senarai 2 (1) iaitu Senarai Negeri. Peruntukan tersebut berbunyi :
undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam, termasuk hukum syarak berhubung dengan mewarisi harta berwasiat dan tak berwasiat, pertunangan, perkahwinan, perceraian, mas kahwin, nafkah, pengambilan anak angkat, taraf anak, penjagaan anak, pemberian, pembahagian harta dan amanah bukan khairat, wakaf Islam dan ta‟rif serta peraturan mengenai amanah khairat dan khairat ugama, perlantikan pemegang-pemegang amanah dan perbadanan bagi orang-orang mengenai pemberian ugama Islam dan khairat, yayasan, amanah, khairat dan yayasan khairat yang dijalankan, kesemuanya sekali dalam Negeri, adat istiadat Melayu, zakat Fitrah dan Baitulmal atau hasil ugama Islam yang seumpamanya, masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam, mengadakan dan menghukum kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang menganut ugama Islam terhadap rukun-rukun Islam, kecuali mengenai perkara-perkara yang termasuk dalam senarai Persekutuan, keanggotaan, penyusunan dan acara bagi mahkamah-mahkamah Syariah, yang akan mempunyai bidang kuasa hanya keatas orang-orang yang menganut ugama Islam dan hanya mengenai mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidang kuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang Persekutuan, mengenai perkembangan iktikad dan kepercayaan antara orang-orang yang menganut ugama Islam, menentukan perkara-perkara hukum syarak dan iktikad dan adat Melayu”.
Negeri Perak.
Undang berkaitan pentadbiran zakat bagi negeri Perak tertakluk kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 yang di dalamnya tertulis :
Seksyen 75. Kuasa memungut zakat dan fitrah.
“Majlis berkuasa memungut zakat dan fitrah yang kena bayar oleh tiap-tiap orang Islam di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan mengikut hukum Syarak bagi pihak Duli Yang Maha Mulia Sultan.” Seksyen 76. Kuasa membuat peraturan-peraturan.
1. Majlis dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh membuat peraturan-peraturan untuk mengawal selia semua perkara yang berhubungan dengan pemungutan, pentadbiran dan pembahagian zakat dan fitrah.
2. Tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yang terdahulu, Majlis boleh membuat peraturan-peraturan untuk:
a. menentukan dari semasa ke semasa nilai kadar zakat dan fitrah yang kena dibayar oleh tiap-tiap orang Islam di Negeri Perak Darul Ridzuan;
b. mewujudkan tatacara pemungutan zakat dan fitrah;
c. melantik amil-amil bagi pemungutan zakat dan fitrah; dan
d. mewujudkan kesalahan dan
memperuntukkan hukuman bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan pemungutan atau penyerahan hasil pungutan zakat dan fitrah.
Seksyen 25. Tidak membayar zakat Fitrah
1. Sesiapa yang dikenakan membayar apa-apa zakat atau fitrah enggan atau dengan sengaja gagal untuk membayar zakat atau fitrah itu adalah bersalah atas sesuatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
2. Sabitan di bawah seksyen ini hendaklah tidak berkuasa untuk menghapuskan liabiliti tersebut.
Manakala lain-lain kesalahan berkaitan zakat dimasukkan dalam Bahagian V- pelbagai kesalahan berhubungan dengan keadilan dan ketenteraman awam:
Seksyen 40. Membayar zakat atau fitrah secara tidak sah “Sesiapa yang dengan sengaja membayar atau menyebabkan supaya dibayar zakat kepada mana-mana orang yang tidak diberi kuasa untuk memungut zakat atau fitrah adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”
Seksyen 41. Memungut zakat atau fitrah secara tidak sah “Sesiapa yang memungut zakat atau fitrah atau menyebabkan zakat atau fitrah dipungut tanpa diberi kuasa yang sah, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Mahkamah hendaklah memerintah pungutan itu dirampas dan diserahkan kepada baitulmal.”
