• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kekangan Terhadap Penggunaan Teknologi M

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kekangan Terhadap Penggunaan Teknologi M"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

74

Bab 13

Kekangan Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

(ICT) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) Di Kalangan Guru

Sekolah Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Zailawati Husin & Fariza Khalid

Sarjana Pendidikan Sumber dan Teknologi Maklumat Fakulti Pendidikan

Universti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Abstrak

Perkembangan teknologi pada masa kini sedikit sebanyak telah mempengaruhi guru-guru sekolah terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran. Ini merupakan satu penanda aras yang baik dalam sistem pendidikan di Malaysia khasnya. Setiap pemain agenda dalam sistem pendidikan negara telah berusaha untuk berubah dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran (pdp). Kajian lebih terarah kepada tiga (3) objektif sahaja iaitu tahap kemahiran dan bentuk pengunaan teknologi, kekangan-kekangan yang wujud terhadap penggunaan komputer dan ICT serta cara mengatasi kekangan-kekangan tersebut. Seramai 87 orang guru di kalangan guru sekolah di bawah seliaan Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPNWPKL) telah dipilih dan diedarkan dengan soalan kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik, di mana ia dibina secara separuh (50%) oleh penyelidik dan separuh (50%) lagi adalah berdasarkan kajian yang lepas ( ikut kesesuaian dan ketepatan kajian). Ia mengandungi lima bahagian utama iaitu latar belakang responden, kekerapan dan bentuk penggunaan teknologi, tahap kemahiran komputer dan ICT, kekangan-kekangan terhadap penggunaan teknologi dan faktor-faktor penghalang serta cara mengatasinya. Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran guru-guru terhadap penggunaan teknologi masih berada pada tahap yang sederhana. Penggunaan teknologi dilihat perlu dan digunakan apabila dipaksa oleh pihak pentadbir atau untuk urusan peribadi sahaja, kegunaan bagi tujuan pdp dilihat tidak menonjol. Manakala kekangan-kekangan yang dihadapi pula ialah dari segi masa, sikap, faktor latihan dan kemudahan.

Kata kunci: kekangan penggunaan komputer & ict, pengajaran dan pembelajaran.

1. Pengenalan

Dunia pendidikan negara adalah bersikap dinamik. Dari hari ke hari, tanpa kita sedari wujud banyak penambahbaikan dalam sistem pendidikan kini. Dalam bidang pendidikan khasnya, ICT ini dikatakan memberi impak yang positif dalam pengajaran dan pembelajaran (pdp) sehingga memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi guru. Berdasarkan kepada kajian-kajian lepas, telah membuktikan bahawa penggunaan teknologi telah dapat merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah murid belajar dan secara keseluruhannya cara pendidikan dikendalikan sesuai dengan era masa kini.

(2)

75

akan dibuka seluas-luasnya oleh pihak kementerian kepada teknologi komputer dalam sistem pendidikan negara. Langkah ini diharap dapat merealisasikan dasar Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang ingin memartabatkan profesion keguruan dan merapatkan jurang pendidikan di antara golongan luar bandar dan bandar. Dengan adanya kemudahan yang disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran ini, maka ini dapat memberikan peluang kepada semua pelajar meneroka, menguasai, dan memperkembangkan pelbagai kemahiran dalam bidang ilmu secara lebih berkesan dan bermakna. Seterusnya, pelajar akan dapat mengaitkan pengetahuan dengan realiti sebenar, sehingga dapat melahirkan generasi berilmu dan bijaksana serta yang berdaya saing untuk merealisasikan Wawasan Negara 2020.

2. Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk:

1.1 Mengenalpasti tingkat kemahiran dan penggunaan ICT di kalangan guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

1.2 Mengenalpasti kekangan-kekangan yang wujud terhadap penggunaan komputer dan ICT dalam perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran.

