• Tidak ada hasil yang ditemukan

Hubungan Antara Kepimpinan Transformasio. pdf

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Hubungan Antara Kepimpinan Transformasio. pdf"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

130

Kepimpinan Transformasional Pengetua dengan

Penglibatan Guru dalam Membuat Keputusan di Sekolah

Norazlinda Saad & Surendran Sankaran

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara galakan pengetua dan penglibatan guru dalam membuat keputusan. Kajian ini berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Populasi kajian ini adalah guru-guru SMK Berpencapaian Tinggi di Negeri Kedah dan seramai 480 orang guru dipilih sebagai sampel dengan menggunakan kaedah persampelan rawak. Satu set soal selidik yang diadaptasikan dari kajian-kajian lepas telah digunakan sebagai instrumen untuk mengutip data. Analisis kajian sebenar menunjukkan instrumen kajian ini mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu α=0.94. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan korelasi pearson. Dapatan menunjukkan tahap penglibatan guru dalam membuat keputusan di sekolah berpencapaian tinggi berada pada tahap rendah, manakala tahap galakan pengetua adalah tinggi. Dapatan juga menunjukkan terdapat hubungan yang signiikan antara galakan pengetua dengan penglibatan guru dalam membuat keputusan. Dapatan ini menggambarkan bahawa guru-guru di sekolah berpencapaian tinggi menunjukkan penglibatan yang tinggi dalam dimensi membuat keputusan apabila terdapat pengaruh daripada galakan pengetua dalam membuat keputusan.Oleh itu, guru-guru perlu diberi peluang yang seimbang dalam proses membuat keputusan. Peluang tidak seharusnya dibatasi dengan kriteria-kriteria tertentu.Hal ini adalah bagi memastikan keputusan tersebut dapat diterima dan dilaksanakan oleh setiap warga sekolah dengan lebih efektif.

Kata kunci: Galakan Pengetua, Penglibatan Guru, Pembuatan Keputusan

ABSTRACT

his studyaimstoidentify therelationshipbetween theencouragement by Principals and theteacher involvement in decision making. This is a descriptive study by way of a survey research. hepopulationinvolved are the teachers in high achieving SMKs in Kedah and 480teacherswas chosen randomly. he questionnaires were adapted from other resources was used to collect data. he analysis done subsequently showed that the items in the study have a reliability coeicient of 0.94. he data was analyzed using descriptive statistics and correlation testing.he study showed that while the role of teachers in decision making is at a low level, the encouragement by Principals is at a high level. he study also shows that the variable encouragement by Principals has a signiicant relationship with of teachers involved in decision making. On the whole the study showed that teachers needed be given ample opportunities in the decision making process so as to raise their commitments. hey should also not be burdened with other criteria. hisistoensurethatdecisionscan be acceptedandimplementedbyeachschool communityefectively.

(2)

PENGENALAN

Kajian tentang membuat keputusan secara kolaboratif (consensus, shared, group, participative, collaborative, collective, team decision making) telah bermula sejak 1948 (Conway, 1976) dan telah berjaya meningkatkan produktiviti organisasi (Hoy & Miskel, 2001). Dalam hal ini, penglibatan pemimpin bersama subordinat dikatakan amat kritikal (Hoy & Miskel, 2001).

Pengetua adalah pemimpin formal kepada organisasi sekolah. Namun demikian, pada hakikatnya dalam mencapai matlamat sesebuah sekolah, kepimpinan sekolah bukanlah digalas oleh pengetua sahaja tetapi turut melibatkan guru-guru yang berkhidmat di sekolah berkenaan (Peretomode, 2007). Hal ini adalah kerana sebagai sebuah organisasi yang berkesan, sekolah memerlukan penglibatan yang berterusan daripada guru-guru untuk membuat keputusan berkenaan dengan sekolah dan bilik darjah.