Seksyen 42. Amil tidak menyerah pungutan
mengenainya adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
2. Sabitan di bawah seksyen ini hendaklah tidak berkuasa untuk menghapuskan liabiliti amil tersebut kepada baitulmal.
Selain itu, terdapat juga satu lagi peruntukan perundang-undangan yang mengatur masalah zakat di Negeri Perak, iaitu Peraturan-peraturan Zakat dan Fitrah, 1975. Dalam peruntukan undang-undang ini menyatakan :
Enakmen Pentadbiran Islam 1992. Berkaitan Zakat dan Fitrah (1): Majlis hendaklah berkuasa memungut zakat dan fitrah yang kena dibayar dalam Negeri Perak Darul Ridzuan mengikut hukum syarak: dengan syarat bahawa peruntukan ini hanya berkuat kuasa setelah satu ketetapan untuk berbuat demikian diluluskan oleh Majlis dan diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan serta setelah disiarkan di dalam warta. (2) walau apa pun peruntukan subsyeksen (1) Majlis boleh menerima apa-apa bayaran yang dibuat dengan maksud zakat.
Daripada peruntukan-peruntukan yang dinyatakan di atas, sama ada peruntukan Perlembagaan Persekutuan atau Enakmen Pentadbiran Islam (Perak) 2004, jelaslah pemerintah memainkan peranan yang besar di dalam urus tadbir zakat. Hal ini kerana, pemerintah akan memainkan fungsi siyasahnya dalam memungut dan mengagihkan zakat. Jadi seharusnya rakyat menyerahkan urusan zakat kepada mereka yang telah di lantik oleh pemerintah iaitu petugas zakat sama ada urusan memungut zakat, mencari asnaf dan
mengagihkan zakat. Hal ini juga, terdapat ulama‟-ulama‟ berpendapat
عْوعُععَبَنعَبَيعْ عِنعِإعَ عِةعَ َّطلعِل ًلاعْذعَا ، سٍف عَلَعِخ عَلَعِا عُمعْيعِلعْسَّيل عِوعْيعَلعَ عَبعَجعَو عَةعَ عِهَّظل عَا عَوعْ عَلأ عَبعَلعَط عْوعَل
ىعَلعَ ًت عَيعِيعْ عُمعِهعِععْنعَ عْعِفِ َّنعَعِلأ ،عُمعِهعِسعُفعْبَنعَأعِا عَهعِج عَ عْخعِإ عَ عِإ عَعْيْعِبعْيعِعُمُ عْوعُبَن عَ عْنعِإعَو عُم عَ عِلإ عْمعُهعَلعَبَت عَ
عِم عَ عِلإ
.
“Jika pemerintah memungut zakat harta yang zahir wajib diserahkan
kepadanya tanpa ada perselisihan pendapat dalam kalangan ulama‟.
Sebagai tanda ketaatan, dan jika mereka (rakyat) enggan maka pemerintah boleh memerangi mereka. Meskipun mereka rela mengeluarkan (zakat) dengan sendiri, kerana mereka telah meluputkan/mensia-siakan arahan pemerintah.”18
Selain itu, Mawardi di dalam kitab karangannya iaitu Al-Ahkam Al-Sultaniyyah juga ada menyatakan mengenai masalah pemerintah memainkan peranan dalam urus tadbir zakat menerusi petugas-petugas zakat yang telah dilantiknya. Menurut beliau19 :
“ Jika petugas sedekah (zakat) tersebut seorang adil, maka ada dua pendapat;
1. Bahawa perintah petugas sedekah (zakat) kepada orang terkena wajib sedekah (zakat) adalah perintah wajib. Ertinya mereka tidak boleh bertindak sendiri dalam mengeluarkan sedekah (zakat)nya, dan tidak sah jika mereka mengeluarkannya sendiri.
2. Perintah petugas sedekah (zakat) adalah perintah sunnah untuk menimbulkan rasa patuh orang yang terkena wajib sedekah (zakat) kepadanya. Jika orang yang terkena wajib sedekah (zakat) bertindak sendiri dalam mengeluarkan zakatnya, itu sudah cukup.”
Daripada pernyataan-pernyataan yang dinyatakan di atas, jelaslah bahawa pemerintah menjadi pengurus tadbir zakat dan rakyat harus mengikut atau patuh kepada ketentuan-ketentuan pemerintah dalam urusan memungut dan mengagihkan zakat. Pemerintah mesti
18 An-Nawawi, Al-Majmu’ Syarah Muhazzab jld 6 ( Jakarta: Pustaka Azzam, 2015) h.
167.
19
membuat kebijakan siyasahnya dalam mengagihkan zakat kepada rakyatnya supaya mereka mendapat semaksimum mungkin manfaat dari dana zakat.