1.3 Mengenalpasti cara mengatasi kekangan-kekangan terhadap penggunaan komputer dan ICT di kalangan guru

3. Kepentingan Kajian

Kajian ini diharapkan dapat memberi maklumat yang berguna kepada pihak pembuat dasar iaitu KPM khususnya untuk mengenalpasti sejauh manakah tahap penggunaan komputer dan ICT di kalangan guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Adakah penggunaan komputer dan ICT dilaksanakan sebaik mungkin oleh guru-guru? Dan adakah mereka sudah menyiapkan diri mereka untuk mengubah cara kerja mereka?

Ia juga boleh dijadikan panduan kepada guru-guru yang menghadapi masalah dalam mengunakan komputer dan ICT sebagai medium penyampaian ilmu sekaligus cuba untuk mengatasinya.

Selain itu, kajian ini juga boleh dijadikan sumber rujukan kepada bakal-bakal guru atau pun pelajar-pelajar universiti dan institut perguruan. Mereka boleh menggunakan maklumat yang diperolehi dalam kajian ini untuk menghasilkan satu kajian yang lebih bermutu di samping menjadikan ia sebagai bahan bacaan tambahan.

4. Batasan Kajian

Kajian ini merupakan satu kajian ilmiah yang dijalankan oleh pengkaji ke atas beberapa buah sekolah yang terdapat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kedengaran agak pelik sedikit pada tajuk kajian ini, dan mungkin ramai yang tertanya-tanya akan kewajaran responden. Mengapa memilih sekolah-sekolah di bandar? Bukankah guru-guru di bandar lebih bersikap terbuka, bersedia dan kreatif? Jawapannya, tidak semua guru yang mengajar di bandar mempunyai tahap atau tingkat kemahiran penggunaan komputer dan ICT yang baik, malah ada di antara mereka yang takut untuk menggunakan komputer semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Tidak keterlaluan dikatakan, ada di antara guru-guru di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang masih lagi tidak tahu bagaimana cara untuk mengakses internet baik melalui carian Internet Explorer, Mozilla, Google, Chrome dan lain-lain carian lagi.

(3)

76

Terdapat beberapa kekangan yang dikenalpasti dan ianya adalah bersifat umum seperti faktor jantina, faktor latihan, dan faktor kemudahan komputer di sekolah. Selain itu, terdapat beberapa kekangan yang dikenalpasti berdasarkan kajian ini seperti pengalaman mengajar, taraf pendidikan, kemahiran dan lain-lain lagi. Semua faktor yang disebutkan tadi menjadi sebab mengapa perlaksanaan komputer dan ICT kurang berjaya di sekolah. Di sinilah timbul keinginan dalam diri penyelidik untuk membuat kajian ini, di samping mencari jalan penyelesaian untuk mengatasinya. Hasil dapatan kajian ini adalah berdasarkan kepada penggunaan komputer dan ICT di kalangan guru-guru sekolah rendah di pusat bandar Kuala Lumpur sahaja, dan ianya tidak merujuk kepada sekolah-sekolah lain yang terdapat di luar Kuala Lumpur.

5. Metodologi

5.1 Sampel Kajian

Populasi boleh didefinisikan sebagai satu set ciri yang menunjukkan pencerapan atau ukuran yang tertentu ke atas sekumpulan individu atau pun objek (Mohd Majid Konting, 1990). Individu atau objek yang dijadikan bahan pencerapan di sini mestilah mempunyai sekurang-kurannya satu ciri atau sifat yang sama antara satu sama lain. Mengenalpasti dan mendefinisi populasi yang disampel secara spesifik (Azizi et. al , 2007). Populasi kajian ini terdiri daripada semua guru yang mengajar di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur. Lokasi kajian adalah sekitar pusat bandar Kuala Lumpur.

Sampel merangkumi ahli-ahli kumpulan kecil yang dipilih secara rawak dari populasi untuk mengkaji sifat atau parameter populasi (Alias Baba, 1992). Sampel kajian ini adalah sampel jenis bertujuan, iaitu hanya melibatkan guru-guru yang berkhidmat di sekolah-sekolah sekitar pusat bandar Kuala Lumpur seperti Sekolah Kebangsaan Lelaki Jalan Batu, Sekolah Kebangsaan Perempuan Jalan Batu, Sekolah Sultan Hishamudin dan lain-lain sekolah yang berdekatan.