Penyataan Masalah

Proses membuat keputusan oleh guru seringkali dikaitkan dengan corak kepimpinan pengetua sebagai pengurus, pentadbir dan pemimpin sekolah, corak tindakan yang diambil oleh guru-guru serta proses dan prosedur yang ditetapkan (Nooraini Kamaruddin, 1998). Tuntasnya, proses membuat keputusan di sekolah dikatakan mempunyai hubung kait dengan penglibatan guru-guru (Duke, Shower & Imber, 1980; Nooraini Kamaruddin, 1998; Rice & Schneider, 1994; Hoyle, 2003); dan kesediaan guru-guru itu sendiri untuk terlibat dalam proses membuat keputusan (Rice & Schneider, 1994; Nooraini Kamaruddin, 1998; Hoyle, 2003; Ahmad Zabidi, 2005).

Namun demikian, dalam konteks pengurusan sekolah, amalan penglibatan guru dalam membuat keputusan secara kolaboratif amat terbatas (Rice & Schneider, 1994; Nooraini Kamaruddin, 1998; Hoyle, 2003; Greenlee & Bruner, 2005; Asefa Abahumna, 2010). Hal ini adalah kerana tugas dan tanggungjawab guru-guru seolah-olah dibatasi dalam ruang pengajaran dan pembelajaran dan bilik darjah sahaja. Kajian yang dilakukan oleh Teng Lung Kiu (2006) terhadap 376 guru dari 18 buah sekolah menengah di Kuching dan Samarahan, Sarawak mendapati tahap penglibatan guru dalam membuat keputusan adalah sederhana. Dapatan ini disokong dengan kajian oleh Mohd Anuar Abdul Rahman, Azizi Yahaya dan Hamdan Zainal Afuad (2004) yang mendapati pengurus pertengahan menunjukkan tahap penglibatan yang sederhana dalam membuat keputusan. Mereka hanya dilibatkan dalam hal-hal yang berkaitan dengan murid sahaja.

Habib Mat Som dan Megat Ahmad Kamaluddin Megat Daud (2008) mendapati guru-guru tidak diberi peluang untuk menyumbang idea dalam membuat sesuatu keputusan. Dalam hal ini, pengetua sepatutnya dapat membimbing guru-guru agar patuh kepada peraturan kurikulum. Namun begitu, pengetua tidak mampu mengendalikan pengurusan kurikulum seorang diri di sekolah. Pengetua memerlukan orang lain untuk membantunya merancang, mengendalikan, menyelia, menilai pelaksanaan dan keberkesanan segala aktiviti yang dilakukan oleh panitia (Norhayati Azmi, 2006). Justeru, sokongan yang penuh daripada pihak pengurusan amat diperlukan.

(3)

Objektif Kajian

1. mengenal pasti tahap galakan pengetua dan tahap penglibatan guru dalam membuat keputusan.

2. mengkajihubungan antara galakan pengetua dengan penglibatan guru dalam membuat keputusan.

TINJAUAN LITERATUR

Kepimpinan Transformasional dan Galakan Pengetua dalam Membuat Keputusan

Kepimpinan transformasional menekankan kepada konsep kerja sepasukan, mewujudkan iklim kerja yang kondusif serta menggalakkan penglibatan subordinat dalam proses membuat keputusan bagi kebaikan organisasi dan mengamalkancara baru dalam memimpin organisasi (Burns, 1978). Nursuhaila (2007) menjelaskan bahawa kepimpinan transformasi memusatkan tumpuan kepada membina matlamat yang dikongsi bersama, meningkatkan komunikasi serta membuat keputusan secara kolaboratif. Hoy dan Miskel (2005) berpendapat pemimpin sekolah perlu mengimplementasikan model kepimpinan transformasional di sekolah.Pendapat ini disokong oleh Marks dan Printy (2003) yang mengkaji kolaborasi antara kepimpinan pengajaran dan kepimpinan transformasional yang dilaksanakan di sekolah. Mereka mendapati amalan kepimpinan transformasional membantu dalam meningkatkan kualiti pedagogi dan prestasi pelajar di sekolah.

Lokman Mohd Tahir dan M. Al-Muzammil Yassin (2008) dan Eisenberger, Huntington, Hutchison dan Sowa (1986) menyatakan sokongan organisasi sebagai kepercayaan seseorang dari segi sumbangan dan kebajikan yang diharapkan atau diterima daripada majikan atau organisasinya. Dalam kajian ini, galakan pengetua bermaksud pengetua menyatakan kesediaan dan sokongan serta mempunyai interaksi dengan guru untuk melibatkan mereka ketika membuat keputusan.

