• Tidak ada hasil yang ditemukan

Keluarga ( sakinah keluarga tanpa 8)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Keluarga ( sakinah keluarga tanpa 8)"

Copied!
31
0
0

Teks penuh

(1)

Keluarga

ialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertaliandarah, perkahwinan atau pengambilan anak angkat. Kasih sayang keluarga adalah hartayang tidak ternilai dan tidak dapat diganti dengan wang ringgit.Oleh itu, setiap anggotakeluarga perlu mengekalkan tradisi kekeluargaan mereka bagi

mengekalkan hubungansilaturahim antara anggota keluargaSetiap ahli keluarga haruslah mengamalkan nilai mengekalkan tradisikekeluargaan. Definisi bagi nilai tersebut adalah menerima, menghormati danmengamalkan sesuatu kebiasaan, adapt dan kepercayaan yang diwarisi secara turuntemurun dalam keluarga.Mengekalkan tradisi kekeluargaan dapat memupuk nilai-nilai murni seperti keibubapaanyang bertanggungjawab, kehormatan dan kesetiaan anak kepada ibu bapa dan orang tua, perhubungan yang mesra antara generasi, ibu bapa yang menunjukkan contoh tauladanyang baik dalam mendidik anak supaya berakhlak mulia sepanjang hayat, rumah tanggayang menjadi tempat perlindungan yang paling selamat, tenteram dan membahagiakan penghuninya.Selain itu, setiap anggota keluarga harus

mempunyai nilai hormat dan taat kepadaanggota keluarga. Definisi bagi nilai tersebut ialah memuliakan setiap anggota keluargadengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluargayang harmoni. Salasilah keluarga memberi gambaran yang jelas mengenai tali perhubungan atau persaudaraan keluarga. Justeru, keluarga yang bahagia dapatdiwujudkan sekiranya keluarga tersebut mengamalkan tradisi kekeluargaan.Ibu bapa harus merancang aktiviti bersama-sama keluarga mengenai tradisikeluarga yang akan diadakan. Ahli keluarga akan merasakan bahawa mereka jugamerupakan sebahagian daripada proses perancangan amalan tradisi tersebut. Anak-anak adalah pewaris generasi masa kini, maka setiap aktiviti yang kita lakukan bersama dalamtradisi keluarga akan menjadi ikutan mereka apabila dewasa kelak.

Kepentingan Menjaga Alam Sekitar Kepentingan Dalam Menjaga Alam Sekitar

(2)

Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya.

Udara dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita menikmati keselesaan. Kita akan berasa selasa jika tiada gangguan di persekitaran kita. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalani kehidupan dalam keadaan cuaca yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas marah dan tidak selesa. Aktivti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan meningkatkan tahap kesihatan kita.

Selain itu, penanaman pokok-pokok haruslah dirancang dengan teratur dari semasa ke semasa. Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana persekitaran yang sejuk dan nyaman, malah berfungsi untuk menstabilkan suhu persekitaran. Penanaman pokok-pokok ini juga bertujuan mengurangkan kesan pemanasan global melalui penyerapan karbon dioksida. Akhirnya, pemanansan global dapat dikawal dan akan dapat menstabilkan ekosistem persekitaran. Penjagaan sumber-sumber alam sekitar seperti pokok-pokok akan dapat membendung pelbagai masalah, sebagai contoh hutan mengawal hakisan tanah dan banjir. Hutan juga menjadi salah satu sumber ekonomi negara kita.

Alam setikar yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga yang mampu membawa penyakit. Persekitaran yang bersih menghalang haiwan seperti lalat, nyamuk dan tikus daripada membiak dan menyebarkan penyakit kepada manusia seperti malaria, deman denggi, taun dan hawar. Keadaan ini turut melindungi makanan kita daripada dicemari oleh vector-vektor penyakit tersebut dan dengan itu, masalah keracunan makanan dapat dielakkan.

Gangguan daripada serangga di dalam rumah juga dapat dielakkan jika persekitaran dalam keadaan bersih. Alam setikar yang bersih dapat mengurangkan pembiakan serangga seperti nyamuk, lalat, dan serangga lain yang berada di dalam rumah. Tanpa serangga tersebut, kita dapat berehat dengan selesa di rumah pada bila-bila masa. Selain itu, persekitaran yang bersih juga mengelakkan pencemaran bau yang boleh mengganggu keselesaan hidup kita.

Selain itu, air merupakan sumber asli yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Air sangat

(3)

akan mengakibatkan kita kehilangan tenaga. Air bukan sahaja penting kepada manusia malah kepada hidupan lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang turut memerlukan air. Air yang suci dan bersih merupakan penjana kepada kehidupan di muka bumi. Oleh kerana air merupakan unsur penting dalam kehidupan manusia, masyarakat haruslah berganding bahu dalam memelihara dan menjaga kebersihan air terutamanya menjaga keselamatan alam sekitar daripada sebarang pencemaran.

Tambahan pula, alam sekitar yang dijaga oleh semua lapisan masyarakat dapat mengelakkan kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Haiwan dan tumbuh-tumbuhan adalah merupakan salah satu sumber makanan kepada manusia. Pencemaran alam sekitar yang dilakukan akan menyebabkan kemusnahan habitat haiwan dan akan menyebabkan sumber makanan manusia akan berkurang, sebagai contoh hidupan laut seperti udang, ikan dan seumpamanya merupakan sumber makanan yang mengandungi protein yang dapat menstabilkan kesihatan manusia. Sekiranya kita melakukan sebarang pencemaran laut seperti pembuangan sisa toksik ke dalam laut, kepupusan hidupan laut akan berlaku. Manakala, tumbuh-tumbuhan pula menjadi sumber kepada perubatan seperti herba untuk pesakit. Alam sekitar yang tidak tercemar membolehkan habitat hidupan darat dan air terpelihara.

Di samping itu, alam sekitar yang bersih akan dapat meningkatkan ekonomi negara. Sesebuah masyarakat yang bersih dan mengandungi nilai kedamaian akan dapat menarik perhatian pelancong asing. Kedatangan pelancong asing ke dalam negara kita akan meningkatkan nilai tukaran wang asing, dan ini akan dapat memajukan perkembangan ekonomi negara kita. Selain itu, kedatangan pelancong juga dapat memajukan sektor perkhimatan dan sektor perniagaan serta menawarkan peluang perkerjaan kepada masyarakat. Dengan ini, imej negara kita akan dapat ditingkatkan.

Kesimpulannya, pemeliharaan muka bumi perlu dijalankan bagi menjamin bekalan sumber makanan, sumber kesihatan untuk menghasilkan ubat-ubatan, Ia turut berperanan sebagai sumber kecantikan, keindahan dan kedamaian di samping udara yang bersih. Justeru, semua lapisan masyarakat haruslah bekerjasama dan saling membantu dalam memelihara alam sekitar supaya kebersihan alam sekitar dapat ditingkatkan dalam kehidupan kita.

(4)

Kepentingan Menjaga Alam Sekitar

Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, aktiviti-aktiviti pembangunan sedikit sebanyak menjejaskan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik. Amalan menjaga kebersihan merupakan tuntutan semua agama. Persekitaran yang bersih penting untuk mewujudkan kehidupan yang sihat dan sejahtera.

Kepentingan alam sekitar kepada sistem pernafasan kita. Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih dan segar sememangnya amat penting untuk kesihatan. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan akan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen

secukupnya. Selain itu, alam sekitar yang bersih membolehkan kita menikmati keselesaan. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalankan kehidupan dalam keadaan yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas, marah dan tidak selesa. Aktiviti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan menguatkan kesihatan kita. Dengan ini, kesihatan manusia akan terjamin.