Peningkatan Ekonomi Umat Islam dengan Skim Bantuan Zakat
Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, pemerintah merupakan pengurus tadbir zakat dan mesti membuat kebijakan siyasahnya supaya dapat memaksimumkan manfaat dana zakat kepada rakyatnya. Oleh itu kita lihat di Malaysia, banyak lahirnya skim-skim bantuan zakat kepada masyarakat yang telah disusun oleh pengurus zakat di setiap negeri untuk memastikan dana zakat ini digunakan semaksimum mungkin.
Pada peringkat permulaannya, instutusi zakat memberikan bantuan berbentuk makanan dan wang ringgit untuk membantu golongan yang dhaif dan miskin. Hal ini bertujuan untuk meringankan beban keluarga sekaligus memberikan keselesaan kepada mereka. Namun, dalam konteks negara sekarang, pihak pengurusan zakat telah memikirkan cara bagaimana mengelakkan keluarga fakir dan miskin ini terus mendapat sumbangan kewangan tanpa mempunyai semangat berdikari serta sikap kebergantungan kepada pusat zakat khususnya. Oleh itu, pada masa sekarang satu anjakan paradigma telah dilakukan oleh pihak pengurusan zakat.
Sebagai contoh, pada tahun 2013, pihak Majlis Agama Islam dan „Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menambah baik bentuk bantuan para asnaf dengan meningkatkan pendapatan isi rumah tanpa bergantung kepada bantuan bulanan sahaja. Satu skim iaitu Skim Bantuan Modal telah disediakan dengan menggalakkan para asnaf untuk berdikari dengan berusaha meningkatkan pendapatan melalui aktiviti perekonomian yang melibatkan aktiviti perniagaan perniagaan, pertanian, perikanan, penternakan, dan perkhidmatan. Skim ini berlandaskan konsep memberi kail, bukan ikan.20
Berpandukan kepada jadual 1 di bawah ini, jumlah penerima Bantuan Modal Perniagaan pada tahun 2012 adalah sebanyak 174 orang dan meningkat kepada 191 orang penerima pada tahun 2013.
20 Laporan Tahunan 2013, ( Ipoh: Majlis Agama Islam Dan „Adat Melayu Perak,
Jumlah agihan juga turut meningkat daripada RM 0.85 juta pada 2012 kepada 1.21 juta bagi tahun 2013.
Table 1: Statistik Penerima Bantuan Modal Perniagaan Bagi Tahun 2010-2013
Tahun Jumlah Penerima (Orang) Jumlah Bantuan (RM)
2010 60 0.51 juta
2011 321 0.63 juta
2012 174 0.86 juta
2013 191 1.21 juta
Daripada statistik yang dinyatakan di atas, menunjukkan peruntukan untuk bantuan modal meningkat untuk setiap tahun. Secara tidak langsung, maka bertambahlah golongan usahawan yang dahulunya merupakan fakir dan miskin, berubah menjadi seorang usahawan, maka akan berkurang jumlah fakir dan miskin seterusnya dapat meningkat produktiviti dalam ekonomi negara. Bentuk bantuan seperti ini tidak menyalahi syarak, dan ia selari dengan pendapat para ulama‟, antaranya :
i. Pendapat Imam Zainuddin bin Abdul Aziz Al-Malibary dalam kitabnya Fathul Muin menyatakan:
ًةعَ عْ عِ عْوعَ ًبعِل عَ عُوعُجعْ عِر عِوعْيعِفعْكعَ سٍا عَ عَسعْأعَر ًةعَر عَعِتِ عَدَّوعَععَبَت عْنعِإ عَ عُهعْبَنعِ دُّلعُ ىعَطعْععُبَيعَبَ
عِبعِلعَلل عِ عْ عُعل عَةعَيعَفعِ ىعَطعْععُبَ ًةعَر عَعِتِ عَلاعَو ًةعَ عْ عِ عْ عِسعًْ عْعَ عْ عَ عَو ، عَهعَبَيعَل
.
