• Tidak ada hasil yang ditemukan

PROMOSI HYBRIDITI DALAM PROGRAM MASAKAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PROMOSI HYBRIDITI DALAM PROGRAM MASAKAN"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

Rancangan: Masakan Bulan Ramadhan Genre: Realiti Tv

Konsep: Hybridity Program Masakan

Permasalahan Kajian: Analisis konsep Hybridity dalam Ketuk-Ketuk Ramadhan .

Pengenalan:

Pertembungan program-program masakan di bulan ramadhan menyajikan input-input masakan sangat berguna serta konsep yang pelbagai, Ketuk-Ketuk Ramadhan sudah menemani penonton sepanjang ramadhan sejak 10 tahun penyiarannya. Dengan memperkenalkan menu-menu hidangan tradisional yang diberi sentuhan baru dalam penyediaan menunya turut memberi idea hidangan membuka puasa yang menarik kepada penonton. Ketuk-Ketuk Ramadhan merupakan program masakan yang tidak menampilkan mana-mana Chef masakan malah ia dihoskan sendiri oleh Sheila Roslibersama selebriti-selebriti jemputan yang terdiri dari pelakon, penyanyi, pelawak, pengarah dan artis dikenali ramai, gosip-gosip spontan dari hos dan celoteh mereka yang menghiburkan menjadikan program kelihatan ceria. Ketuk-Ketuk Ramadhan merupakan program masakan realiti tv yang diadunkan bersama format-format yang tersendiri menjadikan ia lebih segar dan ceria serta pemilihan lokasi (Setting) penggambaran berkonsepkan mesra tontonan, malahan penonton di lokasi berpeluang memenangi hadiah -hadiah yang disediakan dengan menjawab soalan-soalan yang diajukan semasa rakaman program berjalan. Oleh itu, Penulisan cuba menganalisis konsep Hybridity dalam program masakan Ketuk-Ketuk Ramadhan yang bersiaran hanya di bulan ramadhan.

(2)

PENDAHULUAN

Pertembungan program-program televisyen di Malaysia menyajikan pelbagai genre- genre

program serta format- format program yang diadun menjadikan ia lebih agresif dan menarik

didalam ‘popular culture’. Gabungan idea dan percampuran format- format persembahan yang

lebih menarik menjadikan sesebuah program itu lebih bersifat mesra penontonan dan

meningkatkan rating penyiaran program. Sejarah penyiaran program-program TV di Malaysia

sejak tahun 1980‟an lagi. Program-program dokumentari, talk show, komedi menjadi genre

pilihan ramai penonton di Malaysia. Industri penyiaran negara bermula agak lewat berbanding

negara-negara jirannya. Menurut Kitley,(2003) Thailand telah memulakan siaran televisyennya

pada tahun 1955, Indonesia pada 1962 dan Singapura 1963.

Realiti program televisyen masakini, menampilkan pelbagai genre dan format program

yang pelbagai dan ber-style. Ia bagaikan sesuatu yang sukar untuk disusun atur berdasarkan

peningkatan permintaan yang tinggi terhadap konsep dan format realiti televisyen masakini.

Menurut Biltereyst,(2004) beliau menyatakan realiti televisyen menjadi begitu popular yang

mana ia diserap sebagai social phenomenon. Fenomena ini menusuk ke serata negara dalam

industri penyiaran termasuklah industri penyiaran Malaysia.

Di dalam penelitian literature, kajian merujuk kepada penulisan “Desires Of Human

Motivation,” Reiss dan Wiltz,(2004) telah menyatakan gabungan elemen-elemen sensitiviti

kehendak penonton yang merujuk kepada sensitiviti teori, ia mempunyai 16 elemen asas kepada

kehendak atau tujuan penontonan. Kehendak ini memberi impak secara langsung kepada mood

(3)

hubungan realiti televisyen menyajikan pelbagai genre dan format-format program yang

bercampur diserap kedalam budaya popular.

Proses kehidupan masyarakat secara individual kini lebih memilih untuk cenderung

kepada elemen keseronokan (joys). Menurut Reiss dan Wiltz, (2004) menekankan bahawa

elemen keseronokan merupakan nilaian pemilihan yang tertinggi dalam kajian lapangan mereka

terhadap kehendak penontonan. Kajian turut menjelaskan, penonton memilih program realiti

televisyen kerana ianya lebih cenderung mengaktifkan elemen-elemen keseronokan dalam diri

penonton. Mereka yang sukakan program realiti ini dilihat member kesan dalam kehidupan

seharian mereka, beberapa elemen kehendak dan keceriaan mendominasi perwatakan personaliti

penonton itu seperti lebih bersikap social contact, vengeance, order dan romance.