Menjaga alam sekitar adalah penting untuk flora dan fauna. Kebersihan alam sekitar akan menjamin keseimbangan ekosistem. Ekosistem yang terpelihara daripada kerakusan manusia akan membantu menjamin sumber air. Tanpa pemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan secara semula jadi dalam kuantiti yang besar. Hutan yang lengkap dengan flora dan faunanya menyebabkan air hujan yang turun dapat

disalurkan dengan baik ke sungai. Air hujan yang turun itu tidak akan tersejat malah akan disalurkan ke sungai untuk meneruskan peredaran air. Ini dapat menjamin bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan persendirian mahupun industri. Selain itu, hutan merupakan aspek penting untuk penakungan air di empangan-empangan yang dilengkapi teknologi canggih. Keadaan ini membolehkan kita menghasilkan kuasa elektrik hidro sebagai suatu tenaga yang bersifat mesra alam dan akan mengurangkan

(5)

Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk mengelakkan kepupusan flora dan fauna. Alam sekitar merupakan tempat tinggal bagi flora dan fauna. Kedua-duanya memainkan peranan dalam mengekalkan alam semulajadi dan saling berkaitan di antara satu sama lain, Flora dan fauna merupakan biodiversiti yang tidak boleh dipisahkan. Flora merupakan tempat perlindungan pelbagai fauna daripada angkara manusia atau sesama haiwan sendiri. Kepupusan salah satu daripadanya akan menjejaskan kitaran alam semulajadi. Penebangan hutan yang tidak terancang akan menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering. Ini akan menjejaskan pertumbuhan flora dan fauna. Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah penting untuk mengelakkan kepupusan..

Penghutanan semula yang dilakukan secara terancang dan sistematik oleh Jabatan Perhutanan serta badan-badan bukan kerajaan dapat meningkatkan oksigen di atmosfera kerana tumbuhan hijau berperanan sebagai perangkap dan pengguna utama karbon dioksida dalam proses fotosintesis.. Penghutanan semula dilakukan di kawasan hutan yang telah ditebang. Tujuan penghutanan semula adalah untuk mengekalkan spesies pokok hutan tersebut. Di samping itu, penghutanan semula dapat mengekalkan kualiti alam sekitar yang baik, memulihara tanah yang subur dan sumber air yang cukup.

Persekitaran yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga. Persekitaran yang kotor akan meyebabkan pembiakan serangga yang dapat mengancam nyawa manusia. Sebagai contoh nyamuk Aedes boleh menyebabkan demam denggi yang berbahaya. Selain itu, persekitaran yang kotor akan mendatangkan banyak lalat. Lalat yang membawa kuman akan menghinggap makanan kita, hal ini akan menyebabkan kesihatan manusia terjejas seperti cirit-birit dan muntah. Oleh itu, penjagaan kebersihan terhadap alam sekitar adalah penting.

Keindahan alam sekitar juga akan menarik pelancong untuk mengunjungi negara kita. Persekitaran yang cantik dan bersih dapat menarik ramai pelancongan dari luar negara atau orang tempatan untuk melancong ke negara kita. Melalui aktiviti pelancongan, kita dapat meningkatkan pendapatan negara melalui pertukaran wang asing. Dalam jangka panjang, pertumbuahan ekonomi juga akan meningkat. Melalui aktiviti itu. peluang perkerjaan juga akan meningkat dan secara tidak langsung ia dapat

mengurangkan kadar pengangguran di negara kita. Dalam usaha memajukan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, penjagaan terhadap alam sekitar merupakan tanggungjawab masyarakat.

(6)

Pemuliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama. Setiap generasi perlu turut serta supaya pembangunan lestari dikekalkan supaya dapat dinikmati sehingga generasi akan datang.

(7)

Usaha-usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita

Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku demikian kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Pada pendapat mereka, perkara yang penting dalam hidup ialah mereka perlu berusaha untuk mencari kekayaan dan hendak mencari wang untuk menambahkan pendapatan semata-mata. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat patriotik dan tidak tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan, contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan. Jadi, kita berharap agar semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan.

Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada caranya adalah dengan memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara.

Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian dan memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolah dan di institusi pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-murid akan memahami dan menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari dalam mata pelajaran tertentu. Dengan perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara formal di dalam kelas, diuji dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam

kehidupan seharian. Oleh hal yang demikian, semangat patriotik itu akan terus subur dalam sanubari murid-murid hinggalah selepas mereka menamatkan persekolahan atau pendidikan mereka di institusi pengajian tinggi.

Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan

(8)

yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti “Bukit Kepong”, “Paloh”, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara.

Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat agar dapat memupuk semangat ini. Aktiviti tersebut boleh dijalankan di kampung-kampung dan juga di kawasan perumahan. Oleh itu, aktiviti seperti sambutan hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampung perlulah digalakkan. Di samping itu, Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu mengadakan forum tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan semangat kebangsaan suatu masa dahulu. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.

Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Dengan cara itu, anggota masyarakat akan mencontohi pemimpin-pemimpin mereka yang memiliki semangat patiotik yang tinggi. Para pemimpin perlulah selalu mengingatkan dan menekankan kepentingan menghargai kemerdekaan yang telah dicapai hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu dan menghayatinya dengan sepenuh hati. Hal ini penting kerana, kemerdekaan yang dinikmati ini hendaklah dihayati, dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila. Sekiranya perkara ini tidak dititikberatkan oleh semua orang sudah pasti kemerdekaan yang dinikmati sukar untuk dipertahankan dan tidak tidak akan memberi makna lagi kepada generasi yang akan datang.

Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Skiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk dalam kalangan remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan mereka hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat

(9)

-rakyat Malaysia merayakan Hari Kebangsaan –kali ke-51.

-hari kemerdekaan 31 ogos sudah sampai di ambang hidup rakyat malaysia . -pelbagai program diadakan: program perarakan dan pertandingan diadakan.

-berundurnya pihak penjajah dan diganti dengan pemerintahan oleh rakyat tempatan. Tempat jam 12.00 tengah malam, 31 ogos 1957 seluruh rakyat Malaysia berbangga kerana usaha membebaskan Negara daripada belenggu penjajah akhirnya mencapai kejayaan.

-Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman telah banyak mencurahkan jasa dan keringat serta pengorbanan untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu pada masa itu. Hasil pengorbanan dan jerit payah Perdana Menteri serta beberapa pemimpin yang lain, pada tahun 31 ogos 1957 Tanah Melayu telah diisytiharkan atau diproklamirkan bebas daripada penjajahan

-tarikh bersejarah yang penuh keramat ini tidak akan dilupakan oleh masyarakat Malaysia terutama generasi yang masih ada yang mengalamai susah payah hidup pada zaman pemerintahan Jepun dan juga British.

-semangat patriotisme dan nasionalisme perlu menusuk jiwa mereka

Semangat Patriotisme

-perasaan taat setia merupakan senjata mental yang cukup kuat untuk mempertahankan negara daripada sebarang bentuk penjajahan baru atau penjajahan dalam apa-apa bentuk sekalipun. -sifat cinta akan Negara dan tanah air menentukan jatuh bangun sesuatu peradaban atau tamadun manusia.

-mewujudkan sebuah negara yang bebas daripada cengkaman penjajah, kita tidak boleh mengharapkan orang lain sebaliknya sikap patriotik ini perlu lahir daripada kalangan anak watan sendiri.

-anak watan perlu berjuang menegakkan keadilan melalui kemerdekaan dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaulat yang mampu berdiri di atas kaki sendiri, berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara merdeka yang lain.

-rakyat perlu sedar akan bahawa tahun-tahun 1960-an merupakan suatu dekad harapan dan pengisian kemerdekaan….zaman mendung yang diselubungi oleh awan gelap.

(10)

cabaran yang direntasi oleh negara ini akhirnya ditangai dengan kejayaan dan masih dikecapi oleh generasi masa kini.