“Fakir dan miskin jika boleh berniaga diberi modal agar keuntungannya boleh mencukupi mereka. Jika mereka boleh bekerja, maka mereka diberi alatnya. Jika tidak boleh berniaga mahupun kerja, maka ia diberi wang untuk mencukupi
keperluannya sesuai dengan umur kebiasaannya”.21
21
ii. Pendapat Imam Ramly dalam kitab Syarah Al-Minhaj li al-Nawawi yang menerangkan pendistribusian harta zakat bagi orang miskin untuk memenuhi keperluan dasarnya serta dimungkinkan pembelian aset untuknya sebagai berikut:
ىعَطعْععُبَ سٍةعَ عَعِتِ عَلاعَو سٍةعَ عْ عِعِبِ ًبعْسعَ عَ عُهعْبَنعِ دُّلعُ عُ عِسعْعُ عْعَ عْنعِإ عَعْيْعِكعْسعِلم عَو عِعْيْعِ عَفل َّنعَإ
عَلاعَو ،عُهعُؤ عَنعْ عِإ عَدعْصعَ ل َّنعَعِلأ عِهعِدعَلعَبَا عْعِفِ عِوعِل عَثعْ عَعِلأ عِبعِل عَلل عِ عْ عُ عْ عِ عَيعِ عَا عَ عَةعَ عَفعِ
عَكعِل عَذعِا َّلاعِإ عُلعُصعْعَ
.
عِا عَطعْ عِإعِا عُد عَ عُلم عَ عْيعَلعَو ،سٍةعَنعَسعِا عَيعِطعْ عُأ عِوعْيعَلعَ عُهعُ عْ عُ عَد عَز عْنعِإعَ
عُوعْنعِ عُوعُلعَخعَد عِوعْيعِفعْكعَ عَ عْلعَا عِةَّدعُلم عَكعْلعِت عِوعْيعِفعْكعَ ًدعْ عَبَن عُهعُؤ عَطعْ عِإ عَبعْسعَكل عُ عِسعْعُ عَلا عْ عَ
عُوعْنعَ عُثعِعّرعَوعُبَ عَو عُوعُكعِلعْ عَيعَبَ عِة عَ َّلل عِ عَ عِوعِا عِنِعَيعْلعَبَ عَو عَوَّلعِلعَيعْسعَ ًر عَ عَ عِوعِا عُوعَل عَ عِعَ عْ عَيعَبَ
.
“Orang fakir dan miskin, bila keduanya tidak mampu untuk bekerja dengan satu keahlian atau perdagangan diberi harta zakat sekiranya cukup untuk keperluan seumur hidupnya dengan ukuran umur manusia yang umum di negerinya, kerana harta zakat dimaksudkan untuk memberi seukuran kecukupan / kelayakan hidup. Kalau umurnya melebihi kebiasaan umumnya manusia, maka akan diberi setiap tahun seukuran keperluan hidupnya selama setahun. Dan tidaklah dimaksudkan di sini, orang yang tidak dapat berkerja, diberikan dana tunai seukuran masa tersebut, akan tetapi dia diberi dana di mana ia sewakan, sehingga ia tidak lagi menjadi mustahiq zakat”
Daripada pendapat ulama‟ yang telah dinyatakan di atas, menunjukkan bahawa, mereka menyokong cara agihan zakat secara produktif kerana dengan cara tersebut akan meningkatkan ekonomi seterusnya dapat mengeluarkan seseorang itu dari belenggu kemiskinan yang menyebabkan mereka meminta-minta dari pihak yang lain, dan seterusnya dapat memberi manfaat kepada insan lain dengan mengeluarkan mereka dari kepompong kemiskinan dengan mengadakan peluang pekerjaan yang baru.
rezeki seseorang asnaf berkenaan. Secara tidak langsung, ruang rezeki itu akan terus menyumbang ke arah pembangunan ekonomi umat Islam amnya.
Namun begitu, proses pemantauan dan penganalisaan perlu diteliti. Ia merangkumi semasa memilih asnaf yang mempunyai minat yang tinggi dalam perniagaan dan proses menjaga penyelarasan perniagaan selepas perniagaan itu dijalankan. Pemantauan ini perlu untuk menjaga kewangan yang sudah pasti melibatkan aliran wang tunai. (Perlaksanaannya boleh diilustrasikan seperti berikut) : 22
Bagan 1. Model Proses “ Turning Over”
22 Hisham bin Sabri dan Zulkifli bin Hassan, Zakat : Instrumen Penyumbang Pembentukan Usahawan (Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2006) h. 225.