Menurut Bruno,(2002). Personaliti memainkan peranan yang sangat penting dalam semua

perkara yang dilakukan. Personaliti merupakan Psychological Fingerprint, yang mana kita

adalah berbeza antara satu sama lain. Seseorang tu terbentuk dari tindak balas personaliti ia

sendiri. Personaliti-personaliti ini terbentuk dalam elemen-elemen yang pelbagai, ia turut

mengambil kira perkara yang berlaku secara spontan dan mahupun dalam keadaan perbuatan

tanpa sedar yang merujuk kepada pengaruh penyampaian yang disajikan. Psychological ini

dikupas secara saintifik dalam 16 perkara asas proses pembentukan kehendak yang bakal

memberi impak kepada personalityi dan sensitiviti individu itu sendiri.

Menurut kajian teoris berkaitan sensitiviti kehendak penonton, kecenderungan kepada

elemen keseronokan mendominasi permintaan penonton dan menjadi perkara terpenting bagi

(4)

keseronokan menjadi elemen tepenting seperti kajian yang dihasilkan menjelaskan 16 elemen

yang menjadi keperluan dan kehendak penonton seperti berikut:

Motive Name Motive Joy

Idealism Desire to improve society Compassion Social Contact Desire for peer companionship Fun

Family Desire to raise own children Love

Status Desire for Prestige Self- importance

Vengeance Desire to get even Vindication

Romance Desire for sex Lust

Eating Desire for food Satiation

Physical Exercise Desire to exercise muscle Vitality Tranquility Desire for inner peace Safe, Relaxed

Car ta 1: 16 Ele me n Ke perluan Dan Kehendak

Carta diatas menjelaskan hubungan antara Motive dan Joy, yang secara mudah untuk kita

fahami singnifier dan singnified yang berlaku. Kesan ini boleh dilihat dari program-program

yang dipertontonkan kepada penonton. Maklum balas dari pe notonan turut menjelaskan lagi

penerangan carta diatas. Kaedah rating juga boleh di analisa bagi mengukur elemen-elemen

kecenderungan penontonan.

Program realiti televisyen menjadi genre yang kian popular, mendapat permintaan dan

rating penonton yang meningkat dengan ketara. Program-program televisyen diterbitkan kini

(5)

disiarkan. Peningkatan secara dramatik program-program realiti dan formatnya mewujudkan

suatu fenomena dalam landskap media penyiaran dunia. Rancangan dan bentuk realiti televisyen

ini turut mencipta sejarahnya yang tersendiri, penglibatan peserta dan jumlah penontonan yang

terus meningkat bakal membentuk satu generasi baru dalam industri media.

Menurut Rankin, (2004) penglibatan peserta program realiti memerlukan elemen-elemen

yang menarik perhatian penonton yang kuat di depan skrin. Ia memerlukan suatu emosional yang

meruntun, konfilk, suatu perasaan yang sangat rapat, elemen-elemen yang menyentuh jiwa yang

pastinya membuat penonton menangis, ceria dan bergembira serta beremosi. Program ini turut

menyajikan dramatik yang tidak dapat dijangka, suatu jangkaan yang terasing dihati dan

pemikiran penonton menjadikan program realiti ini terus mendapat perhatian dan permintaan

yang tersendiri dalam industri media tempatan.

KONSEP HYBRID

Masyarakat Malaysia juga merupakan sasaran utama bagi program-program realiti televisyen ini.

Mereka sangat mudah terpengaruh dengan kuasa pujukan dari apparatus penyiaran media

broadcast dan unit-unit promosi. Dengan tawaran dan ganjaran yang tinggi serta populariti,

menjadikan masyarakat Malaysia dari kecil hingga dewasa berpusu-pusu menyertai program ini.

