• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENDIDIKAN KHAS DI LUAR NEGARA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENDIDIKAN KHAS DI LUAR NEGARA"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

PENDIDIKAN KHAS DI LUAR NEGARA

Seperti juga di Malaysia, pada peringkat permulaannya pelaksanaan pendidikan khas di

barat, khususnya di Britain dan di Amerika tidak begitu mendapat perhatian. Namun,

berbanding di Malaysia perkembangan dan pembangunan di negara barat lebih cepat dan

maju. Perbincangan seterusnya difokuskan di Britain dan Amerika supaya anda dapat

membandingkan perkembangan dan pembangunannya dengan apa yang berlaku di

Malaysia.

Di Malaysia, kepesatan pembangunan pendidikan khas bermula apabila Akta Pendidikan

1996 diwartakan dan di Amerika apabila Public Law 1975 diperkenalkan. Manakala di

Britain pengumuman Warnock Report 1978 merancakkan perkembangan pendidikan

khas. Kedua-dua negara tersebut mendahului lebih kurang 20 tahun lebih awal daripada

Malaysia yang kesannya amat besar dari aspek pertumbuhan dan perkembangan serta

kemajuan dalam pendidikan khas. Dalam hal ini, selain daripada kesedaran masyarakat

terhadap pendidikan khas, peranan undang-undang atau polisi pemerintah merupakan

penggerak utama untuk membangunkan pendidikan khas. Sebagai perbandingan, kita

akan teliti secara umum perkembangan dan pembangunan pendidikan khas di Amerika

dan di Britain.

Perkembangan Pendidikan Khas di Amerika Syarikat

(2)

terbaik semasa beliau di sekolah rendah dan sekolah menengah. Beliau telah memasuki

universiti dan memperolehi ijazah sarjana muda dan kini bekerja walaupun dianggap

seorang yang kurang upaya. Michael terdiri daripada ramai orang kurang upaya yang

berjaya akibat daripada kelulusan undang-undang terkenal pada tahun 70-an. Pada 29

Novermber, 1975 Kongres (atau Parlimen) Amerika Syarikat meluluskan Public Law 94-142yang dahulunya dikenali sebagai Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-Kanak Cacat (Education for All Handicapped Children Act). Undang-undang ini menjamin bahawa setiap individu di

antara umur 3 hingga 21 tahun akan menerima pendidikan percuma dalam persekitaran yang seberapa boleh tidak menghalang perkembangan intelek mereka. Undang-Undang ini memberi kuasa kepada negeri-negeri (Amerika Syarikat terdiri daripada 50 negeri) dan pihak berkuasa tempatan melindungi hak serta memenuhi keperluan bayi, kanak-kanak dan belia yang kurang upaya serta keluarga mereka. Melalui undang-undang ini, kanak-kanak yang kurang upaya dibenarkan belajar bersama dengan kanak-kanak normal atau biasa. Bagaimana pun, sekiranya kekurangan upaya kanak-kanak itu melampaui dan didapati dia tidak akan maju dalam kelas biasa, dia ditempatkan dalam kelas khas. Setiap sekolah disediakan dengan seorang Guru Pendidikan Khas.

Pada tahun 1990, Public Law 94-142 diberi nama baru dan diperluaskan. Kini ia panggil

Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya (Individu Kurang Upaya Akta Pendidikan, Public

Law 94-476) atau lebih dikenali dengan singkatan IDEA. Undang-undang in menunjukkan

betapa penting hak orang kurang upaya dilindungi. Antara yang ditekankan ialah:

�� Penyediaan pendidikan percuma dan pendidikan bercorak awam yang sesuai kepada kanak-kanak berkeperluan khas (Provide a free and appropriate public education). Hal ini bermakna tidak ada sebarang bayaran dikenakan ke atas kanakkanak khas terhadap persekolahan mereka. Semuanya dibiayai oleh kerajaan yang mendapat hasil daripada sistem percukaian negara, yang

kemudiannya disalurkan kepada sekolah dan kanak-kanak ini.

(3)

menghalangkan mereka untuk berkembang (Educate children in the least restrictive environment). Hal ini membawa pengertian bahawa tidak ada pengasingan sama ada dalam bentuk sekolah atau kelas dalam pelaksanaan pendidikan khas. Kanakkanak khas boleh belajar di dalam sekolah awam biasa dan di dalam kelas kanakkanak biasa. Pendidikan bercorak sebegini dikenali sebagai “pendidikan inklusif”

�� Kanak-kanak khas dilindungi daripada sebarang elemen bercorak diskriminasi dalam

penilaian pendidikan (Protection against discrimination in testing). Penilaian pendidikan dilaksanakan dalam pelbagai cara. Namun dengan terlaksananya undang-undang ini, penilaian ke atas kanak-kanak khas hendaklah mengambil kira ciri-ciri yang ada pada kanak-kanak khas dan hendaklah disesuaikan dengan kecacatan atau kekurangan mereka.

�� Penglibatan ibu bapa dalam merancang dan menentukan perkembangan pendidikan

setiap murid. Memberi dan membuka ruang kepada ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak khas untuk melibatkan diri dalam merancang dan menentukan perkembangan pendidikan untuk anak-anak mereka. Hal ini tidak diberikan penumpuan sebelum ini.

�� Penyediaan rancangan pendidikan individu bagi setiap murid khas, iaitu guru pendidikan khas dikehendaki menyediakan rancangan pendidikan individu bagi setiap murid khas dengan mengikut prosedur yang ditetapkan. Hal ini bagi membolehkan guru merancang objektif yang hendak dicapai oleh murid khas dalam satu-satu jangka masa tertentu semasa kanak-kanak khas ini bersekolah dengan mengambil kira potensi dan kekurangan seseorang kanak-kanak khas. Dalam hal ini konsep ‘kolaboratif’ dalam pendidikan diamalkan iaitu satu konsep yang mana pelbagai pihak seperti ibu bapa, kaunselor dan guru, terlibat sama dalam merancang

pendidikan murid-murid khas. Sebelum IDEA, ramai kanak-kanak seperti Michael tidak diberi peluang pendidikan Contohnya, pada tahun 1970, hanya seorang daripada lima kanak-kanak kurang upaya berpeluang pergi ke sekolah.

Kebanyakkan negeri-negeri di Amerika Syarikat mempunyai undang-undang yang tidak membenarkan kanak-kanak pekak, buta, kecelaruan emosi atau kerencat mental menghadiri sekolah biasa. Oleh kerana IDEA, kini program intervensi awal disediakan untuk lebih 200,000 bayi dan kanak-kanak kurang upaya dan

pada tahun 2000 di Amerika Syarikat. Kira-kira-kira 6.5 juta kanak-kanak dan belia

(4)

Lebih ramai pelajar kurang upaya menghadiri sekolah di kawasan perumahan masingmasing

yang dahulunya tidak terbuka untuk mereka. Pelajar kurang upaya yang belajar dalam kelas atau bangunan terasing telah berkurangan dan kini belajar bersama dengan

pelajar lain. IDEA dilihat sebagai satu pembaharuan yang mana pendidikan untuk kanak-kanak

berkeperluan khas diberi perhatian yang lebih khusus. Melalui akta ini juga konsep ‘pendidikan untuk semua’ dan ‘pendemokrasian pendidikan’

diperkemaskan dan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak khas dilibatkan sama dalam perancangan keperluan pendidikan anak-anak mereka. Di samping itu konsep ‘kolaborasi’ dalam pendidikan yang membabitkan pihak dalam pelbagai kepakaran disepadukan untuk kepentingan masa depan kanak-kanak berkeperluan khas. Akta ini juga dijadikan asas panduan dalam pelaksanaan pendidikan khas di sesetengah negara lain.