Sergiovanni (2001) mendapati pemimpin yang bersikap menyokong akan menjalin hubungan yang baik dengan subordinat. Pemimpin perlu mempunyai kemahiran membimbing urus perbincangan supaya saluran idea tetap ada dan tidak menimbulkan konlik. Kemahiran pemimpin sekolah membimbing hala tuju dan gaya perbincangan akan mempengaruhi semangat dan komitmen guru terhadap penglibatan dalam membuat keputusan secara kolaboratif.Kajian oleh Hoy dan Miskel (2001) turut mendapati peluang untuk berkongsi dalam pembentukan dasar atau polisi adalah faktor yang penting dalam menaikkan semangat guru dan kecintaan mereka terhadap sekolah. Penglibatan guru dalam proses pembuatan keputusan adalah berkait secara positif terhadap kepuasan kerja guru. Didapati guru-guru lebih menyukai pengetua yang menggalakkan penglibatan mereka ketika proses pembuatan keputusan.

(4)

Penglibatan Guru dalam Membuat Keputusan

Bogler dan Somech (2005) mendeinisikan penglibatan sebagai satu aksi untuk mengambil bahagian. Ia bermaksud bahawa proses membuat keputusan secara kolaboratif merupakan jalinan satu sistem komunikasi yang berkesan. Hal ini adalah kerana melalui penglibatan yang menyeluruh daripada ramai subordinat dalam pembentukan dasar atau polisi akan menyebabkan lebih ramai yang akan memahami dasar tersebut dengan lebih baik dan seterusnya dapat melaksanakannya dengan berkesan. Pashiardis (1994) berpendapat guru akan mengambil peranan yang lebih baik dalam keseluruhan kejayaan sekolah sekiranya mereka aktif dalam proses membuat keputusan. Peningkatan penyertaan guru dalam pembuatan keputusan akan menghasilkan polisi sekolah dan pengurusan yang lebih peka kepada keperluan masyarakat.

Kajian oleh Ahmad Zabidi (2005) mendapati apabila pengetua memberi peluang kepada para guru untuk membuat keputusan maka komitmen guru untuk menjayakan program lebih terserlah. Manakala Ferris (1992) dan Lashway (1997) pula menyatakan bahawa guru-guru patut dilibatkan dalam proses membuat keputusan di sekolah kerana mereka adalah orang yang paling dekat dengan murid-murid dan berada pada kedudukan yang baik untuk menentukan keperluan dan kebolehan murid.

Oleh itu, penglibatan guru dalam membuat keputusan bersama dengan pengetua bukan sahaja memberi guru rasa terpengaruh untuk membuat keputusan tetapi memberi mereka pengetahuan akan kepentingan sesuatu keputusan/tindakan itu dibuat.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Populasi kajian ini adalah guru-guru SMK Berpencapaian Tinggi di Negeri Kedah. Seramai 480 orang guru dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan rawak. Pemilihan sampel kajian ini adalah berdasarkan kepada dua kriteria iaitu sampel yang dipilih terdiri daripada guru yang terlatih dan telah berkhidmat di bawah pengetua berkenaan sekurang-kurangnya selama satu tahun.

Dalam kajian ini, satu set soal selidik telah digunakan sebagai alat ukur untuk mengutip data. Soal selidik kajian ini diadaptasikan dari kajian-kajianlepas.Analisis kajian sebenar menunjukkan soal selidik ini mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu α=0.94. Jadual 1 menunjukkan sumber soal selidik kajian ini.

Jadual 1: Instrumen Kajian

Variabel Bil.Item Sumber

Galakan Pengetua 25 Lokman Mohd Tahir, Hamdan Said, Rosni Zamuddin Shah Sidek, M. Al-Muzammil Yassin dan Sanitah Mohd Yusof (2008) Penglibatan Guru dalam

Membuat Keputusan

26 Zulkali Kamaruddin (2007)

(5)

DAPATAN KAJIAN

Tahap Penglibatan Guru dalam Membuat Keputusan

Bagi menilai tahap penglibatan guru dalam membuat keputusan, analisis berdasarkan perbezaan min skor antara skala penglibatan sebenar dengan skala keinginan penglibatan (Zulkafli Kamaruddin, 2007) telah dijalankan dan dapatannya dipaparkan dalam Jadual 2.