5.2 Instrumen Kajian

Kaji selidik adalah kaedah yang dipilih sebagai instrument kajian. Soal selidik yang baik adalah soal selidik yang dapat mencapai objektif yang disasarkan dengan memperoleh maklumat yang paling tepat dan lengkap serta dapat mencapai tujuan sebenar kajian.

Responden diedarkan dengan satu set soal selidik, di mana ia dibina berdasarkan bentuk faktor-faktor berikut : a. Memberi masa yang cukup kepada responden untuk menjawab soal selidik

b. Soal selidik itu perlu dijawab dan ianya mudah kerana jawapan telah disediakan c. Menjimatkan masa, tenaga dan kos

Ia merangkumi lima (5) bahagian seperti berikut : Bahagian A : Latar belakang responden

Bahagian B : Kekerapan dan bentuk Penggunaan ICT

Bahagian C : Tahap Kemahiran komputer dan penggunaan ICT

Bahagian D : Kekangan-kekangan terhadap penggunaan komputer dan ICT

Bahagian E : Faktor-faktor yang menjadi kekangan terhadap penggunaan komputer dan ICT Serta cadangan cara mengatasinya.

(4)

77

5.2.1 Bahagian A : Latar belakang responden

Bahagian ini memfokuskan kepada maklumat tentan latar belakang responden seperti jantina, umur, status, kelulusan akademik, pemilikan komputer, pengalaman mengajar, mata pelajaran yang diajar, kursus berkaitan dengan penggunaan komputer yang pernah diikuti dan kefahaman tentang ilmu komputer dan ICT. Responden hanya perlu menandakan (/) pada ruangan pilihan jawapan yang disediakan. Juga terdapat tiga soalan terbuka yan mudah yang perlu dijawab oleh responden.

5.2.2 Bahagian B : Kekerapan dan Kaedah Penggunaan ICT dalam PdP. 5.2.3 Bahagian C : Tahap Kemahiran dan Cara Pengunaan ICT.

Pada bahagian ini pula soalan yang ditanya adalah bertujuan untuk mengetahui tahap kemahiran dan cara penggunaan ICT di kalangan guru-guru.

5.2.4 Bahagian D : Kekangan-Kekangan Terhadap Penggunaan Komputer dan ICT.

Responden perlu memilih apakah bentuk-bentuk kekangan yang biasa dihadapi oleh mereka semasa menggunakan atau mengaplikasikan komputer dan ICT semasa melaksanakan PdP.

Bahagian E : Faktor-faktor yang menghalang responden terhadap penggunaan komputer dan ICT serta cadangan untuk mengatasinya.

Bahagian ini perlu dijawab oleh responden berdasarkan kepada idea dan pendapat mereka.

5.3 Kajian Rintis

Melalui kajian ini, 10 orang responden telah dipilih secara rawak mudah, ia telah dijalankan ke atas 10 orang guru yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Leaki Jalan Batu, Kuala Lumpur. Tujuan kajian ini dijalankan adalah kerana ingin memastikan instrument kajian yang dibina adalah bersesuaian dari segi bahasa dan juga istilah. Ini adalah untuk memudahkan responden menjawab dengan tenang dan yang paling penting ialah untuk menentukan kebolehpercayaan dalam soal selidik yang digunakan diuji dengan menggunakan Alpha Cronbach bagi menunjukkan bagaimana sesuainya hubungan item-item sebagai satu set soalan. Hasil analisa kajian rintis ini memberikan nilai alpha 0.91. Ini menunjukkan bahawa soal selidik yan dibina mempunyai kebolehpercayaan yang boleh dikategorikan sebagai baik. Menurut Rowther (1981), mengklasifikasikan 0.7 hingga 1.0 adalah tahap kekuatan yang terbaik. Ini menunjukkan soalan tersebut boleh diterima pakai.