Menyingkap program-program realiti yang pernah diterbitkan seperti Kilau Emas, Akademi

Fantasia, Mentor, Master Chef, Spontan, Maharaja Lawak, Who Want To Be A Millionaire dan

banyak lagi. Kritikan-kritikan yang dilemparkan berkaitan kerisauan terhadap sosial masyarakat

serta konsep kapitalisma yang meruncing secara penglibatan langsung mahupun secara tidak

langsung menjadi persoalan kepada fenomena penglibatan peserta dan penontonan dalam realiti

(6)

Telah menjadi kenyataan, penerbitan program-program realiti televisyen di Malaysia

menjadi program entertainment popular da lam industri penyiaran negara dalam apa juga bentuk

rancangan dan genre penerbitan. Unsur-unsur realiti dan format- format realiti televisyen diadun

dalam genre-genre program agar ia kelihatan agresif mengikut mood penontonan masakini.

Percampuran format- format ini dalam genre-genre yang pelbagai mewujudkan suatu

perbincangan berkaitan konsep hybrid dalam program-program popular. Konsep hybrid ini ia

dilahirkan dari proses dan kajian sains biologi pada asalnya.

Namun kemajuan teknologi dan pembangunan secara keseluruhannya turut menguna

pakai konsep hybrid ini dalam template-template kejuruteraan, pertanian, media penyiaran,

makanan, dan lain- lain. Perkembangan dunia teknologi digital masakini tidak dapat dinafikan

perkembangan pesat konsep dan teoritikalnya dapat diadaptasi dalam format atau template yang

pelbagai dengan tujuan untuk mewujudkan suatu ruang yang berbentuk lebih menarik dan dapat

diterima dengan baik.

Istilah hybrid pada asalnya wujud sejak 10 tahun yang lalu, ia mula mengubah maknanya

secara mendadak. Berasal dari biologi dan merujuk kepada sifat pembiakan terpilih bagi

tumbuh-tumbuhan untuk menghasilkan varieti baru dengan sifat-sifat tertentu yang lebih baik. Hybriditi

juga mempunyai ciri-ciri ia tersendiri yang dipanggil “pasca- modern”. Dalam industri media dan

penyiaran tempatan, konsep hybrid mula dihujahkan dalam genre-genre program televisyen.

Bentuk-bentuk hybrid tidak selalunya kelihatan menarik tetapi secara umumnya mampu berdiri

setaraf dengan format- format penerbitan Hollywood atau program popular yang diimport. Ia

turut memerlukan identiti peribadi yang tersendiri dengan pendekatan yang sedikit berbeza tetapi

(7)

Dalam hujahan Gill Branston,(2004) beliau berhujah berkenaan konsep hybrid dari sudut

pandang gobal dan tempatan. Perkara yang dilakukan adalah untuk membawa isu- isu ke tahap

yang member kesan kepada masyarakat umumnya. Ia turut menekankan proses globalisasi

merupakan sesuatu yang telah membangun untuk beberapa ribu tahun sejak sector perdangan

mula masuk kedalam pelabuhan-pelabuhan negara. Hybriditi ini ia turut meliputi hubungan

kuasa, ekonomi, dan sosial masyarakat.

Hybriditi telah menjadi salah satu cara untuk mewujudkan semula penumpuan

masyarakat tempatan dengan menggabungkan unsur- unsur budaya global bakal melahirkan satu

bentuk identiti hybrid budaya yang baru. Gabungan dari dua budaya berbeza mewujudkan suatu

identiti budaya baru. Idenititi tidak di asimilasikan atau diubah secara bebas menjadi identiti baru

yang lain. Ia dapat direnung dalam konteks budaya negara-negara yang dijajah yang telah stabil.

Budaya mula mengambil pengaruh global agar masyarakat membangun dalam kehidupan dan

identiti dan generasi baru dibentuk.

ADAPTASI HYBRIDITI

Jangkauan global televisyen Malaysia boleh digambarkan melalui proses hybrid antara budaya

popular yang diimport dan program tempatan. Menurut Wang,(2010) bilangan program

disesuaikan dan disiarkan di televisyen Malaysia semakin meningkat. Dalam kes

program-program televisyen Malaysia, Konsep hybrid berlaku dalam dua cara, pertama apabila

dikeluarkan dalam negara program budaya popular digalakkan oleh kerajaan untuk

menggabungkan, sebagai contoh, Islam yang sederhana, kemodenan barat dan unsur-unsur lain

yang sesuai dari budaya popular yang diimport ke dalam pengeluaran popular tempatan program

(8)

menghapuskan tanggapan nilai negatif kepada tempatan. Di sini, menyesuaikan diri dan

penapisan dua cara penting proses peng-hybrid-an. Seksyen ini, memberi tumpuan kepada

peranan badan-badan kerajaan dan orang awam yang menguatkuasakan dan memantau

perkembangan hybrid ini.