-Hari Kemerdekaan yang diadakan setiap tahun haruslah disambut dengan penuh kesedaran dan keinsafan tentang harga sebuah kemerdekaan. kita tidak ingin semangat cinta akan negara semakin pudar kerana kealpaan kita diulit kemewahan hidup dan pengaruh budaya dari luar. Oleh itu, rakyat perlu bertanggungjawab dan beriltizam untuk memastikan kemerdekaan negara terus terpelihara dan kekal buat selama-lamanya.

USAHA-USAHA YANG DILAKUKAN UNTUK MENINGKATKAN SEMANGAT PATRIOTIK/PATRIOTISME

1. Penubuhan Sekolah Wawasan merupakan salah satu cara memupuk semangat patriotik dalam kalangan anak watan

-jalan terbaik menyelesai dan menangani isu pemisahan kaum sejak peringkat awal

-pelaksanaan sistem berkenaan mampu memberi kefahaman awal tentang integrasi nasional dengan lebih cepat dan berkesan.

-memberi penekanan terhadap percampuran pelajar dari tiga aliran yang berbeza

-sekolah wawasan berkonsepkan tiga aliran sekolah iaitu sekolah kebangsaan, SJK Cina dan SJK Tamil yang ditempatkan dalam satu kawasan.

-setiap sekolah masih menggunakan bahasa pengantar masing-masing

-setiap jenis sekolah mengekalkan identiti asal sekolah masing-masing tetapi kelainannya ialah mereka digalakkan berkongsi kemudahan seperti kantin, lapangan perhimpunan, gelanggang permainan dan padang

-keharmonian dan sikap menghormati pasti dapat dipupuk kerana pelajar berbilang kaum berkongsi kemudahan sama dalam kawasan yang sama

-konsep Sekolah Wawasan telah menyediakan ruang terbaik untuk generasi pelapis dari sekolah tiga aliran selain berinteraksi secara positif serta memperkasakan jalinan perpaduan.

2. Kepentingan Program Khidmat Negara sebagai perintis semangat patriotisme -Program Khidmat Negara disasarkan untuk pelajar lepasan SPM

(11)

-mekanisme penting dalam usaha membina integriti kaum -pelbagai lapisan kaum disatukan dalam program ini

-menyemai sikap bertanggungjawab, toleransi, dan tolongan menolong antara satu sama lain dalam pelbagai elemen.

-fokus yang paling utama adalah untuk mewujudkan semangat patriotisme dalam kalangan remaja -Program Khidmat negara Ala Malaysia ini berbentuk program kemasyarakatan dan kesukarelaan yang membolehkan semua kaum berinteraksi antara satu sama lain

-program ini dapat mengurangkan polarisasi antara mereka dan merapatkan hubungan perpaduan di kalangan belia dan remaja Malaysia yang terlibat

-mendalami modul kenegeraan----memupuk semangat cinta kepada negara

3 Hari Perpaduan memupuk semangat patriotik -Hari perpaduan disambut pada 16 september

-berdasarkan persetujuan jemaah menteri bertarikh 8 Julai 1992 sempena mengingati tarikh

persekutuan Malaysia dibentuk dengan negeri-negerinya termasuk Sabah dan Sarawak yang bersatu di bawah satu bendera

-memupuk dan meningkatkan semangat patriotik yang ada dalam diri kita

-rakyat perlu sedar akan seseorang perlu saling menghormati antara satu sama lain, hidup aman dan harmoni

-melalui Hari Perpaduan ini rakayat perlu sedar akan kepentingan semangat patriotisme merupakan tunjang keutuhan dan keselamatan negara.

-mengelakkan berlakunya tragedi yang meninggalkan titik hitam negara pada 13 Mei 1969 telah membuka mata semua pihak bahawa semangat patriotisme dan keharmonian amat penting untjk negara.

-Hari Perpaduan perlu diadakan setiap tahun adalah untuk menyedarkan masyarakat supaya janganlah menganggap bahawa perpaduan di negara ini telah mantap sehingga tidak perlu lagi berusaha untuk mempertingkatkan semangat patriotisme yang sedia ada.

(12)

4. Semangat Patriotisme dalam konteks agama dan pendidikan moral memang digalakkan malahan diberi keutamaan

-ajaran Islam sendiri mengajar dan menuntut umatnya supaya menghormati hak orang lain, hak sesama Islam, hak jiran dan sebagainya.

-semangat patriotisme antara kaum dalam sesebuah masyarakat merupakan wahana yang membolehkan umat beribadat dengan aman dan selamat.

-selain pendidikan agama Islam, pendidikan moral yang diajar di sekolah juga memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar.

-pelajar dididik agar minda mereka disulami dengan nilai-nilai yang boleh bangkit memperjuang dan menjaga kedaulatan negara agar tidak mudah dibaham oleh mana-mana kuasa asing

-pepatah melayu, Bersatu teguh, bercerai roboh; bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat.

5. Dalam bidang pendidikan, saranan kerajaa agar mewujudkan Kelab Rukun Negara di sekolah-sekolah untuk menyemai semangat cinta dan dan taat kepada negara.

-melahirkan masyarakat yang sentiasa bermuafakat bagi menghadapi sebarang ancaman di negara ini. -para pelajar sentiasa diingatkan tentang pentingnya semangat patriotisme antara kaum di Malaysia . -Apabila pelajar tersebut dewasa, mereka akan sentiasa menghayati konsep yang terkandung dalam Rukun negara untuk sama-sama membangunkan negara.

-menghasilkan suatu gerakan nasional yang menjadi benteng bagi mempertahankan perpaduan negara. -sekolah dan generasi muda menjadi sasaran kepada usaha untuk menyedarkan kepentingan semangat patriotisme negara.

-kelab Rukun Negara yang dicadangkan itu boleh muncul sebagai suatu persatuan penting di sekolah kerana dapat menjadi tempat untuk menyemai semangat patriotisme.

6. …Sambutan Perayaan secara beramai-ramai merupakan salah satu wahana integrasi rakyat pelbagai kaum untuk memupuk semangat patriotisme.

-mengeratkan silaturahim melalui penghayatan perayaan, peluang meraikan tetamu dengan lebih tersusun dan “bersungguh-sungguh”

(13)

-menikmati juadah bersama-sama

-hambatan duniawi dan masing-masing memikul pundak berat…jarang berpeluang bersama-sama… -oleh itu, majlis rumah terbuka merupakan satu peluang keemasan sanak-saudara dan sahabat handai bertemu…

-berasa bangga dengan sikap rakyat Malaysia yang sentiasa bermuafakat dalam melaksanakan sesuatu perkara. Hal ini dapat dilihat dalam sambutan Rumah Terbuka Malaysia . Semua pihak sama ada kerajaan, swasta atau orang perseorangan berganding bahu untuk menjayakan program yang julung-julung kali diadakan itu. Kesepakatan rakyat Malaysia terserlah apabila mengendalikan majlis yang seumpama ini. Oleh yang demikian, program ini perlu diadakan lebih kerap dan diperluas ke seluruh negara.

-intergasi nasional dapat dibentuk melalui kepercayaan semangat patriotisme antara rakyat

7. Melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan, Semangat Patriotisme boleh dipupuk.

-Semua aliran sekoalh menggunakan bahasa yang sama (bahasa Melayu) dan kurikulum yang sama. -sistem pendidikan merupakan mekanisme ampuh yang berupaya melahirkan generasi patriotik -kerajaan juga memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1982 dan 1988.

-kedua-dua kurikulum itu bertujuan memupuk semangat patriotik dan perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang kaum seperti yang terkandung dalam matlamat Falsafah Pendidikan Negara.