6. Keputusan

Jadual 1. Taburan Responden Mengikut Peratus (%) dan Min dari segi Kekerapan dan Kaedah Penggunaan Semasa PdP.

Bil. Item TP TK KK K AK Min

1. Saya mengakses maklumat menggunakan carian google, chrome, mozilla firefox dan internet explorer sebelum saya menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH) bagi mendapatkan maklumat terkini dalam bahan pengajaran

4.60 19.5 35.6 24.1 16.1 3.28

2. Saya menggunakan perisian Microsoft Word untuk menyediakan RPH

19.5 8.00 28.7 16.1 27.6 3.24

3. Saya menggunakan perisian Microsoft Power Point untuk menyediakan nota dan bahan PdP

19.5 18.4 35.6 13.8 12.6 2.82

4. Saya mengunakan perisian Microsoft Excel untuk merekod markah murid

8.00 10.3 24.1 29.9 27.6 3.59

(5)

78

maklumat terkini tentang perkembangan sekolah

6. Saya menggunakan iThink online untuk menyediakan nota mudah untuk murid-murid saya

20.7 19.5 33.3 20.7 5.70 2.71

7. Saya sering menggunakan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram untuk menyembang dengan murid-murid saya

19.5 16.1 35.6 19.5 9.20 2.83

8. Saya sering menggunakan CD pembelajaran yang dibekalkan oleh pihak KPM untuk tujuan pengajaran di dalam kelas

28.7 19.5 25.3 10.3 16.1 2.66

9. Saya sering melayari laman web pendidikan untuk mendapatkan maklumat yang terkini

4.60 17.2 31.0 27.6 19.5 3.40

10. Saya sering menggunakan printer untuk mencetak helaian nota dan latihan untuk murid

1.10 5.70 18.4 31.0 43.7 4.10

11. Saya menggunakan Scanner untuk mengimbas gambar dari pelbagai sumber bagi tujuan PdP

10.3 18.4 43.7 16.1 11.5 3.00

12. Saya sering menggunakan SmartPhone untuk mengambil gambar yang berkaitan dengan isi pelajaran untuk menampakkan ianya lebih jelas.

20.7 21.8 33.3 10.3 13.8 2.75

Min keseluruhan : 3.17 (tahap sederhana)

1. Tidak Pernah (TP) 2. Tidak Kerap (TK) 3. Kurang Kerap (KK) 4. Kerap (K)

5. Amat Kerap (AK)

Jadual 1 menunjukkan taburan responden mengikut peratus dan min dari segi kekerapan dan kaedah penggunaan semasa proses PdP dilaksanakan. Min tertinggi di dalam jadual tersebut ialah 4.10 iaitu pada pernyataan 10, di mana majoriti responden bersetuju bahawa mereka kerap menggunakan pencetak (printer) untuk kegunaan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, seramai 58.6 % responden yang kerap menggunakan perisian VLEFrog untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas seperti di dalam pernyataan 5. Terdapat juga guru yang mengatakan tidak pernah menggunakan perisian VLEFrog untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran iaitu seramai 4.6 %.

Peratusan ini diperkukuhkan lagi dengan pernyataan 8 di mana seramai 28.7 % orang guru mengatakan tidak pernah menggunakan CD pembelajaran yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Hanya 26.4% orang guru sahaja yang kerap menggunakan CD yang dibekalkan oleh KPM untuk tujuan PdP.

(6)

79

Daripada hasil kajian yang diperolehi, di dapati bahawa min keseluruhan ialah 3.17 yang menunjukkan bahawa ia berada pada tahap yang sederhana. Terdapat enam item yang mempunyai min melebihi dari min keseluruhan dan enam item lagi mempunyai min yang kurang dari min keseluruhan.

Jadual 2. Taburan Responden Mengikut Peratus (%) dan Min berdasarkan Tahap Kemahiran Mengunakan Komputer dan ICT.