Dalam penulisan ini, program masakan menjadi pilihan kajian konsep hybrid dalam

program televisyen tempatan. Program masakan tempatan telah bermula sejak sekian lama

dengan menampilkan chef-chef terkenal dengan menu dan hidangan yang istimewa. Program

masakan tempatan disiarkan sepanjang tahun kerana ia terus menerus mendapat permintaan dan

peminat ia sendiri. Fokus penulisan lebih menjurus kepada situasi hubungan program masakan

dan perkaitan dengan ramadhan. Kemunculan program-program masakan sepanjang ramadhan di

semua saluran TV amat menarik untuk ditonton dan diperbincangankan. Pelbagai konsep dan

tema turut dipersembahkan agar program kelihat lebih segar dan agresif dengan format- format

mereka yang tersendiri.

Ketuk-Ketuk Ramadhan, merupakan program masakan yang paling popular sepanjang

bersiaran dibulan ramadhan. Ketuk Ramadhan merupakan terbitan RTM TV1,

Ketuk-Ketuk Ramadhan dihoskan oleh Sheila Rusli bersama selebriti-selebriti jemputan yang terdiri

dari pelakon, penyanyi, pelawak, pengarah dan artis dikenali ramai, gosip- gosip spontan dari hos

dan celoteh mereka yang menghiburkan menjadikan program kelihatan lebih ceria. Ketuk-Ketuk

Ramadhan merupakan program masakan realiti TV yang diadunkan bersama format- format yang

tersendiri menjadikan ia lebih segar dan ceria serta pemilihan lokasi (Setting) penggambaran

berkonsepkan mesra tontonan, malahan penonton di lokasi berpeluang memenangi hadiah- hadiah

yang disediakan dengan menjawab soalan-soalan yang diajukan semasa rakaman program

(9)

Penulisan cuba menganalisis konsep hybrid yang diadunkan dalam program masakan

popular dan mencari identiti hybrid yang wujud menjadikan program ini kelihatan lain dari yang

lain. Dengan memilih program masakan sebagai medium kajian dan analisis, penulisan turut

berkongsi apa yang dinyatakan oleh Devon.M.Malene,(2011) berkenaan program masakan dan

makanan. „Makanan adalah satu aspek budaya, Setiap orang, ia seolah-olah, mempunyai sesuatu

untuk mengatakan mengenai makanan‟. Masakan tidak lagi dilihat sebagai pekerjaan yg

membosankan ia kini merupakan bentuk hiburan dan cara untuk menyambung hubugan dan

kemesraan dan perbualan secara starter mudah dan lebih mesra.

Program masakan Ketuk-Ketuk Ramadhan jelas menggunakan pendekatan yang santai

dan bersahaja dalam penyampaiannya. Dengan memilih penggambaran secara open-air,

penonton dihubungkan secara langsung dengan hos dan artis jemputan. Malahan ia turut

memberi hadiah kepada penonton yang bertuah. Format persembahan program masakan ini

diubah dengan lebih drastik agar ia kelihatan dramatik. Konsep hos menyergah ke rumah

artis-artis yang terpilih sebagai artis-artis jemputan untuk memasak, jelas ia berlaku penambahan dan

pembaharuan format persembahan dan pergerakan angle kamera yang berbentuk realistik. Secara

tidak langsung ia turut mempromosikan gaya hidup artis-artis tempatan yang terkenal. Malahan,

gosip-gosip panas turut diajukan secara spontan merujuk kepada situasi dan kontroversi artis

jemputan tersebut.

Dengan memperlihatkan gaya hidup artis-artis dalam program masakan ini, ia telah

mengguna pakai format Hollywod seperti yang di terangkan oleh De solier berkaitan pemaparan

gaya hidup dalam program masakan. De Solier,(2005) dalam penerangannya berkata bahawa

program masakan dalam televisyen adalah sebahagian daripada trend yang lebih luas ke arah

(10)

satu bidang generik hibrid dan pelbagai yang mencabar perbezaan tradisional antara

pengaturcaraan fakta dan hiburan. (Poniewozik, 2001; Buford, 2006; Pollan, 2009).