Jadual 2: Tahap Penglibatan Guru dalam Membuat Keputusan

Min SP

Penglibatan Sebenar (PS) 3.10 0.82 Keinginan Penglibatan (KP) 4.08 0.55

Dapatan (Jadual 2) menunjukkan bahawa penglibatan guru dalam membuat keputusan yang terlibat dalam kajian ini adalah berada pada tahap rendah iaitu –0.98 (Tahap Penglibatan = 3.10 – 4.08). Tahap Penglibatan Rendah merujuk kepada keadaan apabila nilai skor perbezaan adalah negatif (skor min penglibatan sebenar dalam membuat keputusan adalah kurang daripada skor min penglibatan yang diingini).

Tahap Galakan Pengetua

Jadual 3 menunjukkan tahap galakan pengetua dianalisis dengan menggunakan nilai skor min yang diperoleh. Tahap galakan pengetua yang diperoleh dikategorikan berdasarkan kepada dua tahap iaitu tahap galakan pengetua rendah sekiranya nilai skor min adalah di antara “1.00 hingga 3.00”. Manakala tahap galakan pengetua tinggi jika skor min adalah di antara “3.01 hingga 5.00”.

Jadual 3: Tahap Galakan Pengetua

Min SP

Galakan Pengetua 3.37 0.72

Berdasarkan kepada Jadual 3, tahap galakan pengetua adalah “tinggi” kerana nilai min yang diperoleh adalah 3.37. Tahap galakan pengetua yang tinggi berada dalam skor min antara 3.01 hingga 5.00.

Hubungan antara Galakan Pengetua dengan Penglibatan Guru dalam Membuat Keputusan

Jadual 4: Hubungan antara Galakan Pengetua dengan Penglibatan Guru dalam Membuat Keputusan

Penglibatan Guru dalam Membuat Keputusan

r Sig.

Galakan Pengetua .257** .000

Sig. pada p<.05

(6)

menjelaskan bahawa apabila tahap Galakan Pengetua adalah tinggi,Tahap Penglibatan Guru Dalam Membuat Keputusan juga adalah tinggi dan sebaliknya.

PERBINCANGAN

Tahap Galakan Pengetua

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap galakan pengetua dalam membuat keputusan adalah tinggi. Namun demikian, kajian ini tidak menyokong kajian Harrison (1998) yang mendapati guru besar di sekolah rendah memberikan pengaruh yang rendah kepada pihak kementerian pelajaran di Israel berbanding pengetua sekolah menengah. Keputusan ini menjelaskan bahawa apabila galakan pengetua adalah tinggi, guru-guru lebih bermotivasi untuk melaksanakan kerja-kerja kolaboratif termasuk dalam aktiviti membuat keputusan (Ishak Sin, 1993). Malah dapatan ini tidak menghairankan kerana menurut Bity Salwana, Ahmad Basri, Ramlee Mustapha dan Mohammed Sani (2009), kebanyakan pengetua mengakui memberi sokongan padu terhadap pelaksanaan kurikulum dengan menghadirkan diri dalam mesyuarat kurikulum atau mesyuarat panitia serta memperlihatkan sikap mengambil berat program-program kurikulum yang dijalankan.

Tahap Penglibatan Guru dalam Membuat Keputusan

Analisis berdasarkan perbezaan min skor antara skala penglibatan sebenar dengan skala keinginan penglibatan menunjukkan bahawa tahap penglibatan guru di sekolah berpencapaian tinggi berada pada tahap rendah. Dapatan ini selari dengan beberapa dapatan dalam kajian-kajian lain sama ada dalam dan luar negara (Duke, Shower & Imber, 1980; Rice & Schneider, 1994; Nooraini Kamaruddin, 1998; Hoyle, 2003; Rahmad Sukor Ab. Samad & Norliza Shoib, 2006) yang menyatakan bahawa penglibatan guru di sekolah berpencapaian tinggi adalah rendah disebabkan oleh sekolah-sekolah tersebut menekankan kepada akademik semata mata. Data pencapaian prestasi murid dan tanggungjawab guru-guru adalah penting untuk diambil kira serta digabungkan untuk menuju ke arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.