No. Item ATB TB KP B AB Min

13. Saya mengetahui komponen-komponen komputer dan fungsi-fungsinya

3.40 8.00 24.1 50.6 13.8 3.63

14. Saya mengetahui cara-cara dan membaiki kerosakan komputer sendiri

28.7 36.8 16.1 14.9 3.40 2.28

15. Saya memasang software pada komputer tanpa bantuan

18.4 21.8 13.8 25.3 20.7 3.08

16. Saya mencari bahan untuk pengajaran dengan mengakses internet

4.60 13.8 14.9 43.7 23.0 3.67

17. Saya menggunakan komputer untuk menyediakan bahan pengajaran saya

17.2 29.9 13.8 21.8 17.2 2.92

18. Saya boleh menyediakan bahan bantu mengajar dengan menggunakan komputer

0.00 8.00 18.4 43.7 29.9 3.95

19. Saya boleh mereka laman web pembelajaran sebagai bahan bantu mengajar

16.1 37.9 19.5 17.2 9.20 2.66

20. Saya menyediakan nota untuk murid dengan melayari internet

9.20 36.8 25.3 24.1 4.60 2.78

21. Saya menyediakan pelbagai bentuk soalan latihan untuk murid daripada sumber internet

9.20 28.7 26.4 29.9 5.70 2.94

22. Saya selalu menggunakan komputer untuk tujuan PdP

6.90 16.1 19.5 32.2 25.3 3.53

23. Saya sering melayari internet untuk mencari maklumat tambahan yang terkini untuk tujuan PdP

8.00 23.0 20.7 34.5 13.8 3.23

24. Saya menggunakan talian terus internet semasa proses PdP

31.0 40.2 9.20 17.2 2.30 2.20

25. Saya melayari internet di makmal komputer bersama murid-murid

33.3 31.0 16.1 7.2 2.30 2.24

26. Saya mengajar murid bagaimana mencari maklumat penting melalui talian internet

19.5 25.3 19.5 28.7 6.90 2.78

(7)

80

Min tertinggi bagi Jadual 2 ialah 3.95 iaitu pada pernyataan 18. Seramai 73.6 % responden telah bersetuju bahawa mereka boleh dan mahir dalam menyediakan alat bantu mengajar (ABM) dengan menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Manakala 8% tidak bersetuju dan selebihnya kurang pasti dengan pernyataan tersebut. Pada pernyataan 14 pula, hanya terdapat 18.3% responden yan pandai dan mahir membaiki komputer sekiranya mengalami kerosakan tanpa bantuan. Seramai 16.1% yang kurang pasti dan selebihnya tidak mahir membaiki komputer sendiri sekiranya rosak, mereka bimbang jika dibaiki sendiri kerosakan bertambah teruk.

Bagi nilai min terendah pula ialah 2.20 iaitu pada pernyataan 24. Ramai responden memberikan jawapan tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut iaitu seramai 71.2%. Manakala 9.20% responden menyatakan kurang pasti dan selebihnya bersetuju denan pernyataan tersebut.

Berdasarkan Jadual 2, nilai min keseluruhan adalah 3.01 bagi taburan responden mengikut peratus dan min dari segi tahap kemahiran menggunakan komputer dan ICT. Ini bermakna ia berada pada tahap yang sederhana. Terhadap tujuh item yang mempunyai min melebihi min keseluruhan dan lapan item mempunyai min yang kurang dari min keseluruhan.

7. Perbincangan

Tahap Kemahiran dan Kaedah Penggunaan ICT

Pengujian bagi hasil dapatan kajian adalah dengan menggunakan kaedah statistic deskriptif iaitu berdasarkan kepada nilai min dan peratus. Merujuk kepada Jadual 2, min keseluruhan yang diperolehi ialah 3.17 yang bermaksud tahap kemahiran komputer dan ICT di kalangan guru-guru yang berkhidmat di kawasan pusat bandar adalah pada tahap sederhana. Jelas di sini bahawa tahap kemahiran komputer dan ICT di kalangan guru adalah tidak dipengaruhi oleh faktor demografi.