Menurut De Solier,(2005) program memasak televisyen boleh menjadi medium untuk

menyebarkan pengetahuan budaya dan sosial melalui ilmu masakan: "Ia memberitahu penonton

dalam hal-hal rasa, dan bagaimana untuk menggunakan mereka rasa dalam makanan dalam

projek-projek sosial perbezaan". Penulisan cuba berkongsi pemahaman yang diajukan oleh

Solier yang menyatakan penonton mengumpul dua bentuk pengetahuan yang saling berkongsi

dalam program pengaturcaraan masakan, ia dipanggil sebagai "modal budaya masakan".

Demikian itu, Maklum balas penonton menunjukkan penekanan idea-idea bahawa gaya

hidup chef selebriti menggambarkan ia mampu dicapai, jika penonton hanya membeli

perlengkapan yang diperlukan. Seperti apa yang dikatakan oleh Danford, penonton mampu

mencapai kepuasan dan meniru aksi masakan dengan tersedianaya "alat memasak, peralatan

kecil, peralatan makan, peralatan dapur, barangan bakar, peralatan makan, barware dan

penyimpanan produk," (Danford, 2005). Spittle menambah, "program masakan mengajar kita

bagaimana untuk memasak ke arah nilai makanan sebagai penanda Cemerlang" (Spittle, 2002)

Penulisan mendalami aspek format gaya masakan yang cuba dipersembahkan kepada

umum. Format menu masakan dilihat cuba dibuat secara spontan pemilihan idea menu dan

kaedah masakan yang dimasak oleh artis jemputan. Ia memaparkan kisah realiti kebolehan

artis-artis jemputan memasak dan pengetahuan mereka dalam masakan. Dalam penelitian ini, kajian

mendapati format ini turut bertujuan menguji kebolehan dan pengetahuan artis terhadap bidang

masakan dan menu apakah yang menjadi kegemaran mereka. Ia dibandingkan dengan makanan

(11)

dikalangan peminat, ia juga mempengaruhi gaya makanan kerana ia menjadi sumber asas

menjaga keterampilan diri dan kesihatan.

Penulisan cuba menghubungkan pengaruh populariti dengan pemilihan menu makanan

dari artis-arits jemputan dalam program Ketuk-Ketuk Ramadhan ini. Dengan meneliti

kajian-kajian lepas terhadap program masakan, dapat dikongsikan disini bahawa populariti selebriti

yang dipersembahkan sangat menghubungkan dengan pilihan peribadi mereka serta

mempengaruhi citara rasa penonton dan peminat mereka secara langsung atau tidak langsung.

Populariti chef dan selebriti pada skrin menunjukkan bahawa pilihan peribadi mereka boleh

mempengaruhi tanggapan penonton dan kecenderungan terhadap sesuatu pemilihan menu

makanan. “Dengan meniru kehidupan sehari-hari, media boleh menjadi model untuk bagaimana

orang harus berkelakuan dalam kehidupan seharian mereka”. (Bandura, 2001)

Bandura turut menambah berkaitan adaptasi pemerhatian "sebenar" di televisyen bukan

sahaja mengakibatkan peniruan yang nyata, namun. melalui pendedahan berulang kali kepada

tindakan dan, penonton televisyen benar-benar dapat memperoleh sikap, emosi dan pilihan

tingkah laku ke arah tindakan, tempat atau benda (Bandura, 1986) yang berkekalan. Pemerhatian

ini juga boleh berfungsi sebagai "prom sosial," alat yang dunia pengiklanan, terutamanya dalam

fesyen dan makanan, telah berjaya digunakan untuk beberapa tahun (Bandura, 2001).

Seterusnya penelitian dilakukan keatas setting dan lokasi yang dipilih oleh program

Ketuk-Ketuk Ramadhan. Pemilihan lokasi penggambaran juga turut memainkan peranan penting

dalam menarik perhatian dan minat penonton. TESCO menjadi penaja rasmi tempat

penggambaran Ketuk Ketuk Ramadhan bagi tahun 2015. Dalam penelitian ini, penulisan

(12)

untuk bulan Ramadhan. Ia merupakan lokasi tumpuan orang ramai membeli-belah barang rumah

dan dapur sebagai persediaan membuka puasa dan menyambut Syawal. Disini, program Ketuk

Ketuk Ramadhan mendapat promosi secara langsung dan kepada pengunjung yang berada di

lokasi penggambaran mereka mudah untuk mendapatkan idea- idea menu dan bahan-bahan

masakan.