Perkembangan Pendidikan Khas di Britian

Pada tahun 1974, Jawatankuasa Inkuiri Pendidikan Kanak-kanak Cacat Warnock ditubuhkan dengan tujuan mengkaji semula pendidikan khas di Britain. Laporan Warnock yang diumumkan pada 1978 banyak mempengaruhi perkembangan dan pembangunan pendidikan khas di Britain. Walaupun cadangan-cadangan yang dikemukan dalam laporan itu tidak dilaksanakan serta merta tetapi laporan Warnock dijadikan asas dalam pelaksanaan pendidikan khas dan cadangan-cadangan yang dikemukan dimasukkan dalam akta pendidikan pada tahun-tahun berikutnya. Umpamanya, sebelum laporan ini dikemukakan, konsep pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas adalah berasaskan kepada ‘pengasingan’ iaitu kanak-kanak

berkeperluan khas belajar di sekolah khas yang menyekat dan menghalang mereka daripada bergaul dengan kanak-kanak biasa. Laporan ini menekankan kepada konsep percampuran antara kanak-kanak berkeperluan khas dengan kanak-kanak biasa yang dikenali sebagai ‘integerasi’ atau ‘inklusif’ diperluaskan. Konsep integrasi atau inklusif menekankan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas perlu belajar di sekolah harian biasa dan berpeluang bergaul dengan kanak-kanak biasa. Dasar ini dilaksanakan dan diamalkan sehingga ke hari ini. Dasar ini juga dijadikan panduan kepada negara-negara lain dalam melaksanakan

pendidikan khas. Akta Pendidikan 1981 pula meletakkan kepentingan peranan ibu bapa dalam pelaksanaan pendidikan khas. Manakala Akta Kanak-kanak 1989 (Children’s Act, 1989) memperkukukan pelaksanaan pendidikan khas melalui dua perubahan yang ditekankan.

(5)

psikologi pendidikan membuat diagnosis ke atas keperluan mengikuti pendidikan dan ahli patologi bahasa membuat penilaian terhadap keupayaan berbahasa ke atas kanak-kanak berkeperluan khas. Apa yang jelas, akta ini memberi ruang kepada pelbagai pihak dengan pelbagai kepakaran dalam menentukan

pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas.

�� Keduanya, konsep ‘pengasingan’ tempat belajar kanak-kanak berkeperluan khas diganti dengan konsep integrasi atau inklusif iaitu kanak-kanak

berkeperluan khas belajar bersama dengan kanak-kanak biasa dalam sekolah dan kelas yang sama. Kedua-dua akta (Akta Pendidikan 1981 dan Akta Kanak-kanak 1989) tersebut telah mengambil kira cadangan-cadangan dalam Laporan Warnock. Hal ini selari dengan apa yang berlaku di Amerika. Perubahan yang berlaku berkait rapat dengan kesedaran masyarakat dan dasar semasa yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas di Britain.

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Dalam Bahasa Ingerís istilah ‘kanak-kanak bekeperluan khas’

dinamakan ‘children with exceptional needs’ atau secara ringkas ‘exceptional children’. Pelbagai istilah lain telah

digunakan untuk ‘kanak bekeperluan khas’ dan antaranya ialah; kanak-kanak istimewa (special children), kanak-kanak-kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak-kanak-kanak kurang upaya (children with disabilities), kanak-kanak cacat (handicapped children), kanak-kanak abnormal (abnormal children), kanak-kanak bermasalah (children with impairments) dan kanakkanak terbantut pertumbuhan atau perkembangan. Dalam sebuah kelas biasa, guru akan mengajar pelajar daripada pelbagai latar belakang dan budaya. Pelajar mungkin terdiri daripada keluarga berpendapatan tinggi dan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah. Begitu juga dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Mereka juga berlainan. Lihat Rajah 1.6 yang membentangkan tiga kes pelajar berkeperluan khas yang berlainan. Pelajar X boleh ditakrifkan sebagai bermasalah fizikal, Pelajar Y ditakrifkan sebagai bermasalah mental dan Pelajar Z boleh ditakrifkan sebagai bermasalah emosi dan tingkah laku. Sesetengah orang tidak begitu setuju kanak-kanak

berkeperluan khas dikategorikan dan diberi nama tertentu kerana ia mungkin mewujudkan persepsi stereotaip terhadap sesuatu kumpulan. Sebaliknya, mengkategorikan kanakkanak berkeperluan khas membolehkan seseorang mengkaji dengan mendalam sesuatu kategori. Ini akan menambahkan

kefahaman tentang ciri-ciri individu dalam sesuatu kategori dan langkah-langkah yang patut diambil untuk merealisasi potensi mereka.

(a) Bermasalah Fizikal

(6)

Sebaliknya, kanak-kanak yang menghadapi penyakit tulang belakang atau lumpuh perlu sokongan atau kerusi roda untuk bergerak. Mereka sukar bergerak seperti kanak-kanak biasa, malahan sesetengah daripada mereka tidak boleh mengurus diri sendiri tanpa bantuan orang lain. Kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis masalah fizikal yang dihadapi oleh

kanak-kanak berkeperluan khas. (b) Bermasalah Mental

Kanak-kanak yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca, mengira dan menulis pada tahap kanak-kanak normal mungkin menghadapi masalah

keupayaan mental yang rendah. Secara umum, mereka mempunyai keupayaan intelek atau IQ yang rendah. Mereka terdiri daripada kanak-kanak yang

menghadapi kerencatan mental. Dari segi fizikal, sesetengah antara mereka kelihatan sama seperti kanakkanak biasa. Sebaliknya, perbezaan dari segi fizikal dapat dilihat dengan ketara seperti mereka yang menghadapi sindrom Down. (c) Bermasalah Emosi

kanak bermasalah emosi kelihatan seperti kanak-kanak biasa. Kanak-kanak ini boleh dikenal pasti melalui pemerhatian dari segi emosi, hubungan sosial dan tingkah laku mereka. Antara ciri-ciri kanak-kanak bermasalah emosi ialah; gelisah dan bergerak ke sana sini, suka merosakkan harta benda sendiri dan orang lain, kerap bergaduh, tidak disukai oleh rakan, risau mengenai perkara yang kecil, berbahasa kasar, dan sebagainya. Senaraikan perbezaan yang nyata di antara kanak-kanak bermasalah fizikal, bermasalah mental dan bermasalah emosi.

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Semua kanak-kanak berbeza antara satu sama lain. Contohnya, dalam sebuah kelas biasa, kamu akan dapati kanak yang lebih tinggi daripada kanak-kanak lain, ada diantara mereka yang lebih cekap menyelesaikan masalah matematik, manakala ada yang lebih cepat menguasai kemahiran membaca. Lazimnya, setelah melalui suatu program pendidikan, beberapa perbezaan ini dapat dikurangkan. Bagaimana pun, terdapat sekumpulan kecil kanak-kanak yang mana ciri-ciri mental, fizikal atau emosi mereka berbeza daripada norma sehingga mereka memerlukan program pendidikan khas atau pendidikan yang khusus. Mereka ini dipanggil kanak-kanak berkeperluan khas (exceptional children) dan terdiri daripada kanak-kanak yang mengalami kesukaran belajar. Kanak-kanak pintar cerdas (gifted) yang mempunyai kebolehan yang jauh lebih tinggi daripada norma juga diklasifikasikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. Kedua-dua kumpulan pelajar ini memerlukan pengubahsuaian kepada kurikulum dan kaedah mengajar supaya mereka dapat merealisasi potensi mereka (Heward, 2003).

