LAPORAN LATIHAN KEBAKARAN
SK PERUMAHAN TAMPOI 2
OKTOBER 2017
SK Perumahan Tampoi 2 telah mengadakan latihan kebakaran buat kali pertama pada 11 Oktober 2017. Latihan kebakaran telah diadakan kira-kira Jam 11.00 pagi. Program ini telah dijalankan oleh unit HEM dibawah Jawatankuasa 3K. Tujuan utama program ini dijalankan untuk memberikan kesedaran kepada warga sekolah cara bertindak apabila berlaku sesuatu kebakaran. Latihan kebakaran ini juga diadakan bertujuan untuk melatih murid-murid bersedia semasa berlaku kecemasan atau kebakaran di sekolah.
Setelah lonceng panjang dibunyikan, semua murid bergegas untuk ke tempat yang telah ditetapkan untuk berkumpul. Guru besar telah menetapkan bahawa pengumpulan murid-murid ketika berlaku kebakaran adalah di tempat lapang (padang sekolah). Hal ini kerana kedudukan seolah yang berada di bawah bukit mnyukarkan murdi-murid sekiranya berlaku kebakaran di depan pintu masuk sekolah.