Hubungan antara Galakan Pengetua dengan Penglibatan Guru dalam Membuat Keputusan Dapatan menunjukkan Galakan Pengetua mempunyai hubungan yang signifikan dengan Penglibatan Guru dalam Membuat Keputusan. Dapatan ini menggambarkan bahawa guru-guru di sekolah berpencapaian tinggi menunjukkan penglibatan yang tinggi dalam dimensi membuat keputusan apabila terdapat pengaruh daripada galakan pengetua dalam membuat keputusan. Dapatan ini selari dengan kajian oleh Mualuko, Mukasa dan Judy (2009) yang mendapati guru-guru yang diberi galakan untuk terlibat dalam membuat keputusan secara kolaboratif lebih komited terhadap proses pengajaran dan pembelajaran berbanding rakan-rakan mereka yang lain. Guru-guru menjadi lebih komited apabila pendapat mereka didengar dan mereka turut terlibat dalam membuat keputusan di sekolah. Sebaliknya, mereka akan berasa terpinggir apabila tidak terlibat dalam proses membuat keputusan dan menjadikan mereka tidak komited kepada sekolah dan pembelajaran murid (Insim-Park, 2005). Justeru, guru-guru harus diberi lebih ruang dan peluang untuk turut terlibat dalam proses membuat keputusan di sekolah (Norhayati Azmi, 2006).

(7)

kolaboratifmampu mempengaruhi tahap penglibatan guru dalam membuat keputusan dan kepercayaan guru terhadap pengetua.

Implikasi Kajian

Dapatan kajian yang menunjukkan bahawa tahap penglibatan guru dalam membuat keputusan di sekolah berpencapaian tinggi adalah rendah dalam bidang pengurusan kurikulum, kepentingan strategi penglibatan adalah diperlukan dalam pengurusan sekolah yang dikaji. Sehubungan itu, satu perubahan harus dilakukan terhadap budaya pengurusan sekolah. Pergantungan kepada sistem birokrasi harus dikurangkan. Walaupun secara formalitinya struktur organisasi mungkin dikekalkan tetapi amalan dan budaya pengurusan secara keseluruhannya mestilah bersifat kemanusiaan yang mengambil kira pandangan, kepakaran dan kewibawaan guru di peringkat pelaksanaan.

Sementara kepada pembuat dasar, khususnya KPM perlu memberikan perhatian yang sepenuhnya dalam memastikan keberkesanan proses pembuatan keputusan di sekolah dengan melibatkan pihak pentadbir dan guru-guru dalam membuat keputusan secara bersama. Pihak kementerian juga harus mengadakan bengkel atau kursus untuk memberi pendedahan kepada pengetua dan guru-guru berkenaan dengan peranan mereka dalam proses pembuatan keputusan. Para pengetua juga perlu diberi pendedahan tentang pendekatan-pendekatan yang boleh digunakan untuk menggalakkan guru-guru terlibat dalam proses pembuatan keputusan di sekolah.

Cadangan Kajian Lanjutan

Kajian lanjutan boleh menggunakan soal selidik kajian ini ke atas populasi yang berbeza dari segi tempat dan juga unit kajian. Kajian boleh dijalankan di seluruh negara dengan melibatkan guru-guru sama ada dari sekolah menengah atau dari sekolah rendah. Selain itu, unit kajian yang dicadangkan adalah guru-guru yang terlibat dengan pentadbiran.

Kajian perbandingan juga boleh dilakukan antara jenis-jenis sekolah luar bandar dan bandar, sekolah jenis kebangsaan dengan sekolah kebangsaan, sekolah menengahdan sekolah rendah atau sekolah kerajaan dengan swasta.