(7)

dilahirkan tanpa mempunyai keupayaan untuk melihat objek atau cahaya termasuk muka ibu bapa sendiri. Terdapat kanak-kanak yang mengalami

kesukaran memberi tumpuan atau mengala mi kerencatan mental sejak dilahir. Secara umumnya, kanak berkeperluan khas berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi ciri-ciri mental (pencapaian akademik), keupayaan deria (melihat dan mendengar), keupayaan berkomunikasi (menulis dan bertutur), tingkah laku (mengawal diri) dan emosi (bercampur gaul), dan ciri-ciri fizikal (bergerak dan menjaga diri sendiri). Walaupun istilahkurang

upaya dan kecacatan digunakan sebagai sama, kedua-dua istilah ini mempunyai maksud yang berlainan.

(a) Kurang upaya [atau Bermasalah] (disability or disorder) berlaku apabila sesuatuekurangan menghad individu berkenaan melakukan tugas harian atau kerja tertentu seperti berjalan kaki, melihat, mendengar atau pun menyelesai masalah matematik yang mudah seperti 10 + 5. Individu kurang upaya tidak cacat, kecuali kekurangan itu membawa kepada masalah pembelajaran,

masalah peribadi, masalah bercampur gaul masalah melakukan pekerjaan dan masalah-masalah lain (Heward, 2003). Contohnya, seorang kanak-kanak yang lumpuh pada kedua-dua kakinya tetapi boleh pergi ke sekolah menggunakan kerusi roda dan belajar bersama pelajar lain tidak cacat.

Istilah Definisi Kurang upaya (disability) Kecacatan (handicap) Sesuatu yang menghalang seseorang melakukan kerja tertentu yang dapat dilakukan oleh individu normal. Sesuatu kelemahan yang terdapat pada seseorang akhibat daripada sesuatu kekurangan yang menghadkan atau menghalang dia memenuhi peranan sebagai seorang yang normal.

(b) Kecacatan (handicap) merujuk kepada sesuatu masalah atau penghalang yang dihadapi oleh seorang kurang upaya apabila dia berinteraksi dengan alam sekeliling. Sesuatu jenis kecacatan mungkin menjadi masalah dalam suatu persekitaran tetapi tidak menjadi penghalang dalam persekitaran yang berlainan. Contohnya, seorang pelajar yang pekak mungkin berasa tercacat kerana sukar bermain alat muzik dalam pancaragam sekolah dengan kanak-kanak biasa. Sebaliknya, kanak-kanak-kanak-kanak yangsama tidak berasa tercacat ketika dalam makmal sains.

(

PERANAN PAKAR PERUBATAN DAN PAKAR PENDIDIKAN KHAS

Dari perspektif perubatan, kanak-kanak berkeperluan khas dilihat sebagai mengalamai kecacatan atau terdiri daripad kanak-kanak kurang upaya. Oleh itu pendekatan perubatan

(8)

Umpamanya, usaha ke atas kanak-kanak pekak dilakukan untuk memulih pendengaran

dan melatih mereka bertutur. Begitu juga usaha perubatan yang dilakukan ke atas kanakkanak

buta adalah untuk memulih penglihatan mereka dengan menggunakan pendekatan teknologi dan perubatan terkini yang pesat membangun dari semasa ke semasa. Pakar perubatan merupakan kumpulan profesional yang memainkan peranan penting dalam pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia. Klasifikasi kanak-kanak berkeperluan khas (exceptional children) yang dilakukan oleh ahli perubatan berasaskan kepada ciri-ciri perubatan. Pengesahan sama ada seseorang kanak-kanak perlu belajar di sekolah biasa atau sekolah khas

dilakukan oleh ahli perubatan.

1. Mengenal pasti kanak-kanak sama ada dari sekolah sendiri,

kawasanberhampiran,melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat ataupun hospital. 2. Guru pendidikan khas mengadakan perbincangan dengan ibu bapa untuk mengumpul maklumat awal diri murid dan memberikan borang penapisan kanakkanak pendidikan khas (KP /8530-PP /No 1.111) untuk dipenuhi.

3. Ibu bapa kemudiannya dikehendaki memenuhi segala butir-butir peribadi dan latar belakang murid.

4. Ibu bapa membawa kanak-kanak ke hospital untuk menerima pengesahan masalah kesihatan dan cadangan penempatan.

5. Borang yang lengkap akan diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Khas. 6. Jabatan Pendidikan Khas akan menempatkan kanak-kanak berkenaan ke sekolah atau kelas yang bersesuaian atau Jabatan Kebajikan Masyarakat. 7. Surat penempatan akan dihantar kepada ibu bapa.

8. Merekod pendaftaran.

Biasanya ahli perubatan akan menilai kanak-kanak berasaskan kecacatan atau kekurangan yang dimiliki berdasarkan ciri-ciri perubatan. Pakar perubatan menekankan kepada pemulihan daripada kecacatan atau kekurangan. Sebab atau punca kecacatan atau kekurangan diberi fokus utama dan cadangan untuk mengatasi kecacatan berkenaan diberikan. Pemuliharaan (rehabilitation)

(9)

mengurus diri sendiri dan mempunyai keupayaan untuk menerima pendidikan (educable) seharusnya diterima untuk bersekolah. Dalam pelaksanaan

pendidikan khas, tumpuan diberi kepada perkara-perkara berikut: (a) Penyampaian

Contohnya ialah bahasa isyarat bagi kanak-kanak pekak dan huruf Braille bagi pelajar buta.

(b) Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

Strategi pengajaran khusus yang sesuai dengan jenis kurang upaya. (c) Peralatan

Alat yang membantu proses pendidikan seperti alat bantuan pendengaran bagi kanak-kanak pekak dan mesin Brailler bagi mereka yang buta.

(d) Bilangan Pelajar dalam Kelas

Bilangan pelajar dalam kelas pendidikan khas di Malaysia ialah 5-10 murid. (e) Guru Pendidikan Khas Terlatih

Guru-guru dilatih khas untuk mengajar kanak-kanak bermasalah pembelajaran atau kanak-kanak bermasalah penglihatan.

(f) Pengubahsuaian Kurikulum

Kandungan kuríkulum diubah suai dengan mengambil kira jenis kurang upaya yang diajar.

(g) Aktiviti Kokurikulum

Disesuaikan dengan jenis murid khas.

KLASIFIKASI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Ramai pakar pendidikan khas di merata dunia, menggunakan klasifikasi yang dicadangkan oleh IDEA (1990) di Amerika Syarikat untuk mengklasifikasi kanak-kanak berkeperluan khas. IDEA (PL 105-117) mencadangkan 13 kategori kurang upaya (disability). Untuk tujuan kursus ini, kanak-kanak berkeperluan khas di kategorikan kepada 8 kategori sahaja. Untuk memudahkan perbincangan beberapa kategori telah dicantumkan.