Dengan melakukan perbandingan program-program yang disiarkan di TV3 yang

berkonsepkan Seindah Ramadhan. TV3 dilihat bekerjasama dengan pusat membeli belah AEON

Co. (M) Berhad menerusi acara „turun padang‟ iaitu Skuad Seindah Ramadhan dan Bazar

Seindah Ramadhan. Skuad ini akan menemui orang ramai di lokasi- lokasi bazaar dan AEON

sekitar Lembah Klang. Strategi ini dilihat bagi memberi saingan kepada RTM yang lebih popular

dengan program Ketuk Ketuk Ramadhan. Selain itu, Prime Work studio turut terliba t dalam

mempromosi program-program sepanjang Ramadhan dengan memperkenalkan ‘Asian Taste’

menyajikan program-program khas berkenaan makanan dan masakan yang menonjolkan citarasa

Asia. Daripada pengembaraan untuk mencari hidangan- hidangan Asia paling menarik dalam

Best in the World. Namun, promosi ini dilihat hambar kurang mendapat sambutan orang ramai.

Persaingan dan percampuran format persembahan dalam program-program masakan

terutamanya menjangkau lapisan sosial, budaya, dan pengaruh media itu sendiri. Analisis format

Ketuk Ketuk Ramadhan cuba dibahagikan kepada beberapa aspek seperti berikut:

1. Program berbentuk Santai Bersahaja:
Program yang dikendalikan Js Production

berkonsepkan santai dan tidak terlalu fo rmal. Di tambah pula, pengacaraan yang sporting

(13)

2. Kerana Terpaksa aku Relakan:
Dalam kebanyakan setiap awal ep isod, pasti berlaku

babak di mana Sheila Rusly mengajak dan memaksa selebriti jemputan untuk memasak.

Dari situ, kita dapat lihat pelbagai telatah dan alasan yang dilakukan oleh selebriti untuk

menolak tawaran memasak dalam Ketuk-ketuk Ramadhan.

3. Gosip - Mengetahui Perkembangan Terkini Selebtriti:
Selebriti jemputan sebenarnya

memeriahkan lagi suasana dengan berkongsi resepi di samping mengetahui

perkembangan terkini.

4. Gaya Penampilan:
Dapat lihat artis bergaya yang tidak kena pada tempat. Bayangkan

selebriti pergi pasar dengan kasut tumit tinggi dan dengan pakaian yang tidak sesuai.

Adegan sindir menyindir dengan Sheila Rusly sangat mencuit hati penonton.

5. Terlupa Puasa:
Paling best bilamana Sheila rusly mengenakan selebriti jemputan untuk

merasa makanan yang telah di masak. Apabila ditegur tak puasa ke? Respond spontan

selebriti sangat mencuit hati penonton. Telatah Sheila dan selebriti jemputan tidak

mengeringkan gusi penonton malah ia membuat penonton ternanti- nanti episode

seterusnya.

KESIMPULAN

Konsep Hybrid dalam program realiti televisyen dilihat amat sukar untuk diklasifikasikan.

Percampuran pelbagai sumber dan idelogi menjadikan program realiti dilihat lebih bertenaga,

tanpa format khusus, dan tidak terkawal. Konsep Hybrid juga dilihat berjaya dalam penerbitan

program-program mereka dalam apa jua genre yang diterbitkan. Malah ia bakal mewujudkan

(14)

References

Keri Iyall Smith, 2006. The Impact of Indigenous Hybridity on the Formation of World

Society, Department of Sociology and Criminology, Stonehill College.

Washington

Siti Zanariah Ahmad Ishak, 2011. Cultural Hybridity: Adapting and Filtering Popular

Culture in Malaysian Television Programmmes. Malaysian Journal of Media

Studies. Kuala Lumpur

Devon M. Malene , 2011.Cooking Shows and Cultural Values. Faculty of the School of

Communication, Public Communication

Roy Stafford, 2000. Globalisation and Hybridity.

Referensi

Dokumen terkait