Min tertinggi adalah 3 iaitu pada pernyataan 10 di mana 74.7 % responden menggunakan pencetak (printer) untuk mencetak bahan pengajaran dan pembelajaran. Ini menunjukkan bahawa mereka mahir dan amat kerap menggunakan pencetak bagi tujuan PdP. Min terendah pula ialah 2.66 iaitu pada pernyataan 8, terdapat seramai 26.4 % responden yang kerap menggunakan CD perisian mata pelajaran yang dibekalkan oleh KPM untuk digunakan semasa PdP berlangsung. Ada juga di kalangan responden yang tidak pernah menggunakan CD perisian mata pelajaran ini iaitu sebanyak 28.7 %. Terdapat responden yang menyatakan bahawa mereka berminat untuk mengajar untuk menggunakan CD yang dibekalkan tetapi mereka tidak berperluan kerana hanya sebahagian mata pelajaran sahaja yang mempunyai CD perisian ini contohnya CD interaktif Bahasa Malaysia, Matematik dan Bahasa Inggeris dan selebihnya tidak dibekalkan.

Daripada hasil kajian ini juga, memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa masih terdapat ramai lagi guru yang berkhidmat di pusat bandar ini tidak mahir dan jarang menggunakan komputer dan ICT semasa proses PdP, sedangkan dari segi kemudahan infrastruktur sudah tersedia. Faktor ini adalah dipengaruhi oleh bilangan guru yang berusia antara 50 dan ke atas masih lagi tinggi di pusat bandar ini. Ia diperkukuhkan lagi dengan kajian-kajian yang lepas. Menurut Sherry (1990), yang berkata bahawa PdP tidak akan terkesan dek kerana guru-guru tidak mahu menggunakan komputer dan ICT, sedangkan kemudahan sudah tersedia.

(8)

81

Dapatan kajian menunjukkan kaedah penggunaan ICT yang digunakan oleh guru-guru berada pada tahap yang sederhana. Penggunaan komputer sepenuhnya dalam PdP untuk berkomunikasi dengan murid-murid juga adalah berada pada tahap yang amat rendah.

Guru-guru lebih menumpukan penggunaan komputer dan ICT untuk tujuan penyediaan kertas kerja dan pembinaan kertas soalan-soalan peperiksaan, analisa pencapaian peperiksaan murid serta penyediaan bahan untuk RPH.

Penggunaan internet juga adalah kurang di kalangan guru-guru ini, mereka mengatakan alasannya kerana tahap kelajuan mengakses yang kurang pantas. Mereka perlu menunggu pada jangka masa yang panjang atau lama untuk mengakses internet. Penyelidik berpendapat bahawa guru-guru harus menguasai pelbagai bentuk kemahiran yang diperkenalkan dalam sistem pendidikan moden supaya guru-guru tidak akan ketinggalan dalam arus pemodenan atau perubahan pendidikan. Mereka tidak seharusnya menjadikan kekangan masa sebagai faktor yang menghalang mereka daripada penggunaan komputerdan ICT semasa proses PdP berlangsung. Ini disokong oleh Nasheila (2000), yang menyatakan bahawa dalam penyelidikan, ICT boleh digunakan untuk mengumpul, menyimpan, mempproses, menyalurkan serta menyebarkan maklumat pantas seperti hantaran elektronik (e-mel) atau CD-ROM untuk melicinkankan lagi proses pengajaran dan pembelajaran semasa di dalam kelas.

8. Kesimpulan

Berdasarkan hasil dapatan kajian penyelidik mendapati bahawa min kekerapan dan kaedah penggunaan ICT di kalangan guru-guru yang berkhidmat di sekolah-sekolah di pusat bandar masih berada pada tahap yang sederhana. Mereka menyatakan bahawa kekangan masa adalah kekangan utama mereka terhadap penggunaan komputer dan ICT semasa di dalam kelas.