(a) Kanak-kanak Kurang Upaya Pendengaran atau Bermasalah Pendengaran

Kanak-kanak kurang upaya pendengaran terbahagi kepada beberapa kumpulan berdasarkan tahap kehilangan deria pendengaran. Kehilangan deria

pendengaran dibezakan sama ada seseorang itu boleh mendengar bunyi

(10)

dikatakan sebagai mengalami kesukaran pendengaran (hard of hearing)

manakala individu yang hanya boleh mendengar bunyi pada 90 dB dan ke atas dikatakan sebagai pekak (deaf). Kehilangan deria pendengaran boleh

mempengaruhi pertuturan dan penguasaan bahasa. Ini secara langsung akan memberi kesan ke atas kebolehan membaca,

perkembangan tatabahasa dan kemahiran membaca. Penguasaan bahasa akan terjejas bagi kanak-kanak yang menjadi pekak pada usia yang muda (sebelum 3 tahun).

(b) Kanak-kanak Kurang Upaya Penglihatan atau Bermasalah Penglihatan

Kanak-kanak bermasalah penglihatan selalunya dibahagikan kepada dua kumpulan sahaja iaitu:

(i) Kanak-kanak buta (blind) adalah mereka yang tidak dapat melihat apa-apa, termasuk objek atau sumber cahaya. Mereka belajar melalui deria sentuhan, pendengaran, hidu, dan rasa. Mereka mengunakan tulisan braille. Mereka juga perlu menggunakan tongkat putih apabila bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

(ii) Kanak-kanak berpenglihatan terhad atau rabun (low vision) mempunyai keupayaan melihat dan boleh membaca, melihat muka orang lain, objek atau gambar setelah diberikan peralatan khas seperti cermin mata, kanta pembesar dan lain-lain. Mereka perlu ditempatkan di bahagian hadapan kelas dan dibantu dengan cahaya yang sesuai dan tulisan bersaiz besar. Kurang upaya penglihatan atau bermasalah penglihatan tidak mempengaruhi kapasiti intelek atau

kebolehan untuk belajar. Bagaimana pun kanak-kanak yang buta atau

berpenglihatan terhad memerlukan perkhidmatan pendidikan khas untuk berjaya dalam pendidikan. Antaranya ialah bahan dengan saiz huruf besar, bukubuku yang dirakam pada pita audio atau cakera padat dan buku-buku Braille

(c) Kurang Upaya Mental atau Kerencatan Mental

Kurang upaya mental atau kerencatan mental dikaitkan dengan individu yang tidak dapat belajar secepat orang yang normal; tidak dapat menyimpan maklumat sebaik mereka yang normal dan yang dan tidak dapat memahami dengan jelas dan sukar untuk menggunakan maklumat yang diperlukan dalam sesuatu situasi kepada situasi lain. Dengan perkataan lain kanak-kanak

kerencatan mental kecelaruan fungsian intelektual dan dua atau lebih daripada kemahiran adaptif berikut: komunikasi, urus diri, kemahiran hidup, kemahiran sosial, arahan kendiri, kesihatan dan keselamatan, akademik, beriaya dah dan kerja. Kerencatan mental lazim berpunca sebelum umur 18 tahun

(d) Kurang Upaya Fizikal

Kurang Upaya Fizikal meliputi kanak-kanak yang diserang penyakit yang

(11)

mengalami kesukaran mengerakkan kaki atau tangan atau leher atau lebih daripada satu anggota badan. Keadaan ini wujud disebabkan kecederaan kepada otak yang mengawal fungsi motor atau pergerakan. Keadaan ini bermula pada peringkat bayi dan awal perkembangan seorang kanak-kanak. Lagi satu penyakit yang membawa kepada kurang upaya fizikal ialah spina bifida (spina bifida) yang menyerang dan merosakkan tulang belakang seseorang. Penyakit ini

menyebabkan badan menjadi bengkok dan akhirnya lumpuh. Distropi otot (muscular dystrophy) ialah sejenis penyakit yang menyebabkan otot-otot

skeletal menjadi lemah. Kanak-kanak yang diserang penyakit ini lama-kelamaan dapati sukar bergerak dan terpaksa menggunakan kerusi roda dan ramai di antara mereka meninggal dunia apabila sampai remaja

(e) Kurang Upaya Pertuturan atau Bahasa

Masalah bahasa merujuk kepada ketidakupayaan seseorang kanak-kanak menguasai kemahiran berbahasa yang terdiri daripada lima komponen bahasa iaitu fonologi, morforlogi, sintaksis, semantik dan aspek pragmatik. Kanak-kanak bermasalah bahasa mengalami kesukaran untuk mengeluar atau menyebut sesuatu perkataan. Masalah berbahasa menyebabkan kanak-kanak mendiamkan diri daripada bertanya dan tidak mahu bertindak balas atau menjawab soalan-soalan, memberi penerangan atau arahan. Mereka akan terus mendiamkan diri kecuali kalau dipaksa untuk menjawab soalan. Kanak-kanak ini akan mengambil masa yang lama untuk memahami dan mengeluarkan pendapat apabila

bercakap

(f) Kurang Upaya Pembelajaran

Kanak-kanak kurang upaya pembelajaran atau bermasalah pembelajaran adalah kanak-kanak yang telah dikenal pasti sebagai mengalami kecacatan yang

mengganggu pembelajaran. Mereka terdiri daripada kanak-kanak yang

mempunyai keupayaan mental yang rendah dan pengubahsuaian tingkah laku yang rendah. Kecacatan yang dialami mempengaruhi kebolehan kognitif, tingkah laku sosial, penguasaan bahasa lisan dan pertuturan, penguasaan membaca, kemahiran dan kemahiran matematik. Masalah pembelajaran dianggap berpunca daripada

ketidakfungsian sistem saraf pusat. (g) Gangguan Emosi

Emosi bermaksud perasaan pada jiwa yang kuat seperti sedih, marah, gembira dan sebagainya.Emosi berpunca daripada mental seseorang dan wujud

bergantung kepada keadaan tertentu. Sesetengah kanak-kanak tidak

(12)

mengacau pelajar lain dan sebagainya; dan tingkah laku dalaman seperti memencilkan diri, berkhayalan dan sebagainya

(H) Bulu Paint

Pelajar pintar cerdas dan berbakat tidak hanya terdiri daripada mereka yang mempunyai pencapaian akademik yang tinggi tetapi mereka yang mempunyai daya imaginasi yang luas, kebolehan untuk mengemukakan idea-idea yang unik, kepintaran memimpin, mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik. Kadang-kala, pelajar ini disalah sangka oleh guru sebagai pelajar nakal kerana suka mengganggu pelajar lain atau pun tidak memberi perhatian semasa guru mengajar. Mereka mudah merasa bosan kerana apa yang diajar telah mereka fahami. Mereka

sebenarnya suka aktiviti-aktiviti yang lebih kompleks dan mencabar .

Ringkasnya, kanak-kanak yang dikategorikan dalam kumpulan-kumpulan di atas memiliki

ciri-ciri umum tertentu yang dikongsi oleh kanak-kanak dalam kumpulan yang sama.