Agihan Zakat
Penerima Zakat
Proses Rekrut usahawan melalui pendekatan modul dan bengkel
Usahawan Asnaf
Pantau Kewangan (Penyata Kewangan)
Pengeluaran Hasil (Untung)
Pembayaran Zakat (Fitrah/ Perniagaan / Pendapatan)
Model ini berupaya menjana jaminan sosial yang lebih progresif. Kesannya sudah pasti memberi rangsangan kepada umat Islam amnya. Pengeluaran zakat yang dahulunya diperoleh oleh asnaf, telah dijana semula oleh mereka sehingga mereka mampu membayar zakat kepada pemberi modal iaitu badan pengurus zakat negeri.
Kesannya golongan ini tidak lagi menerima zakat malah mereka pula yang mengeluarkan zakat. Dalam erti kata lain, setelah seseorang itu berjaya dalam bidang yang telah diceburi dengan hasil bantuan dana zakat, maka proses ini akan dipanggil proses “turning over”. Jika suatu ketika dahulu seseorang itu mendapat bantuan dari dana zakat, maka sekarang berlaku sebaliknya iaitu mereka telah menjadi pembayar zakat. Seterusnya hasil bayaran zakat yang mereka berikan kepada badan pengurus zakat akan disalurkan kepada mereka yang berbakat dalam keusahawanan melalui skim bantuan modal. Secara tidak langsung, proses ini dapat meningkatkan sosio ekonomi umat Islam.
Penutup
Zakat secara umumnya untuk membantu golongan asnaf yang mana golongan ini diterima syarak. Zakat juga berperanan dalam membangunkan sosioekonomi umat Islam. Dengan mengemaskini skim bantuan zakat, maka golongan asnaf dapat menukar hidup daripada seorang fakir miskin yang menerima zakat menjadi seorang muzakki iaitu mengeluarkan zakat.
Bibliografi
Al-Quran dan Terjemahan (Kuala Lumpur: Pustaka Darul Iman, 2004).
Al-Mawardi, Al-Ahkam al-Sultaniyyah fi Al-Wilayah ad-Diniiyyah (Beirut: Daar El-Kitab Al-Arabiy, 2006).
An-Nawawi, Al-Majmu’ Syarah Muhazzab jld 6 ( Jakarta: Pustaka Azzam, 2015).
An-Nawawi, Riyadhus Shalihin, (Jeddah: Al-Haramain, 2005).
Dalil-Dalil Pilihan Berkaitan Zakat (Ipoh: Majlis Agama Islam dan „Adat Melayu Perak, 2012).
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004.
Enakmen Jenayah (Syariah) (Perak) 1992.
Hassan Bahrom et al, Fiqh Zakat Malaysia (Selangor: Universiti Teknologi Mara, 2011)
Hisham bin Sabri dan Zulkifli bin Hassan, Zakat : Instrumen Penyumbang Pembentukan Usahawan (Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2006).
Mahmmod Zuhdi Abd Majid, Pengurusan Zakat (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2003).
Muhammad bin Ismail Al-Kahlani, Terjemahan Subulussalam, (Surabaya: Al-Ikhlas, 1991) Diterjemah oleh Abu Bakar Muhammad (Teks asal dalam Bahasa Arab)
Muhammad Syukri Salleh et al, Transformasi Zakat Daripada Zakat Saradiri Kepada Zakat Produktif (Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, 2011)
Mustafa al-Khin, et al, Kitab Fikah Mazhab Syafie (Kuala Lumpur: Pustaka Salam, 2009).
Pedoman zakat (Jakarta: Kementerian Agama Republik Indonesia, 2006).
Peraturan-peraturan Zakat dan Fitrah, 1975.
Diterjemah oleh Syarifuddin Anwar dan Mishbah Musthafa (Teks Asal dalam Bahasa Arab).
Wahbah Az-Zuhaili, Fiqh Islami Wa-Adillatuhu alih bahasa, cet. ke- 10 (Jakarta: Gema Insani, 2007) Diterjemah oleh Abdul Hayyie al-kattani et al (Teks asala dalam Bahasa Arab).
Wahbah az-Zuhaili, , Zakat Kajian Berbagai Mazhab (Bandung: PT Remaja Rosdakarya, 2008) Diterjemah oleh Agus Efendi dan Bahruddin Fananny (Teks asal dalam Bahasa Arab).