-langkah Kementerian Pelajaran menjadikan mata pelajaran Sejarah dan Kajian Tempatan sebagai mata pelajaran teras dilihat sebagai tindakan efektif bagi menyemai dan menyuburkan semangat perpaduan di kalangan pelajar.

-para pelajar diajar mengkaji, menyelidik dan menganalisis peristiwa sejarah dan mengambil ikhtibar daripada peristiwa sejarah.

-sebagai contoh, tragedi hitam 13 Mei 1969 telah menjadi pengajaran kepada para pelajar supaya menjaga perpaduan antara kaum.

-Kajian Tempatan dijadikan mata pelajaran teras bagi semua murid sekolah rendah -Kajian Tempatan mengandungi eleman-eleman pengetahuan sejarah dan geografi

(14)

-Kementerian Pelajaran Malaysia “menghidupkan” kembali pengajaran mata pelajaran kesedaran Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah seperti pada akhir dekad 1970-an. Jawatankauasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir ketika itu mencadangkan supaya mata pelajaran Kesedaran Sivik diajar di peringkat rendah lagi di semua sekolah untuk melahirkan generasi muda yang mempunyai semangat patriotisme dan bersatu padu.

-melahirkan rakyat yang berperwatakan positif.

Kesimpulan

-semangat patriotisme dapa membantu pembangunan masyarakat dan pembangunan ekonomi -pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dapat dilakukan dengan mudah kerana masing-masing mempunyai inisiatif untuk membangun negara

-industri pelancongan dapat dikembangkan -negara berdaulat dan dihormati oleh orang ramai

-negara boleh menggorak langkah yang lebih jauh untuk mencapai negara maju bukan sahaja dari aspek ekonomi tetapi jati diri bangsa negara tersebut.

1. Matlamat pemupukan patriotisme adalah untuk membentuk warganegara yang bersemangat patriotik dan berkeperibadian Malaysia .

2. Objektifnya adalah supaya pelajar dapat:

a. mengenal diri dan mencintai warisan bangsa dan negara.

b. mempunyai perasaan cinta dan bangga terhadap agama, bangsa dan negara.

c. bersemangat kekitaan, berdisiplin dan hidup bermasyarakat dan harmonis.

(15)

e. membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan terhadap isu-isu dalam masyarakat serta berupaya untuk bertindak dengan sewajarnya; dan

f. bersemangat ingin berusaha dan melibatkan diri secara aktif dan produktif untuk kemajuan bangsa dan negara.

3. Anda perlu merujuk kepada buku panduan ``Program Pengukuhan Pemupukan Patriotisme Di Sekolah Rendah,'' Pusat Perkembangan Kurikulum 1993 untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai

program itu.

4. Dalam program edutourism ini, guru boleh menyelitkan unsur-unsur tertentu untuk menerapkan unsur-unsur patriotisme.

5. Aktiviti yang boleh digunakan untuk menyerapkan unsur patriotisme eloklah berasaskan aktiviti kumpulan dan aktiviti itu termasuk:

a. kerja projek

b. permainan

c. simulasi

d. lakonan

e. drama

(16)

g. lawatan

Patriotismenya adalah semangat yang murni, universal dan bebas daripada elemen perkauman. Semangat perjuangan dan pengorbanan ini lahir daripada nilai-nilai cinta, kasih, sayang dan kesetiaan kepada nusa dan bangsa.

Lazimnya, patriotisme didasari oleh sifat dan sikap kesukarelaan, keikhlasan, kesanggupan, kesungguhan, dedikasi dan komitmen seseorang insan untuk mempertahankan kemerdekaan negara dan memelihara kemerdekaan serta kedaulatan bangsanya.

Matlamatnya supaya perlembagaan, undang-undang, integriti, kredibiliti, kepentingan, kemajuan, kejayaan, kemakmuran, kesejahteraan, keharmonian, perpaduan, ketenteraman, keamanan dan kelangsungan bangsa dan negara ini tidak diganggu-gugat oleh sesiapa.

Oleh itu, patriotisme adalah sesuatu yang abstrak. Ia lahir daripada tindakan atau perjuangan seseorang yang berasaskan kepentingan negara, agama dan bangsa.

Patriotisme membabitkan minda, sanubari dan naluri. Ia juga membabitkan roh dan jiwa, semangat dan keinsafan, serta cinta, kasih dan sayang.

Di zaman silam, patriotisme di Malaysia sering dimanifestasikan menerusi kesukarelaan dan keberanian seseorang berperang demi kepentingan ibu pertiwinya, untuk berjuang menentang penjajah, atau memperjuangkan kemerdekaan tanah airnya.

(17)

Patriotisme Malaysia mutakhir juga dibuktikan oleh segolongan bangsa Malaysia menerusi penciptaan rekod-rekod dunia melalui aktiviti yang amat mencabar, lasak dan berbahaya.

Contohnya, pelayaran mengelilingi dunia secara solo, berenang menyeberangi Selat Inggeris dalam tempoh yang tersingkat, memacak dan mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Gunung Everest, dan menawan Kutub Utara.

Pada tahun 2020, patriotisme Malaysia wajar pula dimanifestasikan menerusi kemasyhuran bangsa Malaysia memenangi Hadiah Nobel, kejayaan menerokai angkasa lepas, memperjuangkan keamanan dan keadilan sejagat, kebijaksanaan dalam bidang sains, teknologi dan perubatan, serta menjadi pemain global dalam semua bidang.

Berikut adalah antara beberapa definisi patriotisme mengikut beberapa kamus dan ensaiklopedia Melayu dan Inggeris:

``Perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air.'' Semangat cinta tanah air dan sikap bersedia mengorbankan apa sahaja untuk kejayaan dan kemakmuran negara.

``Perasaan dan sifat mencintai negara dan mempertahankannya pada bila-bila masa.

``Cinta dan setia kepada negara.''

``Dedikasi yang tinggi kepada negara.''

``Cinta dan kesetiaan kepada negara, kerajaan dan institusinya.''

(18)

``Kasih sayang kepada bumi tempat tinggalnya.''

``Kesetiaan dan kecintaan seseorang terhadap negaranya.''

``Ikatan spiritual antara individu dan negaranya.''

``Sentimen nasional yang menitikberatkan kesetiaan dan kecintaan yang mendalam kepada negara.''

Oleh itu, patriotisme bolehlah ditakrifkan sebagai semangat perjuangan dan pengorbanan yang

berasaskan nilai-nilai cinta, kasih, sayang, kesetiaan, kebanggaan, keikhlasan, kesanggupan, kesungguhan dan komitmen seseorang manusia kepada agama, bangsa dan negaranya.

Patriotisme penting kepada Malaysia . Ia menjadi satu daripada prasyarat pembentukan bangsa dan pengukuhan ketahanan nasional.

Menerusi patriotisme, bangsa dan negara Malaysia boleh terhindar dari pancaroba, agamanya terus mulia, jati dirinya tetap unggul, budayanya mantap, politiknya bebas dari pengaruh universalisme, perpaduannya teguh, semangat juangnya pukal, dan masa depannya terus cerah.

Pendek kata, dalam konteks suasana dunia hari ini, patriotisme Malaysia boleh menjadi senjata utama untuk menangkis seluruh elemen dalaman dan luaran yang boleh mengancam agama, melumpuhkan bangsa dan meruntuhkan negara.

Lantaran itulah patriotisme Malaysia perlu mencakupi seluruh aspek perjuangan individu, keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara.

(19)

Penerapan dan penyuburan patriotisme Malaysia juga wajar mencakupi aspek kepintaran dan

kebijaksanaan, konsistensi dan kesinambungan, kesetiakawanan dan kesetianegaraan, perpaduan dan keharmonian, disiplin dan undang-undang.

Di samping itu, patriotisme Malaysia juga perlu menitikberatkan elemen kredibiliti dan integriti, kreativiti dan produktiviti, ilmu dan pengetahuan, kemajuan dan kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan, kemerdekaan dan kedaulatan.