Dalam kajian ini, penyelidik hanya menggunakan instrumen soal selidik sahaja. Kajian lanjutan dicadangkan supaya menggunakan kaedah kualitatif lain seperti kaedah pemerhatian atau temubual untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap dan menyokong dapatan kajian.

KESIMPULAN

(8)

untuk turut melibatkan diri dalam proses membuat keputusan tetapi pengetua mempunyai akauntibiliti dan keputusan terakhir masih di tangannya. Justeru, kepimpinan pengetua adalah penting memandangkan setiap keputusan yang dibuat akan memberi implikasi kepada warga sekolah khususnya murid dan guru.

RUJUKAN

Abdul Ghani Abdullah. (2005). Kepimpinan transformasi pengetua dan penggantian kepimpinan sebagai penentu komitmen terhadap organisasi dan perlakuan warga organisasi pendidikan. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 20, 53-68.

Ahmad Zabidi Abdul Razak. (2005). Kepimpinan berasaskan permuafakatan ke arah peningkatan budaya mengkaji di kalangan guru. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan. 15-16 September 2005. Sarawak: Institut Perguruan Batu Lintang.

Asefa Abahumna. (2010). he level of teachers. participation in decision making process at higher educational institutions: A case of Adama University. International Journal of Educational Administration, 2 (3), 271-282.

Bity Salwana Alias, Ahmad Basri Md Yussof, Ramlee Mustapha & Mohammed Sani Ibrahim. (2009). Analisis kompetensi pengetua berdasarkan kualiti peribadi, pengetahuan, kemahiran dan amalan dalam bidang pengurusan sekolah menengah Malaysia. Seminar Pendidikan Serantau ke4 dan Pertandingan Penyelidikan Nusantara 2009. 18-21 Mei 2011. Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan. Bogler, R., & Somech, A. (2005). Organizational citizenship behavior in school: How does it relate to

participation in decision making?. Journal of Educational Administration. 43 (5), 420-438. Burns, J.M.(1978).Leadership.New York: Harper & Row.

Duke, D. L., Shower, B. K., & Imber, M. (1980). Teachers and shared decision making: he cost and beneit of involvement. Educational Administration Quarterly, 16 (1), 93-106.

Eisenberger, R., Huntington, P., Hutchison, J., & Sowa, V. (1986). Perceived organizational support. Journal of Applied Psychology, 71, 500-507.

Ferris, J. M. (1992). School-Based decision making: A principal-agent perspective. Journal of Research and Development In Education, 14 (4), 333-346.

Greenlee, B. J., & Bruner, D. Y. (2005). Educational leadership students as teacher leaders. Wingspan, 1 (1), 46-49.

Habib Mat Som &Megat Ahmad Kamaluddin Megat Daud.(2008). Globalisasi dan Cabaran Pendidikan di Malaysia.Masalah Pendidikan, 31 (1), 91-101.

Harrison, J. (1998). School governance: Is the clash between teachers and principal inevitable. Journal of Educational Administrative, 36, 9-82.

Hoy, W. K., & Miskel, C. G. (2001). Educational administration: heory practice and research. New York: McGraw-Hill Inc.

Hoy, W. K., & Miskel, C.G. (2005). Educational administration: heory, researchand practice (7th ed.). New York. McGraw Hill.

Hoyle, E. (2003). Teacher involvement in school decision-making: A comparative perspective.Diakses dari http://el.usm.my/academic/spoo/06e1.pdf, pada 25 Januari 2008 pada 7 pagi.

Ishak Sin. (1993). Perkaitan antara kepimpinan pengetua dengan tahap motivasi guru. Tesis Sarjana Yang Tidak Diterbitkan. Fakulti Pendidikan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

(9)

Lokman Mohd Tahir, Hamdan Said, Rosni Zamuddin Shah Sidek, M. Al-Muzammil Yassin & Sanitah Mohd Yusof. (2008). Analisis kepemimpinan pengetua sekolah menengah di Johor. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Lokman Mohd Tahir & M. Al-Muzammil Yassin. (2008). Impak psikologi guru hasil kepimpinan pengetua.

Jurnal Teknologi, 48 (E), 129-139.