Contohnya, kanak-kanak yang dikategorikan sebagai bermasalah pendengaran berkongsi

ciri-ciri ketidakupayaan mendengar bunyi dan menghadapi masalah bertutur. Bagaimana

pun, perlu ditegaskan bahawa ciri-ciri ini hanya wujud dari segi teori sahaja kerana setiap

individu adalah tidak sama dan berbeza. Dalam keadaan sebenar, kanak-kanak yang dikategorikan sebagai pekak tidak semua mempunyai tahap kepekakan yang sama atau ketidakupayaan menghasilkan bahasa pertuturan yang sama. Ada di kalangan kanak-kanak ini yang boleh mendengar sedikit dan boleh bertutur. Begitu juga dengan kanak-kanak yang dikategorikan dalam kumpulan yang lain. Mereka mungkin memiliki persamaan dari segi ciri-ciri umum tetapi tidak sama dari segi ciri khusus. Memahami persamaan dan perbezaan ciri-ciri umum dan khusus ini amat penting bagi guru pendidikan khas. Kanak-kanak dalam sesuatu kategori berbeza dan mempunyai potensi diri yang berbeza. Oleh itu, guru seharusnya memberi

layanan yang berbeza kepada setiap kanak-kanak dalam sesuatu kumpulan atau kategori.

INTERVENSI AWAL Definisi

(13)

sejak dilahir hingga 6 tahun adalah sangat penting. Intervensi awal terdiri daripada

gabungan usaha pendidikan, maklumat tentang pemakanan, perkembangan kemahiran

motor, penjagaan diri, interaksi sosial dan sokongan keluarga yang dilaksanakan sejurus

selepas ketidakupayaan dikenal pasti (Hanson & Lynch, 1989). Intervensi awal boleh

merupakan pengukuhan penguasaan bahasa, mempertingkatkan kemahiran matematik,

memperkembangkan kemahiran motor dan interaksi sosial. Intervensi awal yang intensif

bertujuan untuk mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya kepada pembelajaran dan mengelaknya menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak memasuki sekolah rendah. Mengapa

amalan intervensi awal tidak berleluasa? Salah satu sebab ialah kadar

pertumbuhan kanak-kanak yang sukar dijangkakan terutama pada peringkat umur yang muda. Golongan pendidik

enggan mencadangkan kanak-kanak prasekolah yang menghadapi kesukaran belajar mengikuti program pendidikan khas (Lerner, 2003). Mereka lebih cenderung untuk mengaitkankanakkanak yang menghadapi masalah

pembelajaran dengan perkembangan lewat (late developers) dan perlu diberi lebih banyak masa. Ini telah menyebabkan kanak-kanak berkenaan tidak mendapat perkhidmatan pendidikan khas yang sewajarnya dan akhirnya gagal untuk menguasai kemahiran asas. Contohnya, kanak-kanak dyslexia [disebut ‘dis-lek-sia]

(sejenis masalah penyakit yang menjejaskan kemahiran bacaan), tidak dapat membaca

pada tahap kanak-kanak lain ditafsir oleh guru sebagai lewat berkembang dan perlu diberi

lebih banyak masa. Bagi kebanyakan murid sekolah rendah, masalah

pembelajaran menjadi jelas apabila mereka gagal untuk menguasai kemahiran membaca, menulis dan menyelesai masalah matematik. Tingkah laku yang sering dilihat ialah ketidakupayaan untuk memberi

tumpuan dan lemah dalam kemahiran motor (contohnya, tidak boleh bergerak dengan

(14)

mempelajari bidang-bidang ilmu lain seperti sains dan sains sosial. Selepas beberapa

tahun mengalami kegagalan dalam bidang akademik, masalah emosi mula muncul yang

menghalang interaksi dengan murid lain. Oleh itu, intervensi awal sangat penting untuk

membantu kanak-kanak ini (Lerner, Lowenthal dan Egan 2003). Para ibu bapa dan guru

tidak harus berputus asa terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Sebaliknya, mereka

harus memberikan sokongan sepenuhnya melalui usaha intervensi awal.

Pentingnya Intervensi Awal

Kajian-kajian menunjukkan bahawa intervensi awal membawa kesan positif kepada kanak-kanak kurang upaya dan yang berisiko tinggi dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Di Amerika Syarikat perkhidmatan intervensi awal (3 tahun ke bawah) diwajibkan untuk kanak-kanak yang mengalami

perkembangan lewat dan kanakkanakberisiko tinggi (IDEA, 1990). Mengapa? �� Intervensi awal memainkan peranan penting dalam melengkapkan kanak-kanak berkeperluan khas dengan kemahiran asas sebelum mereka masuk ke sekolah rendah.

�� Intervensi awal yang komprehensif dan intensif adalah berfaedah kepada keluarga dan masyarakat. Intervensi awal mempunyai impak yang positif kepada persekitaran terdekat kanak-kanak berkeperluan khas. Atas sebab ini juga, setiap individu dalam sesebuah komuniti perlu sedar akan tanggungjawab masing-masing ke atas kanakkanak berkeperluan khas (Lerner, 2003).

�� Intervensi awal dapat membantu perkembangan pelbagai kebolehan kanakkanak. Contohnya, seorang kanak-kanak bermasalah pendengaran yang diajar menggunakan bahasa isyarat secara tidak langsung dapat

mempertingkatkan mindanya dan membuka peluang untuk dia berinteraksi dengan kanak-kanak lain.

�� Kejadian masalah lain yang terikat dengan kesukaran awal boleh diatasi melalui perkhidmatan intervensi awal. Contohnya kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan tetapi tidak diberi intervensi awal, mungkin mengalami masalah emosi seperti perasaan kecewa.

�� Intervensi awal juga menawarkan penjimatan wang bagi sesuatu masyarakat. Intervensi

(15)

memerlukan perkhidmatan pendidikan khas mungkin berkurangan. Ringkasnya, intervensi awal boleh meningkatkan intelek, meningkatan perkembangan fizikal dan meningkatkan penguasaan bahasa kanak-kanak berkeperluan khas.

Intervensi awal yang sistematik menghalang kewujudan masalah lain, mengurangkan tekanan kepada keluarga, dan mengurangkan pembinaan institusi khas. Dengan adanya intervensi awal yang teratur, keperluan untuk pendidikan khas di peringkat persekolahan dapat dikurangkan dan ini

menjimatkan perbelanjaan negara yang dikhaskan untuk kemudahan penjagaan, kesihatan dan pendidikan.

Perlaksanaan Intervensi Awal

Sama ada memilih intervensi awal secara individu, secara kumpulan kecil atau seluruh

kelas bergantung kepada tahap keterukan sesuatu ketidakupayaan. Seperti mana guru

telah menentukan sama ada untuk melaksanakan strategi intervensi berpusatkan guru

atau berpusatkan pelajar, guru juga harus menentukan kesesuaian strategi-strategi

tersebut ke atas seluruh kelas, sekumpulan kecil atau orang perseorangan. Pemilihan ini

bergantung kepada kebijaksanaan guru untuk menilai strategi intervensi yang terbaik

mengikut jumlah pelajar dan jenis ketidakupayaan. (a) Intervensi Berpusatkan Guru

Intervensi berpusatkan guru adalah satu kaedah yang berkesan untuk mengajar dan

mengawal pelajar bermasalah pembelajaran dan tingkah laku (Gersten, 1998). Atas

sebab ini, golongan pendidik seharusnya sedar tentang peranan mereka yang tidak

hanya terbatas untuk memberi ilmu pengetahuan, tetapi mencegah sesuatu

ketidakupayaan itu menjadi lebih kronik apabila pelajar-pelajar tersebut sudah dewasa. Intervensi berpusatkan guru sepenuhnya memerlukan guru memainkan peranan

(16)

menentukan jenis strategi yang perlu digunakan, model dan demonstrasi, memberi

arahan kepada kanak-kanak dan memantau kemajuan mereka. Intervensi berpusatkan guru sepenuhnya sesuai digunakan pada tahap pemerolehan pengetahuan dan kemahiran.