Jika penerapan, penyuburan dan penyemarakan patriotisme Malaysia tidak berasaskan prinsip-prinsip ini, ia mungkin menghasilkan jingoisme, cauvinisme dan ekstremisme.

Lantaran itu, pelaksanaan seluruh dasar, strategi dan program penerapan, penyuburan dan

penyemarakan patriotisme dan pengukuhan ketahanan nasional di negara ini perlulah lebih terancang, fokus dan menyeluruh.

Ini kerana senario dunia mutakhir memerlukan barisan bangsa Malaysia yang lebih patriotik, bersatu padu, berdedikasi, berakhlak mulia, cekap dan berilmu serta berkemahiran di semua bidang kehidupan.

Maksudnya, penerapan, penyuburan dan penyemarakan patriotisme Malaysia bukan untuk menyiapkan bangsa Malaysia bertempur di medan perang.

Tetapi, untuk menjadikan bangsa Malaysia bersedia untuk berjuang, berkorban dan bertempur di seluruh medan kehidupan, termasuk bidang-bidang kritikal seperti keilmuan, keagamaan, ekonomi, perdagangan, siasah dan diplomasi antarabangsa.

Ini kerana musuh bangsa Malaysia di hari muka bukan hanya aggression ketenteraan seperti peperangan antiterorisme global. Musuh mereka akan menjelma dalam pelbagai bentuk dan rupa.

(20)

mengenai hak cipta dan cap dagangan, bentuk cukai dan tarif yang canggih, sistem penentuan harga dan tarif, manipulasi ke atas faedah pinjaman dan sebagainya.

Musuh bangsa Malaysia di hari muka juga mungkin dalam bentuk subversion, infiltration dan juga pengaruh ideologi americanisme dan universalisme.

Oleh itu, proses penerapan, penyuburan dan penyemarakan patriotisme Malaysia hendaklah

dilaksanakan menerusi proses pendidikan serta penguasaan ilmu dan pengetahuan, di peringkat yang paling rendah dan asas, hinggalah ke peringkat yang setinggi-tingginya.

Proses penerapan, penyuburan dan penyemarakan patriotisme Malaysia perlulah didukungi oleh seluruh bangsa Malaysia .

Hakikatnya demikian kerana patriotisme Malaysia bukan sekadar tindakan mengibarkan Jalur Gemilang sewaktu sambutan Hari Kemerdekaan.

Ia juga bukan sekadar pendendangan Lagu Kebangsaan, mengikrarkan Rukunegara atau mengetahui cabaran-cabaran strategik Wawasan 2020.

Hakikat ini penting untuk diinsafi, dikaji dan dihalusi secara komprehensif dan segera oleh semua pihak supaya seluruh resipi, strategi dan dasar ke arah mewujudkan patriotisme dan pembinaan ketahanan nasional di Malaysia benar-benar selaras dengan kedudukan dunia yang sedang dihambat ledakan ICT, perkembangan bioteknologi serta kebangkitan neoimperialisme.

Hanya sesudah itu, bangsa Malaysia perlu dituntut memahami, menghayati dan mengamalkan

kebijaksanaan silam bahawa di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung; biar putih tulang, jangan putih mata; kalau roboh kota Melaka, papan di Jawa jadi gantinya, bila musuh datang melanda, patriotisme Malaysia jadi penangkisnya!

(21)

Sejak beberapa tahun, kerajaan telah melancarkan kempen ”Sayangi Sungai ”dalam negara yang merangkumi pelbagai usaha memantau, memulihara, membersih dan mengindahkan keadaan sungai. Walaupun begitu, belakangan ini, isu pencemaran sungai kian serius sehinggakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid melahirkan rasa kecewanya kerana tidak terdapat kesan yang boleh dibanggakan terhadap keadaan banyak sungai kita.

Masalahnya tidak kelihatan apa-apa tindakan berkesan dilakukan. Mereka yang mendiami sekitaran sungai seperti pengusaha kilang, peniaga gerai makan dan juga penghuni rumah masih menganggap sungai sebagai tempat untuk menyalurkan sampah dan segala macam sisa yang hendak dibuang.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri perlu mengadakan pelbagai acara membabitkan orang ramai dan industri. Sokongan orang ramai dan swasta adalah penting sekiranya kempen

menyayangi sungai dikehendaki mendatangkan kesan. Perasaan cintakan sungai yang mengalir melalui kediaman atau bandar mereka diami adalah milik mereka juga perlu dipupuk. Hanya dengan cara begini, baru akan timbul perasaan menyayangi sungai mereka sendiri dan dengan itu mereka juga berusaha memuliharanya daripada dicemari. Apa pun kebanyakan sungai dan kawasan lembahnya terus dilanda pencemaran. Malah tahap pencemaran terhadap beberapa batang sungai semakin teruk hingga ada yang terpaksa dikategorikan sebagai sudah ‘mati’.

Mengikut perangkaan yang diberikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perairan dan Saliran, Datuk Keizrul Abdullah, kedudukan sungai dalam negara kita sebenarnya semakin meruncing. Daripada keseluruhan 120 kawasan lembah sungai yang dipantau Jabatan Alam Sekitar (JAS) kedudukan pencemarannya semakin buruk dari tahun ke tahun. Pada tahun 2002, masih ada 63 sungai dikategorikan sebagai bersih, tetapi setahun kemudian hanya tinggal 58 sungai yang masih bersih. Pada 2002, 43 sungai dianggap sudah tercemar manakala setahun kemudian jumlah sungai yang tercemar meningkat kepada 53. Bagaimanapun, jumlah sungai yang mengalami pencemaran teruk tinggal sembilan batang saja pada 2003 berbanding dengan 14 sebelum itu. Tidak diketahui apakah yang menyebabkan lima sungai yang tercemar teruk pada 2002 bertambah baik setahun kemudian.

(22)

sampah. Kalau diperhatikan kawasan perumahan, bangunan dan rumah kedai yang didirikan 30 atau 40 tahun lalu semuanya membelakangkan sungai. Ramai ketika itu menjadikan sungai sebagai saliran sampah dan najis. Sehingga kini pun ketika pemaju perumahan misalnya sudah tidak lagi menganggap sungai sebagai saliran sampah dan mula mendirikan rumah menghadap sungai, itupun orang ramai masih tidak dapat mengikis pandangan mereka terhadap sungai.

Selagi tahap kesedaran terhadap kebersihan sungai tidak dapat diwujudkan, selagi itulah segala usaha untuk memulihkan sungai tidak akan berkesan. Kesedaran demikian ini seharusnya dipupuk daripada bangku sekolah lagi. Perasaan cinta akan sungai dan prihatin terhadap persekitaran alam didedahkan kepada murid di sekolah lagi supaya apabila dewasa kelak mereka akan lebih prihatin terhadap usaha kebersihan alam sekitar. Media juga boleh memainkan peranan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pentingnya sungai dipelihara supaya terus bersih.

Demikian juga walaupun ada pelbagai peraturan dan undang-undang mencegah kotoran dan sisa pengilangan atau ternakan dibuang ke sungai, kegiatan tidak bertanggungjawab ini tetap diteruskan. Pemantauan dan pencegahan oleh Jabatan Alam Sekitar dan pihak berkuasa tempatan perlu

ditingkatkan. Lazimnya, apabila pencemaran didedahkan media, barulah mereka bertindak. Bahkan kadangkala pesalah hanya dikenakan kompaun yang tidak seberapa sehingga tidak wujud perasaan takut menghadapi tindakan. Walaupun ada peruntukan membolehkan kilang yang secara berterusan

membuang sisa dan sisa toksik ditutup, apakah tindakan drastik demikian ini pernah diambil?