Selain itu,min bagi tahap kemahiran di kalangan guru juga berada di tahap yang sederhana. Ini bermakna para guru di pusat bandar kurang mengaplikasikan pengetahuan yang mereka perolehi semasa mereka mengikuti kursus-kursus yang berkaitan dengan penggunaan komputer dan ICT atau mereka tidak berpeluang untuk mengikutinya kerana sebab-sebab tertentu. Kekangan-kekangan yang timbul adalah disebabkan kerana faktor masa, faktor latihan, faktor sikap, faktor tahap kemahiran dan lain-lain lagi. Dalam era teknologi yang serba canggih ini, penyelidik masih mendapati ada segelintir guru yang langsung tidak berminat untuk menggunakan teknologi maklumat sebagai media pengajaran mereka. Mereka masih lagi mengekalkan cara lama dalam pengajaran mereka seperti “chalk and

talk”. Semoga semua guru, tidak kira yang berada di pusat bandar atau di luar bandar dapat mengubah corak pengajaran dan pembelajaran mereka supaya sistem pendidikan kita berjalan dengan lebih baik lagi.

Rujukan

Johari Hassan & Siti Norazlina Kamisan. 2003. Halangan terhadap penggunaan komputer dan ict di dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru di sekolah menengah kebangsaan luar bandar di Daerah Kulai Jaya Johor Baharu. Tesis Sarjana Muda, UTM.

Abu Bakar Nordin & Halim Hui (ed). 1991. Kurikulum: perspektif dan perlaksanaannya. Kuala Lumpur : Pustaka Antara.

Ahmad Rashidi Osman. 1992. Kajian penggunaan komputer di kalangan guru-guru sekolah di Johor. Tesis Sarjana Muda, UTM.

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusuf Boon & Abdul Rahim Hamdan. 2007. Menguasai penyelidikan dalam pendidikan (Teori, Analisis dan Interpretasi Data). Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing.

Johan@ Eddy Luaran. 2003. Perkembangan, cabaran dan aplikasi teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia. Fakulti Pendidikan, UiTM.

(9)

82

Azhar, H.A. 1999. Penggunaan komputer dalam kalangan guru sekolah menengah di bandaraya Kuching Utara. Tesis Sarjana. Universiti Malaysia Sarawak.

Krishnan, Janarthini, Mohamad Said,Mohd Nihra. Haruzuan & Noor Azean. 2007. Faktor-faktor yang mempengaruhi pengunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan , Universiti Teknologi Malaysia.

Kamus Dewan : Edisi Ketiga. 1997. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Rujukan: Bab 13

Gambar

gambar dari pelbagai sumber bagi tujuan PdP Saya sering menggunakan SmartPhone untuk mengambil gambar yang berkaitan dengan isi

Referensi

Dokumen terkait

Uparo Perlinctun&an Benda Cdgar Budaya Lawane Sela,u Semorcng (Dvi Hartadi) 59.. Tingkat ll Semarang, yang dimaksud dengan Bangunan kuno,/bersej arah adalah

Susunan periodik yang disusun oleh Moseley akhirnya berkembang lebih baik sampai didapatkan bentuk yang sekarang ini dengan mengikuti hukum periodik bahwabila

Dalam ketidakpastian, pengambil keputusan tidak dapat memusatkan perhatiannya hanya pada satu kolom saja, namun untuk seluruh tabel sehingga tidak jelas tindakan mana yang

Berdasarkan uraian di atas dapat disimpulkan bahwa kriteria dalam penyesuaian sosial adalah penyesuaian diri dengan baik terhadap lingkungan rumah, sekolah dan masyarakat, yaitu

Hasil pengujian didasarkan pada hasil uji dengan menggunakan Crosstabs (tabel silang) serta melihat hasil uji Pearson Chi- Square yang dibandingkan dengan nilai

Manajemen Koran Sindo sebaiknya menggunakan metode variable costing untuk pengambilan keputusan jangka pendek karena hanya menghitung biaya variabel saja dan

Pada hari kiamat kelak, tiada tempat mengadu, tiada batang tempat bersandar, tiada pohon tempat berteduh, dan tiada payung guna bernaung kecuali Allah ta’ala

Implisit dari proses perubahan perilaku adalah adanya sesuatu ide atau gagasan baru yang diperkenalkan kepada individu dan diharapkan untuk diterima/dipakai oleh individu