(b) Intervensi Berpusatkan Pelajar

Intervensi berpusatkan pelajar lebih sesuai bagi pelajar yang berkemampuan mengawal tingkah laku sendiri (Graham, Harris dan Reid, 1993). Oleh itu, pelajar yang boleh mengawal tingkah laku sendiri dikenal pasti dan barulah intervensi berpusatkan pelajar dilaksanakan. Istilah ‘berpusatkan pelajar’ membawa imej tentang pelajar yang berdikari, bergantung pada diri sendiri dan Berjaya

mengendalikan proses-proses pembelajaran dalam kelas biasa. Dalam intervensi berpusatkan pelajar, pelajar memainkan peranan utama tetapi masih mendapat bimbingan dalam beberapa perkara daripada guru kelas. Pelajar akan diajar prosedur-prosedur kawalan diri, menentukan matlamat yang realistik, menangani kekecewaan dan cara mengatasi masalah. Intervensi ini melatih pelajar untuk ‘berdiri di atas kaki sendiri’.

(c) Intervensi Berpusatkan Keluarga

Dalam pendekatan intervensi berpusatkan keluarga, kanak-kanak dilihat sebagai sebahagian daripada sistem sesebuah keluarga. Apabila ibubapa dilibatkan dalam proses intervensi, keluarga itu akan menjadi elemen yang mustahak dalam proses pembelajaran kanak-kanak berkenaan. Ini turut memperbaiki interaksi di antara kanak-kanak dengan golongan dewasa. Intervensi

berpusatkan keluarga memerlukan komitmen yang tinggi daripada setiap ahli sesebuah keluarga. Secara tidak langsung, pendekatan ini juga mampu

mengeratkan hubungan kekeluargaan dan meningkatkan kefahaman tentang keperluan individu berkeperluan khas. Apakah persamaan dan perbezaan di antara intervensi berpusatkan pelajar, berpusatkan guru dan berpusatkan keluarga?

PEMILIHAN DAN PENGUJIAN DIAGNOSTIK

Sebelum program intervensi awal dapat dilaksanakan, penaksiran, sama ada secara

formal atau tidak formal perlu dilakukan (Dowker, dalam Gersten dan Jordan, 2005).

Penaksiran ialah proses pengumpulan maklumat berkenaan kanak-kanak yang diajar

(17)

mereka. Daripada penaksiran yang teratur keputusan-keputusan penting tentang strategi

pengajaran dan pembelajaran dapat dibuat dengan lebih tepat. Penaksiran bertujuan

untuk mengenal pasti campur tangan awal yang sesuai bagi seseorang individu atau kumpulan

kanak-kanak. Penaksiran, sama ada berbentuk formal atau tidak, haruslah bergantung

kepada situasi dan instrumen yang digunakan. Sebagai contoh, Ujian Kecerdasan Weschler digunakan untuk menilai tahap kecerdasan kanak-kanak yang syaki mengalami

kerencatan mental. Penaksiran juga dilakukan untuk menilai keberkesanan sesuatu

intervensi awal. Maklumat yang diperolehi boleh digunakan untuk mengubahsuai strategi

pengajaran ke arah memperbaiki lagi kaedah intervensi awal. Secara umum, penaksiran

digunakan untuk penapisan dan diagnosis. Penapisan

Sebelum bermula intervensi awal, masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak hendak ditentukan. Kadang kala, masalah yang dihadapi sesetengah kanak-kanak sangat nyata dan pengujian tidak diperlukan. Contohnya, sindrom Down dan kurang upaya fizikal boleh ditentukan dengan memerhati ciri-ciri fizikal kanak-kanak berkenaan. Bagi sesetengah kanak-kanak pula adalah sukar untuk menentukan masalah yang dihadapi. Oleh itu, penyaringan (screening) perlu dilakukan. Proses saringan melibatkan pemeriksaan yang singkat tentang

sesuatu perkara, contohnya kemahiran bahasa. Lazimnya, teknik saringan dapat dilakukan dengan cepat dan mudah dengan melibatkan bilangan pelajar yang ramai. Setelah dikenal pasti, guru akan membuat pengubahsuaian pengajaran sesuai dengan pelajar berkenaan. Sekiranya pengubahsuaian tersebut tidak membantu, maka guru akan merujuk pelajar itu untuk menjalani pengujian diagnostik yang lebih terperinci.

Ujian Diagnostik

(18)

dihadapi (McLean, Bailey & Wolery, 1996). Lazimnya, ujian diagnostik dilakukan terhadap lima domain untuk menentukan sama ada seseorang kanak-kanak itu menghadapi masalah yang menghalang perkembangan dirinya (Heward, 2003). (a) Perkembangan Motor

Kebolehan bergerak dan manipulasi objek boleh mempengaruhi pembelajaran. Pengujian tentang perkembangan motor dapat menunjukkan tahap kekuatan, kelenturan, ketahanan lasak dan kordinasi mata-tangan seseorang kanak-kanak. Pergerakan otot besar (seperti berjalan kaki, berlari and melontar sesuatu objek) dan pergerakan otot halus (seperti mengambil sesuatu objek permainan,

mengikat tali kasut) menunjukkan tahap perkembangan motor seseorang kanak-kanak

.

(b) Perkembangan Kognitif

Pengujian dijalankan untuk menentukan kemahiran kognitif kanak-kanak seperti kemahiran mengira, mengingat perkara yang mereka telah lakukan pada masa lampau, merancang dan membuat keputusan tentang apa mereka akan buat pada masa depan. Kebolehan mereka mengintegrasi maklumat yang baru

dipelajari dengan maklumat sedia ada, menyelesai masalah dan menghasil idea-idea baru adalah petanda-petanda perkembangan kognitif.

(c) Komunikasi dan Perkembangan Bahasa

Komunikasi melibatkan penyampaian maklumat seperti perasaan, keinginan, keperluan, pengetahuan dan sebagainya. Kanak-kanak berkomunikasi dengan menggunakan bahasa untuk berkongsi maklumat dengan orang lain dan menerima maklumat daripada orang lain. Komunikasi lisan melibatkan penggunaan perkataan, frasa, ayat dan bunyi. Komunikasi bukan lisan

melibatkan gerak-geri tangan dan anggota badan, penumpuan mata, riak air muka dan sebagainya. Pengujian ciri-ciri tersebut dapat mengesan tahap keupayaan komunikasi dan perkembangan bahasa kanak-kanak berkeperluan khas.

(d) Perkembangan Emosi dan Sosial

Kanak-kanak yang telah mencapai kompetensi sosial rela berkongsi barang permainan dan tidak keberatan berkerjasama dengan kanak-kanak lain. Mereka tahu pentingnya mengikut giliran dan menyelesaikan konflik yang timbul. Mereka juga dapat meluahkan perasaan dan emosi dengan cara teratur. Pengujian

terhadap ciri-ciri tersebut dapat mengesan tahap perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak berkeperluan khas.

(e) Kemahiran Adaptif

(19)

dengan sendiri, membasuh tangan dan sebagainya. Pengujian ciri-ciri ini melalui pemerhatian dapat mengesan tahap kemahiran adaptif kanak-kanak

berkeperluan khas.