Sebenarnya kalau ada kemahuan, sungai-sungai ini sememangnya boleh dipulihkan menjadi bersih agar ikan akan dapat membiak kembali dan berbagai-bagai kegiatan riadah dan pelancongan boleh

dilaksanakan menggunakan sungai terbabit.

Jelasnya, segala usaha mungkin akan mengambil masa tetapi sekiranya ada keazaman dan dengan perangan rapi dan dapat pula dilaksanakan dengan betul tanpa pengecualian tentunya sungai-sungai yang terjejas dapat dipulihkan.

Contoh Karangan : Peranan Warga Tua

(23)

masyarakat sekeliling. Ini merupakan satu tanggapan yang salah. Walaupun tua, mereka sepatutnya bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti agar dapat menabur bakti ke arah pembangunan negara dan bangsa.

Pada 6 Oktober setiap tahun, sambutan Hari Warga Tua peringkat kebangsaan diadakan. Sambutan ini merupakan satu pengiktirafan kepada golongan tersebut agar mereka tidak lagi dilihat sebagai satu golongan yang membawa beban. Tanggapan sebegini haruslah dikikis, malahan golongan muda haruslah menghargai jasa mereka selama ini. Semua agama mewajibkan agar golongan muda menghormati dan menghargai segala jasa baik golongan tua. Kita perlu sentiasa beringat bahawa kita juga akan menjadi tua dan pada ketika itu, kita juga mahu agar orang lain menghormati dan menyayangi diri kita. Apakah sumbangan yang boleh diberikan oleh warga emas ini? Sebenarnya banyak perkara boleh dilakukan oleh mereka ke arah pembangunan bangsa, agama dan negara. Golongan ini boleh terus melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dengan menyumbang idea yang bernas berdasarkan pengalaman yang telah dilalui. Yang utama ialah semangat untuk hidup dan memberikan sumbangan yang berguna kepada manusia di sekeliling kita.

Bagi generasi muda, mereka masih bergantung harap kepada golongan tua dalam memberikan nasihat dan tunjuk ajar dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh mencabar ini. Tanpa tunjuk ajar dan nasihat dari mereka, generasi muda akan mudah goyah dan diperalatkan oleh anasir luar yang

mempunyai niat yang jahat. Jika ini berlaku, keharmonian sebuah negara boleh tergugat. Oleh itu, golongan tua hendaklah terus membimbing golongan muda berdasarkan pengalaman mereka agar hala tuju hidup golongan muda ini terjamin dan lebih bermakna.

Di samping itu, warga tua juga sebenarnya boleh menyumbang sedikit tenaga dengan melakukan kerja-kerja yang bersesuaian dengan kemampuan mereka. Contohnya, seorang bekas guru boleh mengajar kelas tambahan kepada pelajar-pelajar di kawasan kejirannannya ataupun seorang profesor boleh menulis artikel-artikel ilmiah yang bersesuaian dengan bidangnya agar tulisan beliau itu dapat dijadikan bahan rujukan oleh masyarakat umum. Bukan itu sahaja, bekas-bekas guru agama boleh juga mengajar bacaan al-Quran kepada anak-anak di sekitar rumahnya. Bagi yang mempunyai kemahiran, misalnya mahir bertukang, melukis atau menjahit, boleh menggunakan kemahiran itu untuk mendapatkan sedikit pulangan. Beberapa contoh yang disebutkan di atas hanyalah beberapa saranan yang boleh dijadikan panduan bagi warga emas untuk terus memberikan sumbangan kepada negara, bangsa dan agama.

(24)

Hal ini kerana sumbangan yang diberikan itu akan mempunyai impak yang besar pada kemudian hari. Walaupun begitu, mungkin ada sesetengah warga tua yang berpendapat bahawa masa tua ini adalah masa untuk mereka berehat setelah sekian lama bekerja atau membesarkan anak-anak. Namun begitu pendapat sebegini tidak tepat kerana sikap tersebut akan hanya mensia-siakan kebolehan dan ilmu yang mereka ada sedangkan ilmu di dada mereka itu amat berguna dan diperlukan dalam membantu

membangunkan negara.

Lagipun, ramai yang berpendapat bahawa jika golongan warga emas ini hanya mahu berehat, mereka akan lebih mudah ‘sakit’. Untuk menjamin sumbangan yang lebih berkesan, kesihatan warga tua ini perlulah diberikan perhatian. Di samping itu, penjagaan makanan dan pengambilan makanan tambahan juga adalah amat digalakkan. Mereka harus prihatin dengan apa yang dimakan kerana sesuatu yang dimakan itu akan menjadi darah daging dan seterusnya mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran seseorang. Dalam masa yang sama, golongan warga emas ini perlulah sentiasa bersikap terbuka, senang didekati dan bersedia bertukar-tukar idea dengan golongan muda agar percambahan ilmu antara mereka dan golongan muda dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.

Kesimpulannya, proses penuaan merupakan satu perkara semulajadi. Tidak ada sesiapa pun yang dapat lari daripada proses ini. Walaupun meningkat usia, sebenarnya kita masih mampu memberikan

sumbangan-sumbangan yang tertentu kepada bangsa, agama dan negara. Marilah kita bersedia mulai sekarang untuk menghadapi usia emas dengan penuh gemilang.

Contoh Karangan : Kasih Sayang Ibu Bapa Berkesan Mendidik Anak

Wujudkah ibu bapa yang tidak sayangkan anak ? Semestinya, semua ibu bapa sanggup berkorban demi kebahagiaan anak mereka. Tetapi, persoalannya adakah semua ibu bapa hari ini menyayangi anak dengan cara lebih tepat ? Dalam hal ini, ada ibu bapa sekarang melakukan kesilapan. Ada menganggap cara ibu bapa dulu mendidik anak tidak betul dan kolot, lalu terus menolak semua, sedangkan cara dulu tidak semua salah atau tidak sesuai lagi.

(25)

mendalam. Kebanyakan isu keibubapaan timbul dalam konteks hubungannya dengan anak yang berada pada usia remaja.

Sesetengah remaja menunjukkan perlakuan sukar difahami dan tidak pernah dibayangkan ibu bapanya. Ada ketikanya remaja memilih pakaian dan muzik pelik, emosi berubah-ubah seperti keras dan pendiam, malah mungkin kurang menghormati ibu bapa. Lazimnya, ibu bapa diingatkan mengenali dan memahami psikologi anak remaja. Ibu bapa diberitahu bahawa remaja berada dalam zaman transisi dan bergelut untuk berpaut pada zaman kanak-kanak yang penuh kegembiraan yang bakal ditinggalkan sambil memasuki alam dewasa yang penuh tanda tanya. Orang tua dimaklumkan bahawa anak remaja sedang berada dalam paradoks. Tetapi, ibu bapa jarang diingatkan untuk mengenali dan memahami paradoks yang sedang berlaku dalam dirinya sendiri. Bahawa mereka sendiri mencari keseimbangan antara memberikan kasih sayang dan menetapkan sesuatu untuk anak remajanya.

Sebenarnya, kasih sayang ibu bapa yang ideal ialah memberikan anak remajanya keseimbangan antara kebebasan dan disiplin. Jika disiplin terlalu banyak dan ketat, remaja akan memberontak. Sebaliknya, jika terlalu banyak kebebasan, remaja dahagakan struktur tertentu dan mencarinya sendiri dengan cara belum tentu baik. Oleh itu, ibu bapa perlu membuat pelbagai keputusan mengenai anaknya, misalnya, daripada boleh atau tidak menonton televisyen, hinggalah kepada boleh atau tidak mempunyai teman lelaki atau perempuan. Semakin anaknya menginjak dewasa, maka keputusan itu semakin besar dan penting. Ada keputusan perlu dibuat setiap hari dan ada keputusan perlu dibuat pada tempoh tertentu.