Marks, H.M. & Printy, S. M. (2003). Principal leadership and school performance:Integrating transformational and instructional leadership.Educational Administration Quarterly,39(3),370-397. Mohd Anuar, Lokman Mohd Tahir & M. Al-Muzammil Mohd Yasin. (2009). Pengurusan pertengahan:

Peramal kepemimpinan kerja berpasukan guru kanan mata pelajaran terhadap kepuasa kerja, keeratan, komitmen dan prestasi ketua panitia. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-16 pada 19-23 Julai 2009, Auditorium Dato’ Razali Ismail. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki.

Norhayati Azmi. (2006). Hubungan antara komitmen ahli pasukan dengan keberkesanan pasukan kerja dalam jabatan sains dan matematik di daerah Tumpat. Tesis Sarjana Muda Yang Tidak Diterbitkan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Nooraini Kamaruddin. (1998). Hubungan antara pengetua dan guru dalam membuat keputusan kurikulum: Satu kajian di sekolah-sekolah berasrama penuh di Wilayah Persekutuan. Tesis Sarjana Yang Tidak Diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Nursuhaila Ghazali.(2007). Tahap amalan kepimpinan transformasi dalam kalangan pengetua SekolahMenengah Bandar Tangkak. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Pashiardis, P. (1994). Teacher participating in decision making. International Journal of Educational Management, 8, 14-17.

Rahmad Sukor Ab. Samad & Norliza Shoib. (2006). Amalan kolaboratif dalam pembuatan keputusan dalam kalangan guru sekolah menengah di Kuala Lumpur. Jurnal Pendidikan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Rice, E. M., & Schneider, G. T. (1994). A decade of teacher empowerment: An empirical of teacher involvement in decision making 1980-1991. Journal of Education Administration, 32, 43-58.

Sergiovanni, T. J. (2001). Leadership: What’s in it for schools?. London: Routledge.

Teng Lung Kiu. (2006). Pengaruh faktor terpilih terhadap eikasi-kendiri guru sekolah menengah di negeri Sarawak. Tesis Doktor Falsafah Yang Tidak Diterbitkan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Ware, H., & Kitsantas, A. (2007). Teacher and collective eicacy beliefs as predictors of professional commitment. Journal of Educational Research, 100, 303-310.

Welsh, J., Nunez, W., & Petrosko, J. (2005). Faculty and administrative support for strategic planning: A comparison of two and four year institutions. Community College Review, 32 (4), 20-39.

Zulkali Kamaruddin. (2007). Penglibatan guru dalam membuat keputusan, sokongan organisasi dan komitmen kerja. Tesis Sarjana Yang Tidak Diterbitkan. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Norazlinda Saad

Universiti Utara Malaysia

azlinda@uum.edu.my/019-5633112

Surendran Sankaran

Universiti Utara Malaysia

Referensi

Dokumen terkait

Dari hasil uji diatas diperoleh bahwa jumlah kredit yang disalurkan berpengaruh terhadap laba dikarenakan hasil keuntungan yang diperoleh dalam bentuk bunga pinjaman

Pengaruh Disiplin Kerja, Pelatihan Kerja, dan Kemampuan Kerja Terhadap Prestasi Kerja Karyawan Variabel-variabel independen penelitian yaitu disiplin kerja, pelatihan kerja,

Foto-foto yang menjadi ilustrasi tersebut secara tidak langsung mengajarkan kepada para murid pada masa itu bahwa ada wilayah lain beserta penduduknya yang sebenarnya

Meskipun tidak memiliki gambaran yang jelas tentang mekanisme efek ukuran partikel pada aktivitas antimikroba kitosan nanopartikel, namun dari hasil penelitian

After an average follow-up of 37 months, complete favorable response was recorded in 13 (62%) patients, progression in three (14%) patients, relapse in one (4%) patient, while

Dari hasil analisis mengenai pemberdayaan masyarakat melalui kegiatan pengelolaan sampah dalam Program Kampung Iklim di Desa Mojodeso dari penjelesan sebelumnya

Kesimpulan yang dapat diambil berdasarkan hasil penelitian adalah ada pengaruh yang positif dan signifikan baik secara sendiri-sendiri maupun bersama-sama dari