Lazimnya, kelima-lima domain ini diperincikan kepada ciri-ciri tertentu yang boleh diperhatikan dan diukur. Sesuatu kebolehan atau keupayaan itu dikaitkan dengan umur tertentu. Contohnya, pada umur 4 tahun, disenaraikan kebolehan dan keupayaan yang patut dilakukan oleh kanak-kanak pada peringkat umur tersebut. Oleh itu, perbandingan boleh dibuat dengan kanak-kanak berkeperluan khas yang diuji. Perlu ditekankan bahawa kelima-lima domain ini tidak

berasingan tetapi banyak bertindih. Contohnya, kanak-kanak yang bermain bola sepak menggunakan kelima-lima domain: kemahiran motor (berlari dan

menendang bola), kemahiran kognitif (dapat meramal gerak-geri pemain), kemahiran berkomunikasi (menerima dan memberi arahan), kemahiran sosial (mematuhi peraturan permainan) dan kemahiran adaptif (memakai kasut bola tanpa bantuan).

KOMPETENSI SOSIAL Apa Kompetensi Sosial?

Dalam beberapa dekad yang lampau, terdapat bukti-bukti penyelidikan yang mengatakan

iaitu, sehingga kanak-kanak mencapai kompetensi sosial minima pada umur 6 tahun,

kemungkinan besar mereka menghadapi masalah apabila dewasa (Ladd, 2000). Kompetensi sosial ditakrifkan sebagai kebolehan dan kemampuan seseorang berinteraksi dengan orang lain seperti rakan sebaya, adik-beradik, guru dan individu lain. Menurut Hartup (1992), kebolehan kanak-kanak bergaul dan bukan pencapaian akademik yang menentukan kejayaan sebagai dewasa. Kanak-kanak yang agresif dan tidak disukai oleh rakan-rakannya, tidak dapat mengekal

hubungan rapat dengan kanak-kanak lain. Contohnya, seorang kanak-kanak yang mengambil pensel seorang kanak-kanak lain tanpa meminta kebenaraan menunjukkan kompetensi sosial yang rendah. Kanak-kanak ini tidak peka terhadap perasaan orang lain.

Oleh kerana perkembangan sosial bermula sejak lahir dan berlarutan sehingga ke akhir

hayat, adalah jelas bahawa pada peringkat pendidikan awal kanak-kanak harus diberi peluang yang cukup untuk memperkembangkan kompetensi sosial

(20)

penguasaan kompetensi sosial menjadi lebih mencabar. Mereka menghadapi kesukaran

berinteraksi dengan orang lain, enggan menyatakan perasaan mereka, tidak dapat berasa empati, tidak mahu menerima pendapat orang lain, bersifat agresif dan anti-sosial, tidak cekap menyelesai masalah dalam kumpulan dan tidak cekap merancang masa depan (Vaughn, 2003). Contohnya, kanak-kanak autistik kerap memencilkan diri.

Strategi Mempertingkatkan Kompetensi Sosial

Pelbagai strategi telah digunakan bagi mempertingkatkan kompetensi sosial. Bagaimana

pun strategi yang digunakan bergantung kepada umur kanak-kanak dan masalah yang

dialami. Satu strategi yang kerap digunakan ialah latihan kemahiran sosial (social skills

training). Kemahiran yang lazim diajar ialah tolong-menolong, perkongsian dan bekerjasama. Melalui kaedah ini, kanak-kanak diajar cara bagaimana memasuki sesuatu

kumpulan, bagaimana menjadi peserta yang berkesan dalam kumpulan, pentingnya

menunggu giliran dan mematuhi peraturan dan bagaimana berbual dengan dengan rakan

sebaya.

Kemahiran-kemahiran lain boleh diajar ialah seperti pengurusan kemarahan, resolusi

konflik dan penyelesaian masalah (mengenal pasti masalah, mewujudkan alternatif,

pemilihan penyelesian). Sesuatu kemahiran sosial boleh diajar secara individu atau secara

kumpulan kecil. Sesuatu kemahiran itu diperkenalkan dan kanak-kanak diberi peluang

membincang tentang kemahiran berkeaan. Kemudian, kanak-kanak menonton sesuatu

filem pendek atau mendengar cerita yang mengilustrasi penggunaan kemahiran berkenaan. Seterusnya, kanak-kanak diberi peluang untuk mempraktik

(21)

diajar melalui drama atau main peranan bersama dengan kanak-kanak lain dalam

kumpulan. Guru memandu penggunaan kemahiran tersebut sambil pengukuhan dan

maklum balas positif supaya kemahiran itu dipamerkan secara spontan. PENGLIBATAN KELUARGA DALAM PENDIDIKAN KHAS

Selain guru dan pihak sekolah, keluarga juga memainkan peranan penting dalam pendidikan khas. Kini, lebih ramai guru berpendapat bahawa penglibatan ibu bapa adalah mustahak untuk menjayakan pendidikan khas. Ibu bapa pada seorang kanak-kanak kurang upaya sudah tentu mengetahui dengan mendalam tentang anak mereka. Mereka mempunyai banyak maklumat tentang ciri-ciri kurang upaya anak mereka. Oleh itu, adalah sangat berfaedah sekiranya guru melibatkan ibu bapa dalam pendidikan anak mereka. Pada suatu ketika dahulu, tugas mendidik kanak-kanak berkeperluan khas diserahkan kepada sekolah dan guru pendidikan khas. Ibu bapa tidak terlibat dan pihak sekolah pun tidak menggalakkan campur tangan keluarga dalam pendidikan anak mereka. Ibu bapa juha berpendapat bahawa pihak

sekolah yang serba mengetahui dan biarlah guru yang mendidik anak mereka. Lagi pun, guru adalah seorang pakar dan ibu bapa tidak begitu arif tentang strategi dan kaedah pendidikan khas walau pun merekalah yang paling rapat dengan anak mereka. Sejak tahun 80-an peranan ibu bapa telah berubah. Peranan ibu bapa yang dahulunya pasif telah berubah kepada penglibatan aktif dalam perkembangan anak mereka. Kini kolaborasi di antara ibu bapa, pelajar kurang upaya dan guru pendidikan khas digalakkan.. Program pendidikan khas tidak hanya bertumpu kepada pelajar sahaja tetapi seluruh keluarga pelajar berkenaan termasuk ibu bapa, adik-beradik, nenek dan datuk. dan keluarga dalam pelaksanaan Pendidikan Khas Menurut Gargiulo dan Gaves (1991), untuk menggalakkan penglibatan keluarga dalam pendidikan anak mereka, pihak sekolah dan guru pendidikan khas perlu mengambil langkah-langkah berikut: (i) Menerangkan Istilah Penting kepada Ibu Bapa

Ramai ibu bapa tidak ada pengalaman dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Ia mungkin merupakan pengalaman pertama dengan seorang anak kurang upaya. Contohnya, konsepsi mereka terhadap kerencatan mental atau kurang upaya penglihatan berlainan daripada konsepsi seorang profesional seperti guru pendidikan khas. Oleh itu, pihak sekolah perlu menerangkan kepada ibu bapa tentang ciri-ciri kurang upaya yang dihadapi oleh anak mereka serta istilah-istilah yang kerap digunakan (contohnya penglihatan terhad, intervensi awal, kompetensi sosial, perkembangan motor dan sebagainya)

(22)

Lazimnya, ibu bapa akan berasa kecewa dan mempunyai perasaan negatif apabila mengetahui bahawa anak mereka adalah pelajar kurang upaya. Ahli professional seperti guru pendidikan khas hendaklah meyakinkan ibu bapa bahawa tidak salah mereka mempunyai perasaan sedemikian dan anak mereka boleh berkembang dengan asuhan yang teratur.