(26)

Remaja yang dibesarkan dalam suasana autoritarian berkemungkinan besar berjaya dalam peperiksaan dan kerjayanya, tetapi mungkin memiliki peribadi yang kaku, rendah harga diri dan terlalu bergantung kepada arahan pihak berkuasa. Ibu bapa yang autoritatif pula mempunyai keseimbangan antara responsif dan permintaan. Mereka akrab, komunikatif dan anak remaja digalakkan bersuara. Kasih sayang diberikan, ditunjukkan dan dirasai. Disiplin dan hala tuju ditentukan dan diterangkan rasionalnya. Remaja bebas menentukan cita-cita dengan ibu bapa memberikan panduan dan bimbingan.

Remaja yang dibesarkan dalam suasana autoritatif berkemungkinan besar akan sama kejayaannya, walaupun tidak lebih, dengan dibesarkan dalam suasana autoritarian. Bezanya golongan ini akan memiliki peribadi bersepadu, yakin, berdikari dan kreatif. Ibu bapa permisif mempunyai responsif amat tinggi, tetapi permintaan amat rendah. Mereka banyak bertolak ansur, memberikan kebebasan dan hampir semua kehendak anak remajanya diturutkan. Gaya tidak terbabit pula hampir tiada permintaan, disiplin dan hala tuju, serta hampir memberikan kebebasan penuh. Malahan, ia lebih satu kecuaian keibubapaan.

Namun begitu, gaya keibubapaan boleh dirosakkan dengan amat mudah, sekiranya ibu bapa tidak dapat mengawal perasaan marah. Jadi, ibu bapa perlu tahu cara menangani kemarahannya. Dalam hal ini, ada tiga persoalan penting iaitu: bila marah itu wajar, bila marah tidak diperlukan dan bila marah itu boleh menjadi masalah. Walaupun, mungkin sukar melahirkan seorang kaunselor profesional atau pra

kaunselor dalam setiap keluarga, program Satu Keluarga Satu Kaunselor tetap mempunyai potensi untuk melahirkan ibu bapa berilmu, berkemahiran dan seimbang dari segi memberikan kasih sayang dan kepemimpinan

Contoh Menulis Idea Karangan – Langkah Mengawal Kedatangan Pendatang Asing

(27)

Dengan mengehadkan penyertaan pekerja asing dalam sektor perladangan dan pembantu rumah, mudahlah rakyat serta pihak berkuasa mempersoal dan mengambil tindakan segera ke atas kehadiran rakyat asing yang tiada permit kerja dalam sektor-sektor yang ditetapkan oleh kerajaan. Malah melalui dasar kerajaan yang kini tidak membenarkan lagi anak-anak pekerja asing bersekolah di sekolah kerajaan mungkin dapat menyedarkan pendatang asing bahawa masa sudah tamat bagi mereka menikmati kemudahan yang sepatutnya untuk warganegara ini sahaja. Jelasnya, pihak ejen dan majikan yang mengambil pekerja asing perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan. Tanggungjawab mereka adalah untuk mengingatkan para pekerja asing di bawah jagaan mereka tentang sistem budaya bermasyarakat dan mematuhi undang-undang negara ini kerana di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Tips Menulis Gred A – Ungkapan Menarik

Kenapakah saya memaparkan perenggan-perenggan di bawah ? Sebabnya, salah satu kaedah penting bagi membaiki kualiti karangan ialah membaca esei yang baik, dan seterusnya, mengutip ilmu penulisan iaitu kaedah penulis berbahasa dan mengolah ayat. Lihat dan tiru kaedah yang digunakan serta berlatih mengaplikasikannya.

Semua perenggan atau ayat di bawah dipilih kerana keberkesanannya kepada pembaca dan mesej disampaikan dengan menarik. Apabila membaca akhbar dan majalah, kenal pasti ungkapan menarik dan manfaatkannya.

KEFASIHAN pemuda Australia itu berbahasa Melayu cukup menakjubkan apatah lagi mendengar kepetahan beliau berbicara menggunakan dialek pantai timur. Apabila bertemu empat mata dengan jejaka ini, terasa malu berbaur bangga. Malu kerana orang luar lebih sayang akan bahasa kebangsaan kita tetapi bangga kerana beliau berjaya menguasainya dalam tempoh yang singkat.

BAGAIMANAKAH wajah Kuala Lumpur 100 tahun lalu? Siapakah yang membuka dan menyemarakkan kota itu pada akhir abad ke-19? Dalam hal ini, kita tidak boleh menyisihkan sumbangan Haji Abdullah Hukum, pedagang yang menyuntik pertumbuhan ekonomi Kuala Lumpur pada 1850-an.

(28)

PENGARUH permainan video terhadap psikologi kanak-kanak menyebabkan golongan itu membesar sebagai insan yang ganas sekali gus mendorong pelbagai perlakuan agresif. Menurut pakar psikiatri, Dr Mohamad Hussain, dari aspek psikologi kanak-kanak yang bermain permainan video ganas, bukan saja berimaginasi malah menghayati babak pembunuhan itu kerana mereka bertindak selaku watak utama dalam permainan, seterusnya perlakuan ganas dalam permainan video akan terbawa-bawa ke alam realiti.

PEPATAH Cina ada menyatakan bahawa yang menggerakkan tubuh badan bukanlah kaki tetapi sebenarnya minda dan fikiran. Oleh itu, minda kita keseluruhannya perlu dipacu dengan ilmu pengetahuan, serta wajar diasah dan diasuh agar berfikir mencipta kegemilangan.

PEMIKIR tersohor, Descartes menekankan bahawa membaca buku bermutu itu ibarat ‘berdialog’ dengan orang-orang hebat atau pemikir-pemikir besar. Bahkan, buku dapat mempertemukan dan

menghubungkan dunia masa silam dengan dunia pembaca masa kini. Betapa hebatnya pengaruh buku itu, sehinggakan Voltaire menegaskan buku mampu membakar semangat sesuatu bangsa dan mengubah dunia.

APA gunanya kita mempunyai kemudahan yang canggih tetapi rakyat kita tidak mampu

menggunakannya kerana mereka tidak celik minda dan tidak mempunyai pengetahuan. Hal ini boleh diumpamakan sebuah negara yang subur dan mempunyai banyak hasil bumi seperti emas, perak dan permata, tetapi semua itu akan menjadi sia-sia, sekiranya tenaga manusianya tidak berkualiti, tidak berpengetahuan dan tidak mampu menguasai teknologi.

Contoh Huraian Idea Karangan : Isu Popular – Dilema Ibu Bapa

Satu dilema yang dihadapi oleh ibu bapa di Malaysia pada hari ini ialah bagaimana cara untuk mengimbangi masa bekerja dengan masa untuk mendidik anak yang menjadi semakin sukar apabila majikan mereka menuntut supaya mereka balik lambat untuk menghabiskan kerja. Apatah lagi, sebahagian kecil ibu bapa pula kurang pengetahuan dan kemahiran dalam mendidik anak dan ini

(29)

rumah untuk memberikan kasih sayang, membimbing dan menerapkan nilai kekeluargaan yang murni. Mereka sebaliknya mendapatkan tunjuk ajar dan dipengaruhi oleh rakan sebaya.

Dengan pengaruh yang tidak baik daripada rakan sebaya, wujudlah suasana yang akan membawa mereka kepada pelbagai penyakit dan masalah sosial. Kanak-kanak yang membesar di dalam suasana seperti itu akhirnya akan menjadi mangsa pelbagai masalah sosial seperti keganasan di sekolah, menagih dadah malah terbabit dengan jenayah. I

bu bapa mesti bersedia meluangkan masa untuk bersama anak mereka. Kanak-kanak memerlukan kasih sayang ibu bapa dan tanpanya kehidupan mereka akan musnah kerana mereka tidak memahami atau menghargai kasih sayang dan nilai kekeluargaan dalam kehidupan mereka kemudian nanti. Ibu bapa mestilah lebih peka terhadap kualiti ikatan kekeluargaan dan sentiasa mengambil langkah untuk

menerapkan nilai asas moral kepada anak mereka yang diperlukan untuk membangunkan asas yang kuat kepada satu masyarakat yang stabil dan kukuh. Jelasnya, satu program perlu dijalankan bagi

meningkatkan nilai moral dan mengukuhkannya secara berterusan untuk menyedarkan anak akan tanggungjawab terhadap diri mereka sendiri, ibu bapa, masyarakat dan negara.

Contoh Karangan Pendapat : Isu Dadah

Apabila anda merdengar ungkapan “Enam Jahanam”, apakah yang mungkin anda fikirkan ? Adakah itu judul sebuah filem klasik P. Ramlee atau nama kumpulan penjenayah yang diburu oleh pihak polis ? Rupa-rupanya, ungkapan itu merujuk kepada enam jenis dadah yang harus diberi perhatian serius kerana penyalahgunaannya yang meluas – heroin, kokain, ecstasy, kanabis, syabu dan morfin. Sewaktu

melancarkan “Karnival Enam Jahanam”, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa isu dadah di negara kita berada pada tahap yang berbahaya. Oleh itu, kerajaan mengisytiharkan dadah harus diperangi hingga ke akar umbi kerana dadah merupakan musuh nombor satu negara.Apakah sebenarnya dadah ? Dadah yang fungsi asalnya ialah bahan perubatan merupakan bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan ke atas sistem saraf pusat seperti menyebabkan keadaan khayal, ketagihan dan gangguan tingkahlaku. Penyalahgunaanya yang berterusan mendatangkan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

(30)

Sebagai kesan daripada kedua pengaruh tersebut, penagihan dadah telah merebak ke seluruh negara. Golongan muda yang terlibat dalam penagihan dadah merupakan pemuda- pemudi harapan bangsa dan negara dan terjerumusnya mereka dalam alam khayalan ini mengakibatkan mereka bukan sahaja tidak berguna kepada masyarakat bahkan diri mereka sendiri. Memandangkan hakikat inilah, kerajaan telah mengambil sikap tegas terhadap pengedaran dadah, dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk melindungi rakyat termasuklah undang-undang yang amat ketat. Tetapi, pengedaran dadah nampaknya tidak boleh diselesaikan dengan hanya peruntukan undang-undang seperti Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985) walaupun mereka yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori. Oleh itu, kerajaan telah melancarkan kempen antidadah di seluruh negara secara meluas. Namun demikian, tanggungjawab untuk memerangi dadah seharusnya kita pikul bersama.

Tindakan pencegahan dadah yang berkesan memerlukan penglibatan semua golongan masyarakat. Pada zaman moden ini, golngan muda lebih bebas, terdedah kepada pengaruh asing dan mereka lebih mengutamakan pandangan rakan sebaya. Dengan ini, mereka mudah terlibat dengan kegiatan yang tidak sihat. Untuk disanjung oleh kawan, mereka menunjukkan keberanian dengan menghisap rokok dan dadah. Sekali mereka bermula, maka amat sukar bagi mereka memberhentikan amalan buruk ini. Masyarakat harus dididik sejak kecil lagi bahawa dadah itu najis, benda yang kotor dan tidak boleh disentuh. Sekiranya kita berjaya menyemai nilai ini dalam hati sanubari mereka, sebahagian daripada kejayaan pencegahan dadah akan tercapai. Kita harus sedar bahawa tindakan kita ke arah matlamat mencegah penyalahgunaan dadah ini adalah untuk menyelamatkan bukan sahaja keluarga kita sendiri bahkan generasi muda untuk mewujudkan satu bangsa yang bermaruah dan dihormati.

Sebahagian besar penagih-penagih dadah di negara kita terdiri daripada golongan remaja antara 15-29 tahun. Antara sebab-sebab utama mereka ini menjadi penagih ialah kerana keseronokan, sikap ingin tahu, pengaruh persekitaran terutamanya pengaruh rakan sebaya, tekanan emosi disebabkan oleh sama ada kegagalan, tidak mendapat kasih sayang ibu bapa atau kerana kemewahan. Hal ini

menunjukkan, sekolah boleh memainkan peranan penting dalam membasmi bencana dadah. Pada tahun 2005 ini, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah melancarkan program pencegahan penagihan dadah besar-besaran tahun ini dengan sasaran utama terhadap golongan belia terutama pelajar sekolah. Program pencegahan merupakan usaha terbaik bagi mengelak pertambahan jumlah penagih baru di negara ini. Menurut laporan agensi itu, sehingga Oktober tahun 2004, daripada sejumlah 30,659 penagih dadah, sebanyak 15,292 orang adalah penagih baru manakala sebanyak 15,667 adalah penagih berulang. Data ini jelas menunjukkan kita perlu bersungguh-sungguh dengan program pencegahan kerana program pemulihan dan rawatan sukar menghalang penagih-penagih ini mengulangi kegiatan mereka.

(31)

merasakan rokok tidak memberi kepuasan, mereka beralih kepada ganja dan sekiranya ganja juga tidak memberi keseronokan, mereka akan beralih kepada heroin dan morfin. Jelasnya, pencegahan tabiat merokok juga penting dalam memerangi najis dadah kerana implikasinya terhadap dorongan untuk mendapatkan dadah.

Masyarakat harus sama-sama menyedari akan kesan pengambilan dadah. Dengan berfikiran rasional, mereka tentu tidak sanggup menerima risikonya yang menakutkan. Antara kesan-kesannya ialah mendapat penyakit meningitis, penyakit jangkitan jantung, AIDS, Hepatitis B, C, dan D, kerosakan buah pinggang, otot-otot badan mengecut dan berkemungkinan lumpuh. Kesan fizikal pula ialah apabila sekiranya bekalan dadah tidak diperoleh mereka akan berasa keluh-kesah, gian, dan amat menderita. Jelasnya mereka akan berperang dengan kematian kerana terdedah dengan penyakit terutamanya penyakit AIDS yang amat digeruni.

Referensi

Dokumen terkait

Di samping itu, sebagai seorang rakyat yang cinta akan negara perlulah sentiasa patriotik dan mensyukuri nikmat kemerdekaan serta kesejahteraan yang kita miliki.Kita

a. Keluarga sakinah adalah keluarga di mana anggotanya mempunyai semangat dalam menguasai dan mengamalkan ilmu agama, saling memotivasi antara sesama untuk terus memupuk

Seluruh jajaran staf Tata Usaha Fakultas Psikologi Universitas Katolik Widya Mandala Surabaya yang telah membantu dalam memberikan informasi, pembuatan surat perijinan

Untuk mempromosikan kempen kesedaran budaya ini melalui media, aspek etika dalam penyampaiannya juga perlu diambil kira. Contohnya etika dalam menghasilkan Pesanan Khidmat

Walau tidak bersama teman-temanku, setidaknya aku nanti masih tetap bisa ke pantai, dan bertemu sahabatku,

Skripsi yang berjudul “Peran CIDA (Canadian International Development Agency) Dalam Pembangunan Aceh Pasca Tsunami Tahun 2009” ini guna memperoleh gelar sarjana

Sumber-sumber pembelajaran bagi mahasiswa kedokteran bisa bermacam- macam, mulai dari sumber daya manusia yang meliputi dosen, staf perpustakaan, teknisi, staf

Adapun hubungan jiwa dan jasad dari segi pandangan moral adalah setiap jiwa diberi jasad, sehingga dengan bantuan jiwa bisa mendapatkan bekal bagi hidup kekalnya..