Contohnya:

�� “Mengapa anda menyalahkan diri sendiri?” "Ini bukan salah anda"

�� “Anak anda berkemampuan untuk lebih maju” (iii) Mendengar Apa yang Dikatakan oleh Ibu Bapa

Jika guru pendidikan khas ingin mengetahui pemikiran dan perasaan ibu bapa, dia perlu mendengar apa yang diluahkan oleh ibu bapa berkenaan anak mereka. Dengan ini, dia dapat mencari jalan untuk meyakinkan mereka tentang masa depan anak mereka.

(iv) Memberi Maklumat kepada Ibu Bapa

Guru perlu sentiasa berkomunikasi dengan keluarga anak yang diajar. Ibu bapa perlu diberitahu tentang prestasi yang dicapai oleh anak mereka dan tunjukkan bahawa guru mengambil berat tentang anak mereka dan ingin bekerjasama. (v) Meyakinkan Ibu Bapa

Guru hendaklah meyakinkan ibu bapa iaitu pihak sekolah ingin membantu anak mereka merealisasi potensinya. Ibu bapa perlu menganggap guru sebagai sahabat yang ingin bekerjasama membantu anak mereka menguasai

pengetahuan dan kemahiran ke arah melahirkan individu yang berdikari. Dalam usaha memupuk kerjasama di antara pihak sekolah dan keluarga, guru harus sedar bahawa hubungan dengan ibu bapa mungkin berbeza tertakluk kepada latar belakang keluarga. Ibu bapa berpelajaran rendah mungkin lebih berhati-hati berinteraksi dengan guru berbanding dengan ibu bapa berpelajaran tinggi. Oleh itu, guru harus sabar dan mengambil kira perbezaan kepercayaan dalam usaha mendidik kanak-kanak

berkeperluan khas atau kurang upaya PENDIDIKAN INKLUSIF

Satu isu yang masih dipertikaikan ialah sama ada pelajar kurang upaya sederhana harus

di tempatkan dalam kelas yang sama dengan pelajar normal atau biasa.

(23)

Lihat Rajah 2.8 yang menunjukkan pelbagai kaedah penempatan pelajar kurang upaya. Pelajar kurang upaya yang tidak teruk diintegrasikan dengan pelajar biasa, manakala pelajar yang mengalami masalah yang teruk diasingkan. Dengan perkataan lain, pelajar diasingkan menurut tahap keterukan masalah yang dihadapi. Contohnya, kanak-kanak yang mengalami kerencatan mental yang teruk ditempatkan dalam institusi atau hospital khas. Pelajar yang mempunyai masalah yang sama mungkin ditempatkan dalam sekolah khas seperti sekolah untuk pelajar bermasalah penglihatan atau bermasalah pendengaran.

Isu pendidikan inklusif adalah topik yang penuh kontroversi. Penyokong pendidikan inklusif

berpendapat bahawa pengintegrasian pelajar kurang upaya dengan pelajar biasa dalam satu kelas adalah lebih berfaedah untuk semua pelajar. Dalam kelas yang sama, gurupendidikan khas akan bekerjasama dengan guru biasa dan ini

menghasilkan pendidikan yang lebih baik untuk semua pelajar. Mereka

menegaskan bahawa mengasingkan pelajar kurang upaya dan menempatkan mereka dalam kelas khas atau sekolah khas adalah tidak berkesan (Skrtic,1995; Sailor, 1991). Pelajar-pelajar kurang upaya yang diasingkan ditakrifkan sebagai ‘berlainan’ dan ini telah menjejaskan harga diri dan semangat mereka (Laski, 1991). Bagaimana pun, penyelidikan yang menyokong pendapat-pendapat ini tidak konklusif. Oleh itu isu ini akan terus dipertikaikan.

RUMUSAN

1. Kanak-kanak berkeperluan khas (exceptional children) merupakan sekumpulan kecil

kanak-kanak dimana ciri-ciri mental, fizikal atau emosi mereka berbeza daripada kanak-kanak biasa.

2. Kanak-kanak berkeperluan khas mengalami kesukaran belajar dan memerlukan program pendidikan khas.

3. Kurang upaya (disability or disorder) berlaku apabila sesuatu kekurangan menghad

individu berkenaan melakukan tugas harian atau kerja.

4. Kecacatan (handicap) merujuk kepada sesusatu masalah atau penghalang yang

dihadapi oleh seorang kurang upaya apabila dia berinteraksi dengan alam sekeliling.

(24)

6. Intervensi awal (early intervention) diaturkan untuk kanak-kanak berkeperluan khas

sejak dilahir hingga 6 tahun kerana sangat penting.

7. Kajian-kajian menunjukkan iaitu intervensi awal membawa kesan positif kepada

kanak-kanak kurang upaya dan berisiko tinggi dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

8. Sama ada memilih intervensi awal secara individu, secara kumpulan kecil atau seluruh kelas bergantung kepada tahap keterukan sesuatu ketidakupayaan. 9. Sebelum program intervensi hendak dilaksanakan, penaksiran, sama ada secara

formal atau tidak formal perlu dilakukan.

10. Penyaringan melibatkan pemeriksaan yang singkat tentang sesuatu perkara dengan

cepat dan mudah dan melibatkan bilangan pelajar yang ramai.

11. Ujian diagnostik dilakukan terhadap lima domain untuk menentukan sama ada

seseorang kanak-kanak itu menghadapi masalah yang menghalang perkembangan

dirinya .

12. Kompetensi sosial ditakrifkan sebagai kebolehan dan kemampuan seseorang berinteraksi dengan orang lain seperti rakan sebaya, adik-beradik, guru dan individu

lain.

Referensi

Dokumen terkait

(5) Penjabaran lebih lanjut mengenai tugas pokok dan fungsi Rumah Sakit Umum Daerah Kelas D ditetapkan dengan Peraturan Bupati.. Bagian Kedua

[r]

Kebijakan puritanisme oleh sultan Aurangzeb dan pengislaman orang-orang Hindu secara paksa demi menjadikan tanah India sebagai negara Islam, dengan menyerang berbagai praktek

Penyebaran data yang tergolong sangat padat akan menghasilkan performansi yang cenderung lebih baik pada proses pembentukan indeks R-tree, namun menghasilkan performansi

Kesimpulan dalam penelitian ini adalah ada hubungan yang signifikan antara perilaku merokok dengan prevalensi asma di Propinsi Jawa Timur tahun 2018.. Kata kunci : perilaku,

Dari beberapa definisi para ahli di atas dapat disimpulkan risk behavior adalah suatu bentuk perilaku yang berpotensi untuk memberikan dampak positif maupun negatif

Dari kegiatan yang dilakukan oleh mahasiswa KKN PPM Tematik dalam membuat bak sampah, maka hasil yang didapatkan adalah sebuah bak sampah beton yang saat ini

Pendeta dengan model preoccupied attachment to God, saat menghadapi kesulitan ketika menjalani tanggung jawabnya ia akan berusaha untuk terus menjalin hubungan yang